Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
BANGLO tiga tingkat di atas bukit itu tampak suram. Mendung di langit menandakan hujan akan turun tidak lama lagi. Penghuninya pula sibuk melakukan urusan masing-masing. "Mama, Ana nak cakap sikit," ujar seorang gadis yang memakai T-shirt berwarna merah jambu yang agak sendat. "Ada apa?" soal ibunya, Puan Sri Kartika. "Sampai bila lagi kita nak tunggu? Ana perlukan duit mama," rungut gadis itu. Ruang tamu Banglo Impiana menjadi tempat bagi Puan Sri Kartika dan anak gadisnya berbincang tengah hari itu. Ana Maria berdiri di hadapan mamanya. Puan Sri Kartika agak terkejut dengan rambut anaknya yang berwarna perang. Namun dia mengerti, orang muda zaman sekarang, tidak boleh ditegur. Sudah menjadi trend muda-mudi kini mewarnakan rambut. "Betul tu ma. Fared pun dah tak sanggup nak kerja kat pejabat tu lagi. Nama je anak pengarah tapi Fared kerja sebagai pegawai perhubungan awam je. Tak patut!" sampuk anak lelakinya pula yang entah muncul dari mana. Puan Sri Kartika menarik nafas. Dia meminta kedua-dua anaknya itu untuk duduk berbincang di sofa. Mujur hari minggu begini suaminya pergi bermain golf. Jika tidak, mereka anak-beranak tidak boleh bermesyuarat begini. "Sabar, mama tahu apa yang mama patut buat. Kamu berdua sabarlah sikit. Cuba ubah sikap kamu tu. Berlakonlah jadi anak yang mendengar kata. Ikutkan, mama telah lama bersabar. Perlahan-lahan, kita akan dapat hasilnya nanti. Nak untung, kenalah keluar modalnya dulu. Bak kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian...." Puan Sri Kartika tidak menghabiskan katanya kerana ditingkah oleh Ana Maria. "Bersakit-sakit dahulu, bersusah-susah kemudian," perli Ana Maria sambil tersenyum sinis. "Kamu ni, cubalah bawa bersabar. Mama tahulah uruskan papa kamu tu. Kita tak boleh silap langkah. Nanti satu apa pun tak dapat," ujar Puan Sri Kartika. Ana Maria mencebikkan bibir. Fared Mustapha pula bergerak mengambil tempat di sebelah mamanya. "Kenapa tak bunuh je orang tua tu?" soal Fared Mustapha selamba. Terbeliak mata Puan Sri Kartika mendengar pertanyaan anaknya itu. Ana Maria pula terlopong namun segera mengulum senyum. Betul juga kata abangnya itu. "Hish, kamu ni! Kalau boleh, dari dulu lagi mama dah buat. Tapi, kalau dia mati dibunuh, pasti mama disyaki. Kamu ni, cubalah guna otak tu sikit. Kita cakap tentang duit, tentang harta dan kuasa. Lagipun, mama ada dengar yang papa kamu tu dah siapkan wasiat," beritahu Puan Sri Kartika. "Wasiat?" serentak Ana Maria dan Fared Mustapha bersuara. "Iya, tapi mama kena siasat dulu. Sudah, kita bincang hal ni lain kali. Kejap lagi papa kamu dah nak balik. Pergi buat kerja masing-masing," arah Puan Sri Kartika. Ana Maria dan Fared Mustapha berlalu pergi. Mereka masih tidak berpuas hati dengan penjelasan mama mereka tadi. Sampai bila lagi mereka harus menunggu supaya mamanya dapat membolot semua harta ayah tiri mereka itu?
