Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pertemuan antara aku dan Suriya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan atau memberi jalan penyelesaian malah masalah kami bertambah rumit. Benak ku kian buntu mencari jalan keluar. Aku duduk melengung di tempat menunggu bas. Terasa hilang sudah daya untuk melawan kehendak takdir. Takdirkah yang patut di salahkan??atau sendiri yang mencari bala?? Rya, apa lagi hendak difikirkan..terima saja apa yang berlaku. Relakan saja apa yang terlah tersurat, dari berterusan mencari penyelesaian yang tiada jalan keluar, hati kecil ku berkata. Eh! Mana boleh..jangan mengalah..pasti ada jalan penyelesaiannya..usaha itu penting, suara kecil hatiku berbalah sesama sendiri. " Diamlah" oppss!! Terkeluar lak suara dialam nyata. Menoleh ke kanan ternyata pemuda disebelahku melihat aku dengan pandangan pelik. Yelah mahukan tak pelik, dalam aku termenung tiba-tiba aku suruh diam tak pasal-pasal, tak ke orang tengok aku pelik. Segaris senyuman aku hulurkan.tak pelah sedekah…aku mula angkat punggung untuk berlalu, buat apa nak tunggu lagi, muka aku ni dah rasa tebal 10inci dah ni. ----- Kenapalah perempuan tadi ek??dah lah termenug sampai nak tembus dinding bas tu, tiba-tiba suruh orang diam. Tak ke aku terkedu, dah lah aku memang tengah bercakap kat handphone, pastu dia boleh blah macam tu je meninggalkan aku dalam keadaan yang teramat blur nih. Nasib baik muka cun, ceh!menyempat je aku perhati muka dia masa dia buat muka terkejut bila aku kat sebelah dia. Tu lah termenung lagi macam dia tengah duduk dalam taman bunga. Aku tersenyum sendiri, hai ada jugak orang cakap aku mereng senyum sorang-sorang. Ni semua sebab perempuan tadi la ni. Hmmm…
Langkah kaki ku hayun perlahan, saja melambat-lambatkan masa malas nak balik rumah sebenarnya, disebabkan kereta rosak terpaksalah aku naik bas, padahal boleh je kalau nak naik teksi tapi konon nak melepas rindu naik bas, sebab dulu bas awam ni lah pengangkutan utama aku. Aku pergi sekolah dulu pun naik bas awam, tu pun saje jugak konon nampak macholah kalau naik bas awam dari naik bas sekolah, alahai poyo tak sudah aku ni dari dulu sampai la sekarang.hehehe…Eh! tu perempuan tadi tu. Apa dia buat kat depan rumah aku ni?? " Assalamualaikum…" " Waalaikumsalam.." jawab ku dibelakangnya. " Uish! Terkejut saya. Macam mana pulak awak ada kat luar nih??tak nampak pun ada orang keluar dari rumah??" alahai blur la pulak minah cun nih… " Saya memang kat luar dari tadi baru je sampai rumah, tu yang saya jawab salam awak tu…" kelihatan dia terangguk-angguk. " Owh..ni rumah awak la ye?" " Yup. Kenapa?boleh saya tolong?" dia ni tak perasan aku agaknya. Muka slumber je tengok aku. " saya nak jumpa Mama Chik, eh mak awak" " Owh..jom la masuk sekali" ajak ku. Dia hanya menurut dari belakang. ---- " Mama Chik, Rya nak minta maaf terlebih dulu sebab apa yang Rya cakapkan ni mesti akan melukakan hati mama Chik.." pinta ku sambil buat muka seposen. " Erm..ye lah..cakap je la tak yah tayang muka sekupang depan mama Chik" Setelah berbincang dengan mama Chik barulah lega hati aku, buang masa betul jumpa Suriya tadi bukan bagi selesai masalah, lagi bagi kusut kepala aku adalah, hampes punya kembar gara-gara dia aku pulak yang macam orang sakit jiwa. Tangan ku mencari-cari handphone didalam beg, Suriya perlu dibeitahu hal ni, harap-harap lepas ni jangan dia bagi kepala aku serabut lagi sudah. Nombor Suriya ku dail, panggilan ku bersambut " Hello..Suri" terjahku " Asslamualaikum.." " Waalaikumsalam.." " Main terjah je" " Sorry..Suri everything settled dah lepas ni kau yang kena bagi tahu mama dengan babah, aku tak nak masuk campur lagi" " Camne boleh settled? Mama Chik tak marah ke bila pinangan dia aku tolak?" " Tak marah..tapi aku yang parah" " Kenapa pulak?" " Jangan seboklah, kau pergi terus terang dengan mama dan babah,pastu bawa pilihan kau minggu depan" " Thanks Kak Rya…" " Ok lah Suri, salam.." telefon ku matikan. Masalah Suri selesai macam mana pulak dengan masalah aku? ---- Pagi yang indah, udara yang segar dan aku harap hari-hari selepas ini akan indah dan segar seperti pagi ini, tapi akan indah dan segarkah?? Wa!! Serabutnya!! Ini semua sebab apa yang aku putuskan semalam, satu keputusan yang aku sendiri kurang pasti, walaupun otak aku ni ada rasa gangguan bila memikirkan apa yang bakal berlaku minggu depan tapi aku masih cuba berlagak yang segalanya akan berjalan lancar. Suriya..Suriya kenapa selalu buat akak macam ni??? Sedikit keluhan terluah juga.
Bila agaknya aku nak berjumpa dengan anak mama Chik ye?? Tu lah mama Chik ni, siapalah suruh hantar budak tu duduk dengan nenek dia, pastu terus hantar belajar asrama, habis asrama hantar overseas pulak, dah aku tak kenal siapa dia. Kalau abang Fendi ke, abang Fadli ke aku kenallah, boleh jugak bawa berbincang masalah ni. Ini orangnya pun aku tak tahu macam mana rupa dia, sekali je muka macam jambatan tak siap, wa!!!! Tak nak lah!! Nanti tak comel pulak anak-anak aku…wa!!! Tok! Tok! Tok! Hah!! Ya Allah apa punya melalut karutlah otak aku ni. Siapa pulak sebok ketuk-ketuk pintu bilik aku ni. Dah lah aku tengah bengong nih. " Masuk!" " Cik Rya, ada orang nak jumpa" beritahu pembantu ku. " Siapa Tina? Pembekal ke?" " Bukan, dia cakap dia bakal tunang Cik Rya" ha??? Bakal tunang aku??? Mak!!tolong Rya!!! " Owh, yeke..erm..silakan dia masuk" relax Rya..jangan gelabah, ada kang kantoi yang ko sendiri tak kenal siapa bakal tunang ko tu.
" Assalamulaikum…boleh saya masuk" satu suara garau memberi salam, jantung ku berdegup laju, macam ada pertandingan kompang pulak dia kat dalam tu. Perlahan kerusi ku pusingkan menoleh kearah pemilik suara. " Waalaikumsalam..silakan masuk…" ---- Mak aiihh!! Aku punyalah terkejut tengok dia tadi tapi dia boleh buat muka slumber macam dia tak pernah jumpa aku je. Kalau 1st time hari tu dia mungkin tak perasan, tapi bukan ke yang 2nd time dia siap bercakap dengan aku, pastu siap ikut aku masuk rumah lagi. Apa punya kepala pun aku tak tahulah, agaknya semut dah buat kampung dalam kepala dia kot, tu yang pelupa macam opah-opah. Mama ni pun satu, tiba-tiba cakap dia dah pun ada calon menantu pilihan dia, mentang-mentang aku bagi green light sebelum aku balik Mesia, alih-alih balik je terus cakap dia dah ada calon.
Jiwa dan hati ku melayang pada kekasih hati yang pergi tanpa sebab. Hani..kenapalah tiba-tiba awak minta kita akhiri hubungan yang dah 3 tahun kita lalui, walaupun ramai yang nasihat , jangan percaya pada cinta jarak jauh ni tapi saya tetap jugak setia pada awak. Tak cukup lagikah kesetiaan saya ni? Saya tahu perkenalan kita hanya melalui alam maya yang bisu tanpa suara, yang buta tanpa wajah tapi saya dah jatuh hati dengan keperibadian awak, awaklah tempat saya mengadu bila saya ada masalah. Awak dah janji nak tunggu saya, awak nak jumpa saya bila saya sampai Mesia, awak janji yang awak akan terima semua kekurangan saya andai saya tidak sesempurna insan lain, tapi kenapa belum sempat kaki saya menjejak bumi kelahiran ini kata putus yang awak lafazkan??Kenapa Hani??? dan dek kerana itulah aku minta mama carikan calon isteri buatku, konon-konon frust menonggenglah, so buat keputusan pun ikut hati je. Sekarang ni mama dah carikan calon tapi calon ni macam blur je aku tengok. Tak bereaksi langsung pada aku yang hensem lagi macho nih. Eh! Terpuji diri sendir lak. He…. ---- Suriya sekali lagi datang menemui ku, dikhabarkan berita yang kurang enak untuk didengar. Kekasih hati sudah beralih arah, menangis-nangis depan aku. Suriya kenapalah tak kau je yang jadi adik aku jadi akak. Sebenarnya Suriya kakak kepada ku, tapi oleh kerana sikap ku yang lebih matang maka gelaran kakak diberi kepadaku, sudahnya segala masalahnya tertuju padaku sekaligus akulah penyelesai masalah yang dia buat. Apalah nasib dapat kakak tapi macam adik manja pulak. Puas jugalah nak memujuk dia supaya jangan menangis, lama-lama dah bengkak mata tu macam kena tumbuk baru nak berhenti. Lepas tu boleh sambung lagi, sebab takut mama dengan babah pulak marah sebab kekasihnya dah lari,sedangkan alasan dia menolak pinangan mama Chik kerana dia telah mempunyai kekasih. Adoyai Suriya…..
Penat memikirkan masalah Suriya aku teringat pertemuan aku dengan Fikri bakal tunang ku minggu depan. Aku rasa aku macam pernah jumpa dia tapi dimana ya??eh! tertiru dialog Yassin plak.heheeh… kalau tengok dari luaran orangnya hensem, alah semua anak mama Chik hensem, tapi muka dia lebih pada papa Chik patutlah dia tak seiras langsung muka abang-abangnya. Banyak soal jugak orangnya, macam-macam yang ditanya tentang aku, eleh macamlah tak tahu pasal aku, bukan aku tak tahu mama Chik tu, dah pasti dia akan cerita pasal aku dari A-Z tak kurang sikit pun tambah perencah mungkin. Mama Chik dulu teman semasa mama di Universiti dan persahabatan tu masih kekal sampai sekarang, kebetulan mama Chik tak ada anak perempuan jadi aku dan Suriya selalu dapat perhatian lebih dari mereka. Seingat aku lah bakal tunang aku ni di besarkan oleh neneknya sebab bila tinggal dengan mama Chik asyik sakit je. Aku pun malas nak amik tahu sangat hal dia, eh! tiba-tiba dah besar gajah dia nak jadi tunang aku pulak. Bila ingat aku nak tunang dengan dia aku rasa nak cekik-cekik je si Suriya. Hish! ---- Yahoo Messenger ku buka, setelah sekian lama aku tinggalkan. Sejak dari peristiwa Hani memutuskan hubungan kami aku langsung tidak menjengah laman "wajib" ku itu. Tapi emel yang kuterima 2 hari lepas membuatkan hati ku diusik sendu. YM ku disapa Twin^Hani : Salam..Ummar awak masih marah pada saya?? Jawablah sayang…saya minta maaf…kalau masih ada kasih dihati,kalau masih ada ruang maaf untuk saya jawablah. Stranger : Salam Hani. Hani saya dah maafkan awak, tapi maaf kerana tidak dapat menerima awak semula, kasih saya hanya untuk bakal isteri saya kelak. Maafkan saya. Twin^Hani : Kenapa cepat awak berubah hati?? Maafkan saya…kalau saya masih ada peluang maaf buat saya, awak datanglah dirumah saya hujung minggu ini. Ini alamat saya…………………… Salam setulus kasih untuk awak Ummar.
YM ku terus bisu, sebisu aku kini. Hati ku berbelah bagi. Macam mana aku nak pergi rumahnya sedangkan hari yang sama adalah hari pertunangan ku dengan Rya. Rya….Eh! baru terperasanlah Hani juga kembar sama seperti Rya. Banyak betul cerita tentang Rya yang aku dengar dari mama, semuanya baik-baik belaka, tak de cacat sikit pun. Baguslah kalau benar seperti dikata mama, aku juga redha kalau ini jodoh aku. Aku berjanji takkan sekali aku melukai hati bakal Hawa ku itu, walaupun dia bukan pilihan hatiku, tapi apa yang pasti mama tak mungkin memilih gadis yang tak baik untukku. Bibir ku melukis senyum bila teringatkan pertemuan pertama aku dengan Rya, walaupun dalam muka terkejut dia telah menarik perhatian aku untuk terus ingat padanya..Rya..terluah namanya dari ulas bibirku perlahan. --- " Kak Rya..macam mana ni…tolonglah Suri…" Si Suri dah buat 10 round dalam bilik aku, naik juling mata aku tengok dia. Tak habis-habis dengan masalah. Lepas satu, satu masalah dia yang buat aku sakit kepala. " Suri..kalau dia tak datang terima jelah..mama dengan babah marah pun tak kan lama, lagipun kakak dah terima lamaran mama Chik tu. Jadi anak mama Chik akan bertunang dengan kakak, mama dengan babah pun dah tahu hal ni. So Suri tak yah pikir lagi pasal boyfren Suri tu" akhirnya aku berterus terang pada Suri tentang penerimaan peminangan mama Chik. Lagipula mama Chik tak kisah, kamikan kembar jadi tak ada masalah siapa yang menerima. Pada awalnya mama Chik memilih Suri kerana Suri kakak kepadaku, tak mahu melangkah bendul katanya, tapi kalau Suri dah ada pilihan hati dia tak kisah kalau aku yang memerima lamaran itu. Sementelah aku tak punya kekasih lagi tapi….hurm..biarlah malas nak pikir otak aku ni dah nak beku dah. Tak pelah nanti aku minum air banyak2 bagi cair semula.hik hik… ---- Ini kali ke-4 pertemuan aku dan Rya kali ni dia lebih mesra dari pertemuan ke-3 kami yang berlangsung di officenya sahaja. Makan malam yang tak berapa romantik ni aku yang set kan, kami hanya makan di mamak saja. Aku dah cakap awal-awal tak payah pakai beria sangat sebab ini cuma makan malam biasa. Banyak yang kami bincangkan, kali ni soalan lebih tertuju kepada aku. Yelah bertahun mama dengan mama Enda berkawan tapi sekali pun aku tak pernah jumpa Rya dan kembarnya. Kalau ada pun pergi rumah mama Enda, si kembar ini tak pula ada di rumah. Tak berjodoh agaknya masa kecik-kecik. huhuhu….Aku pulak jenis pemalu dan selalu mengelak bila diajak kemana-mana. Aku lebih selesa dengan buku-buku yang menjadi teman aku sepanjang masa. Akulah ulat buku diantara adik-beradik ku yang lain, dan akulah yang paling ‘sopan’ berbanding abang-abangku yang berperangai chempiang tu.
" Fikri lagi 2 hari kita akan bertunang, awak dah sedia ke? Sedangkan saya bukanlah orang yang sepatutnya bertunang dengan awak" " Erm..Rya saya tak kisah dan saya terima siapa pilihan mama saya, saya pasti pilihan dia tak mungkin silap. Lagipula kita sama-sama menerima perkara ini kan" aku senang melihat senyum dari ulas bibir merah itu. Tenang dan sejuk mata memandang raut wajahnya. Semoga kau akan menjadi isteri yang menjaga kehormatan suami Rya, doaku didalam hati. " Kenapa awak pandang saya macam nak telan?" Opss! Aku telan air liur. Lama sangat ke aku tengok dia?? " Owh! Tak ada apa-apa cuma saya suka tengok awak senyum" jujur aku berkata. Dia tertunduk menyembunyi wajah. Alah-alah malu malu kucing pulak bakal tunang aku nih. Terlupa sebentar masalah aku dengan Hani. tiba-tiba aku teringat dengan pertemuan kami, pertemuan pertama, dan kedua adakah dia masih ingat?? " Rya, awak ingat kali pertama kita berjumpa?" soal ku tiba-tiba. " Eh! Mestilah ingat..awak datang opis saya hari tu. Tak kan saya dah nyanyuk sampai tak ingat bila jumpa awak…apa-apa je awak ni lah" sah! Dalam kepala dia semut dah buat sarang. Tak pe2 biar aku jadi tenggiling kasi makan semut tu semua. Heheheh… Aku pun cerita pertemuan kami pertama yang tanpa aku sedar buat aku jatuh hati pada dia. Love at the first sight la konon.. ---- Aku tersenyum-senyum sendiri, alamak aku dah angau ke dengan si Fikri nih??hehehe..cam tak sangka dia rupanya manusia yang tiba-tiba kena sergah dengan aku suruh diam. Aku ni memang ada sindrom pelupa pun, tu lah mama suruh makan kismis tak nak. Hatiku menyanyikan lagu Kalis Rindu..sempoi.. Melihatkan semua persiapan untuk ku, tiba-tiba aku teringat pada Suri apa agaknya cerita si Suri. Dia tak de pulak cari aku, kalau tak hari-hari mesti call cerita problem dia. Aku berlari turun ke bawah mencari mama. " Ma.." perlahan ku menegur takut mama terkejut pulak. " ha..turun jugak tuan puteri ni.." aku tersengih. " Ma, Suri macam mana. Apa cerita? Pakwe dia datang tak masa majlis Rya bertunang?" soal ku " Tadi baru dia call, katanya buah hati dia jadi datang, tapi majlis untuk Suri diadakan bulan depan dan tarikh kahwin kamu berdua ditetapkan pada tarikh yang sama. Boleh?" " Erm..Rya ikut je mana yang baik ma…" tiba-tiba mama memeluk ku. Tubuh ku dirangkul kejap, setitis airmata dia jatuh dibahu ku. Ala..mama ni suka betul buat aku rasa syahdu tau… " Ma..kenapa ni..ma sedih ye kami dah nak kawin..kalau gitu Rya batalkan je lah" saja aku mengusik. Pantas mama mengangkat wajah. " Kamu ni…mama sedih,terharu sebab mama dikurniakan anak sebaik Rya, yang sanggup berkorban kerana kakak kamu tu" aku tahu mama sedikit kesal dengan perbuatan Suri. " Tak pe ma..Rya rela, Suri tak pernah suruh Rya buat semua ni..Rya terima jika Fikrilah Adam untuk Rya. Jodoh ini memang untuk Rya, Suri cuma watak tempelan je…" aku tersengih, segarit senyum terluah dibibir mama. " Kamu memang selalu buat mama senang hati sayang" akhirnya aku kalah, air mata ku mengalir juga. Mama kuraih dalam pelukan, sebuah ciuman mama hadiahkan ke dahi ku. Terasa sendu di hati.
Emel ku buka berderet emel dalam inbox ku. Aku tertarik dengan emel dari Hani, subject: Pic of mine… hah! Hani bagi gambar dia lah. Kenapalah tidak dari dulu lagi, kenapa nak berahsia sangat, aku akan terima segala kekurangan dia. Gambar terpampang luas dan……
" Asslamualaikum…." " Waalaikumsalam..Mamanya..ni rombongan dah sampai pun…" terdengar riuh rendah diluar aku semakin berdebar. Ada rasa sedih bergayut di hati apakah Ummar telah buka emel tu? Akan datang ke dia hari ni? Walau telah ku ajar hati ini untuk mengatakan yang dia akan datang, tapi entah kenapa aku merasa takut sekiranya dia tidak datang. wa!! Bencinya!!! " Rya…mama Chik nak masuk sarungkan cincin tu" mama Chik sudah pun di depan mata. Ku toleh pada Suri, entah apa yang dilamunkan, muka nampak toye je sebab yang dinanti belum lagi kunjung tiba. Tangan ku hulur, cincin berlian bermata satu tersarung di jari manis ku, mencium lembut tangan mama Chik yang bakal menjadi ibu mertua ku. Dahi ku dikucup. " Rya..terima kasih kerana sudi jadi menantu mama Chik. Ini Fikri bagi surat untuk Rya" tangan ku menyambut huluran surat itu. Mama chik keluar sejurus surat ku ambil, si Suri membontoti mama Chik dengan muka macam kerang busuk. Aku kuis tangan Suri minta dia menemani aku dibilik tapi dia buat dunk je. Geram betul!. Surat di tangan aku buka, apa ajelah Fikri ni, ada pulak siap bagi surat. Macamlah tak boleh jumpa. Surat ku buka, dua keping ganbar jatuh dihujung kaki. Tiada satu baris pun yang tertulis di atas kertas, kosong. Kukutip dan kubalikkan sekeping darinya ternyata itu adalah gambar ku. Eh!! Kejap-kejap ni gambar yang aku bagi pada Ummar…apa ni?? I need an explanation now! Gambar lagi satu, ah lupakan. Nanti boleh tengok. Pantas aku bangun meluru keluar, mama Chik ku cari, semua mata memandang kearah ku. " Mama Chik, Fikri mana?? Soal ku kalut. " ada diluar, dia tak…" tak habis mama Chik berkata aku dah pun berlalu. Sorry mama Chik, Rya ada hal hidup dan mati.
Terlihat Suri dengan Fikri berbual mesra. Fikri melempar senyum buat ku, kaki ku melaju kearahnya. " Kak Rya, Suri nak kenalkan kekasih Suri" hati ku dah berdegup laju. " Awak! Mari sini" mata ku hala mengikut lambaian tangan Suri, tiba-tiba terasa beban dibahu bagai hilang. Terlihat seorang lelaki berkulit hitam manis melangkah perlahan kearah kami. " Erm..Suri kejap lagilah kenalkan. Akak ada hal, kamu! Meh ikut saya!" tangan ku unjuk pada Fikri. Tangan Fikri ku tarik ke sudut rumah, dengan bercekak pinggang aku bertanya " Mana awak dapat gambar tu??" walaupun aku dapat menduga tapi aku perlu jawapan yang pasti. " Rya Mahani itu nama awak kan. Saya Fikri Ummar" tenang Fikri a.k.a Ummar menutur kata. Aku terkelu, lidah ku beku, hanya air mata yang menitis. " Hani..janganlah nangis..bukan saya marah awak pun..sebelum datang sini saya bukak emel, bila gambar awak yang terpampang awak tau, saya rasa lega sangat. Patutlah since first saya jumpa awak saya dah jatuh hati, rupanya awak memang Hawa untuk saya. Awak ingatkan saya pernah ingin awak jadi Hawa saya dan saya menjadi Adam awak??" panjang lebar penjelasan dari Ummar. Aku pula semakin kuat pula esaknya. " Hani..looked I tak marah ok…I tak marah. Malah Ummar bersyukur dengan apa yang berlaku" Ummar menyeka air mataku dengan jarinya. " Maafkan saya Ummar…saya tak berniat nak melukakan hati awak..saya minta putus pada awak sebab saya tak yakin pada diri sendiri. saya takut nak jumpa awak. Bodohkan alasan saya??" kataku dalam sedu. " Tak pelah,saya dah maafkan. Kalau saya bukanlah Ummar dan Ummar yang sebenar datang hari ini apa yang awak nak buat? Bukan ke awak dah setuju nak bertunang dengan orang lain?" " Saya sekadar ingin minta maaf dan ingin melihat wajahnya walau hanya sekali ini" " Bukan ke kejam awak buat macam tu?" ada rasa tidak puas hati dari nada suara Ummar. " Tapi bukankah awak juga ada cakap yang awak hanya serahkan kasih sayang hanya untuk bakal isteri awak je. Bukan ke itu cukup untuk buat hati saya sakit juga??" soal ku semula. " Ok,Ok..dah lah tak guna kita persoal perkara yang dah pun selesai. Ternyata awak tetap Hani yang keras kepala, manja dan orang yang paling saya sayang. Hani saya menerima awak seadanya, segala buruk dan baik dan ternyata awak tak lah buruk tapi cun sangat. Sampai buat saya jatuh hati pertama kali pandang awak" lalu hidung miliknya ku cuit sedikit. Memerah pipinya menambah ayu diwajah. " Abis gambar lagi satu gambar apa?" " La..tak tengok ke??Gambar sayalah..masa kecik2" saja aku nak menyakat dia, rupanya dia tak tengok. Tak penyabor betul bakal isteri aku ni. Hatiku sendiri berdetik, kalaulah Suriya Hani yang menerima lamaran ku, pasti aku kecewa kini. Sesungguhnya jodoh itu memang Allah yang tentukan seperti mana ajal dan maut hanya Dia yang mengetahui. ----- Kini aku meniti bahagia bersama Ummar, sepatutnya aku mengucap terima kasih pada Suri sebab kerana dia menolak pinangan mama Chik akhirnya aku dapat bersatu dengan Ummar yang kini suami ku. Bila teringat semula kisah antara kami aku tersenyum sendirian. Punyalah aku selalu merurngut dalam hati Suri suka buat masalah, rupanya masalah Suri pemberi sinar bahagia buatku. Terima kasih kakak ku merangkap baby tua ku.
Kurenung lembut wajah kekasih,teman,suami merangkap ayah pada anak yang kini berada dalam kandungan ku. Wajah itu selalu membuat ku tenang. Terima kasih sayang. Tubuh kupusing, kembali menatap skrin kecil di depan ku,jemari kembali lincah dipapan kekunci, novel ku harus dilunasi, sementelah idea datang mencurah ketika hening ini. Fikri Ummar kaulah kasih ku abadi. Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan pertemuan yang cukup indah untuk aku dengan Adam ku.
Hati kecil Husna dipukul resah. Peristiwa yang dilihatnya tengah hari tadi benar-benar mengusik hati perempuannya. Hafiz tega menduakannya. Benarlah khabar angin yang didengarinya selama ini bahawa Hafiz, lelaki yang telah memberikan harapan padanya itu telah mempunyai wanita lain. "Husna....," suara Puan Suraya, ibunya mematikan lamunan Husna. Air mata yang menitis itu lantas diseka oleh Husna. Pandangannya dialihkan pada Puan Suraya yang berdiri di muka pintu. Husna cuba mengukir senyuman yang manis. "Kenapa dengan Husna ni? Ibu tengok 2-3 hari Husna mula bercuti ini, Husna lebih suka duduk terperuk di dalam bilik. Ibu risau, ayah risau, Haris juga risau melihat Husna begini. Ada apa-apa yang Ibu tak tahu ke?" ujar Puan Suraya sambil berjalan ke arah Husna yang berdiri di pintu beranda. Tangan gadis itu disentuhnya. Sejuk. "Husna tak apa-apalah ibu. Cuma Husna risau menunggu keputusan peperiksaan tahun akhir Husna hari tu ibu. Ibu, ayah dan Haris tak usahlah risau. Husna tak apa-apa," kata Husna perlahan. Suaranya agak tersekat-sekat. "Husna...Husna tu anak ibu. Tak usahlah Husna menipu ibu. Ibu juga pernah merasa muda seperti Husna sekarang. Umur Husna juga dah mencecah usia 24 tahun. Ibu cuma ada Husna sebagai anak gadis ibu. Jangan menipu ibu, Husna. Apa masalahnya?" ujar Puan Suraya lembut. Husna terperanjat. Namun kemudian dia berasa sangat sayu. Puan Suraya nyata lebih dulu dapat menangkap apa yang telah terjadi. Air mata Husna mula menitis. Puan Suraya dipeluknya. Dia kalah. Mana mungkin dia mampu membohongi insan yang telah melahirkannya ke dunia ini. "Husna kalah ibu. Maafkan Husna. Husna tidak mampu menjaga amanat ibu sebaik-baiknya. Hati Husna telah dicuri dan kemudiannya dihancurkan dengan kejam ibu," ujar Husna perlahan dengan air mata yang jatuh berguguran. Husna benar-benar kalah. "Tidak mengapa Husna. Semua itu adalah kehendak Maha Esa. Bersabarlah Husna. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya dengan apa yang tidak mampu dan tidak tercapai oleh hambanya Husna, banyakkan berdoa dan lebihkan beribadat kepada-Nya Husna. Ibu tahu kamu mampu," ujar puan Suraya sambil mengusap lembut kepala anak gadisnya itu. Husna menangis sepenuh hatinya. ............................................. Kringg...kring...kring...kring... Bunyi mesej masuk. Husna tidak menghiraukannya. Dia pasti itu adalah Hafiz. Seketika kemudian bunyi nada’sayang sayang’ nyanyian Aliff Aziz pula mengisi ruang bilik tidur Husna itu. Husna mengeluh lagi. Telefon bimbit di atas meja kecil di sebelah katil diambilnya. Tertera dengan jelas nama Hafiz di skrin telefon. Husna meletakkan telefon itu kembali. Buku novel ‘Pergilah Sepi’ dibacanya semula. Setelah 2-3 kali telefon itu masih tetap berbunyi, Husna mulai berasa bosan. Punat hijau di tekannya. "Apa yang Fiz nak lagi? Bukankah segala-galanya telah terbukti. Jangan ganggu Husna lagi," jerkah Husna. Masih segar di ingatannya perdebatan yang berlaku antara dia dan Hafiz beberapa hari lalu semasa mereka di Majlis Konvokesyen. "Dengar penjelasan Fiz dahulu Husna. Beri Fiz peluang," rayu lelaki itu. "Sudahlah Fiz. Bukankah sudah puas kita bertelingkah sebelum berpisah dahulu. Husna bosan Fiz. Jangan ganggu Husna lagi. Husna mahukan keamanan hidup," jerit Husna. Darahnya benar-benar tersirap apabila Hafiz masih mahu menyambung ikatan yang telah putus itu. "Husna salah faham. Apa yang Husna lihat tempoh hari bukanlah seperti apa yang Husna fikirkan. Jangan bertindak dengan rasa amarah menguasai diri Husna. Fiz sayangkan Husna," ujar Hafiz lagi. "Stop it!!!" jerit Husna. Talian telefon dimatikan. Telefon bimbit itu dicampaknya. Terburai segala isinya. Husna menangis lagi. Fikirannya kacau. Mukanya disembamkan ke atas katil. Pintu bilik terbuka dengan tiba-tiba. Haris terpacul di muka pintu. Lelaki itu gusar mendengar bunyi bising dari bilik kakak kembarnya itu. Haris tambah terkejut apabila melihat keadaan Husna, telefon yang berderai dan katil yang bersepah. "Husna...mengapa ni?" tanya Haris dan memberanikan diri mendekati Husna. "Tinggalkan Husna bersendirian Haris. Husna mahu sendiri," esak Husna perlahan. "Husna...sudah hampir sebulan Husna begini. Semenjak habis belajar lagi....selepas Majlis Konvokesyen pula....Husna makin menjauhkan diri daripada Haris. Haris mahu berkongsi penderitaan Husna itu," ujar Haris sayu. "Tolong Haris. Berikan Husna masa," rayu Husna. Haris menganggukkan kepalanya. Dia berjalan ke luar bilik Husna. Haris seakan dapat mengagak sebab kakak kembarnya itu berduka lara. .................................................... "Husna....," sapa Haris perlahan. Husna yang sedang asyik memandang laut dihadapannya terkejut. Pandangan mata dialihkan kepada Haris. Husna mengukir seyuman. Haris ceria. "Bagaimana? Adakah cadangan Haris berjaya?" tanya Haris lalu turut duduk di sebelah Husna. "Thanks a lot Haris. Maafkan Husna kerana melampiaskan rasa kecewa Husna pada Haris. Benar kata Haris tempoh hari bahawa Haris patut tahu perkara sebenar. Terima kasih kerana membawa Husna ke sini. Husna benar-benar berasa tenang kini," kata Husna. "Husna...Haris faham situasi Husna. Ibu telah menceritakan apa yang berlaku pada Haris. Dan Haris dapat merasai kesakitan yang Husna rasakan," ujar Haris. Husna terdiam. Fikirannya melayang pada saat Hafiz melafazkan ikrar cintanya dulu. ................................................ Hafiz dan Husna belajar di unversiti yang sama di Bandar Kuala Lumpur. Mereka berdua bersahabat baik. Dalam diam kedua-duanya menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Pada suatu hari, Hafiz berterus-terang pada sahabatnya itu. "Husna...ada sesuatu yang Fiz mahu khabarkan." "Apa dia? Husna sedia mendengarnya." "Hati Fiz telah dicuri oleh seseorang, Husna." Husna terpana. Hati perempuannya bagai ditusuk sembilu. Pedihnya menjalari ke seluruh tubuh. "Siapakah manusia yang malang itu Fiz?" tanya Husna bergurau. "Adakah insan yang mencuri hati Fiz malang wahai cik adik Husna?" tanya Hafiz kembali. Matanya memandang ke arah Husna. Pandangan itu punya makna yang tersendiri. "Husna hanya berguraulah. Fiz seorang sahabat yang baik, memahami dan Husna amat senang berkawan dengan Fiz. Maka, insan yang mencuri hati Fiz itu adalah insan yang sangat bertuah Fiz. Sangat bertuah," ujar Husna tanpa mampu membalas mata Hafiz. Hatinya bergelora hebat. "Husna....sesungguhnya insan itu amat istimewa dalam hidup Fiz. Insan itu telah membawa seribu satu kemanisan buat Fiz. Fiz berjanji, selagi nyawa masih di badan, selagi hidup dikandung tanah, selagi matahari dan bulan saling berganti, selagi Allah masih memberi peluang pada Fiz untuk bernafas, selagi itulah Fiz akan mencintai dan menyayangi dia. Fiz akan setia," ujar Hafiz penuh romantis. Hati Husna bagai dirobek mendengar madah-madah cinta Hafiz itu. Dia cuba bertenang. Kepalanya ditundukkan. "Bertuah sungguh insan itu Fiz," ujar Hafiz perlahan. Dia mencuba sedaya-upayanya menyembunyikan gelora jiwanya itu. "Mengapa Husna? Adakah apa-apa yang salah pada percakapan Fiz?" tanya lelaki itu apabila Husna menjadi pasif dengan tiba-tiba. "Tidak ada apa-apa Fiz. Husna cuma memikirkan betapa istimewanya insan itu pada Fiz. Husna tumpang gembira Fiz," kata Husna berbohong. Husna cuba tersenyum tapi nyata sia-sia. "Pandang Fiz, Husna. Pandang mata Fiz. Nyatakan yang Husna cukup gembira apabila Fiz dah ada pilihan hati," ujar Hafiz lembut. Husna menggeleng-gelengakan kepalanya. "Pandang Fiz, Husna,’ ujar Hafiz sekali lagi dengan tegas. Kali ini Husna mengangkat kepalanya. Kolam matanya digenangi air. Hafiz faham mengapa gadis itu jadi begitu. "Husna...maafkan Fiz kerana bertindak menguji Husna tapi Fiz cuma mahu mengetahui hati budi Husna. Fiz sayangkan Husna," ujar Hafiz lembut. Matanya memandang tepat mata gadis itu. Dia cuba menghantar sinar kasihnya buat gadis itu. Tidak semena-mena air mata Husna menitis. Husna cuba memahami maksud Hafiz itu. Hafiz faham lantas berkata, "Ayat-ayat cinta yang Fiz ikrarkan tadi adalah milik Husna. Muhd Hafiz Hakimi mencintai Siti Nurul Husna. Insan yang bertuah itu adalah Husna, sayang," ujar Hafiz berani. Husna menangis semahu-mahunya. Tanpa perlu diucap Hafiz tahu Husna juga menyayangi dirinya. Jika tidak masakan gadis itu menangis sedemikian rupa. Itulah kali pertama Hafiz melihat Husna yang sentiasa riang itu menangis semahunya. Bagi Husna, saat itulah saat paling bermakna dalam hidupnya. Dia menangis semahu hatinya namun dia mampu mengukir senyuman apabila membayangkan masa depannya yang penuh dengan bunga-bunga cinta. ............................................. Haris terkejut apabila Husna menangis dengan tiba-tiba. "Jangan tumpahkan air mata itu lagi kak. Haris turut merasai kepedihannya. Biarkanlah yang berlalu itu terus berlalu," ujar Haris lembut. Haris memegang erat tangan kakak kembarnya itu untuk mententeramkannya. "Haris...Husna mencintai Hafiz. Husna tak pernah rasa bahagia dalam bersahabat seperti mana manisnya mengenali Hafiz. Husna tak percaya yang Hafiz tega menduakan cinta Husna. Husna benar-benar kecewa Haris," ujar Husna dalam esakannya. "Husna, peristiwa pahit itu telah pun berlalu. Biarkanlah ia menjadi sejarah....menjadi iktibar buat kita semua. Jangan biarkan kenangan itu menghantui hidup Husna lagi," ujar Haris memberikan semangat. Husna menganggukan-anggukkan kepalanya. Terpahat kukuh di dalam hati Siti Nurul Husna untuk melupakan apa yang telah berlaku. Itu azamnya. ........................................ Lambaian tangan Haris dan Puan Suraya mengiringi perjalanan Encik Safwan dan Husna menaiki kapal terbang yang akan ke Indonesia. Encik Safwan yang mempunyai urusan di Indonesia membuatkan Husna tidak melepaskan peluang itu untuk melapangkan fikirannya. "Ibu...mampukah Kak Husna?" tanya Haris kepada Puan Suraya yang berdiri di sebelahnya. "Ibu yakin Husna mampu. Kita doakan sahaja kebahagiaan Husna, Haris," ujar Puan Suraya sambil mengusap kepala Haris. " Baguslah kalau begitu kata ibu. Mari kita pulang ibu," ajak Haris. Puan Suraya menuruti. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kereta. ......................................... Kini telah seminggu lebih Encik Safwan berada di Indonesia. Urusan yang dikendalikan olehnya itu hampir selesai. Namun begitu, atas permintaan Husna untuk berada lebih lama di rantau itu membuatkan Encik Safwan melanjutkan tempoh berada di Indonesia hingga 3 minggu. "Terima kasih ayah. Terima kasih kerana memahami Husna," ujar Husna apabila Encik Safwan bersetuju dengan permintaannya. "Demi anak ayah tidak mengapa Husna," ujar Encik Safwan lembut. Husna tersenyum. Walaupun berada di Indonesia, Husna tidak lupa bertanya khabar Haris dan juga Puan Suraya di Malaysia setiap hari. Husna menghubungi Haris melalui e-mail. Tiap-tiap hari sebelum tidur, Husna akan ber ‘chat’ dengan adiknya, Haris terlebih dahulu. Haris senang hati apabila dapat melihat perubahan sikap Husna hari demi hari. Puan Suraya juga melafazkan syukur kepada Ya Rabbul Izzati apabila Haris mengkhabarkan perubahan Husna itu. ............................... Bunyi loceng pintu mengganggu konsentrasi Haris yang sedang leka di hadapan komputer. Dia hairan apabila bunyi loceng itu terus-terusan berbunyi. "Ah..patutlah. Ibu tiada di rumah," desis hati kecil Haris. Akhirnya dengan rasa malas dan geram, Haris menuruni tangga dan berjalan ke pintu rumah. Dia terkejut apabila seorang lelaki yang agak serabai penampilannya berdiri lesu di depan pintu. "Adakah ini rumah Siti Nurul Husna?" tanya lelaki itu tanpa berlengah. "Ya. Namun Husna tiada di rumah sekarang. Silalah masuk terlebih dahulu saudara," ujar Haris. Hati kecil Haris dapat mengagak siapa gerangan lelaki itu. Namun dia kehairanan melihat keadaan lelaki itu. Haris menjemput lelaki itu duduk dan meminta lelaki itu menunggu sebentar. Haris menuju ke dapur dan menyediakan minuman ringan untuk tetamunya itu. Apabila Haris kembali semula ke ruang tamu, Haris terpana apabila lelaki itu sedang berdiri tepat di hadapan gambar besar kakak kembarnya ketika di Majlis Konvokesyen beberapa bulan yang lalu. Lelaki itu tunduk menekur lantai. "Saudara...," sapa Haris sopan. "Di manakah Husna?" tanya lelaki itu perlahan. "Jemputlah minum dahulu saudara. Kemudian boleh kita berbincang," ujar Haris lembut. Lelaki itu menurut ajakan Haris. Dengan lemah-longlai lelaki itu duduk dan meneguk segelas air. Nampak sungguh lelaki itu sedang mencuba mengumpulkan kekuatannya. "Saudara ini Hafiz, bukan?" tanya Haris tiba-tiba apabila sepi menyelubungi mereka sekian lama. Lelaki itu lantas memalingkan mukanya kea rah Hafiz. Dia kehairanan. "Benar...saya adalah Hafiz,’ ujar lelaki itu perlahan. Hafiz menceritakan hal sebenar kepada Haris. Tanpa segan-silu dia hampir menitiskan air mata apabila menyentuh saat ketika Husna bertindak meninggalkannya. Hafiz juga hampir separuh mati ketika mencari Husna. Gadis itu telah meninggalkannya tanpa sebarang alamat, sebarang berita untuk dirinya. "Saudara, mengapa saudara tergamak menduai Kak Husna?" tanya Haris tegas. "Saya bukan menduai Husna saudara. Husna salah faham. Perempuan yang dia nampak itu adalah sepupu saya. Dia akn bernikah hujung bulan ini dan waktu itu kami sedang mencari barang-barang untuk hantaran. Tunang sepupu saya juga turut ada bersama kami tapi mungkin saat itu Husna tidak menyedarinya. Saya yang mengikrarkan cinta kepada Husna. Saya tak akan bertindak bodoh dengan menduai dia. Saya cintakan dia," ujar Hafiz keras. "Saudara, saya dan Husna datang dari rahim yang sama. Kami berkongsi masa dan waktu yang sama. Saya cukup mengenali kembar saya itu. Kak Husna tidak akan menuduh secara melulu saudara. Kak Husna amat menyayangi saudara. Dia tersangatlah terseksa apabila melihat saudara bersama perempuan lain. Kak Husna sangat sensitif saudara. Dua bulan saya perlu menjaga setiap kata-kata saya kerana saya tak mahu melihat dia menangis. Air mata adalah peneman setianya selama ini. Ketiadaan Kak Husna di rumah ini juga adalah atas desakan saya agar dia boleh berehat buat seketika," ujar Haris dengan jelas. "Jika saudara mahu melihat Husna kembali tersenyum, izinkanlah saya bertemu Husna. Saya mahu memperbaiki semula keadaan ini. Seperti mana terseksanya Husna, saya juga merasa kesannya seperti mana awak lihat pada saya hari ini. Saya berjanji tidak akan melukai Husna lagi. Saya sedar saya seorang yang mudah mesra dengan semua orang. Mungkin kerana itulah dia mengambil keputusan sedemikian kerana sering mendengar cerita buruk mengenai saya. Ramai rakan-rakan saya mencemburui saya kerana berdamping dengan gadis secantik dan sebaik Husna. Saudara, saya pohon bantulah saya," ujar Hafiz dengan nada rayuan. "Jika saya membantu saudara, mahukah saudara berjanji dengan saya?" tanya Haris menduga Hafiz. " Saya sanggup berjanji apa sahaja demi Husna," jawab Hafiz tanpa teragak-agak. " Begini...berjanjilah pada saya yang saudara akan setia hanya pada Kak Husna. Jagalah dia, sayangilah dia, sepertimana saudara menjaga dan menyayangi diri saudara sendiri. Sesungguhnya antara saya dan Kak Husna ada ikatan yang sangat kukuh. Jika dia sakit, saya turut merasainya," ujar Haris panjang lebar. Hafiz mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. Hafiz dan Haris kemudiannya berbincang apa yang akan dilakukan untuk menyatukan kembali dua sahabat itu dengan baik dan manis tanpa pergaduhan mahupun perdebatan. ................................. " Ibu setujukah dengan cadangan Haris ini, ibu?" tanya Haris meminta pendapat. "Haris...sesungguhnya Haris dan Husna sahajalah anak yang ibu ada. Jika ibu tak dapat nak selami hati kamu berdua sebaiknya apalah gunanya ibu? Sebanyak manapun ibu memahami kamu berdua, ibu pasti kamu berdua lebih memahami apa yang terbaik untuk diri kamu masing-masing," ujar Puan Suraya sambil tersenyum. Haris tersenyum manis. Persetujuan ibunya itu sudah cukup menggembirakan. Haris lega kerana telah mendapat restu ibunya dan tidak sabar-sabar lagi menanti kepulangan ayah dan kakak kembarnya itu pada esok hari. .............................. " Ibu....," suara Husna kedengaran dari hadapan Balai Ketibaan Penerbangan Antarabangsa KLIA itu. Puan Suraya berpaling ke arah suara itu. Husna sedang berlari anak ke arahnya dengan senyuman yang terukir manis di bibirnya. Hati ibu itu bersyukur tatkala melihat perubahan anak perempuannya itu. "Husna rindukan ibu dan Haris," ucap Husna selepas mencium tangan Puan Suraya. Senyuman manis dihadiahkan buat ibu dan adik kembarnya itu. Haris ceria. Encik Safwan yang berjalan di belakang Husna hanya tersengih melihat adegan itu. Puan Suraya dan Haris mencium tangan Encik Safwan. Mereka sama-sama kembali ke rumah selepas itu. .............................. "Apa mimpi Haris ajak Husna keluar ni?" Tanya Husna sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi Restoran Mewah Alice itu. "Haris ada sesuatu yang amat penting mahu dibincangkan dengan Husna," ujar Haris tenang. "Apa bendanya tu? Sampai perlu bawa Husna makan di luar. Adakah adik kakak ni dah jatuh hati dengan seseorang maka perlukan bantuan kakak untuk beritahu ayah dan ibu?" "Kakak ni sampai ke situ pula. Merepek je la. Ini bukan pasal Haris tapi kakak." "Baiklah. Apa dia?" "Kita makan dulu. Lepas tu baru kita bercerita." Husna mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. Husna agak gementar melihat adik kembarnya itu agak serius. Jarang sekali Haris bersikap begitu. Sambil menjamu selera, Husna menceritakan pengalaman menariknya selama berada di Indonesia. Apabila masuk hal-hal yang lucu, kedua-dua beradik itu ketawa bersama-sama. Selepas habis makan barulah Haris mula membuka cerita. "Kak...beberapa hari lepas ada orang datang ke rumah." "Datang ke rumah? Apa kehendaknya?" "Mereka datang mahu....mahu...mahu merisik kakak." "Merisik kakak? Haris jangan main-main. Be serious." "Buat apa pula Haris nak menipu kakak? Orangnya baik kak. Haris berkesempatan berbual dengan lelaki itu dan Haris berkenan dengan sikap lelaki itu." "Kita tak boleh nilai orang dari luaran Haris. Kakak dah serik Haris." "Kak...Haris lelaki. Haris tahu bagaimana personaliti seorang lelaki dari cara dia bercakap dan bergaul. Hati haris senang dengan lelaki itu. Kakak fikirkanlah dahulu. Ibu dan ayah menyerahkan keputusan pada tangan kakak. Begitu juga Haris." "Tapi Haris...." "Kak...janganlah bersikap pasif. Jangan membenci lelaki kak. Jangan disebabkan kakak kecewa dengan Hafiz kakak bertindak menolak semua lelaki. Tak semua lelaki sama kak. Demi Haris, tolonglah fikir dahulu." Husna diam. Dia kebingungan. Husna sebenarnya takut untuk berharap lagi. Pengalaman dikecewakan oleh lelaki bernama Hafiz itu benar-benar mengajarnya agar lebih berhati-hati. Permintaan Haris tak mungkin diketepikan. Husna sedar bahawa Haris mahu melihat dia bahagia. Namun begitu, desakan hati kecilnya agar menolak risikan itu juga mendera perasaannya. "Berikan Husna masa. Namun Haris janganlah terlalu berharap," ujar Husna selepas mendiamkan diri sekian lama. "Baiklah. Seminggu," kata Haris. Selepas membayar harga makanan Haris dan Husna bergerak meninggalkan restoran itu untuk pulang ke rumah. Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Pasti ayah dan ibu sedang menunggu kepulangan mereka berdua. ......................................... "Husna...dengar penjelasan Fiz terlebih dahulu," rayu Hafiz. "Apa lagi yang mahu diperjelaskan Fiz? Jika selama ini Husna mendengar kata-kata orang tapi kini Husna melihatnya dengan mata kepala Husna sendiri. Husna belum rabun lagi Fiz," jerkah Husna. "Perempuan itu sepupu Fiz. Fiz cuma menemankan dia dan tunangnya membeli barang-barang untuk hantaran. Kami berkawan sejak kecil, takkan Fiz nak tolak ajakan dia," jelas Hafiz tanpa dipinta. "Sepupu apa bertepuk tampar, bergurau mesra, bermain tangan? Husna nampak semuanya Fiz. Husna tak sangka Fiz begitu kejam," jerkah Husna lagi. "Husna....kami tersangatlah rapat. Sepertimana rapatnya Husna dengan kembar Husna, begitulah rapatnya Fiz dengan sepupu Fiz tu. Percayalah Fiz, Husna," pinta Hafiz bersungguh-sungguh. "Pergi Fiz!! Pergi!! Husna bencikan Fiz!! Pergi!!" jerit Husna. "Kak..kak..Kak Husna...," suara Haris menerjah pendengaran Husna. Terasa bahunya digoyangkan oleh seseorang. "Astaghfirullahala’zim," ucap Husna pantas apabila dia tersedar dari mimpinya. "Lain kali sebelum tidur basuh kaki dahulu, kak," tegur Haris. Fikiran Husna melayang ke mimpi yang dialaminya sebentar tadi. Dia berasa sayu dengan tak semena-mena. Berbagai-bagai telahan menerjah fikirannya. Dia menundukkan kepala merenung katil. "Maafkan Haris kak," ucap Haris serba-salah. Air mata Husna gugur dengan laju tanpa dipinta. Haris kebingungan. Tiba-tiba Husna memeluknya. Haris tambah hairan. "Haris...Husna takut jika Husna salah. Husna sudah sedaya-upaya melupakan Hafiz tapi Husna gagal. Husna masih menyayangi Hafiz," ujar Husna dalam rengekannya. Haris melonggarkan pelukan Husna dan memegang tangan kakak kembarnya itu. Haris memaksa Husna memandang matanya. "Kak Husna....Haris cukup memahami kakak. Apa salahnya kalau kakak telefon dia dan pinta penjelasan daripada dia. Haris tak mahu kakak terus dirundung kesedihan. Haris turut terasa tempiasnya," ujar Haris lembut. Husna diam. Otaknya ligat berfikir. "Esok rombongan yang merisik kakak itu akan datang. Berfikirlah semasak-masaknya. Masa seminggu yang diberikan telah sampai kak," ujar Haris lagi. Husna masih diam. Haris melepaskan pegangan tangannya. Dia berjalan ke biliknya dan mengambil sebuah kotak yang sederhana besar saiznya. Kotak itu diletakkan di hadapan Husna. Husna kehairanan. "Tengoklah isi kotak ini. Mudah-mudahan kakak akan membuat keputusan yang sewajarnya. Haris percayakan kakak," ujar Haris lembut. Haris melangkah keluar dari bilik itu dan menutup pintu bilik kakak kembarnya itu. Selepas beberapa ketika, Husna mula lega kembali. Husna masuk ke dalam bilik air, membasuh muka dan mengambil wudu’. Jam di dinding berdenting menandakan pukul 2 pagi. Husna menunaikan solat sunat tahajud, solat sunat hajat dan solat sunat istikharah. Jiwanya tenang. Selepas melipat kain telekung, mata Husna terpaku pada kotak yang diberikan oleh Haris tadi. Hatinya bergelora hebat. Perasaan ingin tahunya membuak-buak. Sekeping sampul surat diletakkan dia atas kotak itu. Dengan tangan yang terketar-ketar, Husna membuka sampul surat itu dan membacanya. Wangian milik seseorang mengharumi surat itu. Tulisan cacing kerawit itu cukup dikenalinya. Jantungnya berdegup kencang.
Assalamualaikum... Husna pasti terkejut menerima warkah ini daripada adik Husna sendiri. Cuma Fiz sudah tidak tahu lagi apakah cara terbaik agar Husna menerima Fiz kembali. Husna...Fiz bersumpah bahawa Fiz tidak pernah berniat mempermainkan Husna. Fiz menyertakan bersama gambar pertungan sepupu Fiz bulan lepas. Percayalah...Fiz benar-benar menyayangi Husna. Hidup dan mati Fiz hanya bersamamu. Terimalah Fiz kembali...Terimalah pinangan Fiz...Fiz tak sanggup menanggung derita ini lagi. Isi kotak ini bukti cinta Fiz pada Husna. Sayang....maafkan Hafiz..
Muhd Hafiz Hakimi
Sungguh ringkas isi surat itu. Namun cukup berkesan di hati Husna. Dia sama sekali tidak menyangka Hafiz masih setia menunggu dirinya. Gambar yang diberi oleh Hafiz itu ditatapnya. Dia percaya kini yang Hafiz tidak pernah berniat untuk menduai dirinya. Husna membuka dengan perlahan-lahan isi kotak itu. Hatinya bagai dirobek-robek. Isi kotak itu benar-benar membuatkan dirinya berasa sangat bersalah. Di dalam kotak itu ada semua hadiah pemberian Husna pada Hafiz. Surat dan kad semuanya tersusun rapi. Air mata Husna menitis laju. Apa yang disangkakan selama ini ternyata tidak benar. Sebuah kotak baldu berwarna merah hati menarik perhatiannya. Kotak itu diambilnya. Husna membuka kotak kecil itu dengan berhati-hati. Husna terseyum dalam tangisannya kerana isi kotak itu adalah sebentuk cincin emas. Husna dan Hafiz pernah melihat cincin itu di sebuah kedai emas sebelum mereka berpisah dahulu. Hafiz berjanji bahawa cincin itu akan menjadi miliknya suatu hari nanti. Kini, janji itu telah ditepatinya. Husna sayu. Deringan telefon bimbit meminta perhatian Husna. Nama Hafiz tertera di skrin telefon miliknya itu. Husna menekan punat hijau dan medekatkan telefon itu pada telinganya. Hatinya bergelora hebat. "Sayang...sudikah menjadi suri hidup Fiz?" tanya Hafiz berani. "Macam mana....???" "Jangan difikirkan mengenai hal itu lagi. Haris yang membantu Fiz. Keputusan terletak di tangan Husna. Fiz cintakan Husna sejak dulu...hari ini...dan selamanya," ujar Hafiz lembut. Husna memandang ke arah pintu bilik. Tidak disedarinya sejak bila Haris berdiri di situ. Fahamlah Husna apa maksud Hafiz itu. Hafiz menunggu penuh sabar. "Jika Husna tidak punya pilihan lain, apa lagi yang Husna boleh buat?" ujar Husna perlahan. Jawapan Husna itu sudah cukup menggambarkan hatinya yang sebenar. Hafiz di hujung talian menjerit kegembiraan. Haris di muka pintu tersenyum ceria. Husna pula tunduk malu dengan kejadia yang tidak diduganya itu. Sesungguhnya Husna pasti Allah itu Maha Adil dan keputusannya saat ini adalah keputusan yang terbaik pernah dilkukannya. Husna benar-benar tenang kini. ..............................................
"Cepatlah mama. Nanti kamera tu berdetik," jerit Hanis manja. Husna berdiri di sebelah Hafiz. Seketika kemudian bunyi ‘klik’ kedengaran tanda foto telah diambil. Di dalam foto itu terhias indah sebuah keluarga bahagia. Husna dan Hafiz kini mempunyai 3 orang cahaya mata. Hanis Insyirah yang sulung berusia 6 tahun. Hazriq Hasif berusia 4 tahun manakala yang bongsu, Huda Zafirah berumur 2 tahun. Haris pula telah memilih Nur Musliha sebagai teman hidupnya. Anak-anak mereka adalah Adam Mukhriz, 5 tahun dan Ain Hawani, 3 tahun. Dalam kandungan Musliha pula baru berusia 5 bulan. Peristiwa 6 tahun lepas masih segar dalam ingatan Husna dan Hafiz. Namun mereka bersyukur kerana hubungan mereka masih kukuh sehingga ke hari ini. Sesungguhnya janji Allah itu benar. "Lelaki yang baik itu adalah buat perempuan yang baik. Perempuan yang baik pula adalah buat lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya."
Hatiku berasa tidak senang. Ligat otakku memikirkan masalah yang bakal timbul. Hari ini hari isnin. Pagi ini kuliah sudah bermula. Namun aku tetap di hospital ini. Aku bersama ahli keluargaku tetap menjadi penunggu yang setia di luar bilik suram dan sunyi. Di hapadan pinti Unit Rawatan Rapi, aku melihat kelibat seorang pekerja hospital yang setia menjaga pintu bilik itu. ***************
"Kak Long! Kak Long…."jerit hati kecilku. "Bilalah kakakku akan sedarkan diri?" pertanyaan itu hanya tinggal pertanyaan. Bilik itu dipandang dengan pandangan yang sarat dengan harapan yang tinggi menggunung. Suara-suara kakakku yang sedang membaca Surah Yassin jelas kedengaran. Mulutku tidak berhenti mendoakan keselamatan kakak sulungku. Sungguh aku tidak menyangka. Terlalu cepat semua ini berlaku. Aku sememangnya tidak rapat dengannya kerana perangainya yang suka menyendiri dan tidak suka berkongsi. Dia sering dipinggirkan oleh adik beradik yang lain. Sungguh aku amat menyesal.
*************** Aku masih ingat ketika kakakku terlantar di wad pada hari sabtu lepas. Aku masih dapat mendengar suara kakakku seperti tersekat di kerongkongnya. Terasa amat payah apabila dia mahu mengeluarkan satu perkataan. Aku duduk di tepinya. Wajahnya yang pucat dipandang sayu. Aku tidak tegar melihat keadaannya yang lemah tidak berdaya. Aku hanya melayaninya seperti biasa. Masih belum dapat menerima hakikat bahawa kakakku sedang terlantar di katil. Mulutnya tidakj berhenti menanyakan tentang adik-adiknya yang lain. "I..pah, ni..ni ma..ana ni..ni??" Tanya kakakku payah. "Nini dengan Hafiz dalam perjalanan dari Baling, Kak Long." Jawabku perlahan. Begitulah seterusnya pertanyaannya acap kali diulangi sehingga penat aku menjawab. Keadaanya sangat lemah. Tubuh badannya langsung tidak dapat digerakkan kecuali lirikan mata dan anggukan yang lemah. Ibu bapaku menyuruh kami pulang ke rumah dahulu. Dalam hati aku mendoakan kakakku akan sembuh.
***************
"Hello!" Sapaan ayahku kedengaran di corong telefon. "Ye, ayah.kenapa telefon ni?" Tanya kakakku, Nini. "Kak Long tenat sekarang! Bawa adik-adik datang segera ke hospital" kata ayah dengan nada yang cemas bercampur sedih. Kami bergegas ke Hospital Kajang. Dalam perjalanan kami tidak henti-henti mendoakan keselamatan Kak Long.
*************** Sesampainya di sana, kelihatan katil kakaku ditutupi langsir dan kedengaran bantuan pernafasan diberikan. Aku dan yang lain terus memeluk ibu dan ayahku sambil menangis. Ibu menangis tidak henti-henti. "Banyakkan doa untuk Kak Long. Bila-bila masa Kak Long akan pergi…" Kata ibuku lemah. Aku seaakan tidak percaya dengan kata-kata ibuku. Kak Long akan meninggal? Kak Long tidak pernah sakit teruk sebelum ini. Mustahil sama sekali. Air mataku berlinang kembali. Saudara mara datang bagi mendoakan keselamatan Kak Long. Mereka turut membacakan Surah Yassin dan surah-surah lain. Jantung kakakku telah berhenti berdegup selama 15 minit mengikut kata doktor. "Kak Long sakit apa?" soalku di dalam hati. "Kenapa badannya lebam-lebam, kaki dan tangannya bengkak??" pilu hati ini mengenangkan penderitaan Kak Long.
*************** Sejam kemudian kami sekeluarga dipanggil untuk berjumpa dengan kakakku. Doktor menyuruh kami bersedia dengan segala kemungkinan. Ibu dan ayah tidak henti-henti membacakan surah-surah dan menyebut nama Tuhan yang satu di telinga kakakku. Ayah mengucapkan kalimah dua syahadat. Suasana sayu itu telah disaksikan oleh beberapa orang saudara mara termasuklah atuk dan nenekku. Masing-masing membacakan doa dan surah-surah untuk kakakku yang sedang nazak.
*************** Alhamdulillah, kakakku ternyata masih dapat bertahan. Dia dapat meneruskan hidupnya hingga ke hari ini. Bilik Unit Rawatan Rapi(ICU) menjadi tempat tinggal kakakku. Bertemankan jururawat-jururawat serta doctor-doktor pakar yang berwibawa. Kakakku masih dirawat. Sehingga kini masih belum mengetahui sakit sebenar yang dihidapinya melainkan kegagalan buah pinggang kakakku berfungsi. Aku amat terkilan kerana terpaksa meninggalkan kakakku yang sedang bertarung nyawa di dalam bilik itu. Kini aku di kampusku. Di dalam kelas bahasa Melayu inilah aku mencoretkan peristiwa sedih yang menimpa kami sekeluarga. Sudah lama kakakku terlantar. Segala jenis ikhtiar telah dilakukan bagi mengubati penyakit kakakku. Namun semua hampa belaka. Aku Cuma berharap agar kakakku dapat pulang ke rumah dengan senyuman dan menyambut ramadhan bersama kami.
P/s: kalo rase tak best..mintak maaf la..ni kisah benar..bkn nak harap simpati cuma ingin berkongsi pengalaman. Harap menghayatinya.tq..tq..tq..
'eh.. eh.. apa nie..' kata Fazli terkejut. 'apa dia?' tanya rakan setugasnya Mie. Fazli menunjukkan sehelai putih kecil yang bertulis ringkas. '143?' kata Mie. 'apa tu 143?' tanya Fazli. bingung. '143 tu biasanya maksud dia I Love You. wah! siapa hantar surat cintan kat kau ni.' Mie mula nak mengusik. dia ketawa besar. fazli tersipu malu. siapa pula nak hantar aku surat cinta. mengarut. muka macam ni ada juga laku saham dia yek? tak sangka.. salah kasi agaknya orang tu.
'tapikan faz... 143 tak semestinya bawa makna I Love You tahu!'
---
"Wei! Fazli! kau tahu semua pengawas lepas ni kena tunggu di tapak perhimpunan. ada rehearsal installation prefect." beritahu Natasya. Fazli yang baru sahaja nak capai beg berura-ura nak naik ke kelas segera terhenti pergerakannya.
"alaahh.. ada rehearsal lagi ke? aku ingatkan dah tak ada dah. berapa kali nak rehearsal? kelmarin dah rehearse dah kan?" gerutu Fazli malas. Natasya menjungkit bahunya.
"hari tu tak ramai orang kot. jadi, hari ni buat lagi." terang natasya sebelum berlalu pergi meninggalkan Fazli di lorong letak beg para pengawas. perlahan dia mengorak langkah menuju ke tapak perhimpunan dan berhimpun bersama dengan para pengawas setugas dengannya.
25 Ogos tarikh keramat buat para pengawas sekolah menengah kebangsaan ss17 subang jaya kerana pada hari itu adalah hari perlantikan pengawas baru dan selari dengan itu juga maka 'bersara' lah para pengawas tingkatan 5 dan juga tingkatan 6 atas. sebolehnya itulah hari yang dinanti-nantikan oleh sekalian pengawas tingkatan 5 dan 6 atas.
"Yo, wassup!" sapa Fazli sambil mengangkat tangan kanannya kepada seorang gadis bertudung litup. gadis itu tersinyum simpul.
"ini apahal tegur aku macam tak pernah jumpa aku. walhal baru kejap tadi jumpa." komen Mie. Fazli sengih. "Saje je lah. kalau tak boleh lain kali aku tak tegur kau lagi."
"Tak kisah. aku boleh ugut kau untuk cakap dengan aku. aku ada banyak rahsia kau. aku boleh sebarkan kalau aku nak." Mie ketawa jahat. fazli terbeliak besar. mak oihh! satu ugutan ni!
"Amboii... mengugut nampak!" Mie menjelir lidahnya sebelum ketawa berdekah-dekah. Fazli tersenyum sambil menggeleng. tak padan dengan perempuan. bila ketawa rasa boleh gegar dunia. tapi itu Fazli tak kisah... hakikatnya gadis itu adalah teman perempuannya yang paling akrab dengannya. perwatakan Mie yang ceria dan suka mengusik menghiburkan hatinya walaupun adakala menjengkelkan. tapi dia tak kisah itu semua. yang penting Mie seorang pendengar yang baik dan memahami. kiranya mereka ngam bersamalah. tapi tak adalah tahap melibatkan perasaan. kawan tetap kawan sahaja. no distrubtion from other feelings except rasa sayang seorang kawan.
keakraban mereka berdua sebagai seorang pelajar perempuan dan pelajar lelaki sering disalah anggap oleh rakan-rakan yang lain. mereka dianggap pasangan kekasih sebab boleh dikatakan di mana Fazli pergi Mie mesti ada kat sebelah dia. begitu juga sebaliknya. Penat lagi berbuih juga mulut dia orang nafikan, tapi biasalah mulut orang... bukan mulut tempayan. kalau mulut tempayan bolehlah tutupkan dengan kayu kayan. ni mulut manusia.. takkan nak cellotape atau stapler pulakan? jadi, Fazli dan Mie ambil keputusan untuk buat bodoh je. biar bila dia orang penat, nanti mesti senyap juga. lumrah manusia...
"Okey, all prefects! hurry up. form three lines! all board members, line up in two lines. hurry!" lantang suara leonard bersuara cuba melawan volume suara para pengawas yang hampir 30 orang kesemuanya. empat barisan terhasil. satunya adalah terdiri daripada the highest post in the prefect's board, begitu juga dengan barisan kedua.. manakala barisan ketiga dan keempat pula terdiri daripada pengawas biasa je.
Fazli berdiri di barisan keempat bersama Fahmi dan Eusof, manakala Mie berdiri di barisan ketiga bersama dengan Aisya, Siti Aisyah dan Lee Chee Hui, ketua kumpulannya. mereka berbual sementara menanti Leonard menyusun ahli-ahli jawatankuasa pengawas. bosannya raptai majlis perlantikan pengawas. pengawas biasa tak buat apa-apapun sebenarnya. pada hari julung-julung itupun, pengawas biasa hanya duduk seperti orang bodoh di kerusi sementara penyerahan kuasa antara ahli-ahli jawatankuasa tinggi menyerahkan kepada ahli jawatankuasa terpilih yang baru. sijil-sijil bersara daripada pengawas akan diberikan semasa majlis makan malam 'mengenang jasa' para pengawas pada malam 29 Ogos nanti.
"Fazli! kamu sekejap!" panggil Leonard. Fazli berkerut sebelum berlalu menuju ke Ketua Pengawas yang sebenarnya seorang yang gila-gila lagi happy go lucky.
"Kamu ganti tempat Hon Lin sebagai bendahari semasa raptai ni sekejap. bolehkan?" kata Leonard.
"ooohh... ingatkan nak suruh buat apa. boleh-boleh. takde hal!" balas Fazli. dia tersenyum.
"Thank you ye! I love you!" usik Leonard yang memang terkenal dengan sifat suka mengusik dengan cara yang tahapaper.kalau orang tak kenal diri dia yang sebenarnya mesti ingat dia gay atau gila. Fazli hanya membeliakkan anak mata sebelum ketawa.
"Hoi fazli!" tepuk Mie dari belakang. Fazli terkejut. Mie tersenyum-senyum.
"Eh! Kau pun ada? Kau ganti tempat siapa?" tanya Fazli.
"Tempat Hui Xian as Penolong Ketua Disiplin II." balas Mie ringkas. Fazli mengangguk faham. kemudian anak matanya memanah ke arah barisan pengawas yang sedang sibuk-sibuk melakukan raptai. blazer yang ditanggalkan lalu dipakaikan kepada ahlijawatankuasa baru. begitulah tatacara yang harus dilakukan oleh para pengawas. kalau dua tahun lepas, pernyerahan kuasa dilakukan secara menurunkan tandatangan pada surat penyerahan kuasa, dan tahun lepas sedikit perubahan dengan memakaikan blazer pengawas kepada ahli jawatankuasa, tahun ini juga sama cuma bezanya... lima orang ahli jawatankuasa akan memakaikan blazer kepada ahli jawatankuasa yang baru demi menjimatkan masa perhimpunan.
"Macam menari poco-poco kan?" Mie ketawa. Fazli juga. mereka ketawa bila lihat dua barisan pengawas; satu barisan pengawas baru dan satu barisan pengawas lama... melangkah satu langkah ke kiri dan ke kanan menjadikan mereka satu barisan sebelum meneruskan upacara memakaikan blazer. ketika mereka melangkah satu langkah ke kanan dan ke kiri, seolah-olah mereka sedang menari, menari tarian poco-poco. agak lucu juga.
"Fazli! kasi aku blazer kau." pinta Mie.
"Buat apa?" tanya Fazli.
"Saje. aku nak pakai. aku suka blazer kau." tanpa banyak soal lagi, Fazli menanggalkan blazernya lalu diserahkan kepada gadis itu. Mie segera mengambil dan menyerahkan blazer miliknya pada Fazli sebagai tukaran. blazer milik Fazli disarung pada badan, besar! labuh sungguh pada bahagian tangan dan juga sudah tentu badan. tapi Mie tak kisah itu. dia suka. banyak ruangan kosong katanya. lain cerita pula pada Fazli pabila blazer milik Mie disarungkan pada badannya yang kurus lagi tinggi. tangannya singkat pada pergelangan tangan sahaja dan badannya akan kelihatan amat fit sekiranya dibutangkan.
"Hahaha! Fitnya kau! langsing!" ejek Mie.
"Yelah. aku kurus. tapi aku tengok kau lagi okey pakai blazer aku dari kau pakai blazer kau ni."
Mie menjuih bibirnya ke hadapan sambil menjungkit bahu beberapa kali. "Entah. blazer kau best. aku suka. trade dengan aku boleh?"
"Boleh... boleh blah!"
mereka sama-sama ketawa."Wah! rancaknya ketawa dua sejoli ni." terpa natasya yang merupakan teman baik Mie juga. mereka berhenti ketawa.
"Yalah! dasar kurus. pergilah makan banyak-banyak. masukkan banyak-banyak lemak kat badan tu. biar jadi gemuk macam nie" Natasya mengembungkan kedua-dua pipinya. mereka ketawa.
"alaaa.. banyak mana aku makan pun, aku tetap kurus gak. percayalah." kata Fazli sungguh-sungguh. kedua-dua gadis tu cuma senyum.
giliran mereka sudah tiba, mereka mula berjalan dalam dua barisan.
"Psst.. Mie, aku nak pinjam gitar kau esok. kau bawak OK?" bisik Fazli disambut dengan anggukan Mie.
---
"Bawak tak gitar kau?" soalan pertama fazli menjengah ke pendengaran Mie ketika lelaki itu baru sampai ke sekolah. Mie mengangguk.
"bawak bos! jangan risau. ni kau nak gitar aku nie sebab nak practice untuk dinner performance ke? kau jadi perform dengan Fir?" lelaki itu mengangguk sambil anak mata bersinar-sinar memandang case gitar berwarna hitam. tak sabar rasanya dia nak pegang gitar tersebut.
"Hoi! sabar-sabarlah kalau ye pun. aku bagi kau kebenaran bawa balik rumah. jangan risau. kau boleh main puas-puas." tegur Mie yang sedar dengan kelakuan rakannya itu. Fazli tergelak kecil.
"Oh ya! aku nak kau ajar aku main lagu Yuna dan estrella. kau jangan lupa tahu." pesan Mie.
"menjunjung perintah yang berhormat." meledak mereka ketawa.
---
"Kau nak ke mana?" tanya Natasya. "Laju semacam je."
"Cari Fazli jap. ada hutang sama dia." jelas Mie ringkas. masa tu masa rehat. dia nak cari Fazli. nak minta lelaki tu ajar dia main gitar. tapi dari tadi, Mie tak nampak dia. masa rehat pengawas dia tak turun. ni dah rehat pelajar pun tak nampak batang hidung lagi.
"ooohh.. cari buah hati rupanya." usik Natasya. Mie tak mengendahkan kata-kata Natasya. ketika dia ingin membelok ke kiri dia hampir berlanggar dengan Khairul Akmal, rakan sekelas Fazli. "Hah!Mal! kau nampak Fazli tak?" soal Mie.
"Ohh.. ah-pat dia dekat kelas.dia kata dia malas turun." 'ah-pat' adalah gelaran lain buat Fazli di sekolah.
bagus! mesti dia tengah main gitar!
pantas Mie menuju ke kelas 5SK3 yang terletak di tingkat tiga blok A sekolah. memang tepat seperti yang dijangkakan. Fazli sedang bermain gitar di belakang kelas sambil diperhatikan oleh Akid.
segera Mie menggantikan tempat Akid yang sudah berlalu pergi dengan duduk di hadapan Fazli. tangannya asyik melirik jari jemari Fazli yang ligat memegang fret gitar. Mie menghayati lagu yang dipinta untuk dimainkan.
"aku tak reti main ikut tempo kalau takde orang nyanyi. kau nyanyilah boleh?" Mie terperanjat mendengar permintaan Fazli. pantas dia menggeleng. "Eh! tak mahu. aku tak pandai nyanyi. suara aku sumbannnggg!"
"Biarlah. tak kisah. nyanyi je lah sikit."
"aku tak hafal lirik." perlahan suara Mie. Fazli menggeleng."Tak kisah. nyanyi je."
Mie terdiam. takde pilihan lain. perlahan-lahan dia merangka lirik yang dirasakan betul. "part chorus je okey?"
"All my sorrows flew away Hush, keep quiet, hear me say I don't ever want you to go Please stay With the moonlight dancing free And there's no one but you and me There's no reason to go astray Please stay.
Making up a story It's the way you're looking at me If you think that this is funny, it's just you.
Try and think about it, If you're heart is closed don't lock it, Keep your keys back in your pocket, Think this through."
"Itu boleh nyanyi! kata tak boleh pula." komen Fazli sambil tersenyum. wajah putih Mie merona. "dahlah! jangan suruh aku nyanyi lagi! ajar aku chord lagu dia!" perintah Mie.
"Uish... korang dua ni..." tiba-tiba satu suara muncul dari arah pintu hadapan kelas. Natasya muncul. "Korang dua nie memang betul-betul sesuai."
"Huish!!" hampir serentak Fazli dan Mie memberi reaksi.
"Merepek. tak sesuai langsung!" balas Mie dulu.
"betul-betul! kalau 'dia' lain ceritakan, Mie?" sengih Fazli melebar. Mie tersenyum. faham siapa 'dia' yang dimaksudkan.
"yelahhh... gatal kau!" Mie menghayun tangan cuba memukul Fazli, tapi pantas lelaki itu mengelak sambil ketawa kecil.
"apa-apalah fazli dan Mie ooii!" Natasya terggeleng kepala.
---
"kau kenapa Fazli? Muram je aku tengok." soal Mie. fazli yang dilihat asyik termenung saja hari nie. kenapa? ada masalah ke dia?
"Takde apa-apa." balas Fazli. Mie masih memandang wajah lelaki itu. biarpun bibir tersenyum tapi wajah tak ceria. apahal? apa cerr?
"Apa yang tak kena. habaq lah mai. mana tahu aku boleh tolong." kata Mie. Fazli tersenyum lagi sambil menggeleng.
"Takde apa-apa. betul. aku okey."
mie tak kata apa-apa lagi. mereka mengambil beg dan mula menuju ke tangga menuju ke kelas. tapi sebelum itu sempat mereka singgah di hadapan pintu bilik guru ingin melihat papan kehadiran guru. ketika itu mereka bertemu dengan Azleen.
"Zleen! aku lupa nak bagitahu kau. pendrive kau ada kat aku tahu. nanti masa rehat pergi ke CC sekolah. aku transfer folder kemudian aku boleh bagi kau balik." beritahu Mie. Azleen mengangguk.
"Okey! tak ada masalah." kini pandangan berarah pada Fazli. "Fazli... cepatlah bagitahu aku. kau tak habis cerita lagi hari tu."
Mie terkejut. "cerita apa? cerita apa nie? tak bagitahu aku pun!"
Mie memandang Fazli yang kelihatan serba salah. meminta penjelasan. "Cerita apa weh? ni ke sebab kau muram? sebab dia eh? kenapa tak nak beritahu aku? kau beritahu azleen je eh. camnie kau... " Mie melancarkan serangan merajuk bertubi-tubi pada Fazli. membuat dia lagi rasa serba salah.
"alaa.. aku... nantilah aku beritahu. takde apa-apa pun sebenarnya." Fazli cuba memujuk.
"Ha'ah. takde apa-apa pun sebenarnya Mie." sokong Azleen. Mie terdiam.
"Benda kecik je." sambung Fazli.
"Then bagitahu aku dulu... baru aku yang tentukan remeh atau tidak." demand Mie.
"nantilah! benda kecik je."
Mie semakin jauh hati. "Camnie la kau. aku tadi tanya bukan main baik sama ada kau ada masalah atau tak, kau kata takde. tup.. tup... kau beritahu Azleen tak beritahu aku. yelah. siapa akukan? hmmm... takpelah..." Mie segera berpaling. konon merajuk. dia berlari naik tangga.
"Alaa.. merajuk ke. janganlah camnie Mie." ujar Fazli dan azleen hampir serentak. Mie tidak peduli. dia sedikit jauh hati, memang! tapi selebihnya dia nak mainkan lelaki tu. dah lama tak mainkan fazli. seronok juga sekali sekala. Mie menyembunyikan senyumannya dengan muka yang masam. dia melangkah laju naik ke tangga sehingga Fazli sendiri tak terkejar.sedangkan yang memakai kain, Mie... Fazli pula berseluar. pelik betul yang berkain boleh lari laju dan tidak dapat dikejar oleh yang berseluar. bila fikir nie, Mie gelak sendiri dalam hati.
cepat-cepat Mie berlari masuk ke dalam kelas sebelum Fazli sempat mengejarnya. Fazli mengeluh apabila Mie sempat 'menyelamatkan' diri dengan berlari masuk ke kelas. Cish!
---
Mie sengaja menduga Fazli dengan tidak melayan rayuan lelaki itu biarpun sudah hampir tiga hari berlalu. dia tahu dosa kalau tak cakap dengan kawan dalam tempoh tiga hari. tapi saja dia tak nak mengalah. nak tengok macam mana cuaknya fazli memujuknya.
"Oit! kau dengan Fazli gaduh ke?" tanya Natasya. Mie tersenyum sambil menjungkit bahu. "Takdelah. biasa je."
"yelah tu!"
dalam masa tu fazli muncul dari sebalik bangunan. mereka saling terpandang. wajah Mie dari tersenyum terus ditarik ke masam yang jelas 'berpura-pura'. "Mie!" laung Fazli dari jauh. cepat-cepat Mie berpura-pura sibuk dan berjalan ke arah lain. dia masuk ke tandas perempuan. dia duduk dalam tandas tu sehingga telinga menangkap bunyi loceng. keluarnya juga cukup berhati-hati...toleh kiri.. toleh kanan... okey! line clear!
Mie kembali ke kelas dan menghadap Natasya yang sedang senyum menyindir. "Masih nak deny kata takde apa-apa?"
Mie tidak mengendahkan soalan tu. dia menarik buku matematik tambahan lalu ditekur buku tersebut.
---
dah empat hari Fazli dan Mie tak bercakap. hakikatnya, Mie dah tak tahan nak cakap, tapi ego dia masih ada. dia masih rasa nak mainkan lelaki tu. tak nak mengalah. nanti nampak sangat aku main-main. takpe... biar dulu..
"Mie!" sapa Firdaus membuatkan Mie memanggung wajah. sehelai kertas kecil berlipat empat dihulurkan.
"Fazli kasi." beritahu Firdaus sebelum sempat Mie menyoal. berkerut dahi Mie sewaktu menerima lipatan kertas tu. lalu dibuka kertas tersebut. kerutannya berkurang sedikit. dia menguntum senyum.
"surat apa tu? surat cinta dari fazli eh?" usik Natasya lagi. tak habis-habis.
'143! i'm sorry. please talk to me again.'
begitulah tulisan dalam kertas tersebut. ringkas sahaja.
"Wow.. 143! Fazli ucap I Love You kat kau eh.. feewwiit!"
Mie menggeleng. "143 tak semestinya I Love You. dan aku pasti, 143 kat sini bukan I Love You."
---
fazli mengeluh. rasa penat. dia baru selesai mengemas beg. kelas sudah kosong. rakan-rakannya sudah berlari pulang sebaik sahaja mendengar bunyi loceng kedua. hish! gopoh betul mereka. biarlah!maklumlah.. dah start cuti sekolah... mana tak gembira!
Fazli perlahan-lahan menongkah langkah ke pintu lalu ditutup ala kadar sahaja. kelas tak perlu dikunci kerana kelas-kelas ditingkat tiga ini akan digunakan sebagai kelas peperiksaan untuk peperiksaan apa entah, Fazli tak tahu dan tak nak ambil tahu. yang dia tahu, dia nak balik dan tidur!
"Hoi!Lambatnya keluar kelas. penat aku tunggu!" langkah Fazli terhenti dia menoleh. suara tu dia kenal sangat. memang padan pun. suara Mie! gadis tu sedang bercekak pinggang sambil tersenyum ke arahnya.
macam dah good mood je. dah okeylah tu. maknanya taktik 'hantar surat' aku tu menjadilah ye. yes!
"Sorrylah. ingatkan ada orang tu dah tak nak tunggu dah." perli Fazli kembali. Mie tersengih.
"Sorry untuk lambat saja? sorry untuk lagi satu takde?"
Fazli tersenyum. "Tu kan dah ucap dalam surat tu. sekali sudah."
"Tak mahu. nak dengar orang yang beri surat ni cakap."
"sebenarnya kalau nak ikutkan... orang yang beri surat ni dah sebut banyak kali, cuma orang yang terima surat asyik lari..."
"Aku main-main je dengan kau. sorrylah. aku tak merajuk langsung. cuma kecik hati je sikit. kau dah belakangkan aku. and cara kau cam kau tak percaya aku. kau tahu kau boleh cerita apa-apa aje pasal 'si dia', Siti Aisyah yang kau suka tu kat aku..."
Fazli menarik anak-anak rambutnya ke belakang. "Sorrylah. tu sebenarnya bukan ada apa. Azleen tanya aku apa aku tak nak buat apa-apa move ke untuk beritahu Siti... tu je sebenarnya. tak sangka kau merajuk fasal hal tu. sampai 4 hari aku kena pujuk kau. last-last menjadi jugak taktik surat aku tu."
Mie tersenyum. "Yelah... benda kecik tak kecik... bagi tahu je lah. nak rahsia pula. tapi, apapapun, sorry aku terlampau-lampau pulak merajuk. tak sangka kau rindu akan kan?" Mie mengekek ketawa.
"Bila masa aku rindu kau?"
"Eleh.. dalam surat dah tulis."
"mana ada aku tulis aku rindu kau."
"ada!"
"mana?buktikan.."
"Ni! 143 tu maksud 'I Miss You' kan? betul tak?" Mie menunjukkan kertas yang sudah sedikit renyok. Fazli tersenyum.
"Hahaha! kau tahu? macam mana kau tahu? kenapa kau tak fikir aku tulis I Love you ke apa ke..."
"Hello! 143 stands for many meanings. 143 tak semestinya I Love You. lagipun, kau nak cakap camtu kat aku? baik kau tulis bagi kat Siti. berbaloi sikit.takdelah kau gila angau sendiri je." ulas Mie sempat mengusik.
cehh.. aku pulak yang terkena balik, bisik Fazli.
"apa-apalah Mie ooii..." balas Fazli. "Yang penting... kita okeykan?"
Mie angguk.
"Yep! kita okey. mana pernah ada apa-apa. kita kawan."
YA ALLAH... ADAKAH SALAHKU? ADAKAH SALAH KELUARGAKU? ADAKAH SALAH DIRINYA? ADAKAH SALAH KELUARGANYA? ATAUKAH SALAH ORANG-ORANG DI SEKELILINGKU? AKU KELIRU... TAPI YANG PASTI AKU REDHA DENGAN SEGALA TAKDIR DAN DUGAAN YANG TELAH KAU BERIKAN PADAKU... KERANA AKU SEDAR BAHAWA KAU MAHU MENGUJI KETABAHANKU,KEIMANANKU...
YA ALLAH... SESUNGGUHNYA AKU TIDAK MENYALAHKAN SESIAPA... INILAH DUGAAN DARIMU UNTUK SETIAP UMATMU DI DUNIA INI... INILAH DUGAAN YANG ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA... AKU HARUS REDHA... AKU HARUS TERIMA BAHAWA BUKAN JODOHKU DENGAN DIA..
INGATLAH WAHAI TEMAN BAHAWA KITA HANYA MERANCANG TETAPI ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA...
Tanggal 25 Desember 2004, bermulalah kisah hidup aku dengan si dia,'Z'...aku rasa bertuah dapat mengenali dirinya kerana sikapnya yang suka berterus terang dan tidak berpura-pura terhadap diriku...dalam pada itu, aku tidak menyangka 'Z' menyimpan perasaan terhadap diriku kerana aku sedar bahawa aku bukan seperti gadis-gadis pilihannya sebelum ni...dia sukakan gadis yang trendy, up to date, stylo, dan yang seangkatan dengannya...ini kerana dia pun seorang yang brended, underground, sosial...tapi aku hanay gadis simple, kekampungan...pelik kan??! ye lah macam mana seorang gadis kekampungan boleh ngam dengan budak stylo cam 'Z' tu..ntah la...banyak kali aku bertanya kepada 'Z' bahawa aku bukan pilihannya yang tepat tapi dia tetap meyakinkan aku bahawa dia betul-betul ikhlas dengan ku..aku tak kisah...tapi aku berterus-terang bahawa aku tidak sesuai dalam dunianya...dia berjanji pada diriku bahawa dia akan berubah demi aku...oleh itu, aku menerima 'Z' seadanya dan 'Z' menerima ku seadanya....
'Z' hadir di saat aku amat memerlukan....kehadirannya dalam hidup ku, ku rasakan boleh membahagiakan ku kelak...keistimewaannya??????eeeemmmmmmm...'Z' seorang yang caring tapi dia jarang tunjukkan...tapi aku tahu dia amat mengambil berat akan diriku..dia juga seorang yang hormat orang tua terutama keluarganya..dia juga seorang romantik,penyayang...tapi tu lah...dia susah nak tunjukkan tapi aku tahu dan aku percaya dia amat menyayangiku....dengan itulah aku nekad dia lah cinta terakhir aku dan aku hanya akan membina rumah tanggaku hanya dengan 'Z'...
kami jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan study...aku di terengganu...'Z' di kedah..kami akan berjumpa bila aku balik kampung bercuti...dia akan balik kampung pada hujung minggu...bahagiakan saat-saat itu?setiap peristiwa dalam perhubungan kami pahit atau manis, suka atau duka, semuanya kenangan manis bagiku...sesungguhnya sepanjang hidupku, sukar bagiku memiliki kenangan manis melainkan dengan dirinya....tu la orang kata kalau dah bercinta, segalanya indah...ye ke???
aku kenal 'Z' dari mula dia masih study sehingga lah dia sudah bekerja di penang...sama juaga seperti dulu,kami akan berjumpa bila aku balik kampung bercuti... sedar tak sedar sudah hampir 4 tahun kami bercinta...perhubungan yang hampir 4 tahun ini telah banyak mengharungi rintangan, halangan, dugaan, suka, duka, pahit, manis....segalanya lah...pendekkan cite kami sudah cukup mengenali antara satu sama lain...
bagaimana keluarga kami?????emmm..........keluargaku amat mengenali dirinya...mereka tidak membantah malah menyayangi dirinya...mereka lah yang melihat setiap detik perhubungan kami, yang melihat ke sana ke mari aku bersama 'Z'...mereka cukup memahami diriku dan hanya menanti saat-saat bahagia ku dengan 'Z'..seperti yang 'Z' katakan pada ku...saat yang indah itu akan tiba dalam tempoh terdekat ini..kerana aku telah habis study...aku berasa amat bahagia...ye lah...semua orang yang bercinta pasti menunggu saat bahagia itu...impianku akan jadi kenyataan...
keluarganya????!...YA ALLAH...aku terlupa apakah impian ini akan tercapai dengan hanya persetujuan daripada sebelah pihak...tidak sama sekali kan???keluarganya tidak mengetahui akan perhubungan kami...'Z' merahsiakannya kerana katanya belum sampai waktunya lagi...tapi apabila saat itu telah tiba...dia cuba untuk memberitahu keluarganya...apa lah susah sangat nak beritahu kan????tu lah apa boleh buat bila kisah silam hidup ku dan keluarga ku lah yang telah membuatkan 'Z' sukar untuk melafazkan pada keluarganya tentang hubungan kami...dia takut akan kehilangan ku..dia tidak sanggup berpisah dengan ku...dia minta aku memberikan nya masa untuk melakukan itu...aku masih boleh bersabar tetapi tidak keluarga ku...tapi takpe...aku berjaya yakinkan keluarga ku bahawa 'Z' akan berjaya meyakinkan keluarganya...
aku tunggu dan terus menunggu...hari semakin hari berlalu...hubungan kami semakin renggang...aku rasakan 'Z' semakin jauh daripada ku...kami dah jarang contact, dah jarang sms..tak tahu lah kenapa...katanya buzy dengan kerja...aku cuba untuk memahaminya...aku percaya dia memang benar-benar buzy dengan kerjayanya...ye, aku amat percaya akan dirinya dari dulu hinggalah sekarang...
ape kesudahannya ek???
KECEWA......aku kecewa...kenapa semua ini terjadi pada diriku...kenapa aku harus terima semua ini...tanggal 24 julai 2008, berakhirlah segalanya...segala impianku musnah...hancur berderai...ke mana harus ku bawa hati yang lara ini...aku tidak menyangka bahawa aku akan kehilangan 'Z' dengan hanya sekelip mata...ke mana pergi 'Z' yang pernah berkata padaku akan meyakinkan keluarganya...ke mana perginya cinta yang mendalam 'Z' terhadap diriku...ke mana pergi segala impian nya yang ingin hidup hanya bersamaku...ke mana pergi semua kenangan kita...'z', kenapa kau pergi semudah itu...kenapa kau tidak berusaha meyakinkan keluarga mu...apakah salahku untuk dilahirkan sebegini????apakah aku yang merancang kehidupan ku yang sebegini???apakah kau tidak nampak aku mengharunginya sendirian, menerima seadanya diriku kerana aku tahu aku tak pernah meminta segala takdir ku...bukan salah aku....sesungguhnya aku telah berjanji dengan ALLAH akan mengharungi segala dugaanNYA di dunia ini dengan penuh keimanan dan keredhaan sebelum aku dilahirkan ke dunia ini...aku redha YA ALLAH....
'Z', aku amat kecewa dengan sikap mu...dahulunya ku sangkakan indah belaka...ku sangkakan hubungan kita berakhir dengan tercapainya impian kita selama ni...aku tidak pernah terfikir ini semua akan berlaku dalam hubungan kita...impianku bersamamu musnah....'Z', apakah kau sudah ada yang lain di hatimu...kenapa mudah kau meninggalkan diriku...aku ingatkan hubungan yang hampir 4 tahun ini akan mengikat dirimu daripada perasaan cinta terhadap orang lain kerana pintu hati ku tertutup untuk orang lain sepanjang hubungan aku bersamamu...tapi aku tak bersangka buruk terhadap dirimu..aku tahu keluargamu adalah segala-galanya bagi dirimu...aku amat memahaminya...tapi apakah tiada peluang untuk ku meyakinkan keluargamu...mereka hanya mengenali aku dari kisah silam ku dan keluarga ku...mereka belum mengenali hati budi ku, sikapku, seperti mana keluarga ku mengenali diri mu...
entah la...sudah suratan takdir...kalau itu yang sudah ditetapkan ALLAH, aku tidak bisa melawan takdirNYA..aku redha...mungkin ada hikmah di sebaliknya...mungkin aku akan memiliki cinta dan masa depan yang lebih baik daripada itu di masa kelak...aku harus bersabar...kerana ALLAH memberikan hujan dalam panas kepada hambaNYA untuk kita melihat pelangi yang indah setelah hujan berhenti....FIKIRKANLAH.....
kini aku tidak lagi meratapi kekecewaan ini...aku harus bangkit untuk teruskan hidupku...masa depan yang cerah sedang menantiku...aku perlu terus berusaha bagi memperoleh kejayaan hidupku...
aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan 'Z' bersama keluarganya...moga dia berjaya dalam hidupnya dan berjumpa dengan teman hidup yang lebih baik daripada ku...moga keluarganya merestui pilihannya kelak...AMIN.....
UJIAN YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH TERHADAP UMATNYA MENUNJUKKAN BETAPA SAYANGNYA ALLAH TERHADAP DIRI KITA KERANA DIA INGIN MENGUJI TAHAP KESABARAN DAN KEIMANAN KITA...
BILA KAU MEMANDANG SEGALANYA DARI ALLAH, YANG MENCIPTAKAN SEGALANYA, YANG MENIMPAKAN UJIAN, YANG MENJADIKAN HATI MU SAKIT, YANG MEMBUATKAN KEINGINAN MU TERHALANG, SERTA MENYUSAHKAN HIDUPMU... PASTI AKAN DAMAI LAH HATI MU KERANA MERASAKAN ALLAH SENGAJA MENTAKDIRKAN SEGALANYA UNTUK SESUATU YANG TIDAK SIA-SIA... BUKAN ALLAH TAK TAHU DERITANYA HIDUP MU, RETAKNYA HATI MU, TAPI MUNGKIN ITU LAH YANG DIA MAHU KERANA DIA TAHU HATI YANG SEBIGINILAH YANG SELALUNYA LEBIH LUNAK DAN MUDAH UNTUK DEKAT DAN AKRAB DENGAN NYA... INSYA'ALLAH..... ...HAYATI LAH...
DALAM HIDUP ADA MASA KITA MERASA BEGITU BAHAGIA.. ADA KETIKANYA PULA DERITA DATANG MENYAPA.. BEGITU LAH HIDUP.. DAN SEBAGAI HAMBA NYA TERIMALAH SEGALA APA YANG DATANG DENGAN RASA KESYUKURAN DAN REDHA KERANA KEBAHAGIAAN ADA CUMA BELUM TIBA...
Malam itu, sungai Nil menjadi saksi cinta Farhan dan Balqis. Perasaan cinta Farhan tak dapat dibendung lagi. Esok mereka akan pulang ke tanah air masing-masing sebagai graduan Universiti Al-Azhar dan Farhan tak mahu kehilangan peluang keemasan itu. Dia menyatakan hasratnya untuk masuk meminang Balqis sejurus selepas balik dari bumi mesir ini. Senyuman Balqis cukup untuk Farhan sebagai jawapan dan mahar kepada tepak sirih yang bakal dihantar pihak lelaki nanti. Bagi Balqis, dia juga tidak mahu jika satu hari nanti dia dijodohkan dengan orang yang tidak sefikrah dengannya. Perjuangan dalam jemaah Islam disana tampak hebat sebgai pembantu utama Farhan selaku Amir.
Entah mengapa malam itu terasa singkat sekali, fajar sidiq mula menampakkan diri dan selesai solat subuh, mereka berangkat pulang. Kelihatan beberapa mahasiswa dan mahasiwi merenung keluar dari kapal terbang bagi melihat kali terakhir bumi yang banyak mengajar mereka menyintai Allah.
*** *** *** Kenapa perlu ada pertemuan jika perlu ada perpisahan. Kerana perpisahan mengajar kita erti rindu, mengajar kita untuk menghargai seseorang dan perpisahan menambahkan lagi rasa sayang sesame manusia. Sudah hampir sembilan bulan mereka diikat dengan tali pertunangan. Farhan mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya keperingkat master di Jordan. Manakala Balqis pula sedang berusaha menyiapkan diploma perguruannya di UPSI. Kerinduan yang melanda sejak lima bulan berlalu hanya terubat dengan surat yang diterima saban bulan. Dalam surat yang saban bulan dikirimkan mereka, tak putus-putus mereka menyatakan rasa cinta mereka dan rasa rindu yang sering menyelimuti malam hari. Mereka juga saling memperingatkan bahawa tiada yang lebih layak dicintai selain Allah dan RasulNya..
Bulan November menyaksikan bulan yang paling dramatis buat mereka. Balqis diserang demam panas yang melampau. Hampir seminggu dia telantar dihospital. Akibat dari demam panas yang berlarutan, dia diuji dengan kehilangan nikmat bercakap. Balqis disahkan bisu.. Air matanya sering mengalir mengenangkan nasibnya dan nasib cintanya. Atas rasa tanggungjawab, balqis menyuruh kedua orang tuanya memutuskan tali pertunangannya dengan Farhan. Memang berat untuk dia merelakan teman sehebat Farhan dalam hidupnya, namun dia terpaksa demi kebaikan Farhan. Balqis malu, dan dia akhirnya membawa diri ke daerah luar Bandar. Setelah hampir setahun belajar bahasa isyarat, dia memulakan kehidupan barunya sebagai guru kafa bagi kanak-kanak bisu dan pekak. Baginya ilmu agama ini perlu disampaikan walau dengan apa cara sekalipun. Lama-kelamaan di merasa bahawa mungkin inilah hikmahnya dia dicabut nikmat untuk bertutur.
Farhan pula hampir tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh ibunya melalui telefon, namun setelah menerima warkah terakhir dari Balqis dia akhirnya akur. Tak sempat dia menjelaskan segala-galanya pada Balqis apabila dia gagal untuk menjejaki kedudukan Balqis sekarang.
*** *** ***
Kehidupan Balqis bertambah baik saban bulan. Namun dia gagal menyembunyikan rasa rindunya terhadap insan yang selalu ada didalam hatinya. Di setiap solat, dia berdoa agar dia akhirnya dapat mengatasi masaalah itu. Dia tahu dirinya tidak layak lagi untuk dicintai. Hari ini sudah genap dua tahun dari sejak keberangkatan Farhan ke Jordan. Mungkin Farhan sudah bergelar pensyarah di salah sebuah IPTA sekitar Malaysia ini. Gumam hati Balqis. Itulah cita-cita Farhan selama ini dan menjadi harapan Balqis seketika dahulu. Dia baru saja selesai solat dhuha, kawan serumahnya yang juga kawannya semasa di mesir lagi bergegas masuk kedalam rumah. Dia membawa sampul surat bewarna merah. Wangi baunya. Seakan-akan kad jemputan kahwin.
"Dari Farhan." Mata Balqis membulat dan mula menakung air.
Hatinya dipujuk agar menerima takdir tuhan. Dia pasrah dengan keputusan Farhan. Dia juga merelakan perkahwinan itu. Dia tahu, Farhan layak untuk menyintai dan dicintai. Perlahan dia membuka sampul surat itu. Hatinya sekali lagi terasa ditampar apabila dia terlihat tulisan "Farhan & Balqis" pada pangkal kad jemputan kahwin tersebut. Belum sempat dia melakukan apa-apa, dedaun pintu rumahnya dikuak. Buat kali pertama dalam dua tahun ini Balqis dapat menatap wajah tampan Farhan.
Dalam bahasa isyarat Farhan berkata. "Kita tidak perlu seseorang yang sempurna untuk menjadi teman hidup, tapi kita perlu seorang teman yang membuatkan kita rasa sempurna apabila kita bersamanya. Hampir setahun lamanya saya belajar bahasa ini hanya untuk menyatakan, izinkan aku menjadi suaramu."
Airmata Balqis masih mengalir namun bibirnya sudah mula mengukir senyuman dan hatinya sedar akan cinta yang Allah cipta untuk hambanya terlalu agung.
Hargai setiap apa yang kita miliki agar kita tidak menangisi atas kehilangannya.....
"BUZZ"… tiba-tiba keluar satu window di screen laptop ku sebaik sahaja aku online yahoo messenger.."yellowhm84" aku berkata dalam hati setelah beberape ketika aku memerhati nickname di window chatting tersebut..tidak aku kenali siapa empunya nickname tersebut...aku pun "BUZZ" kembali tanda aku ingin mengetahui siapakah empunya nickname itu..
"yellowhm84 : hye!!"
Dengan teragak-agak aku pun membalas sapaannya..
ellis_lilis : hye… yellowhm84 : leh kenal? ellis_lilis : blh je..tapi awk sape? ellis_lilis : mane dpt nick sy?
Bertubi-tubi soalan aku kepadanya…
yellowhm84 : just call me" nabil"…
"NABIL"??..tak penah pula aku dengar nama tu sebelum ni..
ellis_lilis : owh..nabil… ellis_lilis : mana dapat nick saya?? Siapa yang bagi??
Tanya ku lagi kepadanya…tidak sabar untuk aku mengetahui siapa dia sebenarnya..geram juga rasanya berteka-teki ni..aku memang tidak suka berteka-teki..sabar…kata hati kecilku…
Beberapa minit aku menunggu..masih belum ada jawapan darinya..aku pun menyambung semula kerja-kerja harianku…seperti biasa aku mengira duit keluar masuk dan melihat jadual kelas untuk hari ini..tepat jam 12.00a.m aku kene masuk ke kelas untuk mengajar murid-muridku. Sesekali mataku menjeling kearah window chatting ku bersama budak itu tadi..huh!!.keluhku...masih tiada jawapan. Terganggu sedikit pemikiranku untuk mengajar..
Erm..tidak mengapalah.dari aku menunggu message dari lelaki itu, yang entah bila akan dibalas..baik aku mengajar..kataku dalam hati. Aku pun berlalu pergi sambil mencapai nota diatas almari.
"Ting Tong"!!
Langkahku terhenti tatkala terdengar akan bunyi itu. Aku pun melarikan anak mataku kearah screen laptop. Dia dah jawablah.. kata ku dengan sedikit girang didalam hati. Dengan pantas aku pun klik kearah window tersebut.
yellowhm84 : hawe.. yellowhm84 : awak ada lagi tak ni?? yellowhm84 : BUZZ!!
Eh, mana dia tau nama aku pula ni..kataku sendirian dengan sedikit hairan.
ellis_lilis : ye..saya ada ni.. ellis_lilis :wait!!..mana tau nama saya? ellis_lilis : awak ni siapa ha? yellowhm84 :la.kan saya dah cakap tadi..saya Nabil.. yellowhm84 : saya dapat nick awak kat friendster..kan awk yang publish nick awak kat situ…
dengan segera aku pun membuka friendster aku dan search email dia. Aku pun buka dan membaca profilenya. Baru aku tau rupanya dia pernah praktikal dia tempat kerjaku, tetapi dicawangan lain. Aku pun melihat gambarnya. Erm..boleh tahan juga mamat ni..tapi dah berpunya..
yellowhm84 : awak. yellowhm84 : lamanya.. yelowhm84 : saya ada kelas ni.. yellowhm84 : anything just msg @ my number 012-6157543.. yelowhm84 : take care..bye..
aku pun menyalin no tadi dan masuk ke kelasku untuk menyambung semula pengajaranku. Pengajaranku agak terganggu sedikit dengan kehadiran lelaki yang dikenali sebagai Nabil.
Malam itu aku berasa begitu penat. Tapi aku berpuas hati sebab dapat menyampaikan ilmu kepada muridku. Setelah usai solat isya' aku pun menyandar di birai katil sambil tangan ku mencapai handphone di atas katil. "Nabil"..tedetik nama itu dibenak fikiranku. Ish..kenapa aku fikirkan pasal lelaki itu pula..aku tak kenal dia pun.kataku..
"012-6157543"..aku mendial no tersebut di papan kekunci handphone ku..Tup! aku menekan tanda cancell di papan kekunci..
Tet..tet..tet..tet..telefonku berbunyi isyarat mesej masuk.. "miscall je ke"..eh, macam la dia tau aku yang misscall dia..kasyaf betul.."kenal ke saya?" balasku pula.. Beberapa minit kemudian masuk lagi mesej. Aku pasti tentu mesej darinya.."mana boleh tak kenal..hawe kan..sebab setahu saya awak saja yang saya bagi no siang tadi"..katanya panjang lebar menerangkan bagaimana dia mengetahui aku yang misscall sebentar tadi. "erm..betul la tu"..kataku kepadanya lalu meletak handphone di atas katil dan membiarkan mesej seterusnya masuk tanpa berjawab.
Hawe!!!..teriak ummi ku dari dapur. "Ye ummi..sekejap.." teriak ku pula.aku mengerti benar jika laungan itu dari dapur. Laungan itu menandakan aku kene menghidangkan makan malam kami sekeluarga. Aku pun berlalu pergi mendapatkan ummi di dapur. Sesampai didapur aku pun menolong ummi menghidangkan lauk untuk makan malam.
"kamu ni sampai bila nak macamni" ummi memulakan bicara. "maksud ummi"?? ujarku tanda tidak mengerti apa yang ummi maksudkan. "kamu..umur dah meningkat..takkan hendak macam ni saja" kata ummi lagi. Kini aku mengerti benar lah maksud ummi ku itu. Sabarlah ummi..takkan lari gunung dikejar. ujarku yang memang gemar berfalsafah"…ummi terus diam membisu tanpa berkata sedikit pun..mungkin sudah penat berbicara perkara yang sama berulang kali…
"ummi kamu tu bukan apa..takut tidak sempat nak tengok kamu kahwin nanti.maklumlah kami ni dah semakin tua.mana tahu esok lusa, entah kami ni ada ke tidak...giliran abah pula bersuara.
Aku diam seribu bahasa. Sedikit pun aku tidak menjawab kata-kata mereka. Aku berasa serba salah. Bukan aku tidak mahu menunaikan hajat mereka. Tapi belum ada calon yang sesuai. Aku tak mahu perkahwinan ku hanya untuk sehari dua. Aku mahu ianya kekal hingga ke akhir hayat bersama orang yang aku sayang.
Pagi itu aku bersiap-siap dan pergi kerja seperti biasa. Membuka office serta mengemas sedikit agar nampak kemas dan tidak berselerak. Beberapa orang praktical student pun turut membantu.
"Assalammualaikum"..kedengaran satu suara garau dari arah pintu masuk. "waalaikumsalam"..jawabku perlahan lantas menoleh kearah suara itu.
Ye encik..boleh saya bantu..ujarku dengan begitu lembut. Itu adalah salah satu kemestian yang perlu dilakukan semasa melayan pelanggan. Aku pun melayan pelanggan itu dengan mesra.
Dik..boleh tolong taipkan abg surat tak?? Kata lelaki itu.
Aku memandang lelaki itu tanpa kelip. Raut wajahnya yang tampan dan murah senyuman membuat aku begitu sabar menantikan apa yang hendak dibicarakan. Aku tersenyum sendirian tatkala melihat wajah tampan itu.
Ini abang ada draft surat yang abang nak..adik just ikut saja lah..ujarnya padaku. Aku masih dengan perasaan ku melihat wajah tampan itu dengan penuh keasyikkan.
"Dik..oh dik..dengar tak ni?" "Apa yang disenyum-senyumkan tu"..tegurnya kehairanan.
ha..ye bang..tersentak ku dari lamunan tadi. Pipi ku mula merah menahan malu. Entah bagaimana lah rupaku sewaktu mengelamun tadi.
Setelah siap menaip surat tadi. Aku pun membuka bil menandakan sudah dibuat pembayaran.
Terima kasih ye abang.ujarku.. Sama-sama…katanya pemilik wajah tampan itu.. "Jangan mengelamun lagi ye"..usiknya nakal. Aku hanya membalas dengan sedikit senyuman.
Aku masuk meneruskan pengajaran ku macam biasa. Ramai juga student hari ini. Mengangihkan tempat duduk mengikut tahap kecerdikan mereka dari yang lemah hinggalah kepada yang agak pandai. Mengajar memang seronok, tetapi kenkadang membosankan juga jika diajar mereka lambat pickup. Mula lah aku hilang sabar kalo asyik bertanya benda yang sama berulang kali. Selayaknya aku marahkan saja mereka. tapi aku pendam dalam hati.
Tepat jam 2.00p.m sesi kelasku tamat. Seperti biasa student akan mengucup tangan ku tanda ucapan terima kasih mereka padaku kerana mencurahkan ilmu. Hilang sedikit keletihan, sekurang-kurangnya apa yang aku ajarkan dihargai.
Kebiasaanya aku akan duduk bersandar di sofa depan untuk menghilangkan letih. Tapi kali ni aku terus ke laptop ku. Online la kejap..mana tahu dia tunggu aku ke..kata hati kecilku yang menyangka lelaki yang dikenali semalam menungguku.
yellowhm84 : baru habis mengajar ke? ellis_lilis : a'ah..mana tau? (macam tau saje..aku berkata dalam hati) yellowhm84 : saya teka je..tak tau la plak betol.. yellowhm84 : mengajar apa je tadi?? ellis_lilis :ajar memasak..(jawabku selambe) yellowhm84 : owh..baru harini saya tau yang bidang komputer ada kene mengena dengan memasak.. yellowhm84 : boleh la saya join sekali… :D
eleh..nak loya buruk pula dengan aku. Dah tau orang mengajar komputer masih nak tanya lag..dasar lelaki buaya macam itu lah.taktik je tuh..macam la aku tak tahu..ngomelku sendirian.
ellis_lilis : ha..dah tau tu yang awak tanye lagi kenape? yellowhm84 : saje je tanya..takkan marah.. yellowhm84 : baru nak bermanja-manja dengan awak.
Ish..gile ke apa mamat ni..dia ingat aku ni sapa nak cakap macam tu..dengan perempuan murahan boleh la..getus hatiku dengan sedikit perasaan marah.
ellis_lilis : excuse me..if nak bermanja-manja..bukan dengan saya.. ellis_lilis : saya bukan jenis perempuan yang terhegeh-hegeh dekat lelaki. Lebih-lebih lagi lelaki macam awak.
Straight je aku cakap kali ini. Memang patut pun. Biar dia belajar bersopan sikit dengan perempuan. Aku terus menutup window chatting ku bersama dia.
Sedang asyik aku membaca harian metro secara online…
Icepices_153 : awak ni hawe ke? ellis_lilis : ye..saya..kenapa? icepices_153 : awak kenal Nabil? Ada pape ke dgn dia? Penah jumpa? ellis_lilis : Owh..Nabil yang kurang sopan tu ke.. ellis_lilis : nak kata kenal tu tak la sangat. Kenapa? Ada masalah?
aku mula berang dengan segala pertanyaan itu tadi.
icepices_153 : macam mana awak boleh kenal dia? ellis_lilis : awak tanya la dia sendiri..yang awak tanya saya tu kenapa? Ada masalah? icepices_153 : dia tu boyfriend saya. ellis_lilis : so what? icepices_153 : saya just nak bagitahu if dia ajak awak jumpa..abaikan saja.sebab dia boyfriend saya. ellis_lilis : saya pun tak hadap la boyfriend awak tu. Sikit pun saya tak peduli. Dia yang cari saya.
Aku benar-benar marah kali ini. Segala apa yang dicakapkan tadi seolah-olah menganggap aku ini perampas hak orang. Yahoo messenger terus aku tutup. Kini mood aku benar-benar hilang. Aku sendiri tidak mengerti kenapa mesti aku yang ditanya begitu. Tidakkah ramai lagi perempuan lain yang boleh dijadikan sasarannya. Aku ni bukan artis ataupun model-model cantik di luar sana yang perlu dia cemburu. Tapi tidak dinafikan ade sedikit kecantikan dan keistimewaan pada diriku yang boleh menarik perhatian lelaki. Betullah kata pepatah langit tak selalu cerah..dah memang ditakdirkan nasibku pada harini tidak begitu baik.
BAB 2
H ari bersilih ganti. Beberapa minggu berlalu, hari-hariku berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Tidak ada lagi gangguan dari lelaki bernama Nabil mahupun dari perempuan yang mengaku girlfriend kepada Nabil. Barangkali mereka bahagia bersama. Mudah-mudahan. Amin..
"Kring..kring.." Telefon office berdering. Berlari aku mendapatkannya. Mana tahu kemungkinan bos yang telefon. Didalam perbualan telefon tadi, aku diberitahu bahawa ada staffi baru akan bersama-sama aku menguruskan tempat kerja ku ini. Memandangkan hanya aku seorang sahaja yang mengajar, pihak atasan bersetuju dengan cadanganku untuk menambah lagi tenaga pengajar. Aku menanti dengan sabar dan penuh debaran. Difahamkan lelaki yang akan bersama ku nanti. Aku pun tidak mengerti apakah maksud debaran ini.
Assalammualaikum.. Kedengaran seperti suara seorang lelaki. Aku pun menoleh kearah suara itu. Waalaikumsalam..jawabku.. Saya Hamka, staff baru disini..ujar lelaki yg menggelarkan diri sebagai Hamka. Owh..saya Ha..Hawe..sila lah duduk..kataku dengan sedikit tergagap-gagap. Dari segi penampilannya, dia kelihatan begitu segak dengan kemeja berwarna biru muda dan berseluar khakis. Paras rupa yang tampan, tinggi dan berbadan tegap dan sasa pasti boleh mencairkan hati sesiapa yang memandangnya. Sangkaan ku tepat sekali. Bukan aku seorang sahaja yang terpaku dengan ketampanan dan kesegakkannya. Tetapi beberapa orang murid dan pelanggan ku juga turut terpaku sekali memandangnya. Pergh!! Hebat sungguh penangan lelaki ini.
Dia yang pelik dengan cara kami memandangnya bertanya "ada apa-apa yang tak kena ke dengan saya?.." "erm..eh, tak adalah.."kataku tersekat-sekat. Malu juga kalau dia tahu yang aku memandangnya sebab terpesona dengan ketampanan dia. Tapi aku control..
Aku mengajaknya duduk di sofa dan kami memulakan sesi suai kenal. Aku juga memberitahu cara mengajar dan memberinya melihat nota-nota dan latihan untuk rujukkannya. Nampak gayanya dia selesa untuk memulakan tugasnya. Tetapi hari ini dia cuma melihat sahaja bagaimana aku mengajar.
Hmm..macam mana?? Ok?? Boleh ikut cara saya mengajar?..tanyaku setelah selesai sesi pengajaranku. Harap-harap dia dapat ikut caraku disini.
So far ok..insya'allah sy boleh ikut.. Hmm..ramai juga student dekat sini…ujarnya lagi.. Ikut musim juga. Kalau time cuti sekolah macam ni, ramai la yang datang belajar..terangku lebih jelas.
Hamka…kalau awak nak lunch..dekat sebelah kanan ni ada kedai makan. Sederet bangunan MARA tu..aku memberitahunya sambil menunjukkan arah yang perlu dilaluinya. Makanan disitu sedap juga..masakan kampung. Tapi kalo awak nak western food kena pergi BAZAHUT kedai dekat seberang sana tu..kataku lagi. Mana lah tahu kot-kot dia tak makan masakan kampung. Tengok gayanya macam orang bandar.
Owh..okay.. dia membalas cakapan ku tanda dia mengerti dimana tempat yang dimaksud kan.
Jom!! Katanya lagi…
Jom??? Jom kemana?? Aku bertanya tanda tidak mengerti.
Kita lunch sama-sama la..
Dia ni biar betul..tak sampai sehari kerja kat sini dah ajak aku lunch sama pula..ni ajak betul-betul ke atau memain je..kalo aku terima perlawaan dia nanti ada pula yang cakap aku tergedik dekat dia..tak pun menggatal dekat dia. Ish..x nak la aku kene cop macam tu..aku berkata sendirian.
Eh, tak apalah..saya sy dah makan tadi. Next time kita lunch together. Mungkin sesetengah orang akan mengatakan yang aku ni bodoh sebab menolak rezeki. Tapi aku ada alasan sendiri. Dan juga bukan jenis aku yang nak tergedik-gedik depan lelaki. Dasarnya aku memang dendam dengan semua lelaki atas apa yang pernah berlaku pada diri ku. Cuma masa sahaja yang akan menentukan untuk membalas kekejaman mereka itu.
Petang itu kepala aku sakit yang teramat sangat. Aku masuk kebilik rehat memandangkan tiada student masa tu. Hamka yang aku lihat sedang khusyuk melayan kenalannya di internet tidak kisah sekiranya ku mahu berehat.
Nah..makan pandol ni..nanti kurang sikit sakit kepala tu..dihulurkan panadol dan juga air mineral kepada ku. Tu la..tadi saya ajak lunch awak tak mahu. Kan dah sakit kepala..mungkin la benar juga katanya. Aku sakit kepala disebabkan tidak makan tengahari tadi. Aku pun terlena setelah makan ubat tadi. Terjaga aku dari tidur, keadaan gelap gelita. Mungkin tiada elektrik. Terkejut aku tatkala Hamka yang duduk disebelah ku sambil mengenggam tanganku. Awak dah sihat?. Aku tidak menghiraukan pertanyaan nya. Apa awak buat ni? Lantas ku ajukan soalan kepadanya. Don't worry saya tak buat apa-apa. Saya dah cuba kejutkan awak tadi, tapi awak tak bangun. Jadi saya duduk la tunggu awak. Maknanya mesti dia memperhatikan aku tidur dari tadi. Erm..pukul berapa sekarang? Aku bertanya lagi. 10 minit lagi pukul 9.00pm. Hah!!! Tergamam aku mendengarnya. Mampus ummi & abah marah nanti. Mesti mereka sedang risau memikirkan aku. Lantas aku bangun dan bersiap untuk pulang.
Saya hantarkan awak balik..dia mempelawa untuk menghantarku pulang. ingin sahaja aku menolak perlawaannya tapi memikirkan sudah tiada kenderaan awam untuk aku naiki..aku terpaksa menerima perlawaan itu. Aku diam tidak bercakap walau sepatah pun didalam kereta. Alunan lagu rindu bayangan yang berkumandang di radio merimaskan aku disaat-saat macam ini. Selalunya lagu itu yang selalu meniti dibibirku. Fikiranku hanya tertumpu kepada ummi & abah. Aku tidak pernah balik lewat sebegini.
Sesampainya dirumah, Hamka jalan mendahului aku. Lantas dia memberikan salam. Wajah ummi kelihatan tatkala pintu terbuka. Aku tunduk seperti orang bersalah. Assalammualaikum makcik. Minta maaf makcik sebab lambat hantar Hawe pulang. Petang tadi dia sakit kepala, jadi saya bawa dia pergi klinik. Tu yang lambat balik sebab ramai orang diklinik. Terkejut aku mendengar Hamka memberi penjelasan kepada ummi. Langsung aku tidak terfikir yang dia akan berkata begitu. Aku hanya mengucapkan terima kasih didalam hati sahaja. Ummi memandangnya dengan penuh makna. Sedikit pun tidak ada perasaan marah pada wajah ummi.
Setelah empat bulan berkerjasama mengajar dengannya. Semakin hari aku semakin rapat dengannya. Sudah tidak ada sifat malu macam mula-mula dia masuk kerja dulu. Layananya terhadapku juga sangat baik. Setiap petang juga dia selalu menghantarku pulang ke rumah. Kini ummi dan abah tidak kisah jika aku pulang lewat malam sekiranya aku bersama Hamka. Hari ini dia tidak kerja kerana ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Tapi aku masuk kerja seperti biasa. Sesampai nya aku di ofis, ada sejambak bunga di atas meja. Kelihatan bunga itu masih segar sebab ada titisan air. Juga ada sekeping kad tertulis :-
"seyumanmu..telah mencairkan hati yang telah lama beku" "lirikan matamu..sering membuatku sukar untuk tidur malam" "Tutur katamu yang lembut..telah meruntuhkan keegoanku" "Gelak tawamu yang manja..menjadi teman sepiku" "keperibadianmu..membuatku begitu kagum denganmu" Tidak pernah aku bertemu dengan gadis sepertimu.. Sesungguhnya aku tidak dapat menolak perasaan ini.. Sejak kita mula bermesra..aku hanya ingin kau tau.. Yang aku benar-benar mencintaimu.. Ikhlas dari hatiku.. Bukan kerana paras rupa.. Bukan kerana harta benda Dan juga bukan kerana nafsu. Aku mencintaimu sebab kau adalah untukku Yang memang diciptakan untukku"
Ikhlas dari:- Hamka
Aku tidak menyangka yang dia memendam perasaan padaku. Selama ini aku hanya menganggap dia sebagai kawan kerjaku sahaja, dan tidak lebih dari itu. Aku berasa serba salah. Sememangnya aku berjanji pada diriku yang aku tidak akan mencintai lelaki lain. Dan untuk Hamka aku memang tidak mencintainya langsung. Sedikit pun tidak ada perasaan kasih padanya. Aku berharap dia akan masuk kerja semula pada esok hari. Dan aku mahu memberi penjelasan padanya. Keesokan harinya aku sengaja datang lewat. Sesampainya di ofis suasana seperti biasa. Seolah-olah tiada kehadiran bunga dan kad semalam. Aku hanya duduk di kaunter. Mood untuk aku mengajar tiada. Sayang, kenapa u masuk lewat hari ini? Tak sihat ke? Aku tersedar dari lamunan. Bersahaja tangannya mengenggam tanganku yang entah bila berdiri disebelahku. Aku tidak selesa dengan panggilan sayang yang digelarkan padaku. Hei, kenapa ni? I tanya u tak jawab. Are u okay? Tanyanya lagi. Aku hanya menganggukkan kepala. Mulanya mahu sahaja aku memberitahu apa yang patut. Melihat mukanya yang begitu memberi sepenuh perhatiannya padaku. Aku tidak sampai hati untuk memberitahu padanya. Biar lah ku pendam saja. Aku tidak mahu melukakan hatinya. Bagiku biarlah aku saja yang terluka.
Selepas habis waktu kerja, dia membawaku ke pantai. Katanya dia suka melihat sunset dan kali ini dia mahu melihat bersama-samaku. Setelah puas cuba memujuk ku untuk mengikutnya, aku pun bersetuju akhirnya. Aku sekadar duduk dipinggiran pantai sambil melihat telatahnya yg melayani kanak-kanak yang sedang bermandi-manda. Ternyata dia begitu gemar dengan kanak-kanak. Melihatkan cara dia melayan kanak-kanak itu, terserlah sifat penyayang yang ada pada dirinya. Tapi itu semua tidak membuatku jatuh cinta padanya. Aku mendengar alunan ombak sambil mengukir namaku di pasir. HAWE S…..AYANG HAMKA..belum sempat aku mengukir ayat seterusnya, entahkan bila dia datang dari belakang terus menyambung ukiran ku tadi. Aku hanya mampu tersenyum. Dia duduk disebelahku sambil sama-sama merenung jauh ke laut. Aku dengan khayalanku..begitu juga dengannya.
" I LOVE YOU..SO MUCH.. " Sekali lagi aku tersentak dari khayalanku sebaik sahaja mendengar bisikkannya di telingaku. Berlatar belakangkan alunan ombak dan cara dia melafazkannya benar-benar menusuk kedalam hatiku. Suara yang seakan-akan dengar tak dengar memang begitu romantis. Sesiapa sahaja pasti akan jatuh cinta denganya. Tapi bukan aku. Walaupun layanannya boleh membuatkan aku jatuh cinta. Tapi aku tetap dengan pendirianku.
BAB 3
T ak mahu beli apa-apa ke?..Tak nak la, rasanya semua kerperluan saya dah lengkap. Bersahaja aku menjawab pertanyaan dia. Diiikutkan ada beberapa benda yang perlu aku beli. Tapi lain kali saja lah. Rasa tak berapa selesa pula nak membeli dengannya. Sudah lama juga aku tidak ke Mahkota Parade, banyak perubahan dan kedai yang baru dibuka. Dia mengajakku masuk ke tempat pakaian lelaki. Katanya sudah lama tidak membeli baju. Aku memilihnya t-shirt berkolar berwarna hitam. Aku memang gemar melihat dia memakai baju berkolar. Nampak segak. Memandangkan kulitnya yang putih,memang sesuai la dengan baju bewarna gelap. Dan juga beberapa helai seluar dan kemeja untuknya. Tak hairan la jika dia banyak berbelanja. Sememangnya dia memang anak orang berada. Anak tunggal pula tu. Tapi bukan cara ku untuk mengambil kesempatan keatasnya.
Jom kita kesana kejap!..dia memimpin tanganku sambil menuju ke kedai emas Poh Kong. Awak nak buat apa kat sini? Nak beli apa? Aku bertanya padanya yang masih belum melepaskan tanganku. Ya adik, mahu beli cincin ka? Amoi kedai emas tu bertanya pada Hamka. Ya , saya nak beli cincin. "Yang macam mana kamu mahu?" aku sekadar melihat saja perbualan mereka. entah untuk sapalah cincin tu. Bertuah sungguh perempuan tu. "Bagi saya cincin yang hujung sana tu amoi"..sambil menunjuk kearah cincin yang bertahta batu berlian. Sedari dulu lagi cincin itu menjadi idamanku. Oleh kerana harganya yang mahal aku tidak mampu untuk membelinya. Wah, yang ini kah? Untuk siapa? Adik manis itu ka? Amoi itu bertanya sambil memandangku. Ya amoi, untuk isteri saya disebelahni.. begitu selamba dia menjawab soalan amoi itu tadi sambil tangannya memaut erat bahuku. Aku menjeling tajam kearahnya. Memang sifatnya begitu selalu menganggap aku ni isterimya. Sesiapa sahaja yang bertanya pasti akan dijawab soalan yang sama.
Kenapa awak selalu cakap yang saya ni isteri awak? Kita tak ada apa-apa ikatan pun. Aku melontarkan soalan yang sememangnya telah lama untuk aku bertanya padanya. Aku pun tak tahu kenapa hari ini aku tidak dapat control emosi aku. Selalunya aku akan berdiam saja bila dia kata aku ni isterinya. "Kenapa tak boleh pula saya cakap macam tu? Saya memang ikhlas dengan awak..saya ikhlas cintakan awak..saya pun dah fikir masak-masak yang saya akan jadikan awak isteri saya yang sah. Dan itu yang akan saya buat." Bersungguh-sungguh dia menjelaskan padaku. Aku nampak kesungguhan dan keikhlasan pada wajahnya. Tapi aku tak boleh terimanya. Aku tidak percayakan lelaki atas percakapan dan janji manisnya.. Aku sedar, begitu banyak kekurangan pada diriku. Aku memang tidak layak untuknya. Dan aku tak pasti jika dia boleh menerimaku setelah tahu keadaan diriku. Dan sejarah silam masih segar dalam ingatanku. Kejadian itu membuat aku sukar untuk memaafkan lelaki. "Saya tak boleh terima awak dan saya tak boleh kahwin dengan awak!!"aku hanya menundukkan kepala dan tak mampu untuk bertentang mata dengannya. Aku pasti akan kalah jika merenung matanya yang redup. Kenapa pula awak tak boleh kahwin dengan saya? Saya bukan suami orang dan saya bukan tunang orang. Tak salah kalau kita kahwin. Sebaik sahaja dia melontarkan soalan demi soalan, dia memberi isyarat supaya aku masuk kedalam kereta. Aku hanya menurut sahaja kehendaknya. Barangkali dia tak mahu pertengkaran kami didengari oleh orang yang lalu lalang.
Kereta BMW berwarna hitam yang dipandunya meluncur dengan laju dijalanraya yang menyebabkan aku terpaksa berpaut pada tempat pegang di pintu. Sunyi sepi didalam kereta, yang kedengaran hanya deruan angin saja. Nak diam sampai esok ke? Dia bertanya. Gayanya seperti serius ketika dia bertanya. Wajahnya kelat mencuka. Tiada sedikit pun senyuman seperti selalu. Aku hanya diam, malas untuk menjawab pertanyaannya.Tumpuannya diberikan sepenuhnya pada jalanraya. Entah kemana hendak dibawanya pun aku tak tahu. Aku hanya berdoa dalam hati supaya tidak terjadi perkara yang tak diingini. Tak dengar ke saya cakap? Ke dah tersumbat telinga tu? Tajam sungguh pertanyaannya. Tak ada apa yang nak di cakapkan!!.. kalau tak ada apa nak dicakapkan, sekarang saya nak tanya awak..kenapa saya tak boleh khawin dengan awak? Bagi saya sebab. Soalan dia merimaskan aku. Saya tak boleh khawin dengan awak dan saya tak ada sebab untuk soalan itu. Dan jangan tanya lagi soalan tu kat saya. Aku mematikan perbualan. Dia memecut kereta begitu laju. Kemungkinan marah dengan jawapan ku. Tapi aku tak peduli itu semua. Sejujurnya memang aku tak cintakan dia.
Aku keluar sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Kami berada di puncak bukit. Entah bukit mana aku pun tak tahu. Tapi pemandangannya memang cantik. Aku berdiri sedepa darinya. Otak aku ligat berfikir tentang apa yang akan dibuatnya disini. Tiada satu pun kereta yang lalu lalang disini. Kat mana awak bawa saya ni? Kita nak buat apa kat sini? Saya nak penjelasan dari awak. Pantas sahaja dia menjawab sebaik saja aku bertanya. "Penjelasan apa? Rasanya tiada apa lagi yang perlu dijelaskan." Dia berpusing menghadapku. aku melarikan anak mata tatkala matanya bertentang denganku. "Hawe..apa yang kurang dekat saya sehinggakan awak tak boleh terima saya?" Tak ada apa yang kurang, Cuma saya yang tak boleh terima awak". Tapi kenapa? Aku hanya membisu. Tak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Kini suaranya begitu lembut. Serba salah menghantui aku. Kalau la perkara tu tak terjadi..pasti aku akan menerimanya. Aku berjalan beberapa langkah menuju ke tebing dan duduk disitu. Perlahan-lahan dia menyusuri dibelakangku. Sebaiknya aku tak mahu ada pertengkaran diantara kami. Biarlah perkara ini diselesaikan dengan baik dan berakhir disini. Apa pun keputusan awak, saya akan tetap berkahwin dengab awak..dan itu adalah janji saya. Saya akan suruh family saya berjumpa dengan family awak. Kemarahan ku semakin memuncak. Lantas aku berdiri. Awak tak faham bahasa ke ha? Awak ingat saya ni sape yang awak nak paksa-paksa. Awak jangan ingat awak berharta..handsome saya boleh terima awak. Saya bukan jenis perempuan yang tergila-gilakan status dan harta awak. Aku hamburkan semua kata-kata yang terpendam dalam hatiku. Ada lelaki lain ke dalam hati awak sampai awak menolak lamaran saya? Sapa lelaki itu? Tanyanya lagi. If, ada lelaki lain pun..tak ada kena mengena dengan awak. Saya menolak awak bukan sebab saya ada lelaki lain. Tapi sebab saya tak cintakan awak. Kali ini aku tidak lagi memikirkan perasaannya. Biarlah dia tahu yang aku tidak cintakannya dan aku tak mahu memberinya harapan lagi. Aku berlalu pergi dari situ meninggalknnya yang masih kaku berdiri mendengar penjelasan aku.
Hawe!!..dia berlari mendapatkan ku. tanganku ditarik kasar menyebabkan badanku begitu hampir dengannya. Awak nak kemana? Dia mengoncang kuat tubuhku. Jangan pedulikan saya, biar saya nak kemana pun!! Lepaskan saya!!! Bentak ku dengan keras. Ok!! Saya akan lepaskan awak..tapi dirumah awak, bukan dekat sini. Even awak benci saya sekalipun saya takkan biarkan awak seorang diri dekat sini. Awak adalah tanggungjawab saya, dan saya tak mahu apa-apa terjadi kat awak. Kemarahan jelas tepancar diwajahnya. Namun jauh disudut hatinya membiarkan aku begitu sahaja. Dia baik dan sungguh baik. Tapi tah mengapa hati ini bukan untuknya. Air jernih deras mengalir di pipiku terharu mendengar keperihatinannya kepadaku. Maafkan saya Hamka sebab tak boleh menerimamu. Aku hanya mempu berkata dalam hati. Tangan ku ditarik keras lalu disuruh aku masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu dengan begitu laju. Aku hanya menahan badanku tatkala dia memusing selekoh. Sunyi sepi didalam kereta. Tiada seorang pun yang bersuara. Aku hanya melayan perasaanku.
Kali ini dia tidak berhenti masuk ke halaman rumah. Dia sekadar memberhentikan kereta di luar pagar. Aku membuka pintu lantas melulu keluar tanpa sepatah kata mahupun ucapan terima kasih. Sebaik sahaja aku menutup pintu kereta dia memecut pergi hingga hilang dari pandanganku. Aku melangkah masuk kerumah dengan pelbagai perasaan. Sedih..simpati..marah..semua bercampur baur. Aku menangis sepuas hati meluahkan apa yang terpendam. Laungan azan subuh menyedarkan aku dari tidur. Aku segera bangkit mengambil tuala yang tersidai dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Aku memakai telekung dan bersedia untuk solat. Aku menceritakan segalanya kepada Allah didalam doaku. Aku meluahkan segalanya. Tiada apa pun yang aku sembunyikan. Aku memohon diberi kekuatan hati dan memohan diberikan pentunjuk yang terbaik untukku. Pipiku basah berjuraian dengan air mata. Aku menuju kealmari didalam bilikku lalu mengambil al-quran yang agak lama aku tidak menyentuhnya. Aku membaca al-quran tersebut sehingga langit kelihatan cerah.Aku berjalan sendirian dihalaman rumah menyedut udara segar. Setelah membaca al-quran hati dan jiwaku benar-benar tenang. Kedengaran hanyalah kicauan burung-burung yang terbang kesana-sini. Aku berharap jiwaku akan terus tenang begini.
Setelah dua hari berlalu, aku mula resah tatkala tidak kelihatan kelibat Hamka. Selama dua hari itu juga aku terpaksa mengajar sendirian. Aku mula bertanya sendirian kemana perginya dia. Ini adalah hari yang begitu membosankan kerana tiada gelak tawa serta usikan nakal darinya. Adakah dia merajuk hati dengan apa yang aku beritahunya beberapa hari lepas. Telefon bimbitku berbunyi ketika aku sedang memikirkan tentang Hamka. Nombor yang begitu asing tak pernah aku melihatnya terpapar diskrin telefonku. Lantas aku menekan butang jawab. Hello, assalammualaikum..waalaikumsalam..aku menjawab salam panggilan didalam telefon yang masih tidak aku ketahui. Ini Hawe ke? Pemanggil itu bertanya untuk memastikan adakah aku yang berada ditalian. Ye, saya..boleh saya tahu siapa ni..ni mama Hamka..Hamka ada disana ke? dia tak ada dekat sini makcik..dah dua hari dia tak masuk kerja..kenapa makcik?..aku bertanya lagi setelah menjelaskan ketiadaan Hamka disini. Makcik pun tak tahu lah kemana dia pergi..sejak hari sabtu lagi dia tak balik kerumah..makcik telefon pun dia tak jawab. Kini benarlah sangkaanku yang Hamka benar-benar merajuk dengan kata-kataku tempoh hari. Aku mula dihurungi perasaan bersalah.
Petang itu aku balik awal dari hari biasa. Sesampai dirumah aku memberanikan diri untuk berSMS dengan Hamka. "salam..awak kat mana?"..mesej ku masih tidak berjawab setelah lima belas minit menghantarnya. Aku menghantar lagi mesej padanya. "awak marahkan saya?"..beberapa minit selepas itu telefon aku berbunyi isyarat mesej masuk. "tak perlu awak tahu saya kat mana..it's not ur bussiness".. aku termenung setelah membaca mesej yang diterima darinya. Aku segera bersiap-siap mengenakan jeans, t-shirt serta tudung. Setelah meminta izin dari ummi dan abah. Aku keluar mendapatkan Ana yang sedang tunggu di kereta. Ana adalah kawan baikku. Aku kenal dia semasa dia membuat practical ditempat kerjaku. Petang itu aku meminta tolong Ana membawaku ke puncak bukit di tempat aku dan Hamka bertengkar tempoh hari. Aku dapat merasakan bahawa dia ada bersembunyi disitu. Sebelum pertengkaran tempoh hari, dia pernah memberitahuku bahawa dia akan ke puncak bukit jika dia ada masalah. Aku mula berasa resah didalam kereta. Ana yang melihat ku tak senang duduk dari tadi mula kelihatan pelik. "hawe ni kenapa? Dari tadi Ana tengok resah semacam je..ada problem ke?" Ana mula bersuara sambil mengikut jalan yang aku tunjuk. " tak ada apalah..nak cerita pun susah..nanti Hawe cerita kemudian ye"..kataku sambil melihat dikiri kanan jalan. "Ana..berhenti kat kereta depan tu ya.." aku menunjukkan tempat dimana mahu berhenti. Dari jauh aku sudah melihat keretanya. Aku memang kenal benar BMW miliknya. "Nak buat apa kat sini..nak suruh ana tunggu dalam kereta je ke?..Ana bertanyaku apa yang harus dibuatnya. "erm..Ana balik dulu la..Hawe ada hal yang perlu diselesaikan." Kereta Kancil yang dipandu Ana berlalu pergi meninggalkan aku disitu. Perlahan-lahan aku melangkah menuju kepada Hamka yang sedang duduk di tebing bukit. Hatiku merasa begitu sedih tatkala melihatnya dalam keadaan tidak terurus. Rambut yang kusut masai. Baju yang separuh terkeluar dari seluar dan muka yang tiada tenaga. Keadaanya memang betul-betul kusut. Dada aku mula bergelora tatkala melihatnya berkeadaan seperti itu. Aku tidak menyangka yang dia kan jadi sampai begini. Aku mengelap air mata yang berlinang dikelopak mataku. Hamka…sapaku lembut. Aku mendekati dia dan duduk disebelahnya. Kenapa awak sampai jadi macam ni sekali? Kenapa awak datang sini. Kan awak kata awak benci saya. Kenapa masih cari saya?..dilemparkan semula kata-kata yang pernah aku ucapkan padanya.. saya datang si..ni sebab saya kesiankan mama awak. Dia.. risaukan awak..tak balik rumah. Dan saya tak mahu lihat keadaan awak..yang ma..cam ni..tak terurus." Aku menjelaskan padanya dalam nada yang tersekat-sekat menaham sedih. Tak perlu nak kesiankan saya..saya pun tak minta simpati orang..pergilah balik..biarkan saya dengan diri saya..tak Hamka..saya tak kan balik selagi awak tak balik..dan saya takkan biarkan awak dalam keadaan macam ni.. tah mengapa hatiku betul-betul tersentuh melihatnya. Aku tidak lagi berasa asing ketika bersamanya. Kini separuh hatiku ingin mengembalikan dia seperti dulu..saya bukan tunang awak..jauh sekali untuk jadi suami awak..so, tak perlu awak nak ambil perhatian kat saya or nak pujuk saya..air mataku mengalir sebaik sahaja mendengar kata-katanya. Hatinya benar-benar terluka. Kini dia asyik mengulangi apa yang pernah aku ucapkan padanya. memang benar dia bukan suami ku..tapi aku tak mahu melihat keadaannya seperti sekarang. Jika ungkapan cintaku membuat dia bahagia dan tersenyum seperti sebelum ni..aku akan menyatakan yang aku cintakannya, biarpun tiada sedikitpun ruang dihatiku untuknya. Ku lakukan semua ini adalah kerana mamanya yang merayu padaku untuk membawanya pulang.
Aku memusingkan badan kearahnya. Kini aku benar-benar bertentangan dengannya. Aku menatap wajahnya yang penuh dengan kedukaan itu. Ada manik-manik jernih di tepi matanya. Ternyata dia juga menangis. Ya, Allah, adakah aku begitu kejam sehinggakan aku membuatnya terluka dan menangis. Ampunilah aku ya Allah..sesungguhnya aku akan menebus segala kesalahanku padanya. Aku sekadar berkata dalam hati. Dia sedikit pun tidak memandang tepat kedalam mataku. Aku juga dapat merasakan betapa pedihnya luka dihatinya itu. Aku memegang kedua tangannya dan memandang tepat kedalam matanya.
"Hamka..saya sayang kan awak seperti mana saya sayangkan diri saya dan keluarga saya..saya tak mahu apa-apa terjadi dekat awak disebabkan saya. Dan saya tak mahu awak jadi begini disebabkan saya. Saya dah anggap awak sebahagian dari keluarga saya. Dan saya juga tahu betapa dalam cinta awak dekat saya..dan saya juga tau betapa awak sayang saya..dan saya benar-benar tahu betapa pentingnya saya dalam hidup awak. Kalau tak awak tak akan jadi begini.Hamka..jika benar awak cintakan saya sepenuh hati awak..awak kembalilah seperti dulu..saya nak Hamka yang dulunya murah dengan senyuman..yang suka ketawa dan yang hidupnya penuh dengan keceriaan. Kembalikan lah Hamka yang itu untuk saya..Hamka..wajah didepan awak ni yang risau melihat keadaan awak yang begini. Dan wanita didepan awak ni juga yang cintakan awak…sepenuh hatinya..adakah masih ada ruang dalam hati awak untuk terima saya kembali??"
Aku yang sedari tadi berdiri didepannya seperti patung terus didakap dengan penuh kasih sayang. Wajahku di tatap erat dan diberikan sebuah kucupan didahiku. "Ya, sayang..hati ini hanya milik awak seorang..seluruh jiwa dan hidup saya adalah milik awak"..terima kasih kerana memberikan hati awak untuk saya.." aku hanya membalas seyumannya. Sesungguhnya hanya tuhan saja yang tahu apa yang ada didalam hatiku. Aku sanggup berkorban untuk kebahagiannya. Bagiku biarlah aku yang terluka. Dan biarlah luka itu ku pendam dalam hati dan hanya aku saja yang tahu…
Beberapa bulan berlalu, Hamka melamarku. Dia benar-benar nekad mahu jadikan aku isterinya yang sah. Dia juga sudah menetapkan tarikh pertunangan dan pernikahan kami. Majlis pertunangan dan pernikahan adalah pada hari yang sama. Hatiku gundah gulana. Adakah patut aku beritahunya sejarah silamku..dan adakah dia akan menerimaku seadaanya..atau adakah hatinya akan terluka kembali jika mengetahui bakal isterinya sudah tiada dara. Aku hanya menangis sendirian di bilik ku. sejarah silamku sering menghantui ku kembali. Kejadian tu berlaku ketika aku sekolah menengah. Aku yang tidak pernah keluar rumah dengan kawan ketika itu, terus terpedaya dengan ajakkan kawanku yang selama ini aku menggangapnya kawan baik ku. sedikit pun tidak aku ketahui akan muslihatnya yang mahu memperdayakan ku. malam itu juga tubuhku di jamu oleh lelaki-lelaki yang tak berhati perut. Yang sedikit pun tidak peduli dengan tangisan dan rayuaanku. Nafsu yang menyelubungi dirinya serta terpedaya dengan pujukan syaitan terus meragut mahkota perempuanku. Aku benar-benar menyesal tatkala terkenangkan peristiwa hitam itu. Aku hanya berdoa minta dikuatkan hartiku untuk mengharungi cabaran dan dugaan. Pagi ahad, Hamka sudah berada dimuka pintu rumahku. Aku yang sedang bersiap-siap tidak mempedulikan perbualannya dengan ummi dan abahku. Barangkali mereka berbincang tentang hari perkahwinanku. Di dalam kereta dia mengenggam erat tangan ku seolah-olah tak mahu melepaskanku. Aku sekadar membalas genggamannya. Sayang, u dah sedia ke nak jadi permaisuri i?..dia berkata dengan penuh makna. Kata dan senyumannya melambangkan betapa bahagianya dia jika berkahwin denganku nanti. Hamka..awak tak kisah nak jadikan saya isteri awak? Awak dah fikir habis? Aku menjawab pertanyaannya dengan soalan dan bukannya jawapan. Kenapa awak tanya macam tu? Awak tak yakin dengan saya? Awak tak percayakan saya? Kini soalan berbalas soalan. Saya tak boleh berkahwin dengan awak..sebab.. aku tak mampu meneruskan ayatku…air mataku terus mengalir..dia yang kelihatan pelik terus memberhentikan kereta di kaki lima jalan. Sayang..kenapa ni? Tell me what's ur problem..aku lagi bertambah sebak. Aku tidak tahu bagaimana mahu beritahunya..awak tak tahu keadaan saya, awak pasti tak dapat menerimanya. Hanya itu yang mampu aku ucapkan..Sayang, walau siapa pun awak..dan walau apa pun yang pernah terjadi kat awak..saya tetap akan berkahwin dengan awak…sebab saya ikhlas cintakan awak..saya cintakan diri awak yang sekarang dan saya boleh terima diri awak dengan sejarah silam awak. Saya tahu itu semua bukan salah awak..saya cintakan awak sayang.." aku terkejut dengan apa yang dicakapkan sebentar tadi. Aku benar-benar terharu dia masih boleh menerimaku dalam keadaan aku yang macam ni. Tapi kenapa hati aku tidak boleh menerimanya. "Da..ri..mana a..wak tahu sejarah saya?" tersekat-sekat aku bertanya padanya..tadi..masa tunggu awak bersiap-siap ummi dan abah dan ceritakan segalanya dekat saya..aku sekadar mengucapkan terima kasih dan untuk apa ucapanku aku pun tidak tahu.
BAB 4
Hari yang dinanti-nanti menjelang tiba. Tepat pukul 10 pagi majlis pertunangan ku bermula. Tema perkahwinan ku biru laut dan putih. Pihak lelaki menghantar 9 dulang berbalas dengan 13 dulang. Pertunangan ku berjalan dengan lancar. Empat jam selepas pertunangan, aku bersiap-siap untuk majlis akad nikah. Aku mengenakan busana dari butik Teratak Mempelai beronakan warna biru laut dan putih. Wajahku disolek rapi bagi menaikkan seri pengantin. Baju kebaya moden bertahta berlian yang sarat dengan labuci menampakkan ku kelihatan manis dan ayu. Senyuman tak henti-henti aku berikan kepada tetamu yang datang melihatku tapi tak siapa tahu kesedihan didalam hatiku. Aku cuba sebaik mungkin untuk melayan semua tetamu yang mengharapkan perkahwinan aku ini terutama ummi dan abah. Tatkala sedang didandan oleh mak andam, ummi datang ke bilik persalinan ku. Aku menatap wajah ummi. Terpancar kebahagiaan diwajahnya. "cantiknya anak ummi..sebentar lagi dah nak jadi isteri orang.." kata-kata ummi diselangi air mata gembira. Aku memeluk erat tubuh ummi seperti tak mahu berpisah dengannya.
5.30 petang sesudah solat asar, aku bersama rombonganku sampai di masjid Nur Jannah. Pernikahanku berlangsung dimasjid atas permintaan abahku. Hati ku berdebar-debar tatkala tok imam meminta persetujuanku dan tandatangan untuk bernikah dengan Hamka. Hamka yang kelihatan sungguh segak dan tampan mengenakan baju melayu diperbuat dari kain satin yang bersongkok hitam, memberiku sekuntum senyuman yang penuh makna. Wajah sayu ku hanya memandang sahaja bakal suamiku dengan pelbagai perasaan. Ana selaku pengapit, setia duduk disebelah menenangkan aku. Hanya dia yang tahu kesedihan dan pengorbanan yang aku lalui. "tenang ye Hawe..semuanya akan berjalan lancar..insya'allah ada hikmah disebaliknya..cuba beri perhatian sepenuhnya kepada dia..dan berusaha juga untuk menyayanginya..insya'allah cepat atau lambat hati Hawe akan terbuka untuknya.." itulah kata-kata semangat Ana kepadaku.
"AKU TERIMA NIKAHNYA DENGAN HAWE LILIS SURIYANI BINTI ABDULLAH, BERWALIKAN HAKIM DENGAN MAS KAHWIN EMPAT PULUH RINGGIT TUNAI."
Dengan sekali nafas sahaja aku sah bergelar isteri kepada Mohd Hamka. Aku tidak dapat menahan perasaan. Air mtaku jatuh berjuraian membasahi pipi. Aku tidak pasti adakah air mata ini air mata gembira atau sebaliknya. Pembatalan air sembahyang dijalankan. Sebentuk cincin yang dibelinya bersamaku dulu kini terletak cantik di jariku. Serta rantai dan gelang yang menjadi perhiasan tangan dan leherku. Alangkah bahagianya jika orang yang memakaikan perhiasan itu adalah lelaki yang aku cintai. Aku mencium tangan suami ku setelah menyarungkan cincin suasa kejarinya. Tiada satu perasaan pun yang terlintas tatkala dia mengkucup dahiku.
Malam itu juga berlangsungnya perkahwinan ku. kami hanya buat sekali sahaja. Dan atas permintaan keluarga suamiku, persandingan kami dilakukan di sebuah hotel ternama disini. Segala perbelanjaan ditanggung oleh keluarga suamiku. Persandingan pula aku memakai gaun labuh berwarna putih gading. Rambut yang disanggul rapi menyerlahkan kejelitaanku. Dan tidak kalah juga suami ku yang sememangnya segak berpakaian apa sahaja. Malam itu kami diarak bagai anak raja. Hotel itu hanya dik haskan untuk majlis kami sahaja malam itu. Kami diapit menuju ke pelamin. Ramai mata-mata yang memandang. Walaupun tidak ada perasaan benci didalam hati tetapi bukan dia menjadi pilihan hatiku. Mengenangkan perasaan ummi dan abah, aku terpaksa memberikan senyuman yang menunjukkan betapa bahagianya aku pada perkahwinan itu. Kelihatan Puan Faridah dan Tuan Farid begitu sibuk melayan tetamu yang hadir. Begitu juga dengan ummi dan abah. Lagu diiringi tarian menceriakan suasana. Alunan lagu Endless Of love begitu romantik kedengaran yang dinyanyikan oleh kakitangan hotel.
*******************************
"Sayang..alhamdulillah akhirnya kita jadi suami isteri yang sah. Terima kasih sayang kerana memberi ruang untuk abang kedalam hati sayang. Insya'allah abang aku cuba jadi suami yang terbaik buat sayang. Hari ini apa yang ada pada abang adalah menjadi milik sayang. Abang rasa begitu bertuah dan bersyukur kerana memiliki isteri secantik dan sebaik sayang. Abang berharap sayang dapat terima abang seadanya sepertimana abang terima sayang. I LOVE U SO MUCH." Sebuah kucupan hinggap dipipi kananku sebaik sahaja di melafazkan cinta dan janjinya.
"Abang.." agak kekok juga aku tatkala memanggilnya dengan panggilan abang. Tapi aku kena biasakan dengan panggilan itu sebab kini di bergelar suamiku.
"…saya bukanlah yang sempurna untuk abang..dan bukan la yang terbaik untuk abang..terima kasih sebab dapat menerima kekurangan yang ada pada diri saya..insya'allah saya cuba buat yang terbaik untuk abang..saya juga akan cuba untuk jadi seorang isteri yang taat kepada suaminya..saya akan cuba untuk hidup bahagia bersama abang.." Hanya itu yang mampu aku ucapkan.
Ya allah, sesungguhnya aku berdosa kerana tidak mencintai suami ku. sesungguhnya aku berdosa kerana membohonginya. Tapi aku tiada pilihan lain. Aku terpaksa lakukan untuk kebahagiaan semua. Biarlah aku yang terluka. Biarlah aku yang menanggung sakit dan siksa. Janganlah orang yang mengharap bahagia dariku yang terluka dan kecewa. Ya allah, kau buka kanlah sedikit ruang untuk suamiku didalam hatiku ini ya allah. Bukalah ruang untuknya supaya aku mencintainya. Sesungguhnya kau jadikan lah aku seorang isteri yang taat kepada suaminya..dan berilah kebahagiaan yang sepenuhnya kepada perkahwinan ku ini ya allah.dan andai itu takdirnya aku terima seadanya... aku berdoa sebaik sahaja selesai solat isyak.
Hamka setia menantiku dibirai katil dengan penuh kesabaran. Aku menyisir rambut ku yang panjang dengan niat untuk melambatkan acara seterusnya. Memang halal jika kami bersama, tapi aku…… Hembusan nafasnya ditelinga ku menusuk jauh ke kalbuku. Badanku yang hanya dibaluti gaun nipis berwarna hitam diusapnya dengan lembut. Aku didukung dan perlahan-lahan dibaringkan kekatil. "sayang, abang..."… "saya rela abang lakukan apa sahaja..saya isteri abang..halal abang"..belum sempat dia menghabiskan katanya..aku terus menyambung yang sememangnya aku mengerti kehendaknya.
**************************
Terima kasih sayang…sebuah lagi kucupan didahi yang penuh dengan kasih sayang diberikan kepadaku. Aku hanya berdoa didalam hati moga ada sinar kebahagiaan pada kami berdua...amin..
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei