Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Misteri Lina Malam ini ku rasa sunyi seperti malam-malam sebelumnya..tiada hiburan,tiada teman..family ku dah keluar ntah kemana..hatiku mulai pilu..kenapa mereka tak mahu mengajakku sekali? kenapa?alasannya tiada orang menjaga rumah..tapi..adilkah bagiku..adakah ini tugasku sebagai anak sulung?sebagai kakak?..hmm..aku tak kisah..aku tak kisah..biar lah aku berseorangan..memang tiada siapa pun tahu perasaanku, berontak hatiku..sedang asyik mataku terpaku dihadapan laptop dan tanganku ligat menggerakkan tetikusnya,jiwaku seakan terusik seperti ada sesuatu sedang memerhatiku dari tingkap bilikku.. hmm..Mimi kot..selalunya si mimi kucingku suka bermain-main di tingkap..mataku mengadap semula ke laptop ku..tiba-tiba pintu rumahku diketuk bertalu-talu.. "Lina..!Lina..!..bukak pintu ni..!", terdengar seseorang memangilku..hmm..tu macam suara mak long.. "ye mak long..jap..Lina nak bukak la ni.." aku menyahut dari dalam bilik..apa hal la mak long datang malam-malam nih..setibanya di ruang tamu, kehairainan menjengah mindaku..aik..sape la yang bukak pintu ni?tadi kan aku dah kunci..pelik..ke aku yang banyak berangan..ahh..lantak la..aku menjengah ke luar..lagi pelik..mana mak long?tadi suruh aku bukak pintu..ish,ke aku ni yang tak betul..hmm..aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal lalu pintu yang terbuka luas ku tutup dan ku kunci..aku menuju ke bilikkku semula namun kejadian tadi masih ku fikirkan..aku yakin..aku dah kunci pintu dan aku yakin aku dengar suara mak long memangilku..mungkin sebab aku sedih sangat kot mak tak ajak aku keluar sekali sebab tu aku jadi cepat lupa dan berangan..tapi sebelum ni aku ok je kena tinggal..jangan-jangan aku dah gila..ah..serabut..lebih baik aku tido lagi bagus..Lina mengomel sendirian. Jam menunjukkan pukul 11.00 malam..sedang asyik dibuai mimpi..handphone ku berbunyi..aku bangun mendapatkan handphoneku di atas meja. "Lina..mak ni.."kedengaran suara mak ku di talian.. "Ye mak.."aku menyahut lemah..mamai la kata kan.. "mak nak bagi tau..mak balik lambat sikit..ada hal ni..nanti mak ceritakan pada kamu..kamu tido la dulu ye.." "baik mak"..aku memutuskan talian..adoi..ngantuknye..sambung tido lah..huhu..lalu aku mendapatkan kembali bantal busukku dan sembamkan mukaku ke tilam..argh..aku mengeliat..hujan mulai turun dan membuatkan aku lagi mengantuk.. "tok!tok!tok"..terbantut niatku untuk menyambung tido..aku membuka mataku.. "tok!tok!Tok!"..terdengar lagi ketukkan di tingkap bilikku..sape la plak ni..hatiku meggerutu.. "Lina..mak long ni nak..bukak tingkap ni..mak long sejuk..".. "Mak long?!!,,ye, jap Lina bukak..", malas-malas aku bangun lalu ku selak tingkap bilikku..mataku ku gosok-gosok.. "nape mak long?ade hal ape ni?nape nangis ni mak long..masuk la dulu..jap Lina bukakkan pintu..hujan kat luar tu..", mak long hanya mengangguk.. Aku menuju ke pintu depan untuk menjemput mak long masuk..namun, aku terlihat kelibat seseorang duduk bersimpuh diatas lantai dapur rumahku..kepalanya tunduk kebawah memandang lantai..rambutnya yang panjang menutupi wajahnya..air menitik dari tubuh nya..aku kenal susuk tubuh itu..Mak Long!, ya memang mak long tapi hairan macam mana dia boleh masuk sedangkan aku belum bukak pintu pun..lagi pula..bukan ke baru tadi dia ada kat tepi tingkap bilik aku?hatiku menelaah sendirian mencari jawapan..ah..lupakan je la..aku menuju kearah susuk tubuh itu.. "mak long..mak long ok ke ni?,"pertanyaanku tidak dijawab..langsung tiada respon.. "mak long..mak long ok ke ni?, sekali lagi aku bertanya..badannya ku goyangkan.. "mak long sejuk….", hanya itu yang keluar dari mulutnya.. "jap eh..Lina ambilkan tuala..", aku berlari menuju ke bilikku dan mengambil tuala yang tersangkut di kerusi..lalu aku mendapatkan mak long kembali..tubuhnya ku selimut dengan tuala itu..hatiku gundah melihat keadaannya..selalunya dia ceria dan sentiasa tersenyum.. selalunya bila dia jumpa aku mesti macam-macam dia tanya..tapi mak long yang berada di depanku kini lebih suka membisu dan hanya menundukkan kepalanya memandang lantai..hairan..macam-macam yang berputar di dalam otakku sekarang..mengolah kembali apa yang berlaku.. "emm..mak long, Lina nk tanya sikit..macam mana mak long datang?sape hantar?naik ape?mustahil mak long jalan kaki kan?rumah mak long kan jauh..lagipun kat luar tu hujan", pertanyaanku masih tiada jawapan..dia hanya membisu dan terus menangis sayu..aku jadi gelisah.. "mak long ngantuk..mak long nak tido..mak long nak tido..", jawabnya setelah lama membisu dengan tangisan sayunya.. "ye lah mak long..jom kita tido ye..esok baru kita sembang lagi..", aku membawanya ke bilikku..aku baringkan tubuhnya..rambutnya yang masih menutupi wajahnya inginku singkap namun dihalang..aku hanya menurut kemahuannya..aku berbaring disebelahnya..mataku terasa berat..aku terlelap disisi mak long.. Aku terjaga bila tubuhku terasa sejuk sangat..bajuku lencun..ntah dari mana datangnya air membasahiku..aku berpaling ke arah mak long..ku lihat tubuhnya basah dan air menitik ke tilam dari tubuhnya..tagisannya masih kedengaran.."hmm..mak long ni tak stop nangis lagi ke dari tadi?", bisik hatiku..aku bangun untuk menukar pakaianku..tiba-tiba kedengaran suara emakku memangil dari luar dan pintu diketuk berulang kali..aku membuka pintu..ternyata ibuku, ayahku serta adik-adikku.. "mak lupa nak bawak kunci la Lina..kamu dah tido ke tadi?ni kenapa basah-basah ni?", mak memandangku penuh kehairanan..begitu juga ayahku..aku tak punya jawapan untuk soalannya itu kerana aku sendiri masih bingung dengan apa yang terjadi..aku hanya mampu tersenyum sumbing.. "dah..pergi salin baju tu..ayah ada benda nak bagi tahu..", wajah sugul ayahku membimbangkanku.. "Lina..", ayahku memulakan ayat dan memberi isyarat kepadaku untuk duduk di sofa slepas aku menyalin pakaianku yang basah lencun.. "ye ayah..", aku melabuhkan punggung.. Begini..Tadi sebenarnya mak dengan ayah memang nak balik dah tapi tetiba sepupu kamu call cakap mak long kamu sakit.. so, kami terus la ke rumahnya..tapi tuhan lebih sayangkan dia..dia dah pergi dulu sebelum kami sampai..mak long kamu dah meninggal nak..ayah harap kamu bersabar ye..ayah tau kamu memang rapat dengan mak long kamu..tadi bukan nya kami tak nak bagi tahu kamu tapi tak nak kamu risau..kami ingat cuma sakit biasa jer, tak sangka pulak….ayah tidak meneruskan ayatnya.. Aku ketawa..emak dan ayahku berpandangan.. "hahahaha..ayah ngan mak ni pandai tol wat suspen..wat lawak tol la..hahaha..", Lina masih ketawa menyangkakan mak dan ayahnya bergurau.. "ayah,mak,mak long ade ngan Lina tadi..dia tido ngan Lina tau..dia datang tadi dalam hujan plak tu sambil nangis-nangis..Lina pun tak tau kenapa..", "kamu jangan main-main Lina..orang tu dah tak de Lina..dah meninggal..macam mana pulak kamu cakap dia ada dengan kamu?", ayahnya masih kehairanan dan wajahnya yang serius membuatkan Lina berhenti ketawa.. "jadi mak ngan ayah tak bergurau la ni?",dia cuba mendapatkan kepastian.. "nak gurau apa nye benda-benda macam nih..kamu ni la..",balas emaknya Wajah Lina serta merta berubah pucat, masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya..bulu romanya terasa meremang..dia mengosok-gosok tengkuknya yang terasa sejuk..kalau betul la mak long dah tak de..jadi yang tido dengan aku tu sape?ayah dan emaknye masih kehairanan dengai perangai dan reaksi anak sulungnya itu.. Tanpa berlengah dia berlari ke biliknya..dia mahu ayah dan emakkya tahu dia tak tipu..memang mak long nya ada dengannya tadi..tapi,tiada siapa-siapa di biliknya..Cuma tilamnya yang basah serta seutas rantai mutiara dijumpai..emaknya serta ayahnya yang membuntuti dia dari belakang hanya melihat kelakuan anak mereka yang aneh itu..Lina mengambil rantai mutiara itu lalu air mtanya berlinang..fikirannya berserabut..dia buntu..dia sendiri tidak tahu kenapa dia menangis..disebabkan berita mak long nya meninggal atau disebabkan kejadian yang tidak masuk di akal tadi..ayah dan emaknya berpandangan antara satu sama lain..mereka masih tidak faham apa yang berlaku.. ************************************************************************************ "hmmm..dah seminggu dia demam bang..macam mana boleh jadi macam ni bang..imah tak paham la bang..", imah mengeluh melihat anaknya yang terlantar diatas katil.. "abang pun tak tau nak cakap apa lagi Imah..minggu depan dah mula semester baru..harap-harap cepat la dia sembuh..", Rahman hanya mampu menggelengkan kepalanya.. ************************************************************************************ "oit..dengar kata ko demam seminggu masa cuti hari tu..nape eh?ko kena sampuk ke?", Tanya siti selepas tamat kuliah petang itu..Lina terkedu mendengar pertanyaan dari siti itu..rantai mutira yang dikalungnya di leher di genggam.. "hmm..tak de pape pun..demam biasa jer..", balas Lina setelah agak lama mendiamkan diri..masih segar semua kejadian itu di mindanya dan masih belum menemui jawapan atas semua kejadian yang berlaku..dia sendiri masih tidak faham apa yang berlaku.. "kalau macam tu tak pe la..risau gak aku..",jawab siti "dah la..jom kita balik..aku lapar ni", ujar Lina..mereka berlalu balik ke rumah sewa mereka.. ………………………………………… "eh, nape rumah kita bersepah nih?bukan ke pagi tadi dah kemas sebelum g kuliah?", siti menggaru-garu kepalanya kehairanan.. "ala..mungkin Ira yang sepahkan kot..", Lina menduga namun hatinya bagai dapat mencium sesuatu yang buruk..ah..biar la..mungkin perasaan aku je kot.. "ko mandi dulu, biar aku masak..nanti aku nak mandi pulak..", kata Lina..siti mengangguk lalu menuju ke biliknya.. "eh..mana daging aku beli semalam ni?tak kan ada orang dah masak kot?padahal semalam sume makan kat luar..", fikir Lina sambil tangannya menutup kembali peti sejuk yang ternganga luas dihadapannya itu..sedang dia ingin berlalu dari dapur, sepertinya dia terasa ada seseorang berada di tepi peti sejuk tersebut..dia melangkah kebelakang kembali..matanya meliar kearah peti sejuk..kelihatan seorang kanak-kanak yang badannya berlumuran darah memandang tajam kearahnya..tubuhnya kaku,mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu..ingin menjerit,suaranya bagai tersekat di kerongkong..budak itu hanya tersenyum..ditangannya digenggam daging mentah..Lina mengumpul segala kekuatan lalu menjerit sekuat hati..siti berlari kearah Lina bila mendengar housemate nya itu menjerit.. "nape ni Lina?nape ko menjerit..terkejut aku..", "han..han..hantuuuuu..", Lina memejam matanya sambil jari telunjuknya menunjuk kearah budak tersebut.. "ish ko ni..mana ada pape..ko ni siang-siang pon mengigau ke?mana ada hantu petang-petang macam ni..ko hantunya ada la..", kata siti sambil menggeleng kepalanya melihat Lina ketakutan.. Lina membuka kembali matanya..kemudian matanya ditutup dengan kedua belah tangannya kembali..dia masih nampak budak itu memandangnya dengan senyuman sinis..siti menariknya menuju ke ruang tamu dengan matanya masih terpejam rapat.. "bukak mata ko tu cepat..!", siti mengarah..Lina mengeleng kepala tanda tidak mahu mengikut kata siti..akhirnya siti menarik kedua belah tangan Lina hingga memaksa Lina membuka mata..dia memandang sekeliling..tiada apa-apa..dia mengurut dadanya tanda lega..siti hanya memerhati gelagat temannya itu namun di otaknya berputar memikirkan apa yang berlaku tadi..apa yang dilihat oleh Lina sampai takut macam tu sekali? "apa yang ko nampak hah?cuba bagi tau kat aku..", "kan aku dah bagi tau..ada hantu dalam rumah ni..", balas lina..mukanya masih pucat "hahahaha..ko jangan nak wat lawak la..nak usik aku la tu..tak takut pun..", siti menjelirkan lidahnya kearah Lina..Lina masih dengan wajah cuak nya... "dah la tu Lina..baik ko pergi mandi, amik wuduk, pas tu solat..kang tak sempat lak solat asar..dah pukul bape dah ni..biar aku je yang masak ok",Lina hanya mengangguk lemah..susuk tubuh budak berlumuran darah itu masih menggangu fikirannya.. ………………………………………………. Malam itu Cuma siti dan Lina sahaja berada dirumah..manakala Ira tido di rumah kakaknya malam ini..mereka menonton televisyen bersama-sama..jam tepat menunjukkan pukul 9.00 malam.. "weh lina..aku ngantuk arr..aku tido dulu eh..esok class tutorial kan sebelah pagi..", siti bersuara setelah agak lama memberi tumpuan kepada drama yang ditayangkan di tv.. "alahai ko ni manja tol la..baru pukul bape beb..aku pun class pagi gak..kan kita satu class..ape la ko ni..rilex arr..", Lina menghalang.. "ala..ko tak pe arr..ko memang burung hantu..tak tido malam..dah la..aku masuk bilik dulu arr..nitez cyg..", siti bangun lalu menuju kebiliknya.. "Hmm..tinggal aku sorang-sorang la nampaknya..boringnya tengok tv sorang-sorang..", getus hati Lina.. Wahai puteriku, Puteri manjaku, Tidurlah sayang, Bonda dodoikan, Jantung hatiku, Penawar dukaku, Jangan menangis, Bonda disisimu, Menjadi teman, Sepanjang hidupmu.. Sedang asyik melayan drama..Tiba-tiba telinga Lina menangkap satu suara merdu yang menyanyi dari arah bilik siti.. "hoi cik siti oi..kalau nak tido pun, tido jela..tak payah nak nyanyi-nyayi malam-malam buta ni..memekak jerk..", jerkah Lina dari ruang tamu..matanya masih tertumpu kepada kaca tv..senyap..hanya dengar suara dari tv sahaja..seketika kemudian, dia dapat merasai seseorang duduk disebelahnya dan dia mendengar orang itu mengeluh.. "amboi..aku tak bagi ko nyanyi dah tak leh nak tido ke cik siti oi?", kata Lina sambil matanya masih di kaca tv..pertanyaannya tiada jawapan..dia pun berpaling ke sebelah..tiada siapa pun..hatinya diburu resah..jantungnya berdengup kencang serta merta, bulu romanya meremang..lagu itu menerjah gegendang telinganya lagi..hatinya memuncak ingin tahu..dia menuju ke bilik siti untuk memastikan siti yang menyanyi.. Pintu bilik dikuak perlahan-lahan..namun hampa, telahannya salah sama sekali..siti sudah tidur dan enak dibuai mimpi..dia berjalan keluar untuk ke ruang tamu kembali, tetapi langkahnya terhenti dimuka pintu bilik siti..lagu itu masih tergiang-ngiang di telinganya..tiba-tiba matanya terpaku kepada seorang wanita di ruang tamu, wanita itu duduk bersimpuh dan sedang mendodoi anaknya didalam buaian..tubuh Lina menjadi kaku..di penjuru dinding, seorang budak sedang duduk dan menangis meminta perhatian ibunya..dia kenal budak itu..budak itu yang dijumpainya di tepi peti sejuk petang tadi..berbagai persoalan berputar di mindanya..dia hanya menjadi penonton..tidak tahu apa yang patut dilakukan..dia bingung dan takut..kakinya mula mengeletar.. Pintu rumah diketuk bertalu-talu..kuat sekali bagai mahu diroboh sahaja pintu itu..wanita yang sedang mendodoi bayinya di dalam buaian itu tergesa-gesa menuju ke pintu lalu dibukanya..seorang lelaki yang kelihatan mabuk menolak wanita itu ketepi lalu dia masuk dan terlantar di sofa..seketika kemudian pergaduhan mula berlaku..lelaki itu menampar wanita tersebut sehingga tersungkur ke lantai..budak yang sedang menangis itu terus diam..dia hanya memerhati kelakuan bapanya kepada ibunya..mukanya berubah marah.. matanya merenung tajam kearah bapanya..bayi yang berada dalam buaian mula menangis apabila bapanya menjerkah dan mengherdik ibunya..bising sekali..wanita itu pula hanya menangis mengenang nasibnya..tidak puas hati dengan penampar yang diberi..lelaki itu bangun membelasah wanita itu hingga akhirnya wanita itu tidak sedarkan diri..darah pekat mengalir keluar dari kepalanya..lelaki itu kembali terlantar di sofa..puas.. matanya dipejam..namun tangisan bayi di dalam buaian masih kedengaran..matanya dibuka dan menuju ke buaian lalu dicekik bayinya itu hingga terkulai..tiba-tiba,budak yang hanya menjadi pemerhati tadi nya meluru kearahnya dengan sebilah pisau yang diambilnya dari dapur..lelaki itu sempat mengelak lalu dirampas pisau tersebut dan menikam budak itu tanpa belas kasihan..budak itu menjerit kesakitan..lelaki itu hanya ketawa melihat budak itu menahan sakit lalu menuju ke sofa kembali..sekali lagi dia merasa puas..puas sekali..tiga tubuh yang sudah tidak bernyawa dihadapannya..dia tidur dengan puas hatinya.. tiada lagi yang menggangunya.. Lina masih tidak mengerti apa yang dilihatnya..adakah di rumah ini pernah berlaku kejadian seperti yang dilihatnya?..bayangan yang dilihatnya beransur hilang..dia terjelepuk di muka pintu bilik siti.. ………………………………………………… "apa ko buat semalam hah?asal ko tido kat pintu bilik aku?", siti mula menyoal selepas abis makan tengah hari..bengap jugak minah ni..aku pengsan dia cakap aku tido..buang karan ja cakap ngan dia nih..kalau aku cerita apa yang aku nampak semalam mesti dia tak caye..ah..malas nak layan.. "a'ah..aku ngantuk sangat..tak sempat nak masuk bilik aku sebab tu tido kat pintu bilik ko..", balasku dengan nada memerli.. "yela..tak kuasa aku nak melayan ko..aku ada hal sikit..ko balik la dulu ek..ha, si Ira tu dia cakap dia tak balik lagi malam ni..hmm..aku balik lambat sikit tau..papai syg..", kata siti sambil mengenyitkan matanya dan berlalu meninggalkan Lina..Lina menuju ke tempat meletak motosikal..dia membonceng motosikalnya pulang ke rumah sewa..hmm..tinggal aku sorang lagi la ni..hari-hari kena tinggal..getus hati Lina semasa menunggang moto.. ……………………………………………… Sejak dari kejadian dirumahnya dan dirumah sewanya itu, Lina sering melihat kejadian dan 'benda' aneh-aneh yang tidak dapat dilihat oleh orang lain..kadang-kadang dia nampak ada seseorang tidur disebelah siti dan kadang-kadang dia selalu nampak susuk tubuh di penjuru-penjuru dinding..dia juga bermimpi didatangi seorang tua berjubah putih yang hanya senyum kepadanya..dia menjadi semakin berani berhadapan dengan semua yang berlaku..rantai mutiara misteri yang dikalungnya di leher masih menjadi tanda tanya..betul ke mak long nya yang bagi..ntah la..dia sendiri tidak tahu.. Setiap malam dia masih nampak benda yang aneh-aneh..kadang-kadang di waktu siang pun ada..bila dia terjaga dari tido di tengah-tengah malam dia masih dapat melihat budak berlumuran darah di hujung kakinya..dia membiarkan sahaja janji budak itu tidak menggangunya.. ………………………………………… Lina keluar ke pekan hari ini dengan siti untuk membeli barang..Lina menumpangkan siti menaiki motonya..apabila hari hampir senja,mereka pulang ke rumah sewa mereka..dalam perjalanan..mereka berhenti di lampu isyarat menunggu lampu hijau untuk terus menunggang, dalam masa yang sama mereka bertemu dengan rakan sekelas mereka yang berada bersebelahan..namanya Afiq.. "woi Afiq..", Lina menegur..Afiq memandang kearah mereka lalu senyum.. "amboi-amboi..bawak awek nampak?tak bagi tau pun dah ada awek..baru nak ngorat..", kataku lagi..Afiq nampak kehairanan.. "bila pulak aku bawak awek?", balasnya.. "tu kat belakang tu..", aku menunjuk.. "ko jangan Lina..mana ada..?ko jangan nak usik aku..aku ni dah la lemah semangat..", ujar Afiq lagi..matanya memandang ke belakang..tiada apa-apa..siti yang menyangkakan aku hanya mahu menyakat Afiq hanya diam..lampu hijau sudah kelihatan..aku meneruskan tungganganku..mataku masih melirik kepada Afiq yang menunggang di depan..tiba-tiba..penumpang yang disangka awek Afiq terbang melayang ke pokok-pokok berhampiran..bulu romaku meremang..sejuk..patut la Afiq tak nak mengaku tadi..lucu pula dalam takut-takut..biar lah..bukannya pertama kali aku lihat..dah berulang kali..dah biasa..sampai sahaja di kawasan ladang getah..aku ternampak begitu banyak sekali kelibat manusia disitu sedang berjalan-jalan.. pelik, kan dah hampir pukul 8.00 malam,kenapa mereka masih disini.. "siti..ko nampak tak apa yang aku nampak?", "Nampak??nampak apa?pokok getah banyak la..tak ada pape pun?", jawab siti..hmm..nampaknya bukan orang lagi la ni..banyak betul.. Semasa mereka mahu membuka pagar rumah, jiran mereka Pak Samad menegur.. "amboi..berbelanja sakan nampak??lambat balik?", ujar pak Samad..Lina dan Siti hanya tersenyum.. "Pak cik..boleh saya nak tanya sesuatu?", ujar Lina apabila teringat kejadian aneh yang berlaku dirumah sewanya.. "emm.tanya je Lina..", balas Pak Samad..aku memberi isyarat kepada siti untuk masuk dahulu lalu ku beri semua barang yang dibeli tadi..siti mengalah walaupun dia mahu tahu apa yang kami bincangkan.. "pak cik..saya nak tanya tentang penghuni rumah ni dulu..mesti pak cik tahu kan?", pak Samad mengerutkan dahinya.. "hmm..kenapa kamu nak tahu?", Tanya Pak Samad kembali "sebenarnya pak cik..sejak akhir-akhir ni saya selalu terjumpa dengan sorang budak, badannya berlumuran darah dan bayangan pembunuhan yang kejam dalam rumah ni..", balasku sambil menunjukkan ke rumah sewaku.. "hmm…", pak Samad mengusap dagu.. "macam ni..dulu rumah ni memang ada satu keluarga yang tinggal..suaminya selalu mabuk-mabuk..satu malam, mereka bergaduh teruk hingga si suami membunuh isterinya dan kedua orang anaknya dengan kejam..", "owh, macam tu rupanya..", aku mengangguk..betul la bayangan yang dia nampak selama ni.. "habis tu..mana lelaki tu sekarang?", Tanya ku lagi "lelaki itu sudah dihukum gantung..", jawab Pak Samad..aku diam seketika.. "tapi memang selalu pak cik dengar orang menangis kat rumah ni..pak cik yang menjaga dan membersihkan rumah ni tapi tak pernah pulak jumpa 'benda-benda' yang macam kamu cakap tadi..dengar tu ada la..", ujar Pak Samad lagi..aku mengangguk lagi.. "tak apa lah pak cik..terima kasih..saya masuk dula la ek..dah lewat ni..", kataku..Pak Samad mengganguk.. -------------------------
Perbincangan aku dan Pak Samad menyelesaikan kekeliruanku..aku tahu apa yang berlaku di rumah ini..hmm..tapi kenapa aku seorang sahaja yang nampak 'mereka'?apa kaitannya mak long,rantai mutiara dan semua yang aku lihat?adakah mak long hanya mahu menghadiahkan rantai mutiara itu kepada aku?tapi bukankah mak long sudah meninggal sebelum aku berjumpa dengannya malam itu?adakah aku sahaja yang boleh melihat 'benda-benda' itu?itukah kelebihanku?tiada jawapan..masih menjadi tanda tanya dan misteri hingga sekarang..
seram juga cerita nie.. meremang bulu roma aku bace cerita nie.. usaha lagi ya
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kish benar ke nih? seramnyer..huhu