BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Januari 19, 2009
Cerpen : Anesha
Nama Pena : Maya Maisarah

Jamilah memerhatikan anak perempuan kecil yang berumur lebih kurang 7 tahun itu dengan penuh minat. Suaminya sedang sibuk berbincang dengan pegawai rumah kebajikan anak yatim Darul Ehsan menyatakan hasrat mereka hendak menjadikan Anesha sebagai anak angkat mereka. Sudah hampir 15 tahun mereka mendirikan rumahtangga namun usahanya untuk mendapatkan zuriat sendiri masih belum di perkenankan tuhan. Sudahnya Jamilah mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat.
"Encik berdua betul-betul ke berminat hendak mengambil Anesha sebagai anak angkat," ujar pegawai yang bernama Adila itu serius bila Encik Kamarul dan Puan Jamilah memilih Anesha.
"Kami ingin benar menjadikan Anesha sebagai anak kami," pujuk Kamarul.
Hampir setengah jam dia memujuk Puan Adila supaya membenarkan mereka mengambil Anesha sebagai anak angkat mereka. Namun Puan Adila seperti keberatan. Dia menyarankan supaya dia dan isterinya membuat pilihan yang lain.
"Tapi Anesha bukanlah anak yang normal dia hilang deria penglihatannya sejak dia berumur 4 tahun," terang Puan Adila. Bukan dia tidak mahu meluluskan permohonan Encik Kamarul dia mahu Encik Kamarul dan Jamilah tahu akan keadaan Anesha.
Encik Kamarul dan Puan Jamilah berpandangan sesama sendiri. Terperanjat dengan penjelasan Puan Adila.
"Saya beri peluang untuk Encik Kamarul dan Puan Jamilah berbincang dahulu, dalam masa 10 minit Encik Kamarul beritahu saya keputusan Encik Kamarul," ujar Adila seraya meninggalkan mejanya. Pintu di tutup dan dia berlalu menuju ke arah Anesha yang sedang leka bermain dengan tanah liatnya. Rambut anak comel itu dielus lembut.

*****

Seperti biasa setiap petang Anesha akan bersiar-siar atau beriadah. Walaupun dia tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Namun jauh di sudut hatinya dia bersyukur kerana masih ada orang yang sayang akan dirinya. Anesha tidak pernah menyesal akan nasibnya yang buta. Dia terhutang budi dengan jasa baik Puan Adila kerana membenarkan Anesha bekerja di Rumah Kebajikan Darul Ehsan dimana dia diasuh dan dibesarkan di sini. Kini giliran Anesha pula untuk berbakti kepada anak-anak yang senasib dengan dirinya. Anesha tidak mahu terus menerus terhutang budi dengan Puan Adila. Walaupun dia buta itu tidak bermakna dia tidak dapat menyumbang tenaga dan kemahiran yang pernah dipelajarinya di sini.
"Nisa jalan baik-baik, Nabiha tak ada hendak temankan Nisa jalan," pesan Jannah setelah dilihatnya Nisa hendak bersiar-siar sendirian.
"Tak apalah Jannah bukannya Nisa tak biasa jalan seorang lagipun Nisa tak pergi jauh cuma dekat dengan kawasan sini sahaja,"
"Ok balik cepat tau nanti ramai pula anak bujang mengurat Nisa nanti,"usik Jannah seraya tertawa kecil.
"Issh kesitu pulak dia, siapalah yang nak kan dengan gadis buta macam Nisa ni, kalau Jannah lainlah,"ujar Nisa merendah diri.
"Nisa kenapa cakap macam tu, orang yang tak suka Nisa, orang itu yang buta, bukan buta mata sahaja, buta hati," ujar Jannah ikhlas. Nisa seorang gadis yang berhemah tinggi dan baik budi perkertinya. Anisa seorang gadis yang cantik, memiliki kulit yang putih gebu, rambut yang ikal dan raut wajah yang cantik, sayang sekali dia tidak dapat melihat akan dirinya.
Anisa hanya mendiamkan diri bila Jannah mengusiknya. Dia tahu Jannah seorang sahabat yang baik.
"Nisa pergi dulu, jumpa lagi besok tau," ujar Anesha seraya berjalan perlahan menuju ke pintu. Anesha tidak perlukan tongkat untuk berjalan di sekitar kawasan rumah anak yatim ni kerana dia sudah arif selok belok kawasan sini. Kalau orang yang tidak tahu akan keadaan Nisa pasti mereka tidak menyangka bahawa gadis itu buta. Anesha berjalan seperti orang dapat melihat.


Affendy duduk menghirup teh tarik di warung tepi jalan di kaki bukit. Entah kenapa dia tergerak hati hendak berhenti sekejap dia pun tak tahu. Selama dia lalui jalan ini untuk menuju ke rumahnya belum pernah dia menyinggah ke warung berkenaan. Lagipun perjalanannya tidak berapa jauh sangat. Affendy memerhatikan sekeliling. Ramai juga yang singgah hanya untuk menghilangkan dahaga. Affendy mengalihkan pandangan ke arah jalan seberang dimana matanya terpaku tatkala terpandang seorang wanita cantik berbaju kurung sedang berjalan sendirian. Affendy memandang gadis tersebut dengan penuh minat.
"Kemana agaknya dia nak pergi senja-senja begini," bisik Affendy. Matanya melirik ke arah jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan kurang sepuluh minit pukul 7.00 malam.
Anesha tahu dia sudah terlewat, mungkin sekarang sudah hendak masuk senja. Anesha menyesal sendiri kerana tidak segera pulang seperti waktu selalu. Pasti Puan Adila risau kerana dia masih belum pulang. Langkah kakinya di percepatkan.
"Heh, awak tak nampak ke ada lubang besar depan awak, nasib baik saya cepat kalau tidak tentu awak dah terjatuh tadi,"ujar Affendy kasar lalu menarik lengan Anesha.
Anesha tersentak bila disergah, mengigil tubuhnya bila mendapat tahu dia hampir terjatuh dia dalam lubang seperti yang dimaksudkan oleh jejaka yang membantunya tadi.
"Maafkan saya, saya tak nampak," ujar Anesha tersekat-sekat, air matanya mengalir tanpa disedari.
"Awak tak nampak," soal Affendy. Dia berdiri betul-betul di hadapan gadis cantik itu.
Gadis itu tidak memandang tepat ke arahnya sebaliknya dia memandang ke hadapan seolah-olah tiada sesiapa berdiri di hadapannya. Affendy dapat melihat air matanya mengalir perlahan. Affendy beristifar bila menyedari silapnya dia merasa kasihan dengan gadis itu. Memang benar gadis di hadapannya itu tidak dapat melihat. Tetapi mengapa dia berjalan sendirian di waktu begini tanpa bantuan dari sesiapa.
"Maafkan saya, kenapa saudari jalan seorang diri, kalau terjadi apa-apa pada saudari nanti siapa yang susah, tentu keluarga saudari risau kerana saudari masih belum pulang lagi," ujar Affendy lembut tidak seperti mula-mula tadi..
Anesha tidak menjawab dia masih lagi dalam keadaan terkejut.
"Tak ada macam ni, saudari beritahu saya dimana saudari tinggal saya hantarkan saudari pulang," ujar Affendy bila Anesha hanya mendiamkan diri.
"Sssaya tinggal tak jauh atas bukit ni sahaja, rumah Kebajikan Darul Ehsan," ujar Anesha perlahan. Dia tahu pemuda yang membantunya adalah seorang yang jujur. Walaupun Anesha tidak dapat melihat dia dapat menilai keikhlasan seseorang itu melalui suaranya.
Affendy mendongak kepalanya cuba mencari papan tanda rumah kebajikan yang di maksudkan oleh Anesha. Benarlah seperti apa yang di katakan gadis itu rumah kebajikan tersebut diletak di atas bukit.

"Assalamualaikum,"
"Waalaikumsalam, Nisha pergi mana puas saya suruh budak-budak cari tadi," ujar Adila lalu mendakap tubuh Anesha. Risau hatinya bila bayang Anesha tidak kelihatan bila masuk senja. Selalunya 6.30 dia sudah membersihkan diri dan bersiap-siap untuk solat mahgrib di surau.
"Maafkan saya kak Ila, saya janji tak akan keluar dari sini lagi,"
"Terima kasih kerana menghantar Anesha balik, kalau tak kerana saudara pasti Anesha sesat entah kemana,"
"Kembali, itupun kebetulan saya perasan Nisha, lain kali jangan bersiar-siar seorang diri lagi,"pesan Affendy.
Anesha hanya mengangguk perlahan.
"Saya minta diri dulu,"ujar Affendy meminta diri. Dia menuju ke arah surau berdekatan untuk menunaikan solat mahgrib sebelum menyambung perjalanannya.


"Kata nak ke Bandar, masih belum siap-siap lagi,"ujar Faezah bila dilihatnya Anesha masih duduk termangu sedari tadi.
"Kak Nisa tak ada moodlah nak pergi," jawab Nisa sambil memeluk bantal.
"Alah, kak Nisa dah janji nak temankan Faezah carikan hadiah buat Fikri,"desak Faezah. Selalunya kak Nisa tak macam ni. Kalau sebut sahaja nak pergi Bandar pasti dia gembira.
"Kak Nisa sedih hatilah Faezah, kak Nisa tak sempat nak ucapkan terima kasih kepada tuan yang bantu kak Nisa semalam," ujar Nisa seraya mengeluh kecil. Dia menyesal kerana tidak berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada pemuda yang membantunya semalam.
"Oh tuan muda yang tampan tu ya, tak patut kak Nisa tak ucapkan terima kasih kepadanya, entah boleh jumpa dia lagi ke tidak," usik Faezah. Kebetulan semalam dia turut sibuk mencari Anesha. Bila dia ternampak Anesha di temani seorang pemuda yang tampan itu dia turut sibuk hendak tahu apa yang terjadi pada kak Nisa.
"Faezah, janganlah buatkan kak Nisa rasa bersalah lagi,"ujar Nisa muram. Dia berjanji tidak akan berjalan sendirian tanpa di temani sesiapa lagi. Takut berulang lagi kejadian seperti semalam.
"Alah kak Nisa berdoa sajalah supaya dapat bertemu lagi dengannya, insyallah kak Nisa dapat jumpa dengannya lagi, hah tapi kali ni jangan lupa ucapkan terima kasih padanya tau," pujuk Faezah seraya mendekati Nisa.


Kami berjalan dari satu kedai ke satu kedai mencari hadiah yang sesuai buat Fikri. Lenguh juga kaki Nisa mengikut rentak Faezah. Banyak juga barang yang di belinya di Bandar tadi. Nisa beli sepasang baju kurung baru berwarna biru laut dan selendang dari warna yang sama. Faezah yang memilih katanya Nisa kelihatan ayu bila setiap kali memakai baju kurung.
"Kak Nisa penatlah Faezah, kita pergi minum air dulu ok,"cadang Nisa bila kakinya mula terasa sengal akibat terlalu banyak berjalan.
"Erm ok juga kan, marilah," ujar Faezah seraya menarik lengan Nisa perlahan.
"Saya baik mama, sekejap lagi saya sampailah ke rumah, mama ada masak makanan kegemaran saya tak,"
Langkah Nisa terhenti sebaik sahaja terdengar suara yang amat dikenali tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
"Faezah, nanti sekejap,"
Faezah merasa hairan bila Nisa tiba-tiba menyuruhnya berhenti.
"Kenapa kak Nisa,"
"Suara tu kak Nisa macam kenal,"
"Suara siapa," soal Faezah kurang pasti.

"Mama jangan risau kali ni saya duduk lama di sini, mungkin sampai Amirul balik,"
"Faezah dengar tak, rasa kak Nisa sebelah sana," ujar Nisa seraya menunjuk ke arah tempat suara itu.
Faezah menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh Nisa. Dia tersenyum sebaik sahaja terpandang si empunya suara yang dimaksudkan oleh Nisa.
"Kak Nisa, abang semalam tu ada kat sini," ujar Faezah ceria. Tak sangka boleh bertemu kembali dengan pemuda yang membantu Nisa semalam.
"Kak Nisa tunggu sini ok, biar saya panggil dia," pesan Faezah seraya berlalu mendapatkan pemuda tersebut.
Nisa merasa syukur kerana berpeluang untuk mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu.

"Assamualaikum,"
"Waalaikumsalam,"
"Abang masih ingat saya lagi,"
Pemuda itu memandang wajah gadis manis di hadapannya cuba mengingati dimana dia pernah lihat atau bertemu dengannya.
"Tak ingat ke, semalam kat rumah Darul Ehsan," ujar Faezah cuba membantu pemuda tersebut mengingatinya.
"Oh ye semalam, maaf abang ni pelupa sikit orangnya," ujar Affendy seraya tersenyum.
"How is she, masih suka berjalan seorang diri lagi ke,"usik Affendy.
"Kenapa tak tanya pada empunya diri sendiri,"ujar Faezah sambil tersenyum.
"Kak Nisa ada kat sini, dimana,"soal Affendy cuba mencari kelibat Nisa. Matanya terpandang Nisa yang berdiri tidak jauh dari mereka.
"Kita nak minum kat restaurant sana, abang join kita lah, lagipun kak Nisa tu sejak semalam asyik tanyakan pasal abang, katanya menyesal kerana tidak berkesempatan hendak mengucapkan terima kasih atas jasa baik abang," ujar Faezah ramah.
"Betul ke, tapi kenapa dia diam sahaja semalam," soal Affendy. Dia sedar Nisa semalam hanya mendiamkan diri. Mungkin terperanjat dengan apa yang berlaku.
"Alah malu lah agaknya tu,"usik Faezah sambil ketawa kecil.
Affendy turut ketawa. Kejadian semalam masih segar di ingatannya. Wajah cantik Nisa hingga kini masih belum dapat di lupakannya.
"Assamualaikum,"
"Waalaikumsalam," jawab Nisa sambil tersipu malu. Dia agak gugup bila berhadapan dengan pemuda yang pertama kali memarahinya dan dalam masa yang sama menyelamatkannya.
"Faezah cakap cik Nisa hendak bertemu dengan saya," ujar Affendy matanya tidak lepas dari menatap wajah ayu milik Nisa.
"Eh duduklah, abang nak air apa biar Faezah orderkan,"
"Teh tarik satu, dan Nisa,"
"Kakak pun sama Faezah,"
Faezah berlalu ke kaunter untuk memesan minuman. Affendy sengaja tidak bersuara dia memberi peluang untuk Nisa memulakan bicara.
"Terima kasih kerana menyelamatkan saya semalam, kalau tak kerana tuan mungkin saya tiada lagi di dunia," ujar Nisa perlahan tetapi cukup jelas di pendengaran Affendy.
"Allah gerakan hati saya untuk membantu Nisa," jawab Affendy. Hatinya tertarik benar dengan Anesha. Kali pertama dia memandang wajah gadis itu. Dia sudah jatuh hati.
"Hah, dah ucap terima kasih," ujar Faezah seraya meletak dua gelas teh tarik di atas meja.
Faezah membantu Anesha dengan memberi gelas tersebut kepadanya.
"Terima kasih,"
"Nama abang siapa, semalam lupa pulak nak tanya nama abang," soal Faezah tiba-tiba.
"Panggil saja abang Long," jawab Affendy ringkas dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
"Eh tak glamernya panggil abang long aje,"ujar Faezah seraya tersenyum sebaik sahaja mendengar namanya.
Fendy turut tersenyum. Dia sengaja tidak mahu memberitahu namanya. Anesha disebelah Faezah turut tersenyum. Namum bagaimanapun dia cukup senang mendengar suara abg long dan tutur bicaranya.
Nisa hanya mendiamkan diri sedari tadi. Tidak tahu hendak berbual apa dengan jejaka yang mengelarkan dirinya abang long. Maklumlah inilah kali pertama dia berbual dengan lelaki yang tidak dikenali. Selalunya Nisa hanya berbual dengan pegawai-pegawai di Darul Ehsan dimana Nisa sudah biasa dengan mereka.
"Saya minta diri dulu kerana ada urusan, nanti bila senang saya jumpa dengan awak berdua lagi, assalamualaikum," ujar Affendy. Sebenarnya dia sudah berjanji dengan ibunya dia akan pulang awal. Maklumlah ibunya tidak sudah-sudah menelefon supaya dia pulang lekas. Rindu benar dia dengan Affendy.
"Waalaikumsalam," jawab mereka berdua serentak. Affendy melangkah meninggalkan Anisa dengan Faezah. Namun sempat juga dia menoleh ke arah Nisa dan meminta agar gadis itu membuahkan senyum padanya. Namun hampa kerana Anesha sendiri tidak dapat melihat akan dirinya.
"Hah sekarang kak Nisa dah lega ke belum, dari tadi Fiza tengok kak Nisa asyik tersenyum aje, ingatkan abang long ke," usik Fiza bila dilihatnya Nisa sudah mula tersenyum, kalau tidak sedari tadi payah asyik merungut tentang kesilapannya kerana tidak mengucap terima kasih kepada abang Fendy.
"Barulah lega hati kak Nisa, kata orang tua-tua hutang emas boleh di bayar hutang budi di bawa mati,"
Faezah hanya menganggukkan kepalanya bersetuju dengan pendapat Nisa.



