Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku duduk menghadap cermin yang sudah pun aku bersihkan sebentar tadi. Wajahku tampak lebih jelas. Siapa sangka, teruna yang dulunya kurus kering bagaikan cicak kobeng kini boleh berubah menjadi tegap. Kacak juga aku sehingga menyebabkan aku unggul sebagai jejaka idaman para gadis. Tapi, aku bukanlah play boy untuk melayan mereka semua. Aku ni Hisham, insan biasa. Yang masih terpuji akhlak dan nilainya.
Zamarul Hisham bin Abdul Wahid, itulah nama penuhku. Namun, aku lebih senang dengan panggilan Sham. Romantik sikit... Aku anak tunggal, tiada adik mahupun abang untuk bertegang urat. Hanya umilah tempat aku mengadu. Ini kerana, ayahku sudah lama meninggalkan kami dua beranak kesepian. Apa nak buat, dia dah terlebih dahulu menerima seruan Illahi. Allah lebih menyayanginya. Itulah takdir. Kita tidak dapat menjangka apa yang telah ditakdirkan untuk kita. Aku masih ingat, ketika itu aku baru berusia 7 tahun, belum cukup matang. Namun, aku boleh memahami dan menerimanya. Syukur, aku masih ada umi.
Aku dibesarkan oleh umi seorang diri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Aku manja dan.... kadang-kadang nakal juga, tapi bukanlah jahat. Berkat usahaku dan doa umi, maka aku berjaya menjejakkan kakiku ke Menara Gading. Umi bangga denganku... dan, aku bangga dengan umi. Jika bukan kerana umi, aku tidak pasti ke mana hala tujuku; entahkan hidup... entahkan tidak. Mungkinkah aku berada di Rumah Anak-Anak Yatim?
Umilah yang memberi aku segala tunjuk ajar serta didikkan agama yang secukupnya. Percaya tak, kalau aku mengatakan bahawa aku bakal menjadi seorang doktor. Ya.... kini, aku sedang mengikuti jurusan Kedoktoran di Universiti Sains malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan. Dah tiga tahun aku menapak di sini. Rupanya aku dah jadi senior. Rasanya macam baru semalam aja aku mendaftar sebagai siswa tahun pertama. Dua tahun lagi tamatlah pengajianku. Begitu pantas masa berlalu pergi. "Masa itu Emas". Aku mengakui kebenarannya. Setiap detik masa yang berlalu, aku hargai. Kerana masa itulah aku bertemu dengannya. Bertemu.... dan kemudiannya berpisah... Masing-masing menghilang diri. Apakah sudah mula wujud jurang di antara kami?
"Woi, Sham! Hang ni tak pi kuliah ka? Dari tadi duk tengok cermin. Cheq taulah hang tu handsome. Tapi, tak kan hang nak melalak ja," suara lantang Ghani menyebabkan aku tersentak, lantas menyedarkanku daripada lamunan. Terkejut gorila aku waktu tu. Malu pun ada.
"Lah kau ni... terperanjat aku dibuatnya. Cubalah jangan jerit. Kejab lagi aku pergilah," sambil tu aku mengurut dadaku. Nasib aku tak ada sakit jantung; kalau tak, alamatnya masuk Hospitallah. MAUT DISERGAH RAKAN SEBILIK. Itulah tajuk berita yang akan dipaparkan oleh semua saluran berita terkini.
"Eh! Yang kau tu Ghani, mandi pun belum... apa ceritanya?" aku pula menyoal. Ghani teman sebilikku.
"Cuti." Balasnya pendek.
"Cuti? Hai, kau ponteng ke...? Mana ada cuti hari ni? Nak kata birthday Sultan Kelantan, dah lepaslah pula. 30th March and 31st march last month, hari ni dah 12 Januarilah sayang oii," terang Sham.
"Hang ni pun satulah. Lembab! Bukan cuti public tapi cuti sebab class batal noh. Pensyarah cheq ada hal mustahak sikit. Tulah sebabnya dapat cuti hari ni. Hang faham tak sekarang....,"sela Ghani.
"Hmmmm,"sambutku ringkas. Malas nak bersoal jawab lagi dengan si Ghani tu.
Aku bersiap sepantas belangkas. Kuliah Professor Hassan tidak pernah menjemukan dan aku juga tidak pernah sekali pun ponteng kuliah tersebut. Entahlah kenapa, sejak semenjak dua ni aku sentiasa teringatkan dia. Rindu ke aku kepadanya? Ahh... lupakan sahaja. Dah orang tak sudi. Apa gunanya nak rindu-rindu. Lagipun kami bukannya pasangan kekasih. Di saat perhubungan hampir terjalin, ribut pula yang melanda. Err... salahku juga.. yalah bak kata pepatah; ‘kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa’. Tulah pandai-pandai nak mengusik orang. Gurau tak bertempat. Tapi, aku tetap tidak berubah. Pantang ada kesempatan, pasti akan aku gunakan. Kenakalanku sudah sebati dengan diriku. Bagaikan saudara kembarku, cuma tidak bernyawa. Siapa yang tak pernah kena denganku? Kalau tanya umi, mesti dia cakap orang pertama yang sabar dengan kerenah aku semestinya umi sendirilah. Aku memang tak pilih orang. Siapa-siapa pun jadilah. Asalkan aku kenal walaupun tak bertegur sapa.
"Zamarul Hisham...!"
"Zamarul Hisham...!"
"Zamarul Hisham Bin Abdul Wahid....!!!!" pekik Professor Hassan. Sumpah, tak pernah aku dengar Professor Hassan berteriak sebegitu. First time in my life I heard Professor Hassan shouting like hell. Mungkin agak lama juga dia memanggilku. Aku dah jadi pekak badaklah pula. Tak boleh jadi ni.
"Arg.... ya????" Aku terpaku sejenak. Jelas diwajahku menunjukkan aku sedang beranggan-anggan sebentar tadi. Segera aku kembali ke bumi nyata. Aku bagaikan baru terjaga daripada lena. Malu... teramat sangat. Panas mukaku ketika itu. Tak payah nak tuang minyak mendidih.
"Aikk... mimpi di siang hari ke? Ingat kat bidadari kayangan mana pula ni?" usik Professor Hassan. Ingatkan dia nak marah. Prof. Hassan memang begitu. Sporting. Mungkin itulah punca utama kenapa para siswazah suka sangat akan beliau.
"Tak adalah Tuan Prof," aku cuba berdalih. Satu dewan gelakkan aku. Suasana menjadi gamat. Macam kat pasar malam pula. Masing-masing sibuk bersembang. Mengata akulah tu. Aku memang patut kena pun. Macam tak biasa pula dengan situasi itu. Aku pun sama juga macam mereka yang lain. Dah terkena diri sendiri baru tahu.
"Hai, kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang? Ya tak kawan-kawan?"
"Betul tu, Tuan Prof," sokong Ismail, course mate aku. Memang nak kena Ismail ni. Pandai-pandai pula nak menyibuk. Nilah dia contoh ‘kawan makan kawan’. Bukannya nak bantu aku yang tengah mengelupar nak jawab pertanyaan Prof. Hassan. Kenakan aku lagi adalah. Malang betul nasib. Apa nak buat, dah nasib badan...
"Hah, Sham. Saya panggil awak tiga kalipun boleh tak dengar lagi atau mungkin speaker utama rosak kot? Hmmm, pandai pula tu nak tipu saya. Kata tak mimpi... Kalau betul tak melayang fikiran tu tadi, meh sini jawab soalan saya. Apa yang saya explain tadi..." sindiran Professor Hassan makin menjadi-jadi. Aku kematian akal lantas segera membatukan diri. Selalunya aku yang mengusik orang, hari ini aku pula yang dijadikan bahan gurauan. Biarkanlah.... asalkan semua orang gembira. Wajah kacakku merona merah. Nampak jelas pula tu.
"Hah Sham! Kenapa diam je? Ni sebab tak de idea ke atau ada sebab-sebab tersirat?" Aku yakin; Professor Hassan tidak akan melepaskan aku selagi perkara sebenar tidak dia cungkilkan daripada aku. Namun aku sudah bertekad tidak akan bocorkan rahsia hatiku kepada sesiapa pun. Termasuklah umiku yang tersayang. Aku tak nak dikatakan bertepuk sebelah tangan, padahal aku tak tahu isi hati gadis idamanku itu. Biarlah aku tanamkan kukuh di dalam jiwa mudaku ini. Cinta pertama tak bisa dilupakan. Tak kisahlah walaupun syok sendiri.
"Tak de apa-apa Tuan Prof. Saya okey je. Tadi tu tersilap. Sebenarnya saya menggantuk," begitu lancar aku membohongi Professor Hassan. Aku tiada pilihan lain. Terpaksa. Kalau tak... tak senang duduk Professor Hassan. Asyik nak tahu jawapan.
"Silap?"
"Ya," jawabku ringkas.
"Yalah. Saya pun tak nak tanya banyak sangat kat awak tu. Tapi... mana boleh tersilap kan??? Memang dah nampak jelas sangat yang awak tu tengah dilamun sakit angau yang berterusan. Cepat berubat tau. Tak boleh dibiarkan begitu sahaja. Melarat nanti. Dahlah... yang lain-lain cukup jangan kenakan kawan kamu lagi. Menangis pula dia nanti. Jom, kita teruskan pelajaran kita. Nanti tak sempat habis silibus pula. Hal Hisham ni lupakan dulu. Lepas ni kalau ada siapa-siapa yang nak tahu in-details jumpalah Sham. Manalah tahu dia akan bagitahu awak siapa yang bertakhta di hatinya sampaikan dia dah mula tak sedar diri. Tapi, nanti jangan rahsiakan daripada saya pula. Cepat-cepat datang khabar kat saya tau. Kalau tak jumpa saya kat bilik just make a call to my phone. Tak pun mail saya. Sure saya akan reply on the spot," kata Professor Hassan sambil tersenyum menyenget. Mengejek akulah tu.
"All right Prof. Kami menjunjung perintah Prof." Siapa pula yang menjawab ni? Nanti aku siku kepala budak yang sibuk support tu.
Aku dah betul-betul malu. Hai, kenapalah aku boleh termenung panjang ketika berada di dalam kuliah Prof. Hassan? Bukan ke aku sudah sedia maklum dengan perangai Prof. Hassan yang suka mengusik tu. Sama je macam perangai aku sebenarnya. Bila sendiri dah terkena baru tahu. Mesti perkara ini akan menjadi isu buat beberapa minggu lagi. Prof. Hassan selagi tidak mendapat idea baru, tak senang duduk lagaknya. Aku kenalah tahan dengan kerenah beliau kerana silapku juga. Siapa suruh gatal-gatal mengelamun diri teringatkan kekasih jauhari. Lain kali kalau nak juga termimpi-mimpi di siang hari, agak-agaklah tempatnya sikit. Cari yang sesuai. Macam taman ke, bilik tidur ke, bilik mandi ke... tak pun kat library pun boleh. Bukan orang akan ganggu pun. Aku bertaubat ni. Lain kali kena hati-hati sikit. Biarlah pecah di perut, jangan pecah di mulut. Aku ni takut juga dengan diriku sendiri. Takut ter... terpecah rahsiaku sendiri yang aku jaga sejak dulu lagi. Manalah tahu secara tak sengaja aku terkhabar. Tak boleh jadi ni.. Aku kena jaga-jaga mulai dari saat ini. Bukan hanya dengan Prof. Hassan tapi juga terhadap sahabat-sahabatku yang memang suka sangat jaga tepi kain orang.
Aku bertambah-tambah malu jadinya apabila kejadian di dalam kelas Prof. Hassan tersebar meluas di kalangan pensyarah-pensyarah fakulti perubatan. Tebal dah kulit muka aku. Mana sahaja aku pergi mesti mendapat perhatian umum. Aku akan ditahan oleh para pensyarah. Lenguh dah mulut aku nak terangkan satu persatu. Patutnya aku kena record kejadian tadi tu dalam handphone aku. Senang sikit. Kalau aku ditahan bolehlah aku mainkan video clip tersebut. Tak payahlah terangkan panjang-panjang. Tak senang aku. Punggung pun dah jadi panas. Itulah susahnya kalau jadi best student. Macam manalah pula kalau room mate dan kawan-kawan aku dapat tahu benda ni? Mampus aku dek dikerjakan oleh mereka.
kepada pembaca, sekiranya terdapat kesilapan ejaan harap dimaafkan...
Pembetulan: bukan 12 januari tetapi 12 April... tersilap! hehehe...
Sorry n Thanks...
-Dewi-
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huhu... best.. sambung tau.. lea pasti tak sabar nak nantikannya.. huhu..