Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Jamilah memerhatikan anak perempuan kecil yang berumur lebih kurang 7 tahun itu dengan penuh minat. Suaminya sedang sibuk berbincang dengan pegawai rumah kebajikan anak yatim Darul Ehsan menyatakan hasrat mereka hendak menjadikan Anisha sebagai anak angkat mereka. Sudah hampir 15 tahun mereka mendirikan rumahtangga namun usahanya untuk mendapatkan zuriat sendiri masih belum di perkenankan tuhan. Sudahnya Jamilah mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat. "Encik berdua betul-betul ke berminat hendak mengambil Anisha sebagai anak angkat," ujar pegawai yang bernama Adila itu serius bila Encik Kamarul dan Puan Jamilah memilih Anisha. "Kami ingin benar menjadikan Anisha sebagai anak kami," pujuk Kamarul. Hampir setengah jam dia memujuk Puan Adila supaya membenarkan mereka mengambil Anisha sebagai anak angkat mereka. Namun Puan Adila seperti keberatan. Dia menyarankan supaya dia dan isterinya membuat pilihan yang lain. "Tapi Anisha bukanlah anak yang normal dia hilang deria penglihatannya sejak dia berumur 4 tahun," terang Puan Adila. Bukan dia tidak mahu meluluskan permohonan Encik Kamarul dia mahu Encik Kamarul dan Jamilah tahu akan keadaan Anisha. Encik Kamarul dan Puan Jamilah berpandangan sesama sendiri. Terperanjat dengan penjelasan Puan Adila. Saya beri peluang untuk Encik Kamarul dan Puan Jamilah berbincang dahulu, dalam masa 10 minit Encik Kamarul beritahu saya keputusan Encik Kamarul," ujar Adila seraya meninggalkan mejanya. Pintu di tutup dan dia berlalu menuju ke arah Anisha yang sedang leka bermain dengan tanah liatnya. Rambut anak comel itu dielus lembut.
*****
Seperti biasa setiap petang Anisha akan bersiar-siar atau beriadah. Walaupun dia tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Namun jauh di sudut hatinya dia bersyukur kerana masih ada orang yang sayang akan dirinya. Anisha tidak pernah menyesal akan nasibnya yang buta. Dia terhutang budi dengan jasa baik Puan Adila kerana membenarkan Anisha bekerja di Rumah Kebajikan Darul Ehsan dimana dia diasuh dan dibesarkan di sini. Kini giliran Anisha pula untuk berbakti kepada anak-anak yang senasib dengan dirinya. Anisha tidak mahu terus menerus terhutang budi dengan Puan Adila. Walaupun dia buta itu tidak bermakna dia tidak dapat menyumbang tenaga dan kemahiran yang pernah dipelajarinya di sini. "Nisa jalan baik-baik, Nabiha tak ada hendak temankan Nisa jalan," pesan Jannah setelah dilihatnya Nisa hendak bersiar-siar sendirian. "Tak apalah Jannah bukannya Nisa tak biasa jalan seorang lagipun Nisa tak pergi jauh cuma dekat dengan kawasan sini sahaja," "Ok balik cepat tau nanti ramai pula anak bujang mengurat Nisa nanti,"usik Jannah seraya tertawa kecil. "Issh kesitu pulak dia, siapalah yang nak kan dengan gadis buta macam Nisa ni, kalau Jannah lainlah,"ujar Nisa merendah diri. "Nisa kenapa cakap macam tu, orang yang tak suka Nisa, orang itu yang buta, bukan buta mata sahaja, buta hati," ujar Jannah ikhlas. Nisa seorang gadis yang berhemah tinggi dan baik budi perkertinya. Anisa seorang gadis yang cantik, memiliki kulit yang putih gebu, rambut yang ikal dan raut wajah yang cantik, sayang sekali dia tidak dapat melihat akan dirinya. Anisa hanya mendiamkan diri bila Jannah mengusiknya. Dia tahu Jannah seorang sahabat yang baik. "Nisa pergi dulu, jumpa lagi besok tau," ujar Anisha seraya berjalan perlahan menuju ke pintu. Anisha tidak perlukan tongkat untuk berjalan di sekitar kawasan rumah anak yatim ni kerana dia sudah arif selok belok kawasan sini. Kalau orang yang tidak tahu akan keadaan Nisa pasti mereka tidak menyangka bahawa gadis itu buta. Anisha berjalan seperti orang dapat melihat.
Affendy duduk menghirup teh tarik di warung tepi jalan di kaki bukit. Entah kenapa dia tergerak hati hendak berhenti sekejap dia pun tak tahu. Selama dia lalui jalan ini untuk menuju ke rumahnya belum pernah dia menyinggah ke warung berkenaan. Lagipun perjalanannya tidak berapa jauh sangat. Affendy memerhatikan sekeliling. Ramai juga yang singgah hanya untuk menghilangkan dahaga. Affendy mengalihkan pandangan ke arah jalan seberang dimana matanya terpaku tatkala terpandang seorang wanita cantik berbaju kurung sedang berjalan sendirian. Affendy memandang gadis tersebut dengan penuh minat. "Kemana agaknya dia nak pergi senja-senja begini," bisik Affendy. Matanya melirik ke arah jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan kurang sepuluh minit pukul 7.00 malam. Anisha tahu dia sudah terlewat, mungkin sekarang sudah hendak masuk senja. Anisha menyesal sendiri kerana tidak segera pulang seperti waktu selalu. Pasti Puan Adila risau kerana dia masih belum pulang. Langkah kakinya di percepatkan. "Heh, awak tak nampak ke ada lubang besar depan awak, nasib baik saya cepat kalau tidak tentu awak dah terjatuh tadi,"ujar Affendy kasar lalu menarik lengan Anisha. Anisha tersentak bila disergah, mengigil tubuhnya bila mendapat tahu dia hampir terjatuh dia dalam lubang seperti yang dimaksudkan oleh jejaka yang membantunya tadi. "Maafkan saya, saya tak nampak," ujar Anisha tersekat-sekat, air matanya mengalir tanpa disedari. "Awak tak nampak," soal Affendy. Dia berdiri betul-betul di hadapan gadis cantik itu. Gadis itu tidak memandang tepat ke arahnya sebaliknya dia memandang ke hadapan seolah-olah tiada sesiapa berdiri di hadapannya. Affendy dapat melihat air matanya mengalir perlahan. Affendy beristifar bila menyedari silapnya dia merasa kasihan dengan gadis itu. Memang benar gadis di hadapannya itu tidak dapat melihat. Tetapi mengapa dia berjalan sendirian di waktu begini tanpa bantuan dari sesiapa. "Maafkan saya, kenapa saudari jalan seorang diri, kalau terjadi apa-apa pada saudari nanti siapa yang susah, tentu keluarga saudari risau kerana saudari masih belum pulang lagi," ujar Affendy lembut tidak seperti mula-mula tadi.. Anisha tidak menjawab dia masih lagi dalam keadaan terkejut. "Tak ada macam ni, saudari beritahu saya dimana saudari tinggal saya hantarkan saudari pulang," ujar Affendy bila Anisha hanya mendiamkan diri. "Sssaya tinggal tak jauh atas bukit ni sahaja, rumah Kebajikan Darul Ehsan," ujar Anisha perlahan. Dia tahu pemuda yang membantunya adalah seorang yang jujur. Walaupun Anisha tidak dapat melihat dia dapat menilai keikhlasan seseorang itu melalui suaranya. Affendy mendongak kepalanya cuba mencari papan tanda rumah kebajikan yang di maksudkan oleh Anisha. Benarlah seperti apa yang di katakan gadis itu rumah kebajikan tersebut diletak di atas bukit.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
crte ni mcm x best la....