Affendy menyandarkan badannya di birai katil. Fikirannya melayang jauh kepada gadis bernama Nisa. Senyuman si gadis masih belum dapat dia lupakan. Belum pernah Affendy terpaut hati pada mana-mana gadis dengan hanya pandangan yang pertama.
"Hah kenapa senyum-senyum sorang ni, teringatkan seseorang ke," tegur Puan Hasnah bila dilihatnya anak bujangnya yang seorang sedang tersenyum-senyum sendiri hingga kehadirannya tidak disedari olehnya.
"Eh mama, Fendy tak perasan mama masuk tadi," ujar Affendy seraya membetulkan duduknya.
"Fendy ingatkan siapa ni," soal Puan Hasnah. Jarang sekali dia melihat Affendy duduk berkhayal.
"Fendy ingatkan Amirul," jawab Affendy cuba mengelak dari di tanya oleh mamanya.
Puan Hasnah tersenyum sebaik sahaja mendengar jawapan dari Fendy. Dia tahu bukan itu sebabnya Fendy berkhayal pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikannya.
"Pasal Amirul,"soal Puan Hasnah hairan.
Affendy menganggukkan kepalanya.
"Bukan pasal kekasih hati," soal Puan Hasnah lagi.
Affendy terdiam. Tidak mengeleng mahupun mengiyakan soalan mamanya. Dia sedar dia tidak dapat mengelak dari soalan Puan Hasnah. Sememangnya mamanya itu memang cekap. Tapi buat masa ini dia tidak mahu memberitahu Puan Hasnah mengenai Anesha kerana ia terlalu awal untuknya menceritakan tentang gadis idamannya kepada Puan Hasnah.
"Bukan Fendy tak hendak beritahu mama, cuma Fendy belum lagi meluahkan isi hati Fendy kepadanya," jawab Fendy segan-segan. Maklumlah dia belum lagi bersedia untuk berbual secara terbuka dengan mamanya. Sungguhpun dia hanya anak angkat kepada Puan Hasnah namun layanan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi yang dicurahkan kepadanya membuatkan Fendy terlupa bahawa dia hanyalah seorang anak angkat kepada Puan Hasnah. Affendy terhutang budi kepada Puan Hasnah dan arwah Datuk Masran. Merekalah yang selama ini memberikan sepenuh kasih sayang kepadanya. Begitu juga Amirul adiknya. Mereka tidak pernah membeza-bezakan antara Affendy dan Amirul. Kedua-duanya anak mereka. Jasa baik mereka berdua tak akan Affendy lupakan.
"Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang, mama percaya gadis itu pasti menerima cinta Fendy kerana anak mama yang seorang ni bertanggungjawab dan penyayang orangnya," puji Puan Hasnah seraya tersenyum.
Pujian dari mamanya itu cukup membuatkan Affendy tersenyum. Memang itu niatnya sejak kecil akan membalas jasa baik keluarga Puan Hasnah selagi dia berdaya.
"Fendy rehatlah lama sikit, selama ni Fendy terlalu sibuk bekerja hingga jarang sekali balik bertemu dengan mama, mama kesunyian tanpa Affendy,"
"Mama ni, tak lama lagi anak manja mama dah nak balik pasti mama dah lupakan Fendy,"usik Affendy. Dia tahu dia jarang sekali meluangkan masa bersama mamanya kerana terlalu sibuk dengan pekerjaannya. Amanat arwah papanya masih utuh di ingatan supaya menjaga mama dan Amirul dengan baik. Affendy tidak pernah lupa.


Sebaik sahaja dia menunaikan solat zohor. Anesha menuju ke bengkel di mana di banyak menghabiskan masa membuat pasu bunga dan tembikar. Hampir seminggu bengkel itu tidak dikunjunginya. Hari ini dia punya masa yang terluang. Anesha mengambil sebahagian tanah liat yang sudah dibancuhnya awal tadi ke atas meja khas dimana dia akan cuba membentukkan tanah liat itu kepada pasu ataupun tembikar. Hasil kerja tangan Anesha sering di kagumi ramai orang. Banyak juga pasu-pasu yang dihasilkannya di jual di pasar seni di atas pertolongan Puan Adila. Dan hasil dari jualan pasunya Anesha dermakan kepada tabung rumah kebajikannya. Anesha hanya suka-suka sahaja dan tidak menyangka pasunya mendapat sambutan dari pengunjung pasar seni. Anesha memang kreatif. Sejak kecil lagi dia sudah menunjukkan minatnya terhadap membentuk sesuatu object itu dari sesuatu benda yang dipegang dan cuba membentukkannya seperti bentuk object yang dipegangnya tadi.
Kali ini Anesha ingin menghadiahkan sesuatu buat insan yang teristimewa. Jari jemarinya yang halus itu menyapu tanah liat yang sudah menjadi pasu bunga dengan sedikit air supaya dia dapat membentukkannya kepada corak yang Anesha kehendaki. Kalau sesiapa melihat hasil kerja tangannya tidak akan percaya bahawa orang yang membuat pasu tersebut adalah seorang yang tidak dapat melihat. Anesha hanya mengikut naluri hatinya untuk menghasilkan pasu-pasu yang cantik. Anesha meraba pasu itu dari atas hingga ke bawah cuba memastikan bahawa tiada apa yang mencacatkan pasu itu. Anesha tersenyum puas setelah mendapati pasu tersebut sudah sedia untuk dikeringkan seterusnya diberikan kepada yang istimewa.



"Kak Nisa, abang Long ada disini, Puan Adila nak jumpa dengan kak Nisa" ujar Faezah tercungap-cungap kerana penat berlari ke sana kemari mencari Anesha.
Anesha yang sedari tadi asyik membelek pasu buatannya tersentak bila Faezah mengatakan jejaka yang disenangi dalam diam datang berkunjung.
"Abang long datang," ulang Anesha. Gembira bercampur hairan. Apa tujuan abang long datang ke mari.
"Cepatlah kak Nisa dia sekarang berada di bilik puan Adila," ujar Faezah sambil memimpin Anesha. Berdebar-debar juga hatinya hendak berdepan dengan abang long. Nisa sendiri tidak tahu kenapa dia berperasaan sedemikian bila setiap kali orang mendengar Faezah menyebut abang long. Apa yang Nisa tahu hatinya berbunga riang bila nama abang long disebut. Entahlah adakah ini dinamakan cinta? Tapi adakah abang long berperasaan sedemikian terhadap dirinya atau sebaliknya? Nisa berdialog sendiri. Nisa merasa rendah diri, dia sedar akan kekurangannya.
Faezah mengetuk pintu bilik puan Adila berserta memberi salam kepadanya. Affendy dan Puan Adila menyambut salamnya serentak. Affendy yang duduk tidak jauh dari Puan Adila memandang tepat ke wajah gadis yang dirinduinya.
"Terima kasih Faezah, awak boleh sambung kerja awak," ujar Puan Adila serius. Tanpa banyak soal Faezah meninggalkan Anesha bersama Puan Adila dan Affendy.
"Tujuan saya memanggil Anesha kerana tuan kita ni ada hajat untuk Anesha," Puan Adila memulakan bicara.
"Hajat," bisik Anesha dalam hati. Hajat apakah yang dimaksudkan oleh Puan Adila.
"Maksud kak Adila," soal Anesha ingin tahu apakah hajat abang long yang sebenarnya.
"Kak Adila serahkan perkara ini pada tuan kita ni," ujar Puan Adila seraya memandang kearah anak muda yang duduk berhadapan dengannya.
"Abang long berhajat untuk membiayai perbelanjaan pembedahan mata Anesha," ujar Affendy tenang dan lancar.
Anesha terdiam. Dia tahu abang long ikhlas ingin membantunya. Tapi kenapa abang long begitu baik padanya. Abang long yang menyelamatkan nyawanya tempoh hari dan kali ini pula dia ingin membiayai kos bagi untuk memulihkan penglihatannya.
"Saya minta maaf sekiranya hajat saya ni agak keterlaluan untuk Anesha menerimanya, kalau Anesha tidak sudi saya hormati keputusan Anesha,"ujar Affendy bila Anesha tidak menjawab. Dia sedar kerana tidak berlaku adil pada Anesha. Dia tidak terlebih dahulu berbincang dengan Anesha sebelum membuat keputusan bertemu dengan Puan Adila. Affendy sedar akan kesilapannya tapi sudah terlambat kerana mungkin gadis itu sudah tawar hati kerana bertindak demikian.
Puan Adila menoleh ke arah Affendy bila Anesha tidak bersuara samada dia setuju atau tidak.
"Saya fikir ada baiknya Anesha dan Affendy berbincang dahulu, saya minta diri sekejap," ujar Puan Adila memberi privacy kepada mereka berdua. Sebaik sahaja pintu ditutup. Affendy menoleh kea rah Anesha dan menanti jawapan dari Anesha dengan penuh debaran.
"Saya terima cadangan abang Long, cuma saya perlukan penjelasan yang sebenar daripada abang long, kenapa abang long mengambil keputusan hendak membantu Anesha," jawab Anesha.
Affendy menarik nafas dalam. Anesha mahukan penjelasan. Patutkah dia memberitahu Anesha tentang isi hatinya pada gadis itu? Bagaimana reaksi Anesha sekiranya dia memberitahu bahawa dia mahu memperisterikan Anesha sebaik sahaja matanya pulih, adakah Anesha akan menerimanya? Semalaman Affendy memikirkan segala kemungkinan yang bakal dia terima sekiranya dia mengambil keputusan untuk memulihkan penglihatan Anesha.
"Abang long hendak menjadikan Anesha sebagai suri hidup abang long," ujar Affendy perlahan namun dia amat jelas di pendengaran Anesha.
Anesha menahan sebak sebaik sahaja mendengar penjelasan ikhlas dari abang long. Tanpa dapat di tahan air matanya mengalir perlahan.
Affendy sudah bersedia menerima apa pun keputusan dari Anesha samada ada yang baik ataupun yang buruk. Dia tidak mahu memaksa Anesha atau mengambil kesempatan ke atas diri Anesha. Sekiranya Anesha berubah hati setelah penglihatannya pulih Affendy tidak akan memaksa Anesha untuk menerimanya. Sekurang-kurangnya Anesha dapat menjalani kehidupannya seperti orang lain. Dapat menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Itu hajatnya yang sebenar selain ingin menjadikan Anesha sebagai isterinya.
"Abang long bagi Nisha masa untuk memikirkannya, jangan kerana hajat abang long ini Nisha memaksa diri untuk menerimanya, abang long tidak memaksa dan Nisha tidak perlu merasa terhutang budi di atas pertolongan abang long ini, Assalamualaikum," ujar Affendy.


Affendy tidak sabar hendak ke Darul Ehsan bila dia menerima panggilan telefon dari Puan Adila yang mengatakan Anesha menerima dan bersetuju dengan cadangan Affendy. Puan Adila ada mengatakan bahawa Anesha ingin bertemu dengannya. Selepas solat subuh dia tidak berjogging seperti selalu. Awal-awal lagi dia sudah bersiap.
"Awal Fendy hari ni, nak kemana,"soal Puan Hasnah hairan melihat Fendy berpakaian casual tidak memakai track dan t-shirt seperti selalu.
Affendy tidak menjawab malah tersenyum. Dia menghampiri mamanya dan memeluknya dari belakang.
"Sayang mama," ujar Fendy manja.
"Sayang mama ke sayang kekasih hati," usik Puan Hasnah.
Usikan Puan Hasnah membuatkan Affendy tersengih.
"Insyallah dalam masa terdekat ni Fendy akan kenalkan mama kepada bakal menantu mama," ujar Fendy seraya tersenyum lagi.
"Alhamdullilah, kalau boleh mama ingat nak jumpa mak bapak dia cepat-cepat dan kalau ada rezeki ingatkan mama nak buat majlis pertunangan Fendy dan kenduri Mirul balik sama hari," ujar Puan Hasnah turut gembira mendengar berita dari anaknya itu. Dia tahu Affendy pasti akan menyatakan hasrat ingin berumahtangga kepadanya dalam masa terdekat ini.
Affendy tersenyum kelat. Dia tidak pasti samada dia patut merasa gembira kerana mamanya bersetuju atau sebaliknya. Mamanya masih belum mengetahui tentang Anesha kerana Affendy tidak pernah menceritakan tentang gadis itu kepada mamanya.
"Mama," ujar Affendy.
Puan Hasnah memandang anaknya.
"Nasib Anesha lebih kurang sama dengan Fendy, cuma nasib Fendy lebih baik berbanding dengan Anesha, dia dibesarkan di rumah anak yatim Darul Ehsan dan sekarang bekerja secara sukarelawan di sana dan lagi Anesha hilang deria penglihatannya sejak dia berumur 4 tahun lagi," terang Fendy.
Puan Hasnah terdiam seketika. Dia menarik kerusi lalu duduk.
"Jadi kita uruskan pembedahan ke atas matanya secepat mungkin," ujar Puan Hasnah secara tiba-tiba cukup membuatkan Affendy tersentak.
"Betul mama tak kisah tentang pilihan Fendy,"soal Fendy ingin tahu.
"Fendy mama tak kisah semua itu yang penting Fendy bahagia, mama terima menantu mama seadanya," ujar Puan Hasnah. Tiada apa yang lebih penting buat dirinya melihat Fendy gembira dan bahagia. Selama ini Fendy tidak pernah meminta apa-apa darinya mahupun arwah ayahnya. Fendy pandai berdikari dan seorang anak yang bertanggungjawab.
"Terima kasih mama,"ujar Fendy seraya mendakap mamanya erat. Air mata Puan Hasnah mengalir perlahan menahan sebak.
"Pergilah Fendy, uruskan semuanya segera tentang persiapan pertunangan Fendy akan mama uruskan," ujar Puan Hasnah sambil tersenyum.


Jantung Anesha berdegup kencang bila Puan Adila ada menyatakan bahawa abg Long akan menemuinya sebentar lagi. Anesha sengaja tidak mahu ke bilik Puan Adila. Dia mahu duduk di taman sementara menunggu jejaka yang berjaya memikat hatinya. Di sebelah tempat dia duduk terdapat sebuah kotak berisi pasu yang sudah Anesha siapkan khas untuk Affendy. Dia tidak tahu apa yang harus di bualkan sekiranya Affendy ada bersamanya.
"Fiza, kak Nisa nak tanya macamana rupa abang long," soal Anesha ingin tahu.
"Kak Nisa nak tahu ke," soal Fiza mengusik.
Anesha tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya.
"Hmm abang long tampan orangnya kak, tinggi, berkulit sawo matang dan mukanya macam Keanu Reeves," ujar Fiza cuba membayangkan bagaimana rupa abg long. Siapa yang tidak terpikat bila terpandang wajah abg long. Orangnya segak tampan dan bergaya. Anak orang kaya barangkali.
"Macam Keanu Reeves, Fiza macam kak nisa tahu macamana rupa Keanu Reeves," jawab Nisa seraya tersenyum. Dia tidak mementingkan rupa. Yang penting abg Long seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. Dari tutur katanya Anesha tahu bahawa dia seorang lelaki yang memiliki ciri-ciri tersebut.
"Opps sorry," ujar Fiza seraya mengekek kecil.
"Tapi kan kalau kak Nisa tak berkenan jangan lupa recommendkan Fiza pada abg long okay," usik Fiza lagi.
"Mana boleh kak Nisa tetap memilih abg long tak kiralah macamana rupanya macam Keanu reeves atau sesiapa, kak Nisa hanya mahukan seseorang yang beriman dan dapat memberi sepenuh kasih sayang pada kak Nisa," ujar Nisa.
"Wah, romantiknya kak Nisa ni ye, tak sangka, beruntunglah abg long kerana mendapat seorang isteri yang baik macam kak Nisa ni,"
Anesha hanya tersenyum malu mendengar komen Faezah. Affendy turut tersenyum bila mendengar perbualan mereka. Bukan dia sengaja hendak curi dengar. Tapi oleh kerana perbualan mereka itu berkenaan dirinya dia ingin sekali mengetahui pandangan Faezah mengenai dirinya.
"Faezah, agaknya apa yang membuatkan abg long tertarik pada kak Nisa,"
"Senyuman manisnya," celah Affendy lalu mendekati mereka.
Faezah dan Anesha tersentak. Faezah menoleh kebelakang dia menutup mulutnya dengan telapak tangan bila melihat Affendy berdiri betul-betul di belakang kerusi dimana mereka duduk. Affendy membuah senyum. Anesha tidak keruan mukanya merona merah menahan malu. Dia kenal itu suara abg long.
"Itu saja ke abg long, senyuman Faezah pun manis juga kenapa abg long tak pilih Faezah," usik Faezah tersipu-sipu.
"Kenapa abg long tak pilih Faezah, hmm kerana Faezah ada Fikri," jawab abg Long cukup membuatkan Faezah terperanjat katak.
"Macamana abg long tahu," soal Faezah.
"Abg long kan ke selalu kemari dan solat kat surau sini tentulah abg long kenal Fikri, dan Fikri yang beritahu abg long tentang Fiza," terang Abg Long seraya duduk di kerusi berhadapan dengan mereka. Matanya melirik kea rah Anesha yang hanya tersenyum mendengarnya. Gadis itu tetap kelihatan Ayu.
"Ahh..Fikri,"ujar Faezah seraya mengetap bibirnya. Geram kerana secara terang-terangan memberitahu abg long tentang dirinya.
Anesha dan Affendy ketawa serentak.
"Dah lama tunggu,"soal Affendy bila tawa mereka reda.
"Tak lama," jawab Anesha malu.
"Sebelum Nisa terlupa, Nisa ada hadiah untuk mama abang," ujar Anesha seraya meraba sebelah kanannya dimana pasu buatannya di simpan ke dalam kotak.
"Terima kasih, abang tak ada apa nak beri kepada Anesha,"
Fendy terasa segan sendiri kerana tidak membawa buah tangan untuk Anesha.
"Tak apa bang, pemberian Nisa tak seberapa jika hendak dibandingkan dengan abg," jawab Nisa tersenyum lagi.
Mereka berdua mendiamkan diri seolah-olah memikirkan soalan yang seterusnya. Kekok rasanya bila perbualan mereka di dengar oleh Faezah.
Fiza seakan mengerti mereka perlukan privacy untuk berbual. Fiza menuju kea rah kerusi yang tidak jauh dari mereka untuk menemani Anesha. Anesha sudah berpesan jangan tinggalkannya. Nasib baik dia bawa buku untuk mengisi masa terluang.
"Terima kasih kerana Anesha sudi memberi ruang di hati Nisa untuk abg," ujar Affendy.
"Kenapa abg cakap macam tu, Nisa yang sepatutnya berterima kasih kepada abg kerana sudi menjadikan Nisa sebagai suri dalam hidup abg, Nisa tidak ada sesiapa di dunia ini selain kak Adila dan para penghuni Darul Ehsan, merekalah keluarga Nisa selama ini," ujar Anesha sebak.
Affendy hanya mendengar keluhan Anesha dengan simpati kerana Fendy juga pernah suatu ketika menjadi penghuni di salah sebuah rumah kebajikan anak yatim. Dia beruntung kerana Puan Hasnah dan suaminya Encik Kamarul mengambilnya sebagai anak angkat ketika dia berusia 9 tahun. Ketika itu Puan Hasnah memang sudah mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 5 tahun.
"Abg janji tidak akan sia-siakan hidup Nisa selagi nyawa di kandung badan," janji fendy kepada Anesha. Dia teramat sayangkan Nisa dan berdoa agar jodohnya dengan Anesha akan di perkenankan tuhan.


"Syukur kerana tiada complication di urat sarafnya, kami cuma perlu membuat pemindahan tisu dari cornea mata Anesha kerana Anesha bukan di lahirkan buta, masih ada harapan lagi untuk memulihkan penglihatannya,"ujar Doktor Azman seraya meneliti filem dari hasil x-ray yang diambil tiga hari lepas. Hasil dari x-ray tersebut menunjukkan mata Anesha dapat dipulihkan dengan melakukan pembedahan dengan kaedah pemindahan tisu.
Anesha dan Fendy tersenyum gembira kerana menurut Dr Azman lagi sekiranya kajian dan x-ray sudah dijalankan tidak menunjukkan tanda kesukaran mereka akan menjalani pembedahan ke atas mata Anesha minggu depan.
"Saya sudah tetapkan tarikhnya 29 ni untuk pembedahan Anesha," ujar Dr Azman seraya mencatat sesuatu di diarynya.
"29," ujar Affendy ingin mendapat kepastian dari Dr Azman.
"Ya 29 haribulan,"
"Boleh Dr tetapkan pada hari lain," ujar Affendy lagi.
Dr Azman tidak menjawab dia meneliti diarynya dan mengelengkan kepalanya.
"The next available date would be next month 7 Oct,"
Oct. Terlalu lama. Dia bercadang hendak memperkenalkan Anesha kepada mamanya awal bulan oct dan mamanya hendak mengadakan majlis pertunangannya pada 12 haribulan dua hari selepas Amirul pulang.
"Kenapa bang," ujar Anesha dari nada suara Affendy dia dapat merasakan bahawa Affendy seakan keberatan.
"I won’t be around during that time, I had an important meeting in Vanice and only be back the next day 30th," terang Affendy. Dia mahu memastikan bahawa dia hadir semasa pembedahan itu dijalankan. Anesha memerlukannya.
"Tak apalah bang, Faezah boleh menemani Anesha, pekerjaan abang penting, lagipun abang balik 30 haribulan," pujuk Anesha lembut. Dia tahu hati Affendy berbelah bagi. Anesha tidak mahu membebankan Affendy. Lagipun Affendy pulang ke tanahair pada sehari selepas pembedahannya.
"Betul Anesha izinkan abang pergi," ujar Affendy.
Anesha menganggukkan kepalanya walaupun terasa berat untuk melepaskannya pergi.


Anesha merasakan hidupnya tiada erti lagi tanpa Affendy. Anesha menangis semahu-mahunya bila mendapat berita dari Dr Azman mengenai tragedi yang menimpa insan yang disayanginya. Berhari-hari Anesha berendam air mata mengenangkan nasibnya yang malang. Dia menyalahkan dirinya kerana memaksa Affendy pergi walaupun hatinya begitu berat untuk melepaskannya pergi. Kini Affendy tiada lagi disisinya. Tiada lagi kedengaran suara Affendy memberinya semangat dan dorongan supaya dia tabah menjalani pembedahan tersebut sebelum Affendy berangkat ke Italy.
"Kak Nisa, sabarlah kak Nisa berdoalah agar abg long ditempatkan dalam golongan orang yang beriman," pujuk Faezah seraya mengusap rambut Anesha perlahan. Faezah simpati dengan nasib yang menimpa Anesha. Dia dapat merasakan betapa pilunya hati Anesha bila mendapat berita kematian abg long. Insan yang banyak memberinya dorongan dan sokongan kepada Anesha.
Anesha hanya membatukan dirinya. Tiada lagi air mata yang dapat dicurahkan. Dia menangis didalam hati.
"Kenapa abg long tinggalkan kak Nisa, Faezah bukankah dia berjanji hendak menjaga kak Nisa," ujar Nisa pilu.
"Tuhan lebih menyayanginya kak Nisa," jawab Faezah cuba menahan airmatanya dari merembis keluar. Dia tahu Anesha terlalu sayangkan abg long begitu juga abg long. Malah abg long sudah berjanji akan ketemukan Anesha kepada mamanya sebaik sahaja Anesha pulih dan akan menetapkan hari pertunangan mereka dalam masa terdekat ini.
Ajal, maut, pertemuan di tangan tuhan, kita hanya boleh merancang tuhan yang menentukan.



Amirul duduk termenung di luar jendela. Fikirannya kosong, sekosong hatinya. Dia seperti tidak percaya abangnya kini tiada lagi. Seakan baru semalam Amirul mendengar suaranya dan dapat berbual dengannya. Abangnya begitu ceria bila dia menyatakan bahawa dia akan pulang awal dari hari yang ditetapkan. Tak sabar rasanya ingin bersua kembali setelah berapa tahun Amirul berada di Australia menamatkan pengajiannya dalam jurusan engineering. Amirul rapat dengan Affendy. Sejak kecil terlalu akrab, sekolah bersama dan meminati sukan yang sama. Cuma bila mereka meningkat dewasa mereka terpaksa berpisah kerana Amirul ingin melanjutkan pelajarannya ke luar negeri manakala Affendy hanya melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan. Bukan dia tidak berkelayakan. Layak. Dia tidak sampai hati hendak meninggalkan mamanya sendirian. Begitulah besarnya hati Affendy. Amirul tidak pernah merasa cemburu bila mamanya selalu memuji Affendy. Pada Amirul, Affendy seperti abang kandungnya sendiri. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membuatkan Affendy gembira namun dia tidak berkesempatan kerana Affendy tidak pernah memberinya peluang berbuat demikian. Amirul berterima kasih kepada tuhan kerana memberinya seorang abang yang sebaik dan bertanggungjawab seperti Affendy. Tuhan lebih menyayanginya. Dia hanya meminjamkan Affendy sementara untuk mereka sekeluarga. Kehilangan Affendy benar-benar memberi tamparan hebat buat mamanya. Saban malam mamanya menangis bila mengenangkan arwahnya.
Pintu biliknya diketuk perlahan. Amirul tidak menjawab. Pintu biliknya ditolak seseorang dari luar.
"Apa Mirul buat lama sangat dalam bilik Fendy,"ujar mamanya perlahan. Matanya tidak boleh lelap. Dia hendak ke dapur, bila dia melintas bilik Affendy kelihatan lampu bilik dinyalakan.
Amirul tidak menjawab. Matanya liar memerhatikan segenap penjuru bilik milik Affendy. Biliknya tersusun rapi. Gambar arwah masih terletak di meja sisinya. Gambarnya tersenyum riang. Buku-buku koleksi abangnya tersusun di rak buku dihadapannya. Abangnya pengemar kereta racing kerana kebanyakkan buku yang dibelinya adalah buku berkenaan kereta racing. Pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi race car driver. Affendy memang berbakat. Namun niatnya terkubur begitu sahaja bila mamanya kurang menyenangi pilihannya kerana terlalu banyak risiko.
"Mama belum tidur lagi," ujar Amirul. Dia menatap wajah sugul mamanya. Walaupun sudah kering air mata namun kehilangan Affendy masih terasa.
"Amirul, mama hendak mengadakan kenduri arwah 40 hari lusa," ujar mamanya perlahan. Cuba menahan dari airmatanya tumpah di depan Amirul.
Amirul tidak membantah malah menganggukkan kepalanya perlahan.


Anesha duduk merenung ke arah tasik di hadapannya. Angin petang bertiup lembut menyapu pipinya. Petang itu tidak terlalu terik kerana awan kelihatan menyembunyikan mentari. Setiap petang Anesha tidak akan lupa untuk mengunjungi tasik tersebut. Begitulah rutin sehariannya. Waktu petang dia akan ke tasik tersebut untuk mencari kedamaian. Anesha yang dahulu periang kini berubah menjadi pendiam dan suka memencilkan diri. Tiada lagi senyuman manis dibibirnya.
"Faezah, agaknya apa yang membuatkan abg long tertarik pada kak Nisa,"
"Senyuman manisnya," ujar seseorang.
Setiap memorinya bersama Affendy masih lagi tersemat di hati dan sanubarinya. Kehadiran Affendy memberi seribu makna buat dirinya. Affendy yang mengajarnya erti kebahagian. Air mata Nisa mengalir perlahan bila setiap kali mengingati kenangan mereka bersama.
"Anesha," ujar Dr Azman kepada Anesha.
Gadis itu kelihatan ceria dan tidak sabar ingin bertemu dengan orang yang disayanginya. Anesha memakai kurung biru muda yang dibeli oleh abg long tempoh hari. Dia sengaja memakainya kerana abg long selalu memujinya kelihatan ayu bila memakai kurung biru.
"Ya Doktor,"
Dr Azman mengeluh kecil. Tidak sampai hati rasanya hendak menyampaikan berita itu kepada Anesha. Namun dia tidak dapat menyembunyikannya dari pengetahuan Anesha. Dia sendiri merasa kehilangan Affendy. Affendy pemuda yang baik. Dr Azman dapat melihat keikhlasan pemuda itu sejak pertama kali mereka bertemu. Affendy terlalu menyayangi gadis itu.
"Kenapa Doktor, ada apa-apa yang berlaku," ujar Anesha, jantungnya berdegup kencang tidak semena-semena bila reaksi di wajah Dr Azman seakan berat hendak menyatakan sesuatu kepadanya.
"Saya harap Anesha dapat bersabar," ujar Dr Azman seraya menarik nafas dalam.
"Kenapa Dr, cakaplah," desak Anesha. Matanya mula ditakungi air. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang buruk berlaku.
"Affendy terlibat dalam kemalangan di Venice dan mayatnya masih belum ditemui,"
"Tak mungkin, Dr salah orang, namanya bukan Affendy tapi abg long,"ujar Anesha seperti orang terkena hysteria. Air matanya mengalir tanpa di tahan.
"Abg long masih hidup, dia janji nak jaga Nisa, abg long tak akan mungkir janji," ujar Nisa seraya menangis teresak-esak seperti anak kecil. Anesha hilang pertimbangan Pandangannya kelihatan kabur dan dia rebah tanpa disedari.
Anesha tersentak bila ranting kayu terjatuh di atas ribanya. Anesha menyeka airmatanya. Walaupun sudah hampir 6 bulan peristiwa menyayat hati itu berlalu namun Anesha masih lagi tidak berubah. Terlalu perit untuk dia melupakan semuanya dalam sekelip mata. Anesha sedar dia tidak sepatutnya membiarkan kenangan lalu menghantui dirinya. Tapi abg long adalah insan yang terlalu istimewa. Anesha tidak berpeluang untuk mengenali dan hidup bersama dengannya. Mana mungkin dia dapat melupakan abg long Hanya doa dan air mata sahaja yang menemaninya saban hari. Dia terhutang budi dan berterima kasih kepada Dr Azman dan isteri kerana begitu baik terhadap dirinya. Dr Azman yang banyak membantu Anesha menjalani latihan dan menjaganya sepanjang proses pemulihan matanya. Dr Azman dan isterinya juga yang menyatakan hasrat ingin menjaga dan sekaligus menjadi anak angkatnya. Pada awalnya Anesha tidak berapa setuju kerana dia ingin berdikari dan tidak mahu menyusahkan sesiapa sebaik sahaja dia pulih. Biarlah penderitaan itu ditanggungnya sendiri. Tapi setelah di pujuk oleh Puan Adila dan isteri Dr Azman. Anesha tidak sampai hati hendak menolak permintaan mereka dan bersetuju tinggal bersama dengan mereka. Kehadiran Anesha dalam keluarga Dr Azman sedikit sebanyak mengisi kesunyian di hati mereka kerana mereka tidak mempunyai anak.
Anesha duduk di sofa seraya mengadap peti televisyen di hadapannya. Dr Azman dan isterinya turut berada di sofa menonton bersama. Sesekali mereka ketawa bila lakonan dari pelakon tersebut mencuit hati. Tapi Anesha tidak sedikit pun tersenyum mahupun ketawa. Walaupun matanya mengadap peti tv tapi fikirannya melayang entah ke mana. Dr Azman mengelengkan kepalanya bila Anesha tidak rasa terhibur. Keadaannya masih sama dan tiada perubahan. Dr Azman membawa Anesha ke Sweden supaya Anesha dapat menikmati keindahan alam semulajadi dan sedikit sebanyak dapat dia melupakan kisah silamnya. Namun Anesha tetap sama.
"Anesha, Puan Hasnah jemput kami sekeluarga untuk kenduri anaknya esok malam," tegur Puan Aini cuba menarik perhatian Anesha.
Anesha menoleh kea rah Puan Aini cuba membuahkan senyum.
"Mama dan papa pergi, Anesha duduk rumah sahaja," ujar Anesha ringkas.
Puan Aini menarik nafas dalam. Dia sudah dapat mengagak jawapan itu yang akan Anesha berikan. Bukan pertama kali Anesha menolak bila mereka mengajaknya menghadiri majlis mahupun kenduri.
"Anesha pergi samalah ya," pujuk Puan Aini. Sudah banyak kali Anesha menolak pelawaannya namun dia tidak putus asa dan berharap satu hari Anesha akan menerima pelawaannya.
Anesha tidak menjawab dia mendiamkan diri.
"Baiklah mama Anesha pergi," jawab Anesha lambat-lambat seraya kembali menonton tv.


