Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Wah!!!! Kalau anak Pengetua, tentu hensem. Hihihiii. Maklumlah mak dia cantik. Aku dengar suami Cikgu Hamidah tu orang Pakistan." Suara Imah bergema di dalam bilik nombor 6 Asrama Tun Teja ketika rakan-rakan yang lain sedang leka membuat kerja masing-masing. Maziah menghampiri Imah lalu duduk disebelahnya.
"Betul ke? Wau… tentu ramai peminat dia nanti." Sara dan Ros turut serta. "Tak sabar aku nak tengok bakal cikgu baru kita tu. Hensem sangat ke dia tu?" Sara berbaring di atas katil Imah sambil merenung siling bilik mereka.
"Eleh, kau apahal pulak tak sabar nak tengok muka cikgu baru tu, budak hensem kelas kamu tu macam mana? Kena reject ye?" Maziah menolak bahu Sara.
"La…. Apalah kau ni, aku hanya nak tahu bagaimana rupa anak Pengetua kita tu," Sara menjawab sambil duduk memandang rakan-rakannya.
"Korang bayangkan, kalau bapa dia orang Pakistan, tentu bakal cikgu kita tu banyak bulu kat badan dia. Dan muka dia penuh bulu. Maklumlah orang Pakistan ni, kan banyak bulu. Macam mereka yang jual karpet kat pasar tu. Hihiiii gelinya," Sara ketawa terbahak-bahak. "Hoi minah…. Apa yang lucu sangat tu?" Sergah Alia yang baru keluar dari bilik mandi. Sambil mengeringkan rambutnya yang panjang itu, dia duduk di sebelah Maziah.
"Eiiii. Otak kau ni kotor betul. Tak patut kau cakap macam tu," Ros buat muka jijik. Mereka yang lain hanya tersenyum.
"Apa yang jijik sangat tu?" Soal Alia hairan. "Ni, kawan kita yang pemalu ni, ada ke patut, dia cakap yang anak Pengetua kita tu badannya berbulu macam orang Pakistan yang jual karpet tu," Maziah buat muka buruk.
"Kalau berbulu dada ok jugak. Macho," Imah pula menyokong Sara.
"Eiiii Ni lagi sorang. Lain dari yang lain," Ros geleng kepala. Alia cuma tersenyum.
"Orang kata, lelaki yang berbulu dada ni, romantic, penyayang. Aku suka lelaki yang romantic tau," Imah berangan.
"Lelaki yang penyayang dan romantic tak semestinya berbulu dada. Apalah korang ni, berdiri bulu roma aku dibuatnya." Alia segera menyarung baju kebadannya. Kadangkala rakan-rakannya bercerita sesuatu yang melebihi had umur mereka.
"Sara, kau dah tegur secret admire kau tu?" Alia bertanya sambil memasang bedak asas kemukanya.
"Belumlah. Malas aku nak fikir. Simpan dalam hati je," Jawab Sara malas. "Dah mengalah? Cepat betul? Aku ingatkan kau benar-benar nak tackle dia," Maziah memandang wajah Sara.
"Aku malas nak fikir tentang hal itu lagi. Aku nak tumpukan perhatian pada pelajaran dulu. Cukuplah sekadar tengok dari jauh," Sara menjawab tenang. Bagi Sara itu lebih baik kerana dia seorang yang tidak suka terjebak dalam soal hati dan perasaan.
"Bagus. Macam tu lah. Bila kita barada dalam keadaan sekarang ni, memang banyak dugaan. Bila hati kita sukakan seseorang, kita terpaksa kawal perasaan kita tu. Memang sakit," Alia berkata sambil berpeluk tubuh. Semua mata memandang kearahnya.
"Alia, kau ni, bercakap macam ada pengalaman je aku tengok. Kau ada orang yang kau berkenan ke?" Maziah memandang wajah Alia. Begitu juga mereka yang lain.
"Kenapa?" Soal Alia pelik. Dahinya berkerut seribu. Dia membalas pandangan rakan-rakannya dengan pandangan pelik.
"Aku kan suka baca buku cerita. Kalau korang tak percaya, nanti aku suruh korang baca buku tu," Alia berkata selamba. "Tapi cara kau bercakap macam pernah mengalaminya. Betul ke kau tak pernah bercinta sekalipun?" Mereka berempat mencari kebenaran di wajah Alia. Alia tersengih. "Oklah. Aku memang pernah sukakan seseorang masa kita di tingkatan 3. Aku tak tahu kalau itu dikatakan cinta." Alia terdiam seketika mengingati kisah yang ingin dilupakan. Temannya setia menanti.
"Aku rapat sangat dengan dia. Ke mana sahaja kami tidak pernah berengang. Tetapi aku ingatkan kami hanya teman biasa. Kemunculan Nita dalam hubungan kami membuatkan aku sedikit keliru. Aku cemburu," Alia tunduk sambil tersenyum lemah.
"Maksud kau? Lelaki tu Alan?" Soal Imah tidak percaya. Alia angguk kepala. "Kenapa kau tak bagitau kita orang?" Sara pulak menyampuk. "Tunggulah aku habis cerita dulu." Alia marah.
"Ok..Ok… Sambung," Alia menarik nafas panjang. "Semakin hari hubungan aku dengan Alan semakin renggang. Kemudian, dia bagi tau aku yang dia nak belajar betul-betul, supaya dapat masuk sekolah yang lebih baik. Dia tak mahu terus leka bila bersama dengan aku. Aku kan minat bersukan." Alia tersenyum pahit. Masih jelas diingatan kejadian 2 bulan sebelum peperiksaan percubaan PMR.
"Alia, mulai hari ni, kita jangan berjumpa lagi ye. Aku nak tumpukan perhatian pada pelajaran aku. Aku dan Nita bercadang nak memohon sekolah Sains yang sama. Aku dah bagi surat letak jawatan dalam bola sepak dan olahraga." Alan berkata serius.
"Betul ke? Kau nak lepaskan begitu saja? Selama ni result kita ok je. Kau ada masalah lain ke?" Alia bertanya sebagai kawan. Semenjak Alan berkawan rapat dengan Nita, perangainya juga berubah dan mudah marah tidak tentu pasal. "Kalau kau ada masalah, bagi tau aku. Mungkin aku dapat tolong," Alia menawarkan khidmat. Namun riak wajah Alan bertukar menjadi serius.
"Boleh tak kau jangan menyibuk. Kau tahu tak, kerana kau, Nita selalu marah kat aku. Dia kata kau cuba nak mengorat aku. Kalau pun kau suka kat aku, aku anggap itu sebagai buang masa. Kita hanya kawan," Alan berkata tegas. Alia yang mendengarnya terasa hati. Tahulah dia kini, Alan sudah berubah dan sedikit pun dia tidak pernah menyimpan perasaan cinta terhadapnya. Alia terus beredar tanpa mempedulikan Alan yang memanggilnya. Semenjak itu dia terus menjauhkan diri dari Alan. Ajay dan Ariy yang menjadi temannya dan juga membantu menghilangkan kesedihannya. Rakan sekampung dan sepermainannya itu saja yang tahu kejadian itu.
"Kasihan kawan aku ni," Ros memeluk tubuh Alia setelah Alia habis bercerita. "Patutlah kau agak pendiam hujung tahun tu. Kita orang ajak pergi berkelah pun kau tak ikut," Maziah bersimpati dengan nasib temannya itu. Alia membalas pelukan Ros. Air mata jatuh jua akhirnya. Melihat keperihatinan teman-tamannya, Alia merasa gembira. Dia ketawa. "Sebab tu aku tak mahu terikat dengan sesiapa pun. Aku nak tunjukkan yang aku pun boleh berjaya biarpun bersekolah biasa," Alia mengesat airmatanya. "Tak patut betullah kau ni. Kenapa tak bagi tau kami," Sara pulak bertanya. Alia tersenyum. "Aku tak nak korang belasah budak perempuan tu. Dan gaduh dengan Alan. Lagi pun aku anggap tu sebagai cinta monyet je. Kenangan masa lalu. Nasib baik result PMR aku ok je," Alia ketawa. "Lain kali, kalau kau sukakan seseorang, bagi tau. Jangan nak simpan dalam hati. Nanti kecewa merana diri," Ros menolak kepalanya. Alia buat muka selamba. "Jangan risau. Untuk 5 tahun akan datang ni, aku malas nak fikir tentang hal macam tu lagi." Alia nekad. "Sara, kalau kau sukakan seseorang, baik kau terus terang. Aku tahu bagaimana rasanya menyukai seseorang dalam diam. Sakit kat dalam sana," Alia menepuk dadanya. Sara memeluk Alia erat. "Maafkan kami kerana tidak mengambil berat tentang kamu Alia," Mereka berlima saling berpelukan. "Ok… sekarang aku rasa semakin ok. Terima kasih Alia, aku akan pastikan perkara ini tidak menjadi penghalang untuk aku mencapai kejayaan," Sara berkata penuh semangat.
Hari isnin yang tenang, ‘Ehhhhh. Macam kenal je lelaki tu? Apa dia buat kat sekolah ni?’ Ros berbisik sendirian. Dia mengekori lelaki tersebut. Ketika matanya leka memerhati lelaki itu, Ros terlanggar seseorang. "Rosma? Apa kamu buat kat sini. Jalan tak tengok orang," Cikgu Hanif memarahi Ros. "Errrr. Maaf cikgu, saya tak sengaja. Hehehehehe. Er… Cikgu, siapa lelaki tadi tu?" Dengan gugup Ros bertanya. Cikgu Hanif merenung wajah Ros dengan riak tidak percaya. "Budak ni, tanya soalan macam tu pulak. Orang yang hensem memang banyak peminat, pelajar pun nak mengorat jugak, apalah murid-murid zaman sekarang ni. Dia guru ganti cikgu Roziah. Nantilah kamu berkenalan dengan dia," Cikgu Hanif geleng kepala biila mengingatkan akan keberanian pelajar pada masa kini. "Ala…Cikgu pun hensem jugak, tapi dah ada orang punya. Nanti tak pasal-pasal kena hukum sebab ada yang cemburu," Ros menjawab selamba. "Kamu ni. Sudah, masuk kelas lagi," Cikgu Hanif beredar. ‘Dia guru ganti cikgu Roziah? Jadi dia anak Pengetua? Alamak!!!!! Alia mampus kau kali ni!!!!’ Ros berlari laju menuju ke kelas 5A. Belum sempat masuk kelas, loceng pun berbunyi.
"Alia." Ros menjerit di depan kelas 5A. Semua mata memandang ke arah Ros. Serta merta wajahnya bertukar merah menahan rasa malu bila menjerit di hadapan guru.
"Rosma kenapa terjerit-jerit ni? Masuk kelas kamu," Cikgu Zamri yang mengajar subjek Sejarah itu memarahi Ros. Semua pelajar kelas 5A tergelak melihat Ros beredar dengan langkah longlai. Ros berjalan perlahan sambil otaknya memikirkan apa yang bakal terjadi pada sahabatnya itu bila mengetahui berita tersebut.
"Nasib kau Alia," Ros berkata lemah.
Sebaik sampai di kelasnya, Ros terus memberitahu berita terkini kepada Sara. "Sara, kau nak tahu satu cerita sensasi tak?" Soalnya perlahan. Sara yang duduk di hadapan Ros, menoleh seketika.
"Mestilah aku nak. Cerita apa?" Soal Sara perlahan. Bimbang akan di dengar oleh guru mereka. Tempat duduk mereka yang berdekatan itu memudahkan mereka berbisik. "Lelaki yang Alia sepak kaki hari tu, anak Pengetua. Cikgu baru tu. Tentu dia ingat kita, kan?" Ros menjawab serius.
"Apa?" Sara menjerit. Tindakan reflek yang tidak disangka oleh Ros. Dia memukul bahu Sara.
"Sara… kenapa menjerit ni. Kalau nak bermain, berdiri kat luar sana," Marah Cikgu Ana.
"Errr. Maaf cikgu," Sara tunduk malu. Semua mata memandang mereka. Sara dan Ros tunduk. Masing-masing memikirkan apa yang bakal berlaku nanti. Dan mereka mula menumpukan perhatian pada matapelajaran yang diajar. Sebaik sahaja loceng tamat waktu subjek Sains, Sara menoleh ke arah Ros untuk mengetahui cerita selanjutnya.
"Alia dah tahu?" Soal Sara lagi. Ros geleng kepala.
"Tak sempat nak bagi tau dia," Jawabnya perlahan. Ariy datang lalu bersandar di meja Ros. Dia menolak bahu Ros yang leka termenung. "Kenapa ni? Macam anak Pak Leman mati anak lembu je aku tengok." Ariy berkata selamba. "Ariy!!!! Kau ni kenapa kasar sangat kat aku? Aku pelempang kepala kau kang? Baru tau," Ros menunjukkan penamparnya dan bersedia untuk menampar kepala Ariy. Ariy tergelak sakan dan menjauhkan kepalanya dari Ros. Bimbang juga jika Ros benar-benar melayangkan tapak tangan ke kepalanya. "Sorri Ros. Dah biasa. Hihihi. Ampun kan hamba, pacar yang hina," Ariy sempat beraksi lucu hingga membuatkan Sara dan Ros turut sama tergelak. "Eh… Sara, Ros. Cuba kamu tengok kat luar tu, Pengetua dan lelaki hari tu lah," Ariy bersuara dengan nada terkejut. Ros dan Sara turut menoleh keluar kelas.
"Takkanlah dia guru ganti tu?" Soal Ariy keliru. Ros dan Sara hanya mampu mendiamkan diri. "Wau… hensemnya guru baru tu," Terdengar suara pelajar perempuan yang memuji ketampanan guru sandaran tersebut. Ariy, Sara dan Ros gelisah. "Kau rasa dia balas dendam tak?" Soal Sara sambil memandang wajah Ariy. "Entahlah. Tapi kalau dia berfikiran macam budak-budak, memang dia akan balas," Ariy berkata sambil tersenyum. Lucu bila mengingatkan Alia dan lelaki itu bakal bermusuhan. Dia kenal Alia yang tidak mahu kalah. Lebih-lebih lagi, bila orang berkasar dengannya. "Tentu Alia terkejut beruk. Hari tu, jambang sana sini. Hari ni, nampak hensem giler. Hihiiii." Ros memuji. Sara menjeling tajam ke arah Ros. "Kenapa? Memang hensem pun. Macam muka angkasawan pertama negera kita aku tengok." Ros tersenyum sambil mengenyit matanya ke arah Sara. "Tak sabar rasanya nak tahu riaksi Alia, tentu lucu, kan. Alia tu, nampak je berani." Ariy tersenyum bila mengingatkan perangai Alia yang kadangkala terlampau berani dan ada waktunya dia menjadi penakut.
askum,kali nih...mcm x der isi yg bestt pun...lambatnyerrr upload...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
askum,kali nih...mcm x der isi yg bestt pun...lambatnyerrr upload...