Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Sindora berasal dari mana?" soal Puan Azie kepada bakal menantunya.
"Batu Pahat auntie," jawab Sindora dengan sopan.
"Ibu bapa masih ada?"
"Sudah meninggal. Kemalangan jalan raya."
"Ada saudara mara yang lain?"
"Saya ada seorang abang, dia kerja di Kuala Lumpur."
"Sindora kerja di mana?"
"Kerja kilang aje…auntie," jawab Sindora dengan gugup.
"Dah lama kenal Andy?"
"Baru 3 bulan." Sindora menoleh kepada Andy yang sedang asyik mendengar soal jawab antara dia dan Puan Azie.
"Umur berapa?" tanya Puan Azie lagi.
"29 tahun."
"Oh…" Puan Azie mencemik muka.
Sindora mulai gelisah. Dia tidak selesa dengan pertanyaan demi pertanyaan yang dilontarkan kepadanya, lagipun mata Puan Azie asyik merenung dirinya dari atas ke bawah. Ada yang tak kena dengan aku ke? tanya hati kecil Sindora.
Sindora membelek dirinya sendiri. Dia memakai sepasang baju kurung berwarna merah jambu muda bersulamkan bunga-bunga kecil yang berwarna biru, dengan solekan tipis dan berselendang putih terserlah keanggunannya. Walaupun tidak secantik perempuan lain tetapi dia perasan mata Andy tidak berkelip memandangnya tadi.
Semasa Andy memberitahu bahawa ibunya ingin berjumpa, Sindora berasa sedikit bimbang untuk melihat reaksi bakal ibu mentuanya nanti. Dia sedar dengar latar belakang kehidupannya pasti wanita itu tidak bersetuju dan dia dapat merasakannya sekarang.
"Sindora, mari kita ke meja makan," pelawa Andy.
"Andy, ikut mak kat dapur, tolong bawakan air minuman," pinta Puan Azie.
"Sindora duduklah dulu ya, auntie nak hidangkan makanan," ujar Puan Azie sambil tersenyum.
"Saya tolong auntie ya?" Sindora menawarkan diri.
"Eh…takpe, biar Andy yang buat, dia dah biasa buat kerja rumah." Puan Azie melirikkan mata kepada Andy yang kelihatan bersahaja.
"Andy, kamu serius ke nak kahwin dengan perempuan tu?" Puan Azie menarik tangan Andy ke sudut dapur setelah pasti Sindora tidak dapat mendengar perbualan mereka.
"Seriuslah…kenapa mak?" soal Andy hairan.
"Mak tak puas hati dengan latar belakang dia. Anak yatim piatu, kerja kilang pulak tu. By the way, she’s older than you," beritahu Puan Azie sambil memuncungkan bibir.
"Dua tahun aje. Itu semua tak penting mak, saya tengok dia lain dari perempuan yang saya kenal. Saya pasti dia boleh membahagiakan saya," jawab Andy. Dia perlu berpura-pura yakin dengan keputusannya untuk mendapat restu Puan Azie.
"Kenapa tak pilih Anna aje? Dia lagi cantik dari perempuan tu."
"Tak cantik mak cakap. Mak tengok betul-betul Sindora tu, kulit putih…gebu. Andy peluk pun sedap tau mak," gurau Andy sambil terkekeh-kekeh ketawa. Puan Azie dengan pantas mencubit lengan anak lelakinya itu.
"Aduh!"Andy menyeringai sakit sambil menggosok-gosok lengannya yang terasa perit.
"Sudah! Pergi ambil minuman ni, hidang kat meja makan, nanti bakal isteri kamu tu tertunggu-tunggu pulak," ujar Puan Azie sambil berlalu meninggalkan Andy dengan perasaan yang geram.
"Saya faham kalau mak awak tak suka saya," ujar Sindora selepas pulang dari rumah ibu Andy. Sindora menoleh Andy yang sedang memandu, tiada respons dari kata-katanya.
"Awak dengar tak apa yang saya cakap?" soal Sindora.
"Dengar," jawab Andy tanpa menoleh kepadanya.
"Kalau macam tu, tak payah kahwinlah," ucap Sindora lagi.
Andy hanya mendiamkan diri, kata-kata Sindora bagai angin lalu dibiarkan sepi. Dia terus memandu kereta menuju ke tepian tasik, tempat mereka selalu bertemu. Di situ dia memberhentikan kereta.
Suasana gelap menyelubungi tasik, ada beberapa tiang lampu di situ tetapi kebanyakannya tidak berfungsi. Sindora memandang jam di pergelangan tangan, sudah pukul 10 malam. Dia memandang ke luar. Tiada kelihatan kereta lain selain dari kereta Andy di situ.
"Andy, marilah balik," rayu Sindora.
Andy tidak mengendahkan kata-kata Sindora malah dia bernyanyi-nyanyi kecil mengikuti irama muzik pada radio yang terpasang sambil tangannya mengetuk-ngetuk stereng kereta.
Sindora berasa gementar. Dia membaca doa di dalam hati dan bermohon kepada Allah semoga dilindungi dirinya dari sebarang bahaya. Tidak pernah dalam hidupnya berduaan-duaan dengan lelaki di dalam kereta dan dalam keadaan yang gelap begini.
Tiba-tiba Andy berpaling ke arah Sindora, tubuhnya bergerak menghampiri gadis itu. Helaan nafas dapat di dengar oleh Sindora kerana tubuh lelaki itu hanya seinci dari tubuhnya. Mata Andy merenung dengan tajam sebelum beralih memandang pada bibirnya. Sindora seolah terpukau dengan renungan itu, tubuhnya terus menjadi kaku.
Tiba-tiba dia terasa tali pinggang yang melingkari tubuhnya terlepas.
"Tak rimas ke pakai seat belt?, saya dah bukakan untuk awak," Andy berkata selamba.
Sindora yang tergamam dengan perlakuan Andy yang spontan itu hanya mendiamkan diri.
"Pasal mak saya tu, janganlah awak risau. Dia tak kisah siapa pilihan saya asalkan saya kahwin," beritahu Andy.
"Sebenarnya bukan pasal tu saja…" ujar Sindora perlahan. "Saya tak cintakan awak, saya cintakan orang lain," katanya lagi.
"Saya pun tak cintakan awak," jawab Andy bersahaja. Sindora tersentak mendengar jawapan dari lelaki itu.
"Habis tu, kenapa awak nak kahwin dengan saya?" soal Sindora hairan.
"Saya dah beritahu awak kan, kalau tak kahwin, mak saya takkan lepaskan harta saya dan awak tak dapatlah duit tu. Sekarang semua dah jadi milik saya," jelas Andy.
Sindora menundukkan kepala, tidak benar apa yang katakan oleh Amran bahawa lelaki ini ada hati padanya, Andy berkahwin semata-mata inginkan duit dari ibunya. Barulah dia mengerti sekarang.
"Kita berkahwin bukan kehendak perasaan, awak bebas mencintai orang lain begitu juga saya. Selepas setahun, kita boleh berpisah tapi…" kata-kata Andy terhenti seketika.
Sindora mendongak, dia menantikan penjelasan lelaki itu seterusnya.
"Tapi saya tidak boleh batalkan perkahwinan ini, dah terlambat…kita kena teruskan juga. Saya tak mahu harta saya di ambil balik," ujar Andy dengan tegas.
"Tolonglah Andy, saya tak sanggup nak teruskannya," rayu Sindora yang sudah bergenang air mata.
"Look here Sindora!, we both are desperate person. Don’t be so selfish or else you will regret it," ugut Andy sambil menatap tajam kepadanya.
Sindora berasa kecut, cepat-cepat air matanya diseka dengan tangan. Dia tidak menyangka Andy akan berkata sedemikian, dia hanya ingin lelaki itu mengerti perasaannya tetapi dia silap.
"Pakai seat belt tu, kita dah nak bergerak ni," arah Andy. Sindora tersentak lalu dengan pantas dia mengikut sahaja.
Andy menghidupkan enjin kereta, menukar gear, menekan pedal minyak, kereta meluncur laju membelah angin malam yang pekat.
****************************************
"Arrgh!," jerit Sindora perlahan. Dia bersandar di kerusi sambil berpeluk tubuh. Matanya memandang skrin komputer sedangkan fikiran telah melayang entah ke mana.
Masih terbayang-bayang kata-kata Andy dan perbuatannya 2 hari yang lepas. Sampai sekarang peristiwa itu sedang bermain-main di kepalanya sekarang.
"Sayang…" panggil Syed kepada Sindora tetapi tiada jawapan.
"Sindora!" panggil Syed lagi, kali ini dengan suara yang lebih kuat.
"Huh!" Sindora tersedar, dia memandang Syed yang sedang berdiri memerhatikannya.
"Dah lama awak di sini?" soal Sindora.
"Ada dalam 5 minit. Termenung jauh nampak," ujar Syed.
"Mana ada… saya banyak kerjalah," nafi Sindora. Dia berpura-pura mencari fail kemudian mengetuk-ngetuk papan kekunci komputer. Syed tersenyum. Dia tahu Sindora berbohong.
"Saya sebenarnya nak ajak awak makan," jelas Syed.
"Takpelah, saya tak lapar," Sindora menolak lembut.
"Jomlah, temankan saya," pujuk Syed. Sindora memandang Syed yang tersenyum manis. Tidak sampai hati menolak pelawaan Syed lantas dia mengangguk.
Ketika hendak melangkah keluar, tiba-tiba telefonnya berdering. Sindora teragak-agak untuk mengambil panggilan, dia memandang Syed yang kelihatan bersahaja.
"Hello."
"Sindora," suara Andy di talian.
"Ya," Sindora menjawab malas.
"Petang ni saya jemput awak balik kerja, kita pergi ke kedai, cari baju," ujar Andy.
"Baju apa?"
"Baju pengantinlah, lagi 3 minggu kita kahwin kan?. Kad jemputan pun mak saya dah tempah," beritahu Andy.
"Sayang, saya tunggu di luar."
"Siapa tu?" Andy yang terdengar suara Syed bertanya dengan nada curiga.
"Saya banyak kerja, awak pergilah sendiri," tanpa menjawab pertanyaan Andy dia cepat-cepat mematikan telefon. Dia tidak berminat untuk membuat persiapan perkahwinannya. Biar Andy sahaja yang menguruskannya sendiri.
"Kita nak pergi mana ni awak?" Sindora bertanya kepada Syed yang sedang memandu.
"Pergi makan, tadi kan saya dah bagitau," jawab Syed.
"Saya ingat awak nak ajak makan kat kantin aje," ujar Sindora.
"Sesekali kita makan luar, hari-hari makan kat kantin, jemu jugak kan?"
"Kalau hari-hari macam ni, badan saya yang gemuk ni bertambahlah saiznya," Sindora cuba berlucu, dia ingin tahu reaksi Syed. Tanpa di sangka lelaki itu ketawa dengan kuat.
"Gemuk pun cute kan?" Syed mengenyitkan mata.
Sindora tersenyum. Apa sahaja yang dilakukan oleh Syed amat menggetarkan jiwa dan raganya. Oh Tuhan! Tak sanggup aku untuk melukakan hatinya.
"Syed, Sin minta maaf ya," pinta Sindora.
"Untuk apa?"
"Perselisahan faham kita hari tu…" Sindora cuba menerangkan keadaan sebenar. "Saya salah sangka terhadap awak dan tiba-tiba saya telah buat keputusan tanpa kerelaan hati saya. Percayalah, saya tak cintakan dia. Sin… "
"Lupakan saja," Syed memotong kata-kata Sindora.
"Betul awak tak marah?" soal Sindora untuk mendapatkan kepastian.
"Emm…" jawab Syed sambil mengangguk.
"Tapi saya dah nak kahwin, macam mana dengan hubungan kita?" Sindora bingung memikirkan masa depannya.
"Saya setia menanti awak, Sin. Kalau saya ada duit saya akan bayarkan untuk awak."
"Tak perlu awak bersusah payah kerana saya. Saya sendiri akan bayar. Hanya kasih sayang awak yang saya mahu," ucap Sindora dengan sayu.
"I love you Sin, I always will. I promise," ucap Syed. Tangan Sindora dicapai dan digenggam erat.
Sindora tersenyum senang dengan kata-kata Syed. Perkahwinan ini tidak bererti apa-apa selagi Syed mencintaiku, desis hatinya.
Tiba-tiba Sindora berasa curiga. Syed begitu memahami seolah-olah dia sudah tahu cerita yang sebenar. Kenapa dia tak mahu dengar penjelasan aku tadi? Tanya Sindora di dalam hati.
"Dah sampai pun…jom," suara Syed mengejutkannya dari lamunan. Dia kemudian memberhentikan kereta di depan restoran Singgah Selalu.
***************************************
"Tok..tok..tok.." daun pintu diketuk bertalu-talu. "Iz…" "Iz, cepatlah turun, makan…"
Kedengaran pintu di buka dari dalam. Terjengul wajah lelaki yang sedang menguap dan menggosok-gosok matanya yang merah. Lelaki itu kembali ke katil dan baring semula.
"Bangunlah Iz, mama ajak makan," ujar Anna sambil melabuhkan punggung di birai katil.
"Dah berapa hari kau asyik berkurung aje kat bilik ni, tak rimas ke?"
"Iz, aku rasa aku nak berbaik semula dengan Andy, apa pendapat kau?"
"Bila aku dengar dia nak kahwin, aku rasa menyesal pulak, masa tu baru aku sedar yang aku masih sayangkan dia."
"Kau tolong aku ehh… kau cubalah pujuk dia." Anna memandang adiknya yang masih lagi tidur. Dia merengus geram.
"Bangunlah!," jerit Anna lalu paha adiknya yang terdedah itu ditampar.
"Aduh!" lelaki itu terpisat-pisat bangun kerana terkejut.
"Kau kalau tak dera aku satu hari boleh tak? sakitlah…" marah lelaki itu sambil menyeringai lalu berbaring semula.
"Padan muka!, orang cakap tak dengar, aku suruh kau bangun, mama tunggu kat bawah tu," jerkah Anna. "Syed Izham!!!" Anna yang tidak tahan dengan tingkah adiknya menjerit lantang.
"Apaa?" jawab lelaki itu acuh tak acuh dengan mata terpejam.
"Eeei... malaslah nak layan kau ni. Kalau lapar nanti, pandai-pandailah turun," Anna mendengus marah. Dia melangkah keluar lalu daun pintu di tutup dengan kuat.
Syed membuka mata. Dia mengusap-usap pahanya yang merah. Sebenarnya dia berpura-pura tidur tadi, dia mendengar segala apa yang di katakan oleh Anna. Nafas dihela dengan panjang. Tiba-tiba dia berasa sebak.
Dia teringat peristiwa 2 hari yang lepas sebelum dia mengajak Sindora makan bersamanya.
***************************
"Hai Iz, lama tak nampak kau hang out kat sini?" sapa Nizam kepada Syed yang sedang lepak di Luna Bar, sebuah pusat hiburan yang terkemuka di Johor Bahru.
"Dah lama sampai?" tanpa menjawab pertanyaan, dia bertanya balik kepada Nizam yang dilihatnya keseorangan.
"Baru saja." Nizam menggamit seorang waiter yang kebetulan lalu di situ. "Coke please," pintanya.
"Kau datang sorang saja ke, mana girlfriend?" tanya Syed.
"Dia takde mood hari ini…period," jawab Nizam dengan selamba menyebabkan Syed tergelak kecil.
"Kau pun aku tengok moody aje, period jugak ke?" usik Nizam apabila melihat wajah Syed yang tampak muram.
"Merepeklah kau ni," Syed tersenyum hambar. "Andy mana? Selalu kau dengan dia macam belangkas."
"Dia dah nak kahwin, tentulah tengah dating sekarang ni," jawab Nizam. "Opps! Sorry about your sister."
"It’s ok. Aku tak kisah kalau dia tak jadi saudara aku pun, we still friends right?" ujar Syed, Nizam hanya mengangguk.
"Wah! Tak sangka dia dah nak kahwin kan?, aku ingat dia masih frust lagi sejak putus dengan kakak aku," ucap Syed yang terperanjat dengan berita itu.
"Tapi aku kasihan tengok si Andy tu, dia kahwin pun bukan kerana cinta," ujar Nizam.
"Habis tu, pilihan keluarga ke?"
Nizam menggeleng, dia serba salah ingin bercerita tapi bila dia fikirkan balik, mereka bertiga sudah lama berkawan sejak di universiti lagi, tentu Andy tidak kisah kalau Syed juga tahu tentang keadaan dirinya sekarang.
"Actually macam ni, dia ada seorang member tapi perempuanlah. Perempuan tu perlukan duit tapi Andy tak pasti untuk apa. Dia minta tolong Andy, kau tahulah Andy ni jenis yang lembut hati, kalau aku berada kat tempat dia memang aku cakap takde," beritahu Nizam.
"Untuk tolong perempuan tu, dia kenalah kahwin baru mak dia setuju lepaskan segala asset dia," sambung Nizam lagi.
"Ohh!... perempuan tu setuju ke?"
"Terpaksalah dia korbankan masa depan, hmm…, kesian, Sindora, Sindora." Berderau darah Syed mendengar nama yang tercetus dari mulut Nizam.
"Apa kau cakap tadi?"
"Cakap apa?" Nizam yang hairan bertanya balik.
"Tadi last kau ada cakap nama seseorang," Syed ingin menyebut nama Sindora tapi dia tidak mahu Nizam menaruh syak.
"Sindora, kenapa?"
"Siapa tu?" hatinya berdebar-debar mendengar nama yang Nizam sebut.
"Nama perempuan yang akan kahwin dengan Andy, sedapkan nama tu?" jawab Nizam. Wajah Syed tiba-tiba berubah. Dia terkedu seketika.
"Kau kenal dia?"
"Tak. Tapi dari apa yang Andy terangkan, perempuan tu iras pelakon Zizie Ezette."
Hati Syed berdetak. Sah…memang sah Sindora yang sedang mereka perkatakan itu adalah kekasihnya. Adakah ini permainan takdir?. Sahabat karibnya yang juga bekas tunang kakaknya bakal menjadi suami kepada gadis yang dicintai separuh mati.
Syed tertunduk lemah. Mahu sahaja dia mengalirkan air matanya di situ tetapi cuba di tahan. Nizam yang tidak mengerti apa-apa hanya memandang Syed dengan hairan.
"Kenapa dengan kau ni?" tanya Nizam yang melihat Syed tiba-tiba murung. "Kau sedih sebab best friend kita tu kahwin ke?"
"Takdelah," jawab Syed perlahan cuba menutup kesedihan yang bersarang di hati.
"Kau tahu berapa lama diorang kahwin?"
"Setahun kot…atau mungkin sampai bila-bila," jawab Nizam sambil tersengih.
"Apa maksud kau?"
"Dia macam dah sangkut dengan perempuan tu. Kalau tak, takkan senang-senang dia nak kahwin kan? Kita kenal Andy dah lama, tentu kau tahu dia mana pernah serius dengan mana-mana perempuan. Dia tunang dengan Anna pun sebab mak dia dengan mak kau kawan baik. Itu pun mula-mula dulu susah dia nak terima. Tapi dengan Sindora ni, senang aje, macam dah jodoh dia," beritahu Nizam dengan panjang lebar.
Syed berasa resah. Tak mungkin Andy akan jatuh cinta dengan Sindora. Tak mungkin!, hati kecilnya memberontak.
Laungan Azan yang berkumandang di masjid yang berdekatan dengan rumah banglo dua tingkat itu mengejutkan Syed dari lamunan. Syed menatap jam di dinding, pukul 7.05 malam. Dia mengesat air mata yang mengalir. Walau apa pun terjadi Sindora akan tetap menjadi milik aku!, tekadnya dalam hati.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
yes! saya dah agak. izham tu syed! kua3.