Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Cepat! Ambilkan aku air panas!" arah mak bidan. Ahmad pantas berlari ke dapur. Bergegar rumah papan itu dengan hentakkan kakinya. Di luar, hujan mula renyai-renyai membasahi bumi. Jeritan isterinya masih bergema di segenap pelusuk ruang rumah itu. Beberapa minit kemudian, Ahmad tiba dengan membawa sebesen besar air panas. "Sikit lagi Nab! Sikit lagi! Tolak!" gesa mak bidan. Perempuan yang dipanggil Nab itu kembali meneran. Bajunya sudah basah dengan peluh. Di dalam hati tidak putus-putus dia menyebut kalimah suci. Ahmad yang melihat keadaan isterinya mulai panik. Dia berdoa semoga isteri dan anaknya selamat. Seketika kemudian, terdengar tangisan bayi bertebar di seluruh ruang. "Alhamdulillah, semua dah selesai. Anak lelaki Mad," ujar mak bidan. "Alhamdulillah, syukur..." hanya itu yang mampu diluahkan. Ahmad melihat isterinya yang lesu tidak bermaya namun wajah mulus itu tetap mengukir senyum. Pegangan tangannya sejak tadi mula terurai perlahan-lahan. "Nah, azankan anak kamu ni," ujar mak bidan selepas selesai membersihkan bayi itu. Berhati-hati Ahmad memegang anak yang baru dilahirkan oleh isterinya tadi. Mendayu-dayu alunan azan yang dilaungkan oleh Ahmad menyerap jauh ke lubuk hati Zainab. Tanpa sedar, ada air jernih mengalir dari pelupuk matanya. Air mata kesyukuran. Hujan mula beransur reda. Mentari yang dilitupi awan hitam mula memancarkan sinarnya menyelubungi segenap alam maya. Siulan merbah di dahan tembusu begitu merdu kedengaran. Semuanya seolah-olah gembira menyambut kelahiran bayi sulung pasangan Ahmad dan Zainab itu.
OKTOBER 1980
"SAMPAI hati mak!" bentak Zainab. "Sudahlah Nab. Benda dah jadi. Semuanya untuk kebahagiaan kamu juga," ujar Puan Salina. "Untuk kebahagiaan Nab? Jangan buat kelakar mak! Nab hanya bahagia dengan Abang Mad saja!" "Diam! Aku tak suka kau sebut nama budak tu depan aku!" teriak Tuan Harun. Zainab tidak henti-henti menangis. Surat yang diterimanya benar-benar menyentak hati. Mengapa hubungan cinta yang suci boleh dicemar begini rupa? Apakah salahnya dia menjalin hubungan dengan suami yang dipilih atas dasar cinta? "Nab, anggaplah jodoh kamu berdua dah berakhir. Rumah tangga tanpa restu orang tua tak ke mana," pujuk Puan Salina lagi. "Tapi Nab cintakan Abang Mad," bidas Zainab. "Cinta? Apa cinta tu boleh buat kau kenyang? Cinta tu boleh bagi kau kesenangan? Sedarlah Nab, budak tu tak mampu beri kau kesenangan. Nak beli baju sendiri pun susah, ini nak besarkan anak," perli Tuan Harun. Zainab tersentak! Ayahnya tidak patut menghina suaminya begitu. Selama ini mereka sudah cukup bahagia. Mengapa harus diganggu ketenteraman rumah tangga mereka? Zainab merenung helai-helai kertas di hadapannya. Dari jabatan agama mengatakan yang dia telah meminta fasakh. Ini bermakna antara dia dan suaminya sudah tiada apa-apa ikatan lagi. Mengapa kedua-dua ibu bapanya begitu kejam?
BAB SATU Perpisahan...
JULAI 2005 - Teluk Kemang, Port Dickson
Angin Laut China Selatan berhembus perlahan membuai lembut rambutku. Di hadapan, samudera biru luas mata memandang. Sesekali kedengaran kicauan camar yang berlegar-legar di lazuardi yang membiru. Mentari tidak memancar terik sebaliknya bersembunyi di celah awan yang berambal-ambalan di dada langit. Tidak ramai pengunjung yang bertandang di pantai peranginan Teluk Kemang itu. Mungkin kerana hari ini bukanlah cuti umum atau hujung minggu. Tidak jauh dari pandangan, sekumpulan kanak-kanak sedang asyik membina istana pasir yang hampir roboh diterpa ombak yang agak kuat. Menjerit-jerit mereka apabila sebahagian dari binaan itu disambar air laut. "Maafkan Zul," Ah, suara itu sekali lagi menampar pendengaranku. Bukan ucapan itu yang mahu kudengar. Tiada apa yang perlu dimaafkan. Sudah takdir Ilahi, siapa boleh menduga? "Durar," lembut suara itu menyapaku. "Maafkan Zul," "Cukuplah. Saya tak mahu dengar awak minta maaf lagi. Awak tak bersalah. Mungkin saya tak cukup baik untuk awak. Lagipun, awak berhak menentukan kebahagiaan hidup awak. Mungkin jika bersama dia, awak boleh bahagia," ujarku. Kali ini tiada jawapan yang meniti di bibir lelaki itu. Aku tahu dia didera rasa bersalah namun tak ada gunanya penyesalan itu. Perkara dah berlaku. Masakan masa boleh diputar semula. "Zul harap Durar bersabar. Zul pun tak jangka perkara ini akan berlaku. Anggaplah kita tiada jodoh," ujar Hafiszul. Mudahnya dia berkata-kata walhal aku yang menderita. Apakah agaknya yang dicari oleh lelaki ini? Hendak cinta, telah kuberi. Inginkan sayang, telah kusemai. Dambakan kasih, telah kutitip. Apa lagi yang tidak cukup? Ah, aku benar-benar tidak faham dengan perasaan ini. "Kita berpisah saja. Walau apa pun, Durar masih Zul anggap sebagai kawan. Tak salah, kan?" Hafiszul berkata dalam nada yang perlahan, cuba untuk tidak menyakiti hatiku. ‘Kawan? Tidak! Aku tak mahu kau anggap aku begitu. Setelah kau mencuri hatiku, mengapa tidak disatukan bersama dirimu? Aku tidak rela jika hubungan kita atas dasar persahabatan,’ Hatiku meronta-ronta untuk berkata demikian namun aku tidak punya kekuatan. Lelaki ini berhak menentukan arah hidupnya sendiri. Siapalah aku untuk menghalang segala tindakannya. "Jika itu yang awak pinta, saya terima. Mungkin benar kata awak, antara kita tiada jodoh. Saya bersyukur, awak masih sudi terima saya sebagai seorang kawan," ujarku lirih. "Durar, ini...." lelaki itu tidak menghabiskan kata-katanya. Mataku dialih pada sesuatu ditangan lelaki itu. Aku terkejut. Adakah lelaki ini benar-benar mahu membuang aku dari hatinya? "Simpanlah. Anggaplah ia hadiah dari seorang kawan," aku berkata. "Maaf, Zul tak dapat menyimpannya. Ia akan buat Zul teringat akan hubungan kita," jawab lelaki itu. Nampaknya aku telah tersilap membuat taruhan. Percubaan pertamaku menempuh ke alam percintaan nampaknya gagal. Cinta pertama yang tidak kesampaian. Aku menghulurkan tanganku dan jam tangan pemberianku untuknya kini kembali semula pada diriku. Dengan ini, rasmilah antara kami telah terputus hubungan sebagai kekasih. Mampukah aku menerimanya dengan rela?
