Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Siapa mahukan kegagalan?Siapa yang tak menderita andai kegagalan menjadi miliknya.Biarpun cuma sebentar.Tapi peritnya akan terkenang hingga akhir nyawa.
Fatimah Az-Zahra masih berteleku di sejadah.Sedih mengenangkan kesilapan dan langkahnya yang sedikit menyimpang.Menyimpang dari aturan yang sudah diaturkan sebagai insan bergelar muslim.Sungguh,dia tahu akan hakikat kehidupannya.Airmatanya menitis laju dari mata bundarnya.
Kerna sepasang mata itulah,seorang Adam kecundang dari kembara mencari Tuhan.Berdosanya dia!Dan kerna rasa berdosa yang kian menghimpun itulah,dia menjejakkan kaki ke bumi Anbiya ini.Mencari erti sebuah kehidupan,mengukir erti sebuah pengharapan dan mengharap redha hanya pada Tuhan.Tuhan Maha Esa yang penuh keampunan. ------------------------------- Ali As-Sufi masih terlantar di katil hospital.Dia merasakan semangatnya hilang untuk meneruskan kehidupan.Dia kian jauh di dunia sendiri.Perpisahan dengan Zahra,gadis manis itu dirasakan terlalu berat untuk ditanggung.Dia tidak pernah mengimpikan pengakhiran kisah kasih mereka begitu. Zara,panggilan manja buat kekasih tersayang.Zahra hilang tanpa khabar berita.
1 Oktober,dia masih ingat peristiwa itu.Janji mereka untuk bertemu di KLCC tinggal janji. Zahra tidak muncul hinggalah ke jam 10 malam.Dia sendiri tidak faham dengan tindakan Zahra.Smsnya tidak berbalas,panggilan telefon di sambut operator.Kemana perginya Zahra?Rumah Zahra di jejaki sebelum Ramadhan menjelang tapi tiada siapa menyambut kedatangannya.
Entahlah,di keliru. Pemergian Zahra membuatkan badannya susut.Parahnya penangan cinta si gadis manis tahun akhir MassCom Universiti Putra Malaysia yang dikenalinya awal tahun lalu.Pertemuan yang tidak disangka sama sekali.Zahra seorang gadis periang,ketawanya mengiringi setiap tutur kata.Wajahnya manis dengan senyuman yang sentiasa dihadiahkan buat mata yang memandang.Masakan dia tak tertawan? ------------------- "Ya Allah,ampunkan aku.Aku bukanlah Hawa yang Adam itu impikan.Dia terlalu baik dan sentiasa taat kepada-Mu.Tapi kehadiranku membuatkan dia jauh dari-Mu.Kuatkan dia menghadapi perpisahan ini.Kau lenyapkan rasa cinta di hatinya pada-Ku agar lahir lagi kekuatan seoarang pejuang agama dalam dirinya.Engkau Maha Mengetahui akan segalanya.Ya Allah,perkenankanlah".
Rasa bersalah terus mencengkam.Sungguh,dia merasakan dialah yang membuatkan Sufi kian jauh dari perjuangan dakwah dalam agama ini.Sufi yang awal perkenalan amat tawadhuk dan percakapannya penuh kesopanan berubah menjadi Sufi yang sudah mula menggunakan bahasa yang tidak selayaknya bagi pelajar agama seperti Sufi.Suara merdu Sufi yang mendendangkan lagu-lagu yang mengajak kepada Illahi kian tercemar oleh lagu rock yang tidak berasas.Dan penampilan Sufi juga kian moden.Semuanya kerana permintaan dia.Dan Sufi;hanya menurut.
Zahra bangga kerna mempunyai seorang teman lelaki yang punya pakej lengkap;wajahnya tampan,suara merdu dan tak lupa perlakuannya penuh tertib.Dan lebih membanggakan kerna dia berjaya menakluki hati pemuda begitu yang sememangnya menjadi impian ramai pada Festa Nasyid IPT itu.Cabaran Natasha disahut,dan dia telah membuktikan dia berjaya.Berjaya membuatkan hati lelaki yang tak dingin dengan wanita itu tertawan.
Sungguh,dia pernah kecewa dengan kaum Adam.Dan peristiwa itulah membuatkan dia tegar mempermainkan perasaan lelaki sebaik Sufi.Zulfakar mempergunakan dia untuk mendekati Lisa yang lebih cantik dari dia.Dan dia menerima huluran kasih Zulfakar seikhlasnya.Merasai kasih lelaki lain selain abang dan papa dan ternyata berkasih itu indah.Dan akhir episod kasih mereka amat menyedihkan bila Zulfakar berterus-terang akan niat dia yang sebenar;kasihnya hanya untuk Lisa dan segala kata manis hanya dusta.
Lamaunannya terhenti.Sms yang masuk sekian kalinya membuatkan die tersentak.Sudah seminggu dibiarkan handphonenya sepi tanpa sebarang balasan.Sms dari Aida,teman baiknya membuatnya tergamam.
"Za,I just going back from hospital.Guess who I meet?Jangan terkejut,I jumpa Sufi.He’s very weak,tak mau makan ubat n re refuse all treatment .U tau x die punye asthma parah betul.Rite now,I’m on investigation of what going on.Dari family dia,dorang kata die berhujan lama sangat.Then bila balik rumah,badan dan biru-biru n asthma die teruk betul.He was admitted last week.Doakan dia ye.".
Tuhan,aku berdosa lagi. ---------------------------- Sudah seminggu di menghuni di katil hospital.Kadar nutrisinya masih kuarang memuaskan,walaupun astmanya sudah membaik.Malam sebelum Ramadhan datang dia meredah hujan ke rumah Zara.Mau bertemu kekasih hati setelah sekian lama menyepi.Dia mengharapkan keberuntungan tapi malangnya salam tak bersambut.Asthma yang dihadapi datang tanpa diundang dan akhirnya dia menderita sendiri.
"Assalamualaikum.Sufi,macammana hari ini.Dah ok?.Salam yang dihulur Insyirah menyentakkan lamunan.Insyirah tersenyum manis padanya.Dan senyum hambar dihadiahkan.Ternyata Insyirah amat memahami gelodak hatinya.
"Ni senyum orang kecewa ni!!Sufi,kenapa ni.Nurse mengadu awak melawan masa dorang nak bagi oxygen semalam.Kenapa camtu?Awak tak mahu cepat keluar hospital ke?Tak rindu nak tadarus,terawih,puasa?Ha,kalau xmo tambah ibadah pun,tak kan x rindu nak makan ayam madu kat bazar?Syira rasa mak cik tokei tu dah rindu kat duit awak tau?",celoteh Insyirah membuatkan Sufi mahu tergelak.Macam-macam idea nak menghiburkan hati dia.
Insyirah lincah mengemas meja di sisi katil.Air mineral diganti baru,lauk pauk yang dibeli di Bazar diganti dalam mangkuk kecil yang entah dari mana.Pasti Insyirah yang membawanya dari rumah.Insyirah teman dan sepupu paling setia.Setia mendengar celotehnya dan berkongsi cerita.Dan jujur di katakan,Insyirahlah yang membantu sedikit sebanyak mencari harga diri yang terbang entah kemana.
Sufi masih mendiamkan diri.Badannya yang lemah menyukarkan dia bergerak.Bukan dia tak mahu berbual dengan Insyirah tapi saat ini dirasakan lebih selesa mendiamkan diri.Insyirah amat memahami,tak pernah sekali cuba mengorek kisah sebenar yang dipendamkan.
"Syirah beli je lauk-lauk ni.X sempat nak masak.Kena makan banyak tau,duit dah banyak habis ni.Lagipun tak elok membazir.Kita kat sini macam-macam jenis makanan ade,sedangkan orang kat Palestin tu.."
"tak ada makanan,kat Somalia mati kebulur.So,bersyukurlah dengan nikmat yang ada.".Kata-kata Sufi disambut ketawa kecil Insyirah.Kiranya Sufi masih ingat ayat yang selalu mereka ungkapkan bila nak jadi kawan Cik Tan.
"Ha,dah ada suara pun.Kalo tak bersuara tadi,Syirah malas nak bagi special gift.Dari bumi Anbiya lagi tu.Minah Arab mana la nak kat die ye.Nak x hadiah tu?".
"Isyh,Ape la.Ingat orang dah bisu ape?Adiah ye,nak…nak".Dan hadiah berganti tangan. ------------------------------ "Dik,ape yang dimenungkan tu?Ingatkan orang jauh ye.Tulah,orang ajak balik Malaysia sekali tak nak.Ni termenung sana,termenung sini.Parah tol la jadi Kassim Selamat ni",luah Faiz melihatkan tingkah Zahra yang tidak keruan.Kedua ibu bapa mereka Cuma menggelengkan kepala .
"Nope.Mane ade adik sedih la.Pandai je Along ni.Just syahdu je.Orang jauh takde dah sekarang ni.Adik x mau dah dengan cinta manusia,nak cari cinta teragung je.Zassssss". "Aiya,susah tol la cakap dengan minah Arab celup ni.Sedih dengan syahdu tu same la maksudnye.Mama,nape la adik punye BM lingkup sangat ye?",gurauran Faiz membuatkan tangan Zahra menghadiahkan satu cubitan.Faiz mengeringai kesakitan.
"Ape la Faiz.Suka kacau adik.K la,adik.Kami pulang dulu k.Nanti bila adik rasa dah sedia,adik inform Mama.But mama harap,kita dapat raya bersama tahun ni.Cara sambutan yang sama Cuma adik yang baru".
Huluran tangan Puan Hamidah disambut.Kucupan penuh syahdu di hadiahkan.Hati ibu tenang melihat perubahan anak gadisnya.Anak gadis yang dulunya sedikit jauh kini sudah tersedar.Tersedar dari mimpi yang dunia indah belaka.
Huluran tangan berganti.Faiz mengusap kepala di adik.Sudah kebiasaannya begitu.Dan usapan tangan itu membuatkan titisan airmata Zahra menitis lagi.Sungguh,jika dulu herdikan Zahra yang diterima tapi kini tidak lagi.Dan yang pasti titisan airmata Zahra terlalu murah andai kata-kata nasihat dihamburkan.
Sejak di hari pertama di bumi Barakah lagi,Zahra berkelakuan sebegitu.Dia juba menyiasat perubahan Zahra.Jika tahun sebelumnya,Zahra akan menghabiskan cuti semesternya di United Kingdom namun tahun ini Zahra mengejutkan mereka.Kata Zahra,dia rindukan penggilan Kaabah,dia rindukan pasir tandus tempat Islam bertapak pada awalnya.Zahra mahu mengusuri perjuangan Nabi,Zahra mahu berlatih menjadi Fatimah Az-Zahra puteri kesayangan Nabi.Dan Keputusan itu dilahirkan awal Rejab yang lalu.
Kerna tujuan itu,Zahra meninggalkan As-Sufi yang menawan hatinya.Pesanan agar tidak mengkhabarkan pemergiannya di patuhi Papa yang di bumi Malaysia.Kata Papa;setiap hujung minggu Sufi ke rumah bertanyakan keadaan Si Zahra hinggakan hilang seminggu yang lalu.Dan mungkin ada perkhabaran dari tanahair yang meruntun jiwa wanitanya di terima.Hadiah dari Mekah dititipkan pada mereka.Kata Zahra,dia amat berharap hadiah tersebut memberi makna mendalam pada Sufi.Dan sebagai abang,dia mendoakan hal yang sama biarpun dia sendiri tak tahu isi bungkusan tersebut. ----------------------------------- Usai solat terawih,dia mengalunkan ayat-ayat mengubat jiwa.Azamnya satu dan dia beruasaha kearah itu;mahu khatam Al-quran sebelum tiba sepuluh malam terakhir.10 malam terakhir yang penuh dengan Maghfirah.Dia mendoakan Sufi kembali kepada Ali As-Sufi yang mengajar dia erti kehidupan yang sebenarnya awal perkenalan mereka. Memang diakui,dia manusia didikan agama yang lupa pada Tuhan.Bila kaki menjejak menara gading,pakainnya kian ketat.Tudungnya kian singkat,budi bahasanya hilang dan pergaulannya makin bebas dan meluas.Dah ketika bersama Sufi,dia berubah sedikit demi sedikit.Hanya untuk menarik perhatian Sufi dan membuktikan mereka layak bergandingan.
Tapi tanpa sedar,hubungan mereka membuat komitmen Sufi sebagai pendakwah sedikit terabai.Dan sms tazkirah dari seorang teman membuatnya tersentak.Sms tersebut mengingatkan dia akan hawa yang menarik Adam ke neraka.Tambah menginsafkan bila malamnya;email kiriman Along bertajuk Wanita:Pendorong ke Syurga atau Neraka sampai ke pembacaan.
Sudah terlalu banyak kata peringatan dari Along.Along juga seperti Sufi,pelajar agama dan seorang hafiz Al-Quran.Hasrat Along untuk berdakwah terlalu berkobar-kobar.Tetapi hasrat Along sedikit tersekat kerana sikapnya.Kata Along;dia segan nak memulakan langkah kerana dalam keluarganya masih ada yang belum mengikuti acuan Al-Quran.
Kawan Along menempelak.Katanya;tak guna berdakwah andai adik sendiri tak ternasihat.Dan memang dia kurang gemar dengan sikap Along yang bercakap terus-terusan tentang hal agama.Hidup perlu enjoy!!!Itu pRinsipnya.Prinsip itulah yang diterapkan pada Sufi di awal perkenalan mereka.Kerana prinsip itu juga,Sufi hilang jati diri sedikit demi sedkit.
Dan kesedaran datang.Awal keesokan harinya,dia tekad melupakan Sufi kerana tak mahu menjadi wanita pendorong ke neraka.Menjadi kupu-puku yang celaka dan dilaknat Allah swt kerana mengajak ke arah kemungkaran.Dan janji 1 oktober untuk bertemu dimungkiri kerana dia tak mahu menjerat Sufi ke neraka kerna perlakuannya yang menggoda. --------------------------------- Astaghfirullah………..Lama dia bersujud.Memikirkan dialah Ali yang tak tahan dengan godaan dunia.Bukan salah Fatimah Az-Zahra sama sekali.Dia yang berniat untuk berdakwah pada tapi kian lemah dek kecantikan dan rayu Hawa itu.Diakan hamba yang lemah.Kerana matanya yang buta,komitmen pada agama tercalar.
Kenapa tak dihantar saja Insyirah membimbing Zara?Insyirah lebih memahami jiwa wanita.Insyirah kan motivatir hebat.Kalaupun dia mahukan Zara sebagai sayap kiri perjuangannya,mengapa terjebak dalam gelora cinta penuh kepalsuan.Mengapa tidak mengikut rentak dan aturan membina rumahtangga yang Islam anjurkan?
Ya Allah,lemahnya aku menghadapi hembusan rasa cinta ini.Kuatkan hatiku kembali.Ampunkan lah kekhilafanku.
Bungkusan hadiah dari Zahra menyedarkan dia.Sepasang jubah berwarna putih,senaskah Al-Quran,seutas tasbih dan sekeping poskad.Dan poskad bertinta hitam itu hampir membuat air mata lelakinya menitis.
"Assalamualaikum Ali As-Sufi.Ali memerlukan Fatimah sebagai pendamping,penguat kakinya dalam perjuangan suci ini.Dan Fatimah puteri Nabi membuktikan dia wanita agung yang mendorong Ali ke syurga.Dia mengajar Ali erti ketabahan dalam perjuangan.Sedangkan aku Fatimah Az-zahra yang mendorongmu,Ali As-Sufi ke neraka Tuhan,membuat kamu tersungkur dalam perjalanan.Kata orang jangan impikan lelaki sebaik Ali jika peribadi tak seindah Fatimah.Aku sedar akan hakikat itu,Ali.Aku tak ingin lagi aku menjerat kakimu terus berdiri dalam perjuangan.Kerna itu,ku pohon lupakan aku,kisah kita dan marilah kita bersama mencari redha Illahi.Kerdilnya aku Ali di depan Baitullah.Astaghfirullah..".
