BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, Januari 31, 2009
Cerpen : Love me, not my past
Nama Pena : Nafisya

Jam sudah menunjukkan pukul 2.10 pagi. Sejak pukul 11 malam tadi dia cuba untuk melelapkan mata, namun segala usahanya hanyalah sia-sia. Kelopak matanya bagaikan ditongkat dengan tongkat hikmat, pandangannya masih cerah. Cahaya bulan yang menyimbah ke dalam biliknya membuatkan biliknya agak terang walaupun tiada lampu yang terpasang. Segala yang terjadi awal malam tadi masih berlegar-legar di ingatan, bagaikan tayangan video di panggung wayang. Disebabkan kata-kata tulus lelaki itu, dia dibelenggu rasa bersalah.

"Ati, ada sesuatu yang ingin saya sampaikan. Saya...saya... erm... saya..." Terlalu sukar untuknya meluahkan apa yang terbuku di hati. Amir mengeluh lemah. Tadi ketika di rumah, bukan main senang lagi dia meluahkannya di hadapan cermin. Tetapi sekarang, perkataan saya saja yang mampu terkeluar.

"Kenapa Amir? Katakan sajalah. Saya dengar." Senyuman ikhlas dihadiahkan agar dapat mengurangkan kegugupan Amir. Tidak pernah sekali pun dia melihat Amir begitu. Sejak perkenalan mereka 5 tahun yang lalu, Amir dilihatnya seorang yang berkeyakinan, sentiasa melontarkan idea-idea yang bernas tanpa ragu-ragu. Tapi hari ini, kelakuannya aneh sekali. Ada masalah yang menimpanyakah?

"Actually, saya dah lama sukakan awak! Saya nak masuk meminang awak, boleh?" Terpacul laju kata-kata itu dari mulut Amir. Aziati terkejut beruk! Kaku, kelu lidahnya. Senyuman yang tadinya manis terhias di bibir, mati serta-merta. Kenyataan yang paling takut untuk dihadapinya. Ya Allah, betulkah apa yang dia dengar ini? Tidak silapkah pendengarannya? Dia yakin, dia belum lagi pekak. Telinganya pun baru saja dibersihkan dua hari yang lalu. Jika orang yang sedang berbisik pun dia masih boleh mendengarnya, tidak mungkin ucapan Amir yang amat jelas itu tidak didengarinya.

"Awak, awak okay? Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?" Ujar Amir setelah beberapa ketika mereka mendiamkan diri. Tidak sukakah Aziati kepadanya? Tiadakah sekelumit pun perasaan Aziati terhadapnya? Selama ini, layanan Aziati kepadanya sangat baik, dan dia yakin Aziati juga menaruh perasaan yang sama terhadapnya. Atau hanya dia yang berfikiran sedemikian, padahal Aziati hanya menganggapnya sebagai teman biasa? Salahkah dia jika perasaan cintanya diluahkan? Setelah 5 tahun mengenali gadis itu, dia memang tidak dapat menafikan lagi perasaannya. Semakin dia cuba menafikan, semakin sarat perasaan tersebut menghuni hatinya. Buntu memikirkannya. Aziati masih membisu seribu bahasa.

Tiba-tiba, gadis itu bangun, tergesa-gesa. Riak wajahnya jelas menunjukkan perasaannya yang tidak menentu. Amir semakin bingung melihat gelagat Aziati. Makanan yang masih bersisa tidak lagi dipedulikan.

"Amir, saya pulang dulu. Maafkan saya. Saya perlukan masa untuk menimbang kembali permintaan awak. Terima kasih kerana belanja saya makan malam ini." Ujar Aziati sebelum pantas berlalu pergi.

"Ati! Tunggu! Saya hantar awak!" Laung Amir. Tidak dipedulikan lagi mata-matanya yang memandang drama lakonan mereka. Pantas dikeluarkan dua keping not sepuluh ringgit dan ditinggalkan di atas meja. Kakinya dilangkah laju mengejar Aziati. Sesampai saja di muka pintu, Aziati sudah berlari ke arah sebuah teksi. Seharusnya, dia yang menghantar Aziati pulang kerana dia yang menjemput Aziati tadi.

"Ati! Ati! Tunggu dulu!" Sekali lagi dia menjerit memanggil Aziati namun, sia-sia. Aziati terus meloloskan diri ke dalam perut teksi dan teksi tersebut terus meluncur laju meninggalkannya terkial-kial di hadapan pintu restoran. Aziati yang berada di dalam teksi hanya melihat kelibat Amir yang semakin hilang dari pandangan. Matanya dipejamkan, rapat. Perasaan bersalah semakin menghimpit jiwanya.

Hampir dua minggu peristiwa itu berlalu. Aziati masih tidak menghubungi Amir. Dia masih belum bersedia untuk memberi sebarang kata putus. Bukannya dia tidak kasihankan Amir. Tapi, dia memerlukan kudrat yang besar untuk membuka mulut, membuka pekung di dada sendiri. Dia takut, dia tidak mampu menempuhinya. Benar-benar takut! Setelah lama sejarah hitam itu cuba disembunyikan dari pengetahuan orang lain, tidak mungkin sewenang-wenangnya dia membukanya kembali. Rahsia yang kukuh tersimpan di dalam peti besi jiwanya. Rahsia yang membuatkan dia dicampak ke Wellington lebih tujuh tahun yang lalu.

Kini, ketika dia baru saja memberanikan diri menjejakkan kembali kakinya di bumi Malaysia, dia dihujani dengan kata-kata sayang dari insan yang bernama Amir Izzudin. Sememangnya Amir Izzudin, jejaka pertama yang berjaya mencuri hati perempuannya. Amir Izzudin jua yang banyak membantunya ketika berada di Wellington, yang sering menemani hari-hari sepinya tanpa kehadiran ibunya yang tersayang.Tetapi... entahlah, terlalu sukar rasanya. Walau bagaimanapun, dia tidak pernah menyalahkan ibunya. Keputusan yang diambil ibunya itu adalah demi kebaikan dirinya sendiri.

"Ati, mama bukannya tak mahu menemani Ati di Wellington. Tapi, mama rasa, ini adalah yang terbaik untuk Ati. Ati mesti tabahkan hati, cuba untuk melupakan segalanya, cuba hidup berdikari. Mama pasti suatu hari nanti, Ati akan menjadi kuat. Anggap saja apa yang berlaku sebagai mimpi ngeri. Apa yang terjadi bukan salah Ati. Bukan Ati yang memintanya. Anggaplah ia sebagai ujian Tuhan. Mama nak, Ati pulang apabila Ati sudah berkeyakinan untuk menempuhi dugaan yang lebih mencabar. Mama nak Ati jadi lebih kuat daripada mama. Doa mama untuk Ati, semoga suatu hari nanti Ati akan menemui kebahagian yang hakiki. Berdoalah selalu kepada Allah, semoga Ati berjaya menemui jalan yang tercipta untuk Ati." Ungkapan tersebut meresap jauh ke lubuk hati Aziati. Kata-kata yang diucapkan oleh ibunya sebelum dia berangkat ke Wellington.

Berkat nasihat ibunyalah yang membuatkan dirinya mampu untuk kembali ke Malaysia. Pada fikirannya, dia sudah bersedia untuk menghadapi segalanya. Namun, dia tersilap! Benar-benar tersilap! Dia tidaklah sekuat mana. Mungkin pada luarannya, dia nampak lebih berkeyakinan, lebih tenang. Tetapi, hakikatnya, jiwanya masih lagi merintih, menjerit dan menangis mengenangkan peristawa itu.

Lebih tujuh tahun yang lalu, dia hidup dalam keadaan gembira. Walaupun ayahnya telah lama meninggal dunia, berkat kasih sayang ibu dan abangnya, dia tidak pernah berasa ketandusan kasih seorang ayah. Baginya, segala yang diperolehi sudah memadai. Dia amat bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang bahagia. Namun, kehadiran sepupunya, Farhan ke rumahnya beberapa hari sebelum keputusan SPM keluar, telah meragut segala-galanya. Kebahagian, kegembiraan, malah kesucian dirinya turut dibawa pergi. Farhan, lelaki yang pernah rapat dengannya, yang pernah mengungkapkan kata-kata sayang kepadanya sanggup memusnahkan kepercayaan yang dibina, lantas turut memutuskan hubungan keluarga mereka.

"Ati, abang sayangkan Ati. Please, say that you love me too." Rayu Farhan kepada Aziati. Acap kali dia meluahkan perasaannya, Aziati, masih menolak. Aziati menggelengkan kepala. Sudah penat mendengar luahan Farhan. Sejak dulu lagi dia hanya menganggap Farhan seperti abang kandungnya sendiri. Tidak pernah wujud walau sebesar zarah sekalipun perasaan cinta buat lelaki itu. Kenapalah begitu sukar untuk lelaki itu mengerti? Selama ini dia sekadar menolak dengan baik, tetapi hari ini, dia sudah tidak membendung lagi perasaan jengkil dengan sikap Farhan yang tidak faham bahasa itu.

"Abang Farhan, berapa kali lagi Ati nak cakap? Ati anggap abang macam abang Ati sendiri. Lagipun, kita kan sepupu. Orang cakap tak elok bercinta sesama sepupu." Agak keras Aziati menuturkannya.

"Arghh! Kenapa balik-balik alasan yang sama yang Ati beri? Abang tak kira, Ati mesti jadi milik abang juga!" Tengking Farhan. Hatinya remuk setelah berkali-kali ditolak. Entah syaitan bertanduk mana yang menghasutnya, dia menolak Aziati sehingga rebah di atas lantai. Tangan Aziati dipegang agar gadis itu tidak dapat bertindak. Kakinya memaku kaki Aziati ke lantai.

"Farhan! Apa erti semua ini? Jangan buat perkara yang bukan-bukan. Ingat Tuhan. Please, tolong jangan buat Ati macam ini. Please, Farhan." Tiada lagi perkataan \'abang\'. Aziati terus merayu-rayu minta dilepaskan. Farhan menguatkan pegangan tangannya. Dia sudah tidak peduli. Apa hendak jadi pun, jadilah. Yang penting, Aziati menjadi miliknya. Degil sangat! Geram dengan cubaan Aziati untuk melepaskan diri, dia menampar pipi Aziati sekuat hati, berkali-kali sehingga gadis itu tidak berdaya dan akhirnya, tidak sedarkan diri.

"Ati! Ya Allah, anak mama! Ati! Bangun sayang. Ati..." Terkejut bukan kepalang lagi apabila setibanya di rumah, Nurul Azilah mendapati anak daranya sedang terlantar tidak sedarkan diri. Tiada seurat benang pun yang menutupi tubuhnya. Apakah yang telah terjadi? Ya Allah, kau jauhkanlah anakku dari perkara-perkara yang tidak elok. Doanya di dalam hati. Aziati yang baru tersedar, menangis teresak-esak apabila melihat keadaan dirinya. Sungguh dia tidak menerima kenyataan ini. Dalam usia yang baru hendak menjangkau 18 tahun, dirinya dinodai oleh sepupu sendiri. Puas ibunya bertanya. Tiada satu perkataan pun yang keluar dari bibir munggilnya. Hanya tangisan yang mampu diperdengarkan.

Malam itu, sekali lagi keluarganya dikejutkan dengan berita kemalangan Farhan. Farhan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Motosikal yang ditunggangnya remuk dilanggar sebuah lori dan dia terseret beberapa ratus meter sebelum sempat lori tersebut diberhentikan. Aziati yang mendengar nama Farhan disebut terus melarikan diri ke bilik sambil bersembunyi di sebalik pintu menutup mukanya bagaikan ketakutan. Dia tidak habis-habis menyebut nama lelaki itu. Tahulah Nurul Azilah bahawa Farhanlah lelaki durjana yang telah memperkosa anak gadisnya. Namun, belum sempat tindakan undang-undang diambil, Allah terlebih dahulu mengambil nyawa Farhan. Selepas kejadian tersebut, hubungan keluarganya menjadi renggang dengan keluarga bekas kakak iparnya itu. Dia pun turut berpindah ke Damansara sebelum menghantar anaknya, Nurul Aziati ke Wellington untuk melanjutkan pelajaran. Mujurlah, adiknya, Nurul Adilah menetap di sana. Dapat juga dia menjenguk-jenguk Aziati.

"Mama, Ati ada perkara nak bincangkan dengan mama." Ujar Aziati sambil melabuhkan punggung di sofa. Dia sudah tidak dapat berfikir lagi. Keliru. Dia memerlukan pandangan ibunya untuk membuat keputusan yang bakal merubah kehidupannya. Seteleh sebulan tidak menghiraukan Amir Izzudin, dia mengalah. Dia perlu memberi kata putus agar lelaki itu tidak tertunggu-tunggu. Hatinya turut terseksa tatkala melihat kesungguhan Amir Izzudin yang sabar dengan kerenahnya. Pelbagai cara telah dicuba untuk membuatkan pemuda itu berputus asa. Akhirnya, dia pula yang ketandusan idea.

"Apa dia sayang? Ati ada masalahkah? Mama tengok sejak dua menjak ini, Ati selalu termenung." Nurul Azilah menyoal anaknya. Diperhatikannya, Aziati bagaikan menyembunyikan sesuatu, tidak senang duduk bagai cacing kepanasan.

"Amir nak masuk meminang Ati, mama. Ati...Ati tak tahu bagaimana nak jelaskan keadaan diri Ati kepada Amir. Ati tak nak berbohong, mama. Ati tak sanggup. Tapi, Ati juga sayangkan dia. Ati juga tak mampu nak tipu perasaan Ati sendiri. What should I do, mama?" Aziati menjelaskan kedudukan sebenar.

"Mama rasa, Ati should tell him the truth. Kalau betullah dia sayangkan Ati, insyaAllah, mama yakin dia dapat terima Ati. Lagipun, bukan salah Ati, semua ini berlaku. Perkara yang lepas, sepatutnya dilupakan. Kalau dia tidak dapat menerimanya, bermakna, Amir hanya cintakan Ati yang dilihat dengan mata kasarnya, bukan Ati yang sebenar. Cinta sebegini, tak mungkin akan membahagiakan diri Ati, malah diri Amir sendiri." Nurul Azilah cuba memberi kata-kata semangat agar Aziati berterus-terang.

Amir tiba dengan senyuman yang melebar. Dari jauh dia sudah nampak kelibat Aziati yang sedang menunggunya di bangku di Taman Tasik Perdana. Dia bersyukur kerana akhirnya, Aziati sudi bertemu dengannya. Tidak sia-sia dia menunggu. Pada pendapatnya, Aziati akan menerimanya. Dia yakin benar bahawa Aziati turut mencintainya.

"Amir, saya harap awak dapat terima apa yang bakal saya katakan dengan hati yang tenang. Saya sudah tak sanggup lagi berselindung. Walau apapun keputusan awak selepas mendengar pengakuan saya, saya akan terima. Saya sedar, saya tidak layak bergandingan dengan awak. Sungguh jauh taraf perbezaan antara kita." Aziati memulakan mukadimahnya.

"Apa yang awak cuba sampaikan ini? Saya tak fahamlah. Kenapa taraf kita berbeza?" Amir keliru. Riak wajah yang tadinya ceria berubah menjadi redup. Adakah ia berkaitan tentang perkara itu?

"Awak, sebenarnya... saya... saya..." Kata-kata Aziati tersekat-sekat. Sukarnya untuk menuturkan kata-kata. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini. Amir masih lagi sabar menunggu bicara Aziati. Biarlah Aziati meluahkannya perlahan-lahan. Tidak akan dipaksanya.

"Saya memang sayangkan awak tapi... saya tak seperti gadis-gadis lain. Saya sudah tak suci, Amir." Akhirnya, terungkap jua. Amir hanya mendiamkan diri. Dia sedikit pun tidak terkejut. Sudah dua minggu dia mengetahui perkara itu. Abang Aziati sendiri yang menceritakan rahsia tersebut kepadanya. Dia menerimanya dengan redha. Bukan silap Aziati. Bukan juga silap sesiapa.

"Ati, saya dah tau. Saya tak kisah. Saya sayangkan awak. Kesucian awak tak menjadi penghalang untuk saya terus mencintai diri awak." Lembut Amir menuturkannya agar Aziati mengerti perasaannya.

"Macam mana awak tahu? Betul-betul awak tak kisah?" Aziati bagaikan tidak percaya akan apa yang baru saja didengarinya. Biar betul? Ada juga lelaki yang tidak kisah.

"Abang awak yang bagitau saya. Awak tak perlu bimbang. Saya betul-betul dapat menerima awak. I love you. I love you, yourself, not your past! Saya mencintai awak sejak saya mula berkenalan dengan awak. Kisah silam awak tak perlu masuk dalam sejarah cinta kita. Saya tahu semua terjadi bukan atas kerelaan awak. So, don\'t worry. Selagi nafas ini masih ada, saya akan melindungi awak, saya akan terus cintakan awak sampai bila-bila. Percayalah cakap saya." Terasa ingin sahaja dia memeluk gadis di depannya. Namun, dia masih ingat kepada halal haramnya. Tak mengapa, masanya akan tiba.

"Thanks, Amir. I love you too. Thanks again. Terima kasih kerana menerima saya seadanya."
posted by Penulisan2u @ 12:16 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
21 Comments:
  • At 31/1/09 12:22 PG, Blogger mimihamid said…

    errmmm..kalaulah lelaki macam tu ade dlm dnia ni..alangkah bagusnya???

     

  • At 31/1/09 11:01 PG, Blogger balkhis said…

    btul2...saya sokong nuriZ...

     

  • At 31/1/09 11:37 PG, Blogger atashinci said…

    ade ker????????
    mgkin a.....de

     

  • At 31/1/09 5:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    insya-Allah ada lelaki sebegitu. Suami saya termasuk dalam golongan itu dan saya bahagia bersamanya. Alhamdulillah... dia terima saya seadanya.

     

  • At 2/2/09 2:08 PTG, Blogger [syarimoney] said…

    wah bestnye ada lelaki mcm tu kat dunia ni. tp harap2 lelaki dan keluarga lelaki itu menerima dengan seadanya.selalunye klo lelaki terima, mesti ada saja halangan...



    ~SAR~

     

  • At 3/2/09 12:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ada...laki seperti cerita diatas masih ada lagi didunia ini...
    salah seorangnya ialah saya....


    muahahahaha......

     

  • At 5/2/09 11:31 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    a'a,klu de dari 1-10,mybe sowg je kowt yg wujud,2pown yg btoi2 jujur n ikhlas...tp,lelaki yg bek x akn mengaku diri dye bek,cik abg cik abg yer...klu kita nk dpat yg bek, pendapt sy,msti kita b'ubah jd bek dulu kn????..so,sm2 la mujahadah...
    gud job 4 writer,try again..
    i like u'r story...chayok3!!!

     

  • At 5/2/09 5:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sronok gak citer nie....
    ada seorang yang mampu menerima kita seadanya...
    pentingkah kesucian seseorang dalam perhubungan?
    sajer jer tanya...besa ler budak mentah mcm saya...
    anyway i luv da story...

     

  • At 8/2/09 7:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Sesungguhnya lelaki yg berperwatakan seperti yg tertera maish wujud cuma kewujudannya adakalanya kita tidak dpt melihat dgn mata kasar namun dpt disaksikan dengan mata hati..sesungguhnya aku adalah insan yg amat bersyukur kerana kewujudan lelaki seperti itu, wujud untukku, alhamdulillah...

     

  • At 8/2/09 10:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hahaha...mula2 boleh kata sayang..
    bile dah gaduh nanti laki tu mesti ungkit pasal kesucian pompuan tu..
    cayalah..lelaki x mungkin dapat terima wanita mcm tu sbenarnya...sbb dia cinta aje dia terima.....

     

  • At 9/2/09 2:57 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Salam,

    thanks kpd semua yg sudi membaca karya saya yg xseberapa neh..
    kalau sudi.. sila²lah lawat blog saya =)
    http://biladirikesepian.blogspot.com

    -Nafisya-

     

  • At 11/2/09 2:20 PTG, Blogger kecik88 said…

    baru nak fil dah abis

     

  • At 20/2/09 11:52 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    besh !
    :)
    klo derh laki cmneh,kn besh3

     

  • At 24/2/09 2:31 PTG, Blogger choc_vanilla said…

    susah tol nk cri laki cm2 yg begitu baik

     

  • At 25/2/09 5:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sy heran tau kebnyakkan pumpuan msti akn time laki tu walau pn dia tau laki tu pnah terlanjur..cube kalau laki tu tau pumpuan tu pnah terlanjur mimpi la nak kn..ada pu sebilangan je...
    sy cakap berdasarkan pngalaman tngok kwn saya sendiri..
    hmmmmm pelik,,,,,,

     

  • At 25/2/09 9:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mmg ader lelaki yg mcm Amir dlm dunia.. walaupun x ramai tp sy penah jumpe beberape org

     

  • At 7/10/09 3:49 PTG, Anonymous bulan bintang said…

    xde ke smbungan cerpen nie?? msti de konflik kn??huhu..
    cte nie mmg best.. sbb ia mnggmbrkn cinte yg sejati n ikhlas dr hati..huhu

     

  • At 13/8/10 9:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mmg ada lelaki mcm amir 2....sy dh jupe slh sorng nye

     

  • At 31/1/11 1:15 PTG, Anonymous sush nk percaya laki said…

    mmg pada mula yer laki 2 syg...bile lama kawin ..mula nk mengungkit kisah lame..sush nk cr laki y betol 2 setia dlm dunia nie..

     

  • At 27/5/12 10:15 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ..tw xpe, lw da nme ny lelaki, nti lpz je kwin, gduh, msti akn ungkit pny mse gelap pmpn 2..

     

  • At 7/8/12 10:17 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lau la ada lki yg lpaz kwin x ungkit sal ksah lma kn ok ...p ssah nk jmpa..1st jew die xkesah sngt nnt tyme gduh mula la ungkit...p arap2 ar ada g lki yg cm amir kt dnia nie...
    pe2 pn god job writer
    keep it up
    (*!*)

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group