BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Januari 19, 2009
Cerpen : Suri
Nama Pena : Ara Ariani Aris

"Maafkan saya..tapi ini hakikatnya.." suara Doktor Zaki sudah hampir tidak kudengar lagi. Setitis air mataku gugur jua. Pilunya hati aku kala itu hanya tuhan yang tahu. Sebak menguasai jiwaku. Jantung aku seperti mahu pecah! Kepala aku terasa berat. Tidak mampu aku bayangkan kehidupan dan bentuk penerimaan yang bakal aku telan selepas ini. Sekeping slip keputusan ujian darah telah hampir renyuk dek genggamanku yang kuat.

"Berapa lama lagi saya mampu bertahan?" soalku bodoh padahal aku sendiri tahu hidupku sudah dibayangi malaikat maut bila-bila masa sahaja. Doktor Zaki mengeluh. Dia tunduk, mungkin tidak berani menentang pandangan mata aku yang begitu mengharap saat itu. Cermin mata ditanggal lalu diletakkan di sisi fail pesakitnya.

"Mungkin beberapa tahun? Bergantung atas keadaan kesihatan Cik Suri..Tapi, penyakit HIV juga sebenarnya memakan masa kira-kira sepuluh tahun sebelum menjadi AIDS. So, buat masa ini apa yang boleh disimpulkan, cik mungkin boleh bertahan sehingga mungkin sepuluh tahun or lebih? Insyallah..mujur juga kita dapat mengesannya dari awal.."

"Mungkin?" soalku lagi. Tidak! Batinku meraung dan menjerit sekuat hati! Aku tahu, hayatku tidak panjang. Sebenarnya, aku sendiri tahu akan risiko dan apa yang aku alami sebagai penghidap penyakit HIV. Aku juga yang lantang memperjuangkan hak golongan ini suatu ketika dulu. Tapi, kenapa akhirnya aku sendiri yang menjadi mangsa? Ya, Allah..dugaan apakah ini?

"Tapi, kita still ada rawatan..saya akan bekalkan Cik Suri dengan ubat-ubatan. Nama ubat ini AZT. Hanya ubat ini sahaja yang kita ada. Sekurang-kurangnya, ubat ni mampu melambatkan proses penularan virus dalam badan Cik Suri. Apa yang penting, cik kena jaga kesihatan. Jangan sesekali jatuh sakit sebab antibody badan cik sangat lemah. Jadi, even terkena selesema pun boleh membawa akibat yang buruk"

"Saya tahu doktor..saya faham.." balasku seperti tidak ikhlas. Aku tahu semua itu! Aku tahu apa yang bakal aku alami selepas ini! Aku tahu apa yang aku perlu buat apabila menghidap penyakit ini! Aku tidak perlukan apa-apa penjelasan atau penerangan lagi! Aku tahu segalanya tentang penyakit ini! Bukankah aku yang hebat bersuara supaya nasib golongan ini dibela dahulu? Benar, itu aku! Itu Suri Mutiara bt Shahbuddin!

"Terima kasih..saya balik dulu" kataku lemah. Aku mencapai tas tangan di sisiku. Aku tahu hidupku bakal berubah seratus peratus sebaik melangkah keluar dari bilik Doktor Zaki ini. Senyuman dilempar bagi menutup gelodak rasa yang sedang hebat menggila. Doktor muda itu bingkas bangun lalu menerpa ke arah pintu. Tombol pintu dipulas perlahan dan dia memberi aku ruang untuk keluar. Mungkin simpati melihat aku yang sudah tidak sempurna sebagai manusia normal lagi! Mungkin juga dia sekadar ingin aku menganggap bahawa dia seorang doktor yang prihatin. Entahlah..otakku sudah tepu! Tidak mampu berfikir apa-apa lagi! Lidahku kelu. Aku pantas keluar tanpa menoleh lagi.

"Hai, sayang! How are you now? Apa yang doktor you cakap?" sapa Shah Reza sambil memelukku dari belakang ketika aku sedang leka menyemak beberapa dokumen syarikat di pejabat. Aku tersentak lalu menolak tubuh sasanya dengan lembut. Tidak layak rasanya dikasihi oleh lelaki sebaik Shah Reza itu. Apatah lagi dengan keadaan aku sekarang! Aku kotor, Reza! Pertunangan kita harus diputuskan!

"Kenapa ni sayang? You still tak sihat ke? I hantar you balik rumah?" soalnya sambil merenung wajahku lama. Aku mengetap bibir beberapa kali. Matanya yang redup itu sebenarnya semakin menambah luka di hatiku yang sedia terhiris malah sudah bengkak menahan rasa sedih, sebak, kecewa, malu, takut dan bermacam-macam rasa lagi!

"Tak payah! I balik sendiri!" aku segera menepis tangan Reza yang baru menyentuh pipi kananku. Lelaki itu terkejut. Dia pantas mencapai lenganku yang cuba melarikan diri daripadanya.

"Kenapa ni sayang? Cuba calm down. Tell me why..kita bincang sama-sama. Jangan macam ni..I rasa tak selesa tengok you macam ni.." lembut sekali suara lelaki itu memujuk aku. Hatiku tersentuh juga. Namun, aku bertegas untuk menjauhi dirinya mulai hari ini. Maafkan aku, Reza! Aku betul-betul cintakan kau dan kerana cinta juga aku tak sanggup untuk mengheret kau dalam kancah kehancuran ini!

"Dengar sini, Reza! Mulai hari ini, I tak nak you contact I lagi! Jangan jumpa I lagi, calling ke, mesej ke or apa-apa sajalah! Pendek kata, I tak nak berhubung dengan you lagi! Faham?! Lagi satu, I nak kita putuskan pertunangan ini!" hamburku tanpa menoleh sedikit pun ke arah Reza. Seterusnya, aku lansung berlari meninggalkan Reza terkebil-kebil di situ. Kejamnya aku meninggalkan seorang lelaki yang benar-benar tulus mencintai aku tanpa memberi sedikit pun peluang untuk dia bertanya atau memberi penjelasan. Maafkan aku sekali lagi, Reza…

Malam itu, aku menangis semahu-mahunya di katil. Segala rasa yang menjeruk tangkai hati aku luahkan melalui tangisan tanpa henti. Hari ini hari yang paling teruk dalam sejarah hidup aku. Entah bagaimana harus aku hadapi hari esok dan hari-hari seterusnya tanpa Reza di sisiku. Reza yang baik hati dan prihatin itu sentiasa hidup dalam hati dan fikiran aku. Aku sangat menghargai ketelusan hatinya ketika menerima kenyataan bahawa aku pernah dilacurkan oleh abang aku sendiri ketika zaman sekolah dahulu. Durjana kau Abang Shahrul! Maka, aku jadi tidak betah untuk memberitahu satu lagi kenyataan bahawa aku ini lagi kotor dari sejarah hidup aku sebelum ini! Aku penghidap HIV, Reza! Aku tak boleh terus menganyam mimpi indah untuk masa depan kita nanti lagi, Reza! Hakikatnya lebih pahit dan aku harus menerimanya, bukan sahaja aku malah semua orang!

Setahun berlalu tanpa sedar tapi aku dapat merasakan banyak perubahan pada diriku. Aku meninggalkan segala impian dan kenangan di sini lalu berhijrah ke daerah yang asing bagi diriku. Bagiku, tempat ini lebih memberi ketenangan dan aku lebih bahagia di sini. Jauh dari hidup dan impian yang pernah aku impikan bersama Reza dahulu. Mungkin itu yang lebih baik, tambahan pula aku tidak mahu lansung berhubungan dengan abang aku yang menjadi penyebab utama akan keadaan diriku sekarang. Aku tidak mungkin memafkan dia sampai bila-bila. Tidak mungkin! Jahanam kau Abang Shahrul! Sejak aku meninggalkan bandar hari itu, aku tidak lagi mendengar berita tentang Reza. Mungkin dia membenci aku kerana meninggalkan dirinya tanpa sebab. Biarlah..aku lebih rela dibenci daripada menyakiti kau kemudian hari, Reza!

"Suri?" sapa suatu suara. Aku seperti kenal akan suara itu. Belum sempat aku berpaling, pemilik suara itu terlebih dahulu memeluk aku dengan erat.

"Betullah kau ni Suri! Ya Allah, sukanya aku!" jerit Liyana sambil mencium pipiku bertubi-tubi. Aku hanya membiarkan sahaja tindakannya itu. Liyana ialah teman baikku sejak dahulu lagi. Aku mengenalinya telah lama. Dia merupakan satu-satunya teman yang pernah berkongsi suka duka dengan aku. Dia mengetahui segalanya tentang aku termasuk soal kisah aku yang pernah dilacurkan oleh Abang Shahrul dahulu. Apabila terkenangkan satu-satunya abang aku itu, hatiku menjadi berdendam. Nasibku baik kerana Abang Shahrul sudah meringkuku di dalam penjara akibat perbuatannya itu. Reza dan Liyana yang memberi semangat dan kekuatan kepada diriku untuk melaporkan perbuatan abangku itu. Apabila terkenangkan hidupku dahulu, hatiku menjadi perit dan sakit. Aku masih ingat betapa aku terseksa ketika teman-teman lain sedang khusyuk menelaah pelajaran, aku pula dipaksa melayan nafsu serakah lelaki yang tak pernah kenal erti belas sehingga ke pagi! Aku benar-benar diperlakukan seperti hamba seks! Bukan aku tidak pernah lari, tetapi abang telah mengugut untuk membunuh adik kecil kami yang ketika itu baru berusia tiga tahun. Sejujurnya aku lebih rela mati daripada diperlakukan begitu oleh abang sendiri! Ketika aku hampir setahun menjadi bahan santapan abang dan lelaki-lelaki lain yang aku tidak pernah kenal, adik kecilku telah meninggal dunia akibat demam panas. Semenjak itu, aku benar-benar sepi. Ibu dan ayah aku telah meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya ketika aku berusia 15 tahun. Semenjak itu, aku menjadi mangsa abang.

"Kenapa diam sahaja? Kau tak happy jumpa aku?" soal Yana sambil menarik muka. Lamunanku mati. Aku pura-pura tersenyum. Kali ini, Yana tidak mengetahui segalanya tentang aku. Nasibnya jauh lebih baik daripada aku. Setelah kami masing-masing menamatkan pengajian di universiti, Yana telah mengikuti suaminya ke Perancis dan menetap di situ. Sejak itu, hubungan kami putus. Seperti Reza, aku lansung tidak mendengar khabar daripada Yana.

"Mestilah aku happy jumpa kau!" balasku setelah lama diam. Aku memalingkan wajah ke lain. Kerdilnya diriku berhadapan dengan Yana ketika ini. Mampukah dirinya menerima aku sebagai kawan setelah mengetahui hal sebenar?

"Kau kurus, Suri! Kurus sangat! Kenapa ni? Dulu tak macam ni.." komennya sambil membelek tubuhku yang kurus sekeping. Aku hanya mampu berpura-pura tidak tahu padahal ini adalah satu tanda mereka yang menghidap penyakit HIV. Aku kehilangan berat bedan yang mendadak. Selain itu, aku juga kerap muntah dan cirit-birit di samping demam berterusan sehingga sebulan lamanya. Aku sedar, system ketahanan badanku semakin hari semakin lemah.

"Aku tak sihatlah.." jawabku perlahan. Yana seperti tidak percaya mendengarkan jawapanku yang ringkas itu. Dia menarikku ke sebuah warung lalu kami duduk dan berbual.

"Aku dengar kau dan Reza putus tunang? Kenapa?" Yana memandang tajam padaku. Aku terkejut. Reza sebenarnya satu sekolah dengan aku dan Yana. Kami bertiga memang rapat Cuma aku tidak sangka Reza masih berhubung dengan Yana setelah sekian lama terpisah.

"Aku dah tak sayangkan dia..nak buat macam mana? Hati mana boleh dipaksa-paksa.." tuturku selamba.Yana masih memandangku tajam. Aku jadi gelisah.


"Kau tipu! Aku tahu kau mesti ada masalah lain.." serkapnya sambil meramas lembut tanganku. Aku tunduk sambil cuba menahan perasaan. Rindunya aku pada Reza..

"Aku kotor..aku tidak layak buat Reza.." rintihku perlahan. Air mata tiba-tiba menjadi murah ketika itu. Yana menarik kerusi lalu duduk di sebelahku. Dia memelukku erat. Aku menjadi tenang seketika. Itulah Yana, sahabat yang selalu menjadi bahu tempat aku selalu meluahkan segala rasa yang menyesakkan jiwa.

"Kau tak patut cakap macam tu..Reza itu, orangnya sangat ikhlas. Dia menerima segala baik buruk kau dengan sabar. Kalau dia hanya mementingkan rupa paras dan nafsu, dia takkan setia pada kau sampai macam ni sekali, Suri! Kau tahu, Reza sedang terlantar sakit di hospital? Sejak kau putuskan pertunangan, dia jatuh sakit. Sudah hampir setengah tahun, tapi dia masih begitu. Syarikatnya hampir lingkup, that’s whylah aku kembali Malaysia dan ambil alih syarikat dia sementara dia di hospital. Teruk juga keadaan dia..kesian.." luah Yana. Aku berasa bersalah yang teramat.

"Biarlah.." tegasku seperti tidak peduli padahal hatiku sudah meronta ingin bertemu Reza. Yana memegang kedua-dua belah bahuku.

"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar tak, Suri Mutiara? Reza sedang menderita sebab kau! Janganlah pentingkan diri sendiri!" marah Yana. Aku diam. Lebih baik Reza mati akibat sakit rindunya itu daripada mati kerana penyakit HIV! Mati begitu jauh lebih mulia daripada mati akibat penyakit ini!

"Aku rela pentingkan diri sendiri daripada melihat dia menderita kemudian hari Yana!" tengkingku lalu bergegas bangun dan meninggalkan Yana di situ. Aku kena bertegas. Reza pasti akan lebih mengharapkan aku sekiranya aku kembali bertemu dengannya. Maka, aku tidak seharusnya menemuinya! Dia pasti akan lebih kecewa di kemudian hari.

"Tunggu, Suri! Tunggu!" panggil Yana berkali-kali sambil mengejarku yang sedang ingin melintas jalan. Aku pekakkan telinga. Yana tidak patut menemuiku lagi! Aku harus menjauhinya.
"Jangan pedulikan aku lagi!" tempikku sebaik Yana menarik lenganku. Aku menepis tangannya lalu berlari melintas jalan tanpa menoleh ke kiri dan kanan.

"Suri! Awas!" jerit Yana serentak dengan kehadiran sebuah lori yang laju bergerak menghampiri diriku di tengah jalan. Aku menjerit sekuat hati sambil menekup muka. Bunyi hon kereta saling bersahutan dan tiba-tiba aku rebah. Matikah aku?

"Aduh.." bunyi suara orang mengaduh. Aku membuka mata dan memandang sekeliling. Orang ramai sedang mengerumiku yang sedang terlantar di sisi jalan. Aku menoleh ke sisi. Yana masih memelukku. Lututnya berdarah. Aku memberi isyarat supaya mereka semua beredar.

"Erp..Yana.." aku kelu untuk berkata. Yana telah menyelamatkan aku! Dia senyum kepadaku lalu mencium dahiku.

"Syukur..kau selamat!" ucapnya dalam sendu. Aku menjadi hiba. Tiba-tiba aku merasa lenganku sakit yang teramat.

"Alamat, siku kau berdarah! Biar aku tolong!" jerit Yana sambil cuba menyentuh sikuku.

"Jangan!" jeritku kuat lalu menolak tubuh Yana dengan kuat. Dia jatuh terjelepok. Aku terkedu. Tidak sangka aku menolaknya dengan begitu kuat. Aku memandang Yana yang memandangku tidak percaya. Mungkin dia terasa hati denganku yang tidak menghargai niatnya yang hanya ingin membantu. Kemudian, aku dengar dia menangis teresak-esak. Telahanku tepat. Yana masih tidak berubah. Jiwanya sangat halus dan sensitif sama seperti dahulu juga.

"Aku menghidap HIV, Yana..kau tak boleh tolong aku" luahku akhirnya. Aku terduduk lalu menangis tersendu-sendu. Yana terpempam. Tidak berkelip matanya memandangku. Aku berasa sangat sedih.

"Suri.." panggilnya perlahan. Aku menggeleng-gelengkan kepala.

"Jauhkan diri kau dari aku, Yana! Pergi! Nanti berjangkit! Kita sama-sama luka ni! Pergi!" aku menghalaunya yang merangkak merapatiku. Ya Allah..kuatkan semangatku! Yana menangis lagi. Esakkan kami bersatu. Yana hampir merapatiku ketika aku mula bangun dan berlari sekali lagi meninggalkannya. Maafkan aku, Yana!

Seminggu berlalu dengan sepi. Aku kembali menemui Doktor Zaki. Aku masih bersemangat untuk meneruskan rawatan walaupun aku tahu penyakitku tiada harapan sembuh. Semangatku semakin kuat mungkin juga kerana aku terlalu takut untuk mati. Cuma aku masih tidak mampu menghilangkan perasaan rendah diri apabila berhadapan dengan orang yang aku sayang.

"Macam mana Cik Suri rasa? Ada sakit di mana-mana tak?" soal Doktor Zaki sambil memandang wajahku lama. Aku menggeleng.
" Banyak sangat yang sakit! Tak boleh digambarkan. Satu badan ni sakit! Saya rimaslah doktor..selesema saya masih tak kebas-kebas lagi.." aduku sambil mengesat air hidung yang tidak berhenti mengalir. Doktor Zaki meneliti fail perubatanku.

"Itu perkara biasa yang Cik Suri akan hadapi sepanjang penyakit ni ada. Saya akan bekalkan antibiotik untuk menguatkan antibodi badan Cik Suri.." balas Doktor Zaki sambil menulis sesuatu di atas sekeping kertas kecil. Aku hanya memandang. Pelbagai jenis ubat-ubatan telah aku telan sepanjang aku menghidap penyakit ini. Aku jadi teringat akan kata-kata Cikgu Ghazi, guru Biologi di sekolahku ketika kami mempelajari tentang penyakit Aids dahulu.

"Orang yang menghidap penyakit AIDS akan makan seribu satu jenis ubat sebab satu badan dia sakit! Dia akan makan ubat batuk, ubat sakit kepala, ubat mual, ubat antibiotic, ubak AZT, ubat itu, ubat ini..sebabnya..antibodi dia dah lemah! So, seribu satu jenis lah ubat yang terpaksa ditelan.."

"Saya akan check tekanan darah Cik Suri..tolong hulurkan lengan..selak lengan baju ni.." kata Doktor Zaki sambil memegang lenganku. Aku tersentak lalu mengangguk dan membuat seperti yang disuruh.

"Tekanan darah Cik Suri rendah ni..kenapa? Ada rasa letih tak? Sakit kepala?" soalnya meminta kepastian. Aku mengangguk.

"Memang..kepala ni sering berdenyut-denyut. Sakit sangat sampaikan saya rasa nak pitam!" aduku lagi sambil cuba menahan batuk. Dadaku terasa sakit sekali. Seperti mahu pecah setiap kali aku batuk. Terbongkok-bongkok aku menahan sakit. Doktor Zaki mengusap belakang badanku sambil menghulurkan tisu.

"Keletihan dan sakit kepala tu akibat dari tekanan darah yang rendah. Sakit dada tu pula sebab batuk dan masalah di paru-paru. Kita akan buat ujian untuk mengesan penyakit ni.." ujarnya sambil membantu aku untuk bersandar di kerusi.

"Saya peliklah doktor..kenapa badan saya menjadi terlalu lemah dengan cepat? Bukankah ia mengambil masa sehingga bertahun lamanya untuk merebak menjadi AIDS? Atau saya sudah dijangkiti AIDS?" telahku penuh curiga. Air mata sudah menunggu masa sahaja untuk keluar.

"Sabar..kita masih belum buat ujian darah. Tapi, hakikatnya..cik kena bersedia. Sebab semua yang cik alami sekarang ialah tanda awal penyakit AIDS. Jadi, macam yang saya pernah bagitau, semuanya terpulang pada tahap kesihatan cik. Segalanya mungkin.."

Aku menjadi hampa. Air mata yang kutahan menitis jua tetapi sedikit sahaja. Selebihnya, aku simpan. Mataku terasa perit sekali setiap kali aku menangis. Patutlah, aku rasa badan aku benar-benar lemah kebelakangan ini, apatah lagi sejak kejadian bersama Yana hari itu. Selain berasa lemah dan sakit-sakit di bahagian badan, waktu haid aku juga tidak lagi teratur. Kulitku menjadi kering dan berbecak.
"Banyakkan berdoa..cik kena ingat, Allah itu maha kuasa.." nasihatnya. Aku mengangguk sahaja. Belum sempat aku menanyakan soalan, tiba-tiba seorang jururawat masuk dengan tergesa-gesa.

"Maaf..ada orang ingin jumpa Doktor Zaki! Dia jiran Doktor Zaki. Katanya ada hal mustahak, saya dah cuba beritahu yang doktor ada pesakit sekarang tetapi dia tetap nak jum.."

"Zaki! Zaki kena tolong mak cik! Zaki!" raung seorang wanita tiba-tiba lalu menerpa ke a rah Doktor Zaki. Keadaan jadi kalut sebentar. Aku bingkas bangun. Wanita dalam lingkungan lima puluhan itu sepertiku kenal.

"Suri Mutiara?" soal wanita itu sebaik terpandangkan wajahku. Mata kami saling bertatapan.

"Mama?" soalku pula. Aku menjadi malu dan hiba. Wanita ini ialah ibu Reza. Wanita yang pernah menabur jasa kepada diriku setelah kematian ibu bapa dan adik kecilku serta setelah abangku dipenjara. Dia juga sangat ikhlas terhadapku sehingga masih sanggup menerima aku sebagai menantunya dahulu. Ya Allah, betapa aku sedar kini, aku sangat pentingkan diri sendiri! Sepatutnya aku tidak sesekali membelakangkan mereka. Kami berpelukan seketika.

"Kenapa Suri jauh dari kami? Tak kesian ke Reza ke Suri? Tak kesian ke mama dengan papa? Tak kesian pada along dan achik?" soalnya bertubi-tubi sambil memelukku kemas. Aku menangis lagi. Baru aku sedar betapa masih ada ramai yang prihatin pada nasib aku ini. Bukankah dahulu aku juga yangsering memberi semangat kepada insan yang menderita akibat penyakit ini supaya sentiasa bersemangat meneruskan hidup? Jadi, kini tiba giliran aku, maka aku seharusnya lebih kuat!

"Oh, ya! Reza! Zaki! Zaki kena tolong mak cik! Reza tak nak makan ubat, dia cabut habis semua wayar air dan wayar darah!" adu Puan Aisyah. Aku benar-benar terkejut. Nampaknya, keadaan Reza benar-benar kritikal. Aku harus menemuinya!

"Kita ke sana sekarang!" Doktor Zaki pantas membuat keputusan. Kami bertiga bergegas ke wad surgeri lelaki di tingkat dua. Hatiku berdegup kencang. Adakah Reza akan membenciku?

"Reza masih setia pada Suri.." ucap Puan Aisyah tiba-tiba seperti mengerti apa yang aku rasa ketika ini. Waktu menunggu lif seperti bertahun lamanya. Aku mula gelisah. Padahal aku selalu menemui Doktor Zaki di hospital ini semenjak kembali semula ke bandar seminggu yang lalu, tetapi kenapa aku tahu bahawa Reza juga dirawat di sini?

"Suri minta maaf mama.." pintaku sambil mengucup tangan wanita di hadapanku ini. Rasa bersalah hadir bertubi-tubi.

"Mama yakin..Suri mesti merahsiakan sesuatu kan? Mama tak pernah salahkan Suri..tapi kenapa Suri putuskan pertunangan ni tiba-tiba? Suri sakit?" Aku serta-merta terdiam. Ternyata, telahan mama benar sekali. Dia memandangku penuh curiga. Aku tidak berani memandang wajahnya. Selebihnya, aku hanya tunduk dan memandang jari kaki. Doktor Zaki di sebelah pura-pura tidak mendengar. Puan Aisyah pantas menarik lengan baju doktor itu.

"Kenapa dengan Suri? Dia sakit apa? Kenapa dia jumpa Zaki?" soalnya bertubi-tubi. Aku menelan air liur. Tidak sanggup rasanya membiarkan mama mengetahui hal sebenar. Aku pejam mata rapat-rapat.

"Itu..itu..erp..mak cik kena Tanya Cik Suri sendiri.." balas Doktor Zaki tersekat-sekat. Dia menghormati amanah aku supaya merahsiakan hal ini.

"Suri..kenapa ni? Cakap betul-betul dengan mama..Suri sakit?" soalnya lagi. Aku yakin dia pasti dapat mengagak keadaan diriku sebenar berdasarkan perwatakanku sekarang. Lagipun, mama merupakan seorang jururawat dan aku pasti, kelebihan itu digunakan sepenuhnya untuk menganalisis keadaan kesihatanku sekarang.

"Betul ma…" jawabku pendek. Bergetar nada suaraku. Mama pantas mencium pipiku. Aku jadi terharu.

"Sabar Suri..dugaan Allah itu bertujuan untuk menambahkan keimanan hambaNya..Suri sakit apa?" Aku jadi sebak sampai tidak mampu berkata-kata. Hanya anggukan kecil yang mampu aku lakukan. Belum sempat aku membuka mulut, pintu lif terbuka. Kami pantas melangkah ke dalam perut lif. Aku diam. Mama pun diam. Barangkali dia memberi ruang supaya aku bertenang dahulu. Sebaik pintu lif terbuka, kami bertiga pantas menuju ke wad Reza. Hatiku kembali berdebar-debar. Apakah masalah Reza yang sebenar?

"Jom masuk, Suri..Reza pasti gembira jumpa Suri.." ajak mama lalu menarik tanganku supaya masuk ke dalam wad Reza. Aku jadi serba-salah. Kakiku seperti dipasung, kaku di situ. Bagaimana harus aku berdepan dengan Reza? Dia pasti sedih melihat diriku sekarang. Aku tidak mahu dia kasihan melihatku!

"Pergi! Pergi! Jangan ganggu aku! Pergi! Aku kata pergi! Bodoh! Gila! Pergiiiii…!" jeritan seorang lelaki mengejutkan kami berdua. Dari luar, aku lihat Doktor Zaki berserta tiga orang jururawat kalut menenangkan seorang lelaki. Aku jadi seram sejuk. Rezakah itu?

"Itu Reza.." terang mama sambil menangis.

"Dia mengalami gangguan jiwa yang teruk sejak Suri hilang tanpa berita dahulu. Seminggu yang lepas, dia cuba lari ikut tingkap. Dia jatuh dari tingkap dua. Nasibnya baik kerana masih hidup tetapi..itulah..keadaannya bertambah teruk sejak dia operate bahagian otak tiga bulan lepas.."
Aku terkejut besar. Perwatakannya sudah jauh berubah. Aku hampir tidak mengecamnya. Kepalanya sudah botak, tubuhnya kurus melidi, pipinya cengkung sekali dan suaranya sudah serak. Aku berpaling wajah. Tidak sanggup rasanya menatap wajah Reza kala itu. Akukah yang salah? Benar kata Yana, Reza benar-benar tulus terhadap aku sehingga sampai sekarang dia masih lagi mencintaiku.

"Suri Mutiara.." panggil satu suara. Seingat aku, hanya seorang sahaja yang sering memanggil aku dengan nama penuh. Telahanku tepat. Yana datang lalu memelukku erat.

"Kau sayang dia lagikan Suri?" Tanya Yana. Aku mengangguk.

"Aku sentiasa sayang dia..forever..Cuma, aku tak pasti mampukah dia menerima keadaan aku sekarang?"

"Kau kena ingat, sebagai satu keluarga, kita harus mengalami susah dan senang bersama. Itu namanya kasih sayang yang sejati. Lagipun, bukan kau yang minta penyakit ini. Semua ini datangnya dari Allah untuk menguji hambaNya. Jangan biarkan rasa rendah diri membuatkan kau pilih untuk hidup menderita. Allah itu maha adil lagi maha mengasihani..Dia tak jadikan hambaNya untuk hidup menderita dan keseorangan. That’s why, dia ciptakan manusia lain supaya dapat bersama-sama menjalani hidup ini. Dia ciptakan tumbuhan dan haiwan supaya alam ini meriah..kau tak pernah keseorangan. Utamanya, kau ada Allah dan kami.."

"Tapi, aku sudah tidak mampu berikan Reza kebahagian dia lagi..lantas untuk apa kami harus bersama?" Aku menangis teresak-esak. Tidak sanggup rasanya memandang Reza yang menggelepar di katil minta dilepaskan. Tangan dan kakinya sudah diikat.

"Supaya you dan I boleh sama-sama bahagia..sebab you dan I saling memerlukan.." sampuk satu suara. Aik..bukan ke? Aku mengangkat wajah.

"I masih di sini..I sentisa mengikuti you kemana sahaja..itukan janji I dahulu? You ingat tak?" tingkah Reza di hadapanku. Aku berpaling pada lelaki yang sedang terlantar di katil dari luar wad penuh hairan. Aku mengerutkan kening. Sedaya-upaya aku cuba mengingati memori lalu. Baru aku ingat, itu adik kembar Reza! Sebenarnya, adik Reza sudah lama gila akibat putus cinta ketika berusia 18 tahun lagi! Ingatanku semakin lemah, jadi, benarlah virus AIDS sedang rancak merebak dan menular dalam badanku kini. Aku tunduk sambil memintal hujung lengan baju kurung yang labuh.

"I nak jaga you..I nak tunaikan janji I pada you..I nak teman you sampai hari terakhir you..I ikhlas untuk terima you, masa silam you, apa you adanya, dan masa depan kita nanti..please..you?" rayu Reza. Yana memandangku. Mama juga.

"Aku sudah ceritakan semuanya pada mama dan Reza.." ujar Yana sambil memegang tanganku.

"Kami buat rancangan ni sebab kami nak Suri tahu..hidup ialah satu perkongsian..dan kami nak berkongsi susah dan senang dengan Suri..boleh kan?" tambah mama.

Aku tidak tahu untuk berkata apa-apa. Hatiku benar-benar terharu. Terima kasih, Allah! Aku redha atas ketentuanMu. Syukur..rupa-rupanya, keperitan dan kesusahan hidupku akhirnya hanya merupakan cabaran dan ujian. Allah membalas kebahagian di akhir jalan hidupku. Benarlah..Allah itu maha adil dan penyayang..

"Suri..jadi suri kami?" lamar Reza sambil membuka kotak cincin. Aku jadi kaget. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan kala ini. Yana mengemaskan gengamannya di tanganku. Kekuatannya disalurkan kepada aku. Aku mengangguk perlahan. Reza mangangkat tangan penuh syukur lalu meraup wajahnya. Mama pantas menyarungkan cincin itu ke jari manisku. Aku kemudiannya ditarik dan dipeluk cium oleh mama dan Yana. Reza dihadapanku tersenyum lega sambil memandangku dengan pandangan mata yang berkaca-kaca.
posted by Penulisan2u @ 10:11 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
10 Comments:
  • At 20/1/09 1:30 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story
    sedih sangat
    so jgn sesekali kita jauhkan diri dari org yg hadapi masalah ni
    suppose bagi semangat bukan cacian kan

     

  • At 20/1/09 5:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    demi cinta orang sanggup lakukan apa sahaja, kan? tp, sanggup ke Reza kena HIV?

     

  • At 20/1/09 9:04 PTG, Blogger [syarimoney] said…

    sedihnye cite nieh...

    heheheh mmg ler demi cinta sanggup lakukan ape sahaja. tp klo dia jaga yana tu dengan btul, rasanya dia pun xkn terkene HIV...
    lagipun HIV kan berjangkit kalo melalui darah... melalui ape lagi ntah...
    cume mungkin Reza dan Yana berkemungkinan xda anak...

    sedih.....


    ~sar~

     

  • At 21/1/09 10:42 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnyer..huhu...
    gud job...teruskan usaha!!!

     

  • At 21/1/09 12:25 PTG, Blogger ananthi soronam said…

    jalan cerita yg menarik... kita harus sayang dan memahami perasaan orang lain bukan sahaja untuk orang tersayang kita....

    well done to the writer

     

  • At 21/1/09 4:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    dulu kita ada kwn yang ada hiv,
    die beria2 nak kawen ngan bf die..
    bf die pun sanggup
    wlaupun pelbagai pihak menghalang,
    namun die tetap nak jugak..
    and dengan kuasa Allah,
    tak lama lepas die bernikah,
    die pergi untuk selamanya..
    mungkin sebab tu die nak kawen sangat.....
    wallahualam..

    Al-Fatihah untuk arwah..

     

  • At 23/1/09 7:43 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    pesakit HIV ada hak utk ada ank tapi risiko jangkitan kepada partner die tinggi coz HIV bleh berjangkir melalui hubungn kelamin. So, to those yg nk kwen,wajib screen utk HIV bg mengelakkan bnda2 ni..cinta-cinta gak tapi keslmtn diri lbh pntg. Sekdr peringatan.

     

  • At 25/1/09 1:58 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cter yd sgt cdey..
    reza 2 bek cgt..
    algkh bgusnya lau fam reza tuh btul2 wjud dlm dunia nieyh..hu5
    all da besh 4 da writer..
    u cn be a gud writer..
    c0ngrats...

     

  • At 26/1/09 12:00 PG, Blogger Unknown said…

    waaa....sdey oo bce cite ni..aku ciap nangis ag dpn komp..huhuhu

     

  • At 28/1/09 2:40 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok la..dah banyak kali baca crite cenggini..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group