BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Januari 01, 2009
Cerpen : Masihkah ada cinta
Nama Pena : Alia Masnia

Malam itu agak sunyi sedikit. Namun diintainya sirna malam di luar jendela. Sungguh indah suasana malam di situ. Kerdipan bintang-bintang begitu berseri seakan manik-manik yang menyeri hamparan malam. Bulan terang nampak gagah sekali seperti raja dikelilingi puteri-puteri angkasa sahaja lagaknya. Angin malam terasa lembut cukup menyegarkan sedikit rasa Nadira yang sedang dihanyut kebosanan.

Seketika Nadira teringat kisah lalunya. Kelibat jejaka yang pernah menjadi penghibur hatinya sepuluh tahun yang lalu, kini sentiasa bermain di birai matanya. Sejak pertemuan pertamanya dengan Nasrul Hakim di complex membeli belah beberapa hari yang lalu, Nadira sering sahaja termenung. Fikirannya sentiasa melayang-layang nun jauh dari sisi. Entah! Apakah yang merasuk jiwa nalurinya sehinggakan kisah lalunya seakan berulang kembali. Kemunculan Nasrul Hakim itu memang tidak pernah disangka-sangkanya. Setelah lebih kurang sepuluh tahun mereka terpisah, namun akhirnya mereka dipertemukan lagi. Entah! Mengapakah mereka dipertemukan semula. Nadira binggung. Keresahannya pula kini kembali memuncak. Memang sampai sekarang ini pun Nadira tidak pernah melupakan jejaka yang amat dicintainya hampir separuh mati itu. Walaupun Nasrul Hakim benar-benar telah melukai hatinya, namun cinta yang pernah tertanam di dasar hatinya itu masih lagi subur di hati. Cuma untuk kembali semula ke sisinya Nadira rasa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Sudah sepuluh tahun Nadira telah berusaha untuk menerima kenyataan dan sekarang dia tidak akan mensia-siakan segala usahanya itu hanya kerana pertemuan semulanya itu. Nadira benar-benar resah. Takut seandainya Nasrul Hakim benar-benar ingin kembali semula ke sisinya sepertimana yang telah diucapkannya melalui telefon semalam. Entah! Dari sumber mana dia mendapat nombor telefon rumah Nadira sedangkan Nadira sudah lama berpindah ke rumah barunya itu. Nadira menjadi semakin keliru.

Asrul! Kenapa disaat Nadira sudah dapat melontarkan segala tinta hitam yang telah lama bersarang di hati ini, tiba-tiba sahaja kau muncul semula Asrul?. Tidakkah kau kasihan pada gadis yang pernah Asrul sia-siakan ini?. Kenapa tidak serik-seriknya kau ingin mempermainkan perasaan hati Nadira?. Seboleh-bolehnya malas Nadira hendak menurut kemahuan Asrul yang ingin bertemu dengan Nadira esok. Tapi, demi menurut kata hati, Nadira terpaksa akur. Tetapi Nadira yakin pertemuan esok itu bukanlah pemberi ruang untuk Asrul ingin terus memiliki Nadira. Tetapi tujuan Nadira cuma untuk menyelesaikan masalah yang tidak pernah ada penghujungnya ini.

"Adik! Adik belum tidur lagi?. Dah jauh malam ni. Kenapa tak tidur-tidur lagi?" Tiba-tiba sahaja Sakina menghenyak lamunan Nadira. Daun pintu kamar Nadira diselak perlahan. Nadira mengalih pandangan. Senyuman dilemparkan sama. Sementara Sakina mengatur langkah sopan seraya duduk di birai katil adik kesayangannya itu. Nadira turut sama.

"Adik tak dapat tidur lah kak. Mata Adik ni tak mau terlelap."

Kenapa ni?. Ha! Tentu adik ada masalah ni?. Kalau tak, takkanlah bintang-bintang tu sampai sanggup jadi penghibur hati adik." Sakina cuba untuk memanaskan
perbualan. Diperhatikannya sejenak wajah suram adik kesayangannya itu. Dia seolah-olah tahu ketika itu pasti ada masalah yang sedang membendung fikiran Nadira.

"Tak adalah kak. Kakak ni macam tahu je." Jawab Nadira spontan seraya menghempaskan badannya ke katil sekadar untuk mendapatkan keselesaan. Sakina tersenyum melihat karenah adiknya itu. Dia sudah maklum dengan perangai Nadira yang sememangnya tidak mahu berkongsi masalah. Tetapi sejak usia Nadira hampir menjangkau 30 tahun ini Nadira sudah banyak berubah. Fikirannya juga sudah menjadi matang sedikit. Cuma kesetiaannya menyimpan kasihnya pada Nasrul Hakim nampak ketara sekali dan dia sahaja yang senghaja tidak mahu mengaku.

"Adik, kakak bukannya apa. Kakak cuma nak pastikan yang adik kakak ni bersih dari segala kekusutan. Bukannya kakak tak tahu pasal si Asrul tu."

"Aaa… kakak belum tidur lagi ke?. Esokkan kakak ada seminar. Abang Am dah tidurkah kak?. Tak baik kakak tinggalkan abang Am keseorangan di bilik tu." Semputnya pertanyaan Nadira. Nampaklah Nadira ni tidak mahu berkongsi masalah. Tegar pula dia memintas percakapan Sakina. Sakina diam seketika lantas menyambung semula barisan katanya yang terbantut tadi.

"Adik kakak ni… Macamlah kakak tak tau dengan perangai adik tu. Kakak sebenarnya lepas je masuk tandas tadi. Semasa melintas bilik adik ni, kakak nak juga jenguk adik sama ada adik kakak ni dah tidur ke belum sebab semasa makan malam tadi kakak dah syak mesti adik ada masalah."

"Ada-ada sajalah kakak ni." Nadira sengaja mengelak.

"Mak hai! Ikan tenggiri masak cili api, sayur pucuk ubi, sambal belacan tropika dan ulam pengganga pun tak dilayan dek adik. Semua tu kan lauk pauk kegemaran adik. Kenapa adik tak berselera?. Tak terjamah pun. Sebab tulah kakak syak adik tentu ada masalah sekarang ni."

Nadira diam. Dia tahu dalam kalangan keluarga mereka, kakaknyalah yang memang handal dalam menilai perilaku seseorang. Apalagi dengan perangai Nadira sendiri. Kakaknya jugalah yang memang terror sekali.

"Kak, terima kasihlah kerana menggambil berat akan diri Nadira. Nadira tau, Nadira ni memang telah banyak menyusahkan kakak dan juga mak. Tapi kali ini Nadira akan cuba menyelesaikan masalah adik sendiri. Adik akan cuba mematangkan diri adik ni tanpa bantuan sesiapa. Selagi adik termampu selagi itu adik akan teruskan usaha adik. Kakak tak usahlah risaukan adik." Lembut sekali barisan kata-kata Nadira kali itu. Cukup sekali melegakan hati Sakina.

"Betul ke ni adik?."

Nadira mengangguk. Betapa disedarinya kini bahawa dirinya telah dilimpahi beribu kesedaran. Kalau dulu, Nadira langsung tidak memahami akan setuasi sebegini. Hanya yang dia tahu, menangis dan terusan menangis.

"Baiklah. Kakak masuk tidur dulu. Kakak harap, esok adik akan dapat memberikan satu keputusan yang terbaik untuk diri adik. Satu sahaja pesanan kakak. Ingatlah adik, andainya keputusan adik itu dapat menumpaskan tinta hitam yang selama ini telah membelenggu adik, adik teruskanlah. Tetapi jika sebaliknya, jangan biarkan tinta hitam itu terusan membelenggu diri adik. Kelak adik akan menyesal."

"Jadi, kakak tak setuju kalau adik menolak permintaannya?." Nadira menghangatkan semula perbualan. Dipandangnya erat wajah Sakina.

"Kakak tak kata kakak tak setuju. Tapi kakak nak adik membuat satu keputusan yang tepat. Kadangkala kita harus bersikap adil kepada diri kita sendiri adik. Sesuatu yang berlaku tu sudah tentu ada hikmah di sebaliknya. Jadi, terpulanglah pada adik untuk membuat keputusan. Okeylah, kakak nak masuk tidur ni."

"Terima kasih kak kerana sudi memberikan sedikit pendapat. Adik tak tau macammana nak balas budi baik kakak."

"Sikit je adik. Ha! Lebih baik adik lelapkan mata. Biar tenang sikit hati adik yang bercelaru tu. Dah sembahyang istiqarah ke adik ni?."

"Dah kak. Kejap tadi."

"Baguslah. Adik tidurlah dulu. Mungkin esok adik akan terasa tenang sekali. Tuhan akan berikan adik pertunjuk. Ikutlah gerak hati adik. Esok, kakak nak tengok samaada adik kakak ni dah dapat bangun sendiri ke tidak." Sakina semacam mencabar.

"Kakak nak cabar adik ye..." Nadira seperti mau mengundang senda gurauan.

"Iya!. Kakak nak cabarlah ni. Hehe!" Balas Sakina seraya meninggalkan kamar tidur Nadira yang sudah ditenggelami cahaya kesamaran. Nadira tersenyum sendiri melihat akan kemesraan perhubungan dia dan kakaknya itu. Memang sejak dari kecil lagi hubungan mereka berdua sebagai adik beradik begitu mesra sekali.

Nadira terus terlena dalam dakapan malam. Mungkin esok akan menjanjikan satu keputusan yang tepat. Nadira yang kini telah menjangkaui alam kedewasaan, pastinya tidak akan membuat satu keputusan yang merugikan dirinya. Kematangan yang telah dikumpulkannya tidak akan dipinggirkannya begitu sahaja. Nadira perlu bersedia. Bersedia untuk mengintai pelangi yang selama ini diimpi-impikannya untuk hadir di dalam hidupnya. Kalau selama ini dia sudah puas ditindas. Mengapa sekarang dia harus kalah?. Kau harus bangun Nadira!. Bangun untuk dirimu sendiri dan bukannya untuk dipijak-pijak oleh kerakusan kuasa seorang lelaki.

Sinaran mentari pagi begitu cantik sekali. Langit yang terbentang luas sangat indah dipandang mata. Awan-awan putih berarak lembut, menambahkan lagi keindahan semarak pagi ketika itu. Lautan pula kelihatan membiru menampakkan kemegahannya yang telah sedia ada. Ombak tidak henti-hentinya mengesek pinggir-pinggir pantai. Sedap sekali bunyi desirannya. Ah! Begitulah indahnya ciptaan Tuhan dan tiada sebarang kuasa pun yang dapat menandingi akan kekuasaan-Nya.

Nun di sana kelihatan Nadira turut sama menikmati akan keindahan dan keheningan pantai Tungku ketika itu. Anak kakinya seperti tidak gentar mencecah pecahan-pecahan ombak. Dibiarkannya sahaja bekas kekasihnya itu memerhatikan akan gelagatnya bermain ombak di persisiran pantai itu. Nasrul Hakim sudah jauh ketinggalan di belakang. Sengaja dia melambatkan perjalanan kakinya hanya semata-mata ingin melihat Nadira dari jarak yang agak jauh. Dia cuba untuk melihat perubahan Nadira dari segi fizikal. Ya! Memang Nadira telah banyak berubah. Cara penampilan Nadira sekarang memanglah nampaknya tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti arus peralihan. Dengan mengenakan pakaian yang nampak ranggi tetapi bersopan itu, Nadira kelihatan nampak lebih ayu dan anggun. Nadira mematikan langkah. Di pandangnya sejenak ke penjuru pantai. Memang keindahan ada di situ. Nadira kemudian mengatur langkah sopan menuju ke daratan pantai. Hamparan pepohonan yang bergelimpangan, dijadikannya tempat bertinggir. Pandangannya tertumpu terus kepada kelibat bekas kekasihnya itu. Nasrul Hakim pula dengan langkah teraturnya terus mendapatkan Nadira walaupun terasa gementar yang amat ketara.

Nadira, kecantikanmu jelas terlihat kini. Memang bertuah lelaki yang bakal menawanmu Nadira. Kenapalah kebodohanku dulu telah meragut kebahagian perhubungan kita. Sehinggakan menjadikan aku buta untuk menilai akan kesetiaan cintamu terhadapku. Aku memang buta untuk menilainya Nadira. Kenapalah Syura yang menjadi pilihanku dulu sebaliknya kehadiranmu di sisi telah aku persendakan. Aku benar-benar menyesal!. Menyesal kerana telah meninggalkanmu Nadira!. Bisik hatinya bersama kedut-kedut kepiluan.

Baru sekarang kesedaran itu mula bertakhta di lubuk hatinya. Kesepian yang menemaninya dalam jangka masa enam tahun itu telah menggamit kerinduannya pada Nadira, wanita yang pernah singgah di dalam hatinya sepuluh tahun yang lalu. Entah kenapa keretakkan rumah tangganya bersma Syura seolah-olah telah menyedarkan dirinya dari terus menjulang sikap keegonya itu. Ah! Mungkin itulah balasan dari sikap kekejamannya dahulu.

"Apa sebenarnya tujuan Asrul ingin menemui Nadira?. Kalau sekadar ingin menemani Asrul untuk menghirup keindahan pantai ini, lebih baik Nadira balik sahaja. Nadira ada banyak urusan yang perlu Nadira selesaikan. Janganlah buang masa Nadira, Asurul." Kata-kata Nadira agak tajam sekali. Direnungnya semula ke penjuru pantai. Keindahan tetap ada di situ. Sekeping wajah yang amat dirinduinya selama ini pula, dibiarkannya sahaja terhakis oleh hembuasan sepoi yang menyapa.

"Nadira, maafkanlah Asrul seandainya ajakan Asrul ini membebankan diri Nadira. Tapi ketahuilah Nadira, tujuan Asrul ni adalah kerana Asrul nak sangat meminta maaf pada Nadira." Dengan senangnya Asrul menyusun kata.

"Kan hari tu Asrul dah meminta maaf melalui telefon. Tak tau pula Nadira rupanya ada siaran ulangan di tepian pantai ni. Ingatkan hal mustahak apa yang nak sangat Asrul beritahukan ni." Nadira semakin mengasah tajaman kata-katanya. Seolah-olah dia masih berdendam pada lelaki yang pernah melukainya itu.

"Selagi Nadira tak mahu memaafkan Asrul, selagi itulah Asrul akan terus meminta maaf."

"Tolonglah Asrul. Tolonglah jangan jadi seperti zaman remaja kita dulu. Sekarang kita dah meniti alam kedewasaan. Belajarlah untuk menyedari kesilapan yang telah kita lakukan dulu." Petahnya Nadira berkata-kata.

"Sebab itulah Asrul ingin sangat meminta maaf pada Nadira. Kerana Asrul nak memperbaiki kesilapan yang lalu." Pandai pula Nasrul Hakim menjawab.

"Asrul, kan Nadira dah cakap hari tu. Selama ini Nadira memang dah memaafkan Asrul daru hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Nadira memang dah lupakan segala tinta hitam yang mana telah membelenggu hidup Nadira. Kenapa Asrul tak nak percaya?. Asrul ni macam budak-budaklah." Nadira terasa kesal sekali.

"Iya! Memang Asrul ni macam budak-budak. Sebab itulah Asrul tidak pandai bermain senjata. Asrul belum cukup ilmu lagi dah pandai membuka langkah. Akibatnya Asrul tertikam dengan senjata Asrul sendiri." Pandai pula Nasrul Hakim menyusun bait-bait kata yang tersimpan seribu maksud.

"Janganlah salahkan diri sendiri Asrul. Memang Nadira akui selama ini kita masing-masing kekurangan ilmu dalam menjalinkan sebuah percintaan. Akibatnya kita berdua telah hanyut di bawa arus kesilapan kita sendiri." Balas Nadira sementara ranting yang dipegangnya sedari tadi dipatah-patahnya agak selamba. Nasrul Hakim terdiam seketika. Dilontarkannya pandangan ke arah sekumpulan budak-budak yang asyiknya bermain pasir-pasir pantai.

"Tapi, Asrul kenalah bersyukur kerana telah berjaya menemui matalamat hidup yang Asrul cari-cari selama ini. Asrul dah capai segala-galanya. Dah dapat jawatan yang sempurna malah punyai sebuah keluarga yang bahagia. Tetapi apa yang ada pada Nadira?. Nadira masih tak dapat temui sirna pelangi yang Nadira impi-impikan selama ini. Nadira masih lagi bermimpi di siang hari, Asrul!. Kini disaat-saat Nadira tercari-cari sirna itu, kenapa pula Asrul muncul ditengah-tengahnya dan mengaburi mata Nadira?. Kenapa Asrul?. Kenapa?." Nadira sebak. Hatinya bagaikan meronta-ronta. Air mata yang bertakung di mata keluar setitis demi setitis membasahi kelembutan wajah yang pernah meraih simpati itu. Nasrul Hakim turut bersimpati. Tanggan lembut yang pernah digenggamnya dulu itu seakan mahu digenggamnya semula sekadar untuk menyenangkan sedikit lara hati wanita yang pernah dicintainya itu. Kini segala-galanya telah berubah. Nadira bukan lagi miliknya. Nasrul Hakim perlu menerima hakikat sebenar walaupun terasa berat untuk diterimanya.

"Asrul turut bersimpati padamu Nadira. Maafkan Asrul kerana telah melukakan hati Nadira malah telah menghancurkan impian murni Nadira tu. Tapi Ketahuilah olehmu Nadira, selama ini Asrul telah menerima padah hasil dari kekejaman Asrul tu." Nasrul Hakim merenung sejenak wajah Nadira. Nadira menjadi rimas. Segera dipalingkan mukanya ke sudut tertentu. Nampak sekali Nadira tidak selesa dengan pertemuan yang terpaksa itu.

"Perkahwinan Asrul dengan Syura hanya bertahan selama empat tahun. Walaupun sepanjang perkahwinan Asrul dengannya telah dikurniakan tiga orang cahayamata namun rumah tangga kami tetap tidak bahagia. Kami sering sahaja bertegang urat malah kekadang tu Asrul tak dapat mengawal kesabaran lantas Asrul gunakan kekerasan. Sehinggalah ianya berterusan dan menyebabkan penceraian." Nasrul Hakim menahan sebak. Sayu sekali wajah kerdil itu. Seakan mahu meminta simpati.

"Sekarang, sudah enam tahun Asrul hidup keseorangan. Nak menjenguk anak-anak pun susah. Syura memang tak benarkan Asrul untuk sering berjumpa dengan anak-anak. Dia memang bencikan Asrul hinggakan sanggup mengajar mereka yang masih belum tahu apa-apa. Asrul menjadi tertekan dek perbuatannya. Dia memang sengaja bermain api dengan Asrul walaupun dia tahu akhirnya dia akan hangus terkena bara api itu. Tetapi Asrul takkan buat dia merasa kesakitan itu sebab mengenangkan anak-anak. Asrul tak mahu nanti anak-anak Asrul tu dipengaruhi dendam mama mereka terhadap Asrul. Asrul terpaksa mengalah dan redha dengan semua yang terjadi." Sambung Nasrul Hakim lagi sementara keringat yang mengalir di dahinya dikesat agak sempurna.

"Maafkan Nadira kerana selama ini Nadira memang tak pernah tahu tentang penceraian Asrul. Tetapi apa kena mengenanya pula dengan Nadira?. Dah tak ada orang lain ke yang sudi untuk mendengar segala kekecewaan Asrul tu?" Nadira memang terasa kurang senang dengan pertemuan itu sehingga terkeluar kata-kata yang agak tajam dan menghiris. Walaupun di hatinya masih terselit rasa kasih dan sayang pada lelaki di sebelahnya itu, namun dirinya masih tidak dapat melupakan akan kekejaman yang pernah dilemparkan terhadapnya dulu. Ah! Kenapalah masih ada pertemuan di sini!. Desus hatinya. Rasanya mahu sahaja dia beredar dari situ. Namun, dia harus menyelesaikan masalah yang sudah lama tiada penghujung ini. Harus ada nokhtah di sini!. Bentak hatinya lagi.

"Nadira, Asrul tau Nadira masih marahkan Asrul kan?. Memang Asrul patut kena marah dengan Nadira. Marahlah Nadira!. Marahlah sepuas-puas hati Nadira. Hukumlah Asrul. Asrul sanggup terimanya biar Asrul rasa betapa sakitnya…"

"Cukuplah tu Asrul. Tak ada gunanya lagi kita terus bercengkarama di sini. Kenapa pula Nadira harus menghukum Asrul. Perkara yang lepas tu tak usahlah dikenang. Jadikanlah peristiwa itu sebagai satu memori dalam kamus hidup kita. Memori yang patut kita jadikan guru perjalanan kita di dunia ini." Rintihan Nasrul Hakim dipintasnya agak teliti. Dicubanya untuk mententeramkan sedikit perasaan sedih lelaki yang masih dirinduinya itu. Amarahnya yang agak meronta-ronta pula cuba ditenangkan sedikit. Entahlah! Kenapa bila berhadapanan dengan lelaki yang sudah sepuluh tahun terpisah itu, hatinya bagaikan terasa marah yang membahang-bahang sedangkan jauh dari sudut hatinya untuk terus membenci lelaki itu. Memang diakuinya bahawa dia masih lagi menaruh perasaan rindu pada Nasrul Hakim.

Nasrul Hakim menahan sebak di hati. Perasaannya ketika itu amat bercelaru. Rasanya mahu sahaja dia menjeit sepuas-puasnya di pantai yang semakin ramai pengunjung itu. Mahu sahaja dilontarkannya hajat yang sudah lama terbuku di hatinya jauh ke dasar lautan yang membiru. Hajatnya yang ingin menyunting semula wanita di sebelahnya itu seperti terasa berpintal kuat di lubuk hatinya. Nasrul Hakim terasa tercari-cari jalan yang sesuai macammana caranya untuk bertanyakan tentang keputusan Nadira. Bila sahaja melihat Nadira yang agak kurang senang dengan pertemuan itu malah ditambah pula dengan kata-kata Nadira yang dirasakannya semacam menyimpan seribu dendam di hati, Nasrul Hakim terasa takut sedikit. Fikirannya mula bercampur baur. Sudah hampir seminggu fikirannya tidak menentu. Lenanya pula sentiasa berada di dalam khayalan. Sejak pertemuannya dengan Nadira di complex membeli belah beberapa hari yang lalu, Nasrul Hakim menjadi seperti kucing keguguran anak. Usahanya untuk mendapatkan nombor telefon Nadira diteruskannya setiap hari sehinggalah dia terserempak dengan Azizul, adik sepupu Nadira. Azizullah yang telah memberikan nombor telefon Nadira. Itupun setelah desakkan yang bertubi-tubi dari Nasrul Hakim.

"Kalau dah tak ada apa-apanya lagi yang nak dicakapkan, biarlah Nadira balik sahaja." Nadira mematikan lamunan Nasrul Hakim yang agak jauh itu seraya bingkas dari tempat duduknya.

"Nanti dulu Nadira!."

"Apa lagi Asrul?. Kalau ada hal yang penting sangat nak dicakapkan, cakap sajalah. Tak payahlah lagi nak berputar belit. Ini kira dah baik dah ni, Nadira sanggup bertemu dengan Asrul. Kalau Nadira ni macam perempuan lain, nasiblah Asrul akan dapat peluang macam ni." Kemarahan Nadira kian memuncak. Jelaslah fikirannya amat bercelaru. Entahlah! Kenapa disaat dia cuba untuk melupakan lelaki itu tiba-tiba sahaja dia muncul kembali menyebabkan Nadira menjadi serba salah.

"Macammana dengan permintaan Asrul semalam?. Apakah keputusan Nadira?. Asrul sedia mendengarnya?." Nasrul Hakim memberanikan diri. Hajatnya masih lagi seperti di awangan. Sudikah Nadira menerima Asrul semula?. Ah! Kau pasti akan menerimaku semula Nadira. Aku tau cintaku masih ada di hatimu kan. Katakanlah kau masih menyintai aku. Katakanlah Nadira!. Katakanlah sesungguh hatimu!. Desakkan hati Nasrul Hakim bagaikan menyiat-nyiat sekeping hatinya yang sudah hampir lemah itu. Dia tahu betapa Nadira memang agak sukar untuk membuat keputusan. Lantaran dia benar-banar tahu Nadira masih lagi menyimpan kasih padanya.

"Asrul, Nadira masih keliru dengan pertemuan ini. Kekadang, Nadira rasa pertemuan semula kita ini semacam memberikan kita satu lagi peluang untuk kita terus bersama. Di sudut pandangan yang lain pula, Nadira rasa kita semacam diuji untuk mematangkan diri. Walaumacammanapun, Nadira rasa tidak yakin akan pertemuan ini Asrul. Nadira takut sejarah lama kan berulang kembali."

"Tolonglah percayakan Asrul kali ini Nadira!. Asrul akui dulu dah dua kali Nadira berikan kepercayaan pada Asrul tetapi Asrul sia-siakan peluang itu. Sanggup pula Asrul mengecewakan hati Nadira diatas perkahwinan Asrul dengan Syura. Asrul sedar Nadira. Asrul sedar bahawa Asrul telah benar-benar merobek perasaan Nadira. Tak patut Asrul berkahwin dengan Syura sedangkan janji Asrul hanya Nadira sahaja yang akan menjadi suri hidup Asrul. Asrul menyesal Nadira. Asrul benar-benar menyesal. Sekarang, berilahlah Asrul peluang sekali lagi Nadira. Asrul berjanji akan menjaga Nadira dengan baik dan Asrul tak akan mengabaikan kasih sayang Nadira. Asrul berjanji akan menjadi seorang lelaki yang bertanggung jawab. Asrul berjanji Nadira!." Nasrul Hakim tidak mahu mengalah. Kali ini dia benar-benar merayu. Entahkan rayuannya akan diterima atau tidak.

Nadira terdiam seketika mendengar petahnya susunan kata Nasrul Hakim itu. Kalau hendak diikutkan rasa mahu sahaja dia membalas segala perbuatan lelaki yang pernah memainkan perasaannya itu. Tetapi bila mendengar rintihan dan rayuannya yang kian meruntun itu, tidak tergamak pula rasa hatinya untuk membiarkan perasaan lelaki itu hanyut di situ. Mahu sahaja dia menerima Nasrul Hakim kembali tetapi Nadira masih berasa di dalam keadaan serba salah. Bermacam-macam andaian yang berjenaka di lubuk hatinya.

"Entahlah Asrul. Nadira dah tak tau nak kata apa. Semalam pun Nadira dah diberi pertunjuk dari Tuhan. Nadira didatangi satu mimpi. Entahlah, Nadira pun kurang pasti dengan mimpi Nadira tu. Tapi apa yang jelas, setelah terjaga dari tidur tu Nadira merasakan ketenangan yang amat sangat. Seolah-olah keputusan sudah ada di dalam genggaman Nadira." Nadira cuba menjernihkan keadaan. Di tolehnya pandangannya ke kiri. Ramai juga pengunjung yang datang. Asap yang datangnya dari gerai yang tersusun rapi itu berkepul-kepul naik ke udara. Apa yang pasti segala kekusutan yang menerpa dirinya itu pasti juga akan dibawa lari oleh kepulan asap di situ.

"Katakanlah bahawa Nadira masih menaruh dendam pada Asrul!. Nadira masih lagi marahkan Asrul kan?." Nasrul Hakim semakin hilang pertimbangan.

"Nak dendam apa lagi ni Asrul?. Nadira malaslah nak bertekak macam ni lagi. Tak akan ada sudahnya nanti. Lagipun kita dah sama-sama dewasa Asrul. Sama-samalah kita belajar untuk berfikiran secara terbuka."

"Nadira, kalau Nadira sudah tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap Asrul, Asrul tak kisah. Asrul tak akan memaksa Nadira untuk terus menerima Asrul kembali. Tetapi andai masih ada sekelumit cinta di hatimu Nadira, tolonglah terima Asrul kembali. Janganlah terusan menyiksa hidup Nadira. Kerana pertemuan kita yang tidak disengaja ini adalah satu peluang yang amat berguna buat kita berdua. Mungkin ini adalah satu hikmah di atas pertemuan kita kali ini." Nasrul Hakim tidak berputus asa.

"Sudahlah Asrul. Nadira rasa adalah lebih baik kita berkawan sahaja. Mungkin dengan cara tu perhubungan kita akan menjadi lebih baik dan selesa."

"Tapi kita tak boleh menipu diri kita sendiri Nadira!. Kita sama-sama masih menaruh perasaan cinta. Jadi kenapa kita tidak mahu berlaku adil kepada diri kita sendiri?."

"Macammana boleh Asrul katakan yang kita ni masih lagi menyintai antara satu sama lain?. Boleh percayakah semua tu?. Masih adakah lagi cinta tu Asrul?. Asrul, saat percintaan kita dulu pun cuma dapat bertahan selama setahun lebih saja. Inikan pula sudah sepuluh tahun berlalu. Sepuluh tahun Asrul. Sepuluh tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Hati manusia tetap akan berubah. Dalam jangka masa sepuluh tahun itu jugalah Asrul telah mendapat isteri dan beberapa orang anak. Asrul nak nafikan apa lagi?."

"Asrul tertipu dengan perasaan Asrul sendiri Nadira. Sebenarnya Syura bukanlah wanita yang boleh membahagiakan hidup Asrul tetapi Nadira. Nadiralah wanita yang sebenar-sebenarnya yang berhak bertakhta di lubuk hati Asrul. Percayalah Nadira!."

"Tapi, Nadira dah tak menaruh perasaan cinta pada Asrul lagi. Perasaan tu dah lama Nadira buang jauh-jauh dari sisi." Nadira cuba untuk berdalih.

"Nadira bohong!."

"Kalau Asrul tak percaya, tak apalah."

"Tak!. Asrul langsung tak percaya. Asrul tau Nadira masih lagi cintakan Asrul kan?. Buktinya, kenapa sampai sekarang Nadira masih belum berpunya?." Nasrul Hakim mengumpan. Kata-katanya itu membuatkan Nadira berusaha untuk membela diri.

"Dah belum sampai jodoh Nadira. Macammana Nadira nak kahwin?." Cubaan pertama Nadira nampaknya masih boleh diterima. Nampak sekali kebingungan sedang bermaharajalela di situ.

"Tu, cincin di jari manis Nadira. Nadira masih sudi untuk memakainya kan. Itukan cincin yang telah Asrul hadiahkan pada Nadira dulu. Terbukti Nadira. Dah terbukti Nadira masih lagi menyintai Asrul kan?." Tidak henti-hentinya Nasrul Hakim untuk memuaskan kehendaknya.

Ah! Kenapalah aku lupa untuk menanggalkannya semalam. Memanglah cincin ni hadiah pemberianmu dulu Asrul. Nadira memang suka memakai cincin ini. Cincin inilah satu-satunya pengikat kesetianku padamu. Habislah tipu muslihat Nadira kali ini. Nadira memang mahu menyembunyikan perasaan cintanya pada Nasrul Hakim lantaran ketidak setujuannya untuk menerima lelaki yang pernah melukai hatinya itu. Nadira seperti hilang punca. Dicubanya mencari barisan ayat. Dia tidak mahu keputusan yang telah dibuatnya itu akan hanyut dek ketewasannya melawan kepintaran Nasrul Hakim.

"Kenapa Nadira?. Masih nak menipu diri sendiri lagi?." Nasrul Hakim tidak mahu mengalah.

"Asrul, kalau ia pun Nadira masih lagi menyintai Asrul, tak semestinya Nadira harus menerima Asrul kembali. Percayalah, cinta tak semestinya bersatu. Pada Nadira cinta lebih kepada kesetiaan. Kesetiaanlah yang lebih dari segala-galanya Asrul." Nadira semakin ketandusan idea. Dihayunkannya langkah satu persatu sekadar untuk mendapatkan keselesaan. Nasrul Hakim membontoti.

"Sampai bila Nadira harus setia pada cinta Asrul?. Takkan bila Nadira dah bersuami nanti, Nadira masih lagi menyintai Asrul dan menduakan kasih suami Nadira sendiri. Itukan dah tak dimasuk diakal Nadira." Nasrul Hakim semakin teliti lagaknya. Dia tidak mahu mengalah. Sementara Nadira sudah semakin lemas dengan pujukan rayunya. Namun, Nadira tetap kuatkan semangat. Dia tidak mahu kalah dalam pembicaraan ini. Kalau boleh dia nak membawa khabar yang baik bila pulang ke rumah nanti. Itulah yang ditunggu-tunggu oleh kakaknya, Sakina.

"Terimalah hakikat ini Asrul. Kita tak akan dapat bersama semula. Percayalah. Asrul kan dah ada tanggung jawab yang perlu dilaksanakan. Tidakkah Asrul kasihan pada anak-anak Asrul yang terbiar kasih tu?. Kasih mereka yang berbelah bahagi. Bukankah lebih baik Asrul cuba memulihkan semula rumah tangga Asrul. Binalah penghidupan yang baru Asrul. Yang keruh tu jernihkanlah semula. Demi anak-anak Asrul, baliklah ke pangkuan bekas isteri Asrul tu. Insya-Allah Asrul akan temui kebahagian di sana nanti. Di sanalah kebahagian sebenar yang Asrul cari-cari selama ini dan bukannya pada Nadira". Nadira cuba untuk memberikan sedikit perangsang kepada Nasrul Hakim yang sudah hampir menjunam pada bayangannya sendiri.

Nasrul Hakim terdiam. Raut wajahnya jelas menampakkan kedut-kedut kedukaan. Langkah kakinya semakin longlai dirasakannya. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan. Sangkaannya meleset sama sekali. Dalam benak fikirannya, Nadira akan sudi menerimanya semula lantaran kesetian Nadira yang jelas kelihatan itu. Butiran pasir-pasir di pantai itu disepak-sepaknya menyebabkan butiran-butiran itu berterbangan tak tentu hala. Tidak disangka-sanga pula sasaran butiran pasir itu mengenai anak mata Nadira yang comel itu. Nadira menjadi panik seketika. Sebelah matanya masih tak dapat dibuka. Dicubanya untuk menahan kesakitan yang sedikit.

"Nadira!. Maafkan Asrul. Asrul tak sengaja. Asrul sebenarnya tak dapat melawan emosi. Maafkan Asrul. Mari Asrul tolong lapkan." Tanpa segan silunya Asrul cuba memegang tangan lembut Nadira dan mencuba untuk membersihkan kotoran pasir yang melekat hampir ke seluruh muka Nadira. Tetapi Nadira dengan lagaknya terus mengelak. Matanya dibukanya agak berhati-hati. Masih terasa sukar. Dicubanya lagi. Sudah terasa sedikit berkurangan. Nasrul Hakim hanya menyaksikannya di hadapan mata. Dalam benak hatinya, mahu sahaja dia mengahwini Nadira agar dia dapat menjaganya dengan baik dan sempurna. Agar dia dapat dapat merasa kembali kelembutan tangan wanita yang amat dicintainya itu.

"Nadira, are you okey?." Nasrul Hakim agak berhati-hati.

"Pergilah!. Pergilah jauh-jauh!. Jangan cuba nak ganggu hidup Nadira lagi." Nadira menjadi tertekan. Air matanya mencurah-curah jatuh ke pipi. Nasrul Hakim agak terkejut. Terkejut dengan perubahan mendadak Nadira. Dicubanya untuk menenangkan perasaan Nadira tetapi perasaan segan dan takut terus menyelubungi. Nasib baiklah lokasi perjumpaan mereka itu agak jauh sedikit dari orang ramai. Kalau tidak tentu ramai yang menyaksikan sandiwara yng agak dramatis itu.

Nadira masih menahan esak tangisnya. Dia seperti sudah tewas dengan perdebatan itu. Dapat dirasakannya kini bahawa dia juga tidak mampu untuk menipu diri sendiri. Perasaan cintanya pada Asrul benar-benar kuat. Telah cuba disembunyikannya jauh ke lubuk hati, namun dengan kekuatan cinta Asrul itu telah dapat menewaskan kebohongan dirinya. Nasrul Hakim menjadi kecut. Sebak hatinya menahan keperitan itu. Betapa disedarinya Nadira memang benar-benar masih menyintainya. Kalau hendak diikutkan rasa hatinya mahu sahaja dipeluknya tubuh yang lemah itu sekadar untuk meredakan sedikit kesedihan yang melanda bekas kekasihnya itu. Tetapi Nasrul Hakim masih beriman. Kerana iman jugalah yang mendesak hatinya untuk terus menjadikan Nadira sebagai isterinya yang sah. Tapi, hajatnya nampak tidak kesampaian. Nadira masih murung di situ. Langkahnya diatur munuju ke tempat letak kereta. Tanpa menoleh Nasrul Hakim yang ditinggalkannya di belakang, Nadira terus melencur laju pergi bersama Toyota Vios miliknya. Nasrul Hakim terasa sedih sekali ketika itu. Pujukannya juga tidak berhasil. Namun, dia tidak akan berputus asa. Dia akan cuba untuk memujuk Nadira kerana dia percaya Nadira masih setia padanya.

Nasrul Hakim melontarkan pandangannya jauh ke dasar lautan. Fikirannya masih tertumpu pada Nadira. Tiba-tiba sahaja kelibat Nadira sedang bermain-main di birai matanya. Nasrul Hakim tersenyum. Kalaulah kau sudi menerimaku semula Nadira. Maka akulah lelaki yang sangat bertuah di dunia ini. Akulah lelaki yang sangat gagah dikalangan lelaki yang ada di muka bumi ini. Aku jugalah…

Tiba-tiba sahaja ringtone lagu Aku Cinta Padamu nyanyian Siti Nurhaliza menyekat lamunan Nasrul Hakim. Lagu itulah menjadi lambang percintaannya bersama Nadira dulu. Tanpa berlengah, Nasrul Hakim cuba untuk membaca satu mesej yang baru diterimanya sebentar tadi. Alangkah terkejut hatinya ketika itu bahawa sms yang datang itu adalah dari Nadira.
"Asrul, seandainya kehadiran Nadira di dunia ini adalah untuk dimiliki oleh seorang lelaki yang bernama Nasrul Hakim Hakimi, Nadira akan menerima takdir ini dengan rela hati. Tetapi jika sebaliknya, bersamalah kita menerima hakikat ini sebagai dugaan dari Tuhan untuk kita. Walaupun dalam hati masih ada cinta tetapi tidak semestinya cinta itu akan bersatu. Kerana jodoh kita di tangan Tuhan. Bersama-samalah kita berdoa semoga jodoh kita akan diperkenankan."

Begitulah sms yang Nadira karangkan. Bukan lagi menjadi khidmat pesanan ringkas tetapi sudah menjadi pesanan yang berjela sahaja nampaknya. Atur kata-katanya itu sudah cukup untuk menyenangkan sedikit rasa hati Nasrul Hakim. Nampaknya dia terpaksa akur dengan kehendak Nadira. Memanglah jodoh di tangan Tuhan, tetapi Nasrul Hakim berharap jodohnya tetap pada Nadira.

Ringtone Aku Cinta Padamu berdendang lagi. Belum pun sempat Nasrul Hakim memberikan tindak balas, sms Nadira menjelma lagi.

"Maafkan Nadira pasal hal yang remeh tadi. Nadira akui, Nadira tak dapat membendung perasaan amarah Nadira terhadap Asrul. Tapi ketahuilah Asrul, Nadira pun masih menyimpan perasaan cinta pada Asrul. Tetapi kita tak dapat meneruskan perhubungan ini kerana Nadira masih tidak dapat menerima status Asrul sekarang. Sesungguhnya Nadira masih merindui Asrul yang dulu dan bukannya Asrul yang telah Nadira jumpa sebentar tadi. Walaumacammanapun, Nadira tetap akan menerima Asrul seandainya ada jodoh di antara kita. Selepas ini janganlah cuba untuk hubungi Nadira. Nadira akan tukar talian baru kejap nanti. Terimalah salam sayang dari Nadira istemiwa buat Asrul yang amat dicintai."

Nasrul Hakim menjadi tergamam seketika sebaik sahaja membaca sms dari Nadira. Air mata seorang lelaki itu tiba-tiba sahaja mengalir membasahi pipi. Betapa kecewanya hatinya ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ya Tuhan! Kiranya inilah dugaan-Mu yang paling dasyat untukku, aku pasrah menerimanya. Aku sedar, kesilapan yang pernah aku lakukan dulu telah membuatkan hati seorang wanita hancur berdebur. Ya! Hati yang sudah hancur mana mungkin akan bercantum semula. Keluhan hati lelaki yang cuba memanangi hati Nadira itu amat ketara sekali. Sebaknya berbaur penyesalan yang amat sangat. Entah ke mana langkah yang hendak di tujunya selepas ini. Nadira pula tegarnya membiarkan Nasrul Hakim berulam kesepian di pantai itu. Padanya, setiap apa yang berlaku itu mungkin ada hikmah di sebaliknya. Pertemuan semulanya dengan Nasrul Hakim benar-benar telah menduga kesetiaannya. Entah! Sampai bilakah agaknya kedua-dua insan itu akan terus mempertahankan kesetiaan di sudut hati mereka. Masihkah ada cinta di hati mereka seandainya mereka dipertemukan semula?.

Asrul, seandainya hari ini adalah hari perpisahan kita. Mungkin esok kita akan dipertemukan semula dengan perasaan yang lain dari hari semalam. Percayalah Asrul, setiap apa yang ingin kita miliki tidak semestinya akan menjadi milik kita. Sehinggalah dengan keizinan dari-Nya maka kita akan boleh mencapinya. Bisikan hati Nadira dengan sedikit kepiluan di dada dan…

Andainya masih ada cinta di hati, biarlah nafasnya akan terus bernadi di sini. Bersama hembusan bayu yang bertiup. Kerana ianya adalah lebih baik dari cinta yang bernafas dalam keterpaksaan. Hanya menambah derita di dalam jiwa. Biarkan sahajalah hembusan sang bayu itu menjadi penawar rindu yang melara kerana ianya adalah lebih baik dari memaksa diri untuk terus bersama.
posted by Penulisan2u @ 4:47 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:
  • At 2/1/09 4:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hye...
    ermmm.....
    act,citew nie bez...
    tp mcm meleret2 sgt arw...
    jadi malz nk bacew...
    huuhuhuhuh...
    walau pew p0wn...
    thumb up 4 u...
    keep it up....

    ~EiLyNa BatRiSyA~

     

  • At 4/1/09 7:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    fuhh lega bace ending die....well,pada aku le, kalo once u betray the trust of someone, especially in love matters, you never deserve a second chance......cz kalo ko dah kecewakan die skali, kawin dgn org lain, cerai n cari balik your ex...sape bole jamin mende yg same xberulang balik? dat's y, no tolerance utk kecurangan....

     

  • At 5/1/09 1:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    baguz sekali. kalau aku pun camtu gak kot....

     

  • At 31/1/09 9:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Masihkah ada cinta??????????????? Best betul citer nie... kkadang ader maser terluang... tulis cerpen pon ader faedahnyer gak... yer x???

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group