VILLA DAMAI tampak gah di puncak bukit yang penuh dengan pokok pine, tumbuh berjajaran di lereng bukit. Berkonsepkan rumah Inggeris lama, villa itu memang tampak mewah dan elegan. Persekitarannya pula tenang dan mendamaikan dengan susunan landskap yang asli dan indah. Dikelilingi pokok-pokok yang tumbuh merendang, menyebabkan suasana villa itu redup dan dingin. Beberapa ekor arnab kelihatan berkejar-kejaran di halaman yang ditumbuhi rumput hijau yang dijaga rapi. Seorang anak kecil sedang leka memerhati gerak-geri arnab-arnab itu. "Saufi, mari minum," ajak Salwa, ibu kepada anak kecil itu. "Ya mama," sahut Saufi lalu berlari anak menuju ke arah ibunya yang sedang berehat di bawah pondok yang dibina di situ. Salwa menghulurkan air jus oren kepada anak sulungnya itu dan Saufi dengan rakus meneguk jus tersebut. Hampir separuh air di dalam gelas itu diteguknya sekelip mata. Kemudian, dia berlalu semula memerhati telatah arnab-arnab itu tadi. "Durar ke mana ummi?" soal Salwa pada ibunya yang sedang asyik menatap majalah Wanita keluaran terbaru. "Katanya nak ke pantai Teluk Kemang dengan kawan. Kejap lagi baliklah ummi rasa," jawab Datin Faridah. "Sapa yang hantarnya?" soal Salwa lagi. "Dia pergi sendiri naik kereta. Ala, kamu bukan tak kenal adik bongsu kamu tu. Bukannya boleh ditegur sangat. Merajuk dia nanti," ujar Datin Faridah. Salwa tersenyum. Tahu benar perangai adiknya yang seorang itu. Tidak boleh dimarah sangat, nanti dia menarik muka masam. Susahlah nak memujuknya nanti. Perbualan dua beranak itu terganggu dengan bunyi kenderaan memasuki halaman. Kereta Volvo berwarna hitam itu dipakir di garaj yang tersedia di hadapan Villa Damai. "Atuk dah balik!" jerit Saufi. Pak Talib keluar dari pintu hadapan serentak dengan Dato’ Zaidi yang duduk di kerusi belakang. Saufi berlari mendapatkan datuknya itu. Dato’ Zaidi mendepangkan tangan menanti kehadiran cucu sulungnya itu. Saufi memeluk datuknya erat. Tergambar kemesraan di antara datuk dan cucu. Salwa yang melihatnya diterpa hiba. Anaknya telah kehilangan kasih seorang ayah dalam usia sekecil itu. Dia dihambat gelora hiba. Datin Faridah menyusul kemudian. Dia bersalam dengan suaminya lalu mengambil briefcase di tangan suaminya itu. "Atuk, ada coklat tak?" tanya Saufi. "Ada. Atuk beli coklat yang adik suka tu," ujar Dato’ Zaidi lalu menghulurkan coklat yang dibalut kemas itu kepada cucunya. Saufi bersorak gembira. Dia berlari meninggalkan datuknya dan kembali bermain dengan arnab-arnab yang sedang asyik meragut rumput. "Ayah ni manjakan Saufi sangat. Wawa kan dah cakap, jangan ikutkan sangat kerenah dia tu," Salwa berkata pada Dato’ Zaidi apabila ayahnya itu mengambil tempat di sebelahnya. "Ala, budak kecil, apa yang dia tahu. Ayah suka tengok dia ketawa," jawab Dato’ Zaidi. "Ummi setuju dengan ayah kamu. Lagipun, dia seorang je cucu yang kami ada setakat ni. Sapa lagi nak dimanjakan kalau bukan dia...," sampuk Datin Faridah. Salwa mati akal. Tidak tahu hendak kata apalagi. Apabila difikirkan semula, memang benar kata kedua-dua ibu bapanya itu. Saufi telah kehilangan kasih seorang ayah, biarlah dia dilimpahi kasih sayang dari datuk dan neneknya. Ah, dia kembali dihambat kenangan lalu yang memeritkan itu.