Ramai yang menghadiri majlis tahlil di rumah Puan Hasnah. Rumah mewah 3 tingkat itu bergema kedengaran orang membaca yassin. Amirul duduk di antara pakciknya dengan Dr Azman suami kenalan mamanya. Hati merasa sebak bila mengigati arwah Fendy. Amirul menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh Tok Aji. Dia menoleh kea rah ruang dapur dimana mamanya berada. Jelas terpancar di wajah mamanya bahawa dia masih lagi merasa kehilangan Affendy. Terkadang Amirul mahu menjadi seperti mamanya. Seorang wanita yang tabah. Amirul melirik kearah gadis cantik berselendang biru yang duduk bersebelahan dengan mamanya. Gadis yang tidak pernah dikenalinya mahupun ditemuinya sebelum ini turut kelihatan muram dan bersedih. Hati Amirul berdetik. Kenapa dia bersedih? Apa yang membuatkannya bersedih? Amirul tersentak bila Dr Azman mahu bersalaman dengannya.
"Amirul bukan?," soal Dr Azman.
"Saya, Dr Azman?" soal Amirul pula.
"Selama ini saya tak tahu Puan Hasnah ada anak lelaki lagi, maklumlah kami sudah lama tak berjumpa," ujarnya seraya menyengih.
"Saya dengar Dr Azman selalu berhijrah dan tak sangka pula Dr mengambil keputusan balik ke tanahair," ujar Amirul ramah. Dia banyak terdengar dari mama dan arwah papanya bercerita tentang Dr Azman. Dr Azman dahulu kenalan rapat papanya. Tapi hubungan mereka terputus bila Dr Azman melanjutkan pelajaran ke luar Negeri. Jadi Amirul tidak terperanjat bila Dr Azman tidak tahu akan dirinya.
"Dah tempat tumpah darah sendiri, kata orang hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, walau macamana pun tetap nak balik duduk negeri sendiri,"
Amirul menganggukkan kepalanya bersetuju dengan pendapat Dr. Azman.
"Amirul bekerja dimana sekarang," soal Dr Azman.
"Tujuan saya hendak bekerja di States selepas master, tapi saya tak sanggup hendak tinggalkan mama seorang," jawab Amirul. Dia melirik ke arah dapur lagi dimana mamanya dan tetamu wanita sedang sibuk menyediakan hidangan untuk tetamu lelaki. Gadis cantik tadi tidak kelihatan.
"Hmm baguslah kesian mama kamu tinggal sendirian, eh kamu tak makan sama ke," ujar Dr Azman bila mereka menghidangkan makanan di hadapan mereka.
"Jemput makan Dr Azman, saya masih kenyang lagi, saya minta diri dulu assamualaikum," ujar Amirul lalu meninggalkan Dr Azman. Amirul menanggalkan songkoknya lalu dilipat. Dia menuju kea rah beranda. Langit kelihatan kosong tanpa sebutir bintang pun kelihatan. Hanya cahaya bulan kelihatan mengambang penuh. Amirul mengeluh perlahan. Dia menyelok saku baju melayunya lalu mengeluarkan sebatang rokok dan menyalakannya. Amirul menyedut lalu menghembus asap rokok ke udara. Berlumba-lumba asap keluar dari mulutnya. Amirul melirik kea rah kanan dan agak terperanjat bila menyedari bahawa dia tidak bersendirian ketika itu. Gadis cantik yang di carinya berdiri tidak jauh darinya. Gadis itu hanya berdiri seraya memandang kea rah laut tidak sedikit pun menoleh kea rah Amirul. Amirul berdehem kecil cuba mendapat perhatian dari si gadis. Si gadis tidak menoleh bila dia berbuat demikian.
"Assalamualaikum," Amirul memberi salam.
"Waalaikumsalam," jawab gadis itu cepat-cepat dia menyeka airmatanya dan menoleh kea rah orang yang memberi salam. Mata bundarnya kelihatan berkaca dan ada sisa air mata. Hati Amirul tiba-tiba tersentuh bila melihat wajah sedihnya.
"Maaf kerana menganggu, saya Amirul," ujar Amirul tanpa menghulurkan tangannya. Dia pasti si gadis tidak akan menyambut salamnya. Si gadis hanya mendiamkan diri menjawab tidak senyum pun tidak.
"Maaf, saya minta diri dulu," ujarnya seraya berlalu wajahnya ditundukkan lalu meninggalkan Amirul sendirian di balkoni.
"Kenapa abg Mirul duduk seorang kat balkoni," tegur Aina bila dilihat abang sepupunya Amirul bersendirian di balkoni.
"Aina perasan tak ada seorang perempuan baru sahaja berlalu dari balkoni ni," ujar Amirul tanpa menjawab soalan Aina.
"Oh itu kak Anesha anak Dr Azman, kenapa," soal Aina. Memang dia ternampak Anesha baru sahaja berlalu dari balkoni. Dia nampak wanita muda itu agak tergesa-gesa.
"Anak Dr Azman,"
"Hah ni mesti abg Amirul ganggu dia sampai dia menangis," usik Aina. Dia perasan Anesha banyak mendiamkan diri semasa majlis tahlil tadi dan dia kelihatan sedih. Tak sampai hati pula Aina hendak bertanya. Apa yang dia tahu anak Dr Azman tu baru kehilangan orang yang disayanginya.
Amirul menyengih bila Aina berkata demikian. Pelbagai soalan bermain di fikirannya. Kenapa gadis itu bersedih hati? bisik Amirul dia benar-benar ingin tahu.


Anesha berjalan perlahan menuju kea rah tasik tempat yang selalu dikunjunginya sebelum dia pulih penglihatan, bermakna dia selalu kemari bersama abg long. Abg long sukakan tasik itu katanya permadangannya indah dan mendamaikan. Walaupun ketika itu Anesha tidak dapat melihat dia mengaku kebenaran kata abg long mengenai taman reakreasi itu. Dia dapat merasakannya. Jadi bila dia sudah dapat melihat. Anesha kembali ke tasik itu cuba mengembalikan kenangan indahnya bersama abg long. Dia tetap menjadi pengunjung setia ditaman rekreasi itu walaupun tanpa orang yang disayanginya. Anesha sedar ramai pengunjung yang datang ke tasik itu untuk beriadah, berjogging dan ada juga ke sana untuk berpicnic bersama keluarga. Ramai kesana punya tujuan. Tujuan untuk beriadah dan tujuan untuk meluangkan masa bersama keluarga.
"Assamualaikum, tak sangka saya dapat bertemu dengan cik Anesha di sini,"tegur seseorang sekaligus mematikan lamunan Anesha.
Anesha menoleh kea rah suara yang menegurnya. Amirul tersenyum. Anesha tidak membalas. Tiada senyuman. Atau lebih tepat lagi tiada reaksi. Dia menoleh kearah Amirul sekilas lalu memandang ke arah tasik semula. Dia tidak mahu diganggu. Amirul mengeluh kecil. Susah hendak mengembalikan senyuman di bibir Anesha seolah-olah dia sudah lupa untuk tersenyum lagi. Tapi kenapa? Apa yang menyebabkannya begitu? Amirul benar-benar ingin tahu.
"Ada apa saudara cari saya," ujar Anesha tanpa menoleh kea rah Amirul yang masih lagi berdiri tercegat di sebelahnya.
"Ssaya hendak melukis wajah wanita melayu yang cantik seperti cik Anesha," jawab Amirul. Gembira kerana Anesha sudi berbual dengannya walaupun nada suaranya tidak begitu mesra.
Anesha menoleh kea rah Aina yang turut berada tidak jauh dari Amirul.
"Aina pun gadis melayu yang cantik, kenapa tidak sahaja saudara melukis wajahnya," ujar Anesha lagi. Aina disebelah hanya mendiamkan diri. Dia dapat merasakan Anesha tidak begitu berminat untuk melayani mereka.
"Ssaya-,"
"Sudahlah janganlah saudara buang masa, saya tahu tujuan saudara kemari bukan hendak melukis, saya tahu saudara kemari kerana hendak bertemu dengan saya, pembantu saya ada memberitahu saya bahawa saudara mengikuti perkembangan diri saya," jawab Anesha tanpa menoleh kea rah Amirul.
Amirul terperanjat mendengar keterangan Anesha. Dari penampilan dan wajahnya yang cantik tidak mungkin tuturnya sekasar sebegini. Dia percaya Anesha seorang yang lemah lembut yang sepadan dengan orangnya.
"Saya mahu melihat cik Anesha kelihatan gembira," jawab Amirul. Dia tidak mahu lagi berbohong kepada Anesha.
Gembira. Tiada lagi perkataan gembira itu wujud dalam kamus hidup Anesha. Tiada lagi ruang di hatinya untuk kembali gembira. Duka, itulah hukumannya kerana membenarkan abg long pergi ke Venice. Itulah hukumannya hingga menyebabkan Affendy pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya. Airmata Anesha merembis keluar bila setiap kali dia mengingati abg long. Kenapa mesti Amirul membuka lukanya kembali. Kenapa mesti Amirul menyeksanya lagi. Tidak cukupkah penderitaan yang ditanggungnya selama ini, tanpa orang yang memberinya harapan, tanpa orang yang dicintai.
"Awak tiada hak untuk mencampuri urusan peribadi saya, tolong jangan ganggu saya lagi," jawab Anesha marah seraya menoleh kea rah Amirul. Airmatanya mengalir laju. Sekali lagi hati Amirul tersentuh bila melihat Anesha menangis lagi. Dia tidak tahu niatnya yang baik itu benar-benar membuatkan Anesha semakin terluka hati.
"Please I beg you, leave me alone," ujar Anesha seraya meninggalkan Amirul.


Suasana di Café di Hospital kelihatan agak lenggang. Amirul mengambil keputusan untuk tidak menganggu Anesha buat masa ini. Dia tidak sanggup melihat Anesha bersedih kerana perbuatannya. Itu tidak bermakna Amirul tidak mahu bertemu dengan Anesha. Dia masih lagi ingin mendekati Anesha. Dia ingin mengubati hatinya yang luka. Hanya dia tidak tahu apa puncanya Anesha begitu.
"Maaf kerana menunggu lama,"tegur Dr Azman sebaik sahaja terpandang anak muda itu duduk menantinya. Dr Azman agak terperanjat bila mendapat panggilan telefon dari Amirul ingin sekali bertemu dengannya.
"Saya yang sepatutnya minta maaf kerana menganggu kerja Dr. Azman,"ujar Amirul seraya tersenyum.
Dr Azman memerhatikan anak muda itu dengan penuh minat kerana Amirul ada menyatakan dia ingin mengetahui mengenai Anesha. Dr Azman dan isterinya sendiri sudah hilang ikhtiar bagaimana hendak mengembalikan Anesha yang dahulu. Sebab itu dia tidak berfikir panjang lagi bila Amirul ingin menyatakan hasratnya ingin mengetahui mengenai Anesha darinya.
"Saya sebenarnya ingin tahu mengenai Anesha, apa yang menyebabkan dia bersikap demikian," soal Amirul. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata mengenangkan Anesha. Masih jelas terbayang dimatanya wajah sedih Anesha pada setiap pertemuan mereka. Gadis itu sentiasa kelihatan muram dan bersedih. Tiada cahaya kegembiraan di matanya. Tiada senyuman yang singgah di bibirnya.
Dr. Azman mengeluh kecil. Tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.
"Terlebih dahulu saya ingin tahu kenapa Amirul berminat sangat ingin mengetahui mengenai Anesha," soal Dr. Azman pula. Ini mencari keikhlasan dari Amirul. Ini melibatkan Anesha. Dia tidak mahu menambah penderitaan Anesha. Kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
"Saya mulai suka padanya, cuma saya tidak faham kenapa Anesha terlalu bersedih," jawab Amirul jujur. Dia mahu berterus terang pada Dr Azman. Biarlah Dr Azman tahu tujuannya. Niatnya ikhlas.
"Tak mungkin, tidak semudah itu Amirul, hati Anesha benar-benar terluka tiada apa yang boleh mengubati hatinya," ujar Dr Azman terperanjat dengan pengakuan jujur Amirul. Bukan dia tidak restu. Tapi bukan mudah hendak mengubati luka di hati Anesha.
"Tapi kenapa," soal Amirul ingin tahu.
"Orang yang dicintai pergi meninggalkannya,"
"Pergi tinggalkannya," ulang Amirul.
"Ya, pergi meninggalkannya buat selama-lamanya," terang Dr Azman seraya mengeluh berat.
Fahamlah Amirul kenapa Anesha begitu terasa dan terlalu bersedih. Amirul sendiri merasainya sehingga sekarang. Merasa kehilangan. Apa lagi kehilangan orang yang disayangi tidak begitu mudah untuk melupakannya. Mereka melalui pengalaman yang sama.
"Insyallah, saya berjanji akan mengembalikan Anesha yang dahulu," ujar Amirul berjanji pada dirinya. Dia berjanji akan mengubati luka di hati Anesha dan mengisi kekosongan hatinya.


"Hai," Amirul menyapa. Kali ini dia tidak ambil kisah jika perbuatannya itu membuatkan Anesha marah.
Anesha menjeling. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia tidak senang dengan kehadiran pemuda itu. Dia tidak menyangka pemuda itu tidak putus asa walaupun dia tidak melayan dirinya.
Amirul tidak berganjak dia berdiri di hadapan Anesha. Anesha sudah malas hendak memarahinya lagi. Sangkanya selepas kejadian semalam Amirul mungkin tidak lagi mahu menganggunya lagi.
Anesha segera bangun dari tempat duduknya dia berjalan menuju kea rah bangku berdekatan. Amirul mengekorinya lagi.
"Saudara-,"
"Saudara apa, tolong pergi, tolong jangan ganggu saya, kalau itu yang cik Anesha hendak katakan, saya tak akan pergi selagi cik Anesha tidak memberi saya peluang untuk berkata sesuatu,"ujar Amirul tegas. Sebenarnya dia tidak pernah terfikir hendak berkata demikian apalagi membuatkan gadis itu marah. Tapi dia terpaksa, mungkin dengan cara begini Anesha akan mendengar penjelasannya.
Anesha tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri. Tidak lagi melarikan diri dari Amirul.
Amirul mengeluh lega.
"Jangan biarkan peristiwa lalu membuatkan cik Anesha begini, cik Anesha seharusnya redha dengan apa yang berlaku ke atas diri cik Anesha, setiap kejadian ada rahmatnya," ujar Amirul semoga gadis itu dapat menerima takdir.
"Bercakap memang senang, orang yang tidak pernah mengalami nasib seperti saya hendak bercerita tentang bulan dan bintang, saudara tiada hak untuk mengadili saya kerana bukan saudara yang mengalaminya tapi saya, tolong saudara, tolong jangan hendak menambahkan lagi penderitaan saya, saya tidak menyusahkan saudara kenapa mesti saudara ambil tahu tentang diri saya, saya tidak perlu simpati dari saudara," jawab Anesha marah.
"Cik Anesha ingat cik Anesha sahaja yang mengalaminya," jawab Amirul. Dia tidak lagi boleh bersabar seperti selalu. Anesha perlu disedarkan. Bukan itu caranya untuk menghukum dirinya.
Anesha tidak menjawab. Dia tahu Amirul marah padanya namun Amirul tidak meninggikan suaranya malah dia cuba mengawal dirinya untuk tidak berkasar padanya walaupun layanan darinya itu umpama langit dengan bumi.
"Kalau cik Anesha masih tidak percayakan saya, saya ingin membawa cik Anesha ke rumah saya dan menceritakan segalanya kepada cik Anesha dan sekiranya selepas itu cik Anesha masih lagi mahu berkeadaan seperti sekarang, saya faham dan saya berjanji tidak akan ganggu cik Anesha lagi," ujar Amirul tenang.


Tanpa berkata apa Amirul membuka pintu untuk Anesha. Sebaik sahaja Anesha keluar dari perut kereta Amirul menutup kembali pintu keretanya. Sepanjang perjalanan Amirul hanya mendiamkan diri begitu juga Anesha. Anesha tidak tahu apa yang menyebabkan dia menuruti kehendak Amirul dan mengikutnya ke rumah. Dia tidak mengenali pemuda itu. Rumah banglo yang pernah dikujungi seminggu lalu kelihatan sunyi di waktu siang hari.
Amirul menanti Anesha di muka pintu.
"Assamualaikum, mama," ujar Amirul seraya menuju kea rah dapur mencari mamanya.
"Puan Hasnah tak ada di rumah, dia ke rumah Datin Adibah," jawab makcik Zainab pembantu rumahnya.
"Mak Nab kenalkan ini Anesha anak Dr. Azman," ujar Amirul memperkenalkan Anesha kepada Mak Nab.
"Oh ye patutlah makcik macam pernah nampak,"ujar Mak Nab baru ingat dimana dia pernah ternampak wanita muda itu. Makcik Nab tahu sedikit sebanyak tentang Anesha dari mamanya Puan Aina. Puan Aina begitu sayangkan Anesha. Kasihan pula dia melihat Anesha begitu.
Anesha menghulur tangan untuk bersalaman dan mencium tangan mak Nab.
"Mak Nab, Mirul hendak mak Nab temankan saya ke bilik abg Fendy," ujar Amirul. Tak manis pula dia dan Anesha sahaja berada di bilik Fendy.
"Erm baiklah," ujar Mak Nab mendahului mereka menuju kea rah bilik anak sulung Puan Hasnah. Pintu bilik di buka luas. Amirul meluru masuk ke dalam bilik diikuti Anesha. Mak Nab hanya berdiri sahaja di muka pintu. Dia tidak tahu apa tujuan Amirul membawa Anesha ke bilik Fendy. Anesha berdiri tidak jauh dari Amirul. Amirul memandang ke luar jendela.
"Siapa yang tidak bersedih sekiranya orang yang di sayang meninggalkan kita," ujar Amirul sayu. Sebak hatinya tidak terkata bila teringatkan Affendy. Abang yang disayang telah pergi meninggalkannya dalam usia yang muda.
Amirul menuju kea rah side table lalu menarik laci itu perlahan. Frame gambar sebesar 4R yang berisi gambar Affendy sedang tersenyum dikeluarkan.
"Cuba cik Anesha tengok gambar ini," ujar Amirul seraya menyerah frame tersebut kepada Anesha.
Anesha mengambil frame tersebut dari tangannya. Gambar wajah Amirul dan pemuda di sebelahnya dipandang silih berganti. Kedua-duanya tersenyum riang. Mereka kelihatan sungguh akrab dan mesra. Anesha meneliti tarikh yang tercatat di bawah gambar tersebut. Gambar itu diambil 6 tahun yang lalu. Amirul kelihatan muda ketika gambar itu diambil. Mungkin ketika itu dia berusia dalam lingkungan 22 tahun. Manakala pemuda tampan di sebelahnya kelihatan lebih kurang 25 tahun ketika itu. Wajah pemuda tampan yang sedang tersenyum itu diperhatikan lama. Anesha mengalihkan pandangannya kea rah dinding berdekatan dengan katil. Gambar sebesar saiz A3 potret pemuda yang dimaksudkan tergantung kemas. Wajah pemuda itu kini. Masih kelihatan tampan dan sedikit matang.
"Dia bukanlah dari darah daging saya, tapi saya menganggapnya sebagai abang kandung sendiri, kami dibesarkan bersama, bersekolah bersama dan mempunyai hobi yang sama, hubungan kami seperti isi dengan kuku, seorang lelaki yang penyayang, kehilangannya benar-benar terasa, rumah ini sunyi tanpa dirinya," terang Amirul tenang matanya terarah kea rah luar jendela. Amirul mengesat airmatanya perlahan dengan hujung jarinya sebelum menoleh semula kea rah Anesha yang masih lagi mengamati gambar arwah abangnya.
Mak Nab yang sedari tadi berdiri di muka pintu tidak dapat menahan sebak turut mengalirkan airmata. Dia tahu Amirul sayangkan Affendy begitu juga dirinya. Dia yang membantu Puan Hasnah membesarkan kedua-dua anak terunanya. Mereka senang dengan Affendy. Dia seorang anak yang baik.
"Saya tidak membenarkan sesiapa tahu betapa sedihnya hati saya sejak kehilangan Affendy, saya tidak benarkan airmata ini tumpah di hadapan sesiapa, saya cuba cekalkan hati dan menerimanya dengan redha, orang yang telah pergi tak akan kembali,"
Tanpa disedari Anesha turut mengalirkan airmata. Dia menyangka hanya dirinya sahaja yang tahu akan keperitan kehilangan orang yang disayangi dia tidak tahu Amirul turut merasa sama seperti dirinya. Hanya Amirul pandai menyembunyikan perasaan sedihnya dan redha akan kehilangan orang yang disayanginya.


Perkataan yang keluar dari mulut Amirul masing terngiang-ngiang di cuping telinganya. Semalaman Anesha asyik terfikirkan kata-kata Amirul. Barang yang lepas jangan di kenang kalau di kenang meracun diri. Anesha tidak pernah terfikir dia akan hidup bahagia selepas kejadian yang menimpa dirinya, tanpa abg long. Tapi kehadiran Amirul kali ini seakan memberi lembaran baru dalam hidupnya. Walaupun Amirul bukanlah abg long tetapi Anesha dapat merasakan bahawa mereka berdua seperti ada persamaan. Seolah-olah Anesha pernah mengenali Amirul sebelum ini.
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumsalam," jawab Anesha seraya menoleh kea rah orang memberi salam. Jejaka yang ditemuinya tiga hari lepas berdiri di sebelahnya. Jejaka yang berjaya menyedarkan Anesha dari terus diselubungi perasaan bersalah dan sedih. Anesha akui kebenaran kata-kata Amirul.
"Saya dapat pesanan dari Mak Nab yang cik Anesha hendak bertemu dengan saya," ujar Amirul sopan. Hatinya berbunga riang bila mendapat pesanan dari Mak Nab bahawa Anesha ingin bertemu dengannya. Sangka Amirul, Anesha tidak sudi berjumpa dengannya selepas pertemuan mereka kelmarin. Amirul sudah berjanji tidak akan menganggu Anesha sekiranya dia masih lagi tidak berjaya membuatkan gadis itu menerima kenyataan bahawa orang yang disayanginya itu sudah pergi. Patah tumbuh hilang berganti.
"Saya minta maaf kerana selama ini saya berkasar pada saudara, saya tidak bermaksud hendak menyinggung hati saudara, saya berterima kasih kepada saudara kerana menyedarkan saya," ujar Anesha seraya tersenyum. Buat pertama kali selama hampir 7 bulan dia tersenyum.
"Saya akan terima maaf cik Anesha sekiranya cik Anesha memanggil saya Amirul, tak usahlah bersaudara-saudara dengan saya, saya bersyukur kerana cik Anesha sudah sedar sekarang tidak lagi bersedih seperti dahulu," ujar Amirul gembira kerana berjaya membantu Anesha.
Anesha tersenyum malu bila Amirul mengusiknya.
"Saya Amirul Shamri, berusia 29 tahun dan masih single, selamat berkenalan," ujar Amirul seraya menghulur tangannya.
Anesha ketawa kecil bila Amirul memperkenalkan dirinya begitu. Anesha hampir kurang percaya bila Amirul mengatakan usianya 29 tahun. Amirul tidak kelihatan seperti lelaki berusia 29 tahun dia kelihatan muda dari usia sebenarnya.
"Nur Anesha," jawab Anesha ringkas seraya menyambut huluran tangannya.
"Nur Anesha sahaja, tak apalah sebagai permulaan, Anesha sudi berkawan dengan saya," ujar Amirul seraya tersenyum. Menyerlahkan lagi wajah tampannya bila dia tersenyum.



Tanpa disedari masa berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar sudah sebulan usianya perkenalan Anesha dengan Amirul. Anesha dapat merasakan hidupnya kembali ceria. Kehadiran Amirul dalam hidupnya memberi sinar baru. Amirul seorang lelaki yang penyayang, penyabar dan begitu ambil berat terhadap dirinya. Bila bersama Amirul, Anesha merasa begitu tenang dan selesa dia dapat merasakan seolah-olah abg long dan Amirul ada kaitan.
"Nisa, kalau Nisa ke Indonesia jangan pergi ke Taman Safari dia tau bahaya," ujar Amirul tiba-tiba.
Anesha mengerutkan dahinya. Kenapa pula secara tiba-tiba Amirul berkata demikian. Bukankah Amirul sendiri yang mencadangkan kepadanya supaya jangan lupa melawat Taman Safari di Indonesia. Katanya taman haiwan itu sungguh indah.
"Kan ke Rul yg cakap tempatnya cantik," soal Anesha.
"Memang tempatnya cantik, tapi kawan Rul ada pergi taman Safari tu tahun lepas pulak tu masa first day puasa dia kata bahaya tempatnya,"
Anesha berhenti mengunyah pop corn. Dia mula cemas. Dia sudah sarankan kepada mama dan papanya bila mereka bercuti ke Indonesia Anesha teringin sangat hendak ke Taman Safari.
"Betul ke, apa yang bahaya sangat," soal Anesha kurang puas hati.
"Kawan Rul pergi sekeluarga naik kereta masuk ke taman Safari tu, bila sampai ke zon haiwan yang tidak liar enjin keretanya tiba-tiba mati, mereka cuba mendapatkan bantuan dari ranger tapi kebetulan ranger tak ada, so kawan Rul keluar dari kereta nak periksa enjin kereta dia, sementara isteri dan anak-anaknya duduk dalam kereta," ujar Amirul seraya memandang tepat ke wajah manis Anesha.
"Habis tu apa jadi," soal Anesha lagi. Tak sabar rasanya ingin tahu kisah teman Amirul.
"Sedang suaminya sibuk periksa enjin, anaknya ternampak kelibat singa sedang menuju ke arah kereta mereka," ujar Amirul serius.
"Singa, habis tu macamana,"
"Isteri dan anaknya tergamam dan hilang kata-kata bila ternampak singa besar tu menghampiri mereka dan betul-betul berada belakang suaminya,"
"Ya Allah, apa jadi lepas tu," soal Anesha cemas. Dia seolah-olah dapat membayangkan bagaimana nasib teman Amirul selepas itu.
"Singa tu betul-betul berada di belakangnya, dia menepuk bahu kawan Rul, kawan Rul terperanjat gila bila sedar singa besar yang kelihatan lapar itu berada di belakangnya, dia berdoa semoga allah selamatkannya,"
"Apa jadi, cepatlah Rul," ujar Anesha kurang sabar. Ngeri mendengar cerita Amirul.
"Singa tu pun…berkata jangan takut bang saya puasa, kereta rosak ye," ujar Amirul cuba menahan ketawa.
Anesha turut tertawa bila menyedari Amirul hanya hendak mengenakannya. Amirul tersenyum bila dilihatnya Anesha kelihatan begitu cantik bila tersenyum dan tertawa.
"Anesha kelihatan cantik bila tersenyum, wajah Anesha kelihatan berseri bila Anesha senyum," ujar Amirul seraya menatap wajah Anesha.
Anesha terdiam. Dadanya sebak secara tiba-tiba.

Perkataan yang keluar dari mulut Amirul pernah di ucapkan oleh abg long.
"Faezah, agaknya apa yang membuatkan abg long tertarik pada kak Nisa,"
"Senyuman manisnya," ujar seseorang.
Masih terngiang-ngiang lagi perkataan yang sering abg long katakan padanya bahawa wajahnya kelihatan berseri bila dia tersenyum.
"Kenapa Nisa,"soal Amirul bila gadis itu tiba-tiba mendiamkan diri.
"Hantar I balik Amirul," ujar Anesha perlahan.
"Kenapa Anesha tiba-tiba hendak balik, maafkan Rul kalau Rul ada tersilap kata," ujar Amirul setelah menyedari ada sesuatu yang tidak kena.
"Tak ada apa-apa, Nisa rasa kurang sihat," bohong Anesha.
Amirul mengeluh kecil. Tujuan dia membawa Anesha bersiar-siar kerana dia mahu menyampaikan berita kepada gadis itu. Lama sudah dia ingin menyatakan hasratnya.
"Nisa, Rul rasa Rul tak mahu lagi berahsia dengan Nisa," ujar Amirul dengan wajah serius.
"Berahsia, rahsia apa," ujar Anesha ingin tahu. Wajah tampan milik Amirul dipandang hairan. Amirul masih lagi kelihatan serius tiada petanda yang mengatakan dia bergurau.
"Rul belum pernah jatuh hati pada mana-mana wanita, percayakah Nisa sekiranya Rul katakan Rul terpaut hati pada Anesha bila pertama kali terpandang wajah Anesha, sejak dari hari itu Rul cuba mengenali Anesha lebih dekat lagi, sudikah Anesha menjadi suri hidup Amirul," ujar Amirul seraya memandang tepat ke wajah Anesha. Anesha terpana seketika. Amirul melamarnya.


Betapa gembiranya Amirul bila Anesha memberitahunya bahawa dia menerima lamaran Amirul. Amirul sangka Anesha memerlukan masa yang lama untuk memberi jawapan kepadanya. Anesha mahu Amirul menguruskan hal-hal yang lain. Anesha sudah memberitahu mama dan papanya mengenai persetujuannya menerima lamaran Amirul. Dr. Azman dan isterinya gembira dengan keputusan Anesha. Mereka memang bersetuju sekiranya Amirul dipilih menjadi menantunya. Mereka bersyukur kerana Anesha dapat menerima kenyataan dan menjalani hidupnya seperti biasa tidak lagi bersedih seperti dahulu. Amirul tidak sabar hendak menyampaikan berita tersebut kepada mamanya. Mamanya tahu dia berkawan dengan anak Dr. Azman.
"Ma, Rul nak mama hantar rombongan meminang untuk melamar anak Dr. Azman," ujar Amirul selamba seraya meneguk kopi.
Puan Hasnah buat tak dengar, bukan dia tak tahu perangai Amirul yang suka bergurau, bukan sekali dia bergurau menyuruhnya menghantar rombongan sudah banyak kali. Bila dia excited Amirul akan mengatakan bahawa dia hanya bergurau. Sebab itu bila Amirul menyuruhnya lagi dia hanya buat tidak kisah.
"Ma, dengar tak ni, Rul hendak mama telefon pak ngah, telefon mak teh pergi masuk memimang anak dara Dr. Azman tu," ujar Amirul lagi. Dia memandang wajah mamanya yang masih selamba bila dia mengatakan tentang hajatnya.
"Mama memang macam tu, kalau abg long yang minta cepat aje mama usahakan," ujar Amirul seakan merajuk.
"Kenapa Rul suka cakap macam tu, arwah Fendy dan Mirul dua-dua mama sayang, mama tak pernah belah bagi kasih sayang mama," ujar Puan Hasnah sebak bila Amirul berkata demikian. Kedua-dua anak bujangnya dia sayang. Fendy seorang pemuda yang tegas dan matang manakala Amirul suka bergurau dan keanak-anakan. Namun kedua-duanya dia sayang.
"Ma, maafkan Mirul o.k., Mirul bergurau aje," pujuk Amirul bila menyedari dia menyinggung hati mamanya. Dia sedar mamanya cepat terasa hati bila dia menyebut nama abg longnya. Walaupun mereka dapat menjalani hidup seperti biasa namun Mirul dapat merasakan mamanya masih lagi rindukan abg long.
"Jadi tentang rombongan meminang tu pun bergurau ajelah ye," ujar Puan Hasnah seraya menjeling kea rah Amirul. Dia cuba menyembunyikan perasaan sedihnya bila berdepan dengan Amirul. Dia masih ingat lagi tentang hasrat Affendy menyuruhnya membuat persiapan memasuk meminang gadis yang dicintai. Belum sempat hasratnya tercapai Affendy ditimpa musibah. Puan Hasnah tidak berkesempatan mengenali wanita itu. Dia tidak tahu apa terjadi pada wanita itu. Niat Puan Hasnah hendak bertemu sekaligus membiayai kos pembedahan ke atas mata wanita itu walaupun anaknya tiada. Dia ingin melaksanakan niat Affendy. Namun cita-citanya tidak tercapai kerana Affendy terlalu perahsia orangnya dan dia tidak tahu siapa namanya dan tempat tinggal wanita itu.


Anesha banyak mendiamkan diri semasa menghadiri rumah Amirul. Anesha tidak menafikan bahawa hatinya sudah mula dapat menerima kehadiran cinta Amirul. Bakal ibu mertuanya pun baik dan peramah orangnya. Anesha sudah menyatakan kepada mama dan papanya bahawa dia tidak mahu bertunang. Dia punya sebab tersendiri kenapa dia tidak mahu bertunang, mujurlah Puan Hasnah tidak keberatan dengan kehendak Anesha. Dia turut bersetuju dengan kehendak Anesha dan mahu terus melangsungkan pernikahan mereka dalam masa tiga bulan ini. Lagipun bagi pendapatnya perkara baik tidak usah dilengah-lengahkan. Dr Azman sekeluarga tidak membantah malah mereka bersetuju dengan cadangan Puan Hasnah.
"Ma cantik tak bakal menantu mama," ujar Amirul sebaik sahaja Anesha berada di sisinya membantu mengelap meja.
"Cantik, pandai Mirul pilih," puji Puan Hasnah seraya tersenyum. Memang gadis pilihan Amirul cantik dan ayu orangnya, lemah lembut dan baik budi bahasanya. Wajah Anesha merona merah bila Amirul mengusiknya di depan mamanya.
"Nisa jangan ambil hati Mirul memang macam tu, dia tu manja sikit," ujar Puan Hasnah bila Anesha merasa tidak selesa bila diusik demikian.
"Bukan manja sikit aje ma, manja banyak," celah Amirul seraya mengenyitkan matanya.
Anesha menjegilkan matanya kurang selesa dengan usikan Amirul lebih-lebih lagi di depan bakal ibu mertuanya.
"Nisa tak payahlah ikut mama dan papanya balik ke Sweden, mama hendak berkenalan dengan Nisa," ujar Puan Hasnah. Dia mendapat tahu Dr. Azman dan isterinya mahu ke Sweeden kerana Dr Azman di kehendaki berada di sana selama sebulan untuk membuat kajian bersama doktor pakar di sana.
"Rul setuju ma, lagipun mama harus beramah mesra dengan bakal menantu mama ni, pandai masak ke tak, pandai menjaga suami ke tak, lagipun Amirul nak balik Australia sekejap nak uruskan sesuatu di sana," celah Amirul turut bersetuju dengan cadangan mamanya. Amirul perlu menguruskan sesuatu di tempat pengajiannya dahulu. Mungkin dia sudah mendapat tawaran pekerjaan di sana. Kalau Anesha ada, sekurang-kurangnya dapat menemani mamanya.
"Ya, tinggalah kat sini dengan Puan Hasnah, mama dan papa tak kisah kalau Anesha tak nak ikut kami ke Sweden," celah Puan Aina yang kebetulan terdengar perbualan Puan Hasnah dengan Anesha tadi.
Amirul tersenyum lebar bila Puan Aina memberi kebenaran supaya Anesha tinggal dengan mamanya.
"Baiklah Puan Hasnah," jawab Anesha tanpa berfikir panjang.
"Eh janganlah panggil Puan Hasnah, panggil mama aje, Nisa jangan risau mama dah siapkan tempat tinggal Amirul sepanjang Anesha tinggal dengan mama," ujar Puan Hasnah seraya tersenyum. Puan Hasnah ada menyediakan rumah untuk para tetamu datang bertandang. Tak sampai hati pula dia hendak membiarkan Anesha tinggal seorang. Biarlah Amirul tinggal di rumah itu dan Anesha tinggal bersamanya.
"Betul tu, wah bestnya tak adalah Rul dengar mama berleter pagi-pagi nanti," ujar Amirul seraya tersenyum.
"Amirul, ada panggilan telefon untuk Amirul," ujar Mak Nab seakan berbisik. Amirul menganggukkan kepalanya lalu menuju kea rah telefon.
"Hello, Is this Mr Amirul Syamri,"
"Yes, I’m Amirul,"
"I’m Dr. Philip calling from Venice,"
Jantung Amirul berdegup kencang bila lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Dr. Philip dan apa yang begitu mendebarkannya panggilan itu dibuat dari Venice.


Sepanjang perjalanannya ke hospital dia tidak berhenti-henti berdoa agar orang yang ditemui pihak hospital di Venice 7 bulan yang lalu adalah abangnya Affendy. Amirul tidak memberitahu sesiapa tentang kunjungan ke Venice, baik Anesha mahupun mamanya. Amirul tidak mahu memberi harapan kepada mamanya kerana dia sendiri tidak tahu siapa pemuda yang ditemui mereka. Pihak hospital hanya memberitahu Amirul tentang pemuda itu kerana mereka percaya orang yang di cari Amirul selama 7 bulan lalu adalah orang yang sama kerana menurut laporan dari Amirul lelaki itu terlibat dalam kemalangan. Mereka mahukan pengesahan dari Amirul.
Amirul berjalan menuju kea rah pemuda yang ditempatkan ke dalam bilik khas ditemani Dr. Philip. Pemuda yang berbaju hospital dan berambut panjang itu sedang duduk membelakangkannya. Amirul masih tercegat di muka pintu. Dia mendekati pemuda itu. Pemuda yang sedari tadi menundukkan wajahnya mula mengangkat mukanya sebaik sahaja terdengar pintu bilik ditutup. Dia memandang kea rah seseorang yang berdiri di hadapannya.
"Abg Fendy," ujar Amirul gembira seraya mendakap Affendy erat. Airmatanya mengalir serta merta. Dia tidak menyangka bahawa abangnya masih hidup. Dia benar-benar bersyukur kepada allah kerana abangnya selamat dari maut.
"Amirul," ujar Affendy membalas dakapan Amirul. Tanpa disedari air matanya turut mengalir.


Setelah hampir tiga hari berada di Venice dan sudah memastikan Affendy sudah cukup sihat untuk dibawah pulang, Dr. Philip memanggil Amirul bertemu dengannya di pejabatnya.
"He was in a coma when we found him but we didn’t know who to contact, until we received an official letter from the Police HQ about your report. So we thought that he could not make it and we were about to pull the plug the next day but he suddenly awakened" terang Dr. Philip kepada Amirul kerana Amirul bertanya soalan mengapa dia tidak diberitahu awal tentang pertemuan abangnya Affendy.
"Thanks Dr. Philip for taking care of my brother," ujar Amirul seraya bersalaman dengan Dr Philip.
Amirul mendekati Affendy yang duduk menunggunya di luar pejabat Dr Philip. Amirul tersenyum. Rindu benar dia dengan Affendy. Sangkanya dia benar-benar kehilangan Affendy. Dia masih belum memberitahu mamanya tentang Affendy. Dia mahu membuat kejutan buat mamanya.
"Apa khabar mama," soal Affendy sebaik sahaja mereka duduk di dalam kereta milik Amirul. Kerana sepanjang penerbangan dari Venice ke KL. Affendy banyak menghabiskan masa berehat. Amirul tidak mahu menganggu abangnya. Biarlah dia berehat. Mungkin dia masih terperanjat dengan apa yang berlaku ke atas dirinya.
"Mama, baik alhamdulilah, dia benar-benar rindukan abg Fendy, Rul tidak dapat membayangkan betapa gembiranya dia nanti bila mendapat tahu anak kesayangan pulang," ujar Amirul seraya tersenyum. Pasti mamanya tidak menghiraukan dirinya sebaik sahaja Affendy berada di rumah kerana sibuk melayan anak kesayangannya. Amirul tidak sedikitpun merasa cemburu dengan Affendy. Dia sedar Affendy seorang anak yang bertanggungjawab dan seorang pemuda yang baik.
"Rul pula bagaimana," soal Affendy.
"Abg betul nak tahu tentang perkembangan Rul," soal Amirul balik. Affendy tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya.
"Rul, Rul bersyukur kerana allah mengembalikan Abg Fendy dan dalam masa yang sama Rul akan mendirikan rumahtangga," terang Amirul seraya membelokkan keretanya.
"Betul ke Alhamdulilah," jawab Affendy tersenyum lagi. Fikirannya melayang jauh kepada gadis yang bernama Anesha. Gadis cantik yang berjaya bertatah di hatinya. Bagaimana keadaan Anesha sekarang. Masih ingatkah lagi dia akan dirinya. Masih setiakah dia pada dirinya. Affendy bercadang untuk menjejaki gadis itu besok dan akan perkenalkannya kepada mama dan Amirul. Bukankah itu niatnya sebelum dia terlibat dalam kemalangan.
Sedar tak sedar kereta Amirul berhenti di hadapan rumahnya. Affendy keluar dari kereta lalu memandang tepat ke arah rumah yang dirinduinya. Semua ahli rumah sudah tidur kerana mereka tiba hampir ke 2.00 pagi. Langit kelihatan gelap tanpa sebutir bintang.
"Bilik tu tunang Rul duduk," ujar Amirul seraya menunjukkan kepada Affendy kea rah bilik tetamu.
"She’s here," soal Affendy.
"Yeah mama suruh dia temankannya, while I’m staying at the guest house," terang Amirul.
"So abang nak tinggal guest house dengan Rul atau you want to sleep in your room, I bet you really miss your room,"usik Amirul. Dia tahu Affendy sudah tentu mahu ke biliknya.



Anesha resah gelisah tidak menentu. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi namun matanya masih belum dapat lelap. Amirul tidak menghubunginya selama hampir seminggu. Sejak mendapat panggilan telefon tempoh hari dia memberitahunya bahawa dia perlu ke luar negeri hari itu juga. Tidak pula dia mengatakan untuk apa. Dia cuma memberitahu Anesha bahawa dia ada perkara penting yang menghendaki dia ke sana segera. Anesha tidak mahu kehilangan Amirul pula. Kenapa mesti Amirul menyiksanya sebegini. Kenapa tidak sekali pun menelefonnya memberitahunya bahawa dia berada di dalam keadaan selamat.
Anesha tersentak bila terdengar bunyi pintu kereta di tutup. Anesha bingkas bangun lalu mengintip dicelah-celah langsir. Bayang dua orang lelaki sedang berdiri memandang kea rah rumah. ‘Amirul’ detik hati Anesha. Lelaki di sebelahnya tidak dapat di lihat dengan jelas kerana dia memandang ke arah lain.
"Mungkin kawan Amirul," bisik Anesha. Hatinya lega bila mendapati Amirul sudah pulang. Tidaklah dia khuatir tentang Amirul.
Anesha memerhatikan mereka berbual-bual, seketika kemudian Amirul meninggalkan kereta lalu menuju kea rah guest house, manakala pemuda yang berada bersamanya tadi menuju ke dalam rumah.
Anesha kembali ke katilnya lalu mematikan lampu kecil di meja sisi. Hatinya lega sebaik sahaja mngetahui tunangnya itu sudah pulang.


Seawal jam 5.30 pagi Affendy sudah bangkit dari tidur. Badannya sudah dibersihkan dan dia juga sudah menunaikan solat subuh. Rambutnya yang panjang sudah dipotong dan disisir rapi seperti Affendy dahulu. Dia masih belum bertemu dengan mamanya lagi. Affendy berjalan menuju kea rah bilik mamanya seraya memulas tombol pintu perlahan. Mamanya sedang duduk di tikar sembahyang sedang berdoa. Affendy menanti dengan sabar menanti mamanya habis berdoa. Sebaik sahaja kedua-dua tangannya meraup wajahnya. Affendy segera mendapatkan mamanya lalu mencium tangannya. Puan Hasnah tersentak kerana tertiba sahaja Amirul meluru kepadanya.
"Rul dah balik," ujar Puan Hasnah seraya mengusap rambut anaknya perlahan.
"Ini Fendy mama," ujar Fendy seraya mengangkat wajahnya. Dia memandang ke
arah wajah mamanya.
"Ya Allah Fendy, benar-benar ini Fendy," ujar Puan Hasnah kurang percaya dengan apa yang dilihat. Air matanya mengalir laju tanpa di tahan. Doanya diperkenankan tuhan. Dia hampir berputus asa bila tidak menerima sebarang berita dari mana-mana pihak hospital mahupun pihak polis di Venice setelah hampir 8 bulan Fendy menghilang. Wajah anak muda itu dipegang dan dibelek berkali-kali. Tidak bermimpikah dia? Betulkah anaknya Fendy di depan matanya.
Affendy membiarkan sahaja mamanya membelek wajahnya. Dia tahu mamanya benar-benar rindu akannya. Dia turut rindu pada mamanya. Puan Hasnah mencium pipi Affendy berkali-kali bila sedar bahawa dia tidak bermimpi. Bahawa anaknya Fendy benar-benar berada di matanya.


"Hi sayang," sapa Amirul.
Anesha menoleh seraya memasamkan wajahnya. Dia berpura-pura kerana dia benar-benar geram dengan Amirul kerana tidak memberitahunya kemana dia menghilang selama seminggu tanpa berita.
"Nisa marahkan Rul ke?," soal Amirul wajah Anesha ditatap lama. Rindu benar dia dengan buah hatinya ini. Sebab itu dia cepat-cepat menyuruh mamanya masuk meminang dia tidak mahu Anesha di kebas orang.
"Kenapa Rul buat macam ini, Nisa risau tau tak, Rul tak kesiankan Nisa ke? Soal Anesha tanpa menjawab soalan Amirul. Dia tidak marah pada pemuda itu dia cuma risau sahaja.
Amirul tersenyum. ‘Sayang juga Nisa pada dirinya’ bisik Amirul.
"Nisa, Rul ada berita gembira," ujar Amirul seraya menarik nafas dalam.
Anesha memandang wajah Amirul dengan penuh tanda tanya.
"Abg Fendy masih hidup Nisa, abg Rul dah balik, Rul benar-benar merasa gembira dan bersyukur,"ujar Amirul sebak.
"Betul abg Fendy masih hidup, alhamdullilah syukur," ujar Anesha seraya tersenyum. Dia tahu Amirul benar-benar sayang akan abangnya Fendy. Berita itu agak memeranjatkannya namun dia merasa syukur kerana Amirul kelihatan lebih ceria sekarang.

Affendy duduk menatap gambar gadis yang dicintainya. Wajah Anesha sedang tersenyum diambil suatu ketika dahulu sebelum gadis itu menjalani pembedahan ke atas matanya. Affendy tidak tahu apa yang perlu dimulakan dahulu. Kembali ke Darul Ehsan mencarinya. Mungkin Anesha masih lagi tinggal disana. Atau menelefon Dr. Azman.
Affendy tersentak bila terdengar suara orang sedang tertawa. Dia menuju ke tingkap. Matanya terarah kea rah pasangan yang sedang duduk menikmati minuman petang. Affendy tersenyum. Gembira kerana Amirul akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Sekurang-kurangnya mamanya tidak pening kepala memikirkan Amirul yang manja dan keanak-anakan. Sekurang-kurangnya dia punya isteri yang dapat melayan karenahnya. Affendy mengalihkan pandangan kearah tunang Amirul. Dia tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana gadis itu duduk membelakangkannya. Amirul bangun dari tempat duduknya diikuti tunangnya.
Affendy terpana seketika bila terpandang akan wajah tunang Amirul.
"Anesha," detik hatinya. Gambar Anesha yang dipegangnya sedari tadi jatuh ke lantai. Hancur hatinya melihat pasangan yang kelihatan mesra menuju ke dalam rumah.
Affendy mencapai kunci kereta lalu menuruni anak tangga. Dia bersembunyi di sebalik tembok bila menyedari Amirul dan tunangnya melintas menuju ke dapur. Dia tidak mahu terserempak dengan mereka. Affendy menghidupkan enjin lalu meluncur laju kea rah jalan raya.
Affendy duduk seraya memandang kea rah tasik di mana tempat dia dan Anesha selalu berkunjung dahulu. Air matanya mengalir perlahan mengenangkan nasibnya. Wanita yang dipujanya selama ini kini bakal menjadi milik Amirul. Dia benar-benar pasrah dengan ketentuan ilahi.
"You’re here, puas Rul cari abg merata rumah," ujar Amirul sebaik sahaja terpandang sesusuk tubuh milik Affendy duduk sambil merenung tasik. Affendy segera menyeka airmatanya.
"Are you ok," ujar Amirul bila dilihatnya Affendy seperti baru menangis. Belum pernah dia melihat abangnya menangis. Inilah kali pertama dia lihat mata abangnya merah kelihatan selepas menangis.
"Kepala abang sakit," bohong Affendy. Dia menatap wajah Amirul yang duduk bersebelahan dengannya.
"You want me to accompany you to hospital,"
Affendy mengeleng lemah.
"Abg nak berangkat ke Australia minggu depan," ujar Affendy sayu cuba menyembunyi perkara yang sebenar. Tidak mungkin dia akan menceritakan tentang percintaannya dengan Anesha kepada Amirul. Biarlah ia menjadi rahsia hatinya. Anesha kini milik Amirul bukan lagi milik dirinya. Biarlah gadis itu tidak tahu siapa dirinya. Dia tidak sanggup hendak melukakan hati Amirul. Dia tidak sanggup melihat Amirul menderita sekiranya dia tahu akan perkara yang sebenar. Affendy sanggup korbankan cintanya demi Amirul. Dia sudah membuat keputusan.
"Australia, I thought you not interested in joining the racing team long time ago," soal Amirul hairan. Bukankah Affendy sudah berjanji dengan mamanya bahawa dia tidak akan melibatkan dirinya dengan supercar. Mamanya tidak setuju Affendy menjadi seorang racing car driver kerana ia membahayakan dirinya. Kenapa tiba-tiba Affendy mengubah fikiran.
"Amirul kan ada disini boleh jaga mama, you know I love that sports very much,"ujar Affendy cuba meyakinkan Amirul.
"But you have to stay here till my wedding, you are my bestman," ujar Amirul tersenyum.
"I will," jawab Affendy setenang mungkin seraya memandang kea rah tasik. Hanya tuhan sahaja yang tahu isi hatinya.


Riuh rendah rumah Puan Hasnah kerana mereka baru lepas mengadakan kenduri kesyukuran buat Affendy. Saudara maranya masih lagi berada di rumahnya walaupun kenduri sudah berlalu. Mereka semua rindu ingin bertemu dengan anak sulung kak long. Sepanjang masa Affendy cuba mengelak dari bertembung dengan Anesha. Dia tidak mahu gadis itu mengenalinya. Dia tidak tahu sampai bila dia harus mengelak.
"Fendy, bila awak tu nak berumahtangga, adiknya dah langkah bendul," usik mak tehnya.
Affendy tersenyum. Setahunya hanya anak dara aje yang akan ditanya soalan demikian. Dia tidak menyangka anak teruna juga turut tidak lari dari soalan cepu emas itu.
"Belum ada jodoh mak teh," jawab Affendy ringkas.
"Abg Fendy ni terlalu memilih sangat tak mak long," usik Aina sepupu Fendy.
"Eleh pandailah kau nak usik abg Fendy kau, kenapa kau teringin ke dengan abg Fendy kau," usik mak tehnya bila Aina menyampuk.
Aina tersipu malu bila maknya menyakatnya.
"Aina terlalu muda buat Fendy," ujar Fendy seraya ketawa.
"Betul tu mak, apa aje abg Fendykan abg sepupu favorite Aina, betul tak abg Fendy," ujar Aina seraya duduk bersebelahan dengan abg sepupunya.
"Betul," jawab Fendy matanya terpandang akan kelibat Anesha dan Amirul berjalan menuju kearah mereka.
"Fendy minta diri dulu," ujar Fendy tergesa-gesa mahu meninggalkan mereka.
"Abg Fendy, nak lari kemana," ujar Amirul sebaik sahaja ternampak abg Fendy mahu meninggalkan mereka. Fendy berhenti melangkah. Amirul dan Anesha berjalan mendekati Affendy.
"Anesha, kenalkan ini abg Fendy," ujar Amirul memperkenalkan Anesha kepada abangnya.
"Saya banyak mendengar cerita tentang abg Fendy dari Amirul, Nisa syukur kerana allah panjangkan umur abg Fendy," ujar Anesha seraya memandang wajah tampan milik Affendy.
Affendy hanya mampu berdiri tercegat tanpa berkata apa. Dia menatap wajah Anesha lama. Gadis itu masih kelihatan cantik. Apa yang membuatkannya lebih sebak. Anesha mengenakan sepasang kurung biru pemberiannya sebelum dia berangkat ke Venice. Anesha kelihatan sungguh ayu bila berbaju kurung.
"Kenapa abg diam aje, terpegun dengan pilihan Amirul ke," usik Amirul seraya ketawa. Anesha tersipu malu bila Affendy memandangnya tanpa berkelip.
Affendy turut tersenyum bila menyedari akan perbuatannya. Dia hanya tersenyum seraya menganggukkan kepalanya mengiyakan kebenaran kata-kata Amirul mengenai pilihannya. Affendy menepuk bahu Amirul seraya berlalu meninggalkan mereka berdua.
"Kenapa abg Fendy macam sedih aje," soal Anesha. Dari cahaya matanya Anesha dapat merasakan Affendy bersedih.
"Abg Fendy masih belum sihat sepenuhnya," terang Amirul.
Affendy tergesa-gesa mahu meninggalkan mereka dan tanpa dia sedari Aina berada dibelakangnya. Mereka hampir bertembung.
"Opps hati-hati Aina," ujar Affendy lalu menarik lengan sepupunya segera di tarik sebelum gadis itu terjatuh.
Anesha tersentak dan berhenti melangkah sebaik sahaja terdengar suara yang amat dikenalinya. Dadanya berdegup kencang. Dia memandang wajah Affendy. Affendy turut memandang wajahnya. Mata mereka bertaut, Affendy segera melarikan pandangannya kea rah lain lalu meninggalkan Anesha sendirian.


Anesha mengetuk pintu bilik Affendy yang terdedah. Anesha dapat melihat dengan jelas Affendy sedang duduk dan tekun menulis sesuatu.
"Abg long," ujar Anesha.
Affendy tidak menoleh.
"Abg Fendy," ujar Anesha lagi.
Affendy menyahut seraya menoleh.
"Nisa, kenapa, ada apa yang abg Fendy boleh bantu," ujar Affendy agak terperanjat dengan kunjungan mengejut dari Anesha.
"Maaf sekiranya Nisa bertanya, suara abg Fendy sama seperti suara orang yang Nisa kenali dahulu, adakah abg Fendy orang yang sama," ujar Nisa. Dia sudah nekad. Hatinya tidak tenteram sekiranya dia tidak bertanya sendiri dengan Affendy. Kerana suara itu yang amat dirinduinya.
"Abg Fendy rasa Nisa tersilap orang," dalih Affendy seraya memandang wajah ayu Nisa.
"Nisa tidak pernah tersilap orang bang, mungkin dahulu Nisa buta tidak dapat melihat tapi Nisa dapat mengenali suara orang yang Nisa sayang," ujar Nisa tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan Affendy.
"Maaf sekiranya Nisa bertanya lagi, adakah abg akan diam menyaksikan kekasih abg berkahwin dengan orang lain atau abg akan pertahankan cinta abg," soal Anesha matanya mula ditakungi air.
"Apa ertinya lagi soalan ini, orang yang mati tak akan hidup kembali,"ujar Affendy sebak.
"Saya tak cakap soal mati, baiklah terima kasih di atas penjelasan abg Fendy," ujar Anesha seraya berlalu. Air matanya mengalir laju tanpa di tahan. Dia dapat merasakan bahawa Affendy adalah abg longnya walaupun Affendy cuba menafikannya. Dia tidak dapat membuktikan bahawa Affendy adalah abg long kerana dia tidak pernah melihat wajah abg long sebelum ini. Dia perlukan seseorang yang pernah melihat abg long untuk mengesahkan bahawa Affendy itu adalah kekasih hatinya.
"Eh Nisa nak kemana puas Rul cari,"ujar Amirul bila dilihatnya Anesha tergesa-gesa ingin menuju ke anak tangga.
Anesha segera menyeka air matanya.
"Kenapa Nisa sedih, Nisa tak bahagia ke," soal Amirul bila dilihatnya Anesha kurang ceria.
"Nisa bahagia Rul," jawab Nisa seraya melarikan wajahnya. Dia tidak mahu Amirul tahu dia menangis.
"Jangan nak bohong Rul, gadis yang pernah memarahi Amirul dahulu, kini tidak berani menatap wajah Rul, apa yang Nisa sembunyikan dari Rul," ujar Amirul seraya merenung anak mata Anesha.
"Tak ada apa-apa," jawab Nisa berdalih.
"Nisa do you know that I love you so much,"ujar Amirul seraya tersenyum.
Affendy yang berada di biliknya dapat mendengar perbualan mereka dengan jelas menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangannya bila Amirul mengatakan bahawa dia cintakan Anesha. Tak sanggup dia mendengarnya lagi.


Sepanjang perjalanan ke Bandar. Anesha meluahkan semua segala yang terbuku dihatinya. Dia menceritakan kepada papanya mengenai Affendy. Dia percaya bahawa Affendy itu adalah abg longnya.
"Betul ke Affendy tu abg long kamu Nisa," soal Dr Azman kurang yakin kerana setahunya abg long sudah meninggal.
"Naluri hati Anesha berkata bahawa dia adalah abg long Nisa, pa," ujar Anesha cuba menyakinkan papanya.
"Kenapa mesti Nisa ungkitkan cerita lama, bukankah Nisa akan bernikah dengan Amirul tidak lama lagi, Amirul sayangkan Nisa bukan," soal Dr Azman kurang mengerti kenapa tiba-tiba Anesha beria-ia mahunya mengenal pasti pemuda yang dianggap abg longnya.
"Nisa tidak akan bahagia sekiranya Nisa masih lagi dibelenggu kenangan lama Pa, sekiranya sangkaan Nisa salah Nisa janji tidak akan menoleh ke belakang lagi,"
Dr Azman hanya mengeluh kecil. Tak sampai hati dia hendak melukakan hatinya. Anesha sudah puas menderita. Kehadiran Amirul sedikit sebanyak memberinya lembaran baru.
Amirul ada menyatakan bahawa dia hendak bersiar dan meluangkan masa bersama abang Fendynya kerana mereka jarang dapat bersama. Lebih-lebih lagi Amirul akan mendirikan rumahtangganya tak lama lagi dan Affendy mengambil keputusan untuk berhijrah ke Australia selepas majlis perkahwinannya nanti. Anesha tidak membantah lagipun hatinya tidak tenteram selagi dia tidak mendapatkan kepastian dari papanya. Hanya papanya sahaja yang dapat membantu meleraikan kekusutan di fikirannya. Kerana papanya pernah melihat abg long. Sudah tentu dia dapat mengecam abg long. Anesha berjalan laju menuju kea rah café yang Amirul katakan kepadanya semasa dia menelefonnya. Mata Anesha liar mencari kelibat mereka. Matanya terpaku ke arah Affendy yang mengenakan polo berwarna blue black sedang berbual dengan Amirul. Mereka tidak perasan akan kehadiran Anesha kerana Anesha tidak masuk ke Café tersebut dia hanya melihat dari luar.
"Cuba tengok pemuda yang berbaju polo berwarna biru tu," ujar Anesha seraya menunjukkan papanya kea rah pemuda yang dimaksudkan.
Dr Azman memandang kearah wajah pemuda yang ditunjukkan oleh Anesha. Lama dia memerhatikan pemuda itu. Pandangannya tidak salah. Memang itu abg long Nisa. Dia cukup cam wajah anak muda itu.
"Itu abg long Nisa kan Pa," ujar Nisa ingin kepastian.
"Papa belum pernah lihat pemuda itu sebelum ini," jawab Dr Azman.
"Betul ke Pa, papa pasti itu bukan abg long Nisa," soal Nisa lagi.
Berat mulut Dr Azman untuk berbohong dengan Nisa. Namun apakan daya dia tidak mahu Anesha kecewa.
"Papa pasti Nisa," ujar Dr Azman seraya berlalu.


Dr. Azman menatap wajah anak muda itu lama. Affendy menundukkan wajahnya.
"Kenapa Fendy tidak terangkan keadaan yang sebenar kepada Amirul," tegur Dr. Azman.
Affendy mengeluh.
"Macamana saya hendak memberitahu Amirul, saya tidak sampai hati hendak mengecewakannya," jawab Affendy.
"Dengan cara berdiamkan diri begini, Fendy bukan sahaja meracuni jiwa sendiri malah tiga jiwa," terang Dr. Azman. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah Affendy. Affendy berdegil tidak mahu rahsianya dibongkar. Dia mahu majlis perkahwinan Amirul dan Anesha berjalan dengan lancar. Kebahagian Amirul dan mamanya adalah penting buat dirinya. Dia banyak terhutang budi dengan mereka. Mamanya yang menjaganya dari kecil. Mereka yang memberinya kasih sayang dan memberinya nikmat hidup berkeluarga. Affendy tidak pernah lupa semua itu.
"Dah tiada jodoh antara saya dengan Anesha, Dr Azman, saya harap Dr. dapat membantu saya merahsiakan perkara ini dari pengetahuan sesiapa," ujar Affendy seraya berlalu.


Anesha memegang pop corn yang baru di beli Amirul. Amirul mengajaknya menonton wayang. Moodnya untuk menonton memang tiada. Namun dia tidak sampai hati melukakan hati tunangnya.
"Cerita apa kita nak tengok ni Rul," ujar Nisa sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di atas kerusi pawagam. Anesha memandang kearah screen yang terbentang luas di depan matanya. Pawagam kelihatan hampir penuh. Ramai yang datang berpasangan. Ada juga yang datang sendirian.
"Cerita Lake House," ujar Amirul separuh berbisik.
"Siapa pelakonnya,"
"Heroinnya Sandra Bullock dan heronya Keanu Reeves," terang Amirul. Dia tahu Anesha bukan tahu nama-nama yang disebutnya tadi kerana Anesha tidak gemar menonton tv apatah lagi ke pawagam.
"Keanu Reeves, macam pernah dengar nama tu," bisik Anesha. Dia ingat-ingat lupa. Tapi dia pernah terdengar nama hero yang di sebut Amirul.
Anesha menumpukan sepenuh perhatian kea rah layar perak. Wajah wanita yang Anesha rasa heroin filem tersebut terpampang luas di depan matanya. Anesha terpegun bila hero cerita tersebut pula berada di layar perak.
"Itu siapa," soal Anesha.
"Itulah hero dia Keanu Reeves," terang Amirul seraya menyuap popcorn ke dalam mulutnya.
Wajah Affendy saling tak tumpah seperti hero dalam cerita yang ditontonnya. Anesha cuba mengingati di mana dia pernah terdengar nama hero tersebut namun tidak berhasil. Sudahnya dia tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada filem tersebut.
"Macamana best tak cerita Lake House tadi," ujar Amirul.
"Oklah," jawab Anesha ringkas.
"Assalamualaikum, kak Nisa," sapa seseorang dari belakang cukup membuatkan Amirul dan Anesha terkejut.
Anesha menoleh. Dia mengutum senyum.
"Waalaikumsalam Fiza, apa khabar, lama benar kita tak jumpa ya," ujar Anesha ceria bila dapat bertemu kembali dengan Fiza. Sejak dia tinggal dengan Dr Azman mereka tidak lagi bertemu.
Amirul dan Fikri berjabat tangan.
"Rul kenalkan ini adik angkat I, Fiza dan itu tunangnya Fikri," Nisa perkenalkan Amirul kepada adik angkatnya.
"Ehem, abg Amirul ni mata air kak Nisa ke," usik Fiza cukup membuatkan Anesha tersipu malu.
"Tak adalah, abg Amirul ni bakal suami kak Nisa," jawab Amirul seraya tersengih.
"Betul ke ni, syukurlah,"
"Fikri mari kita ke sana, biar orang perempuan ni berbual dahulu, kita pekena teh tarik lagi best,"
Fikri hanya menurut kehendak Amirul mereka menuju kea rah kedai kopi berhampiran dengan pawagam.
Anesha dan Fiza duduk di atas bangku berhampiran.
"I’m happy for you kak Nisa, Fiza tengok abg Amirul betul-betul sayangkan kak Nisa," ujar Fiza sebaik sahaja kedua-dua pemuda itu berlalu meninggalkan mereka.
Anesha tersenyum.
"Wah tak sangka kak Nisa suka tengok lakonan Keanu Reeves eh, kak Nisa masih ingatkan abg long lagi ke," usik Fiza seraya ketawa. Dia yakin Anesha dapat melupakan kisah silamnya dan menempuh hidup baru. Kalau tidak masakan dia bersetuju berkahwin dengan Amirul. Amirul pun tidak kurang hebatnya juga orangnya. Punya ciri-ciri seperti abang long cuma Amirul happy go lucky dari abg long. Abg long gentleman.
Anesha tersentak. Dia tidak faham maksud Fiza.
"Abg long, apa kena mengena abg long dengan Keanu Reeves," soal Nisa ingin tahu.
"Lah kak Nisa tak ingat ke, dulu sebelum kak Nisa dapat melihat, kak Nisa pernah tanya Fiza muka abang long macam siapa, kan ke Nisa cakap muka abg long serupa Keanu Reeves," terang Fiza panjang lebar.
Jantung Nisa seperti direntap bila Fiza berkata demikian. Jadi benarlah Affendy itu abg long. Tetapi hatinya tidak puas selagi tidak mendapat kepastian dari orang yang pernah mengenali abg long.


Anesha tidak sangka Fiza bersetuju untuk membantunya sebaik sahaja Anesha menjelaskan segalanya kepada Fiza. Fiza faham akan dilemma yang dihadapi oleh Anesha. Dan dia juga tahu cinta pertama Anesha adalah insan yang hanya dikenali dengan panggilan abg long. Hanya Fiza yang dapat membantunya ketika ini kerana Fiza mengenali abg long. Anesha banyak mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke rumah Amirul. Amirul pula seperti tidak sedar akan perubahan Nisa selepas bertemu dengan Fiza.
"Rul ada hal sekejap," ujar Amirul sebaik sahaja menghantar Nisa pulang ke rumah.
Kereta di pandu Amirul meluncur laju kea rah pintu gerbang. Anesha melangkah lemah menuju ke dalam rumah. Pasti mama dan mak Nab sudah lama terlena. Anesha berjalan perlahan menuju ke anak tangga bila tiba-tiba sahaja pandangannya gelap gelita. Seluruh lampu di rumah banglo mewah itu terpadam secara tiba-tiba. Anesha menjerit kecil kerana terperanjat.
Affendy yang sedang leka membaca tersentak bila lampu terpadam secara tiba-tiba. Dia membuka laci cuba mencari lampu suluh. Setelah mendapati lampu suluhnya tidak berada di dalam laci. Affendy mengambil keputusan untuk ke dapur untuk mendapatkan lilin untuk dinyalakan. Affendy berjalan menuruni anak tangga untuk menuju ke dapur. Anesha tersentak bila dia terlanggar seseorang yang hendak menuruni anak tangga. Tangannya meraba wajah orang yang dilanggarnya. Affendy tidak bersuara kerana tidak menduga akan bertembung dengan Anesha.
"Macamana Nisa nak kenal abang long, kalau Nisa tak nampak abg long," ujar Affendy seraya tersenyum. Anesha di sebelahnya turut tersenyum bila mendengar usikan orang yang disayanginya.
"Abg long tahu tak, orang yang tidak dapat melihat ni ada banyak keistimewaannya tau, salah satunya kita dapat mengecam siapa orangnya melalui sentuhan sahaja," terang Anesha tidak mahu mengalah.
"Betul ke, kalau macam itu Nisa dapat mengecam abg long dengan sentuhan sahaja ke, cuba abg long nak tengok," usik Affendy lagi.
Anesha mendiamkan dirinya. Tangannya meraba mencari wajah pemuda yang duduk bersebelahan dengannya.
"Kenapa Nisa senyum," ujar Fendy bila Anesha tersenyum secara tiba-tiba.
"Hidung abg long mancung juga ye, tak sangka,"usik Nisa lalu mengekek kecil. Affendy tersenyum bila Anesha mengusiknya.
Anesha meraba lagi cuba mengingatkan wajah abg long. Matanya, keningnya, hidungnya dan akhir sekali mulutnya. Abg long tidak berkumis. Rambutnya di potong kemas dan memiliki wajah yang tampan.
"So Nisa dan boleh cam wajah abg long," soal Affendy bila Anesha menarik kembali tangannya.
"Abang long," ujar Anesha hampir menjerit bila dia pasti lelaki yang berada di depannya adalah abang long. Dia dapat mengecam wajahnya.
Affendy tidak menjawab lalu meninggalkan Anesha sendirian di tangga.
"Tunggu Nisa, abang long," jerit Anesha seraya berlari mengejar abang long yang sudah jauh meninggalkannya.
Anesha menghempaskan badannya di katil dan menangis semahu-mahunya. Dia tidak menyangka abg long sanggup berbuat demikian sedangkan dia hampir separuh nyawa menyayangi lelaki itu.
Affendy berdiri di hadapan pintu bilik Anesha. Dia tidak dapat berahsia lagi. Dia sedar Anesha benar-benar kecewa dengan sikapnya. Tak sanggup rasanya hendak membiarkan Anesha menderita. Tapi apakan daya.
"Maafkan abang Nisa, hanya satu sahaja permintaan abang, abang mahu melihat Anesha bahagia," ujar Affendy sebak.
"Kenapa abang buat begini terhadap Nisa, bukankah abang tahu hati Nisa milik abang, abang kejam," ujar Nisa air matanya mengalir deras tanpa di tahan.
Affendy hanya mampu mendiamkan diri. Tuduhan Anesha terhadapnya terpaksa ditelan walaupun terasa perit. Dia tidak berdaya untuk melawan takdir. Nisa sudah ditakdirkan bukan miliknya.
"Amirul dapat membahagiakan Nisa, percayalah," ujar Affendy. Dia mahu Anesha mengecapi kebahagiaan. Amirul dapat memberikannya segalanya.
"Abang tiada hak untuk menentukan hidup Anesha," tempelak Anesha matanya merah akibat terlalu banyak menangis.
Affendy tersentak bila Anesha berkata demikian.
"Anesha mahu hidup bersama abang, mari kita bertemu Amirul dan terangkan segalanya kepadanya," ujar Affendy seraya menghulurkan tangannya.
Anesha hanya mendiamkan diri. Affendy mengerti mengapa Anesha tidak menyambut tangannya kerana Anesha tahu Affendy berbuat demikian hanya untuk membuktikan bahawa dia benar-benar terpaksa.
"Abang tahu Nisa menyangka abang sengaja tidak mahu bertemu dengan Anesha sebaik sahaja abang pulang ke Malaysia, niat abang mahu segera mencari Nisa dan mahu hidup bersama Nisa, tapi apakan daya abang, abang tidak bisa melawan takdir, sehari kepulangan abang, abang dapati Anesha kini tunangan Amirul dan Anesha bahagia disampingnya, Amirul terlalu baik pada diri abang, malah dia begitu menyayangi abang walaupun kami bukan adik beradik kandung, kebahagiaan Amirul adalah kebahagiaan abang juga, sanggupkah Nisa untuk mengecewakan Amirul, bukankah Amirul yang mengubati hati Nisa sepeninggalan abang," terang Affendy matanya tidak lepas dari memandang wajah Anesha. Dia mahu Anesha mengerti.
Kalaulah gadis itu masih menjadi miliknya pasti dia cuba mendamaikan hatinya. Hatinya seperti dihiris bila melihat gadis itu menitiskan air mata.
"Abang harap Anesha dapat lupakan abang," ujar Affendy seraya berlalu meninggalkan Anesha.
"Abang, bagaimana saya hendak melupakan abang,"
"Limpahan kasih sayang dari Amirul akan membuatkan Anesha lupa pada abang," ujar Affendy.

