BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Januari 08, 2009
Cerpen : Antara Dua
Nama Pena : albuya

Tut..tut..tut………tut..tut..tut…'Ala.. dia dah bunyi dah.. haaa 6.45…alamak dah lambat ni..'. Tanpa membuang masa aku terus terjun dari katil, capai tuala dan berlari turun ke bilik air. 'Uuuuuu.. sejuknya'. Boleh mati kecut aku kalau macam ni tiap-tiap pagi. Lepas bersiap ala kadar aku bergegas turun untuk sarapan. Special punya breakfast.. milo suam dan roti bakar. Nak buat macam mana nak masak tak sempat dan aku ni jenis yang 'terrajin' sikit.
'Abang ngah cepat la sikit . Kita dah lambat ni..' Isshh abang aku ni kalau setengah jam tak ngadap cermin tak sah. Ngalahkan perempuan. Tapi nak buat macam mana. Dia sajalah keluarga aku kat Kuala Lumpur ni. Kalau aku seorang kat sini, jangan haraplah mak dan ayah aku nak izinkan aku kerja kat KL… maklum lerr anak tunggal perempuan. Manja beb.
Dalam kereta Abang Ngah aku menyanyi kecil mengikut alunan muzik yang berkumandang di radio. Lagu apa lagi kalau bukan lagu penyanyi kesukaan aku, Awie. Abang Ngah aku tenang sahaja sambil memandu. Aku memerhatikan muka Abang Ngah aku ni. Hensem jugak abang aku seorang ni. Tapi setahu aku masih solo lagi. Aku tersenyum sendiri.
' Apahal sengih-sengih sorang ni. Ni mesti nak apa-apa ni' Abang Ngah berpaling ke arahku bila menyedari dirinya diperhatikan. 'Tak adalah. Saja jer tengok muka abang Ngah. Hensem gak abang ni tapi sayanggggg…'aku sengaja mengusik. 'Sayang apa?' tanya abang Ngah. Pelik.
'Sayang sebab abang ni masih tak ada teman lagi. Saya hairan la kenapa perempuan-perempuan kat KL ni tak perasan akan 'kehenseman' abang ni. Dia orang ni dah buta ker…? Abang nak tahu.. kalau lah saya ni bukan adik abang, dah lama saya ngorat abang ' abang Ngah gelak mendengar bebelan aku.
'Tak malu. Perempuan nak tackle lelaki. Maaf lah yea. Abang tak suka perempuan macam tu. Murah sangat. Kalau abang nak, dah lama abang cari tapi, tak jumpa lagi perempuan yang betul-betul abang suka. Nak buat macam mana…dah nasib badan' jawab abang Ngah.
'Habis tu abang nak tunggu sampai bila..? Sampai umur tu dah masuk 60 tahun baru terhegeh-hegeh nak kahwin' protes ku tak puas hati. abang Ngah tersengih. Aku ni bukan apa, nak juga merasa ada kakak ipar. Hanya abang Ngah saja sekarang ni yang tinggal. Abang Long sudah masuk 2 tahun meninggalkan kami semua selama-lamanya. Sayu pula rasa hati bila mengenangkan kisah yang menyayat hati kami sekeluarga.

Aduh peningnya kepala aku ni. Kerja menimbun. Tak tahu ler bila aku boleh habiskan kerja-kerja aku ni. Makin hari makin banyak. Ketua aku pula asyik nak siap kerja cepat jer. Dia tak tahu yang aku ni rasa macam dah tak cukup tangan dan kaki nak buat kerja. Tapi nak buat macam mana dah memang kerja aku. Takkan nak suruh orang lain buat.
'Wehhh..tak nak pergi minum ker ?'makkk..kus semangat aku. Terkejut aku. Aku tengah syok buat kerja ni ada je yang mengacau. 'Isssh..minah sekor ni, terkejut aku. Engkau ni kalau cakap elok-elok tak boleh kerr. Kalau aku mati terkejut nanti apa kau nak buat…?'. Aku mula membebel.
' Lerr kalau dah mati tu aku buat la doa selamat. Habis engkau tu. Aku dah panggil 10 kali tapi tak jawab gak. Tu ler asyik termenung jer. Ingat pak we ler tu' balas Eita sambil tersengih, sebijik macam kerang busuk.
'Mana ler aku ni ader pak we. Muka aku ni sape yang nak' isshh sedih lak bunyinya. 'Bukan tak ada orang yang nak. Engkau tu yang jual mahal sangat' Eita mencebik kat aku.
'Habis tu kau nak aku jual murah. Atau kau nak aku lelong diri aku. Cepat-cepat masih panas lagi. Siapa cepat dia dapat. Satu kilo RM10. Macam tu ?' jawabku geram. Eita gelak besar. Sampai keluar air mata. Aku rasa pelik. Aku salah cakap ke tadi.
'Apahal kau gelakkan aku. Dahlah. Tadi cakap nak pergi sarapan.' aku mula rasa geram kat minah sorang ni. Mujur kawan baik aku. Kalau tidak, putus kawan selama sebulan.
Selepas minum pagi, aku menyambung semula kerja-kerja aku tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Yang aku tahu hanyalah mengadap komputer dan menyemak fail yang bertimbun dihadapan aku. Aku bukannya tak boleh arahkan kakitangan bawahan aku yang membuat kerja-kerja ini, tapi memandangkan ini adalah untuk tindakan aku sebagai Penolong Pegawai maka kenalah aku sendiri yang selesaikannya. Takkan nak makan gaji buta jer.
Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk.'Cik Rin tak nak makan tengahari ke..?' tanya Lina, salah seorang kerani di bahagian aku. 'Eh , dah pukul satu ke. Laaa.. tak sedar pulak saya dah pukul satu' keluhku.
'Itulah Cik Rin ni kalau dah buat kerja sampai tak ingat dunia' Lina tersengih memandang aku. 'Kamu nak makan kat mana Lina ?' tanyaku. ' Saya and the gang nak pergi makan di kedai dekat simpang empat sana tu' jawab Lina.
Memang aku dah agak mesti Lina and the gang, Ain dan Mala akan pergi ke kedai Wak Kasim. Kedai makan paling sedap kat tempat ini. 'Tak apa lah Lina saya nak kirim ajalah. Belikan saya nasi putih taruk lauk ikan kembung bakar campur air asam …. emmm taruk ulam sikit' Lina tersengih memandang aku.
'Kenapa kamu ni Lina?' soalku pelik melihat gelagat Lina. 'Tak ada apalah Cik Rin. Saja jer. Cuma saya rasa, saya dah boleh agak apa yang Cik Rin nak kirim. Nasi dan yang penting, ulam…awet mudalah katakana. Air tak nak kirim ker. Nanti tercekik pulak' gurau Lina.
'Err air apa yek.. sirap ais aje lah' aku segera keluarkan duit dari dompet dan beri kepada Lina. 'Ok Cik Rin saya pergi dulu' Lina memohon diri. Aku tidak nafikan kami satu jabatan memang rapat antara satu sama lain. Tak kira Pegawai atau tidak kami di jabatan ini bekerja bagai satu keluarga. Itulah yang aku suka dengan jabatan ini.

Hari ini hari Sabtu minggu pertama dan maknanya aku cuti ler hari ini. Cuti pun aku bukan ke mana. Asyik terperap jer kat rumah sambil tengok cd. Abang Ngah aku pulak keluar dengan kawan-kawan dia. Tak tahu ke mana dia pergi dari pagi sampai petang baru nampak bayang.
Malamnya seperti biasa aku masak nasi dan lauk yang paling ringkas. Telur dadar dan sayur goreng. Lauk kegemaran aku. 'Lauk ni ajer ker…?'tanya abang Ngah. 'Malangnya sesiapa yang jadi suami Rin nanti. Asyik-asyik lauk telur dadar, esok-esok muka pun jadi telur dadar' gelak abang Ngah. Aku mencebik. 'Tak nak makan sudah. Biar Rin makan seorang' aku mula tunjuk muka 14 inci aku.
'Ha .. tu mula la tu tarik muka lawa dia. Macammana pak we nak dekat kalau asyik tayang muka bulldozer dia' usik abang Ngah aku lagi.
Bulldozer, itulah gelaran aku masa aku kecil-kecil dahulu. Sebab masa itu aku suka merajuk. Tak kena sikit merajuk, kena kacau merajuk, kena marah sikit pun aku merajuk. Tapi sampai sekarang perangai tu masih ada tapi aku dapat kawal sedikit.
Lepas makan aku berehat sekejap sambil tengok tv. 'Abang Ngah , hari Isnin nanti saya balik lewat sikit sebab ada latihan bola jaring. Abang Ngah balik dululah yer. Nanti saya balik naik bas ajer' aku teringatkan latihan bola jaring pada hari Isnin nanti.
Latihan bagi bahagian aku kerana pada hujung bulan ini pejabat tempat aku kerja mengadakan aktiviti perlawanan sukan antara bahagian. Dan aku pun turut menyertainya.

Hari Isnin aku bekerja seperti biasa. Kerja-kerja aku dah banyak yang selesai. Jadi hari ini aku bolehlah buat kerja dalam keadaan yang tenang. Tengah aku menyemak kerja-kerja yang telah dilakukan oleh kakitangan aku, pintu bilikku diketuk dari luar. 'Masuk' aku mempersilakan masuk. Eita segera masuk ke bilik aku. Budak Eita seorang ini kalau sehari tak masuk bahagin aku tak sah. Tapi dia aje lah sahabat baik aku. Ke mana-mana aku dengan dia. Apa sahaja benda yang kami buat mesti bersama kecuali masuk bilik air.
'Rin, rehat nanti temankan aku pergi beli barang dapur kat kedai Pak Yop yek.. barang dapur aku dah habis' ajak Eita. Aku termenung sekejap. ' Woit.. aku cakap dengan kau ni, mengelamun lak dia' aku terkejut bila disergah begitu. 'Apa kau cakap tadi' aku tanya semula.
'Issshh, kau ni. Kau ingat siapa ni. Nak kata ingat kat buah hati .. rasanya single lagi. Tak tau lah kot-kot aku tak tahu kau dah berpunya ' Eita cuba serkap jarang aku. 'Mana ada. Sebenarnya aku tengah fikir la ni nak ikut atau tak. Bukan apa…aku terfikir aku ni sebaya dengan kau tapi.. tak kahwin lagi. Pak we pun tak ada lagi' aku mula buka cerita yang dah seminggu bermain di ruang legar kepala otak aku.
Aku dan Eita sekarang dah masuk 25 tahun. Eita dah kahwin dan sedang menunggu kehadiran cahaya mata pertama mereka lagi 7 bulan. Tapi aku, teman pun tak ada lagi.
'Kau ni kan Rin, bukan tak ada orang yang tak nak. Kalau aku lelaki pun aku nak kat kau, lawa. Tapi masalahnya kau ni jual mahal sangat. Fadlil nak kat kau, kau tolak. Zaiful nak pun, kau tolak. Isss rasanya tak terkira orang yang nak kat kau. Tapi satu pun tak sangkut' Eita mula membebel.
Aku hanya mampu tersengih. Memang kena kat batang hidung aku pun. Bukan aku jual mahal tapi ada sesuatu yang buat aku tidak boleh menganggap lebih dari seorang kawan dengan mereka semua. Aku sendiri tak tahu kenapa pintu hati aku belum terbuka untuk menerima salah seorang dari mereka. Nak kata mereka tak baik, mereka dah cukup baik dengan aku. Tapi entahlah.
Mungkin kerana kisah aku yang lalu, membuat aku tawar hati sedikit untuk berkawan lebih rapat dengan insan yang bernama lelaki. Aku tidak nafikan aku mempunyai perasaan ingin disayangi dan menyayangi seperti orang lain.
Ahhh.. Helmi sudah bahagia sekarang bersama keluarganya. Tapi kenapa aku masih sukar untuk melupakannya. Kenangan paling manis dan paling pahit ketika bersamanya dulu. Kenapa itu juga yang aku kenangkan.
'Hey Rin. Ini yang buat aku tak suka ni. Sekejap khayal..sekejap khayal. Aku kat depan mata engkau pun, kau sempat lagi' aku terkejut bila disergah Eita. 'Oppss.. sorry' rupa-rupanya aku telah dibawa jauh oleh khayalan aku hingga terlupa dimana aku berada.

Hari ini adalah hari pertama perlawanan bola jaring antara bahagian. Aku rasa amat letih dan lemah. Setiap hari aku dan kakitangan bahagian aku mengadakan latihan dan terbukti pasukan bahagian aku memenangi perlawanan pertama ini. Masih ada 7 lagi perlawanan antara bahagian lain.
Balik dari perlawanan aku terus mandi dan solat. Nampaknya aku terpaksa cuti untuk masak malam ini. Mujur abang Ngah faham keadaan aku. Selepas makan nasi goreng yang abang Ngah beli, aku terus ke bilik. Merehatkan badan sambil membaca novel yang baru aku beli semalam.
Telefon bimbit aku tiba-tiba berbunyi. Tertera perkataan kampung diskrin telefon. Mesti mak. Aku cepat-cepat menjawab. 'Assalamualaikum mak' aku memulakan bicara. 'Sihat. Abang Ngah pun sihat. Mak dan ayah sihat tak ?' aku berborak rancak dengan mak. Berbagai cerita aku ceritakan. Nak buat macam mana hanya telefon sahaja pengubat rindu aku pada mak dan ayah.

Hari ini aku rasa tak sedap badan. Maklumlah semalam baru berakhir perlawanan bola jaring antara bahagian. Sungguh memenatkan, tapi berbaloi jugak sebab bahagian aku mendapat tempat kedua. Itu sudah dikira satu pencapaian yang baik bagi bahagian aku.
Aku teringatkan janji aku pada Eita. Malasnya aku nak naik ketingkat 5, bahagian tempat Eita kerja. Tapi dah janji terpaksa aku tunaikan juga. Pintu lif terbuka aje aku terus keluar tanpa menoleh kiri dan kanan. 'Opps..sorry' aku telah melanggar seseorang yang sedang menunggu untuk masuk ke lif. Failnya terjatuh ke lantai. Aku segera tunduk hendak mengambilnya, tapi lelaki itu lebih cepat dari aku. 'Maafkan saya. Tak sengaja' Aku memandang wajahnya. Dia hanya tersenyum. 'Tak apa' senyumannya masih dibibir.
Aku terus berlalu dan bila aku membelok ke satu lorong menuju ke pejabat Eita, aku melihat ramai lelaki yang duduk berbaris disitu. Aku membaca kertas yang melekat di pintu masuk ke bilik seminar. Pejabat Eita bersebelahan dengan bilik tersebut.
Temuduga Pembantu Jurutera (Lelaki). Temuduga rupanya. Lantas aku teringat pada lelaki tadi. Mesti dia pun datang untuk temuduga ini. Dan apa yang aku tidak lupa ialah senyumannya. Sungguh menawan. Dan orangnya boleh tahan. Isshh mula lah nak menggatal. Aku tersenyum sendiri.

Hari ini genap 2 tahun aku telah berkhidmat di sini. Rasa baru semalam aku mendaftarkan diri di pejabat ini. Cepatnya masa berlalu. Selepas aku menamatkan pengajian aku di UM, aku telah memohon kerja di sini. Alhamdulillah, mungkin dah rezeki aku. Kalau dulu paling aku takutkan ialah, kalau aku terpaksa menjadi penganggur terhormat. Sekarang aku bersyukur kepada Tuhan apa yang telah aku perolehi ini.
Pintu bilikku diketuk dan Lina menjengukkan kepala disebalik daun pintu. 'Cik Rin .. tak nak naik ke dewan taklimat ker ?' Lina bertanya dan terus mematikan lamunan aku tadi. 'Ada apa ?' tanyaku seperti baru sedar dari mimpi. 'Hari inikan ada perjumpaan dengan 'Bos Besar'. Cik Rin lupa ker..?' Lina mengerutkan dahi. 'Oppss saya betul-betul lupa' aku tersenyum sedikit malu. Biasanya aku tidak akan lupa pekara begini. Tapi hari ini, entahlah.
Ramai yang telah menunggu di dalam dewan. Maklumlah setiap awal bulan akan diadakan perjumpaan kakitangan dengan 'Bos Besar'. 'Bos Besar' tu ialah Tuan Pengarah disini. Masa inilah kami semua akan berkumpul di dalam Dewan Taklimat. Aku mengambil tempat di bahagian tepi kanan Dewan Taklimat bersama Lina, Ain dan Mala. Tepi bahagian kiri bilik pula tempat bagi kakitangan lelaki. Dan kami duduk bertentangan dengan kakitangan lelaki kerana susunan kerusi bilik ini berbentuk separuh bulatan.
Sedang aku kusyuk mendengar penerangan dan taklimat yang diberikan oleh Pengarah, aku merasakan seperti ada orang sedang memerhatikan aku. Tapi aku biarkan saja. Mungkin aku ini terlebih perasan. Tapi rasa tak sedap hati seperti ada yang memerhati gerak geri aku.
Dan tanpa sengaja mata aku bertentangan dengan seseorang. Tajam sekali pandangannya. Aku tak mampu melawan. Aku tunduk. Bila aku mengangkat muka ku sekali lagi mata kami bertaut. Dan pandanganya masih seperti tadi. Aku tidak dapat melawan pandangan tersebut dan aku cuba untuk menumpukan perhatian pada ucapan Pengarah. Aku resah. Aku rasakan betapa lambatnya masa berjalan. Cepatlah…cepatlah.. aku memohon di dalam hati.
Selesai saja majlis, aku terus bangun. Tapi aku tak tahu kenapa mata aku hari ini sedikit gatal. Aku seperti mencari sepasang mata milik lelaki tadi. Kami berpandangan. Dia tersenyum memandang aku. Aku cepat-cepat keluar dari dewan. Dalam hati aku marahkan mata aku yang menggatal tadi. Mesti lelaki itu fikir yang bukan-bukan.

Petang seperti biasa aku menunggu abang Ngah di lobi pejabat. Sampai aja abang Ngah aku terus masuk ke kereta. 'Aik muram aje hari ni. Apa hal ?' abang Ngah memulakan bicara bila melihat aku berdiam diri sahaja. Memang aku ini becok sedikit bila jumpa abang Ngah. Tapi hari ini aku seperti tiada selera untuk bercakap.
Aku tak tahu kenapa, aku masih terbayangkan senyuman dan renungan lelaki di dewan taklimat. Macam pernah kulihat senyuman seperti itu, tapi dimana yek. Ceh macam dialog cerita Senario pulak.
Tiba-tiba terlintas difikiran aku. Rasanya lelaki sama pada hari temuduga Pembantu Jurutera hari itu. Lagi pun dia memakai pakaian khas untuk pegawai. Aku tersenyum. Memang sah itulah lelaki tersebut. Rupanya dia dapat jawatan tersebut.
Malamnya, aku bersama abang Ngah makan dirumah. Malam ini aku masak istimewa sedikit. Nasi ayam.
'Macam inilah adik abang. Pandai dan rajin masak. Esok-esok tak adalah suami makan diluar' abang Ngah memuji aku. Aku hanya mencebik mendengar pujian abang Ngah. Aku tahu itu adalah pujian memerli aku. Maklumlah aku ni manusia yang jenis malas masak.
Tengah aku dan abang Ngah berehat sambil menonton VCD cerita Black Hawk Down, telefon bimbit abang Ngah berbunyi. Mesti kawan abang Ngah. Tapi kalau tengok cara abang Ngah bercakap lain sikit. Romantik dan lembut aje suaranya.
Haaa.. ni mesti ada apa-apa. Tak pernah aku tengok abang Ngah bercakap ditelefon lembut macam ini. Biasanya suara abang Ngah bercakap kat telefon macam nak pecah rumah. Kuat yang amat. Itu belum abang Ngah gelak lagi. Memang itu stail abang Ngah. Kalau cakap dengan aku tak ada la macam tu. Tapi kali ini abang Ngah macam control sikit cara percakapannya.
Habis aje abang Ngah borak aku terus menyiasat.'Siapa tu bang Ngah. Lain macam aje. Bakal kakak ipar Rin ke ?' abang Ngah hanya tersenyum penuh makna.
'Kenapa selama ini Rin tak tahu pun abang Ngah dah ada aweq. Nak sembunyikan dari Rin yerrrr…' aku masih nak mengusik abang aku ini. Aku rasa seronok aje. ' Nama dia siapa bang. Kerja kat mana. Errr lawa tak' aku mula menyusun soalan ingin tahu.
Tak sabar rasanya nak kenal dengan bakal kakak ipar. 'Isss banyak soal pulak dia. Tunggu dan lihat saja.Sibuk jerrr..' abang Ngah mencebik kat aku. 'Kedekut' aku mula rasa tak puas hati. Aku merayu lagi pada abang Ngah untuk ceritakan pasal wanita yang berjaya mencuri hati abang aku ini. Pujuk punya pujuk akhirnya abang aku bangun dan terus ketingkat atas bersama gelak nakalnya kerana dapat mengenakan aku. Eeee geram aku.

Minggu lepas aku telah balik ke kampung bersama dengan abang Ngah. Rinduku pada kampung halaman ahkirnya tercapai juga. Tambahan pula aku terlalu rindukan mak dan ayah. Yang paling seronoknya kami pulang bersama dengan bakal menantu mak dan ayah. Orangnya cantik dan baik. Memang sesuai dengan abang Ngah.
Aku tengok mak dan ayah bukan main seronok melayan bakal menantu mereka. 'Ai mak .. ni buat Rin jeles ni. Asyik layan kak Min aje' aku buat-buat merajuk. Ayah dan kak Min gelak melihatkan aku. Abang Ngah hanya tersenyum. Nak kontrol macho ler tu. Kalau tak dia dan aku sama-sama kecoh jer bila borak dengan mak dan ayah.
Selama 4 hari aku berada di kampung. Aku sekarang semakin rapat dengan Yasmin, bakal kakak iparku. Rupa-rupanya abang Ngah dan kak Min dah berkawan setahun lebih tapi enam bulan kebelakangan ini baru mereka menjadi rapat. Sebelum ini mereka hanya kawan biasa saja. Kak Min merupakan adik kepada kawan baik abang Ngah, Roslan.

'Eita hari ini kita pergi kafe nak ?' aku telefon Eita untuk mengajak Eita pergi makan pagi di kafeteria pejabat. Tak tahu kenapa hari ini aku teringin sangat nak makan nasi lemak di situ. Aku bersama Eita memang sukakan nasi lemak tambahan pula kalau ditaruk sambal udang.
Tengah aku sedang syok makan, sekumpulan kakitangan lelaki datang ke kafe. Salah seorangnya ialah lelaki itu. Aku mula rasa tak tentu arah. Tak tahu kenapa kewujudannya mengundang resah pada aku. Padahal kami tidak pernah bertegur sapa. Hanya bertukar senyuman jika terserempak.
Aku mula terperasan yang ada mata yang sedang memandang aku. Eita pun terperasan juga yang dia sedang merenung aku. Eita senyum penuh makna. Senyum nak mengenakan aku le tu.
Aku cepat-cepat habiskan makanan. Tak sanggup aku dipandang begitu. Macamlah aku ini pesalah. 'Aii nampak gayanya ada orang dah tersangkut….' Eita mula menggiat aku. 'Sangkut apa ni' aku buat-buat tak faham. 'Patutlah hari ini tetiba aje nak makan nasi lemak kat kafe. Rupanya ada udang disebalik batu. Nak jumpa buah hati lah katakan' Eita masih lagi mengusik aku. 'Buah hati siapa ni. Buah hati aku..? Manalah aku ni ada buah hati. Kau kan tahu pasal diri aku' aku menjawab acuh tak acuh.
Malas aku nak melayan minah sorang ni. 'Manalah aku tahu. Tapi aku tengok yang si Farzey pandang kau semacam jer. Macam ada benda. Dia pegawai baru kat bahagian aku. Baru masuk bulan lepas' Eita mula bercerita. Nama Farzey rupanya. Cantik nama.
'Kalau kau nak tahu, dia tu belum berpunya lagi. Umur 27 tahun. Tengah mencari calon la tu' Eita masih lagi bercerita. 'Mana kau tahu ni. Memandai ajer kau ni. Entah-entah dah jadi ayah orang. Tak pun tunang orang. Dan.. yang kau sibuk cerita kat aku ni apa hal. Eee malas aku nak melayan kau. Aku masuk bilik aku dululah' aku mula melangkah meninggalkan Eita.
'Heyy tunggulah aku. Rin aku tak buat cerita. Dia kan pegawai aku. So serba sedikit aku tahulah tentang dia' aku terdiam. Aku lupa yang Eita juga kerja di bahagian tersebut.
Sampai dibilik aku terus menyambung kerja aku. Telefon bimbit aku berbunyi. 'Assalamualaikum Airin' salam diberi. Aku segera menjawab. 'Waalaikummussalam' aku menjawab salam. 'Awak sihat tak hari ini ?' aku tertanya di dalam hati siapakah pemanggil ini.
'Saya sihat, Alhamdulillah. Siapa ni' aku mula bertanya kerana aku tidak dapat meneka siapa pemanggilnya. 'Salah seorang kawan awak'.'Kawan …? Tapi siapa. Saya tak cam suara awak' aku tertanya-tanya.
Dia masih tidak memperkenalkan diri. Tapi tak tahu kenapa aku masih melayannya. Mungkin kerana nada percakapannya begitu lembut pada pendengaran aku. Dan tutur katanya tersusun dan penuh sopan. Aku rasa seronok barborak dengannya walaupun aku tidak mengenalinya.
Beberapa ketika aku berborak, telefon di meja aku berbunyi. Ketua aku panggil masuk ke biliknya. 'Saya tak dapat borak dengan awak lagi ni. Ketua saya panggil. Ada hal penting katanya'. 'Oklah, saya pun tak nak ganggu awak lama-lama. Tapi boleh tak saya telefon awak lagi. Seronok rasanya dapat borak dengan awak ?' aik dahlah aku tak kenal dia tapi dia nak lagi borak dengan aku. Pelik betul orang ni.
'Kalau niat awak ikhlas, saya tak kisah. Tapi saya nak tahu jugak siapa awak ni. Sekurang-kurangnya nama awak?' aku bertanya namanya sekurang-kurangnya tak lah aku ni dicop bercakap dengan hantu. Eiiii…seram pulak aku. 'Panggil saja saya Kimi'. 'Oklah Kimi. Bye' aku mematikan perbualan.
Semasa berbincang dengan ketua aku, aku tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Aku masih tertanya-tanya siapakah pemanggil misteri tadi. Issshh konfius aku.

Persahabatan aku dan Kimi berjalan lancar walaupun hanya melalui telefon. Aku seronok bila berborak dengannya. Macam-macam cerita yang aku dan Kimi borakkan. Dari hal kerja dan hidup harian kami. Boleh dikatakan setiap malam Kimi akan telefon aku. Kekadang saja dia telefon waktu kerja. Itu pun hanya sekejap. Tapi aku masih tak tahu dimana Kimi kerja. Dia tak nak beritahu aku lagi buat masa sekarang. Dan aku tidak memaksa.
Sedang aku tengah sibuk kerja, telefon bimbit aku berbunyi. Tanpa aku melihat nombornya, aku terus menjawab panggilan itu. 'Assalamualaikum. Rin apa khabar' aku begitu tekejut dan terkaku sekejap.
Kenapa sekarang dia telefon aku. 'Rin. Awak ada lagi kat sana ?' aku tersentak. Aku rasakan baru tersedar dari mimpi. 'Aaa..da. Awak nak apa lagi sekarang. Antara kita dah tak ada apa-apa' aku mula merasa sebak dan sakit hati. 'Rin, takkan awak tak dapat memaafkan saya. Saya tahu saya bersalah. Please Rin, forgive me' aku mula rasa geram dan sakit hati.
'Helmi, antara kita dah tak ada apa-apa lagi. Dan saya dah lama lupakan kenangan antara kita. Satu perkara lagi jangan hubungi saya lagi' aku mula meninggikan suara dan terus mematikan talian.
Aku rasakan diri aku ini begitu lemah. Lemah kerana aku belum berupaya melupakan Helmi sepenuhnya. Aku terlalu mempercayai dan menyayangi dirinya. Tapi aku tak tahu kenapa kesetiaan aku dimusnahkan. Apa salah dan silap aku, aku diperlakukan begini. Helmi meninggalkan aku setelah menemui gadis yang lebih kaya dan bergaya dari aku. Aku tahu aku ini serba sederhana. Oh Tuhan, kuatkan hati aku.
Untuk menerima keputusan kata putus dari Helmi amat sukar bagi aku. Mujur abang Ngah dan Eita banyak membantu aku. Jika tidak aku tak sekuat ini untuk menghapuskan kenanganku bersama Helmi. Terlalu sukar bagiku. Tapi sekarang ketika aku mula melupakannya, dia muncul kembali. Aaahggg.. kenapa aku diduga begini.
Tritt..tritt.. telefon bimbit aku berbunyi. Tertera nama Kimi. Nak jawab ke tak nak. 'Hello. Assalamualaikum' aku memberi salam tapi ketara suara aku lemah dan tidak bermaya. 'Waalaikummussalam. Rin apa khabar ? Kenapa suara lemah aje ni' Kimi menyedari perubahan suara aku. 'Tak ada apa. Aaaaa… sibuk sikit' aku memberi alasan.
'Kimi tak percaya. Ni mesti ada apa-apa ni. Biasanya kalau Rin sibuk pun suara Rin tak macam ni' aku mula rasa tak selesa dengan desakan Kimi. 'Tak ada apa-apa' aku mula meninggikan suaranya. 'Sayang, kenapa ni…?' Sayang…Kimi panggil aku sayang? Selama ini tak pernah dia panggilku begitu. Aku mula rasa nak marah dan geram.
'Sayang ? Apa hak awak panggil saya sayang. Antara kita belum ada apa-apa lagi. Kita hanya kawan' marahku meledak. Aku tak tahu kenapa. Mungkin kerana perkataan 'sayang' itu pernah digunakan oleh Helmi kepadaku. Dan Kimi telah memutuskan talian.
'Kimi ?' alamak .. apa yang telah aku buat. Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak dapat mengawal perasaan aku. Aku rasa bersalah sangat. Aku cuba mendail telefon Kimi. Tapi tak dapat. Alaaa.. makin berat kepala aku. Orang bercinta aku pun nak bercinta, tapi bila dah jadi macam ini … mula la aku ni menderita. Entahlah.
Malamnya aku menunggu Kimi telefon. Abang Ngah telah keluar makan dengan Yasmin. Lagi 3 minggu abang Ngah akan bertunang dengan Yasmin. Aku tengok abang Ngah sekarang begitu bahagia. Dan aku pun turut tumpang bahagia.
Sekarang dah masuk pukul 10.30 malam. Biasanya Kimi dah telefon aku pada masa ini. Tapi sekarang… Kimi pleaseee.. aku mula merindui suara Kimi. Aku tak tahu kenapa. Rindu dan rasa bersalah aku membuatkan kepala aku rasa berat. KIMI…

Petang Khamis aku bekerja seperti biasa. Telefon dimeja aku berbunyi. Aku menjawap seperti biasa. 'Hello. Assalamualaikum' Kimi ? 'Waalaikummussalam. Kimi? Mana awak pergi ? Kenapa awak tak telefon saya ? Mana awak dapat no. telefon pejabat saya ?' aku menyoal Kimi bertalu-talu. Panggilan pertama Kimi setelah 4 hari membiarkan aku dalam kerinduan.
'Awak rindukan saya ?' Kimi menyoalku kembali. Dan aku dengar gelak nakal Kimi. Aku terdiam bila. Tak mampu mengucapkan kata-kata. Sebenarnya aku termalu sendiri bila menyedari sikapku sebentar tadi.
' Rin … kenapa diam ni. Tadi saya dengar banyak sangat soalan dari awak. Rin sihat tak hari ini ?' ini lah yang membuatkan aku sentiasa merindui Kimi. Dia sentiasa mengambil berat akan diriku.
'Sihat' aku menjawab sepatah. Masih gugup untuk meneruskan kata-kata. 'Kenapa ni Rin. Awak tak suka ke saya telefon ni'
'Bukan tak suka, cuma .. saya nak tahu, mana awak dapat nombor telefon pejabat saya ?' aku cuba berdalih agar perasaan sebenar aku tidak dapat dibaca oleh Kimi. 'Rin.. KL ni kecil jer Rin. Satu Malaysia saya dapat cari awak, inikan pula satu KL' Kimi gelak. 'Kimi, saya minta maaf atas kejadian hari itu. Saya tak tahu kenapa saya boleh jadi macam tu. Saya rasa bersalah sangat pada awak. Saya cuba telefon awak. Tapi tak dapat. Awak marah kat saya ker ?' aku memohon maaf pada Kimi. 'It's ok sayang. Opps.. sorry. Saya tersasul lagi. Mulut saya ini kekadang tak boleh kontrol sikit' aku tersenyum. 'Rin, saya bukan marah kat awak hari tu. Cuma saya terkejut. Sebelum ni awak tak pernah marah macam tu sekali' aku menjadi sayu mendengarkan nada suara Kimi. Sungguh lembut pada pendengaran aku. Hilmi pun tak pernah cakap selembut ini.
'Rin… kenapa awak marah-marah hari itu. Saya buat salah kerr ? Boleh saya tahu sebabnya. Itupun kalau awak tak keberatan' sanggupkah aku berdalih lagi setelah semua kerinduan aku telah berikan kepadanya. ' Errr.. awak ingat lagi tak Hilmi ?'
'Hilmi… yang awak ceritakan hari tu ker.. kenapa dengan dia ?' tanya Kimi tanpa sabar. 'Sebelum awak telefon hari tu, dia telefon saya. Entah lah, saya rasa geram sangat. Saya rasa diri saya dipermainkan. Bagi saya perkara yang lalu saya ingin lupakan. Tapi dia masih mendesak agar saya dapat menerimanya dan memaafkan kesalahan dia' aku meluahkan apa yang terbuku dihati.
Kimi hanya mendiamkan diri. Tapi aku tahu dia masih setia mendengar segala percakapan aku. 'Awak masih ingat pada Hilmi ?' soalan cepu mas dari Kimi. Aku mengeluh perlahan. Bagaimana aku hendak menyatakan perkara sebenar tanpa melukakan hati Kimi. 'Kimi, bagi saya perkara yang lepas saya tak nak fikirkan lagi. Bagi saya ini semua ketentuan dari Allah. Dan sekarang saya dah tak fikir pasal Hilmi lagi' aku menyusun ayat agar tidak menyakitkan hati Kimi.
'Sekarang awak fikirkan saya kan ?'
'Apa Kimi. Siapa cakap saya fikirkan awak. Jangan nak perasan pulak' aku cuba menutup malu. Kalaulah dia berada didepan aku sekarang ni, dia akan lihat betapa merahnya muka aku ketika ini. Aku dengar Kimi gelak. 'Mengaku ajelah' Kimi masih lagi gelak dan masih lagi nak mengusik aku.
'Rin, awak masih tak jawab soalan saya tadi' soalan apa pulak ni. 'Soalan apa ?' aku dah mula rasa resah. Jangan ditanya benda-benda yang aku tak boleh jawab dah. Mati aku dibuatnya.
'Rin rindu kat saya tak ?' haaa… macam mana aku nak jawab ni. Kontrol Rin, kontrol. Aku cuba untuk mengawal keadaan diri aku. 'Tak' aku menjawab sepatah. Kimi gelak. Seronoknya dia kenakan aku. 'Oklah .. byee'
'Rinnnnn' aku terus memutuskan talian. Aku rasa mukaku tebal sangat. Malunyaaaaaaaaa.
Hari ini adalah hari bahagia abang Ngah. Hari ini disahkan Yasmin menjadi tunang abang Ngah. Seronok bukan main abang Ngah. Mak dan ayah mengadakan jamuan kesyukuran pada sebelah malamnya.
Ramai saudara mara aku yang datang untuk membantu kami. Kalau dah berkumpul macam ni.. faham-faham ajelah. Riuh yang amat. Dan yang paling aku tak suka ialah bila soalan mengenai aku dibicarakan. Teruk aku kena sakat oleh makcik dan pakcik aku. Maklumlah, ramai sepupu-sepupu aku ada yang telah bertunang dan yang dah kahwin.
Abang Ngah mengikat tali pertunangan selama 6 bulan sahaja. Lagi pun itu adalah permintaan mak aku. Tidak mahu mengikat tali pertunangan lama-lama. Dan abang Ngah mengikut sahaja. Bukan apa, mak aku tu sebenarnya dah tak sabar nak menimang cucu.

14 Februari 2001, Valentine's Day. Hari Kekasih. Bagi aku hari ini biasa sahaja walaupun ramai antara kawan-kawan aku yang menerima bunga dari kekasih hati mereka. Termasuklah si Eita. Romantik jugak suami Eita ni. Dulu masa dengan Hilmi aku pernah mendapat bunga mawar. Tapi tahun ini tak adalah. Dan aku pun tak kisah sangat.
Selepas makan tengahari aku masuk semula ke pejabat. Aku terkejut melihat ada sejambak bunga mawar merah di atas meja aku.
'Wah… Cik Rin dapat bunga…' kakitangan jabatan aku giat mengusik aku. 'Dari siapa Cik Rin. Tak pernah pulak kami nampak Cik Rin dengan pakwe Cik Rin' kecoh si Lina menanyakan soalan.
'Entahlah Lina. Saya pun tak tahu siapa bagi. Salah orang kot' aku masih kebingungan. 'Cik Rin bacalah kad tu' Lina masih menggesa aku. Aku melihat kad yang dilekatkan bersama bunga tersebut.

Buat Yang Dirindui Dari Jauh,
SELAMAT HARI KEKASIH,
Semoga Hubungan Kita Makin Mekar,
-Kimi.-

'Kimi…?' Macamamana dia tahu aku bekerja disini. Lina dan kakitangan lain berebut hendak membaca kad tersebut. 'Wahhhhh.. romantiknya. Siapa ni Cik Rin ?' Mereka mula senyum nakal padaku. Memang hubungan antara aku dan Kimi tiada siapa yang tahu kecuali abang Ngah dan Eita sahaja.
Petangnya Eita datang ke pejabat aku. Eita tersenyum-senyum. 'Kenapa engkau ni. Tersengih-sengih macam kerang busuk' aku geram melihat Eita macam tu. Rasa nak cubit-cubit aje pipi dia.
'Ada orang dapat bunga. Hari Kekasih lah katakan' aik mana si Eita tahu aku dapat bunga ni. 'Mana kau tahu ni. Aku belum lagi cerita kau dah tahu. Ni yang leceh ni' aku rasa geram pada si Eita ni. Tak tahu dari mana dia dapat cerita. 'Aku tahulah. Dia sendiri yang cerita kat aku. Oppss… takkk.. ada orang cakap dengan aku' aku rasa Eita seperti menyembunyikan sesuatu dari aku. Tapi aku buat tak tahu saja. Malas nak melayan makcik sorang ni.

Hampir 3 bulan hubungan antara aku dan Kimi walaupun aku tidak mengenali dirinya yang sebenar. Tapi aku rasa bahagia bila dapat berbual dengan Kimi. Mungkin kerana Kimi pandai mengambil hati dan suka sangat buat lawak.
Pagi Sabtu cuti, sedang aku berkemas telefon bimbit aku berbunyi. 'Hai Rin, kau buat apa ? Tengah ingat pakwe kerrrrr …hikk..hikkk' Eita gelakkan aku. 'woit.. apahal kau telefon aku pagi-pagi ni. Kalau nak kacau aku baik tak payah telefon. Menghabiskan duit bayar bil jer' aku buat-buat marah.
'Rin , janganlah marah. Nanti cepat tua tau. Lari lak si Kimi tu' Eita masih belum puas mengacau aku. 'Suka hati dialah kalau dia nak lari. Bukannya aku kenal dia pun'
'Kau jangan Rin. Menyesal kau nanti. Kimi tu budak baik' 'Budak baik ? Kau kenal dia ke ?' aku mula mengesyaki sesuatu. 'Errr…..tak lah. Aku agak aja. Kau yang cerita kat aku yang dia tu baik, so aku cakaplah dia baik. Rin aku sebenarnya nak ajak kau temankan aku pegi pasar malam'
'Pasar malam mana ?' kalau pegi pasar malam ok gak ni. Aku pun tengah boring asyik terperap aje kat rumah. 'Pasar malam mana lagi, Jalan TAR lah. Malam inikan malam minggu'
'Ok , tapi nak jumpa kau kat mana ? Nak pergi dengan apa. Tak kan mak buyung nak naik bas ?' aku faham keadaan Eita sekarang. Lebih kurang 2 bulan setengah Eita akan mendapat cahaya mata pertama.
Tapi kau hairan tengok Si Eita ni. Cergas semacam. Tak macam orang lain bila mengandung. Lemah dan nampak susah bila hendak melakukan sesuatu.
'Macam ni ajalah. Kau pandu kereta aku. Lagi pun suami aku kena kerja hari ini. Aku ingat nak beli baju baby lah Rin' seronoknya aku dengar suara Eita yang macam tak sabar menantikan kehadiran permata hati pertamanya. Muka Eita sekarang aku tengok makin berseri dan berisi. Bahagialah katakan. Dan aku tumpang gembira.
Sedang kami memilih pakaian bayi di Sogo, kami disapa oleh seseorang. Alamak dia ni. Mati aku. Macam mana dia boleh jumpa kami di sini. Siap bawa konco-konconya lagi.
'Hai Farzey… kau buat apa kat sini ? Lerr korang semua ni datang shopping baju baby kerr ?' aku tahu semua Farzey dan kawan-kawannya yang seramai 4 orang itu adalah satu jabatan dengan Eita.
'Tak adalah Eita. Saja jer jalan-jalan' Farzey masih sempat tersenyum pada aku. Ini yang buat aku lemah bila berdepan dengan mamat sorang ini. Senyuman dia, aduhaiii.
'Ai.. Rin pun shopping baju baby jugak ke ?' aku dengar kawan-kawan Farzey tergelak kecil. Aku hanya mampu tersenyum. Aku tak tahu kenapa aku jadi gugup bila berdepan dengannya. Mungkin kerana dia selalu memandang aku dengan senyuman yang mengandungi seribu makna. Tapi yang pastinya aku selalu kalah dengannya.
Selesai saja Eita membayar baju-baju yang berkenan dihatinya, Eita mengajak aku ke pasar malam. Pasar malam yang paling panjang dan glamour di KL. Tapi yang aku rasa tak selesa ialah Farzey asyik mengekori kami. Sedangkan 3 dari kawannya entah hilang ke mana.
Tapi Farzey begitu pandai untuk mengajak aku berborak dengannya. Aku pun tak pasti ilmu apa yang dia pakai. Ilmu memikat kot. Aku tersenyum. 'Haa ni kenapa senyum sorang-sorang ni' Farzey perasan apa yang aku buat. 'Tak ada apa-apa. Saja jer nak senyum. Tak boleh ke ?'
'Bukan tak boleh. Boleh sesangat tapi kena senyum kat saya. Bukan senyum sorang-sorang' aku tergelak kecil.
Eita pula macam sengaja membiarkan aku dan Farzey. Dia kecoh beli makanan itu dan ini yang aku rasa memang tak termakan. Banyak. Ini mengidam ke apa. Kalau aku tak kuasa nak habiskan semua makanan yang dibeli.
Aku melihat jam dah menunjukkan pukul 7.00 malam. Aku mengajak Eita balik. Takut sampai rumah lambat pula. Aku tengok muka Farzey macam gelisah semacam jer.
'Kenapa Farzey. Macam ada yang tak kena aja' aku pelik melihatkan perubahan Farzey. 'Err…mmm jangan balik dulu boleh tak' lerr itu rupanya. Dan aku tengok wajah Farzey merona merah. Kat belakang aku, aku dengar Eita makin seronok gelakkan Farzey.
'Kenapa ?' tanyaku kembali. 'Saya nak ajak Rin dan Eita minum dulu. Lepas tu ok. Saya janji tak akan halang Rin balik. Boleh ?' laju aja ayat yang keluar dari mulut Farzey. Aku tersenyum. 'Eita kau macam mana' aku tanyakan Eita. 'Aku tak ada masalah. Kawan punya hal aku ok aja' Eita masih lagi tersenyum, penuh makna memandang pada Farzey. Macam ada rahsia jer 2 orang ini.

Sedang aku berehat abang Ngah memanggil aku turun ke bawah. Kecoh aja dengar suaranya. Sampai aja aku ditangga akhir aku terkejut melihat kak Min sedang duduk di ruang tamu. 'Kak Min.. bila sampai' aku melonjak kegembiraan. 'Tak dengar enjin kereta pun' aku segera memeluk dirinya. Kak Min hanya mampu tersengih melihat telatah aku.
Antara kami dah macam adik beradik. Lagipun kak Min ni jenis yang peramah. 'Kak Min baru aja sampai. Orang tu manalah nak dengar enjin kereta kita. Asyik ingat pakwe jerrr…' aku segera berpaling melihat abang Ngah. Ini mesti kerja abang Ngah.
Kalau tak, takkan kak Min tahu mengenai Kimi. Aku membulatkan mata pada abang Ngah. Mereka makin galak ketawakan aku.
Malamnya kami bertiga keluar makan. Abang Ngah nampak gembira sangat malam ni. Nak buat macam mana lagi satu bulan setengah mereka akan diijabkabulkan. Segala persiapan mereka telah aturkan Cuma menunggu harinya sahaja. Abang Ngah pun aku tengok macam dah tak sabar aja nak kahwin. Tengah hangatlah katakan.


Hubungan antara aku dan Farzey berjalan lancar. Begitu juga dengan Kimi yang setia menelefon aku setiap masa. Tapi aku menganggap Farzey sebagai kawan sahaja. Aku rasakan seperti Farzey dan Kimi adalah orang sama. Cara percakapan dan ambil berat mereka berdua tiada beza. Tapi tak mungkin.
Hari Khamis aku bekerja seperti biasa. Farzey menelefon aku mengajak aku keluar petang nanti. Nak keluar ke tak nak ? Aku berkira-kira hendak menerima pelawaannya atau tidak. Akhirnya aku terima.
Farzey sebenarnya minta aku temankan dia memilih hadiah harijadi untuk adik perempuannya yang muda 3 tahun dari aku. Kami memilih dari satu barang ke satu barang. Dari pakaian, kasut, beg tapi semua Farzey tak berkenan. Akhirnya dia mengajak aku masuk disebuah kedai emas.
'Nak beli apa kat sini' aku menyoal Farzey kerana aku tak terfikir langsung yang dia nak belikan barangan emas untuk adiknya. 'Saya nak beli cincin. Adik saya tu suka barang macam ni. Katanya nampak kewanitaan sikit' aku hanya mampu tersenyum.
Farzey menyuruh aku mencuba satu bentuk cincin berlian yang ada disitu. 'Cantik. Kalau adik awak pakai mesti cantik' memang cincin itu cantik pada pandangan aku. 'Saya rasa kalau buat cicncin tunang lagi cantik kan ?' Farzey senyum meleret.
'Siapa nak bertunang' tanyaku. 'Awaklah, siapa lagi' dan Farzey tersenyum. 'Siapalah yang nak bertunang dengan saya ni. Pakwe pun tak ada' aku tergelak kecil.
'Habis tu saya ni siapa. Nanti sampailah rombongan kat rumah awak' Farzey masih lagi tersenyum. Aku begitu terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Farzey. Tapi aku cuba mengawal perasaan aku.
'Awak ni kan Farzey kalau satu hari tak usik saya tak boleh ke ?' Farzey hanya senyum meleret. 'Dah lah jom kita balik' aku segera mengajak Farzey balik selepas dia membayar harga cincin tadi.
'Mana boleh balik lagi' Farzey segera membantah. 'Kenapa ?'
'Saya kena belanja awak makan sebab sudi temankan saya hari ini' isssshh ni yang lemah ni. Lepas satu, satu. Ada aja alasan tak nak balik. Tapi tak guna juga kalau aku berkeras. Akhirnya aku setuju sahaja.
Farzey mencadangkan agar kami ke KFC memandangkan tidak ramai orang di sana. Kami memilih tempat yang agak jauh dari orang lain. Kata Farzey dia nak privacy sikit. Ada ada saja mamat sorang ni.
Tapi hari ini aku rasa tidak selesa bila makan bersama Farzey. Lain benar perangainya hari ni. Farzey asyik merenung aku. Naik rimas pula aku.
'Kenapa awak hari ni. Asyik tengok saya je. Ada yang tak kena ke kat muka saya' akhirnya aku memberanikan diri bertanyakan Farzey kerana aku rasa tidak selesa bila dipandang dengan begitu tajam. Dia hanya tersenyum. Akhirnya Farzey mengeluh seperti ada perkara yang berat sangat difikirkannya.
'Rin saya ada perkara yang hendak beritahu pada Rin. Harap Rin sudi mendengarnya' Farzey menyusun ayat satu persatu. Aku mula rasa seperti ada sesuatu yang bermain difikirannya.
'Rin .. sebenarnya saya ……. emmm .. saya hendak berterus terang pada Rin. Saya sebenarnya dah lama sukakan Rin' akhirnya terluah juga isi hati Farzey selama ini.
Aku terdiam seketika. Tak tahu apa yang harus aku katakan pada Farzey. Tiba-tiba aku teringatkan Kimi. Bagaimana aku harus berterus terang dengan Farzey tanpa mengguris perasaannya. Selama ini aku ingatkan yang Farzey hanya menganggap aku sebagai kawan sahaja.
'Rin..' air muka Farzey berubah melihat aku berkeadaan begitu. Aku kuatkan hati untuk berterus terang dengan Farzey.
'Farzey… saya harap awak tidak akan memusuhi saya selepas ini' aku cuba bertenang. 'Sebenarnya hati saya telah dimiliki' dan aku tidak sanggup untuk menatap wajah Farzey kala itu.
Aku dengar Farzey mengeluh. Mungkin kecewa. Namun seketika sahaja, air muka Farzey berubah ceria semula. Aku lega.
'Rin, saya tahu saya amat kecewa tapi cinta tak boleh paksa' Farzey mengeluh berat. 'Dan satu harapan saya agar Rin sudi lagi menerima saya sebagai kawan Rin' aku lihat Farzey tersenyum. Kami berbalas senyuman.

Esok adalah hari bahagia abang Ngah. Aku awal-awal lagi telah memohon cuti. Bukan apa, tak nak melepaskan saat bahagia abang Ngah. Muka abang Ngah aku tengok makin berseri.
Malamnya adalah saat yang paling mendebarkan buat abang Ngah. Majlis akad nikah. Majlis tersebut diadakan di masjid kampung kak Min. Aku tengok abang Ngah tenang sahaja ketika majlis tersebut. Dan kak Min aku tengok cantik sangat. Memang sesuai dengan baju kebaya putih gading yang dipakainya. Sungguh anggun.
Satu jam kemudian kak Min telah sah menjadi isteri abang Ngah. Aku tengok kak Min menitiskan air mata. Air mata bahagia.
Esok adalah kenduri menyambut menantu dirumah aku selang dua hari selepas kenduri dirumak kak Min. Saudara mara aku sejak awal lagi telah berkumpul dirumah aku, sama-sama berganding bahu untuk majlis ini. Bila dah berkumpul macam-macam cerita yang dikecohkan. Abang Ngah menjadi mangsa usikan mereka. Aku juga tak terlepas dari usikan mereka. Ada saja makcik dan pakcik aku ni.
Eita tidak dapat hadir pada hari bersejarah abang Ngah. Sekarang ni dia tunggu hari saja. Entah besok atau lusa, Eita akan bersalin. Cuma sekarang ini ada satu perkara yang buat aku berdebar-debar. Sebelum ini aku pernah mengajak Kimi hadir pada hari perkahwinan abang Ngah. Tapi aku tak adalah berharap sangat dia akan datang.
Tapi malam tadi Kimi telefon aku bertanyakan alamat dan sedikit gambaran untuk kerumah aku. Nak tak nak aku terpaksa beri juga kerana mulut aku yang gatal mengajaknya. Macam mana ni……..

Hari ini rumah aku riuh rendah dengan suara-suara usikan dan celoteh makcik dan pakcik aku dan juga orang-orang kampung yang datang untuk bersama berganding bahu menolong kami sekeluarga untuk majlis ini. Aku pula rasa macam tak cukup tangan. Rasa-rasanya semua benda yang diperlukan untuk majlis telah cukup tapi sibuk aku mengalahkan menteri. Dan aku lupa pasal Kimi buat sementara waktu.
Pukul 2.00 petang rombongan dari pihak pengantin perempuan sampai. Aku tengok kak Min ni makin cantik dan mengancam. Beruntung abang Ngah. Aku juga tumpang seronok dapat kakak ipar lawa.
Sedang aku sibuk mengambil gambar abang Ngah dan kak Min dipelamin, bahu aku dicuit seseorang. Aku segera menoleh kebelakang. 'Farzey' aku menjerit kecil. Terkejut dan gembira. Aku sebenarnya tak sangka Farzey sudi datang ke Majlis ini. Dia datang bersama dua orang lagi rakannya.
'Tak sangka awak sudi datang jugak yer. Eh dah lama awak sampai ?' Farzey hanya mampu tersenyum. 'Baru sampai Rin. Saya nak jumpa awak dulu. Wah.. Rin dapat kakak ipar lawanya. Sama lawa dengan adik iparnya' Farzey tersenyum memandang aku.
'Adik ipar ? Siapa ?' aku kehairanan tapi aku tengok Farzey tersenyum penuh makna melihat reaksi aku. Dan aku baru tersedar yang kata-kata itu ditujukan kepada aku. 'Isshh awak ni kan ada-ada saja' Farzey gelak. 'Eh jomlah makan dulu. Lan, Amin jom saya bawa awak bertiga ketempat makan' aku menjemput Farzey dan kawannya makan.
Selepas dua jam, Farzey memohon diri untuk pulang. Tapi aku tidak membenarkan. Bukan apa aku mahu Farzey berehat dahulu sebelum balik. KL. Aku tak nak dia memandu dalam keadaaan letih. Perak dan Kuala Lumpur bagi aku jauh. Akhirnya Farzey bersetuju.
Selesai saja majlis, aku rasakan letih yang teramat sangat tapi aku puas dapat berbakti buat abang Ngah. Aku tengok Farzey dan abang Ngah rancak berborak. Abang Ngah aku tengok seronok melayan Farzey, macam dah kenal lama.
Selepas sembahyang Isyak, Farzey berjumpa dengan aku di dapur. 'Rin, saya nak balik dulu. Nanti lambat pulak sampai di KL' aku menoleh melihat Farzey yang telah bersiap hendak balik ke KL. Belum sempat aku menjawap, Farzey berjalan menuju ke arah makcik dan pakcik aku yang sedang memandang ke arah kami. Mereka bersalaman.
Aku dan abang Ngah menghantar Farzey hingga ke kereta. Selepas abang Ngah bersalaman dengan Farzey, Lan dan Amin abang Ngah terus memohon diri. Lan dan Amin menjauhkan diri dari kami berdua.
Farzey mengambil sesuatu di dalam kereta. Dan dihulurkan kepada aku. 'Nak bagi kat abang Ngah ke hadiah ni ?' aku terus menyoal Farzey sambil aku membelek hadiah yang dibalut dengan pembalut yang cukup cantik bagi aku. Tapi kotaknya kecil saja.
'Ni untuk Rin. Untuk abang Ngah saya dah bagi tadi ' Farzey tersenyum melihat aku yang dalam keadaan terkejut. 'Hadiah apa ni ? Abang yang kahwin … adik pun dapat hadiah jugak ke ?' aku cuba bergurau walaupun aku dapat rasakan hati aku berdegup semacam saja.
Farzey merenung aku dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Aku serba salah. 'Rin…emmm hadiah tu saya bagi ikhlas. Saya harap awak sudi menerimanya. Malam ni baru boleh buka. Dan saya harap awak akan faham apa jua keadaan malam nanti' Farzey menyusun kata-kata yang bisa membuatkan aku tak boleh tidur lena. Mana taknya dengan suara yang romantik dan senyuman yang dari dulu lagi buat aku cair sentiasa bermain dibibirnya.
Aku terdiam dan cuba mengawal perasaan aku. Beberapa minit berlalu kami hanya membisu. 'Okaylah saya dah nak balik ni. Malam ni jangan tidur lambat tau. Awak tu saya tengok letih sangat. Tidur nanti mimpikan saya yek..' sempat lagi dia bergurau dengan aku. Aku hanya mencebik. Akhirnya kami gelak.
'Tak ada masa saya nak mimpikan awak. Dahlah pergilah balik' Farzey masih lagi gelak. Tak ambil hati aku halaunya balik kerana dia tahu aku hanya bergurau dengannya.
'Yea lahhh siapalah kita ni, kena halau…..' Farzey buat-buat merajuk. Aku hanya mencebik. 'Okaylah sayang, abang.. opps ..errr saya balik dulu' aku hanya mampu gelak. Aku tengok muka Farzey berubah merah. Malu ler tu.
Aku terus bergegas masuk kerumah bila kereta yang dipandu Farzey hilang dari pandangan aku. Aku terus menuju ke dapur. Bila saja kaki aku melangkah ke dapur aku dengar suara-suara sumbang dan senyuman-senyuman yang membuatkan aku geram. Siapa lagi kalau bukan pakcik dan makcik aku. Tak habis-habis nak mengusik aku. Aku geram tapi… bahagia.
Selepas jam sepuluh aku terus masuk kebilik aku. 'Hai puteri dah nak beradu ke…? Mengalahkan pengantin pulak. Tu mesti ingat kat putera tadi ler tu' aku dengar makcik aku bersuara dengan nada yang kuat. Dan aku dengar derai ketawa mereka semua diluar. Macam-macam lagilah usikan mereka tapi aku hanya mendiamkan diri sahaja.
Malas aku nak melayan. Lagi dilayan lagi teruk aku kena. Macam-macam diaorang usik aku. Mak pun tumpang sekaki. Gembira benar mak tengok bila aku diusik. Hai mak nak menantu lelaki pulak ker….? Aku hanya mampu tersenyum sendiri.
Tanpa sabar aku terus membuka hadiah yang Farzey berikan. Didalamnya terdapat sepucuk surat yang kertasnya dilipat kecil dan satu kotak merah baldu yang berbentuk hati. Aku membuka kotak merah baldu terlebih dahulu. Aku terpana. Cincin permata. Cantik. Rasanya cincin ini kami sama-sama pergi beli tapi Farzey beritahu aku cincin itu untuk adiknya.
Semasa aku membuka surat yang terlipat cantik, aku rasakan tanganku menggigil. Hati aku tak keruan. Tapi ingin tahu juga mengetahui apa yang ditulis.

Assalamualaikum…
Buat Rin tersayang,
Saya sebenarnya tak tahu bagaimana nak mulakan bicara, tapi saya gagahi juga. Mungkin Rin tertanya-tanya kenapa cincin itu saya beri pada Rin. Ingat tak cincin tu kita yang pergi beli sama-sama. Maaf saya terpaksa tipu Rin pada hari itu. Cincin tu bukan untuk adik saya tapi khas buat Rin.
Rin Sayang,
Ada satu perkara yang ingin saya perkatakan pada Rin, tapi saya tak tahu macam mana nak mulakan. Serba tak kena saya bila memikirkan hal ini. Saya bimbang Rin tak dapat terima saya setelah mengetahui perkara yang sebenarnya. Cuma harapan saya agar hubungan kita tidak akan ada sebarang halangan yang dapat memisahkan kita. Saya tak sanggup Rin. Dan harapan saya semoga Rin dapat memahaminya.
Rin Sayang,
Cincin tu saya berikan adalah sebagai tanda perkenalan kita. Harap Rin sudi memakainya. Akhir kata sambutlah salam tulus ikhlas dari saya buat Rin.

Salam sayang,
A. Farzey Hakimi @ Kimi

'Kimi…?' aku termenung sekejap. Kimi mana pula ni. Takkan Kimi yang selalu telefon aku tu. Kalau betul kenapa dia tidak berterus-terang sahaja dihadapan aku. Ahhh bingung aku.
Bagaimana aku akan berhadapan dengannya nanti. Malu, geram, gembira dan bermacam perasaan lagi bermain difikiran aku. 'Kimi…' aku mengeluh. Dan akhirnya aku terlelap.

Hari ini aku memulakan tugas seperti biasa setelah bercuti seminggu. Lega rasanya kerana majlis kenduri abang Ngah berjalan lancar. Tapi satu perkara yang buat aku tak selesa. Aku rasa rimas bila semua saudara-mara aku termasuk mak dan ayah asyik memperli aku. Ini semua Farzey opps Kimi punya pasal. Eeeeee…
Sedang aku tekun menyemak kerja-kerja yang bertimbun di atas meja aku, telefon bimbit aku berbunyi. Kimi.. hisshh macam mana ni ? Aku mula rasa tak keruan. Sebelum ini aku rasa seronok bila menerima panggilan dari Kimi. Tapi sekarang aku tak tahu apa perasaan aku yang sebenarnya. Gembira, malu, geram…. Geram kerana aku hidup-hidup ditipu. Tapi aku rindukan dia…sungguh.
'Hello.. Assalamualaikum' aku menjawab salam yang diberikan. Aku mendiamkan diri. Tak tahu apa yang perlu dibualkan. Biasanya aku yang paling becok. 'Rin.. kenapa awak diam saja. Awak tak suka ke saya telefon awak ?'
'Err.. tak adalah' aku menjawab sepatah. 'Rin, awak dah minum ke belum ? Er.. kalau belum saya nak ajak awak keluar minum sama' aku hanya berdiam diri. Tak tahu apa yang harus aku lakukan. Setuju atau tidak. 'Emmm.. okaylah' akhirnya aku memberi persetujuan.
Aku hanya mendiamkan diri. Tak tahu apa yang harus aku borakkan. Farzey eh.. Kimi merenungku dengan senyuman. Renungannya menusuk ke hati aku. Berdebar-debar rasanya. Mamat ni tak sedar ke yang sekarang ni kat kami berada dalam kedai makan. Kalaulah orang lain terperasan akan kelakuan dia, tak ke naya.
'Rin ..' Kimi membuka bicara. 'Kimi minta maaf atas apa yang telah Kimi lakukan. Sebelum ni Kimi nak berterus terang tapi lidah ni rasa berat semacam. Kimi takut nanti Rin tak dapat terima Kimi. Tapi selepas pengakuan Rin hari tu, Kimi beranikan diri' terang Kimi panjang lebar. Aku hanya mendiamkan diri. Aku tengok Kimi resah menantikan reaksi aku.
'Rin .. kenapa tak pakai cincin yang Kimi bagi tu ?' aku segera melihat jariku. Memang aku sengaja tidak mahu memakainya. Ada ke bagi aku cincin tu macam tu ajer. Ingat aku ni materialistic. Aku memandang Kimi. Kimi semakin resah. Aku senyum. 'Malas nak pakai' Kimi terkejut mendengar kata-kataku. 'Jadi Rin… ' Kimi mengeluh berat. 'Kalau saya tahu begini akhirnya, dari awal lagi saya berterus terang dengan Rin. Rin … please Rin… jangan buat saya begini. Saya.. saya.. tak sanggup Rin' Kimi merayu.
'Awak buat saya macam tu sanggup pulak. Awak ingat saya tak ada perasaan. Saya rasa tertipu. Tak tahu saya hendak cakap macam mana.. tapi saya rasa sedih sangat' akhirnya terluah juga apa yang aku rasa. Kimi semakin resah mendengar kata-kata aku.
'Kalau tak ada apa-apa lagi, hantar saya balik ke pejabat' aku segera bangun tapi Kimi lagi cepat memegang tangan aku. 'Rin tolong saya Rin. Saya merayu pada awak. Saya betul-betul sayangkan awak' aku terpana.
Tapi aku cepat tersedar. 'Kimi… kita kat kedai ni' mujurlah masa ni tak ramai orang. Kimi masih lagi memegang tangan aku. Issshh mamat ni. Macam mana ni. Tak kan nak pegang tangan aku sampai ke petang.
'Kimi … please..' aku merayu pada Kimi sebelum orang lain perasan akan keadaan kami. 'Rin.. adakah saya dah tiada tempat dihati awak ?' Kimi memandangku sedih. Aku terdiam. Aku cuba menarik tanganku dari genggaman Kimi. Tapi tangannya labih kuat dari aku. Sakit rasanya.
Aku mengeluh perlahan. 'Kimi .. kalau dah jodoh kita akan bersama. Tapi buat masa sekarang berilah saya masa. Saya masih lagi tak dapat terima keadaan ini. Tapi satu perkara yang harus awak tahu.. saya masih sayangkan Kimi yang selalu telefon saya tu' Kimi terkejut. Aku segera berlalu menuju ke kereta.

Dua hari selepas kejadian tu aku menerima panggilan dari Kimi. Kimi mengajak aku keluar. Aku bersetuju. Aku sebenarnya rindu sesangat kat mamat ni. Hati aku dah lama Kimi curi, cuma aku sengaja nak uji dia macam mana. Dah ler mainkan aku, haa sekarang baru tahu. Aku mainkan dia pulak.
Kimi membawa aku ke Tasik Titiwangsa. Aku tengok mukanya sedih sangat. Kesian pulak aku tengok. Tak pernah dia macam ni. Aku rasa macam nak tergelak tapi aku tahankan. Kami mengambil tempat yang agak jauh dari orang ramai. Maklumlah hujung minggu ni ramai orang KL beriadah kat sini.
Lama kami mendiamkan diri. Akhirnya aku bersuara. 'Awak ajak saya keluar ni kenapa ? Kalau setakat nak duduk dan macam orang bisu saja baik kita balik' aku sengaja bersuara tegas. Buat-buat marah konon. 'Rin.. saya nak Rin berterus terang dengan saya. Dah dua malam saya tak dapat tidur memikirkan awak' Kimi bersuara perlahan.
Aku tersenyum. 'Lerr baru dua malam. Kenapa tak cukupkan sebulan' aku cuba membakar perasaan Kimi. Kimi merenungku tajam. Marah kot aku memain.
'Rin saya dah tak tahu nak cakap macam mana dengan awak, saya betul-betul ikhlas sayangkan awak. Awak sayangkan Kimi yang selalu telefon awak tapi kenapa awak tak boleh terima Kimi yang sebenarnya. Saya bingung Rin. Saya tak nak hubungan kita setakat ditelefon sahaja. Saya inginkan lebih dari itu' Kimi bersuara sedikit tinggi. Dia masih merenungku tajam.
'Awak nak apa. Kita tak ada apa-apa lagi tapi awak dah nak lebih' aku bersuara sedikit geram. 'Saya nak jadikan awak permaisuri hidup saya, Rin. Itulah impian saya semenjak saya mengenali awak. Saya tak pernah rasakan perasaan begini sebelum ini. Hanya dengan awak saya rasa berlainan sekali. Saya tak tahu nak terangkan macam mana. Yang saya tahu, saya gembira dan bahagia bila bersama awak' kata-kata Kimi yang lembut itu membuatkan aku terdiam.
Seronoknya… aku menjerit tapi dalam hati.
'Rin, saya betul-betul nak tahu kata putus dari awak. Kalau saya dah tiada peluang lagi untuk mendekati awak, saya akan mengundurkan diri. Saya dah tak tahu nak buat macam mana agar awak dapat memaafkan saya dan menerima saya' aik macam tu kerr. Cepat mengalah betul.
'Awak tak mencuba betul-betul. Macam mana saya nak terima awak' aku tersenyum perli. Kimi sedikit tersentak mendengar kata-kataku. Mukanya tergambar kehairanan. 'Rin awak jangan buat saya macam ni' alamak sayunya suaranya. Air muka Kimi berubah keruh.
'Saya rasa saya dipermainkan. Saya tahu sebelum ini saya bersalah. Tapi takkan saya tak ada peluang kedua untuk saya menebus kesalahan saya' ni yang buat aku lemah. Kesian pulak aku tengok dia macam tu.
'Sebelum ni saya tak cakap pun saya tak dapat terima awak' aku tersenyum. “Rin.. betul kerr..' wajah Kimi berubah ceria. Tiba-tiba Kimi memeluk aku. 'Kimi ..' aku terkejut. 'Oppss sorry Rin. Kimi rasa terlalu gembira. Maafkan Kimi' wajah Kimi berubah keruh semula. Takut aku marah ler tu. Akhirnya aku tergelak kecil melihat kelakuan Kimi.
'Rin, boleh Kimi tanya satu soalan ? Kimi membuka bicara setelah beberapa ketika kami mendiamkan diri. 'Apa dia ?' Kimi nampak teragak-agak. 'Errr Rin tak sudi ke pakai cincin yang Kimi beri tu' aku gelak. 'Kimi … sebenarnya Rin malu. Macam cincin tunang pulak rasanya' Kimi tersenyum penuh makna. 'Tunggulah, bulan depan sampailah rombongannya'
'Rombongan apa ?' aku terpinga-pinga. Kimi masih lagi tersenyum. Nakal. 'Rombongan meminanglah sayang. Rombongan apa lagi' 'Meminang ? Errr… bulan depan.. tapi..' aku tergagap-gagap. Rasa macam mulut aku bagai digam. 'Haa aa, lagipun Kimi dah bincang dengan mak, ayah dan abang Rin. Mereka semua setuju, cuma tunggu kata putus dari Rin saja' aku melopong mendengar kata-kata Kimi. Kenapa aku tak diberitahu.
'Rin tak cakap pun Rin setuju' hik..hik.. padan muka. 'Rin, tadi Rin dah setuju. Janganlah macam ni. Kimi dah tak sabar tau nak kahwin dengan Rin' Kimi bersuara tegas. 'Tak kira setuju atau tak, bulan depan Kimi hantar jugak rombongan. Enam bulan lepas tu kita kahwin' haaa.. kahwin. Cepatnya tapi … hati aku melonjak gembira. Cuma aku tak tunjukkan pada Kimi. Saja nak mendera sikit.
'Rin, please.. terima Kimi yerr. Kimi… Kimi..' wajahnya berubah redup kembali melihatkan aku hanya berdiam diri tanpa sebarang reaksi. Kimi merenung wajahku. Tajam tapi penuh kelembutan. Akhirnya aku tergelak. Tak tahan aku melihat wajahnya begitu. 'Rin … awak mainkan saya yerr.. ' lantas Kimi menghadiahkan satu cubitan dilenganku. 'Aduhhhh.. sakit lah.. awak ni. Awak tu lagi teruk. Memandai ajerr bincang dengan mak dan ayah saya. Kalau saya tak setuju macam mana. Baru padan muka' Kimi tergelak riang. 'Saya akan paksa jugak awak kahwin dengan saya' aku mencebik. Kimi mancapai tanganku.
'Aik lebih-lebih pulak. Kita tak ada apa-apa lagi tau' aku cuba menarik tanganku. 'Pegang tangan ajerr. Tak luak apa-apa pun' Kimi bersuara selamba. Akhirnya aku mengalah setelah tidak berjaya menarik tangan aku dari genggamannya. Kejap tapi lembut.

Suara riuh rendah masih lagi kedengaran di halaman rumah aku. Terdengar suara usikan dan senda gurau sanak saudaraku. Meriah rasanya. Mereka semua berkumpul untuk meraikan hari bersejarah dalam hidup aku. Tepat jam 11.00 pagi tadi aku telah disahkan menjadi suri hidup Kimi. Rasa macam mimpi pulak. Semasa Kimi mengucup dahi aku semasa majlis membatalkan air sembahyang, aku tahu aku tidak bermimpi. Air mataku menitis. Air mata gembira.
Aku jadi bahan usikan semua orang. Dari pagi hingga petang ada sahaja yang mereka katakan pada aku. Paling aku geram pada Abang Ngah. Tak habis-habis aku jadi mangsanya. Dahlah aku ni asyik berdebar-debar saja. Tak kan dia orang tak faham perasaan aku… gembira, takut, gementar memikirkan esok adalah hari persandingan aku.
Sedang aku diandam oleh Kak Niah, 'Rinnnn.. lawanya kau' terkejut aku. Aku dan Eita berpelukan. Eita bersama suami dan anaknya baru sahaja sampai dari KL. 'Rin, aku tak percaya kau akan kahwin juga akhirnya dengan secret admire kau. Tak sia-sia aku simpan rahsia si Farzey' Eita ketawa riang.
'Kau memang .. saja nak pekenakan aku' aku hanya mencebik. Eita masih lagi ketawa. 'Eh.. mana baby ? Dia tak nak tengok ker acik Rin dia bermekap' mata aku melilau mencari anak Eita. 'Ada dengan ayah dia. Kau bukan tak tahu, baby aku tu mana boleh berenggang dengan ayah dia' aku gelak. Aku seperti lupa sekejap segala keresahan aku menanti kehadiran Kimi untuk majlis persandingan.
'Okay Rin tengok apa lagi yang Rin nak tambah. Kak Niah rasa Rin ni dah lawa sangat' Kak Niah masih lagi menelek muka aku. Sambil tersenyum dia membaiki tudungku. Lincah sahaja tangan dia. Hias sana hias sini. Aku rasa macam tak percaya yang di dalam cermin tu adalah aku. Aku memilih warna biru cerah untuk majlis persandingan ini.
'Rin aku tengok kau lawa sangat hari ni. Tak percaya lak aku kawan aku seanggun ini. Untung Farzey. Dapat isteri lawa. Kan Kak Niah' Eita masih lagi nak mengusik aku. 'Haa aa Rin. Memang betul apa yang Nita cakap. Kalau Kak Niah ada adik lelaki, dah lama Kak Niah 'booking' Rin' Kak Niah dan Eita gelak melihat aku menarik muka 14 belas. Tapi akhirnya aku gelak sama. Aku tahu mereka hanya nak mengusik aku.
Pintu bilik aku diketuk. Mak aku menjenguk ke dalam. Aku tengok mak aku macam terkejut tapi mukanya penuh keceriaan melihat keadaan aku. 'Lawanya anak mak' mak segera duduk di birai katil memerhatikan aku. 'Eh Eita dah makan ke belum ?'
'Belum lagi makcik. Nanti sekejap lagilah. Saya nak tengok pengantin anggun dulu' mak tersengih mendengar pujian Eita. 'Eita, kau makan dengan aku ajelah. Tak adalah aku segan sangat nanti' mak mengiakan apa yang aku cakap.
'Rin, sekarang Rin dah sah menjadi isteri Farzey. Rin ingat apa yang mak dah pesan hari itu. Mak sebenarnya gembira sangat hari ini. Dapat lagi mak lihat Rin bersanding. Cantik pulak tu anak mak ni' aku tersenyum sambil menggenggam tangan mak. 'Mak jangan risau. Mak adalah contoh yang paling baik buat Rin. Rin akan buat apa yang mak buat pada ayah. Sebab Rin nak suami Rin sayang Rin seperti ayah sayangkan mak' mak tergelak kecil. Mengusap-ngusap kepala aku.
'Alaa mak ni, dia dah jadi isteri orang. Tak payah lah mak nak manjakan lagi puteri mak sorang tu' tiba-tiba saja abang Ngah berdiri kat muka pintu. Bila masa ntah dia kat situ. Menyibuk saja. 'Abang dengkilah tu. Orang nak manja-manja dengan mak pun tak boleh kerrr'. 'Nak manja dengan mak konon. Nanti suami Rin nak manja dengan siapa lak ? Kan merajuk dia. Siapa yang susah' abang Ngah masih lagi nak mengusik. Semua yang ada kat dalam bilik gelakkan aku.
'Mak tengok lah abang ni. Tak habis-habis kacau Rin' aku cuba meraih simpati mak. 'Dah la tu Ngah. Nanti menangis lak dia. Mak nak keluar ni. Kejap lagi rombongan sampai. Mak keluar dulu yer sayang' mak mengucup dahi aku. Sayu rasa hati aku. Abang Ngah tersenyum nakal. Tak tahu pulak aku apa makan senyuman dia tu. Macam senyuman nak kenakan aku saja. Mak menarik tangan abang Ngah keluar. Lega hati aku.
Kompang berbunyi. Tandanya pengantin lelaki dah sampai. Dup..dap..dup..dap. Aku makin berdebar. Rasa lemah seluruh badan. Mujur ada Eita dan Kak Niah yang menenangkan aku.
Lega rasanya majlis dah berlangsung dengan baik. Mak dan ayah tersenyum lebar. Gembira benar nampaknya. Abang Ngah lagilah seronok. Lagi pun dia bakal menjadi seorang ayah. Kandungan Kak Min sekarang dah masuk 6 bulan. Tak lama lagi aku akan jadi makcik. Tak sabar rasanya.
Selepas sembahyang Isyak, aku masuk ke dalam bilik untuk mengemas apa yang patut. Rasa semacam pulak bila melihat bilikku yang dihias cantik. Sedang aku mengemas baju-baju yang telah dipakai semasa majlis tadi ke dalam almari, aku terasa seperti ada orang disebelahku. Aku segera menoleh. Kimi.. bila masa pulak dia masuk. Tadi aku tengok dia tengah seronok berborak dengan ayah dan abang Ngah.
Kimi tersenyum memandangku. Aku rasa serba salah. Rasa tak selesa berada berduaan di dalam bilik. Aku hendak melangkah keluar tapi dengan pantas Kimi menghalang langkah kaki aku. Aku terpaku. Kimi masih lagi tersenyum.
'Sayang nak pergi mana ?' lemah lutut aku. Senyuman Kimi aku tengok lain sekali. Menawan betul. 'Errr nak keluar. Nak..err nak pergi dapur kejap' aku cuba mencari alasan yang munasabah. Muka aku, aku rasakan panas. Kimi mengamati muka aku. Aku tertunduk tak mampu melawan pandangan mata Kimi.
Kimi memegang tanganku lantas dibawa kemulutnya. Lama tanganku berada dimulut Kimi. Aku rasa menggigil seluruh badan. 'Rin, Kimi rasa bahagia sekali. Impian Kimi ehh.. abang terlaksana jua akhirnya. Abang bersyukur pada Tuhan kerana menemukan abang dengan Rin' aku hanya mendengar apa yang dikatakan Kimi. Rasa indah kata-kata Kimi yang lembut itu. Kimi menyentuh mukaku. Aku dapat rasakan hembusan nafas Kimi dimukaku.
Aku segera menolak sedikit badan Kimi menjauhi aku. 'Rin nak keluar. Panas lah kat bilik ni' Kimi tersenyum mendengar alasan aku. 'Kan ada kipas ni. Panas ke takut dengan abang ?' Kimi gelak nakal. Aku menuju ke pintu bilik. Kimi segera menghadang langkah ku. Kimi memelukku lembut. Tiba-tiba lampu bilikku dipadamkan….

Aduh sakitnya perut aku. Dah tiba masanya ker. Kalau ikut doktor lagi seminggu. 'Abanggg, tolong Rin' aku menjerit pada Kimi yang berada di bilik air. Kimi berlari mendapatkan aku. 'Kenapa sayang ?' cemas jer muka Kimi. 'Sakitnya perut Rin bangg' Kimi semacam terkejut. 'Dah masa ker.. sekejap abang pakai baju dahulu. Sabar yer sayang, nanti abang bawa Rin pergi hospital' Kimi mengucup dahi aku. Rasa hilang sedikit sakitnya.
Bila aku buka mataku, aku melihat mak, ayah dan juga mertuaku berada disamping aku. Mereka semua mengucapkan syukur kepada aku. 'Mak, mana abang Kimi ?' aku segera bertanyakan mak bila bayang suamiku tiada disisi.
Mak tersenyum. 'Ada kat luar. Dia kata nak bawa baby ke sini' aku mengganggukkan kepala. 'Emak dan abah bila sampai ?' aku bertanyakan pada mertuaku. 'Baru lagi Rin. Ingat nak datang awal sikit tapi kereta abah ni ha buat hal. Tayarnya pancit masa nak keluar rumah tadi' aku hanya tersenyum memandang mertuaku.
Pintu bilik dibuka dari luar. Kimi tersenyum memandang aku. Di dalam dakapannya bayi aku lena tidur. Aku segera menghulurkan tangan untuk menyambut bayiku. Air mata gembira menitis bila melihat wajahnya. Hilang segala rasa sakit. Kimi duduk dibirai katil disisiku.
Mak, ayah dan mertuaku memohon diri untuk keluar sekejap. Memberi peluang aku bersama suami dan anakku. Kimi mengucup dahi aku. Aku tersenyum memandang Kimi.
'Terima kasih sayang. Sayang telah hadiahkan abang hadiah yang cukup cantik. I love u so much' Kimi bersuara lembut. Senyuman bahagia terpamer dibibirnya. Tangannya menggenggam erat tanganku. Kebahagiaan yang kami bina bersama sudah terlaksana. Anugerah dari yang Yang Maha Kuasa.
Inilah hadiah istimewa.. Ain Syakira, khas buat suami tersayang…………
A. Farzey Hakimi Bin Ahmad Fuad
posted by Penulisan2u @ 2:29 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group