HOSPITAL SEREMBAN agak sesak dengan orang ramai yang melawat saudara-mara yang sakit. Hatinya sejak tadi dicengkam cemas yang menggila. Sebaik saja mendapat khabar buruk itu, dia bergegas ke sini. Tidak putus-putus dia berdoa semoga orang yang dikasihinya itu selamat. Dia tidak rela kehilangan dalam masa sebegini cepat. Masih banyak impian yang belum mereka penuhi. "Bagaimana dengan Abang Faris ummi?" soal Salwa sebaik sahaja dia sampai di hadapan pintu bilik rawatan kecemasan itu. "Doktor kata ada darah beku dalam otaknya. Kecederan di anggota lain agak parah. Namun, doktor akan cuba sedaya-upaya menyelamatkannya. Kita berserah pada Allah. Semoga Faris selamat," ujar Datin Faridah. "Saufi mana ummi?" soal Salwa lagi. "Ummi tinggalkan di rumah dengan Durar dan Mak Minah. Dia tidur lepas disuntik ubat masa di klinik tadi," jelas Datin Faridah. Sudah hampir setengah jam mereka duduk menunggu. Masih tiada khabar berita tentang suaminya itu. Ibu mertuanya tidak berhenti-henti menangis. Salwa tidak tahu apa yang harus dilakukan saat itu. Duduk salah, berdiri salah, lantas dia hanya mundar-mandir di hadapan bilik pembedahan itu. Debaran di dalam dada usah diteka. Bagai hendak tercabut keluar jantungnya. Beberapa ketika kemudian, pintu dibuka. Salwa terus menerpa doktor lelaki itu. "Macam mana dengan suami saya doktor?" soal Salwa. "Bertenang puan. Kami dah cuba apa yang termampu. Kuasa Tuhan, kita tak boleh melawannya. Harap puan banyakkan bersabar. Allah lebih menyayangi suami puan. Dari Allah kita datang, dan kepada-Nya jua kita kembali. Bawa bersabar ya puan," ujar doktor lelaki yang bercermin mata itu. Salwa terduduk di atas lantai. Telinganya menangkap raungan ibu Faris. Tidak! Dia pasti bermimpi! Bangun Salwa! Tepukan lembut di bahu menyedarkan Salwa dari angan. Wajah umminya menerpa ruang mata. Tenyata dia tidak bermimpi. Ini realiti. Dia telah kehilangan suami tersayang. Tiba-tiba, dia merasakan pandangannya gelap. "Salwa!" Panggilan suara itu menyentaknya dari lamunan. Terlalu jauh dia mengelamun. Peristiwa itu masih segar dalam ingatannya. Suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu dia baru dua bulan melahirkan Saufi. Sekarang Saufi sudah berumur empat tahun. Bermakna, sudah hampir empat tahun dia bergelar janda. Sekali lagi dia terdengar namanya dipanggil. Salwa mencari arah suara yang memanggilnya itu dan dia terkejut melihat umminya sedang memangku anaknya yang sedang menangis. Segera dia berlari mendapatkan anaknya itu. "Ya Allah! Kenapa ni ummi?" "Saufi ni hah... Coklat dia jatuh, dia kutip balik tapi ummi buangkan. Dah kotor. Dia menangis nak juga coklat tu. Puas ummi pujuk tapi tak nak berhenti pula," rungut Datin Faridah. Salwa mengeluh kecil. Ingatkan ada perkara buruk terjadi. Salwa memujuk anaknya itu dan akhirnya Saufi tidak lagi menangis setelah Salwa berjanji akan membelikannya coklat yang serupa petang nanti. Datin Faridah tersenyum melihat telatah cucunya itu manakala Salwa hanya mampu menggelengkan kepala.
Ini adalah novel pertama saya. Mungkin ceritanya biasa sahaja tapi saya harap pembaca dapat sedikit-sebanyak manfaat dari novel ini. Saya mengharapkan komen-komen anda untuk membantu saya menulis lebih baik lagi...
hmm..btl ckp wana ni.. sy pub dah baca dua2 cerpen awak.. interesting.. hope kali ni menarik jugak. nak komen 1 je.. hope watak x byk sgt ye. nti confius *yana*
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Yes! I'm the 1st one! Agaknya citer tentang apa ni ek? Macam menarik... ~fiz~