Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Saat malam menjelma Aku sentiasa bermimpi Kau hadir di kejauhan Melambai-lambai kepadaku Penuh syahdu
Tanpa ku sedari Air mata mengalir Mengenangkan raut tulus wajahmu Sayu dan sayu
Aku kian merindu Saat indah tika bersama Yang cuma sementara jua Tetapi aku Tiada pernah mengerti Hati dan perasaanmu
Kasihku Maafkan daku andai aku melukaimu Maafkan aku sayang Aku membuat kau menangis Aku egois
Kepada dirimu Aku sentiasa merindu…
-----------------------
14 MEI 2008
Hari ini adalah hari yang paling bahagia buat diriku. Masih terbayang ditubir mata ini akan kata-kata Farhan sebentar tadi. Sungguh romantis. Saat itu, dadaku berdebar-debar. Kencang.
" Diana… Farhan cintakan Diana.."
Masih terngiang-ngiang kata-kata keramat itu. Kata penuh makna. Dan kata yang tersirat dengan nafas cinta. Tika itu, aku melihat raut muka Farhan merah padam. Kenapa Farhan? Kau malu ya? Tapi kau berani. Kau berani meluahkan apa yang tersirat dalam hatimu. Aku kagum akan diri kau. Hampir setahun lebih aku menunggu kata-kata itu meniti di bibir mu. Namun, hari ini baru impian itu menjadi kenyataan. Adakah selama ini kau mengerti yang aku setia menanti mu Farhan? Lama aku menunggu saat ini. Terima kasih Farhan. Aku juga mencintaimu. Tapi aku perempuan. Punyai sifat malu yang menebal dalam diriku. Aku tiada mampu mengungkapkan kata-kata itu di hadapan mu. Andainya kau bisa mengerti bisikan hatiku, alangkah bahagianya hidupku ini. Saat kau mengungkapkan kata-kata itu tadi, ingin sahaja air mata jernihku mengalir membasahi pipiku. Namun, aku cuba kuatkan hatiku. Aku tahan air mata itu dari mengalir keluar. Aku tidak mahu kau menyedari akan perihal hatiku yang terharu bercampur kegembiraan ini. Aku pandang matamu. Ada sinar keikhlasan yang mampu aku baca dari tenungan mata itu. Ada jua sinar pengharapan yang maha tinggi dari lirikan romantis mata mu. Mungkin mengharapkan bibirku ini menuturkan bicara yang sama dengan bicara yang baru kau tuturkan sebentar tadi.
Farhan, mengertilah akan dikau. Aku cuba untuk mengungkapkan sesuatu, namun, bibir ini bagaikan terkunci rapat. Aku cuba lagi. Tapi tiada daya untukku luahkan. Maafkan aku Farhan. Aku bukan bermaksud untuk melukai hatimu. Dan aku jua tiada niat untuk menyinggung perasaan mu. Aku bisa mengerti raut wajahmu yang penuh kekecewaan itu. Aku bisa membaca perubahan dari tenungan matamu sebentar tadi. Aku tahu kau tersinggung. Aku jua tahu kau kecewa akan daku. Tapi, aku berjanji Farhan. Suatu hari nanti akan aku luahkan perasaan yang kian bergelodak dalam jiwa ini. Suatu hari nanti Farhan. Kau bisa tersenyum. Kau bisa menari bersama tarian cintaku. Kau bisa membina mahligai impian itu bersama ku. Dan kau bisa menjadi putera hatiku. Aku janji.
18 MEI 2008
Aku berasa sangat lucu tatkala melihat raut wajahmu yang terkejut sebaik sahaja membuka pintu laci mu semasa dalam kelas persediaan praktikal tadi. Kenapa Farhan? Aku lihat kau mengambil satu sampul surat biru di dalamnya. Kemudian, kau buka sampul itu perlahan. Kelihatan sekumal kertas bertemankan deretan huruf-huruf yang tersusun kemas menghiasi kertas itu. Dan huruf-huruf itu bercantum menjadi sebuah puisi indah.
Puisi hatiku…
Ku ukir Sebuah puisi hatiku Bertemankan tinta nan basah Di atas sekumal kertas Bersaksikan titisan jernih dari angkasa Turun membasahi bumi nan kontang
Ku lukis Sebuah puisi hatiku Buat tatapan dirimu Di kala sunyi mendatang Di saat sepi menjelma
Sebuah puisi hatiku Ku ukir Dan ku lukis di sini Agar kau memahami isi hati ku Agar bisa kau mengerti Hembusan cintaku
Kepada dirimu Tenunglah dan dengarlah bicara hatiku Yang tiada mampu ku simpan lagi Mengertilah Yang aku jua Mencintaimu…
Farhan, semalaman aku menulis puisi itu. Hinggakan bengkak dan merah mataku pagi ini kerana tiada cukup tidurnya. Namun, aku berasa puas. Kerana puisi itu kini berada dalam genggamanmu. Tapi persoalannya, adakah kau memahami akan maksud tersirat yang ingin ku sampaikan? Ahh…Kau tiada jua mengerti. Matamu ku lihat meliar seolah-olah mencari seseorang. Kau mencari siapa Farhan? Aku? Atau seseorang yang bisa menterjemahkan maksud puisi itu? Aku memerhatikan gelagat mu lagi. Tiba-tiba, kau memanggil pelajar itu. Pelajar yang baru sahaja melintas di hadapanmu. Kau bercakap dengannya serta menunjuk-nunjuk kertas itu kepadanya. Seminit kemudian, pelajar itu berlalu pergi. Dan kau pula menggaru kepala yang tiada gatalnya sebaik sahaja pelajar itu berlalu. Sekarang mengertilah aku yang kau tidak memahami akan maksud puisi yang tertera di atas sekumal kertas itu. Kau cuba bertanya kepada pelajar itu. Namun, dia jua tidak mengerti. Aku tersenyum sendirian. Terasa lucu melihat aksi mu. Sungguh lucu.
Setelah itu, aku bergegas ke kelas kerana ku tahu kau akan segera mencariku. Mencariku untuk menterjemahkan puisi itu. Kerana aku adalah seorang penulis puisi di kolej ini. Kau pun mengetahuinya. Tekaan ku tepat sekali.
" Diana, kau boleh tolong aku tak?" Itulah kata-kata kau pagi itu.
" Tolong apa pula ni. Aku tengok muka kau ni macam ada something yang tak kena je. Nampak cam pening semacam." Kataku pula.
" Ada orang yang hantar puisi ni kat aku. Aku tak faham la maksudnya. Pening semacam je ayat dia. Kau tolong terjemahkan ok? Kau menambah.
"Mari sini aku tengok".Kataku menambah.
Seandainya kau sedar perasaan aku saat itu Farhan, akulah orang yang paling bahagia di dunia ini. Adakah kau perasan tika itu aku sentiasa menjeling raut wajahmu? Adakah kau sedar saat itu jua dadaku berdebar kencang kerana berada dekat bersamamu. Aduhai Farhan. Gadis mana yang tidak bahagia tatkala dapat bersama orang yang dia cintai dan dia juga mengetahui yang orang itu turut mencintainya. Betapa bahagia dan indahnya perasaan itu Farhan.
" Puisi ni simple je la Farhan. Kau ni, ayat yang mudah macam ni pun kau tak tahu"
Ahh…Aku sering bercakap kasar denganmu Farhan. Maafkan aku. Aku terpaksa. Andai aku tidak berbuat demikian, aku akan lemah dalam hembusan cintamu. Dan aku akan turut meluahkan perasaan cinta yang telah lama ku pendam ini. Aku segan untuk berbuat demikian. Kerana itulah aku sering berkasar denganmu. Semuanya ku lakukan untuk menyembunyikan perasaan ini. Aku malu untuk berterus-terang. Dan aku mengharapkan kau mengerti sendiri akan perasaan ku terhadapmu ini. Walaupun aku sedar kau amat sukar untuk memahami luahan hatiku.
" Farhan, orang yang menghantar puisi ini adalah seorang gadis yang telah lama menyimpan perasaan cinta terhadapmu. Namun, dia tiada mampu berterus terang. Dia mengharapkan kau memahami bicara hatinya. Kau harus cuba dan mengerti perasan dia Farhan. Kau perhatikan lirikan matanya. Bicaranya. Gurau sendanya. Kau harus bijak membaca isi hatinya Farhan. Dia mencintaimu. Mencintaimu sepenuh hatinya…"
Begitulah kata-kataku padamu pagi itu. Aku mengharapkan kau mengerti siapa orang yang aku maksudkan itu.
25 MEI 2008
Farhan, hari ini aku berasa sangat penat. Mataku tiada mampu ku buka. Aku jua tidak dapat bangun dan melakukan rutin seharian. Aku terpaksa ponteng kelas. Adakah kau menyedari ketidakhadiranku pada hari ini? Aku penat Farhan. Aku pun tidak tahu apa yang telah terjadi pada diriku ini. Penat sangat. Mesti kau merindui aku tika ini. Aku tahu Farhan. Maafkan aku kerana membuatkan kau menanti. Aku tidak berdaya. Seharian aku aku tidak melihat wajah suci mu itu, hatiku bagai meronta-ronta. Aku rindu padamu. Ku cuba gagahi tubuh ini untuk bangun dan menghadiri kelas, namun tiada jua terdaya. Akhirnya aku tertidur sendirian di katil.
Saatku membuka mata ini, ku melihat wajah umi, abah, abang, adik dan sanak saudaraku di sisi. Mereka semua merenung ke arahku. Aku hairan. Namun setelah aku melihat deretan katil dan pesakit di sebelahku, barulah aku sedar yang aku kini berada di hospital. Mata umi ku lihat berair. Abah pula sebak sahaja raut wajahnya. Tiada lagi tawa riang dari bibirnya seperti selalu. Aku makin keliru. Apakah yang telah menimpa diriku ini? Saat itu ku rasakan tubuhku masih penat. Lemah. Tika itu jua mataku melilar mencari wajahmu Farhan. Aku kian merindu mu. Andai aku dapat melihat wajah kasih mu itu biar untuk sementara cuma, mungkin rasa penat ini berkurangan. Tetapi, alangkah hampanya diriku, wajahmu tiada jua di situ. Aku pejamkan mata ini. Cuba mengenangkan raut bayangmu. Ahh… Alangkah rindunya aku kepadamu.
29 MEI 2008
Farhan, pada keesokannya aku dibenarkan pulang. Aku berasa begitu gembira. Kerana selepas ini aku bakal menemui kau kembali. Mesti kau rindu pada aku kan? Sabar Farhan. Aku akan datang padamu sekejap sahaja lagi. Dan kita bakal melepaskan perasaan rindu yang membuak-buak ini bersama. Ahh…Alangkah nakalnya aku ini. Aku tertawa sendirian.
Malam menjelma. Namun, aku begitu pelik melihat perubahan sikap abah dan umi. Mereka tidak seperti selalu. Gembira dan riang saat aku berada di rumah. Tetapi kali ini, mereka lebih banyak membisu dan mendiamkan diri. Umi tidak berbicara walau satu patah perkataan pun denganku. Abah pula lebih banyak termenung. Memerhatikan gelagat anak-anak ikan di dalam kolam di hadapan rumahku. Akhirnya aku membuat keputusan untuk masuk ke bilik sahaja dan membuat persediaan untuk ke kelas pagi esok. Tetapi, sebaik sahaja aku bangun untuk berjalan ke bilik, umi telah memanggil ku. Nadanya sebak sahaja.
" Umi ada sesuatu untuk diberitahu. Duduklah dulu." Kata umi.
"Perkara apa umi? Nampak macam ada sesuatu yang tidak kena saja."Aku menambah dengan nada yang keliru.
" Diana, umi berharap agar Diana lebih tabah menghadapi dugaan ini." Umi mula bersuara.
Namun kata-kata itu hanya setakat terhenti di situ. Air mata umi mula mengalir. Mula-mula perlahan. Tetapi semakin kuat tatkala aku mendekatkan tubuhku berhampiran umi. Abah yang mendengar tangisan umi bangun dan menghampiri kami. Aku memandang wajah abah dengan seribu tanda-tanya. Mata abah juga kelihatan bengkak. Aku bertambah keliru melihat situasi itu. Abah kemudian memegang bahuku dan mengajak untuk duduk di sisinya. Aku menurut.
" Diana, apa yang abah akan sampaikan ini mungkin berat untuk diterima oleh Diana. Tapi, tabah dan terimalah semua berita ini. Mungkin ini satu dugaan dari Yang Maha Esa untuk Diana." Abah memulakan bicara.
" Apa semua ni abah? Berita apa? Diana pening laa. Berterus-terang sahajalah abah. Jangan buat Diana macam ni" Aku seolah-olah memberontak.
" Diana, menurut kata doktor pada siang tadi, Diana… Erk…Diana menghidap penyakit kanser otak. Dan hayat Diana mungkin boleh bertahan tiga bulan sahaja lagi." Begitulah kata-kata abah pada malam itu. Kata-kata itulah yang telah meragut kebahagiaan aku selama ini.
Saat itu, aku memandang wajah umi, abah, abang, dan adikku yang baru sahaja berkumpul di depanku sebentar tadi. Mereka memandangku dengan penuh sayu. Simpati. Sedih. Di waktu itu juga, mindaku terbayang raut wajahmu Farhan. Lirikan matamu, senyuman manismu, kata-kata romantismu, menerjah ruang fikiranku. Farhan, aku hanya bisa memandang semua itu untuk tiga bulan sahaja lagi. Dan selepas itu, mungkin kau sempat melihat wajah gadis yang kau cintai ini buat seketika cuma. Selepas itu, kita akan berpisah. Kau di sini. Tetapi aku di dunia lain. Dunia baru buatku. Maafkan aku Farhan…
4 JUN 2008
Semalaman aku tidak dapat tidur Farhan setelah membaca mesej yang kau hantar ke telefonku petang tadi. Setiap detik yang berlalu pada malam itu, ku abadikan buatmu. Raut wajahmu berlegar-legar di tubir mataku. Aku suka memerhatikan matamu yang hazel itu. Kau sungguh kacak. Memang beruntung sesiapa yang menjadi temanmu nanti. Tapi sayang, aku tidak mampu menjadi orang itu. Walau sejuta mana pun nilai cintamu buatku, namun ketentuan Illahi tiada dapat merubah apa yang telah tertulis sejak azali lagi Farhan. Maafkan aku kerana tiada dapat bersama nanti. Aku akan memerhati mu dari jauh. Di dunia yang berbeza.
Pada pagi itu, aku menunggu mu di tasik kolej. Tempat yang telah kau janjikan untuk bertemu dengan ku. Lama aku menunggu. Tapi kau masih belum muncul. Geram betul aku saat itu. Namun, aku menunggu lagi. Sejam berlalu, barulah aku nampak susuk tubuh mu yang berlari-lari ke arahku. Wajahmu sedikit kerisauan. Saat kau berada di hadapanku, aku bisa melihat terbitnya peluh jernih di dahimu. Kau tahu tak saat itu ingin sahaja aku mengesat peluh itu dengan tisu yang ku bawa. Kerana nilai cintaku terhadapmu begitu agung. Tiada mampu aku melihat mukamu yang berpeluh sedemikian. Lahir rasa kesian dalam hatiku. Tapi, aku tahan diriku. Andai aku melakukannya, aku seolah-olah memberi kau satu pengharapan. Pengharapan kepada cinta kau itu. Aku tidak mahu kau berharap Farhan. Aku jua tidak mahu kau menyesal di kemudian hari. Biarlah kau membenciku. Dan biarlah kau kecewa saat ini. Daripada kau menanggung seksa saat kehilangan aku nanti.
Aku mempelawa kau duduk. Kau duduk bertentangan denganku. Namun, mata ini ku tumpukan ke arah air yang sedang berkocak yang berada dalam tasik itu. Kerana aku tidak bisa memandangmu lagi Farhan. Saat itu hatiku menangis. Aku sedih Farhan. Tapi ku tabahkan diriku agar air mata ini tidak turut mengalir. Namun, sesekali aku cuba memandang matamu. Kulihat matamu tepat ditenung ke arahku. Aku bisa mengerti akan tenungan mata itu. Tenungan yang penuh pengharapan. Ahh…Maafkan aku Farhan. Setelah lama berdiam diri, akhirnya kau bersuara.
" Diana, aku telah lama menunggumu. Kau sendiri sedar yang aku betul-betul mencintaimu. Tetapi mengapa sehingga saat ini kau masih membisu? Adakah kau tidak mencintaiku Diana? Atau kau sengaja mempermainkan perasaanku? Berterus-teranglah Diana. Jangan seksa aku sebegini" Kata-kata kau pada hari itu bagaikan memberontak.
Aku menelan air liur. Terasa lemah longlai urat saraf ini. Ku pejamkan mata buat seketika. Cuba mengumpul tenaga.
" Farhan, memang betul sangkaan kau. Aku tidak mencintai kau. Tidak pernah walau sekalipun terdetik perasaan cinta terhadap kau. Tidak pernah!!! Kau jangan memaksaku. Aku tidak mencintai kau…" Ahh…Aku menipu lagi.
Saat itu dadaku sebak. Air mataku semakin mendesak-desak untuk mengalir. Ku cuba tahan. Aku kemudian melihat matamu merah padam. Mungkin menahan amarah buatku. Tiba-tiba, kau bangun dan terus berlalu pergi tanpa mengucapkan sepatah kata pun buatku. Farhan, sedarkah kau saat itu air mataku telah pun mengalir. Deras sekali. Seandainya kau berpaling seketika ke arahku, kau bisa mengerti segala-galanya. Tapi, kau terus berlalu. Sedangkan aku hanya bisa merenung susuk tubuh mu menghilang di kejauhan.
" Farhan, maafkan aku. Aku terpaksa. Aku sakit Farhan. Kau akan menyesal nanti. Maafkan aku. Aku mencintai mu…" Hatiku meraung sendirian.
Namun aku sedar, siapalah yang bisa mendengar semua itu. Semuanya telah terjadi. Dan kau telah pun berlalu pergi. Farhan, mungkin malam itu sukar bagi kau untuk melelapkan matakan? Aku jua Farhan. Semalaman aku tidak dapat tidur. Air mata ini tidak berhenti-henti mengalir. Aku menatap gambarmu. Kau mungkin tidak sedar yang aku banyak menyimpan koleksi gambarmu. Maafkan aku Farhan kerana telah mengambil gambarmu tanpa kau sedari. Wajahmu yang tersenyum, ketawa, berlawak jenaka, nakal dan apa sahaja telah pun berada dalam koleksi ku. Aku bisa mengetahui bagaimana cara kau tersenyum, ketawa, berjalan, dan segalanya Farhan. Mata kau yang hazel, senyuman kau yang manis dan terbit sedikit lesung pipit di pipi, badan kau yang tegap dan suara kau yang garau itu akan sentiasa ku rindui tatakala aku meninggalkan alam fana ini. Kau jangan sesekali menangis saat pemergian aku nanti ya? InsyaAllah akan ada seseorang yang bakal menggantikan tempat ku di hatimu nanti…
1 JULAI 2008
Dua bulan telah berlalu. Aku merasakan detik yang berlalu itu begitu cepat. Tiada ku sedar yang hayatku kini mungkin tidak sampai sebulan sahaja lagi. Aku kini mula merasakan keletihan. Kekadang kepalaku pening sangat. Aku sedar Farhan yang maut bakal menjelma sedikit masa lagi. Aku kini ibarat berada di hujung tanduk. Masa yang berlalu ku gunakan sepenuhnya untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Di siang harinya aku berpuasa, malamnya pula kuisi dengan solat sunat tahajjud. Dan sesekali ku sebut nama mu dalam doaku Farhan. Aku berdoa agar kau diberikan petunjuk dan kebahagiaan. Kekadang air mataku menitis mengenangkan dirimu. Air mata cintaku Farhan. Cinta yang maha agung.
Farhan, sejak peristiwa aku menolak cintamu tempoh hari, sikap dan perangai kau telah berubah. Saat kau ketemu aku di mana-mana kau tidak pernah pun melemparkan senyuman walaupun cuma sekali buatku. Bahasa kau pula begitu kasar. Kau sering mengherdik aku walaupun aku tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan. Aku berasa begitu tersinggung. Aku sedih Farhan. Seringkali aku menangis sendirian di tepi tasik di kolej kita. Andainya kau menyedari hal itu, kau mungkin akan memahami segalanya. Masih ku ingat Farhan bagaimana kau telah mengaku di depan kawan-kawan kita yang kau kini bercinta dengan Awanis. Kau sengaja memperbesarkan kisah kau itu semata-mata untuk menunjukkn keegoaanmu terhadapku. Aku tahu Farhan. Kau lakukan semua itu semata-mata untuk menunjukkan sifat ego mu sebagai seorang lelaki. Dan sengaja untuk menunjuk-nunjuk kepadaku kan? Tapi kau tak perlulah risau. Aku sudah lama memaafkan kau. Aku memahami perasaan kau. Aku tahu kau begitu kecewa denganku. Dan kerana itulah kau kini membenciku. Aku sebenarnya gembira setelah mendapat tahu yang kau kini sedang bercinta dengan Awanis. Akhirnya ada juga penggantiku buatmu. Walaupun jauh di sudut hatiku mengatakan yang aku sangat sayang dan cinta padamu, tapi aku rela melepaskan kau pergi. Ini semua demi kebahagiaan kau jua.
4JULAI 2008
Farhan, alangkah sedihnya aku pada petang itu tatkala melihat kau sedang bergurau senda dengan Awanis di kafe kolej. Aku melihat kau menyuapkan makanan ke mulut Awanis. Dia merengek manja. Dan kau pula ketawa sambil mengusik. Andai kau memahami perasaan ku pada saat itu Farhan, mungkin air mata kau akan mengalir. Aku gagahkan jua diriku. Aku tabahkan hati ini. Aku kuatkan hatiku untuk melemparkan senyuman ke arahmu. Tapi, kau hanya menarik muka masam dan tidak menghiraukan kehadiran ku langsung. Kau menyambung menyuap Awanis. Sedangkan saat itu kau sedar yang aku masih di situ. Memerhatikan gelagat kau dengannya. Malam itu, aku menangis lagi. Aku sudah beberapa kali menangis kerana kau Farhan. Hatiku betul-betul sebak.
Saat kau pergi Aku menangis sendirian Mengenangkan nasib empunya badan Yang tiada bahagia menanti
Aku pasrah Dengan kehendaknya Ku cuma mampu berdoa Kau bahagia di sisinya
7 JULAI 2008
Farhan, aku tidak tahu mengapa hari ini aku berasa tidak sedap hati. Mungkinkah maut bakal menjelma sedikit masa lagi. Atau sesuatu yang akan berlaku antara aku dan kau pada hari ini? Aku betul-betul gelisah Farhan. Hatiku tiba-tiba terdetik untuk pergi berjumpa dengan kau. Walaupun tubuhku terasa lemah dan penat, namun ku gagahi jua diri ini untuk berjalan. Saat aku sampai ke perkarangan kolej, aku melihat kau sedang berbual-bual dengan Awanis. Ahh..Alangkah bahagianya Awanis kerana mendapat seorang teman lelaki yang suka mengambil berat seperti kau. Aku tahu Farhan. Di mana ada Awanis, di situlah ada kau. Perasaan cemburu tiba-tiba menguasai diriku. Namun, ku cuba tahan perasaan ini agar tidak terus menguasai diri. Sebenarnya aku sentiasa memujuk diriku sendiri agar perasaan cemburu itu tidak sentiasa menguasai jiwaku. Aku sering berkata kepada hatiku yang kau bukan jodohku di sini. Tapi kau dan aku akan bersatu di akhirat nanti. InsyaAllah…
Setelah aku melihat kau dan Awanis telah mula beredar, aku perlahan-lahan cuba mengikut. Aku melihat kau dan Awanis berpegangan tangan. Seketika aku berkhayal yang kau sedang berpegangan tangan denganku. "Ahh…Tidak mungkin" Aku berbicara di dalam hati.
Aku mengikut gerak langkah kau Farhan. Kau menuju ke jalan raya. Mulut kau tidak henti-henti bergerak. Begitu juga Awanis. Badanku terasa penat sangat Farhan. Tapi aku tidak tahu mengapa saat itu kaki ini masih bisa melangkah. Melangkah untuk mengikut rentak mu. Aku bisa merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku sebentar lagi. Kalau tidak, mengapa jantung ini begitu kencang berdegup? Dan mengapa hatiku terasa begitu tidak keruan?
Farhan, rupanya debaran itu bukan debaran biasa. Tiba-tiba aku melihat sebuah lori dipandu dengan laju sedang menuju ke arah kau dan Awanis. Sedangkan saat itu kau dan dia berada di tengah jalan untuk melintas ke seberang. Lori itu begitu laju. Kau pula masih leka bergelak tawa dengan Awanis. Farhan, aku cuba berlari untuk mendapatkan kau. Tapi lori itu semakin hampir. Kau pula masih belum menyedarinya.
Farhan!!!!!……Farhan!!!!….
Aku menjerit sekuat hatiku. Kau sempat berpaling ke arahku Farhan. Tapi kau tidak menyedari yang lori itu kini berada satu meter dari kau dan Awanis. Akhirnya…
Farhan, maafkan aku kerana tidak sempat menyelamatkan mu. Ku lihat kau melayang ke bahu jalan. Awanis pula digilis dengan dahsyat oleh lori tersebut. Farhan, saat itu aku berlari dengan kencang untuk mendapatkan kau. Segala penat dan lelah terasa hilang. Aku berlari sepenuh tenaga ku. Tika aku tiba di sisi kau, ku melihat begitu banyak darah yang mengalir di muka mu. Air mata ku mula bergenang. Dan kemudian, mengalir deras. Aku tatap wajahmu. Mata mu terpejam. Namun, aku masih bisa mendengar nafasmu yang turun naik. Kau masih hidup Farhan. Alangkah bersyukurnya hatiku Farhan…
8 JULAI 2008
Farhan, sedarkah kau yang pada malam itu aku menemanimu di hospital. Aku telah meminta izin dari kedua orang tuamu untuk berbuat demikian. Dan mereka memberikan kebenaran kepadaku. Walaupun kedua orang tua ku pula menghalang kerana memandangkan tubuhku yang begitu lemah, tetapi aku tetap juga berkeras. Aku mengatakan kepada mereka nyawa siapa sekarang yang perlu diutamakan. Kau atau aku? Akhirnya mereka mengizinkan aku. Farhan, pada malam itu, ku sentiasa tatap wajahmu. Matamu berbalut. Mata itu cedera parah Farhan. Andainya kau tersedar, aku tidak bisa membayangkan bagaimana seksanya penanggungan itu nanti. Air mataku menitis lagi. Hatiku sayu. Sedih.
Farhan, pabila kau sedar nanti, mungkin kau akan menerima dua berita sedih. Pertama, Awanis telah pun tiada. Dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke sini tadi. Maafkan aku Farhan kerana tidak bisa menyelamatkan dia walaupun aku saksi utama yang melihat kejadian itu tadi. Aku harap kau tabah. Kau jangan sedih ya? Aku tidak bisa andai melihat air mata mu mengalir. Farhan, berita kedua pula mungkin tentang diriku. Semasa menunggu kau dirawat tadi, abah telah membawaku berjumpa doktor. Setelah diambil pemeriksaan, aku di suruh menunggu di luar. Sedangkan abah pula diminta berada di bilik doktor tersebut. Farhan, aku bisa melihat melalui cermin di pintu biliknya di mana doktor itu menggeleng-gelengkan kepalanya di hadapan abah. Kemudian, abah menekupkan mukanya. Abah menangis. Fahamlah aku yang hayatku kini tidak lama lagi. Mungkin saat kau tersedar dari lenamu, aku telah tiada di sisi. Sekali lagi aku ingin meminta maaf padamu.
Farhan, menurut kata doktor pada petang tadi, kedua belah mata kau rosak. Mungkin selepas ini kau tidak bisa melihat lagi. Tidak bisa lagi melihat panorama alam ini yang memepesonakan. Dan tidak bisa melihat telatah dan ragam manusia yang berbagai. Farhan, aku berasa begitu sedih. Kenapa semua ini terjadi padamu? Dan mengapa pula saat ini tuhan ingin mengambil nyawaku? Mengapa? Aku mengusap-usap rambut mu. Muka mu merah. Ada banyak kesan luka terutama di bahagian mata dan dahimu. Saat itu jua batukku semakin kuat. Aku cuba menahan. Kerana tidak mahu kau terganggu dengan hal itu. Farhan, untuk pengetahuanmu, mulutku berdarah kerana menahan batuk. Sakit Farhan. Aku melakukan semua itu kerana tidak mahu tidurmu terganggu. Aku sayang padamu. Dan aku jua mencintaimu.
Farhan, diari ini sentiasa ku bawa bersama. Tidak kira di manapun, aku sentiasa membawanya. Namamu banyak tercatat di dalamnya. Andainya aku telah pergi nanti, kau simpanlah diariku ini. Kerana kaulah orang yang paling layak untuk berbuat demikian. Diari ini ibarat bicara hatiku.
Farhan, saat kau membaca diari ini nanti, mungkin aku telah tiada di sisimu. Aku harap, kau tabahkan dirimu. Teruskan kehidupan walaupun ku tiada di sisi. Farhan, di sini juga aku tinggalkan sekeping surat buat doktor yang mana isinya begitu penting buat masa depanmu. InsyaAllah, pabila kau tersedar nanti, kau akan bisa melihat dunia ini kembali. Jangan sesekali kau berduka. Kerana aku sentiasa bersama kau. Terimalah mataku yang kudermakan ini seikhlasnya. Walaupun aku telah tiada, tapi aku akan sentiasa berada dekat bersamamu. Aku bersyukur kerana dapat membantumu. Inilah tanda cinta suciku terhadapmu.
Farhan, mungkin ini adalah malam terakhir buatku. Aku bisa merasakan maut kian dekat. Dan mungkin ini coretan terakhirku dalam diari ini buat tatapan mu nanti. Farhan, maafkan aku atas apa yang telah berlaku. Dan untuk yang terakhir kalinya, dengarlah dan tenunglah bicara hatiku yang mana aku jua mencintaimu…
Assalamualaikum…
------------------------------------
DUA HARI KEMUDIAN
Farhan menutup diari itu. Tertera di kulit depannya, " Diari Diana". Kemudian, dia meraba-raba kedua belah matanya. Diambilnya cermin, ditenungnya dia akan mata itu. Kelihatan sebuah pengorbanan yang maha agung terbit di sebalik tenungan mata itu. Air mata Farhan mengalir. Terbayang di tubir matanya raut wajah Diana yang bersih. Terbayang juga semua kenangan tika bersama gadis manis itu.
Diana…Maafkan aku…..
Aku jua mencintaimu….
Sanak saudara Farhan yang berada di dalam bilik hospital itu begitu simpati melihat kejadian tersebut. Kedua orang tuanya menangis. Abah dan umi Diana juga turut ada bersama.
Kemudian abah Diana bersuara.
" Farhan, sabarlah. Semua ini telah terjadi. Untuk pengetahuan Farhan, Diana menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Farhan. Kejadian ini hanya disedari pada pagi selepasnya. Menurut kata jururawat yang menyedari kejadian itu, dia melihat Diana yang telah pun kaku di sisi Farhan. Turut ada bersama pada pagi itu ialah sebuah buku yang tertera nama " Diari Diana" dan sekeping surat. Ini suratnya"
Asssalamualaikum…
Saya Diana binti Naim, dengan ini menderma kedua belah mata saya kepada pesakit yang bernama Mohd Farhan bin Zainal dengan seikhlas hati saya. Diharap pihak hospital memenuhi permintaan saya ini…
Ikhlas dari, Diana…
------------------------------------
Farhan mendekati kubur yang masih merah itu. Tertera di batu nisan nama Diana binti Naim. Dia meramas-ramas tanah yang masih merah. Air jernih mula bergenang di kelopak matanya. Kemudian gugur membasahi pusara itu…
Cinta itu suci. Sesuci debu yang berterbangan. Jalinan cinta yang bertunjangkan dengan sejuta nafas keikhlasan, disemai bersama seharum kesetiaan, ditanam bersama seribu kejujuran, dibasahi dengan seteguh pengorbanan adalah cinta sejati…
Karya, cHE
Terima kasih kepada sesiapa yang sentiasa menyokong aku untuk terus berkarya. Ini adalah cerpen ke 5 aku yang telah aku hantar ke blog ini. Semoga sesiapa yang membacanya terhibur dan menghayati jalinan ceritanya. Andainya ada kekurangan dan kesalahan dalam cerita ini, aku memohon kemaafan. Diharap anda semua dapat meninggalkan seberapa banyak komen selepas membaca cerpen ini. Terima kasih… Wasssalam…
Dari langit kelabu menitis butir-butir air ringan. Diantara butir-butir air itu, melayang jurai-jurai halus menabiri ruang pagi. Aku termenung mengigat kembali kisah lampau ketika papaku menghilangkan diri selama 5 tahun. Itulah persoalan yang bermain di minda ku kini. Aku masih tertanya-tanya, mengapakah papa pergi meninggalkan aku dan mama? Tetapi walau apa pun persoalannya, aku pasti papa mempunyai alasan sendiri.
" Suhana, kenapa dengan kau ni, asyik termenung saja dari tadi," tanya Lisa rakan sebilik ku di kampus Universiti Putra Malaysia.
" Eh… Lisa, terkejut aku. Bila kau sampai? Kamu ni datang tak reti nak beri salam ke," ujarku sambil mengusap dada.
" Baru je. Ha.. tu lah lain kali jangan asyik termenung je, kan dah kena. Aku tengok kau ni macam ada masalah je. Apa problem kau? Mana tahu aku boleh tolong," kata Lisa yang inginkan kepastian.
" Tak ada apa-apa Lisa. Cuma aku teringatkan papaku yang sudah lama menghilang," jawabku sebak.
" Maafkan aku Su. Tapi kenapa papa kau tergamak tinggalkan kau dan mama kau?" soal Lisa sambil meletakkan tangannya diatas meja.
" Entahlah Lisa, aku sendiri pun tak tahu. Dahlah malas aku nak fikir tentang tu lagi," jawabku sambil memohon diri untuk meninggalkan tempat duduk ku. Aku terus melangkah meninggalkan Lisa yang kehairanan.
Selepas kuliah, Lisa mengajak aku ke kantin. Aku ingin menolak pelawaannya kerana tidak berselera untuk makan. Aku asyik memikirkan kesihatan mamaku yang sering terganggu sejak akhir-akhir ini. Tetapi aku tidak sampai hati untuk menolak pelawaannya. Semasa kami baru hendak mengambil tempat duduk, muncul seorang pelajar lelaki yang bercermin mata dan memakai t-shirt berwarna biru. Kami sama-sama tidak mengenali lelaki tersebut.
" Selamat tengah hari kak, boleh tumpang tanya, kenal tak Suhana binti Shamsuddin," Tanya pelajar itu.
" Kenal tapi kenapa adik cari dia?" balas Lisa yang inginkan kepastian.
" Sebenarnya, saya nak serahkan sepucuk surat kepadanya," ujar pelajar tersebut sambil menunjukkan sampul surat yang berwarna putih.
" Surat?" Dari siapa? Sayalah Suhana," tanyaku harian.
" Entahlah kak, saya hanya ditugaskan menghantar surat ini, tapi saya tak kenal empunya surat," balasnya lagi.
" Em.. tak apalah. Terima kasih ya dik," jawabku ikhlas.
" Sama-sama."
Aku tertanya-tanya, siapakah yang mengirim surat ini. Tulisan yang tertulis di dalam surat itu tidak pernah ku lihat.
" Su, cepatlah buka surat tu. Aku tak sabar nak baca ni," ujar Lisa yang tidak sabar lagi untuk mengetahui isi surat itu.
" Nantilah kejap. Takkan kita nak baca kat kantin ni. Kat sinikan banyak orang, lagipun tadi kamu kata nak makan, kita makan dululah," balasku lagi.
Selesai sahaja kami makan, aku dan Lisa beredar untuk ke Taman Tema. Aku membuka sampul surat itu dengan seribu satu persoalan bermain di benakku. Lisa kelihatan seronok dan tidak sabar untuk mengetahui kandungannya.
" Cepatlah Su, buka surat tu, aku tak sabar lagi ni," kata Lisa yang baru sahaja melabuhkan punggungnya atas kerusi di Taman Tema. Tanpa membuang masa, aku membuka sampul itu dan membaca kandungan surat tersebut. Alangkah terkejutnya aku tatkala membaca surat yang diutuskan oleh seorang lelaki yang agak ku kenali tetapi tidak begitu rapat.
Kehadapan saudari Suhana Shamsuddin,
Salam perkenalan. Terlebih dahulu saya ingin memohon seribu kemaafan jika kedatangan warkah ini menyusahkan saudari. Sememangnya saya tahu saudari akan berasa hairan dengan kehadiran warkah ini. Tetapi niat saya hanya untuk mengenali saudari dengan lebih dekat lagi.
Saya sudah lama ingin meluahkan perasaan saya terhadap saudari tetapi saya berasa segan. Tetapi kali ini saya cuba memberanikan diri untuk berterus terang. Untuk pengetahuan saudari, saya sudah lama tertarik dengan saudari tetapi saya pendamkan sahaja. Pendekkan cerita, saya benar-benar mencintai saudari.
Ikhlas dari,
Haikal Hazran.
Selesai sahaja aku membaca surat itu, aku merasakan tidak percaya yang selama ini Haikal Hazran, lelaki yang terkenal dan diminati oleh pelajar perempuan di kampus itu menulis surat cinta kepadaku. Aku tergamam.
" Biar betul lelaki ni," ujarku hairan.
" Betullah tu Su. Si Haikal ni memang dah lama syok kat kau. Cuma kau je yang tak tahu, ataupun kau buat-buat tak tahu," usik Lisa lagi.
Keesokkan pagi, aku dan Lisa berjalan menuju ke bilik kuliah. Aku merasakan yang kami sedang diekori oleh seseorang dari belakang. Aku berasa takut tetapi aku tidak memberitahu Lisa. Aku mengajak Lisa berjalan dengan pantas. Lisa hairan dengan kelakuanku.
" Eh.. kenapa dengan kau ni Su? Kau tarik-tarik tangan aku ni kenapa? Ada hantu kejar ke," kata Lisa separuh bergurau.
" Aku rasa macan kita diekori saja. Aku takutlah. Jalanlah cepat," jawabku separuh berbisik.
Tanpa berlenggah lagi, aku dan Lisa berjalan laju dan aku berasa lega apabila melihat dua orang penuntut yang sedang berjalan bersama di depan kami untuk ke kampus.
Sejak pagi tadi, aku merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan pergerakkan aku. Selepas selesai kuliah, aku mengajak Lisa menemani ku ke kantin. Semasa di kantin, aku masih dapat merasakan yang gerak geri aku sedang diperhatikan. Aku memberitahu Lisa perkara tersebut tetapi Lisa mengatakan bahawa itu hanyalah mainan perasaan aku sahaja.
Walaubagaimana pun, aku yakin bahawa itu adalah realiti. Setelah Lisa beredar untuk memesan makanan, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang memakai kemeja putih sambil memegang sejambak bunga ros berwarna merah hati berdiri di tepi ku. Lelaki yang aku kenali dan yang telah mengirim sepucuk surat kepadaku tempoh hari. Entah mengapa aku dapat meneka bahawa lelaki itulah yang memerhatikan gerak geri aku dari pagi tadi. Tanpa segan, lelaki itu mengambil tempat duduk di depanku.
" Hai…, saya Haikal. Maaf kerana membuat saudari kurang senang. Tujuaan saya hanya ingin mengenali saudari dengan lebih dekat. Saya tahu saudari sudah pun membaca surat yang saya tulis tempoh hari," ujar lelaki itu sambil menghulurkan sejambak bunga kepadaku.
Aku menyambut bunga yang dihulurkan tetapi aku kurang senang dengan kelakuannya yang terlalu berani dan tidak tahu malu.
" Terima kasih. Saya Suhana. Jangan panggil saya saudari. Memang saya dah baca pun surat awak tu," kataku lagi.
" Kalau macam tu baguslah. Panggil saya Haikal. Saya tak bermaksud untuk memaksa Suhana menerima saya, Cuma kalau boleh saya inginkan jawapan kepada soalan saya," katanya lagi.
" Maaf, buat masa ni, saya tak ada jawapan untuk soalan Haikal," jawabku dengan tenang.
Selang beberapa minit kami berbual, akhirnya muncul juga Lisa sambil membawa dulang makanan.
" Em.. Haikal, saya perkenalkan, ini kawan saya, Lisa," ujarku sambil menarik tangan Lisa.
" Hai.., saya Haikal. Em.. kalau macam tu saya minta diri dulu," jawabnya lagi sambil beredar dari tempat duduknya.
Aku dan Lisa hanya memerhatikan gerak geri lelaki yang mengelarkan dirinya Haikal. Aku memang tidak pernah terfikir bahawa lelaki itu ingin mengenali ku. Dalam kampus Universiti Putra Malaysia itu, siapa yang tidak kenal dengan anak tokoh koprat yang terkenal Haikal Dato’ Hazran.
" Beruntung kau Su, si Haikal tu tergila-gilakan kau. Semua perempuan dalam kampus ini ingin menjadi teman wanitanya, tapi kau juga yang dicarinya. Haikal tu hensem apa! Kalau aku, aku terima saja dia tu. You’re the lucky girl," ujar Lisa sambil senyum sinis.
" Alah.. kau ni tak habis-habislah Lisa. Aku bukannya mata duitan ataupun tengok muka hensem. Aku Cuma nak berhati-hati je…, jangan salah pilih dahlah," balasku selamba.
Malam itu, aku menerima panggilan telefon daripada Haikal. Haikal mengajak aku keluar makan hujung minggu ini. Pada mulanya, aku berjaya menolak pelawaannya dengan alasan banyak sangat assignment yang perlu disiapkan. Tetapi Lisa telah bersuhabat dengannya mengatakan itu cuma alasan aku untuk mengelak dari keluar dengannya. Lisa juga yang memberikan nombor telefon aku kepadanya. Kadang-kadang, aku geram juga dengan sikap Lisa yang suka membuat sesuatu tanpa pengetahuan ku dan menyusahkan.
" Lisa, hujung minggu ni kau temankan aku ya. Si Haikal tu ajak aku keluar lunch. Aku benggang betullah dengan si Haikal tu," ujarku binggung.
" Alah.. kau ni Su, Haikal tu bukannya ajak aku, dia ajak kau. Keluar lunch aja apa salahnya," balas Lisa sambil tersenyum.
" Baiklah, kalau kau tak nak temankan aku pergi, aku pun tak nak pergilah," kataku separuh mengugut.
" Kau ni Su, macam-macamlah. Oklah, aku temankan kau pergi," jawabnya mengalah.
Pukul 12.30 tengah hari, aku dan Lisa menunggu Haikal di depan pintu masuk utama kampus. Waktu itu, aku berasa geram kerana terpaksa menunggu Haikal dibawah matahari yang panas terik. Sepatutnya dia yang mengajak keluar, dialah yang mesti tunggu. Itulah janji lelaki, senang diucap tapi susah untuk melakukannya. Hampir lima minit menunggu barulah nampak keretanya.
" Maaflah, lambat, traffic jam," kata Haikal memberi alasan.
" Tak apalah Haikal, kami faham," jawab Lisa yang sedang mengatur langkah masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan aku hanya berdiam diri sahaja. Tidak ada apa yang hendak aku bualkan. Sesampainya di restoran, kami memesan makanan dan minuman. Sedang kami rancak berbual sambil menunggu makanan, Lisa menerima panggilan telefon. Sejurus selepas itu, Lisa meminta diri dan meninggalkah aku bersama Haikal. Aku geram dengan Lisa. Aku tahu Lisa sengaja memberi alasan supaya aku boleh makan berdua dengan Haikal. Aku hanya berdiam sahaja kerana malu lagipun ini pengalaman pertama aku keluar dengan lelaki.
" Hai… apa khabar?" Tanya Haikal memecahkan suasana. Dia menceritakan tentang latar belakangnya walaupun aku tidak pernah bertanya. sunyi.
" Khabar baik," jawabku selamba.
Aku berasa kekok tatkala berdepan dengan Haikal. Tetapi kadang kala aku berasa seronok berbual dengannya. Aku sedar dalam diam aku berasa senang bersamanya.
" Suhana, awak tahu tak kenapa saya suka kat awak?" tanya Haikal sambil memandang kepadaku. Aku kurang senang dengan pandangannya. Aku hanya menggelengkan kepalaku.
" Sebenarnya, sudah lama aku perhatikan Su. Su lemah lembut tapi tegas orangnya. Su juga tidak mudah tergoda. Itulah perkara yang membuatkan Haikal tertarik dengan Su," ujarnya panjang lebar tetapi aku dapat melihat keikhlasan di wajahnya. Kami tidak banyak berbual tetapi aku terhibur. Haikal seorang yang suka bergurau dan berjenaka. Dia menceritakan tentang latar belakangnya walaupun aku tidak pernah bertanya. Aku juga senang berbual dengannya dan aku memberitahunya yang aku sekarang tinggal bersama mamaku. Haikal bertanya tentang papaku kerana dia hairan mengapa aku hanya menceritakan tentang mamaku sahaja. Pada mulanya aku enggan menceritakan hal sebenar kerana malu, tetapi apabila ku fikirkan tentang keikhlasannya menceritakan tentang hal keluarganya, perasaan malu ku mula hilang. Aku merasa lega kerana dapat menceritakan masalah papaku kepadanya. Aku hanya pernah menceritakan hal ini pada Lisa sahaja dan Haikal orang yang kedua mengetahui hal ini. Setelah selesai makan, Haikal menghantar ku balik ke asrama UPM.
Malam itu aku berasa sangat gembira. Aku merasakan masa terlalu cepat berlalu. Aku belum puas berbual dengan Haikal. Entah mengapa, aku merasakan Haikal berjaya menambat hatiku. Selama ini aku tidak pernah mengalah dengan lelaki. Mungkin kerana aku takut kisah mama dan papaku akan berulang lagi. Walaupun aku baru mengenali Haikal, aku dapat merasakan yang dia tidak akan mengecewakan aku. Namun begitu, aku juga harus berhati-hati jika enggan pisang berbuah dua kali.
" Hoi..! kau ni Su, asyik berangan je. Aku masuk pun kau tak sedar. Apa yang kau angankan kat katil tu?" tanya Lisa yang tersenyum sinis.
" Kau ni Lisa buat aku terkejut je. Lain kali kalau nak masuk ketuklah pintu, tak pun berilah salam," jawabku sambil mengusap dadaku/
" Macam mana date kamu tadi, seronok tak. Macam mana dengan Haikal?" tanya Lisa lagi.
" Macam mana apa?" tanyaku inginkan kepastian.
" Alah.. dia ok tak. Maksud aku, dia tu tergolong dalam lelaki idaman kau," tanya Lisa sambil melabuhkan punggungnya di atas katil.
Aku tidak menjawab pertanyaan Lisa. Aku hanya tersenyum sahaja. Lisa juga hanya tersenyum kerana faham akan jawapan ku.
Genap dua bulan, perkenalan aku dan Haikal. Aku sangat gembira tatkala berada disampingnya. Semalam, Haikal memberitahu aku bahawa dia ingin membawa ku berjumpa dengan orang tuanya. Aku menolak pelawaannya kerana terlalu awal tetapi Haikal tidak pedulikan alasan aku. Dia ingin memperkenalkan aku dengan orang tuanya pada hujung minggu ini. Aku terpaksa akur dengan keputusan Haikal kerana aku tidak punya alasan yang munasabah.
Aku melihat Haikal yang tenang memandu keretanya. Hati ku berdegup kencang. Aku belum bersedia untuk berjumpa orang tua Haikal. Pelbagai persoalan yang bermain di minda ku. Aku risau orang tuanya tidak menyukai ku. Aku dan Haikal memang jauh berbeza. Haikal anak orang terhormat tetapi aku? Susah untukku lafazkan.
" Hei.. apa yang kau menungkan ni. Berangan ya. Mama dan papaku tak makan oranglah. Mereka makan nasi," ujar Haikal mengusikku.
Aku hanya berdiam diri sahaja. Kata-kata Haikal itu dapat menenangkan sedikit rasa resah ku.
" Ha.. kita dah sampai ni, jomlah keluar," kata Haikal sambil melontarkan senyuman kepadaku. Aku hanya mengikut sahaja. Sesampainya kami di muka pintu, Haikal memberi salam dah dijawab oleh seorang wanita yang sedang berjalan ke arah kami. Wanita itu menjemput kami masuk.
" Mama, inilah Suhana yang Haikal selalu ceritakan kat mama," kata Haikal. Aku terkejut takala terdengar Haikal memberitahu mamanya yang dia selalu menceritakan tentang diriku. Apakah aku selalu menjadi topik perbualan Haikal dan mamanya? Tetapi aku lega melihat mamanya tersenyum kepadaku.
" Oh.. inilah Suhana yang Haikal selalu cerita ya. Suhana cantik orangnya, sopan pulak tu. Patutlah Haikal ni tergilakan Suhana. Suhana apa khabar?" tanya Datin Afifah sambil menjemputku duduk.
" Khabar baik mak cik," jawabku mesra.
" Mama, papa mana?," soal Haikal sambil memanjangkan lehernya mencari papanya.
" Papa kamu ada kat taman tu, sedang berbual dengan pak cik Sham," balas Datin Afifah.
" Bila pak cik Sham sampai mama?" tanya Haikal lagi.
" Baru je. Katanya ada hal office yang perlu diselesaikan," ujar Datin Afifah lagi. Aku hanya berdiam diri mendengar dua beranak itu berbual. Dari wajah Haikal, aku dapat merasakan yang Haikal sangat rapat dengan mamanya. Aku berbual panjang dengan mama Haikal hingga tidak sedar yang Haikal sudah beredar dari tempat duduknya. Mungkin Haikal pergi mendapatkan papanya. Tidak lama kemudian, aku melihat Haikal bersama papanya datang kearah ku.
" Suhana, kenalkan ini papaku, Dato’ Hazran," kata Haikal memperkenalkan papanya.
" Amboi… Haikal. Kau tak nak kenalkan buah hati kau pada pak cik ke?" tanya seorang lelaki yang tiba-tiba sahaja bersuara. Aku tidak pasti dari manakah datangnya suara itu.
" Oh.. pak cik Sham. Ini Suhana," kata Haikal.
" Su, ini pak cik Sham, rakan kongsi papa," balas Haikal sambil menunjuk ke arah seorang lelaki yang digelar pak cik Sham.
Alangkah terkejutnya aku tatkala terlihat lelaki itu. Lelaki yang aku rindui selama ini. Lelaki yang meninggalkan aku dan mama selama lima tahun tanpa berita. Aku tergaman. Hatiku terasa diragut. Air mata ku jatuh ke bumi tanpa henti.
" Su…ha..na," balas pak cik Sham lagi.
" Pak cik kenal Suhana ke?" tanya Haikal.
" Haikal, Suhana ni anak pak cik yang pak cik tinggalkan lima tahun lalu," katanya sambil mengesat air matanya.
Aku berasa sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan papaku semula. Kami saling berpelukkan. Haikal, Dato’Hazran dan Datin Afifah membiarkan aku dan papa bersendirian melepaskan rindu yang sudah lama terpendam. Aku sempat bertanyakan kepada papaku, mengapa dia meninggalkan aku dan mama. Papa lari kerana dia berhutang dengan pihak bank. Perniagaan papa gagal sebab itulah dia mengambil keputusan untuk lari kerana tidak mahu menyusahkan aku dan mama. Dia juga malu dengan keluarga mama kerana gagal memberikan kesenangan kepad kami. Papa memberitahu aku bahawa dia mendapat pertolongan daripada Dato’Hazran untuk membangunkan semula perniagaannya. Setelah berjaya, papa pernah mencari aku dan mama tetapi kami telah berpindah. Namun, aku tidak pernah membenci papaku diatas perbuatanya meninggalkan kami.
Dalam suasana yang mengembirakan itu, tiba-tiba aku menerima panggilan telefon dari Lisa yang mengatakan mamaku telah dimasukkan ke unit rawatan rapi akibat serangan jantung. Aku, Haikal dan papa bergegas ke hospital. Sepanjang perjalanan aku menangis tetapi ditenangkan oleh papaku. Sesampainya kami di hospital, aku berlari untuk mendapatkan Lise.
" Lisa macam mana keadaan mamaku," tanyaku sambil menangis teresak-esak.
" Sabarlah Su, aku yakin mama kamu tak ada apa-apa. Doktor sedang merawatnya," balas Lisa sambil menenangkan aku. Tidak lama kemudian doktor keluar dari bilik rawatan. Tanpa berlenggah lagi, aku terus menuju ke arahnya.
" Doktor macam mana keadaan mama saya?" tanyaku sambil mengesat air mata.
" Jangan risau cik, mama cik stabil, cuma dia perlu berehat dan jangan bagi dia terkejut," kata doktor muda itu.
" Boleh kami jumpa dia?" tanyaku meminta izin.
" Boleh tetapi hanya dua orang saja," kata doktor.
Aku dan papa terus masuk. Aku cuba untuk membangunkan mamaku kerana aku ingin menyampaikan berita gembira kepadanya. Mama membuka matanya perlahan. Papaku memegang tangan mama sambil tersenyum.
" Apa khabar Salina? Abang di sini. Abang minta maaf kerana tinggalkan tanggungjawab abang selama ni. Abang sangat malu dan menyesal dengan perbuatan abang," kata papa teresak-esak.
" Abang…, Sal tak pernah pun salahkan abang. Sal tahu, abang ada sebab berbuat begitu," balas mama sambil mengucup tangan papaku. Aku membiarkan sahaja mereka melepaskan rindu yang sudah lama terpendam. Aku tahu itulah saat yang ditunggu-tunggu oleh mama dan papaku setelah sekian lama berpisah.
Pengajianku sudah tamat di Universiti Putra Malaysia dan kini aku berjaya memegang segulung ijazah. Itulah saat yang mengembirakan kami sekeluarga. Papaku menyuruh aku bekerja di syarikatnya supaya aku boleh membantunya. Haikal juga telah mengambil alih syarikat papanya. Aku dan Haikal sudah bertunang seminggu selepas kami mendapat ijazah. Kini aku merasakan nikmat kehidupan yang bahagia disamping orang yang tersayang. Hidupku kini lengkap dengan kepulangan papaku dan kehadiran Haikal.
Telefon bimbitnya dicampak ke sofa. Maisara merengus geram. Anis pula, sekadar memerhati tingkah teman serumahnya itu. Nampaknya Maisara marah benar. "Hai.. Kasihan telefon yang tak salah tu..,"akhirnya Anis bersuara sambil mencapai majalah di atas meja. Maisara cuma membuang pandang mendengar kata-kata Anis. Geramnya pada Hisyam melenyapkan keinginan untuk berbicara dengan Anis. "Apa masalahnya ni, Sara?,"soal Anis melihat wajah Maisara yang mencuka. Maisara memandang wajah teman serumahnya itu. Apa yang hendak dia cakap pada Anis? Anis memang tidak bersetuju dengan keputusannya untuk menjalin hubungan dengan Hisyam. Tetapi, satu perkara yang tidak dapat dia nafikan, Anis memang seorang pendengar yang baik untuk mendengar setiap rintihan hatinya. Maisara mengeluh perlahan. Kadang-kadang dia malu untuk membuka cerita. Tetapi, untuk dia pendam segalanya,boleh membuat jiwanya semakin sakit. "Hisyam?,"teka Anis apabila Maisara terus membisu. Maisara membuang pandang. Tekaan Anis tidak pernah salah. "Dah seminggu dia tak call aku. Aku telefon tak berangkat. Aku geram Anis, aku geram," "Dia outstation tak?,"Anis bersuara, cuba sedapkan hati Maisara. Maisara mengeluh panjang. "Kalau dia outstation, dia mesti beritahu aku. Aku tak suka dia buat aku macam ni, tau. Aku risau. Entah apa jadi kat dia, sampai aku call pun dia tak jawab. Selalu buat aku risau macam ni. Lama-lama boleh jadi gila, tahu tak?," "Alaa.. Tak ada apa-apalah. Dia sibuk kot," "Sibuk sekal pun, takkan tak boleh jawab call aku? Ni.. lagi teruk. Langsung tak dapat nak call. Aku risau, kalau terjadi apa-apa pada dia," "Kau ni.. cuba optimis sikit. Agaknya dia ada masalah kot," "Kau ni, kenapa? Kejap outstation. Kejap sibuk. Kejap ada masalah. Mana satu yang kau nak cakap sebenarnya ni?," Mendengar soalan Maisara yang bernada rungutan itu, Anis tergelak kecil. "Aku cuma memberi kemungkinan saja. Atau.. mungkin isteri dia dah tahu hubungan kau dengan Hisyam. Mungkin isterinya tak benarkan dia call kau. Mungkin setiap call yang dia terima, kena tapis dulu. Siapa tahu kan?," Maisara terdiam. Itu adalah andaian paling berani daripada Anis. Dia pula, berat untuk menafikan andaian itu. Barangkali andaian Anis itu betul. Melihat Maisara membisu, Anis disapa rasa serba salah. Tersinggungkah Maisara dengan kata-katanya sebentar tadi? "Sara.. Im sorry.," "No. Its okay,"pantas Maisara memotong kata-kata Anis. Anis tidak perlu meminta maaf. Kata-kata Anis itu berasas. "Aku tak bermaksud nak buat kau tersinggung. Tapi, kau kena terima kenyataan. Bercinta dengan suami orang, tak selamanya indah. Satu hari, kau kena hadapi juga situasi sebegini," "Aku tahu. Tapi, dia tak patut buat macam ni. Buat aku risau tak bersebab. Tension! Tahu tak?," "Sabarlah. Kalau kau nak teruskan hubungan kau dengan Hisyam, kenalah kau belajar sabar banyak-banyak," "Maksud kau?,"soal Maisar perlahan. Kurang mengerti dengan maksud kata-kata Anis. Anis menarik nafas panjang. Majalah di tangannya, diletakkan semula ke meja. Dia memandang wajah Maisara yang masam mencuka. "Aku nak tanya kau ni. kau yakin, Hisyam tak main-main?," Perlahan Maisara menggangguk. Dia tidak fikir Hisyam ingin mempermainkannya. Dia yakin Hisyam serius dengannya. Hisyam jujur. "Dan kau.. kau sanggup terima Hisyam dengan keadaan dia macam tu?," "Maksud kau?," "Yalah. Kau tahu Hisyam tu suami orang. Kau boleh terima keadaan dia tu?," "Aku dah buat keputusan ni, setahun yang lalu. Sejak kali pertama aku jumpa dia. Aku yakin, dialah lelaki yang akan berkongsi hidup dengan aku. Aku yakin dengan pilihan aku dan aku yakin dia tidak akan mempermainkan aku," "Kau nekad untuk terima dia, bermakna kau juga harus nekad untuk berkongsi kasihnya dengan perempuan lain. Jadi, kau harus belajar untuk berasa kehilangannya buat seketika. Maksud aku, Sara.. bila kamu berdua berkahwin, dia tidak akan berada di sisi kau sepanjang masa. He also has to spend his time with his first wife. Remember that," "Dan, kesimpulannya, apa yang akan kau lalui nanti, sama seperti apa yang kau lalui sekarang. Anggap saja ini satu latihan. Latihan untuk berkongsi suami,"tambah Anis sebelum sempat Maisara bersuara. Mendengat kata-kata itu, Maisara menarik muka. "Ayat kau tu, sama ertinya dengan ayat: Padanlah muka kau, sebab gatal nak bercinta dengan suami orang. Kan. Kau sindir aku kan?,"soal Maisara dengan nada suara yang agak dingin. Terasa seperti Anis cuba menyindirnya. Anis menggeleng perlahan. "Sara.. aku tak ada niat langsung nak sindir kau. Kau tu yang terlalu sensitive. Apa yang aku cakap ni, kenyataan. Nampaknya kau tak boleh terima kenyataan ni," Maisara tunduk. Benar kata-kata Anis. Dia terlalu sensitif. Anis cuma memberi pandangan. Niat Anis baik. Dia yang salah sangka. Barangkali dia yang sedikit prejudis kerana dia tahu Anis tidak pernah menyokong tindakannya itu. Anis tidak pernah setuju apabila dia mengambil keputusan untuk bercinta dengan Hisyam. Perlahan dia meyentuh tangan Anis sambil membalas renungan Anis. "Im sorry. Aku.. teremosi,"Maisara bersuara sambil cuba mengukir senyum. Anis tersenyum kecil. "Sara. Listen to me. Aku memang tak setuju bila kau kata kau nak bercinta dengan Hisyam. Dan, kau memang kawan aku. tapi, aku juga kena jujur pada diri aku sendiri.. kita ada prinsip masing-masing. Takkan aku kena lupakan prinsip aku semata-mata kerana prinsip aku bertentangan dengan prinsip kawan baik aku? prinsip aku.. cuba elakan skandal dengan suami orang. Kau pula, tak kisah bercinta dengan lelaki yang dah berkahwin. Jelas prinsip kita berbeza. Tapi, itu tidak boleh menjejaskan persahabatan kita. Apa yang aku nak cakap kat sini, walaupun pegangan hidup kita berbeza. Prinsip kita berbeza.. kita tetap bersahabat. Ingat tu, kau tetap sahabat aku. Sebagai sahabat, aku perlu hormat keputusan kau. Dan sebagai seorang sahabat juga, aku tidak sanggup nak tengok kau hadapi masalah sendirian. Im here to be you listener. Mungkin aku tak dapat selesaikan masalah kau.. tapi, sekurang-kurangnya boleh buat kau rasa lega sedikit. That’s what Im trying to do. That’s all. Tak ada niat lain langsung. Percayalah," "Thanks, Anis. You’re right. Kau cuma nak tolong aku. Mendengar masalah aku.. Membuat aku rasa lega. Yes. You did it. Sekali lagi aku minta maaf. Tak sepatutnya aku fikir yang bukan-bukan. Maafkan aku ya?," Anis mengangguk perlahan. "Mungkin pendapat aku, kadang-kadang boleh buat kau terguris. Tapi, kau kena tahu itulah hakikatnya. Kita tak boleh fikir, yang kita sentiasa betul..," Maisara cuma membisu. Pandangannya dilemparkan ke luar jendela. "Kalau akau tanya, kau jangan marah ya?,"Anis membuka bicara lagi. Pandangan Maisara kembali ke wajah Anis. "Apa dia?,"soalnya sedikit hairan dengan soalan Anis. Anis berdehem perlahan sambil membetulkan duduknya. "Apa yang membuat kau tertarik pada Hisyam tu?," Maisara tergelak kecil. Itu rupanya soalan yang ingin Anis suarakan. "He’s good looking. Sesiapa pun akan tertarik pada lelaki seperti Hisyam. Don’t tell me, kau langsung tak tertarik pada Hisyam. kalau pun tak tertarik, at least admire dengan rupanya?," Anis tersenyum kelat. Memang dia akui kebenaran kata-kata Maisara. Namun, itu tidak boleh dijadikan ukuran kenapa Maisara begitu mudah untuk jatuh hati pada lelaki yang sudah berkahwin itu. "Good looking plus married. Maaf kalau kau terasa.. kau tahu dia dah kahwin. Tak rasa bersalah ke? Sebab kau dah rampas hak orang lain? Sedangkan ramai lagi lelaki bujang kat luar sana yang menagih cinta kau," Maisara menarik nafas panjang. Wajah Anis dipandang agak lama. Sukar untuk dia mencari jawapan yang tepat untuk soalan Anis. Agak pedas, tetapi jujur. Hampir setahun dia bercinta dengan Hisyam, Anis tidak pernah bertanya. Tetapi, hari ini, soalan itu keluar dari mulut Anis. "Tak pernah menjadi impian aku untuk bercinta dengan orang yang dah berkahwin. Tak pernah.Even, to think about it, pun aku tak berani. Tapi, Hisyam.. dia lain. Dia jujur dengan aku sejak dai mula aku kenal dia. Dia tak menipu. Dia tak memujuk rayu dengan niat yang tidak baik. Dia hormat aku sebagai seorang perempuan. Tak pernah ambil kesempatan ke atas aku. And, he said, he loves me," "Dia kata dia cintakan kau? Pernah dia ajak kau kahwin?," "In fact, aku belum bersedia untuk berkahwin. But now, I think Im ready for it," "Kau tak bersedia untuk berkahwin dan dia pun tak pernah mention about it?."soal Anis lagi. "Yes. Kenapa ni? Kau tanya aku macam polislah"Maisara menjawab soalan Anis bersama gelak kecil. "Aku cuma bimbang kalau-kalau dia cuma nak permainkan perasaan kau," "I don’t think so. Tak ada sebab untuk dia buat macam tu," "Dia ada masalah ke dengan isteri dia?," "Tak ada. Dia cuma mencari ssuatu yang dia tak jumpa dalam diri isteri dia," "Apa?," "Cinta," "What? Nonsense. Kalau tak cinta.. kenapa mereka berkahwin?," "Parent’s decision," "Macam dalam novel cinta tu? Please Sara. Wake up. Susah aku nak percaya. Entah-entah dia cuma tipu kau," Maisara tersenyum. "Tapi, kau mesti ingat. Karangan pengarang novel bermula daripada realiti kehidupan. Betul tak?," "Betul. Tapi..," "No buts. This is not imposible. And I believe him,"potong Maisara sebelum habis bicara Anis. Anis cuma mengangkat bahu. Tidak mahu lagi berdebat dengan Maisara. Cukuplah sekadar dia mendengar cerita Maisara. Maisara lebih mengenali Hisyam berbanding dirinya. Barangkali benar apa yang Maisara katakan. Barangkali juga dia yang terlalu prasangka pada niat Hisyam terhadap temannya itu. Alunan lagu Dealova mengganggu bicara mereka. Maisara memandang telefon bimbit yang dilempar ke sofa dari jauh. Bergerak-gerak minta dijawab. "Tak nak jawab ke?,"soal Anis hairan melihat Maisara selamba mendengar nada dering telefon bimbitnya itu. "Siapa?," Anis menjengah melihat nama yang tepamer pada screen telefon yang menjerit di sebelahnya. "Buah hati kau,"jawabnya pendek. Tangannya mencapai telefon yang dilempar Maisara sebentar tadi. "No. Put it back. Aku tak nak jawab," Anis akur dengan wajah yang tidak mengerti. Apa sebenarnya yang diingini maisara? Baru sebentar tadi gadis itu mengamuk kerana Hisyam tida menghubunginya. Dan, sekarang, dalam masa kurang satu jam, dia menolak untuk menjawab panggilan daripada lelaki itu. Alunan lagu yang sama bergema lagi. Anis memandang wajah Maisara yang kembali mencuka. "Jawablah. Bising," Maisara mendengus perlahan. Kusyen di sebelahnya dicapai dan dicampak untuk menutup telefon bimbitnya. "Okay?,"soalnya memandang wajah Anis. Anis menggeleng perlahan. "Aku tak fahamlah. Tadi kau yang beria-ia tunggu dia call. Kau yang susah hati sebab dia tak jawab bila kau telefon. Sekarang.. bila dia call, kau pula yang tak nak jawab," "Dia fikir, dia saja yang boleh buat macam tu? Dia silap. Kalau dia tak jawab call aku, aku pun tak payahlah jawab call dia. baru adil," "Adil? Ha.. baguslah. Nanti dia merajuk, kau pula yang susah hati," "Kita tengoklah siapa yang merajuk.. siapa yang pujuk," "Suka hati kaulah Sara. Daripada aku layan kau, baik aku tidur,"ujar Anis sambil bangkit dari sofa. "Hei! Tak eloklah tidur siang. Nanti gemuk, tahu?," "Biar gemuk, daripada pening kepala tengok perngai kau ni," Maisara tergelak mendengar kata-kata Anis. Anis pula terus berlalu masuk ke bilik. Dia merenung ke arah telefon bimbitnya yang masih menjerit di bawah kusyen. Dia tersenyum kecil. Puas dapat membalas apa yang Hisyam lakukan padanya. Kadang-kadang dia emang geram pada Hisyam. lelaki itu terlalu mementingkan keluarganya. Dia sering menjadi pilihan kedua, walau mulut lelaki itu tidak pernah putus mengatakan ungkapan cinta. Setiap kali terpaksa membuat pilihan, keluarganya pasti akan diutamakan. Alasannya cukup mudah. Tidak sampai hati mengecewakan anak kecilnya. Sehingg ke hari ini dia cuba bersabar. Maklum akan risiko berkasihan dengan suami orang. Tetai, sering kali juga dia terfikir sampai bila dia boleh bersabar? Sudanhnya dia cuma mampu mengeluh perlahan.
Bak kata orang, langit tak selalunya cerah. Hidup ni, semuanya ditentukan oleh Allah Ta’ala, aku tak nafikan malah menerima segala ketentuanNya dengan hati yang redha. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Kesakitan yang selama ini aku anggap sebagai sakit biasa rupanya adalah petanda yang aku menghidap penyakit yang sangat kronik yang tak pernah aku jangkakan. " Anis serius ni? Perkara ni bukan main-main tau…ni antara hidup dan mati" " hidup dan mati Anis. Anis memang dah nekadlah Ziq" " kalau Anis tak nak fikirkan diri sendiri, please…Haziq mohon Anis fikirkan untuk papa dan mama Anis…dan Haziq" " boleh tak kita cakap pasal benda lain? Anis bosanlah" " no!" " kalau macam tu Ziq cakap sorang-soranglah, Anis nak masuk" Tanpa berfikir lagi, cepat-cepat aku angkat kaki tinggalkan Haziq terkulat sendiri dihalaman rumah. Rasa bersalah juga, nasib baik mama keluar dan dapatkannya. Mungkin mama perasan ada yang tak kena dengan perbualan kami sebentar tadi. " Haziq" " aunty…" " dah masuk dah si Anis tu…" " erm..dia letih agaknya, lagipun…Haziq pun dah nak balik ni" " janganlah ambil hati dengan Anis tu, keras kepalanya tak boleh nak dibuat apa. Aunty rasa, elok Haziq jangan tunggu dia lagi…aunty bukan apa tapi.." " saya tak kisah aunty, sampai bila-bila pun saya boleh tunggu" " sampai Anis mati sekalipun?" Terkejut Haziq mendengar kata-kata yang keluar dari mulut mama, malah aku yang mencuri dengar pun nyata tak menyangka mama akan mengeluarkan kata sedemikian. " bukan aunty mendoakan, tapi itu kenyataannya Haziq" tanpa disedari, air mata mama mengalir. Betapa seorang ibu begitu murah dengan air matanya, tersentuh hati aku. Maafkan Anis mama…Ampunkan Anis, tapi Anis takut.
--------------------------------
" Allahu Akhbar…" mengucap panjang aku bila tiba-tiba ada surat khabar melayang atas meja aku secara tiba-tiba. Pantas aku tengok dihadapan pintu bilikku, berdiri gadis manis bertudung yang memandang kearahku. Habis semua angan-angan aku terbang. " berangan je. Dah tak de kerja lain lagi??" " Hajar…apa Hajar buat ni sayang oiii…aduh nasib baik tak tercabut jantung Faiz" " biar tercabut, baru padan muka!! Dari tadi Hajar call, Faiz tak jawab…hantar mesej langsung tak balas" " eh?? Hajar ada call ke? Tak dengar pun telefon berbunyi" " Faiz, cukuplah tu" Hajar menghampiri mejaku dan mengambil kembali surat khabar yang sengaja dicampak kearahku. " Ada apa ni? Tiba-tiba datang…tak de angin tak de ribut" " eh..salah ke saya nak melawat tunang sendiri. Entah hidup entah mati…langsung tak tahu cerita, macamlah duduk lain benua walhal…pejam mata pun dah boleh nampak batang hidung" " so, rindulah ni?" " buang masa! Hajar datang ni sebab jumpa Farah tadi, mak dia kirim barang dari kampong" " erm…seronok bercuti kat kampong?" " soalan bodoh. Tak kan Faiz tak boleh fikir? Mestilah seronok" " okay…ni yang datang tak bagi salam..tak pasal-pasal baling surat khabar ni kenapa? Dah sangkut kat penghantar surta khabar ke?" " bukanlah! Ni…Hajar ambil dari Farah, tak tahu kenapa dia ayik sangat tenung surat khabar ni, tanya tak nak jawab..tak de apa-apa katanya. Tak puas hati Hajar ambillah…kidnap!" " itu pun jadi masalah…nak keluar minum sama-sama?" " Iz tak sibuk ke?" " kalau orang dah offer tu maknanya tak sibuklah…lagipun ada orang tu kalau merajuk nanti dia mengadu kat tuk penghulu plak" " tau tak pe…"
" terima kasih" Lapang sikit hati ada orang tolong sambut aku datang. Nasib baik Faiz tolong angkatkan buku yang aku bawa banyak-banyak dari rumah untuk didermakan ke kempen membaca yang diadakan disekolah. Yeah! Buat amal sebelum matilah katakan… " sama-sama" " lambat plak hari ni…heheh" " lambat sikit je, Hajar tak dapat datang, Ira tau kan?" " erm…Hajar kata Haris ada pertandingan bola sepak hari ni, jadi dia pergi tengok" " banyak buku " " ya…Farah pun ada bagi sekali" sedang aku sibuk lap-lapkan peluh kat dahi, aku sedar, ada yang tak kena. Macam jadi perhatian orang pula aku dan Faiz. Penat tak hilang lagi, apa taknya,aku datang dengan kayuh basikal, kalau kurus berbaloilah juga tapi macam buat penat badan je. " tengoklah tu, saja…Hajar takde mulalah tu nak perasan" " erm…bukan main lagi. Senyum-senyum, tak sedar diri betul" Bukan aku tak dengar, salah! Bukan aku tak tahu selama ni ramai yang tak suka aku rapat dengan Faiz especially yang girls. Apa taknya, mereka tak de peluang rapat dengan Faiz, sebab Faiz tak berapa suka nak layan dia orang. " Faiz! Kau ni…sikit-sikit Ira, dah desperates sangat ke?" Ratna bersuara tiba-tiba. Petang tu aku rasa macam tak sedap hati. Selama ni mereka tak peduli, kenapa sekarang nak pertikaikan hubungan baik aku dan Faiz? " desperates apanya?" soal Faiz kembali. Mukanya macam tak puas hati dengan pertanyaan Ratna tadi. " yalah…kalau orang lain tak kan nak dilayannya budak gemuk macam Ira tu…kalau dah terdesak sangat aku pun boleh jadi couple kau" selamber je Ratna bercakap. Kalau aku? Tak sanggup aku nak buat macam tu. " Ratna, apa kau cakap ni, Faiz tu bukan rapat dengan Ira aje, dia rapat dengan Hajar…antara dua tentulah dia pilih Hajar. Bodoh sangat kenapa?" Azam menyampuk. Betullah cakap Azam tu. " ooh…tu ke masalahnya? Kenapa tak terus terang je cakap kau suka kat aku?tak payahlah nak cari salah orang lain. Aku nak kawan dengan siapapun suka hati akulah" " shih! Jangan nak perasan, aku tak suka kat kau pun" jawab Ratna. Tipulah tu, muka pun dah merah. " kalau cam tu baik kau explain kat budak tembam tu, aku tengok dia macam syok kat kau…explain kau kawan je dengan dia" " tak payah nak explain apa-apa. Tak kan sendiri tak boleh fikir? Badan je besar, umur kecik lagi…tak kan otak pun kecik langsung tak boleh nak fikir" " Faiz.." Aku macam dengar ak dengar apa yang Faiz cakap. Tapi rasa sakit hati ni. " haa..Ira, kau dengar tak tu? Dah faham sekarang? So, tak payahlah tergedik-gedik lagi bila nampak Faiz, aku tengok pun nak muntah kau tahu?" Liza pula mencelah. Semua mata dikelas tu memerhatikan aku. Rasa kerdil dan hinanya aku hanya Allah yang tahu, pernah ke aku cakap aku suka kat dia? Pernah ke aku melepasi batas siapa diri aku sebenarnya? Ya Allah…ini ujian Kau untukku. " sekarang ni memang dah Confirmlah…Faiz ni tak buta, aku ingat dia suka kat Ira ni…hahahah..mati-mati aku ingat dia dah gila" " aku belum gila lagilah, Hajar tu lagi cantik dari Ira ni, dah de peluang depan mata tak kan aku nak pilih ikan paus ni?" Ikan paus?? Ibu… Hancur hati ni, dimalukan macam tu sekali. Aku pandang Faiz yang berdiri sambil ketawa bersama yang lain, ketawakan aku. Aku bertanya sendiri, inikah Faiz yang aku kenal dulu?? Yang selalu beri sokongan dan kata semangat pada aku? Ya Allah…air mata aku dah tak boleh ditahan lagi. Tak fikir panjang aku terus tinggalkan kelas tu. Susah nak terima hakikat. Orang yang baik pada pandangan aku selamai in rupanya adalah penjahat!! Tak ada hati perut langsung, terbayang dalam benakku, layanan baiknya selama ini adalah lakonan semata. Benci!! Manusia hipokrit! " woooo…tengok! Cik siti wan kembang dah nangis!!hahaha"
Seminggu lepas tu, peperiksaan SPM bermula. Sejak petang tu hinggalah hari terakhir peperiksaan aku tidak bercakap dengan sesiapapun budak kelas aku termasuklah Hajar yang juga telah mengetahui apa yang berlaku pada petang yang malang tu. Berkali-kali Hajar cuba menegurku, maaf sahabatku, biarpun kau ikhlas, aku mohon maaf kerana tak mampu mempercayai sesiapa lagi apa lagi memaafkan semua yang terjadi terutamanya Faiz.
Minggu ni persekolahan bermula kembali cuti penggal pun sudah habis boy memulakan persekolahan nya seperti biasa.... ibu dan yong telah balik ke johor ... aku masih ingat butir2 percakapan ibu yang mana ibu mahu aku berpisah dengan suamiku dan memulakan kehidupan yang baru, pening bila memikirkan keadaan ku yang bergini. Aku buntu bila mengenang kan nasib hidup ku yang tidak serupa kehidupan orang lain... walau pun mewah segalanya tapi kekurangan kasih sayang...ahh sakit juga bergini. perkataan ibu masih tergiang2 di telinga ku " kamu mahu ibu memejam kan mata ke baru kamu ingin berubah , sedar lah sha ibu mahu kamu bahagia sebelum ibu pejam mata." aduh sakit nya tekanan hidup ku siapa lah yang ingin faham keadaan ku .... bagai mana harus aku lakukan .... aku dah mencuba sedaya upaya ku namun aku tetap bergini menanti kepulangan suami ku yang tidak pulang2. Aku menjadi sebak air mata ku mula mengalir deras tidak tahu pada siapa harus ku luah perasaan ku ini ...aku tidak mahu bercerita pada orang yang salah kerana tidak mahu perkara yang tidak di ingini terjadi... aku tidak mahu ada orang mengambil kesempatan pada diriku ya allah kau tolong lah hamba mu ini, berikan lah aku kekuatan untuk menerus kan kehidupan ini dengan mudah ya allah, kau tunjuk kan lah pada ku yang mana benar dan mana salah agar aku bisa membuat keputusan dengan mudah. Tiba2 hp ku berdering lalu ku capai dan kulihat no nya tidak ku kenali ... " Assalamualaikum sha " " Waalaikumussalam siapa ni ? " " Sedap suara sha merdu sungguh tapi mengapa terketar2 baru lepas menangis ke? " " Siapa ni? I tak kenal u maaf ya" kata ku yang dah mula tidak senang . " Maaf sha kalau abg menggangu ya... kita kan pernah berhubung di YM masih ingat tak KEKANDA " laaaaaa dia rupa nya amat tenang sekali percakapan nya . " Maaf kan sha ya, sha tidak kenal ya lah maklum lah ini pertama kali kita berbual"
" Mengapa sha tak membalas msg abg? , tak sudi ya atau sha sebok? ... malam tu sha msg abg sha ada hal ke nak bual kan dengan abg? " pertanyaan dia membuat kan aku tidak keruan. " Ermmmm tak ada apa saje je " aku tergagap2 nak bercakap. " Sha jangan bohong abg, selalu nya sha tidak pernah menghubungi abg, mesti ada hal yang nak di konsi kan beritahu je... abg sudi mendengar nya kalau pun sha tidak mahu menganggap abg ni teman special boleh mengangap abg sebagai sahabat ... abg sudi menjadi pendengar setia" terkedu aku mendengar penjelesan nya. " Tak ada apa lah sha saje je nak msg u... kan u nak sangat sha msg u... jadi kebetulan teringat sha msg lah " aku menipu nya tak tahu nak kata apa, kalau dia tahu aku ingin sekali mencerita kan masaalah ku... eeeeee malu nya. " Sha boleh abg minta tolong" la baru je bersembang dah nak ambil kesempatan tak guna punya orang marah ku dalam hati. " Ermmm boleh apa dia " " Boleh tak jangan ber U dengan abg .... panggil abg boleh kan " aduhhhh malu nya ingat kan apa tadi ....masaalah nya aku tak biasa lah nak panggil bergitu. " Sha mengapa diam ni ... sha tak sihat ya? " Eh tidak lah ... sihat " " u bagaimana eh maaf ya abg sihat ke? eeeeeeee malas nya lah . " la kenapa tergagap ni " kata nya sambil gelak eeeeeeeeeeeeee malu nya dia tau la aku tak selesa. " Sha relax ya tenang kan diri... ok tarik nafas dan hembus .... abg tak makan sha lah " katanya sambil gelak membuat kan aku tersenyum sama. " Dah lama kita chat di YM tapi baru kini dapat mendengar suara... abg sugguh seronok..... thanks sha abg amat menghargai " Aku tak tahu nak cakap apa... buntu rasa nya walau pun dia tel tepat pada masa nya ingin sekali aku meluah kan perasaan ku tapi aku malu lah pulak. " Abg dekat mana ni? mengalih kan topik. " Abg dekat pejabat .. sha pula kat mana ? " Sha kat rumah lagi ... baru nak pergi kedai di kampar nak lihat perkembangan disana.? " Maaf la kalau abg ganggu sha ya ? " Tidak lah tak ganggu pun" tidak mahu dia berasa serba salah. " Ok lah kalau begitu sha berhati2 memandu ya.... boleh tak kalau malam nanti abg call sha lagi " " Ermm boleh " terus saje terkeluar perkataan begitu. " Assalamualaikum sha thanks ya" " Walaikumussalam sama2. Huhhhhhh lega rasa nya ... susah juga nak besembang buat pertama kali eeeeeeeeeeee yang aku kata boleh kenapa bodoh nya aku .... apa yang aku nak bual kan..... lantak lah bukan nya aku kenal pun..... malas aku nak pk.
Sesampai nya aku di kampar aku melihat seseorang yang aku kenal di dalam kedai ku aku terus ke pejabat dan memanggil zu. " assalamualaikum puan ... puan sihat? " kata nya sambil tersenyum. " Walaikumussalam zu i sihat.... u sihat ke? macam mana dengan bisnes di sini ok? " Saya sihat puan...boleh lah puan tempahan semakin meninggkat dan jualan baju juga semakin banyak.... suzy ada menghantar baju kesini sebanyak 25 pasang untuk di jahit kata nya pelanggan ingin memngambil tempahan pada pertengahan bulan ini" katanya menerangkan pada ku. " I tahu.. i yang menyuruh suzy menghantar tempahan di sini jika mereka tak boleh siap kan tempahan... ok u tolong i ambil fail2 yang perlu i tanda tangan ya" " Baik lah puan...puan di luar ada seseorang yang ingin jumpa puan dari tadi dia menunggu puan" " Siapa dia? " " Entah lah puan" " Baik lah u pangil dia masuk ya" " Assalamulaikumkum akma masih inggat i lagi" " Waalaikumussalam " aku terpaku melihat dia dan telah lama aku tak mendengar orang memanggil ku dengan panggilan itu . " U masih cantik lah akma sama seperti dahulu.... puas i mencari u .... baru kini i jumpa ... u macam mana u sihat?" " Ya sihat macam ni lah yang u lihat sekarang" " Apa u buat di sini? soal ku " Untuk berjumpa u lah ...hari2 i datang kemari.... u tak ada hari ni hari bertuah i lah" sambil melempar kan seyuman kepada ku. Macam mana pulak lah dia dapat alamat kedai ku niiiii..... rasa nya tak ingin lagi la nak berjumpa dengan nya serta merta je ingatan ku terhadap nya kembali jelas. " U dah ada anak berapa ? " I masih tidak kahwin masih menunggu u" naik merah muka ku mendengar kan jawapan nya. " Jangan diinggat lagi hal yang lalu cari lah pengganti i... i ni masih isteri orang tak perlu di ungkit kenangan lalu" " I tak boleh melupa kan u " zu muncul menghantar kan fail yang ku minta. " Maaf kan i ya i harus balik kerna ada urusan yang penting?" " Jangan lah bergini akma dah lama i ingin berjumpa u.... kalau i tak tersempak dengan mastura sampai bila2 pun i tak kan berjumpa u ...plss luang kan lah masa buat i... i amat merindui u... sampai hati u membiar kan i terkapar sendirian.... kalau pun kita tak boleh seperti dahulu kita berkawan sahaja" sedih aku mendengar penjelesan nya ia membuat kan aku sebak .. rupanya sampai kini dia masih menunggu ku. " Maaf kan i ya ... i ada hal penting " Dengan cepat dia memegang tangan ku minta di kasihani ...ya allah jauh kan aku dari perkara yang tidak baik. Aku menarik nya dengan kasar dia tersedar . " Maaf kan i akma " Aku meninggal kan nya dan terus berlalu dengan cepat ku pecut dengan laju takut dia mengekori aku.... aku sebak bila teringat kisah ku dengan diri nya ... dia adalah teman baik ku... apa sahaja ku cerita kan pada nya... kami terpisah bila mana abg ngah ingin aku mengahwini sahabat nya yang kini menjadi suami ku.... hati nya hancur bila aku terpaksa memutus kan hubungan kami dan sejak dari itu aku tidak pernah menghubungi nya .
Setelah seminggu menghabiskan cuti di sambung dengan cuti pemergian ibu tersayang. Kini Izzatul kembali bertugas. Terasa semangat untuk bekerja masih terganggu. Banyak ucapan takziah yang di terima Izzahtul dari kenalan di pejabat. Kehilangan ibu tersayang masih terasa. Dalam termangu, kedengaran pintu di ketuk beberapa kali.
" Masuk… " Lemah alunan suara Izzahtul, mengarahkan empunya suara di luar untAt_sea_1uk masuk.
Kelihatan seorang wanita berbaju blaus moden kuning cair, skrit labuh berwarna hitam dengan rambutnya dilepaskan potongan sederhana pendek, menutup pintu dan mula mengorak langkah menuju ke arah meja Izzahtul. Izzahtul tersenyum memandang si gadis. Sekeping diari dan kepingan-kepingan nota yang biasa di lihat Izzatul berada di tangan si gadis. Si gadis tersenyum.
" Silakan duduk Azlina " Izzahtul mempelawa Azlina duduk di hadapannya seperti biasa.
Azlina binti Shamsudin. Pembantu Peribadi Izzahtul. Gadis cantik molek berasal dari Muar. Lazimnya, di awal pagi Azlina akan masuk ke bilik Izzahtul bagi membincangkan program harian Izzahtul dan makluman-makluman yang perlu di sampaikan. Azlina telah manjadi pembantu peribadi Izzahtul semenjak Izzahtul mula berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara tiga tahun yang lalu. Terasa begitu pantas masa berlalu.
"Selamat bertugas Cik Nurul Izzahtul Nazira. Takziah dari saya atas pemergian Ibu Cik. Minta maaf saya tidak dapat datang menziarahi sebab saya dapat berita pun selepas naik daripada bercuti."
Suara lunak milik Azlina laju tersusun memberi penjelasan.
"Tidak mengapa. Saya pun nak minta maaf sebab tidak dapat menyampaikan khabar kepada awak. Dalam keadaan sebegitu saya pun jadi tak tentu hala. Tak tahu apa yang nak di buat. Semua buntu. Kehilangan ibu tercinta memberi impak yang besar dalam diri saya. Hakikatnya saya kena redha"
" Sabar yer Cik Izzahtul!"
"Kurang selesa pula saya berkeadaan macam nie. Kita teruskanlah dengan perbincangan soal kerja.. Banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Makin serabut kepala saya memikirkannya\". Izzahtul menjawab sugul sambil tangan memicit lembut dahi.
Izzahtul menyelak lembaran diari harian seperti biasa, mencari ruangan tarikh hari tersebut. Melihat kembali kerja-kerja yang telah ditinggalkan. Azlina seperti biasa menjelaskan setiap temujanji Izzahtul dengan pihak-pihak tertentu sepanjang hari tersebut. Juga dimaklumkan jadual mesyuarat yang perlu dihadiri. Kerja-kerja melibatkan perhubungan awam juga di perjelaskan termasuk program Keluarga Angkat di Kampung Sungai Kapal, Pengerang, Johor. Setelah habis semua penerangan dan segala maklumat dicatitkan dalam diari harian, Azlina minta diri bagi menyambung tugas-tugasnyar kembali. Dia berlalu pergi. Sebelum pintu di buka dia kembali berpaling. Kembali mendekati meja Izzahtul.
" Ada apa-apa lagi ker lina? " Izzahtul bertanya bila menyedari Azlina berpaling ke mejanya.
Dia memandang Azlina.
" Oh ya! hampir saya terlupa".
Dia menyelak dairi di tangan. Sambil mengeluarkan sekeping kad berwarna merah jambu.
" Ada kirim kad untuk Cik Izzahtul " Azlina menyerahkan kad tersebut.
Kad berwarna merah jambu itu bertukar tangan. Izzahtul mengambilnya sambil memusingkan kad tersebut seandainya di belakangnyer ada tertulis nama si pengirim. Kosong. Tiada satu perkataan pun di belakang kad tersebut.
" Daripada siapa? \"
Pertanyaan yang biasa akan disoal oleh setiap penerima surat. Izzahtul kembali memandang Azlina.
" Abang Din letak atas meja. Tak pasti pula Cik\".
Azlina menjawab dan masih berdiri di hadapan Izzahtul. Dia kembali ke muka pintu, tangannya sudah memegang tombol pintu. Menoleh kembali ke arah Izzahtul. Menunggu sekiranya ada arahan selanjutnya dari Izzahtul sebelum dia keluar.
" Takpelah. Awak boleh sambung kerja. Oh ya! sebelum tu tolong panggilkan Zainuddin masuk ke bilik saya yer. Terima kasih." Izzahtul mengukir senyuman dan senyuman disambut dengan satu lagi senyuman manis.
Azlina melangkah keluar. Pintu di tutup. Begitulah tingkah pembantu Izzahtul yang seorang ini. Dia memang tidak lokek dengan senyuman. Bekerja dengan dia pun terasa mudah. Kata orang kalau bos perempuan nie selalu mudah bermasalah dengan staff perempuan tapi Izzahtul rasa tidak diantara dia dan Azlina. Mereka jarang mencampuk adukkan soal peribadi dan kerja.
Setelah Azlina berlalu Izzahtul membuka kad merah jambu yang diterima. Semerbak bau haruman menusuk kalbu dari kepingan kad tersebut. Dalam fikiran Izzahtul terlintas, bukan kad sembarangan! makin teruja ingin membuka. Sampul kad dibuka. Izzatul tersenyum. Terpesona dengan lakaran gambar penghias muka depan kad tersebut. Comel gambar di hadapannya, terukir sejambak bunga ros merah, bintang-bintang dan juga ada sepasang anak patung Teddy Bear. Tercatat ringkas di atas kad. Salam Kenalan!. Kad dibuka.
\" Izzahtul, Takziah ikhlas dariku, terasa ingin selalu ada disisi awak, di saat awak memerlukan sokongan. Wajah awak sentiasa segar dalam ingatan. Terasa ingin mendakap awak dalam pelukan. Menangis di atas bahu saya. Mengusir pergi rasa kepiluan. Salam kenalan dari saya. \"
Ikhlas, Faz
Jantung Izzahtul terasa berhenti berdenyut. Tergamam dan ada rasa pelik!. Siapa pula pengirim kad nie. Macam cerita dalam drama rasanya. Izzahtul tersenyum sendiri. Ada peminat misteri pula masa-masa macam nie.
Dalam Izzahtul tersenyum sendirian tiba-tiba terpancul wajah Zainuddin bin Juppri di depan Izzahtul. Tak berkelip-kelip dia memandang Izzahtul. Janggal dengan tingkah Izzahtul. Manakala Izzahtul teras nak tercabut jantung. Terperanjat bila Zainuddin tiba-tiba berada di depan matanya. Kerana terlalu asyik memandang kad yang dikirimkan dia tidak perasan bila Zainuddin memasuki bilik. Izzahtul bersuara.
"Dah tak reti beri salam ke? Kenapa tak ketuk pintu? Apa pasal pandang saya macam tu?".
Izzahtul mengetap bibir tanda protes dengan tindakan Zainuddin. Tapi salah dirinya juga. Terlalu asyik menatap kad tersebut.
"Banyaknyer soalan, mana satu nak jawab dulu nie? Tulah tersenyum sorang-sorang, sampai saya dah ketuk pintu pun Cik Izzahtul tak dengar. Seronok berkhayal. Minta maaf lah saya terpaksa masuk tadi. Apa yang bestnyer isi surat tu Cik Izzatul? Tak nak kongsi dengan saya? Macam best jer sampai tersenyum panjang.".
Wah! mamat nie kalau bab korek rahsia orang memang nombor satu, patut lah kerja kat bahagian perhubungan awam nie, kuat bercakap! bab korek rahsia nie memang dah kerja dia. Izzatul mengomel sendirian. Zainuddin merupakan penolong Izzahtul, dia menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Awam. Zainuddin banyak membantu Izzahtul dalam tugas-tugas seharian. Sepanjang Izzahtul bercuti tempoh hari, Zainuddin yang mengambil alih tugas-tugas penting mengantikan dia. Zainuddin memang rajin bekerja dan penuh komited. Keserasian ada di antara dia dan Zainuddin sebagai rakan sekerja.
"Mana boleh kasi tahu. …."
Izzahtul menjeling pada Zainuddin. Sengaja buat mimik muka bagi mengundang rasa ingin tahu Zainuddin jadi semakin menebal. Belum pun kata-lata Izzahtul habis Zainuddin menyampuk dengan kata-kata yang dia dah tahu Izzahtul akan lafazkan iaitu…
"BIARLAH RAHSIA!\"
Izzahtul tersenyum dan Zainuddin tergelak besar. Izzahtul dan Zainuddin memang biasa bergurau. Satu tabiat yang disenangi Izzahtul berkenaan Zainuddin adalah sifat memahami dan menyesuaikan diri pada situasi. Walaupun dia memang suka korek rahsia tapi biasanya apa yang di cari adalah berkenaan dengan kerja. Kerana itu adalah tugasannya. Masalah peribadi orang lain dia tidak berminat masuk campur. Tapi kalau ada yang sudi meluahkan Zainuddin adalah pendengar yang baik. Banyak juga rahsia Izzahtul yang di kongsi.
"Apa hajat panggil saya? Oh ya. Suka-suka sampai lupa nak ucap takziah. Masih sedih lagi? Apa pun tabah yer.. Hari tu datang rumah tapi tengok sibuk uruskan pengkebumian makcik, saya tak mahu menganggu, datang pun tak boleh lama pada masa tu, sebab boss kasi pelepasan setengah hari jer untuk melawat."
Zainuddin mengukir senyuman. Setidaknya kehadiran Zainuddin pagi ini memberi ruang untuk dia tersenyum seketika. Kad yang masih di tangan di letakkan di sisi.
"Takpe. Dah datang menziarahi kira alhamdulillah. Terima kasih". Izzatul tersenyum lesu.
Diari yang baru sahaja di tutup di buka dan ditatap kembali. Kemudian dia memulakan perbincangan tentang tugas yang perlu di laksanakan. Terutama sekali Projek Keluarga Angkat. Perbincangan lebih menjurus kepada penyumbang dan penaja program tersebut. Program mereka telah berjaya mendapat tajaan. Seterusnya program ini dijadikan program usahasama di antara pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara dan Syarikat Berjaya Holdings Berhad. Sebuah syarikat hartanah terkenal di Johor Bahru. Hampir satu jam juga mereka berbincang sebelum mereka keluar meninggalkan pejabat untuk sama-sama minum pagi. Selepas bersarapan Izzahtul terus bergegas pulang kerana dia perlu meneruskan agenda menghadiri mesyuarat dengan pengurusan kanan pada jam 11.00 pagi sebagaimana yang dimaklumkan Azlina.
AZHAR, KUCHING,SARAWAK, MALAYSIA. DUA HARI SEBELUMNYA....
WAJAH Azhar berkerut-kerut melihat hasil catatan yang di berikan oleh Hafiy kepadanya tadi. Jarinya menghitung-hitung jumlah yang sebenar. Setelah di semak beberapa kali, hasilnya tetap sama. Kepalanya yang tidak gatal itu di garu perlahan-lahan. Tidak mungkin pandangannya salah, semua keuntungan lenyap begitu sahaja. Mengapa jadi begini? Selain dari dia, tiada siapa yang tahu akaun syarikatnya. Nampaknya sesuatu telah terjadi. Ada orang yang cuba menjatuhkan perusahaannya. Dia akan menyiasat. Pasti! Ketukan pintu membuatkan Azhar berpura-pura berlagak tenang. Dia tidak mahu, pekerjanya tahu yang syarikatnya hampir muflis. Syakirah menghampiri majikannya sambil menatang kopi dan beberapa keping biskut keras. Satu senyuman manis di hadiahkan kepada Azhar. Azhar tidak membalasnya tetapi sudah cukup dengan kenyitan nakal mata Azhar. "Fizi, nampaknya awak ada masalah, kalau tidak berkaitan peribadi, boleh saya tahu?" Syakirah cuba membantu majikannya dan juga sekaligus kekasihnya itu. "Tak ada apa-apalah, sayang, I'm just tired. Penat, semalam saya siapkan semua kerja sampai pukul 4.30 pagi," Azhar mendapat idea. "Oh, ya ke? Dah makan Panadol? Meh sini saya picitkan kepala awak," Syakirah menunjukkan keprihatinnanya. Memang di akui, Syakirah seorang yang peramah dan suka berkorban untuk orang lain. "Tak payah lar, nanti orang nampak, kan tak manis," ujar Azhar. "Betul tak ada apa-apa ni?" sekali lagi Syakirah mencari kepastian. "Ya, princess," jawab Azhar sambil ketawa. "Banyaklah, awak punya princess!" Syakirah berpura-pura menunjukkan reaksi yang marah. "Ala, ala comelnya muka dia bila marah," Azhar memujuk sambil menunjukkan lesung pipitnya. Nampak kacak sekali dengan kulitnya yang kuning langsat, di tambah lagi dengan ketinggian badannya. Tidak hairanlah, jika ramai wanita akan 'cair' apabila di pikat oleh Azhar. Syakirah memalingkan mukanya sambil berkata "Lain kali jangan nak bergurau dengan saya," "Alamak! Seriuslah pulak?" ujar Hasanahtul di muka pintu pejabat. "Eh, eh? Siapa yang suruh masuk ni? Pandai-pandai aje?" Syakirah mencekakkan pinggangnya di hadapan Hasanahtul. "Eleh, bos tak marah, dia pulak yang over," Hasanahtul terus bersuara dan berlalu dari situ. Azhar mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia sudah masak dengan perangai Hasahtul yang kadangkala sensitif, dan kadangkala peramah. "Itulah awak, dah tahu yang si Hasanah tu sensitif, awak gurau dengan dia," "Oh? Jadi dia je yang sensitif? Habis saya ni, apa?" "Awak pun sensitif jugak, tapi awak jagalah sikit hati dia tu, abang diakan baru aja meninggal sebulan yang lepas," Azhar cuba memujuk Syakirah yang ternyata masih tidak mahu mengalah dengan pendiriannya. "Dahlah, awak dengan Hasanah sama je," "Apa pulak sama? Dia perempuan, saya lelaki. Mana sama?" gurau Azhar. Syakirah sama-sama tertawa dengan usikan Azhar. 'Pandai juga buah hatinya memujuknya kembali' desis Syakirah. Setelah itu, Syakirah meneruskan kerjanya yang tertangguh dan Setelah itu terus keluar dari ruangan Azhar. Dia tidak boleh terlalu lama disitu kerana apa pula kata orang nanti? Pasti dia yang akan menjadi mangsa, 'minah-minah pengumpat' di pejabatnya nanti.
AZHAR menghidupkan enjin keretanya dan terus memandu ke sebuah warung. Dia ingin menikmati keenakan masakan terkenal Indonesia iaitu nasi padang buatan Wak Sarif dan isterinya Mak Temah. Biarlah dia makan di warung dari berbelanja besar di restoran-restoran terkemuka yang masakannya tidak seberapa hebatnya. Dia memanggil pelayan disitu untuk memesan makanan. Pelayan itu mundar-mandir datang ke arahnya sambil memegang satu buku nota kecil di tangan. "Ya? Encik nak pesan apa?" "Buatkan saya air milo suam, dan makan…. buatkan saya nasi goreng ratna," pesan Azhar sambil matanya melilau pada whiteboard yang memaparkan menu baru yang di perkenalkan disitu. "Semuanya RM 4.50," ucap lelaki itu sambil menguap. Azhar mencapai dompetnya dan mengeluarkan wang not lima ringgit dan menghulurkannya kepada pelayang tersebut. Azhar berfikir sejenak, "Kenapalah dengan dia tu? Tak cukup tidur ke? Sepatutnya dia menunjukkan wajah yang manis kepada customer. Baru hari ini dia melihat wajah lelaki itu, mungkin baru bekerja disini kot?" fikirannya terus berputar-putar memikirkan pelayan tadi. Tiba-tiba sedang dia mengelamun, satu suara kecil menyapanya dengan lembut. "Assalamualaikum," "Waalaikumusalam, ya awak nak cari siapa?" "Saya cari Azhar, encik kan?" "Ya saya, tapi, awak siapa?" soalan berbalas soalan. "Saya Zaharah," "Oh, duduklah. Ada apa awak jumpa saya?" "Awak kenal Vivian?" Fikiran Azhar ligat berputar cuba mengingat. Semua data-data yang terkunci di dalam laci otaknya kini terbuka. Ya! Dia masih ingat, wanita yang pernah menolongnya semasa dia belajar di Filipina dahulu. Tapi apa kaitannya dengan perempuan di hadapannya ini? Semuanya memeningkan kepalanya. "Ya, saya masih ingat! Tapi apa kaitannya dia dengan awak?" akhirnya keluar juga soalan itu di mulutnya. "Begini, saya kawan baik dia. Dia menghilang sejak awak balik dari sana. Dia ada pesan, dia nak cari awak. Dia ada tulis surat untuk awak. Ini saya serahkan surat ni, dan segala amanatnya telah saya laksanakan. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum," ujar Zaharah panjang lebar. "Ba...ik...lah," Azhar bungkam dengan kata-kata yang Zaharah perkatakan tadi. Perlahan-lahan dia membuka sepucuk surat yang berwarna merah jambu itu. Hatinya berdebar-debar untuk mengetahui apakah isi surat tersebut. Yang pasti, dia seperti sedang menanti ledakan bom atom di Hiroshima. Tulisan tangan Vivian kelihatan kemas di kertas bergaris satu itu.
Assalamualaikum... Azhar...pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah, kerana awak telah berjaya dengan cemerlangnya di universiti. Azhar, semenjak ketiadaan awak di sini, hati saya begitu kalut tidak menentu. Saya sendiri tidak mengetahui apakah punca gejolak perasaan ini. Saya sudah mencuba untuk melupakan awak, tetapi apakan daya perasaan saya pada awak begitu kuat sekali. Percayalah, ALLAH pasti menemukan kita selagi hayat di kandung badan. Jika kita benar di takdirkan bersama, INSYA-ALLAH. Cuma satu permintaan saya, jangan lupuskan saya di ingatan awak. Jika saya berjaya bertemu dengan awak, saya berjanji tidak akan melepaskan awak untuk selamaya. Peganglah janji saya ini.
Insan yang merinduimu, Nurul Afiqah Vivian Abdullah.
Fikiran Azhar masih terkenangkan wanita Filipina-Muslim itu. Wajahnya yang ayu memakai tudung yang menutup di kepala. Di tambah lagi dengan senyuman manis di bibir. Alisnya yang lentik, dan mata yang bulat serta menawan. Aduh! Dia tidak dapat mengambarkan lagi kejelitaan Vivian. Biarlah dia pendamkan sendiri. Fikirannya benar-benar buntu! Tidak dapat berfikir dengan jelas! Semuanya berlaku dengan singkat. Semakin dia melupakan semuanya, semakin kuat memori itu mencengkamnya. Aduh! TUHAN apakah ini namanya cinta? Begitu membingungkan, apakah dia sedang jatuh cinta? Dia tertanya-tanya mengapa. Hatinya sentiasa resah, gundah dan semuanya jadi serba salah bila teringatkan Vivian. Kenangan manis mula terbayang di layar fikirannya.
"ASSALAMUALAIKUM, my name's is Azhar. I hope we can be a best friend," sapa Azhar kepada Vivian suatu hari. "Wa..alaikummusalam, my name is Nurul Aliqah Vivian, you can call me Vivian. Anyway, can we speak in Malay language?" ujar Vivian dengan perlahan. "Ha? Setahu saya, belum ada lagi warga Filipina yang minta saya berbahasa MELAYU??" Azhar menunjukkan reaksi yang terkejut dan menukar bahasa percakapannya. "Saya berdarah kacukan, ibu Filipina dan bapa Cina-Malaysia," terang Vivian. "Oh... i see, i see," "What you see?" "Nothing," sejurus itu Azhar terus mengajak Vivian ke food courts untuk mengambil makan tengahari. Keakraban mereka membuatkan seluruh campus kecoh. Theresa yang menyimpan dendam terhadap Vivian bertambah sakit hati dengan keakraban mereka berdua. Wanita Thailand itu akan melakukan seribu satu cara untuk menyusahkan musuhnya itu. Sungguh kejam!! Padahal, Vivian seorang yang baik hati dan suka berkorban untuk orang lain. Tidak cukup lagikah pengorbanan yang diberikan suatu ketika dulu? Di saat Theresa jatuh cinta dengan bakal suami Vivian, Aliff? Nampaknya Theresa seperti kawan makan kawan. Kerananya, Vivian sanggup mengorbankan lelaki yang di cintainya kepada wanita durjana itu. Masih tidak cukup lagikah? Masih terngiang-ngiang di fikiran Azhar sewaktu Theresa menghasutnya supaya tidak terlalu rapat dengan Vivian. "Azhar, you better don't to close with Vivian, I don't think she a nice persons. Look at her, how disgusting she!" ucap Vivian pada suatu hari di perpustakaan. "Enough Theresa!" Azhar membentak. Tidak sanggup lagi dia mendengar kata-kata hinaan yang di lemparkan kepada wanita yang mulia itu. "Shh... please there! Don't make noise. This is library," seorang pustakawan menunjukkan isyarat tangan di bibirnya. Theresa mendengus kemarahan. " I just want to help you. If you think I'm wrong, do that yourself. When Vivian is trapping you. In that time, I will not help you. Understand! Goodbye, sawadikap!" Theresa berkata dengan tegas dan wajahnya nampak merah menahan marah. "Ok! Fine. I don't think Vivian is bad persons. Actually, I think you were jealous towards her! Right?" Azhar membidas. Langkah Theresa mati. Dia berpaling dan cuba membalas kata-kata itu. "Hello? Me? Jealous? Towards Vivian? It dont make sense, i'm more prettier than her, and i'm more rich from her," Theresa mendapat idea. "I dont like a pretty and rich girl." Azhar mendebat kembali. Seluruh pelajar di perpustakaan menyaksikan dejavu yang berlaku di petang hari itu. Ada yang bertepuk tangan dan ada pula yang serius. Pengawas perpustakaan tidak mampu mengawal keriuhan yang berlaku itu. Seperti berada di Stadium Old Trafford gamaknya. "It's not my problem, young guy. Do you think your handsome? Please?? My boyfriend twice handsome than yours," Theresa terus mengeluarkan kata-kata pedas. "I dont said that i'm handsome, what's the problem if i'm handsome? Did i trouble you? Not right? Just admitted to everybody that you were jealous towards Vivian," "Enough!!" jerit satu suara. Semua pelajar berpaling ke arah suara itu. Apa yang terjadi? Pensyarah kah? Seorang gadis berpakaian baju kurung berwarna merah jambu di sertai labuci datang ke arah Azhar. Dengan memakai secalit gincu di bibir telah menampakkan keayuannya. Satu penampar hinggap di pipi Azhar. Semua pelajar termangu-mangu. "Don't try to take over my personal problems, this is my warning. Dont try to contact me anymore. I dont want to see your hideous face more." Satu kata hinaan keluar di mulut Vivian, gadis yang selama ini begitu akrab dengannya. Theresa tersenyum puas. Nampaknya dia sudah berhasil mengenakan Azhar dan Vivian. "Vivian, how could you? Just because that woman, you slapped me? Ok, after this you will never see my face again. If you want it, i can leave now!" Azhar berkata dengan nada yang kecewa. Vivian cuba menghalang tapi dia tidak mampu. Setelah setahun berkawan, kini persahabatan mereka terputus. Semuanya gara-gara Theresa!
AZHAR tersentak dari lamunannya apabila telefon pejabatnya berdering. Tanpa ragu-ragu, dia mengangkat telefon itu. Satu suara halus menjengah di telinganya. "Assalamualikum..." Gagang telefon di letakkan. Fikiran Azhar terus melayang entah kemana. Telefon itu terus berdering. Tetapi Azhar tidak mengendahkannya. 'Dia telah kembali!' bisik hati kecilnya.
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei