BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Januari 30, 2009
Cerpen : Impian Kita
Nama Pena : albuya

Aku toleh kiri dia tiada, aku toleh kanan pun dia tiada. Isshh.. mana mamat ni pergi. Dah hampir satu jam aku terpacak kat sini, tapi bayang mamat bertuah seorang ni masih tak nampak lagi. Janji pukul 10 pagi. Karang ada yang nak kena pelangkung ni.
Tapi nak buat macam mana. Dialah kawan baik aku. Tempat aku menumpang kasih sayang seorang sahabat, tempat aku luah perasaan, tempat aku marah, geram, gembira dan dan apa-apa sahaja aku akan kongsi bersama.. opps kecuali bab-bab yang melibatkan perempuan, orang lelaki tak boleh tahu. Dialah Harisham. My Bestfriend.
Tiba-tiba bahu aku ditampar kuat. "Ooo mak kau" kuss semangat aku. Terkejut beruk aku. Aku segera menoleh. Mamat Sham tersengih macam kerang busuk. Seronok lah tu buat aku terkejut. Kalau aku ada lemah jantung dah lama aku jalan. Aku menarik muka masam.
"Padan muka kau. Dah 10 kali aku panggil, kau buat tak tau jer. Apa yang kau menungkan tu. Ingatkan pak we ke ?" bukan nak kesiankan aku, diperlinya aku. Ada yang nak kena ni. Aku masih lagi menarik muncung 14 inci. Nak memberontaklah katakan. Nak ajar sikit mamat ni.
"Win .. sorryler. Aku tau aku lambat. Bukan aku sengaja. Aku…" dan aku segera pekakkan telinga. Asyik-asyik alasan yang sama. Traffic jam.. traffic jam. Padahal dia naik motor bukannya kereta. Aku yang naik bas pun boleh sampai awal.
Macamlah aku tak kenal mamat ni. Sham masih lagi membebel kat sebelah aku. Tanpa menghiraukan dia, aku segera melangkah ke tempat menunggu bas diseberang jalan. Sham berlari-lari mengejar aku.
Aku dan Sham berkawan rapat hampir 5 tahun. Bermula kali pertama aku melangkah kaki di SIC, dialah orang pertama yang menegur aku. Tapi si Sham ni suka sangat menyakat aku. Satu hari kalau tak kacau aku tak sah. Sampai sekarang tabiatnya masih tak berubah.
Kekadang tu aku merajuk sampai 2 atau 3 hari. Apa yang buat aku suka berkawan dengannya ialah dia pandai memujuk aku. Hanya dia sahaja yang tahu macam mana nak memujuk aku. Mama dan papa pun kekadang tak berjaya nak pujuk aku.
"Sham, hari ni aku teringin sangat nak makan tengahari kat Kg Baru. Eee.. mesti bestkan. Dah lama kita tak makan kat sana kan Sham" aku mula bersuara setelah lama berdiam diri. Sham tersenyum lebar.
"Kau ngidam ker ? Ok kalau macam tu kita makan kat Faridah Corner yek ?" aku menganggukkan kepala. Sham masih lagi tersengih. "Apahal kau tersengih lagi ni ? Dah buang tabiat ker" Sham buat-buat tak dengar.
"Win, siapa yang buat kau ngidam ni. Aku tengok kau macam dah tak boleh tahan sangat nak makan kat sana" aku segera menoleh pada Sham. "Apa kau cakap…. eee" aku segera mencubit lengan Sham. " Adoiiii.. sedapnya Win. Cubitlah lagi.." Sham segera melarikan diri. Tau pun takut aku cubit sekali lagi. Pada muka.

Riuh rendah suara penghuni tingkatan 5 sains 2 kadang-kadang tu memeningkan kepala aku. Setiap hari macam inilah kalau cikgu lambat atau tak masuk kelas. Kalah pasar jual ikan.
Aku ambil kesempatan untuk pergi ke tandas. Tiba-tiba bahu aku dicuit dari belakang. Aku segera menoleh. Eleh… mamat ni lagi. Mana saja aku pergi mesti nak ikut. "Kau nak pergi mana Sham ?"
"Nak temankan kau lah. Kau nak pergi toilet kan. Kenapa tak ajak aku ?" Sham segera menjawab. Tersengih macam kerang busuk. Kalau "handsome" tu tak apa jugak.. tapi memang "handsome" pun.
Tak dinafikan mamat sorang ni memang ramai secret admire. Dari pelajar perempuan tingkatan 1 hingga tingkatan 5 mesti ada peminatnya. Mujurlah aku ni bukan peminat mamat ni. Kalau tidak boleh cemburu gila aku.
"Tak kuasa aku. Takkan nak pergi toilet pun kena ajak kau. Ee.. pergi lah masuk kelas. Nyibuk jerr.."aku menjengilkan mata pada Sham.
"Eleh macam kau sorang saja boleh pergi toilet. Aku pun nak pergi toilet gak" tab.. kepala aku dijentik. Dan dengan pantasnya mamat sewel tu lari masuk ke tandas lelaki. Seronok lah tu dapat kenakan aku. Siap kau sewel.
Hubungan aku dan Sham memang telah diketahui satu sekolah. Memang kami macam belangkas. Ke sana ke mari pasti bersama. Bukannya bersama macam couple-couple yang sedang bercinta tapi kami biasanya bersama kerana tugas dan tanggungjawab.
Pernah dulu aku menerima surat yang tak puas hati dengan aku. Kata aku ni merampas kekasih dia. Si Sham lerr. Bila aku cerita kat mamat tu, dibantainya gelakkan aku. Buang karan jer cerita kat dia. Last-last aku buat tak tau saja pasal surat tu.
Mamat sewel sorang ni walaupun glamour kat sekolah tapi dia jenis yang low profile. Itu yang buat aku suka berkawan dengannya. Walaupun ramai peminat tapi tak seorang pun yang jadi specialgirl. Aku tak tahu kenapa sampai sekarang dia masih lagi solo. Peminatnya bukannya tak cun. Semuanya cun giler.
Tak macam aku, ada sahaja cerita yang aku cakap dengannya mengenai pelajar-pelajar lelaki yang ingin mendekati aku. Bila aku gaduh atau putus dengan pak we aku.. mamat ni ler yang jadi sasaran aku luahkan perasaan.
Dengan sabar dia akan memujuk aku. Dan bila perasaan aku dah ok, aku akan dapat pak we baru pulak. Nak buat macam mana tengah laku lah katakan. Hik.. hik..

Hari minggu adalah hari merdeka buat aku. Bolehlah aku rehatkan otak aku. "Mama.. hari ni mama masak lauk apa. Sedapnya bau" aku memeluk mama. Berpeluh-peluh mama memasak.
Kasihan pula aku tengok. Kalau nak tolong pun .. tolong susun pinggan boleh ler. Aku menjenguk lauk di dalam periuk. "Sotong masak lemak cili api .. wow .. ni yang buat Win tak sabar nak makan ni" kecur air liur aku.
"Haa.. kena sabar sikit. Mama nak goreng sayur dulu. Kejap lagi baru kita boleh makan" aku hanya mampu tersenyum melihat masakan kegemaran aku. Mama ni memang pakar masak. Kalah Chief Wan. Bukti yang paling nyata, tengok perut papa pun aku dah tau. Perutnya dah boroi. Macam mengandung 5 bulan. Hee..hee.
"Mama.. Along dan Angah balik tak minggu ni ?" aku teringatkan abang-abangku yang bekerja di Johor Bahru dan Kelantan.
"Tak pastilah Win. Along cakap nak balik. Angah tak tau lah mak. Telefon pun tak. Kalau tak sibuk .. baliklah diorang nanti" aku tersenyum memandang mama. Bukan aku tak tahu perangai gila kerja abang-abangku. Along kerja kat bank, Angah pula jadi doctor. Dua-dua ada tanggungjawab besar.
Mak… isshh terkejut aku. Aku tengah syok-syok berangan telefon ni kacau pulak. Eeee.. geram betul. "Hello.." aku menjawab kasar. "Amboi Win, kasarnya jawab telefon. Takut aku" aku dengar suara Sham dihujung talian sana. "Apahal kau angin semacam jer ni. Bulan mengambang ker.. hikk..hik ?" aik mamat ni gelakkan aku pulak.
"Kalau setakat nak gelakkan aku baik tak payah telefon. Buang masa jer aku nak layan kau" aku berkata geram.
"Win, sorry lah aku nak gurau jer. Itu pun nak marah. Aku bukan nak gaduh dengan kau, aku sebenarnya…" tau takut mamat ni. Takut aku merajuk ler tu. "Kau nak apa ?" aku masih lagi dengan nada geram. "Aku sebenarnya….. rindu kat kau" aku dengar Sham gelak. Klik.. aku terus memutuskan talian. Padan muka.
Baru sahaja aku nak melangkah ke dapur, telefon menjerit lagi. Mesti mamat sewel ni lagi. Aku mengangkat gagang.. malas. "Win.. janganlah macam ni. Aku gurau ajerlah. Sorry yek. Sebenarnya aku nak ajak kau keluar petang nanti. Kau temankan aku yek. Aku malas lah nak keluar seorang. Kalau kau ada seronok sikit. Temankan aku ye Win ?" panjangnya mamat ni membodek. "Win, kau dengar tak apa aku cakap ?"
"Yer, aku dengar. Tak payah lah kau menjerit. Sakit telinga aku. Nak keluar pukul berapa ?" akhirnya aku mengalah. "Yes.. err aku datang rumah kau jam 3 petang. Lepas tu kita naik bas pergi ke CM.. ok"
"Oklah.. jangan lambat, nanti aku ubah fikiran baru kau tahu" "Ok. Tepat jam 3 aku sampai. Bye Win". Klik… Sham..Sham. Ni mesti nak keluar jumpa aweq. Itupun nak aku temankan.
Walaupun antara aku dan Sham rapat, aku tak akan membonceng motornya. Kecuali kalau ada hal-hal kecemasan, baru aku akan naik motor besarnya itu. Bukan apa, aku tak nak orang anggap aku ni bohsia atau perempuan murah. Maruah kena jaga beb.
Tepat jam 3 petang, Sham dah terpacak kat depan rumah aku. Selepas parking jer motor kat halaman rumah aku, kami terus beredar ke bus stop.
"Sham.. hari ni kau nak date dengan siapa pulak ?" aku memulakan bicara setelah lama kami berdiam diri. "Minah senget tu. Dia ajak aku keluar. Nak belanja aku katanya. Aku tak tahu macam mana nak mengelak. Kau tahulah kan ni kali keberapa dia ajak aku" aku tergelak bila Sham menyebut nama minah senget.
Siapa lagi kalau bukan si Noni. "Eh.. oklah tu. Dia minah senget.. kau pula mamat sewel.. hikk..hikk"
"Apa kau cakap Win. Mamat sewel ? Yelah..yelah aku ni mamat sewel.. " eleh.. sensitif lak mamat ni. "Lerr aku gurau jer lah. Sham .. senang-senang kau ambik sajalah dia buat special kau" aku memberi cadangan.
"Eee tak nak aku. Kau tahukan perangai dia macam mana. Baik aku ambik kau buat aweq aku…" aku tengok mamat ni senyum. Nak kenakan aku lah tu.
"Wekk.. tak kuasa aku. Macam dah tak ada orang lain ke. Asyik-asyik muka kau jer. Eee tak kuasa aku" mamat tu masih lagi tersenyum. "Win, aku heranlah kau ni. Orang lain semua berebut nak kat aku, tapi kau tolak tuah. Aku siap offer diri lagi".
Aku menjengilkan mataku pada Sham. Gelak sakan dia nak kenakan aku. "Eleh diaorang semuanya "loqlaq". Setakat kau .. sekali aku petik jari 10 datang kat aku" aku masih lagi tak nak mengalah. Sham mencebikkan mulutnya kearah aku.
"10 datang kalau yang tua kerepot buat apa. Buang karan jer" Sham masih lagi nak menyakat aku. "Malaslah aku nak ikut kau. Lagi pun bas tak datang lagi ni. Dari aku ikut kau baik aku lepak kat rumah. Aku balik dululah yek. Bye" Aku mula melangkah laju.
"Win.. Win.." Sham berlari-lari ke arah aku. Dia berdiri dihadapan aku untuk menghadang aku dari terus melangkah. "Win, apa hal kau sensitif sangat ni. Aku gurau aja lah. Janganlah macam ni Win. Nanti aku belanja kau makan aiskrim mangkuk besar yea. Win jomlah" aku masih mendiamkan diri. Tiada tanda-tanda aku nak ikutnya semula.
"Kalau kau tak pergi, aku pun tak nak pergi jugaklah. Aku lepak sama kat rumah kau. Ok" aku memandang Sham dengan perasaan geram. Isshhh .. mamat sewel, geram aku. "Jomlah .. jomlah" akhirnya aku mengalah. Sham melompat kegembiraan.
Aku tengok Sham makan aiskrim laju aje. Aku hairan. Dia langsung tak ambil kisah muncung 14 inci si Noni tadi. Aku tahu Noni macam tak puas hati dengan aku. Dia nak berdua-duaan dengan Sham tapi terpaksa layan aku sama.
Aku sebenarnya tak nak kacau daun, tapi Sham bertegas. Kalau aku tak duduk sama dia juga tak nak duduk. Terpaksalah aku mengadap muka bengang Noni.
Itu satu hal. Lepas tu Noni ajak Sham temankan dia carikan hadiah untuk harijadi kawannya. Dengan berbagai alasan Sham menolak. Puas si Noni merengek, tapi tak dilayannya. Lepas tu terus blah meninggalkan Noni sambil menarik tangan aku. Aku sempat menoleh ke arah Noni. Mak oi.. takutnya aku tengok muka merah si Noni.
"Win.. hey.. " bahu aju ditepuk. Putus lamunan aku. "Issh kau ni Sham, terkejut aku" Sham senyum. "Apa hal kau ni. Berangan dari tadi. Aiskrim tu dah nak cair tu, nanti tak sedap pulak nak makan" aku hanya mampu tersenyum mengawal keadaan diri aku.
"Aku bukan apa. Teringat kat Noni tadi. Kasihan pula aku tengok dia. Sanggup kau buat macam tu kat dia, Sham". Aku berkata perlahan.
"Lantak dia lah Win. Tak berbaloi aku layan dia lebih-lebih. Nanti terlebih perasan pula dia. Aku sanggup keluar ni pun dah kira baik". Sham berkata tanpa rasa bersalah.
Aku sebenarnya terfikir dan nak tahu siapa yang berjaya mencuri hati mamat sewel seorang ni. Semua rahsia dia ada dalam poket aku. Boleh dikatakan apa yang dia buat akan dilaporkan kepada aku. Sampai nak mandi ke.. nak tidur ke mesti beritahu aku. Tapi perkara yang satu ini sahaja yang masih menjadi rahsia.
Kadang-kadang perangai dia ini membuat aku jadi rimas, tapi nak buat macam mana. Memang itu tabiat dan kerenah dia. Dari dulu sampai sekarang. Tak berubah. Hubungan baik ini membuatkan aku menyayangi Sham seperti abang aku sendiri. Tak terlintas untuk aku jatuh cinta dengan Sham. Kami seperti sepasang kembar yang tak boleh dipisahkan.

Aduh.. sakitnya kepala aku. Lagi 5 bulan aku akan menduduki pepriksaan besar aku. SPM. Kecut jantung aku kalau memikirkan pasal SPM. Sekarang ni aku dan Sham lebih banyak menumpukan perhatian pada pelajaran. Setiap petang kami akan ke perpustakaan sekolah.
Dumm.. mak oii lemah jantung aku. Habis apa yang aku baca tadi. Apahal minah senget Noni ni. Tak pasal-pasal datang nak mengamuk . Kat perpustakaan pulak tu. Semua mata tertumpu ke arah kami.
"Sham.. Noni nak jumpa sekejap" kecoh saja minah ni. Tunggu ler hingga kami keluar dari perpustakaan dulu. Pada mulanya Sham enggan, tapi minah ni tak nak mengalah. Nada suaranya sengaja ditinggikan. Nak ambil perhatian pelajar-pelajar lain. Akhirnya Sham mengalah. "Win.. kau ikut aku sama" ha.. terlopong sekejap aku.
Mamat ni biar betul. Nak jumpa aweq kat luar tu pun nak kena temankan. Tapi aku terpaksa menolak kerana Noni dah menjengilkan matanya ke arah aku. Memberi amaran.
Aku tengok Sham masuk dengan wajah yang keruh. Aku nak bertanya kenapa, tapi cuba ditahan. Sabar Win.. kejap lagi pasti Sham akan beritahu punya apa masalahnya.
Dalam perjalanan pulang, Sham masih lagi berdiam diri. Aku tak berani nak bersuara. Bimbang jugak dia akan mengamuk. Setelah beberapa ketika akhirnya Sham bersuara.
"Win, kau nak tahu apa yang Noni cakap tadi ?" aku jungkit bahu. Manalah aku tahu. Kau tak bagitahu. Jawabku di dalam hati. "Noni suruh aku berpisah dengan kau. Dia cakap….." aku tergelak besar sebelum Sham habiskan ayatnya. Sham mengerutkan dahinya.
"Win.. aku serius ni. Kau gelak pulak. Geram betul aku" aku tengok muka Sham dan merah. Oppss.. dia marah ke ? "Okay..okay aku serius sekarang. Aku pun terfikir macam tu jugak. Semua orang dah salah sangka dengan kita, terutama sekali aweq kau tu. Kalau dia merajuk lama-lama susah kau nanti". Aku meluahkan rasa tidak sedap hati.
Sham terkejut mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut aku. Sham merengus kasar dan terus melangkah laju meninggalkan aku. Aku terpaksa berlari anak untuk bersaing dengan Sham. Apahal pulak mamat ni hari ni. Angin semacam jer.
"Sham.. pelan ler sikit. Lenguh kaki aku ikut kau. Shammm.." aku menjerit kecil. Sham berhenti. "Kenapa kau hari ni. Datang bulan ker ?" aku masih lagi cuba membuat lawak.
"Tak sangka aku kau macam ni. Kalau dah tak nak kawan dengan aku berterus terang aje lah. Aku anggap kau orang yang paling dekat dengan aku, tapi kau pulak nak lari dari aku" eleh .. sentimental lak dia.
"Bukan macam tu Sham. Aku ngaku aku pun dah anggap kau paling rapat dengan aku cuma, kau tengoklah sendiri. Aweq-aweq kau semua tak suka aku asyik berkepit dengan kau. Aku tak nak lah cari gaduh dengan dia orang" Sham mencebikkan mulutnya.
"Win .. bukan aku yang cari dia orang tapi, dia orang yang terhegeh-hegeh nak dekat dengan aku. Aku anggap semuanya biasa saja. Lagi pun aku dah ada "special" buat apa aku layan orang lain lagi" aku tengok Sham senyum.
"Special ? Siapa ? Kau tak beritahu aku pun. Ooo .. diam-diam berisi rupanya. Siapa orang tu Sham ?" aku mula berminat nak tahu siapa lah aweq "malang" tu.
"Engkau ler, siapa lagi" Sham tersengih. Eleh nak kenakan aku ler tu. "Aku ? Malangnya nasib aku. Macamlah kat Malaysia ni dah tak ada lelaki lain" aku tau Sham hanya bergurau denganku. Senyuman nakalnya makin lebar. Akhirnya kami gelak ceria bersama.

Merdeka !!! Akhirnya aku telah selamat menduduki ujian paling besar dalam alam persekolahan. SPM. Besok bermulalah aktiviti yang paling aku gemar, tidur. Selama seminggu aku berada dirumah, aku mula merasa bosan. Papa ada juga mengajak aku ke pejabatnya untuk menolong apa yang patut. Tapi rasa malas pulak.
Ringg.. ring.. issh kacau betul telefon ni. Aku tengah syok tengok tv, dia memekak pulak. Dengan langkah malas aku melangkah menuju kemeja telefon.
"Hello, Assalamualaikum" eleh mamat sewel rupanya. Dah kenal sangat suara mamat ni. "Waalaikummussalam. Hah apahal kau telefon aku pagi-pagi buta ni. Kacau betul. Aku nak tengok tv pun tak senang" aku manjawab kasar. Macam dah tak ada makhluk lain yang nak telefon aku. Asyik-asyik mamat sewel ni. Eee.. boring.. boring.
"Apahal kau marah-marah ni. Aku telefon ni sebab ada benda penting nak tanya kau. Err, kita masuk kelas komputer nak tak ? Aku dah cukup boring duduk kat rumah. Lagi pun ada jugak faedah dari kau buat taik mata aje" amboi tak sayang mulut mamat ni. Ada ke cakap aku buat taik mata kat rumah.
Kelas komputer ? Bagus jugak tu. Tapi takkan asyik berkepit dengan mamat ni. Macam dah tak ada orang lain aku nak kawan. Nak juga aku bersama-sama dengan . Kalau asyik dengan mamat ni, silap hari bulan aku di cop tomboy pulak kalau tak pun orang akan kata aku ni aweq dia. Eeee.. tak kuasa aku. Tapi nak tak nak terpaksa juga aku ke kelas komputer bersamanya. Nasib badan….
Setelah 3 bulan berlalu, aku sudah dapat mengenali serba sedikit tentang komputer. Rasa megah juga dan aku telah meminta abah belikan aku sebuah komputer untuk memahirkan lagi apa yang aku telah belajar.
Sedang aku sibuk melayan komputerku, aku menerima panggilan dari Sham. Alamak.. besok keputusan SPM akan diumumkan. Jantung aku berdegup pantas, kalah pelari pecut negara. Dan malamnya aku tidak dapat tidur dengan aman dan selesa. Semua gara-gara SPM. Ya Allah kuatkan hati aku untuk menghadapi hari esok.
Pagi yang penuh debar buat aku. Aku tengok Sham biasa sahaja. Tiada riak wajah cemas dan menggelabah. Berbeza dengan aku. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa cemas dan takutnya aku.
Hooo..reyyy.. Sham menjerit keriangan. Aku hanya tersenyum keriangan. Dalam hati aku memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana kejayaan ini. Aku dan Sham berjaya juga mendapat keputusan yang cemerlang.
Mama dan papa aku gembira mendengar kejayaan aku. Begitu juga dengan Along dan Angah. Gembira betul mereka. Mengalahkan aku pulak. Sepatutnya aku yang lebih gembira tapi ini terbalik pulak.

"Win, ada surat untuk kau" suara Laili mengejutkan aku dari lamunan. Jauh betul aku fikiran aku melayang. Mungkin kerana panggilan telefon dari mama sebentar tadi.
"Win.. kenapa ni ? dari tadi asyik termenung je aku tengok. Kau ada masalah ?" aku mendongak memandang Laili. "Tak ada apa. Mungkin aku penat" aku menjawab acuh tak acuh. Tapi Laili tak berpuas hati mendengar jawapan aku.
"Win, kita berkawan sudah hampir 5 tahun. Aku kenal sangat perangai kau. Kau rindukan Sham ek.." aku hanya mampu tersenyum lemah.
"Itu surat dari diakan ? takkan itu tak cukup nak ubat rindu kau tu. Itulah.. orang dekat nak kat kau ..kau jual mahal. Nak tunggu jugak orang nun seberang laut sana. Ha, sekarang mulalah angau tak tahan tanggung rindu" Laili mengekeh-ngekeh ketawakan aku. Aku hanya menjeling geram.
Kalau dilayan mulut Laili sampai besok tak habis. Baik aku diam. Ingatan aku kembali kepada Sham. Aku dan Sham kini berpisah beribu-ribu batu. Aku di Universiti Malaya dalam bidang perakaunan dan dia sambung pelajarannya di luar negara dalam bidang kedoktoran.
Dalam masa hampir 5 tahun baru beberapa kali kami bertemu. Itupun waktu Sham balik bercuti menyambut 1 Syawal. Kini keadaan kami telah berubah. Aku sering rindukan Sham. Rindukan mamat sewel yang sering kali menyakat aku.
Hanya E-Mail dan surat sebagai penghubung kami berdua. Aku tidak tahu bila perasaan sayang ini wujud dalam diri aku. Aku tidak akan berterus terang dengan Sham. Mungkin dia di sana sedang bahagia dengan minah-minah saleh yang lagi lawa.
Kalaulah dia tahu perasaan aku kini, tentu dia akan gelakkan aku. Mana aku nak letak muka nanti. Cuma Laili, Along dan Angah yang memahami perasaan aku. Mama dan papa aku tidak mengetahuinya. Malu aku kalau mama dan papa tahu. Aku mengeluh kecil.
"Win.. mengeluh nampak" tepukan dibahu aku menyedarkan aku dari lamunan. Berangan lagi.. apa nak jadi dengan aku ni.
Malamnya aku membuka surat yang dikirim oleh Sham. Sham bercerita riang. Dan dikirimkan bersama gambar-gambar yang diambil disana bersama dengan kawan-kawannya dan sekeping gambar yang membuatkan hati aku berdebar kencang. Gambar Sham bersama dengan seorang perempuan melayu. Sungguh ceria.Mesti tengah bahagia. Aku sahaja yang menderita. Sabarlah hatiku.
Apa yang berlaku mungkin salah aku juga. Menyimpan perasaan pada seorang lelaki yang telah kuanggap sahabat baik. Tapi semenjak Sham menyampaikan berita tersebut, aku mula jadi tak keruan dan resah.
Aku jadi cemburu. Inilah kali pertama Sham meluahkan perasaannya kepada aku mengenai gadis yang telah lama bertakhta dihatinya dalam diam. Tidak seorang pun yang tahu perasaannya, kecuali aku. Mungkin gadis di dalam gambar tersebut yang dimaksudkan Sham. Bertuahnya gadis itu.
………………………………….. ****** …………………………………………………
Kini telah masuk dua bulan aku bekerja di syarikat papa. Tugas aku di sini adalah untuk membantu dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan kewangan syarikat. Bukan aku tidak mahu memohon kerja di syarikat lain, tapi memandangkan papa yang terlalu menaruh harapan untuk aku bekerja dengannya, tak dapat aku menolak. Inilah masanya aku hendak membalas jasa papa.
Semenjak aku bekerja di syarikat papa, ramai lelaki yang cuba mendekati aku. Dengan berbagai cara yang mereka buat untuk menarik perhatian aku, namun tidak seorang pun yang dapat bertakhta dihati. Lagi menyampah adalah. Kalau dahulu, Sham lah tempat aku meminta pendapat dan nasihat tapi kini… Sham entah dimana. Puas aku cuba menghubunginya melalui e-mail dan surat, tapi satu pun tidak dibalas.
Aku rasakan duniaku sekarang kosong tanpa Sham. Aku terlalu rindukan dia. Lalu aku mengambil keputusan untuk memberi seluruh perhatian aku pada kerja. Siang malam hanya kesibukan kerja yang dapat mengisi kehidupan harianku. Hinggakan mama dan papa bimbang melihat keadaan aku yang seakan melupakan dunia sosial hidup aku.
Suatu malam, sedang aku, mama dan papa berehat sambil menonton tv, mama memberitahu aku satu berita yang membuatkan aku tersentak. Ada rombongan datang merisik. Aku terdiam.
Tanpa aku sedar air mata aku merembes keluar. Entah kenapa hati aku merasa teramat sebak.
"Kenapa ni Win ? Kenapa menangis ni ? Mama tak paksa anak mama ni terima lamaran tu. Ini pilihan hidup Win" mama memujuk dan memeluk aku.
"Win, boleh papa tanya sikit? Emm... Win dah ada kawan lelaki ke? Atau rindukan Sham?" Terkesima aku sekejap. Pertanyaan papa membuatkan airmata aku lagi laju mengalir. Aku memeluk mama erat.
"Win rindukan dia" akhirnya terluah juga apa yang tersimpan dalam hati aku selama ini.
"Tapi dia dah lupakan Win. Win tak mampu nak tahan rasa rindu Win pada dia. Rasa macam nak pecah dada Win. Sekarang ni Win tak dapat apa-apa berita dari dia lagi".
Mama dan papa memandangku sayu. Mama mengeluh kecil.
"Mama dan papa tak akan paksa anak manja mama ni bersetuju. Lagipun kami tak memberikan kata putus lagi. Itu semua terpulang kepada Win. Win fikirkanlah baik-baik". Mama memujuk diriku.
"Macam ni sajalah Win". Papa mula bersuara setelah lama mendiamkan diri. "Papa rasa baik Win masuk ke bilik dahulu. Papa tak akan paksa Win. Papa cuma nak lihat Win bahagia. Win fikirkan lah dahulu".
Tanpa berkata sepatah kata aku terus melangkahkan kaki ke bilik. Aku ingin menenangkan perasaan aku. Aku merebahkan tubuhku di atas katil. Aku ingin sekali melelapkan mata. Namun semakin aku pejamkan mata, bayangan wajah Sham hadir.
Kenapa wajahnya yang sentiasa muncul. Puas aku cuba melenyapkan bayang wajahnya namun ia hadir jua. Bencinya aku. Aku sahaja yang asyik rindukan dia. Sedangkan dia langsung tak ingatkan aku.
Setelah hampir seminggu, akhirnya aku mengambil keputusan. Keputusan yang mengembirakan hati mama dan papa tetapi satu keputusan yang amat memilukan hati aku. Tapi aku pasrah. Apa yang baik buat mama dan papa, baiklah buat aku.

Tibalah jua hari pertunangan aku dengan pemuda yang aku tidak kenali. Majlis yang dibuat begitu meriah sekali, mengalahkan majlis kahwin. Mama dan papa adalah orang paling gembira dan paling sibuk sekali.
Aku cuba menunjukkan perasaan gembiraku dihadapan mama dan papa walaupun di dalam hati aku, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Betapa aku rindukan Sham.
Haris. Itu sahaja yang aku tahu mengenai tunanganku. Aku sebenarnya tidak berminat untuk mengetahui tentang diri dia. Namanya hampir sama dengan nama Sham. Kalaulah itu adalah Sham yang sama, alangkah gembiranya aku. Tapi itu mustahil akan berlaku.
Sedang aku menumpukan perhatian meneliti jadual pemasaran syarikat, telefon disebelah berbunyi.
"Hello, Nazwin bercakap".
"Assalamualaikum Win". Aku terdiam apabila mendengar suara pemanggil. Suara seseorang yang amat aku rindui.
"Win, kenapa ni ?"
"Err.. Waalaikummussalam" aku menjawab perlahan.
"Win apa khabar ?"
"Err .. sihat" aku menjawab sepatah.
"Kenapa ni ? Tak suka Sham telefon ke ? Atau dah lupakan Sham ?"
"Err.. bukan. Cuma terkejut. Tiba-tiba sahaja Sham telefon Win. Ingatkan Sham yang dah lupakan Win". Aku mendengar Sham mengeluh perlahan.
"Sham bukan lupakan Win. Sekarang ni Sham sibuk sangat. Tapi Sham tak pernah lupakan Win walau sedikit pun".
"Sham tipu. Kalau tak pernah lupakan Win kenapa sekarang baru telefon? Selepas enam bulan baru Sham telefon Win?" aku mula merasa sebak.
"Win rindukan Sham ke? Ala bukan lama pun. Baru enam bulan Sham tak hantar berita. Itu pun nak marah".
Aku terdengar Sham gelak kecil. Aku sedar hanya aku yang rindukan dirinya. Alangkah bodohnya aku. Merindu pada yang tak sudi.
"Win kenapa diam ni ? Emm.. ni merajuk lah ni. Bukan Sham tak kenal budak manja Sham ni. Okaylah macam ni. Malam ni kita keluar nak ? Sham ambil Win kat rumah jam 8.00 malam. Tunggu tau".
Klik. Gagang telefon diletakkan. Memang mamat sewel betul. Aku setengah mati menahan sebak dalam hati, dia boleh layan aku macam itu sahaja. Geram betul aku.
Aku tidak tahu apakah perasaan aku ketika ini. Gembira atau sedih. Gembira kerana sudah lama aku tidak bertemu dengannya dan sedih kerana aku akan bertemu kembali dengannya setelah aku akan menjadi milik orang lain.
Tepat jam 8.00 malam, Sham telah terpacak dihadapan rumah aku. Papa menjemput Sham minum dahulu, namun ditolaknya dengan baik. Katanya nanti lambat pulak. Aku cepat-cepat siapkan diri agar Sham tidak lama menunggu.
Sham telah membawa aku ke tempat yang selalu aku dan dia makan. Tempat ini banyak menyimpan kenangan antara aku dan Sham semasa kami masih bersekolah dahulu.
Hati aku rasa sayu yang amat. Mungkin ini adalah malam terakhir aku dapat keluar bebas dengan Sham sebelum aku menjadi milik orang lain.
"Kenapa Win diam aje ? Tak gembira jumpa Sham ke.. atau takut tunang marah ?" Sham mula bersuara bila melihat aku hanya mendiamkan diri. Aku masih belum bersuara sehinggalah makanan yang kami pesan telah sampai.
Aku hanya merenung makanan dihadapan aku. Tak ada selera rasanya. Aku tengok mamat sewel kat depan aku ni laju aje makan.
"Kenapa tak nak makan ni ? Ini kan mihun tomyam kegemaran Win. Tak kan dah nak kahwin tak ada selera nak makan. Makan lah sikit. Nanti sayang sakit perut, siapa pulak yang susah… Sham jugak".
Aku tersentak bila mendengar Sham menyebut perkataan sayang. Aku mendongakkan kepala melihat wajah Sham. Namun wajahnya tetap bersahaja malah nampak semakin ceria. Tidak nampak sedih langsung bila mengetahui yang aku akan dikahwinkan.
"Win, dari tadi kita keluar tapi Win tak bercakap langsung dengan Sham. Kenapa ni .. marah dekat Sham lagi ye.. okaylah Sham minta maaf. Sham bukan tak nak contact Win tapi…"
"Tapi apa ?" aku mula bersuara perlahan.
"Win tahu siapa Win pada Sham. Sham mesti dah lupakan Win. Maklumlah Sham belajar kat oversea, tentu ramai minah-minah saleh yang berminat. Win ni siapalah kan" aku cuba bergurau namun aku rasakan amat janggal sekali.
Sham hanya tergelak kecil sambil tangannya mencedok mihun tomyam aku dan disuapkan kemulutnya. Memang itu tabiatnya dari dulu lagi bila makan dengan aku. Mesti makanan aku menjadi makanannya juga.
Beberapa ketika aku hanya menjadi pendengar. Mendengar setiap celoteh Sham tanpa bersuara. Sham bercerita dengan riang. Namun apa yang diceritakan seakan tidak masuk kefikiranku.
Aku meminta Sham menghantar aku pulang memandangkan jam sudah hampir ke angka 11.
"Win sebenarnya Sham ada perkara yang hendak dicakapkan. Tapi Win janganlah terkejut pulak. Sham sebenarnya dah bertunang."
Dumm.. seperti seketul batu besar menghempap kepala aku mendengar kenyataan tersebut. Aku merenung wajah Sham mencari kepastian. Sham hanya menggangukkan kepala mengiakan kata-katanya.
Baru aku sedar betapa bodohnya aku selama ini menaruh rasa sayang kepadanya. Namun aku sedar selama ini kami hanya sekadar berkawan. Mujur Sham tidak tahu yang aku begitu menyayangi dan menyintai dirinya. Kalau tidak mana aku nak sorokkan muka aku ini.
"Bila Sham bertunang ? Tak cakap dengan Win pun. Bila nak kahwin ? Senyap-senyap aje ye."
Aku mengawal suaraku agar tidak nampak seperti aku sedih dan terkejut dengan berita itu. Aku cuba menunjukkkan muka yang gembira atas pertunangannya.
Sham masih lagi dengan muka ceria dan gembiranya. Maklumlah orang dah berpunya. Mestilah gembira. Bukan macam aku. Tunang sendiri pun aku tidak kenal.
"Sham akan kahwin tak lama lagi. Rasa tak sabar nak bersama dengan dia. Dah lama Sham menaruh hati pada dia. Baru sekarang impian Sham untuk hidup bersamanya akan termakbul." Sham bersuara riang.
Aduhai pedihnya hati bila mendengar kata-kata Sham. Aku cuba kuatkan semangatku yang kian goyah. Aku mesti tabahkan hati agar air mata aku tidak mengalir dihadapannya. Aku mesti kuat. Mesti kuat.
"Sham tak nak jemput Win ke ? Dah lah bertunang tak bagitau Win. Kahwin pun tak nak jemput Win ? Apa punya kawan macam ni."
Aku cuba bergurau untuk melindungi hati aku yang kian lara. Sham hanya ketawa kecil.
"Win pun tak jemput Sham ke majlis Win nanti. Mana adil macam ni. Sham pun nak kenal juga lelaki malang tu. Nasib dialah dapat isteri macam Win ni."
"Ehh cakap elok-elok sikit. Dia sebenarnya lelaki paling bertuah tau. Ingat Win ni teruk sangat ke. Sepatutnya dia bersyukur Win terima tanpa mengenali diri dia. Kalau orang lain sorry lerr." Aku cuba membela diriku.
Sham tergelak besar mendengarnya. Geram aku melihat gayanya gelakkan aku.
"Dahlah,. Win nak balik. Kalau jumpa nak sakitkan hati Win baik tak payah jumpa. Ingatkan Sham dapat hiburkan hati Win, tapi menambahkan lagi sakit hati." Sham terdiam melihat muka aku yang sudah mula merona merah menahan marah.
"Okay-okay, Sham minta maaf. Takkan gurau sedikit pun tak boleh. Er.. boleh Sham tahu nama tunang Win ?" Aku mengeluh kecil mendengar pertanyaan Sham.
"Haris." Jawab ku sepatah. Kurang berminat untuk bercerita lebih lanjut. Yang pastinya aku pun tidak tahu mengenai tunanganku ini. Sham tersenyum kecil tapi senyumannya seperti ada sesuatu.
"Win, boleh Sham tanya sesuatu. Itupun kalau Win tak keberatan untuk menjawabnya." Aku tengok Sham mula seriuskan suaranya. Aku pelik melihat perubahannya itu.
"Sham dapat rasakan yang Win seperti tidak gembira sahaja dengan pertunangan ini. Win ada masalah ke ? Win bagitahulah dekat Sham mungkin Sham boleh bantu." Aku merenung wajah Sham. Tidak aku jangka dia boleh bertanya demikian. Nampak sangatkah aku tidak gembira dengan pertunangan ini ?
"Entahlah Sham. Win tak tahu nak cakap apa. Yang pasti Win akan belajar menerima kehadiran seseorang yang Win tak kenal dalam hidup Win." Aku bersuara perlahan setelah berdiam diri buat seketika.
"Win rasa dipaksa terima dia ? Kalau macam tu kenapa Win terima saja lamaran tunang Win tu. Win tidak boleh paksa diri Win untuk terima dia. Nanti Win juga yang akan menyesal. Hidup berumah tangga bukan untuk sehari dua sahaja tau. Ia adalah seumur hidup Win untuk bersamanya nanti. Kalau Win terpaksa terima, Sham bimbang Win tak akan bahagia. Sham rasa belum terlambat untuk Win membatalkan majlis perkahwinan tu. Sham harap Win fikirlah betul-betul."
"Macam mana Win nak batalkan majlis tu. Nanti apa pula kata mama dan papa. Tidak.. Win tak akan buat mereka malu. Biarlah hati Win merana asalkan mama dan papa bahagia, itu sudah cukup bagi Win. Kalau Win batalkan majlis tu, belum tentu cinta Win terbalas. Win hanya bertepuk sebelah tangan."
Begitu perlahan aku menuturkan kata-kata tadi namun aku tahu Sham masih dapat mendengarnya.
"Cinta tak terbalas ? Oooo.. dah jatuh cinta rupanya. Dengan siapa ? Sham tak tahu pun. Sham kenal tak orangnya ? Bagitahulah Sham siapa orangnya Win." Sham bertanya girang.
Aku merenung muka Sham yang sedang merenungku. Namun aku kalah dengan pandangan mata Sham. Pandangan matanya yang tajam membuatkan hati aku bagai tersiat pilu. Kalaulah kau memahami hati aku Sham, alangkah gembiranya. Namun itu adalah sesuatu yang tak mungkin akan terjadi.
"Tak apalah Sham. Rasanya tak payahlah Sham tahu siapa orangnya dan Win tak nak bincangkan lagi mengenainya."
"Tapi Win.."
"Tak ada tapi-tapi lagi Sham. Ini keputusan muktamad Win. Win akan cuba lupakan dia dan sekarang Win mesti belajar untuk menerima dan menyayangi bakal suami Win walau apa pun yang akan berlaku. Itu sahaja dan sekarang kalau boleh Win minta Sham hantarkan Win balik. Win rasa penat sangat."
Aku segera bangun dan berjalan menuju ke kereta. Fikiran aku buntu sekarang. Antara cinta dan keluarga. Namun kini aku sedar, cinta aku hanya bertepuk sebelah tangan.

Hati aku berdebar-debar. Dalam beberapa minit sahaja lagi aku akan menjadi milik orang lain. Milik seorang lelaki yang aku tidak kenali.
Aku teringatkan Sham. Sukar untuk aku hapuskan bayangan wajahnya. Aku terkenangkan saat-saat kami bersama. Sungguh indah rasanya. Aku mengeluh kasar.
"Win kenapa mengeluh ni ? Sabarlah, sekejap lagi pengantin lelaki nak masuk untuk upacara membatalkan air sembahyang. Win bersiap sedia."
Aku kembali ke alam nyata bila mendengar kata-kata mama. Aku pandang sekeliling bilik. Aku pandang muka kawan-kawan aku yang memenuhi bilik aku satu persatu. Mereka semua nampak ceria dan gembira. Tapi aku….
Pintu bilik aku diketuk dari luar. Hati aku makin berdebar-debar. Ya Allah, tenangkanlah hati aku.
Aku hanya menundukkan mukaku. Sebaik sahaja tanganku disarungkan cincin, aku segera tunduk untuk mencium tangan suamiku.
"Win…"
Namaku dipanggil. Ehh.. macam kenal jer suara tu. Aku segera mendonggakkan kepala.
"Sham ?"
Sham tersenyum memandang aku. Dia menundukkan sedikit kepalanya dan mencium dahiku. Aku terpinga. Aku melihat mama dan papa disebelah Sham tersenyum gembira. Begitu juga mereka yang berada di dalam bilik aku. Semua tersenyum gembira. Sandiwara apakah ini ?
Aku memandang muka Sham. Sham mencapai tanganku dan mengucup lembut. "Syukur Alhamdulillah. Akhirnya kita dapat juga bersama. Kalau Win nak tahu.. abang dah lama cintakan Win. Semasa kita disekolah lagi abang dah cintakan Win." Sham berkata sambil melutut dihadapan aku. Aku terkejut mendengarnya.
"Sebenarnya perkara ini abang sudah maklumkan kepada mama dan papa Win sebelum abang ke luar negara lagi. Abang berjanji dengan mereka abang akan memperisterikan Win bila abang habis belajar nanti. Dan mama dan papa Win bersetuju. Sebelum ini abang sengaja tidak hantar berita pada Win. Abang nak tahu adakah Win juga cintakan abang. Dan ternyata hati kita sama. Inilah impian Win dan paling penting ini adalah impian abang untuk hidup disamping Win buat selama-lamanya." Sham menyusun kata perlahan tetapi penuh makna bagi aku.
Aku jadi terharu. Aku terus memeluk Sham dengan linangan air mata. Air mata gembira. Syukur pada mu Ya Allah…. Dengan pemberianmu ini.
posted by Penulisan2u @ 11:36 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
5 Comments:
  • At 31/1/09 11:03 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    la, bosan lah bce. dah ramai sangat guna idea ni.cuba lagi ya.

     

  • At 1/2/09 9:52 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jalan citer yang same jer..
    try wat yg lain yek...lebih gempak!!! n paling ptg..lain dari yang lain.

     

  • At 2/2/09 4:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    emm...tau xpe..dari awal dah dpt thu cmne peginye..alahay......
    but nice try...
    keep it up yek...

     

  • At 3/2/09 5:14 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kalo bleh come up with new idea..
    bt citer yg pmbaca tertanya2 ttg endingnye n ini akan mbuatkan dorg setia membacanye hingga kpd kesudahn citer..apepun,nice try..=)

     

  • At 15/2/09 8:15 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    gud try..
    well done writer..:)

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group