Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Aku terima nikahnya Nur Nadia binti Mohd. Syukri dengan mas kahwin RM80 tunai". Dengan sekali lafaz, maka sempurnalah sudah ikatan antara dua hati. Majlis perkahwinan antara Fazren Akmal dan Nur Nadia berlangsung dengan sederhana tetapi meriah. Sudah menjadi kelaziman Tuan Hasnan dan Puan Rogayah, walaupun berharta tetapi sangat mementingkan kesederhanaan. Maka tak hairanlah mereka begitu disenangi oleh ramai orang. Apatah lagi dengan status yang baik dalam masyarakat telah meletakkan mereka dalam kelompok yang dikenali dan disenangi ramai. Ternyata perkahwinan yang sudah lama diimpikan itu menjadikan mereka sangat gembira. Berbesan dengan rakan baik yang telah dikenali sejak kecil lagi sememangnya telah lama dirancang oleh Tuan Hasnan. Tambahan pula hatinya sangat tertarik dengan budi pekerti Nadia yang sopan santun. Soal harta bukanlah menjadi keutamaan. Buktinya Syukri, sahabat baiknya itu merupakan peniaga kedai runcit sahaja. Manakala Nadia pula, seorang pustakawan di perpustakaan negeri. Namun, semua itu tidak menjadi masalah buat dirinya meskipun pada mulanya hasrat itu ditentang oleh Fazren sendiri. "Ayah, please la. Jangan paksa Angah. Ayah tau kan Angah dengan Farah". Fazren nyata tidak bersetuju dengan cadangan ayahnya yang dirasakan sangat menjengkelkan itu. Menikahi Nadia? Tak mungkin! Hatinya mencebik. Teringat dia pada Nadia. Gadis yang penuh dengan misteri. Gelaran itulah yang selalu diberikan sejak kecil lagi. Tak sangka aku kena kahwin dengan kau. Entah apalah yang ayah aku fikirkan ni. Sampai nak jodohkan aku dengan Nadia. Hatinya terus berkata-kata. "Sudah! Kau jangan nak bantah. Aku ni ayah kau. Along dulu pun ikut cakap ayah. Bahagia aje ayah tengok dengan kakak kau tu. Sekarang ayah nak kau ikut apa yang ayah cakap tadi. Jangan nak jadi anak derhaka." Tuan Hasnan terus meninggalkan ruang tamu itu tanpa menghiraukan panggilan Fazren. "Ayah! Tolong la yah!" Tidak diendahkan. Fazren merasa sungguh tertekan. Takkan nak jadi anak derhaka. Ah! Masalah besar ni. Akhirnya, nak tak nak terpaksa juga diterima. Kasihan Farah. Masalah betul la. Fazren masih bingung dengan apa yang telah terjadi. Hai, dah jadi laki orang aku ni. Hatinya seperti tidak percaya. Fazren mengerling Nadia yang baru menapak keluar dari bilik air. Nadia hanya berbaju tidur biasa. Ingatkan nak pakai seksi-seksi. Tak tahu menggoda langsung! Fazren hanya memandang Nadia dari ekor mata. "Abang.." Tersentak Fazren mendengar suara yang dirasakan cukup dekat dengan telinganya. Dah la lembut, manja pulak suara itu didengarnya. Ish! Eh sejak bila pulak dia ada kat tepi aku ni? Apasal aku boleh tak perasan? Dadanya berdebar-debar tiba-tiba. Cover cover. "Iye..a..ada apa?" tergagap-gagap la plak. "Abang suka tak dengan perkahwinan ni..?" Lembut sahaja soalan itu dituturkan. Aik! Fazren hanya terdiam. " Awak pulak macamana?" dia bertanya kembali. Direnungnya wajah lembut Nadia. Cantik gak bini aku ni.Hatinya memuji sendiri. "Nadia ikut aje..Tak sampai hati nak tolak. Ayah baik sangat ngan Nadia. Kalau abang tak dapat terima Nadia sekarang pun takpe. Nadia boleh tunggu. Sebab abang dah jadi suami Nadia, jadi Nadia kena ikut cakap abang". Redup mata Nadia sewaktu menuturkan kata-kata itu benar-benar menyentuh perasaan Fazren. Seketika naluri lelakinya bergetar. Farah! Kilasan wajah itu mematikan hasratnya untuk mendekati Nadia. "Tidurlah. Dah lewat ni. Abang dah ngantuk." Fazren gelisah di pembaringannya. Terasa Nadia di sebelahnya yang sekejap-sekejap bergerak-gerak. Hai, dia ni tido langsung tak duk diam. Fazren geram kerana matanya langsung tak boleh lelap sedangkan Nadia dirasakan sudah lama dibuai mimpi. "Abang tak leh tido ke..?" Mak datuk! Hampit tercabut jantung Fazren mendengar teguran Nadia. Kenapa la kau ni asyik buat aku terkejut!? Serta merta dia memalingkan wajahnya mengadap Nadia. Terasa semakin kalut saat matanya bertemu dengan renungan Nadia. Boleh terbang semangat kalau macam ni.. "Panas sangat. Lagipun awak asyik gerak-gerak aje. Macam dok berkawad lak atas katil ni. Mengganggu tau tak." Fazren cuba menutup debar di hati yang hanya dia saja yang mengetahui. Parah kalau macam ni. Kalah aku lama-lama tengok muka dia ni. "Maaflah..Nadia tak sengaja. Abang tidolah. Nadia tido kat bawah aje." Belum sempat Nadia berpaling, terasa tangan Fazren menyentuh bahunya. "Tido sini je lah. Kita ni suami isteri. Takkan tido asing-asing lak." Tak sanggup rasanya Fazren membiarkan Nadia tidur di lantai. Sedikit sebanyak perasaanya sudah bercambah untuk Nadia, isteri yang baru sahaja dinikahi. Tambahan pula keinginan yang datang secara tiba-tiba tidak mampu untuk dibendung lagi. Ah! Farah..maafkan aku. Nadia ni isteri aku. Tak salah rasanya. Takde rasa-rasa. Memang tak salah pun. Fazren memeluk Nadia seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Nadia hanya menurut.
Sudah hampir lima bulan usia perkahwinan mereka. Fazren merasakan dirinya berada di dunia khayalan. Dah jatuh cinta dengan isteri sendiri. Bahagia yang dirasakan hanya dia yang tahu. Nadia! Kau memang isteriku yang tercinta. Hatinya berbunga cinta. Persis lagu bunga-bunga cinta nyanyian Misha Omar. Sejak berkahwin juga, Nadia telah berhenti kerja, juga atas permintaan Fazren. Cemburu orang lain ngorat katanya. Nadia juga tidak menyangka Fazren akan menerimanya secepat itu. Dia bersyukur kerana Fazren melayannya dengan baik walaupun pada mulanya segalanya nampak sukar. "Hai.." teguran itu mematikan suapan Fazren semasa sedang lunch di restoran di bawah pejabatnya. Farah! "Makin hensem you sekarang ni yer.." Farah duduk di depan Fazren tanpa dipamit. "Well..nampak bahagia." Farah terus berkata-kata. "Biasa-biasa aje. Dah lama tak jumpa. You pun makin cantik." Fazren sekadar berbasa-basi. Farah hanya tersenyum. "Mana cantik ngan wife you?". Hampir tersedak Fazren mendengar soalan itu. Bangang betul. Wat lawak lak dia. Fazren telah memutuskan untuk melupakan segala kisahnya bersama Farah semenjak hari pertama dia bersama Nadia. Dia merasa seakan-akan telah jatuh cinta yang sebenar-benarnya terhadap Nadia. Cinta yang tulus dan direstui oleh semua. "Err..you dari mana?" sengaja dia mengubah topik. Tentulah bini aku lagi cantik. "Dari ofis gak..Faz..Jumpa you malam minggu ni bleh?". Fazren hanya menggeleng. "I dah beristeri. Kita tak boleh macam dulu dah." "Ala, sebagai kawan jer. I pun dah ada special. Ada benda I nak tunjuk kat you nanti. Please.." Farah membuat gaya menggoda. Aduh! Silap-silap boleh tergoda ni. Tapi aku takkan tergoda. "Okey..tapi tak leh janji. Tengok I punya jadual dulu k.." "Okey". Farah tersenyum memandang Fazren. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah melihat sinar di mata Fazren. Berseri sungguh pengantin baru ni. Hatinya mendongkol marah.
"Abang nak jumpa kawan malam ni. Kalau lewat, sayang tido dulu k..". Fazren memandang wajah Nadia. Seketika perasaan bersalah menyerangnya. Namun hatinya menurut juga apabila Farah beriya-iya mengatakan mahu memberikan surprise. Tak sampai hati pula manghampakan bekas kekasihnya itu. Lagipun dia tak mahu dianggap sombong. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Dia bukan begitu! "Drive elok-elok yer. Nadia tunggu abang balik." Nadia menyalami tangan Fazren. Satu ciuman hinggap di dahi Nadia. Dan tanpa menyimpan sebarang curiga, dia menutup pintu apabila dilihat Toyota Estima milik Fazren meluncur keluar dari halaman rumah mereka. "Faz!" kelihatan Farah melambai tangannya kepada Fazren. Kelab yang sudah lama tidak dijejak akhirnya menyaksikan semula kehadiran Fazren. Farah terus memegang lengan Fazren dan menariknya duduk di kerusi yang dihadapannya dipenuhi dengan minuman yang pelbagai jenis. Tiba-tiba Fazren merasa menyesal datang ke situ. Duk ngan Nadia lagi bagus. Fikirnya. "I dah order air untuk you. Jangan risau. Coke aje." Farah terus merapatkan dirinya kepada Fazren. Fazren hanya berlagak biasa. Jengkel pula melihatkan gelagat orang-orang di sekeliling. "So, apa yang you nak tunjukkan kat I ni?". Terasa tak larat pulak dia melihat telatah Farah. Gedik la pulak minah senget ni. Macamana aku boleh syok kat dia dulu? "Tunggu erk..Sambil tu you minum la dulu. Jap lagi I datang." Farah terus melangkah meninggalkan Fazren. Puas Nadia menghubungi telefon bimbit Fazren. Langsung tak dapat dihubungi. Dah pukul 3 pagi ni..Takkan takde bateri. Hatinya sedikit gusar. Tanpa sedar Nadia terlelap bersama-sama telefon bimbit yang masih dalam genggaman. Fazren hanya terjaga apabila dirasakan cahaya matahari menyimbah wajahnya. Kepalanya berdenyut-denyut. Terasa ada tangan yang melingkari pinggangnya. Bibirnya menguntum senyum. Mesti Nadia tengah tido ni. Muncul keinginan untuk mengusik isterinya itu. Namun Fazren hanya mampu beristighfar apabila melihat wajah yang sedang lena dipelukannya itu bukanlah Nadia, tetapi Farah! Ya Allah! Apa dah jadi ni!! Dia bingkas bangun dan menolak tubuh Farah yang hanya dibaluti selimut. Dirinya dapat meneka apa yang telah berlaku. Wajah Nadia segera memenuhi ruang matanya. Kelihatan Farah membuka mata dan tersenyum. "Hai honey..morning". Fazren tidak menghiraukan Farah. Dikenakan pakaian dengan tergesa-gesa. Sebelum melangkah keluar, terdengar suara Farah lagi. "Faz, I love u.." Fazren terasa ingin muntah mendengar kalimat itu. Apatah lagi apabila melihat wajah Farah yang tersenyum puas. Kau kenakan aku ya Farah!! Hatinya menyumpah.
Fazren ingat lagi selepas dia minum coke yang disediakan Farah, matanya berpinar. Dia nampak kelibat Farah menghampirinya. Dia juga masih ingat lagi saat dirinya memeluk Farah masuk ke bilik. Cuba di kawal namun nafsunya terasa begitu memuncak. Apatah lagi wajah Farah dilihatnya telah berubah menjadi wajah Nadia, isteri yang sangat dicintai. Semakin galak dia memeluk ‘Nadia’ dan dia dapat mengingat dengan jelas apa yang telah dilakukannya malam itu. Nadia..maafkan abang.. hatinya berbisik. Tentu Nadia sedang menunggu di rumah. Toyota dipecut laju. Tak sabar untuk bertemu dengan isterinya yang seorang itu. Perasaan bersalah pula semakin menyelinap dalam hati lelakinya. Kalaulah Nadia tahu.. Longlai langkahnya menapak memasuki rumah. Kereta Nadia tiada. Di mana Nadia? Hatinya resah. Dicari-cari telefon bimbit dalam poket seluarnya. Aik! Mati? Dihidupkan telefon itu dan hatinya makin kalut apabila menerima mesej yang mengatakan terdapat 35 missed call dari Nadia. Satu mesej dari Nadia tiba-tiba masuk. ‘Sampai hati abang..abang hancurkan kepercayaan Nadia pada abang selama ni..Nadia boleh terima apa saja. Tapi bukan pengkhianatan. Maaf sebab pergi tanpa meminta kebenaran dari abang..tapi, Nadia mohon.. Lepaskanlah Nadia. Biarlah Nadia pergi. Supaya abang tidak terus melakukan dosa lagi. Kahwinilah Farah.’ Fazren terasa seperti kepalanya dihempap batu besar. Menggigil tangannya mendail nombor Nadia, tetapi tiada sambungan. Dia lantas berlari menuju ke bilik tidur mereka. Dilihatnya pakaian Nadia telah tiada. Nadia!!! Fazren hampir rebah saat terpandangkan gambar perkahwinan mereka yang tergantung di dinding selama ini berada di lantai. Kacanya telah pecah berderai. Membuktikan Nadia telah membalingnya. Ahh..Nadia..
Fazren bagaikan orang gila. Sama ada ayah mertuanya dan juga ibu bapanya, tidak tahu ke mana Nadia telah menghilangkan diri. Nadia hanya menghubungi ayahnya dan juga mertuanya meminta maaf dan meminta diberi ruang untuk seketika. Dia juga meminta ayahnya memberitahu Fazren supaya jangan mencarinya kerana hatinya telah mati. Telah hilang rasa cinta dan hormatnya pada lelaki yang pernah bergelar suaminya itu. Fazren hanya menerima tamparan dari Tuan Hasnan sebaik sahaja dia menceritakan segala-galanya. Mujurlah Puan Rogayah meleraikan. Sayu hatinya melihat wajah kusut Fazren. Anak lelakinya itu kelihatan sungguh berserabut. Tak sampai hati pula untuknya memarahi Fazren. Dia tahu Fazren juga menderita. Namun, dia juga tak dapat berbuat apa-apa. "Sabarlah Angah..Nanti Nadia akan balik jugak." Hanya itu yang mampu dikatakan Puan Rogayah. Syukri pula hanya membisu seribu bahasa. Kini sudah hampir lima bulan Nadia meninggalkan Fazren. Selama itu juga Fazren merasa amat kehilangan. Pernah dia menemui Farah meminta penjelasan. Dan ya! Semuanya kerana dendam. Fazren tak menyangka Farah begitu mendendami dia dan Nadia sehingga sanggup mengirimkan mms sewaktu mereka bermesra kepada Nadia. Dan itulah punca Nadia meninggalkan dia. Gambar suaminya bersama dengan perempuan lain dalam keadaan yang sungguh memalukan! Sebab itu hatinya hancur. Nadia merenung kebun sayur yang selalu dikunjunginya sejak enam bulan lalu. Berada di kawasan kampung, benar-benar mendamaikannya. Dia tak menyangka hubungan ibu angkat dengan Mak Cik Zainab sejak dia menuntut di universiti dulu telah memberinya kelebihan untuk bersembunyi. Merawat hati yang luka. Bukan sekadar luka, malah parah dan pedih yang sungguh sukar untuk disembuhkan. Mak Cik Zainab seakan mengerti deritanya. Hatinya bersyukur kerana masih ada tempat untuk dituju.
Syukri melihat menantunya sedang termenung di beranda. Hatinya terusik melihat jambang yang tumbuh meliar di wajah Fazren. Sampai begini jadinya.Keluhnya. Sejak pemergian Nadia, Fazren berubah menjadi pendiam. Tubuh yang dulunya tegap semakin kurus. Menanggung rindu mungkin. Teringat janjinya pada Nadia. "Ayah..Nadia sihat. Nadia kat kampung Mak Cik Zainab. Ayah jangan risau. Nadia dah lupakan dia. Ayah jaga diri. Nanti Nadia akan balik jugak. Janji ngan Nadia jangan bagitau sape-sape Nadia kat mana." Kata-kata Nadia langsung tidak diterima. Mustahil Nadia telah melupakan Fazren. Setahunya Nadia sangat mencintai Fazren. Dari dulu lagi dia boleh lihat sinar cinta di mata Nadia terhadap Fazren. Sebab itulah dia merelakan apabila Tuan Hasnan merisik Nadia. Akhirnya Nadia dapat juga bersama Fazren. Nadia tidak perlu lagi mencintai Fazren dalam diam.
Nadia sedang memetik terung di belakang saat dia terdengar bunyi kereta di hadapan rumah. Dadanya berdebar. Dia kenal kereta itu. Seketika telinganya menangkap suara Mak Cik Zainab memanggil namanya. Cepat-cepat dia berlari. Namun tetap berhati-hati menapak melangkah tangga yang agak basah. Mengunci diri dalam bilik. Aku tak mahu jumpa dia!! Hatinya marah. Tangisan seakan semakin menghampiri. Namun ditahankan supaya tidak jatuh airmatanya. Aku takkan menangis untuk lelaki jahat macam tu!!! Namun, tetap ada mutiara jernih yang sudah pun laju menuruni pipinya saat kedengaran suara yang amat dirindui namun dibenci itu. "Sayang…buka pintu, sayang..Abang datang ni.." kedengaran suara Fazren. Serak suaranya. Nadia hanya membisu menahan esakan yang semakin kuat. Ketukan yang bertalu-talu memenuhi deria pendengarannya. Ingat aku pekak ke?? "Sayang, abang minta maaf..Abang boleh jelaskan segalanya.. Please sayang..buka pintu ni.." suara Fazren yang merayu-rayu membuatkan Nadia semakin kuat menahan tangisan. "sayang..please..Jangan buat abang macam ni.." Fazren terus memanggil. Pilu hatinya apabila Nadia tidak sudi melihat wajahnya lagi. "Pergi!!! Jangan datang lagi..Nadia tak mahu tengok abang. Kita dah takde apa-apa lagi..Pergi!!!" Nadia menjerit. Kedengaran esakannya yang memanjang. Seketika kemudian keadaan sunyi. Tiada lagi suara Fazren. Sudah pergikah!!! Nadia menangis dan terus menangis. Abang memang tak sayangkan Nadia…
Airmata Fazren tumpah juga. Walang hatinya mengenangkan Nadia yang sangat dicintai kini telah membencinya. Sambil menahan hati yang semakin dihantuk kepiluan, dia memcut laju Toyota miliknya meninggalkan Balik Pulau, tempat Nadia menyembunyikan diri daripadanya. Apalah gunanya aku disini..Nadia sudah tak cintakan aku lagi. Hati lelakinya terasa rapuh. Begini rasanya derita apabila kehilangan insan yang disayangi. Dia terus memecut sambil mulutnya menyebut-nyebut nama Nadia. Biarlah aku yang pergi. Supaya kau takkan menderita lagi. Hatinya masih berkata-kata. Pandangannya kabur dek airmata yang selama ini tak pernah wujud dalam diari hidupnya. Semuanya kerana Nadia! Fazren nampak kelibat Nadia..Nadia kah?? Tiba-tiba… ****** "Nadia, ni ada surat.." Mak Cik Zainab menghulurkan surat yang dilipat ke tangan Nadia. Nadia sedang termenung di beranda rumah waktu itu. Hatinya runsing,sejak Fazren balik tadi. Hatinya tak sedap. Terasa seperti ingin sahaja dia pulang ke rumahnya saat itu. "Jangan diikutkan sangat marah tu. Nanti binasa. Setiap orang tak lepas dari melakukan kesilapan. Dia sanggup datang sejauh ni semata-mata nak pujuk kau. Apapun dia masih suami kau. Kau sendiri tahu apa hukumnya keluar rumah tanpa izin suami kan?" Nadia tersentak dengan teguran Mak Cik Zainab. Dia hanya membisu. "Nanti masuk lekas. Jangan dok lama-lama sangat. Banyak nyamuk". Mak Cik Zainab terus berlalu. Fazren? Surat dari Fazren.Nadia membukanya. Tarikh tertulis semalam yang lepas. Dia datang tadi. Sempat plak dia tulis surat ni.. Isteri abang, Nadia yang dicintai… Pertama sekali abang minta maaf… sebab telah membuatkan Nadia terpaksa datang ke sini…sendiri…abang bersalah..Nadia ada hak untuk membenci abang setelah apa yang berlaku..abang terima…tapi..abang ada penjelasan untuk semua tu.. Apa yang berlaku adalah salah abang…sebab abang yang pergi jumpa dia…tapi abang pergi sebagai kawan..tak pernah abang berniat untuk mengkhianati sayang..tapi abang tak menyangka, Farah ada agenda tersendiri. Dia masukkan sesuatu dalam minuman abang..abang rasa ubat peransang seks… Sungguh sayang…abang tak berdaya masa tu..abang cuba menolak…tapi abang melihat satu wajah di depan abang.. abang lihat wajah Nadia, isteri abang..bukan wajah dia..sebab tu abang sentuh..abang ingat abang bersama isteri abang..tapi, hanya Dia yang tahu apa abang rasa saat abang sedar siapa sebenarnya disisi abang keesokan hari..bukan Nadia isteri abang, tapi Farah… Abang tahu..apa saja abang lakukan, Nadia tentu takkan memaafkan abang begitu saja..sebab ini memang salah abang…Farah mengaku, dia lakukan kerana dendam…sekarang dia dah tinggalkan Malaysia..dia kata dia puas sebab dapat pisahkan kita… Sayang…abang sangat menderita selepas sayang pergi..abang benar-benar kehilangan cinta abang..sayang pergi bersama-sama cinta yang dah abang beri sepenuhnya untuk sayang..abang tak sanggup kehilangan sayang..tapi kalau sayang betul-betul dah tak dapat menerima abang, abang terpaksa juga lepaskan sayang…abang tak nak sayang terus menderita… Abang tetap akan menunggu sayang memaafkan abang..tapi abang minta…jangan tinggalkan abang…abang sayang nadia…nadia satu-satunya isterinya abang…dunia dan akhirat.. Nadia menangis tersedu-sedu..Abang… Nadia merenung wajah yang sedang tidur itu. Nampak tenang tetapi rahsia di hatinya siapa yang tahu? Aku sendiri pun tak dapat membacanya. Diseka airmata yang mengalir saat itu. Abang..sedarlah.. Nadia masih ingat keesokan hari selepas kedatangan Fazren, ayah dan bapa mertuanya datang untuk membawanya pulang. "Ada apa sebenarnya ni ayah?" Nadia sangsi. Mengapa ayah dan bapa mertuanya datang membawanya pulang? Hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang buruk telah berlaku. Sehinggalah dia diberitahu Fazren kemalangan sewaktu pulang dari bertemunya. Hancur luluh hatinya. Rasa menyesal menyerbu sehingga Nadia jatuh pengsan di depan bangunan hospital. Setelah hampir 2 minggu koma, masalah lain pula menimpa. Fazren langsung gagal mengingati sesiapa pun lagi..termasuk namanya sendiri. Gegaran otak yang dialami sewaktu keretanya melanggar penghadang jalan menjadikan dia kehilangan segala memorinya. "Abang..nak makan apa malam ni.." Nadia hanya melihat Fazren tersenyum tanpa berkata apa-apa. Sejak pulang ke rumah, Fazren banyak mendiamkan diri. Dia lebih suka menghabiskan masa dengan melihat gambar-gambar perkahwinan mereka. "Maaf sebab masih tak dapat mengingati siapa Nadia.." kedengaran suara Fazren. Nadia terasa ingin menangis. "Tak mengapa..abang tentu akan ingat semula..Nadia akan tolong abang." Seketika Fazren menghampiri Nadia, dan memeluknya. Terasa ada sesuatu yang mendorongnya untuk mendekati Nadia. "Abang akan cuba untuk ingat tentang segala-galanya. Nadia boleh tunggu?’’ Nadia hanya mengangguk dan airmatanya jatuh lagi dalam pelukan Fazren. Malam itu Fazren terjaga dari tidurnya. Diamati wajah isterinya disisi. Maafkan abang..Hatinya berbisik. Dikucupnya dahi Nadia dan dia melangkah meninggalkan rumah itu.
Nadia masih duduk di buaian. Matanya melihat-lihat pagar rumah itu. Membilang waktu bilakah waktunya Fazren akan pulang. Nadia tak mengerti mengapa Fazren meninggalkan dia..meninggalkan keluarganya. Kini hampir 2 bulan.. kemana abang pergi..Hatinya menangis mengenangkan rindu yang semakin sarat. Fazren melayannya dengan baik malam itu. Nadia menyangka mereka takkan berpisah lagi. Tetapi takdir Tuhan tiada siapa mampu menduga. Fazren pergi dengan meninggalkan nota ringkas.. Abang pergi dulu…tapi abang akan kembali..sayang mesti tunggu abang..abang ada sebab untuk melakukan ini semua.. Nadia akur..dia yakin Fazren akan kembali padanya. ****** Fazren melangkah masuk ke rumah yang sudah 2 bulan ditinggalkan. Kereta Nadia tiada. Kat rumah ayah agaknya. Dia melihat rumah yang terurus kemas. Bibirnya menguntum senyum. Kakinya menapak ke arah kamar yang pernah menjadi saksi cintanya hanya untuk wanita bernama Nadia. Sebaik pintu kamar ditolak, kelihatan sekujur tubuh sedang berdiri merenung gambar perkahwinan mereka, membelakangi pintu. Jantung Fazren seperti berhenti berdegup. Nadiakah?? Matanya mengamati tubuh itu..semakin kurus..benarkah Nadia ..?? Fazren semakin terdesak untuk menghampiri. Namun, kakinya beku. Langkahnya mati. Nadia nampaknya belum menyedari kehadiran Fazren. Terasa ada tangan yang menyentuh bahunya. Sedikit terkejut Nadia menerima sentuhan hangat itu. Dipalingkan wajahnya. Matanya membulat. Di hadapannya terlihat seraut wajah yang sangat dirindui. Wajah bersama renungan yang redup. Berkaca-kaca matanya menahan airmata yang semakin memberat. Abang!! Kaku tubuhnya saat matanya memandang Fazren yang mencium dahi dan memeluknya. Hangat. Tanpa disedari matanya juga melepaskan titisan jernih yang menggambarkan rindu yang sarat. "Maafkan abang…".Luluh hati Nadia saat terpandangkan mata Fazren yang merah. Diamati wajah yang kelihatan tenang itu. "Abang dah balik.." Fazren meraih tangan Nadia dan dikucupnya. "Maafkan abang sebab tinggalkan Nadia..". Fazren semakin kaget apabila dilihatnya Nadia hanya membisu. Hatinya yang rindu telah membawanya kembali kepada Nadia. " Abang pergi sebab..abang tak sanggup lihat Nadia menangis lagi. Abang bersalah kerana mengecewakan Nadia dulu." Nadia mengerukan dahinya. Dah ingat ke?? "Ye sayang..abang dah ingat segala-galanya.." "Abang ambil keputusan untuk pergi sebab abang mahu ingat semula apa yang dah berlaku. Ayah ada bagitau abang tentang seorang ustaz yang boleh merawat abang..Dia kawan ayah masa ayah sakit dulu." Nadia mendengar penjelasan Fazren tanpa apa-apa reaksi. "Masa abang pergi tu, sebenarnya abang dah dapat ingat sikit-sikit. Abang tak mahu susahkan Nadia. Lebih dari tu abang tak mahu tengok Nadia kecewa bila abang masih tak mampu nak ingat. Sebab tu abang ambil keputusan untuk merawat diri sendiri. Di sana abang mula mendekatkan diri dengan Dia. Dan hasilnya..seperti Nadia lihat sekarang.." "abang minta ayah rahsiakan semua ni sebab abang mahu beri Nadia hadiah..hari ni kan ulang tahun perkahwinan kita.." Nadia tersentak. Benarkah? Kenapa aku lupa?? Fazren menunggu reaksi Nadia. Namun hampa. Sebaliknya Nadia memalingkan tubuhnya membelakangi Fazren. Hatinya kelam..terasa harapannya lebur.. "Abang faham kalau Nadia masih bencikan abang.."Sayu hatinya saat menuturkan kata-kata itu. Fazren tak mampu lagi untuk terus berdiri menghadap Nadia yang langsung tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia berpaling untuk pergi..pergi jauh dari Nadia yang dirasakan sudah tidak memerlukannya lagi. "Abang nak tinggalkan Nadia lagi..?" kedengaran suara yang sangat lemah..diiringi sendu yang berlagu pilu. Fazren tidak menunggu lama. Didakap erat tubuh Nadia. Tubuh yang tidak bertenaga itu dipeluk seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Tangisan demi tangisan menghuraikan segala yang terpendam sekian lama. "Jangan pergi lagi..Nadia dah maafkan segalanya..Nadia taknak abang pergi..Nadia nak bersama abang..susah senang bersama abang..tolong jangan tinggalkan Nadia lagi..Nadia dah lama nak minta maaf pasal dulu..maafkan Nadia,abang.."Fazren merasa tubuhnya bergegar..Nadia menangis tersedu-sedu dalam pelukannya. "Abang janji…takkan tinggalkan Nadia lagi.." Airmata lelakinya tumpah lagi. Fazren menatap wajah Nadia. "Abang minta maaf…dan abang juga dah maafkan sayang…" Fazren mengukir senyuman. Hanya untukmu Nadia.. Selepas 5 bulan… "Abang cintakan Nadia tak.." kedengaran suara manja Nadia di sisinya. Fazren berpaling dan mencium dahi isterinya itu. "Nadia sorang aje yang abang cinta.." Nadia membalas senyuman Fazren. " Abang tak boleh cintakan Nadia aje..". Berkerut dahi Fazren mendengar ayat Nadia. Dilihatnya Nadia mengusap perut dan memandang ke arahnya. " Abang kena cintakan dia jugak. Dah dua bulan dia datang duk ngan kita.." Nadia semakin melebarkan senyumannya dan akhirnya meletus ketawa di bibirnya apabila melihat reaksi Fazren. Alhamdulillah… "Yahuuuuuuuuuuu…!!" Fazren merasakan hidupnya sempurna kini. Terima kasing sayang!!!! Hatinya menjerit riang.
Awan kelabu berarak berat. Suasana alam bagaikan di sumpah menjadi muram. Segala-galanya hilang seri. Segala-galanya hilang punca. Yang ada hanyalah keriuhan hujan menyimbah bumi. Megah menguasai alam. Dari balik tingkap, Amir melihat keganasan hujan. Rakus menyimbah bumi, hanyalah untuk menyegarkan kembali alam yang sekian lama terkurung dengan debu dan kehangatan. Itulah aliran alam. Amir menghela nafas panjang. Saat itu dirasakan seolah-olah alam juga turut mengerti perasannya. Mengerti hatinya.Hatinya yang mula gelisah,di persimpangan cinta antara dua wanita.Benar dia mula menyukai gadis kota yang cantik zahirnya,Sara tetapi hatinya juga masih membutuhkan gadis kampung yang cantik zahir dan batinya,Niah. Masih jelas,seolah-olah bagaikan baru semalam dia menemui gadis bertudung litup yang ayu wajahnya,Niah.Disaat kakinya mengayuh basikal,dia terserempak dengan Niah,anak gadis enam belas tahun yang baru seminggu kehilangan ibu bapa.Matanya merenung wajah sugul Niah.Niah mengalih pandang dan meneruskan perjalanannya.Amir kembali meneruskan kayuhannya apabila bayangan Niah hilang dari pandangan. "Mak,tadi Mir jumpa Niah depan kedai Pak Saad.Kesian Mir tengok dia mak,sedih je.Siapa yang jaga Niah sekarang?"Soal Amir setelah menjengah dapur apabila melihat kelibat ibunya sedang mengoreng bihun. "Mak dah bincang dengan abah nak jaga Niah,Mir memandangkan dia tiada saudara mara.Niah tu budak baik,mak nak jadikan dia anak angkat.Kamu setuju?"Soal Mak Som kembali selepas menyeduk bihun goreng ke dalam mangkuk. Amir agak terkejut mendengar jawapan ibunya.Tetapi dia mula berfikir rasional,memang wajarlah ibu bapanya menjaga kebajikan orang kampung yang dalam kesusahan memandang jawatan abahnya sebagai ketua kampung. "Mir tak kisah,mak.Lagipun bila Mir dah sambung belajar kat KL nanti,ada jugak orang tengok-tengokkan mak dan abah,"jawab Amir selepas meneguk secawan air kopi yang terhidang di meja makan.
"Niah janganlah malu-malu dengan abang.apa-apa masalah,Niah cerita je kat abang ya,"pesan Amir sewaktu berpeluang beriadah dengan adik angkatnya.Sudah hampir lima bulan Niah menetap dirumahnya tetapi gadis kecil molek itu kurang bercakap dengannya.Mungkin malu.Tetapi Amir mengambil langkah yang positif untuk merapatkan hubungan mereka.Amir juga ingin merasai nikmat mempunyai adik dan berkongsi kisah. "Yela,bang..terima kasih,"jawab Niah. Sejak hari itu,hubungan mereka semakin rapat sebagai abang dan adik angkat.Setiap suka duka dikongsi bersama. Perubahan yang baik itu amat mengembirakan hati Pak Manaf dan Mak Som.Namun kemesraan mereka mula menjadi perhatian orang kampung yang menfitnah hubungan itu diwarnai bunga-bunga cinta. "Niah pelik lah,bang orang kampung leh cakap kita bercinta.Dorang buta ke?Abang tetap abang Niah,bukan kekasih Niah,"ujar Niah diiringi gelak tawanya yang menceriakan hari-hari Amir.Amir juga turut tergelak.Tangan mereka ligat menganyam tikar yang diminta ibunya.Tetapi pandangan Amir tiba-tiba beralih ke wajah Niah yang masih tersenyum dan leka menganyam tikar.Saat melihat keayuan adiknya yang bertudung litup itu,hatinya berdebar-debar.Benarkah dia hanya mengganggap Niah adik?Niah menyedari akan renungannya lalu Niah terus mencebik.Hairan melihat reaksi abangnya.Amir terus mengalih pandang.Malu dengan tindakannya.
"Amir,abah tengok sekarang kamu jarang habiskan masa dengan Niah.Kamu sibuk dengan aktiviti sekolah ke?"Soal Pak Manaf sejurus melihat anak tunggalnya menyarung kasut sukan untuk bermain bola di padang sekolah.Amir terdiam seketika. "Tak adalah,bah.Amir kan nak SPM hujung tahun ni,banyak la buat perbincangan dengan kawan-kawan kat sekolah.Kenapa bah?Niah ada mengadu apa-apa kat abah ke?"Soal Amir kembali sebelum menghidupkan enjin motosikal. "Ooo..tak adalah.Cuma abah kesian tengok adik kamu tu,bosan duduk rumah.Dulu kamu selalu jugak bawak dia pergi memancing ke,berjalan tepi pantai.Sekarang abah tengok kamu pun jarang berborak dengan dia.Jangan sampai dia kecil hati dengan kamu,Mir,"pesan Pak Manaf sebelum memancat tangga menaiki rumah mereka.Amir tidak menyangka perubahan sikapnya mula disedari abahnya.Namun dia terpaksa menjarakkan hubungan itu kerana dia mula merasai sesuatu perasaan yang istimewa apabila menatap wajan adiknya.Dia tidak mampu menghilangkan perasaan itu.Amir tewas dengan senyuman yang terukir di wajah Niah.Amir akui tindakannya mungkin melukai hati Niah tetapi dia harus bertindak sebelum hatinya makin mendambakan Niah.Ya,benar Amir mula menyanyanggi Niah lebih dari kasih abang kepada adiknya.Hati Amir mula dipanah virus cinta! "Abang Amir nak pergi main bola ehh?"sapaan Niah mengejutkan Amir yang sedang mengelamun.Amir hanya mampu menggangguk dan terus membonceng motornya.Dia tidak mampu melihat lirikan mata Niah.Niah terpinga-pinga dengan reaksi abangnya.Niah sedikit kecewa dengan layanan Amir sejak kebelakangan ini. Sudah tiga bulan Amir menjauhkan diri dengan adiknya.Malah Niah pun semakin bijak mengelakkan untuk bertembung dengannya.Hati Amir mula gelisah apabila Niah semakin jauh dari dirinya.Dia juga cemburu apabila kawan-kawannya mengusik untuk memikat adik angkatnya itu.Pelbagai cara dilakukannya untuk membuang perasaan istimewa terhadap Niah tetapi semakin dia mencuba,semakin kuat rindunya pada Niah.Amir tidak mampu berjauhan dengan Niah lagi.Dia nekad untuk memiliki Niah memandangkan hubungan mereka tidak menjadi larangan dalam Islam. "Niah,biar abang tolong.Periuk tu berat,"ujar Amir yang ingin membantu adiknya mengangkat periuk panas yang berisi gulai kawah.Niah hanya mengganguk dan terus berlalu pergi.Membiarkan dia sendirian di dapur.Sejak akhir-akhir ini usahanya untuk merapati Niah kembali tidak berhasil kerana Niah bersikap dingin terhadapnya. "Niah,sejak kebelakangan ini kenapa Niah menjuahkan diri dari abang?Abang ada buat silap ke?"Amir terus mengutarakan persoalan yang bermain dikepalanya sewaktu dia mengajak Niah menemaninya memancing di tepi sungai.Niah hanya tunduk,matanya memandang air sungai yang mengalir tenang. "Dulu abang bersikap dingin dengan Niah,Niah tak cakap apa-apa pun,"jujur Niah menjawab pertanyaan Amir. "Abang ada sebab jarakkan hubungan kita,Niah.Niah tak mungkin mengerti." "Kalau abang tak bagitau Niah,macam mana Niah nak mengerti?Sebab apa abang jauhkan diri dari Niah?" Amir diam.Dia takut untuk bersikap jujur kerana bimbang Niah akan terus jauh darinya.Tetapi dia akan terus dihantui perasaan yang bergelora jika perasaannya terus terpendam begitu saja. "Abang sukakan Niah lebih dari perasaan seorang abang terhadap adik.Niah faham kan?" Niah tergamam.Terkejut dengan jawapan abangnya.Dia hanya mampu diam membisu.Dia tidak mampu menatap wajah abangnya.Suasana tiba-tiba jadi sunyi sepi.Hanya bunyi kicauan burung dan ungkas-ungkas memenuhi ruang udara.Amir mula serba salah.Apatah lagi melihat gadis berlesung pipit itu hanya menundukkan wajah. "Lupakanlah Niah.Abang tahu abang tak patut ada perasaan itu.Abang minta maaf Niah,"sayu Amir mengungkapkan kata-kata itu meskipun dia sukar melafazkannya. "Apa kata mak abah nanti?Niah risau kalau mereka tidak setuju."Perlahan Niah bersuara tetapi mampu membakar benih-benih cinta yang tersemai di hati Amir.Amir tersenyum girang.Terus tangan Niah diraihnya dan mengajak Niah pulang ke rumah.Tidak sabar rasanya ingin memberitahu khabar gembira itu pada ibu bapanya. Amir memanjatkan kesyukuran kerana hubungan mereka direstui oleh Mak Som dan Pak Manaf asalkan mereka menjaga maruah keluarga itu.Malah besar harapan orang tua itu untuk melihat hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin. Sudah hampir setahun hubungan mereka berjalan dengan lancar dan Amir akui dia berasakan hidupnya cukup indah memiliki kekasih seperti Niah yang mempunyai keperibadian yang tinggi.Sebulan kemudian,Amir mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA di Kuala Lumpur selama lima tahun.Meskipun gembira dengan rezeki yang dilimpahkan kepadanya,Amir juga tidak dapat menafikan perasaanya yang gusar untuk berjauhan dengan Niah.Mampukah dia hidup di kota tanpa melihat senyuman dan lirikan Niah?Amir harus pasrah dengan tuntutan masa depan yang lebih terjamin. "Niah akan sentiasa mencintai dan menunggu kepulangan abang,"bisik Niah sebelum dia memasuki perut bas ke ibu kota.Pandangnya berpasir saat melihat lambaian Niah yang semakin pudar.Amir mengetap bibir menahan air mata dari menitis.
Tiba-tiba Amir tersedar dari kenangannya, bila ketukan singgah di pintu bilik. Suara Hakim di balik pintu. "Mir,Sara call tadi.Dia pesan suruh kau call her back." "Ok,thanks Kim.Jap lagi aku call dia." Lembut Amir menyapu airmatanya. Setelah melepas nafas panjang, Amir bangun dan duduk di bucu katilnya. Dengan perlahan dia bangun. Satu persatu kakinya melangkah menuju ke pintu. "Mir,kau ok tak ni?"Tegur Hakim apabila melihat wajah sugul Amir.Amir hanya tersenyum sinis dan mencapai kunci kereta kancilnya. "Dear,dah banyak kali I call you tapi asyik masuk voicemail je.Nape?"Rengek Sara sejurus Amir mendekatinya.Amir hanya diam dan melabuhkan punggungnya di kerusi yang menghadap wanita tinggi lampai itu.Restoran Mc Donald sering menjadi medan untuk dia menghabiskan masa dengan Sara,gadis yang menambat hatinya sejak beberapa bulan yang lalu.Sara jauh beza dengan Niah.Amir pada awalnya keliru dengan perasaannya tetapi dia juga tidak boleh menipu dirinya yang tertarik dengan aksi manja dan lincah si gadis kota itu.Walaupun tindakannya menduakan Niah dianggap satu dosa terbesar yang pernah dilakukannya tetapi Amir keliru.Keliru dengan cintanya kerana dalam masa yang sama dia masih memerlukan Niah.Dan yang pasti Niah juga semakin membutuhkannya selepas pemergian ibu bapanya sebulan yang lepas.
"Mir,bila kamu dah bersedia mak dan abah nak kamu nikahi Niah.Ingat Mir,kalau mak dan abah tak ada nanti,kamu jaga Niah baik-baik ya,"sayu suara ibunya menyampaikan pesan melalui telefon sehari sebelum ibu bapanya kemalangan jalan raya. Amir tersedar dari lamunan apabila bahunya ditepuk Sara.Sara mencebik geram kerana Amir seolah-olah tidak menghiraukannya.Benar,hanya jasad Amir di situ tetapi jiwa Amir nun jauh terbang ke kampung halamannya,Cherating. "Dear,sekarang ni I tengok you kuat sangat mengelamun tau,"tegur gadis berambut ikal mayang itu.Amir hanya tersenyum sinis.Dia menguak rambutnya ke belakang.Jiwanya kosong.Pandangannya juga berbalang-balang.Amir buntu! "Sara,Mir rasa tak sedap badan lah.Amir balik dulu ya." Pantas Amir mengatur langkah meninggalkan Sara yang masih terpinga-pinga.Untuk sekian lamanya,Amir menghadapi dugaan yang paling besar dalam hidupnya.Memilih dua gadis yang berbeza dari segi lahiriahnya tetapi mempunyai istimewaan yang tersendiri.
Saat menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara,UITM Shah Alam,Amir pernah berjanji tidak akan terpesona dengan mana-mana gadis namun akhirnya Amir tewas apabila melihat Sara.Gadis mana yang tidak akan tertawan apabila melihat wajah tampan anak tunggal ketua kampung itu.Bukan Amir ingin bangga diri apabila bisa mengelak dengan godaan gadis-gadis cantik di kampus itu tetapi hatinya telah disimpul mati hanya untuk Niah.Setelah bertahun lamanya mengenali Sara,simpulan itu bisa terurai juga.Amir pada awalnya keliru tetapi sudah takdir mungkin,dia tidak mampu mengelak untuk mengasihi gadis persis anak cina itu.Mereka menjalin hubungan yang serius baru beberapa bulan yang lalu,saat usia perhubungannya dengan Niah masuk tahun ketiga.Dan sejak itu dia mula berasakan kasihnya pada Niah mula suram,seolah-olah api cinta mereka semakin terpadam.Tapi Niah masih seperti dulu,gadis sopan santun yang semakin menginjak dewasa.Kawan-kawannya mula menasihati agar dia bersikap jujur dengan Niah dan membuat keputusan mengikut kata hatinya tetapi Amir tidak bisa.Amir tidak sampai hati melukai Niah sedangkan Niah berjanji untuk terus mencintainya.Amir buntu dan dia mohon agar kawan-kawannya tidak memberitahu Niah akan hubungannya dengan Sara. "Amir,kau fikir tentang Niah lagi kan?"Soal Hakim apabila melihat Amir duduk termenung di koridor rumah sewa mereka.Amir mengiyakan pertanyaan Hakim.Hakim kawan sekampung yang sama-sama melanjutkan pelajaran dengannya.Hakim yang banyak mengetahui kisah hidupnya dan Hakim juga mengenali Niah.Hakim satu-satunya sahabat Amir yang juga kenalan rapat Niah. "Mir,aku rasa kau beritahu je Niah yang kau dah ada Sara.Sampai bila kau nak bohong dia,Mir?" "Kim..Niah perlukan aku.Sejak mak abah aku dah meninggal, hanya akulah tempat dia bergantung.Aku tak sampai hati kecewakan Niah,"sayu Amir menjawab pertanyaan Hakim. "Tapi Mir,kau dah menduakan dia.Kau dah ada Sara.Lagipun kau jugak yang kata kau dah tak rasa cinta pada dia.Kalau kau tak sampai hati,biar aku je yang beritahu Niah." "Kim,please.Kau jangan masuk campur.Tolong jangn beritahu Niah!!!"Suara Amir sedikit kasar dan mengejutkan Hakim.Amir terus berlalu dan memandu laju keretanya ke arah timur. Tiga jam kemudian,Amir tiba di depan rumahnya,rumah pusaka peninggalan arwah ibu bapanya.Dia menjenguk-jenguk ke dalam rumah,bayangan gadis yang dicarinya langsung tidak kelihatan.Laman rumah mereka bersih dan cukup kemas.Pandai Niah jaga rumah mak abah,bisik hatinya. "Mir,bila sampai?Kamu cari Niah ya?Kalau tak silap Mak Yam,pagi-pagi ni Niah ambil upah membasuh pakaian di rumah Haji Shukri.Pukul 11 baru dia pergi menjahit,"tegur Mak Yam jirannya yang bertanggungjawab untuk menjaga sakit demam Niah sejak ibu bapanya tiada. Amir tergamam mendengar kata-kata Mak Yam.Sampai begitukah nasib kekasih hatinya untuk mencari rezeki.Bukan ibu bapanya tidak meninggal harta malah cukup untuk menampung kehidupan Niah di kampung itu tetapi Niah tetap degil. "Abang,Niah mampu lagi bekerja.Biarlah Niah cari rezeki dengan usaha Niah sendiri,barulah Niah rasa puas hati.Abang jangan risau ya,"ujar Niah saat dia meminta Niah berhenti bekerja di kedai jahit Kak Nab. Amir betul-betul terusik dengan susah payah yang terpaksa dilalui Niah untuk mencari sesuap nasi.Hatinya membengkak.Amir kecewa dengan diri sendiri kerana sanggup melihat penderitaan gadis yang amat mencintainya. "Abang Amir...dah lama ke sampai?"Tegur Niah apabila melihat kelibat Amir menghampirinya sewaktu dia tengah menyidai pakaian ahli keluarga Haji Shukri.Niah segera membasuh tangannya dan mencium tangan Amir. "Dah lama Niah buat kerja ni?"Soal Amir yang cukup sedih melihat penat lelah Niah.Wajah Niah dibahasi manik-manik peluh.Niah mengelap peluhnya.Tudung birunya dibetulkan.Dia menghampiri Amir yang duduk di bangku simen di tepi rumah majikannya. "Sejak mak abah tak ada,Niah buat kerja ni.Lagipun kedai Kak Nab bukak pukul 11.Pagi-pagi tak ada buat apa,baik Niah isi masa.Haji Shukri bagi Niah rm50 seminggu,bang.Banyakkan?"Niah begitu teruja menceritakan pekerjaan sampingannya sedangkan hati Amir luluh mendengarnya. "Abang nak Niah berhenti kerja.Kerja di sini dan juga kerja di kedai Kak Nab,"ujar Amir dengan tegas.Wajah Niah berubah. "Kenapa bang?Apa salahnya Niah cari rezeki." "Abang mampu sara hidup Niah.Abang tak nak Niah susah sampai macam ni.Harta arwah banyak,makan pun tak habis Niah." "Itu harta ibu bapa abang,Niah tak berhak.Lagi pun Niah masih muda,masih kuat untuk bekerja.Niah tak rasa susah pun.Abang tak payah la fikir sangat tentang Niah,Niah tak ada apa-apa,"sayu suara Niah tetapi nadanya tegas.Amir bingkas bangun dari kerusi itu.Tangan Niah diraihnya.Niah merentap tangannya dari genggaman Amir.Amir terpana dengan tindakan Niah. "Abang akan habis belajar hujung tahun ni.Abang rasa dah sampai masanya kita berkahwin,"ujar Amir dengan tegas. Wajah Niah berubah dan dia terkaku diam.Amir memejamkan mata.Dia mengharapkan kata-katanya itu lahir dari lubuk hatinya,bukan perasaan belas kasihan. "Abang balik la KL dulu.Nanti kita bincang lain kali,"ujar Niah perlahan.Suara Niah seolah-olah tidak menunjukkan dia teruja dengan kata-kata Amir.Amir berasakan Niah dapat membaca perubahan sikapnya yang kurang mesra dengan Niah sejak kehadiran Sara dalam hidupnya.Amir pasrah.Dia menggangguk.Amir terus berlalu dan meninggalkan Niah.Jauh dari lubuk hatinya,Niah masih wanita yang amat disayangi.
Amir berbaring di atas tilamnya.Tangan kanannya di letakkan di atas dahi.Memikirkan masa depannya.Putaran kipas yang diamati seolah-olah putaran hidup yang akan dilaluinya nanti.Amir harus membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya.Sudah hampir tiga tahun dia menyulam kasih dengan Niah dan sepanjang itulah hidupnya bahagia.Namun kehadiran Sara mengoyahkan perasaannya sedikit demi sedikit sehingga sampai satu tahap dia berasakan rasa cintanya pada Niah sudah luntur.Tapi dia tidak sanggup meninggalkan Niah!Amir terus dibeban dengan banyak persoalan.Apabila memikirkan Sara,dia akui mengasihi gadis itu tetapi perasaan itu baru saja hadir.Adakah gadis metropolitan itu akan terus setia menjadi kekasihnya?Amir terus dihenyak dengan pelbagai persoalan yang bisa memerangkap dirinya sendiri.Dia yang bersalah kerana mencintai dua gadis dalam satu masa.Amir akhirnya terlena kerana penat memikirkan masalah ini.Tepat jam dua pagi,Amir terjaga dari lenanya.Dia mencapai telefon bimbitnya yang terletak di hujung katil.Akhirnya Amir bingkas bangun dan melangkah ke arah tandas.Air sembahyang di ambilnya dengan penuh tawaduk.Amir mehamparkan sejadah dan menyerah seluruh jiwanya kepada pencipta yang satu.Dia menyempurnakan solat istikharah setelah fikirannya semakin buntu.Selepas selesai,Amir menyambung lenanya.Moga-moga Allah memberi petunjuk padanya.
Beberapa hari kemudian,Amir pergi ke kolej seperti biasa.Kelibatnya disedari Sara.Tiba-tiba tangannya diraih kasar.Sara mencebik geram. "Dear,you pergi mana tiga hari ni?Tension tau tak,asyik menghilang je.Macam chips more.Kejap ada,kejap tak ada.What happen to you,Amir Mukhriz?You are too much!!!." Suara lantang Sara mengejutkan Amir.Lantas dia menarik tangan Sara ke tempat yang tidak ramai orang.Dia malu apabila beberapa orang warga kampus menyaksikan pertelingkahan mereka. "Sara,I ada something nak bagitau you.About us,"ujar Amir perlahan.Sara hanya menjeling geram.Amir membawa Sara ke taman yang agak tenang dan mendamaikan.Kumat kamit mulutnya berbicara dengan gadis tinggi lampai itu.Hampir satu jam mereka menghabiskan masa di taman itu. "Amir,i hate you the rest of my life!!!"Jerit Sara sebelum meninggalkannya.Amir hanya mampu mengeluh panjang.Akhirnya dia bisa bernafas tenang selepas ini.Amir mengambil keputusan untuk melepaskan Sara kerana setiap pagi dia hanya memikirkan Niah apabila terjaga dari lena.Mungkin itu petunjuk bahawa Niah akan menjadi suri hidupnya.Ibu untuk zuriatnya yang akan menjadi pewaris Pak Manaf dan Mak Som. Amir menghela nafas dengan lega.Untuk sekian lamanya,hidupnya kembali bercahaya setelah awan-awan tebal berlalu pergi.
"Sahaja aku terima nikahnya Nik Niahana bt Nik Haris dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai,"lafaz Amir dengan lancar di hari pernikahan mereka tanggal 11 November 2007.Mata Niah berkaca.Akhirnya titisan jernih itu menitis jua.Amir merapati isterinya.Diciumnya dahi Niah dengan penuh kesyukuran. "Sayang,abang akan terus berada disisimu,"bisik Amir selepas mencium pipi Niah.Niah menggangguk.Tangan Amir diraihnya dan dicium dengan penuh kasih sayang.
. "Tya, aku tengok budak baru tu asyik pandang kau aja masa dalam kelas tadi. Aku rasa dia syok kat kaulah," Fatin menjeling ke arah Shamsul yang sedang makan tidak jauh daripada mereka berdua ketika waktu rehat pagi itu.
"Hish…Kau ni," Athira membantah andaian teman baiknya itu. Dia turut memandang ke arah Shamsul. Boleh tahanlah. Kemas. Tapi mana boleh lawan buah hati aku. "Handsome tapi tetap tak boleh lawan boyfriend aku."
"Aku tak tahulah kau ni rabun ke ataupun tak nampak. Budak hantu macam tu pun kau boleh suka?" Fatin mempersoalkan perihal buah hati teman baiknya itu.
"Dia bukan sebarang hantu tau. Sehantu-hantu dia pun, dia tak pernah buat benda tak elok pada aku tahu," Athira membela buah hatinya. Biar apa pun kata orang dia yakin dengan pilihannya. Baginya, biarlah nampak jahat pada pandangan mata orang. Yang penting dia tahu siapa buah hatinya yang sebenar. Hubungan mereka dah hampir dua tahun. Dah saling mengenali hati budi.
"Hai, sorang saja ke?" sapanya.
Athira mendongak ke arah pemilik suara itu.
"A’ah," jawab Athira pendek.
"Kalau macam tu jomlah kita pergi kantin sama," pelawa suara itu lagi.
Athira masih ingat hari pertama dia menjejakkan kaki ke sekolah itu. Segala-galanya terasa asing baginya. Tercongak-bangak dia melihat pelajar-pelajar berpusu-pusu ke kantin. Semua dah ada geng sendiri. Tidak ada seorang pun yang sudi berkawan dengannya.
Di sekolah lama dulu dia mempunyai ramai teman baik. Berat hatinya untuk berpisah dengan mereka apatah lagi rata-rata temannya adalah teman sepermainannya sejak kecil. Namun kuasa bukan di tangannya. Mahu tak mahu dia terpaksa mengikut orang tuanya berpindah ke ibu negeri Darul Makmur ini. Semuanya gara-gara ayahnya yang ditukarkan oleh majikannya ke sini.
Pada masa itu Athira sangat marahkan ayahnya. Fikirnya ayahnya tidak mempedulikan perasaannya. Kemarahannya semakin membara apabila ayahnya tidak dapat menghantarnya pada hari pertama dia di sekolah baru. Namun kemarahannya mula reda sebaik-baik saja dia mendapat kawan baru di sekolah itu. Keramahan pelajar lelaki itu telah menyelamatkan dirinya daripada terus diburu rasa asing di sekolah baru. Bahkan pelajar lelaki itu banyak membantunya menyesuaikan diri di bandar kelahiran ibunya ini.
Ekoran itu, Athira amat menyenangi kehadiran pelajar lelaki itu. Pelajar lelaki itu memang pandai mengambil hatinya. Dan memandangkan pelajar lelaki itu orang pertama yang dikenalinya sejak dia berpindah ke situ, pelajar lelaki itu sering didahulukan daripada kawan-kawannya yang lain. Tanpa disedari pelajar lelaki itu mendapat tempat yang istimewa di hatinya. Hubungan mereka bertambah rapat dari sehari ke sehari hingga membibitkan rasa sayang.
Athira tersenyum apabila mengingati detik awal perkenalannya dengan teman lelakinya. Pada masa itu perangai teman lelakinya tidaklah seteruk sekarang. Orangnya baik dan rajin menolong. Berbeza dengan dirinya yang sekarang. Mungkin pengaruh rakan.
Maklumlah dulu teman lelakinya berkawan baik dengan Fakhrul, anak inspektor polis. Orangnya boleh tahan. Tinggi, kurus. Olahragawan sekolah pula tu. Memandangkan Fakhrul kawan teman lelakinya, Athira juga rapat dengan Fakhrul. Namun tanpa Athira ketahui, keintimannya dengan Fakhrul mengundang cemburu di hati teman lelakinya. Hampir seminggu teman lelakinya tidak menegurnya dan Fakhrul. Bermacam-macam persoalan bermain di benaknya ketika itu. Hubungan teman lelakinya dan Fakhrul juga tidak semesra dulu. Seakan terbentang jurang yang besar antara mereka.
"Awak pergi mana? Puas saya cari."
Dua tiga menjak ni terasa payah benar nak bercakap dengan lelaki itu memandangkan lelaki itu sering mengelakkan diri daripadanya.
"Buat apa cari saya? Fakhrul kan ada."
"Lain macam aja bunyinya. Awak cemburu ya saya baik dengan Fakhrul?" ujar Athira sekadar mengusik.
"Memang saya cemburu."
Athira tergamam. Dia turut terkedu. Tak sangka ayat itu boleh keluar daripada mulutnya. Suasana hening seketika. Masing-masing kehilangan kata-kata.
"Awak sukakan saya?"
Dia tunduk. Perlahan dia menggangguk.
Athira tersenyum mendengar pengakuan lelaki itu. Rupa-rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan.
"Awak...."
"Dahlah Tya. Saya ada hal ni. Lain kali ajalah kita cakap."
"Awak tak nak dengar jawapan saya ke?"
"Tak apalah, Tya. Saya dah tahu jawapannya."
"Macam mana awak tahu?"
"Dahlah Tya. Tak payahlah awak nak berdolak-dalih lagi. Saya tahu pasal awak dengan Fakhrul. Satu tingkatan dah heboh."
"Awak percaya? Kenapa awak tak tanya saya sendiri?"
"Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang?"
"Sekarang biar saya pula yang berterus-terang. Sebenarnya, saya dengan Fakhrul tak ada apa-apa. Kami kawan saja."
Sepatutnya dia berasa lega mendengar kenyataan itu tapi dia masih berasa sangsi. Mungkin Athira hanya nak menyedapkan hatinya. Fikirnya.
"Tapi mereka cakap awak dengan Fakhrul..."
"Itu kata mereka. Bukan saya. Lagipun hati saya dah dicuri oleh seseorang," ujar Athira malu-malu.
Siapa? Mahu saja dia mengajukan soalan itu namun mulutnya seakan terkunci. Takut kalau-kalau jawapan itu akan menambah luka di hatinya.
"Awak nak tahu siapa orangnya?"
Dia diam.
"Siapa?" soalnya berbasa-basi. Jantungnya berdegup kencang menantikan jawapan daripada Athira.
"Takkan awak tak tahu?" Athira cuba menduga.
Dia menggeleng.
"Ni orang di depan saya ni. Ahmad Azrizal Hafiz Ariffin."
Dia terkejut namun gembira mendengar pengakuan Athira.
"Nama tu macam nama saya aja," dia berlagak tidak mengerti namun di hatinya sudah berbunga keriangan.
"Ada orang lain nama macam awak ke di sekolah ni?"
Pengakuan Athira itu menjernihkan kembali hubungan Azrizal dan Fakhrul. Hubungan mereka bertiga kembali bertaut malah semakin tersimpul rapi. Namun ‘jodoh’ mereka tidak panjang. Beberapa minggu selepas PMR, Fakhrul terpaksa berpindah ke Johor Bahru lantaran bapanya ditugaskan ke sana.
Perangai Azrizal mula berubah semenjak dia berkawan dengan Shafik dan Iqbal ketika di tingkatan empat. Bukanlah nak mengata tapi itulah kenyataan. Shafik dan Iqbal banyak memberi pengaruh tidak baik kepada Azrizal. Kalaulah Fakhrul masih ada. Tiba-tiba wajah manis lelaki itu bermain di fikirannya.
"Hai, girls!" suara yang menyapa itu tersengih lalu menarik kerusi menyertai dua gadis itu.
Muka ni lagi. Menyibuk saja!
"Buah hati kau dah muncul," Fatin seolah-olah tidak senang dengan kehadiran bebudak tiga orang itu.
"Tak makan ke?" soal Athira lembut. Cakap dengan buah hati, haruslah lembut!
"Riz nak tunggu Tya suapkan," ujar Azrizal mesra. Dengan buah hatilah tempat nak bermanja.
"Hai, takkan tanya Riz saja?" Shafik mencelah. Aku yang terpacak di sini tak ada siapa nak ambil tahu.
"Kau orang pun tak makan lagi ke?" tanya Athira lagi. Shafik dan Iqbal saling berpandangan.
"Kita orang pun nak tunggu Tya suapkan," seloroh Shafik. Mana aci kalau Riz seorang saja yang disuap oleh awek? Aci kat Indialah. Lagi mahu tanya.
"Banyak cantik? Kau ingat Tya ni siapa? Ada hati nak suruh girlfriend kita suapkan. Kau suruhlah Fatin suapkan," Azrizal menuding ke arah Fatin.
"Excuse me. Aku tak terlibat okay?" Fatin naik angin apabila namanya dikaitkan. Tak ingin aku! Ada tangan suaplah sendiri.
"Aku pun tak ingin kau suaplah. Daripada kau, baik aku suruh mak aku yang suapkan," Shafik dan Fatin saling menjeling.
"Dahlah. Kau orang ni asyik bergaduh saja," tegur Athira. "Gaduh-gaduh nanti boleh jadi suka tahu."
"Haah. Tetiba nanti kita orang dapat kad jemputan saja. Tengok tengok nama pengantinnya, Mohd Shafik Nazmi dengan Fatin Farhana Zulkifli," tambah Azrizal.
"Ah, tak ingin aku nak kahwin dengan dia!" bantah Fatin. Tolonglah. Bukan taste aku.
"Jangan risaulah. Aku pun tak ingin hantar rombongan meminang kat kau," balas Shafik. Mereka saling menjeling kemudian berpaling ke arah bertentangan.
"Haa, tengok perwatakan pun sama. Kau orang ni memang ada jodohlah," Iqbal sengaja melaga-lagakan mereka.
"Kalau kau cakap lagi, aku curah air sirap ni kat muka kau," Fatin semakin berang. Geramnya aku. Ya Allah, janganlah aku ada jodoh dengan mamat ni. Dahlah tak handsome, keputusan peperiksaan pun selalu dapat nombor corot.
"Amboi, garangnya!" Iqbal masih tidak puas mengusik.
"Ball, kau jangan kacau hal rumah tangga orang. Rumah tangga dia orang biar dia orang selesaikan sendiri," Azrizal turut menambah kemarahan Fatin.
"Tya, kau marah sikit boyfriend kau ni," marah Fatin. Azrizal, Iqbal dan Athira berpandangan lalu tertawa sesama sendiri.
"Zahid, siapa nama budak perempuan tu?"
Zahid melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Shamsul. Kelihatan Athira sedang berbual-bual mesra dengan Azrizal.
"O…Tu? Athira. Kenapa? Kau syok kat dia ke? Lupakan sajalah. Dia dah ada balak," Zahid tidak mahu Shamsul menaruh harapan. Lagipun hubungan Azrizal dan Athira dah nak masuk dua tahun. Walaupun Azrizal suka main-main tapi dalam bab awek dialah yang paling setia.
"Siapa balak dia?"
"Siapa lagi? Budak yang duduk sebelah dia itulah."
"Budak tu?" Shamsul seakan tak percaya. Athira tu dahlah cantik. Berkulit cerah. Lembut saja. Tapi balak dia? "Selekeh saja aku tengok."
"Hei kawan, orang kalau dah suka, yang hitam pun dikatakan putih."
Shamsul berkerut mendengar kata-kata Zahid. Dia memandang ke arah Athira semula. Pada pandangan matanya, Athira seorang gadis yang comel. Mukanya bersih. Pakaiannya kemas. Jelas menunjukkan ciri-ciri seorang ketua kelas. Kata Zahid lagi, Athira merupakan pelajar paling cemerlang kelas sastera. Dahlah cantik, pandai pula tu. Shamsul kemudian mengalihkan pandangannya kepada Azrizal. Tali leher tak ada. Lencana tak ada. Rambut pun tak terurus Berbeza betul dengan aweknya. Macam manalah Athira boleh terpikat pada dia? Hairan aku.
"Sham, macam mana hari pertama di sekolah baru?" soal Puan Kamariah tatkala anaknya itu muncul di muka pintu rumah mereka tengah hari itu.
"Baik. Cikgu dengan kawan-kawan semua layan Sham dengan baik," Shamsul menyusun kasutnya di rak yang tersedia di tepi pintu.
"Baguslah. Mama harap Sham dapat menyesuaikan diri dengan bandar ni," ujar Puan Kamariah sambil tangannya ligat menyusun perkakas di ruang itu. "Sham dah habis berkemas?"
"Belum."
"Tak apalah. Sham pergi mandi dulu. Lepas tu turun makan."
"Baik, ma," Shamsul menurut kata ibunya lalu melangkah ke biliknya yang terletak di tingkat atas banglo dua tingkat itu. Di biliknya, Shamsul merebahkan tubuh ke katil. Dia terkenang akan kawan-kawannya di sekolah lama.
Saidatul Alia Natasya asyik memandang liuk tubuh dan wajahnya di cermin. Tangannya mencapai sikat lalu disikat rambutnya kemas. Senyuman terukir dibibir namun ada titis-titisan jernih mengalir keluar dari matanya terus jatuh ke pipi. Disebalik senyumannya, tersembunyi seribu duka yang tidak siapa pun tahu. Sikat yang dipegang diletak perlahan di atas almari. Kakinya mula mengatur langkah ke katil dan terus merebahkan dirinya. Matanya dipejam untuk seketika namun fikirannya terus melayang. Seketika, matanya kembali terbuka dan terus mencapai diari disisi katil serta membukanya perlahan. Dicapai pena dan jari jemarinya ligat menulis sesuatu:,
13 September 2008, 9.35 pm
Fikiranku bergolak, Hatiku memberontak, Jiwaku sesak, Dadaku berombak, Pacainderaku lesu, Menahan keperitan hidup, Dalam dunia penuh bisa, Yang mampu meracuni bahkan membuat tubuhku kaku tidak bermaya, Hanya berserah kepada ilahi supaya diberi kekuatan meneruskan hidupku di dalam dunia yang penuh dengan insan yang tidak pernah menghargaiku apatah lagi menyayangiku..
Saidatul Alia Natasya…
Diari itu ditutup kembali. Matanya terus dipejam… "hei Lia…! Kau tak nampak ke kain belum dibasuh..!pinggan mangkuk pun belum dicuci..! nasi pun kau tak masak lagi..!dari tadi kau buat apa hah?" marah Mak Siah kepada Lia anaknya itu sambil jarinya pantas menolak kepala lia.. Lia tunduk membisu, hatinya terasa ingin menangis namun ditahan juga. Menangis bukan dapat melembutkan hati emaknya malah membuat wanita itu bertambah meluat dengannya. "Lia mintak maaf mak..Lia..Li…a.."kata-katanya terhenti. "anak dara pemalas..! kau ingat aku bela kau sampai besar macam ni, semata-mata nak menghabiskan beras ke hah???" marah Mak Siah lagi dengan muka kemerahan menahan geram kepada Lia, anaknya itu. "Lia buat sekarang ye mak.."balas Lia lembut untuk menyejukkan hati emakknya yang sedang membara. Dia tunduk sambil berjalan meninggalkan emaknya. Masih banyak kerja menantinya. Mak siah hanya memandang Lia berlalu meninggalkannya. Hatinya sudah beransur tenang.
---------------------------------
Sudah menjadi tugas harian Lia mengemas rumah dan memasak kerana lia merupakan anak sulung dari 3 adik beradik di dalam keluarga itu. hidup Lia lengkap..makan pakainya sudah lebih dari cukup untuk dirinya namun disebalik semua itu, tersembunyi satu penderitaan..penderitaan emosi yang berselindung disebalik senyumannya.
"mak..kenapa mak suka marah Lia..? Lia sayang mak…" lembut Lia berkata sambil duduk ditepi emaknya setelah siap tugasnya. "kau tengok la diri kau tu..! aku malu tahu tak?? Kau tegok badan adik-adik kau tu..dah la cantik..cermin diri kau tu..!" dah la gemuk..! rupa pun tak de..!"kasar Mak Siah membalas.Lia menahan sebak sambil menunduk lalu bangun meninggalkan emakkya. Hatinya pilu dihina emak sendiri. Sungguhpun Mak Siah hanya ibu tirinya namun Mak siah la orang yang membesarkannya setelah ibu kandungnya meninggal dunia sejak berumur 7 tahun dan mengantikan tempat ibunya menjaga ayah..tapi ayah juga telah pegi meninggalkan aku setahun yang lalu..aku dah tak ada tempat untuk mengadu lagi.."Apa salah aku? Adakah sebab rupa paras aku yang tak cantik emak rasa malu dengan aku? Aku tak mintak jadi macam ni.."air matanya terus mengalir deras sambil bermonolog sendirian. --------------------------------------- Pagi itu seperti biasa Lia menjalankan tugasnya bagi mengelakkan emak meleterinya lagi. "Liaaa…!!"jerit emaknya dari ruang tamu.. "Ye mak.." tergesa-gesa Lia menuju ke ruang tamu… "kau pegi beli barang-barang yang aku senaraikan ni..! Ika dan Ira nak makan bubur kacang hari ni…cepat sikit…!" arah Mak siah sambil menghulurkan sekeping kertas dan wang.. "baik mak..Lia pegi sekarang…"Lia menyambut kertas dan wang tersebut dan segera melangkah keluar.. --------------------------------- Banggggggggggggggggg!!!! Kedengaran dentuman yang kuat di belakangku…seorang lelaki tua terdampar di tengah jalan manakala kelihatan sebuah kereta memecut laju meninggalkan lelaki tua tersebut..aku berlari mendapatkan lelaki tua tersebut..darah mengalir di kepalanya dan membasahi kemeja putih yang dipakai dengan kot hitamnya..matanya terpejam rapat..aku hanya dapat menjerit sekuat hati meminta pertolongan.. ------------------------------
"doktor..bagaimana keadaan pak cik tadi?dia ok ke?"Tanya Lia dalam keadaan risau.. "hmm…dia ok, awak jangan risau..awak keluarganya ke?"doktor Mahmud bertanya untuk kepastian.. "eh bukan…saya yang bawa pak cik tu ke sini.."balas Lia kemudian tunduk memandang lantai hospital menyembunyikan wajahnya apabila menyedari doktor Mahmud merenungnya.. "owh.."balas doktor Mahmud dengan senyuman terukir.. Tiba-tiba Lia teringatkan pesanan emaknya..tanpa banyak soal dia terus berlari keluar..Doktor Mahmud hanya mampu melihat gadis tersebut berlari keluar dengan penuh kehairanan sambil mengelengkan kepalanya..Doktor Mahmud menuju ke wad pesakit yang baru dimasukkan.. "Dato' dah sedar?" sapa doktor Mahmud lembut sambil meneliti maklumat pesakit tersebut.."macam mana Dato' rasa?" soal doktor Mahmud lagi.. "hmm..rasa pening lagi doktor.."balas Dato' Ismail sambil cuba bersandar di kepala katil dengan dibantu oleh jururawat disebelahnya.. "nasib baik Dato' dikejarkan ke sini tepat pada waktunya.."kata doktor Mahmud sambil terus meneliti maklumat Dato' Ismail di tangannya.. "boleh saya tau sape yang hantar saya ke hospital ni?" Tanya Dato' Ismail lagi dengan bersungguh-sungguh.. "mintak maaf Dato'..saya tak sempat pula tanyakan namanya tapi dia seorang gadis.." cerita doktor Mahmud sambil Dato' Ismail tekun mendengar.. Dato' Ismail hanya menganggukkan kepalanya.. "boleh doktor telefon anak saya?mesti dia risaukan saya.." "boleh..nanti saya khabarkan kepada anak Dato' ",balas doktor Mahmud dengan senyuman..Dato' Ismail membalas senyuman namun otaknya ligat memikirkan gadis yang menyelamatkan nyawanya sebentar tadi..teringin sekali hatinya mengucapkan terima kasih kepada gadis tersebut..
Hisyam meneguk minuman yang terhidang di hadapannya. Fikirannya ligat mengingati kelainan sikap Idayu kebelakangan ini. Biarpun Idayu cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, dia dapat rasakan yang isterinya itu agak dingin dengannya. Berbicara cuma apabila ditanya. Cuma senyum hambar yang menghiasi bibirnya apabila diajak bergurau. Dalam masa yang sama, wajah Maisara turut muncul mengganggu fikirannya. Dia tersepit di tengah-tengah. Tiba-tiba terasa cukup susah untuk dia membuat pilihan. Rasa serba salah bagai menghimpit dirinya. Perlahan dia menghela nafas panjang. Tidak pernah dia duga, satu hari dia akan dihimpit situasi sebegini. "Hai Syam. Mengeluh panjang nampak," Hisyam berpaling. Merenung kosong wajah ibunya. Puan Mariam mengambil tempat di hadapan Hisyam. Wajah anak lelaki tunggalnya itu, ditatap lama. Melihat menungan Hisyam yang panjang, bagai memberitahunya yang anaknya itu sedang menghadapi masalah. Membuat nalurinya digayuti rasa resah. "Mana Ayu? Kenapa dia tak datang sekali?," "Ayu tak tahu saya ke sini. Balik kerja saya terus singgah ke sini," "Hai.. Pelik. Kerja satu tempat.. tapi tak tahu hal masing-masing?,"Puan Mariam bersuara dengan nada hairan. "Ayu tak masuk office hari ni. Cuti," "Cuti kenapa?," "Syafiq demam. Tahu sajalah Syafiq tu.. kalau demam. Merengek nakkan mamanya," Puan Mariam mengangguk perlahan. "Macam papanya masa kecillah,"ujar Puan Mariam membuat Hisyam tersenyum. "Kenapa tak balik ambil Ayu dulu? Boleh mak jumpa Syafiq. Dah lama tak tengok cucu mak tu," "Saya singgah sekejap saja mak. Tengoklah. Esok kami datang. Okay?," "Hmm.. Yelah. Suka hati kamulah, Syam," Hisyam tersenyum kecil sebelum menyambung semula menungnya yang terganggu. "Kamu ni, mak tengok macam ada masalah saja. Bergaduh dengan Ayu ke?," "Hish.. mak ni. Mana ada? Saya dengan Ayu baik-baik je. Tapi, tak tahulah kalau-kalau Idayu ada mengadu apa-apa kat mak," "Kenapa? Kamu ada sorok sesuatu ke daripada mak?,"soal Puan Mariam membuat dia terdiam. Niatnya hendak mengorek rahsia daripada ibunya, dibatalkan. Bimbang kalau-kalau rahsianya pula yang terbongkar. "Ayah mana?,"soalnya mengubah tajuk perbualan. "Entahlah. Mak tak sempat nak tanya mana dia pergi, semasa dia keluar tadi. Kamu ni, ada masalah ke Syam? Lain macam mak tengok..," "Tak adalah mak. Mak ni.. Ini yang buat saya malas nak singgah ni. Ada saja yang tak kena kat mata mak," Puan Mariam senyum. Hatinya sedikit lega. "Tak adalah. Mak cuma tanya saja. Mak risau juga tengok anak mak termenung sana. Termenung sini. Mengeluh sana. Mengeluh sini," "Mak ni, cepat sangat fikir yang bukan-bukan. Termenung tak semestinya ada masalah. Saya termenung.. sebab nak relakskan otak saya yang penat ni. Think nothing. Baru ringan sikit otak yang penat bekerja seharian ni, mak," "Yalah tu, Syam. Kalau bab mereka alasan, kamu memang tak pernah kalah," Hisyam tergelak kecil mendengar kata-kata ibunya. Sekurang-kurangnya ibunya tidak terus mengesyaki sesuatu. "Accalamelekum!," Puan Mariam tidak jadi menyambung bicaranya. Suara kecil yang amat dia rindui itu lebih menarik perhatiannya. Dia memandang ke arah pintu. Syafiq berlari meninggalkan ibunya yang baru menutup pintu kereta. "Nenek!,"laungnya girang. Puan Mariam bergegas ke pintu. "Eh, cucu nenek dah sampai. Panjang umur. Baru disebut dah ada depan mata. Rindunya nenek,"Puan Mariam bersuara girang sambil memeluk tubuh kecil Syafiq. Syafiq tersengih sambil mencium pipinya bertalu. Idayu melangkah perlahan sambil memandang ke arah Perdana V6 milik suaminya. Rupa-rupanya lelaki itu berada di sini. "Ayu.. Apa dipandangnya tu?," Teguran ibu mertuanya, membuat dia sedikit tersentak. Dia tersenyum sambil melangkah mendapatkan Puan Mariam. "Apa khabar mak?,"soalnya sambil mengucup jemari Puan Mariam. "Baik. Panjang umur kamu. Baru mak sebut, dah sampai," Idayu tergelak kecil. "Afiq ni. katanya nak jumpa nenek dengan atuk. Nak beritahu dia demam. Lagipun tak ada apa nak buat kat rumah. Abang Syam ada kat sini, ya mak?," "Ada kat dalam tu. Baru sampai. Mak tanya dia, kenapa tak bawa kamu dengan Syafiq sekali. Katanya nak singgah sekejap saja," Idayu tersenyum sambil melangkah masuk. Dari jauh dia melihat Hisyam sedang berbual sesuatu dengan Syafiq. "Abang..,"sapa Idayu lembut, sambil mencapai tangan Hisyam. Mengucup lembut tangan lelaki itu. Hisyam memandang senang. "Kenapa datang sini tak beritahu abang dulu?,"soal Hisyam sebaik Idayu melabuhkan punggung di sebelahnya. Idayu memandang sekeliling. Ibu mertuanya sudah hilang ke dapur bersama Syafiq. "Abang pun datang tak beritahu Ayu,"balas Idayu tidak mahu mengalah. Hisyam tersenyum. "Oh.. Pulang paku buah keras ya?,"ujar Hisyam sambil menyentuh hidung isterinya. Idayu tersenyum sambil cuba mengelak. Melihat senyuman Idayu, Hisyam sedikit tenang. Senyumam itu tidak lagi sehambar seperti sebelumnya. Ada sedikit ceria di wajah Idayu. "Afiq bersungut nak jumpa atuk dengan nenek dia. Itu sebab Ayu datang ni. Abang marah ke?," Hisyam tersenyum sambil mencapai jemari Idayu. Mengusap lembut jemari isterinya itu. "Tak. Nak marah buat apa? Ayu bukan ke tempat lain pun," "Ayu cuba call abang. Tapi, tak dapat. Abang off phone ke?," "Ya ke? Tak adalah,"jawab Hisyam sedikit hairan. Tangannya cepat meraba ke poket seluar. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Memang benar telefon bimbitnya terpadam. Dia cuba aktifkan kembali, tetapi gagal. "Patutlah. Battery weak,"ujarnya tersengih. Idayu memandang lama wajah Hisyam. "Businessman boleh biarkan phonenya weak? Macam mana boleh lupa nak charge tu? Ini.. mesti asyik teringatkan benda lain ni..," "Salah siapa? Salah Ayulah,"Hisyam bersuara selamba. Idayu mengerutkan kening. Hisyam tergelak. Cukup suka dia melihat Idayu kerutkan kening. Comel. "Kenapa salah Ayu pula?,"soal Idayu sedikit hairan dengan tuduhan suaminya. "Selama ni.. siapa yang selalu charge handphone abang?," "Ayu..,"balas Idayu agak perlahan. Rupa-rupanya Hisyam ada hujah untuk kenakan dia. "Dah berapa hari Ayu tak charge handphone abang?," "Tiga. Tapi, kan abang boleh charge sendiri..," "Ya. Betul. Tapi, abang lupa. Lupa sebab fikiran ni.. asyik tertanya-tanya, kenapalah sejak dua menjak ni.. isteri abang ni, macam lain sangat dengan abang. Merajuk ke isteri abang ni ya?,"Hisyam bersuara sambil merenung wajah Idayu bersama sekuntum senyuman nakal. "Lain? Lain macam mana?,"soal Idayu pura-pura tidak mengerti akan bicara Hisyam. Hisyam mengangkat bahu. "I don’t know. Abang tak tahu nak explain macam mana. But, I can feel it. There’s something wrong wirh you," "Perasaan abang saja kot. Ayu ok je. Tak ada apa-apa yang lain pun," "Harap-harap betullah perasaan abang je," Idayu tersenyum. "Syafiq macam mana? Dah ok? Dah lincah semacam abang tengok tu," "Dah.. Itupun puas memujuk, baru nak makan ubat," "Ikut perangai siapa? Perangai mama dia juga kan? Mama dia lagi bagus. Nak pergi klinik kena dukung. Dah pergi klinik, ubatnya tong sampah pulak yang makan. Kan?,"gurau Hisyam tersenyum panjang. Idayu diam sambil menarik muka masam. Lagi-lagi dia yang terkena. Dan, Hisyam masih ingat peristiwa itu? Sudah terlalu lama peristiwa itu berlalu. Dia sendiri sudah hampir lupa mulut Hisyam yang membebel marah dan tangan Hisyam yang cepat mencempung dirinya lalu disumbat ke dalam kereta apabila dia membantah untuk dibawa ke klinik. Marah betul Hisyam apabila dia tidak mahu ke klinik. Dan, marah Hisyam bertambah apabila keesokan paginya, dia menemui plastik berisi ubat yang tidak berusik di dalam tong sampah. Itu cerita tujuh tahun lalu. Kisah sewaktu hubungannya dengan Hisyam dibaluti kedinginan perasaan. "Dah dua-dua ada kat sini, makan di sinilah ya. Mak dah suruh Yati masakkan makan malam lebih sikit. Malam ni, tidur di sini. Esok kan cuti," Suara itu melontar kenangan lalu yang baru bertenggek di birai ingatan, Puan Mariam sudah tercegat di hadapan mereka. Hisyam memandang wajah Idayu sambil mengangkat kening. Idayu tersenyum. Faham benar dengan perangai ibu mertuanya itu. "Macam mana?," "Ayu tak kisah..," Mendengar jawapan itu, Puan Mariam tersenyum senang. "Kalau macam tu, abang nak mandi dululah,"Hisyam bersuara sambil mengangkat punggung. Puan Mariam pula berlalu bersama cucunya menuju ke halaman. "Nak Ayu sediakan air panas?,"soal Idayu sambil mencapai telefon bimbit suaminya yang diletakkan di atas meja. Telefon itu perlu dicaj semula. Hisyam tersenyum panjang. Senang melihat Idayu sudah kembali seperti biasa. "Boleh juga. Lepas tu, kita mandi sama-sama ya?,"bisiknya sambil memeluk pinggang Idayu. Bersama-sama melangkah meniti anak tangga, menuju ke bilik yang memang disediakan khas untuk mereka. "Tak payah nak mengada,"balas Idayu bersama satu jelingan tajam, Membuat Hisyam tertawa senang. Betapa selama beberapa hari ini, dia merindui saat-saat sebegini. Dia rindu untuk melihat senyum manis Idayu. Dia rindu untuk mendengar tawa bahagia Idayu. Dia juga rindu untuk menikmati jelingan manja isterinya itu. Semua itu cukup membahagiakannya. Namun, entah kenapa, di tengah-tengah kebahagiaan ini, dia masih terasa ada ruang yang kosong. Dan, saat ini, kekosongan itu terisi dengan kehadiran Maisara. Sukar untuk ditepis, kerana dia berasa kekosongan itu perlu diisi. Idayu mencuri pandang wajah ceria Hisyam. Memang wajah itu sedikit murung kebelakangan ini. Rupa-rupanya lelaki ini terkesan dengan rajuk dalam diamnya. Entah kenapa, dia berasa kehilangan di dalam kemesraan layanan Hisyam. Hatinya menjadi tidak tenteram. Perasaannya bercampur baur. Dan, perkara yang paling dia takut saat ini ialah, kehilangan Hisyam. Dia tidak sanggup kehilangan Hisyam.
Peredaran masa berlalu tanpa sedar usia semakin lanjut. Di mana tempat yang ingin di cari dan di tuju. Semakin jauh mengejar mencari sedikit ruang namun semakin terasa diri ini terlalu kerdil. Tercari-cari bayangan sendiri dalam kekeliruan.
( Senja Semalam )
Dalam kesamaran wajah-wajah kedukaan pasti terselit sedikit sinar cahaya yang mampu membuatkan semua tersenyum. Di mana tempat kita? Kaki yang mengorak alunan langkah semakin lemah terasa. Izzahtul meniti persisiran pantai. Terlihat sinaran senja petang. Langit senja menerbitkan cahaya kilauan warna yang mendamaikan. Terasa ingin sentiasa berada dalam suasana kedamaian itu. Izzahtul merenung langit senja, Indah kalau setiap saat yang dilalui seindah langit senja. Renungannya kosong mengimbau detik-detik saat yang telah berlalu. Masih tergambar wajah ibu tersayang dan terngiang setiap bicara kasih lontaran dari suara seorang ibu sebelum hembusan nafas terakhirnya. Terdetik kesayuan dan kehibaan di hati Izzahtul. Kini, tuhan lebih mengasihi orang yang dicintai. Pemergian ibu tercinta buat selamanya. Hanya doa agar roh ibunya tenang disana mengiringi dari kejauhan. Pukulan ombak di pantai direnung penuh makna. Izzahtul mengelamun….
(Seminggu yang lepas.)
"Izzahtul. Walau sejauh mana langkah kita dalam mencari secarit ruang kehidupan yang lebih selesa jangan sesekali kita abai dan lupakan kewajipan kita sebagai hamba Allah,, Kalau ibu dah takde jadikanlah setiap kata-kata ibu ini sebagai ingatan dalam membuat setiap keputusan. Jangan keterlaluan dalam membuat tindakan. Jangan ada keraguan".
Lemah lontaran suara seorang wanita yang sedang meniti usia-usia senja. Izzahtul merenung wajah ibunya, terasa sebak. Pn Hjh Hamidah memang tidak pernah berhenti memberikan kata-kata perangsang dan nasihat. Curahan kasihnya terhadap anak-anak terlalu dalam, yang tidak akan dapat dinilai dengan apa pun di dunia ini. Izzatul terus menatap wajah ibu kesayangan. Terlihat jelas garis-garis usia senja di wajah ibu. Namun wajah itu tetap tersenyum mekar.
"Insyallah ibu, Izzatul tak akan pernah melupakan setiap kata-kata ibu itu."
Penuh kesungguhan kata-kata Izzahtul. Memang setiap nasihat Pn. Hj Hamidah banyak membantu Izzatul menjadi semakin matang dalam membuat keputusan dan mencorak kehidupannya. Semenjak pemergian ayah tercinta menyahut seruan Illahi ketika dia berusia 12 tahun, Pn Hjh Hamidah lah tempat dia dan adik-beradik bergantung dan bersandar harapan.
Pengorbanan seorang wanita yang cukup di kasihi membesarkan mereka akan sentiasa segar dalam ingatan kerana pengorbanan itu terlalu bernilai. Bersengkang mata dan bekerja keras. Tidak dapat digambarkan keperitan kudrat seorang wanita melakukan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Betapa sukarnya. Itulah ibu Pn Hjh Hamidah bte Sakri. Wanita Srikandi dalam keluarga Izzahtul. Wanita yang kasih sayang dicurahkan sepenuhnya kepada anak-anak selepas pemergian suami tercinta. Kasihnya tidak pernah sekalipun berubah. Dia sanggup mengorbankan semua kebahagiaan sendiri demi masa depan anak-anak tersayang. Lamunan Izzahtul tersentak.
Kedengaran derap tapak kaki sedang meniti lantai kayu, rumah usang peninggalan arwah Safaruddin bin Sazali, ayah kandung Izzahtul. Semakin jelas bila derap kaki tersebut menghampiri.
" Kak long dengan abang long nak bawa ibu ke klinik, dia tak mahu Izzahtul. Dia kata sakitnya tak seberapa, sakit orang yang dah berusia. Penat dah akak ngan abang long kau pujuk.\"
Suara kakak ipar Izzahtul, Zarina binti Zabidin bergema dari ruang dapur. Zarina berjalan sambil menatang sedulang air. Izzahtul tersenyum melihat kak iparnya dari jauh.
"Biasalah kak long. Macam kak long tak kenal ibu. Dari dulu lagi ibu tak suka pergi klinik. Dia lebih selesa ke rumah Makcik Kiah minta air penawar. Kalau tak di paksa ibu, susah kita nanti, Saya bimbang kesihatan dia kak long. Rasanya besok saya terpaksa bawa ibu ke klinik juga".
Izzahtul bersuara agak tegas menjawab tenang sambil merenung wajah ibu. Dia nekad untuk membawa ibunya ke klinik walaupun dalam keterpaksaan dan akan menguris hati ibunya. Tidak sanggup dia melihat penderitaan yang dirasakan ibunya.
"Ibu tak apa-apa rina, Izzahtul! Ibu nie dah lanjut usia. Mungkin dah tiba masanya….\"
Kata-kata Pn Hjh Hamidah tergantung. Dia kelihatan terbatuk-batuk kecil. Ada kekerutan di dahi, seolah-olah menahan rasa kesakitan. Hati Izzahtul tersentuh. Terdetik di hati, Sakit terukkah ibu? Tingkah ibunya memang begini. Terasa sudah terbiasa. Ibunya selalu menyembunyikan setiap apa yang di rasa. Agak sukar rasanya Izzahtul membaca setiap gerak geri yang tersurat dan tersirat dalam fikiran seorang wanita yang semakin di mamah usia ini.
"Ibu nie selalu cakap sebegitu. Tak baik ibu. Ajal maut itu semua kerja tuhan. Kita sebagai manusia kenalah berusaha mengubati. Jangan mudah berputus asa."
Zarina menyampuk kata-kata ibu mertuanya, sambil meletakkan dulung yang di tatang di atas lantai kayu. Zarina memandang Izzahtul dengan ukiran senyuman. Dulang ditolak menghampiri Izzahtul.
"Minum izzatul, nie kak long ade goreng pisang sikit. Abang long kau beli kat pasar pagi tadi. Pisang kat kebun kita kat belakang tu habis di makan monyet. Nak merasa untuk dimakan entah bila agaknya. Abang long kau pun sibuk dengan sekolahnya. "
Lembut suara Zarina mempelawa Izzahtul minum.
"Susah-susah jer kak long nie. Tahulah Izzahtul ke dapur. Nanti Izzahtul ambil sendiri. Macam tetamu lak Izzatul nie…"
Izzahtul terasa dilayan istimewa. Dia tersenyum pada Zarina.
"Awak tu baru sampai. Kira tetamu jugalah. Takdenyer susah air biasa jer…\"
Zarina menjawab lembut sambil memicit kaki ibu mertuanya. Itulah antara rutin yang dilakukan dalam menjaga kesihatan ibu mertuanya. Zarina, menantu yang sungguh berhati mulia, mengambil berat tentang apa yang berlaku kepada ibu mertuanya. Di rasakan kasih terhadap ibu mertuanya tidak pernah berbelah bagi. Sememangnya sukar melihat keikhlasan dan kesungguhan anak menantu menjaga ibu mertua penuh keikhlasan tanpa sedetik rugutan di mulut. Bertuah Ahmad Azrul bin Safaruddin, abang sulong Izzahtul beristerikan Zarina. Hasil perkahwinan abang sulongnya, dia di kurniakan dua cahaya mata iaitu Shah Ikmal dan Suraya Hani.
Alhamdulillah. Izzahtul terasa bersyukur. Walaupun ibunya sudah dijaga sepenuhnya namun tanggungjawab dia sebagai anak masih harus dilaksanakan. Biarlah dia bersama-sama mencurahkan kasih dan menjaga Pn Hjh Hamidah. Bukan semudah itu dia melepaskan tanggungjawab. Ibu bersuara, sekali lagi lamunan Izzahtul tersentap.
"Izzahtul, kalau ibu dah takda nanti… pandai-pandailah membawa diri yer… awak tu perempuan. Jaga tatasusila".
Ungkapan kata-kata Pn Hjh Hamidah lemah tapi jelas di pendengaran Izzahtul. Dalam keadaaan yang kurang sihat ibunya masih tidak melupakan nasihat-nasihat yang membina agar menjadi ingatan Izzahtul. Pn Hjh Hamidah terbatuk. Tapi kali nie batuknyer agak keras. Mengalir air jernih dari kelopak mata seorang wanita yang cukup bermakna dalam hidup Izzahtul. Kelopak mata Izzahtul juga berlinang. Tersentuh dengan kata-kata ibu tersayang.
"Kenapa ibu cakap macam tu? Ibu akan sihat. Izzahtul takkan pernah sesekali melupakan kata-kata ibu… Kita ke klinik yer ibu. Batuk ibu makin teruk nie\".
Izzahtul menghampiri ibunya dan mengurut perlahan dada ibunya. Perilaku Ibunya tetap sama, mengelingkan kepala dan hanya tersenyum. Izzahtul menghampirkan wajahnya ke arah pipi Pn. Hjh Hamidah. Pipi wanita berusia itu dikucup lembut. Kemudian kucupan beralih ke dahinya. Hangat terasa. Seolah-olah meresap kasih seorang ibu terus ke dasar hati Izzahtul. Airmata Izzahtul menitis.
Sepanjang hari Izzahtul banyak menghabiskan masa bersama ibunya. Ramai jiran-jiran dan kenalan rapat Pn Hjh Hamidah datang menziarahi. Seminggu yang lepas Nurul Shafiqah Nazira bin Safaruddin, anak kedua Pn Hjh Hamidah pulang dari Pulau Pinang berserta suami dan anak-anak. Seminggu mereka bercuti melihat keadaan Pn Hjh Hamidah. Anak kedua Pn Hjh Hamidah ini mengikut suaminya bertugas di Pulau Pinang. Shamsul bin Ahmad, suami kepada Shafiqah bertugas sebagai Inspektor polis. Mereka di kurniakan tiga orang permata hati iaitu Nurul Najihah, Nurul Nabila dan Mohd Najib. Izzahtul mempunyai empat orang adik beradik. Dia anak yang ketiga.
Izzahtul mempunyai seorang adik lelaki bongsu, Ahmad Aizad bin Safaruddin. Aizad masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai tahun pertama. Memandangkan tempat bertugas Izzahtul berhampiran kampus adik bongsunya ini, Aizad kerap mengunjungi rumah kediaman Izzahtul bila ada kelapangan. Setiap minggu Aizad akan pulang ke kampung. Kadangkala Aizad akan dijemput Izzahtul pulang bersama-sama. Mungkin petang nanti Aizad akan balik. Kali ini dia menunggung motorbike Yamaha 125Z kerana Izzahtul pulang lebih awal. Dari UTM ke Kota Tinggi tidak ler terlalu jauh.
Izzahtul mengambil cuti selama seminggu kerana keadaan kesihatan Pn Hjh Hamidah yang semakin membimbangkan. Izzahtul akan pastikan dirinya sentiasa berada disisi ibunya ketika diperlukan. Sememangnya kerap Izzahtul akan pulang ke kampong bila hujung minggu dan cuti kelepasan. Cuma minggu ini Izzahtul terasa seperti tidak sedap hati. Apatahlah menerima panggilan dari abang longnya menyatakan ibu sakit. Dia mengambil keputusan memohon cuti selama seminggu.
Senja berlabuh tirai. Setelah kepenatan seharian memandu dan melayan tetamu, Izzahtul membersihkan diri dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Setelah selesai solat maghrib Izzahtul menadah tangan berdoa kepada Allah, Tuhan Pencipta Seluruh Alam.
" Bismillahhirahmannirahhim…. Ya Allah Ya Tuhan! Ampunkanlah dosa-dosaku. Berilah aku petunjuk jalan yang lurus dan diredhai-MU. Ya Allah! Ya Tuhanku ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku. Sembuhkanlah penyakit ….. "
" Izzahtul! Izzahtul! cepat Izzahtul… Ibu!.. Ibu!… \".
Jeritan Zarina kedengaran nyaring memecah kesunyian senja petang yang semakin menghilang di telan gelap malam. Zarina menjerit memanggil Izzahtul. Bacaan doa Izzahtul terhenti! Izzahtul berlari anak menuju ke ruang tengah rumah sambil menjijit kain telekong yang labuh. Kedengaran suara tangisan Kak Longnya.
Matanyer terpejam rapat. Tiada sedikit pun gerakan. Zarina kedengaran masih memanggil nama Pn Hjh Hamidah kadangkala terdengar kalimah syahadah di lafazkan. Wajah Pn Hjh Hamidah nampak tenang. Sepantas kilat, terasa seperti ada satu perasaan yang datang secara tiba-tiba dalam lubuk sanubari Izzahtul. Perasaan ketakutan. Ketakutan igauannya menjadi kenyataan. Izzahtul menerpa laju ke jasad ibu tersayang. Sejuk terasa jemari-jemari yang digenggam. Izzatul merenung ke wajah Pn Hjh Hamidah. putih pucat seolah-olah tiada lagi darah yang mengalir.
" Ibu…. Ibu….bangun ibu…. Ibu.. kenapa nie…. Kak Long kenapa dgn ibu kak long?"
Airmata Izzahtul laju mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Adakah ini kenyataan? Tidak!
" Innalillah hirahjiun…." Kalimah itu kedengaran jelas di telinga Izzahtul.
Kak longnya melafazkan kalimah yang Izzatul sememangnya gusar mendengarnya di ketika dan saat ini. Tapi itulah kenyataan. Ibu tersayang telah menghembuskan nafas terakhir, sudah tidak bernyawa lagi. Dengan linangan airmata yang semakin rancak mengalir wajah Zarina di tatap kemudian wajah ibunya, silih berganti. Izzahtul terkulai layu di sisi jasad ibu yang telah kaku. Dia menangis sepuasnya sambil memeluk ibu tersayang. Terasa gelap dunia ini.
" Ikmal… Ikmal.. panggil ayah ikmal dengan pak usu kat surau! Suruh mereka cepat balik, Beritahu nenek dah takde…"
Dalam tangisan Izzahtul dengar kak longnya memanggil nama Shah Ikmal. Shah ikmal laju meninggalkan rumah. Hilang di tengelami pekat malam.
Izzahtul tersentap. Semua ingatan Izzahtul seminggu yang lalu hilang bagai kepulan awan yang di tiup angin. Terlihat lelehan jernih mengalir. Izzatul mengesat lelehan air jernih itu. Terasa hangat. Jauh Izzatul mengelamun. Kini ibu tersayang telah tiada. Pergi selamanya. Memori bersama Pn Hjh Hamidah masih segar di ingatan. Igauan semalam masih bermain di fikiran Izzahtul. Pusara ibunya masih merah dan terasa hangat. Sehangat kasih dan kerinduan Izzatul kepada kasih seorang ibu.
" Adik!…Akak kat sini!… " Izzahtul melaungkan nada suara memanggil Aizad.
Aizad berlari-lari anak ke arah Izzahtul. Semuanya bagai mimpi. Tapi inilah hakikat dan kenyataan yang harus di terima. Izzahtul kembali mendongak melihat langit senja. Macam juga langit senja. Akan datang dan pergi mengikut putaran masa. Begitulah juga kehidupan kita sebagai manusia. Kematian itu memang berlaku. Kita sebagai manusia kena menerima hakikat itu. Dalam kepiluan Izzahtul redha pemergian ibu tersayang selamanya. Semoga roh ibunya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
" Kak uda! dah senja nie, Jom balik! Kenapa nie? Kak uda menangis yer? Kak uda, yang pergi tetap pergi. Kita yang hidup nie kena teruskan perjalanan. Perjalanan kita masih jauh. Adik pun sedih ibu dah takde, tapi kita tidak boleh terlalu meratap pemergian ibu. Kita kena redha agar dia tenang di sana. Yang penting ingatan dan doa kita buat ibu. Dah lah jangan menagis lagi. Tak lawa lah kakak Aizad menangis macam nie, Buruk ler!." Aizad mencubit hidung Izzahtul.
Dia kemudian berlari-lari anak meninggalkan Izzahtul. Keletah Aizad buat Izzahtul tersenyum. Kini Aizad jadi tempat dia bermanja.
" Cepatlah kak… "
Aizad menjerit bila melihat Izzahtul terus melangkah longlai menyusuri persisiran pantai.
"Ibu dengar Ifa keluar dengan Rizal tadi. Betul ke?" Soalan ibu yang tiba-tiba membuatkan otakku berputar ligat. Siapa pula yang gatal-gatal mulut bercerita ni? Ni mesti kerja Rizal. Sah! Tapi apa pula motifnya? "Macam mana ibu tahu ni?" soalku sambil meneruskan kembali kerjaku menuangkan air ke dalam gelas untuk makan malam kami. Abah belum lagi turun. Mungkin sedang bersolat. "Adalah…" jawab ibu.. Ni yang aku tidak suka ni. Mesti ada konspirasi ni! "Kalau ibu dah tahu kenapa tanya Ifa lagi?" "Jadi betullah Ifa keluar dengan Rizal tadi?" tanya ibu lagi. Wajahnya kelihatan ceria. "Kalau ibu dah dengar macam tu, so macam tulah," jawabku acuh tak acuh. Aku tahu mungkin ibu menganggap hubungan aku dengan Yusrizal bakal mekar kembali. Tapi ibu tak tahu yang aku takkan sesekali membenarkan perkara itu berlaku. "Eh, budak ni! Cubalah serius sikit. Memain pulak dia." "Ibu, pergilah panggil abah. Ifa dah lapar ni. Lepas ni Ifa ada kerja nak buat," ujarku, cuba menukar topic perbualan. Kerna kutahu, ibu takkan berhenti bercakap jika berbualan itu berkisarkan tentang Yusrizal. Bekas menantu kesayangannya itu. "Nak tukar topiklah tuh!" Tempelak ibu lantas bangun menuju ke atas. Aku menarik nafas lega. Dapat juga aku melarikan diri.
"Ok guys, today is the day where all of you have to submit your project report. I hope all groups can make it by today. Otherwise your marks will be reducing. Remember, marks contribution for this project is 20%. It’s a big thing guys. So don’t lose it! Yes, Malik?" tanyaku apabila pelajarku itu begitu beria-ria mengangkat tangan. Mungkin sengaja hendak menunjukkan kepanjangan tangannya. Sedangkan semua pelajar dalam kelas sudah maklum akan hal itu. "What about presentation Miss Ifa?" "Oh yes, I’m almost forget that. Thanks Malik for your reminder." Kedengaran suara pelajar-pelajar mengeluh. Mungkin sedang menyalahkan Malik kerana mengingatkan aku tentang perbentangan itu. Maklumlah, mereka sudah semestinya tidak mahukan melakukan perbentangan. Suatu perkara yang amat tidak digemari oleh para pelajar. Kerana sudah tentu bila dihadapan hadirin pelbagai rasa yang akan muncul. Malu, gementar dan macam-macam perasaan lagi. Bagaimana aku tahu? Kerna aku juga pernah menjadi belajar dulu. Semua kerenah belajar aku sudah maklum benar. "I think we are going to start it next week. All groups have to finish up their presentation in next week. I don’t want to point up which group has to present first. It’s depends on you. If you think you’re ready enough you can just proceed. Is that ok?" "Yes." Jawab pelajar-pelajarku serentak. "Good. After this you can hand-in your project report and class dismiss then." Serentak dengan itu kelas yang tadinya senyap sunyi kembali hangar-bingar. Seperti pasar saja keadaannya. Aku mengumpulkan laporan projek yang telah diletakkan oleh pelajarku di atas meja. Ada yang tebal dan tidak kurang juga yang sebaliknya. Tapi tidak semestinya yang kurang ketebalan itu tidak bagus. Aku perlu memeriksa isinya dulu. Nasib baik ‘cover’ kepada buku project itu telahku tetapkan warnanya. Iaitu warna merah. Kalau tidak macam-macam warna yang akan mereka pilih untuk dijadikan ‘cover’. "Miss Ifa, boleh kita bercakap sebentar?" Aku mengangkat kepala. Kelihatan seorang pelajar perempuan berbangsa India sedang berdiri di depanku. Wajahnya yang kelihatan keruh itu menunjukkan kesusahan hati yang dialami gadis itu. "Yes Melissa? What can I help you?" "Actually Miss, I have a problem." "What kind of problem?" "Sebenarnya Miss. Saya percaya di dalam project report kumpulan saya ada terselit satu surat. Surat complaint daripada mereka tentang saya." "Surat complaint tentang awak?" dahiku berkerut. Namun begitu tanganku lincah mencari-cari surat yang dimaksudkan oleh gadis itu. dan hasilnya ternyata benar. Aku memandang wajahnya sebelum membuka sampul surat itu, lalu membacanya. Selesai membacanya aku kembali memandang Melissa. Mengharapkan penjelasan. "I think you have to explain it to me." Gadis itu sedikit tertunduk.
"Kenapa awak tak beritahu saya sejak dari awal lagi? Kenapa bila dah parah macam ni baru awak nak bersemuka dengan saya?" tanyaku kepada Melisa. Gadis itu masih menunduk. Kelihatan air jernih mengalir dari kelopak matanya. "Saya tahu saya salah. Tapi masa tu saya tak tahu nak buat apa. Yang saya fikirkan ialah kesihatan emak saya. Saya sayangkan emak saya sangat." "Ya, saya tahu tu. Siapa yang tak sayangkan emaknya. Tapi seeloknya awak beritahu saya dulu. Bolehlah saya usahakan apa yang patut untuk awak." "Jadi, bagaimana sekarang Miss?" Aku menarik nafas dalam. Sambil menyandarkan badanku ke sofa di bilikku… "Saya rasa awak kena buat individual assignment. Saya tak boleh berlaku tak adil pada awak mahupun pada group assignment awak. Apakata esok awak datang semula ke bilik saya dalam pukul 3 petang. Esok saya akan bagi tugasan tu pada awak, okay?" "Thanks Miss. I very appreciate that. Saya takkan Persia-siakan peluang yang Miss bagi pada saya," ucap gadis itu, ceria.
"Hai, anak abah! Menungkan apa tuh?" sapa abah yang baru turun ke ruang makan setelah dipanggil ibu. Sekaligus melenyapkan ingatanku terhadap Melissa. Melihatkan wajah abah yang manis tersenyum membuatkan aku memanjat kesyukuran. Walaupun aku anak tunggal tetapi keluargaku sempurna. Tidak seperti Melissa yang terpaksa menanggung beban tugas yang berat. Bagaimana agaknya gadis itu membahagikan masanya untuk belajar? Sudahlah terpaksa pulang selalu ke kampung untuk melawat ibunya yang terlantar sakit, dalam masa yang sama pula terpaksa menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. "Laa..yang pandang abah macam tu sekali kenapa?" Soalan abah membuatkan aku tergelak kecil. Reaksiku tadi mungkin membuatkan abah sedikit hairan. "Tak ada apa-apalah. Tetiba jadi rindu pulak dengan abah," jawabku manja. Pantas lengan abah kupaut. Manakala, kepalaku pula melentok mesra di bahu abah. "Dah besar panjang pun nak bermanja dengan abah lagi ya?" ujar abah sambil mengusap kepalaku. "Mestilah, dengan sape lagi Ifa nak bermanja kalau bukan dengan abah dengan ibu?" "Dengan suami!" sampuk ibu. Aku mengerutkan dahi. Bila masa lak aku kahwin. Aku confuse sendiri. "Bila masa lak Ifa ada suami bu?" "5 tahun lepas." "Itu dulu la bu. Sekarang ni Ifa dah single," jawabku pantas. Ibu sengaja hendak mendera perasaanku lagi. "Boleh aje kalau nak berkahwin semula. Tapi kamu tu aje yang tak nak," kata ibu lagi. Aku mencebik. "Tak naklah Ifa. Biar menjanda sampai ke tua pun tak apa. Ifa dah serik." Tiba-tiba abah mencubit pipiku agak kuat. Terjerit aku kesakitan. "Abah kenapa cubit pipi Ifa. Sakit tau!" aduku sambil menggosok-gosok pipiku. Ibu tersenyum mengejek. Mungkin bersetuju dengan tindakan abah itu. "Mulut tu celupar sangat. Kalau betul nanti tak kahwin sampai ke tua macam mana?" "Alah biarlah. Bukannya Ifa tak pernah kahwin. Pernah tau. Cuma tak kekal je," jawabku. Makin membuatkan ibu dan tak berpuas hati. "Abah tak suka Ifa cakap macam tuh. Ifa jelah anak kami satu-satunya. Kami dah tak ada anak lain dah. Kalau boleh sebelum kami tutup mata kami nak tengok ada orang jagakan Ifa. Ibu dengan abah ni dah tak lama lagi nak hidup Ifa. Ifa nak ibu dengan abah pergi dengan hati tak tenang?" Alamak, inilah yang aku tak suka. Nampaknya perbualan kami sudah semakin serius. Dan yang paling aku lemah bila orang tuaku menggunakan ajal sebagai modal untuk menutup terus mulutku. Aku merenung wajah-wajah orang yang paling kusayangi itu. Perasaan sayu mula menjalar ke seluruh jiwa. "Kenapa abah cakap macam ni?" Tanyaku dengan suara serak. "Abah tu cakap apa yang betul Ifa. Kalau kami dah tak ada nanti siapalah yang nak menjaga kamu. Kami ni risau Ifa. Ifa tu perempuan. Janda pulak tuh. Perkara yang paling membuatkan kami risau ialah Ifa tu tak ada adik-beradik lain. Nak harapkan saudara-mara selama manalah Ifa boleh mengharapkan mereka. Mereka pun ada komitmen lain. Kalau Ifa dah ada suami tu lainlah. Terjamin dah masa depan Ifa nanti," balas ibuku pula. Makin membuatkan hatiku sayu. "Ifa bukan tak nak kahwin lagi abah, ibu. Tapi Ifa serik. Pengalaman menjadi isteri Yusrizal dah cukup membuatkan Ifa berfikir seratus kali untuk berkahwin lagi. Ifa takut kecewa lagi." "Ibu faham perasaan kamu. Tapi hidup ni tak boleh berputus asa. Cuba bagi peluang sekali lagi kat Yusrizal dan yang paling penting peluang untuk diri Ifa tu. Ifa pun dah 28 tahun sekarang. Sepatutnya umur macam Ifa ni dah ada anak dua tiga orang tahu?" Kata-kata ibu tadi membuatkan aku terperanjat besar. Aku memandang wajah abah pula. Orang tua itu hanya tersenyum sambil mengangguk sebagai isyarat bersetuju dengan kata-kata ibu tadi. "Hah? Bagi peluang pada Yusrizal? Oh please no..no..no. Ifa tak nak kahwin dengan dia semula. Cukuplah apa yang dia dah buat pada Ifa. Ifa tak sanggup nak hadapinya lagi. Ifa sanggup kahwin dengan orang lain daripada kahwin dengan dia." "Tak baik cakap macam tu Ifa. Abah rasa Rizal dah berubah. Dah tak sama macam Rizal yang dulu lagi." "Mana abah tahu dia dah berubah? Ifa nampak sama saja," ucapku dengan nada menyampah. Tapi aku langsung tersedar yang ucapanku langsung tidak selari dengan fikiranku. Petang tadi dengan mataku sendiri aku melihat Yusrizal bersolat. Satu perubahan yang agak ketara. Kerana selama tempoh aku menjadi isterinya tidak pernah aku melihat dirinya menunaikan kewajipannya itu. "2 hari 1 malam sudah cukup untuk abah mengenali Rizal. Dia memang sudah berubah Ifa. Ifa mungkin tak tahu yang Rizal lah yang menjadi imam solat maghrib dan Isya’ untuk kami semua." Aku seakan tidak percaya dengan apa yang abah katakan. Tapi takkan abah hendak berbohong pula? Lagipun aku tidak boleh bersolat ketika itu. Jadi mana mungkin aku turut serta untuk melakukan solat berjemaah di rumah itu. Pada fikiranku sudah tentulah abah atau Pak Kassim driver itu yang menjadi imam. Tapi ternyata sangkaanku salah. "Alah, kalau setakat nak berlakon tu tak payahlah abah. Dia tu memang pandai berlakon. Kalau setakat nak berlakon jadi imam apalah sangat kan?" kataku, masih cuba menyangkal kata-kata abah. "Ifa, kamu ingat senang ke nak berlakon jadi imam? Ingat cerita dekat tv ke yang shoot bila nak bagi salam saja? Kalau yang tu memanglah sape pun boleh," tempelak ibu pula. Aku sudah semakin rimas. Walaupun aku seorang pensyarah tetapi untuk berlawan cakap dengan orang tuaku memang aku akan kalah. "Cup..cup. Ifa tak fahamlah. Kenapa abah dengan ibu beriya-iya promote budak tu sangat ni? Kami kan dah tak ada apa-apa lagi?" Kelihatan abah dengan ibu serba-salah. Mereka memandang sesama sendiri. Aku mula rasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada sesuatu yang cuba ibu bapaku sampaikan. "Kenapa ni abah, ibu?" Pada mulanya ibu seolah-olah berat hati hendak membuka mulut. Namun setelah abah menganggukkan kepala barulah ibu mengalah. Sedangkan hatiku waktu itu sudah semakin berdebar kencang. "Macam ni Ifa. Minggu lepas bekas mentua Ifa telefon. Katanya mereka nak hantar rombongan meminang Ifa minggu depan." "Hah?" Aku terkejut amat. Rasa hendak pitam aku mendengarnya. Rombongan meminang? Bermakna ibu dengan abah sudah bersetuju. Jika tidak takkanlah mereka hendak menghantar rombongan meminang terus. Kalau merisik boleh jugalah aku menolak lamaran itu. "Ibu, abah apa ni? Bermakna ibu dengan abah dah bersetujulah?" Rasa hendak pengsan aku dibuatnya bila ibu bapaku menganggukkan kepala. "Kenapa ibu dengan abah tak tanya Ifa dulu?" "Ifa, ibu dengan abah buat semua ni untuk Ifa jugak," "Untuk Ifa? Untuk Ifa ke untuk kepentingan ibu dengan abah?" ujarku kuat. Hilang terus rasa hormatku kepada mereka dek kerana rasa geram yang tak dapat ditahan. Rupa terperanjat mereka sudah aku tidak pedulikan walaupun kutahu dosa yang bakal aku tanggung kerana meninggikan suara dengan mereka. "Ifa kenapa cakap macam tu?" marah abah. "Betulkan apa yang Ifa cakap. Selama ni ada ke ibu dengan abah fikirkan perasaan Ifa? Tak ada. Semua ibu dengan abah yang tentukan. Ifa langsung tak diberi pilihan. Ifa dah 28 tahun ibu, abah. Kenapa Ifa tak berhak nak buat keputusan sendiri? Yang nak kahwin Ifa bukan ibu dengan abah. Ifa yang akan rasa deritanya bukan ibu dengan abah!" marahku. Air mata sudah lama bergenang di kelopak mata jatuh berderaian. Ibu bapaku tertunduk. Mungkin menyedari kebenaran akan kata-kataku. "Ibu tahu keputusan kami agak terburu-buru. Tapi percayalah sayang, kali ni kami tak silap buat pilihan," pujuk ibu. Telapak tangannya cuba mengusap pipiku. Pantas aku menepis tangannya. Terkejut ibu dengan kelakuanku. Masakan tidak. Selama ini aku tidak pernah melangar perintahnya, tapi hari ini tidak lagi. "Ifa tak kira, Ifa tak nak kahwin dengan Rizal!" Bentakku lalu berlari menuju ke bilikku. Panggilan ibu dan abah tidak langsung kuhiraukan. Amarahku benar-benar melonjak. Cukuplah aku tersiksa dulu. Aku tak mahu tersiksa lagi. Tapi kenapa ibu dengan abah tak faham? Aku melepaskan tangisku di atas katil. Tangisan itu bukan sahaja kerana tanda protesku terhadap keputusan ibu dengan abah malah, aku turut rasa berdosa kerana terpaksa meninggikan suara dengan mereka berdua. Orang yang tak sepatutnya aku berkata 'uh' pun.
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei