Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku mempercepatkan langkah. Panggilan bertalu-talu daripada Daniel tidak aku pedulikan. Selepas kejadian di bilikku tempohari aku seboleh-bolehnya cuba menjauhkan diri daripadanya. Bukan kerana benci, tapi untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak aku ingini. Maklum sajalah, cinta pertama sukar untuk dilupakan. Buatnya aku terjatuh cinta dengan dia semula haru jadinya. Kalau sebelum ini aku masih boleh mengawal perasaanku daripada jatuh sayang kepadanya. Itu kerana pada fikiranku Daniel sudah melupakan aku dengan kewujudan Masyitah di sisinya. Tetapi rupanya tidak. Dengan godaan Daniel aku mungkin akan kembali ke sisinya. Sedangkan aku tidak mahu perkara itu terjadi. Bagaimana dengan Masyitah nanti? Dia mungkin akan menuduh akulah punca keretakan hubungan mereka. "Ifa, wait!" panggil Daniel sambil memintas perjalananku. Aku tidak punya pilihan melainkan terpaksa berhadapan dengannya. Cuba berlagak seperti biasa. "Eh, Daniel! You tak ada kelas ke sekarang ni?" tanyaku. Wajah yang kalut cubaku ceriakan. "Sejak bila you dah lupa nak hafal timetable I ni?" tanya Daniel sinis. Ucapannya menyampaikan maksud yang sudah aku maklumkan. Selama ini jadual waktu pengajaran Daniel memang terakam kemas di dalam ingatanku. Tak mungkin aku lupa. Cuma aku tidak tahu ayat apa yang sedap didengar untuk halwa telinga lelaki itu. dan akhirnya soalan itu yang terkeluar. Kebiasaanya aku akan mengambil peluang untuk berbual dengannya ataupun berbincang tentang kerja pada waktu lapang masing-masing. Itupun jika tidak ada kerja yang memerlukan tuntutan segera. "Oh ya, I lupa! Sekarang memang you tak ada kelas kan?" "You lupa? Atau buat-buat lupa?" "Eh, kenapa pulak I nak buat-buat lupa? I memang tak ingat. Sorry ek?" "Ok, tapi kenapa you tak menoleh bila I panggil you tadi?" Sudah! Apa pula alasan aku kali ini? "Er…Sorry, I tak dengar tadi!" Kulihat mata Daniel mengecil. Menandakan yang dia tak berpuas hati dengan jawapan yang kuberi. "Tak dengar?" "A’ah, I tak dengar! Sorry ek?" "Tak dengar…." Ulang Daniel sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. "Tapi boleh pulak you berjalan laju macam ribut? Kenapa tu?" Kepalaku ligat mencari alasan. Alasan yang tidak akan melukakan hati sahabatku ini. "Emm…actually I tengah kejar masa ni. Ada hal kejap lagi. sebab tu laju je jalannya." "Yeke you tengah kejar masa? Ke sengaja nak larikan diri daripada I?" "Hah? Nak larikan diri daripada you? Kenapa pulak? You ni merepek ajelah," sangkalku pantas. "You jangan cuba nak nafikan Ifa. I tahu sejak hari tu you langsung tak nak berbual-bual dengan I. Kalau nampak I you mesti lari. You ingat I tak perasan semua tu?" Aku terdiam seketika. Kehilangan kata-kata. Dalam diam aku mengakui akan kata-katanya. Memang benar aku sedang melarikan diri daripadanya. Tapi persoalannya sekarang sampai bila? Tengok sajalah sekarang. Baru beberapa hari aku sudah tertangkap. "Kenapa you diam? Betulkan apa yang I cakap?" "Takdelah. Buat apa I nak larikan diri daripada you? Lagipun kitakan kawan baik? Takkan I nak larikan diri daripada kawan baik I sendiri?" nafiku lagi. Daniel memandang aku dalam. Mungkin cuba mencari keyakinan dalam kata-kataku tadi. tapi mungkinkah ia akan dijumpai sedangkan aku sendiri tidak tahu akan kebenaran kata-kata itu. "Betul you tak larikan diri daripada I?" tanya Daniel. Untuk puaskan hatinya barangkali. "Betullah," jawabku pantas. "Ok, kalau macam tu apakata you temankan I makan." "Hah?" "Kenapa? Kata kita kawan baik? Takkan nak temankan kawan baik makan pun tak boleh? Sebelum ni you tak kisah pun." Daniel pantas membidas membuatkan aku kehilangan kata-kata. Manakala otakku pula ligat berfikir sama ada hendak turutkan saja permintaannya atau menolak. "Okaylah kalau macam tu." Akhirnya aku memberikan persetujuan untuk menemaninya. Niatku cuma tidak mahu melukakan perasaannya. Dalam keadaan sekarang perasaan Daniel mungkin mudah tercalar. "Tapi tunggu kejap. I nak letakkan barang-barang ni dulu kat bilik." Daniel hanya mengangguk sebagai tanda keizinan.
"Macam mana you sekarang?" Aku menghentikan suapan. Wajah Daniel kupandang. Entah mengapa hatiku pasti soalan Daniel itu punya maskud tersirat. Tapi aku cuba untuk tidak mengendahkannya. Macam biasa aje. Tak ada apa yang menarik pun," jawabku, tenang. "Ye ke? You dengan Rizal macam mana?" "Rizal? Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia ni?" Daniel tersenyum. Dia meletakkan sudu dan garpu dan garpu ke dalam pinggan yang sudah kosong. Sambil mengelap bibirnya, dia bersuara… "Yelah, you kan dah batalkan pertunangan you dengan dia. So, dia tak kata apa-apa ke?" "Ada jugak. Tapi nak buat macam mana? Dia tak boleh paksa I." "Betul ke you dah tak ada perasaan pada dia?" Aku mengangkat kepala lalu meletakkan pandangan mataku ke matanya. Sedikit ganjil pabila aku mendengar pertanyaan itu. "Kenapa you tanya macam tu? Adakah I ni nampak macam masih tergila-gilakan dia?" "Bukan maksud I macam tu. Cuma I terfikir. Kalau you dah tak ada apa-apa perasaan pada dia, kenapa you tak boleh terima I?" Sudah kujangkakan persoalan ini yang ingin dibangkitkan oleh Daniel. Perlukah aku menegaskannya sekali lagi? Tapi aku takut sekiranya akan melukakn hati lelaki ini yang ternyata masih setia menantiku. Tapi kesetiaanku pula seakan tercalar saat aku aku menerima Yusrizal sebagai suamiku dulu. "Kenapa you diam?" "Tolonglah Daniel. Jangan mulakannya lagi. I tak nak lukakan hati you." "Tapi hati memang dah terluka Ifa saat you terima Rizal sebagai suami you. Jadi apa bezanya sekarang? Sama kan? Tak salah rasanya kalau you nak tambahkan luka I ni!" "Apa maksud you?" "Apa maksud I? huh, macam yang I cakap tempohari, I masih cintakan you dan akan berusaha memiliki you walau macam mana sekalipun. Kalau perlu I paksa you I akan buat! Asalkan I dapat memiliki you." "What you dah gila ke? You tak boleh paksa I!" Kemarahan aku naik mendadak. Daniel memang melampau. Aku sudah bermurah hati menemaninya makan tapi ini yang dibalas kepadaku? Siapa dia untuk memaksaku? Aku berhak menentukan jodoh aku sendiri. sudah gilakakh lelaki ini? "Siapa kata I tak boleh paksa you? Kalau dulu ya, memang I terlalu pemurah sampai sanggup melepaskan gadis yang dicintai kepada lelaki lain. Tapi kali ni tak lagi. I akan dapatkan balik cinta I!" Dabiel membidas. "Sepatutnya dari dulu lagi you dah jadi milik I. bukan Yusrizal!" ujar perlahan. Namun masih punya ketegasan kerana setiap butir kata yang keluar dari mulutnya ditekankan agar cepat meresap ke dalam otakku, mungkin. Aku pula sudah ternganga tidak percaya. Bagiku yang berada di hadapanku ini bukanlah Daniel yang telah lama kukenali. Bagiku dia adalah lelaki lain. Cara dan sifatnya berubah serta-merta. Kemana hilangnya Daniel yang dulu? Yang tidak pernah memaksa kehendakku? Yang pelembut dan penyanyang? "You tak boleh macam ni Daniel. Macam mana dengan Masyitah? You tak kesian dengan dia ke?" "Ahh, I tak peduli semua tu! Yang I mahukan sekarang ialah you!" katanya keras. Tapi masih dikawal nada suaranya agar tidak mengganggu pensyarah yang lain. Air muka kami juga harus dijaga. "Astagfirullahalazim…mengucap Daniel. Kawal diri you!" "I masih waras, jangan bimbang," kata lelaki itu. mungkin cuba menidakkan andaianku bahawa dia sudah tidak waras. "Tapi ingat Ifa, I akan dapatkan you." Dengan kata yang berbaur peringatan itu dia terus meninggalkan aku yang ternyata masih tidak percaya dengan tindakannya sebentar tadi. Aku memicit dahi yang terasa berdenyut-denyut dengan tiba-tiba. Kenapa semua ini harus terjadi? Rasanya mahu saja aku bertempik sekuat hati bagi melepaskan bebanan perasaan ini. Sial! Semua ini Yusrizal punya pasal. Ternyata dia punca segala masalah. YA ALLAH, apa yang harus kau lakukan? Linda! Ya, Lindalah pengubat hatiku sekarang ni. Dengan pantas aku mengeluarkan telefon bimbit dan nombor telefonnya kudail. "Hello Linda. Kau free tak petang ni?" "We bagilah salam dulu. Ni main terjah jer," marah Linda. "Ahh, kira halallah. Tak berdosa pun kalau tak bagi salam. Yang berdosanya kalau tak jawab salam." "Apa-apa jelah kau ni. Hah, apahal? Aku free kot petang ni." "Aku nak jumpa kau." "Rindu kat aku ke?" "Boleh tak?" tanyaku tanpa menjawab pertanyaannya. Buat menambahkan sakit hatiku saja. "Boleh cik kak. Kat mana?" "Tempat biasa. Pukul 5 ek?" "Ok, jumpa nanti."
huh lame bebenor tunggu cte nih..dh lupa dh jaln cte sblm ni.cte ni best tp jd x best ble penulis lmbt post new n3.So sy advise penulis supya jgn biar pembaca tunggu lama yek..nnti die punyer perisa tu makin hari makn kurang..=)
huhuhuu..penulis tak lambat post tp tuan punya blog yng lambat..semangat nak menulis pun dah kurang ni..sy cuma harapkan kawan2 untuk terus support sya. mudah-mudahan bersemangat semula nak menulis.
kalu gitu ade blog tak...bg blog la...lg senang nk baca heheheh..pleasse...i dah naik lupa ape citer sebenarnyer novel ni
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huh lame bebenor tunggu cte nih..dh lupa dh jaln cte sblm ni.cte ni best tp jd x best ble penulis lmbt post new n3.So sy advise penulis supya jgn biar pembaca tunggu lama yek..nnti die punyer perisa tu makin hari makn kurang..=)