Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aishah berasa amat lega setelah dapat menyelesaikan pelajarannya. Syukurlah akhirnya dapat juga dia menamatkan pengajian sehingga peringkat ijazah. Apa yang harus difikirkan sekarang adalah bagaimana hendak mengumpul wang. Dia perlukan banyak wang untuk menyelamatkan Alia.
Walaupun Alia bukan siapa-siapa baginya dia rasa bertanggungjawab untuk semua perbelanjaan Alia. Bukan sedikit wang yang diperlukan, tiga belas ribu! Mana dia nak cekau..? Doktor telah memberi masa selewat-lewatnya dua bulan lagi. Duit baki pinjaman PTPTN dulu masih ada dua ribu lebih lagi setelah dia begitu berjimat cermat berbelanja. Sebelas ribu lagi mana nak korek. Itu hanya yuran pembedahan, tidak termasuk lagi bayaran ubat-ubatan, tempat tidur, makan dan lain-lain lagi.
Hendak cari kerja pun susah juga kerana belum mendapat ijazahnya lagi. Lagi empat bulan baru upacara konvokesyen. Setakat jadi kerani rendah berapa sangatlah pendapatannya. Itupun kalau diterima. Pada zaman sekarang hendak minta kerja pun semuanya perlukan pengalaman.
Hendak pinjam dari saudara-mara, siapa yang dia ada? Dia sendiri pun tinggal di rumah anak yatim setelah kematian ibunya dahulu. Alia dan ibunya sahaja yang dia ada selain dari penghuni-penghuni rumah anak yatim itu.
Dua tahun dahulu dia berjumpa Alia yang merayau mencari kotak untuk dijual bagi mendapatkan sesuap nasi. Belas rasanya melihat kehidupan Alia dan ibunya yang amat daif, namun apakan daya dia sendiri pun hidup dengan mengharapka pinjaman yang diperolehinya. Namun begitu setiap hujung minggu dia akan selalu bersama Alia dan ibunya di pondok buruk mereka. Sekarang mereka sudah begitu rapat sehingga dirasakan seolah-olah Alia seperti saudaranya sendiri. Kini Alia perlu jalani pembedahan pula kerana penyakit jantung berlubang. Pening Ashah memikirkan hal tersebut.
Hari ini dia akan mula bekerja dengan Apek Lim untuk menghantar buah mempelam dari ladang kepada pelanggan-pelanggannya. Nasib baik dia ada lesen memandu bolehlah dia mendapat pekerjaan tersebut. Mampukah dia mengangkat kotak-kotak buah-buahan itu nanti? Cubalah, lagipun Apek Lim sudah menyediakan troli bagi dia mengangkut buah-buahan tersebut. Kerja yang agak berat, tetapi Apek Lim sudah berjanji untuk memberi lima puluh ringgit sehari padanya. Itupun setelah puas dia memujuk. Siapalah yang hendakkan pekerja perempuan sepertinya yang kudratnya pun tidak seberapa!
…
"En Ikmal nak beli buah hari ni?" Tanya Pak Mat driver kepada majikannya. "Boleh juga Pak Mat. Buah kat rumah tu pun dah habis." Jawab Ikmal sambil membelek majalah ditangannya. Pak Mat berhenti di pinggir jalan dekat dengan sebuah gerai buah-buahan. "Apek, buah mempelam ada?" Tanya Pak mat pada penjual buah yang sudah kenal benar dengannya, maklumlah dia sudah menjadi pelanggan tetap di situ. Seminggu dua tiga kali dia akan singgah untuk membeli buah mempelam kegemaran majikannya di situ. "Haiya encik, itu van antar buah lagi sikit jam balu sampai. Lu bole tunggu sikit jam ka?" Pak Mat memandang Ikmal di dalam kereta. Kalau hendak ditunggu nanti mengamuk pula majikannya nanti. "Ha! Lu manyak nasib baik itu van sudah samapi loo." Kata penjual buah tersebut sambil menunjukkan sebuah van yang berhenti di situ.
Pak Mat menunggu buah-buah mempelam tersebut diturunkan. Agak lembab pula pekerja tersebut. Macam tak makan saja, nak angkat sebuah kotak pun dua tiga minit baru siap. Ikmal di dalam kereta juga turut memerhatikan perkara tersebut. Geram juga dia melihat cara mamat lembab tersebut bekerja. Sudahlah muka macam perempuan, kerja pun lembik pula. Cermin kereta diturunkan, niat untuk memanggil Pak Mat untuk pulang. Dia sudah tidak sabar menunggu lagi. Esok-esoklah beli buah itu. Takkan matinya kalau tidak makan mempelam sehari.
"Ok Apek. Ini bilnya, dua ratus tiga puluh." Terdengar lembut suara mamat tersebut pada apek penjual buah. "Tunggu aa Amoi, wa timbang buah bagi ini customer dulu. Lia sudah tunggu lama oo." "Amoi… perempuankah? Patutlah nampak lembut sangat." Kata Ikmal sendirian sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dilihat gadis tersebut tersenyum pada Pak Mat, manis juga. Baru nampak seperti perempuan sikit. Dahlah berpakaian seperti lelaki, rambut pula semua dimasukkan kedalam topi, mana tidak kelihatan seperti lelaki.
…
"Ikmal, bila mama balik nanti mama nak langsungkan pertunangan kamu dengan Nadia tu, kalau sempat mama nak kamu nikah sekali." Kata puan Hasnah pada Ikmal anak tunggalnya. Terlopong Ikmal mendengar kata-kata ibunya itu. Nak suruh dia kahwin, main paksa-paksa pula tu. Tambahan pula dengan Nadia, perempuan yang selalu pakai baju tidak cukup kain tu..!! Minta simpang malaikat empat-puluh empat. Apa nak buat ni.? Dua hari lagi mamanya akan balik dari London. Sebulan mamanya dekat sini, tentu dia akan kotakan apa yang dikatakannya tadi. "Mana boleh ma?" "Kenapa tak boleh? Kamu tu bujang teruna, Nadia tu anak dara. Kalau kamu tu sudah beristeri tu lainlah. Mama tak kira, kamu kena kahwin juga. Umur dah dekat tiga puluh, nak tunggu apa lagi? Atau kamu dah kahwin senyap-senyap masa mama tak ada ni?"
"Tulah sebabnya ma.." "Kamu dah kahwin? Tak bagi tahu mama pun. Betuah punya budak!" Kata puan Hendon, geram dengan perangai anaknya itu. Nasib baik dia belum berjanji apa-apa dengan orang tua Nadia, kalau tidak mana hendak diletakkan muka, tentu malu bila terpaksa batalkan hasrat hatinya.
"Bila pula aku cakap aku dah kahwin? Mama ni orang nak cakap lain dia maksudkan lain pula. Biarlah. Lepas ni tentu dia tak paksa aku lagi." Ikmal tersenyum sendirian. "Ala mama sebulan saja kat sini, nanti cakaplah aku baru nikah, belum buat majlis bersanding lagi, sebab tu isteri aku tidak tinggal sekali dengan aku.."
"Ikmal.. kenapa diam saja?" "Tak adalah ma, Mal cuma takut mama marah saja. Bukan apa Mal tak nak susahkan mama dan papa, Mal ingat nanti bila hendak kenduri baru nak suruh mama balik." "Bila kendurinya?" "Empat bulan lagi ma." Jawab Ikmal sudah mula menipu mamanya. "Apa lama sangat?" Tanya puan Hendon lagi kurang senang. "Ala banyak soal pula mama ni.." Gerutu Ikmal dalam hati. "Dah isteri Mal tu belum bersedia lagi.." Senang saja Ikmal memberi jawapan. Semuga mamanya tidak akan banyak soal lagi selepas ini. "Mama tak peduli, nanti bila mama pulang mama nak jumpa isteri kamu, mama nak bebincang dengan dia."
…
Ikmal mundar-mandir di dalam pejabatnya. Alat penghawa dingin seakan-akan tidak berfungsi sahaja, peluh dingin memercik di dahinya. "Kenapa ni Ikmal?" Tanya Razif yang baru masuk ke pejabat Ikmal. "Mama aku.. dia nak jumpa isteri aku!" "Ha! Bila kau kahwin? Aku tak tahu pun." Terkejut Razif dengan kata-kata Ikmal. Tidak mungkin dia tidak diberitahu tentang perkahwinan sahabat baiknya itu. Terasa kecil hati pula bila dia seolah-olah diketepikan oleh Ikmal.
"Tulah masalahnya, aku mana ada bini pun.." "Abis mama kau nak jumpa siapa? Siapa beritahu dia kau dah kahwin?" semakin bingung pula Razif mendengar yang Ikmal belum berkahwin. "Tak ada siapa, mama aku yang salah sangka. Mulanya aku ingat oklah dah dia ingat aku dah kahwin, sekarang dia nak jumpa isteri aku pula. Mana nak cari isteri, besok dia dah nak balik?"
"La.. terus terang sajalah. Cakaplah yang kau belum kahwin, kan senang." "Senang? Kau tahu tak, bala lagi adalah. Dia nak kahwinkan aku dengan si Nadia tu..no.. no..no!" Berderai ketawa Razif. Tahu betul dia yang Ikmal memang meluat sangat dengan perangai Nadia yang gedik dan mengada-ngada. 'Ketawalah.. bukannya nak tolong.." Sakit hati Ikmal bila ditertawakan oleh Razif.
"Aku nak tolong macam mana, kalau aku ada adik perempuan boleh juga bagi pinjam buat isteri kau. Aku pun buntu, tak tahu apa nak cakap.." Kata Razif masih dengan ketawa yang belum berhenti. "Dahlah aku nak balik. Duduk kat sini lama-lama buat sakit hati saja.." "Eh! Mal, sorrylah. Aku bukan tak nak tolong, tapi aku pun tak tahu mana nak carikan isteri untuk kau." Kata Razif sudah mula serius. Kasihan juga dia dengan sahabt baiknya itu. Selalunya Ikmallah tempat dia berkongsi masalah. "Nantilah aku cuba fikirkan." Sambung Razif akhirnya sebelum Ikmal beredar.
…
"Nak beli buah hari ni En Ikmal?" Soal Pak mat sambil memerhati dari cermin memandu. "Emm." Jawab Ikmal pendek. Fikirannya masih berserabut dengan persoalan untuk mencarikan isteri untuk dipertemukan dengan mamanya. Kelihatan mamat.. penghantar buah di gerai apek tersebut. Eh! Dia tu bukan mamat, tapi minahlah. Buat apalah orang perempuan susah-susah buat kerja macam ni. Ah! Apa nak sibukkan hal orang, hal sendiri pun belum selesai.
"Pak Mat, stop, stop. Jangan jalan lagi. Pak Mat tanya budak tu, dia nak tak jadi isteri saya?" Terbeliak mata Pak Mat bila disuruh berbuat begitu oleh Ikmal. Pak Mat sudah diceritakan oleh Ikmal perihal ibunya mahu bertemu dengan isterinya itu. Tapi biar betul, takkan buadak perempuan ni yang dipilih untuk dijadikan isteri olok-oloknya. Apa kata puan Hendon nanti?
"Takkan dia ni En Ikmal?" Tanya Pak Mat masih ragu-ragu. "Cepatlah Pak Mat.. dia dah nak pergi tu.." Kata Ikmal sudah tidak sabar. Dia terus keluar dari kereta bila melihat Aishah sudah mula untuk masuk ke dalam vannya.
"Tunggu!" Panggil Ikmal membuat Aishah merasa amat terkejut. "Orang ni panggil akukah? Apa yang aku dah buat?" Risau hati Aishah melihat lelaki tersebut semakin mendekatinya. Sahlah memang lelaki tersebut memanggilnya.
"Awak…." Ikmal hilang kata-kata. Apa yang hendak diberitahu pada gadis tersebut. "Awak dah kahwin?" Berkerut dahi Aishah bila disoal begitu. Apa hal pula lelaki ni hendak tahu samada dia dah kahwin atau belum, nak ajak aku kahwin ke? Ikmal sudah mati kutu. Dia berpusing kebelakang mencari wajah Pak Mat. "Pak Mat tolong saya terangkan hal yang sebenarnya.." Rayu Ikmal pada Pak Mat. Rasa mahu saja Pak Mak ketawa melihat airmuka Ikmal pada waktu itu. Tidak disangka, majikannya yang berwibawa dan mampu menjalankan sebuah perniagaan besar, mati akal dalam hal ini.
Pak Mat akhirnya menerangkan hal yang sebenarnya pada Aishah setelah memperkenalkan dirinya. "Ohh! Saya ingat tadi saya ada buat salah apa ke.." Kata Aishah tersenyum setelah mendengar cerita dari Pak Mat. "Macam mana? Awak boleh tak tolong saya?" Soal Ikmal penuh mengharap. "Awak kerja susah-susah ni bukan dapat gaji banyak pun. Awak kerja dengan saya, tak lama sebulan saja. Berapa awak nak? Saya sanggup bayar?"
Aishah menelan liur mendengar kata-kata Ikmal. Haruskah dia terima tawaran Ikmal? Betulkah apa yang diceritakan oleh Pak Mat? Entah-entah dia orang saja nak perangkap dia. Aishah melepaskan keluhan kecil. Bingung dengan apa yang dilaluinya. Tidak diterima rugi juga rasanya. Rezeki sudah didepan mata. Dapat juga dia kumpul duit untuk Alia.
"Ok! Saya terima kalau awak bayar saya sepuluh ribu ringgit." Kata Aishah mencuba nasib. Dia bukannya tamak, tetapi masa sudah suntuk baginya untuk mengumpul wang. Tinggal sebulan saja lagi pembedahan perlu dijalankan. "Awak ni mata duitanlah. Mentang-mentang saya terdesak awak nak ambil kesempatan pula." Kata Ikmal sudah mula meninggi. Tapi dia sudah tiada pilihan lagi. "Baiklah saya akan bayar awak sepuluh ribu bila kerja awak selesai." Sambungnya lagi semakin sebal.
"Macam mana kalau awak tipu saya. Saya nak awak bayar dulu pendahuluan lima ribu pada minggu pertama saya bekerja, kalau tidak awak carilah orang lain." Balas Aishah tegas. Takut juga dia kalau dia ditipu nanti. Sudahlah dia terpaksa berhenti kerja dengan Apek Lim, nanti apa dia nak buat kalau kena tipu.
"Baiklah, besok awak datang office saya. Pakai macam perempuan sikit, awak tu nak jadi isteri orang, bukan nak jadi tukang sapu." "Kat mana?" Soal Aishah kemudian. "Bagi alamat awak, besok pak Mat datang jemput." Jawab Ikmal sambil menuju ke kereta.
Aishah mencebik bibirnya. "Mentang-mentang dia kaya, asyik nak mengarah saja.." "Tak pelah cik, bukan senang nak dapat sepuluh ribu sebulan.." Kata Pak Mat bila dilihat Aishah kurang senang dengan telatah Ikmal. "En Ikmal tu pun bukannya sombong, Cuma sekarang ni dia tengah kacau sikit tu.. Jangan lupa esok Pak Mat jemput Aishah. Pakai lawa-lawa sikit tau. Nak jadi puan besarlah katakan." Tersenyum Aishah dengan usikan Pak Mat.
…
Aishah mendengar setiap arahan Ikmal dengan teliti. Semua tentang diri Ikmal mesti diingatinya. Sedangkan Ikmal hanya berbasi-basa bertanyakan tentang dirinya. Petang ini dia akan dibawa untuk menjemput mama Ikmal di lapangan terbang. Kemudiannya dia mesti bersedia bila saja mama Ikmal ingin bertemunya. Bukan susah sangat pun, takkanlah mama Ikmal hendak berjumpa dengannya setiap hari.
"Awak ni tak ada baju yang elok sikitkah? Takkan nak jumpa mama saya pakai macam ni. Nanti mama saya ingin taste anak dia ni teruk sangat." "Ini saja pakaian yang saya ada, nak buat macam mana? Kalau saya ni kaya dan banyak duit tak payahlah saya susah-susah terima tawaran awak."
"Pak Mat, bawa dia ni pergi beli baju dua tiga pasang. Teruk macam ni pakaian isteri CEO...!" Sambung Ikmal sambil menggeleng-geleng kepalanya. "Nak beli baju?" Berkerut dahi Aishah bila disuruh beli baju. Dia hendak simpan duit, bukannya berjoli. "Saya mana ada duit banyak nak .." "Bukan duit awak, saya yang nak bayar.." Sinis bunyi suara Ikmal, semakin jengkel dengan perangai Aishah. Hendak beli baju untuk diri sendiri pun berkira bukan main lagi.
"Ahh! Pak Mat, tunggu. Saya ikut sekali. Nanti entah baju fesyen apalah pula yang dibeli dek mamat ni. Ni nak kena polish pula lepas beli baju nanti." Terjegil mata Aishah disindir oleh Ikmal. Mentang-mentang dia selalu berpakaian seperti lelaki, nak perli dia pula. Jika tidak kerana Alia, tidak ingin dia menerima tawaran dari lelaki sombong macam Ikmal ini.
…
Puan Hendon meneliti Aishah dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Boleh tahan juga pilihan anaknya itu. Wajah Aishah yang sudah disolek cantik, diperhatikannya lama sekali. Alis yang lentik, muka bujur sirih, kelihatan manis sekali. "Inilah menantu mama ye? Tak sangka pandai juga anak mama ni pilih isteri ye.. siapa namanya?" Soal puan Hendon setelah bersalaman dengan 'menantunya'.
"Aishah ma." Jawab Ikmal. "Kenapa, isteri kamu ni tak boleh jawab sendiri? Sibuk saja dia tu.." Usik puan Hendon pada Ikmal dengan senyum mekar dibibirnya. Aishah cuba tersenyum dengan guruan 'ibu mertuanya'. Perkara yang tadinya dirasakan senang kini seakan sudah rumit pula rasanya. Apa pula yang akan terjadi selepas ini. "Jomlah balik, mama nak rehat ni. Letihlah." Kata puan Hendon sambil menarik tangan Aishah. Aishah hanya mengikut sambil matanya mencari, wajah Ikmal. Apa nak buat lepas ni…? Ikmal tersenyum sinis padanya, seolah berkata, "Aku bayar gaji, engkau buatlah kerja engkau, apa tengok-tengok."
Ada saja soalan dari puan Hendon pada Aishah. Aishah hanya menceritakan apa seadanya pada puan Hendon. Itu yang dipersetujui Ikmal bila mendengar ceritanya pagi tadi. Ikmal tahu mamanya tidak kisah siapa pilihannya, yang penting dia sudah kahwin. Itu sudah cukup membuat mamanya berasa lega, walaupun Aishah hanya dibesarkan di rumah anak yatim.
"Malam ni Aishah tidur sini ye." Pinta puan Hendon pada Aishah selepas makan malam. Mata Aishah terus lekat pada wajah Ikmal. Ikmal hanya tersenyum nakal, melihat Aishah yang serba salah. Ah! Dia ni tak boleh harap nak menolong langsung. "Aishah tak bolehlah mama, Aishah tak bawa pakaian pun. Tadi abang cakap nak jemput mama saja, nanti dia nak hantar Aishah balik." Kata Aishah memberi alasan.
"Baju mamakan banyak. Tentu muat. Kalau Aishah nak ambil terus pun boleh. Mama pun bukannya boleh pakai pun, dah gemuk sekarang ni." Seakan terhenti rasanya nafas Aishah. Aduh! Macam mana ni…! Mati aku. Fikir Aishah sambil mengetap bibir. "Tak pe, Aishah tidur dengan mama saja.." Sambung puan Hendon lagi sambil tersenyum pada Ikmal. Dia tahu apa yang ada difikiran 'menantunya' itu.
"Ikmal tak kisah ma. Kalau nak tidur dengan Ikmal pun apa salahnya. Bukannya orang lain…." Balas Ikmal bersahaja membuat Aishah melotot memendangnya. Beraninya dia ni. Nak mampus. "Tak pelah abang, Aishah tidur dengan mamalah." Pintas Aishah pura-pura manja. Dalam hatinya tuhan saja yang tahu betapa geramnya dia terhadap Ikmal yang sedari tadi asyik tersenyum-senyum sahaja. Di lapangan terbang tadi pun bukan main lagi asyik memegang tangan Aishah selaku orang bercinta saja lagaknya. Apa yang hendak dikatakan, lakonan harus diteruskan demi Alia. Semuga besok cepat tiba dan dia dapat pulang dengan segera.
…
"Aishah, petang nanti awak siap cantik-cantik, mama nak ajak awak pergi shopping." Perintah Ikmal pada Aishah melaluui talipon. Sebuah talipon bimbit sudah diberikan pada Aishah supaya senang untuk dihubungi. Bukannya beri terus, cuma dipinjamkan sahaja sehingga semua kerja selesai. Dah minta bayaran tinggi, takkan talipon pun dia yang hendak kena belikan. Hendak harap Aishah beli sendiri,huh.. kedekut nak mampus.
"Nak shopping? Kat mana?" "Mana-mama jelah. Ikut sajalah nanti. Banyak songehlah awak ni." Marah Ikmal lagi. "Pukul berapa?" Tanya Aishah pula inginkan kepastian. "Lebih kurang pukul tiga nanti saya datang. Jangan lambat pula, asyik terhegeh-hegeh pula nanti." Tak habis-habis Ikmal mencemuhnya. Sabar sajalah Aishah, dah awak tu makan gaji..
…
Banyak betul barang yang dibeli oleh puan Hendon. Ada yang untuk dirinya sendiri dan banyak juga yang dibelikan untuk Aishah, maklumlah satu-satunya 'menantu' dia. Takut juga Aishah menerima hadiah yang banyak begitu. Ye lah, dia cuma berlakon, bukan betul-betul jadi menantu puan Hendon. Apa akan jadi nanti kalau puan Hendon dapat tahu yang mereka bukannya kahwin betul-betul sedangkan dia begitu percayakan Ikmal dan Aishah?
Sepanjang masa membeli-belah tersebut, Ikmal juga bukan main lagi berlagak seolah-sayang sangat pada Aishah. Tangan Aishah sentiasa digenggam kemas, sambil selalu menghadiahkan senyuman manis. Pandainya dia berlakon, padahal selalunya hanya kata-kata kasar yang dilemparkan pada Aishah.
Saat menhantar Aishah pulang terkejut puan Hendon melihat 'menantunya' itu tinggal dikawasan perumahan setinggan. "Ya Allah Mal.. kenapa biar Aishah tinggal kat sini. Ish.. suami apa kamu ni sanggup biar isteri tinggal kat sini sedangkan kamu bersenang lenang kat rumah besar tu." Rungut puan hendon pada anaknya.
"Dia yang tak nak pindah ma, bukan Mal tak suruh. Aishah kata nanti lepasa kenduri baru dia nak pindah ke rumah kita tu… Tulah sayang, abang suruh pindah tak nak, kan abang dah kena marah dengan mama." Kata Ikmal pada Aishah, pura-pura sedih. Dagu Aishah dicuitnya mesra, seolah sayang benar dia pada Aishah. Aishah hanya diam, tiada ayat yang mampu dikeluarkannya.
"Mama tak peduli, besok kamu cari rumah lain. Sewakan untuk Aishah buat sementara waktu. Kalau ikutkan mama, Aishah ni elok saja tinggal kat rumah kita tu." "Tak payah ma.. Aishah seganlah nak tinggal kat rumah mama tu.. Aishah tinggal sini saja." Cepat Aishah menjawab sambil menelan liur. Buatnya dia dipaksa tinggal dirumah puan Hendon tak ke naya jawabnya…!! "Kalau tak nak tinggal dengan mama, esok Ikmal mesti cari rumah sewa tu juga." Perintah puan Hendon tegas. Semakin geram rasanya Ikmal bila terpaksa berbelanja lagi untuk Aishah. Namun dengan senyum dia hanya mengiakan suruhan ibunya itu.
…
Hari ini genap seminggu Aishah bekerja dengan Ikmal. Wang pendahuluan lima ribu sudah diterimanya. Aishah terus sahaja ke hospital untuk bertemu dengan doktor Latiff, doktor yang merawat Alia. Wang sebanyak lapan ribu diserahkan pada doktor tersebut sambil berjanji untuk memberikan baki deposit sebanyak dua ribu lagi sebelum pembedahan dijalankan.
…
Selalunya hujung minggu seperti ini Aishah akan bersama dengan Alia dan Mak Som di pondok mereka, namun sejak dia berpindah kerumah yang disewa oleh Ikmal dia sudah tidak dapat bersama mereka lagi. Mahu saja rasanya dia membawa Alia dan Mak Som tinggal sekali dengannya disitu, tapi takut juga kalau puan Hendon tiba-tiba terjengol di rumah itu nanti dan dilihatnya ada orang lain di situ, susah pula hendak menjawab.
Aishah memerhatikan sekeliling rumah sewa tersebut, semuanya lengkap. Ada dapur untuk memasak, telivisyen, peti sejuk dan macam-macam peralatan lagi. Semuanya di suruh beli oleh mama Ikmal untuknya, kalau hendak harapkan Ikmal, tidak merasalah dia hidup selesa begitu.
Bagaimana agaknya jika puan Hendon dapat tahu keadaan sebenar nanti? Lambat laun perkara ini pasti akan terbongkar. Apa yang akan Ikmal lakukan? Kasihan juga rasa hati Aishah pada 'ibu mertuanya' itu. Bagaimana jika puan Hendon tidak pulang semula ke London selepas sebulan, masihkah Ikmal akan menipu ibunya? Termangu-mangu Aishah memikirkan perkara tersebut.
Puan Hendon begitu baik terhadapnya, malah dia dia sudah dianggap seperti anak sendiri. Mengapa dulu dia tidak memikirkan hal ini? Yang penting baginya hanyalah wang, tapi sekarang Aishah mula rasa bersalah yang amat sangat. Dia pasti puan Hendon akan terluka hatinya akibat dari lakonannya dan Ikmal. Ah! Semakin susah rasnya situasi yang akan dihadapinya nanti.
Lamunan Aishah terhenti bila taliponnya menjerit-jerit minta diangkat. Nama Ikmal tertera di skrin talipon tersebut. Tentu ada kerja buatnya hari ini. "Awak siap sekarang, saya dalam perjalanan ni." Pendek sahaja arahan Ikmal sebelum talian dimatikan.
"Dah dalam perjalanan baru nak call, tak cakap pula tu nak kemana. Dia ni memang menyusahkanlah. Mentang-mentang dia bayar gaji aku, ikut suka dia saja apa dia nak buat.." Rungut Aishah sendirian. Tangannya sudah ligat mencari pakaian yangs sesuai untuk dipakai. Sudah tidak ada masalah lagi untuk dia berpakaian cantik, banyak pakaian yang dihadiahkan oleh puan Hendon dan 'terpaksa' dihadiahkan oleh Ikmal padanya.
"Nak kemana?" Soal Aishah di dalam kereta. "Ke rumah. Mama nak awak lunch dengan dinner kat sana hari ni." Jawab Ikmal sebelum kedua-duanya hanya berdiam diri tanpa kata. Buat pertama kalinya hanya mereka berdua bersama tanpa ditemani oleh puan Hendon atau pun Pak Mat.
Tanpa disedari Aishah, Ikmal mencuri-curi mengamati wajahnya. "Cantik juga 'bini' aku ni." Bisik Ikmal nakal dalam hatinya. Jauh sekali dari keadaan Aishah sewaktu pertama kali dilihatnya dahulu, Aishah yang disebelahnya ini memang menawan dan nampak ayu. "Kenapa gadis secantik Aishah ni sanggup bekerja teruk-teruk menjadi penghantar buah-buahan? Bukan tak boleh buat kerja yang ringan-ringan. Buat apalah nak kejar duit banyak-banyak..?" Hairan juga Ikmal memikirkan tentang Aishah. Apa pula yang akan Aishah lakukan selepas tamat bekerja dengannya nanti..?
…
Sesudah makan tengahari, Aishah mula mengemaskan meja dan membasuh pinggan. Ikmal pula sibuk saja menolong dia mengemas, memang tidak ubah seperti pasangan suami isteri sahaja lagak mereka berdua. Puan Hendon berasa bahagia melihat anak 'menantunya' yang nampak begitu bahagia sekali. Dia amat bersyukur akhirnya Ikmal yang selalunya sukar diajak berunding supaya berkahwin kini sudahpun beristeri. Walaupun isterinya bukan dari golongan berada, bagi puan Hendon itu tidak menjadi masalah. Tambahan pula Aishah dilihatnya begitu baik, bersopan dan selalu hormatkan dia dan anaknya.
Tiba-tiba loceng pintu berbunyi nyaring. Bergegas puan Hendon ke hadapan untuk membuka pintu. "Eh! Nadia.. masuklah." Begitu girang sekali puan Hendon menyambut tetamunya. "Rindu aunty dekat Nadia, lama kita tak jumpakan?" "Tulah aunty, balik pun tak kasi tahu Nadia, ini pun nasib baik mummy cakap tadi. Kalau tidak entah aunty dah sampai London balik pun Nadia tak tahu yang aunty balik ke sini."
"Maaflah Nadia, aunty lupalah nak bagi tahu Nadia, terima kasihlah Nadia sudi juga datang rumah aunty." Sebenarnya bukan dia tidak ingat pada Nadia, memandangkan Ikmal sudah ada pilihan sendiri dia tidak mahu lagi begitu rapat dengan Nadia. Tidak mahu kalau-kalau Nadia berharap untuk menjadi menantunya.
"Siapa tu aunty?" Soal Nadia pada puan Hendon bila dia melihat Ikmal beriringan dengan Aishah masuk ke ruang tamu. "Mari Aishah mama kenalkan. Ha! Inilah isteri Ikmal, Aishah. Aishah, ini anak kawan mama Nadia." Beritahu puan Hendon dengan senyum lebar pada Aishah dan Nadia.
"Ha.. Mal dah kahwin? Bila? Dia tak tahu pun. Tipulah.. mustahil Dia tak tahu kalau Mal dah kahwin." Kata Nadia bersungguh-sungguh. Sungguh dia tidak percaya kalau Ikmal sudah menikah dengan Aishah. "Apa pulak tipunya, betullah Mal dah kahwin." Cepat saja Ikmal menjawab. Takut kalau rahsianya terbocor. "Takkan Mal nak kahwin nak kena canang satu Malaysia pula."
"Mal jangan tipulah.. kalau betul Mal kahwin, kenapa tak ada orang pun yang bagitau Dia? Takkan tak ada orang yang tahu langsung tentang perkahwinan Mal?" Nadia masih mempertikaikan kata-kata Ikmal. Tidak disangkanya Ikmal sudah berkahwin sedangkan dia memang berharap untuk menjadi suri hidup Ikmal, sejak dari lama dulu. Kalau betul Ikmal sudah berkahwin, maknanya hancurlah impiannya untuk hidup bersama Ikmal.
"Mana Mal tahu tak ada orang beritahu Dia, lagipun bukannya penting pun untuk Dia tahu. Tak ada faedah pun." Jawab Ikmal lagi pura-pura tenang. "Aunty percaya yang dia orang dah kahwin?" "Percayalah, takkanlah Ikmal nak tipu aunty pula." Jawab puan Hendon yang sudah ketawa mendengar soalan Nadia.
"Nadia tak percaya. Baik kalau betul Mal dah kahwin tunjukkan pada Dia surat nikah Mal. Lepas tu Dia janji takkan kacau Mal lagi." Bagai terkena ledakan bom di Hiroshima, Ikmal terus memandang mamanya. "Apa ni sibuk-sibuk nak tengok orang punya surat nikah. Dah jadi pencegah maksiat ke?" Soal Ikmal menyindir Nadia, namun hatinya semakin kecut pula takut ibunya juga akan menyarakan benda yang sama.
"Susah apa Mal tunjuk jelah surat nikah tu.." jawab puan Hendon pula dengan senyuman. Gelihati dia bila Nadia bersungguh-sungguh tidak percaya yang Ikmal dah kahwin. Tentu Nadia mencintai anaknya itu, fikir puan Hendon. Ikmal hanya memandang Aishah tanpa kata. Apa yang dapat dilakukan lagi.. aduh habislah macam ni. "Kenapa ni Mal? Macam ayam berak kapur saja?" Soal puan Hendon hairan bila dilihatnya wajah Ikmal sudah berubah. Aishah pula hanya diam menunduk memandang lantai.
"Betullah tu aunty, dia tak kahwin lagi tu…" Kata Nadia sambil mencebikkan mukanya. "Mal, Aishah.. betulkah apa yang Nadia cakapkan ni? Aishah..?" Puan Hendon terus mendesak mereka berdua. Aishah semakin kecut perut melihat wajah puan Hendon yang sudah kelihatan amat serius sekali, sementara Nadia pula sudah tersenyum tanda kemenangan.
"Betullah cakap Nadia ni? Kenapa kau orang tipu mama?" Soal puan Hendon sedih mengenangkan dia sudah ditipu hidup-hidup oleh anaknya sendiri. "Maafkan Ikmal ma.. Ikmal sebenarnya …" Kata-kata Ikmal mati bila dilihat Aishah sudah mula tersedu kecil. Tentu takut dimarah oleh ibunya. Lantak dialah nak kena marah. Masalah aku ni lagi besar sekarang. "Sebenarnya apa?" Tengking puan Hendon, marah.
"Sebenarnya ma, Ikmal tak nak mama kahwinkan Ikmal dengan Nadia. Ikmal tak suka dia.." Lancar Ikmal menjawab setelah ditengking ibunya. "Kami tak sesuai ma." Mahu saja dia menyatakan kebenciannya pada Nadia yang gedik itu. Namun tidak baik pula rasanya menjatuhkan airmuka orang lain.
"Habis Aishah ni siapa?" Soal pun Hendon dengan mata yang membulat melihat pada Aishah. "Ikmal… Ikmal upah dia ma untuk berlakon sebagai isteri Mal.. dia tak salah ma..dia hanya…." "Perempuan mata duitan. Tidak disangka rupanya selama ini kau hanya main-mainkan aku saja. Aku betul-betul anggap kau sebagai anak, rupanya kau hanya pentingkan wang ringgit. Sia-sia saja aku layan kau macam seorang anak. Berapa banyak yang kau bayar dia ni? Tentu banyakkan?" Asak puan Hendon lagi. Ikmal hanya berdiam diri, takut jawapannya akan membuat ibunya semakin marah pula nanti.
"Besok mama akan masuk meminang Nadia. Mama tak peduli samada Ikmal nak ataupun tidak." Tegas sekali bunyi suara puan Hendon. Kali ini Ikmal sudah tidak mampu untuk menjawab lagi. "Dan kau, perempuan tak guna, sila berambus dari ini. Aku dah loya tengok muka kau.. berambus… cepat!"
Aishah memandang wajah Ikmal menharap simpati, malangnya Ikmal hanya berdiam diri. Dia sedar dia bukan siapa-siapa di sisi Ikmal untuk dibela dan dikasihani. Akhirnya perkara yang selama ini ditakutinya terjadi juga. Dia sedar memang dia bersalah mempermainkan perasaan puan Hendon, apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Perlahan Aishah bangun dari tempatnya. Sempat dia meminta maaf dari puan Hendon wlalaupun tiada sebarang reaksi pun dari puan Hendon padanya.
…
Aishah semakin cemas bila mendapat panggilan dari doktor Latiff. Belum selesai masalahnya dengan Ikmal kini dia diberitahu pula yang keadaan Alia semakin tenat. Pembedahan perlu dilakukan dalam waktu yang terdekat. Apa ikhtiarnya lagi. Dia hanya mampu berjanji pada doktor Latiff untuk mencukupkan wang deposit secepat mungkin.
Dengan perasaan yang berkecamuk, nombor talipon Ikmal ditekannya. Wang gajiannya sebanyak lima ribu masih belum dibayar Ikmal. Itu saja satu-satunya harapan yang tinggal. Semuga Ikmal tidak akan mungkir, setelah rahsianya terbongkar. Walaupun tidak cukup sebulan, namun sudah hamper empat minggu Aishah berlakon sebagai isteri Ikmal. Kalau tidak semua, dapat setengah bayaran pun jadilah supaya dia dapat mencukupkan bayaran deposit untuk pembedahan Alia.
Lega sedikit rasanya bila Ikmal menyuruhnya tunggu sehingga dia datang. Tidak sabar rasanya menunggu Ikmal tiba. Sejak tadi Aishah sudah meninjau-ninjau di muka pintu. Risau dia sekiranya Ikmal mungkir janji. Nafas lega dilepaskan tatkala melihat kereta Ikmal sudah masuk ke perkarangan rumah sewanya.
Ikmal masuk kedalam rumah dengan wajah yang masam. Geram hatinya bila Aishah meminta lagi separuh bayaran gajinya, sedangkan rancangannya untuk mengelabui mata ibunya sudah gagal. "Kau jangan ingat aku datang sini sebab nak bagi duit dekat engkau. Aku nak kau keluar dari sini sekarang. Rumah ni akan aku kembalikan pada tuannya semula. Kalau kau nak tinggal kat sini lagi kau bayarlah sendiri sewanya. Aku tak nak campur lagi semua urusan kau.
Bagai direnggut jantung Aishah bila mendengar kata-kata Ikmal. Dia perlukan bayaran dari Ikmal. "En Ikmal, tolonglah bayar duit upah saya. Saya benar-benar terdesak. Saya perlukan wang.. Kalau En Ikmal tidak mahu bayar semua, bayar dua ribu pun jadilah. Itu sudah cukup buat saya."
"Eh tak cukup lagi apa yang aku dah bagi pada kau. Banyak duit aku dah habis pada kau. Perempuan mata duitan macam kau ni memang tak pernah cukup dengan apa yang ada." Cemuh Ikmal pada Aishah membuat hati Aishah bagai disayat-sayat rasanya. Kalau bukan kerana Alia, dia juga tidak keberatan jika tidak dibayar oleh Ikmal. Dia sudah tiada jalan lain lagi.
"Tolonglah En Ikmal, saya perlukan duit tu. En Ikmal tak boleh mungkir janji." "Kau ni memang tak guna..! Kau nak dapat duit dengan senang ye.. kenapa kau tak jadi pelacur saja.. kan boleh cepat kaya dan hidup senang." Airmata Aishah sudah tidak dapat dibendung lagi. Sampai hati Ikmal memandang begitu rendah padanya.
"Ok aku akan bagi kau duit.." kata Ikmal sambil menarik kuat tangan Aishah. Tubuh Aishah didorongnya masuk kebilik. Di dalam bilik tubuh tersebut terus di tolaknya tanpa belas ke atas katil. "En Ikmal.. apa ni? Tolong jangan buat macam ni. Saya tak nak duit awak lagi.. tolong lepaskan saya.." Ikmal sudah semakin hilang arah. Dia mula meneroka setiap inci wajah Aishah. "Awakkan dapat bayaran sebagai isteri saya. Kenapa saya patut lepasakan awak. Awak nak duitkan.. saya akan bagi awak duit. Perempuan macam awak ni tak sepatutnya dilayan denga baik. Pisau cukur.."
Aishah sudah mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri. Sudah habis kudratnya melawan tindakan ganas Ikmal yang semakin menggila. Hanya tangisannya sahaja yang semakin kuat kedengaran. Tiba-tiba Ikmal melepaskannya sambil mengucap panjang. Sakit hatinya pada Aishah benar-benar membuat dia gila. "Maaf… saya tak berniat nak buat awak macam ni." Katanya setelah duduk disisi Aishah yang masih kuat teresak-esak.
Ikmal melangkah keluar dari bilik. Nasib baik dia tersedar, sebelum bertindak lebih jauh. Tiada sedikit pun niatnya untuk melampiaskan nafsu pada Aishah. Dia cuma ingin melepaskan rasa sakit hatinya pada Aishah dan mungkin juga pada ibunya yang memaksa dia untuk berkahwin dengan Nadia.
Panggilan talipon yang berbunyi kuat membuat Ikmal tersedar setelah melamun jauh. "Mal cepat pulang, mama kamu sakit ni." Beritahu Mak Yam orang gaji di rumahnya. Ikmal terus pulang kerumahnya tanpa memperdulikan keadaan Aishah yang ditinggalkannya di bilik tadi. Mungkin ibunya terlalu memikirkan perbuatannya sehingga sakit jantungnya datang lagi. Ya Allah, aku berdosa pada ibuku. Kau selamatkanlah ibuku ya Allah..
…
Ikmal keluar untuk berehat sekejap di ruang legar hospital. Nasib baik ibunya sudah semakin pulih. Dia tidak akan dapat memaafkan dirinya sekiranya sesuatu terjadi pada ibunya. Setelah lama di situ dia beransur semula ke bilik ibunya. Takut juga jika berlaku sesuatu nanti bila ditinggalkan terlalu lama. Mungkin ibunya yang ditinggalkan dalam keadaan tidur tadi sudah bangun.
"Doktor, tolonglah. Saya janji saya akan bayar duit tu kemudian. Tolong selamatkan Alia doktor." Terdengar suara yang seakan-akan dikenalinya merayu-rayu pada seorang doktor. Ikmal memalingkan tubuhnya untuk melihat siapa gerangan tuan punya suara. Memang sah itu adalah Aishah. Walaupun Aishah membelakanginya tidak mungkin dia akan melupakan gadis yang pernah ujud dalam hidupnya itu.
"Maafkan saya. Procedure di sini melarang kami untuk berbuat demikian. Saya faham keadaan awak, tapi saya tidak boleh berbuat apa-apa. Selagi awak tidak bayar wang lagi dua ribu itu, pembedahan tidak akan dilakukankan. Maafkan saya Aishah, saya tak dapat hendak menolong lagi." Kata Doktor Latiff meninggalkan Aishah dengan kekusutan yang melanda dirinya.
Kenapa pula dia ni merayu-rayu begitu pada doktor tersebut. Setahunya Aishah sebatang kara, siapa pula Alia yang disebutkan tadi. Patutlah dia meminta lagi dua ribu semalam. Tentu untuk bayaran pembedahan tersebut. Ikmal termangu sendiri memikirkan apa yang sebenarnya dialami oleh Aishah. Dia ingin bertanya, tapi Aishah sudah tidak kelihatan disitu.
Cepat langkahnya mencari doktor yang bercakap dengan Aishah tadi. Setelah diterangkan oleh doktor Latiff fahamlah Ikmal kedudukan sebenar tentang Aishah. Menyesal rasanya dia memperlakukan dan menuduh Aishah begitu semalam.
...
Aishah ke hospital lagi untuk melawat Alia pada petang tersebut. Habis sudah usahanya untuk mendapatkan wang buat Alia. Berita yang disampaikan oleh Mak Som benar-benar mengejutkannya. Hampir sahaja dia menjerit kegembiraan. Terus Aishah memanjatkan rasa syukurnya pada Allah S.W.T.
"Ha! Aishah inilah orang yang dah bayarkan perbelanjaan untuk pembedahan Alia tu." Beritahu Mak Som bila seseorang memasuki bilik Alia. Terkejut Aishah melihat Ikmal di situ. Dia diam seribu bahasa. Tidak tahu bagaimana harus beriaksi. "Nasib baik ada En ni yang sudi menolong. Kalau tidak entahlah macam mana nasib Alia ni." Sambung Mak Som lagi. Gembira sekali dia bila Ikmal bersetuju untuk mengeluarkan biaya pembedahan untuk Alia.
"Terima kasih En Ikmal." Ucap Aishah perlahan. Dia tidak kisah kalau Mak Som tidak tahu yang dia sudah membayar sebahagian belanja untuk pembedahan tersebut. Sebahagian besar wang tersebut adalah pemberian Ikmal juga. "Macam mana En Ikmal boleh ada kat sini?" Soal Aishah ingin tahu. Dia hairan bagaimana Ikmal boleh berjumpa dengan Alia di situ, padahal dia tidak pernah menceritakan pada Ikmal pun tentang Alia.
"Sebenarnya saya bawa mama ke sini.." "Mama.. maksud saya mama En Ikmal, kenapa dengan dia? Apa dah jadi?" Begitu khuatir sekali kedengarannya suara Aishah. Risau dia akan keadaan puan Hendon. Sedikit banyak tentu dia juga yang menjadi penyebab atas apa yang berlaku.
"Mama diserang sakit jantung semalam. Tapi dia dak agak pulih sekarang. Aishah nak lewat mama?" Tanya Ikmal ikhlas. Teragak-agak Aishah untuk menjawab. Hatinya teringin sangat untuk melawat puan Hendon. Bolehkah puan Hendon memaafkannya? "Jom." Ajak Ikmal sudah menarik tangan Aishah untuk bersamanya. Sampai di pertengahan jalan Aishah terhenti. Semakin berdebar hatinya, masih takut untuk berhadapan dengan puan Hendon. Silap-silap semakin teruk pula sakit puan Hendon nanti bila melihat dia.
"Aishah tak perlu bimbang, mama dah tahu semuanya. Dia pun dah menyesal tuduh Aishah macam tu hari tu. Sebenarnya saya juga nak minta maaf atas apa yang telah saya lakukan. Saya malu dengan kelakuan saya semalam. Aishah boleh maafkan sayakan?"
"Semalam kan En Ikmal dah minta maaf. Tak payahlah kita fikirkan lagi hal tu. Saya yang sepatutnya berterima kasih kerana En Ikmal sudi membantu Alia." Kata Aishah dengan senyuman nipis di bibir. Bohong sekiranya dia katakana tidak sakit hati dengan perbuatan Ikmal. Kesudian Ikmal untuk menolong Alia sebenarnya telah menutup rasa marahnya pada Ikmal.
"Ma, tengok siapa yang datang ni?" Kata Ikmal sebaik masuk ke bilik ibunya. Puan Hendon tersenyum memandang Aishah. Sejuk rasa hatinya bila mendengar yang Aishah sebenarnya sedang mencari wang bagi membaiyai pembedahan Alia.
"Macam mana keadaan makcik sekarang? Maafkan Aishah sebab Aishah yang menjadi penyebab pada keadaan makcik. Aishah hanya pentingkan diri Aishah tanpa memikirkan akibatnya pada makcik."
"Aishah.. kenapa pula panggail makcik, panggil mama macam selalu kan bagus." Pinta puan Hendon pada Aishah. Terasa janggal pula bila Aishah menukar panggilan mama kepada panggilan makcik. "Tidak makcik, Aishah tak layak untuk memanggil makcik dengan panggilan mama. Aishah bukan sebaik yang makcik sangkakan. Maafkan Aishah makcik."
Aishah membuka beg sandang yang dibawanya. Talipon bimbit yang dipinjamkan Ikmal padanya diletakkan diatas meja disisi katil puan Hendon. "Makcik, En Ikmal, Aishah balik dulu." Kata Aishah sudah mula untuk melangkah, tepat disaat Nadia masuk kebilik tersebut bersama keluarganya.
"Eh! Pompuan sial, buat apa kau kat sini ha? Belahlah. Kau tahu kenapa aunty jatuh sakit? Semua sebab kau. Pompuan tak guna!" Kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Nadia membuat Aishah semakin merasa dirinya terlalu kerdil bersama mereka. Cepat kakinya melangkah pergi tanpa menghiraukan panggilan Ikmal
..
Sudah hampir seminggu Alia dibedah, tentu dia sudah pulang ke rumah. Awal-awal lagi Aishah sudah tiba dirumah Mak Som. Hampa hatinya bila didapati rumah tersebut masih berkunci. Niatnya untuk bertemu Alia tidak akan tercapai lagi hari ini. Sejak bertemu Ikmal tempohari Aishah sudah tidak ke hospital lagi. Dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan Ikmal dan puan Hendon, apalagi untuk bertemu dengan Nadia.
Aishah sudah berkira-kira untuk pulang bila dia dipanggil oleh Pak Mail, jiran Mak Som. "Mak Som kamu dah tak tinggal disini lagi. Katanya ada orang dah ambil dia bekerja dirumah mereka. Kalau tak salah orang yang berikan wang untuk rawatan si Alia tu. Alia pun dah dijadikan anak angkat oleh mereka tu. Kalau kamu nak lawat Alia, kamu pergilah ke sana." Terkejut Aishah mendengar kata-kata Pak mail.
Dia turut gembira mendengar berita tersebut. Dimasa yang sama dia juga sudah kehilangan, kehilangan Alia dan Mak Som yang sudah dua tahun dikenalinya. Untuk dia ke rumah puan Hendon adalah amat mustahil sekali. Biarlah, dia hanya mampu berdoa semuga Alia dan Mak Som bahagia di rumah puan Hendon. Dia yakin puan Hendon akan menjaga Alia dengan baik.
…
Kini Aishah sudah bergelar graduan. Dia sudahpun mendapat ijazahnya minggu lalu. Sudah banyak tempat dia menhantar surat memohon untuk bekerja. Selama ini dia masih lagi bekerja dengan Apek Lim. Nasibnya baik bila diterima semula untuk bekerja di situ, tetapi bukan sebagai penghantar buah, kerjanya hanya memetik buah diladang. Apek Lim juga turut menyediakan rumah untuk dia dan pekerja-pekerja lain tinggal di dalam ladang tersebut.
Esok Aishah akan menghadiri satu temuduga. Doanya supaya dia akan diterima bekerja di situ. Tidaklah dia bersusah payah lagi berpanas di ladang untuk memetik buah mempelam. Aishah tersenyum sendirian, kerana buah mempelamlah dia bertemu dengan Ikmal. Tidak disangka pertemuan itu sedikit sebanyak telah merubah hidupnya. Setidak-setidaknya telah memisahkan dia dari Alia. Tentu Alia sedang berbahagia sekarang…!!
...
"Awak ni cik Aishah Anisa?" Tanya penyambut tetamu syarikat tersebut setibanya dia di situ. Aishah hanya tersenyum dan mengangguk pada wanita tersebut. "Cik Aishah duduk dulu ye, En Hisham sedang dalam perjalanan, sekejap lagi sampailah tu." Sambung penyambut tetamu tersebut sambil menunjukkan sofa untuk Aishah duduk.
Aishah memandang sekeliling pejabat tersebut. Luas juga pejabat itu pada pandangannya. Dilihat ada sejambak bunga mekar diatas meja penyambut tetamu itu, tentu hadiah dari seseorang yang istimewa.
"Bunga ni bukan akak punya." Penyambut tetamu tersebut mula bersuara. Sedar apa yang bermain difikiran Aishah. "En Hisham tu yang order, untuk seseorang yang istimewa katanya." Sambungnya lagi dengan senyum dibibir. "Saya ingat akak punya tadi. Beruntung ye, bila jadi orang yang istimewa.." balas Aishah tersenyum manis pada wanita tersebut.
"Cik Aishah, En Hisham minta cik Aishah tunggu kat dalam bilik dia." Kata wanita itu lagi setelah menjawab satu panggilan talipon, tentu dari bossnya. Aishah hanya mengikut wanita tersebut ke sebuah bilik yang agak luas. Tentu syarikat ini sebuah syarikat yang maju, kalau tidak masakan bilik bossnya sebesar ini. Fikir Aishah setelah ditinggalkan sendirian di situ.
Penyambut tetamu tadi kembali lagi ke situ dengan membawa secawan kopi untuk Aishah. "Apa susah-susah ni akak. Saya datang nak interview, ini dah dilayan macam boss saja." Kata Aishah melawak pada penyambut tetamu tersebut yang kelihatan ramah sekali. "Tak susah pun.. jemputlah minum. Akak keluar dulu ye." Kata penyambut tetamu itu semakin ramah sahaja. "Selamat pagi En Hisham." Terdengar ucapanya semasa hendak keluar bilik. Jantung Aishah mula berdegup kencang. Tentu dia akan ditemuduga sebentar lagi. Dia duduk diam di kerusinya tanpa bergerak sedikit pun. Tentu En Hisham sudah ada di belakangnya, entah-entah sedang memerhatikan setiap gerak gerinya pula.
"Cik Aishah Anisa.." Terdengar namanya disebut. Seakan pernah didengar saja dia dengan suara tersebut, tetapi dia tidak berani untuk menoleh mengadap tuan punya suara. Semakin gerun pula rasa hatinya. Hai! Belum ditemuduga lagi dia sudah pun mula gelabah. Maklumlah inilah pertama kalinya dia menghadiri sebuah temuduga, mananya tidak gelabah. "Awak nak kerja sebagai apa kat sini? Kita cuma perlukan seorang pemandu untuk menghantar buah mempelam, rasanya kelayakan awak tidak sesuai untuk pekerjaan tu."
Terkejut Aishah bila mendengar kata-kata tersebut yang seolah-olah memperkatakan tentang masa lalunya. Bagaimana En Hisham tahu yang dia pernah bekerja sebagai penghantar buah-buahan. Spontan Aishah berdiri dari tempat duduknya. Lemah segala anggotanya bila Ikmal sudah terpacak dengan sejambak bunga dibelakangnya.
"En Ikmal… saya…" Aishah tidak dapat meneruskan kata-katanya. Terasa mahu saja dia menangis di situ. Tidak disangkanya, En Hisham yang memanggilnya untuk temuduga itu adalah Ikmal. Baru dia terpandang nama di pintu yang terbuka luas… Ikmal Hisham Bin Idris Harun - CEO
"Terkejut tengok abang kat sini? Ini adalah anak syarikat pada IH Holdings pejabat yang Aishah pergi dulu. Papa dah pulang dari London sejak mama sakit dulu, sekarang dia yang uruskan semua perniagaan di sana, abang pula ditugaskan di sini." Semakin tidak senang Aishah bila Ikmal sudah membahasakan dirinya abang. Teringat dia sewaktu dia diupah berlakon menjadi isteri Ikmal dulu. Walaupun sekejap dan hanya lakonan, ada terselit rasa bahagia dihatinya waktu itu, dan sekarang Ikmal sudah mula memainkan perasaannya semula. Dia sedar dia telah melakukan kesilapan dulu. Kenapa Ikmal masih mengungkit hal tersebut, sedangkan dia yang mulanya merayu supaya Aishah menerima tugas tersebut.
Aishah mengambil barang-barangnya yang diletakkan diatas meja. Dia tidak mahu lagi berlama-lama di situ. Imbauan masa lalu yang sudah mula ditinggalkan kini mula menggamit semula ingatannya. Alia, Mak Som, puan Hendon semuanya semakin jelas dimindanya.
"Aishah tunggu.." Panggil Ikmal. Tangannya sudah mencapai tangan Aishah sebelum sempat Aishah melangkah jauh. "Maafkan abang. Kenapa Aishah pergi tanpa berita? Puas abang cari Aishah. Kenapa Aishah tak pernah datang untuk melawat Alia di rumah mama?"
"Saya minta maaf En Ikmal, saya tidak mahu mengganggu keluarga En Ikmal lagi. Saya tahu En Ikmal dan makcik tentu dapat memberikan kebahagiaan pada Alia dan ibunya. Mereka tidak perlukan orang macam saya untuk bahagia. Terima kasih kerana En Ikmal telah membahagiakan insan-insan yang begitu bermakna dalam hidup saya."
"Memang Alia dan Mak Som berbahagia sekali sekarang." Jawab Ikmal merenung tepat ke wajah Aishah. "Mereka memang bahagia. Tapi siapakah yang dapat membahagiakan abang? Siapa pula yang membahagiakan Aishah? Abang tahu abang salah buat Aishah macam tu. Tentu Aishah susah nak maafkan abang. Bila Aishah dah tinggalkan abang, abang sedar, Aishah bukan hanya sekadar lakonan dalam hidup abang. Aishah amat bermakna buat abang. Mama juga rindukan Aishah. Begitu juga Alia dan Mak Som. Mak Som ingin sangat nak jumpa Aishah, dia tahu sebenarnya Aishah yang keluarkan duit untuk pembedahan Alia. Duit yang abang bagi dulu pun sebenarnya duit Aishah. Duit gaji yang abang hutang pada Aishah dulu. Aishah ikut abang balik ye?"
Begitu besungguh-sungguh sekali Ikmal menyuarakan rasa hatinya. Dia tidak mahu kehilanagn Aishah lagi. Walaupun dia dan Aishah hanya bersama dalam masa tidak sampai sebulan, bagi Ikmal Aishahlah satu-satunya gadis yang telah berjaya membuka pintu hatinya untuk mengenal erti cinta.
Airmata di pipi Aishah di kesat Ikmal perlahan. Dagu Aishah diangkat supaya wajah Aishah bertentang dengan wajahnya. "Sudikan Aishah terus menjadi isteri abang. Kali ini abang janji abang takkan sakitkan hati Aishah lagi." Aishah memandang tepat ke wajah Ikmal, mencari ketulusan kata-kata Ikmal di situ. Ikmal masih merenungnya, penuh harapan. Senyum mula mekar dibibir Aishah.
"Kalau abang nak Aishah jadi isteri abang maknanya Aishah tak diterimalah untuk jadi pemandu untuk menghantar buah mempelam?" Ikmal ketawa kecil mendengar pertanyaan Aishah. "Syarikat ni mana ada ladang mempelam pun, sebab tulah abang kena beli buah mempelam dari ladang Aishah. Tapi tak apa, nanti abang bagi Aishah kerja sebagai tukang kupas buah mempelam.. nak?"
Aishah sudah turut ketawa bersam Ikmal. Hatinya sudah mula berbunga bahagia. Dia sudah mendapat semula kebahagiannya yang hilang selama ini. Dia akan bersama semula dengan 'suami', 'mama' dan dia juga dapat bersama dengan Alia dan Mak Som kembali.
Syukur Ya Allah, kerana temuduganya hari ini benar-benar memberikan hasil yang tidak mungkin boleh didapatinya pada temuduga di mana sekalipun. Dia yakin hidupnya akan betul-betul berubah selepas ini.
salam... mmg best citer ni.. kenapa selalu tajuk citer yg cam pelik jer mesti best gler.. hehe.. cam cinta tudung botol, ni pulak gadis penghantar mempelam... mmg sweet sgt2 citer dia.... kalo cerpen ni di olah dan ditambah jadikan novel pun best gak.. basic idea dia agak menarik.... nice job author.... semoga trus rajin menulis cerpen utk peminat2 anda... hehe =)
best sesgt..smbg la..smue nk tau apa jd pd nadia yg kerek 2...apa ksdhan cinta buag mempelam ikmal n aisyah..smbg ye penulis..kami smue x sabo tggu...syg awak..he..he
menariks!! tahniah.. citer ni memang menyentuh hati lea.. mujur citer ni pendek.. klu panjang lebih sket td.. huhu.. agaknya mmg meleleh gak air mata lea ni.. terharu time ikmal melamar aishah kat ofis tu.. huhu..
moga aishah bahagia.. hehe..
lea stuju dengan saranan sume org.. wat smbgn plz.. mest bez..
mmg besh citer ni... berair biji mato den.. cedey pun ade gak..besh.. romantikk arrr.. besh nyee klu ade org nk tgu cinta die mcm tu.. huhu... keep it up.. good storyy.. thumbs up!! 5/5!!
erm jalan citer ni cam same ngan satu novel tu.. die terserempak pastu blakon nk kawin n bayar duit.. last last kawin.. lebih kurang je.. pi novel tu panjang bejela n best sgt... ni pun am sinopsis die je,, cam same je idea tu ..
cite nie best la.suke3....... sedey pown ade,lwak pown ade, romatik ade. i like3.gudjob k. ~eja~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
besy la cite nie....
nk lg...nk lg...
sambung la cite nie...
wt la dieorg kawin n khidupan lps kawin ke...