BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Januari 14, 2009
Cerpen : i love you, Dahlia
Nama Pena : wirna ibtiraz

Puas dia memekik. Dafril tetap memekakkan telinganya.
"Buat apa marah-marah? Meh duduk sini ha…" Dafril bersuara dengan wajah yang spontan. 'Eee…tak tahan betul!' Dahlia menahan kemarahan. Geram dengan sikap Dafril. Dia masih memaku diri, berdiri betul-betul dihadapan Dafril. Niatnya mahu membuatkan Dafril berasa sakit hati. Dafril menunjukkan wajah yang selamba. Terus membaca buku ditangannya. Menambahkan rasa geram di hati Dahlia. Dafril masih acuh tak acuh. Mereka berdiam. Lama. Dahlia berjalan ke arah sebatang pokok. Ditelitinya setiap sudut pohon ketapang itu. Dafril hanya tersenyum.
"Awak nak buat apa tu? Nak bercakap dengan pokok pulak?" Dahlia terus berdiam. Malas melayan kata-kata Dafril. Dia terus dengan gelagatnya meniti segenap bahagian batang pokok itu. Dafril terus memerhatikan gelagat Dahlia. 'Lama-lama aku pandang, cun jugak dia ni.'
"Kenapa tak ada orang cari kita kat sini?" Rungut Dahlia. Dafril menutup buku yang dibacanya sejak tadi. Memasukkan semula kedalam beg galas yang dibawanya. Dahlia duduk bersandar di pohon ketapang itu. Dia menarik nafas. Mengeluh. "Dah dekat setengah hari kita sesat, takkan tak ada orang yang perasan…" Dahlia bersuara perlahan. Air mata bergenang dikelopak matanya. Terbayang wajah mamanya. Terasa rindu pada masakan mamanya apabila perutnya berkeroncong. Dafril bangun. Berjalan ke arah Dahlia.
"Dahlah tu, jangan nangis. Buruklah muka awak bila nangis." Dahlia memandang Dafril. Matanya menjeling tajam. "Ala..la..busuk-busuk tu…dah-dah jangan nangis. Kita akan selamat…" Pujukan Dafril tidak diendahkan.
"Awak, kalau saya mati dalam hutan ni, jangan tinggalkan saya kat sini ye. Saya takut. Hutan ni banyak beruang." 'Beruang?' Dafril menahan senyum. Geli hatinya. 'Beruang? Tak ada binatang lain ke nak sebut?'
"Yelah, yelah…dah tu, lap air mata awak tu. Kalau awak dah mati, mana beruang nakkan awak lagi."
"Maknanya awak akan tinggalkan sayalah tu…!"
"Takkan saya nak bawa awak. Beratlah nak dukung." Dahlia memuncungkan bibirnya. "Taklah. Kita takkan apa-apa. Awak jangan risau, diorang tentu akan sedar kita tak ada di tapak perkhemahan tu."
"Mana diorang semua? Tak tahu ke saya dah lapar sangat-sangat ni." Dafril bangun melihat-lihat sekeliling hutan simpan yang menjadi tempat pilihan para pelajar dari sekalian kampus mengadakan perkhemahan itu. Hari semakin gelap. Dafril melihat jam ditangannya. 'Dah pukul 7.'
"Saya nak pergi cari kayu, nak buat unggun. Awak duduk sini kejap."
"Eh, jangan tinggalkan saya. Dahlah nak gelap dah ni." Dahlia melihat sekelilingnya. 'Ya, memang dah nak gelap…' Bisik hatinya.
"Lecehlah awak ni. Tunggulah kat sini. Saya pergi sekejap saja. Nanti saya datang balik."
"Saya nak ikut awak…" Dahlia bingkas bangun mengekori Dafril dari belakang. Seram sejuk hatinya memikirkan perkara yang bukan-bukan. Beruang. Harimau. Ular. 'Eee….' Dahlia memeluk tubuh. T-shirt hijau yang dipakainya tidak dapat menampung rasa sejuk yang menyengat. Cuaca semakin sejuk. Menandakan mereka berada berhampiran dengan puncak bukit hutan simpan itu.
"Awak nak ke mana ni?" Pertanyaan Dahlia tidak dijawab. Dafril terus berjalan tanpa mempedulikannya. Dahlia diam. Menapak mengikut langkah Dafril. 'Mamat ni, buat diam pulak. Orang tanya tu jawablah.' Langkahnya terhenti apabila Dafril tiba-tiba berhenti berjalan. "Kenapa awak berhenti?" Dafril memasang telinga. "Awak buat apa tu?" Dafril terus menumpukan perhatiannya. 'Tak faham betul!' Dahlia duduk bersila sambil menggosok-gosok tapak tangannya. Basah dan kotor tidak dipedulikannya lagi. Penat yang dirasa tidak terkata.
"Saya dengar bunyi air sungai. Kalau kita berjalan ke depan sikit, kita akan jumpa sungai." Dahlia mengerutkan dahinya.
"Sungai? Awak nak buat apa dengan sungai? Saya nak cari jalan keluar, bukan sungai."
"Itulah, orang nak berkhemah, awak pun nak berkhemah, tapi, tak tahu pasal hutan. Baik awak berkhemah kat halaman rumah awak tu je."
"Apasal nak marah pulak ni? Saya memang tak tahu, nak buat macam mana."
"Tak tahulah kena belajar. Kalau kita jumpa sungai, jalan ikut arah aliran sungai tu. Nanti jumpalah tapak perkhemahan. Macam tu pun tak tahu." Dahlia berfikir sejenak. 'Betul juga tu. Sengal juga aku ni, tu pun tak tahu.'
"Dah habis awak marah? Saya lapar ni. Jangan tak dapat makan nasi, saya makan awak pulak nanti. Jalanlah!" Dahlia melangkah laju. Dafril mengerutkan dahi.
"Awak nak ke mana? Sungai ikut arah ni, bukan sana." Langkah Dahlia terhenti. 'Alamak…buat malu je…' Dia menoleh menuruti langkah Dafril. Dafril tersenyum.
Hujan yang turun sejak tadi membasahi setiap sudut hutan itu. Dahlia telah pun kuyup. Terasa dingin menusuk ke tulang. Badannya menggigil. Menggeletar menahan kesejukan. Sekali-sekala Dafril menjeling ke arahnya. Gadis itu hanya berdiam sejak mereka menemui sungai dan berjalan mengikut arah alirannya. Dahlia tidak bersuara walau sepatah pun. 'Kenapa dengan dia ni? Diam pulak…'
Tiba-tiba Dahlia berhenti. Tudung dikepalanya masih menutupi. Dia memicit-micit kepalanya yang berdenyut-denyut.
"Kenapa ni?" Soal Dafril.
"Saya sakit kepala…" Dahlia bersandar di sebatang pokok. "Dah letihlah, jauh lagi ke?" Wajah Dahlia pucat. Lesu.
"Awak berehatlah dulu. Nak nyalakan unggun pun basah ni. Takan nyala. Awak duduk sekejap. Nanti kita jalan lagi." Dahlia bernafas tersekat-sekat. Sekali-sekala dia bersin. Dafril melihat jam ditangannya. 9.16 malam. "Awak ok?"
Dahlia mengangguk. Sambil memejamkan matanya. Dafril meneliti wajah Dahlia. Gadis itu seperti pernah ditemuinya. 'Di mana aku jumpa budak ni? Macam pernah tengok.' Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Lama mereka berehat di situ. Dafril mengejutkan Dahlia untuk meneruskan perjalanan.
"Awak. Bangun…kita kena berjalan lagi ni." Dahlia membuka mata perlahan-lahan. "Awak, bangun. Jom…" Dahlia masih berpinar-pinar. Dia memandang Dafril. Bibirnya terkumat-kamit mengomel sesuatu. Dafril menyentuh dahi Dahlia. 'Ya ALLAH, panasnya.' Dahlia diangkat dan didukungnya di atas belakang. Gadis itu mengalami demam panas.
Beberapa jam berjalan akhirya mereka menemui tapak perkhemahan. Dafril menarik nafas lega.
"Ril! Kau ni…buat orang risau saja. Tau tak sejak petang tadi kitorang cari kau. Tiga rescue team dah keluar pergi cari kau." Hakimi yang terlihat kelibat Dafril menerpa ke arahnya. "Eh, kenapa dengan budak ni?" Soal Hakimi apabila terlihat Dahlia di atas dukungan Dafril.
"Dia demam. Kan hujan ni. Dah, tolong aku. Budak ni demam panas. Kena pergi hospital. Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang disalahkan." Dafril menurunkan Dahlia. Badannya semakin lemah. Dahlia dibawa ke hospital.

"Apalah, kena hujan sikit dah demam. Tak adventurelah kak Lia ni." Adam mengusik kakaknya. Dahlia menjeling tajam. 'Aku yang sakit, cakap banyak pulak cencorot ni.'
"Mama, tengoklah dia ni. Nak usik orang pulak. Dia tak kena, takpelah…"
"Adam…" Adam menjelirkan lidah ke arah Dahlia. Sebiji bantal dilempar ke arahnya namun sempat dielak. "Eh, main pulak…"
"Mama, tengoklah tu…"
"Adam, jangan bisinglah. Hospital ni." Adam membuat muka selambanya. "Lia, ni ada bungkusan. Kawan Lia bagi."
"Bungkusan? Apa ni ma?"
"Eh, mana tahu. Bukalah tengok."
"Ha, dari boyfriend lah tu ma…" Kata Adam terus mengusik kakaknya.
"Pergilah jauh-jauh. Buat muka steam pulak kat sini!"
Dahlia membuka bungkusan yang dibalut dengan pembalut berwarna biru laut itu. Cantik cara bungkusannya. Sebuah novel yang telah lusuh bertajuk Tinta dikeluarkan dari bungkusan itu. 'Tinta?'
"Mama tahu tak kawan tu siapa?"
"Budak perempuan. Mama tak kenal dia. Pakai cermin mata." 'Pakai cermin mata? Takkan Haidar. Mama kenal Haidar kepoh tu. Siapa pulak yang minat kat aku ni? Kalau ye pun janganlah bagi buku yang dah nak koyak ni.' Dahlia meneliti buku ditangannya. 'Macam pernah nampak buku ni. Ish…ada orang nak main-main ni. Mesti kawan-kawan aku jugak. Tentu semua orang dapat tahu aku sakit. Nak kena ni!'

"Lia!" Haidar yang dari jauh melihat Dahlia memekik memanggil namanya. 'Aii…minah ni, menguji kesabaran betul. Tak payahlah kuat sangat.' Haidar tersengih-sengih berjalan ke arah Dahlia.
"Kau apahal masuk wad ni? Kata camping, tak pasal-pasal tidur hospital."
"Kau diamlah. Aku tersesat je. Dengan mamat dari kelas mana entah."
"Mamat? Mamat mana pulak ni? Kau buat apa kat dalam hutan tu dengan mamat tu? Jangan-jangan…"
"Ha, nak mengarutlah tu. Mana ada buat apa-apa. Aku asyik gaduh je dengan dia tu. Asyik buat muka macam kubis bunga je. Tapi, aku peliklah. Sejak aku masuk wad, tak pernah pulak aku dengar pasal dia. Dia ok ke, dia selamat ke, ada cedera kat mana-mana ke…tak ada pulak."
"Dia selamatlah tu. Kalau tak tentu heboh satu kampus ni, ada student pergi camping meninggal dunia sebab dukung kau selama hampir lima jam berjalan balik ke tapak perkhemahan. Kalau aku, tak sangguplah. Aku biar je kau kat dalam hutan tu." 'Dukung? Mamat tu dukung aku?' Dahlia sedikit terkejut. 'Kenapa aku langsung tak ingat apa-apa?' Dahlia menggaru-garu kepalanya. Sambil cuba mengingat kembali bagaimana dia boleh berada di hospital. Lelaki yang bersamanya di hutan tempoh hari tidak ditemuinya lagi. 'Harap-harap dia pun selamatlah.' Doa Dahlia di dalam hati.

Tamat kelas pada tengah hari itu, Dahlia tergesa-gesa menuju ke perpustakaan. Tugasan yang baru diberikan perlu disiapkan secepat mungkin.
"Oi, cepatnya kau…"
"Aku dah lambatlah. Pergi dulu."
"Kalau ya pun, tunggulah aku sama." Haidar berlari mengekori Dahlia di belakang. "Kenapa cepat sangat ni?"
"Aku nak cari maklumat pasal assignment tadi."
"La, ingatkan apanya…rileklah, bukannya Puan Mastura tu nak sekarang."
"Aku nak siapkan cepat-cepat. Nanti dah settle, hati aku pun senang. Kalau buat last minute, kelam kabut nanti. Library tu bukannya buka 24 jam." Dahlia terus berjalan tanpa mempedulikan bebelan Haidar. 'Tak nak sudahlah. Buat apa ikut aku.' Ngomelnya sendirian.
Dahlia asyik dengan buku-buku dihadapannya. Haidar pula masih mencari buku rujukan di rak-rak yang disediakan. Menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Assalamualaikum. Kak Dahlia?" Dahlia mendongak. Seorang budak perempuan bercermin mata berdiri disebelahnya. Dahlia mengerutkan dahinya. 'Siapa pula ni?'
"Waalaikumsalam. Ya?" Jawabnya dengan senyuman terukir dibibir.
"Kak Dahlia, ini ada bungkusan untuk akak." Sebuah bungkusan berwarna hijau berbunga putih dihulurkan kepadanya. 'Apa lagi ni?'
"Boleh akak tanya sesuatu? Adik ni siapa? Dan siapa yang kirim bungkusan ini untuk akak?" Budak perempuan tersebut hanya tersenyum dan meninggalkan bungkusan itu diatas meja. Mengenyitkan matanya ke arah Dahlia. Dan terus berlalu pergi dari situ. 'Apa hal ni? Aduh…' Dahlia memandang bungkusan tersebut. Berfikir. Mencari-cari gerangan siapakah yang hendak memainkannya.
"Eh, Lia! Hadiah untuk siapa ni? Wah, cantiknya dia balut…"
"Entah! Orang gila mana nak mainkan aku pun tak tahu."
"Bukalah, Lia. Berat je, macam buku…" 'Buku?' Dahlia segera membuka bungkusan tersebut. Sebuah buku yang telah lusuh dan hampir koyak dikeluarkan. 'Buku lagi?' Dahlia mengetap bibirnya. 'Ingat aku ni rajin sangat ke nak baca buku-buku macam ni?' "Terindah Untukmu? Novel?" Haidar mengambil buku tersebut dari tangan Dahlia. "Eh, sejak bila kau baca novel ni, Lia?"
"Bukan aku yang nak bacalah. Makhluk mana entah bagi. Dah nak koyak pula tu. Tengoklah tu."
"Dia tak ada duit nak beli yang baru kot. Itu sebabnya dia bagi buku macam ni. Appreciate lah sikit…"
"Appreciate apanya? Bukan aku minta dia belikan pun. Buku-buku macam ni, tak payah bagi pun tak apa. Bukannya aku nak baca pun."
"Ha, ni dia ni siapa ni? Ha? Baik kau cerita. Nak berahsia pula dengan aku."
"Mana aku tahu. Adik junior mana datang bagi kat aku tadi. Lepas tu terus pergi. Ish, tak fahamlah aku."
"Peminat kau agaknya…"
"Peminat? Muka macam aku ni ada peminat? Jangan buat aku beranganlah, Dar. Takkan hidung kemek mata sepet macam aku ni ada peminat? Logiklah sikit."
"Logiklah ni. Orang lelaki ni, walaupun taste diorang tinggi, tapi pilihan terakhir tetap kita yang hidung kemek mata sepet ni tau."
"Mana kau tahu dia tu lelaki ke perempuan ni? Jangan-jangan kau yang nak main-mainkan aku."
"Ke situ pula. Takkan aku pula nak bagi kau buku cerita yang mengarut ni. Tak ada masa aku nak buat kerja-kerja macam ni. Baik aku baca komik saja." Haidar menjeling. 'Siapa dia?' Dahlia buntu. 'Tinta? Terindah Untukmu? Mengarut semua ni!' Dahlia menyambung semula dengan tugasannya.

Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata. Dahlia memandang jam di telefon bimbitnya. 'Dah pukul 3. Aduh…bila aku nak tidur ni…' Dahlia memusingkan badannya. Ke kiri. Dan ke kanan. Seraya dia bangun. Duduk. Menyandarkan badan. Dua novel yang terletak di atas meja tulisnya dicapai. Dahlia membelek novel-novel tersebut. Meletakkannya kembali. 'Siapa dia? Lelaki ke perempuan? Jangan-jangan…ish, takkanlah dia. Tapi Tinta tu macam pernah nampak. Dia yang baca hari tu. Aku yang silap agaknya. Tapi… Pening aku dibuatnya!' Dahlia terus cuba melelapkan mata. Sebentar kemudian deringan telefon bimbit mengejutkannya. 'Siapa pula yang hantar mesej waktu-waktu macam ni?'

~Assalamualaikum. Awk sht? Sy mnta maaf, ggu ke? Bku 2 ntk awk..bc la. Erm,mgkn awk dh tdo..nnti bc ye… -dafril-~

'Dafril? Siapa pula mamat ni? Buku tu? Oh, dia yang bagi rupanya…'

~Waalaikumsalam. Awk ni sape? Knp nk bg bku2 2? Sory la, sy x ske bc nvel. Em..kte knl ke? N mne awk dpt no sy ni?~

Lama dia menunggu. Mesej yang dihantar tidak berbalas.
"Kenapa tak balas pula ni?" Dahlia terus menunggu hingga akhirnya dia terlelap.

Dahlia duduk di satu bangku yang terletak di situ. Termenung memikirkan lelaki yang menghantar mesej kepadanya. 'Dafril?' Dia bingung. 'Siapa dia ni? Kalau malu pun, janganlah tak balas mesej. Bukannya kena bercakap pun, taip saja.' Dahlia menopang dagu. Mengeluh pendek. Tiba-tiba dia terlihat budak perempuan yang menemuinya tempoh hari. Dahlia bangun. Berlari ke arah budak perempuan itu.
"Adik, tunggu. Tunggu dulu…" Gadis itu tersenyum. "Maaf. Erm…boleh akak tahu, siapa yang bagi buku-buku tu pada akak?" Gadis itu melemparkan senyuman. Dan terus berlalu. "Nanti dulu! Akak tak faham. Adik ni siapa? Dan…dan kenapa orang tu tak nak bagitahu dia siapa? Akak nak tahu. Tolong berterus terang. Akak tak sukalah main-main macam ni." Gadis itu menarik nafas dalam.
"Saya minta maaf. Saya diamanahkan untuk tidak memberitahu apa-apa pun pada akak. Okey? Sorry…" Gadis itu terus berlalu. Dahlia menarik nafas sedalam-dalamnya. Menahan kesabaran. 'Kalau aku dapat mamat ni, memang dia akan kena!'

~Jgnlh mrh. Adk sy x slh. Sy yg mnta dia smpn rsia.~

'Adik?'

~Awk ni sape? Nk apa? Jgn main2 boleh? Sy dh ckp bsbr ni~

~Awk nk tahu sy sape? Pusing ke blkg skg…~

Dahlia menoleh. 'Dia ni?' Wajahnya bertukar kemerahan. Amat terkejut melihat lelaki yang berdiri dihadapannya. Dafril tersenyum.
"Marah lagi?" Soal Dafril.
"Awak?" Dafril mengangguk perlahan. "Mana awak tahu saya…"
"Mana saya dapat nombor awak? Cakap pun dah tak betul. Janganlah terkejut. Awak ni macam nampak hantu saja."
"Tak. Saya…macam mana awak tahu?"
"Saya carilah."
"Cari? Di mana?"
"Di mana-mana saja…"
"Seriuslah!"
"Okey, okey… Erm…saya kan AJK bahagian pendaftaran camping hari tu. Saya simpan nombor phone semua student. So…"
"So, awak ambil nombor saya?" Dafril mengangguk. "Apa tujuan awak buat semua ni?" Dafril diam seketika.
"Suka-suka." Dahlia menjeling. Seakan merajuk. Kemudian terlintas difikirannya tentang sesuatu. Dahlia memandang Dafril. Lelaki itu bukanlah seperti itu sebelumnya. 'Apa kena dia ni? Masa di hutan hari tu bukan main lagi dengan muka kobis bunga dia tu. Nak senyum pun susah. Tapi sekarang…' "Apa awak fikir tu? Marah lagi? Patutlah saya rasa macam pernah jumpa awak sebelum ni. Memang kita pernah kenal, tapi bukan secara berdepan. Profile awak ada dalam friendster saya." Dahlia mengerutkan kening. "Sebab tulah tak susah nak cari awak. Saya ada tinggalkan komen, tapi kenapa awak tak balas ye?"
"Saya sibuk. Kan dah nak exam ni? Kenapa awak cari saya?"
"Salah ke saya nak cari awak?"
"Tapi untuk apa?"
"Berkawan."
"Dengan cara yang macam tu?"
"Semua orang ada caranya sendiri. Saya pun ada cara saya sendiri."
"Cara yang membuat orang lain hilang sabar?"
"Saya cuma…"
"Dan lagi satu, kenapa tak balas mesej saya? Awak dah ganggu saya pukul tiga pagi, lepas tu awak hilang macam tu saja. Bagus ke buat macam tu?"
"Bukan, saya…"
"Sudahlah!" Dahlia bangun dan berlalu pergi. Dafril kebingungan. Keliru dengan tindakan Dahlia. 'Baru dia tahu! Ingat senang nak kawan dengan aku.' Dahlia tidak menoleh lagi.

~Jgnlh mrh…im sory k. Tlglh, jgn mrajuk…~

Mesej yang dihantar tidak dibalasnya. Marahnya telah hilang. Hanya rajuk yang panjang ingin ditunjukkan. Agar dirinya tidak dimainkan sebegitu lagi.

~Mrh lg ke? Sory, sy jnji x buat lg. Jgn mcm ni…Liya…~

'Liya? Eja pun salah.' Dahlia meneruskan ulangkajinya. Peperiksaan akhir akan bermula pada minggu hadapan. Segala persediaan perlu dilakukan.

~Sy jmpa awk skrg boleh?~

'Macamlah aku nak jumpa dia.' Dahlia terus membiarkan Dafril dengan perasaan bersalahnya. Satu mesej pun tidak dibalasnya. Bagai menghukum seorang pesalah.

~Sy kuar ni. Prgi rmh awak. Sy tgu awk kat luar. Hrp awk sudi jmpa n maafkn sy.~

'Rumah aku pun dia dah tahu kat mana?' Dahlia menggeleng. 'Jauhnya dia mencari…'
Dua jam berlalu. Telefon bimbitnya masih berdiam. Dahlia mula risau. Berkali-kali inbox dibukanya. Mesej dari Dafril langsung tidak diterima. 'Mana dia ni? Tadi beria sangat.' Dahlia keluar ke halaman rumahnya. Melihat-lihat di luar pagar sama ada Dafril telah sampai. Namun kosong. Hatinya mula berdebar-debar. Bimbang andai perkara yang tidak diingini berlaku. 'Hantarlah mesej, kenapa diam je…' Dahlia duduk dibangku. Menanti kelibat Dafril muncul. Namun dia kecewa. 'Inilah lelaki. Cepat berubah hati. Baru sikit kena test, dah give up.'

Peperiksaan akhir telah tamat. Hampir sebulan dia tidak menemui Dafril. Lelaki itu bagai telah lenyap. Namun bagai telah tertulis didalam takdir, dia merinduinya. Rindu yang kian berbunga. Berkembang mewangi menutupi rasa kekoknya pada Dafril dahulu.
"Lia, kenapa muram je ni? Exam kan dah habis." Pertanyaan Haidar memutuskan lamunannya. Haidar duduk disebelahnya.
"Tak ada apalah. Kau dari mana ni?"
"Dari rumah. Ni mak aku bagi kuih puding sikit."
"Terima kasih." Dahlia mengambil bungkusan yang dihulurkan.
"Baik kau cerita dengan aku, Lia. Aku tengok pun dah tahu, kau ada masalah kan?" Soalan Haidar tidak segera dijawabnya. Dahlia masih berdiam. "Kau nak berahsia lagi?"
"Bukanlah. Aku risau je…"
"Risau? Pasal exam? Kau jangan risaulah. Kitakan dah study. Mesti okey punyalah."
"Bukan pasal exam. Tapi…pasal lain. Entahlah, Dar. Aku tak tahu macam mana nak cakap."
"Kenapa? Kau risau pasal apa pulak ni?"
"Dafril..."
"Dafril? Student yang meninggal dalam kemalangan sebelum exam hari tu?" Dahlia terkedu. Jantungnya berdegup laju tatkala mendengar nama Dafril disebut oleh Haidar. 'Meninggal? Kemalangan?'
"Apa maksud kau, Dar? Dafril accident?" Haidar mengerutkan dahi.
"Ye. Student tu namanya Dafril. Kau kenal ke?"
"Tolong bagitahu aku, apa yang berlaku? Macam mana dia accident?" Dahlia semakin tidak keruan. Khabar itu benar-benar mengejutkannya.
"Aku tak pastilah, Lia. Yang aku tahu, nama dia Dafril. Accident motor dengan kereta. Dia kena langgar kereta. Teruk jugak aku dengar. Seminggu masuk ICU." Dahlia terkedu. Luluh hatinya menerima kenyataan itu.
"Mana kau tahu semua ni?"
"Tak ramai yang tahu, Lia. Family dia tak benarkan berita tu dihebohkan. Aku tahu pun sebab budak kelas dia datang jumpa aku, nak tanya pasal exam. Kebetulan accident tu baru berlaku. So, budak tu pun macam terkejut je. Tak sangka perkara tu akan berlaku. Diorang satu kelas pergi melawat dia." Dahlia bersandar. Terasa lemah seluruh tubuh dirasakannya. 'Dafril…'
"Assalamualaikum." Suatu suara kedengaran dari luar pagar rumahnya.
"Waalaikumsalam." Dahlia terkejut dengan kunjungan seorang budak perempuan. Gadis itu tersenyum tawar ke arahnya. Dia mengenali gadis itu. "Masuklah." Jemputnya.
"Akak dah tahu pasal abang?" Gadis itu bersuara. Dahlia mengangguk. "Ini untuk akak." Satu bungkusan dihulurkan. Dahlia mengambil bungkusan itu. "Rasanya, tak perlulah saya ceritakan. Semuanya ada dalam tu. Sepatutnya saya bagi pada akak seminggu selepas bungkusan yang kedua tu. Tapi abang kata tak payah. Dia nak tunggu akak dulu. Dia nak bagitahu pada akak sendiri. Tapi, tak sangka. Masa dia nak datang jumpa akak hari tu…"
"Maafkan akak. Kalau bukan sebab akak…"
"Tak apa. Bukan salah akak."
"Tapi, kalau bukan akak yang berkeras dengan dia, kemalangan tu tak akan berlaku."
"Dah takdir, kak. Kita takkan mampu menghalang. Jangan risau. Abah dan mama pun tak salahkan akak. Saya minta diri dulu."
"Adik…siapa nama adik?"
"Daliya." Gadis itu tersenyum dan melangkah pergi. 'Daliya? Liya?' Itulah nama yang digunakan Dafril untuknya. 'Bukan salah eja. Tapi…' Dahlia terduduk. Bungkusan ditangannya masih dipeluk erat.

'Assalamualaikum.

Liya, awak ingat lagi masa kita di hutan hari tu? Awak ingat saya lagi? Masa tu awak menangis. Saya dah mula risau. Kita tersesat. Macam mana saya nak pujuk awak supaya jangan menangis? Saya tak pandai meluahkan kata-kata. Kalau awak marah saya, macam mana saya nak pujuk? Bila saya dapat tahu awak demam panas, saya dah tak boleh nak fikir panjang lagi. Yang pasti saya perlu bawa awak pulang. Saya tak mahu apa-apa berlaku pada awak.
Liya, saya tak tahu macam mana nak cakap. Mungkin saya takkan dapat cakap pada awak secara berdepan. Macam mana saya nak luahkan? Awak akan marah saya ke? Saya risau. Takut awak menolak saya jauh-jauh. Jangan Liya, saya ikhlas.
Sejak hari tu, saya dah mula sukakan awak. Actually, I love u Dahlia. Sudikah awak menerima cinta ini? Saya menanti jawapan awak.

Dafril.'

Air mata yang ditahan jatuh berjujuran. Dahlia hanya mampu membisu. Menatap sebuah lagi novel yang dihadiahkan oleh Dafril. 'Sayangku, Nur Dahliya.'
Haidar yang telah memahami situasi tersebut cuba memujuk Dahlia.
"Sabarlah, Lia. Tuhan lebih sayangkan dia." Seraya Dahlia memeluk Haidar.

~Assalamualaikum. Awk sht? Sy mnta maaf, ggu ke? Bku 2 ntk awk..bc la. Erm, mgkn awk dh tdo..nnti bc ye… -dafril-~

Mesej pertama yang dihantar oleh Dafril dibacanya. 'Awak nak saya baca semua buku-buku tu? Saya dah habis baca. Baru saya tahu apa erti semua ni. Dafril, kenapa begitu lambat awak meluahkannya? Tahu tak dah lama saya rindukan awak…' Dahlia memeluk ketiga-tiga novel itu. 'Dafril Izwan.' Dahlia meneliti beberapa gambar yang terpapar di skrin. 'Dafril, maafkan saya... I'm so sorry..so sorry'

'SALAM, HAI DAHLIA. KENAL SAYA LAGI? TAK SANGKA, MEMANG BETUL AWAKLAH ORANGNYA. ACTUALLY, ADA SOMETHING SAYA NAK BAGI. NANTI AWAK AKAN TAU. K, SALAM'

Surah Yaasin ditangannya. Hampir sejam dia di situ. Kawasan perkuburan itu hening sekali. Bagai mengerti perasaannya ketika ini. Doa dilafaz. Sekudus doa untuk insan yang begitu disayanginya. Dahlia menyapu mukanya. Satu penanda buku direnungnya. Lama. TINTA TERINDAH UNTUKMU, SAYANGKU DAHLIA. 'Begitu indah kata-kata hatimu Dafril. Sesungguhnya cinta tidak memerlukan kata puitis yang berbunga-bunga. Aku puas dengan sepotong ayat ini, Dafril. Cukuplah andai ini yang mampu kau luahkan. Aku menghargainya.'
Penyesalan tidak mungkin akan mengembalikan yang telah pergi. Hanya doa mampu mengiringinya. Cinta itu hadir dalam berbagai cara. Hargailah ia.
posted by Penulisan2u @ 5:18 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
17 Comments:
  • At 14/1/09 9:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestttnye....sedih la pulak..mcm nk nangiss je..anyway good job & keep up the good work

     

  • At 15/1/09 12:00 PG, Blogger [syarimoney] said…

    sedihnye cite ni...
    aduh....
    mengapa perlu ada kesedihan dlm hidup ini.
    nasib x menitis air mata.


    ~sar~

     

  • At 15/1/09 3:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedeynye cite awk...
    awk wt sy tringat kt my bf yg dh xde...
    hhmmmm....
    ~~al-fatihah utk dia

     

  • At 16/1/09 2:02 PG, Blogger DianaTakyuddin said…

    sdihnye cite ni..huhu
    tp nice work..gambatte!!

     

  • At 16/1/09 1:14 PTG, Blogger hamiza said…

    Ermm..best cite ni tapi sedih la pulak nk nangis bila baca ;'(

     

  • At 16/1/09 5:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedey la... :(

    but...best...

     

  • At 16/1/09 9:19 PTG, Blogger purple_freesia said…

    betul la..sdey nyer... citer ni wat sy terkenang arwah kwn baik saye.. meninggl time nak g reunion ktrg.. die jus sempat bg present besday sye kat kakak die je.. sume yang berlaku buat sye lbih hargai insan2 disamping sye..good job penulis!!pandai main dgn emosi..

     

  • At 18/1/09 10:30 PG, Blogger Unknown said…

    yup...
    sdihnye cite ni...nk nangis rasanye...
    apepun gud luck ekk...
    tahniah taw..teruskan usaha yea..

     

  • At 20/1/09 1:13 PG, Blogger ceritaku MEMORIKU said…

    simple je citer nie,
    tp sedih.agagag
    suke2
    good job!
    -na'dz

     

  • At 21/1/09 3:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnya cte ni. saya harap benda ni takkan berlaku kat saya @ kat sesiapapun.

     

  • At 22/1/09 2:53 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ala sdih nyer cite nie...2 la klau ade pluang jgn disia2kn..coz kite xtau ape akn jdi pde mse hdapn..

     

  • At 24/1/09 2:41 PG, Blogger Iqa said…

    woowoowoo..sedeyh seyh! huhu
    hope aq dpt pnjrn y brgune dr cite neh! gd job to writer!

     

  • At 27/1/09 6:21 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu, nape sedey sgt citer nih ?
    bkn nk nanges . da nangs da pon. ngee. good job . citer y sgt best .

     

  • At 30/1/09 7:19 PTG, Blogger Anje_Abe said…

    best.. tp sedey,hmpir2 mngalirkan air mata. huhu
    neway, good job. truskan bkarya k.

     

  • At 2/2/09 12:34 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cter neh..
    sdeh2..
    nk nanges da neh..
    anyway..good job..

     

  • At 19/2/09 12:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedeynye..hargailah org di sekeliling sebelum terlewat..

     

  • At 5/1/11 3:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    after taw die mati.. rse sebak nk bce..!
    tragis nye cinya...!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group