BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Ogos 04, 2008
Cerpen : Hanya Untukmu
Zuarie
ija_mockingbird12@yahoo.com.my

"Aku terima nikahnya Nur Nadia binti Mohd. Syukri dengan mas kahwin RM80 tunai". Dengan sekali lafaz, maka sempurnalah sudah ikatan antara dua hati.
Majlis perkahwinan antara Fazren Akmal dan Nur Nadia berlangsung dengan sederhana tetapi meriah. Sudah menjadi kelaziman Tuan Hasnan dan Puan Rogayah, walaupun berharta tetapi sangat mementingkan kesederhanaan. Maka tak hairanlah mereka begitu disenangi oleh ramai orang. Apatah lagi dengan status yang baik dalam masyarakat telah meletakkan mereka dalam kelompok yang dikenali dan disenangi ramai.
Ternyata perkahwinan yang sudah lama diimpikan itu menjadikan mereka sangat gembira. Berbesan dengan rakan baik yang telah dikenali sejak kecil lagi sememangnya telah lama dirancang oleh Tuan Hasnan. Tambahan pula hatinya sangat tertarik dengan budi pekerti Nadia yang sopan santun. Soal harta bukanlah menjadi keutamaan. Buktinya Syukri, sahabat baiknya itu merupakan peniaga kedai runcit sahaja. Manakala Nadia pula, seorang pustakawan di perpustakaan negeri. Namun, semua itu tidak menjadi masalah buat dirinya meskipun pada mulanya hasrat itu ditentang oleh Fazren sendiri.
"Ayah, please la. Jangan paksa Angah. Ayah tau kan Angah dengan Farah". Fazren nyata tidak bersetuju dengan cadangan ayahnya yang dirasakan sangat menjengkelkan itu. Menikahi Nadia? Tak mungkin! Hatinya mencebik. Teringat dia pada Nadia. Gadis yang penuh dengan misteri. Gelaran itulah yang selalu diberikan sejak kecil lagi. Tak sangka aku kena kahwin dengan kau. Entah apalah yang ayah aku fikirkan ni. Sampai nak jodohkan aku dengan Nadia. Hatinya terus berkata-kata.
"Sudah! Kau jangan nak bantah. Aku ni ayah kau. Along dulu pun ikut cakap ayah. Bahagia aje ayah tengok dengan kakak kau tu. Sekarang ayah nak kau ikut apa yang ayah cakap tadi. Jangan nak jadi anak derhaka." Tuan Hasnan terus meninggalkan ruang tamu itu tanpa menghiraukan panggilan Fazren.
"Ayah! Tolong la yah!" Tidak diendahkan. Fazren merasa sungguh tertekan. Takkan nak jadi anak derhaka. Ah! Masalah besar ni.
Akhirnya, nak tak nak terpaksa juga diterima. Kasihan Farah. Masalah betul la. Fazren masih bingung dengan apa yang telah terjadi. Hai, dah jadi laki orang aku ni. Hatinya seperti tidak percaya.
Fazren mengerling Nadia yang baru menapak keluar dari bilik air. Nadia hanya berbaju tidur biasa. Ingatkan nak pakai seksi-seksi. Tak tahu menggoda langsung! Fazren hanya memandang Nadia dari ekor mata.
"Abang.." Tersentak Fazren mendengar suara yang dirasakan cukup dekat dengan telinganya. Dah la lembut, manja pulak suara itu didengarnya. Ish! Eh sejak bila pulak dia ada kat tepi aku ni? Apasal aku boleh tak perasan? Dadanya berdebar-debar tiba-tiba. Cover cover.
"Iye..a..ada apa?" tergagap-gagap la plak.
"Abang suka tak dengan perkahwinan ni..?" Lembut sahaja soalan itu dituturkan. Aik! Fazren hanya terdiam. " Awak pulak macamana?" dia bertanya kembali. Direnungnya wajah lembut Nadia. Cantik gak bini aku ni.Hatinya memuji sendiri.
"Nadia ikut aje..Tak sampai hati nak tolak. Ayah baik sangat ngan Nadia. Kalau abang tak dapat terima Nadia sekarang pun takpe. Nadia boleh tunggu. Sebab abang dah jadi suami Nadia, jadi Nadia kena ikut cakap abang". Redup mata Nadia sewaktu menuturkan kata-kata itu benar-benar menyentuh perasaan Fazren. Seketika naluri lelakinya bergetar. Farah! Kilasan wajah itu mematikan hasratnya untuk mendekati Nadia.
"Tidurlah. Dah lewat ni. Abang dah ngantuk." Fazren gelisah di pembaringannya. Terasa Nadia di sebelahnya yang sekejap-sekejap bergerak-gerak. Hai, dia ni tido langsung tak duk diam. Fazren geram kerana matanya langsung tak boleh lelap sedangkan Nadia dirasakan sudah lama dibuai mimpi.
"Abang tak leh tido ke..?"
Mak datuk! Hampit tercabut jantung Fazren mendengar teguran Nadia. Kenapa la kau ni asyik buat aku terkejut!? Serta merta dia memalingkan wajahnya mengadap Nadia. Terasa semakin kalut saat matanya bertemu dengan renungan Nadia. Boleh terbang semangat kalau macam ni..
"Panas sangat. Lagipun awak asyik gerak-gerak aje. Macam dok berkawad lak atas katil ni. Mengganggu tau tak." Fazren cuba menutup debar di hati yang hanya dia saja yang mengetahui. Parah kalau macam ni. Kalah aku lama-lama tengok muka dia ni.
"Maaflah..Nadia tak sengaja. Abang tidolah. Nadia tido kat bawah aje."
Belum sempat Nadia berpaling, terasa tangan Fazren menyentuh bahunya.
"Tido sini je lah. Kita ni suami isteri. Takkan tido asing-asing lak." Tak sanggup rasanya Fazren membiarkan Nadia tidur di lantai. Sedikit sebanyak perasaanya sudah bercambah untuk Nadia, isteri yang baru sahaja dinikahi. Tambahan pula keinginan yang datang secara tiba-tiba tidak mampu untuk dibendung lagi.
Ah! Farah..maafkan aku. Nadia ni isteri aku. Tak salah rasanya. Takde rasa-rasa. Memang tak salah pun. Fazren memeluk Nadia seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Nadia hanya menurut.


Sudah hampir lima bulan usia perkahwinan mereka. Fazren merasakan dirinya berada di dunia khayalan. Dah jatuh cinta dengan isteri sendiri. Bahagia yang dirasakan hanya dia yang tahu. Nadia! Kau memang isteriku yang tercinta. Hatinya berbunga cinta. Persis lagu bunga-bunga cinta nyanyian Misha Omar. Sejak berkahwin juga, Nadia telah berhenti kerja, juga atas permintaan Fazren. Cemburu orang lain ngorat katanya. Nadia juga tidak menyangka Fazren akan menerimanya secepat itu. Dia bersyukur kerana Fazren melayannya dengan baik walaupun pada mulanya segalanya nampak sukar.
"Hai.." teguran itu mematikan suapan Fazren semasa sedang lunch di restoran di bawah pejabatnya. Farah!
"Makin hensem you sekarang ni yer.." Farah duduk di depan Fazren tanpa dipamit.
"Well..nampak bahagia." Farah terus berkata-kata.
"Biasa-biasa aje. Dah lama tak jumpa. You pun makin cantik." Fazren sekadar berbasa-basi. Farah hanya tersenyum. "Mana cantik ngan wife you?". Hampir tersedak Fazren mendengar soalan itu. Bangang betul. Wat lawak lak dia.
Fazren telah memutuskan untuk melupakan segala kisahnya bersama Farah semenjak hari pertama dia bersama Nadia. Dia merasa seakan-akan telah jatuh cinta yang sebenar-benarnya terhadap Nadia. Cinta yang tulus dan direstui oleh semua.
"Err..you dari mana?" sengaja dia mengubah topik. Tentulah bini aku lagi cantik.
"Dari ofis gak..Faz..Jumpa you malam minggu ni bleh?". Fazren hanya menggeleng.
"I dah beristeri. Kita tak boleh macam dulu dah."
"Ala, sebagai kawan jer. I pun dah ada special. Ada benda I nak tunjuk kat you nanti. Please.." Farah membuat gaya menggoda. Aduh! Silap-silap boleh tergoda ni. Tapi aku takkan tergoda.
"Okey..tapi tak leh janji. Tengok I punya jadual dulu k.."
"Okey". Farah tersenyum memandang Fazren. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah melihat sinar di mata Fazren. Berseri sungguh pengantin baru ni. Hatinya mendongkol marah.

"Abang nak jumpa kawan malam ni. Kalau lewat, sayang tido dulu k..". Fazren memandang wajah Nadia. Seketika perasaan bersalah menyerangnya. Namun hatinya menurut juga apabila Farah beriya-iya mengatakan mahu memberikan surprise. Tak sampai hati pula manghampakan bekas kekasihnya itu. Lagipun dia tak mahu dianggap sombong. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Dia bukan begitu!
"Drive elok-elok yer. Nadia tunggu abang balik." Nadia menyalami tangan Fazren. Satu ciuman hinggap di dahi Nadia. Dan tanpa menyimpan sebarang curiga, dia menutup pintu apabila dilihat Toyota Estima milik Fazren meluncur keluar dari halaman rumah mereka.
"Faz!" kelihatan Farah melambai tangannya kepada Fazren. Kelab yang sudah lama tidak dijejak akhirnya menyaksikan semula kehadiran Fazren. Farah terus memegang lengan Fazren dan menariknya duduk di kerusi yang dihadapannya dipenuhi dengan minuman yang pelbagai jenis. Tiba-tiba Fazren merasa menyesal datang ke situ. Duk ngan Nadia lagi bagus. Fikirnya.
"I dah order air untuk you. Jangan risau. Coke aje." Farah terus merapatkan dirinya kepada Fazren. Fazren hanya berlagak biasa. Jengkel pula melihatkan gelagat orang-orang di sekeliling.
"So, apa yang you nak tunjukkan kat I ni?". Terasa tak larat pulak dia melihat telatah Farah. Gedik la pulak minah senget ni. Macamana aku boleh syok kat dia dulu?
"Tunggu erk..Sambil tu you minum la dulu. Jap lagi I datang." Farah terus melangkah meninggalkan Fazren.
Puas Nadia menghubungi telefon bimbit Fazren. Langsung tak dapat dihubungi. Dah pukul 3 pagi ni..Takkan takde bateri. Hatinya sedikit gusar. Tanpa sedar Nadia terlelap bersama-sama telefon bimbit yang masih dalam genggaman.
Fazren hanya terjaga apabila dirasakan cahaya matahari menyimbah wajahnya. Kepalanya berdenyut-denyut. Terasa ada tangan yang melingkari pinggangnya. Bibirnya menguntum senyum. Mesti Nadia tengah tido ni. Muncul keinginan untuk mengusik isterinya itu.
Namun Fazren hanya mampu beristighfar apabila melihat wajah yang sedang lena dipelukannya itu bukanlah Nadia, tetapi Farah! Ya Allah! Apa dah jadi ni!!
Dia bingkas bangun dan menolak tubuh Farah yang hanya dibaluti selimut. Dirinya dapat meneka apa yang telah berlaku. Wajah Nadia segera memenuhi ruang matanya. Kelihatan Farah membuka mata dan tersenyum.
"Hai honey..morning". Fazren tidak menghiraukan Farah. Dikenakan pakaian dengan tergesa-gesa. Sebelum melangkah keluar, terdengar suara Farah lagi.
"Faz, I love u.." Fazren terasa ingin muntah mendengar kalimat itu. Apatah lagi apabila melihat wajah Farah yang tersenyum puas. Kau kenakan aku ya Farah!! Hatinya menyumpah.

Fazren ingat lagi selepas dia minum coke yang disediakan Farah, matanya berpinar. Dia nampak kelibat Farah menghampirinya. Dia juga masih ingat lagi saat dirinya memeluk Farah masuk ke bilik. Cuba di kawal namun nafsunya terasa begitu memuncak. Apatah lagi wajah Farah dilihatnya telah berubah menjadi wajah Nadia, isteri yang sangat dicintai. Semakin galak dia memeluk ‘Nadia’ dan dia dapat mengingat dengan jelas apa yang telah dilakukannya malam itu. Nadia..maafkan abang.. hatinya berbisik. Tentu Nadia sedang menunggu di rumah. Toyota dipecut laju. Tak sabar untuk bertemu dengan isterinya yang seorang itu. Perasaan bersalah pula semakin menyelinap dalam hati lelakinya. Kalaulah Nadia tahu..
Longlai langkahnya menapak memasuki rumah. Kereta Nadia tiada. Di mana Nadia? Hatinya resah. Dicari-cari telefon bimbit dalam poket seluarnya. Aik! Mati? Dihidupkan telefon itu dan hatinya makin kalut apabila menerima mesej yang mengatakan terdapat 35 missed call dari Nadia. Satu mesej dari Nadia tiba-tiba masuk.
‘Sampai hati abang..abang hancurkan kepercayaan Nadia pada abang selama ni..Nadia boleh terima apa saja. Tapi bukan pengkhianatan. Maaf sebab pergi tanpa meminta kebenaran dari abang..tapi, Nadia mohon.. Lepaskanlah Nadia. Biarlah Nadia pergi. Supaya abang tidak terus melakukan dosa lagi. Kahwinilah Farah.’
Fazren terasa seperti kepalanya dihempap batu besar. Menggigil tangannya mendail nombor Nadia, tetapi tiada sambungan. Dia lantas berlari menuju ke bilik tidur mereka. Dilihatnya pakaian Nadia telah tiada. Nadia!!! Fazren hampir rebah saat terpandangkan gambar perkahwinan mereka yang tergantung di dinding selama ini berada di lantai. Kacanya telah pecah berderai. Membuktikan Nadia telah membalingnya. Ahh..Nadia..

Fazren bagaikan orang gila. Sama ada ayah mertuanya dan juga ibu bapanya, tidak tahu ke mana Nadia telah menghilangkan diri. Nadia hanya menghubungi ayahnya dan juga mertuanya meminta maaf dan meminta diberi ruang untuk seketika. Dia juga meminta ayahnya memberitahu Fazren supaya jangan mencarinya kerana hatinya telah mati. Telah hilang rasa cinta dan hormatnya pada lelaki yang pernah bergelar suaminya itu.
Fazren hanya menerima tamparan dari Tuan Hasnan sebaik sahaja dia menceritakan segala-galanya. Mujurlah Puan Rogayah meleraikan. Sayu hatinya melihat wajah kusut Fazren. Anak lelakinya itu kelihatan sungguh berserabut. Tak sampai hati pula untuknya memarahi Fazren. Dia tahu Fazren juga menderita. Namun, dia juga tak dapat berbuat apa-apa.
"Sabarlah Angah..Nanti Nadia akan balik jugak." Hanya itu yang mampu dikatakan Puan Rogayah. Syukri pula hanya membisu seribu bahasa.
Kini sudah hampir lima bulan Nadia meninggalkan Fazren. Selama itu juga Fazren merasa amat kehilangan. Pernah dia menemui Farah meminta penjelasan. Dan ya! Semuanya kerana dendam. Fazren tak menyangka Farah begitu mendendami dia dan Nadia sehingga sanggup mengirimkan mms sewaktu mereka bermesra kepada Nadia. Dan itulah punca Nadia meninggalkan dia. Gambar suaminya bersama dengan perempuan lain dalam keadaan yang sungguh memalukan! Sebab itu hatinya hancur.
Nadia merenung kebun sayur yang selalu dikunjunginya sejak enam bulan lalu. Berada di kawasan kampung, benar-benar mendamaikannya. Dia tak menyangka hubungan ibu angkat dengan Mak Cik Zainab sejak dia menuntut di universiti dulu telah memberinya kelebihan untuk bersembunyi. Merawat hati yang luka. Bukan sekadar luka, malah parah dan pedih yang sungguh sukar untuk disembuhkan. Mak Cik Zainab seakan mengerti deritanya. Hatinya bersyukur kerana masih ada tempat untuk dituju.

Syukri melihat menantunya sedang termenung di beranda. Hatinya terusik melihat jambang yang tumbuh meliar di wajah Fazren. Sampai begini jadinya.Keluhnya. Sejak pemergian Nadia, Fazren berubah menjadi pendiam. Tubuh yang dulunya tegap semakin kurus. Menanggung rindu mungkin. Teringat janjinya pada Nadia.
"Ayah..Nadia sihat. Nadia kat kampung Mak Cik Zainab. Ayah jangan risau. Nadia dah lupakan dia. Ayah jaga diri. Nanti Nadia akan balik jugak. Janji ngan Nadia jangan bagitau sape-sape Nadia kat mana." Kata-kata Nadia langsung tidak diterima. Mustahil Nadia telah melupakan Fazren. Setahunya Nadia sangat mencintai Fazren. Dari dulu lagi dia boleh lihat sinar cinta di mata Nadia terhadap Fazren. Sebab itulah dia merelakan apabila Tuan Hasnan merisik Nadia. Akhirnya Nadia dapat juga bersama Fazren. Nadia tidak perlu lagi mencintai Fazren dalam diam.

Nadia sedang memetik terung di belakang saat dia terdengar bunyi kereta di hadapan rumah. Dadanya berdebar. Dia kenal kereta itu. Seketika telinganya menangkap suara Mak Cik Zainab memanggil namanya. Cepat-cepat dia berlari. Namun tetap berhati-hati menapak melangkah tangga yang agak basah. Mengunci diri dalam bilik. Aku tak mahu jumpa dia!! Hatinya marah. Tangisan seakan semakin menghampiri. Namun ditahankan supaya tidak jatuh airmatanya. Aku takkan menangis untuk lelaki jahat macam tu!!! Namun, tetap ada mutiara jernih yang sudah pun laju menuruni pipinya saat kedengaran suara yang amat dirindui namun dibenci itu.
"Sayang…buka pintu, sayang..Abang datang ni.." kedengaran suara Fazren. Serak suaranya. Nadia hanya membisu menahan esakan yang semakin kuat. Ketukan yang bertalu-talu memenuhi deria pendengarannya. Ingat aku pekak ke??
"Sayang, abang minta maaf..Abang boleh jelaskan segalanya.. Please sayang..buka pintu ni.." suara Fazren yang merayu-rayu membuatkan Nadia semakin kuat menahan tangisan.
"sayang..please..Jangan buat abang macam ni.." Fazren terus memanggil. Pilu hatinya apabila Nadia tidak sudi melihat wajahnya lagi.
"Pergi!!! Jangan datang lagi..Nadia tak mahu tengok abang. Kita dah takde apa-apa lagi..Pergi!!!" Nadia menjerit. Kedengaran esakannya yang memanjang. Seketika kemudian keadaan sunyi. Tiada lagi suara Fazren. Sudah pergikah!!! Nadia menangis dan terus menangis. Abang memang tak sayangkan Nadia…

Airmata Fazren tumpah juga. Walang hatinya mengenangkan Nadia yang sangat dicintai kini telah membencinya. Sambil menahan hati yang semakin dihantuk kepiluan, dia memcut laju Toyota miliknya meninggalkan Balik Pulau, tempat Nadia menyembunyikan diri daripadanya. Apalah gunanya aku disini..Nadia sudah tak cintakan aku lagi. Hati lelakinya terasa rapuh. Begini rasanya derita apabila kehilangan insan yang disayangi.
Dia terus memecut sambil mulutnya menyebut-nyebut nama Nadia. Biarlah aku yang pergi. Supaya kau takkan menderita lagi. Hatinya masih berkata-kata. Pandangannya kabur dek airmata yang selama ini tak pernah wujud dalam diari hidupnya. Semuanya kerana Nadia! Fazren nampak kelibat Nadia..Nadia kah?? Tiba-tiba…
******
"Nadia, ni ada surat.." Mak Cik Zainab menghulurkan surat yang dilipat ke tangan Nadia. Nadia sedang termenung di beranda rumah waktu itu. Hatinya runsing,sejak Fazren balik tadi. Hatinya tak sedap. Terasa seperti ingin sahaja dia pulang ke rumahnya saat itu.
"Jangan diikutkan sangat marah tu. Nanti binasa. Setiap orang tak lepas dari melakukan kesilapan. Dia sanggup datang sejauh ni semata-mata nak pujuk kau. Apapun dia masih suami kau. Kau sendiri tahu apa hukumnya keluar rumah tanpa izin suami kan?" Nadia tersentak dengan teguran Mak Cik Zainab. Dia hanya membisu.
"Nanti masuk lekas. Jangan dok lama-lama sangat. Banyak nyamuk". Mak Cik Zainab terus berlalu.
Fazren? Surat dari Fazren.Nadia membukanya. Tarikh tertulis semalam yang lepas. Dia datang tadi. Sempat plak dia tulis surat ni..
Isteri abang, Nadia yang dicintai…
Pertama sekali abang minta maaf… sebab telah membuatkan Nadia terpaksa datang ke sini…sendiri…abang bersalah..Nadia ada hak untuk membenci abang setelah apa yang berlaku..abang terima…tapi..abang ada penjelasan untuk semua tu..
Apa yang berlaku adalah salah abang…sebab abang yang pergi jumpa dia…tapi abang pergi sebagai kawan..tak pernah abang berniat untuk mengkhianati sayang..tapi abang tak menyangka, Farah ada agenda tersendiri. Dia masukkan sesuatu dalam minuman abang..abang rasa ubat peransang seks…
Sungguh sayang…abang tak berdaya masa tu..abang cuba menolak…tapi abang melihat satu wajah di depan abang.. abang lihat wajah Nadia, isteri abang..bukan wajah dia..sebab tu abang sentuh..abang ingat abang bersama isteri abang..tapi, hanya Dia yang tahu apa abang rasa saat abang sedar siapa sebenarnya disisi abang keesokan hari..bukan Nadia isteri abang, tapi Farah…
Abang tahu..apa saja abang lakukan, Nadia tentu takkan memaafkan abang begitu saja..sebab ini memang salah abang…Farah mengaku, dia lakukan kerana dendam…sekarang dia dah tinggalkan Malaysia..dia kata dia puas sebab dapat pisahkan kita…
Sayang…abang sangat menderita selepas sayang pergi..abang benar-benar kehilangan cinta abang..sayang pergi bersama-sama cinta yang dah abang beri sepenuhnya untuk sayang..abang tak sanggup kehilangan sayang..tapi kalau sayang betul-betul dah tak dapat menerima abang, abang terpaksa juga lepaskan sayang…abang tak nak sayang terus menderita…
Abang tetap akan menunggu sayang memaafkan abang..tapi abang minta…jangan tinggalkan abang…abang sayang nadia…nadia satu-satunya isterinya abang…dunia dan akhirat..
Nadia menangis tersedu-sedu..Abang…
Nadia merenung wajah yang sedang tidur itu. Nampak tenang tetapi rahsia di hatinya siapa yang tahu? Aku sendiri pun tak dapat membacanya. Diseka airmata yang mengalir saat itu. Abang..sedarlah..
Nadia masih ingat keesokan hari selepas kedatangan Fazren, ayah dan bapa mertuanya datang untuk membawanya pulang.
"Ada apa sebenarnya ni ayah?" Nadia sangsi. Mengapa ayah dan bapa mertuanya datang membawanya pulang? Hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang buruk telah berlaku. Sehinggalah dia diberitahu Fazren kemalangan sewaktu pulang dari bertemunya. Hancur luluh hatinya. Rasa menyesal menyerbu sehingga Nadia jatuh pengsan di depan bangunan hospital.
Setelah hampir 2 minggu koma, masalah lain pula menimpa. Fazren langsung gagal mengingati sesiapa pun lagi..termasuk namanya sendiri. Gegaran otak yang dialami sewaktu keretanya melanggar penghadang jalan menjadikan dia kehilangan segala memorinya.
"Abang..nak makan apa malam ni.." Nadia hanya melihat Fazren tersenyum tanpa berkata apa-apa. Sejak pulang ke rumah, Fazren banyak mendiamkan diri. Dia lebih suka menghabiskan masa dengan melihat gambar-gambar perkahwinan mereka.
"Maaf sebab masih tak dapat mengingati siapa Nadia.." kedengaran suara Fazren. Nadia terasa ingin menangis.
"Tak mengapa..abang tentu akan ingat semula..Nadia akan tolong abang." Seketika Fazren menghampiri Nadia, dan memeluknya. Terasa ada sesuatu yang mendorongnya untuk mendekati Nadia.
"Abang akan cuba untuk ingat tentang segala-galanya. Nadia boleh tunggu?’’ Nadia hanya mengangguk dan airmatanya jatuh lagi dalam pelukan Fazren.
Malam itu Fazren terjaga dari tidurnya. Diamati wajah isterinya disisi. Maafkan abang..Hatinya berbisik. Dikucupnya dahi Nadia dan dia melangkah meninggalkan rumah itu.

Nadia masih duduk di buaian. Matanya melihat-lihat pagar rumah itu. Membilang waktu bilakah waktunya Fazren akan pulang. Nadia tak mengerti mengapa Fazren meninggalkan dia..meninggalkan keluarganya. Kini hampir 2 bulan.. kemana abang pergi..Hatinya menangis mengenangkan rindu yang semakin sarat.
Fazren melayannya dengan baik malam itu. Nadia menyangka mereka takkan berpisah lagi. Tetapi takdir Tuhan tiada siapa mampu menduga. Fazren pergi dengan meninggalkan nota ringkas..
Abang pergi dulu…tapi abang akan kembali..sayang mesti tunggu abang..abang ada sebab untuk melakukan ini semua..
Nadia akur..dia yakin Fazren akan kembali padanya.
******
Fazren melangkah masuk ke rumah yang sudah 2 bulan ditinggalkan. Kereta Nadia tiada. Kat rumah ayah agaknya. Dia melihat rumah yang terurus kemas. Bibirnya menguntum senyum. Kakinya menapak ke arah kamar yang pernah menjadi saksi cintanya hanya untuk wanita bernama Nadia. Sebaik pintu kamar ditolak, kelihatan sekujur tubuh sedang berdiri merenung gambar perkahwinan mereka, membelakangi pintu. Jantung Fazren seperti berhenti berdegup. Nadiakah??
Matanya mengamati tubuh itu..semakin kurus..benarkah Nadia ..?? Fazren semakin terdesak untuk menghampiri. Namun, kakinya beku. Langkahnya mati. Nadia nampaknya belum menyedari kehadiran Fazren.
Terasa ada tangan yang menyentuh bahunya. Sedikit terkejut Nadia menerima sentuhan hangat itu. Dipalingkan wajahnya. Matanya membulat. Di hadapannya terlihat seraut wajah yang sangat dirindui. Wajah bersama renungan yang redup. Berkaca-kaca matanya menahan airmata yang semakin memberat. Abang!! Kaku tubuhnya saat matanya memandang Fazren yang mencium dahi dan memeluknya. Hangat. Tanpa disedari matanya juga melepaskan titisan jernih yang menggambarkan rindu yang sarat.
"Maafkan abang…".Luluh hati Nadia saat terpandangkan mata Fazren yang merah. Diamati wajah yang kelihatan tenang itu. "Abang dah balik.." Fazren meraih tangan Nadia dan dikucupnya.
"Maafkan abang sebab tinggalkan Nadia..". Fazren semakin kaget apabila dilihatnya Nadia hanya membisu. Hatinya yang rindu telah membawanya kembali kepada Nadia.
" Abang pergi sebab..abang tak sanggup lihat Nadia menangis lagi. Abang bersalah kerana mengecewakan Nadia dulu."
Nadia mengerukan dahinya. Dah ingat ke??
"Ye sayang..abang dah ingat segala-galanya.."
"Abang ambil keputusan untuk pergi sebab abang mahu ingat semula apa yang dah berlaku. Ayah ada bagitau abang tentang seorang ustaz yang boleh merawat abang..Dia kawan ayah masa ayah sakit dulu." Nadia mendengar penjelasan Fazren tanpa apa-apa reaksi.
"Masa abang pergi tu, sebenarnya abang dah dapat ingat sikit-sikit. Abang tak mahu susahkan Nadia. Lebih dari tu abang tak mahu tengok Nadia kecewa bila abang masih tak mampu nak ingat. Sebab tu abang ambil keputusan untuk merawat diri sendiri. Di sana abang mula mendekatkan diri dengan Dia. Dan hasilnya..seperti Nadia lihat sekarang.."
"abang minta ayah rahsiakan semua ni sebab abang mahu beri Nadia hadiah..hari ni kan ulang tahun perkahwinan kita.."
Nadia tersentak. Benarkah? Kenapa aku lupa??
Fazren menunggu reaksi Nadia. Namun hampa. Sebaliknya Nadia memalingkan tubuhnya membelakangi Fazren. Hatinya kelam..terasa harapannya lebur..
"Abang faham kalau Nadia masih bencikan abang.."Sayu hatinya saat menuturkan kata-kata itu. Fazren tak mampu lagi untuk terus berdiri menghadap Nadia yang langsung tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia berpaling untuk pergi..pergi jauh dari Nadia yang dirasakan sudah tidak memerlukannya lagi.
"Abang nak tinggalkan Nadia lagi..?" kedengaran suara yang sangat lemah..diiringi sendu yang berlagu pilu. Fazren tidak menunggu lama. Didakap erat tubuh Nadia. Tubuh yang tidak bertenaga itu dipeluk seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Tangisan demi tangisan menghuraikan segala yang terpendam sekian lama.
"Jangan pergi lagi..Nadia dah maafkan segalanya..Nadia taknak abang pergi..Nadia nak bersama abang..susah senang bersama abang..tolong jangan tinggalkan Nadia lagi..Nadia dah lama nak minta maaf pasal dulu..maafkan Nadia,abang.."Fazren merasa tubuhnya bergegar..Nadia menangis tersedu-sedu dalam pelukannya.
"Abang janji…takkan tinggalkan Nadia lagi.." Airmata lelakinya tumpah lagi.
Fazren menatap wajah Nadia. "Abang minta maaf…dan abang juga dah maafkan sayang…" Fazren mengukir senyuman. Hanya untukmu Nadia..
Selepas 5 bulan…
"Abang cintakan Nadia tak.." kedengaran suara manja Nadia di sisinya. Fazren berpaling dan mencium dahi isterinya itu.
"Nadia sorang aje yang abang cinta.." Nadia membalas senyuman Fazren. " Abang tak boleh cintakan Nadia aje..". Berkerut dahi Fazren mendengar ayat Nadia.
Dilihatnya Nadia mengusap perut dan memandang ke arahnya. " Abang kena cintakan dia jugak. Dah dua bulan dia datang duk ngan kita.." Nadia semakin melebarkan senyumannya dan akhirnya meletus ketawa di bibirnya apabila melihat reaksi Fazren.
Alhamdulillah…
"Yahuuuuuuuuuuu…!!" Fazren merasakan hidupnya sempurna kini. Terima kasing sayang!!!! Hatinya menjerit riang.
posted by BLOGGER @ 7:20 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
21 Comments:
  • At 4/8/08 9:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cite ni...congrate!!!

     

  • At 5/8/08 12:30 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story...

     

  • At 5/8/08 10:23 PG, Blogger afinass said…

    layannnnn...best... tahniah

     

  • At 5/8/08 10:45 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    menarik jln cite ne...tahniah...

     

  • At 5/8/08 11:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best gak ccta ni...si frah tu nk jew aku lmpng2..ape pn sye nk ucpkn tahniah..piece

     

  • At 5/8/08 12:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bez glerrr story nie...! cOngrate..
    all da bez 4 da latest sTory:)

     

  • At 5/8/08 9:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sweetnye cite ni!!! ^_^

     

  • At 5/8/08 11:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    time kasih semua...wish me gudluck in my final exam too..;)

     

  • At 6/8/08 6:14 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bez siot! bercinta pas kwen..sweettttt =)

     

  • At 6/8/08 2:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best nyer citer ni...bercinta lps kawen..ni baca kali ke 2...huhuhu

     

  • At 6/8/08 3:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Swetttttt.................

     

  • At 6/8/08 6:03 PTG, Blogger eyerien said…

    cantik,tertarik,menarik mmg da bomb r....

     

  • At 6/8/08 6:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best gyler.... membuat hati pembaca terbuai. tahniah. tolong buat lagi cerpen best cam ni ekk.

     

  • At 8/8/08 4:12 PTG, Blogger fazlynn said…

    quite interesting...
    well done..

     

  • At 8/8/08 11:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waahh very sweetttttt..........sukalah jalan cite dia best sangat......congrates to the author....

     

  • At 12/9/08 9:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    adushhh..bes gilerrr...tahniah2..anda ade bakat..i like it...

     

  • At 5/10/08 9:38 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnyerrrrrrrrrrrrrrrrr

     

  • At 7/10/08 11:18 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best jugak cite camni.
    tapi menatang farah camne nasib die!!!!!!!!!!!
    buatla die tu mati ke cacat ke.
    anymay cite nimmg best la.

     

  • At 7/10/08 11:20 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best.....
    nilah lumrah kehidupan kan, watak farah 2 terlepas mcm 2 jerk???
    mmg murah betul....ish3

     

  • At 10/10/08 1:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnyer!!! camni la epi ending yg gempak..

     

  • At 26/3/09 2:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best ar...
    nsb baik sy xngs td..
    anyway, gud job!!!
    ble la sy bley wt cter mc awk...
    chaiyok-chaiyok!!!(^,^)

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group