Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Cepat benar masa berlalu. Sekarang sudah masuk bulan ketiga dan pertengahan bulan tiga keputusan peperiksaan SPM akan keluar. Aku semakin risau dan takut. Macam mana kalau aku gagal? Apa aku nak cakap dengan abah? Teruk betul rasa hidup aku ni. Zulfa sedang tidur di atas sofa di sudut kedainya ketika aku sampai. Abang Lan pula sedang duduk sambil membaca surat khabar. Aku memberi salam dan tersenyum kepada Abang Lan. Abang Lan membalas senyuman aku dan mengjungkitkan keningnya ke arah Zulfa yang sedang nyenyak tidur itu. Aku meletakkan begku dan terus duduk. "Dah breakfast?"soal Abang Lan. Aku mengangguk. "Tengoklah dia ni. Tidur sampai tak ingat dunia."Abang Lan menepuk Zulfa berkali-kali. Zulfa masih tidak bergerak. "Dia tidur sini daripada semalam ka?"aku memandang ke arah Zulfa. Abang Lan mengangguk. Kenapa pula Zulfa ni? Macam-macam hal. Abang Lan menepuk Zulfa tapi kali ni lebih kuat. Zulfa membuka matanya dan memandang sekeliling. Pandangan kami bertaut. Dia bingkas bangun. "Apasal tidur sini kawan? Lari rumah ke?"seloroh Abang Lan. Zulfa hanya tersenyum. "Aku nak ke bilik air."dia bangun dan terus berlalu. Aku dan Abang Lan berbual. Jarang juga aku dapat peluang untuk berbual dengan Abang Lan ni kerana dia asyik berada di bilik belakang ja. Abang Lan ni memang kelakar orangnya. Setiap perkataannya memang boleh mengundang ketawa. Abang Lan ni dah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan cuti sekolah bulan lima ni. Pernah juga dia membawa tunangnya ke kedai. Memang comel, bertudung dan sopan sekali. Zulfa keluar dan mendapatkan kami. "Mimi tak masuk ke hari ni?"aku bertanya setelah perasan Mimi masih tidak masuk walaupun sudah hampir pukul 10 pagi. "Dia tak bagi tau Farah ke? Dia dah berhentilah. Semalam dia call Abang Lan dan beritahu. Hari ni dia nak ikut kakak dia ke Penang. Payment dia untuk bulan ni pun Abang Lan tak sempat kasi. Dia kata nanti dia nak singgah kedai." Aku mengangguk. Zulfa mendehem setelah aku dan Abang Lan tidak mempedulikannya. "Eh, Zulfa. Bila sampai? Daripada rumah ke?"Abang Lan menepuk-nepuk bahu Zulfa sambil ketawa.. "Aku kena halau rumahlah kawan. Bini pertama aku tu garang sungguh."balas Zulfa kembali. Dia melirik ke arah ku. Aku memandangnya dan Zulfa terus ketawa. "Okaylah. Hangpa jaga bahagian depan ni. Aku nak siapkan kerja aku kat belakang tu."Abang Lan mengenyitkan matanya kepadaku. Zulfa memerhatikan Abang Lan sehingga hilang daripada pandangan barulah dia duduk di sebelahku. "Kenapa tidur sini?"soalku. "Kunci rumah tertinggal dalam rumahlah, sayang. Haru betul. Nasib baik kunci kedai ada dalam kereta kalau tak semalam saya tidur rumah awaklah. Boleh tak?" Aku mencebik. "Busuk tak dekat saya? Tak mandi lagi ni." "Gosok gigi pun belum apa?"aku ketawa, mengetuk-ngetuk meja kaca di hadapanku dengan jari. "Dahlah. Tak percaya try kiss."dia membalas usikanku. "Nanti nak masuk rumah macam mana? Pecah tingkap?" "Kalau muat, boleh saja. Nanti nak try pecahkan pintu dengan Lan." "Nak balik sekaranglah. Nak mandi."Zulfa bangun dan menuju ke bilik belakang. Tak lama kemudian mereka keluar kembali. "Tak apa ke sorang-sorang kat kedai?"tanya Abang Lan. "Okay ja."balasku. "Jangan nakal-nakal, ya sayang."Zulfa mengusik. Agak lama jugalah Zulfa dan abang Lan pergi. Aku sedikit bosan kerana tidak ada teman untuk diajak berbual. Kalau Mimi adakan best. Nak berhenti tak cakap. Apalah Mimi ni. Hampir pukul 1 tengah hari. Hensetku dicapai dan wallpapernya membuatkan aku tersenyum. Gambar aku dan Zulfa di Mc Donald tempoh hari membuatkan hati aku berbunga. Mimi pernah cakap yang Zulfa ni iras pelakon Zizan Nin. Aku amati wajah Zulfa dan mungkin ada sedikitlah iras-iras Zizan Nin. Seorang remaja lelaki masuk dan matanya meliar memandang sekeliling. Aku kenal dia ni. Dia selalu lepak kat sini dan bersembang dengan Mimi. "Mimi mana?"soalnya. "Mimi dah berhentilah."aku memberitahu berita yang baru aku perolehi itu kepadanya. Sangkaku dia akan keluar tapi sebaliknya. Dia menarik kerusi dan duduk di hadapanku, membuatkan aku sedikit tidak selesa. "Awak dah makan?"tanyanya. Aku menggeleng. Buku rekod pembelian aku teliti walaupun tidak ada yang menarik tentang buku itu. "Awak ni sombonglah." "Terpulanglah."kataku. "Dah ada boyfriend?"tangannya hampir sahaja memegang tanganku. Mujurlah aku sempat melarikannya. "Dah!"jawab Zulfa. Entah bila lagi dia berada dekat pintu situ aku pun tak perasan. Mungkin mamat ni pun tak perasan. Abang Lan ketawa. "Don’t scare the customer away."Abang Lan mendapatkan remaja lelaki tersebut. Zulfa berjalan ke arah aku. "Jom tolong abang repair henset kat belakang. Farah ni jangan kacaulah, Ayien. Karang tak pasal-pasal dapat flying kick percuma."Abang Lan mengusik Zulfa. Abang Lan meletakkan tangannya di atas bahu remaja yang dipanggil Ayien itu dan membawanya ke bilik belakang. "Tahu tak apa."balas Zulfa dengan selamba. Aku memandang Zulfa. Tapi dia tidak membalas pandangan aku sebaliknya berpura-pura membelek buku di hadapan ku itu. Aku masih memandangnya dan dia kelihatan sedikit tidak selesa. Ketawaku hampir terburai melihat kelakuan Zulfa itu tapi aku cuba tahan. Teringin pula aku nak usik dia. Alaa bukan selalu. Asyik dia ja kenakan aku, tensen jugak. "Okay, okay! Saya surrender. Tak tahan, sayang oii. Awak tengok saya macam tu sesaat lagi luruh jantung saya kat sini jugak. Sapa yang susah? Saya jugak. Dahlaa susah nak cari penderma jantung sekarang." "Awak ni kuat cemburu jugak ya?"komenku. Dia memandangku bagai tidak percaya. "Baru sedar ka? Dah awak tu kita punya, kalau orang lain usik mestilah kita marah. Bukan macam orang tu, kita keluar dengan orang lain pun tak marah. Tak sayang kitalah tu."dia berpura-pura merajuk. "Eh, apa pulak?!Kalau sayang kena cemburu ka?" "Cemburukan tanda sayang."balasnya kembali. "Saya ingat cemburu tu buat orang rimas." "Jadi awak rimaslah dengan saya?" "Mestilah tak." "Baguslah. Esok saya boleh buat lagi." Aku ketawa mendengar kata-katanya yang cukup bersahaja itu. "Awak buat apa this weekend? Jom keluar nak tak? Dah lama saya tak spend masa dengan awak."Zulfa memandangku dan matanya cuba memujuk aku agar bersetuju. Sebelum aku kenakan kau, aku takkan kata yes. "Dah lama tak spend masa dengan saya? Habis yang tiap-tiap hari kat kedai ni awak spend masa dengan sapa?" "Adoi! Memanglah tapi kat sini tak ada feel. Lagipun Lan ada. Nak bermanja-manja dengan awak pun tak boleh."dia menepuk dahinya. "Bermanja-manja? Hello, awak tu bukan budak umur tiga tahun lagi tau. Dah 27 tahun. Geli saya dengar."aku sengaja mahu mendera perasaannya. Tak bestlah kalau aku setuju macam tu saja. Biarlah dia ajak dengan bersungguh-sungguh. Cepatlah, Zulfa. Keluarkan ayat-ayat power kau. Usaha itu tangga kejayaan. "Sampai hati awak kata macam tu dekat saya. Awak jalah yang saya ada tapi nak buat macam mana ,kan? Dah orang tak sudi. Siapalah saya ni? Hensem, tak . Kaya jauh sekali. Tapi kan Ayang, Mimi kata muka saya macam Zizan Nin. Hensem tu. Tapi apa nak buat, orang tu tak sayang kan."dia berpura-pura merajuk. Aku ketawa. Sempat lagi dia bergurau. "Merajuklah ni? Merajuklah awak sampai tahun depan. Malas saya nak layan awak ni. Perangai macam budak-budak."aku lantas mengambil begku dan bangun. Zulfa memandangku. "Nak pergi mana pulak tu? Potong gaji baru tau."dia cuba untuk kelihatan serius. "Encik Zulfa, sekarang dah pukul 2 tau. Perut ni daripada tadi lagi tak makan. Dah lapar sangat ni." Zulfa menilik jam tangannya. "Tak makan lagi? Kenapa tak keluar makan tadi?"tanyanya. Dia turut bangun. "Tak ada orang nak jaga kedai."balasku. "Tutuplah kedai sekejap."Zulfa seakan tidak puas hati. "Saya ingat awak pergi sekejap saja tapi tak sangka lama. Awak dah makan ka?" "Ya ka? Sorry. Lain kali janganlah buat macam ni. Saya dah makan dengan Lan tadi. Tu yang lambat. Sayang, kenapa tak keluar makan tadi?" "Sekarang saya nak keluar makan."aku berjalan ke bilik Abang Lan. Abang Lan sedang berbual dengan remaja yang bernama Ayien itu. Bau asap rokok membuatkan aku hampir terbatuk. Ash tray di hadapan mereka hampir penuh. Ya Allah, ni makan ke hisap rokok ni? Takutnya! Agaknya macam manalah keadaan paru-paru diorang sekarang ni ya? "Abang Lan, Farah nak keluar lunch."aku memberitahu. Abang Lan memandangku. "Tak lunch lagi? Dah pukul berapa ni? Pukul 2. Okay."Abang Lan tersenyum. Aku membalas senyumannya dan terus beredar. "Nak ikut!"kata Zulfa. "Kalau awak ikut, sapa yang nak jaga kedai kalau orang datang nanti?" "Lan ada. Lan, aku nak teman Farah lunch. Takut dia sesat pulak nanti."jerit Zulfa. Abang Lan di bilik belakang menyahut. "Kita nak lunch kat mana?"tanya Zulfa setelah kami keluar daripada kedai. "Dekat-dekat sini jalah."balasku. Kami berjalan di menuju ke kedai makan tempat Nashriq bekerja dahulu. Orang sudah tidak ramai, maklumlah dah pukul 2. Kami mencari tempat yang sedikit tersembunyi dan duduk. Tak lama kemudian seorang pelayan muda mendapatkan pesanan kami. Aku memesan nasi goreng paprik dan air sirap limau manakala Zulfa hanya memesan milo ais. Katanya perut masih kenyang dan dia hanya mahu menemani aku makan. Sementara menunggu pesanan dibawa, kami berbual-bual. Dia menceritakan rancangannya untuk membuka sebuah kedai makan dan workshop tapi wang simpanannya masih tidak mencukupi. Dia sedang berbincang dengan beberapa kawan di tempat kerjanya. Aku hanya mendengar dia bercerita. Dia kelihatan sedikit excited dan aku tak mahu mematikan perasaannya itu dengan berkata benda yang tidak perlu. Aku suka dengar dia bercerita, comel dan nampak bersungguh-sungguh. "Tujuh tahun lagi saya nak kahwin pulak."katanya. Aku mengangkat kening. "Bestnya plan tu. Dengan sapa?"soalku. "Calon tu dah ada tapi tak tahulah dia setuju ka tak. Sapalah Mohd Shah Zulfaqar ni di mata dia." "Dia tau tak awak sukakan dia?" "Dah. Saya memang tak simpan punyalah." "Baguslah tu. Kenapa kena tunggu tujuh tahun lagi?" "Nak bagi kesempatan kepada dia untuk sambung belajar. Saya tak nak dia anggap saya penghalang kejayaan dia pulak." Aku tersenyum. "Tujuh tahun tu jangka masa yang lama, Encik Zulfa. Tak boleh diramal. Manalah tahukan, lepas dia sambung belajar nanti, dia jatuh cinta dengan budak universiti dia." Zulfa memandangku tanpa berkedip. "Betul ka? Awak nak buat macam tu?"suaranya kedengaran serius. Rasa menyesal mula menyesak dada. Kenapalah aku kata macam tu? "Kan saya kata, tujuh tahun tu satu jangka masa yang lama. Kita tak tahu apa yang ada untuk kita di hadapan. Macam-macam boleh berlaku."aku cuba memberikan alasan yang rasional terhadap kata-kata aku tadi. Dia bijak dan dia pasti akan dapat memahami kata-kata semudah itu.Lama dia terdiam. "Pedih juga bila fikir. Tapi awak betul Kita tak tahu apa yang akan berlaku. Jadi kita kena bersedia, kan?"dia tersenyum. "Tapi saya nak awak tau, saya betul-betul sayangkan awak."sambungnya. Kemudian perbualan kami terhenti apabila pelayan membawakan pesanan kami.
11
Aku berjalan ke arah Zulfa yang sedang setia menunggu di kereta. Aku membuka pintu dan lantas masuk. Zulfa memandangku dan dia kelihatan tidak sabar untuk tahu manakala aku pula segan nak beritahu dia. "Macam mana?"soalnya. Aku menyerahkan slip keputusan itu kepadanya. Dia menyambutnya dan kemudian dia memandang aku. "Sayang, it’s okay. Tak teruk pun. I bet ada lagi ka student yang dapat lagi sikit daripada ni."pujuknya. Aku diam, menahan rasa kecewa yang menebal. "Bukan teruk pun. 8 A1. Itu dah kira cemerlang."Zulfa membelek slip itu sekali lagi. "Cemerlang?"aku menyoal kembali. Budak-budak kelas aku, paling tinggi 12 A1. Nur Maisarah, namanya. Cemburu juga aku melihat dia melompat-lompat kesukaan, dipeluk guru-guru kerana kejayaannya itu. Aku yang mengambil 10 mata pelajaran ni pun tak boleh dapat straight A’s. Teruk betul. Aku tak faham. I’ve tried so hard. Aku tak main-main langsung tapi kenapa aku masih tak boleh excel. Apa yang aku nak beritahu abah? Mesti dia kecewa anak dia dapat 8 A1 dan 2 A2. Ceh! "Farah, awak still dapat 10 A."kata Zulfa lagi. "Memanglah tapi bukan 10 A1."tempelakku. "Bukannya teruk pun. Mungkin ini saja rezeki awak. Awka kena terimalah dengan hati yang terbuka. Awak kira masih cemerlang tau kerana entah berapa ribu lagi student yang tak boleh bawa diri mereka ke tahap awak. Tengok GCE-O awak, A2. awak dah boleh jadi cikgu bahasa Inggeris tau dengan GCE-O yang cantik macam ni."Zulfa cuba untuk mengembalikan aku di bumi realiti dan tidak jatuh dalam kegagalan. "Cikgu bahasa Inggeris?"aku tersenyum. Lucu pulak dengar. "Ya, Teacher Farah. Rasanya ramailah student lelaki yang akan fall in love dengan awak. Masalah ponteng kelas akan dapat di atasi dengan mudahnya."usik Zulfa. Aku mencebik. "What I’m trying to say is, keputusan awak ni bukannya teruk pun. Betul. Banyak peluang untuk awak." Slip peperiksaan itu aku serahkan kembali kepadanya. "Kita balik. Awak tak payah kerja hari ni. Biar awak bertenang dulu."dia memasukkan gear dan kami beredar daripada situ.
Malam tu, abah dan Nashriq berkali-kali menyakinkan aku yang keputusan aku tu tak teruk. Abah kata dia dah bersyukur kerana itu pun dah kira elok dan baik. Tapi, diri ni rasa seperti dah menghampakan harapan abah. "Harapan abah nak tengok Farah berjaya. Dan sekarang, Farah dah berjaya. Tertunai sudah harapan abah tu. Jangan risau, Farah tak kecewakan sapa-sapa pun. Tak semestinya Farah kena dapat 10 A1 untuk buat abah bahagia. Sudahlah. Tak payah sedih lagi."abah berkata. "Berapa kali aku kata, jangan bandingkan diri kau dengan orang lain. Lantak dioranglah nak dapat seratus A pun. Apa kau peduli? Aku bangga dengan keputusan kau ni. Tapi, Sejarah pun kau dapat A2? Aku dah pesan, jangan tidur banyak sangat. Sekarang baru menyesal. Kimia kau dapat A2 dah kira okaylah. Kau nak apa lagi?" Aku mendengus. "Aku nak 10 A1."balasku. "Farah, mungkin rezeki Farah setakat ni saja. Buat apa nak persoalkan lagi?"tegur abah. Abah tak faham. Kecewanya aku dengan keputusan tu bukan kepalang. "At least kau masih top ten."Nashriq mengingatkan. Aku diam. Sebal sekali perasaan. "Belajar untuk terima hakikat."kata abah dan terus bangun meninggalkan aku dan Nashriq. Aku turut mengikut jejak abah dan menuju ke bilikku. Aku mahu bersendirian. Farah, 8 A1 tu bukan sesuatu yang buruk. Percayalah! Aku menyakinkan diri. Dan aku masih cuba untuk menyakinkan diri walaupun ketika lena dibuai mimpi…
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
eii.....geramnyer...
igt senang ker nk dpat 10A...