Zara tersedar awal dari dia.Jika dia tak melawan godaan syaitan yang berterusan menyesatkan manusia,suatu hari nanti pasti akan tersungkur jua.Ya Allah,terima kasih.
Bismillahirrahmainrrahim………..Bacaan Surah An-Nur diteruskan. "Perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan yang keji pula,sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik pula.Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia.(An-Nur:26)
Ya Allah,aku bukanlah Ali yang terbaik buat Fatimah itu juga!!!!!. ------------------------------------ 25 Ramadhan,dia menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.Setelah sebulan berkelana ke bumi Anbiya.Sungguh,keinsafan menyelinap di segenap hati.Indahnya Baitullah,nikmatnya beribadah di bulan Ramadhan dan bacaan Al-Quran yang penuh syahdu dari imam-imam di Masjidil Haram.
Along masih belum tiba biarpun janjinya untuk menunggu setengah jam awal di KLIA.Entah mengapa,Zahra tak sedap hati.Bakal ada yang kurang enak akan berlaku.Tapi cepat dipintas,mungkin hanya mainan perasaan.Dia beristighfar.
Dari jauh,kelibat Pak Ngah kelihatan.Agak murung raut wajahnya.Dia pelik mengapa bukan mama dan papa yang menjemput.Kalau Along sibuk sekalipun,mama kan ada waktu.Persoalan terus mengasak fikiran.Tak sempat Zahra bertanya,langkahnya dituntun ke kereta.
"Adik,mama dan papa ada urusan.Along juga.So,Pak Ngah yang ambik.Is it okay with u?".
"O,ic.Nape x bgtau adik awal2.Kalo x x yah susahkan Pak Ngah.Tapi napa muka Pak Ngah nampak sedih.Is there anything u hiding from me?".
"Em.Adik.Sabar ye.".
"Pak Ngah,do say there are something bad happen.Adik tak bersedia Pak Ngah!".
"Adik.kita kena bersabar dan redha menerima sesuatu.Along accident on the way ke sini.Sekarang ni Hospital Shah Alam.Masih belum sedar dan pendarahan terlalu banyak.Doakan Along selamat ye sayang".
"Ya Allah!!!!!!!".Air mata Zahra tak tertahan lagi. ---------------------------- Aidilfitri,perayaan umat Islam.Setelah sebulan membersihkan diri,kembali kepada fitrah seorang hamba.Dan tahun ini,Zahra meraikan Aidilfitri dengan azam yang baru,dengan wajah yang baru dan tanpa Along yang di sayangi.Along pergi lewat malam 25 Ramadhan yang lalu.Dan ketiadaan Along membuatkan dia rindu akan tutur kata lembut penuh makna Faiz.
Message received:
"Perjuangan ini penuh getir,airmata,darah dan duka.Tapi teman,kita harus lalunya dengan penuh tekad.Kerna adanya kamu aku sedar akan indahnya perjuangan.Saat ku katakan kepadamu,perjuangan itu pahit.Kau katakan kembali kepada ku:syurga itu manis".
Sms penuh makna dari teman Along.Sejak pemergian Along,handphone Along jadi teman setia.Kebetulan Along merakamkan hafazan surah di handphonenya.Gelagat Along amat dirinduinya.Ya Allah,tempatkan dia di kalangan hamba-Mu yang beriman.
Dia ingin berterima kasih pada penghantar sms.Mujahid namanya.Seiring dengan kata,sms dikirim dan segera mendapat balasan.
"Maaf.Ana ingatkan tak ada yang guna no hp Zikri.Ana rindukan Zikri betul.Moga ruhnya bersama para solihin.Amin".
Siapa yang tidak merasakan kehilangan Faiz Zikri.Along,ketua penuh dedikasi.Malam dan pagi sebelum dia jemput pergi,Along masih sempat mengimami solat terawih dan Subuh.Sampai kini,suara Along masih diingatan.Along pergi terlalu awal,tanpa sempat Zahra berterima kasih atas nasihatnya.
Mama dan Papa merelakan pemergian Along.Biarpun di sudut hati Mama,mama tak rela Along pergi terlalu awal.Mama mahukan anak soleh yang terus mendoakan dia andai mereka pergi.Jauh di sudut hati mama,mama terkilan kerana Along pergi tanpa sempat menghabiskan 30 juzuk hafazan.Tapi Mama segera sedar yang Allah lebih menyayangi Along.
"Mama,adik yang akan meneruskan impian mama memiliki anak seorang penghafaz Al-Quran.Adik akan menyambung perjuangan Along ma.",getus Zahra dalam hati.
------------------------- Dua tahun berlalu tanpa ada perkhabaran dari Zahra.Zahra dilupakan terus sebagaimana permintaan Zahra.Kini,dia bergelar pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa disamping giat dalam program dakwah kepada saudara baru.
Harini ini dia dijemput sebagai panel mengisi slot ceramah dalam program MENYUSUR HIDAYAH.Sebuah rancangan agama yang sangat bermanfaat pada pendapatnya.Menampilkan golongan profesional acuan Al-Quran dalam berbagai bidang,slot NUR ILLAHI yang mengisahkan islah golongan tersasar dan lain-lain.Pendekatan dakwah yang berbeza membuatkan program ini mendapat rating tinggi dan menjadi tontonan segenap lapisan masyarakat.
Dia mengagumi hasil kerja IBNU ZAIM,penerbit rancangan tersebut.Peluang hari ini tak kan sekali dilepaskan untuk mengenali penerbit tersebut.Dia mahu berkongsi cerita tentang konsep dakwah yang bervariasi,dia ingin mencari rahsia di sebalik kejayaan penerbit tersebut,mengungkap hasil tangan penerbit yang amat berbeza dengan rancangan agama lainnya.
Usai rakaman,dia mencari penerbit yang tak pernah sekali dikenalinya.
"Ustaz,tadi kata nak jumpa penerbit ya.Maaf ya ustaz,penerbit ada urusan sebentar di pejabat.Ustaz nak tunggu ke?".tanya pembantu penerbit yang tahu akan niat tinjauannya ke krew rancanagn berkenaan.
"Em,nampaknya tak dapat tunggu.Saya ada urusan dengan student.Tak apalah kalau gitu.Sampaikan salam ukhwah dari saya.".
"Ustaz,salam ukhwah ye.Ukhwah tak rapat boleh dirapatkan kalo ustz solo lagi",gurau Sulaiman sambil mengiringi Sufi ke kereta.
"Isy,kamu ni.Ibnu Zaim kan lelaki.X kan saya nak menikah dengan dia pulak.Kiamat la dunia jawabnya".
"Ya Allah,Ustaz.Ibnu Zaim tu perempuan.Nama tu sempena nama abangnya yang dah pergi.Nampaknya ustaz tak tahu lagi hal sebenar ya.Ha,ustaz.Tu pun IBNU ZAIM atau nama sebenarnya FATIMAH AZ-ZAHRA binti Muhammad ZAIM.Penerbit optimis kata ustaz tu,"jelas Sulaiman sambil mengacukan jari kearah perempuan bertudung labuh yang tersenyum manis.
Ya Allah,diakan Zara yang pernah ku kasihi dulu. ---------------------- Pertemuan dengan Sufi tanpa sengaja sebulan lalu membuatkan hatinya sedikit terganggu.Dia sendiri tidak tahu yang Ustaz Ali itulah yang penjadi penceramah jemputan minggu ke-21 siaran.Hinggalah siaran berlangsung,Sufi yang penuh petah berkata-kata dan aluanan suci Al-Quran membuatkan dia percaya itulah Ali yang dikenali dulu.
Tuhan,kenapa ujian hati ini datang lagi.Aku sudah berjanji melupakan dia.Kuatkan hatiku.Mujahid juga sering mengingatkan dia akan hal itu.Dia bimbang andai Mujadid menaruh harapan suatu ketika dahulu.Kerana itu,dicarikan calon terbaik buat Mujahid menerusi guru agamanya.Rusyaida jadi pilhan dah hari ini mereka bahagia bersama seoarang cahayamata.
Pesanan Ustazah Rahmah masih terngiang di telinga.Kata ustazah,wanita baik seperti dia seharusnya sudah punya perancangan meramaikan umat Muhammad,melahirkan generasi pejuang agama yang seterusnya.Kerna perempuan baik seperti dia layak menjadi ibu mithali,isteri solehah dan serikandi agama yang terbilang.
Dia juga berimpian begitu.Setelah 30 juzuk Al-Quran dalam dada dan dia memegang jawatan penerbit MENYUSUR HIDAYAH,memang dia mahukan keluarga yang bahagia.Tapi entah mengapa,impian tersebut masih belum terlaksana.Doanya masih belum terkabul.
Mungkin kerana dosa silamya yang menggunung dan baiknya dia belum mancapai piawaian sebenar.Tapi kenapa nak dirisuakan hal jodoh dan pertemuan. Allah kan lebih tahu yang terbaik buat hambanya.Sehinggakan dia berpesan pada Ustazah Rahmah agar mencarikan calon yang terbaik buat dirinya.Dia tak mahukan proses taaruf sebelum ijab terlaksana kerana bimbang hatinya diserahkan kepada yang bukan berhak.Tambahan pula di yakin Ustazah Rahmah pasti mahukan yang terbaik buat murid kesayangannya itu. -------------------------- "Aku terima nikahnya Fatimah Az-Zahra binti Muhammad Zaim dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit di bayar tunai",lafaz Adam itu penuh yakin.
Terlaksana sudah sunnah Nabi.Zahra tidak mahu bertemu sebelum pernikahan mereka.Dan dari mama,Zahra tak pernah ambil tahu pun siapa bakal suaminya kerna Zahra mahu menghadiahkan hati yang suci buat sang suami.Zahra bimbang andai godaan syaitan menodai pertemuan itu.
Zahra masih menanti penuh debar di kamar di hias indah.Sebentar lagi,pengantin lelaki akan masuk untuk upacara membatalkan air sembahyang.Namun,dari kesunyian ketika lafaz nikah tadi,dia merasakn getar di hatinya.Suara itulah yang bergema di studio B stesen televisyen dulu,memberi peringatan penuh hikmah.
"Assalamualaikum",tegur Sufi.Zahra masih tertunduk malu.
"Adik,ini suami adik.Angkat muka sayang,die berhak pada adik",teguran Mama sambil mengusap bahu adik penuh kasih.
Kesedihan bermaharaja di sudut hati.Sebaknya tak tertanggung,airmatanya kian laju menitis.Dia tersedar akan suatu hakikat yang terbentang di depan mata.Itulah Ali yang Fatimah ini tinggalkan dulu kerna tak mahu menjadi perempuan celaka,menghalang sebuah perjuangan.
"Ya Allah,indahnya aturan-Mu.Kau pertemukan kami lagi setelah kami kembali kepada-Mu.Ya Allah,rahmatilah hubungan kami."
Tangisan di pipi Zahra,Sufi usap lembut.Tangan Zahra di capai,cincin disarungkan.Saat Zahra mencium tangannya,Sufi berbisik lembut.Memujuk hati Zahra yang sedikit terkesan dengan pertemuan mereka.
"Sayanglah Fatimah yang menguatkan perjuangan Ali ini.Dan hari ini Ali kembali pada Fatimah untuk bersama bergandingan mencari cinta teragung.Terima kasih sayang".
Dan kata-kata Ali membuatkan Fatimah tersenyum manis dalam sendu.Dia teringat indahnya sajak yang sering dibacakan Along ketika dia hatinya rawan akan perpisahan dengan Ali itu dulu:
Bila dua hati mencinta Illahi, Bergabunglah jiwa bersatulah hati, Dua jiwa satu cinta, Dua jasad satu matlamat.
Bila rindu kerana Yang Satu, Bertemu pasti tak jemu, Bila kasih kerana Allah, Berpisah pasti tak resah, Ukhwah itu indah , Bila bertemu dan berpisah kerana Allah.
"Nia please forgive me?" Amran terus mengejar Nia yang berjalan laju menuju ke arah lif untuk naik pejabatnya di tingkat 3 sebuah pusat membeli belah yang terkenal di kota metropolitan. Nia tidak mempedulikan omongan maaf dari lelaki buaya darat itu sebaliknya terus segera berlalu dari situ. "Jangan ganggu aku, boleh?" Herdik Nia kuat hingga beberapa orang yang juga ingin menggunakan lif itu memandang pasangan yang sedang bertengkar itu. Geram juga gadis itu apabila Amran yang tidak tahu malu itu menyekat laluan Nia. Gadis yang mengenakan pakaian korporat itu terus memberi isyarat kepada pengawal-pengawal peribadinya agar menghalau Amran dari terus mengganggunya. 4 pengawal peribadi Nia terus menarik dan mengheret Amran dari terus mendekati Nia. Beberapa orang pekedai yang sedang membuka kedai mereka hanya melihat Amran diheret dan dihalau. Memang drama. Mereka hanya tersenyum sumbing melihat lelaki yang tidak tahu malu itu terus dihalau keluar. Bukan sekali mereka melihat Amran dihalau oleh pengawal peribadi Nia, termasuk hari ini saja dah masuk 4 kali. Nia memekakkan telinganya apabila mendengar Amran menjerit macam orang gila memanggil namanya. Bosan dengan sikap buaya pengikis itu. Amran hanya akan mengejar Nia apabila dia sudah kekurangan wang untuk bersosial. Amran bukan calang-calang orang, dia seorang model yang agak popular dan suka menggunakan wang perempuan-perempuan kaya untuk nemampung kehidupan mewahnya. Wangnya sendiri disimpannya. Kononnya untuk menampung masa depannya. Nia sudah tertipu dengan lelaki itu setelah memberikan wang sejumlah RM 20,000 kepada Amran setelah lelaki itu memberitahunya yang dia ingin menggunakan duit untuk berniaga. Kononnya lelaki itu sudah berhenti menjadi model dan ingin memulakan hidup yang baru dengan menjadi ahli perniagaan. Ujarnya lagi dia ingin membuka sebuah kedai aksesori kereta mewah. Nia tidak percaya tentang cerita-cerita di majalah yang menyatakan tentang kehidupan sosial Amran hinggalah dia melihat sendiri Amran bercumbu dengan seorang gadis seksi di pusat membeli-belahnya sendiri dua minggu yang lalu. Dek kerana geram, Nia menampar kedua-duanya sekali, Amran dan perempuan yang tidak tahu malu itu. Dia bukan seorang gadis yang mudah dipergunakan dan memaafkan lelaki buaya itu sewenang-wenangnya. Amran adalah lelaki ke-5 dalam hidupnya. Dia banyak dikecewakan dalam hidupnya. Namun dia tidak pernah serik untuk bercinta lagi kerana baginya dicintai dan mencintai adalah sesuatu yang indah.
