Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Wow..hensemnya mamat tu, jatuh cinta aku tengok dia, gerutu Zaa didalam hati. Tanpa Zaa sedar, mamat tu lihat balik padanya. Zaa hanya senyum, tak sangka mamat tu balas balik. Hati Zaa berbunga riang. Seolah-olah satu sinar kebahagiaan baru akan muncul didalam hidupnya.
"Hai, nama saya Mohd Nurul Nizam. Panggil Zam je, boleh berkenalan". "Hai, Zaliha Nordin...Zaa...hmmm..." "Kenapanya, tak sudi ker kawan dengan saya"? Nizam bertanya padaku bila ku hanya diam memandang wajahnya. Aku bukan apa, aku masih terkejut. Takut-takut aku bermimpi di siang hari. "Kalau Zaa tak sudi Zam tak paksa". Kata Nizam lembut. Aku terpana seketika. Sudi atau tidak. Tangkap lengtok betullah aku ni. "Hmmm..okey je.."jawabku sambil berlalu..
Dengan perkenalan itulah..hubungan kami melangkau dengan lebih jauh. Tidak ku sangka, perkenalan itu telah membuahkan hasil cinta kami. Pengakuan Nizam tentang cintanya padaku menyakinkan aku untuk terus menyanyanginya.Walaupun aku belum berkesempatan meluahkan isi hatiku padanya, namun tindakanku, reaksi badanku, pandangan mataku memberikan aku seribu erti tentang perasaan yang ada di dalam hati ini. Aku jua ingin membalas kata cintanya dengan mulutku, namun aku bisu bila berhadapan dengannya.
Syukurlah..hubungan kami berjalan dengan lancar sekali. Walaupun aku suka, aku tetap rimas jika sentiasa diperhatikan. Rasa semua tindakan tidak kena di mata sendiri. Begitulah sikap Nizam setiap hati. Ekor matanya tak pernah terlepas daripada memandangku.. sanggup pusing ke belakang demi melihat aku.. kadang-kadang terkantoi juga dengan cikgu, tapi Nizam buat-buat tak kisah. Akhirnya aku yang terkulat sendirian.
************************
"Eh betina!Tak der jantan lain ke kau nak kacau". Hambur Nora padaku sewaktu ke sedang mentelaah pelajaran di dalam kelas. "Apa maksud awak Nora, saya tak faham". "Eh, kau ni buat-buat tak faham atau memang tak faham". "Maafkan saya Nora, maksud awak?". "Nizam tu hak aku, nahas kalau kau rapat dengan Nizam lagi". Zaa hanya diam, tidak mampu untuk bersuara. Terasa sedih dilayan dan dituduh begitu. "Nora, saya rasa ini salah faham.Baik awak pergi tanya Nizam". Kataku perlahan Nora menolak kepalaku. Kau tu bodoh, dahlah tak cantik, ada hati nak kawan dengan Nizam".
Aku hanya terpana sambil melihat Nora yang berlalu pergi. Hatiku bagai dirobek dengan sembilu tajam. Mengapa ini yang harus terjadi. Kenapa Nizam tidak pernah menceritakan padaku tentang perasaan Nora padanya. Mengapa Nizam membiarkan Nora menjerut rasa. Nizam, kenapa Nizam. Aku menangis di dalam hati. Hentaman Nora itu terlalu berat untukku menerimanya. Haruskah aku melepaskan Nizam demi Nora. Jika aku buat begitu, bagaimana dengan Nizam. Pasti dia akan terluka. Namun aku terpaksa. Terpaksa demi mengembirakan hati Nora. Biarku korbankan hatiku sendiri, demi memastikan hati Nora bahagia.
************************
"Zaa jom pergi makan". Aku hanya memadang Nizam. Entahlah aku buntu dengan perasaan ku sendiri. Haruskah aku terima atau menolak. Jika ku terima pasti ku akan melukakan hati Nora, jika ku menolak pasti ku akan melukakan hati Nizam dan hatiku sendiri. Tapi.... "Kenapa Zaa?..Nizam sapa ku lagi". "Takpelah Zam, Zaa malas nak pergi. Lagipun kejap lagi Zaa nak pergi koperasi". "Kenapanya?". "Zaa masih kenyanglah. Maaf neh". "Takpelah kalau macam tu, Zaa nak makan apa? Nanti Zam belikan kat koperasi. Zam pun nak pergi sana juga nanti". "Takpelah. Zaa pergi sendiri. Pergilah dulu. Kesian Zamani tu dah lama dia tunggu Zam". "Betul ni?". "Iye. Zaa kan dah besar".
Nizam berlalu pergi. Peristiwa beberapa bulan lalu masih menghantui fikiran Zaa. Tak sanggup rasanya untuk meluahkan pada Nizam. Kerana aku lihat Nizam sendiri pun buat-buat tidak faham bila Nora menghampirnya. Malah Nizam juga tidak menunjukkan sebarang reaksi bila Nora mendekatinya. Bagaimana aku nak berterus-terang tentang perasaan Nora pada Nizam. Aku buntu yang amat sangat. Aku keliru. Haruskah aku mengalah. Membiarkan cintaku bebas pergi bersama insan lain. Tapi, aku tak sanggup. Aku sayangkan Nizam lebih daripada segalanya.
Masa terus berlalu. Aku tetap seperti biasa, namun siapa sangka, siapa menduga aku telah membuat keputusan yang gila. Demi Nora aku memecilkan diri dari Nizam. Perkenalan dengan Mahyuddin memberikan jalan kepadaku untuk menghulurkan cintaku padanya, tanpa ku sangka, cinta ku disambut dengan tenang. Dalam hati, ku doakan tindakan ku ini akan membuatkan Nora bahagia dan Nizam terima Nora dan sekaligus membenciku. Biarlah aku mengalah.
Dengan Mahyudin aku menjalinkan hubungan seperti biasa. Namun sekalipun kami tak pernah berjumpa. Perhubungan kami hanya bermula lewat pada tahun Mahyuddin tamat belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan itu sendiri. Biarpun begitu, aku rasa selamat. Aku buat semua ini demi Nizam. Mungkin orang lain akan kata aku pentingkan diri sendiri. Biarlah apa-apa pun pendapat orang lain padaku. Aku tetap aku, hidup dengan cara dan prinsip aku sendiri.
"Zaa. Apa salah Zam pada Zaa? Kenapa Zaa buat begini?" "Maafkan Zaa Zam, selama ini Zaa hanya mainkan Zam". "Mainkan Zam?" "Zam, sebenarnya Zaa tidak ikhlas cinta Zam. Hati Zaa dah ada orang lain. Zaa harap Zam faham". "Kenapa Zaa.kenapa baru sekarang?". "Nizam...Zaa" "Zaa..Zam ada disini untuk Zaa".. "Nizam, jangan cakap begitu. Zaa rasa ada lagi orang yang lebih memerlukan Zam. Zam pergilah kepada dia". "Pasti ada sebab Zaa buat semua ni. Sekarang Zam cuma nak tahu sebab apa". "Zam....maafkan Zaa..pandanglah sekeliling, pasti Zam sedar ada lagi insan lain yang benar-benar menyintai Zam". "Tapi siapa Zaa?". "Jangan buka mata Zam tu hanya untuk Zaa, buka luas-luas dan hayatinya. Zaa yakin Zam akan ketemui insan itu". "Hati Zam hanya untuk Zaa. Tapi kenapa Zaa cakap macam ni?".
Aku tidak mampu untuk menahan air mataku lagi. Aku terus berlari ke tandas. Aku menangis sepuas-puasnya. Tak sanggup untuk berterusan menipu Nizam. Nizam, percayalah, Zaa buat sema ni demi cinta Zaa pada Zaa. Kata orang, cinta itu akan lebih kita hargainya bila kita gagal memilikinya. Zaa harap Zaa mampu. Kedengaran loceng tamat waktu rehat berbunyi. Aku cepat-cepat keluar dari tandas untuk kekelas.
"Woi betina" Aku hanya diam dan berlalu pergi. Aku malas nak pedulikan sahutan Nora itu. Tak habis-habis. "Aku panggil kau ni, kau pekak ke?". Pintas Nora dihadapanku. Aku hanya diam. Malas nak melayan. "Aku bagi amaran kat kau. Kalau aku tahu kau ada hubungan dengan Nizam lagi, nahas kau. Tahulah macam mana aku nak buat". "Nora, aku tak fahamlah maksud kau. Antara aku dan Nizam, kami tidak ada apa-apa lagi hubungan istimewa. Sekarang terletak pada kau macam mana kau nak menarik hati dan cintanya pada kau". "Bagus-bagus. Macam nilah". Kata Nora sambil menolak kepalaku. "Maafkan aku. Aku nak masuk kelas sekarang. Antara kau dan aku...aku tidak ada apa-apa hutang lagi dengan kau, jadi aku harap lepas ni kau tidak kacau aku lagi!!!". Aku berlalu pergi meninggalkan Nora yang terkulat-kulat. Pasti Nora terkejut bila aku turut bersikap kasar padanya. Biarlah hati..biarah jiwa..pasti akan ada ketenangan untukmu selepas ini...
************************
Masa beredar dengan begitu lambat sekali. Seolah-olah masa juga mengerti dengan penderitaan hatiku. Hanya pada Tuhan aku mampu berserah dan berdoa.
Hubungan ku dengan Mahyuddin terputus di tengah jalan. Aku tidak mampu untuk terus membohongi Mahyuddin tentang perasaan ku lagi. Aku tidak boleh meletakkan dua jiwa dalam satu hati, kerana dalam hati ku sudah lama terselit nama Nizam, dan nama Mahyuddin dimanakah tempatnya. Akhirnya, aku memutuskan ikatan ini. Bukan ku pentingkan diri sendiri. Tapi tindakan inilah yang ku fikrkan paling baik demi Mahyuddin sendiri. Aku tidak mahu perasaannya akan lebih terluka jika hubungan ini pergi lebih jauh lagi. Dalam hati, aku sentiasa berdoa agar Mahyuddin akan ketemui cinta yang baru dan lebih mahal dari cintaku.
Nizam masih juga menantiku. Layanan dan godaan Nora hanya dipandang sepi oleh Nizam. Seolah-olah semua itu hanyalah bayangan mimpi. Aku memang sedikit kecewa. Kenapa pengorbananku tidak Nizam hargai dengan sebaiknya. Mungkin inlah hikmatnya, pengorbanan yang kulakukan tidak ikhlas. Macamana aku boleh lepaskan insan yang ku sayang untuk menerima cinta insan lain, sedangkan dalam hati ku penuh dengan cintanya.
Aku hanya menjadi pemerhati. Kasih sayang yang Nizam tunjukkan padaku, benar-benar membuatkan aku sering menangis sendirian. Aku tidak tahu apakah lagi yang harus kulakukan. Untuk menerima Nizam aku takut pada Nora. Untuk melepaskan Nizam lagi, hatiku amat sakit yang teramat sangat. Namun dalam diam, aku tidak dapat nafikan bahawa cinta Nizam masih kekal didalam hatiku. Aku Cuma tidak mahu meluahkannya. Aku ingin simpan ia sebaiknya didalam hatiku.
************************ "Zaa, boleh Zam duduk disini" Aku terpana lagi. Sedang bermimpikah aku. Aku cuba untuk senyum, tapi senyumanku mati. Aku buntu... "Zaa..Zaaa.. " panggilan Nizam menyedarkan aku dari lamunan yang panjang. "Duduklah...takkan nak kena mintak izin..sahutku perlahan.. " "Boleh tak kita mulakan hubungan kita sekali lagi". Aku hanya diam. Tak mampu untuk bersuara. "Zam tahu, Zaa dah lama break dengan Mahyuddin. Tak ada sebab kenapa Zaa tak boleh terima Zam sekarang". "Zam tahu dari mana?" "Zam kenal Zaa. Zam tahu, Zaa buat semua ni sebab nak lukakan hati Zam kan. Zaa nak Zam bencikan Zaa kan. Tapi Zaa silap. Semua ini sebenarnya membuatkan hati Zam lebih kuat untuk menyintai diri Zaa". Aku tunduk membisu. Tak sanggup untuk menatap wajah Nizam. Rasa ingin sahaja aku menangis disitu. Tapi aku cuba kuatkan diri. Aku memandang sepi kepada Nizam, aku tak tahu apakah jawapan yang selayaknya. Jika aku terima Nizam, macam mana dengan Nora. Mesti lagi dia radang. "Zaa, Zam ikhlas". Tiba-tiba aku terdengar esakan Nizam. Aku menjadi begitu kaget. Aku tidak tahu bagaimanakah untuk aku memujuknya. Namun dalam hati ini, aku jua menyintaimu Zam.Tunggulah sampai suatu masa. Cinta kita pasti akan bersatu. Aku berjanji padamu. Aku akan setia dengan cinta ini walau sejauh mana pun kita terpisah. "Zam, sudahlah jangan nangis lagi. Nanti orang nampak". Aku cuba pujuk Nizam. "Zaa terima Zam". Tanya Nizam sambil memandang wajahku dengan penuh mengharap. Aku mengangguk perlahan. Aku yakin itulah yang terbaik. Aku kembali melihat wajah Nizam. Ada sinar kebahagiaan di wajah itu. Aku rindukan wajah itu. Aku tidak mahu kau menderita lagi. Aku sanggup buat apa saja demimu cintaku Zam. Sulaman cinta kami menjadi lebih indah daripada biasa. Hanya Tuhan yang tahu erti cinta ini. ************************
Enam Tahun Yang Lalu
Saat perpisahan antara kami bakal berlaku. Kami terpaksa berjauhan demi mengejar cita-cita masing-masing. Ingat aku pada janji nizam. Zam janji,Zam akan tunggu Zaa. Zam takkan curang dengan Zaa. Percayalah, cinta kita pasti akan menjadi realiti. Percayalah cakap Zam.Zam tak tipu Zaa. Zam harap Zaa akan tunggu Zam sebagaimana zam tunggu Zaa.
Zaa hanya terdiam. Tak mampu untuk berbicara lebih. Takut bicara itu akan memakan dirinya sendiri. Namun di dalam hati,Zaa berjanji cinta itu akan dipelihara sebaik mungkin. Nizam cinta pertama Zaa. Zaa jatuh cinta pada hari pertama Zaa lihat Zam di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan. Namun Zaa diam. Zaa malu untuk meluah perasaan. Namun takdir yang esa tentukan segalanya. Nizam meluah perasaan itu pada Zaa, dan Zaa sentiasa menyimpannya di dalam hati Zaa. Zaa yakin, Zaa mampu untuk setia dengan cinta kita. Zaa tak mahu tamak dan gelojoh. Lantas Zaa simpan cinta Nizam sebaiknya didalam hati Zaa. Zaa tak mahu jatuh tergelincir dan dikecewakan. Zaa akan tunggu Nizam hingga nafas yang terakhir Zaa. Itu zaa janji.
************************
Selepas Enam Tahun
Maafkan kami Zaliha, kami sudah cuba sedaya upaya yang boleh, tapi kami tak mampu untuk melawan takdir Tuhan. Panyakit Zaliha sudah sampai ketahap kritikal. Pihak hospital tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Harap Zaliha sabar dengan ujian ini. Maksud doktor Mengikut jangkaan kami, Zaliha hanya ada enam bulan dari sekarang. Tapi kalau Zaliha kuat, mungkin Zaliha boleh melepasi jangkaan itu. Doktor, takkan tak boleh lagi.....aku putus kata-kata.... Tiada lagi air mata yang mengalir, tiada lagi senyuman yang terukir. Yang ada hanya saat-saat untuk aku mengira setiap baki detik yang ada untuk aku melihat dunia ini.
Masih ternging-ngiang kata-kata doktor itu dicuping telinga ku. Rasa tak mampu untuk ku berdiri. Tapi aku tidak boleh lemah. Aku melihat kalendar di hadapanku. Beberapa bulan lagi adalah bulan yang kutunggu-tunggu. Kerana aku dan Nizam pernah berjanji dahulu, kami akan kahwin pada 21-05-2009, pada usia ku mejangkau 25 tahun.
Aku harus mencari Nizam. Biarpun untuk seketika, aku mahu buktikan cinta kami adalah cinta yang sejati. Aku hampir buntu sebenarnya, aku tidak tahu macam mana untuk mendapatkan contact number Nizam. Namun, di atas kesabaranku. Aku berjaya menjejaki nizam. Terasa dunia aku yang punya. Lenyap segala kesakitan yang aku tanggung. Namun keindahan yang ku damba bertukar menjadi badai.
"Salam, Zam sihat? " "Sihat,Zaa macam mana? Lama tak dengar cerita. Kawan dengan siapa sekarang? ". "Banyaknya soalan, Zaa nak jawab yang mana dulu ni? Zaa sihat. Maksud Zam BF ke? ". "Yelah, takkan masih single kot? ". "Hmhmhm...still single" "Yeke? Tak cayela.. " "Ikutlah...Zaa masih tunggu Zam. Itu hakikat". "Zaa, Zam dah ada orang punya. Kami dah kawan 8 bulan dah. Awal tahun baru ni". "Maksud Zam ? " "Zaa mesti faham maksud Zam kan. Tak perlu Zam jelaskan". "Kenapa Nizam??? " "Zam ingat Zam takkan jumpa Zaa lagi, sebab itu Zam terima cinta baru. Tapi Zam tak sangka, akhirnya kita jumpa kembali. Tapi Zam minta maaf, Zam tak boleh terima Zaa". "Sampai hati Zam buat Zaa begini. Mana janji Zam". "Zaa..Zaa..Zam tak bermaksud begitu. Perasaan Zam pada Zaa tak pernah terpadam". "Apa maksud kata-kata tu.Zam kejam". "Zaa, jangan kata macam tu....tapi ini hakikat. Kita mesti terima".
Aku diam. Aku tidak mampu lagi untuk menangis. Aku biarkan mesej Nizam sepi tidak berbalas. Nizam, kau terlalu kejam. Kau meminta aku untuk setia. Namun kau sendiri yang menjadi pendusta di antara kita. Kenapa begitu singkat pertemuan ini. Jika ku tahu kelukaan ini yang kudapat, pasti ku takkan mencari cintamu kembali. Aku lebih rela begini untuk selamanya.
************************
"Ahh!! Sakitku makin tenat". Aku tak mampu untuk hidup lebih lama lagi...aku hanya mampu menangis dalam hati.. tiba-tiba peti mesej ku berbunyi
"aku terpaksa gugurkan, walaupun kasihku ada, harus kau terima hakikat dia masih memerlukanmu..."
Oh! Dari nizam...
Sayangku, maafkan zam kerana menderitaimu sepanjang nafasmu berada bersama denganmu, sayang, percayalah nafas mu itu masih berada di dalam nafasku dan ia kekal bersamaku sampai akhir hayatku sayang.. namamu tetap terpahat dihatiku meskipun ku ditelan bumi kerana cinta kita adalah cinta sejatiku yang pertama...sayang, diriku percaya bahawa akan ada pengantiku yang lebih mulia dari ku dan sayang akan terima dia sebagaimana sayang menerimaku.. aku sentiasa doa untukmu lebih dariku...sayangku abadi..
Tiada lagi kata yang dapat mengambarkan perasaanku ketika itu. Aku hanya memandang sepi kepada radio era yang sedang berkumandang menyanyikan lagu kegemaranku itu.....
Telah aku terima takdir dari Yang Esa Tertusuk sembilu pedih hati terluka Terkubur impian kita bina bersama Terlerai sedah ikatan cinta
Baru aku sedari siapa diri ini Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah Sedalam renungan terlihat dalam diri Hakikat cinta yang sejati
Kuturutkan cahaya dihadapan berliku Keyakinan di dada mengiring langkahku Jalinan bahagia iringan doa restu Di dalam jiwa cinta yang satu
Jalanan yang berduri tetap aku gagahi Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki Detik-detik kenangan segar buat pedoman Sepanjang jalan taman impian... ohhh
Selamat sejatera kepada dirimu Semoga berbahagia tanpa aku Izinkan selamanya namamu di hati Biarkan selamanya ku begini
Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan Maafkan dosaku lupakan detik hitam Sejarah yang berlalu jadikan perngajaran Menuju bahagia idaman
************************
Perlahan-lahan nizam membuka warkah sepi yang berada di tangannya.
Salam, buat buah hati Zaa yang amat Zaa sayangi. Sesungguhnya, kehidupan ini banyak mengajar Zaa tentang liku-liku kehidupan. Bermula dari saat Zaa mula jatuh cinta pada Zam, sehinggalah kita terpisah dan akhirnya kita kembali bersua. Namun semuanya dengan keadaan yang berbeza.
Terima kasih Nizam. Terima kasih kerana suatu ketika dahulu Zam pernah membenarkan Zaa untuk berada di hati Zam, terima kasih kerana pernah memberikan Zaa peluang untuk merasai cinta Zam walaupun untuk seketika. Semua ini akan Zaa simpan di dalam hati Zaa untuk selamanya. Zaa tak sangka, cinta kita tidak sekuat cinta Romeo dan Juliet. Cinta kita musnah juga dilanda masa. Namun Zaa redha. Mungkin ada hikmatnya. Jika saat-saat ini Zaa menjadi isteri Zam, pasti Zaa akan tinggalkan Zam sendirian untuk meneruskan kehidupan ini. Bukankah ini satu kekejaman. Jadi, percaturan Tuhan, menemukan Zam dengan Huda, mengambil nyawa Zaa adalah yang terbaik untuk cinta kita. Walaupun Zaa kecewa dengan Zam, namun Zaa syukur, kerana Tuhan sayangkan Zaa. Tuhan pisahkan kita untuk selama-lamamnya agar Zaa tidak menangisi perpisahan Zaa dan Zam. Tuhan maha adilkan?
Nizam yang Zaa sayangi, Sebenarnya, tika Zaa mencari Zam dahulu, Zaa sebenarnya sudah berada di ambang maut. Tapi Zaa tak mampu untuk berterus-terang dengan Zam. Zaa cari Zam untuk kotakan janji cinta kita.Tapi Zaa terluka, ingat tak lagi apa yang Zam cakap pada Zaa...
Salam, soryy ganggu pagi buta ni, Zam tak bermaksud untuk mainkan Zaa, jatuh cinta dengan Zaa, semua itu hanya berlaku pada zaman sekolah, dan hanya pada zaman itu saja Zam sempat bercinta dengan Zaa. Tapi alhamdullillah, Zam tidak pernah sentuh dan tidak pernah keluar dengan Zaa. Habis sekolah terus lost contact. Sampai baru-baru ini je Zaa jumpa nombor Zam, dalam pada masa yang sama Zam memang mencari nombor Zaa, itupun di atas sebab sebagai seorang kawan. Tapi Zam terkejut, sebab Zaa masih menyintai Zam. Zam bukanlah tidak boleh terima Zaa. Dan andaikata Zam masih single dan belum berpunya, Zam boleh terima Zaa. Tapi masalahnya Zam dah berpunya sebelum kita bercontact lagi. Takkan nak suruh Zam main kayu tiga, seumur hidup Zam tidak pernah berbuat begitu. Zam hanya setia pada yang satu, lagi pun kami dah merancang masa depan. Hakikatnya, Zaa tak boleh paksa untuk Zam terima Zaa. fikir-fikirkanlah...
Zam tahu tak. Zaa jatuh terjelempuk membaca mesej yang Zam hantar pada Zaa. Rupanya selama ini Zaa menjadi manusia yang paling bodoh kerana sabar menanti Zam. Namun Zaa cuba untuk tabah dan sabar. Biarlah. Doa Zaa sentiasa untuk Zam. Dan apabila Zam membaca warkah ini, Zaa sebenarnya telah bersemadi dengan aman. Tidak ada lagi kedukaan, tidak ada lagi kesengsaraan. Maafkan Zaa kerana tidak menceritakan pada Zam tentang penyakit Zaa pada Zam. Kerana Zaa tak mahu Zam terima Zaa kerana penyalit Zaa.Yang pastinya, Zaa mahu Zam jaga Huda dengan sebaiknya. Jangan dilukai hatinya. Jangan dikecewakan hatinya. Sayangilah ia dengan sepenuh hati Zam.
Zaa tahu Zaa tak mampu untuk bertakha di hati Zam lagi, tapi satu pinta Zaa, apabila Zaa telah tiada nanti, izinkanlah nama Zaa untuk berada di hati Zam untuk selama-lamamnya.
Maafkan Zaa andai kehadiran Zaa yang seketika di celah-celah hubungan Zam dan Huda menjerut rasa. Zaa tak bermaksud begitu. Doa Zaa akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup Zam dan Huda.
Salam yang penuh manis dari insan yang amat menyanyangimu sepenuh hatiku... Wassalam...
************************
Nizam bersimpuh di sebelah kubur zaa. Tangannya masih memegang batu nisan. Sejuta perasaan ada di dalam dadanya...nizam hilang kata-kata...andai dapat ku ulangi waktu dulu...ku tak ingin melihat kau menangis sayang... bisik nizam perlahan... Bulan sabit Yang jatuh dipelataran Bintang redup Tanpa cahaya gemintang Langkah tanpa arah Sesat di jalan yang terang Aku yang terlena dibuai pelukan dosa
Ingin pulang membalut luka hatimu Ku pun tahu betapa pedih batinmu Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman Andai maaf pun tak kau berikan Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu Tak terlintas dendam di bening mata indah mu Aku yang merasa sangat berdosa pada mu Masih pantaskah mendampingi mu Biar lah bulan bicara sendiri Biarlah bintang kan menjadi saksi Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti Cukup derita sampai di sini
Ombak bergelora seolah-olah menelan apa sahaja yang ada di hadapannya. Angin sepoi seakan-akan membawa kembali memori yang telah berkubur di dalam ingatan aku. Sudah genap 15 tahun kejadian itu berlaku dan kini aku semakin tabah mengharungi segala onak dan duri di dalam kehidupanku.
KHAMIS, 9 September – Satu kemalangan yang dasyat telah berlaku di Johor Bahru kira-kira jam 11 pagi. Kejadian itu telah meragut 3 nyawa iaitu Idris b.Hassan, 41, Iffea Sofriena bt. Mohamed, 38, dan anak mereka, Nuril Damieya Nadiera bt Idris, 11, yang dalam perjalanan pulang dari Perlis. Nurin Safieya Atyiera, 16, terselamat di dalam kejadian tersebut.
Keratan akhbar itu masih aku simpan. Mama, papa dan Mieya meninggal dalam kemalangan itu. Mengapa aku tidak mengikut jejak langkah mama, papa dan Mieya?
Mama, kenapa mama tak benarkan Pieya ikut papa dan Mieya? Kenapa hanya Pieya yang terselamat? Kenapa mama, papa dan Mieya tinggalkan Pieya seorang? Pieya rindukan mama dan papa. Pieya rindukan Mieya. Tiada siapa yang nak dengar cerita Pieya lagi. Kenapa kamu semua tinggalkan Pieya?!
“Pieya, aunty ni. Pieya kenal aunty tak?’ “Pieya, ni uncle Razie. Pieya ingat uncle Razie?” Aku dimana sekarang ini? Siapa lelaki dan wanita bertudung litup itu? Aku dekat……mana ni? “Saya de…kat mana ni? Awak berdua ni…. Siapa?” Aku bingung. “Pieya, awak di hospital.”
Siapa pula Pieya? Doktor itu pun aku tak kenal. Sakitnya kepala aku! Kenapa tiba-tiba sakit ni?! Pandanganku menjadi gelap selepas beberapa ketika kepalaku berpinar-pinar umpama roda ligat berputar. Aku terjaga apabila merasakan kepalaku di kucup mesra. Siapa lelaki itu? Adakah itu lelaki yang menyapa kau tadi? Dimana wanita yang bersamanya? Setiap hari lelaki dan wanita itu datang melawat aku di hospital. Lelaki itu yang aku kenali sebagai Uncle Razie dan wanita itu, aunty Nella. Uncle Razie menceritakan padaku kejadian yang beraku ke atas ku dan keluargaku. Sebenarnya aku telah koma selama 2 minggu di hospital itu. Aunty Nella ialah adik kepada papa dan Uncle Razie ialah sepupu mama. Mama, papa dan Mieya tidak sempat diselamatkan. Aku telah hilang ingatan sepenuhnya. Aku tidak ingat bagaimana wajah keluarga ku, asal-usul ku malah nama aku sendiri. Aku menangisi nasib ku sendiri. Aku merasakan yang aku turut hanyut mengikut keluarga aku. Mujurlah ada Aunty Nella dan Uncle Razie. Akhir-akhir ni Uncle Razie membawa seorang perempuan bersamanya. Perempuan itu memperkenalkan dirinya sebagai kawan baik aku ketika di sekolah. Namanya ialah Syahinema atau Nema. Aku gembira dapat mengenali dirinya walaupun aku tidak dapat mengingatinya. Nema bagaikan satu-satunya kawan yang aku kenali semenjak aku sedar dari koma. Nema melawat aku setiap petang selepas tamat persekolahan. Nema akan menceritakan apa yang berlaku di sekolah. Aku turut terhibur mendengar cerita daripadanya walaupun aku tidak mengenali siapa yang diceritakan. Kadang-kala Nema menceritakan kisah aku sebelum aku koma. Kebiasaannya, Nema akan mengalirkan air mata selepas menceritakan kisah itu. Hati aku tersentuh apabila melihat Nema menangis.
“Nema, janganlah nangis lagi, nanti aku nangis juga nanti,” “Aku rindukan kau yang dulu,” “Nema, aku dah jadi orang baru, aku perlu mulakan hidup yang baru, ingatan aku dah hilang, Nema,” Air mataku yang ditahan mengalir jua.
Nema seorang yang mudah mengalirkan air mata. Setiap kali dia bercerita tentang kisah aku, dia tidak pernah lekang menyebut nama Adi dan Tafiq. Nema selalu mengaitkan diriku dengan Adi. Aku bertanya siapakah Adi dan Tafiq tetapi Nema enggan memberitahu siapakah mereka. Katanya, suatu hari nanti Aku akan tahu siapa mereka. Doktor Haiqil iaitu doktor yang merawat aku sepanjang aku di hospital turut menjalinkan hubungan persahabatan denganku. Doktor Haiqil berkata yang dia perlu menahan aku di hospital selama 3 minggu kerana aku perlu menjalani pembedahan untuk membetulkan saraf di mata kiri ku. Nema, Uncle Razie dan Aunty Nella menemani aku sepanjang aku berada di hospital. Aku sudahpun menjalani pembedahan mata. Aku tidak sabar untuk melihat wajah Adi kerana Nema berjanji kepada aku bahawa Adi ialah orang pertama yang aku lihat selepas balutan di buka. Aku juga tidak sabar melihat wajah-wajah yang menemani aku dengan jelas. Selama ini aku hanya melihat dengan menggunakan sebelah mata sahaja.
“Pieya, saya Adi,” “Saya Tafiq. Awak ingat saya tak?” Aku sekadar menggelengkan kepala. Aku terkejut melihat wajah Adi yang tampan dan Tafiq yang tidak ada kurangnya dengan Adi. Selama seminggu aku ada di hospital, selama itulah Adi menemaniku. Aku terhibur dengan celotehnya. Aku menafsir diri Adi sebagai seorang yang pandai menarik perhatian orang dengan celotehnya, baik hati dan setia. Nema dan Tafiq ialah pasangan kekasih rupanya. Nasib baik Tafiq mengakuinya, kalau tidak aku tidak mengetahui hal itu. Aku terfikir, apa kena-mengena Adi dalam kehidupan aku. Adi beritahu yang dia adalah teman karibku, begitu juga dengan Nema dan Tafiq. Sudah sebulan aku berada di hospital. Aku amat berterima kasih dengan doktor Haiqil kerana bertungkus-lumus menyelamatkan aku yang berjuang dengan maut. Aku boleh meneruskan persekolahan pada awal bulan depan. Aku bertambah gembira apabila Nema membertitahu aku yang aku akan berada di dalam kelas Nema, Adi dan Tafiq. Aku memang tidak sabar menanti hari itu. Setelah penat menghitung hari, akhirnya hari itu kunjung tiba. Aku merasakan aku sebagai pelajar baru sedangkan aku ialah pelajar yang paling popular di sekolah itu. Setelah seminggu aku bersekolah disitu, aku mula belajar menjadi diriku yang dulu dengan bantuan Tafiq, Nema dan Adi. Mereka bertiga selalu menolong aku sekiranya aku mengalami kesukaran dalam pelajaran. Lagipun, kami akan menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM pada tahun hadapan. Aku memulakan hidup baru ku sebagai seorang pelajar disamping rakan-rakan, keluarga baru dan semangat yang telah aku kumpul. Cuti sekolah telah bermula. Nema mengajak aku berkelah bersama keluarganya. Masakan aku menolak apabila dipelawa untuk bersuka ria dengan teman yang banyak menolong aku menempuh segala dugaan selama aku berkawan dengannya. Lagipun, keluarga Nema kenal baik dengan keluarga aku sebelum peristiwa itu berlaku lagi. Sejak aku menjadi orang baru, aku percaya akan takdir, sebelum ini aku tidak percaya akan takdir dan aku amat percaya akan naluri hati sendiri. Itulah yang diluahkan oleh Nema pada hari pertama aku mengenal dirinya.
“Pieya, jauh kau mengelamun. Teringat Adi ke?”
Sergahan Nema mengejutkan aku dari lamunan. Rupanya kami dahpun sampai. Aku membantu Nema mengangkat barang dan mencari tempat yang sesuai untuk duduk bersantai. Aku rasa aku pernah datang ke tempat ini tapi dengan siapa? Nema mengajak aku berjalan di gigi air. Aku tidak membantah dan hanya menurut sahaja. Aku dapat merasakan ketenangan apabila kaki ku mencecah gigi air itu. Fikiran aku terus melayang mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku.
“Pieya, kau ni aku tengok asyik mengelamun je.Apasal? Kau tak sihat ke?” “Apa dia?” tanya aku kembali. “Itulah berangan je. Aku cakap pun tak dengar,” “Aku sebenarnya nak tahu diri aku yang sebenarnya, diri aku yang dulu. Aku yakin diri aku yang dulu lebih baik daripada diri aku yang sekarang ni,”
Nema menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Nema tercari-cari jawapan yang tepat untuk dijawab. Akhirnya Nema menasihati aku agar tidak perlu risau tentang hal itu. Hal itu tidak penting lagi bagi ku dan yang penting ialah menjadi diri aku yang sekarang dan terus berjuang untuk berjaya dalam hidup serta kejar apa yang aku idamkan selama ini. Nema berkata ‘walau apapun yang terjadi, kita tidak boleh berpatah balik. Jangan sesekali kita menoleh kebelakang. Terus maju ke hadapan dan lihat apa yang akan berlaku selepas itu. Ingat, ada 7 orang yang menyanyangi dirimu dan sanggup mati keranamu.’ Kata-kata Nema menusuk ke kalibu. Sungguh mendalam kata-katanya sehinggakan aku menitiskan air mata yang simpan selama ini. Aku berazam untuk meneruskan hidup tanpa mengingati kisah lama. Aku akan meniti setiap titian untuk sampai ke menara gading bersama Nema, Adi dan Tafiq. Kami sudah berjanji untuk sehidup semati. Persahabatan kami tetap kekal walaupun terpisah dengan sepuluh lautan. Aku, Nema, Tafiq dan Adi menyiapkan diri untuk menghadapi tahun baru tidak lama lagi.
“Aunty Nella, uncle Razie, Pieya pergi dulu,” “ Baik-baik jalan tau. Nanti makan malam dengan aunty tau,” “ Okay, aunty. Uncle tak nak cakap something ke?” “ Sayang uncle ni, jalan nakal dekat sekolah,” “ Baik, chip! Bye,”
Nema dan aku jalan beriringan. Hari ini hari pertama kami sebagai pelajar tingkatan 5. Adi dan Tafiq sudah siap menunggu kami di perhentian bas. Kami tidak boleh lagi dipisahkan. Dimana sahaja kami mesti bersama. Makan, tusyen, minum, belajar dan bersiar-siar, sentiasa bersama. Sudah sebulan berlalu. Adi dan aku makin akrab. Adi seorang yang popular disekolah kerana dia seorang olahragawan sekolah dan sering menjadi pujaan kebanyakan pelajar perempuan. Tafiq juga menjadi gilaan pelajar perempuan kerana dia seorang model dalam majalah sekolah. Nema sering mengadukan kepada aku yang dia cemburu apabila melihat ramai pelajar perempuan berkerumuni Tafiq. Nema juga tidak kurang popularitinya disekolah. Dia adalah wartawan utama sekolah dan selalu mewakili sekolah untuk menemuramah tokoh-tokoh Negara. Biasanya, cerita yang dibawa oleh Nema akan menjadi cerita paling panas di sekolah. Nema digelar ‘mamapaparazzi’ di kalangan rakan-rakan yang lain. Aku gembira dengan kejayaan rakan-rakanku. Aku sentiasa menyokong mereka dari belakang. Suatu hari, pengetua ingin berjumpa aku di biliknya. Aku meminta Nema untuk menemaniku. Aku sedikit gementar dan teragak-agak untuk mengetuk bilik pengetua. Nema menemani kau masuk. Pengetua memberi aku sepucuk surat dan meminta aku membacanya dengan kuat. Rupa-rupanya surat itu ialah surat daripada pengetua sendiri. Beliau mengundang aku ke majlisnya untuk membuat persembahan nyanyian. Majlis beliau akan didatangi orang-orang yang teranama dan kaya-kaya. Aku bingung sebentar, pada masa yang sama aku turut gembira mendapat undangan tersebut bersama 3 orang rakan ku lagi. Aku boleh memilih untuk membawa sesiapa sahaja dan sudah tentu aku akan memilih untuk mengajak Ada, Tafiq dan Nema. Rupanya, pengetua pernah terdengar aku menyanyi semasa aku berseorangan didalam kelas. Sememangnya aku menyanyi sekira aku berseorangan untuk menghilangkan rasa takut sekali gus menghiburkan hati.
Aku memberitahu berita ini kepada Adi, Tafiq dan Nema sejurus sahaja aku sampai ke kelas. Nema memelukku tanda tahniah dan mengucapkan terima kasih kerana tidak melupakan dirinya. Adi dan Tafiq juga mengucapkan tahniah kepada aku. Aku gembira kerana aku dapat berkongsi kegembiraan aku dengan mereka. Aku memberitahu berita gembira ini kepada aunty Nella dan uncle Razie juga. Mereka berdua amat gembira dengan apa yang aku kecapi sekarang. Hari yang di tunggu-tunggu akan tiba tidak lama lagi. Semakin dekat harinya, semakin berdebar yang aku rasakan. Nasib baik rakan-rakan karibku sentiasa ada di samping aku dan tidak putus-putus memberi kata-kata semangat yang amat membina. Hari ini aku dan Nema berada di sekolah untuk membuat persiapan terakhir bagi persembahan nanti.
“Aku percaya kau boleh buat, Pieya,” “Aku tahu. Tapi aku takut aku tersilap lirik. Lagipun lirik dan lagu ni Adi dan Tafiq yang buat,” “Kenapa? Kau ragu-ragu penonton tidak suka dengan persembahan kau?” “Ha’ah.” Sambil aku mengangguk lemah. “Pieya, kau kena percayakan diri kau. Sedangkan Siti Nurhaliza boleh pergi buat persembahan dekat Royal Albert Hall, London. Kau mesti boleh punya.” Kata Nema penuh bersemangat.
Aku hanya mengangguk tanda mengiakan kata-katanya itu. Memang tidak boleh dinafikan kebenaran kata-kata Nema. Aku hanya membuat persembahan di hadapan puluhan orang, sedangkan Siti Nurhaliza di hadapan ribuan orang termasuk yang melihatnya secara langsung. Aku kagum dengan keberanian Siti membuat persembahan. Nema, Adi dan Tafiq meletakkan kepercayaan di atas bahu ku. Mereka amat percaya aku akan buat yang terbaik untuk mereka. Pagi itu telah pun muncul. Debaran menggelodakkan jiwa kecilku. Beberapa jam lagi aku akan membuat persembahan sulung ku di hadapan tetamu. Pagi-pagi lagi Nema telah terpacak di hadapan rumahku. Adi dan Tafiq datang selepas makan tengah hari. Nema, Adi dan Tafiq pulang ke rumah masing-masing untuk bersiap. Mereka berjanji akan datang kembali dalam 30 minit.
Tinggal 3 jam lagi. Adi mengetuk pintu bilikku. Adi kelihatan segak dengan kemeja putih dan seluar slacknya itu. Walaupun ringkas tapi tampak bergaya. Tanpa aku sedar, Tafiq sudah terpacak di sebelah Adi. Tafiq juga tidak kurang ketampanannya dengan kemeja biru. Aku menjemput mereka masuk ke bilikku. Kebetulan aunty Nella dan uncle Razie juga ada di dalam bilik. Aku bertanyakan di mana Nema. Tiada siapa yang menjawab soalanku. Aku mula risau. Mungkinkah Nema tidak dapat hadirkan diri? Soalan aku akhirnya terjawab. Kelibat Nema kian terserlah. Tafiq kelihatan terkejut dengan penampilan Nema. Aku dan Adi cuba menahan tawa. Begitu juga dengan aunty Nella dan uncle Razie. Nema tampak anggun dengan baju kurung biru bertatahkan manik mewah. Walaupun hanya sepersalinan baju kurung, itu sudah cukup untuk membuatkan Tafiq ternganga. Memang kecantikan Nema cukup terserlah dengan baju dan rambutnya yang panjang di sanggul kemas. Aunty Nella dan Nema menyuruh jejaka-jejaka yang ada di dalam bilikku keluar dan menunggu di ruang tamu. Selepas mereka keluar, aunty Nella mengeluarkan sebuah kotak yang sederhana besar. Aku dan Nema tertanya-tanya apakah isinya. Aku terkejut apabila aunty Nella mengeluarkan isi perut kotak itu yang merupakan sepersalinan pakaian. Aunty Nella menyuruh aku memakai baju itu.
“Baju ni arwah mama Pieya yang beri pada aunty, masa tu aunty nak pergi majlis di sekolah aunty,” aunty Pieya menceritakan perihal baju itu.
Tanpa berlengah lagi, aku masuk ke bilik air dan mengenakan baju itu ke badanku. Nema tergamam melihat aku sebaik sahaja aku keluar daripada bilik air. Aunty Nella menyolek wajahku, mendandan rambutku dan membetulkan bajuku. Aku melihat diriku setelah siap disolek. Aku sendiri terkejut melihat diri aku sendiri. Aku merasakan yang aku seperti seorang puteri raja. Aku, Nema dan aunty Nella turun ke ruang tamu. Adi melihat aku bagaikan ingin terkeluar biji matanya, begitu juga dengan Tafiq. Uncle Razie hanya tersenyum. Aunty Nella menyuruh kami pergi sekarang kerana sudah hampir pukul 8 malam. Adi memandu kereta uncle Razie. Dadaku semakin berdebar-debar. Aku mengucap panjang. Tepat jam 8 malam kami sampai ke destinasi kami. Aku melangkah ke dewan yang menempatkan puluhan tetamu dengan penuh keyakinan bersama-sama Adi, Nema dan Tafiq. Kami duduk di tempat yang disediakan. Tidak lama kemudian, majlis bermula dengan ucapan perasmian daripada orang kaya Tanah Kemaman. Akhirnya tibalah masa yang amat dinantikan dan mungkin akan mengubah hidup aku. Aku melangkah dengan yakin bersama-sama tepukan gemuruh yang dihadiahkan oleh tetamu yang hadir termasuk Nema, Adi dan Tafiq. Aku menyampaikan sebuah lagu yang dicipta oleh Adi dan Tafiq yang bertajuk ‘Pelangi Impian’ dan ‘Ku Seru’ nyanyian Misha Omar. Sebaik sahaja aku habis menyanyikan lagu terakhir, seorang lelaki usia 30an naik ke atas pentas dan menghulurkan kepadaku sejambak bunga. Aku menerimanya dengan besar hati.
“Wah, Pieya baru first time naik pentas dah dapat bunga! Ni yang aku jelous,” Nema menegur aku sejurus sahaja aku duduk di tempatku kembali. “Memukau lah suara awak, Pieya. Nasib baik saya dah ada Nema, kalau tidak…,” Sakat Tafiq.
Kami bertiga cuba menahan gelak melihat wajah Nema yang mula merintik merah kegeraman tetapi akhirnya, Nema pula yang tergelak sakan. Ketika kami sedang menikmati hidangan, pengetua datang ke meja kami bersama seorang wanita dan lelaki yang menghadiahi aku bunga sebentar tadi. Lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai Encik Saifullah dan wanita itu ialah Puan Ayesha, setiausaha kepada Encik Saifullah.
“Maafkan kami mengganggu kamu semua. Kalau tidak keberatan, bolehkah kami duduk dan bersembang dengan kamu semua disini?” Puan Ayesha memulakan bicaranya. Mereka duduk dengan kami. Masing-masing mengenalkan diri. Selepas beberapa ketika, Encik Saifullah memberitahu tujuannya.
“Sebenarnya, saya dan Puan Ayesha mengambil keputusan untuk mengambil Safieya sebagai artis rakaman. Memandangkan peperiksaan SPM akan berlangsung tidak lama lagi, jadi saya ingat kami akan memulakan karier Safieya selepas tamat SPM nanti. Adakah Adi, Nema dan Tafiq setuju dengan cadangan saya? Bagaimana dengan keputusan Safieya? “Saya tidak kisah. Setiap keputusan Pieya adalah untuk dirinya sendiri,” Jawab Adi. “Saya tetap akan sokong Pieya walaupun apa keputusan yang dia lakukan,” Kata Nema pula. “Itu hak Pieya. Saya akan gembira dengan keputusannya,”Ujar Tafiq. “Saya setuju,” aku amat gembira dan dia tidak sabar untuk memberitahu Aunty Nella dan Uncle Razie.
Setibanya aku di rumah, Aunty Nella dan Uncle Razie sudahpun terpacak di depan pintu. aku terus menceritakan tentang apa yang berlaku dan pelawaan untuk menjadi artis rakaman. Aunty Nella dan Uncle Razie tidak menghalang kemahuan aku itu tetapi mereka berpesan agar menjaga dirinya kelak.
7 tahun berlalu……
“Cik Safieya, hari ini ada pertemuan dengan Encik Hazrul,” Beritahu Zul. “Safieya! Cepat tukar baju, show dah nak mula,” jerit Candy. “Safieya, I nak make upkan you ni, cepat sikit!” jerit Salem pula. “Okay, I’m done,”
“Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Presenting Safieya!!!!” kata pengerusi “Hai, apa khabar? Baiklah, sekarang saya akan mendendangkan anda semua!” jeritku.
Selepas aku habis menyanyi, aku turun dari pentas dan bersalam dengan peminat. Ada juga yang mengambil tandatanganku. Aku sudah melancarkan albumku yang 9 baru-baru ini. Peminat aku bukan sahaja di dalam Negara malah di Indonesia dan Thailand.
“Pieya! Pieya! Pieya!” jerit salah seorang dari kalangan peminatku. Sudah lama kau tidak mendengar suara itu. Aku yakin aku mengenali suara itu. Aku mencari suara itu. Aku nampak, aku nampak… “Nema!” jeritku kegembiraan.
Aku cuba mendapatkan Nema tetapi aku dihalang oleh puluhan peminatku. Aku meminta tolong Candy memberi nombor telefon aku kepada Nema dan memintanya menunggu aku di Restoran De Bay malam ini. Aku kesal kerana aku tidak dapat berjumpa dengan Nema. Banyak yang aku hendak ceritakan kepadanya.
“Hai, Nema! Sorry buat you tunggu I lama sangat, you know I’m very busy…everyday,every minutes and bla, bla, bla,” “Hai, Pieya. Wah, tak sempat duduk dah start cerita,” “Sorry, okay. Can I start the story telling now?” “Yes, my princess,” “Okay, sekarang ni I dah keluarkan 9 buah album, I menang award baru-baru ni, have own fan club, and no boyfriend yet, maybe,” “Apa maksud awak ‘maybe’?” “I selalu keluar dengan artis-artis lelaki yang baru, you know as a new comer in this industry. Diorang pun respect I as the new comer. Lagipun, diorang tu cute juga, you nak sorang?” “Excuse me, I had married, last year,” “What?! Dengan siapa?” “Siapa lagi kalau bukan Tafiq!” “Tafiq? Ooo, Tafiq, I remember him,”
Nema seakan-akan terkejut dengan perubahan dalam diri aku. aku seolah-olah lupa akan siapa dia, Tafiq dan mungkin juga Adi. Nema merasakan aku sudah hanyut dibelai keglamouran dan kepopularitian seorang anak seni. Perjumpaan mereka tidak lama kerana Irwan, penyanyi pujaan ramai, datang mengajak aku makan malam bersamanya. aku tidak menolak dan Nema terpaksa melepaskannya dengan rela hati. Dia terpaksa menerima kenyataan yang aku yang sekarang bukanlah aku yang dikenali 7 tahun lalu tetapi aku yang sudah bergelar artis, setaraf dengan artis antarabangsa. Nema menceritakan semua perihal aku kepada suaminya, Tafiq dan Adi. Adi yakin aku akan kembali ke sisinya semula seperti 7 tahun lalu dan cintanya takkan berubah terhadap aku walau apapun yang terjadi tetapi pada Nema dan Tafiq tidak ada tanda-tanda yang aku akan kembali kepada mereka. Mereka hanya mampu berdoa dan mengharap sahaja. Adi semakin lama semakin memencilkan diri sehingga dia memutuskan untuk tinggal di Paris sehingga dia sanggup menerima kenyataan yang dia tidak layak untuk menjadi teman lelaki seorang artis seperti aku.
7 bulan berlalu…..
“Safieya, here’s yours paper, on the table,” kata Candy. “ Thanks,” jawab aku pula.
RABU, 25 Julai – seorang pelukis jalanan telah berhijrah dari Paris ke Malysia untuk mencari perhatian orang ramai terutamanya yang minat dalam bidang seni lukis ini. Dalam temubual eksklusif wartawan dia menyatakan sesuatu yang menjadi tanda tanya wartawan tersebut. “Saya hanya hendak menbuktikan yang saya mampu menyaingi seorang wanita yang saya sayangi dan amat disayangi oleh dua rakan baik saya. Wanita itu sudahpun menjadi artis terkenal di persada antarabangsa dan kini saya ingin membuktikan pada wanita itu bahawa saya dan rakan - rakan boleh menyamakan taraf kami dengannya.” Ujar pelukis jalanan itu. Nama dan butiran diri enggan diberitahu – Bernama.
“Safieya, tengok ni, berita tentang pelukis jalanan dari Paris tu. Muka dia pun di tunjuk. You want to see him face, right?” tanya Candy.
Aku bergegas ke bilik rehat dan terus terpacak di depan peti televisyen. Aku merasakan wanita yang bergelar artis itu ialah aku dan rakan-rakannya itu ialah Nema dan Tafiq tetapi siapa pelukis jalanan itu? Mungkinkah dia lelaki yang pernah aku sayangi dulu, lelaki yang selalu menolong aku ketika aku di dalam kesusahan dan lelaki yang pernah aku tinggalkan dahulu? Tetapi siapa lelaki itu? Aku betul-betul tidak ingat siapakah dia? Mungkinkah dia…..
“Adi!!!” pekik Pieya. “Siapa Adi?” tanya Candy.
Aku terus menelefon Nema. Harapan aku hampa kerana Nema tidak mengangkat panggilanku. Aku tidak berputus asa lagi. Aku terus memecut kereta BMW milikku ke aparment milik Nema dan Tafiq. Harapanku semoga Nema ada disitu. Air mataku menjadi pengiring aku sepanjang perjalanan.
Oh, Nema maafkan aku. Rupanya selama ni aku lupakan kamu semua, kamu semua yang banyak menolong aku membina semula semangat aku yang kian luntur pada masa itu dan kamu semua memberi sokongan padu kepadaku untuk memulakan karierku sebagai seorang artis sekarang. Mama, apa yang harus Pieya buat. Pieya dah buat kesalahan besar ni. Adi, maafkan aku, aku telah lupakan kau selama 7 tahun ini. Aku bersalah…
Di rumah Nema dan Tafiq…
“Nema, saya dah tak sanggup menghadapi ini semua. Ini tak adil bagi saya. Buat apa saya menanti pucuk yang takkan tumbuh lagi, I don’t want to be like that!” jerit Adi. “Sabar Adi. Saya pun tak tahu apa nak buat lagi,” luah Nema. “Aku pergi buka pintu, tengok siapa yang datang,” kata Tafiq apabila loceng berbunyi.
Tafiq amat terkejut dengan kedatangan aku disitu. Aku meluru masuk. Aku tidak peduli apa yang Tafiq hendak cakapkan. Aku hanya hendak berjumpa Adi….bukan!Aku nak jumpa Nema!!! Aku terkejut apabila melihat Adi ada disitu bersama Nema. Aku tidak dapat meneruskan kata-katanya. Adi, Nema dan Tafiq memandang sama sendiri bagaikan mereka terlihat hantu hidup semula. Semuanya terlopong melihat aku tercegat di hadapan mereka. Aku sendiri melihat mereka dengan pandangan yang berlainan iatu pandangan rindu akan kasih sayang seorang teman.
“Adi….Nema,” aku cuba mencari simpati mereka berdua. Hanya Nema yang membawa aku kedalam dakapannya. Kenapa dengan Adi. Dia tidak merindui aku kah selama ini. Aku tidak mahu meleraikan pelukan itu, kalau boleh selamanya begitu. Aku tidak mahu berpisah untuk kali kedua dengan Nema.
“Hentikan lakonan kau tu, Pieya!” aku terkejut dengan pekikkan Adi itu.Aku meleraikan pelukanku. “Sudahlah, Pieya. Aku tahu kau ni artis serba boleh. Talam dua muka, perempuan murahan! Jangan harap kau dapat menagih simpati daripada aku, perempuan jalang!” Adi terus pergi selepas menghamburkan kata-kata sebegitu pada aku. Aku tidak dapat menerimanya. Aku mengejarnya dari belakang dan meninggalkan Nema dan Tafiq begitu sahaja. Bagi aku lelaki seperti Adi perlu mendapat balasan yang sepatutnya atau lebih daripada itu.
“Adi, berhenti. Jangan kau cuba bergerak selangkah lagi atau aku lompat ke bawah.” Jerit aku cuba mendapatkan perhatian Adi dengan menggugut aku akan lompat ke atas jalan raya yang sibuk itu. “Pieya, jangan! Baik, aku berhenti, turun dulu,” ujar Adi kerisauan.
Aku terus menampar pipi Adi. Itu adalah untuknya kerana menyatakan aku perempuan jalang. Dia patut merasakannya dan menjadikannya sebagai hadiah untuk tahun baru ini.
“Aku ada perasaan, Adi. Aku juga insan biasa. I have my own feeling! Kau tak ada hak untuk memanggil aku perempuan jalang ataupun perempuan murahan. Aku tahu kau nak hukum aku sebab aku melupakan kaukan? Memang aku lupakan kau malah aku tak kenal siapa Adilfa’ique, pelulis jalanan. Aku lupa siapa Syahinema dan siapa Tafiq Nizarman. Aku lupa siapa mereka.Tetapi kalau bukan pelukis jalanan itu membuat satu pengakuan, aku akan terus di hanyutkan dunia aku sendiri. Sepatutnya aku mengucapkan terima kasih pada pelukis jalanan itu, tapi dia sudahpun memberitahu aku satu gelaran iaitu ‘perempuan jalang’. Aku ingat pelukis jalanan itu ialah Adilfa’ique yang aku kenal 7 tahun dulu..sememangnya aku silap menilai kau Adi! Aku silap! Aku telah membuat satu penilaian yang salah terhadap kau. Kau sebenarnya tak berhati perut! Aku…” Aku tak dapat meneruskan kata-kataku kerana Adi telahpun menutup mulutku. Air mataku kembali menodai pipiku. Adi dengan lembut mengelap air mataku.
“Kau terlalu banyak bercakap, Pieya. Kau tak silap menilai aku dan aku bukannya seorang yang tidak berhati perut. Aku sayangkan kau. Aku sayangkan persahabatan yang telah kita bina selama 7 tahun ini. Aku sayang sangat dengan kau, begitu juga dengan Nema dan Tafiq. Kami semua berharap kau kembali ke pangkuan kami. Kami tidak menghalang karier kau sebagai seorang artis tetapi kami taknak kau lupakan kami. Nema, Nema sedih sangat kerana kau tak ada masa dia bernikah dengan Tafiq dan sampai sekarang mereka belum bersanding. Ingat tak dulu, awak janji dengan Nema yang awak nak bersanding dengan Nema sama-sama. Dia ingat janji tu dan dia pegang sampai sekarang. Kasihankan lah dia, Pieya. Kasihankan saya. Saya dah lama menunggu awak,” luahan Adi menyentuh sanubariku.
“Kasihankan Adi, Pieya. Marilah kita balik. Nema menanti di rumah. Dia menangis. Mari kita balik sekarang,” Tafiq tiba-tiba datang menyelit antara kami berdua.
Kami berpegang tangan sepanjang perjalanan pulang ke apartment Nema. Aku yakin pintu untukku pulang ke pangkal jalan masih terbuka dan aku mengambil keputusan untuk bersara dari industri muzik untuk selama-lamanya.
“Nema..,” panggilku. “Pieya! Kau dah balik. Jangan pergi lagi. Jangan tinggalkan aku lagi, aku perlukan kau, Adi perlukan kau. Jangan pergi lagi,” ujar Nema seperti orang merayu dalam dakapan aku. Aku meleraikannya. “Aku takkan tinggalkan kau lagi untuk selamanya. Tiada apa yang dapat memisahkan kita berempat selain daripada kematian. I need all of you. Aku dah tiada sesiapa lagi dalam dunia ni. Aunty Nella dan Uncle Razie pun dah meninggal dunia akibat kemalangan 2 tahun lepas. Aku tinggal sebatang kara. Tapi aku masih ada kamu berduakan?” aku memujuk Nema.
Sekarang Pieya hidup bahagia, mama, papa. Pieya bahagia dengan Adi dan anak-anak Pieya. Dah 15 tahun perkara itu berlaku. Walaupun Pieya tak tahu macammana rupa mama dan papa, Pieya tahu mama dan papa mesti baik sebab melahirkan Pieya dengan sempurna. Terima kasih mama, papa. Pieya harap keluarga Pieya aman sentosa sehingga akhir hayat. Mama tolonglah Pieya kalau Pieya dalam kesusahan.
Sekarang hidup dah berubah. Nema dan Tafiq dikurniakan 3 orang anak lelaki iaitu Amir Farhan, Atiq Fiqri serta Adam Firdaus dan sekarang menetap di….sebelah rumahku. Kelakarkan? Kami memang tidak boleh berpisah. Aku juga bahagia bersama Adi. Kami juga dikurniakan 3 orang anak tetapi perempuan yang diberi nama Afidatul Nashima, Aqidatul Natasha dan Azidatul Nabilla. Aku sudah meninggalkan dunia artis selama 15 tahun dan tidak terlintas ke dalam fikiranku untuk menoleh ke belakang semula. Dunia artis sudah aku lupakan. Akan tetapi aku dapat melihat Qiqie mewarisi bakat semulajadiku manakala Zizie lebih cenderung kepada bakat Adi iaitu melukis. Cuma Fifie berlainan. Fifie tidak mewarisi bakat aku dan Adi tetapi mewarisi kejelitaanku dan ketampanan Adi. Anugerah ini telah menjadikan dia sebagai penghias kulit majalah hiburan kanak-kanak. Suatu hari nanti aku akan menceritakan perjalanan hidup kami berempat kepada Amir, Fifie, Atiq, Qiqie, Adam dan Zizie. Biarlah ia menjadi pengajaran kepada mereka.
Ingat bahawa populariti, kekayaan, kegoan tidak dapat mengalahkan kekuatan persahabatan, percintaan dan kesetiaan untuk selamanya. Kejujuran dalam persahabatan dan kesetiaan dalam percintaan adalah kunci kebahagian dan ia telah pun terbukti dalam kisah perjalanan hidup aku.
KAMI bertemu. Tanpa disengajakan. Tanpa Rupa. Tanpa bicara. Hanya patah-patah perkataan dan ayat yang saling berbalas. Yang berselirat dengan perasaan. Saling berbaur. Ada sayang. Ada kasih. Ada benci dan geram. Dan juga ada cinta. Terkadang menyentuh hati, Terkadang memilukan dan terkadang menghairahkan. Bukan sehari dua aku mengenalinya. Malah sudah berbulan lamanya. Kami bagaikan di alam khayalan. Yang setiap malam kami bersama. Yang terpaksa menunggu hingga ke jauh malam. Cukuplah kugelarkan dia ‘sayang’. Memang itu panggilanku terhadapnya. Terasa mesra dan intim. Seolah-olah kami memang ditakdirkan untuk saling berkongsi kasih. Ianya bagaikan satu igauan dalam kehidupanku. Saban hari, aku ternanti-nanti. Tertunggu-tunggu. Aku bagaikan ketagih pada celotehnya. Dan hidupku terasa sepi dan kosong tanpa gurau dan sendanya. Saban malam,, tanpa sedikitpun rasa jemu, aku akan mengadap komputer usangku. Sambil menaip baris-baris ayat. Aku gembira begitu. Aku senang begitu. Terlalu banyak yang ingin dikongsi. Terlalu banyak kenangan yang ingin diabadikan. “Sayang…abang pergi kerja dulu.” Satu kucupan hangat singgah dipipiku. Aku tidak menoleh. Sekadar mengangguk tanpa emosi. Mataku masih melekat di skrin komputer ketika enjin kereta suamiku hilang di telan kegelapan. Aku masih leka berbalas mesej. Masih leka dengan cintanya. Memang aku berdosa. Berdosa kerana menduakan suamiku. Namun ketahuilah.. aku juga sebenarnya tidak bahagia berbuat begini. Bukan mudah untuk berlaku curang. Dan bukan mudah untuk menidakkan hakikat ini. Perasaanku seringsaja bertelagah sendiri. Antara kasih sang suami dan desakan naluri yang telah menjerat aku. Namun aku memujuk diri. Memang aku ini seorang isteri. Namun aku juga punya perasaan. Ingin dikasihi dan disayangi. Sesungguhnya aku sepi. Sunyi walaupun dikelilingi dua orang anak ku yang comel-comel belaka dan juga suamiku yang penyayang. Aku hanya perlukan teman. Untuk mencurahkan perasaan ku. Aku perlukan seseorang yang tidak mengenali aku. Yang tidak pernah melihat jasadku untuk berkongsi cerita. Berdosakah aku? Hanya kerana aku mendambakan perhatian dari seseorang yang tidak aku kenali? Mungkin aku berdosa. Lantaran sengaja membuka ruang dihatiku untuk insan lain menerokanya. Namun apalah dayaku. Semakin ingin ku usir perasaan ini, semakin kuat pula ia merajai hatiku. Entah bila ia bertandang hinggakan membuat aku alpa pada siapa diriku sebenar. Hanya saja aku belum lagi karam dalam lautan kasihnya. Aku belum tewas pada bisikan-bisikan cinta yang saban malam menemani aku ini. Kerana kutahu, ini hanyalah sebuah ilusi. Yang aku cipta sendiri. Semata-mata untuk membuatku bahagia. Sumpah! Aku tidak pernah mengenalinya secara lahiriah. Malah aku tidak pernah teringin untuk berjumpanya. Malahan aku juga tidak pernah memberikan nombor telefonku padanya. Dan dia juga begitu. Tidak pernah meminta untuk bertemu. Hanya bait-bait kasih yang sering diungkapkan. Dan ayat-ayat rindu yang sering bertebaran. Mungkinkah dia juga seperti aku. Hanya kesepian dan memerlukan teman. ‘Awk dan saya ada persamaan, kita boleh bercakap sendiri, kita boleh bergurau sendiri dan apa yang awak pikir , saya boleh pikir.’ ‘Ketahuilah diriku adalah dirimu dan dirimu adalah diriku. Kehidupan kita bersama selamanya cuma jarak dan masa yang memisahkan’ ‘Dalam hidup kita.... persamaan yang kita cari akan dapat kita temukan dengan kehendaknya’ ‘Apa yang di luahkan tidak bermakna apa yang ada di dalam hati. Ia cuma khayalan untuk kita dapatkan apa yang kita mahukan. Ianya titik permulaan untuk menuju matlamat sebenar’ Itulah kami. Terperangkap dalam ilusi yang kami bina sendiri. Alam khayalan yang amat mengasyikkan. Alam khayalan yang membuat jiwaku hidup kembali. Ayat-ayat cintanya sering membuat hatiku tertawan. Malah aku sering berkhayal dia ada disampingku. Kami saling berpandangan. Membisikkan kata-kata cinta. Malah aku juga pernah berkhayal menjadi miliknya. Dia juga sudah berkahwin. Punya isteri yang baik dan sedang sarat mengandungkan benihnya. Aku tidak pernah peduli semua itu. Dan aku sedikitpun aku tidak pernah berasa bersalah pada isterinya. Untuk apa aku berasa bersalah? Bukan aku merampas suaminya. Bukan! Aku juga tidak pernah menghancurkan rumah tangga mereka. Malah aku tidak pernah mempersoalkan hal itu. Aku hanya ingin ditemani olehnya sahaja. Menemani malamku yang kosong dan sepi. Tanpa belaian seorang suami. Dan aku memang seorang isteri yang kesepian. Bukan aku tidak pernah ada keinginan untuk bertemu dengannya. Malah keinginanku juga telah membuak-buak. Seringkali aku terasa ingin bersamanya. Merasai kehangatan tubuhnya. Dan lena dalam belaian dan pelukannya. Tapi keinginan itu hanya tersimpan nun di sudut hati. Kerana ianya sesuatu yang tidak mungkin aku lakukan. Dan mustahil aku lakukan. Aku masih waras. Aku sedar siapa aku. Masih isteri orang. Dan aku wajar menjaga kehormatanku sebagai seorang isteri. Namun aku tidak dapat mendustai diriku sendiri. Betapa aku perlukan belaian-belaian itu. Yang selama ini tidak pernah aku temui. Bukan salah suamiku sebenarnya. Tapi salah aku. Aku yang menyepikan diri. Aku yang mengelak setiap kali dia ingin mencumbui aku. Adakah aku yang diistilahkan sebagai dingin? Entahlah. Bohonglah kalau aku katakan, aku tidak inginkan hubungan batiniah. Aku juga wanita normal. Yang diperbuat dari darah dan daging. Yang ada naluri dan nafsu. Dan dari wajahku yang kosong, aku juga sebenarnya hangat. Cuma kehangatan ku tidak pernah kutunjukkan. Hatta kepada suamiku sendiri. Pasti ada silapnya. Pasti ada penyebabnya. Namun sebagai isteri, aku tunaikan juga tanggungjawabku. Kemesraan yang dibuat-buat. Keghairahan yang diliputi kepura-puraan. Aku bagaikan sudah lupa apa ertinya keghairahan itu Mungkinkah kerana antara kami terlalu banyak masalah? Bercampur aduk. Dan semakin lama, kami semakin jauh. Kasih sayang juga semakin pudar. Perkahwinan umpama termeteri di atas kertas. Tanpa lafaz cinta dan belaian manja. Dia dengan dunianya, dan aku dengan duniaku. Lalu perkahwinan kami bagaikan berada di atas ranjau yang berduri. Kekadang tercalar dek luapan emosi yang tak terbendung. Kekadang terasa pedih di gores kekesalan. Namun kami masih bertahan. Lantaran sayangkan sebuah ikatan dan demi anak-anak yang menunjang kehidupan .Itulah kehidupanku. Bertahun-tahun aku melaluinya. Sunyi, sepi dan bagaikan tidak bermakna. Separuh dari jiwaku bagaikan sudah mati. Dan separuh lagi terkapa-kapa mencari erti sebuah kasih sayang. Adakah itu penyebabnya? Penyebab aku mencari sesuatu yang mampu mengembirakan aku? Sesuatu yang tidak sepatutnya aku lakukan? Mencari jalan keluar yang tidak ada penyudahnya?
SEMAKIN lama menjalin hubungan, semakin kuat perasaanku terhadapnya. Walaupun sekadar ilusi, namun ia benar-benar menghidupkan ghairah kehidupanku. Semalaman bersamanya bagaikan berada di awang-awangan. Malah rinduku padanya semakin menjadi-jadi. Aku bagaikan gadis remaja yang baru mengenal erti cinta. Yang baru dilamun dicinta. Kemaruk dengan celotehnya. Kemaruk dengan gurau sendanya. Kemaruk dengan ayat-ayat cinta yang diukirnya. Namun aku masih mampu menahan asakan rindu itu. Aku masih mampu bertahan untuk tidak menemuinya. Biarlah cinta ini hanya sekadar di skrin komputer. Hanya sekadar ilusi yang indah. Biarlah aku menikmatinya dengan sepenuh hati. ‘Cinta itu memang menyusahkan…namun jika dilayan, terasa keindahannya. Cinta juga tidak dapat dilakonkan atau dibuat-buat. Ia hadir tanpa diduga..tanpa diundang..meruntun jiwa dan emosi.’ Aku hanya mampu berserah. Jika ditakdirkan aku benar-benar jatuh cinta padanya, apakah kesudahannya? Adakah aku akan menjadi seorang isteri yang benar-benar curang? Adakah ianya dapat menghidupkan semula separuh jiwaku yang sudah lama berkubur itu? Aku pasrah. Antara rela dan sengsara. Kerana aku kini terlalu mendambakan kehadirannya. Mengisi kesepian hatiku. Walaupun tanpa jasad, ianya tetap berharga buatku. ‘Hati berbicara sendiri…dengan lenggok dan bahasanya sendiri…menyimpan rapi rahsia diri yang tak mungkin didustai.’ Lagi-lagi aku terpegun. Lagi-lagi aku tertawan. Malah jiwaku semakin sengsara. Bagaikan sebuah kolek kecil yang hilang arah di tengah tasik buatan. Berputar-putar tanpa hala. Tanpa hasrat yang jitu. Resah gelisah sendiri. ‘Rindu ini bagaikan tamu. Setiap hari bertandang. Entah bila akan berkampung di sini. Membina satu laman yang indah. Untuk kita bersama menyemai kasih. Membina taman percintaan. Bertembokkan kesetiaan. Berpagarkan kejujuran’ Kasihku memekar lagi. Lagi dan lagi. Bagaikan tiada noktah perhentian. Antara aku dan dia terlalu banyak persamaan. Saling memahami. Saling memerlukan. Saling menjeruk rasa. Saling merindu. Jika benar rindu sering bertamu..mengapa masih sangsi untuk mengetuk pintu hati? Bukan aku tak sudi. Malah andai kuikut kata hati…aku kini bukan lagi seorang isteri yang layak dipanggil isteri. Bukan lagi seorang ibu yang penuh maruah diri. Aku malu pada diriku sendiri. Apakah ertinya hubungan tanpa jasad ini? Hanya emosi berbaur yang sering menemani. Tiap malam. Tiap berkesempatan. Tapi aku tetap begini. Tiada yang dapat membatasi keinginanku. Dan seringkali aku sengaja membiarkannya. Perasaan yang tidak bernama ini menguasai seluruh pelusuk jiwaku. Kekadang aku bertanya pada diri. Pada hati dan pada fikiranku. Apakah benar wujudnya perasaan sebegini? Yang membuat aku malu sendiri. Adakah dia juga begitu? Merindui aku sebagaimana rinduku padanya? Atau hanya aku yang bermimpi di malam hari? Lalu siangnya aku terkapa-kapa tatkala kubukakan mata. Sepi membaluti diri. Rindu menyesakkan dadaku Namun aku tahu. Andainya tiada rindu di dadanya, pasti namaku sudah diusir jauh-jauh dari kamus hidupnya. Pasti malamku akan kembali sepi. Dan tiada lagi usikannya yang membuat jiwa ku terusik. Aku pasti. Malah teramat pasti. Aku bukannya bermimpi. Igauan-igauan ini juga bukannya satu permainan. Malah pertemuan dua rasa. Hatinya dan hatiku. Antara deraian kasih yang telah tersemai, akhirnya aku tewas sendiri. Jiwaku bergelodak. Api rindu ini semakin marak menyala. Membakar seluruh jiwa dan perasaanku. Dan dia jua begitu. Tidak lagi mampu menahan asakan rindu yang saban waktu bertamu. Namun ketukan-ketukan di hati ini masih tidak mampu meraih keberanian. Membuat kami umpama dua boneka cinta. Yang tidak berani merealisasikan impian. Yang takut dengan kenyataan. Andainya cinta terkubur di persimpangan. Aku bimbang. Dan hatiku terasa walang. . Andai dua jiwa ini bertemu di alam realiti, adakah nada dan rentaknya masih sama? Masih serupa? Aku takut ditinggalkan. Aku bimbang dengan kemungkinan yang bakal berlaku. Kerana sesungguhnya aku amat menyayangi hubungan ini. ‘Perpisahan dan kekecewaan bukan lah matlamat hidup kita. Itu cara berfikir di bawah prasedar antara alam khayalan dan alam nyata’ Ya..aku akuinya. Kekecewaan bukanlah matlamat hidupku. Namun aku masih tidak mampu menghadapi kenyataan. Dan aku tidak mahu episod cinta ini berakhir begitu saja. Bagaikan awan jingga yang dipuput bayu senja. ‘Dengarkanlah suara hati. Dan biarkan ia berbicara. Kerana hati tidak mungkin berdusta.’ Bagaimana ingin kuungkapkan rahsia hatiku. Terlalu sukar rasanya. Terlalu sulit untuk kumengertikan. Mana mungkin ku biarkan ia berbicara. Kerana hatiku juga telah hilang kawalannya. ‘Walau putus diucap..kita takkan terpisah. Kerana hati yang mengawal semuanya.’ Pastikah kami tidak akan terpisah? Pastikah? Tuhan..apakah yang harus aku lakukan? Wajarkah aku menjadikan ilusi ini sebuah kenyataan? Wajarkah aku mengenepikan maruahku sebagai seorang isteri hanya untuk menjadikan mimpi ini satu realiti? Wajarkah aku? Betapa terseksanya jiwaku ini. Betapa sengsaranya hidup bertemankan ilusi. Aku bagaikan ingin lari. Jauh ke pelusuk dunia. Atau merantau dari satu bintang ke satu bintang. Meneroka alam yang maha luas ini. Mencari jati diri. Mencari sesuatu yang tidak mungkin ku gapai. Walaupun berjuta tahun lagi aku hidup di muka bumi ini. Lantaran hidupku hanya bertemankan igauan yang tidak bernoktah ini. ‘Sayang…tidak inginkah mencipta kenangan? Antara memori-memori usang. Untuk kita kenang di usia senja..’ Aku mendesah sendiri lagi. Tenggelam dalam anganku. Andai kubisa..ingin kubina istana bahagia dengannya. Namun kiranya hanya berdindingkan pasir, berlantaikan pantai yang gersang. Keutuhannya usahlah dimimpi. Tatkala ombak menderu,..ku takut istana kita itu akan lenyap terkubur. Lenyap bersama kenangan yang ingin ku simpan hingga nafasku yang terakhir. Namun aku hanyalah aku. Andai diusik-usik, andai dipujuk rayu..hati siapa yang tidak berlagu? Dan nyanyian rindu dijiwaku sudah tiada iramanya lagi. Hanya bunyi genderang yang bertalu-talu. Bagai memaksa aku agar turut sama menari, tarian cinta ini yang semakin rancak menguasai setiap kamar hidupku. Ah! Betapa mudahnya aku dibuai perasaan. Betapa hebatnya penangan ilusi cinta ini. Hinggakan aku sudah jadi lupa. Bahawa aku ini punya suami. Aku juga sudah jadi lupa. Bahawa aku bakal menjadi ibu yang tidak bermaruah. Dan sememangnya aku sudah tewas. Aku kalah dengan desakan perasaanku. Aku tidak mampu menafikannya lagi. Lantas kami mengatur pertemuan. Dan aku tidak peduli lagi. Adakah ini adalah titik permulaan. Ataupun noktah perhubungan ini. ‘Usah ditangis pada kekesalan. Andai hati sudah berkata…” Aku pasrah. Biarlah takdir yang menentukan. Biarlah aku bermain dengan api. Aku rela. Walaupun aku rentung terbakar. Andainya ditakdirkan pertemuan ini adalah yang pertama dan terakhir…akan ku terima tanpa secarikpun kekesalan. Akhirnya jeti usang dan senja nan merah itu menjadi saksi pertemuan kami. Pertemuan yang merungkai segala kemelut jiwa. Pertemuan yang melakar seribu makna. Kami saling mengungkapkan rindu. Saling mengisi kekosongan di hati. Sungguh jiwaku terpaku. Terpana pada pandangan dan sinar matanya. Siapakah aku? Itu bukannya ukuran lagi. Dan siapakah dia? Itu juga bukan persoalannya lagi. Bukan lagi satu benteng. Malah aku telah melepaskan diriku dari belenggu perasaan-perasaan yang menghantui aku. Aku bagaikan lelayang. Terbang bebas di angkasa. Kami berbual. Bercerita. Berbisik. Dan dua jiwa yang kerinduan ini, bagaikan berada di dunia sendiri. Tidak terusik dengan deru angin. Tidak terusik dengan rintik-rintik embun. Seolah-olah dunia ini hanya milik kami. Kami berdua. Hanya kami! Keterlaluan..namun itulah hakikatnya. Namun rembulan yang malu-malu menunjukkan wajahnya itu bagaikan cemburu pada kemesraan kami. Kami mengalah. Pada rembulan yang cemburu dan pada malam yang semakin menghitam. Terlalu cepat masa berlalu. Terlalu singkat pertemuan ini. Belumpun sempat menghabiskan sisa-sisa rindu. Belum juga sempat menyelami hati budi. Namun aku puas. Pertemuan ini akan menjadi sebuah memori indah buatku. Sebuah kenangan yang akan kukenang selamanya. Selagi jasadku utuh, selagi jantungku berdenyut. Namun siapa menduga… Cinta setinggi langit, kasih seluas lautan belum tentu membuat hati terasa tenang. Belum mampu meruntuh sebuah kepercayaan. ‘Andai di tanya pada hati...hanya engkau yang bertakhta. Andai ditanya pada akal…harga diri dan maruah yang dijaga rapi.’ Aku sudah menduga. Itulah yang membelenggu aku. Dan akan membelenggu aku sampai bila-bila. Yang akan mengikat langkahku. Yang akan menjaga tata susilaku. Dan aku akur pada takdir hidupku. Kini aku kembali menjadi diriku yang lalu. Sunyi, sepi dan hanya bertemankan kenangan itu. Yang aku simpan di sudut hatiku. Tiada lagi gurau senda. Tiada lagi usikan manja. Yang ada hanyalah skrin kosong dihadapanku. Segala-galanya terasa kosong. Sekosong hamparan perasaan ku kini. Dia telah pergi. Meninggalkan aku sendirian. Tanpa pesan, tanpa khabar berita. Aku juga tidak mencarinya. Malah tidak ingin mencarinya. Kerana itulah kehendakku. Itulah yang kupinta darinya. Aku masih ingin menjadi seorang isteri yang setia. Aku masih ingin menjadi ibu yang bermaruah. Walaupun aku sepi, namun aku masih mampu tersenyum. Bermakna aku masih hidup. Untuk meneruskan sisa-sisa kehidupanku untuk anak-anakku yang comel dan sebuah ikatan suci. Mujurlah aku bingkas bangun dari kesilapan. Mujurlah juga aku masih mampu berfikir waras. Dan mujurlah juga aku masih mampu menahan luapan emosi. Sesungguhnya ilusi cinta ini telah menyedarkan aku. Bahawa igauan tetap satu igauan. Dan mimpi hanya bertandang di dalam lena. Aku...dan dia..bagaikan mengejar bayang-bayang. Akhirnya diri sendiri yang merana. Hanya mampu dikenang-kenang…
15 September 1982. Bersamaan hari Rabu. Suasana di kem ini agak sedikit huru hara. Deretan kereta kebal milik soldadu Israel berada di mana-mana. Para soldadu berjalan kaki pula sibuk menjenguk ke setiap rumah dalam keadaan siap siaga. Suasana sebegini sememangnya tidak asing lagi walaupun bagi si kecil seperti aku ini. Bukan setakat aku sahaja, masing-masing di sini sudah lali dengan pekik lolong soldadu bertempur, dentuman bom yang kadang-kadang tidak putus-putus bunyi dan bunyi percik peluru yang dimuntahkan secara marathon dari laras senapang para soldadu dan militia.
16 September 1982. Bersamaan hari Khamis. Keadaan di sekitar kem agak tenang berbanding semalam. Ramai sudah kembali semula ke penempatan ini. Baguslah kalau begitu kerana aku rindu untuk bermain dengan sahabat karibku, Fatima. Aku harap keluarga dia juga kembali ke sini. Fatima satu-satunya kawan yang aku ada untuk bermain di penempatan kem ini. Kadang-kadang Jamila, kakak Fatima turut serta bermain dan melayan karenah kami berdua ini. Mungkin dia juga bosan dan kesunyian. Serba-serbi kemungkinan boleh terjadi di sini. Jamila sangat cantik, cocok sekali dengan namanya. Aku mahu jadi secantik Jamila bila aku dewasa kelak.
+++++++++++++++++++++++++
Aku masuk tidur awal malam ini. Kenyang yang melampau. Semuanya kerana keenakan humus yang nenek masak. Walaupun hanya hidangan yang ringkas tetapi amat sedap sekali. Empat keeping roti pita aku habiskan. Siapa sangka perut si kecil seperti aku ini mampu mengisi makanan yang sebanyak itu sekali hadap sahaja. Tetapi itulah penangan humus nenek. Sayang sekali ibu tidak dapat bersama untuk menikmati humus nenek ini. Aku faham keadaan tugas ibu. Nasib baik tempat ibu bertugas, Hospital Akka tidak jauh dari penempatan kem ini. Boleh juga ibu melawat aku dan nenek bila ada kesempatan Selalunya jika ada pihak hospital yang datang membuat rawatan di sini, ibu akan turut serta kerana saat itu dia berpeluang berjumpa dengan kami di sini.
Sedang enak bermimpi, nenek kejutkan aku. Kasar sekali caranya. Hampir aku marah kepada nenek. Belum sempat bersuara, nenek menarik tangan aku pantas. Militia Phalangist kata nenek sambil kami berlari ke satu hujung sudut untuk berlindung. Malam ini malam celaka. Sama seperti malam-malam pada awal konflik. Bunyi letupan dan tembakan AK-47 kedengaran sepanjang malam. Jari jemari kasar nenek semakin erat memeluk tubuh kecil aku.
17 September 1982. Bersamaan hari Jumaat. Keadaan masih seperi semalam. Tiada langsung tanda-tanda akan reda. Mana perginya soldadu-soldadu Israel dan kereta kebal mereka? Tergamak mereka biarkan para militia Phalangist ini berpesta di penempatan ini. Sial.
Petang. Gerombolan militia Phalangist celaka itu telah berambus. Suasana masih lagik bising tetapi kali ini dengan pekik lolong dan tangis para penghuni penempatan. Mayat bergelimpangan di merata-rata dan segenap sudut. Berpesta sakan rupanya si bangsat Phalangists itu. Aku nampak Fatima. Dia terjelempuk di sisi sekujur tubuh kaku yang aku pasti adalah Jamila, kakaknya itu. Kali ini Jamila tidak macam dulu. Tidak cantik langsung. Hitam legam muka Jamila. Darah kering bersalut di badannya. Hanyir. Aku memeluk Fatima. Kami sama-sama menangis. Jamila bukan setakat di bunuh tetapi lelaki-lelaki militia yang jongos itu juga telah merogolnya dan menyeksanya. Sial. Dalam pada aku menangisi di sisi Fatima nenek datang berlari ke arah aku. Dia terus meraung bagaikan orang gila. Dalam suara esaknya nenek membisikkan kepada aku, “Militia dah bunuh semua doktor dan jururawat di Hospital Akka”. Aku rasa pandangan aku semakin kabur dan semuanya gelap. Hitam pekat.
3 thn bersame adelah jangke mase yg pjg.. byk rintangan yg kami hadapi... tp apekan daye...tiade jdh antara kite....
2004 'u...i rase baik kiter break off ar..u pun tk penah pecaye kat i..tak gune kiter teruskan lagi..bosan ar!!' 'but y seh..??bukannye i tak caye kat u..i cume tak caye kat kwn2 lelaki u..pandangu cam nak mkn sak..' 'u step cam i manernye jambu seh...diorg semua kwn jelah..sudah ar..i da bosan giler ar ngan u..!'
dats how we broke off..die terlalu cemburu..sampaikan aku g toilet pun die nak suruh aku mms pic kat die..giler kape...die ingat aku top up hp kai daun pe...syg mmg la syg...tp nak uat caner kan..
2006 'eh gurl..aku dgr2..x ko 2 da tunang..pompan die ok2 la..' 'so..??ko nak suruh aku uat pe seh..'tkknla nak suruh aku merayu plak kan kat die...mmgla jealouz..kate bf lame..hehekzz.. 'aku kan da ade bf bru...die nye psl ar..die pun nak idup pe..'mcm phm jek aku...dpn kwn mestilah maintain kan..tkknla nak ckp aku jealouz plak..kang jd bahan dorg plak anti...
2007 27 dis 07.. aku da selamat menjadi tunangan md carl eyanz..tp..biler pkr blik..btol ke ape yg aku uat..??hati aku masih syg pdnye...haizz...i juz forced myself 2 luv him now...aku kena lupekan si die...tak worth it pe..die pun da tunang...
satu ari 2..aku dpt news yg uat aku menitiskan peluh... 'adiek..abg dpt tau si x adiek 2 kena tangkap...die bunuh org...'abg aku ni pun..tk reti nak beri salam btol la... 'mner seh abg tau...?' 'abg kuar ngan tunang die...at 1st abg tak tau seh yg pompan 2 is tunang x adiek...die ar yg bgtau abg td..'tk gune nye pompan..da tunang pun masih nak scandal ngan abg aku...kuang ajar btol la..abg aku ni pun satu..lau da buaye...semua pompan die nak...
den...aku received phone col from mak x aku..mintak aku dtg umah die...aku pun mintak la izin dr carl..nasib baik die kasi... 'terime kasih la rin sbb sudi dtg umah makcik..c herry(x aku) mintak rin dtg tgk die kat prison..'alamak..mampus taknak..da brape thn ni aku try 2 avoid from seeing him...alih2..noe die plak nak mit aku...camner ni.... 'tunang die mner makcik..??tk mrh ke tunang die nanti..??' 'lepas die dpt tau herry kena tangkap..die terus hilang..tk penah pun dtg tgk makcik lagi...herry kena tangkap pun psl die jgak..' 'asal eh die kena tangkap..??'ni la time nak korek citer...hahakzz 'die masok sbb die TERbunuh org..'HUH...TERbunuh org eh..??lau TERbunuh..maksudnye die tak sengaje la kan...alahai..asal la herry ni uat bende bdh..tak phm btol la.. 'k la makcik..makcik bilang rin ar biler nak g visit die..anti rin ikut skali..'
tibela ari aku visit die... 'makcik...asal tak sampai2 lagi ni..??kater kul 10pg kan..??'alahai..makcik ni btol la...nak buih aku ke..??aku da cam bdak bdh ni tunggu sorg2... 'maafkn makcik rin..makcik terpake berbhg..herry cume nak jumpe rin jek..maaf ye rin..' pe ni..?ni yg uat aku nak mrh ni...aku lum abis ckp..die da hang up da phone plak...tknnla aku nak g sorg2 plak...??tk kuat ar...haizz...tkpela...pegi je ar...lau rase cam lain je..aku cabut ar...
'assalammualaikum..'
'waalaikusalam...terime kasih cuz u sudi dtg tgk i..'ape da jd ngan die ni...asal muke die cengkung..kurusnye die...eh..lain la...tp senyuman die masih menawan...masih mampu uat aku cair beb...ahakazz...
'rin...i nak mintak maaf byk2 ngan u..halalkan mkn n minum i selame kiter bersame..maafkan i ye..'aduh...asal la die ckp camni..??ni yg uat aku hampir2 nak menitiskan air mate ni...maintain rin...jgn kasi malu...
'hidup i tak lamer rin..mayb i akan dijthkan hukuman gantung...jd seblum terlambat...i nak mit u dulu..i nak bgtau u yg i masih syg kat u rin...walaupun i da bertunang..tp i masih tkleh lupekan u rin..i tkleh syg die caner i syg u..u picked me up wen i was down dulu..u sanggup hidup susah ngan i rin..tp bkn die...die tak tahu yg kejayaan i skg ni adelah krn u..ape yg die tau is $$$...i menyesal sbb dulu i tak kejar u...cari u lps u tgglkan i...ampunkan i rin...herry btol2 minta maaf syg..'wwooaahhh...berat ni...time2 aku nak kawin la die ckp camni..mcm tau2 jek yg aku pun masih syg kat die lg..
'rin...i da tkleh idup lamer rin...nape la jd camni...byk dosa i rin...i tk tau camner nak tebus blik kesalahan2 i ni...mak pulak...tkde org jg die...rin...bsok i nye court hearing..bsok ru i tau same ade i akan dihukum gantung or tak..tlgla herry rin...herry tau rin da tunang..dan akan berkawin hujung thn ni...andaikate umur i tak pjg..gunela namer herry utk anak rin..kenangan kiter akan herry ingat utk selame2nye..boleh kan...??i takmintak byk rin...lau leh i nak u balik..balik pade i..tp..dat will nvr hppn kan...i dun thk so carl will let u go...i je yg bdh..k la rin...i got ti go..time visit da abis..juz remember..dat i'll alwizz luv u syg..jdla isteri yg soleh k..'
blum sempat aku nak ckp pape..die pun da belah... pai kat luar..aku tak terus blik... duduk pikir ape yg die ckp...digest everthg btol2..wat shud i do now...??haruskah aku teruskan my marriage or juz stay single..tunggu die...haizz...
p/s..guys..citer ni mmg btol2 jd pd aku...n pai skg..aku masih tak leh uat keputusan...aku dpt tau.herry cume dipenjare 4 4 yrs..pttkah aku tunggu die..atau teruskan idup aku ngan carl..??
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.
Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~
Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.
Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.
Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.
Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, Tidak terasa pun kehilangannya.
Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memuujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.
*****
Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.
Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh.(calling) Saya ajak awak saling beri tazkirah.
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syaro'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.
Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.
Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.
Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.
Masa terus berlalu. Sedar tak sedar Trial SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat study group. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu~~
Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
*****
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya tragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."
“Bercinta ke?”
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"
Dengan suara yang lembut brother tu jawab:
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."
Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,
"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lagi. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call dia pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh, masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
" Zina hati?” Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.
"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jawab,
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya terdiam lagi.
"Pasal dia pula, cuba nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."
Tiba-tiba saya terfikir,
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"
"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,
"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."
Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya." Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.. "Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
SENDING..
MESSAGE SENT
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
*****
Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan. Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah.. tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakan itulah cinta abadi.. Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
SEND
SENDING..
MESSAGE SENT
Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.
Laut yang tenang membiru…amat mendamaikan. Betul la apa yang dikata,laut itu memberi ketenagan jiwa yang sukar dimengerti. Aku ingat lagi kata-kata dari sebuah buku yang aku baca, Rasulullah saw amat suka dengan laut, air terjun... itulah ubat penenang hati...aku akui, hati aku mulai tenang bila menikmati keindahan ciptaan Ilahi.
****** "saya tak ada duit kecil" aduss...habis la aku kena marah dengan bos,baru pukul 10 pagi, tapi kenderaan yang datang hari ni semua bagi duit besar. Isi minyak RM10, tapi bagi duit RM 50, diorang ni baru dapat gaji ke?huh...berapa kali aku masuk dalam nak tukar duit. "lepas ni, kalau ada yang bagi duit besar, kata tak boleh isi. Duit kecil dah habis. Baru semalam saya bank-in. Awak faham tak?"
"ai, tak kan kedai minyak besar ni tak ada duit kecil kot!" Berdesing telinga aku bila mamat ni cakap macam tu. Perli aku nampak! Dah la bos macam nak marah aku jer tadi,ni mamat ni pulak cari pasal. "kalau ada bank negara kat sini, tapi ramai orang macam awak habis gak duit kecik. Isi minyak motor RM5, tapi bagi duit RM50. Maaf, saya tak boleh isi minyak motor awak." Mamat nie memang saja buat aku menyentap pagi-pagi buta ni!huh! Eii...geramnya!boleh dia buat dunno jer...huh!malas aku nak layan...sengih2 macam kerang busuk!
Baru hari pertama kerja, dah ada yang cari pasal dengan aku. Dia tak tahu lagi aku punya nyentap ni boleh gegar stesen SHELL jeram ni...lantak kau lah...aku memang tak nak isi minyak untuk ko. Dah la kerek...menyampah aku!
********** "ai..kenal aku lagi?nak nombor fon boleh?name ko sape?panggil aku wan. Ko bukan orang sini kan?aku tak pernah pon nampak ko before ni?" Aduss..sape plak ni?dah la aku penat nie,ada gak yang nak kena ngan aku ni...malas nak layan. Tapi, rasenye macam kenal...ntah, biar lah...aku tak sabo nak jumpe katil aku. Terbayang-bayang tilam aku yang empuk. Syoknya tido...sejak aku kerja kat stesen minyak ni, aku tinggal dengan kakak aku...rumah die pon dekat. Aku jalan kaki jer pergi tempat kerja.
"sombongnye..."
"ko nak per?aku penat la...aku nak balik!"
"kejap la...kite kenal-kenal dulu...ko ni garang betol!tak elok tau anak dara garang cam ni. Nanti tak ada laki yang masuk pinang."
"hey, suke hati aku la...ko sebok pesal?aku dah penat sangat ni…esok aku kerja pagi, Tolong la paham!"huh...mamat ni memang kurang asam. Nasib baik bukan muhrim. Kalau tak, dah lame aku ketuk kepala die yang biul tu...biar betul sikit.
"ok2..jangan marah. Ko ni benci sangat ngan aku nape?aku nak kenal ngan ko. Tak boleh ke? Aku nak no tepon ko."
"aku tak ada handphone. Aku baru kerja, tak ada duet nak beli. Ko ni x faham bahase ke?" Tak ade maknenye aku nak bagi nombor fon kat laki.lagi2 aku tak kenal mamat ni. Sebenarnya, baru minggu lepas abah bagi aku handphone. Walaupun nokia 3210, tapi aku tak keysah. Orang kata handphone 32 sekupang tu, kalau campak kat anjing, anjing tu mati. Betol ke? Haha..tak berani aku nak campak kat anjing,dibuatnya anjing tu x mati pas tu kejar aku tak ke haru...saja nak bagitau yang hp tue shockprof.
"teet...teet... Adus! Kantoi aku. Sape pulak yang bagi sms nie...
"ala, jangan nak tipu, dose. Tengok, cepat je Allah nak bagi petunjuk. Tak ape la, ko ambik nombor aku, bile-bile ko rase nak tepon atau sms aku, aku sedia layan ko.hehe...017xxxx"
Terpaksalah aku ambil nombor die. Malunye aku...
"eh, kejap la..ko tak bagitaw lagi nama ko."
"panggil jer aku dila. Dah la, aku nak balik. Assalamualaikum."
"dila, jangan lupe massage aku taw!!"
Huh...selamat aku,cepat2 aku lari. Nyusahkan tol mamat tue. Tapi handsome gak mamat tue. Tak putih pon, ade gak rupe. Hehe...sempat lagi aku nak berangan. Aku baru perasan yang mamat tu naik yamaha Nouvo. Smart nye motor tu..aku suke giler moto tue. Nak beli, duit tak cukup...kalau nak beli, down payment mesti dalam seribu lebih. Aku 10 ringgit ade la…haha… berangan lagi aku ni.
*********** Harini keputusan SPM keluar. Berdebar-debar plak. Berapa la ku dapat nanti. Minggu lepas aku mimpi dapat sikit jer. Tapi, aku tak ingat la berapa. Aku bukan pelajar harapan sekolah. Tapi aku cume boleh yakin yang aku lulus jer. Dapat A atau B aku tak leh nak gerenti.
Aku pergi sekolah dengan geng2 lama. Kawan sekelas aku. Leha, far, ana,eda,...syoknya sekolah. Rasa cam nak undur balik pergi sekolah. Banyak main,gelak sama2. Eleh, dulu mase sekolah berangan bila nak habis sekolah. Dah bosan dengan peratuan sekolah yang kena ikut. Sekarang, baru sedar yang peraturan sekolah tu lah yang mendisiplin kan aku.
Eh, banyaknya A. Alhamdulillah, aku dapat 6A,2B,2C,1D. Adus..subjek arab aku D la plak. Nasib baik lulus. Kalau tak, buat malu je dari form 1 sampai form 5 sekolah gama, tapi arab fil. Tak pa la, itulah usaha aku selama ni. Tapi macam tak caye plak dapat 6A. Teror gak aku eh. Hehe..dulu mase PMR dapat 2A je. Alhamdulillah. Semua yang berlaku ada hikmah.
*********
"saya nak berhenti." alasan ape aku nak bagi kat bos ni? Aku nak duduk dekat dengan mak sebelum aku pergi kedah. Aku dapat tawaran matrikulasi kat kuala nerang. Kat mane ntah. Tak pernah dengar pon sebelum ni. Yang aku tau kat kedah. Itu pon, kat surat tawaran yang aku dapat.
"kenapa? Tak seronok kerja kat sini? Atau awak nak kerja kat tempat lain?" Banyaknya tanya bos aku ni...
"err...tak. saya enjoy kerja kat sini. Sebenarnya saya dapat tawaran belajar kat kedah. Saya ingat sebelum saya pergi, saya nak duduk dekat dengan mak saya. Nanti dah jauh, rindu..." terpaksa aku berterus terang. Malu gak, alasan macam tak munasabah. Tapi, betul gak.. tanjong karang dengan kuala nerang bukan macam tanjong karang dengan klang. Dekat. Boleh selalu balik. Tak sanggup...tak sanggup...
"ok, saya faham. Nanti sebelum habis kerja, jumpa saya. Tahniah ye dapat result cemerlang. Saya bangga ada pekerja pandai macam awak."
“thanks bos. Tapi saya punye result biasa jer. Ramai lagi yang dapat lagi hebat. Ni puji lebih2 kena ada extra gaji." saja jer aku gurau dengan bos aku. Mana la tau, kot2 dapat saguhati. Hehe....berangan lagi aku ni.
Ustazah shamsiah pernah kata setiap kerja yang kita buat mesti kena ikhlas. Sibuk mane pon kite, solat jangan lupe. Ingat, yang bagi rezeki Allah..jadi kita tidak boleh tidak tinggalkan suruhan Nya. Walaupun gaji yang kita dapat sedikit, tapi itulah yang berkat. Apa guna duit banyak kalau tak dapat keberkatan Allah. Hudup ni sia-sia saja. Duit banyak, tapi selalu tak cukup. Aku akui pe yang ustazah bagi tau tu betol. Yelah...sekarang ni aku dah kerja. Dah merasa ada duit sendiri. Ya Allah, berkatilah rezeki ku...
********
Buhsan giler! Tapi syok gak. Dapat tidur puas2...hehe...lagi sebulan sebelum tarikh aku kena daftar kat kuala nerang tu... Tengah aku belek-belek hp 32 sekupang aku, ternampak nombor wan. Tak pernah lagi aku massage atau call die sejak malam tue. Aku jumpe dia pon wat dunno jer. Malas nak layan. Cam sengal jer mamat tue. Hehe...suke hati aku jer nak kata anak orang sengal. Tengah boring2 ni, baik aku miscall. Saje kacaw. Hehe...idea jahat dah muncul kat kepale otak aku nih...
Alamak...die tepon aku balik. Mampos aku! Nk kate pe ni...aku mane reti sembang ngan orang laki.
"hello...assalamualaikum..."
"err...wa’alaikumsalam...ye, cari sape?" hehe...buat2 tak taw plak.
"tadi awak ada miscall saya. Kenapa?"
Aduss...mampos aku!nak jawab ape ni... "hmmm...maybe saya salah tekan kot. Maaf ye..." Pergh...selamat aku...
"ok...tak ape...jap, tapi saya rasa macam kenal suara awak. Nie Dila kan?"
Aduss...kantoi plak. Macam mana die boleh kenal suara aku ni....mak...tolong!!!! Terus aku tekan butang merah kat handpone aku ni....tak berani dah aku. Nyesal aku miscall dia.
Teet..teet... 1 message receive.
-Dila...jgn lari dr aku. Aku tw kau dila. Aku knal sgt sore org yg aku sayng.
Kantoi…aku dah kantoi…macam mane ni?terus terang jer la... "berkatalah benar walaupun kebenaran itu pahit." Masalahnye pahit tue kena kat aku.
-ok...aku m’aku, aku dila. Sj je miskol ko. Ok la, aku ad keje nk wat ni.salam...
Teet..teet... -ok dila. t mlm aku tepon ko. Dpt gk no ko eh..dah r berenti keje x btaw aku. Pnat aku cr ko.huhu..
Lantak kau la nak tepon atau tak. Aku tak heran...huh..
********* Dah 4 bulan aku kat bumi kedah ni. Nyaman jer udara kat sini. Seronok gak dok jauh dari family. Terasa disayangi lebih dr yang lain.hehe... maknenye dah 5 bulan aku dengan wan berkawan. Berkawan? ade ke istilah kawan dalam islam between boy and girl? bukan setakat kawan biasa. Everyday kami sms. Sehari tak dapat sms dari dia, rase lain jer…ini ke yang dinamakan cinta? Aku akui, aku dah mule sayang kat wan. Dia la lelaki pertama yang ungkap sayang kat aku. Selama ni aku tak layan mana2 lelaki. Ye la..sape yang nak ngan aku. Aku bukan cun. Badan aku boleh dikategorikan sebagai gemuk. Tapi sekarang dah kurus sikit. Kakak aku perasan dengan perubahan aku. Maybe mase aku kerja tu aku dah tak ingat nak makan. Letih kerja, tak larat dah nak makan banyak. Lagi2 dok kedah ni...jauh dari famili.
"ko ni faz. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak dah lame aku kiok! Tak adela...saja cari ketenangan..." Faz, member baik aku kat kolej mara kuala nerang ni. Aku happy kawan ngan dia. We always together.
“dila, tadi announcement, ajk Biro Pembangunan Insan ada perjumpaan malam ni kat surau lepas isya’. Weh, tadi ko kate nak cari ketenangan kan? Suraulah tempat paling tenang tau! Boleh jumpe abang fakhran aku...aku yakin lepas ko jumpe die mesti hati ko tenang...serius la aku kate...nanti kirimsalam ngan die yeh.." Perjumpaan? Nape pulak fakhran nak buat perjumpaan plak? Rasenye baru 2 hari yang lepas kitorang ade usrah. Setiap malam jumaat memang ade usrah.
"weh, tak nak la ku sampaikan salam ko tue. Aku yang malu nanti. Ko bukan tak tau, dia mana ade pandang girl. Habis la hilang die punye hafalan nanti. Aku dengar dia dah habis hafal Quran."
"ye ke? Bertuahnya aku...itu lah ciri2 lelaki idaman yang boleh jadi suami."
"jangan berangan la faz...nak mendampingi lelaki yang soleh, kite kena jadi wanita solehah dulu..girl yang baik untuk boy yang baik..." Tinggi betul angan2 faz...hehe...tapi, kalau ade rezki, nak jugak jadi awek die...mesti bahagia...
"ala...aku tau la aku bukan kategori girl yang alim. Tapi, betol la...mesti bahagia if dapat suami soleh macam fakhran.hehe..."
"aku pon teringin gak...bahagia dunia akhirat..." aku pulak yang berangan...tu la...tadi mengata faz...
"eleh..poyo ko ye!tadi ngata aku...abis tu, mamat jeram tu nak campak mana?"
"aku bukan serius dengan dia...tak declaire pon. Kitorang kawan je la..." Ha?betol ke ape yang aku kate ni?tapi aku dah sayang kat die...
"ye la dila...tiap2 hari massage, ko kate kawan jer? Blah la wei...couple jer yang tiap2 hari massage..." "yela2...tapi, kitorang tak declaire pon...ntah..malas aku nak fikir. Bukan confirm jadi husband aku pon. Kite mude lagi la...masuk U pon belum lg..."
Tapi bile difikir balik, betul gak pe yang faz kate...ntah...biarlah...malas aku nak fikir...
*********
"assalamualaikum wbt...minta maaf kat antum semua sebab panggil antum ke surau malam ni..."
Dia memang boy paling sopan pernah aku jumpa. Pandangan matanya sentiasa dijaga...kalau tengah marah, pandang muka dia pon tak jadi nak marah. Muka penuh dengan cahaya keimanan. Hehe...
"ana nak tegur semua ahli usrah termasuk diri ana sendiri..Kita semua pernah buat silap. Tak ada yang sempurna kat dunia ini. Manusia diciptakan dengan 1001 kekurangan. Dalam islam, tiada istilah ’couple’ atau bercinta sebelum kahwin. Percintaan yang dibenarkan adalah percintaan yang mempunyai akad yang dihalalkan. Allah memberkati , percintaan yang mempunyai akad pernikahan. Bukan percintaan sebelum berkahwin. Itulah punca terbesar mengapa terjadinya penzinaan, lahirnya anak luar nikah. Bila lelaki dan perempuan berduaan syaitan adalah orang ketiga"
Aduss...dia ni macam nak tegur aku jer...glurp!betol ke ape yang fakhran kate tue? Habis tu selama ni, aku berdosa?
"maaf, saya nak tanya...tak kan sekadar kawan pon tak boleh?" Lancar mulut aku menanyakan soaln tu, sebetulnya aku macam tak puas hati. Takkan kawan pon tak boleh?
"islam dah ajar kite hubungan yang bagaimana yang dibenarkan dalam islam...bukan hubungan yang sia2. sesiapa yang ada pakwe atau makwe, lebih baik fikir2 balik ape yang ana kata. Jangan risau pasal jodoh. Allah berfirman dalam surah an-nur ayat 26, Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya. Kalau kita nak pasangan hidup yang baik, beriman...kita sendiri yang kena didik diri sendiri. Sebab peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadi diri kita sendiri."
Memang tak boleh lawan. Sekali dia keluarkan ayat quran. Terkedu aku.
******** Habis tue, selama ini macam mana aku ngan wan? Patut ke aku hentikan ja hubungan kami? Tapi, aku sayang dia... Ape guna sayang kalau Allah tak redha? Apa guna aku hidup kalau Allah murka kat aku? Pening2...aku sayang dia.... Ya Allah...bantulah hamba Mu... Permudahkanlah urusan ku... Redhailah aku hidup di bumi Mu ni...
*********** -salam...maaf,aku rs pasni x pyh la kte msg. Kte stop smpi cni. Ak mnta maaf ats sgla slh slap aku.thnx cz lyn aku dgn bek slama ni Sent message.
Fuhh! Lega aku...macam mana la dengan penerimaan dia. Tiba2 je aku mintak clash. Padahal itorang tak gaduh pon...
Alamak, die tepon...aku nak kate pe nanti?
"assalamualaikum..."lembut suara die...die ni tak marah kat aku ke?macam tak ada perasaan jer mamat ni.
"err...wa’alaikumsalam..."
"dila, pe salah wan? Tibe2 je...if im doing wrong,please tell me...do’t do like this. I really love you…" sayu jer suara die…aku ingat dia nak marah…cair pulak aku…jangan!aku mesti tekad kan hati.
"awk tak salah apa2. i just want to say that we cannot continue our relationship like this. Islam tak benarkan. Kita kena ada hubungan yang sah. Hubungan kita selama ni satu dosa."
"habis selama ni?apa makna hubungan kita? Atau awak dah tak suka kat saya?" Susahnya aku nak terangkan kat mamat sorang nii...
"selama ni kta tak tau....ehmmm...macam ni lah...if awk betol2 nak kat saya...awak datang jumpa mak ayah saya...but, not now! After im finish my degree."
"tapi, tak kan semudah itu? Ok...bila sampai masenye nanti saya akan lamar awak. Saya janji" mendatar je suaranya.
"tak payah lah awak nak berjanji dengan saya. If ada jodoh, ada la...if tak ada, nak buat macam mana kan...awak akan jumpe girl yang lebih baik dari saya nanti." Pergh! Teror nya aku susun ayat.
"kalau macam tu yang dila cakap, saya nak buat ape kan...saya akan tunggu awak."
"jap, tak payahlah awak nak tunggu saya. Lama lagi saya nak habiskan study saya. Larat ke awak nak tunggu saya?"
"walau ape pon, saya akan tunggu awak. Ok lah, assalamualaikum"
“wa’alaikumsalam…"
Rasa macam nak nangis…dulu mase aku rapat dengan wan, aku paling takut kalau aku yang ditinggalkan. Aku tau, aku tak la cun, tapi alhamdulillah..cukup sifat. Kadang2, aku rase tak yakin yang dia betul2 sayang kat aku. Tapi sekarang, aku pulak yang tinggalkan dia.
Radja-jujur
Duhai kekasih pujaan hatiku Dapatkah kau memberiku satu arti Sedikit rasa yang bisa ku mengerti Bukan sumpah atau janji Buktikanlah bila kau ada cinta Setulus hatiku bisa menerima Sebatas kejujuran yang kau miliki Bukan sekadar bersama Jujurlah padaku... Bila kau tak lagi cinta Tinggalkanlah aku Bila tak mungkin bersama Jauhi diriku... Lupakanlah aku Woooo.... Jujurlah padaku.... Bila kau tak lagi suka Tinggalkanlah aku Bila tak mungkin bersama Jauhi diriku.... Lupakanlah aku Selamanya....
Aduss...lagu ni betol2 buat aku bersalah dengan wan. Selama kami berkawan, dia sangat sabar layan aku. Aku pulak selalu marah2. dia selalu sabar. Jarang la dia marah aku. Argh!!! Hati kelam kabut, bagai dilanda ribut...
Ya Allah... Aku memhon pada Mu... Berikan lah aku ketenangan hati agar daat menempuhi dugaan Mu... Kuatkanlah kaki ku dalam melangkah ke jalan Mu... Jangan Kau biarkan hati ku terpesong dari landasan hidayah Mu...
Apa yang aku buat ni, kerana Allah. Biarlah aku kehilangan wan. Aku yakin, ada yang lebih baik menanti aku dihadapan.
"kalau kita berkorban sesuatu ke jalan Allah, Dia akan memudahkan urusan kita."
Betul tu...if memang betol jodoh aku dengan dia, pasti kami akan bersama satu hari nanti. Aku lagi takut kemurkaan Allah dari segala2 nya.
Aku nak hapuskan segala kenangan aku dengan dia. Aku nak tukar nombor. Biar kami lost contact. Tapi, before tue, aku bagi massage terakhir.
‘kiranya tiada cinta insan untukmu, Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu... Kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang menyintai Allah Sebagaimana cintamu kepada Nya’
Aku harap dia faham mengapa aku mengakhiri hubungan kami.
******** Bosan nya dok rumah ni....aduss...memang la bes dapat tido puas2...tp, ttp buhsan! Aku tak sabar nak dapat result matrix. Rindunya kat matriks. Suasana nyaman Kuala Nerang yang tak mungkin aku lupekan. Kehidupan kat matriks adalah kehidupan yang paling menyeronokkan. Jumpa kawan dari setiap negeri. Aku mulai kenal budaya mereka. Aku juga mulai memahami mereka. Kenapa orang ganu ngan kelate mempunyai ikatan assabiah yang terlalu kuat. Kalau jumpe geng2 negeri diorang, memang dah tak pandang orang lain. Haha...aku tau jawapannya... walaupun orang lain pandang serong dengan dorang, tapi aku tak... sebab diorang sentiasa ngan geng2 ganu n kelate dorang, coz senag diorang nak balik kampung nanti. Balik same2... ade member nak balik kampung. Sebab tue dorang memang rapat. Tak tahu lah...ni berdasarkan pemerhatian aku. Tapi aku ok jer ngan dorang...coz aku kawan semua orang. aku suke dengar diorang sembang...kelakar...haha...keluar semua loghat ganu ngan kelate...
Aku rindu kat kelas tutorial aku...cikgu hanif...class rep,mail...kawan2 sekelas aku. Mana mungkin aku bisa mngembalikan masa. Hanya kenangan yang sentiasa dijiwa. Ya!kenangan tak pernah mati, tak pernah luput...sentiasa harum subur dihati.
"dila...dah bangun ke belum tu???"
Alamak…mak aku dah bunyi siren…aku dah bangun dari tadi, dah gosok ggi, dah cuci muke...mak aje yang tak perasan...tapi mak memang pantang kalau tidur wakt pagi. Mak kate, nanti rezeki susah nak masuk. Lagi teruk kalu anak dara bangun lambat. Mungkin dah terbiasa bangun pagi, sampai sekarang aku memang awal bangun pagi. Kat asrama matriks dulu pon, aku yang kejut kan rumate aku. Jarang la die yang kejutkan aku. Hehe... "dila...tidur balik ke?"mesti mak ingat aku sambung tidur.
"ye mak...dila tak tidur" Aku tak tipu mak...cumenye aku baring2 sambil mengelamun.hehe...
********* Teet..teet -salam...dil,result kuar sok
-Ha?biaq betoi...cuaknya...
-xkn aku tpu. Leh cek gne sms tw! Cepat tol faz dapat taw...tapi sms td memang wat aku rase tak senang duduk. Ya Allah...lambatnya mase berlalu. Aku tak sabar nak taw result aku...
-faz, aku tkut.if result aku truk, mk aku sruh kawen.
Mak dah cakap ngan aku kelmarin. Kalau result matriks aku teruk, lebih baik aku kahwin. Mak kate die sendiri yang akan carikan calon suami untuk aku. Argh!aku tak nak kawn sekarang. If kawen pon, aku nak dengan wan...hehe... Berangan jer la aku…ntah2 dia dah ade awek lain. Aku nak tengok sejauh mana kesabaran dan kesetiaan dia tunggu aku.
-ok la 2.xpyah sush2 stdy lg.hehe
Eh.minah ni…die fakir kawen tu senang2 jer ke? Tp, betol gak. Tak payah aku sengkang mata nak study. Kalau dah kawen nanti. Husband aku la yang kena tanggung aku. tak payah kerja.
-ye la 2. if dpt laki kya.
-pe lg, cr la laki kya!
Faz....sabar jer la aku dengan ayat minah sorang ni...
-if ade laki kya yg nk ngn aku...huhu
-xda la dil, aku men2 jerk! Pe gne blaja tngi2, tp xkeje bgus.
Tol ak faz kata...blajar tngi2 ni, harap nya dpt la keja bagus, boleh tolong parents aku. boleh beli ape yang aku nak. berangan lagi aku...
"kita menuntut ilmu kerana Allah. Bukan kerana hendak disanjung oleh manusia. Nak cari kekayaan. Belajar kerana Allah...insya-Allah kita akan sentiasa dilindungi dan diberkati."
Tibe2 teringat pe yang aku pernah dengar tazkirah mase sekolah dulu. Betoll gak 2...
’Sahaja aku menuntut ilmu kerana Allah Taala...’ Aku ingin betolkan balik niat aku. aku nak sayap2 malaikat sentiasa melindungi aku walau dimana saja aku berada. Itu antara kelebihan orang yang menuntut ilmu kerana Allah Taala...
*****
Alhamdulillah...aku dapat 3.74...syukur bangat!
-salam faz, cmne rezlt?aku da cek. Alhmdlh,aku dpt 3.74
Tak sabo aku nak bg taw kat faz.
Teet...teet...
-alhamdlh. Aku dpt 3.7 mu lg bnyk dr aku.
-tahniah. Xkeysah la sape yg teror. Aku hrap t kte dpt u sma.
Teet..teet... Insya allah.ak ingt nk aply uitm.aku nk smbung amik acc.mu?
-sm la. Aku nk amik acc gk.
Alhamdulillah....tercapai gak hajat aku nak dapatlan pointer 3.5 and above. Berita baik ni aku dah bg taw kat mak awal2 lg. Mak kata, selamat la aku nak kawen cepat. Haha....itu pulak yang mak fikir.
********
Cepat nye mase berlalu....serasa baru semalam aku masuk tabika. Abah hantar...hehe...aku la paling bertuah antara adik beradik yang lain. Abah sentiasa sibuk dengan kerjanya. Sampai tak ada masa nak hantar anaknya ke sekolah. Seingat ku, kakak2 dan abangku pergi sekolah menaiki basikal walau hari pertama sekolah. Tapi, aku beza. Abah sanggup hantar aku. sayang abah!aku rapat dengan abah dari mak. Dari kecik kalo abah nak pergi medang(minum kat kedai kopi; bhs jawa) masti abah ajak aku. walaupun masa tu aku dah ada adik.
Masa aku nak daftar kat kolej mara kuala nerang pon abah sanggup ambil cuti nak hantar aku.
"tak acinya la ko. Baru masuk matriks, tapi abah sibuk nak hantar ko. Aku yang masuk U pon abah tak hantar. Kalau tak dapat result yang bagus tak taw la nak kate pe."
Aku ingat lagi kak lela bitau aku. memang tol, selama ni abang sulung aku yang hantar kakak2 aku yang lain mase pendaftran U. Mungkin dalam banyak2 adik beradik, aku la paling mirip dengan abah. Orang kampung yang tak kenal aku pon, tau aku anak siapa. Paling nyata, aku la yang gemuk. Adik beradik aku solid jer. Ikut mak...abah memang besar. Dulu ye gemuk. Tapi sekarang aku tengok abah dah makin kurus. Tapi perut boroi abah tetap maintain. Hehe...
Perut buncit abah tu la yang buat aku selesa bila nak tidur dengan abah. Pelindung aku bila aku kena marah dengan mak. Aku pasti akan menyorok kat perut abah. Mak tak kan nampak. Haha...
Before masuk matriks, abah pesan kat aku, kuruskan badan. Perempuan tak elok gemuk. Nak kahwin nanti susah. Hmmm...bagi aku if boy tue jatuh cinta ngan aku, biarlah dia cinta ngan peribadi aku, bukan fizikal semata2. tapi, tak boleh gak...rupe pon memankan peranan.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda,"wanita itu dipilih kerana 4 perkara. Kecantikan, harta, agama dan keturunan. Jika kamu pilih kerana agamanya nescaya kamu akan selamat."
Agamalah penyelamat segala2 nya. Aku nak jadi wanita solehah. Untuk mak ngan abah,adik beradik aku. untuk sahabat2 ku, paling utama untuk bakal suamiku nanti. Hehe...
"dila...cepatla bangun...kata nak sarapan td"
Terkejut aku. diana kacau jer aku tengah berangan.
"ko ni, berangan tak sudah2. cepatlah bangun. Perut aku dah lapar ni. Jom beli makanan kat bawah"
Perangai diana sama macam faz. Kalau bab makan, tak pernah tak lewat. Badan kecik tapi nafsu makan mengalahkan aku yang badan besar ni. Rindunya kat faz...pe la die buat sekarang ni. Aku terpisah dengan faz. Aku berjaya masuk uitm shah alam. Tapi die dapat UTM skudai. Tak pe la. Walaupon die tak dapat kos accountancy, tapi cgpa die setakat ni 3.52. tue lah namenye hikmah. Mulenye die memang tak nak kos psikologi industri, die kate macam tak pernah dengar jer. Aku pon tak pernah dengar. Rezeki die...ada hikmah semuanya tue. Sekarang dah nampak hikmah nya.
Aku pulak lain. Walaupun dapat kos yang aku nak, result aku kantoi. Giler2 punye kantoi. Setakat ni, cgpa 2.92...aku dah dapat surat amaran dr JPA pasal result aku ni. Takut gak if scholarship kena tarik. Mampus aku!huhu... Penat aku fikir nape result aku teruk. Tak macam kat matriks dulu...senang jer nak dapat 3.7...mungkin ushe aku tak sekuat mase kat matriks dulu...sedih nye...mak tak taw, malas aku nak bg tau. Nanti aku yang kena bebel.
Untuk sem 3 ni, aku nak ushe degan ushe yang luar biasa..aku nak naik kan cgpa aku. azam aku! ya Allah...bantulah hamba Mu....
"dil...cepatla!aku dah siap ni. Aku ingat dah siapa tadi, rupenye sambung berangan ko ye."
"ye...aku dah nak siap ni"
Diana ni tak menyabo sungguh. Huhu...tapi aku senang dengan diana. Dalam banyak2 housemate, dia la yang paling rapat ngan aku. lagipon, kitorang sekelas. Memang sentiasa bersama kalau gi mana2.
********* Terkocoh2 aku ambik hp aku. sapa plak yang tepon aku. tak appear name pon. Sape ye?
“hello assalamualaikum…"
Tak sempat aku nak kate hello. Orang tue dah bagi salam dulu. Tapi, mcm kenal jer suara tue.
"wa’alaikumsalam..."
"dila...awak sihat?kenal sy lg tak?"
Sah!memang aku kenal suara ni. Tp, mana die dapat no aku?
"err..saya sehat?ni sape eh?" Hehe...saje je nak uji. Takut salah orang, malu jerk! Rindunya...rasenye dah 3 tahun kami putus hubungan.
"ni wan la. Saya nak jumpa awak boleh?" Ha?nak jumpe? Tak nak aku!
"nak jumpe?perlu ke?"
"perlu. Sebab saya nak jelaskan segala2 nya kat awak"
Lain macam jer. Dia nak bg taw ape kat aku. nak marah aku sebab tukar no fon ke?
"nak jelaskan pe lagi?"
"dila. Selama 3 tahun awak tinggalkan saya tanpe khabar. Dah tu, awak tukar no fon tnpa bgtaw kat saya. Penat saya cari awak. Nasib baik akak yang sama kerja dengan awak dulu bg saya no baru awak ni. Kenapa?benci sangat ke awak kat saya?"
Terkedu aku. sape suruh cari aku?
"kan saya dah terangkan kat awak. Ape lagi yang awak tak paham? Saya tengah belajar sekarang. Saya tak nak diganggu. Saya ada kerja ni. Ok lah..."
"dila, tunggu jap! Saya tau sume 2. mungkin kita memang ditakdirkan tak ada jodoh. Tapi, percayalah, saya tak kan pernah lupa kat awak. Bulan depan saya akan berkahwin. Jemputlah datang ke rumah. Bakal isteri saya teringin nak jumpa awak. Saya dah ceritakan segala2 nya kat dia. Saya tak nak ada curiga antara kami. Saya cuba pertahankan janji saya. Tapi awak menghilang macam tue jer. Keluarga saya yang aturkan semua ni. Saya pasrah. Mungkin antara kita tiada jodoh. Maafkan saya."
"awak tak ada salah ape2 kat saya. Mungkin...mungkin jodoh daya bukan dengan awak. Jagalah isteri awak elok2. jangan lukakan dia. Semoga awak bahagia bersama. Assalamualaikum" Terus aku matikan telefon tanpa dengar die menjawab salam. Terlalu berat untuk aku ungkap kata2 perpisahan. Air mata ku menitis. Tak pernah aku menangis sebab lelaki. Aku menyayangi wan. Aku menunggu aku habis belajar. Bila masa tu dah semakin hampir, aku pulak yang ditinggalkan. Ini ke balasan aku tinggalkan die? Ya Allah.... Tak sanggup lagi aku hadapi... Aku tinggalkan wan sebab aku menyedari betapa berdosanya perhubungan kami tanpa ada akad yang dihalalkan.
’sabarlah...Allah telah mengaturkan kehidupan mu sebaiknya. Ada lelaki yang lebih baik sedang menunggumu...’
Hatiku memujuk...ada hikmah disebalik semua tue. Aku kena sabar.
****** Setahun sudah berlalu....semenjak kejadian tue, aku meneruskan kehidupan dengan hati yang cekal. Kini, aku dah habis belajar. Lagi seminggu konvokesyen aku. tak sabar nak tunggu detik bersejarah dalam hidup ku. Detik dimana aku berjaya mendapat segulung ijazah yang aku idam2 kan selama ni.
Kini, aku sedang menjawat jawatan sebagai penolong akauntan di jabatan perakaunan. Oleh kerana aku merupakan pelajar tajaan JPA, kerja memang sedang menunggu aku. tak perlu nak mencari. Alhamdulillah...urusan aku dipermudahkan Nya. Walaupun jawatan aku tak tinggi, tapi sekurang2nya aku mempunyai pekerjaan. Lagipon dah termaktub dalam perjanjian aku untuk bekerja dengan kerajaan setelah tamat belajar.
Telefon aku berdering...sape plak yang tepon ni. Baru nak lelapkan mata. Hari ni merupakan hari pertama aku bekerja. Memang banyak benda yang aku kena setle kan. Kerja memang penat. Tapi, mana ada kerja yang tak penat?hehe...
"hello..assalamualaikum" Sape plak nie?dah la suara laki. Mamat mane yang sesat nombor ni?
"waalaikumsalam. Maaf, saya tak kenal awak. Awak salah nombor kot. Saya letih. Nak tido!ok, assalamualaikum."
Aku terus mematikan telefon tanpa sempat mamat tu nak kenalkan diri. Biar lah, aku pon malas nak amik taw. Ntah sape.
Teet...teet... -dila...
Sape ni?kalau tak salah ni nombor fon mamat sewel td
-sape? Sory, i xknal u. Plz dnt dsturb me! Padan muke! Malas aku nak layan.
Teet..teet... -sy adhwa.knal sy lg? MOHD ADHWA B SHAMSUDIN
-Adhwa mane??????
Teet..teet… -kta pnah sekels ms sem 4. ACB4F. skrg, kta 1 jbtn. Td sy nmpk awk,nk tego tp awk jln lju sgt
-maaf,rmi sgt boy kt ACB4F 2.sy mmg xknal awk.sy nk tdo. Nyte! Dari mana pulak mamat ni dapat no aku?best nye...ade orang admire. Prasan plak aku ni...hehe...
Teet...teet... -ok la dila. Sok pg kta jmpe eh.k,salam.
Sapa ye mamat 2?adhwa?serius aku x ingat. Aku x layan laki lain, coz aku nak setia ngan wan. Sudahnya, aku yang kena tinggal. Huhu...tapi semenjak kejadian 2, ramai kata aku dah makin susut. Mule2 aku sendiri tak perasan. Bukan sebab aku kecewa ngan wan, tapi aki sendiri tak ada selera makan. Maybe assignment banyak sgt. Yang penting aku dah kurus sekarang. Senang la nak cari baju pengantin nanti. Tp, sapa nak kawen ngan aku? Baik aku tidur. Wat pe jer nak ingat benda yang dah lepas. Benda yang akan berlaku, lagi la jangan terlalu mengharap...huhu...
****** "dila, saya nak lamar awak. Lepas raye rombongan saya datang merisik. Pastu kita terus bertunang. Sebulan lepas tue kita kahwen."
"what????" Giler ke mamat sorang ni. Tibe2 nak ajak aku kahwen. Aku kenal die sekadar cam 2 jer. Walaupun kitorang satu tempat kerja tapi aku jarang jumpe die. Tibe2 ajak aku kahwen. Zahra, kawan pejabat aku pon terkejut badak. Patutla dia beria ajak aku lunch. Dah tu, die suruh bawak teman. Dia kate, tak elok kalau kami keluar berdua. Kalau dia tak suruh aku bawak teman pon, aku memang akan bawak teman. Giler pe nak keluar berdua ngan dia. Dah la bukan muhrim.
"saya serius. Tak perlu kita nak bercinta sebelum kahwin. Kita nercinta selepas kita ada hubungan yang sah. Cinta itu lebih diredhai Allah. Masa tu kita kenal hati budi masing2. saya dah fikir masak2. awaklah permaisuri yang layak jadi pendamping saya di dunia dan akhirat"
Malunya aku...lagi malu coz zahra pon ada gak. Zahra seolah2 mengerti. Langsung tak ambik port. Just dengar jer!
"tapi...." aku cuba mengelak.
" tak ada tapi2. saya bagi awak masa untk fikir tentang lamaran saya. Saya tau, awak mesti fikir saya terlalu terburu2. tapi percayalah, saya ikhlas nak jadi teman hidup awak. Balik ni, awak buat istikharah,. Minta petunjuk kat Allah. Dia lah sebaik2 sandaran. Kalau awak dah jumpa jawapan, awak beritahu saya. Masa tu, saya terima apa saja keputusan awak"
"Err...." Terdiam aku... tak tau nak kate ape dah...ayat mamat ni wat aku terdiam sejuta bahasa.
"awak tak perlu tanya saya nape saya pilih aawak. Satu hari nanti awak akan tau jawapannya."
****** Patut ke aku terima lamaran adhwa? Ya Allah... berilah ku petunjuk Mu.. Walaupun masih terkejut dengan lamaran yang secara tiba2, aku tetap melakukan istikhrah mcm yang adhwa’ suruh tue. Mudah2 an aku mendapat ilham untuk membuat keputusan.
Sebenarnya istikharah ni bukan untuk minta petunjuk pilih jodoh jer. Setiap perkara yang kita nak buat mestilah berdasarkan pilihan yang tepat. Yang memberi kebaikan kat kita dan orang lain. Itulah pesanan ustazah sahmsiah kat aku mase aku form 5. sampai sekarang aku selalu minta petunjuk Allah melalui istikharah. Masa aku nak masuk uitm dulu pon aku wat istikhrah. Biarlah keputusan yang aku wat nanti tak akan wat aku menyesal.
‘bila kita mintak petunjuk kat Allah, insya Allah setiap keputusan yang kita wat, kita tak kan pernah menyesal memilihnya’
Ternigiang2 kata pensyarah aku mase aku tahun pertama kat uitm. Aku akan tekad dengan keputusan aku. yang pasti keputusan yang berdasarkan gerak hati aku. aku tau, Allah akan beri petunjuk kepada ku.
******** Hari ni genap seminggu selepas adhwa melamar aku. aku yakin dengan jawapan yang akan aku beri kat adhwa. Aku harap dia terima. Ya Allah... berilah aku kekuatan.
-Salam...sy trima lmran awk. Sy hrp awk x sia2 kn sy Sent message!
Fuhh!lega…aku rase mase taip msg td mcm nak jwb soalan final jer.
Teet…teet… -alhmdlh. Nxt wek, fmly sy dtg umh awk. Trus bincang psal kawen.Persiapn khwn kta wat sdrhna. Sy xnk ad p’bzran. Bg no akaun bnk awk. Sy msuk kn duit utk kenduri
Mak aih…cepatnya…kate lepas raya. Raya lg 2 buln. Mana sempat aku nk wt p’siapan. Nak order kad jemputan lagi, nak cari mak andam. Nak pilih baju kahwen.....
-sempt k?sy lngsung x prepair pape. Xleh nk tnguh k? Teet..teet.. -dnt wory. Act, I alredy knw ur answ. So, sy dah tmpah kd jmputn, bju khwen, dll. Tugs awk, jmput kwn2 awk. Ur parents pon dah jmput sedare2 awk. Kte tngal kahwen jer.
What???? Mak ngan abah dah tau? Patutla bile aku tanye mak ngan abah diorang setuju tanpa tanya siapa bakal suami aku. rupan2 nya diorang dah kenal bakal menantu dorang. Tak aci!!!!
****** Hari ni merupakan hari bersejarah buat ku. Hari dimana aku sah bergelar isteri buat suami yang aku tak berapa kenal. Itulah hakikat nya. Aku hanya taw dia berasal dari KL. Itu pon aku nampak alamat kat ic dia mase isi borang nikah. Nasib baik aku dah pernah amik kursus kahwin mase kat uitm dulu. Mase 2 sajer jer nak join kursus kahwen. Lagipon yuran murah. Kalo amik kat luar tentu mahal. Rupe2 nye dia pon dah amik gak. Dia amik kurusus kahwen sama ngan aku. adus...malu sungguh aku. paling mengejutkan aku, diana yang aturkan semua ni. Diana dah kenal adhwa dari mula lg. Diana kata, adhwa pernah tanya pasal aku kat die.
Semua dah tersurat. Kan setiap yang berlaku ada hikmah. Akan aku lupakan kenagan silam yang hanay menyakitkan. Aku ingin memulakan kehidupan baru dengan kenangan yang baru bersama suami ku. Aku akan menyintainya sepenuh hati ku. mencintainya kerana Allah..
"aku terima nikah nur fadhilah binti ahmad dengan mas kahwinnya RM80 tunai"
Airmata ku menitis riang. Riang bercampur hiba. Dari saat ini, aku telah menjadi milik yang sah buat seorang lelaki yang bernama suami. Yang berhak keatas aku, zahir dan batin.
Kucupan syahdu suamiku di dahi ku sungguh mneyejukkan hati.
"abang ingin menjadi teman sayang, dunia akhirat...abang ingin hidup bersama sayang selama2nya..."
Ungkapan pertama dai suamiku setelah sah dia jadi milikku.
Aku berjanji pada diriku sendiri yang aku akan menjadi yang terbaik untuk suamiku.
Majlis walimah kami berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Suami aku betul2 mengikut yang diajar dalam islam. Tiada majlis bersanding. Hanya kad nikah, dan doa selamat. Tiada pembaziran dalam majlis kami. Walaupun majlis kami lain dari yang lain, namun ia tetap meriah. Semoga rahmah Allah turun bersama dalam majlis kami. Gembira sungguh bertemu rakan2 lama di uitm. Dorang semua terkejut dapat jemputan dari aku. mereka tak sangka yang aku bertemu jodoh dengan adhwa yang dikenali sebagai seorang pendiam. Aku sendiri terkejut yang aku dah kawen. Hehe...
Dari jauh aku tengok suami ku sibuk berborak dengan abah. Entah ape yang dibincangkan aku pon x taw.
’handsome gak suami aku. berkumis nipis, yang pasti ada janggut sejemput. Aku x taw nape aku teruja dengan laki yang berkumis. Nampak cam macho!’
"dil, pe yang ko tengok?tengok la laki ko 2 malam ni puas2."
Kurrr... semangat! Faz ni memang suka mengejut kan aku. baru nak berangan...
"ish ko ni..mana ada..." Malu aku...aku rase darah merah dak menyerbu muka aku.
"ok2...aku paham pengantin baru. Dil, macam tak caya kan. Ko suka kat orang lain, tapi kawen ngan orang lain."
"weh, ko jangan sebut2 lg benda lama. Nie la jodoh aku. Aku akn bahagiakn suami aku. aku malas nak fikir benda lepas. Semua yang berlaku ada hikamh. Patut la islam larang kite kapel. Coz kapel kite sekarang belum tentu jd suami kiter. Tol x?"
"betol2. aku harap ko bahagia ngan adhwa. Wlwpon aku tak kenal dia, aku yakin dia mampu membahagiakan ko. Tengok muke pon dah tau"
"tengok muke?ko pandai tilik muke ke?" Aku pulak menyoal faz.
"ko tak ingat ke yang ko giler dengan mamat yang berkumis. Laki ko ade kumis, misti ko tak puas pandang die"
"ko ingat lagi eh?haha...rezki aku faz...ko plak bile nak kahwen?jgn lama2..."
"sabar la beb...aku pon nak cam ko. Tak payah bercinta, kawen terus. Bercinta bagai nak rak, tapi kahwen ngan orang lain pe gune? Siksa badan jer..."
Haha...faz ni memang kawan yang baik. Bagi dia, ape yang aku buat semua betol. Die pernah cakap ngan aku masa kat matriks yang dia rase menyesal tak sekolah agama mase sekolah dulu. Bile da yang x paham pasal agama, tak payah susah2 jumpe ustazah. Benda yang remeh pon kadang2 kita x taw. Dia kata dia banyak belajar dari aku. aku?entah...ilmu aku belum cukup lagi. Masih banyak yang aku perlu belajar.
Alhamdulillah keputusan mak nak hantar aku kat sekolah agama dulu merupakan keputusan terbaik. Sekurang2 nya kau mempunyai bekalan ilmu agama yang kini semakikn dipnggirkan.Lagi2 nk menempuhi alam rumah tangga. Seminngu sebelum kami nikah, adhwa hadiah kan aku sebuah buku. Buku yang mengajar tentang persediaan seorang isteri. Dia suruh aku khatamkan buku 2, kalau x, kitorang x jd kawen.
Bila fikir2 balik, patut la dia beria suruh aku abeskan baca. Buku tue membuat aku sedar betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang suri. Terima kasih abang...dila sayang abang...
************
"assalamualaikum..."
Glurp!aku cuak...ni la 1st time aku tido sebilik dengan lelaki asing. Lelaki asing yang berhak keatas ku…
"waalaikumsalam..." Malunya aku. Allah je yang tau betapa malunya aku saat itu.
"boleh abang masuk?" Bicaranya terlalu sopan. Adab nya berdasrkan sunnah.
"emmm...."
"dila sayang...kita solat sunnat. Abang tunggu"
"ya Allah...Kau jadikanlah perkahwinan kami sebagai satu ikatan yang indah. Satukanlah hati kami di landasan rahmat Mu...kurniakan lh kami zuriat yang soleh dan bertakwa kepada MU...."
Aku mengaminkan doa suamiku dengan penuh pengharapan. Perkahwinan inilah yang aku idam2 kan. Aku ingin menjadi makmum untuk suamiku dalam setiap solat ku. Aku ingin mengaminkan setiap doa suami ku. Dialah suami yang akuharap melalui doa ku selama ni. Alhamdulillah, Allah telah mengkabulkan permintaan ku.
Aku mengucuo tangan suami ku. Syahdu...aku bertuah memiliki suami spt dia. Akan aku jaga sebaiknya tanpa melukainya. Akan aku sentiasa bersamanya dalam apa jua keadaan. Aku ingin membina peribadi semulia Siti Khadijah yang setia menemani Rasulullah.
"sayang...my honey...my darling...jangan nangis..." Malunya aku… romantik gak laki aku ni…
"sayang...abang bertuah kerana memiliki sayang. Abang tau, keputusan abang tepat. Dari pertama kali abang jumpe sayang kat uitm, abang yakin abang tercipta untuk jd pendamping sayang. Abang harap, sayang akan terima abang seadanya…abang tak mampu sediakan kemewahan dunia…yang abang mampu, memberi kemwahan kasih sayang buat sayang. Insya ALLAH…kalau dizinkan Nya, bukan kat dunia je. Kita akan bersama diakhirat kelak. "
Bertuahnya aku...alhamdulillah...syukur pd Mu ya Allah...
"abang...saya harap, abang dapat terima saya seadanya...sayang akan cuba jadi istei yang menyenangkan abang. Tapi, sayang nak tau sesuatu...mana abang tau saiz baju saya? Baju nikah tadi, padan dengan saya. Macam kena je dengan badan saya." Aku menyuakan kehairanan ku. Sebenarnya aku nak tanya kat mak andam tadi, tapi2 x sempat.
"sebenarnya, diana yang bgtaw abang. Dia bagi saiz baju ayang. Dialah yang bagi alamt rumah sayang. Lepas abang melamar, abang terus datang rumah ayang. Nak merisik. Alhamdulillah, mak ngan abah terima."
"patut la...diorang setuju bila saya beritahu yang saya nak kahwin."
"tapi, baju nikah kita tue bukan abang yang pilih. Mak ayang yang pilih. Dia kata ayang suka warna oren."
"ha? Ye ke?memang cantik baju tadi...oren lembut."
"sayang...abang tau sayang pernah kecewa...kita mulakan hidup baru bersama. Kita kenal hati budi masing2. kita bercinta. Biarlah percintaan kita di redhai. Sebab tue, abang nak kita nikah cepat2. biar kite cepat bercinta."
Sempat lagi suami ku berseloroh...hmm...bahagianya aku rase sekarang nie...kurang sikit gemuruh aku...suamiku memang seorang yang bijak memainkan peranan.
"sayang..."
"hmm..."
"abang nak, rahim inilah yang melahirkan generasi kita yang soleh dan beriman. Yang menjadi harta kita di dunia. Dan bekalan kita di akhirat. "
Kata suamiku sambil memnyentuh lembut perut ku... Sejuk hatiku kala ini...
Malam berlalu bersama kisah cinta ku yang tak berbelah bagi buat suamiku. Aku serahkan segala2 yang aku miliki umtuk seorang lelaki bernama suami.
********* Asyik sungguh aku melihat ombak yang memukul pantai...damainya suasana ketika ini. Masya Allah... Indah sungguh ciptaan Mu....
"sayang...penat abang cari. Kat sni rupanya dia mengelamun."
"maaf abang...tadi abang tengah tidur,saya malas nak kejutkan abang" Serba salah pulak bila suami aku mengeluh kerana tinggalkan dia. Sungguh! Aku tak bermaksud nak keluar tanpa kebenaran suami ku.
"abang...sayang minta maaf. Sayang tak ada niat nak keluar tanpa kebenaran abang"
"tak ada lah. Abang terkejut, bila sedar ayang tak ada kat sebelah abang. Takut gak kalo ada orang culik si can tik ni. Merana abang." Suamiku tersenyum nakal..
"sapae plak yang nak culik saya..."
"abang...."
"terima kasih sebab memilih ayang...saya tak sangka dapat kahwen dengan lelaki idaman..."
"lelaki idaman?kata tak pernah kenal abang sebelum ni?
"bang la lelaki idaman saya...lelaki yang saya idam2 kan dalam setiap doa saya. Lelaki yang dapat mendamaikan hati saya tika keresahan. Imam saya dalam setiap solat.."
"hmmm...apa2 pon, abang bertuah kerana memiliki ayang. Ayang dengar ni..." Suami ku mengarahkan aku supaya bertentang mata dengan nya.
"abang mencintai sayang kerana Allah. Kita bina keluarga dengan nilai2 islam. Kalau boleh, abang nak sayang resign. Gaji abang cukup untuk menampung hidup kita."
Berat nya permintaan suami ku. ’isteri yang solehah ialah isteri yang sentiasa menuruti permintaan suami nya selagi tak bercanggah dengan ajaran islam.’
"kalau itu yang abang nak, saya akur." Lambat2 ak jawab...
"alhamdulillah. Terima kasih...abang nak, sayang sendiri yang menjaga dan mengasuh anak2 kita nanti. Abang tak nak orang lain yang mengasuh anak2 kita. Abang nak mereka sentiasa dekat dengan kita. Bukan orang lain yang tiada hubungan. Abang tak nak makan makanan yang dimasak orang lain. Abang hanya nak makan makanan air tangan ayang...sebab tu abang nak sayang berhenti kerja."
Owh...sebab tu ke...bagus gak. Hehe...tak la penat sangat nak uruskan rumah tangga...kerja...
Kami bersama2 menikmati keindahan pantai kala itu. Aku yang memilih untuk berbulan madu kat pulau tioman. Sebab aku nak tengok laut. Suami aku hanya menuruti. Dia pun suke tengok keindahan pantai.
Semoga perkahwinan kami akan berkekalan selama2 nya.... ***********
Sesungguhnya...janji Allah itu benar... Dia melarang kapel kerana syaitan itu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia... Bila 2 orang laki dan perempuan berdua2 an(dating) orang ketiga adakah syaitan. Bile berlakunya akad nikah, maka menangislah syaitan2 kerana gagal untuk mnyesatkan sepasang manusia. Ingatlah...percintaan yang diredhai Allah adalah percintaan dalam perkahwinan. Kapel itu merupakan cabang2 zina. Kita tak sedar, zina tue berlaku. Dalam firman Allah...dan janganlah engkau menghampiri zina..... Insaflah semua... jodoh setiap insan itu dah ditentukan...kite harus mencarinya...tapi mestilah berlandaskan tuntutan syara’... Penzinaan berlaku kerana percintaan yang tak diredhai. Zina mata...bila bertentangan mata between boy n gurl... Zina tangan...bila boy n gurl bukan muhrim bersentuhan... Zian telinga...bila mendengar suara manja sang kekasih yang menaikkan nafsu syahwat... Zina kaki...bila kaki berjalan untuk g jumpe awek tok dating... Segala2 nya tentang kapel adalh zina... Oleh itu...jauhilah kapel....kapel adalah punca utama terjebaknya zina... Takuti lah murka Allah.... Wallahu ’alam... Sebagai peringatan bersama....
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei