Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ariel keluar dari teksi apabila sampai ke destinasi yang dituju. Setelah membayar tambang, dia memandang ke bangunan Akademi Seni Tarian di Jalan Ampang. Dia membuka cermin matanya dan disimpan di dalam beg. Kakinya melangkah masuk ke dalam.
"Selamat petang, Encik Arziril!" tegur pak guard yang sedang menjalankan tugas ketika Ariel menghampiri pondok keselamatan.
"Selamat petang, Pak Mat" balas Ariel sambil tersenyum lebar.
"Lambat encik training menari hari, ni?" tanya pak guard yang bernama Pak Mat itu meramahkan diri.
"Ada kelas tadi, Pak Mat. Maklumla… glamor… glamor jugak… Tapi belajar tu kena ambil berat," seloroh Ariel sambil menyandarkan dirinya ke dinding pondok tersebut. Dia menghela nafas.
"Betul… Pakcik bangga dengan kamu ni. Jarang artis remaja sekarang ni yang titik beratkan pelajaran mereka. Semuanya sanggup tak nak sambung belajar sebab nak kejar populariti. Hidup dalam dunia hiburan ni tak kemana sebenarnya," nasihat Pak Mat.
"Ya betul… Takpelah, Pak Mat. Saya masuk dulu la. Nanti mengamuk pula si Encik Ki, tu!" kata Ariel lantas segera bersalam dengan lelaki itu.
"Ha… pergi la! Karang mengamuk susah pulak!" balas Pak Mat.
Ariel bergerak menuju ke lift. Sebaik sahaja pintu lif terbuka lantas dia memboloskan diri ke dalam dan segera menekan punat bernombor lima. Kelas tariannya di tingkat 5. Pintu lif kembali tertutup dan bergerak ke atas. Sedang leka menunggu lif sampai ke tingkat 5, sempat lagi Ariel bersiul menggembirakan hati.
Pintu lif terbuka setelah tiba ke tingkat 5. Ariel keluar dari lif dan terkejut apabila melihat En Marzuki yang sedang menunggunya sambil mencekak pinggang. Dia hanya membuat muka selamba. Dah tahu apa yang akan berlaku selepas ini…
"Kau kemana Zi?? Lambat sangat! Tahu tak kita dah hilang masa sejam untuk berlatih!?" marah Marzuki kepadanya. Selama lelaki itu menjadi pengurusnya, Ariel sudah kenal benar dengan sikapnya. Marzuki jenis seorang yang tegas dan komited dengan kerjayanya. Walaupun kadang-kadang dia kuat membebel mengalahkan mak nenek namun dia seorang yang baik hati dan penyayang. Sebab itu dia bertahan dengan kerenah Marzuki. Semuanya demi kepentingan popularitinya. Walaupun Ariel popular, namun masih ramai lagi yang samar-samar dengan kehidupan peribadinya. Dia tidak suka hal peribadinya diambil tahu oleh sesetengah pihak terutama sekali wartawan. Biarlah dia hidup seperti orang biasa. Di pentas, dia adalah Arziril Ryan… seorang artis popular dan hak peminat-peminatnya… tetapi di luar, dia tetap Ariel yang dulu. Seorang yang lurus bendul dan periang.
"Sorry la, Ki… Aku baru habis kelas tadi!" jelas Ariel. Dia segera masuk ke dalam bilik persalinan tarian. Sempat juga dia mengintai koreographernya yang bernama Simon dan rakan-rakan tariannya yang lain berlatih. Marzuki mengikut Ariel ke bilik persalinan.
"Kan dari dulu lagi aku dah suruh kau datang je dengan kereta. Nak kata tak mampu, duit kau tu dah beriban dalam bank. Anak dara orang pun kau dah boleh pinang. Ini tak…nak juga naik bas dan teksi. Kau kena sedar, Zi… Kau tu bukan orang biasa. Kau tu artis popular. Masa itu duit, tahu!" bebel Marzuki. Ariel mengeluh… Malas betul dia nak mendengar mamat ni pot…pet…pot…pet… Leka dia menyalin pakaian.
"Ye, aku tahu. Tapi aku tak suka la hidup macam ni. Aku nak hidup macam orang biasa!" ujar Ariel lantas mengenakan baju T-Shirt tak berlengan yang menampakkan otot-otot badannya. Badan Ariel tegap dan bidang. Selain menari, dia gemar ke gym untuk melatih otot dan pernafasannya agar tidak semput ketika membuat persembahan. Walaupun di hadapan rakan-rakan yang lain Ariel nampak lemah dan selalu termengah-mengah, namun itu adalah satu lakonan semata-mata bagi menutup peribadi sebenarnya.
"Kalau nak hidup macam orang biasa kenapa kau jadi artis?" tanya Marzuki. Ariel diam. Ada sebab kenapa dia tekad untuk menjadi artis popular. Semuanya adalah kerana DANIA!
Pernah suatu ketika dulu Dania mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penari yang terkenal. Dania banyak menyertai persembahan tarian sewaktu di sekolah dulu. Tetapi disebabkan kemalangan sewaktu dia dan Dania menunggang motor ke kelas mengaji telah menyebabkan Dania terlantar di hospital selama sebulan. Motor yang dipandu Ariel berlanggar dengan akar pokok lantas jatuh menghempap kaki Dania. Sungguhpun dia telah sembuh namun dia tidak boleh menari lasak seperti dulu. Sampai sekarang Ariel menyalahkan dirinya. Dan kerana itu, dia menjadi artis demi menyempurnakan hajat Dania yang tidak kesampaian.
Ariel minat R&B dan hiphop sejak kecil. Pada mulanya dia tidaklah pandai menari, tetapi disebabkan semangatnya demi Dania, dia berusaha keras dalam diam. Semasa umurnya 14 tahun, Ariel mencuba nasib memasuki uji bakat tarian dan memukau Encik Azman Rahim yang ketika itu menjadi juri. Encik Azman Rahim merupakan seorang koreografer terkenal. Dia percaya Ariel boleh pergi jauh lantas mengambil Ariel sebagai anak didikannya. Nama Ariel ditukar kepada Arziril dan Ryan (Rashidi + Yanzer) diambil sempena nama dia dan bapanya. Walaubagaimanapun, personaliti sebenar Ariel sengaja dirahsiakan atas permintaannya kerana dia tidak mahu peminat-peminat especially Dania tahu mengenai dirinya. Biarlah Dania kenal dia sebagai Ariel Rashidi Yanzer dan bukan Arziril Ryan. Encik Azman bersetuju kerana baginya nama tak penting, hanya bakat mengubah nasib.
Bakat Ariel diketengahkan apabila umurnya mencecah 16 tahun, dia menjadi backup dancer untuk persembahan KRU di Dataran Merdeka. Pujian demi pujian diterima dan akhirnya pihak rakaman EMI Music mengambil Ariel sebagai artis rakaman. Album pertamanya bertajuk ‘Power of Dancer’ dengan single terbaru ‘Budak Maniac’ berjaya menarik perhatian peminat-peminat yang ketika itu fanatic dengan lagu berentak R&B dan Hiphop. Jualan albumnya meningkat ke 10,000 unit dalam masa dua minggu. Memang betul-betul membanggakan bagi artis baru seperti dia. Encik Azman pula diiktiraf sebagai koreographer terbaik kerana melahirkan seorang anak muda berbakat besar seperti Ariel. Namun ketika namanya semakin meningkat naik, En Azman mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Semangat Ariel luntur saat itu kerana kehilangan orang kuat dan tulang belakangnya. Namun demi Dania, dia perlu meneruskan perjuangan. Dan kini dia berjaya di atas kakinya sendiri. Di sana sini namanya disebut-sebut. Kiranya boleh kalahkan nama Siti Nurhaliza la. Walaupun sudah tiga tahun berlalu sejak namanya melonjak naik, rahsia Ariel masih belum terbongkar. Semua orang hanya kenal dia sebagai Arziril Ryan tetapi tiada siapa yang tahu siapa Arziril Ryan yang sebenarnya.
"Arziril… dah siap, ke? Semua orang dah tunggu…" tanya Simon ketika Ariel memakai pembalut kaki. Marzuki pula sedang sibuk menjawab telefon dari wartawan yang bertanyakan mengenai konsert barunya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
"Ok siap! I’m coming!" jerit Ariel lantas berlari ke dewan tarian. Dia mesti berusaha keras agar konsert keduanya ini bakal memukau peminat-peminatnya sekali lagi. Ya! Itulah harapannya sejak dulu…!
best gak cter nih.... sy suke...ala2 cter jpun gtu... mcm cter mukodono...lbey kurg cm novl ni r...tp laen skit je... neway...keep up a good work.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
SALAM.......
NICE BUT IF M0RE SIMPLE IT W0ULD BE BETTER...
-ZACHWAN-