Cinta pertamanya adalah cinta monyet sejak di sekolah menengah lagi. Semasa di tingkatan 3, Nia berkenalan dengan Irfan. Rakan sekelasnya. Hubungan mereka berakhir 7 tahun kemudian. Terlalu lama untuk dilupakan. Irfan seorang yang penyayang dan mengambil berat. Walaupun masa yang lama dalam perhubungan mereka itu Nia tidak banyak mengenali Irfan dengan baik hinggakan dia merasakan yang Irfan juga tidak mengenalinya dan akhirnya membawa kepada perpisahan mereka dengan hanya satu alasan iaitu tiada persamaan. Egonya pada masa itu terlalu tinggi kerana terlalu memilih pasangan. Dah namanya pun cinta monyet. Cinta ke-duanya pula adalah dengan seorang lelaki yang hanya dikenalinya melalui sahabatnya. Masa itu Nia sedang belajar di salah sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Lelaki itu hanya mempunyai cinta nafsu dan cintanya tidak sejati. Sikit-sikit nak peluk pinggan, nak berkepit je kerjanya. Nia sering membandingkan kebaikan lelaki itu dengan Irfan, jauh di sudut hatinya Irfan adalah lelaki terbaik dalam hidupnya. Cinta ke-tiganya sama seperti perangai Amran suka mengambil kesempatan terhadap kekayaannya. Benci dia pada lelaki sebegitu, mereka bukannya tiada duit tetapi mereka lebih suka mengikis harta demi kemewahan mereka. Last sekali cinta ke-empat Nia. Dia bertemu dengan lelaki yang berperasaan persis Irfan. Kasih sayangnya sama, sikap rendah dirinya juga sama tapi ternyata kasih lelaki itu bukan untuk Nia. Nia meluahkan cintanya pada lelaki itu tetapi lelaki itu menolak dengan baik dengan alasan Nia bukan gadis yang diminatinya. Pedihnya hati tidak terkira tapi nak buat macam mana dah kalau tak ada jodoh tu buat macam mana pun tak akan bersama jua akhirnya. "Ah...bosannya...!" Jerit Nia seraya memusingkan kerusi kulit empuk yang diimport itu beberapa kali. Mimi, setiausaha kesayangan Nia bergegas masuk ke bilik tuannya itu apabila mendengar jeritan Nia yang agak menggegarkan satu pejabat urusan Milinium Mall. "Cik, kenapa pagi-pagi dah tertekan ni?" Soal Mimi yang agak takut untuk menegur majikannya yang kelihatan agak moody pagi itu. "Mi, manalah aku tak tertekan. Dapat boyfriend pun tak guna sesen pun. Perhabiskan duit aku lagi adalah." Adu Nia sambil mengusutkan rambutnya yang tadinya tersisir rapi itu. "Belum jumpa hodoh lagilah tu, cik. Sabarlah." Nasihat Mimi kepada bos kesayangannya itu. Lagipun usia Nia baru mencecah 26 tahun, kira muda lagilah tu. "Mungkin aku dah tak boleh berkasih dengan sesiapapun, kut." "Jangan kata macam tu, cik. Cik sebenarnya boleh mencari jodoh yang baik tapi setiap lelaki yang cik kenal tu cik mencari Irfan dalam diri mereka. Mana boleh macam tu." Terdiam Nia mendengarnya. Mimi tahu segala kisah cintanya. Nia lebih suka berkongsi cerita dengan Mimi yang sebaya dengan kakaknya itu. Memang ada betulnya kata-kata Mimi itu tapi nak buat macam mana, cinta pertama memang sukar dilupakan. "Habis tu sekarang ni aku nak buat macam mana supaya si pengikis tu tak ekor aku lagi?" "Senang je tu cik, apa kata cik pergi bercuti, tenangkan diri buat sementara waktu. Bila dah lelaki sedar yang cik tak sukakan dia lagi, cik baliklah sini balik." "Cadangan tu lebih kurang macam sembunyikan diri aje." "Bukan sembunyi cuma tenangkan diri. Cik jangan bimbang, pandai-pandailah saya kelentong wartawan dan orang ramai bila mereka tanya ke mana cik pergi, nanti." "So, ke mana boleh aku bercuti ni?" "Ke Pulau Redang." Tanpa mempedulikan kesan sampingannya, Nia bersetuju untuk bercuti ke Pulau Redang. Mimi yang menguruskan segala percutian Nia yang dijadualkan bermula hujung minggu ini. "Nia, biar betul kamu nak pergi sendiri." Tegur ibunya yang tak yakin dengan anak bongsunya itu. Sejak dari kecil lagi Nia tidak pernah bersendirian ke mana sahaja dia pergi. Tiba-tiba nak bercuti bersendirian tanpa memberitahu keluarganya destinasi tempat percutiannya. "Pergi sendiri? Biar betul, lama mana?" Soal abang sulungnya pula. "Dua minggu." "Biarlah mak dua minggu saja. Bukannya lama pun." Kata Zahim selamba. Nia bertepuk tangan gembira. Sejak kehilangan ayahnya 4 tahun yang lalu Nia tidak pernah bercuti. Dia banyak menghabiskan masa mudanya dengan menguruskan pusat membeli belah milik arwah ayahnya itu tanpa sebarang rungutan. Abang sulungnya pula menguruskan syarikat penerbangan domestik dan antaranbangsa yang juga hak milik penuh arwah ayah mereka. Sejak kematian ayah, Zahim menjadi tempat mengadu Nia. Ayah kepada sepasang anak kembar itu mengambil keputusan untuk tinggal bersama keluarganya memandangkan ibunya yang sentiasa kurang sihat. "Mak, jangan bimbang. Him akan arahkan bodyguard ikut Nia senyap-senyap." Puan Sri Marlia tersenyum puas mendengarnya. Lega hatinya mendengar kata-kata Zahim itu. Patutlah lelaki itu beria-ia mengizinkan Nia bercuti walaupun gadis itu tidak menyatakan tempat percutiannya. "Hah, apa yang dibisikkan tu?" Soal Nia agak marah melihat abang dan ibunya berbisik itu. "Kami bukannya apa...kami berharap kat sana nanti kau jumpa jodoh kau." "Mak...tengoklah abang ni. Sengaja nak sakitkan hati orang." Marah Nia yang tahu abangnya sedang mempermainkannya kerana sering gagal dalam percintaannya itu. Nia meminta pembelaan dari ibunya kerana usikan abangnya itu. "Betul kata abang kamu tu. Bila dah menyamar jadi orang miskin tu harap-harap adalah orang nakkan kamu, bukan kerana harta kamu." "Kalau payah sangatkan mak, mak sajalah yang carikan jodoh untuk Nia." Kata Nia selamba sambil melabuhkan punggungnya di sebelah ibunya. "Eleh...mengada-ngada. Hari tu abang nak jodohkan kamu dengan lelaki yang abang berkenan kau tak nak." "Apalah abang ni, pilihkan untuk Nia ‘Pak Ustaz’, kalau dari Malaysia okey jugak, ni dari Mesir...siap berjambang lagi tu. Nanti kalau kahwin kena tinggal kat Mesir." Kata Nia seraya menggerakkan badannya gaya ‘geli-geleman’ apabila mengenangkan lelaki yang diperkenalkan kepadanya dua tahun yang lalu. Puan Sri Marlia ketawa melihat gelagat anak bongsunya itu. Zahim juga ketawa melihat gelagat adiknya yang kebudak-budakan itu. Sikap Nia yang kebudak-budakan itulah menjadi penyeri keluarganya itu.
Percutian secara senyap-senyap yang telah dirancang Nia bermula. Dia ke Pulau Redang menggunakan bot melalui jeti Merang, Besut, Kuala Terengganu. Dia sengaja tidak menggunakan helikopter peribadinya kerana tidak mahu dihidu oleh mana-mana wartawan mahupun musuh-musuhnya yang terdiri daripada ahli perniagaan yang mahukan perniagaan keluarganya itu dan ahli keluarga sebelah ayahnya yang kononnya mempunyai hak dalam perniagaan yang diusahakan sendiri oleh arwah ayahnya itu. Nia meminta Mimi merahsiakan percutiannya itu daripada pengetahuan umum dan jika ada yang bertanya, Mimi akan menggunakan alasan Nia ke London atas urusan perniagaan dan hanya akan pulang dalam masa dua minggu dari sekarang. Nia hanya mengenakan seluar jeans hitam dan dipadankan dengan blaus dari kain kapas berwarna krim mengheret sebuah beg pakaian bertayar dan sebuah beg pakaian bimbit menuju ke kaunter pertanyaan di sebuah hotel mewah itu di tepi pantai Pulau Redang yang mendamaikan itu. "Cik, saya dah buat tempahan." Beritahu Nia kepada seorang gadis yang berpakaian kebaya sendat yang menyambut kedatangannya di kaunter pertanyaan itu. "Nama cik?" Soal gadis itu lembut. Kelihatan agak sukar untuk gadis itu mengukirkan senyuman. Nia tidak mempedulikan lagak gadis pulau itu. Nia memberitahu namanya kepada gadis penyambut tetamu itu sambil tersenyum mesra. "Oh, Cik dah buat tempahan untuk bilik VVIP." Beritahu gadis itu lagi dan tidak semena-mena wajah gadis itu mengukir sekuntum senyuman yang manis sekali. Hipokrit! Desis hati kecil Nia. Tiba-tiba datang satu idea nakal Nia untuk menguji gadis yang memilik sekuntum senyuman yang mahal itu. "Cik, saya nak tukar bilik lain boleh. Kawan saya salah buat tempahan. Asalnya kami berdua tetapi saya seoranglah pulak yang hadir." "Er...Cik nak bilik VVIP single ke?" "Bukan, saya nak bilik biasa saja. Lagipun saya nak tinggal untuk dua minggu dan saya takut saya tak mampu untuk bayar duit hotel ni kalau saya sewa bilik VVIP tu." Berubah wajah gadis penyambut tetamu itu apabila mendengar Nia tiada duit untuk menyewa bilik yang mahal. "Kalau tak ada duit kenapa nak menginap kat hotel mahal ni?" Soal gadis itu dengan menyindir. Sakit pula hati Nia mendengarnya. "Hei, perempuan. Kau ingat aku tak ada duit ke? Aku cuma nak tengok perangai hodoh kau tu saja. Kau memang tak layak bekerja di hotel ni tau." Jerkah Nia. Nadanya yang tinggi itu amat memalukan gadis itu hingga menyebabkan semua orang di lobi hotel itu memandang Nia dan gadis penyambut tetamu itu. Nia memalingkan muka dan badannya ke arah lain. Lebih baik cari hotel atau chalet lain daripada asyik bertembung dengan perempuan munafik ni. "Cik, ada apa-apa masalah ke?" Soal pemilik hotel itu yang berpakaian kot kemas berwarna hitam. "Kau ni siapa?" Nada Nia masih meninggi. Handsome-lah pula lelaki ni, Nia ketawa jahat dalam hatinya. "Saya pemilik hotel ini. Nama saya Khairul." "Elok sangatlah Encik Khairul ada di sini, saya nak encik beri lebih lagi latihan kepada penyambut tetamu encik yang tidak berbudi bahasa dan memilih kasih hanya kerana sekuntum senyuman." Kata Nia seraya berlalu pergi. "Cik, jangan pergi. Kita boleh berbincang dulu." Kata Khairul dengan nada yang lembut menghalang Nia yang mahu beredar dari hotel itu. Gadis yang bernama Melati pada tag namanya itu tertunduk malu dengan sikapnya sebentar tadi itu. "Nak apa lagi, encik ni pun nak hina saya juga ke? Orang miskin macam saya ni tak layak ke tinggal di hotel mewah macam ni?" Soal Nia marah. Khairul mengerutkan dahinya hairan dengan kata-kata Nia itu. Kalau miskin takkan boleh beli beg pakaian berjenama Gergio Amani. Barangan berjenama tu. "Saya minta maaf dengan sikap pekerja saya. Saya berikan diskaun untuk cik menginap di bilik VVIP tu." "Berapa percent?" "50%." "Good, saya terima." Kata Nia dengan gembira. "Adam, bawakan beg cik ni ke bilik VVIP 302." Kata Khairul setelah melihat bilik yang telah ditempah Nia itu. Nia menjeling ke arah gadis penyambut tetamu itu. Sakit hatinya tidak terkira dengan sikap biadap gadis itu tetapi berbaloi kerana dia tidak disyaki oleh sesiapapun buat masa itu. Mungkin orang-orang di sekitar pulau ini tidak membaca majalah-majalah perniagaan yang banyak memaparkan tentang kehidupannya sebagai gadis korporat termuda itu. "Cik, saya minta maaf dengan sikap kawan saya tu, ek." Kata Adam dengan terketar-ketar. Nia hanya tersenyum sumbing mendengarnya. Ini mesti ada apa-apa kalau dah dibelanya perempuan biadap itu. "Makwe kamu ke?" Adam mengangguk. "Kamu suka perempuan biadap macam tu?" "Saya yakin dia akan berubah selepas hari ini. Selama ini tak siapa yang berani tegur dia." Kata Adam tergagap-gagap lagi. "Sepatutnya ia menjadi tugas kamu untuk menegurnya." "Saya takut kehilangannya." Kata Adam lembut. Begitu kasihnya lelaki itu pada teman wanitanya itu walaupun sikap perempuan itu terlalu biadap untuk dibuat makwe. Mungkin juga kat kawasan ni kekurangan perempuan yang cantik hinggakan Adam tidak mahu melepaskan Melati. Adam meletakkan beg-beg pakaian Nia ke dalam bilik istimewa itu selepas membuka pintu bilik itu untuk Nia. "Nah, ini untuk kamu kerana sikap baik kamu." "Banyak ni, cik." Kata Adam sambil merenung not RM100 itu. "Tak banyak jika nak dibandingkan dengan sikap baik kamu. Tapi tolong rahsiakan dari pengetahuan orang lain, nak-nak bos kamu tu. Nanti dia tarik balik pulak diskaun bilik ni. Anyway, ucapkan terima kasih kepada makwe kamu tu." "Kenapa, cik?" "Sebab dia saya dapat diskaun 50%, tau." Adam tersenyum sambil mengangguk. Apabila Adam keluar dari biliknya, Nia segera meminta operator menyambungkan panggilannya kepada pemilik hotel itu. "Encik Khairul, tolong jangan berhentikan Cik Melati ataupun menukar dia ke tempat lain. Saya yakin dia akan berubah selepas ni." Kata Nia panjang lebar. Khairul menamatkan panggilan telefon itu selepas bersetuju dengan permintaan Nia itu. "Awak bernasib baik kali ini." Kata Khairul kepada Melati lalu Melati diarahkan keluar dari bilik pemilik hotel mewah itu. "Macam mana, Encik Khairul marah teruk ke?" Soal Adam sejurus kekasih hatinya itu keluar dari bilik pejabat Khairul sebentar tadi. "Dia cuma bagi amaran, katanya Cik Nia tu maafkan Ati." "Ati kena minta maaf dengan cik Nia tu tau, dia baik orangnya. Satu lagi, lepas ni jangan buat perkara macam tu lagi, tau. Tak baik pilih kasih macam tu." Melati benar-benar insaf kali ini. Dia amat-amat menyesal dengan perangainya itu. Dia yang juga menyayangi Adam itu menurut kata Adam tanpa membantah. Oh, rupa-rupanya Melati juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Adam. Ingatkan Melati hanya ingin mempermainkan perasaan Adam. Yalah, berdasarkan perangainya sebentar tadi sejelas-jelasnya menunjukkan yang Melati tidak secocok mana dengan Adam yang peramah dan sopan itu.
Seawal pagi Nia keluar dari hotel itu selepas bersarapan. Apabila berdiri di muka pintu pagar hotel itu, Nia berpaling ke arah kiri dan kanannya. Arah mana nak ditujunya. Dia sendiri tak tahu. Macam mana nak buat ni, dia mahu bersiar-siar tapi takut sesat. "Cik Nia, nak ke mana pagi-pagi ni?" Soal Adam mesra yang mahu masuk ke dalam hotel itu. "Nak bersiar-siar. Awak tak kerja ke hari ni?" "Tak, hari ini saya cuti. Saya datang ni nak jemput Ati. Dia baru habis kerja syif malam." Nia mengangguk tanda faham dan dia ingin beredar dari situ. "Cik nak bersiar-siar ni, cik tahu ke nak ke mana?" "Tak, takut juga sesat ni." "Kalau macam tu, cik tunggu sini saya pergi jemput Ati lepas tu kita siar-siar sama-sama." "Tak ganggu ke?" "Eh, tak adalah...Ati pasti suka." Kata Adam. Nia hanya menunggu di pintu masuk hotel itu sahaja sementara Adam masuk menjemput Melati. "Ati, kita bawa cik Nia berjalan-jalan kat pulau ni, nak?" "Okey aje. Tapi nak ke dia lepas apa yang Ati buat semalam." "Okey, dia dah tunggu kita kat pondok jaga sana." Beritahu Adam dengan sekuntum senyuman yang manis terukir. Berubah juga wajah Melati mendengarnya. Biar betul secepat itu, sangkanya mungkin sebelah petang mereka akan bersiar-siar. "Ati, kenapa ni. Tak suka ke?" "Bukan...cuma tak sangka sekarang." "Boleh tak?" "Boleh, jom." Walaupun penat, Melati tidak mahu menghampakan Adam. Melati menarik tangan Adam agar mempercepatkan langkahnya. Dia tidak mahu Nia tunggu mereka terlalu lama. Tak elok buat orang lain tertunggu-tunggu begitu, desis hati kecilnya yang agak teruja untuk berjumpa dengan Nia itu. "Cik, saya nak minta maaf banyak-banyak." Ucap Melati sejurus berjumpa dengan Nia di pondok pengawal hotel itu. Nia hanya tersenyum menyambut salam Melati itu. "Kalau macam tu tak payah nak bercik-cik dengan saya. Panggil saya Nia cukup." "Betullah kata majalah tu, cik Nia memang baik orangnya. Mesra, ramah dan pemaaf lagi." Kata Melati kepada Adam. Nia memberhentikan langkahnya serta-merta lalu memandang pasangan kekasih itu. Biar betul identiti dia dah terbongkar. "Kamu berdua kenal saya?" "Kenal. Kami selalu baca tentang cik dalam majalah, cuma semalam saya tak cam cik saja. Lainlah bila cik tak bermekap ni." Kata Melati. Berubah wajah Nia. Kantoi! Dia dah diketahui umum, habislah macam ni. "Please, jangan bongkarkan rahsia saya pada sesiapapun. Saya tak nak percutian saya ni dihidu wartawan." Melati dan Adam mengangguk setuju. "Kami janji." Kata pasangan itu serentak dan separuh berbisik. Nia tersenyum gembira dan memulaka perjalanan mereka mengelilingi pekan pulau itu yang sentiasa sibuk itu. Jika di dalam majalah Nia kelihatan anggun bergaya dengan pakaian korporat dan mekap yang sesuai dengan wanita korporat, hari ini dia tidak bermekap dan dengan mengenakan pakaian biasa itu membuatkan ramai orang tidak mengenalinya. Buktinya, Melati saja sudah tertipu pagi semalam dan dia yakin Khairul juga tidak mengecamnya. Melati mengecamnya setelah Adam membelek sebuah majalah perniagaan yang tersusun di hotel tempat mereka bekerja itu semalam lalu ditunjukkan kepada Melati untuk sesi pengecaman dan ternyata tekaan mereka tepat sekali. "Eh, Ati. Kenapa banyak kedai-kedai kat bangunan ni sunyi saja?" Soal Nia, hairan melihat bangunan Pekan Budaya itu sunyi sepi sekali. "Mereka mogok. Bos kami nakkan bangunan warisan ni untuk memperbesarkan hotel tu, pekedai-pekedai ni tak setuju tapi tuan punya bangunan ni nak jual juga." Nia mengerutkan dahinya. Tindakan Khairul itu tidak patut. Mengikut cerita Adam lagi hanya tinggal bangunan warisan ini saja yang menunjukkan wujudnya reka bentuk tradisional pulau itu. "Berapa yang ditawarkan untuk beli bangunan ni?" "RM80, 000. Kata Encik Khairul bangunan ni dah lama. Itupun harga yang paling mahal dia boleh bagi." Beritahu Adam. "Kalau macam tu, saya akan bantu penduduk kampung ni untuk mengekalkan bangunan warisan tu." Kata-kata Nia itu dapat difahami oleh Adam dan Melati. Mungkin kerana mereka suka membaca mengenai hal ehwal perniagaan menyebabkan mereka cepat menangkap kata-kata Nia yang tesirat itu. "Tapi Nia tak boleh lakukan sendiri." Kata Adam "Why? Awak berdua ingat saya tak mampu untuk berurusan dengan orang tamak yang sanggup jual warisan pulaunya demi wang." "Bukan begitu. Kan, Nia kata nak rahsiakan kedatangan Nia ke pulau ni. Jadi jangan tunjuk muka dan nama cik. Cik gunakan orang tengah." "Hm, bagus cadangan tu. Saya terima." Kata Nia lalu mengekor pasangan kekasih itu ke sebuah gerai makan untuk menjamu selera mereka di tengah hari itu. Nia menggunakan masa itu untuk berbincang dengan abangnya tentang pembelian bangunan warisan itu. "Baru dua hari kamu ke sana, kamu dah buat hal." "Please, abang...kalau Nia tak bantu sekarang, bangunan tu akan dirobohkan hujung minggu ni." "Okey, abang bantu." "Thanks, er...abang tulis alamat ni..." "Tak payah, abang tahu adik abang kat mana..." Asalnya Nia ingin naik marah tapi apabila mengenangkan dia sedang meminta bantuan dari abangnya, marahnya hilang. Rupa-rupanya percutiannya sudah diketahui abangnya. "Beres! Masalah bangunan warisan tu dah selesai." Melati dan Adam tak habis-habis berterima kasih kepada Nia kerana membantu mereka mengekalkan bangunan warisan zaman-berzaman itu. Zahim membeli bangunan itu dengan harga RM100, 000 seperti yang dikehendaki Nia. Apabila Zahim membelinya atas nama syarikat penerbangan Emas Airlines, tiada siapa yang akan mengesyaki Nia ada di pulau itu.
"Cik Karina...Cik Karina..." Panggil Khairul yang melihat Nia ingin keluar dari lobi hotel itu dengan berpakaian santai ke pantai. Nia yang mengenakan baju mandi berwarna hitam serta diselitkan kain batik yang dililit pada pinggangnya kemas. "Ah, encik Khairul." Sapa Nia yang agak terkejut dipanggil lelaki itu sebentar tadi. Nia juga terkejut melihat pakaian lelaki itu jauh berbeza dari apa yang dilihatnya tiga hari yang lepas. Lelaki itu hanya mengenakan seluar ‘Hawai’ pendek dan dipadankan dengan baju T longgar. "Nak ke mana ni?" "Nak bersiar ke pantai." "Sorang?" Nia mengangguk. "Kalau macam tu...jom saya temankan." "Encik tak kisah ke?" "Tak, jangan nak berencik-enciklah dengan saya, panggil saja Khai." "Saya Karina." Nia menghulurkan tangan berjabat mesra dengan Khairul tanda perkenalan. Pasangan yang baru berkenalan itu berjalan menuju ke arah pantai yang hanya terletak beberapa meter dari hotel itu. Hubungan akrab itu berterusan hingga beberapa hari. Nia dibawa Khairul bersiar dengan speed boat-nya, ber-scuba, berkuda dan menyaksikan matahari terbenam dari tingkat teratas hotelnya. "Wah...rupanya cantik juga rupa matahari terbenam dari atas bumbung ni." Kata Nia berseloroh. Khairul tersenyum mendengarnya. Lelaki itu dengan beraninya mengambil langkah pertama dengan memegang tangan Nia. Nia membiarkannya saja, mungkin dengan cara itu Khairul meluah rasa cintanya kepada Nia. Mungkin beberapa hari bersama ini akhirnya membuahkan satu rasa cinta dalam diri mereka. Nia tahu yang Khairul ada rasa cinta padanya, begitu juga dengannya. Dia hanya ingin mendengar lelaki itu meluahkan perasaannya kepada Nia dan selepas itu dia akan terus bersetuju untuk menjadi teman hidup Khairul. Inilah Nia, cepat jatuh cinta dan payah untuk lupakan cinta, entah apa-apa.
Hari ini Khairul muncul dalam rupa yang berlainan. Nia tidak berani untuk menegurnya, namun dia tahu apakah masalah yang menimpa lelaki itu. "Khai, kenapa ni?" "Saya gagal untuk dapatkan bangunan sebelah tu? Ada orang beli dengan harga yang lebih mahal lagi. Kalau saya jumpa orang tu, saya bunuh dia." "BUNUH!" Tersentak Nia mendengarnya. Biar betul. Habislah riwayatnya jika Khairul tahu yang dia adalah pesaing lelaki itu. Bulat mata Khairul apabila pelanggan-pelanggan di restoran itu memandang mereka. "Bunuh jentik-jentik...takut denggi..." Kata Khairul cuba menjelaskan situasi itu. Pelanggan-pelanggan di restoran itu tergelak kecil mendengarnya. Nia yang masih terkejut mendengar berita itu terus bangun lalu beredar dari situ. "Karina...nak ke mana tu? Kata nak pergi berenang sama-sama." "Er...mood awak kan tak elok hari ni...esok-esok sajalah." Kata Nia lalu berlari menuju ke arah Melati yang duduk di kaunter pertanyaan itu. "Ti, habislah Nia kalau bos kamu tahu." "Yalah, bos dah suruh orangnya cari maklumat tentang pembeli tu. Tak lama lagi tentu dia dapat jejak Nia." Ee...takutnya rasa nak balik hari tu juga pun ada. Nia terus naik ke biliknya. Hari itu dia tidak jadi untuk berenang bersama Khairul. Berenang? Silap-silap haribulan dia dilemaskan Khairul setelah lelaki itu mengetahui identitinya.
"Encik, ni maklumat yang encik nak tu." Hulur pembantu Khairul kepadanya. Lelaki itu terus membelek fail maklumat tentang pembeli bangunan warisan yang terletak di sebelah hotelnya. "Zahim bin Tan Sri Latiff. Pemilik syarikat penerbangan Emas Airlines. Kenapa pemilik syarikat macam ni berminat untuk membeli bangunan buruk macam tu." Khairul membelek pula maklumat tentang peribadi Zahim dan keluarganya. Mungkin ada nama-nama lain yang dikenalinya. Akhirnya satu nama membuatkan dia tergamam seketika. "Nia Karina binti Tan Sri Latiff. Macam aku pernah dengar nama ni..." Khairul berlari menuju ke kaunter penyambut tetamu untuk mencari nama yang seingatnya pernah dilihatnya. "Ati, cuba cari nama Nia Karina binti Latiff." Melati ingat nama itu dan hanya mengikut kehendak majikannya walaupun dia tidak perlu mencari maklumat tentang orang yang hendak dicari Khairul itu. "Tak ada." "Habis tu nama penuh Karina apa?" "Karina binti Latif." "Hm...hampir sama tapi tak mungkin mereka juga adalah orang yang sama." "Kenapa encik?" "Tak ada apa-apa." Khairul berlalu pergi lalu menuju ke arah restoran. Nia yang sedang makan itu berhenti dari menyuapkan makanannya apabila melihat reaksi wajah Khairul yang agak menakutkannya itu. Kerusi di hadapan Nia ditarik dan lelaki itu duduk mengadapnya sambil melepaskan satu keluhan yang agak berat kedengarannya. "Saya tak tahu apalah persengketaan saya dengan lelaki tu?" "Maknanya?" "Tak ada maknanya..." Nia ketawa mendengarnya. Hahaha...lawak...lawak.... "Saya nak beli bangunan warisan tu untuk memperbesarkan hotel saya ni. Tapi lelaki tu dah beli bangunan sebelah tu. Nak buat apa pun tak tahulah." "Siapa pembelinya?" Soal Nia berpura-pura. "Zahim, pemilik Emas Airline." "Oh, kalau macam tu nak buat landasan kapal terbanglah tu." "Tak ada maknanya. Bukannya luas pun kawasan tu." Nia ketawa lagi. "Saya tak akan maafkan dia dan keluarganya." "Tapi lelaki tu tak salah." Khairul tertunduk mendengarnya. Ya tak ya juga. Ini soal perniagaan kenapa dia nak marah-marah tak tentu pasal. Mungkin juga kerana dia terlalu inginkan bangunan itu sebab itulah dia emosional begitu. "Khai, itu bangunan warisan. Pernah tak awak fikir yang penduduk kampung ni perlukan bangunan itu untuk kekalkan warisan pulau ini. saya dimaklumkan oleh penduduk kampung ini yang pembeli bangunan itu ingin mengekalkan warisan pulau ini. tu saja." Ujar Nia panjang lebar apabila Khairul memandangnya tajam seolah-olah Nia yang membeli bangunan itu. Khairul kelihatan tenang setelah mendengar penjelasan Nia itu. mungkin juga kerana dia bukan penduduk tempatan di situ jadi dia tidak tahu sentimental value penduduk di situ.
Ketika Nia sedang berkelah dengan Khairul di tepi pantai, Amran muncul dan menumbuk Khairul. Keadaan menjadi tegang apabila Khairul melawan. Nia panik mula meminta tolong. "Nia, sampai hati awak larikan diri dari saya." Ujar Amran yang ketika itu dipegang oleh orang awam dari terus memukul Khairul. Khairul yang juga dipegang orang segera melepaskan pegangan tersebut. Terkejut dia mendengarnya. Jadi tekaannya selama ini adalah benar. Karina adalah Nia Karina. Jutawan muda yang terkenal itu dan gadis itu juga telah bersubahat membeli bangunan warisan itu. "Karina, awak tipu saya." Marah Khairul lalu berlalu pergi. Kecewanya tidak terhingga. Bukan niat Nia untuk menipu tetapi dia terpaksa demi menyelamatkan warisan turun temurun itu. Nia tidak mampu lagi untuk memberi penjelasan kepada Khairul memandangkan alasannya telah diberikan dahulu. Nia yang dilindungi pengawal keselamatannya itu segera membawa Nia pergi. Nia tahu kekecewaan Khairul pasti tidak akan terubat walaupun Nia cuba memberi 1001 alasan. Amran ternganga kerana terlepas lagi untuk mendekati Nia dan seterusnya mendapatkan Nia kembali.
‘Khai, Sedetik cintamu begitu indah untuk dilupakan. Akanku simpan segala kenanganmu di dalam kotak hatiku. Walaupun dirimu tidak mungkin ku miliki tapi aku berdoa agar dirimu bahagia selama-lamanya. Maafkan aku, bukan niatku untuk merampas bangunan usang itu tapi aku lakukan demi masyarakat kampung yang amat memerlukannya. -Nia-’ Nia meninggalkan sekeping nota untuk Khairul sebelum berangkat pulang. Nota itu ditinggalkan kepada Melati, sahabat yang dikenalinya di Pulau Redang itu.
‘Nia, Hadirmu selembut bayu pagi. Aku amat bahagia di bawah naungan pelangi indahmu. Redup matamu begitu syahdu untukku tatap sepanjang masa. Aku malu dengan setiap kataku padamu. Tahulah sayang bahawa cintaku hanya untukmu. -Khairul-’ Khairul juga meninggalkan nota untuk Nia. Nota itu diberikan kepada salah seorang pengawal peribadi Nia dan dia meminta agar pengawal peribadi Nia itu memberikan nota itu sejurus mereka masuk ke dalam kapal terbang. Air mata tak mungkin dapat menyelesaikan segala-galanya. Satu tindakan mampu mengubah satu takdir yang telah ditentukan sejak azali lagi. Sesungguhnya bukan masa yang menentukan segala-galanya. Usaha dan azam yang gigih mampu merubah pantai yang tenang dan meratakan bukit yang tinggi. Masa hanya satu lonjakan untuk merubah kenyataan itu.
Org kata cinta tu buta, xkenal saper. Dulu aku xpercaya sb aku rasa kite yg memilih cinta bukan cinta yg memilih kita. Dulu jgk aku rasa hati ni boleh diatur, supaya menyukai atau membenci seseorg. Tp aku silap, betol2 silap dan terAMAT silap..rupanyer hati kite ni xleh dikawal. Perasaan suka tetap singgah walau di mulut enggan mengakui. Percaya atau tidak inilah kali pertama aku merasai satu perasaan yg sgt indah..itulah cinta.Ya!!!aku telah jatuh cnta,satu perasaan yg xpernah aku rasai sblm ni. Dulu mmg aku pernah bercinta, tp peliknya prasaan dulu xsama dengan yg sekarang ni. Rasa cinta ini sgt kuat dan sgt menenangkan jiwaku. Tapi layakkah aku untuknya??? Dia terlalu sempurna bg ku.
Ustaz Ariff, pensyarah subject ctu(pengajian islam) telah merubah pandangan dan peganganku. Aku mulai mengenal islam dan teringin mendalami agama suci tersebut. Kali pertama bertemu dgn nya hati telah tertarik. Cam ada magnet jer..mase tu aku tgh mkn tgh hari kat café dgn ikan dan sara. Kebetulan Ustz Ariff juga mkn disitu dan dia duduk betul2 di dpn meja kami. Mula2 tuh mmg aku xkenal saper ustz ariff tuh, tp sara n ika yg membuatkan aku mengenali nya.
" Eisya, tuh tgk dpn tuh. Tu la Ust Ariff lecturer kitorang yg aku ngan sara selalu citer tuh" Ika memulakan cerita.
Oh jadi tu la ust yg ika ngan sara xberapa suka tu..kata mereka ustz tu skema sket, itu xblh ini xbleh…
" sbg umat Islam wajib untuk kita tutup aurat, lebih2 lagi kaum perempuan. Aurat ibarat maruah…jagalah aurat seperti mana kamu menjaga maruah kamu. Jgn jadi hipokrit. Sy tau walaupon kamu skrg ni lengkap bertudung n berbaju kurung kat kelas sy tap saya juga tau lain pula pakaian kamu bila kat luar kelas sy..hmmm…….kamu harusnya tutup aurat ni bukan sb malu kat saya..tapi kamu patot malu kat Allah…Dia Maha Mengetahui."
Sara meniru lagak ustz ketika memberi tazkirah di dalam kelas mereka suatu masa dulu…malu giler diorang tuh.. jelas mereka terasa tersindir dgn kata kata ustz..diorang ni pakai baju kurung n pakai tudung time kelas ustz tu je. Kalau x jgn harap laa nk pakai camtu, kalo xpakai ketat2 n sendat2 mmg x sah. Tu lah trend org zaman skrg kata mereka. Aku pon xde laa pakai camtu..at least ok r cket..xla terlampau sgt cam diorang ni.tapi aku x laa cakap camtu kat diorang. Dlm hati jer. Rambut diorang lak bercolor2. kejap merah kejap tukar hijau…macam2 laa diorang ni..
Masa aku nk byr duit kat kaunter pas abis makan, bertembung lak ngan ustz tuh..dia tgh byr duit gk time tu..aku dok berdiri kat sebelah dia, nk tggu giliran tuk byr. Masa tu xramai orang kat café..
"selamat tgh hari ustz" tegurku
"slmt tgh hr" ustz membalas ringkas dan membalas senyumanku.. dia pandang aku kejap lalu terus tunduk.
" ustz sorang je ke??" aku bersikap ramah. Apa salahnye tegur lecturer..nnt dikatakan xhormat plk.
"a’ah sy sorang je" jwp nye pula tp kali ni dia xpndg aku..dia tunduk je...Bila makcik cashier dh pulangkan duit baki ustz tu, dia pon terus pergi tapi sempat gk r dia ucap slmt tggal kat aku..slow je suara dia tapi aku dgr ..dia jln pon tunduk je..dok tgk kat lantai tuh..ada apa kat lantai tu pon aku xtau..Aku gtau ika n sara pasal tu.
"oohhhhh ustz tu mmg camtu. Dia xkan pndg pempuan lama2..lagi2 pempuan yg xpakai tudung. Dosa tu..zina mata.."terang ika padaku
"dlm kelas pon dia mmg xbyk pandang student pempuan, byk tertumpu kat pelajar lelaki..ustz arif tu mmg baik org nya..kami ni je yg xsedar diri..xinsaf2 ag..xsampai seru lagi agaknya.."Sara pula menyampuk sambil tersengih2.sedar diri jgk dia ni..kata aku dlm hati..
Baru aku faham..rupanya ustaz bkn xnk pndg aku. Aku terasa gk td. Ingat kan sb aku bkan Islam , dia xnk pndg aku. Tp sb nk jaga mata rupanya. Aku dh salah faham td. Nasib baik Sara dgn Ika jelaskan kat aku td. Kat dahi dia aku nmpak ada tanda hitam. Dara ckp tu tandanya ustz tu alim byk wt ibadah..aku senang tgk wajah dia yg bersih tu. Sejak tu byk laa aku bertanya kat sara ngan ika pasal ustz tu. Aku jd berminat nk tau pasal dia. Peribadinya yg mulia tu membuatku mahu mengenalinya.
"umur dia muda ag baru 29..tapi ilmu agama dia luas tol xmcm usia dia..dia ada wat consultation setiap ari rabu kat bilik dia kul 11. Dia galakkan students dtg jumpa dia kalo ada pe2 masalah yg berkaitan dengan pelajaran atau tentang islam. Kalo ada apa2 kemusykilan leh laa g jumpa dia.."kata ika pada satu ptg.
Byk gk yg aku tau pasal ustz tu. Tu pon sb ika ngan sara yg rajin bercerita..tau2 je aku mmg suka dgr citer diorang pasal ustaz Ariff nih. Diorang ni pon aku tgk dh ada perubahan dah cket..pakaian diorang dah x terlalu mencolok mata tapi tudung still xpakai ag..
Pada ari rabu, tepat kol 11.30 aku dh terpacak kat dpn bilik ustz Ariff. Ada laa dua tiga org students kat situ. Aku tggu kat luar. Tggu diorang abis dulu. Lama gk aku tggu dkt 20min. pastu tiba laaaa giliran aku. Aku pon msk laa bilik dia..masa aku nk tutup pintu dia pantas melarang.
"biar je pintu tu terbukak, xelok nnt orang tgk..kang jealous lak boypren awak" kata ustz sambil berjenaka..aku hy senyum. Paham r aku mksd ustz tu. Dia takut akan timbul fitnah nnt..aku xjadi tutup pintu tu malah aku bukak pintu tu luas2.
"hmmmmmm ada apa2 yg bleh sy tolong ke?" ustaz memulakan perbualan. Tanpa berselindung aku meluahkan apa yg terbuku dlm hatiku selama ni. Aku ty pasal islam. Dan kemusykilan kau terjwab dengan setiap butir kata2nya. Ustaz ariff tenang je dlm menjawap soalan2 yg aku utarakan. Ustz ariff ni x lah skema sgt cam ika ng sara citer tu. Ustaz ni kelakar rupanya.. juka berjenaka. Beberapa kali gak aku tergelak2. dia menjawab persoalanku dgn contoh2 yg senang paham. Mulai saat tu setiap minggu aku g bilik pejabat dia. Kami byk berbincang pasal Islam..aku mulai faham akan Islam dan bertambah minat untuk mendekati agama tersebut. Suatu hari aku nekad membuat keputusan. Aku telah menemui apa yg aku cr selama ni. Aku lantas p jumpa ustz..aku mau dia jd org pertama yg tau benda ni.
"ustaz!! Sy dh bersedia..sy sedia msk Islam. Sy teryarik ngan agama Islam dan sy iklas nk peluk agama Islam. Saya yakin dengan keputusan sy dan keputusan ni x dipengaruhi oleh saper2."
"awk serius??alhamdulillah.sy tumpang gembira untuk awk. Semoga awk tabah dlm mengharungi setiap dugaan yg bakal mendatang nnt."
" ya sy tau, byk benda akan berubah lepas ni. Saya dh bersedia." Ustaz tersenyum.
"errrrrr….tapi ustaz……."
"ya Erisya?? Ada apa?"
"sebenarnya saya ada lagi satu benda nk gatau ustz. Ustaz jgn terkejut ya. Hmmm sy..saa..yaa..err saya suka kan ustaz. Saya mahu jadi hawa ustaz?? Boleh x ustaz??"
Fuh giler skema ayat aku..Tergagap2 aku menuturkan kata2 tu. Adoi..straight to the point lak tu.. Malu giler ni..muka aku sure merah time ni. Ustaz menggaru2 kepalanya yg xgatal. Terkejut giler dia dengar pengakuan aku tu. Dahi dia berkerut2..mesti dia egt aku ni giler. Yela tetiba ada students jatuh hati n lafaz cinta depan dia. Mau nye dia xterkejut. Tapi apa salahnya kalo pempuan yg start dulu. Malu mmg malu tapi aku nk wt camne. Takot terlepas kat tgn org lain je nnt. Aku jgk yg putih mata. Lagipon zaman sekarang ni mane nk cr lelaki yg baik cam ustaz ariff tu..ustaz diam je..xckp pe2 pon..dia msti ngah fakir nk jawab apa kat aku. Salah ke aku berterus terang????? Salah kot..dia ustz aku ni sape??xsepadan…
"xpe r ustaz..sy gurau je td jgn amik hati ye..sy blk dulu..assalamualaikum..!!", lantas aku terus lari keluar dr bilik tu. Kalo boleh aku nk cepat2 hilang dr pandangan ustaz..
aku rasa sgt malu dgn tindakan aku tadi..aku xrancang pon nk gtau ustaz pasal perasaan aku td. Entah nape tetiba rasa nk luahkan isi hati..aku membawa hati yg lara…sedih gk cinta di tolak..mesti ustaz fakir aku ni pempuan xtau malu..
"weyh aisyah menung apa nih??egt pakwe laa tu" teka sara. Tau2 je dia ni detik hatku..aku senyum je..ika dah duduk terbaring atas katil.penat laa tu br blk kelas. Eh..eh.. kejap…aku rasa pelik laaaa…pasal apa aku rasa diorang ni lain mcm je ari ni..ari ni ari apa ye..ha!!!!!!!!!ahad kan???tp nape ika ngan sara pakai tudung ari ni??pelik bin ajaib ni..
"korang ada kelas ctu ke ari ni??
"mane ada. Ari ni kan hari ahad, kelas ctu kami kan selasa.."jawab ika
"kami dh nekad nk taubat aisyah..malu kitorang kat ko..ye laa br msk islam tapi ilmu agama islam mengalahkan kami ni yg mmg dr kecil lgi agama islam."sara pula mencelah..sayu je bunyi nya.
"betul ke??alhamduliilah..sama2 la kita perbaiki diri ya."kami saling berpeluk. Ada manih2 jernih yg gugur. Betapa aku gembira atas hidayah yg diturunkanNya pada ku dan teman2 ku. Alhamdulillah syukur juga kerana mummy aku pon dpt terima keputusan aku tukar agama. Malah dia sendiri nekad nk peluk Islam juga. Aku betul2 gembira. Pelukan kami terlerai apabila telepon berdering.
"assalamualaikum mummy" aku tersenyum girang bila mummy call.
"waalaikumussalam. Ank mummy sihat? Eisya kat mana ni??"aku etrsenyum lagi. Mummy masih agak kekok untuk panggil aku dengan nama Islam ku Aisyah. Benda ni masih baru. Mmg susah nk sesuaikan diri. Lagipon dari kecik lagi mummy mmg paggil aku eisya, tetiba nk tkr nama tu mesti laa susah..
"Aisyah sihat mummy. Aisyah kat hostel lah kat bilik ni. Ika ngan sara pon ada."
"erm, eisya..er.err..aisyah, mummy ada hal cket nk bincang ngan aisyah ni. Boleh x aisyah blk rumah petang ni??" terkejut gk aku. Tetiba mummy suh aku blk. Baru minggu lepas aku balik rumah. Takkan tiap2 minggu nk balik nnt jelous lak ika ngan sara tu. Yala rumah diorang jauh nun di sabah. Aku ni je yg dok dekat..tapi best gk dpt belajar kat tempat sendiri..
"hal apa mummy? Penting sgt ke. Ckp jela kat telephone. Aishah ada byk keje ni mummy, xleh blk. Assignment ada 3 lagi yg xsiap nk kena hantar lusa."
"kejap je Aisyah. Blk ya?mummy cuba memujuk. Apa laaa hal yg penting sgt tu aku pon xtau. Mummy n ink berahsia lk ngan aku. Citer je laa kat tepon ni bukan ada orang dengar pon. Aku mmg xleh blk ni..byk sgt keje.
"mummy sakit ke?"aku cuba meneka.
" hissyy!!!!!!xde lah.mummy sihat.betul xleh blk ni??hmmmmmm…….mcm ni, td ada org datang meminang?"
"ha???mummy nk kawen ke??ng saper mummy??" "eh..eh..budak ni..kesitu pulak dia.bukan pinang mummy.pinang anak dara mummy ni ha! Mcm nane terima ke??"
"ape????????????/pinang Aisyah mummy???biar btol ni??tipu laaa?" terkejut beruk aku..tersedak aku tau tak. Yelaa tetiba ada orang pinang aku. Aku kan muda ag. Lagipon aku mane ada pakwe. Saper laky g dtg memnang ni?
"betol la sayang..mummy serius ni. Mummy pon terkejut tadi. Dia tu ustaz kat universiti aishah,ustaz ariff."
"saper mummy?????????ustz ariff??????????"skali lagi aku terkejut beruk. Kuat giler aku menjerit. Ika nagn sara pandang je aku. Diorang yg xtau pe2 tu pon terkejut tgk aku yg cam orang kena sampuk ni. Pastu aku terus pengsan. Xtau pe jadi pas tu.
Sedar2 je aku dah kat rumah. Sara ng ika pon ada gk ktsitu. Aku terbaring kat bilik aku. Bila aku bukak mata je aku terus terkam mummy yg ada kat sebelah aku time tu. Apalagi terus aku ty mcm2 kat mummy pasal pinangan tu laaaaa..cam tak caya pon ada.. "mummy betol ke mummy???betol ke pasal yg mummy gtau dlm tepon td???mummy xtipu???serius ni???ustz ariff yg pakai cermin mata tu ke??ustz kat university aishah tu???yg mengajar kelas ika ngan sara tu mummy???mummy xsalah orang????"huh berduyung2 soklan aku sampai mummy xsempat ty. Punyer laa excited aku ni..pastu aku terdengar saran g ika tergelak..huh!!gelakkan aku laaaa tu. Diorang pon dh tau pasal pinangan tu.mummy yg citer kot kat diorang..pastu aku terperasan ada beberapa pasang mata lagi yg dok asyik pandang aku.
"alamak??"aku dah terpaku kat situ. Terus aku terdiam.
"assalamualaikum?"
Dia bg salam. Aku dh malu giler ni..aku nyorok kat belakang mummy.aku pandang ika ngan sara. Diorang senyum kat aku sambil menjungkit bahu. Camne dial eh ada kt cni ek..apasal aku xperasaan tadi..malunya aku kt ustz ariff..lagi 2 orang tu mesti mak ngan ayah dia..aduhh ape aku nk buat ni..menggigil kaki aku. Pastu aku terus pengsan lagi skali.
Camtu laaaaaa kisah aku. Akhirnya aku kawen gk ng ustz ariff. Mmg tak percaya aku dengan semua ni. Mungkin ni laa nama nya jodoh kan. Aku ingat aku ngan dia xmungkin dpt bersama tapi Tuhan syg kat aku. Dia hadiahkan orang yg aku syg kat aku. Aku bahagia sgt. Semoga kami hidup bahagia sehingga ke anak cucu cicit..dan hidup di dlm keredhaan Allah.Amin….
Hiduku bernostalgia. Perasaan ini cukup mendera aku. Dia insan pertama yang buat aku lari dari prinsip hidup aku yang sebenar. Tiada cinta sebelum perkahwinan. Tak boleh bercinta sebelum habis belajar. Bagi aku cinta terlalu suci. Biarlah cinta pertama dan cinta terakhir aku satu saja. Jika aku punya cinta, biar dia seorang saja. Bakal suamiku nanti. Tuhan menguji dan aku rebah pada kata-kata aku sendiri. "Aku akan buat kau sayang kat aku." Aku tergelak. Aku ambil remeh katanya. Dia kotakan janjinya. Aku jatuh sayang pada dia lebih dari seorang sahabat. Aku tak sedar bila perasaan tu mula muncul dalam hidup aku. Dan aku mula sedar, bila akulah orang yang paling risaukan dia di saat gentingnya. Aku takut. Takut kehilangannya. Hari tu, mukanya pucat sangat. Dia pun tak banyak cakap. Lepas habis kuliah, dia terus meluru laju keluar. Aku pelik. Tapi aku biarkan. Tak mungkin aku sebagai seorang perempuan akan mengejarnya. Kebetulan aku ada kelas lain selepas tu. Saat itu, aku ingat dengan jelas. Waktu kelas puan suraya, dia menghubungi aku. Bila aku angkat, itu bukan suara dia. "Anis,Iqbal pengsan kat toilet," aku terkedu. Untuk seketika, aku blurr. Kemudian, ada beberapa kawan perempuan aku yang lain menghantar mesej kepada aku. ‘Anis, Iqbal pegsan. Teruk. Dia muntah darah.’ "Puan, saya mintak izin keluar, kawan saya pengsan," Aku terus berlalu keluar. Hatiku cemas tak terkata. Aku menangis sepanjang jalan dan aku jumpa dengan kawan aku, Fiza. Katanya, dia sudah dihantar ke hospital. Aku pinjam motor Lina, terus ke hospital. Sampai di hospital, aku nampak kawan-kawan dia yang lain. ‘Tuhan, lindungi dia. Lindungi Iqbal.’ Aku berdoa dalam hati. Sungguh!! Aku takut sangat waktu tu. "Iqbal.." seolah-olah faham, mereka terus menunjukkan ke arah bilik kecemasan. Tak lama lepas tu, mak ayah Iqbal datang. Aku mendekati kawan perempuan yang lain. Aku menangis pada mereka. "Anis," Haziq memanggil aku. Aku merapatinya. "Mak Iq nak jumpa kau." "Aku datang pada ibunya yang sedang duduk. Dia tersenyum tawar padaku. "Kamulah Anis ye," aku mengangguk lemah. Dia usap aku perlahan. Kemudian memeluk aku. Penangan yang di berikan padaku tak ubah seperti seorang ibu memujuk anaknya. Aku menangis di bahunya. "Iqbal selalu cerita pasal kamu kat makcik.," "makcik,kenapa Iqbal?" wanita tua itu tak terus menjawab. Dia pegang erat tanganku seolah-olah memberikan kekuatannya kepadaku. "Kamu masih muda. Mesti kamu lebih kuat dari makcikkan. Banyak lagi benda yang kamu nak buat. Ingat, tak kira apapun, kena kejar cita-cita dulu. Ingat mak ayah selalu." Aku mengangguk, menerima nasihatnya. "Iqbal tu dah setahun sakit. Dia ada kanser usus. Kata doktor, tahap yang terakhir," berdesing telinga aku mendengar kata-kata makcik. Rasanya,mahu saja aku lari dari situ, sampai suara tu, hilang dari pendengaran aku. "Apa ni makcik. Selama hari ni, saya tengok dia sihat jer." Aku merengek. Air mataku mengalir tak ubah seperti air paip. Sukarnya untuk menelan kenyataan. ‘Tuhan, ujian apa yang sedang kau timpakan padaku. Tuhan, jangan ambil dia. Jangan ambil orang yang aku sayang. Jangan ambil dia. Gantikanlah aku dengan dia. Rasanya, tak sanggup aku melihat orang yang selama ini ceria dan menceriakan aku, terbaring lemah di atas katil. Kekuatan mana harus aku ambil untuk aku melihat dia.’ Saat itu aku sedar. Yang aku sudah jatuh sayang pada Iqbal. Sayang sangat. Sayang yang membuat dada aku rasa sesak untuk berhadapan dengan realiti ini. Melihat puan kalsom yang diam, aku bangun. Tapi, kudratku sudah habis. Aku rebah d situ. Beberapa orang mengangkat aku. "Anis, sabarlah," memang aku tengah sabar waktu tu. Kalau tidak, pasti aku meraung menjerit menerima kenyataan ini. Cukuplah. Cukuplah sekali, aku berperangai begitu. Saat adik aku meninggal. Aku orang islam. Kesabaran dan kudratku sebagai manusia berbatas. Aku pengsan. Aku tak tahu betul ke tidak apa yang diorang ceritakan pada aku. Sepanjang aku pengsan, aku tak henti-henti menangis. Bila aku tersedar, wajah pertama yamg aku lihat adalah Iqbal. Dia tersenyum padaku. Aku merenung lama. Aku takut kalau itu Cuma mimpi atau khayalan aku saja. "Anis.." mendengar suaranya, Air mataku meleleh lagi. "Jangan tinnggalkan Anis," Kata-kata yang aku ucap di luar sedar aku tapi aku ingat dengan jelas. Dia menggeleng perlahan. Aku nampak matanya berkaca. Tapi, cepat-cepat dia kesat. Aku pejamkan mataku erat. Terasa panas dek air mata. Sepanas segenap hatiku. Dia yang menggunakan kerusi roda perlahan-lahan pergi. "Bal, tolong…." "Anis, ada benda di luar kudrat kita. Anis taknak Bal tinggalkan Anis, Bal lagi tak nak tinggalkan Anis. Tapi, ini semua cakap Bal je. Bal tak de kuasa nak tentukan semua ni. Bal Cuma boleh berusaha. Bal Cuma boleh berdoa jer. Kita sama-samalah berdoa." Dia teus berlalu. Aku beristighfar. Mulutku terkumat-kamit menyebut nama Allah. "Iqbal…" pada wajahnya yang bersih itu aku renung dalam. "Bagi Anis peluang untuk jaga Iqbal." Dahinya berkerut. Mungkin mencari makna pada apa yang aku katakan ini. Tak lama lepas dia keluar, kawan-kawanku yang lain masuk. Aku peluk Irah, temanku yang paling rapat. Aku menangis padanya. "Biarlah aku jaga kau tiap kau hari. Biarlah aku temankan kau tiap hari. Aku nak macam tu. Aku nak selalu ada dengan kau. "Anis, kau ingat benda ni semudah tu k.. parents kau, family kau lagi…macamana, kau kena fikirkan pasal mereka dulu. ************ Tiada persandingan melainkan akad nikah yang di hadiri saudara terdekat dan kenduri doa kesyukuran. Cukuplah itu jer. Pada kawan-kawan aku Cuma khabarkan saja berita gembira ni. Tiada siapa pun yang aku jemput melainkan Nazirah dan Fiza. Semester tu, aku terus mintak tangguh. Alhamdulillah, makin lama,Iqbal semakin sembuh. Aku senang melihat dia. Aku bahagia. Semester depan, kami sambung sama-sama. Tapi, waktu tu aku mengandung. Peritya menelan kata-kata orang. Aku pekakkan telinga. Aku nak belajar. Aku harus akui, selepas aku kahwin, semua benda di tanggung habis oleh keluarga Iqbal. Keluarganya memang kaya. Mulanya, aku menolak keras. Tapi, melihat kesungguhan mereka untuk menjaga aku akhirnya aku menerima. ********** Tuhan takkan biar hamba yang di sayang begitu saja. Dalam awal bulan ramadhan. Aku bahagia denga dia bila malam2 kami di isi dengan beribadah kepada Allah. Ramadhan di gunakan dengan sebaik-baiknya. Dia selalu kejutkan aku. Habis solat, dahiku di usap lembut & di cium. Aku merasa bahagia sangat saat itu walaupun sementara. "Entah dapat ke tak merasa bulan ramadhan lagi." Pantas aku tutup mulutnya. Aku geleng perlahan. Dia tersenyum padaku. "Belajarlah bersedia Nis,"
Waktu tu, aku baru lepas jumpa dokto biala aku dapat panggilan telefon. Iqbal nazak. Aku terkejut. Takut sangat aktu tu. ‘Tuhan,berikan kesempatan kepada aku. Aku taknak hilang dia.’ Aku terus ke hospital. "Iqbal nak jumpa kamu." Abang bersuara tenang. Aku masuk. Aku nampak wajah yang pucat itu tersenyum lesu memandang aku. Aku duduk di sisi katilnya. Aku menangis di sisnya. Erat aku pegang tangannya. "Anis,terima kasih. Terima kasih. Abang mintak maaf tak dapat nak bahagiakan Anis. Mintak maaf sebab banyak menyusahkan Anis." Aku menggeleng laju. "Tak, abang tak pernah buat Anis rasa macam tu. Ini jalan yang Anis pilih sendiri. Ada abang, dah cukup untuk membahagiakan Anis." "Anis, abang dah letih. Abang mintak maaf. Abang harap Anis akan bahagia semula suatu hari nanti," Dia pejam matanya erat. Dadanya berombak. Aku takut. Beberapa kali aku panggilnya. Aku terus panggil doktor. Kelam kabut doktor datang. Aku disuruh keluar. Masa yang di beri tak lama, Cuma sepuluh minit. Tapi, cukup mendera jiwa aku. Doktor keluar. Dia menggeleng lemah ke arah kami. Aku diam. Aku redha dalam terpaksa. Aku tak punya pilihan. Ini jalan yang aku pilih, dan aku kena bersedia atas apa yang aku pilih ini. Aku masuk. Aku cuba tersenyum walaupun air mataku tak berhenti mengalir. Aku usap rambutnya perlahan. Perlahan aku bisikkan ke telinganya kalimah syahadah. Dia ikut antara nafasnya. Wajahnya bercahaya walaupun nampak padanya sedang menahan kesakitan. Dia tersenyum saat perginya. Aku kenang semula detik perkenalan kami. Betapa aku benci dia yang suka membuat bising di dalam kelas dan menggaanggu orang lain tapi, dalam masa yang sama gelagat dia menggelikan hatiku. Aku kenang macmane dengan mendadak, Tuhan ubah takdir kami dari seorang kawan kini menjadi pasangan hidup. Biarpun untuk sementara. Tapi, dia adlah insan terpnting dalam hidup aku. Dan pernah hadir dalam hidup aku. ********** "Anis." Sedar akan suara dia aku, pegang tangan dia kuat. "jangan tinggalkan Anis." Air mataku meleh tanpa henti. Untuk pertama kali, aku memegang yang bukan muhrim aku dengan sengaja. Aku lihat dia Cuma mampu tersenyum tawar. "Jagalah diri Nis," di leraikan pegangan aku perlahan. Aku pegang kuat. Aku bangun dan aku terus menangis dii tangan dia. Dia belai kepalaku perlahan."Kita kahwin," aku bukan menggatal. Tapi, aku terlalu sayangkkan dia. Aku Cuma nak jaga dia. Dia terkejut dengan permintaan aku. Kemudian, dia sendiri yang tergelak. Tapii, gelakya tak lama bila sakitnya tiba-tiba menyerang, aku jadi takut. "Jangan gelak, aku serius." "kenapa kau nak kawin dengan aku?aku kan sakit. Diri sendiri pun aku tak mampu nak jaga,inikan pula aku nak jaga kau." "Aku yang nak jaga kau. Tolonglah." Melihat kesungguhan aku, lama dia merenung ke arah aku. "Anis, kau sedar tak apa yang kau tengah buat ni?" Aku mengangguk. "Tak menyesal," Aku menggeleng lagi. Permintaan drastik aku di tentang hebat oleh ibu. Aku tak salahkan ibu. Ibu mana yang sanggup melepaskan anaknya pada lelaki yang sakit. Tapi, aku cakap dengan ibu, "Ibu, akak tak nak menyesal dalam hidup akak. Dia orang yang akak sayang. Dan akak akan berusaha yang terbaik. ********** "Anis, tahu tak yang kita memang dah di takdirkan bersama. Dari mula aku usha kau, aku dah tahu, yang kau adalah girl aku satu hari nanti," aku dengar,tapi, aku malas melayan kata-katanya saat itu. "Anis, aku sukakan kau lebih dari yang sepatutnya, dan aku inginkan kau lebih dari yang sepatutnya…."dia mengeluh lama. "kalaulah bukan aku sakit…" "hmm..kau tu memang dah sakit. Sakit jiwa. Aku rasa otak ko dah rosak r… mesti ada wayar yang tercabut ni…" ************ "sesungguhnya, cinta yang suci itu, membawa ke syurga."
Cuaca pada tengah hari itu lebih panas dari hari-hari biasa bagi Juliana, gadis bertubuh langsing, tinggi, berkulit sawo matang dan berwajah comel keanak-anakan yang merupakan seorang mahasiswa yang mengambil kursus pendidikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Sosial di Universiti Bawah Bayu. Hari itu merupakan hari terakhir bagi diri dan rakan-rakannya yang lain menghadiri sesi minggu suai mesra untuk para pelajar yang baru mendaftar masuk ke universiti tersebut. Dia berjalan kaki seorang diri pulang ke kolej kediaman dari dewan canselor tanpa menghiraukan cuaca yang panas terik itu. Tidak jauh dihadapannya dia ternampak kawan lamanya Ebby sedang berjalan kaki juga seperti dirinya. Ebby sedang berjalan kaki dengan seorang gadis berambut hitam yang panjang mencecah sehingga kepinggang dan berkulit putih gebu iaitu Rina. Ebby adalah merupakan rakan sekelasnya ketika dia berada di tingkatan satu hingga di tingkatan enam atas. Rina pula juga berasal dari sekolah yang sama dengan Juliana namun bukan berada dikelas yang sama dengannya. "Ebby! Tunggu akulah!"jerit Juliana sambil berlari-lari anak mengejar kedua-dua gadis tersebut. Mereka akhirnya berjalan kaki bersama-sama sehingga sampai ke kawasan kediaman kolej Emas. Setibanya di bilik, Juliana mengambil keputusan untuk mandi dan terus membaringkan dirinya di atas katil kerana berasa agak letih. Tiba-tiba dia teringat pakaiannya yang sudah terkumpul penuh di dalam baldi di bilik air, sudah tiga hari tidak dibasuh. Dengan langkah yang agak malas dia memaksa diri membasuh pakaiannya itu lalu menjemur pakaiannya di ampaian kain di luar biliknya yang terletak di tingkat empat apartment kolej itu. Setelah selesai menjemur pakaiannya itu, dia termenung jauh sambil memandang ke arah gunung Kinabalu yang biru, teringat keluarganya yang berada jauh di kampung. Hatinya begitu merindui raut wajah comel adik bongsu yang amat disayanginya itu, Azwan. Sudah sebulan dia berpisah jauh dari keluarganya buat pertama kali. Sedang dia membelek-belek penyepit bajunya, dia merasakan seseorang sedang memperhatikan dirinya dari jauh. Dengan perlahan-lahan dia menoleh ke arah mata tersebut, dan mendapati itu adalah Rina. Rina juga sedang menjemur pakaiannya. "Eh! Rina...hai!" sapa Juliana dengan mesra. Mereka terus berbual-bual sambil bertukar-tukar nombor telefon masing-masing dan saling memperkenalkan diri dengan lebih mendalam. Rina mengambil kursus Holtikultur dan Landskap di Fakulti Pertanian Lestari, dan bagi Juliana, Rina seorang sahabat yang periang kerana dia mudah ketawa dan sering membuat jenaka yang menghiburkan. Perkenalan mereka yang begitu singkat sahaja tanpa disangka –sangka menjadikan mereka berdua semakin rapat dari hari kehari. Kemana Juliana pergi, Rina sentiasa ada bersamanya, tidak kira di cafeteria kolej, perpustakaan universiti, dan semasa menghadiri aktiviti-aktiviti kolej yang dianjurkan. Mereka seperti tidak dapat dipisahkan lagi kerana masing-masing sudah mengenali hati budi masing-masing. Juliana juga tidak berasa segan silu untuk memanggil Rina "kakak"kerana mereka lahir pada bulan dan tahun yang sama, Rina menyambut hari lahir pada 22 Mac, manakala Juliana pada 24 Mac. Mereka juga mempunyai hobi yang sama iaitu mendengar lagu dan bersukan. Setiap petang pada hujung minggu, kelibat mereka berdua pasti kelihatan berjoging di stadium sukan yang terletak lima ratus meter dari kawasan kolej Emas, iaitu kolej kediaman mereka dan juga dua ribu pelajar yang lain yang menuntut di universiti Bawah Bayu. Terdapat lima buah kolej kediaman yang terdapat disitu, iaitu Kolej Antan, Kolej Baiduri, Kolej Cendana, Kolej Delima dan Kolej Emas yang didiami hampir sepuluh ribu orang pelajar kesemuanya. Kelab Kembara yang disertai oleh dua sahabat baik itu mengadakan aktiviti "backwood cooking"pada hari Sabtu yang cerah itu. Terdapat kira-kira sembilan puluh orang peserta yang menyertai aktiviti tersebut dan mereka dibahagikan kepada tujuh buah kumpulan. Semasa menghidupkan unggun api di dalam kumpulan masing-masing, Juliana dan Rina sempat bergurau senda dan mengambil gambar bersama dengan menggunakan kamera telefon Nokia N70 Rina. Tanpa disedari oleh mereka, gelagat mereka berdua sedang diperhati oleh seorang pemuda yang bertubuh sasa, berkulit putih melepak dan berwajah comel dari jauh iaitu Ridzuan. Pemuda yang sedang mengumpul kayu api itu tersenyum sendiri melihat telatah dua orang gadis tadi. Hatinya tergerak untuk mengenali Rina kerana perwatakan Rina yang kelihatan lemah lembut itu telah mencuri tumpuannya.
* * * Dua minggu berlalu. Juliana dan Rina sedang berbaring diatas katil Rina setelah selesai berbincang tentang tugasan yang diberikan oleh Kapten Haznain, pensyarah yang mengajar mereka didalam Kelab Kembara. Tiba-tiba telefon bimbit Rina berbunyi. `1 message received’ terpampang di skrin telefon tersebut dan Juliana membaca mesej tersebut sambil bertanya kepada Rina siapa empunya mesej tersebut. Isi kandungan mesej itu jelas menunjukkan yang Rina dan empunya mesej tersebut baru mula berkenalan. Rina tersipu-sipu malu dan tersenyum sendiri dan enggan menjawab soalan sahabat baiknya itu. "Eh Rina, bagi tahulah kat aku siapa ke gerangannya buah hati awak tu...!"pujuk Juliana lagi. Rina akhirnya memandang tepat ke dalam anak mata Juliana dan berkata "dia Ridzuan, pelajar Fakulti Perhutanan Tropika Antarabangsa. Aku kenal dia semasa aku mencari buku di perpustakaan untuk tugasan kita yang diberikan oleh Kapten tu..."kata Rina lalu tersenyum dan sambil menaip pantas membalas mesej dari Ridzuan. Dua sahabat itu akhirnya terlena setelah asyik berbual beberapa lama tadi. Jam menunujukkan pukul 6.00 petang dan mereka berdua seperti biasa melakukan rutin mingguan mereka, berjoging di stadium sukan. Selepas letih berlari mengelilingi tiga pusingan padang itu, Juliana berasa agak lemah kerana badannya kurang sihat gara-gara lewat tidur semalam. Dia terpaksa berjaga hingga ke jam 3.00 pagi demi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Dr.Taylor. Kursus yang diambil olehnya benar-benar mencabar kerana dia dan rakan sekursusnya yang lain harus dilatih dan dipupuk dengan berkesan supaya mereka mampu menjadi guru Bahasa Inggeris yang serba boleh setelah mereka tamat pengajian di universiti tersebut."Jue, kenapa dengan awak ni? Muka awak pucatlah..."kata Rina sambil memegang dahi Juliana."saya tak apa-apa. I just feel quiet tired because I don’t get enough sleep last night." jawab Juliana perlahan. Beberapa minggu berlalu dan peperiksaan akhir penggal sudah berlalu. Juliana menghabiskan cuti semesternya dengan membantu ibunya membuat kerja-kerja di rumah. Saban hari dia berasa agak bosan dengan rutin hariannya di rumah. Setiap hari seawal pagi dia bangun untuk bersarapan dan membuat kerja–kerja rumah seperti memasak, membasuh pakaian, dan mengemas rumah. Selepas itu dia membantu adik-adiknya membuat kerja sekolah mereka. Kadang –kadang dia lebih suka duduk bersendirian di pondok kecil mereka yang terletak di tengah-tengah sawah padi sambil mendengar lagu kegemarannya di MP4 kesayangannya. Dia juga banyak menghabiskan masanya dengan menonton televisyen bersama-sama dengan adik-adiknya. Cuti semester tiga minggu akhirnya berakhir dan dia tidak sabar-sabar lagi untuk menemui sahabat baiknya. Seawal pagi lagi dia sudah bersiap dan mengemas pakaiannya untuk balik ke kolej bagi memulakan sesi kuliah baru bagi pelajar di universiti itu. "mak..saya dah siap kemas pakaian saya ni, ayah mana?"soal gadis untuk meminta kepastian dari ibunyanya kerana ayah Juliana telah berjanji untuk menghantarnya balik ke kolej pada pagi yang agak redup itu. "ayah kamu tu mungkin masih dengan pokok bunga orkid dia tu.. kamu pergi beritahu dia yang kamu tu dah siap berkemas,"jawab ibunya sambil menyambung kerja memasak sarapan pagi untuk anak gadis kesayangannya itu. Juliana tiba di kolej kediaman Emas pada jam 12.00 tengah hari.
Perjalanan yang mengambil masa selama dua jam tiga puluh minit dari rumahnya menuju ke kolej kediaman membuatkan Juliana berasa agak letih dan dia terus melelapkan matanya sebaik tiba di bilik tidurnya. Jaclyn dan Ah Yuen iaitu teman sebiliknya hanya memerhatikan gelagat teman sebilik mereka yang tertidur lena itu sambil meneruskan aktiviti mereka masing-masing. Ah yuen lebih suka menghabiskan masa lapangnya dengan menonton movie dikomputernya, manakala Jaclyn pula lebih suka mendengar lagu dan melayari internet. Walaupun mereka bertiga sering sibuk dengan tugasan dan kelas masing-masing, namun jika ada sedikit masa yang terluang mereka akan berkongsi cerita dan pendapat terutamanya jika salah seorang dari mereka menghadapi masalah. Juliana pula sering meluahkan kekalutan yang dihadapinya kepada Ah Yuen memandangkan gadis cina itu lebih suka mendengar dan sering memberinya nasihat taktala Juliana dilanda keresahan. Tidur lena Juliana terganggu seketika apabila telefon bimbitnya berbunyi. " 1 message received" tertera pada skrin telefonnya. Dia terus membaca mesej yang dihantar oleh Rina itu. Rina mengajaknya untuk pergi membeli sedikit barang-barang keperluan kerana dia tidak sempat membeli ketika cuti semester mereka yang lalu. Walaupun keletihan badannya masih begitu terasa, Juliana nekad mengumpul tenaganya untuk bangun dari tidur dan terus mandi dan bersiap untuk menemani kawan baiknya itu. Dia mengenakan t-shirt putih bergambar kucing ilham dari pereka terkenal, Kimora Lee dan juga seluar jeans biru lusuh pada tubuhnya dan terus menuju ke bilik Rina untuk menemui sahabat karibnya itu. " Jue, rindunya saya pada awak!" kata Rina sambil memeluk erat Juliana. " Awak dah bersiap?" sapa Juliana dengan mesra. "Sudah tentulah!" balas Rina. "Wah! Kamu semakin berseri-serilah Rina. Ada apa-apa rahsia yang awak nak kongsi?" soal Juliana apabila melihat Rina yang mengenakan skirt merah jambu paras lutut dan t-shirt kuning beropol pada dada dan lengan baju itu. Rina juga sengaja melepaskan rambut hitamnya yang panjang itu ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. " Orang dah ada buah hati, kenalah menjaga penampilan." jawab Rina sambil berseloroh. Mereka berdua ketawa kecil setelah mendengar jawapan selamba dari Rina itu. Petang itu mereka menghabiskan masa dengan membeli-belah sedikit keperluan mereka untuk digunakan sepanjang berada dikolej kediaman nanti. Antara barangan yang sempat dibeli oleh mereka berdua termasuklah makanan ringan, beberapa pasang pakaian dan barangan untuk penjagaan kesihatan kulit. Sesudah selesai membeli-belah, kedua-dua mereka pun menuju ke perhentian bas untuk pulang ke kolej. Sambil menunggu bas, mereka rancak berbual tentang aktiviti harian yang bakal mereka tempuhi memandangkan semester kedua baru bermula. " Jue, sekolah kami nak adakan lawatan selama empat hari di taman pertanian botani yang terletak berhampiran pekan Pitas pada minggu ke lapan semester ini nanti. Saya tak sabar la nak melihat tempat tu" Rina tiba-tiba mengubah topik cerita mereka." Bagusnya sekolah korang, tak macam sekolah saya tu. Nak adakan latihan mengajar pun di SMK yang jarak dari kampus hanya sepuluh kilometer sahaja. Bosanlah.." keluh Jue pula setelah teringat tentang latihan mengajar selama tiga hari di SMK Bandaraya yang bakal dihadapnya juga pada minggu ke lapan nanti. " Eh, bagaimana hubungan kamu dengan Ridzuan sekarang? Sudah sampai ke tahap mana?"soal Juliana setelah teringat betapa Rina bersungguh-sungguh bercerita tentang diri Ridzuan setiap kali dia bertemu dengan Juliana. Riak wajah Rina tiba-tiba berubah setelah nama lelaki itu disebut. " Kami cuma bersahabat baik, dia begitu memahami saya, walaupun dia kadang-kadang menyinggung perasaan saya. Tapi itu tak mengapa sebab saya tahu dia sebenarnya hanya bergurau. Bertuahnya saya sebab ada dia yang selalu menghiburkan saya ketika saya sedih.." jawab Rina dengan panjang lebar sambil menunjukkan wajah kegirangan kepada Juliana. Juliana tersenyum sendiri melihat gelagat Rina itu, namun dia cuba untuk bersikap tidak ambil peduli dan menganggap Rina bersikap agak kebudak-budakan.
Sepanjang tujuh minggu dalam semester kedua pengajian mereka di Universiti Bawah Bayu itu, mereka semakin jarang bertemu kerana kedua-dua sahabat baik itu masing-masing sibuk menghadiri kuliah yang padat dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Hanya di hujung minggu sahaja mereka dapat meluangkan masa bersama tetapi Rina lebih banyak bercerita tentang buah hatinya itu berbanding dengan aktiviti kegemarannya yang dilakukan bersama Juliana ketika masa lapang mereka. Juliana membiarkan sahaja Rina hanyut dengan cerita-cerita tentang dirinya yang setiap hari berhubung dengan Ridzuan, tentang bagaimana Ridzuan selalu bergurau lalu menyebabkan dia merajuk dan dia dipujuk semula oleh lelaki itu. Dia dapat merasakan yang Rina begitu ingin sekali memiliki hati Ridzuan. Buktinya, dia sanggup berjaga dari tengah malam hingga ke pagi semata-mata untuk berbalas mesej dengan Ridzuan. Gambar – gambar Ridzuan juga menghiasi dinding biliknya. Juliana sedar bahawa perasaan Rina terhadap lelaki itu bukan sekadar kawan baik sahaja tetapi gadis itu sedang dilamun cinta yang hebat membara. " Hai Rina...semoga cinta kamu berdua berpanjangan." bisik hati kecil Juliana. Bagi Juliana, memang sukar untuk dia menerima cinta ketika masih menuntut di situ memandangkan mamanya sering menasihati dia supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran dahulu. Dia sedar betapa ayahnya bekerja keras membanting tulang empat keratnya demi menyekolahkan dia sehingga ke tahap ini. Walaupun hubungan dia dan ayahnya tidak serapat seperti hubungan dia dengan ibu, dia tahu ayahnya sangat menyayangi dirinya. Jam menunjukkan tepat jam 10.00 malam. Telefon bimbit Nokia model 3100 milik Juliana berdering. Ketika itu, dia sedang membuat soalan yang bakal digunakan ketika dia pergi ke Smk Bandaraya untuk latihan mengajar nanti. " Hello Rina, kenapa ni? awak okey ke?" sapa Juliana setelah mendengar suara dari gadis itu yang kedengaran tidak seceria seperti selalu. " Jue, saya okey, cuma saya sedih kerana sudah seminggu Ridzuan tidak menghubungi dan mambalas mesej dari saya. Apa saya nak buat ni? Saya sangat merindukan dia.." jawab Rina dengan nada suara yang perlahan. " Tunggu sebentar Rina, saya akan pergi ke bilik awak sebentar lagi" balas Juliana, lalu bergegas pergi ke bilik temannya itu. Setibanya dia disana, dia melihat gadis itu sedang duduk di bangku berhampiran tingkap sambil memandang langit malam. Apabila dia melihat kelibat Juliana barulah dia tersenyum sedikit. Mereka berdua berbaring dikatil sambil mendiamkan diri masing-masing. Juliana menunggu Rina untuk memulakan bicara dulu, kerana dia lebih suka mendengar dan kurang bercakap apabila berhadapan dengan situasi sedemikian. Selepas beberapa ketika berlalu, barulah Rina memulakan bicaranya. Dia berasa begitu sedih kerana Ridzuan seolah-olah mendiamkan diri darinya, dan keadaan itu membuatkan dirinya tertanya-tanya apakah dia sudah melakukan kesilapan. Tiba-tiba dia mendapat idea untuk mendapat perhatian dari Ridzuan. Dia terus mencapai telefon bimbit Juliana dan mendail nombor Ridzuan. Ridzuan menjawab panggilan tersebut, namun Rina tidak bersuara. Dia terus memutuskan panggilan tersebut. Juliana yang baru bangun dari tidurnya menggosok-gosok matanya dan berasa hairan melihat Rina yang tersenyum-senyum sendiri. Dia langsung bertanya kenapa temannya itu berkelakuan pelik. Rina memberitahu apa yang telah dilakukannya sebentar tadi dan meminta Juliana supaya berjanji untuk tidak akan menjawab dan membalas sebarang panggilan atau mesej dari lelaki itu. Juliana hanya mengangguk kecil. Oleh kerana dia berasa mengantuk, dia terus pulang ke biliknya lalu menyambung tidurnya semula. Telefon bimbitnya berdering semula, namun dia tidak mengendahkan panggilan itu malah memutuskan talian. Tiga kali telefonnya berdering, namun dia tetap tidak mengendahkan panggilan tersebut. Selepas bangun pada awal pagi itu, Juliana melihat katil teman sebiliknya iaitu Jaclyn dan Ah Yuen sudah kosong, mereka sudah bertolak ke kelas. Dia bangun lalu bersarapan pagi dan mandi untuk bersiap pergi ke kelas sebentar lagi. Telefon bimbitnya berdering lagi, dan pada kali ini dia terus menutup telefon bimbitnya kerana rupanya nombor itu adalah milik Ridzuan. Dia sudah berjanji kepada temannya untuk tidak menjawab sebarang panggilan atau mesej dari Ridzuan. Selepas menghadiri kuliah pada pagi itu, dia membuka semula telefonnya. Ada lima panggilan tidak dijawab dan satu mesej diterima terpapar di skrin telefon itu. Dia berasa agak serba salah terhadap temannya dan juga terhadap lelaki itu. " Kamu siapa? Kenapa tutup telefon dan tak balas mesej dari saya?" mesej dari Ridzuan itu membuat Juliana terdiam seketika. Dia memutuskan untuk menjawab mesej tersebut." Ridzuan, saya nak minta maaf sebab tak jawab panggilan awak. Saya cuma nak bagi tahu yang saya ni kawan baik Rina..cukup, tak perlu tahu lebih lanjut. Kalau dia tahu apa yang saya buat ni, dia pasti kecewa dan marah dengan saya. Jangan hubungi saya lagi, faham!" gertak Juliana dengan sengaja supaya lelaki itu tidak mengganggunya lagi. Ridzuan sebaliknya berdegil malah meminta Juliana untuk menjadi sahabatnya. Gadis itu menolak demi menjaga hati teman baiknya dan untuk mengelak salah faham dari berlaku antara dia dan Rina kelak. Namun setiap kali dia menolak untuk berkawan dengan Ridzuan, lelaki itu tetap berdegil untuk meminta Juliana menjadi sahabatnya. Oleh kerana sudah malas melayan karenah dari Ridzuan itu, dia akhirnya bersetuju dengan permintaan lelaki itu. Juliana terus memberitahu Rina tentang perkara itu melalui sms kerana dia yakin Rina akan faham dan dapat menerima alasan yang akan dia berikan kelak. " Kenapa awak lakukan juga? Bukankah awak dah janji dengan saya?" balas Rina. Kecut perut Juliana apabila membaca sms dari Rina itu. Dia faham benar jika Rina mengamuk. " Rina, maafkan saya. Saya tidak memberitahu identiti saya yang sebenar, dia cuma mahu berkawan dengan saya. Tak lebih dari itu, dan saya bersetuju kerana dia berkali-kali mendesak saya untuk berkawan dengannya. Rina, tolong jangan salah faham," pujuk Juliana lagi sambil berbohong sedikit kerana tidak guna bercakap benar jika situasi sudah menjadi keruh, bak kata pepatah " jangan menyimbah minyak pada api yang marak". Rina tidak menjawab sms dari Juliana lagi. Perasaan marah yang ada didalam diri Rina sedang menyala kerana dia sudah menduga Juliana akan mengingkari janjinya itu. Hatinya benar-benar sakit dan dia juga membenci Ridzuan yang mahu berkawan dengan Juliana. Sebenarnya dia berasa sedikit cemburu dan bimbang jika Juliana mencuri tumpuan Ridzuan dan lelaki itu kurang memberi perhatian kepadanya lagi. Esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh Rina kerana sekolahnya akan bertolak pergi ke taman pertanian botani, tetapi hatinya tidak gembira kerana asyik memikirkan tindakan Juliana yang telah menjadikan hatinya kecewa. Dengan hati yang berat, dia mengemaskan pakaiannya dan sedikit keperluan lain untuk dibawa pergi ke taman botani itu. Dia langsung tidak mengucapkan selamat tinggal kepada Juliana kerana perasaan marahnya masih menguasai diri. " Rina, kamu masih marahkan saya lagi? Saya nak minta maaf. Jaga diri baik-baik tau!" sms dari Juliana itu membuat kepanasan hati Rina semakin membara. " Dah tahu dia buat silap, buat-buat tak tahu lagi" bentak Rina lalu memadam sms tersebut. Dia sengaja menutup telefonnya kerana dia tidak mahu dihubungi oleh Juliana lagi. Juliana berasa sedikit terkilan dengan sikap Rina yang mudah berkecil hati itu. Sesi latihan mengajar di Smk Bandaraya yang masih baru baginya membuat dia terlupa sedikit tentang kemarahan Rina terhadap dirinya. Murid-murid tingkatan Dua yang diajarnya memberikan kerjasama yang baik walaupun tidak semua murid dikelas itu mahir dalam subjek Bahasa Inggeris. Walaupun hanya tiga hari menjalani latihan mengajar disekolah itu, murid-murid sudah menunjukkan yang mereka menyukai kelas Bahasa Inggeris yang diajar oleh Juliana. Pada hari terakhir dia menjalani latihan mengajar sementara di Smk itu, dia sempat menangkap gambar bersama-sama dengan murid yang diajar dikelas itu, dan memberikan cendera hati iaitu alat tulis dan buku sebagai penghargaan kerana murid-murid dikelasnya memberikan respon dan kerjasama yang baik sepanjang dia menjalankan sesi pengajaran di sana. Akhirnya Juliana berasa lega kerana dia sudah menamatkan latihan mengajar di Smk itu dan tugasnya sudah berkurangan. Dia hanya perlu menyediakan laporan tentang latihan mengajar disana dan menghantarnya pada minggu kesembilan. Dia membaringkan dirinya di katil dan termenung mengimbau kembali saat suka duka dirinya dengan sahabat baiknya dan yang juga dianggap kakak oleh dia. Dia akhirnya terlelap selama hampir tiga jam. Ketika dia terjaga, jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Dia bergegas mandi kerana perutnya terasa agak lapar. Ketika dia bersiap untuk pergi ke cafeteria yang hanya terletak dua puluh meter dari biliknya, dia mendapat sms dari Ridzuan yang mahu bertemu dengan dirinya pada jam7.30 malam di cafeteria itu. Dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Ridzuan demi mendapatkan kepastian apakah Ridzuan benar-benar menyayangi Rina seperti yang selalu digembur-gemburkan oleh Rina sebelum ini. Tepat jam 7.35 malam, Ridzuan sudah menunggu Juliana di cafeteria. Juliana berasa agak kurang selesa untuk menemuinya tetapi dia harus menamatkan persoalan yang sudah lama timbul itu. Ridzuan tersenyum apabila melihat kelibat Juliana dan menjemput dia duduk bersamanya di meja bahagian tengah cafeteria itu. Mereka rancak berbual dan bertanya tentang latar belakang masing-masing kerana mereka belum lagi berkenalan dengan lebih mendalam. Sambil berbual Juliana sempat memerhatikan gerak geri Ridzuan. Dia seorang yang peramah dan suka bergurau. Dia juga kelihatan seperti lelaki yang warak dari segi penampilannya dan suka merendah diri. Tidak hairanlah mengapa Rina begitu menyukai lelaki tersebut. Sedang mereka asyik berbual, Rina yang baru turun dari bas yang menghantar dia dan rakan-rakannya yang lain dari lawatan dari taman botani empat hari yang lepas ternampak Ridzuan dan Juliana sedang duduk dimeja yang sama dan kelihatan agak mesra berbual. Kemarahan hatinya yang belum terpadam terhadap Juliana semakin menebal seperti api yang menjulang ke langit. Dia berusaha mengawal dirinya dan berpura-pura tidak melihat kelibat Ridzuan dan Juliana itu. Juliana berasa seakan-akan diperhatikan dari jauh oleh seseorang dan dia berpaling kearah gadis itu.." Rina...!" tiba-tiba perkataan itu terpancul dari bibirnya. Ridzuan juga terperanjat. Mereka berdua menoleh kearah Rina tetapi hanya bayangan belakang Rina yang kelihatan. Juliana terdiam kerana dia sedar yang dia benar-benar berada dalam keadaan yang genting sekarang, seperti telur dihujung tanduk. Tiba-tiba dia teringat semula tujuan dia bertemu dengan Ridzuan pada petang itu. " Wan, saya nak tanya sesuatu, boleh?" soal Juliana perlahan. " Tak kisah, tanya je la", balas Ridzuan tersenyum. "Betul ke yang awak sangat sayangkan Rina? Jangan main-main dengan dia tau. Dia benar-benar sayangkan awak," terang Juliana lagi. Ridzuan terdiam sejenak lalu bersuara. " Dia sudah salah faham, selama ini saya hanya menganggap dia sebagai kawan baik saya. Saya memang selalu menghubungi dia dan pernah memberi dia hadiah tetapi perasaan saya terhadap dia tidak lebih dari seorang teman. Teman tapi mesra, macam lagu kumpulan Ratu tu." jelas Ridzuan sambil tersengih.
Juliana mengerti kini. Dia berasa kasihan terhadap Rina yang bermain dengan perasaan sendiri. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Ridzuan meminta izin dari Juliana untuk pulang ke kolej Antan yang terletak satu kilometer dari kolej Emas itu. Dalam perjalanan pulang kebiliknya tiba-tiba Juliana mendapat idea untuk pergi ke bilik Rina. Dia tidak tahu apa yang harus dia dikatakannya nanti, tetapi dia sudah bertekad untuk berhadapan dengan Rina, tidak kira apa pun yang bakal terjadi. Dia mengetuk pintu bilik dan memulas tombol pintu. Dia ternampak Rina sedang duduk di bangku dengan wajah yang masam mencuka. Juliana menghela dengan nafas yang panjang dan perlahan-lahan mendekati Rina. " Rina, bila awak sampai kolej? Tak bagi tahu kita pun," kata Juliana sambil tersenyum. "Hah! Apahal awak datang ni? Nak sakitkan hati saya lagi? Kan awak dah janji hari tu, tak dedahkan identiti awak. Tapi, awak mungkir janji juga. Ini ke yang dipanggil sahabat? Tahu tak, saya sangat benci melihat kamu sekarang. Kamu tahukan, bila saya sudah membenci seseorang, saya susah untuk memaafkan orang itu. Kenapalah saya gunakan telefon buruk kamu pada hari tu.." bertubi-tubi soalan Rina yang menghujani Juliana. Juliana tunduk, tetapi dia menahan sahaja perasaan hatinya yang sudah mula bergoyah. Dia seakan- akan mahu menangis kerana Rina tidak pernah menengking dia seperti itu sebelum ini. " Kenapa diam? Tahu tak selama beberapa hari saya menangis kerana kecewa dengan awak. Awak pembohong, awak bukan teman saya lagi. Saya tak akan maafkan awak," marah Rina lagi. Linda iaitu teman sebilik Rina hanya memerhatikan Juliana yang sedang ditengking oleh Rina. " Rina, sudahlah tu. Kasihan dengan Jue. Apa salahnya kalau dia berkawan dengan Ridzuan," kata Linda untuk mengurangkan sedikit kemarahan teman sebiliknya itu." Ah!.. tak boleh, sebab Jue tahu semua tentang diri saya dan dia mungkin akan memberitahu Ridzuan perkara itu. Dia ni memang tidak boleh dipercayai, pembelot. Kalau dah desperate sangat tu, cari sajalah lelaki yang lain. Ni nak menggatal dengan Ridzuan pula!" bentak Rina. " Masya-Allah..mengucap Rina. Saya tak pernah berniat untuk merampas Ridzuan dari kamu. Saya minta maaf" rayu Juliana. Rina tiba – tiba berdiri dan menuju ke arah Rina. Dia terus meminta telefon bimbit Juliana, tetapi Juliana enggan memberikannya. Dengan kasar Rina terus merampas telefon bimbit dari tangan Juliana lalu memeriksa sama ada Juliana ada berhubung dengan Ridzuan atau tidak. Mujurlah Juliana sempat memadam semua mesej dan nombor telefon lelaki itu. " Hah, ni nombor telefon Ridzuan, yang awak nak sangat menggatal dengan dia tu!" sergah Rina sesudah menaip nombor telefon Ridzuan pada telefon Juliana. "Tunggu apalagi? Pergilah dail cepat!" jerit Rina. Juliana mengambil telefon miliknya dan memadam nombor Ridzuan yang ditaip oleh Rina itu. " Awak dah habis cakap? Saya nak balik bilik dulu. Saya letih." Juliana akhirnya tidak sanggup untuk berada lebih lama lagi disana. Sebaik tiba dibiliknya, dia terus menutup wajahnya dengan menggunakan selimut di katil kerana dia tidak mahu Jaclyn dan Ah Yuen melihat dirinya yang sedang menangis. Keesokan paginya Juliana bangun dari tidurnya. Dia mengumpul kembali semangatnya yang hampir-hampir hilang semalam. Dia cuba meyakinkan dirinya bahawa pasti suatu hari nanti, Rina akan membuka pintu hatinya untuk memaafkan dirinya. Dua belas minggu sesi kuliah universiti itu sudah berakhir. Tiga minggu terakhir merupakan peperiksaan akhir semester yang harus dihadapi oleh para mahasiswa di sana. Juliana yang sudah menghabiskan kesemua penilaian sepanjang tiga minggu itu sedang mengemas pakaiannya untuk pulang ke kampung halaman. Oleh kerana belum bersarapan pagi, dia mengambil keputusan untuk pergi membeli makanan di cafeteria. Dalam perjalanan menuju ke cafeteria itu dia bertembung dengan Rina. Juliana memberi senyuman kepada Rina sambil bertanya khabar, " hai Rina, lama betul tak berjumpa dengan awak." " Hai Juliana, memang dah lama tak jumpa dengan awak," balas Rina sambil tersenyum sinis dan berjalan mendekati Juliana. Tiba-tiba " pek!" satu bunyi yang agak kuat kedengaran ditelinga Juliana. Rina telah menampar pipinya, lalu berlalu pergi dengan serta merta. Juliana berasa amat terperanjat, pipinya terasa sakit. Rupanya dendam Rina masih belum tamat. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana sedih dan kecewanya hati gadis itu diperlakukan sedemikian rupa. Seingat dia, ibu dan ayah yang memarahinya pun tidak pernah menjentiknya. Jauh sekali untuk memukulnya. Sekali lagi semangat Juliana tercabar dengan sikap Rina itu. Oleh kerana perutnya berasa lapar, dia mengumpulkan tenaganya dan meneruskan perjalanan untuk membeli makanan. Dia tidak mempedulikan hatinya lagi, tetapi tubuhnya lebih memerlukan tenaga untuk terus hidup. Dia sudah cukup disakiti oleh Rina. Dia berazam, tidak kira apa pun yang Rina lakukan terhadap dia, dia tidak akan mempedulikannya lagi.
*** Sejak berselisih faham dengan gadis itu, Juliana mendapati bahawa dirinya menjadi lebih rapat dengan teman-teman yang berada satu kursus dengannya. Dia bersyukur kepada Tuhan kerana dia masih mempunyai ramai sahabat lain yang mahu bersahabat dengan ikhlas dengan dirinya. Dia juga masih terus berhubung dan berkawan dengan Ridzuan. Pada kali terakhir dia menghantar sms kepada Rina, sms nya tidak dibalas. Dia tahu Rina masih tidak dapat memaafkan dirinya. Dia tidak mahu menyalahkan dirinya lagi atas apa yang berlaku kerana teman-teman satu kursusnya yang tahu tentang perkara itu menasihati Juliana bahawa dia tidak bersalah. Rina yang tidak tahu menghargai erti persahabatan dan memilih keadaan menjadi begitu. " Sudahlah, Jue. Lupakan saja apa yang sudah berlalu tu. Jadikan ia sebagai pengajaran kepada diri kita, Rina hanya tinggal sejarah. Biarkan dia dengan jalan hidup yang dia pilih itu," panjang lebar nasihat yang diberikan oleh May Lyn, gadis berbangsa cina yang merupakan rakan sekuliah Juliana. " Betul tu, kenapa nak ambil peduli pada orang yang tak tahu nak hargai orang lain dan hanya pentingkan diri sendiri? betul tak?" tambah Siti Aminah pula untuk menyokong kata-kata dari May Lyn tadi. Juliana mengangguk kecil dan tersenyum. Dirinya tidak memang tidak bersalah.
*** Tiga tahun berlalu. Juliana sudah menamatkan pengajiannya di Universiti Bawah Bayu. " Class, stand up! Good Morning teacher," ucap murid-murid di kelas Tingkatan Dua Amanah itu. " Good morning class, sit down," balas Cikgu Juliana. Sudah dua bulan dia memulakan pengajaran di Smk Dato Panglima Awang. Walaupun sekolah itu terletak di kawasan pedalaman, dia berasa gembira kerana dapat berbakti kepada murid-murid yang bersekolah di sekolah itu. Ridzuan pula bertugas di Taman Hutan Simpan Serinsim sebagai pegawai perhutanan yang memantau keadaan hutan dara ditaman simpan itu. Dia dan Juliana tetap masih saling berhubungan dengan bertanya khabar melalui telefon walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya mereka. Rina mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan rakan sekursusnya, iaitu Khalid. Walaubagaimanapun, rumah tangga mereka tidak bertahan lama kerana sikap Khalid yang suka berfoya-foya dan telah menduakan Rina telah menyebabkan Rina menuntut perceraian.
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei