BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Oktober 29, 2008
Cerpen : Salahkah
Nama Pena : ariesGirl86

Cuaca pada tengah hari itu lebih panas dari hari-hari biasa bagi Juliana, gadis bertubuh langsing, tinggi, berkulit sawo matang dan berwajah comel keanak-anakan yang merupakan seorang mahasiswa yang mengambil kursus pendidikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Sosial di Universiti Bawah Bayu. Hari itu merupakan hari terakhir bagi diri dan rakan-rakannya yang lain menghadiri sesi minggu suai mesra untuk para pelajar yang baru mendaftar masuk ke universiti tersebut. Dia berjalan kaki seorang diri pulang ke kolej kediaman dari dewan canselor tanpa menghiraukan cuaca yang panas terik itu. Tidak jauh dihadapannya dia ternampak kawan lamanya Ebby sedang berjalan kaki juga seperti dirinya. Ebby sedang berjalan kaki dengan seorang gadis berambut hitam yang panjang mencecah sehingga kepinggang dan berkulit putih gebu iaitu Rina. Ebby adalah merupakan rakan sekelasnya ketika dia berada di tingkatan satu hingga di tingkatan enam atas. Rina pula juga berasal dari sekolah yang sama dengan Juliana namun bukan berada dikelas yang sama dengannya. "Ebby! Tunggu akulah!"jerit Juliana sambil berlari-lari anak mengejar kedua-dua gadis tersebut. Mereka akhirnya berjalan kaki bersama-sama sehingga sampai ke kawasan kediaman kolej Emas. Setibanya di bilik, Juliana mengambil keputusan untuk mandi dan terus membaringkan dirinya di atas katil kerana berasa agak letih. Tiba-tiba dia teringat pakaiannya yang sudah terkumpul penuh di dalam baldi di bilik air, sudah tiga hari tidak dibasuh. Dengan langkah yang agak malas dia memaksa diri membasuh pakaiannya itu lalu menjemur pakaiannya di ampaian kain di luar biliknya yang terletak di tingkat empat apartment kolej itu. Setelah selesai menjemur pakaiannya itu, dia termenung jauh sambil memandang ke arah gunung Kinabalu yang biru, teringat keluarganya yang berada jauh di kampung. Hatinya begitu merindui raut wajah comel adik bongsu yang amat disayanginya itu, Azwan. Sudah sebulan dia berpisah jauh dari keluarganya buat pertama kali. Sedang dia membelek-belek penyepit bajunya, dia merasakan seseorang sedang memperhatikan dirinya dari jauh. Dengan perlahan-lahan dia menoleh ke arah mata tersebut, dan mendapati itu adalah Rina. Rina juga sedang menjemur pakaiannya. "Eh! Rina...hai!" sapa Juliana dengan mesra. Mereka terus berbual-bual sambil bertukar-tukar nombor telefon masing-masing dan saling memperkenalkan diri dengan lebih mendalam. Rina mengambil kursus Holtikultur dan Landskap di Fakulti Pertanian Lestari, dan bagi Juliana, Rina seorang sahabat yang periang kerana dia mudah ketawa dan sering membuat jenaka yang menghiburkan. Perkenalan mereka yang begitu singkat sahaja tanpa disangka –sangka menjadikan mereka berdua semakin rapat dari hari kehari. Kemana Juliana pergi, Rina sentiasa ada bersamanya, tidak kira di cafeteria kolej, perpustakaan universiti, dan semasa menghadiri aktiviti-aktiviti kolej yang dianjurkan. Mereka seperti tidak dapat dipisahkan lagi kerana masing-masing sudah mengenali hati budi masing-masing. Juliana juga tidak berasa segan silu untuk memanggil Rina "kakak"kerana mereka lahir pada bulan dan tahun yang sama, Rina menyambut hari lahir pada 22 Mac, manakala Juliana pada 24 Mac. Mereka juga mempunyai hobi yang sama iaitu mendengar lagu dan bersukan. Setiap petang pada hujung minggu, kelibat mereka berdua pasti kelihatan berjoging di stadium sukan yang terletak lima ratus meter dari kawasan kolej Emas, iaitu kolej kediaman mereka dan juga dua ribu pelajar yang lain yang menuntut di universiti Bawah Bayu. Terdapat lima buah kolej kediaman yang terdapat disitu, iaitu Kolej Antan, Kolej Baiduri, Kolej Cendana, Kolej Delima dan Kolej Emas yang didiami hampir sepuluh ribu orang pelajar kesemuanya. Kelab Kembara yang disertai oleh dua sahabat baik itu mengadakan aktiviti "backwood cooking"pada hari Sabtu yang cerah itu. Terdapat kira-kira sembilan puluh orang peserta yang menyertai aktiviti tersebut dan mereka dibahagikan kepada tujuh buah kumpulan. Semasa menghidupkan unggun api di dalam kumpulan masing-masing, Juliana dan Rina sempat bergurau senda dan mengambil gambar bersama dengan menggunakan kamera telefon Nokia N70 Rina. Tanpa disedari oleh mereka, gelagat mereka berdua sedang diperhati oleh seorang pemuda yang bertubuh sasa, berkulit putih melepak dan berwajah comel dari jauh iaitu Ridzuan. Pemuda yang sedang mengumpul kayu api itu tersenyum sendiri melihat telatah dua orang gadis tadi. Hatinya tergerak untuk mengenali Rina kerana perwatakan Rina yang kelihatan lemah lembut itu telah mencuri tumpuannya.

* * *
Dua minggu berlalu. Juliana dan Rina sedang berbaring diatas katil Rina setelah selesai berbincang tentang tugasan yang diberikan oleh Kapten Haznain, pensyarah yang mengajar mereka didalam Kelab Kembara. Tiba-tiba telefon bimbit Rina berbunyi. `1 message received’ terpampang di skrin telefon tersebut dan Juliana membaca mesej tersebut sambil bertanya kepada Rina siapa empunya mesej tersebut. Isi kandungan mesej itu jelas menunjukkan yang Rina dan empunya mesej tersebut baru mula berkenalan. Rina tersipu-sipu malu dan tersenyum sendiri dan enggan menjawab soalan sahabat baiknya itu. "Eh Rina, bagi tahulah kat aku siapa ke gerangannya buah hati awak tu...!"pujuk Juliana lagi. Rina akhirnya memandang tepat ke dalam anak mata Juliana dan berkata "dia Ridzuan, pelajar Fakulti Perhutanan Tropika Antarabangsa. Aku kenal dia semasa aku mencari buku di perpustakaan untuk tugasan kita yang diberikan oleh Kapten tu..."kata Rina lalu tersenyum dan sambil menaip pantas membalas mesej dari Ridzuan. Dua sahabat itu akhirnya terlena setelah asyik berbual beberapa lama tadi. Jam menunujukkan pukul 6.00 petang dan mereka berdua seperti biasa melakukan rutin mingguan mereka, berjoging di stadium sukan. Selepas letih berlari mengelilingi tiga pusingan padang itu, Juliana berasa agak lemah kerana badannya kurang sihat gara-gara lewat tidur semalam. Dia terpaksa berjaga hingga ke jam 3.00 pagi demi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Dr.Taylor. Kursus yang diambil olehnya benar-benar mencabar kerana dia dan rakan sekursusnya yang lain harus dilatih dan dipupuk dengan berkesan supaya mereka mampu menjadi guru Bahasa Inggeris yang serba boleh setelah mereka tamat pengajian di universiti tersebut."Jue, kenapa dengan awak ni? Muka awak pucatlah..."kata Rina sambil memegang dahi Juliana."saya tak apa-apa. I just feel quiet tired because I don’t get enough sleep last night." jawab Juliana perlahan. Beberapa minggu berlalu dan peperiksaan akhir penggal sudah berlalu. Juliana menghabiskan cuti semesternya dengan membantu ibunya membuat kerja-kerja di rumah. Saban hari dia berasa agak bosan dengan rutin hariannya di rumah. Setiap hari seawal pagi dia bangun untuk bersarapan dan membuat kerja–kerja rumah seperti memasak, membasuh pakaian, dan mengemas rumah. Selepas itu dia membantu adik-adiknya membuat kerja sekolah mereka. Kadang –kadang dia lebih suka duduk bersendirian di pondok kecil mereka yang terletak di tengah-tengah sawah padi sambil mendengar lagu kegemarannya di MP4 kesayangannya. Dia juga banyak menghabiskan masanya dengan menonton televisyen bersama-sama dengan adik-adiknya. Cuti semester tiga minggu akhirnya berakhir dan dia tidak sabar-sabar lagi untuk menemui sahabat baiknya. Seawal pagi lagi dia sudah bersiap dan mengemas pakaiannya untuk balik ke kolej bagi memulakan sesi kuliah baru bagi pelajar di universiti itu. "mak..saya dah siap kemas pakaian saya ni, ayah mana?"soal gadis untuk meminta kepastian dari ibunyanya kerana ayah Juliana telah berjanji untuk menghantarnya balik ke kolej pada pagi yang agak redup itu. "ayah kamu tu mungkin masih dengan pokok bunga orkid dia tu.. kamu pergi beritahu dia yang kamu tu dah siap berkemas,"jawab ibunya sambil menyambung kerja memasak sarapan pagi untuk anak gadis kesayangannya itu. Juliana tiba di kolej kediaman Emas pada jam 12.00 tengah hari.

Perjalanan yang mengambil masa selama dua jam tiga puluh minit dari rumahnya menuju ke kolej kediaman membuatkan Juliana berasa agak letih dan dia terus melelapkan matanya sebaik tiba di bilik tidurnya. Jaclyn dan Ah Yuen iaitu teman sebiliknya hanya memerhatikan gelagat teman sebilik mereka yang tertidur lena itu sambil meneruskan aktiviti mereka masing-masing. Ah yuen lebih suka menghabiskan masa lapangnya dengan menonton movie dikomputernya, manakala Jaclyn pula lebih suka mendengar lagu dan melayari internet. Walaupun mereka bertiga sering sibuk dengan tugasan dan kelas masing-masing, namun jika ada sedikit masa yang terluang mereka akan berkongsi cerita dan pendapat terutamanya jika salah seorang dari mereka menghadapi masalah. Juliana pula sering meluahkan kekalutan yang dihadapinya kepada Ah Yuen memandangkan gadis cina itu lebih suka mendengar dan sering memberinya nasihat taktala Juliana dilanda keresahan. Tidur lena Juliana terganggu seketika apabila telefon bimbitnya berbunyi. " 1 message received" tertera pada skrin telefonnya. Dia terus membaca mesej yang dihantar oleh Rina itu. Rina mengajaknya untuk pergi membeli sedikit barang-barang keperluan kerana dia tidak sempat membeli ketika cuti semester mereka yang lalu. Walaupun keletihan badannya masih begitu terasa, Juliana nekad mengumpul tenaganya untuk bangun dari tidur dan terus mandi dan bersiap untuk menemani kawan baiknya itu. Dia mengenakan t-shirt putih bergambar kucing ilham dari pereka terkenal, Kimora Lee dan juga seluar jeans biru lusuh pada tubuhnya dan terus menuju ke bilik Rina untuk menemui sahabat karibnya itu. " Jue, rindunya saya pada awak!" kata Rina sambil memeluk erat Juliana. " Awak dah bersiap?" sapa Juliana dengan mesra. "Sudah tentulah!" balas Rina. "Wah! Kamu semakin berseri-serilah Rina. Ada apa-apa rahsia yang awak nak kongsi?" soal Juliana apabila melihat Rina yang mengenakan skirt merah jambu paras lutut dan t-shirt kuning beropol pada dada dan lengan baju itu. Rina juga sengaja melepaskan rambut hitamnya yang panjang itu ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. " Orang dah ada buah hati, kenalah menjaga penampilan." jawab Rina sambil berseloroh. Mereka berdua ketawa kecil setelah mendengar jawapan selamba dari Rina itu. Petang itu mereka menghabiskan masa dengan membeli-belah sedikit keperluan mereka untuk digunakan sepanjang berada dikolej kediaman nanti. Antara barangan yang sempat dibeli oleh mereka berdua termasuklah makanan ringan, beberapa pasang pakaian dan barangan untuk penjagaan kesihatan kulit. Sesudah selesai membeli-belah, kedua-dua mereka pun menuju ke perhentian bas untuk pulang ke kolej. Sambil menunggu bas, mereka rancak berbual tentang aktiviti harian yang bakal mereka tempuhi memandangkan semester kedua baru bermula. " Jue, sekolah kami nak adakan lawatan selama empat hari di taman pertanian botani yang terletak berhampiran pekan Pitas pada minggu ke lapan semester ini nanti. Saya tak sabar la nak melihat tempat tu" Rina tiba-tiba mengubah topik cerita mereka." Bagusnya sekolah korang, tak macam sekolah saya tu. Nak adakan latihan mengajar pun di SMK yang jarak dari kampus hanya sepuluh kilometer sahaja. Bosanlah.." keluh Jue pula setelah teringat tentang latihan mengajar selama tiga hari di SMK Bandaraya yang bakal dihadapnya juga pada minggu ke lapan nanti. " Eh, bagaimana hubungan kamu dengan Ridzuan sekarang? Sudah sampai ke tahap mana?"soal Juliana setelah teringat betapa Rina bersungguh-sungguh bercerita tentang diri Ridzuan setiap kali dia bertemu dengan Juliana. Riak wajah Rina tiba-tiba berubah setelah nama lelaki itu disebut. " Kami cuma bersahabat baik, dia begitu memahami saya, walaupun dia kadang-kadang menyinggung perasaan saya. Tapi itu tak mengapa sebab saya tahu dia sebenarnya hanya bergurau. Bertuahnya saya sebab ada dia yang selalu menghiburkan saya ketika saya sedih.." jawab Rina dengan panjang lebar sambil menunjukkan wajah kegirangan kepada Juliana. Juliana tersenyum sendiri melihat gelagat Rina itu, namun dia cuba untuk bersikap tidak ambil peduli dan menganggap Rina bersikap agak kebudak-budakan.

Sepanjang tujuh minggu dalam semester kedua pengajian mereka di Universiti Bawah Bayu itu, mereka semakin jarang bertemu kerana kedua-dua sahabat baik itu masing-masing sibuk menghadiri kuliah yang padat dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Hanya di hujung minggu sahaja mereka dapat meluangkan masa bersama tetapi Rina lebih banyak bercerita tentang buah hatinya itu berbanding dengan aktiviti kegemarannya yang dilakukan bersama Juliana ketika masa lapang mereka. Juliana membiarkan sahaja Rina hanyut dengan cerita-cerita tentang dirinya yang setiap hari berhubung dengan Ridzuan, tentang bagaimana Ridzuan selalu bergurau lalu menyebabkan dia merajuk dan dia dipujuk semula oleh lelaki itu. Dia dapat merasakan yang Rina begitu ingin sekali memiliki hati Ridzuan. Buktinya, dia sanggup berjaga dari tengah malam hingga ke pagi semata-mata untuk berbalas mesej dengan Ridzuan. Gambar – gambar Ridzuan juga menghiasi dinding biliknya. Juliana sedar bahawa perasaan Rina terhadap lelaki itu bukan sekadar kawan baik sahaja tetapi gadis itu sedang dilamun cinta yang hebat membara. " Hai Rina...semoga cinta kamu berdua berpanjangan." bisik hati kecil Juliana. Bagi Juliana, memang sukar untuk dia menerima cinta ketika masih menuntut di situ memandangkan mamanya sering menasihati dia supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran dahulu. Dia sedar betapa ayahnya bekerja keras membanting tulang empat keratnya demi menyekolahkan dia sehingga ke tahap ini. Walaupun hubungan dia dan ayahnya tidak serapat seperti hubungan dia dengan ibu, dia tahu ayahnya sangat menyayangi dirinya. Jam menunjukkan tepat jam 10.00 malam. Telefon bimbit Nokia model 3100 milik Juliana berdering. Ketika itu, dia sedang membuat soalan yang bakal digunakan ketika dia pergi ke Smk Bandaraya untuk latihan mengajar nanti. " Hello Rina, kenapa ni? awak okey ke?" sapa Juliana setelah mendengar suara dari gadis itu yang kedengaran tidak seceria seperti selalu. " Jue, saya okey, cuma saya sedih kerana sudah seminggu Ridzuan tidak menghubungi dan mambalas mesej dari saya. Apa saya nak buat ni? Saya sangat merindukan dia.." jawab Rina dengan nada suara yang perlahan. " Tunggu sebentar Rina, saya akan pergi ke bilik awak sebentar lagi" balas Juliana, lalu bergegas pergi ke bilik temannya itu. Setibanya dia disana, dia melihat gadis itu sedang duduk di bangku berhampiran tingkap sambil memandang langit malam. Apabila dia melihat kelibat Juliana barulah dia tersenyum sedikit. Mereka berdua berbaring dikatil sambil mendiamkan diri masing-masing. Juliana menunggu Rina untuk memulakan bicara dulu, kerana dia lebih suka mendengar dan kurang bercakap apabila berhadapan dengan situasi sedemikian. Selepas beberapa ketika berlalu, barulah Rina memulakan bicaranya. Dia berasa begitu sedih kerana Ridzuan seolah-olah mendiamkan diri darinya, dan keadaan itu membuatkan dirinya tertanya-tanya apakah dia sudah melakukan kesilapan. Tiba-tiba dia mendapat idea untuk mendapat perhatian dari Ridzuan. Dia terus mencapai telefon bimbit Juliana dan mendail nombor Ridzuan. Ridzuan menjawab panggilan tersebut, namun Rina tidak bersuara. Dia terus memutuskan panggilan tersebut. Juliana yang baru bangun dari tidurnya menggosok-gosok matanya dan berasa hairan melihat Rina yang tersenyum-senyum sendiri. Dia langsung bertanya kenapa temannya itu berkelakuan pelik. Rina memberitahu apa yang telah dilakukannya sebentar tadi dan meminta Juliana supaya berjanji untuk tidak akan menjawab dan membalas sebarang panggilan atau mesej dari lelaki itu.
Juliana hanya mengangguk kecil. Oleh kerana dia berasa mengantuk, dia terus pulang ke biliknya lalu menyambung tidurnya semula. Telefon bimbitnya berdering semula, namun dia tidak mengendahkan panggilan itu malah memutuskan talian. Tiga kali telefonnya berdering, namun dia tetap tidak mengendahkan panggilan tersebut. Selepas bangun pada awal pagi itu, Juliana melihat katil teman sebiliknya iaitu Jaclyn dan Ah Yuen sudah kosong, mereka sudah bertolak ke kelas. Dia bangun lalu bersarapan pagi dan mandi untuk bersiap pergi ke kelas sebentar lagi. Telefon bimbitnya berdering lagi, dan pada kali ini dia terus menutup telefon bimbitnya kerana rupanya nombor itu adalah milik Ridzuan. Dia sudah berjanji kepada temannya untuk tidak menjawab sebarang panggilan atau mesej dari Ridzuan. Selepas menghadiri kuliah pada pagi itu, dia membuka semula telefonnya. Ada lima panggilan tidak dijawab dan satu mesej diterima terpapar di skrin telefon itu. Dia berasa agak serba salah terhadap temannya dan juga terhadap lelaki itu. " Kamu siapa? Kenapa tutup telefon dan tak balas mesej dari saya?" mesej dari Ridzuan itu membuat Juliana terdiam seketika. Dia memutuskan untuk menjawab mesej tersebut." Ridzuan, saya nak minta maaf sebab tak jawab panggilan awak. Saya cuma nak bagi tahu yang saya ni kawan baik Rina..cukup, tak perlu tahu lebih lanjut. Kalau dia tahu apa yang saya buat ni, dia pasti kecewa dan marah dengan saya. Jangan hubungi saya lagi, faham!" gertak Juliana dengan sengaja supaya lelaki itu tidak mengganggunya lagi. Ridzuan sebaliknya berdegil malah meminta Juliana untuk menjadi sahabatnya. Gadis itu menolak demi menjaga hati teman baiknya dan untuk mengelak salah faham dari berlaku antara dia dan Rina kelak. Namun setiap kali dia menolak untuk berkawan dengan Ridzuan, lelaki itu tetap berdegil untuk meminta Juliana menjadi sahabatnya. Oleh kerana sudah malas melayan karenah dari Ridzuan itu, dia akhirnya bersetuju dengan permintaan lelaki itu. Juliana terus memberitahu Rina tentang perkara itu melalui sms kerana dia yakin Rina akan faham dan dapat menerima alasan yang akan dia berikan kelak. " Kenapa awak lakukan juga? Bukankah awak dah janji dengan saya?" balas Rina. Kecut perut Juliana apabila membaca sms dari Rina itu. Dia faham benar jika Rina mengamuk. " Rina, maafkan saya. Saya tidak memberitahu identiti saya yang sebenar, dia cuma mahu berkawan dengan saya. Tak lebih dari itu, dan saya bersetuju kerana dia berkali-kali mendesak saya untuk berkawan dengannya. Rina, tolong jangan salah faham," pujuk Juliana lagi sambil berbohong sedikit kerana tidak guna bercakap benar jika situasi sudah menjadi keruh, bak kata pepatah " jangan menyimbah minyak pada api yang marak". Rina tidak menjawab sms dari Juliana lagi. Perasaan marah yang ada didalam diri Rina sedang menyala kerana dia sudah menduga Juliana akan mengingkari janjinya itu. Hatinya benar-benar sakit dan dia juga membenci Ridzuan yang mahu berkawan dengan Juliana. Sebenarnya dia berasa sedikit cemburu dan bimbang jika Juliana mencuri tumpuan Ridzuan dan lelaki itu kurang memberi perhatian kepadanya lagi. Esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh Rina kerana sekolahnya akan bertolak pergi ke taman pertanian botani, tetapi hatinya tidak gembira kerana asyik memikirkan tindakan Juliana yang telah menjadikan hatinya kecewa. Dengan hati yang berat, dia mengemaskan pakaiannya dan sedikit keperluan lain untuk dibawa pergi ke taman botani itu. Dia langsung tidak mengucapkan selamat tinggal kepada Juliana kerana perasaan marahnya masih menguasai diri. " Rina, kamu masih marahkan saya lagi? Saya nak minta maaf. Jaga diri baik-baik tau!" sms dari Juliana itu membuat kepanasan hati Rina semakin membara. " Dah tahu dia buat silap, buat-buat tak tahu lagi" bentak Rina lalu memadam sms tersebut. Dia sengaja menutup telefonnya kerana dia tidak mahu dihubungi oleh Juliana lagi. Juliana berasa sedikit terkilan dengan sikap Rina yang mudah berkecil hati itu. Sesi latihan mengajar di Smk Bandaraya yang masih baru baginya membuat dia terlupa sedikit tentang kemarahan Rina terhadap dirinya. Murid-murid tingkatan Dua yang diajarnya memberikan kerjasama yang baik walaupun tidak semua murid dikelas itu mahir dalam subjek Bahasa Inggeris. Walaupun hanya tiga hari menjalani latihan mengajar disekolah itu, murid-murid sudah menunjukkan yang mereka menyukai kelas Bahasa Inggeris yang diajar oleh Juliana. Pada hari terakhir dia menjalani latihan mengajar sementara di Smk itu, dia sempat menangkap gambar bersama-sama dengan murid yang diajar dikelas itu, dan memberikan cendera hati iaitu alat tulis dan buku sebagai penghargaan kerana murid-murid dikelasnya memberikan respon dan kerjasama yang baik sepanjang dia menjalankan sesi pengajaran di sana. Akhirnya Juliana berasa lega kerana dia sudah menamatkan latihan mengajar di Smk itu dan tugasnya sudah berkurangan. Dia hanya perlu menyediakan laporan tentang latihan mengajar disana dan menghantarnya pada minggu kesembilan. Dia membaringkan dirinya di katil dan termenung mengimbau kembali saat suka duka dirinya dengan sahabat baiknya dan yang juga dianggap kakak oleh dia. Dia akhirnya terlelap selama hampir tiga jam. Ketika dia terjaga, jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Dia bergegas mandi kerana perutnya terasa agak lapar. Ketika dia bersiap untuk pergi ke cafeteria yang hanya terletak dua puluh meter dari biliknya, dia mendapat sms dari Ridzuan yang mahu bertemu dengan dirinya pada jam7.30 malam di cafeteria itu. Dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Ridzuan demi mendapatkan kepastian apakah Ridzuan benar-benar menyayangi Rina seperti yang selalu digembur-gemburkan oleh Rina sebelum ini. Tepat jam 7.35 malam, Ridzuan sudah menunggu Juliana di cafeteria. Juliana berasa agak kurang selesa untuk menemuinya tetapi dia harus menamatkan persoalan yang sudah lama timbul itu. Ridzuan tersenyum apabila melihat kelibat Juliana dan menjemput dia duduk bersamanya di meja bahagian tengah cafeteria itu. Mereka rancak berbual dan bertanya tentang latar belakang masing-masing kerana mereka belum lagi berkenalan dengan lebih mendalam. Sambil berbual Juliana sempat memerhatikan gerak geri Ridzuan. Dia seorang yang peramah dan suka bergurau. Dia juga kelihatan seperti lelaki yang warak dari segi penampilannya dan suka merendah diri. Tidak hairanlah mengapa Rina begitu menyukai lelaki tersebut. Sedang mereka asyik berbual, Rina yang baru turun dari bas yang menghantar dia dan rakan-rakannya yang lain dari lawatan dari taman botani empat hari yang lepas ternampak Ridzuan dan Juliana sedang duduk dimeja yang sama dan kelihatan agak mesra berbual. Kemarahan hatinya yang belum terpadam terhadap Juliana semakin menebal seperti api yang menjulang ke langit. Dia berusaha mengawal dirinya dan berpura-pura tidak melihat kelibat Ridzuan dan Juliana itu. Juliana berasa seakan-akan diperhatikan dari jauh oleh seseorang dan dia berpaling kearah gadis itu.." Rina...!" tiba-tiba perkataan itu terpancul dari bibirnya. Ridzuan juga terperanjat. Mereka berdua menoleh kearah Rina tetapi hanya bayangan belakang Rina yang kelihatan. Juliana terdiam kerana dia sedar yang dia benar-benar berada dalam keadaan yang genting sekarang, seperti telur dihujung tanduk. Tiba-tiba dia teringat semula tujuan dia bertemu dengan Ridzuan pada petang itu. " Wan, saya nak tanya sesuatu, boleh?" soal Juliana perlahan. " Tak kisah, tanya je la", balas Ridzuan tersenyum. "Betul ke yang awak sangat sayangkan Rina? Jangan main-main dengan dia tau. Dia benar-benar sayangkan awak," terang Juliana lagi. Ridzuan terdiam sejenak lalu bersuara. " Dia sudah salah faham, selama ini saya hanya menganggap dia sebagai kawan baik saya. Saya memang selalu menghubungi dia dan pernah memberi dia hadiah tetapi perasaan saya terhadap dia tidak lebih dari seorang teman. Teman tapi mesra, macam lagu kumpulan Ratu tu." jelas Ridzuan sambil tersengih.

Juliana mengerti kini. Dia berasa kasihan terhadap Rina yang bermain dengan perasaan sendiri. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Ridzuan meminta izin dari Juliana untuk pulang ke kolej Antan yang terletak satu kilometer dari kolej Emas itu. Dalam perjalanan pulang kebiliknya tiba-tiba Juliana mendapat idea untuk pergi ke bilik Rina. Dia tidak tahu apa yang harus dia dikatakannya nanti, tetapi dia sudah bertekad untuk berhadapan dengan Rina, tidak kira apa pun yang bakal terjadi. Dia mengetuk pintu bilik dan memulas tombol pintu. Dia ternampak Rina sedang duduk di bangku dengan wajah yang masam mencuka. Juliana menghela dengan nafas yang panjang dan perlahan-lahan mendekati Rina. " Rina, bila awak sampai kolej? Tak bagi tahu kita pun," kata Juliana sambil tersenyum. "Hah! Apahal awak datang ni? Nak sakitkan hati saya lagi? Kan awak dah janji hari tu, tak dedahkan identiti awak. Tapi, awak mungkir janji juga. Ini ke yang dipanggil sahabat? Tahu tak, saya sangat benci melihat kamu sekarang. Kamu tahukan, bila saya sudah membenci seseorang, saya susah untuk memaafkan orang itu. Kenapalah saya gunakan telefon buruk kamu pada hari tu.." bertubi-tubi soalan Rina yang menghujani Juliana. Juliana tunduk, tetapi dia menahan sahaja perasaan hatinya yang sudah mula bergoyah. Dia seakan- akan mahu menangis kerana Rina tidak pernah menengking dia seperti itu sebelum ini. " Kenapa diam? Tahu tak selama beberapa hari saya menangis kerana kecewa dengan awak. Awak pembohong, awak bukan teman saya lagi. Saya tak akan maafkan awak," marah Rina lagi. Linda iaitu teman sebilik Rina hanya memerhatikan Juliana yang sedang ditengking oleh Rina. " Rina, sudahlah tu. Kasihan dengan Jue. Apa salahnya kalau dia berkawan dengan Ridzuan," kata Linda untuk mengurangkan sedikit kemarahan teman sebiliknya itu." Ah!.. tak boleh, sebab Jue tahu semua tentang diri saya dan dia mungkin akan memberitahu Ridzuan perkara itu. Dia ni memang tidak boleh dipercayai, pembelot. Kalau dah desperate sangat tu, cari sajalah lelaki yang lain. Ni nak menggatal dengan Ridzuan pula!" bentak Rina. " Masya-Allah..mengucap Rina. Saya tak pernah berniat untuk merampas Ridzuan dari kamu. Saya minta maaf" rayu Juliana. Rina tiba – tiba berdiri dan menuju ke arah Rina. Dia terus meminta telefon bimbit Juliana, tetapi Juliana enggan memberikannya. Dengan kasar Rina terus merampas telefon bimbit dari tangan Juliana lalu memeriksa sama ada Juliana ada berhubung dengan Ridzuan atau tidak. Mujurlah Juliana sempat memadam semua mesej dan nombor telefon lelaki itu. " Hah, ni nombor telefon Ridzuan, yang awak nak sangat menggatal dengan dia tu!" sergah Rina sesudah menaip nombor telefon Ridzuan pada telefon Juliana. "Tunggu apalagi? Pergilah dail cepat!" jerit Rina. Juliana mengambil telefon miliknya dan memadam nombor Ridzuan yang ditaip oleh Rina itu. " Awak dah habis cakap? Saya nak balik bilik dulu. Saya letih." Juliana akhirnya tidak sanggup untuk berada lebih lama lagi disana. Sebaik tiba dibiliknya, dia terus menutup wajahnya dengan menggunakan selimut di katil kerana dia tidak mahu Jaclyn dan Ah Yuen melihat dirinya yang sedang menangis. Keesokan paginya Juliana bangun dari tidurnya. Dia mengumpul kembali semangatnya yang hampir-hampir hilang semalam. Dia cuba meyakinkan dirinya bahawa pasti suatu hari nanti, Rina akan membuka pintu hatinya untuk memaafkan dirinya. Dua belas minggu sesi kuliah universiti itu sudah berakhir. Tiga minggu terakhir merupakan peperiksaan akhir semester yang harus dihadapi oleh para mahasiswa di sana. Juliana yang sudah menghabiskan kesemua penilaian sepanjang tiga minggu itu sedang mengemas pakaiannya untuk pulang ke kampung halaman. Oleh kerana belum bersarapan pagi, dia mengambil keputusan untuk pergi membeli makanan di cafeteria. Dalam perjalanan menuju ke cafeteria itu dia bertembung dengan Rina. Juliana memberi senyuman kepada Rina sambil bertanya khabar, " hai Rina, lama betul tak berjumpa dengan awak." " Hai Juliana, memang dah lama tak jumpa dengan awak," balas Rina sambil tersenyum sinis dan berjalan mendekati Juliana. Tiba-tiba " pek!" satu bunyi yang agak kuat kedengaran ditelinga Juliana. Rina telah menampar pipinya, lalu berlalu pergi dengan serta merta. Juliana berasa amat terperanjat, pipinya terasa sakit. Rupanya dendam Rina masih belum tamat. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana sedih dan kecewanya hati gadis itu diperlakukan sedemikian rupa. Seingat dia, ibu dan ayah yang memarahinya pun tidak pernah menjentiknya. Jauh sekali untuk memukulnya. Sekali lagi semangat Juliana tercabar dengan sikap Rina itu. Oleh kerana perutnya berasa lapar, dia mengumpulkan tenaganya dan meneruskan perjalanan untuk membeli makanan. Dia tidak mempedulikan hatinya lagi, tetapi tubuhnya lebih memerlukan tenaga untuk terus hidup. Dia sudah cukup disakiti oleh Rina. Dia berazam, tidak kira apa pun yang Rina lakukan terhadap dia, dia tidak akan mempedulikannya lagi.

***
Sejak berselisih faham dengan gadis itu, Juliana mendapati bahawa dirinya menjadi lebih rapat dengan teman-teman yang berada satu kursus dengannya. Dia bersyukur kepada Tuhan kerana dia masih mempunyai ramai sahabat lain yang mahu bersahabat dengan ikhlas dengan dirinya. Dia juga masih terus berhubung dan berkawan dengan Ridzuan. Pada kali terakhir dia menghantar sms kepada Rina, sms nya tidak dibalas. Dia tahu Rina masih tidak dapat memaafkan dirinya. Dia tidak mahu menyalahkan dirinya lagi atas apa yang berlaku kerana teman-teman satu kursusnya yang tahu tentang perkara itu menasihati Juliana bahawa dia tidak bersalah. Rina yang tidak tahu menghargai erti persahabatan dan memilih keadaan menjadi begitu. " Sudahlah, Jue. Lupakan saja apa yang sudah berlalu tu. Jadikan ia sebagai pengajaran kepada diri kita, Rina hanya tinggal sejarah. Biarkan dia dengan jalan hidup yang dia pilih itu," panjang lebar nasihat yang diberikan oleh May Lyn, gadis berbangsa cina yang merupakan rakan sekuliah Juliana. " Betul tu, kenapa nak ambil peduli pada orang yang tak tahu nak hargai orang lain dan hanya pentingkan diri sendiri? betul tak?" tambah Siti Aminah pula untuk menyokong kata-kata dari May Lyn tadi. Juliana mengangguk kecil dan tersenyum. Dirinya tidak memang tidak bersalah.

***
Tiga tahun berlalu. Juliana sudah menamatkan pengajiannya di Universiti Bawah Bayu. " Class, stand up! Good Morning teacher," ucap murid-murid di kelas Tingkatan Dua Amanah itu. " Good morning class, sit down," balas Cikgu Juliana. Sudah dua bulan dia memulakan pengajaran di Smk Dato Panglima Awang. Walaupun sekolah itu terletak di kawasan pedalaman, dia berasa gembira kerana dapat berbakti kepada murid-murid yang bersekolah di sekolah itu. Ridzuan pula bertugas di Taman Hutan Simpan Serinsim sebagai pegawai perhutanan yang memantau keadaan hutan dara ditaman simpan itu. Dia dan Juliana tetap masih saling berhubungan dengan bertanya khabar melalui telefon walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya mereka. Rina mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan rakan sekursusnya, iaitu Khalid. Walaubagaimanapun, rumah tangga mereka tidak bertahan lama kerana sikap Khalid yang suka berfoya-foya dan telah menduakan Rina telah menyebabkan Rina menuntut perceraian.
posted by Penulisan2u @ 1:41 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:
  • At 29/10/08 3:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    pening nak baca.

     

  • At 30/10/08 2:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ngah practise nak wat karangan ker...

     

  • At 26/11/08 11:11 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    byk KESALAHAN tatabahasa
    ayat x dramatis

    satu jam bc baru ada perengan baru

    STUPID!!!
    wasting time

    auww............

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group