BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Ogos 05, 2008
Cerpen : Diari Diana
cHE
zhanche_89@yahoo.com

Diari Diana

Saat malam menjelma
Aku sentiasa bermimpi
Kau hadir di kejauhan
Melambai-lambai kepadaku
Penuh syahdu

Tanpa ku sedari
Air mata mengalir
Mengenangkan raut tulus wajahmu
Sayu dan sayu

Aku kian merindu
Saat indah tika bersama
Yang cuma sementara jua
Tetapi aku
Tiada pernah mengerti
Hati dan perasaanmu

Kasihku
Maafkan daku andai aku melukaimu
Maafkan aku sayang
Aku membuat kau menangis
Aku egois

Kepada dirimu
Aku sentiasa merindu…

-----------------------

14 MEI 2008

Hari ini adalah hari yang paling bahagia buat diriku. Masih terbayang ditubir mata ini akan kata-kata Farhan sebentar tadi. Sungguh romantis. Saat itu, dadaku berdebar-debar. Kencang.

" Diana… Farhan cintakan Diana.."

Masih terngiang-ngiang kata-kata keramat itu. Kata penuh makna. Dan kata yang tersirat dengan nafas cinta. Tika itu, aku melihat raut muka Farhan merah padam. Kenapa Farhan? Kau malu ya? Tapi kau berani. Kau berani meluahkan apa yang tersirat dalam hatimu. Aku kagum akan diri kau. Hampir setahun lebih aku menunggu kata-kata itu meniti di bibir mu. Namun, hari ini baru impian itu menjadi kenyataan. Adakah selama ini kau mengerti yang aku setia menanti mu Farhan? Lama aku menunggu saat ini. Terima kasih Farhan. Aku juga mencintaimu. Tapi aku perempuan. Punyai sifat malu yang menebal dalam diriku. Aku tiada mampu mengungkapkan kata-kata itu di hadapan mu. Andainya kau bisa mengerti bisikan hatiku, alangkah bahagianya hidupku ini. Saat kau mengungkapkan kata-kata itu tadi, ingin sahaja air mata jernihku mengalir membasahi pipiku. Namun, aku cuba kuatkan hatiku. Aku tahan air mata itu dari mengalir keluar. Aku tidak mahu kau menyedari akan perihal hatiku yang terharu bercampur kegembiraan ini. Aku pandang matamu. Ada sinar keikhlasan yang mampu aku baca dari tenungan mata itu. Ada jua sinar pengharapan yang maha tinggi dari lirikan romantis mata mu. Mungkin mengharapkan bibirku ini menuturkan bicara yang sama dengan bicara yang baru kau tuturkan sebentar tadi.

Farhan, mengertilah akan dikau. Aku cuba untuk mengungkapkan sesuatu, namun, bibir ini bagaikan terkunci rapat. Aku cuba lagi. Tapi tiada daya untukku luahkan. Maafkan aku Farhan. Aku bukan bermaksud untuk melukai hatimu. Dan aku jua tiada niat untuk menyinggung perasaan mu. Aku bisa mengerti raut wajahmu yang penuh kekecewaan itu. Aku bisa membaca perubahan dari tenungan matamu sebentar tadi. Aku tahu kau tersinggung. Aku jua tahu kau kecewa akan daku. Tapi, aku berjanji Farhan. Suatu hari nanti akan aku luahkan perasaan yang kian bergelodak dalam jiwa ini. Suatu hari nanti Farhan. Kau bisa tersenyum. Kau bisa menari bersama tarian cintaku. Kau bisa membina mahligai impian itu bersama ku. Dan kau bisa menjadi putera hatiku. Aku janji.


18 MEI 2008

Aku berasa sangat lucu tatkala melihat raut wajahmu yang terkejut sebaik sahaja membuka pintu laci mu semasa dalam kelas persediaan praktikal tadi. Kenapa Farhan? Aku lihat kau mengambil satu sampul surat biru di dalamnya. Kemudian, kau buka sampul itu perlahan. Kelihatan sekumal kertas bertemankan deretan huruf-huruf yang tersusun kemas menghiasi kertas itu. Dan huruf-huruf itu bercantum menjadi sebuah puisi indah.


Puisi hatiku…

Ku ukir
Sebuah puisi hatiku
Bertemankan tinta nan basah
Di atas sekumal kertas
Bersaksikan titisan jernih dari angkasa
Turun membasahi bumi nan kontang

Ku lukis
Sebuah puisi hatiku
Buat tatapan dirimu
Di kala sunyi mendatang
Di saat sepi menjelma

Sebuah puisi hatiku
Ku ukir
Dan ku lukis di sini
Agar kau memahami isi hati ku
Agar bisa kau mengerti
Hembusan cintaku

Kepada dirimu
Tenunglah dan dengarlah bicara hatiku
Yang tiada mampu ku simpan lagi
Mengertilah
Yang aku jua
Mencintaimu…


Farhan, semalaman aku menulis puisi itu. Hinggakan bengkak dan merah mataku pagi ini kerana tiada cukup tidurnya. Namun, aku berasa puas. Kerana puisi itu kini berada dalam genggamanmu. Tapi persoalannya, adakah kau memahami akan maksud tersirat yang ingin ku sampaikan?
Ahh…Kau tiada jua mengerti. Matamu ku lihat meliar seolah-olah mencari seseorang. Kau mencari siapa Farhan? Aku? Atau seseorang yang bisa menterjemahkan maksud puisi itu? Aku memerhatikan gelagat mu lagi. Tiba-tiba, kau memanggil pelajar itu. Pelajar yang baru sahaja melintas di hadapanmu. Kau bercakap dengannya serta menunjuk-nunjuk kertas itu kepadanya. Seminit kemudian, pelajar itu berlalu pergi. Dan kau pula menggaru kepala yang tiada gatalnya sebaik sahaja pelajar itu berlalu. Sekarang mengertilah aku yang kau tidak memahami akan maksud puisi yang tertera di atas sekumal kertas itu. Kau cuba bertanya kepada pelajar itu. Namun, dia jua tidak mengerti. Aku tersenyum sendirian. Terasa lucu melihat aksi mu. Sungguh lucu.

Setelah itu, aku bergegas ke kelas kerana ku tahu kau akan segera mencariku. Mencariku untuk menterjemahkan puisi itu. Kerana aku adalah seorang penulis puisi di kolej ini. Kau pun mengetahuinya. Tekaan ku tepat sekali.

" Diana, kau boleh tolong aku tak?" Itulah kata-kata kau pagi itu.

" Tolong apa pula ni. Aku tengok muka kau ni macam ada something yang tak kena je. Nampak cam pening semacam." Kataku pula.

" Ada orang yang hantar puisi ni kat aku. Aku tak faham la maksudnya. Pening semacam je ayat dia. Kau tolong terjemahkan ok? Kau menambah.

"Mari sini aku tengok".Kataku menambah.

Seandainya kau sedar perasaan aku saat itu Farhan, akulah orang yang paling bahagia di dunia ini. Adakah kau perasan tika itu aku sentiasa menjeling raut wajahmu? Adakah kau sedar saat itu jua dadaku berdebar kencang kerana berada dekat bersamamu. Aduhai Farhan. Gadis mana yang tidak bahagia tatkala dapat bersama orang yang dia cintai dan dia juga mengetahui yang orang itu turut mencintainya. Betapa bahagia dan indahnya perasaan itu Farhan.

" Puisi ni simple je la Farhan. Kau ni, ayat yang mudah macam ni pun kau tak tahu"

Ahh…Aku sering bercakap kasar denganmu Farhan. Maafkan aku. Aku terpaksa. Andai aku tidak berbuat demikian, aku akan lemah dalam hembusan cintamu. Dan aku akan turut meluahkan perasaan cinta yang telah lama ku pendam ini. Aku segan untuk berbuat demikian. Kerana itulah aku sering berkasar denganmu. Semuanya ku lakukan untuk menyembunyikan perasaan ini. Aku malu untuk berterus-terang. Dan aku mengharapkan kau mengerti sendiri akan perasaan ku terhadapmu ini. Walaupun aku sedar kau amat sukar untuk memahami luahan hatiku.

" Farhan, orang yang menghantar puisi ini adalah seorang gadis yang telah lama menyimpan perasaan cinta terhadapmu. Namun, dia tiada mampu berterus terang. Dia mengharapkan kau memahami bicara hatinya. Kau harus cuba dan mengerti perasan dia Farhan. Kau perhatikan lirikan matanya. Bicaranya. Gurau sendanya. Kau harus bijak membaca isi hatinya Farhan. Dia mencintaimu. Mencintaimu sepenuh hatinya…"

Begitulah kata-kataku padamu pagi itu. Aku mengharapkan kau mengerti siapa orang yang aku maksudkan itu.



25 MEI 2008

Farhan, hari ini aku berasa sangat penat. Mataku tiada mampu ku buka. Aku jua tidak dapat bangun dan melakukan rutin seharian. Aku terpaksa ponteng kelas. Adakah kau menyedari ketidakhadiranku pada hari ini? Aku penat Farhan. Aku pun tidak tahu apa yang telah terjadi pada diriku ini. Penat sangat. Mesti kau merindui aku tika ini. Aku tahu Farhan. Maafkan aku kerana membuatkan kau menanti. Aku tidak berdaya. Seharian aku aku tidak melihat wajah suci mu itu, hatiku bagai meronta-ronta. Aku rindu padamu. Ku cuba gagahi tubuh ini untuk bangun dan menghadiri kelas, namun tiada jua terdaya. Akhirnya aku tertidur sendirian di katil.

Saatku membuka mata ini, ku melihat wajah umi, abah, abang, adik dan sanak saudaraku di sisi. Mereka semua merenung ke arahku. Aku hairan. Namun setelah aku melihat deretan katil dan pesakit di sebelahku, barulah aku sedar yang aku kini berada di hospital. Mata umi ku lihat berair. Abah pula sebak sahaja raut wajahnya. Tiada lagi tawa riang dari bibirnya seperti selalu. Aku makin keliru. Apakah yang telah menimpa diriku ini? Saat itu ku rasakan tubuhku masih penat. Lemah. Tika itu jua mataku melilar mencari wajahmu Farhan. Aku kian merindu mu. Andai aku dapat melihat wajah kasih mu itu biar untuk sementara cuma, mungkin rasa penat ini berkurangan. Tetapi, alangkah hampanya diriku, wajahmu tiada jua di situ. Aku pejamkan mata ini. Cuba mengenangkan raut bayangmu. Ahh… Alangkah rindunya aku kepadamu.


29 MEI 2008

Farhan, pada keesokannya aku dibenarkan pulang. Aku berasa begitu gembira. Kerana selepas ini aku bakal menemui kau kembali. Mesti kau rindu pada aku kan? Sabar Farhan. Aku akan datang padamu sekejap sahaja lagi. Dan kita bakal melepaskan perasaan rindu yang membuak-buak ini bersama. Ahh…Alangkah nakalnya aku ini. Aku tertawa sendirian.

Malam menjelma. Namun, aku begitu pelik melihat perubahan sikap abah dan umi. Mereka tidak seperti selalu. Gembira dan riang saat aku berada di rumah. Tetapi kali ini, mereka lebih banyak membisu dan mendiamkan diri. Umi tidak berbicara walau satu patah perkataan pun denganku. Abah pula lebih banyak termenung. Memerhatikan gelagat anak-anak ikan di dalam kolam di hadapan rumahku. Akhirnya aku membuat keputusan untuk masuk ke bilik sahaja dan membuat persediaan untuk ke kelas pagi esok. Tetapi, sebaik sahaja aku bangun untuk berjalan ke bilik, umi telah memanggil ku. Nadanya sebak sahaja.

" Umi ada sesuatu untuk diberitahu. Duduklah dulu." Kata umi.

"Perkara apa umi? Nampak macam ada sesuatu yang tidak kena saja."Aku menambah dengan nada yang keliru.

" Diana, umi berharap agar Diana lebih tabah menghadapi dugaan ini." Umi mula bersuara.

Namun kata-kata itu hanya setakat terhenti di situ. Air mata umi mula mengalir. Mula-mula perlahan. Tetapi semakin kuat tatkala aku mendekatkan tubuhku berhampiran umi. Abah yang mendengar tangisan umi bangun dan menghampiri kami. Aku memandang wajah abah dengan seribu tanda-tanya. Mata abah juga kelihatan bengkak. Aku bertambah keliru melihat situasi itu. Abah kemudian memegang bahuku dan mengajak untuk duduk di sisinya. Aku menurut.

" Diana, apa yang abah akan sampaikan ini mungkin berat untuk diterima oleh Diana. Tapi, tabah dan terimalah semua berita ini. Mungkin ini satu dugaan dari Yang Maha Esa untuk Diana." Abah memulakan bicara.

" Apa semua ni abah? Berita apa? Diana pening laa. Berterus-terang sahajalah abah. Jangan buat Diana macam ni" Aku seolah-olah memberontak.

" Diana, menurut kata doktor pada siang tadi, Diana… Erk…Diana menghidap penyakit kanser otak. Dan hayat Diana mungkin boleh bertahan tiga bulan sahaja lagi." Begitulah kata-kata abah pada malam itu. Kata-kata itulah yang telah meragut kebahagiaan aku selama ini.

Saat itu, aku memandang wajah umi, abah, abang, dan adikku yang baru sahaja berkumpul di depanku sebentar tadi. Mereka memandangku dengan penuh sayu. Simpati. Sedih. Di waktu itu juga, mindaku terbayang raut wajahmu Farhan. Lirikan matamu, senyuman manismu, kata-kata romantismu, menerjah ruang fikiranku. Farhan, aku hanya bisa memandang semua itu untuk tiga bulan sahaja lagi. Dan selepas itu, mungkin kau sempat melihat wajah gadis yang kau cintai ini buat seketika cuma. Selepas itu, kita akan berpisah. Kau di sini. Tetapi aku di dunia lain. Dunia baru buatku. Maafkan aku Farhan…


4 JUN 2008

Semalaman aku tidak dapat tidur Farhan setelah membaca mesej yang kau hantar ke telefonku petang tadi. Setiap detik yang berlalu pada malam itu, ku abadikan buatmu. Raut wajahmu berlegar-legar di tubir mataku. Aku suka memerhatikan matamu yang hazel itu. Kau sungguh kacak. Memang beruntung sesiapa yang menjadi temanmu nanti. Tapi sayang, aku tidak mampu menjadi orang itu. Walau sejuta mana pun nilai cintamu buatku, namun ketentuan Illahi tiada dapat merubah apa yang telah tertulis sejak azali lagi Farhan. Maafkan aku kerana tiada dapat bersama nanti. Aku akan memerhati mu dari jauh. Di dunia yang berbeza.

Pada pagi itu, aku menunggu mu di tasik kolej. Tempat yang telah kau janjikan untuk bertemu dengan ku. Lama aku menunggu. Tapi kau masih belum muncul. Geram betul aku saat itu. Namun, aku menunggu lagi. Sejam berlalu, barulah aku nampak susuk tubuh mu yang berlari-lari ke arahku. Wajahmu sedikit kerisauan. Saat kau berada di hadapanku, aku bisa melihat terbitnya peluh jernih di dahimu. Kau tahu tak saat itu ingin sahaja aku mengesat peluh itu dengan tisu yang ku bawa. Kerana nilai cintaku terhadapmu begitu agung. Tiada mampu aku melihat mukamu yang berpeluh sedemikian. Lahir rasa kesian dalam hatiku. Tapi, aku tahan diriku. Andai aku melakukannya, aku seolah-olah memberi kau satu pengharapan. Pengharapan kepada cinta kau itu. Aku tidak mahu kau berharap Farhan. Aku jua tidak mahu kau menyesal di kemudian hari. Biarlah kau membenciku. Dan biarlah kau kecewa saat ini. Daripada kau menanggung seksa saat kehilangan aku nanti.

Aku mempelawa kau duduk. Kau duduk bertentangan denganku. Namun, mata ini ku tumpukan ke arah air yang sedang berkocak yang berada dalam tasik itu. Kerana aku tidak bisa memandangmu lagi Farhan. Saat itu hatiku menangis. Aku sedih Farhan. Tapi ku tabahkan diriku agar air mata ini tidak turut mengalir. Namun, sesekali aku cuba memandang matamu. Kulihat matamu tepat ditenung ke arahku. Aku bisa mengerti akan tenungan mata itu. Tenungan yang penuh pengharapan. Ahh…Maafkan aku Farhan.
Setelah lama berdiam diri, akhirnya kau bersuara.

" Diana, aku telah lama menunggumu. Kau sendiri sedar yang aku betul-betul mencintaimu. Tetapi mengapa sehingga saat ini kau masih membisu? Adakah kau tidak mencintaiku Diana? Atau kau sengaja mempermainkan perasaanku? Berterus-teranglah Diana. Jangan seksa aku sebegini" Kata-kata kau pada hari itu bagaikan memberontak.

Aku menelan air liur. Terasa lemah longlai urat saraf ini. Ku pejamkan mata buat seketika. Cuba mengumpul tenaga.

" Farhan, memang betul sangkaan kau. Aku tidak mencintai kau. Tidak pernah walau sekalipun terdetik perasaan cinta terhadap kau. Tidak pernah!!! Kau jangan memaksaku. Aku tidak mencintai kau…" Ahh…Aku menipu lagi.

Saat itu dadaku sebak. Air mataku semakin mendesak-desak untuk mengalir. Ku cuba tahan.
Aku kemudian melihat matamu merah padam. Mungkin menahan amarah buatku. Tiba-tiba, kau bangun dan terus berlalu pergi tanpa mengucapkan sepatah kata pun buatku. Farhan, sedarkah kau saat itu air mataku telah pun mengalir. Deras sekali. Seandainya kau berpaling seketika ke arahku, kau bisa mengerti segala-galanya. Tapi, kau terus berlalu. Sedangkan aku hanya bisa merenung susuk tubuh mu menghilang di kejauhan.

" Farhan, maafkan aku. Aku terpaksa. Aku sakit Farhan. Kau akan menyesal nanti. Maafkan aku. Aku mencintai mu…" Hatiku meraung sendirian.

Namun aku sedar, siapalah yang bisa mendengar semua itu. Semuanya telah terjadi. Dan kau telah pun berlalu pergi.
Farhan, mungkin malam itu sukar bagi kau untuk melelapkan matakan? Aku jua Farhan. Semalaman aku tidak dapat tidur. Air mata ini tidak berhenti-henti mengalir. Aku menatap gambarmu. Kau mungkin tidak sedar yang aku banyak menyimpan koleksi gambarmu. Maafkan aku Farhan kerana telah mengambil gambarmu tanpa kau sedari. Wajahmu yang tersenyum, ketawa, berlawak jenaka, nakal dan apa sahaja telah pun berada dalam koleksi ku. Aku bisa mengetahui bagaimana cara kau tersenyum, ketawa, berjalan, dan segalanya Farhan. Mata kau yang hazel, senyuman kau yang manis dan terbit sedikit lesung pipit di pipi, badan kau yang tegap dan suara kau yang garau itu akan sentiasa ku rindui tatakala aku meninggalkan alam fana ini. Kau jangan sesekali menangis saat pemergian aku nanti ya? InsyaAllah akan ada seseorang yang bakal menggantikan tempat ku di hatimu nanti…


1 JULAI 2008

Dua bulan telah berlalu. Aku merasakan detik yang berlalu itu begitu cepat. Tiada ku sedar yang hayatku kini mungkin tidak sampai sebulan sahaja lagi. Aku kini mula merasakan keletihan. Kekadang kepalaku pening sangat. Aku sedar Farhan yang maut bakal menjelma sedikit masa lagi. Aku kini ibarat berada di hujung tanduk. Masa yang berlalu ku gunakan sepenuhnya untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Di siang harinya aku berpuasa, malamnya pula kuisi dengan solat sunat tahajjud. Dan sesekali ku sebut nama mu dalam doaku Farhan. Aku berdoa agar kau diberikan petunjuk dan kebahagiaan. Kekadang air mataku menitis mengenangkan dirimu. Air mata cintaku Farhan. Cinta yang maha agung.

Farhan, sejak peristiwa aku menolak cintamu tempoh hari, sikap dan perangai kau telah berubah. Saat kau ketemu aku di mana-mana kau tidak pernah pun melemparkan senyuman walaupun cuma sekali buatku. Bahasa kau pula begitu kasar. Kau sering mengherdik aku walaupun aku tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan. Aku berasa begitu tersinggung. Aku sedih Farhan. Seringkali aku menangis sendirian di tepi tasik di kolej kita. Andainya kau menyedari hal itu, kau mungkin akan memahami segalanya.
Masih ku ingat Farhan bagaimana kau telah mengaku di depan kawan-kawan kita yang kau kini bercinta dengan Awanis. Kau sengaja memperbesarkan kisah kau itu semata-mata untuk menunjukkn keegoaanmu terhadapku. Aku tahu Farhan. Kau lakukan semua itu semata-mata untuk menunjukkan sifat ego mu sebagai seorang lelaki. Dan sengaja untuk menunjuk-nunjuk kepadaku kan? Tapi kau tak perlulah risau. Aku sudah lama memaafkan kau. Aku memahami perasaan kau. Aku tahu kau begitu kecewa denganku. Dan kerana itulah kau kini membenciku. Aku sebenarnya gembira setelah mendapat tahu yang kau kini sedang bercinta dengan Awanis. Akhirnya ada juga penggantiku buatmu. Walaupun jauh di sudut hatiku mengatakan yang aku sangat sayang dan cinta padamu, tapi aku rela melepaskan kau pergi. Ini semua demi kebahagiaan kau jua.

4JULAI 2008

Farhan, alangkah sedihnya aku pada petang itu tatkala melihat kau sedang bergurau senda dengan Awanis di kafe kolej. Aku melihat kau menyuapkan makanan ke mulut Awanis. Dia merengek manja. Dan kau pula ketawa sambil mengusik. Andai kau memahami perasaan ku pada saat itu Farhan, mungkin air mata kau akan mengalir. Aku gagahkan jua diriku. Aku tabahkan hati ini. Aku kuatkan hatiku untuk melemparkan senyuman ke arahmu. Tapi, kau hanya menarik muka masam dan tidak menghiraukan kehadiran ku langsung. Kau menyambung menyuap Awanis. Sedangkan saat itu kau sedar yang aku masih di situ. Memerhatikan gelagat kau dengannya.
Malam itu, aku menangis lagi. Aku sudah beberapa kali menangis kerana kau Farhan. Hatiku betul-betul sebak.

Saat kau pergi
Aku menangis sendirian
Mengenangkan nasib empunya badan
Yang tiada bahagia menanti

Aku pasrah
Dengan kehendaknya
Ku cuma mampu berdoa
Kau bahagia di sisinya

7 JULAI 2008

Farhan, aku tidak tahu mengapa hari ini aku berasa tidak sedap hati. Mungkinkah maut bakal menjelma sedikit masa lagi. Atau sesuatu yang akan berlaku antara aku dan kau pada hari ini? Aku betul-betul gelisah Farhan. Hatiku tiba-tiba terdetik untuk pergi berjumpa dengan kau. Walaupun tubuhku terasa lemah dan penat, namun ku gagahi jua diri ini untuk berjalan. Saat aku sampai ke perkarangan kolej, aku melihat kau sedang berbual-bual dengan Awanis. Ahh..Alangkah bahagianya Awanis kerana mendapat seorang teman lelaki yang suka mengambil berat seperti kau. Aku tahu Farhan. Di mana ada Awanis, di situlah ada kau. Perasaan cemburu tiba-tiba menguasai diriku. Namun, ku cuba tahan perasaan ini agar tidak terus menguasai diri. Sebenarnya aku sentiasa memujuk diriku sendiri agar perasaan cemburu itu tidak sentiasa menguasai jiwaku. Aku sering berkata kepada hatiku yang kau bukan jodohku di sini. Tapi kau dan aku akan bersatu di akhirat nanti. InsyaAllah…

Setelah aku melihat kau dan Awanis telah mula beredar, aku perlahan-lahan cuba mengikut. Aku melihat kau dan Awanis berpegangan tangan. Seketika aku berkhayal yang kau sedang berpegangan tangan denganku.
"Ahh…Tidak mungkin" Aku berbicara di dalam hati.

Aku mengikut gerak langkah kau Farhan. Kau menuju ke jalan raya. Mulut kau tidak henti-henti bergerak. Begitu juga Awanis. Badanku terasa penat sangat Farhan. Tapi aku tidak tahu mengapa saat itu kaki ini masih bisa melangkah. Melangkah untuk mengikut rentak mu. Aku bisa merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku sebentar lagi. Kalau tidak, mengapa jantung ini begitu kencang berdegup? Dan mengapa hatiku terasa begitu tidak keruan?

Farhan, rupanya debaran itu bukan debaran biasa. Tiba-tiba aku melihat sebuah lori dipandu dengan laju sedang menuju ke arah kau dan Awanis. Sedangkan saat itu kau dan dia berada di tengah jalan untuk melintas ke seberang. Lori itu begitu laju. Kau pula masih leka bergelak tawa dengan Awanis. Farhan, aku cuba berlari untuk mendapatkan kau. Tapi lori itu semakin hampir. Kau pula masih belum menyedarinya.

Farhan!!!!!……Farhan!!!!….

Aku menjerit sekuat hatiku. Kau sempat berpaling ke arahku Farhan. Tapi kau tidak menyedari yang lori itu kini berada satu meter dari kau dan Awanis. Akhirnya…

Farhan, maafkan aku kerana tidak sempat menyelamatkan mu. Ku lihat kau melayang ke bahu jalan. Awanis pula digilis dengan dahsyat oleh lori tersebut. Farhan, saat itu aku berlari dengan kencang untuk mendapatkan kau. Segala penat dan lelah terasa hilang. Aku berlari sepenuh tenaga ku. Tika aku tiba di sisi kau, ku melihat begitu banyak darah yang mengalir di muka mu. Air mata ku mula bergenang. Dan kemudian, mengalir deras. Aku tatap wajahmu. Mata mu terpejam. Namun, aku masih bisa mendengar nafasmu yang turun naik. Kau masih hidup Farhan. Alangkah bersyukurnya hatiku Farhan…


8 JULAI 2008

Farhan, sedarkah kau yang pada malam itu aku menemanimu di hospital. Aku telah meminta izin dari kedua orang tuamu untuk berbuat demikian. Dan mereka memberikan kebenaran kepadaku. Walaupun kedua orang tua ku pula menghalang kerana memandangkan tubuhku yang begitu lemah, tetapi aku tetap juga berkeras. Aku mengatakan kepada mereka nyawa siapa sekarang yang perlu diutamakan. Kau atau aku? Akhirnya mereka mengizinkan aku.
Farhan, pada malam itu, ku sentiasa tatap wajahmu. Matamu berbalut. Mata itu cedera parah Farhan. Andainya kau tersedar, aku tidak bisa membayangkan bagaimana seksanya penanggungan itu nanti. Air mataku menitis lagi. Hatiku sayu. Sedih.

Farhan, pabila kau sedar nanti, mungkin kau akan menerima dua berita sedih. Pertama, Awanis telah pun tiada. Dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke sini tadi. Maafkan aku Farhan kerana tidak bisa menyelamatkan dia walaupun aku saksi utama yang melihat kejadian itu tadi. Aku harap kau tabah. Kau jangan sedih ya? Aku tidak bisa andai melihat air mata mu mengalir. Farhan, berita kedua pula mungkin tentang diriku. Semasa menunggu kau dirawat tadi, abah telah membawaku berjumpa doktor. Setelah diambil pemeriksaan, aku di suruh menunggu di luar. Sedangkan abah pula diminta berada di bilik doktor tersebut. Farhan, aku bisa melihat melalui cermin di pintu biliknya di mana doktor itu menggeleng-gelengkan kepalanya di hadapan abah. Kemudian, abah menekupkan mukanya. Abah menangis. Fahamlah aku yang hayatku kini tidak lama lagi. Mungkin saat kau tersedar dari lenamu, aku telah tiada di sisi. Sekali lagi aku ingin meminta maaf padamu.

Farhan, menurut kata doktor pada petang tadi, kedua belah mata kau rosak. Mungkin selepas ini kau tidak bisa melihat lagi. Tidak bisa lagi melihat panorama alam ini yang memepesonakan. Dan tidak bisa melihat telatah dan ragam manusia yang berbagai. Farhan, aku berasa begitu sedih. Kenapa semua ini terjadi padamu? Dan mengapa pula saat ini tuhan ingin mengambil nyawaku? Mengapa? Aku mengusap-usap rambut mu. Muka mu merah. Ada banyak kesan luka terutama di bahagian mata dan dahimu. Saat itu jua batukku semakin kuat. Aku cuba menahan. Kerana tidak mahu kau terganggu dengan hal itu. Farhan, untuk pengetahuanmu, mulutku berdarah kerana menahan batuk. Sakit Farhan. Aku melakukan semua itu kerana tidak mahu tidurmu terganggu. Aku sayang padamu. Dan aku jua mencintaimu.

Farhan, diari ini sentiasa ku bawa bersama. Tidak kira di manapun, aku sentiasa membawanya. Namamu banyak tercatat di dalamnya. Andainya aku telah pergi nanti, kau simpanlah diariku ini. Kerana kaulah orang yang paling layak untuk berbuat demikian. Diari ini ibarat bicara hatiku.

Farhan, saat kau membaca diari ini nanti, mungkin aku telah tiada di sisimu. Aku harap, kau tabahkan dirimu. Teruskan kehidupan walaupun ku tiada di sisi.
Farhan, di sini juga aku tinggalkan sekeping surat buat doktor yang mana isinya begitu penting buat masa depanmu. InsyaAllah, pabila kau tersedar nanti, kau akan bisa melihat dunia ini kembali. Jangan sesekali kau berduka. Kerana aku sentiasa bersama kau. Terimalah mataku yang kudermakan ini seikhlasnya. Walaupun aku telah tiada, tapi aku akan sentiasa berada dekat bersamamu. Aku bersyukur kerana dapat membantumu. Inilah tanda cinta suciku terhadapmu.

Farhan, mungkin ini adalah malam terakhir buatku. Aku bisa merasakan maut kian dekat. Dan mungkin ini coretan terakhirku dalam diari ini buat tatapan mu nanti. Farhan, maafkan aku atas apa yang telah berlaku. Dan untuk yang terakhir kalinya, dengarlah dan tenunglah bicara hatiku yang mana aku jua mencintaimu…

Assalamualaikum…

------------------------------------

DUA HARI KEMUDIAN

Farhan menutup diari itu. Tertera di kulit depannya, " Diari Diana". Kemudian, dia meraba-raba kedua belah matanya. Diambilnya cermin, ditenungnya dia akan mata itu. Kelihatan sebuah pengorbanan yang maha agung terbit di sebalik tenungan mata itu.
Air mata Farhan mengalir. Terbayang di tubir matanya raut wajah Diana yang bersih. Terbayang juga semua kenangan tika bersama gadis manis itu.

Diana…Maafkan aku…..

Aku jua mencintaimu….


Sanak saudara Farhan yang berada di dalam bilik hospital itu begitu simpati melihat kejadian tersebut. Kedua orang tuanya menangis. Abah dan umi Diana juga turut ada bersama.

Kemudian abah Diana bersuara.

" Farhan, sabarlah. Semua ini telah terjadi. Untuk pengetahuan Farhan, Diana menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Farhan. Kejadian ini hanya disedari pada pagi selepasnya. Menurut kata jururawat yang menyedari kejadian itu, dia melihat Diana yang telah pun kaku di sisi Farhan. Turut ada bersama pada pagi itu ialah sebuah buku yang tertera nama " Diari Diana" dan sekeping surat. Ini suratnya"

Asssalamualaikum…

Saya Diana binti Naim, dengan ini menderma kedua belah mata saya kepada pesakit yang bernama Mohd Farhan bin Zainal dengan seikhlas hati saya. Diharap pihak hospital memenuhi permintaan saya ini…

Ikhlas dari,
Diana…

------------------------------------

Farhan mendekati kubur yang masih merah itu. Tertera di batu nisan nama Diana binti Naim. Dia meramas-ramas tanah yang masih merah. Air jernih mula bergenang di kelopak matanya. Kemudian gugur membasahi pusara itu…

Cinta itu suci. Sesuci debu yang berterbangan. Jalinan cinta yang bertunjangkan dengan sejuta nafas keikhlasan, disemai bersama seharum kesetiaan, ditanam bersama seribu kejujuran, dibasahi dengan seteguh pengorbanan adalah cinta sejati…

Karya,
cHE

Terima kasih kepada sesiapa yang sentiasa menyokong aku untuk terus berkarya. Ini adalah cerpen ke 5 aku yang telah aku hantar ke blog ini. Semoga sesiapa yang membacanya terhibur dan menghayati jalinan ceritanya. Andainya ada kekurangan dan kesalahan dalam cerita ini, aku memohon kemaafan. Diharap anda semua dapat meninggalkan seberapa banyak komen selepas membaca cerpen ini.
Terima kasih…
Wasssalam…
posted by BLOGGER @ 7:02 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 5/8/08 10:01 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite ni sedih lorr..

     

  • At 6/8/08 9:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih sgt cter nie.....sad ending...tp cnta dia suci kan...snggup berkorban untk owg yg d syg...loving but sad....kasihan dia...

     

  • At 6/8/08 12:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story... sedih sgt2... teruskan usaha..saya tunggu cerpen anda yg seterusnya k.....

     

  • At 6/8/08 4:48 PTG, Blogger eyerien said…

    1 penceritaan yg baik sampai leh wat org mengalirkn air mata...

     

  • At 8/8/08 4:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnyer..huhu.syabas coz bjawa wat sy sdh sgt

     

  • At 18/8/08 3:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    assalamualaikum kpd penulis.. wanita yg pandai berpuisi, 14 mei, bulan julai.... knp semuanya mcm kisah hidup sy ye....wlwapapun... tahniah kpd penulis.... cite ni best:)

     

  • At 20/8/08 12:59 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wassalam diana...sme ngn ksh awk eh?? 14 mei, 21 aprl, jun, julai 2008 bnyk kisah yg berlaku lam idup sy.sal 2 le gne tarikh2 2...awk penulis eh?? ad mse add sy kt ym yee..sje nk bertukar crite sal penulisan...

    - che adzhan (penulis cte ni)-

     

  • At 23/8/08 9:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waaa!!sedih arr..
    cite ni best betulla....
    =p -smile-

     

  • At 23/8/08 10:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best!!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group