BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, Januari 31, 2009
Cerpen : Sambungan Gadis penghantar mempelam
Nama Pena : Siti Zaharah

..."Aishah ikut abang balik ye? Semua orang sedang tunggu Aishah kat rumah." Terkejut Aishah mendengar ajakan Ikmal.
"Semua orang tunggu Aishah?"
"Hmm.." kata Ikmal sambil mengangguk. "Abang dah beritahu dia orang hari ni abang akan jumpa Aishah. Mama dan Mak Som pun dah janji nak masak sedap-sedap hari ni untuk sambut Aishah."
Aishah diam mendengar kata-kata Ikmal. Betulkah semua orang sedang menantinya?

"Jom." Ajak Ikmal sambil memegang tangan Aishah. Aishah hanya mengikut langkah Ikmal keluar dari pejabatnya. Tiba di hadapan penyambut tetamu tadi Aishah semakin tidak keruan bila penyambut tetamu itu tersenyum-senyum pada mereka berdua. Matanya melirik kearah bunga yang kini sudah berada di tangan Aishah.
"Untungkan Cik Aishah kalau jadi orang yang istimewa..!!" kata penyambut tetamu tersebut, mengulangi kata-kata Aishah padanya. Aishah hanya mampu tersenyum malu. Tadinya sedikit pun dia tidak menyangka yang dialah yang akan jadi pemilik bunga tersebut.

"Sarah, ada apa-apa yang urgent yang nak saya sign?" Tanya Ikmal pada penyambut tetamu yang bernama Sarah.
"Tak ada En. Ikmal." Jawab Sarah sambil menggelengkan kepalanya.
"Ok than... see you tomorrow."
"Abang tak kerja hari ni?" soal Aishah bila mereka melepasi meja Sarah.
"Awal-awal lagi abang dah ambil cuti. Kan hari ni hari istimewa? Abang nak sambung interview kat rumah pula." Kedua-kedua mereka akhirnya sama-sama ketawa, tampak bahagia sekali.

...

"Abang..." panggil Aishah setelah agak lama berdiam diri di dalam kereta. Ikmal hanya berpaling memandangnya dengan senyum sambil tangannya terus lekat di stering kereta.
"Abang dah bertunang.. dengan Nadia?" terkeluar juga soalan yang sedari tadi ingin ditanyanya pada Ikmal.
"Kalau dah bertunang?" soal Ikmal tanpa menjawab soalan dari Aishah. Aishah menggigit bibir perlahan. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Semasa baru berjumpa Ikmal tadi dia sudah lupa yang Ikmal mungkin sudah menjadi tunangan Nadia seperti yang diinginkan oleh puan Hendon.

Melihat keadaan Aishah, ketawa Ikmal terus pecah berderai.
"Aishah..Aishah! Aishah ingat abang nak ke bertunang dengan Nadia tu?"
"Tapi itu yang mama abang nakkan? Hari tu kan dia cakap nak pinang Nadia, tak kira abang nak atau tak?"
"Tu lah kuasa Allah Aishah. Hari tu kan mama abang jatuh sakit. Tak sempat nak meminang pun. Tapi mama pun dah tak paksa abang lagi lepas tu." Ikmal sudah berhenti dari tawa besarnya. Wajahnya kelihatan serius sekali. "Abang dah cakap dekat mama yang abang akan berusaha untuk mencari Aishah. Abang hanya akan kahwin dengan Aishah."

"Kalau tak jumpa Aishah?" soal Aishah lagi mula menduga.
"Kalau tak jumpa....? Hmmm... jadi bujang terlajaklah nampaknya.." jawab Ikmal tersenyum. "Entahlah, abang yakin sangat jodoh abang dengan Aishah. Setiap hari abang doakan semuga bertemu semula dengan Aishah. Nampaknya doa abang telah termakbul..." terdengar begitu ikhlas kata-kata Ikmal ditelinga Aishah. Semuga Ikmal betul-betul jujur dengan apa yang diucapkannya.

...

"Aishah tidur sini ye malam ni?"
"Aduh! Suka sangatlah mama Ikmal ni ajak aku tidur sini.." Aishah mengomel sendiri. Teringat hari pertama dia berjumpa dengan puan Hendon beberapa bulan yang lalu, itu juga yang di pintanya.
"Kali ni Aishah tak payah kongsi bilik dengan mama lagi, mak Som dah siapkan bilik untuk Aishah. Yelah, mamakan dah ada papa.." sambung puan Hendon tersenyum pada Ikmal dan suaminya, Hj Mustafa. Ikmal juga turut tersenyum. Aishah bukan isterinya, kalau tidak tentu biliknya menjadi tempat peraduan Aishah. Aishah juga tersenyum, entah untuk apa senyumannya dia sendiri kuarang pasti!

"Aishah tinggal sini terus sampai kita kahwin ye?" ayat dari Ikmal membuat senyuman Aishah terus mati. Gila. Belum kahwin sudah hendak tinggal di sini?
"Betul tu Aishah." Sambut puan Hendon pula membuat Aishah semakin terpaku. "Takkan menantu mama nak tinggal kat rumah kebun tu lagi. Lagipun takkan Aishah masih nak kerja kat situ. Aishah tinggal sini ye...?"

"Tapi mama... kamikan belum nikah?" lupakah puan Hendon yang dahulunya mereka hanya berlakon?
Puan Hendon tersenyum mendengar kata-kata Aishah. Faham akan perasaan yang bermain di fikiran bakal menantunya itu. "Itu mama tahu, tapi bukan hanya Aishah dan Ikmal kat sini. Bukannya lama pun sebulan saja."
"Sebulan?" kurang mengerti Aishah dengan kata-kata puan Hendon.
"Yelah, lepas tu kamu berduakan dah nak nikah."
"Dah nak nikah?" perlahan Aishah bersuara. Kurang yakin dengan pendengarannya.

"Habis Aishah nak tunggu sampai bila? Abang takut nanti Aishah hilang lagi. Lepas semua urusan selesai kita nikahlah, nak tunggu apa lagi? Semuanya abang dah uruskan." Aishah masih terpinga-pinga dengan penerangan Ikmal. Bila mereka berbincang?

"Bila abang dapat surat permohonan dari Aishah hari tu abang terus berbincang dengan mama, abah dan mak Som tentang perkahwinan kita. Semua sepakat supaya kita nikah cepat-cepat. Semua orang sayang Aishah dan tak mahu Aishah hilang lagi."
"Cepatnya.." keluh Aishah perlahan. Tidak disangkanya mereka telah terlebih dahulu membuat perancangan tanpa pengetahuannya. Otaknya masih ligat memikirkan apa yang sepatutnya dikatakan dan apa yang sepatutnya dilakukan.
"Kerja Aishah macam mana?" tiba-tiba itu sahaja soalan yang mampu terfikirkan olehnya.
"Aishahkan tak diterima tadi, dah kena reject....!" Meledak ketawa Ikmal mendengar pertanyaan Aishah. Begitu juga puan Hendon dan suaminya.

"Aishah.. Aishah....! Buat masa ni Aishah tumpukan perhatian pada persediaan perkahwinan kita dulu, lepas tu nanti baru fikir pasal kerja. Nak kerja kat mana pun boleh. Dengan papa pun boleh, dengan abang pun boleh, nak jadi surirumah sepenuh masa pun, lagi bagus...!"
"Ha! Jadi suri.." kata-kata Aishah mati disitu. Dia menarik nafas panjang. Pening memikirkan apa yang sedang terjadi. Semakin berselirat otaknya bagai baru turun dari roller coster.

"Dahlah, Aishah pergi rehat dulu. Besok banyak kerja nak buat. Besok kita pergi saloon ye?" pinta Puan Hendon lembut sambil menatap Aishah.
"Pergi saloon? Nak buat apa mama?"
"Besokkan nak celebrate mama dan papa punya anniversary.... tiga puluh tahun. Mal tak cakap?" Jawab puan Hendon tersenyum memandang suaminya. Kelihatan bahagia sekali mama dan papa Ikmal walaupun sudah tiga puluh tahun berkahwin, masih manja dan romantik. Akan begitukah Aishah dan Ikmal nanti? Aishah tersenyum sendiri. Hmmm! Tadi bukan main buat muka terkejut bila dapat tahu hendak kahwin lagi sebulan, sekarang dah mula hendak berangan..!

...

Seharian Aishah hanya menemani puan Hendon sambil menolong apa yang patut untuk jamuan malam nanti. Tidak banyak yang perlu dilakukan, semuanya sudah ditempah awal-awal oleh puan Hendon. Pagi tadi puan Hendon juga telah membawanya ke kebun mempelam untuk mengambill apa yang patut. Besok lusa barulah dia akan ke sana semula untul mengambil semua barang-barangnya.

Ikmal dan Hj Mustafa masih di pejabat. Sekejap lagi tentu mereka sampai. Sejak pulang dari saloon puan Hendon sudah masuk ke bilik dan tidak muncul-muncul lagi. Nasib baik ada Alia, boleh juga dibuat teman berbual. Seronok rasa hati Aishah dapat bersama Alia semula setelah lama tidak bertemu muka.

Terdengar ada bunyi kereta masuk di halaman rumah. Aishah cepat menjengah ke pintu. Mungkin Ikmal yang pulang. Tidak salah tekaannya. Ikmal kelihatan tersenyum manis setelah keluar dari kereta. Aishah membalas senyuman Ikmal, penuh kebahagiaan. Namun kebahagiaan yang di rasa sekejap cuma. Nadia pula muncul dari bahagian tempat duduk hadapan sambil menatang sebuah kotak besar berisi kek.

"Mal tolonglah bawakan kek ni, beratlah." Nadia sudah mula merengek meminta perhatian.
"Manjanya. Bukan berat mana pun!" balas Ikmal mengusik, tapi masih tetap menuju kearah Nadia dan mengambil kotak tersebut dari tangannya. Aishah sudah berasa tidak sedap hati, Ikmal nampak sudah berubah sikapnya pada Nadia. Adakah selama ketiadaannya Ikmal sudah ada perasaan pada Nadia. Jika itu yang berlaku kenapa Ikmal masih mahu mengahwininya? Atau Ikmal hanya ingin mempermainkannya?

...

Tidak ramai tetamu yang dijemput pada malam itu, cuma saudara dan rakan terdekat sahaja. Aishah semakin rasa terpinggir bila semua yang datang rata-ratanya dari golongan berada, bukan dari golongan sepertinya. Hatinya juga semakin resah bila sepanjang petang menuju malam Nadia selalu sahaja cuba untuk menarik perhatian Ikmal. Ikmal juga kelihatan seakan melayan segala kerenahnya, walaupun dia tetap melayan Aishah dengan baik.

"Aunty, here is your present.." kata Nadia dengan penuh kemanjaan pada puan Hendon sambil menghulurkan sebuah kotak hadiah yang dibalut cantik yang baru dibawa oleh bapanya.
"Ohh! Thank you sayang. Apa ni?"
"Aunty tengoklah sendiri. Nadia beli ni khas untuk aunty."
"Nantilah aunty bukakan lepas majlis ni dengan hadiah yang lain." Balas Puan Hendon sambil mengusap pipi Nadia. Memang banyak hadiah yang diterima dari jemputan yang hadir pada malam tersebut.

"Oh ya! Apa yang menantu aunty ni hadiahkan? Tentu hadiah yang mahalkan? Maklumlah bakal isteri CEO.." Suara manja Nadia terdengar seolah tusukan pedih ditelinga Aishah. Rasa mahu saja dia lari dari situ. Tidak habis-habis Nadia mahu menghina dirinya.
"Apa lagi yang nak dihadiahkan Nadia? Aunty tak perlukan apa-apa pun dari dia.. Aunty syukur sangat aunty dah dapat menantu aunty ni semula. Inilah hadiah yang diberikan untuk aunty. Hadiah yang paling besar malam ni.... Kan Aishah?" jawab puan Hendon dengan ketawa berderai. Tangan Aishah diusapnya perlahan. Lega sedikit rasa hati Aishah. Tadinya dia berasa seolah-olah dirinya sudah tidak berharga langsung bila berada dikalangan mereka semua di situ.

Puan Hendon tahu niat sebenar Nadia. Tidak mungkin dia membiarkan Nadia menjatuhkan airmuka Aishah dihadapan tetamu-tetamunya. Demi kebahagiaan Ikmal, dia tidak akan membiarkan Aishah diperlekehkan walaupun Aishah sebenarnya memang tidak setaraf dengan para jemputannya. Dari sejak kedatangan Nadia, puan Hendon sudah dapat mengesan perubahan pada wajah Aishah walaupun Aishah sudah sedaya mungkin cuba untuk bersahaja.

...

Ramai tetamu yang sudah pulang. Aishah meninjau-ninjau mencari kelibat Ikmal yang sedari tadi asyik melayan tetamu mama dan papanya. Kelihatan Ikmal sedang duduk di salah sebuah meja bersama dengan Nadia dan keluarganya. Berderau darah Aishah bila melihat Ikmal dengan mesra memakan makanan yang disuapkan oleh Nadia. Sampai bersuap-suap begitu, sudah nyata yang Ikmal memang sudah berubah terhadap Nadia.

Aishah berjalan menuju biliknya. Betulkah apa yang dibuatnya sekarang? Masih adakah tempat untuknya di situ? Airmatanya sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Selama ini dia tabah menhadapai apa juga rintangan, tapi bila perasaannya mula dipermainkan dia sudah tidak dapat menahannya lagi.

"Kakak," Panggil Alia tiba-tiba bila pintu biliknya terkuak luas. "Mama panggil, nak ajak..." kata-kata Alia mati di situ bila melihat Aishah yang sedang menyeka airmatanya. "Akak nangis?"
"Taklah. Akak cuma mengantuk saja. Mata akak ni rasa pedih sikit."
"Tipu.. tu bantal tu basah..." Sangkal Alia pula. Memang ada kelihatan bekas airmata di bantal yang ditidurinya tadi. Ahh! Nampaknya dia sudah tidak dapat mengelak lagi. Alia memang belum cukup dewasa, tapi tidak mungkin sebegitu mudah dia dapat dibohongi.
"Nanti akak turun ye.. mama nak ajak buka hadiah.."

Malas rasanya Aishah hendak bersama mereka di bawah. Biarlah kalau dia tidak ada pun bukan mereka tidak boleh membuka hadiah. Dia terus duduk berteleku di birai katil sambil memeluk bantal yang masih basah. Bayangan Ikmal dan Nadia terus bermain di matanya. Sungguh dia tiada hati untuk menatap wajah Ikmal waktu ini. Apa yang Ikmal inginkan sebenarnya?

"Aishah!" muncul pula Ikmal dari pintu yang dibiarkan terbuka luas oleh Alia.
"Ahh! Buat apa dia ke sini. Suka hati saja hendak masuk ke dalam bilik orang. Mentang-mentanglah ini rumah dia." Desis hati Aishah kurang senang.
"Kenapa tak turun? Aishah Nangis?" soal Ikmal yang sudah berdiri di hadapan Aishah.
"Tak." Hanya sepatah jawapan yang diberikan Aishah tanpa memandang wajah Ikmal.
"Alia cakap tadi dia nampak Aishah nangis. Kenapa ni?"
"Tak ada apa. Mana ada nangis pun. Saja Alia tu buat cerita. Aishah dah nak turunlah ni." Jawab Aishah terus melangkah meninggalkan Ikmal masih berdiri di situ. Wajah Ikmal masih tidak dipandangnya.

Sepanjang masa membuka hadiah, Aishah semakin resah melihat keletah Nadia. Ada saja yang dilakukan untuk mencari perhatian Ikmal. Aishah hanya mampu menahan nafas. Ikmal terasa semakin jauh dari dirinya.

Ikmal sedar akan perubahan Aishah. Dia juga sudah mula tidak senang dengan Nadia. Selama ini dia memang sudah boleh menerima Nadia sebagai sahabat setelah dilihatnya Nadia sudah agak berubah. Tetapi perangai Nadia hari ini membuat dia sedar yang Nadia sebenarnya tidak pernah berubah. Tentu Aishah sudah berkecil hati padanya. Dia sedar Aishah tentu sudah melihat Nadia menyuapkan makanan padanya bila terpandang Aishah yang yang sedang masuk ke rumah tadi. Dia melayan Nadia ketika itu hanya kerana kedua orang tua Nadia turut berada di situ. Tanpa niat akhirnya hati Aishah sudah dilukakannya. Tambah parah bila Aishah pula tidak mahu berterus terang padanya bila di tanya tadi. Bahkan sekarang pun Aishah seakan sudah tidak mahu memandang dan melayannya lagi.

...

Semua tetamu yang ada termasuk Nadia dan keluarganya meminta diri setelah acara membuka hadiah selesai. Aishah juga cepat menghilangkan diri sebaik sahaja semua tetamu mula beredar. Dia sudah bertekad, esok dia akan pulang semula ke rumah kebun Apek Lim.. tempatnya bukan di sini..!

"Mal kenapa dengan Aishah tu? Mama lihat dia macam tak seronok saja." Puan Hendon mula membuka mulut selepas semua tetamunya pulang.
"Entahlah ma. Tadi Alia kata dia menangis. Bila Mal tanya dia kata Alia cuma main-main."
"Main-main apa, takkan Mal tak nampak macam mana rupa dia tadi. Mama tengok dia pun macam nak jauhkan diri dari Mal. Agaknya dia kecil hati dengan Mal tak? Mal pun bukan main layan si Nadia tu. Dulu mama suruh kahwin dengan Nadia tu tak nak. Nak juga cari si Aishah tu, ni bila dah dapat Aishah mama nampak Mal macam tak kisah saja dekat dia. Nadia tu pula yang Mal layan."

"Ma, Ikmal cuma layan Nadia tu macam kawan biasa saja. Bukan Mal nakkan dia pun."
"Macam kawan biasa. Makan sampai bersuap-suap tu, kawan biasa? Mama bukannya apa, mama tak nak Aishah rasa dia dipermainkan. Mal kata nak kahwin dengan dia, tapi baru dua hari dia kat sini, Mal dah tunjuk belang." Sakit juga hati puan Hendon dengan perangai anaknya itu.

"Tadi tu Nadia dah suapkan Mal kat depan uncle Mad dan aunty Ruby tu, apa pulak kata dia orang kalau Mal tolak. Tak sangka pula masa tu Aishah nampak apa yang berlaku."
"Jadi sebab tulah dia jadi macam tu? Apa salahnya kalau Mal tolak dengan cara baik, Mal ni saja cari penyakit. Besok buatnya Aishah tu merajuk tak nakkan Mal mama tak nak campur. Dia tu dah biasa susah, dia tak heran pun dengan apa yang Mal ada kalau Mal dah sakitkan hati dia." Betul kata puan Hendon Aishah bukan pandangkan harta, dia tidak kisah kalau terpaksa hidup seperti selalu. Ikmal hanya terkulat-kulat memikirkan apa yang bakal terjadi nanti. Semuga apa yang dikatakan ibunya tidak akan terjadi.

...

Setelah menolong mak Som dan mak Yam menyediakan sarapan pagi, Aishah naik semula untuk bersiap. Dia akan pulang ke ‘rumah’nya pagi ini. Apa yang hendak ditunggu lagi kalau sudah nyata Ikmal bukannya betul-betul inginkan dirinya. Selepas sarapan nanti dia akan beritahu Ikmal dan keluarganya tentang hal itu. Biarlah diselesaikan secara damai. Cinta antara dia dan Ikmal pun baru saja berputik, tidak perlulah terlalu mengambil hati dengan apa yang terjadi.

Aishah cuba bersikap seperti biasa ketika bersarapan walaupun hatinya sudah mula tidak tenang. Tidak elok pula rasanya untuk membicarakan hal tersebut di depan rezeki.

"Hari ni kita pergi tengok baju pengantin ye Aishah? Lepas tu nanti abang hantarkan Aishah untuk ambil barang di kebun tu. Barang Aishah banyakkah?" Kata Ikmal ramah, sambil menjamah sarapannya. Terhenti Aishah dari suapannya. Sudah Ikmal yang mulakan, rasanya eloklah dia menerangkan apa yang terbuku di hati.

"Tak payahlah.. nanti abang hantar Aishah balik sana sudahlah. Tak payahlah Aishah pindah sini lagi. Nantilah bila dah selesai semuanya baru Aishah pindah sini."
"Kenapa pula? Semalamkan Aishah dah setuju nak tinggal kat sini. hari ni dah tak nak pula!" puan Hendon mula rasa tidak sedap hati dengan kata-kata Aishah. Ikmal juga sudah berhenti dari menyuap makanannya, menanti jawapan dari Aishah.

"Bukan apa mama, rasanya biarlah Aishah tinggal kat sana dulu, Aishah dan Ikmal bukan ada apa-apa hubungan lagi. Memanglah bukan hanya kami berdua kat sini tapi Aishah rasa tak ..."
"Aishah nak abang sewakan rumah untuk Aishah?" tanya Ikmal sungguh-sungguh memotong cakap Aishah. Kali ini dia tidak akan lokek lagi untuk berbelanja untuk Aishah.
"Tak. Tak payah." cepat Aishah meningkah sambil menggelengkan kepalanya. Ikmal tidak perlu bersusah untuknya seperti dulu.

"Aishah marahkan abang?" Ikmal mula menduga hati Aishah. Dia mahu merungkaikan semuanya supaya Aishah percaya akan keikhlasannya. Aishah cuma menggeleng perlahan. Memang semalam dia rasa marah, tapi bila difikirkan hubungan dia dan Ikmal bukan sejauh mana, perasaan itu akhirnya berjaya dipadamkan. Perkenalannya dengan Ikmal masih baru lagi. Masing-masing belum begitu mengenali hati budi antara satu sama lain. Mungkin dia hadir semula disaat Ikmal baru mula menyukai Nadia. Tidak salah rasanya dia berundur sekarang.

"Apa yang nak Aishah marahkan. Abang dan keluarga abang dah layan Aishah dengan baik sekali." Aishah menarik nafas perlahan, cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk diucapkan. "Aishah rasa Aishah tak sesuai untuk hidup dengan abang. Kita banyak perbezaannya. Lagipu Aishah rasa abang ada pilihan yang lebih baik untuk di jadikan teman hidup abang."
"Siapa? Nadia? Dia yang Aishah maksudkan?" Aishah hanya diam mendengar soalan Ikmal. Jika Ikmal sudah boleh agak sendiri, nampaknya betullah yang dia sukakan Nadia.

"Abang tahu Aishah nampak apa yang berlaku semalam. Tapi Aishah abang tak ada hati pun pada Nadia tu. Abang layan dia sebab masa tu ayah dan ibu dia ada sekali. Nanti apa pula kata uncle Mad dan aunty Ruby tu bila abang malukan anak dia orang. Uncle Mad dan aunty Ruby tu baik sangat abang tak sampai hati pula nak kecilkan hati mereka."
Tidak dinafikan kedua orang tua Nadia memang baik. Semasa majlis semalam pun Aishah sempat berbual dengan mereka. Sedikit pun tidak bongkak dan mengada-ngada seperti Nadia.

"Aishah tak salahkan abang, sebab abang memang baik. Tentu abang tak sanggup nak sakitkan hati orang lain. Siapalah Aishah nak larang abang. Tapi kalau kebaikan abang tu berterusan selepas kita kahwin, Aishah mungkin tak sanggup nak tengok semua tu terjadi depan mata Aishah. Sebab tu Aishah buat keputusan untuk pergi. Sebenarnya Nadia memang hebat dan sesuai dengan abang."

"Aishah abang dah lama fikir pasal ni.. Memang abang tunggu Aishah. Sekarang ni Aishah pula yang nak jauhkan diri dari abang. Abang minta maaf sebab sakitkan hati Aishah semalam. Betul kata mama, abang sepatutnya menolak perbuatan Nadia semalam, tapi itu yang abang tak buat. Jangan hanya sebab tu Aishah nak tinggalkan abang." Pinta Ikmal penuh harapan supaya Aishah menerimanya. Puan Hendon dipandangnya meminta simpati. Mengharap supaya mamanya dapat menolong memujuk Aishah, walaupun awal-awal lagi puan Hendon sudah memberi peringatan semalam.

"Aishah.." akhirnya puan Hendon bersuara lembut. "Kalua betul ada sedikit rasa sayang Aishah pada perempuan yang Aishah panggil mama ini, tolong dengar cakap mama sebelum Aishah pergi.."
Tersentuh hati Aishah mendengar kata-kata puan Hendon. Memang dia sayangkan puan Hendon, sama macam Mak Som yang sudah dianggap keluarganya sendiri.

"Mama tahu Ikmal ikhlas sayangkan Aishah. Berbulan-bulan dia tunggu Aishah. Kalau dia nakkan Nadia dia tak perlu tunggu dan cari Aishah. Dah berkali mama suruh dia kahwin dengan Nadia, tapi dia menolak. Memang dia dah buat salah, tolong maafkan dia. Dulu mama pun berkasar dengan Aishah sebab mama sukakan Nadia, tapi sekarang mama pun dah sedar Nadia bukan seperti Nadia yang dikenali sejak sepuluh tahun dulu. Perangainya langsung tak sama dengan orang tuanya yang baik dan berhemah tinggi. Mama dah sedar dan mama juga nak Aishah jadi anak mama. Bolehkan Aishah terima Ikmal? Ikmal ikhlas nakkan Aishah dan mama nak Aishah juga terima dia dengan ikhlas. Bolehkan?" lembut sekali kata-kata puan Hendon memujuk membuat Aishah semakin keliru dengan masalah yang dihadapinya.

Aishah merenung mereka di situ seorang demi seorang. Semua memandangnya penuh harapan. Termasuk Hj Mustafa yang turut mengangguk-angguk padanya. Walaupun hanya berdiam diri, dia juga mendengar dengan teliti apa yang mereka bincangkan dan mengharap Aishah sudi menerima anaknya.

"Mama, Aishah bukan tak boleh terima Ikmal kalau dia betul-betul mahukan Aishah jadi isterinya....." Aishah berhenti menarik nafas. Masih ada yang meruntun fikirannya yang sudah sejak lama difikirkan. "Tapi masih ada perkara yang nak Aishah lakukan sebelum Aishah berkahwin."

"Apa dia?" serentak Ikmal dan puan Hendon bertanya. Tidak sabar untuk mengetahui apa yang terbuku di hati Aishah.
"Aishah nak cari wali Aishah dulu." Terdiam semua yang mendengar. Masing-masing berpandangan sesama sendiri, tidak terlintas pun yang itu lah perkara yang akan Aishah kemukakan.

"Kan kita boleh guna wali hakim? Lagipun macam mana Aishah nak cari, Aishah sendiri pun tak kenal ayah Aishah tu." Soal Hj Mustafa mula membuka mulut.
Aishah tunduk menggigit bibir. Sudah lama dia berkira untuk mencari ayahnya yang terpisah dari dia dan ibunya sejak dia kecil lagi. Betul kata hj Mustafa, memang susah untuk dia mencari ayahnya tanpa mengetahui sedikit pun latar belakangnya. Ibunya tidak pernah menceritakan tentang ayahnya, kecuali memberitahunya yang dia masih ada ayah pada waktu itu.

"Aishah ada apa-apa pengenalan diri ayah Aishah." Ikmal pula bertanya. Lembut sekali bunyinya. Tentu untuk menjaga hati Aishah yang sudah disakitinya semalam. Tambahan pula dilihatnya mata Aishah sudah mula berkaca pada waktu itu.

Aishah menggelengkan kepalanya. "Aishah tak tahu apa-apa pun pasal ayah. Aishah pun tak ingat rupa dia. Aishah cuma ada sekeping gambar ayah bersama emak Aishah dulu. Kata emak gambar itu diambil pada hari perkahwinan mereka. Masa tu mereka masih muda lagi, kalau jumpa sekarang pun tentu Aishah tak boleh nak camkan ayah lagi.." lirih suara Aishah, menandakan yang dia amat sedih dengan keadaan tersebut.

"Mana gambarnya?" soal hj Mustafa lagi.
"Ada kat atas. Nanti Aishah ambilkan." Kata Aishah terus beredar untuk mengambil gambar tersebut yang sentiasa disimpan di dalam beg tangannya.

"Jomlah kita ke depan dulu. Mak Yam tolong kemaskan meja ni ye?" kata puan Hendon sambil bangun mengajak suami dan anaknya dan mak Som ke ruang tamu bila semuanya kelihatan sudah tidak berselera lagi untuk makan.

...

Hj Mustafa meneliti gambar yang diserahkan oleh Aishah padanya. gambar hitam putih, ayah dan ibu Aishah yang masih muda ketika itu. Dia mengeluh perlahan.
"Susah juga... ayah Aishah tentu dah berubah sekarang. Macam mana kita nak kenal dia?"
"Macam mana kalau kita advertise dalam news paper perkara ni papa? Kita memang tak kenal dia, tapi kalau tuan punya badan yang tengok gambar ni tentu dia tahu dia yang sedang kita cari." Kata-kata Ikmal seoalah memberi harapan pada Aishah. Betul juga apa yang Ikmal sarankan, kalau hendak cari sendiri entah bila pula akan bertemu? Lagipun takkan hendak bertanya pada semua orang samada mereka adalah orang yang di dalam gambar tersebut.

"Bagus juga tu. Kalau cepat rasanya hari ni pun sempat lagi. Kita pergi sekarang juga ke sana. Lagi cepat lagi bagus, bolehlah kamu pun kahwin cepat." Kata hj Mustafa mula mengusik Ikmal dan Aishah yang sejak tadi berwajah murung. Aishah hanya mampu tersenyum nipis.
"Kita nak pergi sekarang? Aishah naik ambil beg dulu ye?" pinta Aishah yang sememangnya sudah bersiap rapi. Tujuannya tadi untuk pulang ke rumah kebun Apek Lim sudah tidak terlintas lagi difikirannya. Sekarang dia berharap agar dapat berjumpa dengan ayah kandungnya sahaja.

Belum sempat mereka keluar, sebuah kereta telah memasuki perkarangan rumah. Terjengah-jengah puan Hendon melihat tetamu yang datang.
"Hmm..! Hj Ahmad dan Ruby. Nadia pun ada sekali tu.." Beritahu puan Hedon sambil menjeling pada Ikmal, seolah-olah sedang memberi peringatan. Ikmal hanya diam. Tangannya Aishah digenggamnya erat. Nampaknya terpaksalah niat mereka diurungkan bila ada tetamu yang datang. Masing-masing hanya berdiam diri. Bukan tidak suka, tetapi kedatangan tetamu yang tidak diundang ketika ini membuatkan segala rancangan jadi tergendala.

"Masuklah Mad. Awal sampai hari ni?" pelawa hj Mustafa sambil memandang Hj Mad dan keluarganya.
"Kita nak ke dusun. Ni Nadia ni hendak sangat ajak Mus sekeluarga. Sebab tulah kami sampai awal ni. Kalau tak ada apa jom;ah ikut kita orang ke sana. Banyak buah-buahan sekarang ni. Dah ada program lainkah?’ soal hj Mad bila dilihatnya puan Hendon dan Aishah yang sudah bersiap dengan beg tangan masing-masing.

"Kalau ye pun duduklah dulu..." pelawa hj Mustafa tersenyum. "memang kita ada hal sikit. Ni nak buat advertisement dalam paper pasal nak cari wali Aishah ni." Terang hj Mustafa tanpa menyembunyikan tujuan mereka.

"Gambar apa ni?" soal Nadia sambil mencapai gambar kedua orang tua Aishah di tangan Ikmal, mematikan langkah semua yang ingin duduk di sofa.
"Itulah gambar orang tua Aishah." Terang hj Mustafa singkat. Terdengar ketawa nyaring Nadia bila meneliti gambar tersebut.
"Ini orang tua Aishah? Bukan main lagi nampak macam orang kaya... tapi..." ketawanya semakin kuat mengejek. Memang kelihatan ayah dan emak Aishah seperti orang berada dengan ayahnya mengenakan sepasang kot dan emaknya memakai baju kebaya pendek bersulam, tampak mahal dan cantik.

"Minta gambar tu abah nak tengok.." tampak hj Mad begitu berminat dengan gambar tersebut. Lama gambar tersebut ditenungnya.
"Ini ayah dan ibu Aishah? Siapa nama mereka? Mana Aishah dapat gambar ni?" Soalnya pula penuh tanda tanya. Wajah Aishah ditenungnya dalam-dalam.

Serba salah pula Aishah hendak menjawab. Seolah-olah dia ada bersalah pada hj Mad, bila begitu banyak soalan ditanyakan sekaligus padanya.
"Seingat Aishah gambar ni emak Aishah simpan sejak dari Aishah kecil lagi. Memang itu gambar emak dan ayah Aishah. Masa emak muda memang begitulah wajahnya. Tapi Aishah tak kenal ayah. Aishah tak ingat pun rupanya."

"Nama mereka?" soal hj Mad semakin mengasak bila soalan kali pertamanya tadi tidak dijawab. Yang lain cuma diam memerhati. Begitu ingin tahu duduk perkara sebenar.
"Nama ayah Ahmad Azman. Nama emak Siti Rahimah."
"Nama penuh Aishah, Aishah Anisa binti Ahmad Azman?" soal hj Mad lagi dengan dahi yang sudah berkerut-kerut. Aishah hanya mengagguk mengiakan pertanyaan hj Mad. "Uncle kenal mereka?" Aishah pula berbalas soal, mula berdebar melihat keadaan hj Mad.

"Ya Allah... Aishah... Aishah anak ayah. Ini ayah Aishah, ini ayah..." bahu Aishah terus dipegangnya. Airmatanya sudah mula berderai merenung Aishah yang masih termangu-mangu kurang mengerti.
"Tak mungkin. Takkan uncle ayah..." Aishah diam sambil meneliti setiap inci wajah hj Mad. Inginkan kepastian dengan kata-kata hj Mad.

"Betul Aishah.. ini ayah Aishah. Kalau tak percaya Aishah tengaok kat belakang gambar tu. Ada tulisankan? Ayah yang tulis."
"Apa yang ditulis?" Aishah semakin berdebar. Jika betul hj Mad ayahnya tentu dia tahu apa yang ditulisnya dahulu.
"Kasih tertumpah pada syurga diwajahmu."

Aishah menekup muka dengan tangannya. Tidak perlu dilihat lagi. Ayat tersebut sudah begitu lekat diingatannya. Terbukti sudah hj Mad memang ayahnya. Sebak rasanya bila telah berjumpa dengan orang yang telah lama dirindui dan dicari. Hj Mad sudah memeluk erat anaknya yang hilang lebih duapuluh tahun dahulu.
"Kenapa ayah tinggalkan Aishah dan emak? Kenapa ayah tak sayangkan kami?" soal Aishah dengan sedu sedan yang masih kuat. Soalan yang paling ingin ditanyakan sejak dari kecil lagi pada ayahnya.

"Ayah tak tinggalkan Aishah dan emak sayang.. emak Aishah yang tinggalkan ayah.. puas ayah cari kamu berdua tapi tak jumpa, sampai bertahun-tahun dan akhirnya ayah akur dengan takdir Allah sayang." Ujar hj Mad lembut sambil mengusap rambut Aishah. Pandangannya mula beralih pada isterinya puan Rubiah. Ada sesuatu yang dirahsiakan di situ.

"Bukan salah ayah Aishah, mummy yang salah." Puan Rubiah yang sedari tadi hanya diam bersama yang lain melihat pertemuan dua beranak tersebut mula membuka mulut. "Mummy yang suruh emak kamu tinggalkan ayah. Mummy yang paksa dia pindah dan hantar dia sampai ke stesen keretapi lebih dua puluh tahu dulu, sebab mummy cemburukan emak kamu. Emak kamu sudah ada kamu bila mummy tahu yang ayah kamu sudah kahwin lain. Mummy yang sudah lebih enam tahun berkahwin dengan ayah kamu masih belum punya zuriat lagi. Ayah kamu nakkan anak dan itulah alasan yang diberikannya pada mummy, mummy cuma nak hak mummy...!"

"Aunty kejam buat kami macam tu. Aunty kejam...!" lemah lutut Aishah mendengar semua yang diceritakan. Tidak disangka puan Rubiah yang kelihatan lembut dan baik sanggup berbuat begitu.

"Mummy tak sebegitu kejam Aishah, mummy dah beri emak Aishah cek bernilai sepuluh ribu supaya dia tinggalkan suami mummy dan mulakan hidup baru, malangnya sampai lepas enam bulan kemudian cek tu masih tak ditunaikan." Sambung puan Rubiah lagi memebela dirinya.

"Aunty fikir emak Aishah mata duitan...? Sampai hati Aunty..., tak fikirkan langsung keadaan emak Aishah, dengan anak yang masih bayi apa yang akan terjadi pada emak Aishah. Macam mana dia hendak hadapi semuanya sorang-sorang di tempat yang baru baginya?"

"Mummy tahu mummy salah Aishah. Mummy dah pun terima balasannya. Dua bulan lepas tu mummy disahkan mandul. Mummy mandul Aishah, tak boleh nak berikan zuriat buat ayah kamu..." terang puan Rubiah lagi penuh penyesalan dengan airmata yang sudah sama lajunya dengan airmata Aishah sendiri.

"Mummy mandul?" terpacul soalan dari mulut Nadia yang sudah kelihatan pucat. "Habis.. Nadia ni..? Kalau mummy mandul maknanya Dia ni bukan anak mummy? Dia ni anak siapa? Siapa ibu Dia? Ayah... Dia ni anak ayah dengan isteri yang mana pula? Cakaplah ayah... Dia nak tahu siapa ibu Dia..!" Kata Nadia sudah tidak sabar sambil menggoncang-goncang tubuh ayahnya yang masih memeluk Aishah.

"Duduk dulu Mad, Aishah.. bertenang Nadia. Duduk dulu..." akhirnya hj Mustafa membuka mulut bila kelihatan Nadia sudah semakin tidak sabar. Hj Mad duduk di sofa panjang dengan Nadia dan Aishsh di kiri kanannya. Ikmal juga sudah duduk di tangan sofa di tepi Aishah. Lega hatinya sekurang-kurangnya mereka sudah tahu siapa ayah Aishah walaupun belum jelas apa yang terjadi pada Aishah dan ibunya.

Hj Mad diam tanpa kata. Wajah puan Rubiah ditenungnya.
"Mungkin sudah tiba masanya Ruby..!" katanya lirih pada puan Rubiah. Puan Rubiah memandang Nadia dan akhirnya mengangguk pada suaminya. Sebuah keluhan berat dilepaskan oleh hj Mad. "Maaf Nadia... ayah pun tak tahu siapa ibu bapa Nadia. Kami mengambil Nadia dari rumah anak yatim selepas mengetahui yang mummy tidak boleh melahirkan anak. Masa tu Nadia baru berumur tiga tahun lebih."

Kata-kata hj Mad bagaikan peluru yang menumjam ke jantung Nadia. Terasa gelap alam sekitarnya. Tangis pilunya sudah bergema disetiap penjuru rumah hj Mustafa. Salama ini dia begitu angkuh pada Aishah yang merupakan anak kandung pada bapa angkatnya sedangkan dia sendiri adalah anak angkat. Seperti puan Rubiah yang berlaku zalim pada emak Aishah kini dia pula menerima balasan keatas sifat angkuh dan mengadanya selama ini.

"Nadia, jangan sedih sayang. Walaupun Nadia cuma anak angkat kasih mummy dan ayah tak pernah kurang. Kami tetap sayangkan Nadia macam dulu walaupun kini ayah sudah bertemu dengan Aishah." Hj Mad mengusap-ngusap belakang Nadia, cuba mententeramkannya. Tiada kata-kata yang mampu Nadia luahkan. Perasaannya sudah haru-biru jadinya. Malu, sedih semua bercampur aduk.

"Kenapa surat beranak Nadia berbinkan Ahmad. Selama ni ayah kata jabatan pendaftaran yang silap tidak memasukkan nama penuh ayah.. tapi..ayah tipu..."
"Sebenarnya bila Nadia ditinggalkan di rumah anak yatim dulu memang ada surat lahir Nadia dan memang ayah Nadia namanya Ahmad. Cuma Ahmad, bukan Ahmad Azman. Selama ni ayah tak mahu Nadia tahu yang Nadia cuma anak angkat sebab tu ayah cakap macam tu. Percayalah ayah akan tetap sayangkan Nadia."

"Mummy pun tetap sayang Nadia macam dulu. Nadia tetap anak mummy. Mummy bersyukur sekarang sebab mummy sudah ada dua orang anak. Aishah, mummy nak Aishah juga menerima mummy sebagai mummy Aishah, supaya mummy dapat menebus semula segala kesalahan mummy pada emak Aishah dan Aishah." Pinta puan Rubiah yang telah pun duduk melutut di hadapan suaminya, bersungguh-sungguh sambil memegang tangan Nadia dan Aishah. Hj Mad menarik kedua-dua gadis tersebut ke dalam pelukannya. Dia tidak mahu ada antara mereka yang berkecil hati. Kasih sayangnya tetap sama pada mereka semua.

...

Terungkai sudah semua kekusutan yang dihadapi. Tapi dapatkah Aishah menerima semula ayahnya dengan mudah. Ayah yang selama ini hidup bersenang lenang dan membiarka dia hidup melarat. Ahh! Bukan ayahnya yang bersalah. Begitu juga ibunya. Puan Rubiahkah yang bersalah...? Sebagai seorang isteri dia juga tentu tidak mahu kasih sayang suami yang berbelah bagi.

Aishah termangu-mangu memikirkan semuanya. Apapun dia bersyukur niatnya untuk mencari walinya sudah tercapai. Yang merunsingkan Aishah sekarang ialah bagaimana penerimaan Nadia terhadapnya? Bolehkah dia diterima oleh Nadia sebagai adiknya? Aishah mengeluh perlahan.

"Lepas ni Aishah tinggal dengan mummy dan ayah ye?" Pinta puan Rubiah ikhlas, dia benar-benar mahu Aishah menjadi anaknya. Aishah diam. Wajah Ikmal di sebelahnya dicari. Ikmal juga tidak dapat memberi kata putus, mama dan papanya pula yang dipandang.

"Papa bukan nak halau Aishah, kalau Aishah tinggal di sana pun elok juga. Tapi kalau Aishah masih nak tinggal di sini pun papa tak menghalang. Rumah ini sentiasa terbuka untuk Aishah. Bukan lama kalau nak tinggal kat sana pun, sebulan saja. Bila dah kahwin nanti tentu Mal nak bawa Aishah tinggal kat sini juga."

"Aishah mesti tinggal dengan ayah! Tak boleh tidak. Aishah anak ayah. Dah lama ayah cari Aishah, sekarang dah jumpa mana boleh Aishah nak tinggal dengan orang lain." Semua mata tertumpu pada Aishah. Aishah masih kelu, fikirannya betul-betul buntu.

"Aishah rasa biarlah Aishah fikirkan dulu. Sementara tu Aishah tinggal kat kebun tu dulu. Nanti ..."
"Aishah, takkan nak tinggal kat situ?" kata-kata Aishah cepat disanggah oleh Ikmal.
"Kat mana tu?" soal hj Mad yang kurang tahu tentang hal anaknya.
"Kat rumah kebun apek Lim tu uncle. Nak buat apa lagi kat sana? Dah ada tempat tinggal elok-elok, nak tinggal situ lagi.." Ikmal melampiaskan rasa tidak puas hatinya.
"Ayah tak benarkan. Sama sekali tak boleh! Ayah tak kisah kalau Aishah nak tinggal di sini untuk dua tiga hari, tapi lepas tu mesti tinggal dengan ayah!" tegas sekali hj Mad memberi perintah.

"Tak palah Aishah tinggal sini dua tiga hari. Bila dah tenang nanti Aishah pergi sana.." akhirnya hj Mustafa juga menyuarakan perkara yang sama. Dia faham keadaan Aishah yang masih dalam keadaan terkejut dan serba salah.

"So macam mana? Masih nak ke dusun lagi?" Soal hj Mustafa lagi pada hj Mad. Hj Mad mengeluh perlahan sambil merenung anak-anak dan isterinya.
"Elok juga kalau pergi, satu permulaan yang baik untuk semua orang, Kita buat family reunion, termasuk bakal menantu dan besan awak sekali?" sambung hj Mustafa lagi berseloroh, memaksudkan Ikmal, dia dan isterinya sebagai menantu dan besan.
"Elok juga. Lagipun semuanya dah selesai. Tu dalam kereta tu pun banyak makanan dah disiapkan." Balas hj Mad pula sudah mula tersenyum.

"Tapi papa, Ikmal dan Aishah nak pergi tengok baju pengantin.." tingkah Ikmal kurang setuju untuk ikut sekali.
"Tak payah lagilah. Kita ikut ayah dulu." Aishah pula menyatakan rasa kurang setujunya dengan kata-kata Ikmal. Dia masih belum dapat menerima sepenuhnya yang Ikmal betul-betul mahukannya sebagai isteri. Ikmal merenung tajam wajah Aishah. Dia sedar Aishah masih cuba mengelak bila disentuh tentang hal perkahwinan. Mungkin masih berasa hati pada sikapnya semalam. Hmm! Biarlah mungkin sehari dua ini Aishah dapat dipujuknya.

...

Luas juga dusun hj Mad. Banyak pohon buah-buahan yang sedang berbuah. Banyak juga yang sudah boleh dipetik. Hj Mad memang telah mengupah orang untuk menjaga kebun tersebut. Kedatangan mereka juga telah diketahui dan sudah disediakan dengan bermacam-macam jenis buah-buahan. Ada durian, manggis, langsat dan macam-macam lagi termasuk juga buah mempelam kegemaran ikmal.

Aishah lebih banyak mendekatkan dirinya dengan puan Hendon dari puan Ryby dan hj Mad. Janggal pula rasanya bila sudah ada ayah sendiri. Selama ini hidupnya hanya sebatang kara, kini pula dengan tiba-tiba sudah bertemu dengan ayah dan keluarga ayahnya. Sehingga saat ini belum sepatah pun dia dan Nadia bertegur sapa. Bukan dia bencikan Nadia, tapi dia seolah hilang perkataan untuk memulakan bicara. Takut juga sekiranya Nadia salah anggap dan menuduh dia hendak merampas kasih sayang ayah dan mummynya.

"Aishah, nanti kupaskan mempelam ni untuk abang boleh?" pinta Ikmal cuba untuk bermesra dengan Aishah semula. "Aishah dah setujukan nak jadi tukang kupas mempelam untuk abang? Ingat..!"
"Bila Aishah janji? Abang yang cakap nak bagi Aishah kerja tu, tapi Aishah belum cakap nak terima..!" ada makna tersirat di dalam kata-kata Aishah. Ikmal memberikan senyuman manis buat Aishah. Susah juga hendak memujuk buah hatinya itu. Sabarlah, lama-lama tentu dia akan berjaya juga.

"Tak pa... Abang nak Aishah kupas juga. Abang nak ke sana kejap, nanti bila abang datang sini abang nak makan. Kalau Aishah tak kupas nanti abang kempunan, Aishah tak kesian. Yelah apa abang nak buatkan, kalau orang tak sudi. Kalau zaman ni ada batu belah bolehlah abang bawa diri...!" perlahan Ikmal melangkah meninggalkan Aishah di pondok yang sememangnya di bina untuk berteduh di situ. Bahkan ia lebih mirip pada rumah kampung yang kecil, siap bertiang dan bertangga.

Aishah akhirnya akur, buah mempelam yang diberikan Ikmal diambil dan dikupasnya. Nampak sedap sekali buah mempelam tersebut dengan bau yang wangi dan isi yang tampak halus berwarna jingga. Siap dikupas, buah tersebut dipotong kecil dan dimasukkan ke dalam pinggan.

"Banyaknya.. perli abang ye?" kata Ikmal yang sudah berada di situ semula. Lima biji mangga muda pula dibawanya kali ini. Tentu Aishah akan mendapat habuan untuk mengupas mangga muda tersebut pula!
"Apa pula perli? Bukan Aishah kupas untuk abang sorang. Semua orang pun nak makan juga. Takkan abang boleh habiskan sampai tiga biji sekali?" jawab Aishah selamba, masih tiada hati untuk bergurau dengan Ikmal.

"Kalau Aishah nak suruh abang makan semua pun abang makan dengan syarat Aishah maafkan abang.." wajah Aishah ditenung Ikmal, penuh harapan. Tidak tentu arah Aishah jadinya. Sudahlah hanya mereka berdua disitu. Yang lain semuanya entah kemana, merayap kat dalam dusun tersebut.

"Gelojoh sangatkah sampai nak makan semua?"
"Aishah... dahlah jangan asyik nak perang dengan abang. Nanti boleh tercekik tau abang macan ni. Aishah ni tak ikhlas ye tolong kupaskan buah ni untuk abang?"
"Ikhlas... tapi bukan untuk abang sorang." Jawab Aishah semakin sebal. Dia tahu Ikmal cuba untuk mengambil hatinya tetapi dia sendiri yang masih tidak pasti dengan perasaan sendiri.

"Kalau ikhlas, tolong kupas yang ni pula. Abang nak cicah dengan kuah rojak yang aunty Ruby bawa tu. Teringin sangat...! Kuah aunty Ruby tu sedap tau." Jawab ikmal sambil menunjuk ke arah buah mempelam muda yang baru dibawanya tadi.
"Aishah tak boleh kupas tu... abang kupaslah sendiri.’
"Tak nak kupas tak palah. Abang takkan makan kalau bukan Aishah yang kupaskan." Semakin seba salah Aishah. Ikmal memang dah melampau. Asyik hendak memaksanya sahaja.

Ikmal berbaring menelentang diatas tikar di tepi Aishah. Matanya dipejamkan, sengaja buat-buat merajuk. Buah mempelam masak yang dikupas Aishah sudah hampir setengah dimakannya. Dah memang hantu mempelam, nak habiskan semuanya pun dia mampu agaknya.

Aishah mengeluh perlahan, masih berkira-kira unrtuk mengupas buah mempelam muda tersebut atau tidak. Sebenarnya Aishah memang alah pada getah mangga. Kerana tidak mahu mengecilkan hati Ikmal dia akhirnya mencapai buah tersebut dan mengupasnya. Buah yang masih segar itu mengeluarkan getah yang banyak membuatkan Aishah terkial-kial cuba menghindarkannya. Ikmal yang sekali sekala membuka matanya tersenyum-senyum melihat gelagat Aishah.

Aishah membasuh buah tersebut disinki yang disediakan di situ setelah siap buah dikupas. Dia sudah tidak tahan lagi dengan getah mangga yang terkena pada tangannya.
"Aishah dah kupas. Abang potong sendirilah." Kata Aishah sambil meletakkan bekas berisi mempelam muda di tepi Ikmal. Aishah akhirnya keluar dari pondok tersebut. Kakinya cepat melangkah meninggalkan Ikmal sendirian di situ bila melihat hj Mad dan yang lain yang sedang berbual di bawah sebatang pokok rambutan.

Aishah melabuhkan punggungnya bersama-sama mereka yang lain. Sengaja dia mencari tempat yang berdekatan dengan Nadia, ingin berbicara dengannya.
"Ha! Aishah, Ikmal mana?" Soal hj Mustafa bila dilihat Ikmal tidak bersama dengan Aishah.
"Kat pondok papa. Dah tidur agaknya."
"Tak ada kerja lain..."
"Biarlah bang, bukan selalu dia tu dapat berehat macam ni... asyik kerja memanjang. Tak tahulah nanti dah kahwin esok Aishah ni kena tinggal kat rumah saja agaknya.."

Aishah tersenyum nipis mendengar kata-kata puan Hendon. Nadia disebelahnya pula cuma mendengus perlahan. Ketara sekali perubahannya bila mendengar kata-kata puan Hendon. Selama ini dia sudah agak rapat dengan Ikmal, kedatangan semula Aishah membuatkan dia mula rasa terjejas. Harapan untuk menjadi isteri Ikmal semakin tipis rasanya. Bahkan kini Aishah pula sudah mengambil tempatnya sebagai anak hj Mad.

"Nadia.." hj Mad memanggil lembut anaknya itu bila sedar perubahan Nadia setelah kedatangan Aishah. Dia tahu Nadia kurang senang dengan Aishah. "Kami semua tahu perasaan Nadia. Nadia tak boleh macam ni. Dengar cakap ayah.. Nadia kena ingat, Nadia dan Aishah dah jadi saudara.. Nadia dah jadi kakak Aishah sekarang. Ayah dan mummy bukan nak pinggirkan Nadia. Kehadiran Aishah sikit pun tak menggugat kedudukan Nadia sebagai anak kami."

"Segalanya dah berubah ayah. Dia memang dah dapat apa yang dia nak. Dia bukan saja dah dapat kasih sayang ayah dan mummy, bahkan dia juga dah ambil Ikmal dari Nadia. Macam mana Nadia nak terima dia sebagai adik?" agak keras bunyi suara Nadia walaupun sudah disulam dengan airmata.

"Nadia, Aishah tak pernah berniat nak rebut semuanya dari Nadia. Aishah baru saja jumpa ayah. Aishah cuma nak sedikit saja ruang untuk Aishah supaya dapat merasa hidup berkeluarga macam orang lain. Dan Ikmal, sikit tak ada niat untuk merampas dia dari Nadia. Aishah sanggup berundur kalau itu yang Nadia nakkan. Aishah tahu Aishah baru saja hadir dalam hidup Ikmal sedangkan Nadia sedari lama dulu sudah pun mengenali hati budi masing-masing." Aishah juga sudah mula suram. Dia tahu Nadia memang susah menerimanya sebagai saudara, apatah lagi bila dia yang dipilih Ikmal.

"Nadia..." puan Hendon pula membuka mulut kali ini, Aishah mesti dibelanya. "Aunty tahu Nadia sedih, tapi pasal Ikmal tu aunty rasa Nadia dah salah sangka. Aunty memang dah cuba untuk satukan Nadia dari dulu, lama sebelum Aishah hadir. Nadia sendiri pun dah dengarkan kenapa dulu Ikmal pura-pura kahwin dengan Aishah. Just because dia tak nak dipaksa kahwin dengan Nadia. Nampaknya bukan sebab Aishah dia menolak Nadia, Nadia dan Ikmal memang tak ada jodoh....! Masa Aishah tak ada dulu pun dia tetap menunggu Aishah, bukan salah Aishah kalau Ikmal tak menerima Nadia."

"Kenapa semua orang nak sebelahkan Aishah. Baik sangatkah dia ...? Nadia ni jahat sangatkah sampai apa yang Nadia cakap semuanya tak betul? Tak ada orang nak dengar pun!" Nadia terus berlalu meninggalkan mereka semua di situ.

Aishah sudah mula menitiskan airmata. Puan Hendon merapatinya cuba untuk memujuk. Dia juga tidak mampu berbuat apa jika bukan Nadia yang dipilih oleh Ikmal.
"Sabarlah Aishah. Lama-lama nanti tentu dia sedar, bukan Aishah yang menyebabkan dia tidak dipilih Ikmal. Mama tahu anak mama memang sayangkan Aishah. Aishah tak perlu undur diri. Ini bukan soal siapa nak mengalah atau siapa berhak, ini soal hati, soal hidup. Mungkin sudah tertulis yang Aishah akan jadi isteri Ikmal bukan Nadia."

Aishah mengesat air matanya. Dia hanya mampu berdiam diri sambil memicit-micit jarinya yang sudah semakin gatal rasanya akibat terkena getah mempelam tadi.
"Aishah, dahlah tu. Dah merah dah tangannya asyik kena picit." Tegah puan Hendon bila dilihat Aishah tidak henti-henti berbuat begitu sedangkan tapak tangannya sudah memerah.

"Tak mama tangan Aishah ni merah sebab kena getah mangga tadi. Aishah picit pun sebab dah rasa gatal...."
"Laa.. kena getah mangga sampai macam ni? Tak bubuh ubat?" soal puan Rubiah pula yang sudah menghampiri Aishah. Tangan Aishah dibelek-beleknya. "Dah bengkak ni.."
Aishah cuma menggeleng. Ubat apa yang hendak dibubuh?
"Tak ada ubat pun mummy, tak apalah, nanti baiklah sendiri." Ujar Aishah sambil memandang kedua wanita di hadapannya.
"Jom balik pondok kita tengok apa yang boleh di bubuh.." sambung puan Ruby. Tangannya sudah mula menarik Aishah untuk balik ke pondok.

"Ruby.." paggilan hj Mad membuatkan mereka semua terhenti melangkah. "Abang nak tengok Nadia dulu. Nanti abang datang kemudian." Puan Ruby diam memandang Aishah. Serba salah pula rasanya. Ingin juga dia bersama hj Mad untuk memujuk Nadia tapi apa pula kata Aishah nanti.
"Mummy pergilah ikut ayah. Aishah taka pa-apa.." kata Aishah sambil tersenyum. Dia sudah boleh mengagak apa yang berada difikiran ibu tirinya itu. Lega hati puan Rubiah mendengar kata-kata Aishah. Sempat pipi Aishah diciumnya sebelum mengatur langkah mengikut suaminya.

"Aishah selalukah macam ni?" Tanya puan Hendon bila sampai di pondok.
"Bila kupas mempelam muda selalunya macam nilah jadinya."
Ikmal yang sedang membaca majalah cuma mengerling kearah ibunya dan Aishah. Hatinya agak sebal kerana Aishah hanya mengupas buah mangga tadi tanpa memotongnya. Sengaja dibiarkan mangga tersebut tidak bersentuh seperti mana yang ditinggalkan Aishah tadi, tunjuk perasaan konon..!

"Habis Aishah tak boleh makan mangga mudalah?" terdengar lagi suara puan Hendon bertanya.
"Makan tu boleh, tapi lepas tu mulut Aishah ni pun bengkak sekalilah. Mama bayangkan kalau keadaan mulut Aishah sama macam tangan ni, tak ke macam Donald duck jadinya." Jawab Aishah dengan ketawa manja pada puan Hendon.

"Dah tahu tak boleh, buat apa kupas. Nanti siapa nak makan dia kupaslah sendiri." Soal puan Hendon sambil melihat buah mangga muda yang telah siap dikupas.
"Abang nak makan tadi. Sebab tu Aishah kupas."
"Kupas buat apa? Tengok.. tak berbaloi pun Aishah sakit-sakit dan bengkak tangan macam ni, bukan dia makanpun. Asyik dengan magazine tu saja. Business juga yang penting." Tingkah puan Hendon.

"Kenapa dengan tangan Aishah?" soal Ikmal sudah berminat ingin tahu. " Ya Allah! Kenapa ni? Sampai bengkak, merah macam ni?"
"Kenapa lagi... Mal punya pasallah..! sebab nak bagi Mal makan mempelam muda tu Aishah kupas juga walaupun dia alah pada getah mempelam tu." Terang puan Hendon dengan wajah yang sudah mencebik pada Ikmal.
"La.. Mal bukan paksa. Kalau dah tak boleh buat apa buat? Kan sendiri yang susah." Wajah Aishah direnungnya. Aishah membalas renungan Ikmal, lebih tajam lagi.. bukan main lagi Ikmal cakap tidak memaksa padahal tadinya dia juga mengatakan tidak akan makan kalau bukan Aishah yang mengupas.

"Ok.. Ok! I’m sorry. Memang abang paksa tadi. Maafkan abang k!" tangan Aishah diusapnya penuh sayang. Aishah sudah memerah pipinya, malu dilihat puan Hendon. Perlahan tangannya ditarik dari pegangan Ikmal. Kali ini Ikmal beralih pula mengusap pipi Aishah, tanpa memperdulikan ibunya disitu.

"Mal..apa ni? Belum kahwin lagi, suka hati dia saja buat macam tu dekat Aishah." Marah puan Hendon sambil memukul kuat bahu Ikmal membuat Ikmal tersedar dan terkejut. Aishah yang tadi sudah berasa malu mula ketawa melihat gelagat dua beranak tersebut. Gelihatinya melihat Ikmal yang sudah mula kalut.

"Oooo... seronok ye abang kena marah dengan mama..? tak pe....!" Ikmal pura-pura merajuk namun akhirnya tersenyum bila melihat Aishah masih lagi ketawa. Pertama kali melihat Aishah ketawa dengan riang begitu, membuat hatinya berbunga bahagia. Dia mahu Aishah bahagia, sudah banyak penderitaan yang ditanggungnya selama ini.

"Amboi seronoknya ketawa...! Ada apa ni?" celah mak Som yang entah dari mana bersama mak Yam dan Alia.
"tak ada apa mak Som...!" jawab Aishah masih lagi dengan sisa ketawnya. "banyaknya pucuk paku, dapat mana tu?" soalnya kembali bila dilihat mak Som dan mak Yam masing-masing membawa seberkas pucuk paku di tangan mereka.
"tu kat tepi anak sungai tu bukan main banyak lagi.." terang mak Yam sambil memuncung kearah belakang pondok.
"Ada sungai kat sini?" soal Aishah seakan teruja. Sudah lama dia tidak main di sungai. Dulu di kampung dia selalu mandi di sungai yang berhampiran dengan rumah mereka.

"Aishah nak ke sana?" Soal Ikmal. Tanpa menunggu jawapan, tangan Aishah sudah dicapainya.
"Alia nak ikut..." Alia yang baru duduk di atas pondok turut bangun untuk mengikut mereka.
"Dah.. dah.. Alia duduk situ. Abang nak bawa kakak saja, jangan nak kacau daun." Tegah Ikmal dengan senyum nakal pada ibunya, mak Som dan Mak Yam.
"Teruklah abang niii..." Alia memuncungkan mulutnya. Punggungnya sudah dilabuhkan di anak tangga pondok, kecewa tidak dibenarkan ikut oleh Ikmal.

"Mal.. jangan nak ngada-ngada bawa Aishah tu jauh-jauh. Kena tangkap basah nanti baru tahu." Jerit puan Hendon dari atas pondok.
"Kena tangkap basah lagi bagus ma. Taklah Mal susah hati kehilangan Aishah lagi. Confirm kena kahwin." Bersahaja saja Ikmal membalas kata-kata ibunya.

"Nak ajak tengok baju pun susah sangat, ada-ada saja alasan." rungut Ikmal setelah sampai di tepi anak sungai.
Aishah bungkam. Sudah dua tiga kali dia menolak ajakan Ikmal untuk pergi melihat baju pengantin. Sebuah keluhan dilepaskan.
"Apa nak kalut sangat. Tak perlu nak tergesa-gesakan?" soalnya kemudian sambil melihat anak-anak ikan yang berenang di dalam anak sungai yang jernih.
"Cakap saja tak nak kahwin dengan abang..."
"Kalau memang..?" pintas Aishah sudah hilang sabar. Tangannya digenggaman Ikmal direntap kuat. Ikmal yang berdiri terlalu hampir dengan tebing sungai mula terhoyong hayang. Tangan Aishah masih kuat digenggamannya. Ikmal sudah tidak dapat mengimbang badannya lagi. Dia sudah melongsor ke dalam anak sungai menarik sekali Aishah yang masih dipegang kuat.

Kedua-dua mereka sudah tergolek ke dalam sungai yang tidak dalam airnya tapi sudah cukup membuat mereka basah kuyup.
"Aishah ok?" soal Ikmal setelah Aishah duduk di tepinya, masih di dalam air.
"Abang ni teruklah, dah nak jatuh tu tarik Aishah sekali!" rungut Aishah sambil meraup air dimukanya.

"Memang abang takkan lepaskan Aishah lagi. Nak jatuh ke, tergolek ke nak bangun ke... kita tetap sama-sama." Rambut Aishah yang berjuntai di tepi pipi di kuis ke tepi. Aishah mengerling seimbas ke wajah Ikmal. Ikmal tersenyum. Tangannya dihulurkan untuk menarik Aishah bangun. Aishah akur. Keduanya akhirnya selamat tiba ke tebing sungai.

"Ha.. ha.. ha! Yee padan muka abang dan akak jatuh sungai. Tulah tak nak bagi Alia ikut lagi....." tiba-tiba terdengar ketawa kuat Alia mengejek mereka.
"Alia ni, jangan nak menyibuklah. Jaga nanti abang piat telinga tu... tak dengar cakap abang, kan abang kata jangan ikut...." Alia cepat melarikan diri dengan ketawa yang semakin menjadi-jadi.
"Nanti Alia cakap mama, abang pegang tangan akak.. aaaa.." katanya sebelum hilang di sebalik pokok-pokok buah-buahan di situ.

Ikmal kembali menatap Aishah yang sedang tersenyum dengan gelagat Alia. Walaupun basah kuyup Aishah tetap manis.. tersangat manis!
"Esok kita pergi ye?" Pinta Ikmal lembut semakin mengharap. "Masa pun dah semakin suntuk. Hujung minggu ni ada kursus, lepas tu interview, lepas tu.... kita kahwin .. ye?" Dagu halus Aishah diangkat supaya anak mata Aishah bertemu dengan anak matanya. "Hemm...? Setujukan? Please..." rayu Ikmal masih tidak berputus asa.
"Emmm.. kalau dah tertangkap basah macam ni, bolehkah Aishah lari lagi...?" jawab Aishah. Tanpa memperdulikan Ikmal yang termangu-mangu disitu. Langkahnya terus diatur menuju ke pondok dengan senyum yang semakin berseri. Senyum bakal pengantin..!

...

Aishah sudahpun tinggal di rumah hj Mad beberapa hari selepas pulang dri dusun. Mulanya berat juga untuk dia menetap disitu walaupun hanya untuk sementara, sehingga majlis pernikahannya selesai. Disebabkan Nadia sendiri yang beria-ia mengajaknya maka segala rasa kurang selesanya terus lenyap. Nadia kelihatannya sudah berubah sejak pulang dari dusun tempohari. Nampaknya hj Mad dan puan Rubiah sudah berjaya memujuknya. Layanannya pada Aishah juga sudah berubah.

"Nanti bila Aishah dah kahwin jangan lupa lawat mummy dan ayah selalu ye?" terkejut Aishah mendengar kata-kata Nadia padanya di suatu petang.
"Kenapa akak cakap macam tu? Tentu Aishah akan selalu kesini. Lagipun bukannya jauh sangat rumah abang Ikmal dengan rumah ayah ni."
"Sebenarnya lepas Aishah nikah nanti akak nak ke Johor, kerja kat syarikat ayah kat sana. Nanti tentu mummy dan ayah sunyi bila kita dah tak tinggal sini."

"Buat apa pergi kerja jauh-jauh. Kat sini pun bolehkan?"
"Semuanya merupakan satu kejutan pada akak, Aishah. Selama ni akak sombong sangat sebab ingat akak anak orang kaya, tak sedar yang akak ni cuma anak angkat. Bila semua dah reda nanti, akak akan balik sini balik. Kak Nadia doakan Aishah bahagia dengan Ikmal. Maafkan akak sebab selama ni selalu menghina dan memandang rendah pada Aishah.." begitu sendu sekali bunyi suara Nadia. Nampak benar yang dia telah insaf dan berubah.

"Kalau macam tu nanti kak Nadia pun kenalah selalu pulang sini bila cuti. Kesian mummy dan ayah, mereka pun tentu rindukan kak Nadia. Akakkan buah hati mereka sejak kecil lagi. Kalau akak tak balik mereka tentu sedih." Pinta Aishah sekaligus memujuk Nadia yang akan membawa diri. Namun dia bersyukur dia telah bertemu semula dengan keluarganya dan Nadia juga sudah menjadi kakaknya sekarang.

...

Sudah lebih tiga bulan Aishah dan Ikmal diijab kabulkan. Segala persiapan perkahwinan mereka dahulu telah uruskan oleh puan Hendon dan puan Ruby. Aishah dan Ikmal hanya mengikut sahaja kehendak kedua orang tua tersebut. Mereka hanya menyiapkan segala yang perlu untuk diri mereka sahaja, dari pakaian dan hiasan bilik pengantin. Yang lain tidak perlu diambil tahu. Majlis kenduri juga telah diadakan di rumah hj Mad dan juga hj Mustafa. Kedua-duanya tidak mahu mengalah mahu mengadakan kenduri untuk anak masing-masing.

Puan Hendon dan hj Mustafa kini sudah berlepas ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Umrah. Mak Som dan Mak Yam juga turut dibawa mereka sekali. Sekarang cuma tinggal Ikmal suami isteri dan Alia di rumah tersebut.

Ikmal pula selalu pulang lambat. Semasa ketiadaan hj Mustafa kerjanya semakin banyak pula hingga kadang-kadang terpaksa bekerja hingga lewat petang Nasib baik juga hj Mad dan puan Rubiah selalu datang menjenguk Aishah di situ, kalau tidak semakin sunyilah Aishah keseorangan.

Pagi tadi pun hj Mad datang melawat Aishah ketika dia pulang dari berjumpa dengan pelanggannya. Kebetulan Aishah tidak berapa sihat ketika itu. Aishah telah dibawanya ke klinik untuk mengambil ubat.

Terlalu lambat rasanya Aishah menunggu Ikmal pulang dari kerja hari itu. Alia juga ke sekolah petang tersebut sebab ada latihan kokurikulum. Dengan badan yang kurang sihat dan kesunyian Aishah akhirnya tertidur sendirian dibiliknya.

Ikmal rasa terkejut bila tidak disambut oleh isteri keayangannya. Hari ini dia pulang lebih awal semata-mata untuk bersama Aishah. Langkahnya cepat menuju kebilik mencari Aishah, takut ada yang tidak diingini berlaku. Tepat sangkaannya, Aishah memang ada di situ, sedang nyenyak tidur.

Lama diamatinya wajah Aishah. Tersenyum dia mengingatkan bagaimana kali pertama pertemunnya dengan Aishah hingga akhirnya mereka menjadi suami isteri. Pipi Aishah diusapnya perlahan. Aishah yang merasa ada yang menyentuhnya mula membuka mata. Tersenyum dia memandang Ikmal yang setia duduk di situ.

"Dah lama abang balik?" soal Aishah manja.
"Baru saja. Kenapa ni tidur petang-petang ni? Tak baik tau.." tegur Ikmal pada Aishah yang sudah pun duduk diampingnya.
"Aishah tertidur tadi. Rasa tak berapa sedap badan je hari ni."
"Aishah tak sihat?"
"Sikit je. Rasa macam nak demam tadi."
"Apa tak call abang...?" Soal Ikmal sambil membelai rambut Aishah.
"Tak pa.. abah datang tadi, dia dah bawa Aishah ke klinik." Beritahu Aishah dengan senyum mula meniti di bibir.

"Kalau abah datang pun takkan tak boleh beritahu abang. Mentang-mentang abah ada abang ni dah tak penting walaupun Aishah sakit?" agak tinggi suara Ikmal. Terasa seolah dia dipinggirkan oleh Aishah.
"Abangkan sibuk. Sebab tu Aishah tak nak ganggu abang." Jawab Aishah jujur. Ikmal masih tidak boleh menerima alasan Aishah. Sakit hatinya bila dirinya seakan tidak diperlukan oleh orang yang paling disayanginya.

Ikmal sudah bangun dari sisi Aishah. Mahu turun ke bawah menjauhkan diri dari Aishah. Aishah yang juga bangun untuk mengikutinya tiba-tiba mengaduh kuat. Ikmal yang sudah hampir di pintu cepat berpatah mendapatkan Aishah. Lupa akan sakit hatinya bila Aishah sudah berkeadaan begitu.

"Aishah.." panggil Ikmal cemas. Kedua tangannya terus memegang pipi Aishah. Aishah hanya tersenyum memandangnya. Jari Ikmal di pipinya diambil dan diciumnya mesra.
"Abang ni kenapa? Dengan bapa mertua sendiri pun nak cemburu?" Soalnya semakin manja.
"Aishah ni sakit ke tak? Aishah tipu abang ye.." Akhirnya terkena juga Ikmal dengan kenakalan isterinya. Niatnya memang hendak marahkan Aishah. Tapi bila Aishah sudah tersenyum manis dan penuh kemanjaan, sakit hatinya juga turut pudar.

"Mana Aishah tak kenakan abang, abang tu asyik nak marah saja. Kenapa? Pembawa budak ye? Hem?" kata-kata Aishah membuat Ikmal yang sudah duduk di hadapannya akhirnya ketawa terbahak-bahak.
"Aishah ni, takkanlah abang pula nak kena penyakit tu, kalau Aishah tu lain... eh wait.. Aishah....! You are trying to tell me something....wright?" Lembut mata Ikmal merenung Aishah penuh kasih dan harapan.

"Aishah dah pregnant?"
Aishah hanya mengangkat kening. Jari Ikmal digenggamannya di ramas perlahan.
"Betul?" soal Ikmal lagi ingin kepastian. Aishah cuma mengangguk.
"Ayah dah tahu?" soal Ikmal lagi yang sudah berdiri lutut di hadapan Aishah.
"Abang orang yang pertama. Tadi kat klinik pun Aishah tak benarkan ayah masuk, so dia tak tahu apa-apa pun. Dan Aishah... nak abang orang yang pertama tahu hal ni."

Aishah sudah lekat didalam pelukan Ikmal. Inilah berita yang paling bahagia buat mereka.
"Berapa lama lagi abang kena tunggu?" bisik Ikmal ditelinga isteri kesayangannya itu.
"Abang ni baru lima minggu la... lebih kurang lapan bulan lagi baru baby ni nak jumpa abang.."
"Lambatnya..." keluh Ikmal sambil menjauhkan tubuh Aishah dari pelukannya. Namun senyummannya tetap semakin lebar saja. Hmm! Tak lama lagi nak jadi ayah, mana tak bahagia.

"Abang beli buah hari ni?" soal Aishah kemudian.
"Ada. Aishah nak makan? Jom abang kupaskan. Cakap saja apa yang Aishah nak, abang akan buat.." Tangan Aishah sudah ditarik Ikmal, mengajaknya untuk ke bawah.
"Ada yang muda tak?" terkejut Ikmal dengan pertanyaan Aishah.
"Aishah nak makan mangga muda?" teringat dia macam mana tangan Aishah bengkak semasa mengupas mempelam muda dahulu.
"Aishah teringin sangat.."
"Nanti kalau bengkak mulut tu...?"
"Alah, paling-paling pun jadi macam donald duck saja. Lepas tu oklah balik. Kenapa tak sanggup nak tengok muka Aishah buruk macam tu...?" Soal Aishah sudah mula memuncung.

"Bukan tak sanggup, macam mana pun rupa Aishah abang tetap takkan jemu nak pandang. Tapi tengoklah tu belum makan mempelam muda lagi dah muncung sedepa, kalau dah makan nanti mau muncung tu panjang sampai ke laman rumah..!"
"Abanggg....." satu cubitan manja akhirnya mendarat di lengan Ikmal.
"Oh cubit abang ye...! Tak pe abang ada cara macam mana nak hilangkan muncung tu...!" kata Ikmal sambil tangannya sudah memaut pinggang Aishah yang masih ramping.
"Apa?" soal Aishah manja.
"Emmm, kalau kena cium ni, hilanglah muncung tu.." usik Ikmal membuat kedua bakal ibu dan ayah tersebut ketawa berderai. Semuga kehadiran orang baru yang ditunggu-tunggu akan membuat hidup mereka lebih bermakna dan bahagia. Amin..!!


.................T A M A T.............

(terima kasih atas komen yang telah diberikan untuk Gadis penghantar mempelam (GPM). Semua komen tersebut memberi semangat untuk saya menyambung cerpen GPM itu. Harap semua akan terhibur dan sudi memberi komen yang dapat menolong saya memperbaiki lagi mutu tulisan saya.)
posted by Penulisan2u @ 1:07 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
23 Comments:
  • At 31/1/09 1:49 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam... erm... ntahla kenapa, tapi cam x rasa xcited jer nak baca smpi habis.. baca sikit yg atas pastu trus dah cam xder mood langsung nak baca.. cam xder tarikan cam yg 1st nya.... ini cuma pandangan sy jer... nyway, nice try..... =)

     

  • At 31/1/09 2:13 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    speechless,,
    xtaw nk komen ape,,
    asE cam cte samarinda plak,,
    hehEx~~
    pe pOwn,,
    nice story....:)

    >mya nuryana<

     

  • At 31/1/09 4:08 PG, Blogger bulan bintang capricorn said…

    mle2 bc kat bhgian ats 2 ade arr rs boring sket..
    tp mkin lme,mkin best..
    ble da kat dusun 2,bru idop sket cite nie..
    pape pown nice try..
    keep it up..
    klo nk smbg lg pown orite gak rsnyer..
    ;)

     

  • At 31/1/09 11:21 PG, Blogger medea dayana said…

    best la. kalo ade sambungan nnti mesti lg best

     

  • At 31/1/09 12:07 PTG, Blogger mira ;) said…

    Best arh cite ni..=)))

     

  • At 31/1/09 12:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok la..
    best jgak..
    tp yg 1st lg exited nk bce..
    pe2 pn good job beb..

     

  • At 1/2/09 2:47 PTG, Blogger [syarimoney] said…

    i dr dlu lg x brapa gemar cerpen yg bersambung2 ni. sbbnye kalo smbung2 ni cite dia lg membosankan. bukan sume cerita ler
    tp klo ikutkan 90% sume bosan ler... 10% ajelah yg boleh di terima pkai. aduhaiiiii



    ~sar~

     

  • At 2/2/09 4:40 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Best. Good job!

     

  • At 2/2/09 8:34 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bes la gak,tp mcm yg org ckp,xcukup feeling sgt cite nih..
    huhu..watever,nice try n try again k...gud luck..

     

  • At 2/2/09 10:09 PG, Blogger Shima Awang said…

    nice story tp terasa boring skit. panjang sgt kot..

     

  • At 2/2/09 12:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bosan .. menjele2

     

  • At 2/2/09 11:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam...
    tahniah penulis...
    wlaupon panjang tp sy ttp menggagahi jugak membace cerita ini sampai habis.....
    best sangat......
    good job.......

     

  • At 5/2/09 5:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    panjang sangat...mlas plak nk abeskan..

     

  • At 6/2/09 5:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok la citer ni...~zOey

     

  • At 10/2/09 12:27 PTG, Blogger Miss A said…

    tahniah

     

  • At 11/2/09 1:36 PTG, Blogger kecik88 said…

    ok....saye suke cerpen ni

     

  • At 15/2/09 4:39 PTG, Blogger azzakiah said…

    sy jenis x minat baca cerpen yang sambung2 ni tp untuk cerpen ni kre x menghampakan n sy suka...
    tahniah,teruskan berkarya! :)

     

  • At 9/7/09 12:05 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    penat betul bc...rs smp berat kepala..xtau la knp...xtau nk komen mcm ner lg..tp,pape pun,mmg penat la.

     

  • At 24/2/11 4:57 PTG, Blogger Afiza Ismail said…

    buat pertama kalinya smbgn yg sama dengan part 1,.. congrate,..

     

  • At 24/2/11 4:58 PTG, Blogger Afiza Ismail said…

    maksudnya sama best dgn part 1 huhu

     

  • At 18/9/11 12:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best sesangat sambungan cite nie....... sye ske part kat dusun 2 romantik sesangat...... :)
    ~eja~

     

  • At 7/11/11 3:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    xtwu nk kmun pew da , . .NANA SAYANG ALEP<33

     

  • At 3/12/11 6:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita yang bagus.. tajuk cerita tu juga menarik.. saya suka.. walau apa pun,pertingkatkan usaha anda lagi, agar dapat menghasilkan karya yang lebih bermutu.. good luck!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group