HALAMAN Villa Damai disimbahi hujan renyai-renyai. Aku duduk di atas kerusi di bawah pondok beratap rumbia itu. Memerhati titis-titis hujan yang turun membasahi bumi. Begitulah juga yang sedang berlaku dalam hatiku. Disimbahi kekecewaan yang teramat. Mungkin begini rasa peritnya putus cinta. Ikutkan perasaan, aku mahu terbang jauh meninggalkan semua masalah ini. Namun aku harus berfikir secara rasional. Kumbang bukan seekor. Mungkin Hafiszul bukanlah putera impian yang kucari selama ini. Tanpa cinta juga aku boleh hidup. Masih boleh bergelak ketawa dan bergurau senda dengan rakan-rakanku yang lain. Mujur aku diajar supaya sentiasa berfikiran positif. Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. Ternyata jodohku dengan orang lain, mungkin. Sebenarnya, masih terlalu awal untuk aku memikirkan soal ini. Mungkin kerana melihat rakan-rakanku yang rata-rata sudah mempunyai pasangan masing-masing membuatkan aku teruja untuk menempuh alam percintaan. Akibat terburu-buru, aku penasaran. Tapi, benarkah perasaanku pada Hafiszul boleh dikatakan sebagai cinta? "Durar! Apa yang dibuat dalam hujan tu?" laung Salwa. "Tak ada apa kak. Nanti Durar masuklah," sahutku. Aku kembali meniti arah hidupku. Dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni ini sudah cukup sempurna bagiku. Aku seharusnya bersyukur kerana dapat hidup dikelilingi orang-orang yang mengasihiku sepenuh hati. Ayah seorang usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan. Ummi pula seorang yang amat penyayang dan memahami. Aku mempunyai tiga orang adik-beradik. Yang sulung, abangku. Seorang peguam yang sudah beristeri dan dikurniakan seorang anak perempuan yang berumur setahun. Mereka berdua tinggal di Shah Alam. Kakakku, yang sudah kematian suami dan dikurniakan seorang anak lelaki. Pengurus butik pakaian di bandar Port Dickson. Aku pula sedang belajar di UiTM Segamat dalam jurusan Diploma Analisis Pelaburan. Sekarang dalam semester keempat, tahun kedua pengajianku. Tinggal lebih kurang setahun lagi untuk aku menamatkan pengajian. Penghuni Villa Damai terdiri dari ayah, ummi, Kak Salwa dan anaknya, aku, Pak Talib dan Mak Minah. Pak Talib dan Mak Minah adalah pasangan suami isteri. Sayangnya, mereka hidup terbuang. Anak-anak tidak mahu menjaga mereka. Atas dasar ihsan, ayah mengambil mereka tinggal bersama-sama kami. Mereka bukan pekerja tetapi desakan dari Pak Talib dan Mak Minah yang mahu ayah mengambil Pak Talib sebagi pemandu dan Mak Minah sebagai pengasuh terpaksa ayah turutkan. Ayah tetap memberi mereka elaun walaupun tidak diminta. Kata mereka, dapat tempat berteduh dan makan minum, itu sudah mencukupi namun ayah bertegas juga untuk memberi elaun tersebut. Bagi kami, Pak Talib dan Mak Minah sudah kami anggap sebagai saudara sendiri. Telah banyak pahit manis yang kami lalui bersama. Mereka bukanlah orang asing. Tinggal lebih kurang dua minggu lagi untuk aku menghabiskan cuti semester selama sebulan ini. Semester depan, aku sudah menginjak ke tahun tiga dan semester ke lima. Semester baru dalam hidupku. Tiada lagi insan bernama Hafiszul bersamaku meniti suka duka di alam kampus. Mengingati lelaki itu menyebabkan aku rindu akan kenangan lalu. Kenangan di waktu kami dibuai rasa cinta yang indah. Segalanya masih kukuh terpatri diingatan. Bagaimanakah aku hendak melupuskan semua ini dari kotak ingatanku? Aku tidak tegar menerima perpisahan ini sebenarnya. Jiwaku lemah. Namun, aku tidak mampu melawan takdir. Pasti ada hikmah di sebalik perpisahan ini. "Durar, apa yang kamu buat dalam hujan tu? Masuk, nanti demam," laung Datin Faridah, ummiku. "Baik ummi," aku menyahut lalu berlari masuk ke dalam rumah. Hujan semakin galak turun mencurah-curah bagai memahami kesedihan yang melanda diriku ini...
RUMAH beratap zink itu bagai hendak runtuh apabila mendengar bunyi hujan yang bertimpa-timpa menghentam permukaan atap. Bising bunyinya. Penghuni rumah papan itu sedang asyik dibuai mimpi. Waktu hujan begini memang seronok tidur. Namun, di sudut dapur, seorang wanita sedang tekun mengadun tepung untuk dibuat karipap. Tenaganya sudah tidak sekuat dulu. Cuma inilah yang mampu dilakukan untuk menyara kehidupan anak-anaknya. Jika dahulu, dia mampu mengambil upah membanting padi, menoreh getah, menebas lalang atau meracun rumpai. Namun, sejak dia jatuh di tali air beberapa minggu lepas, kakinya sudah tidak mampu berdiri terlalu lama. Kini yang boleh dia lakukan hanya membuat kerja-kerja ringan seperti mengambil tempahan kuih-muih dan menjahit. Alhamdulillah, rezeki diberi Tuhan ada di mana-mana. Dia masih dapat menghantar anaknya ke sekolah dan memberi makan pakai yang cukup. Sementara anak sulungnya masih bercuti, ringanlah sedikit bebannya. Anak sulungnya itu memang boleh diharap. Dia kasihankan anaknya yang bertungkus-lumus memerah keringat demi menambah pendapatan keluarga. Selepas anaknya itu kembali menyambung pengajian, dia akan kembali kepada rutin asalnya. Sungguh, dia bertuah memiliki anak sulungnya yang tidak pernah merungut akan kekurangan hidup mereka. Bukannya dia tidak berkeinginan memberi anak-anaknya kehidupan yang lebih baik, dia hendak sangat tapi dia tidak mampu. Mujur mereka masih ada rumah ini untuk menumpang teduh. "Banyak lagi nak kena goreng mak?" tanya Amirul Azme. "Tak, tinggal ni je. Kamu dah makan?" soal Zainab, atau lebih dikenali sebagai Mak Nab. "Dah mak. Imie nak ke bandar petang nanti. Nak beli alat-tulis. Cuti Imie tinggal dua minggu je lagi," beritahu Amirul Azme. Mak Nab mengangguk. Anaknya akan pergi meningalkannya lagi. Walaupun tidak lama, dia tetap kesunyian. Mujur masih ada Aliff dan Azman, dua orang lagi anaknya. Tidaklah dia terasa terlalu sunyi. Mak Nab kembali menumpukan perhatian pada kerjanya. Inti sardin itu dimasukkan ke dalam tepung dan ditekap dengan acuan. Berulang-kali dia melakukan perkara yang sama. Amirul Azme berlalu meninggalkan ibunya. Dia melangkah ke jendela. Hujan masih galak turun membasahi bumi. Kesejukan jelas terasa, menyerap ke segenap urat nadi. Amirul Azme membuang pandang jauh ke hadapan. Dia sentiasa sematkan di dalam hati, kehidupan keluarganya akan diubah!
"MAK MINAH buat apa tu?" tegurku. "Mak Minah ingat nak buat karipap sikit. Boleh Durar tolong?" pinta Mak Minah. "Kecil tapak tangan, Stadium Bukit Jalil tu Durar tadahkan. Mak Minah nak Durar buat apa?" ujarku berseloroh. "Ada-ada sahaja kamu ni. Tolong Mak Minah kupaskan kentang dan bawang besar ni. Boleh?" "Kerja senang je tu. Sekelip mata je Durar boleh buat," gurauku. Mak Minah mengelengkan kepala. Aku mengambil pisau dan mula mengupas kentang yang sebesar penumbuk itu. Berhati-hati aku melakukannya. Baru sahaja aku hendak mula mengupas, Mak Minah menyuruhku berhenti. Dia menyerahkan alat khas untuk mengupas kentang padaku. Lebih mudah katanya. La... tadi tak nak bagi awal-awal. "Amboi, rajinnya anak dara sorang ni. Boleh buat calon menantu mithali," usik kakakku, Salwa. "Ehem...ehem... tengok oranglah," giatku. "Ewah, perasan betul. Pantang dipuji sikit, kembang hidung tu," kata Salwa. Mak Minah tergelak kecil mendengar sindiran dari Salwa. Aku hanya tersengih, faham sangat dengan mulut kakakku yang seorang ini. "Saufi mana Kak Wawa?" soalku. "Apalagi, tidurlah. Boleh Kak Wawa tolong?" "Hai, nak jadi calon menantu mithali juga ke?" perliku. Salwa menepuk bahu adik bongsunya itu. Mak Minah hanya memerhati gelagat kedua-duanya. Salwa mengambil seulas bawang besar dan mula mengupas. Sambil asyik mengupas, mereka berbual kosong. Mak Minah hanya menjadi pendengar yang setia. Pantang berjumpa, ada saja topik yang dibual oleh mereka dua beradik. Tentang artislah, politiklah dan macam-macam lagi. Salwa yang banyak bercerita berbanding Durar. Kadang-kadang, bila seorang tak puas hati dengan pendapat lagi seorang, maka tercetuslah perbalahan antara mereka. Gamat ruang dapur itu dengan suara mereka bertingkah. Namun, jauh di sudut hati, Mak Minah gembira kerana Salwa dan Durar rajin menolongnya di dapur.
Oh, sayalah penulis cerita tu dan juga cerpen bertajuk "Sonata Rindu". Gaya penulisan mungkin berbeza kerana ini baru permulaan, belum 'panas' lagi saya fikir. Harap sabar menunggu untuk mengetahui cerita selanjutnya. Oh ya, ada cerpen terbaru untuk anda semua yang bertajuk "Apa Ertinya Cinta". Nantikan kemunculannya dan janganlah segan beri pendapat anda ya.
Cepatlah sambung. Tak sabar nak tunggu apa lepas ni. En. Ridhwan, tak ada blog ke?
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
I'm the 1st again. Hehehe... Hmm... still did'n get what story is this. But so far okeylah... ~fiz~