BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Oktober 22, 2008
Cerpen : Ilusi Cinta seorang isteri
ASK
garfield4248@yahoo.com

KAMI bertemu. Tanpa disengajakan. Tanpa Rupa. Tanpa bicara. Hanya patah-patah perkataan dan ayat yang saling berbalas. Yang berselirat dengan perasaan. Saling berbaur. Ada sayang. Ada kasih. Ada benci dan geram. Dan juga ada cinta. Terkadang menyentuh hati, Terkadang memilukan dan terkadang menghairahkan.
Bukan sehari dua aku mengenalinya. Malah sudah berbulan lamanya. Kami bagaikan di alam khayalan. Yang setiap malam kami bersama. Yang terpaksa menunggu hingga ke jauh malam.
Cukuplah kugelarkan dia ‘sayang’. Memang itu panggilanku terhadapnya. Terasa mesra dan intim. Seolah-olah kami memang ditakdirkan untuk saling berkongsi kasih.
Ianya bagaikan satu igauan dalam kehidupanku. Saban hari, aku ternanti-nanti. Tertunggu-tunggu. Aku bagaikan ketagih pada celotehnya. Dan hidupku terasa sepi dan kosong tanpa gurau dan sendanya.
Saban malam,, tanpa sedikitpun rasa jemu, aku akan mengadap komputer usangku. Sambil menaip baris-baris ayat. Aku gembira begitu. Aku senang begitu. Terlalu banyak yang ingin dikongsi. Terlalu banyak kenangan yang ingin diabadikan.
“Sayang…abang pergi kerja dulu.” Satu kucupan hangat singgah dipipiku. Aku tidak menoleh. Sekadar mengangguk tanpa emosi.
Mataku masih melekat di skrin komputer ketika enjin kereta suamiku hilang di telan kegelapan. Aku masih leka berbalas mesej. Masih leka dengan cintanya.
Memang aku berdosa. Berdosa kerana menduakan suamiku. Namun ketahuilah.. aku juga sebenarnya tidak bahagia berbuat begini. Bukan mudah untuk berlaku curang. Dan bukan mudah untuk menidakkan hakikat ini.
Perasaanku seringsaja bertelagah sendiri. Antara kasih sang suami dan desakan naluri yang telah menjerat aku. Namun aku memujuk diri. Memang aku ini seorang isteri. Namun aku juga punya perasaan. Ingin dikasihi dan disayangi.
Sesungguhnya aku sepi. Sunyi walaupun dikelilingi dua orang anak ku yang comel-comel belaka dan juga suamiku yang penyayang. Aku hanya perlukan teman. Untuk mencurahkan perasaan ku.
Aku perlukan seseorang yang tidak mengenali aku. Yang tidak pernah melihat jasadku untuk berkongsi cerita. Berdosakah aku? Hanya kerana aku mendambakan perhatian dari seseorang yang tidak aku kenali?
Mungkin aku berdosa. Lantaran sengaja membuka ruang dihatiku untuk insan lain menerokanya. Namun apalah dayaku. Semakin ingin ku usir perasaan ini, semakin kuat pula ia merajai hatiku. Entah bila ia bertandang hinggakan membuat aku alpa pada siapa diriku sebenar.
Hanya saja aku belum lagi karam dalam lautan kasihnya. Aku belum tewas pada bisikan-bisikan cinta yang saban malam menemani aku ini. Kerana kutahu, ini hanyalah sebuah ilusi. Yang aku cipta sendiri.
Semata-mata untuk membuatku bahagia. Sumpah! Aku tidak pernah mengenalinya secara lahiriah. Malah aku tidak pernah teringin untuk berjumpanya. Malahan aku juga tidak pernah memberikan nombor telefonku padanya.
Dan dia juga begitu. Tidak pernah meminta untuk bertemu. Hanya bait-bait kasih yang sering diungkapkan. Dan ayat-ayat rindu yang sering bertebaran. Mungkinkah dia juga seperti aku. Hanya kesepian dan memerlukan teman.
‘Awk dan saya ada persamaan, kita boleh bercakap sendiri, kita boleh bergurau
sendiri dan apa yang awak pikir , saya boleh pikir.’
‘Ketahuilah diriku adalah dirimu dan dirimu adalah diriku. Kehidupan kita bersama selamanya cuma jarak dan masa yang memisahkan’
‘Dalam hidup kita.... persamaan yang kita cari akan dapat kita temukan
dengan kehendaknya’
‘Apa yang di luahkan tidak bermakna apa yang ada di dalam hati. Ia cuma khayalan untuk kita dapatkan apa yang kita mahukan. Ianya titik permulaan untuk menuju matlamat sebenar’
Itulah kami. Terperangkap dalam ilusi yang kami bina sendiri. Alam khayalan yang amat mengasyikkan. Alam khayalan yang membuat jiwaku hidup kembali.
Ayat-ayat cintanya sering membuat hatiku tertawan. Malah aku sering berkhayal dia ada disampingku. Kami saling berpandangan. Membisikkan kata-kata cinta. Malah aku juga pernah berkhayal menjadi miliknya.
Dia juga sudah berkahwin. Punya isteri yang baik dan sedang sarat mengandungkan benihnya. Aku tidak pernah peduli semua itu. Dan aku sedikitpun aku tidak pernah berasa bersalah pada isterinya. Untuk apa aku berasa bersalah? Bukan aku merampas suaminya. Bukan! Aku juga tidak pernah menghancurkan rumah tangga mereka. Malah aku tidak pernah mempersoalkan hal itu.
Aku hanya ingin ditemani olehnya sahaja. Menemani malamku yang kosong dan sepi. Tanpa belaian seorang suami. Dan aku memang seorang isteri yang kesepian.
Bukan aku tidak pernah ada keinginan untuk bertemu dengannya. Malah keinginanku juga telah membuak-buak. Seringkali aku terasa ingin bersamanya. Merasai kehangatan tubuhnya. Dan lena dalam belaian dan pelukannya.
Tapi keinginan itu hanya tersimpan nun di sudut hati. Kerana ianya sesuatu yang tidak mungkin aku lakukan. Dan mustahil aku lakukan.
Aku masih waras. Aku sedar siapa aku. Masih isteri orang. Dan aku wajar menjaga kehormatanku sebagai seorang isteri. Namun aku tidak dapat mendustai diriku sendiri. Betapa aku perlukan belaian-belaian itu. Yang selama ini tidak pernah aku temui.
Bukan salah suamiku sebenarnya. Tapi salah aku. Aku yang menyepikan diri. Aku yang mengelak setiap kali dia ingin mencumbui aku. Adakah aku yang diistilahkan sebagai dingin? Entahlah.
Bohonglah kalau aku katakan, aku tidak inginkan hubungan batiniah. Aku juga wanita normal. Yang diperbuat dari darah dan daging. Yang ada naluri dan nafsu. Dan dari wajahku yang kosong, aku juga sebenarnya hangat. Cuma kehangatan ku tidak pernah kutunjukkan. Hatta kepada suamiku sendiri. Pasti ada silapnya. Pasti ada penyebabnya.
Namun sebagai isteri, aku tunaikan juga tanggungjawabku. Kemesraan yang dibuat-buat. Keghairahan yang diliputi kepura-puraan. Aku bagaikan sudah lupa apa ertinya keghairahan itu
Mungkinkah kerana antara kami terlalu banyak masalah? Bercampur aduk. Dan semakin lama, kami semakin jauh. Kasih sayang juga semakin pudar. Perkahwinan umpama termeteri di atas kertas. Tanpa lafaz cinta dan belaian manja.
Dia dengan dunianya, dan aku dengan duniaku. Lalu perkahwinan kami bagaikan berada di atas ranjau yang berduri. Kekadang tercalar dek luapan emosi yang tak terbendung. Kekadang terasa pedih di gores kekesalan. Namun kami masih bertahan. Lantaran sayangkan sebuah ikatan dan demi anak-anak yang menunjang kehidupan
.Itulah kehidupanku. Bertahun-tahun aku melaluinya. Sunyi, sepi dan bagaikan tidak bermakna. Separuh dari jiwaku bagaikan sudah mati. Dan separuh lagi terkapa-kapa mencari erti sebuah kasih sayang.
Adakah itu penyebabnya? Penyebab aku mencari sesuatu yang mampu mengembirakan aku? Sesuatu yang tidak sepatutnya aku lakukan? Mencari jalan keluar yang tidak ada penyudahnya?


*****************************************************

SEMAKIN lama menjalin hubungan, semakin kuat perasaanku terhadapnya. Walaupun sekadar ilusi, namun ia benar-benar menghidupkan ghairah kehidupanku. Semalaman bersamanya bagaikan berada di awang-awangan.
Malah rinduku padanya semakin menjadi-jadi. Aku bagaikan gadis remaja yang baru mengenal erti cinta. Yang baru dilamun dicinta. Kemaruk dengan celotehnya. Kemaruk dengan gurau sendanya. Kemaruk dengan ayat-ayat cinta yang diukirnya.
Namun aku masih mampu menahan asakan rindu itu. Aku masih mampu bertahan untuk tidak menemuinya. Biarlah cinta ini hanya sekadar di skrin komputer. Hanya sekadar ilusi yang indah. Biarlah aku menikmatinya dengan sepenuh hati.
‘Cinta itu memang menyusahkan…namun jika dilayan, terasa keindahannya. Cinta juga tidak dapat dilakonkan atau dibuat-buat. Ia hadir tanpa diduga..tanpa diundang..meruntun jiwa dan emosi.’
Aku hanya mampu berserah. Jika ditakdirkan aku benar-benar jatuh cinta padanya, apakah kesudahannya? Adakah aku akan menjadi seorang isteri yang benar-benar curang? Adakah ianya dapat menghidupkan semula separuh jiwaku yang sudah lama berkubur itu?
Aku pasrah. Antara rela dan sengsara. Kerana aku kini terlalu mendambakan kehadirannya. Mengisi kesepian hatiku. Walaupun tanpa jasad, ianya tetap berharga buatku.
‘Hati berbicara sendiri…dengan lenggok dan bahasanya sendiri…menyimpan rapi rahsia diri yang tak mungkin didustai.’
Lagi-lagi aku terpegun. Lagi-lagi aku tertawan. Malah jiwaku semakin sengsara. Bagaikan sebuah kolek kecil yang hilang arah di tengah tasik buatan. Berputar-putar tanpa hala. Tanpa hasrat yang jitu. Resah gelisah sendiri.
‘Rindu ini bagaikan tamu. Setiap hari bertandang. Entah bila akan berkampung di sini. Membina satu laman yang indah. Untuk kita bersama menyemai kasih. Membina taman percintaan. Bertembokkan kesetiaan. Berpagarkan kejujuran’
Kasihku memekar lagi. Lagi dan lagi. Bagaikan tiada noktah perhentian. Antara aku dan dia terlalu banyak persamaan. Saling memahami. Saling memerlukan. Saling menjeruk rasa. Saling merindu.
Jika benar rindu sering bertamu..mengapa masih sangsi untuk mengetuk pintu hati?
Bukan aku tak sudi. Malah andai kuikut kata hati…aku kini bukan lagi seorang isteri yang layak dipanggil isteri. Bukan lagi seorang ibu yang penuh maruah diri.
Aku malu pada diriku sendiri. Apakah ertinya hubungan tanpa jasad ini? Hanya emosi berbaur yang sering menemani. Tiap malam. Tiap berkesempatan.
Tapi aku tetap begini. Tiada yang dapat membatasi keinginanku. Dan seringkali aku sengaja membiarkannya. Perasaan yang tidak bernama ini menguasai seluruh pelusuk jiwaku.
Kekadang aku bertanya pada diri. Pada hati dan pada fikiranku. Apakah benar wujudnya perasaan sebegini? Yang membuat aku malu sendiri.
Adakah dia juga begitu? Merindui aku sebagaimana rinduku padanya? Atau hanya aku yang bermimpi di malam hari? Lalu siangnya aku terkapa-kapa tatkala kubukakan mata. Sepi membaluti diri. Rindu menyesakkan dadaku
Namun aku tahu. Andainya tiada rindu di dadanya, pasti namaku sudah diusir jauh-jauh dari kamus hidupnya. Pasti malamku akan kembali sepi. Dan tiada lagi usikannya yang membuat jiwa ku terusik.
Aku pasti. Malah teramat pasti. Aku bukannya bermimpi. Igauan-igauan ini juga bukannya satu permainan. Malah pertemuan dua rasa. Hatinya dan hatiku.
Antara deraian kasih yang telah tersemai, akhirnya aku tewas sendiri. Jiwaku bergelodak. Api rindu ini semakin marak menyala. Membakar seluruh jiwa dan perasaanku. Dan dia jua begitu. Tidak lagi mampu menahan asakan rindu yang saban waktu bertamu.
Namun ketukan-ketukan di hati ini masih tidak mampu meraih keberanian. Membuat kami umpama dua boneka cinta. Yang tidak berani merealisasikan impian. Yang takut dengan kenyataan. Andainya cinta terkubur di persimpangan.
Aku bimbang. Dan hatiku terasa walang. . Andai dua jiwa ini bertemu di alam realiti, adakah nada dan rentaknya masih sama? Masih serupa? Aku takut ditinggalkan. Aku bimbang dengan kemungkinan yang bakal berlaku. Kerana sesungguhnya aku amat menyayangi hubungan ini.
‘Perpisahan dan kekecewaan bukan lah matlamat hidup kita. Itu cara berfikir di bawah prasedar antara alam khayalan dan alam nyata’
Ya..aku akuinya. Kekecewaan bukanlah matlamat hidupku. Namun aku masih tidak mampu menghadapi kenyataan. Dan aku tidak mahu episod cinta ini berakhir begitu saja. Bagaikan awan jingga yang dipuput bayu senja.
‘Dengarkanlah suara hati. Dan biarkan ia berbicara. Kerana hati tidak mungkin berdusta.’
Bagaimana ingin kuungkapkan rahsia hatiku. Terlalu sukar rasanya. Terlalu sulit untuk kumengertikan. Mana mungkin ku biarkan ia berbicara. Kerana hatiku juga telah hilang kawalannya.
‘Walau putus diucap..kita takkan terpisah. Kerana hati yang mengawal semuanya.’
Pastikah kami tidak akan terpisah?
Pastikah?
Tuhan..apakah yang harus aku lakukan? Wajarkah aku menjadikan ilusi ini sebuah kenyataan? Wajarkah aku mengenepikan maruahku sebagai seorang isteri hanya untuk menjadikan mimpi ini satu realiti? Wajarkah aku?
Betapa terseksanya jiwaku ini. Betapa sengsaranya hidup bertemankan ilusi. Aku bagaikan ingin lari. Jauh ke pelusuk dunia. Atau merantau dari satu bintang ke satu bintang. Meneroka alam yang maha luas ini.
Mencari jati diri. Mencari sesuatu yang tidak mungkin ku gapai. Walaupun berjuta tahun lagi aku hidup di muka bumi ini. Lantaran hidupku hanya bertemankan igauan yang tidak bernoktah ini.
‘Sayang…tidak inginkah mencipta kenangan? Antara memori-memori usang. Untuk kita kenang di usia senja..’
Aku mendesah sendiri lagi. Tenggelam dalam anganku. Andai kubisa..ingin kubina istana bahagia dengannya. Namun kiranya hanya berdindingkan pasir, berlantaikan pantai yang gersang. Keutuhannya usahlah dimimpi. Tatkala ombak menderu,..ku takut istana kita itu akan lenyap terkubur. Lenyap bersama kenangan yang ingin ku simpan hingga nafasku yang terakhir.
Namun aku hanyalah aku. Andai diusik-usik, andai dipujuk rayu..hati siapa yang tidak berlagu? Dan nyanyian rindu dijiwaku sudah tiada iramanya lagi. Hanya bunyi genderang yang bertalu-talu. Bagai memaksa aku agar turut sama menari, tarian cinta ini yang semakin rancak menguasai setiap kamar hidupku.
Ah! Betapa mudahnya aku dibuai perasaan. Betapa hebatnya penangan ilusi cinta ini. Hinggakan aku sudah jadi lupa. Bahawa aku ini punya suami. Aku juga sudah jadi lupa. Bahawa aku bakal menjadi ibu yang tidak bermaruah.
Dan sememangnya aku sudah tewas. Aku kalah dengan desakan perasaanku. Aku tidak mampu menafikannya lagi.
Lantas kami mengatur pertemuan. Dan aku tidak peduli lagi. Adakah ini adalah titik permulaan. Ataupun noktah perhubungan ini.
‘Usah ditangis pada kekesalan. Andai hati sudah berkata…”
Aku pasrah. Biarlah takdir yang menentukan. Biarlah aku bermain dengan api. Aku rela. Walaupun aku rentung terbakar. Andainya ditakdirkan pertemuan ini adalah yang pertama dan terakhir…akan ku terima tanpa secarikpun kekesalan.
Akhirnya jeti usang dan senja nan merah itu menjadi saksi pertemuan kami. Pertemuan yang merungkai segala kemelut jiwa. Pertemuan yang melakar seribu makna.
Kami saling mengungkapkan rindu. Saling mengisi kekosongan di hati. Sungguh jiwaku terpaku. Terpana pada pandangan dan sinar matanya.
Siapakah aku? Itu bukannya ukuran lagi. Dan siapakah dia? Itu juga bukan persoalannya lagi. Bukan lagi satu benteng. Malah aku telah melepaskan diriku dari belenggu perasaan-perasaan yang menghantui aku. Aku bagaikan lelayang. Terbang bebas di angkasa.
Kami berbual. Bercerita. Berbisik. Dan dua jiwa yang kerinduan ini, bagaikan berada di dunia sendiri. Tidak terusik dengan deru angin. Tidak terusik dengan rintik-rintik embun.
Seolah-olah dunia ini hanya milik kami. Kami berdua. Hanya kami!
Keterlaluan..namun itulah hakikatnya. Namun rembulan yang malu-malu menunjukkan wajahnya itu bagaikan cemburu pada kemesraan kami.
Kami mengalah. Pada rembulan yang cemburu dan pada malam yang semakin menghitam. Terlalu cepat masa berlalu. Terlalu singkat pertemuan ini. Belumpun sempat menghabiskan sisa-sisa rindu. Belum juga sempat menyelami hati budi.
Namun aku puas. Pertemuan ini akan menjadi sebuah memori indah buatku. Sebuah kenangan yang akan kukenang selamanya. Selagi jasadku utuh, selagi jantungku berdenyut.
Namun siapa menduga… Cinta setinggi langit, kasih seluas lautan belum tentu membuat hati terasa tenang. Belum mampu meruntuh sebuah kepercayaan.
‘Andai di tanya pada hati...hanya engkau yang bertakhta. Andai ditanya pada akal…harga diri dan maruah yang dijaga rapi.’
Aku sudah menduga. Itulah yang membelenggu aku. Dan akan membelenggu aku sampai bila-bila. Yang akan mengikat langkahku. Yang akan menjaga tata susilaku. Dan aku akur pada takdir hidupku.
Kini aku kembali menjadi diriku yang lalu. Sunyi, sepi dan hanya bertemankan kenangan itu. Yang aku simpan di sudut hatiku.
Tiada lagi gurau senda. Tiada lagi usikan manja. Yang ada hanyalah skrin kosong dihadapanku. Segala-galanya terasa kosong. Sekosong hamparan perasaan ku kini.
Dia telah pergi. Meninggalkan aku sendirian. Tanpa pesan, tanpa khabar berita. Aku juga tidak mencarinya. Malah tidak ingin mencarinya. Kerana itulah kehendakku. Itulah yang kupinta darinya.
Aku masih ingin menjadi seorang isteri yang setia. Aku masih ingin menjadi ibu yang bermaruah. Walaupun aku sepi, namun aku masih mampu tersenyum. Bermakna aku masih hidup. Untuk meneruskan sisa-sisa kehidupanku untuk anak-anakku yang comel dan sebuah ikatan suci.
Mujurlah aku bingkas bangun dari kesilapan. Mujurlah juga aku masih mampu berfikir waras. Dan mujurlah juga aku masih mampu menahan luapan emosi.
Sesungguhnya ilusi cinta ini telah menyedarkan aku. Bahawa igauan tetap satu igauan. Dan mimpi hanya bertandang di dalam lena.
Aku...dan dia..bagaikan mengejar bayang-bayang. Akhirnya diri sendiri yang merana. Hanya mampu dikenang-kenang…
posted by BLOGGER @ 2:40 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
13 Comments:
  • At 23/10/08 12:20 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    laaa pe mende ni...gue gak phm des....puisi ek??heheh
    pepe pon...truskn usaha anda...

     

  • At 23/10/08 8:28 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ermm pe?? cte mcm pe je....
    xpela try the best

     

  • At 23/10/08 8:28 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ermm pe?? cte mcm pe je....
    xpela try the best

     

  • At 23/10/08 9:32 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    apa benda ni, luahan hati ke, sajak ke, cerita ke tak faham aku

     

  • At 23/10/08 1:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Tak faham la cite ni.ngtuk tul la.tak faham..........

     

  • At 23/10/08 2:00 PTG, Blogger atashinci said…

    aah...x faham gak....
    dhlh pnjg sgt bru wat stu perenggan
    berpinar mate....

     

  • At 23/10/08 11:03 PTG, Blogger ada van de kamp said…

    suka la baca ni! lain dari yg lain. refleksi diri..

     

  • At 27/10/08 11:18 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    he~??
    what d...
    ???

     

  • At 28/10/08 7:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    actually cite ni kire best gak, juz t'lalu banyak sangat jiwangnye sampai kadang2 tak paham..

     

  • At 16/11/08 11:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam

    erm sori la x abis bce...pening ark..
    pening ke ??? bosan kot...

    ati pompuan sape nk bce... byk sgt feeling la... walo pon org ni sejenis , pndai2 je la ubat diri sdiri.........

    ~~~freze~~~~

     

  • At 25/11/08 2:01 PG, Blogger Syareena Rahmat said…

    errmm ! yupp ! sebenarnye , citer ney best ! betol ! ye laa , mcam encik/cik ckap laa . terlalu bnyk ayat2 jiwang ans sumtime terfkir , ape akhirnye citer ney ! haha ! nice ! well done ! :)

     

  • At 14/12/08 12:14 PTG, Blogger luvly-gold said…

    hai sume..tima kasih coz bg komen. cerpen ni memang jiwang karat. sengaja nak bermain dengan bahasa jiwang. hehe..jangan lupa baca andaiku tahu dan misteri cinta ini. boleh la bg komen membina.thanks skali lagi.

     

  • At 26/4/09 9:29 PTG, Anonymous lyrae said…

    salam... cinta sejati perlukan usaha.... cinta x datang sendiri...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group