Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Malam yang agak dingin disertai dengan hujan renyai-renyai di bulan Oktober, menjadi saksi pertemuan antara aku dan Addy. Hatiku masih berasa gundah dengan pertemuan ini. Walaupun ini adalah untuk kali yang kedua tetapi kegugupan itu masih pejal di hati.
Aku mundar-mandir di ruang tamu rumah seorang diri. Rakan-rakanku yang lain semua sudah punya agenda sendiri untuk malam ini. Nazila keluar makan malam dengan buah hatinya. Manakala, Munirah dan Syafiqah pula menonton televisyen di tingkat atas. Aku pula, masih menunggu kedatangan Addy.
Entah mengapa lelaki itu beria-ia mahu menjemputku. Petang tadi dia menghantar pesanan ringkas di telefon bimbit Syafiqah. Waktu itu aku dan Syafiqah dalam perjalanan pulang ke rumah.
‘Malam ni, aku jemput. Tolong bagi alamat rumah...’
Atas persetujuanku, Syafiqah memberi alamat rumah kami. Kalau aku tidak setuju nanti, macam-macam pula kerenah lelaki itu. Sudahlah menggunkan telefon bimbit Syafiqah sebagai perantara, takut nanti marah pula Syafiqah. Walaupun Syafiqah tidak menunjukkan riak kurag senang, tetapi aku tidak mahu mengambil kesempatan menyusahkan orang lain.
Kedengaran bunyi enjin kereta dari luar. Hah, mesti dia!
"Aku pergi dulu," jeritku pada Munirag dan Syafiqah di tingkat atas.
"Okey, selamat berbahagialah ye." Kedengaran suara Munirah dan Syafiqah serentak mengenakanku.
"Memang aku nak menuju bahagia ni," jawabku pula. Entah mengapa ayat sebegitu pula yang terluncur keluar dari mulutku. Niatku hanya untuk menghentikan usikan mereka berdua.
Aku berlari-lari anak menuju ke kereta Addy dek kerana hujan renyai yang masih berlarutan. Mamat ni bukan nak keluar tolong payungkan aku! Ngomelku sendiri di dalam hati. Nasib baik rebas aje, kalau tak basah baju biru turkois yang aku pakai ni!
Masuk sahaja ke dalam kereta, hidungku dijamu dengan haruman kereta Glade Sport. Wangi! Detik hatiku.
"Emm, wangi!" Tiba-tiba sahaja Addy bersuara selepas keretanya meninggalkan rumahku.
Perkataan ‘wangi’ yang disebut membuatkan aku memandangnya dengan rasa hairan. Eh, sama pulak!
"Apa yang wangi?" Tergerak mulutku untuk bertanya.
"Kaulah," jawab Addy ringkas.
Terkedu aku dengan jawapan yang diberi. Aku, wangi? Hoh, apa yang wanginya? Aku Cuma memakai bedak talkum sahaja, bukannya minyak wangi. Takkan itupun boleh bau? Tajam betul hidung dia.
Aku diam sahaja, menekur pandangan ke langit yang gelap. Addy turut diam. Kesepian berlarutan sehinggalah sampai di restoran seperti yang telah diputuskan siang tadi.
Sebaik enjin kereta dimatikan, aku terus membuka pintu dan keluar. Kemudian Addy pula.
Saat kami bertentangan, aku dapat melihat kelainan dari segi penampilannya. Kali ini berkemeja pula. Rambutnya pun nampak kemas bersisir. Dan yang paling utama, subangnya sudah tiada.
"Sorrylah, pakaian kerja. Tak sempat nak balik tukar," ujar Addy tiba-tiba. Segera aku alihkan pandanganku daripadanya. Dia perasankah aku tenung dia? Uhh, malunya!
Bagi menutup rasa malu, aku pura-pura kisah tentang rutinnya hari, "Lambat balik kerja? Banyak hal ke?"
"Boleh tahan."
Kami menapak masuk ke dalam restoran. Kedatangan kami disambut dengan ramah oleh pelayan disitu. Kami dibawa menuju ke sebuah meja.
Wah, mamat ni dah siap tempah meja ke? Aku tertanya-tanya sendiri.
Ah, peduli apa aku! Janji aku dapat balik PDA aku. Tetapi, sejak dari dalam kereta, tidak sepatah pun Addy mengungkitkan perihal PDA. Hendak bertanya, mulutku terasa berat yang amat sangat untuk menegurnya. Aku seakan lebih rela bersabar untuk menunggu Addy yang memulakan bicara.
Kebisuan Addy memang mencabar kesabaranku. Terasa kesabaranku semakin nipis, senipis kulit bawang. Lelaki di hadapanku ini tetap diam setelah makanan dipesan. Pandangannya bagai sengaja diliarkan ke tempat lain. Seperti mengelak dari berbicara denganku. Lagaknya seperti pertemuan malam ini tiada tujuan. Saja-saja untk aku pandang muka dia, dia pandang aku.
"Rasa-rasanya bila aku boleh dapat PDA aku balik?" tanyaku selamba. Bengang sungguh aku dengan Addy. Dah bisu ke lelaki ni?
"Oh, lupa pulak. Tunggu kejap aku ambik dalam kereta." Addy berlalu pergi meniggalkan aku sendiri.
"Huh, lupa konon!" dengusku agak kasar. Itupun setelah Addy agak jauh dari pandangan.
Beberapa minit kemudian Addy kembali dengan muka serba-salah. PDA aku juga tidak kelihatan. Apa lagilah masalahnya ni? Ada ke tidak PDA aku ni? Kalau tak ada, memang sesaja nak mintak penampar akulah tu!
"Aaa...emm...err, sebenarnya PDA kau dekat rumahlah. Tertinggal," ujar Addy gugup.
Apa?! Sekarang aku rasa macam nak menjerit depan muka Addy dan hadiahkan dia satu penampar!
"Masa aku telefon siang tadi, kau dekat mana?"
"Aku dekat rumah, belum pergi pejabat lagi masa tu."
"Membuang masa aku betullah. Takkan kau tak sedar langsung yang kau tertinggal PDA aku? Punyalah lama masa, dari tengah hari tadi sampai malam ni baru kau sedar yang kau tak bawak PDA aku!" Memang menggelegak betul aku dengan Addy sekarang. Sudah tidak aku lapikkan kata-kata yang keluar dari mulutku. Selayaknya dia dengar semua yang aku cakap tadi. Dia ingat aku suka sangat nak jumpa dia agaknya. Kalau tak bersebab, jangan haraplah!
"Rilekslah. Apa kata, kau ikut aku? Ambik PDA kau dekat rumah aku?"
Tanpa berfikir panjang terus sahaja aku besetuju. Restoran itu kami tinggalkan tanpa sempat menjamah makanan yang dipesan. DEBARAN yang tidak kunjung hentinya menghentak-hentak dadaku. Aku sabarkan sahaja diri mengikut gerak langkah Addy ke rumahnya. Seumur hidup belum pernah lagi aku menjejakkan kaki ke kondominium mewah seperti ini.
Addy berhenti di depan salah satu pintu di tingkat 16 ini. Ini rumah dia ke? Yelah agaknya, kalau tak buat apa dia keluarkan kunci.
"Jomlah masuk," pelawa Addy apabila dilihatnya aku masih tercegat diluar.
Apahal pulak aku nak masuk? Tak kena tangkap basah ke nanti? Namun persoalan ini hanya terlafaz dalam fikiran. Aku masih teragak-agak untuk masuk. Risau sebenarnya.
"Jangan risaulah, tak ada orang yang nampak pun kalau kau masuk rumah aku," ujar Addy, seakan memahami kegelisahan hatiku.
Dalam hati aku mengiakan kata-kata Addy. Memang keadaan sekeliling terlalu sunyi. Tidak ada seorang penghuni yang kelihatan berada di luar. Memang sudah lumrah agaknya bagi yang duduk di kondo, masing-masing buat hal sendiri. Dengan keraguan yang masih berkurang aku pun melangkah masuk. Apa yang penting PDA aku. Kalau Addy cuba buat sesuatu yang tak elok, dia memang silap oranglah! Kalau nak merasa ilmu silat aku, cubalah sentuh aku. Memang sengaja cari nahaslah dia. Elok-elok muka macam hero Korea, nanti aku belasah terus jadi penyek macam kiuh keria!
"Duduklah," pelawa Addy. Aku masih tercegat di depan pintu rumah yang sudah tertutup. Mendengar pelawaannya, aku menuju ke arah sofa dan terus duduk dengan muka selamba. Tidak langsung aku menoleh ke arah Addy.
Addy kemudian masuk ke dalam bilik yang paling hadapan. Menghilang disebalik pintu bilik yang berukir cantik. Bilik dialah tu. Lagipun macam tak ada orang lain aje yang tinggal dalam rumah ni.
Sudah lima minit berlalu. Namun Addy tidak juga muncul. Hisy, mana la dia ni? Apa yang lama sangat dia buat dalam tu? Takkan cari PDA aku lama macam ni? Manalah dia susupkan PDA aku tu, sampai jenuh aku menunggu ni.
Aku bangun dari dudukku. Aku berjalan di sekitar ruang tamu kondo mewah itu. Saja menghilangkan bosan dengan melihat gambar-gambar yang tergantung di dinding ruangan itu. Kemudian aku beralih pula ke sebuah almari kayu yang juga terdapat susunan gambar-gambar. Dari gambar yang bergantungan sehinggalah kepada gambar yang diletakkan di atas almari ini, semuanya gambar Addy dalam pelbagai pose dan mimik muka. Cuma ada beberapa gambar pasangan yang sudah agak berumur bersama wajah-wajah yang tidak aku kenali . Mungkin gambar ahli keluarga dia. Tekaku sendiri.
"Suka betul mamat ni ambik gambar sendiri. Perasan handsomelah tu!"
Kemudian mataku terpaku pada sebuah bingkai gambar yang terkandung gambar Addy bersama seorang perempuan. Secara automatik tanganku mencapai bingkai gambar itu. Tindakan refleks yang begitu cepat. Hatiku tiba-tiba tertarik untuk mengamati gambar itu dengan lebih dekat. Perempuan di dalam gambar itu memang cantik. Berkulit putih gebu dan berambut lurus keperang-perangan. Nampak padan benar dengan Addy.
"Mesti awek dia ni."
"Memang awek aku pun." Tiba-tiba sahaja aku terdengar suara menegur dari belakang. Hampir sahaja aku terlepas bingkai gambar di tanganku. Cepat-cepat aku letakkan balik gambar itu di tempat asalnya.
Aku pusingkan tubuhku ke belakang. Sekali lagi aku terkejut apabila tubuh Addy begitu hampir denganku. Serta-merta aku rasakan keadaan sekeliling menjadi beku. Addy kaku di hadapanku. Aku juga tidak berganjak dari tempatku. Kalau aku bergerak sedikit pasti ada anggota tubuhku yang bersentuh dengannya. Huish...tak nak aku! Tak rela!
"Tepilah. Mana PDA aku?" Mahu aku sedas tengkuk lelaki ni. Dia boleh statik aje berdiri depan aku. Mana boleh tahan bila keadaan sudah darurat macam ni. Akhirnya aku terpaksa juga mengarahkan dia supaya ke tepi. Kalau tak cakap dia dah macam orang dungu berdiri depan aku. Entah apa yang dia pandang pun aku tak tahu. Menarik sangat ke aku ni? Kalau menarik, kenapa sampai sekarang aku masih belum terikat dengan sesiapa? Hai, nasib badan!
"Oh, ada. Aku letak dekat atas meja tu," kata Addy sambil menunjuk ke arah meja di tengah ruang tamu. Dia turut berganjak ke sofa berhampiran meja tersebut.
Huh, gila apa mamat ni? Terkejut sungguh aku melihat apa yang sedang aku pandang sekarang. Tetapi segera aku alihkan pandanganku. Hisy, dosa ni!
Gila betullah Addy ni. Ada ke patut dan relevan sangatlah kononnya bila dia pakai singlet dengan seluar pendek paras peha tu? Ya ALLAH lindungilah aku dari segala yang mengundang kepada kemaksiatan. Aminn. Doaku tidak putus-putus di dalam hati.
Aku mencapai PDA aku di atas meja. Aku belek-belek sebentar. Kemudian aku memandang Addy seraya berkata, "Terima kasih." Lega sudah hatiku apabila mendapat semula barang kepunyaanku.
Tanpa berlengah lagi aku sudah berjalan ke pintu keluar. Aku dapat mengagak bahawa Addy tidak akan menghantar aku pulang. Melihat penampilannya yang dah macam bersedia untuk tidur, buat apa aku nak tunggu lagi. Takkan aku mahu tergedik-gedik menyuruh Addy menghantar aku pulang. Bukan jenis aku perempuan seperti itu. Lagipun aku boleh sahaja menelefon Syafikah atau Munirah untuk meminta menjemputku. Ah, aku tak heranlah kalau kau tak nak hantar pun!
"Azmarina Bt Azman."
Terhenti langkahku yang sudah sampai di muka pintu apabila mendengar nama penuhku disebut. Alamak, dia dah tahu ke? Mesti dia selongkar segala yang ada dalam PDA aku. Ceh, kurang ajar betul!
"Ya, ada apa hal?" jawabku dengan selamba. Ingat aku gentar sangat bila dia panggil macam tu.
Addy sudah bangun dari duduknya. Menghampiriku dengan wajah sedikit tegang. Amboi, marah ke? Aku cekalkan hati untuk berdepan dengan apa pun yang akan berlaku. Kalau dia menyerang, aku lawan!
"Kenapa kau orang ni suka menipu?" Soalan pertama Addy kepadaku.
"Bukan aku..." Belum pun sempat aku menjawab balik pertanyaan Addy tiba-tiba kedengaran pintu diketuk bertalu-talu. Terkejut aku dengan bunyi yang begitu hampir dengan telingaku itu.
Aku menjauh dari pintu apabila Addy menghampiri untuk membuka pintu. Aku berdiri betul-betul di belakang Addy untuk melihat siapa di luar. Adakah kekasih Addy yang datang waktu-waktu begini?
Namun apabila terpandangkan wajah-wajah yang tersaji di depan mataku sekarang, kakiku bagai dipasung. Yang nyata difikiranku kini hanya ALLAH. Ya ALLAH mengapa ini yang telah kau suratkan untuk aku? Emak...ayah!
PENAT sungguh aku rasakan. Terasa lemah tubuhku dengan kejadian yang menimpa hidupku. Penat sudah aku berendam air mata semasa berada di pejabat agama tadi. Aku hanya mahu merehatkan diri sekarang. Aku mahu tidur dan bangun dengan sinar harapan yang baru esok. Tetapi, masihkah ada sinar? Setelah satu kejadian yang bagai melumpuhkan hampir seluruh kebahagian yang aku kecapi sekarang.
Tatkala aku masuk ke dalam rumah keadaan sunyi sepi. Mesti semuanya sudah tidur, maklumlah sudah tengah malam. Aku sahaja yang baru pulang gara-gara kejadian yang sungguh memeritkan jiwa ragaku.
Tidak seorang pun daripada sahabatku yang aku maklumkan tentang kes penangkapan aku di rumah Addy. Aku malu. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu sesiapa pun tahu. Tetapi apakan daya, keluargaku telah pun dimaklumkan oleh pihak pejabat agama. Semua ini gara-gara ingin mendapatkan persetujuan ayahku sebagai waliku yang sah.
Aku tidak mahu bernikah dengan Addy. Aku benci lelaki tu! Aku benci Addy! Tetapi aku terpaksa. Ayah juga sudah bersetuju tanpa mahu dengar penjelasanku.
"Ustaz, bagi saya cakap dengan ayah dulu," pintaku pada Ustaz Abdul Rahman. Lelaki itu menyuakan gagang telefon padaku. Ketika ini aku masih mampu menahan air mata dari menitis keluar. Tetapi, apabila ayah serta-merta meletakkan gagang telefon sebaik sahaja aku memberi salam, serta-merta tangisanku pecah tanpa dapat ditahan lagi.
Tiada siapa yang sudi mendengar penjelasanku, waima ayah kandungku sendiri pun tidak percaya kepada anak gadisnya ini. Tidak kenalkah ayah dengan sifat anak ayah sendiri? Ya ALLAH, tidak ada siapa lagikah yang mahu mendengar luahanku ini? Sakitnya dada ini. Terlampau sakit!
Aku masuk ke dalam bilikku. Membersihkan diri, menukar baju yang aku rasakan penuh dengan dosa ini. Terus aku lemparkan ke dalam tong sampah. Kalau boleh aku ingin membuang segalanya yang bersangkut-paut dengan kejadian hari ini. Andai boleh ingatan ini ku buang, akan aku lakukan sekarang juga. Tetapi mana mungkin!
Usai menunaikan solat Isyak, dia atas sejadah aku menangis lagi. Berdoa memohon keampuanan dariNya,berdoa memohon agar ditabahkan hatiku menjalani ujian ini. Murah benar air mataku hari ini. Tanpa dipinta berjuraian sahaja ia keluar. Sesungguhnya memang teramat pilu hatiku. Tidak pernah aku lalui dugaan sebegini dasyat sepanjang hidupku. Tidak pernah juga aku terfikir untuk menjadi isteri dalam pernikahan sebegini, tambahan pula dengan lelaki seperti Addy.
Aku mengeluh lagi. Perlahan-lahan aku baringkan tubuhku yang lesu ini di atas sejadah. Entah bila aku terlena bersama mimpi buruk yang menghantui tidurku.
Skit2 citer kawen bsah....bosan tul....x best laaa......jln citer yg sma je....mcm x de modal lain citer nye...huhhh
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salamulaikom
mmmmmmm...stil d same huh...
but hey ..dont stop d music........
~mrhyde~