Anesha menurut kehendak abang long walaupun hatinya bagai disiat-siat bila setiap kali mereka bertembung atau terdengar suara abang long. Affendy sentiasa sibukkan dirinya menguruskan persiapan majlis adiknya. Amirul dan Fendy benar-benar rapat kesana kemari pasti mereka berdua bagai isi dengan kuku. Walaupun Affendy selalu kelihatan bersahaja namun Anesha dapat merasakan bahawa Affendy sebenarnya pandai menyembunyikan perasaan sedihnya.
"You need to accompany me to Couture Bridal Boutique this afternoon," ujar Amirul kepada Affendy yang sedang duduk seorang diri di taman.
"Me, why kan ke pengantin aje yang kena pergi," soal Affendy. Dia cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari terbabit dengan kegiatan Amirul dan tunangnya.
"You’re my bestman remember, kena try tuxedo for wedding dinner," Amirul mengingatkan Affendy.
"Ok if that the case, I think I’ll better go to the boutique first," ujar Affendy seraya bangun dari tempat duduknya.
"Erm you missing something aren’t you," ujar Amirul seraya tersenyum sinis.
"I don’t think so, am I missing anything," soal Affendy dengan wajah hairan setahunya hanya itu sahaja yang Amirul beritahu kepadanya.
"Accompany, meaning three of you will go together," ujar Amirul mengingatkan Affendy yang dirasakan tidak seperti dirinya sejak akhir-akhir ini. Abang Affendynya yang dikenali selama ini seorang yang tidak pelupa dan tidak pernah miss any details.
"Three of us, then how about you and what you mean three of us,"
"I got some urgent things to do, lagipun Rul dah try bajunya cuma Anesha, Aina dan abang sahaja yang belum fitting lagi, so please big brother," ujar Amirul seraya tersenyum.
Affendy hanya mengelengkan kepalanya. Sangkanya adik Amirulnya akan menjadi seorang matang bila hendak mendirikan rumahtangga. Namun perangai keanak-anakannya masih lagi melekat di jiwanya. Itulah perbezaan sikap dan perangai kedua-dua beradik ni.
"This is the last time," jawab Affendy serius seraya berlalu.


Sepanjang perjalanan Affendy tidak banyak berbual walaupun Aina di sebelah banyak berceloteh tentang itu dan ini. Anesha di belakang sesekali turut berbual dengan Aina yang peramah. Ikutkan hati Affendy tidak mahu melayan kehendak Amirul. Dia sanggup pergi sendiri dan menyuruh Aina yang memandu ke Boutique itu bersama Anesha. Affendy menolak pintu transparent milik Boutique tersebut dan membenarkan Aina dan Anesha masuk ke butik itu. Susan pembantu kedai datang menemui mereka dan mengeluarkan baju gaun pengantin dan baju untuk bridesmaid. Manakala Affendy hanya duduk tidak jauh dari mereka menyelak majalah sambil menanti mereka menukar pakaian.
"Awak abang Amirul, wah banyak handsome ah, very tall boleh jadi model," ujar Susan memuji Affendy. Susan pernah bertemu dengan Amirul. Amirul baby face, he’s look younger than his age. But Affendy he is handsome and good looking.
"Terima kasih,"jawab Affendy seraya tersenyum bila mendengar pujian dari Susan.
"How come both of you doesn’t look the same, Amirul very fair but you a bit tanned, but both of you very good looking," ujar Susan seraya membelek kasut yang sesuai untuk di padankan untuk gaun bridesmaid dan pengantin.
"Saya abang angkat dia, sebab tu rupa tak sama," jawab Affendy jujur. Walaupun niatnya hendak berehat tapi memandangkan Susan mahu berbual dengannya dia layan juga.
"No wonderlah, but you dua-dua very close ah, Amirul always talk about you when he comes here," ujar Susan seraya tersenyum. Amirul peramah orangnya. Selalu bercerita tentang family dan tunangnya kepada Susan.
"Really," ujar Affendy kurang percaya. Adiknya memang begitu. Semua orang dia boleh diajak berbual.
Anesha keluar dari fitting room. Baju gaun pengantin berwarna cream yang dipakainya kelihatan cantik bila dipakai oleh Anesha. Affendy menoleh kea rah Anesha yang kelihatan seperti bidadari dari kayangan.
"Wah very beautiful, try these shoes tengok samada matching dengan your baju," ujar Susan seraya menyerahkan kasut yang penuh dengan kilauan kristal untuk dipadankan dengan baju Anesha.
Anesha menyambut seraya menyarung kasut tersebut ke kakinya. Anesha agak tergesa-gesa mengenakan kasut tersebut dan dia hilang pertimbangan. Dia hampir tersungkur tapi dapat di selamatkan bila tangan sasa milik Affendy sempat menyambut badannya. Mereka berdua tergamam. Aina yang menyedari kejadian tadi mengurut dada tanda lega. Kalau tidak pasti Anesha sudah jatuh tersungkur. Apa yang membuatkan Aina terpegun bila memandang pasangan tersebut dan menyedari mereka berdua amat secocok sekali. Seolah-olah punya chemistry.
"Wah romantiknya," ujar Aina tiba-tiba membuatkan Affendy segera melepaskan tangannya. Anesha melarikan pandangannya. Dia tidak sanggup memandang lama wajah Affendy.
"Dah jangan nak berangan romantik-romantik ni, semuanya dah ok ke belum," ujar Affendy serba salah dia tidak sepatutnya berbuat demikian.
"Papa, Amirul," ujar Anesha terperanjat bila menyedari papanya dan Amirul berada di belakang mereka. Affendy tersentak seraya menoleh kea rah mereka berdua. Dr Azman dan Amirul berdiri tercegat tidak jauh dari mereka. Sudah tentu mereka sudah ternampak akan kejadian tadi.
"Apa khabar Dr. Azman," ujar Affendy seraya berjabat tangan dengan Dr Azman.
"My meeting ends earlier itu yang Mirul datang nak tengok," jawab Amirul selamba seraya merangkul erat pinggang Anesha.
"You look beautiful dear," bisik Amirul ke telinga Anesha. Anesha tersenyum kelat. Hatinya berdebar kencang. Dia khuatir papanya dan Amirul mengesyaki apa-apa.


Hari yang dinanti telah pun tiba. Rumah Puan Hasnah di hias indah untuk majlis perkahwinan anak bongsunya Amirul. Ramai tetamu dan saudara mara dan jauh dan dekat datang berkunjung. Amirul kelihatan segak bila mengenakan baju melayu cekak musang berwarna cream serta samping songket berwarna hitam keemasan. Manakala Affendy selaku pengapit pengantin mengenakan baju melayu cekak musang berwarna coklat cair. Kedua-dua anak Puan Hasnah kelihatan tampan pada hari itu. Mereka sudah bersiap untuk ke rumah Anesha untuk upacara akad nikah. Affendy sedar sebaik sahaja majlis Amirul hari ini dia akan berangkat ke Australia keesokan harinya. Dia sudah berjanji kepada Amirul bahawa dia akan berada di sini sehingga majlisnya selesai.
"Are you ok," ujar Dr. Azman seraya menepuk bahunya bila dilihatnya Affendy seakan berkhayal seolah-olah jasadnya sahaja berada di sini manakala fikirannya melayang jauh entah ke mana.
"I’m ok cuma penat sikit," dalih Affendy. Affendy cuba menyembunyikan perasaan sedihnya. Sepanjang malam dia tidak dapat tidur dengan lena bila mengenangkan dia terpaksa melupakan Anesha dan terpaksa meninggalkan mamanya untuk seketika untuk mengubati hatinya yang lara.
Dr. Azman mengeluh kecil dia sedar akan dilemma yang melanda diri Affendy. Namun apakan daya dia tidak dapat membantu mereka kerana Affendy sendiri tidak bersetuju dengan cadangannya untuk bersemuka dan menerangkan perkara yang sebenar kepada Amirul. Dia lebih rela mengorbankan kebahagiaannya demi untuk kebahagiaan Amirul.
"Mana pengantin lelakinya," ujar Tuk Kadi bila hampir 15 minit bayang pengantin lelaki tidak kelihatan.
Affendy tersentak bila menyedari bahawa Amirul tidak kelihatan duduk di sebelahnya. Affendy mendial telefonnya untuk menghubungi Amirul. Dia mengelengkan kepalanya Amirul kurang faham dengan perangai Amirul yang nakal dan suka bergurau. Affendy mengeluh bila mendapati telefon bimbitnya di matikan.
"Affendy," bergema ruang tamu rumah Dr. Azman bila terdengar suara Amirul menjerit memanggil nama Affendy. Semua tetamu yang hadir menoleh kea rah Amirul yang kelihatan marah. Mereka tertanya-tanya sesama sendiri.
"Kenapa ni Amirul, kenapa macam ni," ujar Puan Hasnah dia terperanjat melihat keadaan Amirul yang tidak lagi memakai samping dan songkoknya entah kemana.
"Kenapa Amirul macam ini, mama tanya pada Affendy sendiri," ujar Amirul tanpa menoleh ke arah mamanya. Nada suaranya masih seperti tadi.
"Kenapa Affendy, apa maksud Amirul," ujar Puan Hasnah seakan merayu. Affendy hanya mendiamkan diri. Lidahnya terasa kelu untuk berbicara.
"Selama ini Rul menganggap dia sebagai abang yang Rul sanjungi dan hormati, Rul sama sekali tidak menyangka bahawa abang Affendy sanggup merampas kebahagiaan Amirul," ujar Amirul marah.
"Abg Amirul, kenapa tuduh abg Affendy begitu, berilah peluang untuknya membela diri," celah Aina bila dirasakan Amirul tidak memberi peluang untuk Affendy untuk berkata apa.
Affendy masih lagi mendiamkan diri.
Anesha tersentak bila terdengar akan kekecohan di ruang tamunya. Tetamu yang berada di biliknya menjeguk keluar.
"Kenapa Aina," soal Anesha bila dilihatnya Aina kelihatan agak cemas.
"Abang Amirul mengamuk," ujar Aina seraya menarik lengan Anesha.
Anesha berlari ke ruang tamu dan agak terperanjat melihat keadaan Amirul.
"Saya dapat merasakan bahawa sejak Affendy berada di rumah Anesha sudah berubah ini semua kerana Affendy dia cuba merampas Anesha dari Rul, ya Anesha memang milik Mirul selepas ini tapi hatinya hanya untuk Fendy"
"Cukup Rul," jerit Anesha airmatanya mengalir laju. Dia tidak sanggup mendengar cacian yang dilemparkan keatas diri Affendy.
"Ya benar, Affendylah yang memberi sinar hidup dalam diri Nisa. Sebelum ini Nisa hidup dalam kegelapan dan Affendy yang memberi Nisa penglihatan supaya Nisa dapat menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Orang yang Rul caci dan hina itu sanggup mengorbankan cintanya hanya demi kebahagiaan Amirul dan untuk pengetahuan Amirul cinta dan hati Anesha hanya milik Affendy selamanya," ujar Anesha air matanya mengalir laju. Dia tidak lagi fikirkan tentang perjanjiannya dengan Affendy. Biarlah semua tahu akan perkara yang sebenar tak sanggup rasanya dia membiarkan Affendy terus dihukum dan dipersalahkan.
Amirul terdiam sebaik sahaja mendengar penjelasan jujur dari Anesha. Dia menghampiri Dr. Azman yang juga terperanjat dengan tindakannya.
"Bukankah saya sudah katakan bahawa kebenaran itu akan terbongkar jua akhirnya," ujar Amirul seraya menepuk bahu Dr. Azman perlahan.
Affendy dan Anesha tersentak bila Amirul berkata demikian.
"Nisa, Mirul buat Nisa menangis hari ini supaya Anesha dapat gembira di kemudian hari, bukankah Amirul sudah berjanji akan membuatkan Anesha gembira dan tidak lagi bermuram," ujar Amirul seraya tersenyum. Tetamu yang hadir berpandangan sesame sendiri kurang faham dengan maksud Amirul.
"Abang Fendy, abang yang Amirul kagumi dan sayangi, kenapa mesti berkorban kasih untuk Amirul, jika abang memberitahu perkara yang sebenar awal lagi Amirul tak akan menghalang dan perkara ini tak akan berlaku. Abang lupakah bahawa kebahagiaan Amirul adalah untuk melihat abangnya bahagia," ujar Amirul seraya menepuk bahu Affendy. Affendy terkedu bila Amirul berkata demikian. Sesungguhnya dia tidak menyangka bahawa Amirul dapat mengetahui hubungannya dengan Anesha walaupun dia cuba menyembunyikannya dari pengetahuan Amirul. Apa yang menjadi tanda persoalannya siapakah yang bertanggungjawab memberitahu mengenai ini semua kepada Amirul.
"Tuk kadi, pengantinnya memang dah ada dari tadi, jadi nikahkan mereka cepat," ujar Amirul seraya berseloroh. Amirul memeluk Affendy erat sebelum menyerahkan abangnya kepada tuk kadi.
"Rul," tegur Affendy. Dia kelihatan serba salah. Bagaimana Amirul mengetahuinya semuanya.
"No more argument," jawab Amirul seraya tersenyum. Dia tahu Affendy mahu mengatakan sesuatu.
"Mama kagum dengan pendirian Amirul," bisik Puan Hasnah sayu. Dia memeluk Amirul erat. Amirul membalas pelukan mamanya seraya menyeka air mata mamanya yang masih bersisa. Tiada apa yang dapat membahagiakan dirinya selain melihat dan berdoa kebahagiaan dan kesejahteraan Anesha dan Affendy.

The end.
posted by Penulisan2u @ 10:29 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
21 Comments:
  • At 20/1/09 12:33 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    duhh..da ku agak endingnyer cmni..
    da la cter mleret2,storyline sebijik cm cter hindustan plak tu..
    next time better u come up with your own idea..but anyway,congratulations for trying..

     

  • At 20/1/09 12:56 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    adehhh....letih siot bace cerpen a.k.a novel nih...panjang sangat...

     

  • At 20/1/09 11:11 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    panjang amek2 ponek den baco, bila nk ending, skip2 sampai gak kat ending

     

  • At 20/1/09 11:41 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    actually..almost 90% cerita nie diciplak dr citer Hindustan...Bobby Deol is one of the actor kan??? if nak jd seorg penulis yg berjaya jauhilah dr menciplak karya ni n please come out with new idea so dunia karya akan jd lebih variasi.
    Anyway...jgn jemu berusaha dan teruskan menulis!!!

     

  • At 20/1/09 5:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    pergh pnjng lak ai...nsb baik aku leh jd penyabar kejap coz nak bg perabih bace ko nye cerpen...nywayz..gud luck...memang best cter walaupun ianya diciplak cam cte pretty zinta n kareena kapor..

     

  • At 20/1/09 5:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    yeap

    sebijik dgn satu cerita hindustan.

    good try, but next time, write ur own idea laaa

     

  • At 20/1/09 6:35 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    idea cter ni diambil drp cter hindustan 'humko tumse pyar hai'...plakonnye bobby deol,arjun rampal n amisya patel...hampir kseluruhan jln cter ni sme cme cter ni dlm versi melayu..

     

  • At 20/1/09 10:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sy xtaulah crite nie crite hindustan ke ape kan...tp mmg pjg giler smpaikn sy skip jer terus baca yg ending punyer huhu3

     

  • At 20/1/09 11:10 PTG, Blogger [syarimoney] said…

    err.... mcm cite industan ke? ptt ler i x tahu sbb i mmg x tgk pun cite hndustan. hahahaha...
    tp best pe cite ni.. leh tgkap sedihh..

    cuma ending dia tuh dia x bgtahu sapa yg bgtahu pd amirul pasal affendy ngn anesha tu.....


    hurmmm.. tp ape2 hal pun cite ni best lah walaupun pnjang meleret.... seronok di bace...

    semoga lepas ni bleh buat cite lagi best yer


    ~sar~

     

  • At 21/1/09 10:23 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ok jer..agak panjang dan meleret...but not bad. gud try!!! usaha lagi..

     

  • At 21/1/09 11:54 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    haha...cite nie sebijik mcm cite hindustan tu...tajuk xingat lar...tp pelakon utama arjun rampal,amisha patel n bobby deol...same sgt...ubah ckit2 jer...ciplak eh...

     

  • At 21/1/09 12:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ciplal pun ciplak lah.jnji cite ni over pnjg.aku bca starting n ending je.xbest.

     

  • At 22/1/09 4:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    la cte ni mcm cte mujti dushti karoge la kalau x slp aku...yg rani ngan kitik rosyan tu..haha aku main bedal je eje name die camtu...cte tu kareena kapor ade jugak..tp aku kompem memang ade cte camtu coz aku suke tgk cte tu

     

  • At 27/1/09 6:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    memang dier ciplak citer hindustan pelakon dia boby deol, amisha patel n satu lahi lelaki nya x silap saya arjun rampai, tp citer dier sebijik macam cerita ni.. ciplak ehh.... x baik ciplak2

     

  • At 27/1/09 10:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    its ok..ok sj..love happy ending..muahahaha

     

  • At 28/1/09 2:15 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    adeeeh..panjangnyerr..sy bace awal, tengah n ending jerk.yg lain skip2.dr awal dah tahu dah endingnya..

     

  • At 29/1/09 11:45 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    weh aku nak tau sapa bagitau amirul hal yg sebenar...penah aku baca la..

     

  • At 29/1/09 12:17 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer meleret la
    penat laaku bacer
    tak abis2 jugak

     

  • At 29/1/09 12:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    gile pjg...
    ponat mokcik membaco nyo...

     

  • At 30/1/09 8:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer nih mmg panjang,tapi since saya mmg bace satu persatu dan menghayati cerpen nih, so xterasa pon panjangnye....mmg best sgt2. tahniah buat penulis.

    tapi satu je persoalan di sini, sape yang bongkarkan rahsia anesha ngan affendy tuh? masih x clear di situ....

     

  • At 16/2/09 8:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hihiihi nasib aku x bace cite ni

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group