Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Saya mengekori kereta Ariana dari belakang sehinggalah kita sampai di satu kawasan perumahan dua tingkat. Ariana berhenti di simpang jalan. Entah yang mana satu rumah Ariana agaknya. Saya menunggu buat seketika sebelum menelefon Ariana. Inilah kali pertama saya menelefon Ariana. Entah mengapa, saya terasa jantung saya berdegup dengan kencang. Perasaan ini tak ubah seperti satu perasaan yang saya pernah rasakan sebelum ini.
Benar. Inilah yang saya rasakan setiap kali saya menghubungi Rie suatu ketika dulu. Perasaan berdebar-debar sehingga dada saya terasa pedih. Saya rindukan perasaan ini. Perasaan inilah yang membuatkan saya memilih untuk bersama Rie yang merupakan bayang-bayang sehingga saya sanggup membuatkan Izzah menangis. Saya yakin saat itu bahawa Rie adalah cinta saya.
Agaknya ada sesiapa tak yang percaya bahawa saya tak pernah merasa sebegini ketika bersama Diya? Hampir tujuh tahun dan tak pernah sekali pun ada perasaan berdebar-debar ketika mahu menelefon Diya. Begitu juga dengan Izzah. Hanya dengan Rie dan Ariana yang merupakan wanita yang sama. Adakah sebenarnya selama ini saya masih mencintai Rie? Saya sendiri mula musykil dengan perasaan saya sendiri.
Pelik, kan? Bagaimana saya boleh mencintai bayang-bayang? Awal perkenalan saya dan Rie, mesej dan missed call dari Rie adalah gangguan jiwa. Sepanjang malam dia membuatkan saya tertanya-tanya siapa gerangan gadis misteri bernama Rie itu. Namun lama kelamaan, perasaan itu berubah. Mesej dari Rielah yang saya tunggu sepanjang hari. Sehari tanpa mesej dari Rie, saya jadi resah. Saya jadi tertanya, adakah Rie tidak teringatkan saya?
Saya tahu Rie sukakan saya. Mesej pertama dari Rie membuatkan saya terasa takut. Kata Rie, Rie sukakan saya. Saya terasa saya sedang diintip oleh stalker. Semua tentang saya Rie tahu. Apabila saya menyedari perasaan saya sendiri, saya berterus terang dengan Rie. Sungguh saya sangkakan Rie akan gembira. Tapi yang saya dengar hanyalah esak tangis. Dan selepas itu, Rie terus hilang bagai setitik air yang jatuh ke lautan. Saya rasakan separuh dari kekuatan diri saya hilang.
Pertemuan dengan Diya memang saya akui mengubah diri saya. Sedikit sebanyak banyangan Rie sudah hilang. Tapi tak semuanya berubah. Walaupun saya sudah tekadkan hati untuk menjadikan Diya teman hidup saya, ada satu kekosongan yang saya rasakan dalam hati saya. Setiap kali Diya berada di depan mata saya, hati saya menyeru nama Rie. Hati saya seakan enggan dimiliki orang lain. Saya tak pernah sedar itulah perasaan saya sehingga saat ini.
"Ariana kuat, kan?" Tanya saya. Kalaulah Ariana berada di sisi saya, pasti saya akan memeluk Ariana sekuat hati. Saya takkan biarkan Ariana kembali ke rumah. Melihat reaksi Ariana apabila saya mengajak Ariana pulang, tahulah saya yang Ariana ada masalah di rumah. Ada masalah dengan Zikri. Zikri telah melakukan sesuatu yang cukup menyakitkan hati Ariana. Saya pasti. Suara Ariana kedengaran terputus-putus. Pasti Ariana menahan esak tangis. Itulah Ariana yang saya kenali. Cukup murah dengan air mata.
"Saya tunggu Ariana masuk rumah." Kemudian talian terputus. Saya lihat kereta Ariana mula bergerak masuk ke sebuah rumah di sebelah kanan. Itulah rumah Ariana rupanya. Teres dua tingkat berwarna cream. Kemas. Cantik. Saya teringatkan rumah kita dulu. Saya lihat Ariana keluar dari kereta dan Ariana sempat berpaling ke arah saya yang terus memandu pulang. I’ll miss you, sayang.
Setibanya saya di rumah, Ibu sedang menunggu saya di anjung. Sebaik melihat kereta saya, Ibu bergegas mendapatkan saya. Seperti yang saya jangkakan, soalan pertamanya adalah tentang Ariana. Saya hanya senyum lalu memberitahu Ibu segala-galanya. Hanya satu persoalan saja yang saya tak dapat berikan jawapan yang pasti pada Ibu. Apa masalah Ariana dan Zikri sebenarnya? Sewaktu saya dan Ibu sedang rancak bercerita, handphone saya berbunyi. Nurain.
"Abang kat mana?" Bergetar suara Nurain selepas dia menjawap salam. Saya terdiam. Saya benar-benar terlupa akan janji saya untuk menghubungi Nurain. Sudah beberapa kali saya berjanji akan menghubunginya. Saya benar-benar terlupa. Saya meminta maaf. Tidak lama kemudian terdengar esak tangis Nurain. Saya memicit kepala. Sudah ... Apa pula yang saya buat kali ini?
"Abang pergi mana? Ain cari Abang kat ofis. Tiap hari Ain tanya tapi Abang tak masuk kerja. Bila Ain call, Abang tak pernah angkat. Message yang Ain hantar, satu pun Abang tak balas." Luah Nurain dalam esak tangisan yang cuba ditahan. Perasaan serba salah mula menular dalam hati saya. Saya tak sangka yang saya telah melukai hati gadis ini.
"Saya minta maaf. Masa tu saya ada masalah." Pendek jawapan saya. Itu jawapan terbaik yang saya boleh berikan pada Nurain sebab saya tak tahu sama ada saya perlu berterus terang. Tapi yang pasti, saya takkan beritahu Nurain tentang Ariana. Nurain pun tak tahu tentang Ariana. Saya yang sengaja tidak menjawap soalan Nurain tentang Ariana. Jujur, saya tak suka setiap kali Nurain bertanya tentang Ariana. Bagi saya, Nurain tidak perlu tahu tentang diri saya yang sebenarnya. "Saya dah sakitkan hati Ain ke?" Tanya saya.
"Ain risaukan Abang. Ain takut apa-apa jadi kat Abang nanti." Jawap Nurain. Risau? Takut? Bukankah itu yang pernah meniti di bibir saya setiap kali Rie tidak membalas mesej atau menjawap phone call dari saya? Dan apa ertinya?
"Kenapa?"
"Ain sayang Abang." Lidah saya tiba-tiba kelu. Benarlah apa yang saya fikirkan selama ini. Memang Nurain menyimpan perasaan terhadap saya. Saya sebenarnya yakin dah pasti Nurain memang menyimpan perasaan. Tapi saya cuba untuk menafikan perasaan itu. Saya tak mahu dibelenggu perasaan yang menyesakkan jiwa itu. Dan saya ... Saya tak pasti adakah saya mempunyai perasaan yang sama terhadapnya. Sukar saya untuk menjawap soalan itu. Saya senang ketika bersama Nurain. Tapi ... Itu bukan cinta, kan?
Bukankah cinta itu sesuatu yang cukup kompleks? Cinta itu indah tapi cinta itu juga menyakitkan. Cukup menyakitkan. Sedangkan bersama Nurain, yang saya rasakan hanyalah kegembiraan. Tak pernah saya sakit hati dengan apa jua yang dilakukannya. Atau lebih jujur jika saya katakan yang saya tak pernah ambil tahu tentang Nurain. Saya tak peduli apa yang dilakukannya sepanjang hari. Mungkin saya ada bertanya tentang harinya tetapi tiada apa-apa yang istimewa tentangnya.
"Abang kat mana?" Nurain bertanya setelah saya hanya mendiamkan diri. Saya memberitahu yang saya berada di rumah. "Bila Abang nak bawa Ain jumpa family Abang?" Sekali lagi saya terdiam. Bawa Nurain jumpa Ibu? Mana mungkin. Maksud saya, saya tak rasa saya akan bawa Nurain bertemu dengan Ibu. Tiada sesiapa pun dalam keluarga saya yang tahu saya kerap menghabiskan masa dengan Nurain. Ibu pun tak tahu. Dan saya yakin Ibu tak suka.
Bukan Ibu tak suka akan Nurain. Ibu tak prejudis. Tapi bukannya saya tak kenal Ibu, kan? Kalau Ibu sayangkan seseorang, selamanya Ibu akan menyayanginya. Seperti Ibu sayangkan Ariana. Walaupun Ariana bukan lagi menantunya, saya tahu Ibu sayangkan Ariana dan menyimpan harapan yang saya akan kembali bersama Ariana. Ibu sudah cukup terluka dengan perceraian saya dan Ariana. Takkanlah saya nak bawa perempuan lain bertemu dengan Ibu pula? Sedangkan Diya pun saya tak pernah bawa bertemu dengan Ibu.
"Abang?" Ain memanggil setelah saya mendiamkan diri. Saya segera menukar topik dan bertanya tentang diri Nurain. Pertanyaan Nurain terkubur di situ. Saya tak mahu Nurain tahu terlalu banyak tentang diri saya. Banyak yang perlu saya simpan dari pengetahuan Nurain. Dan saya tak tahu kenapa saya perlu sembunyikannya dari Ariana. Ah, mungkin Nurain tidak perlu tahu.
Sehari selepas kita pulang, saya menghubungi Ariana. Lama saya tunggu panggilan itu berjawap. Dan saya masih rasa debaran dalam dada. Kemudian saya terdengar suara Ariana. Lemah lembut. Tak sama dengan suara Ariana ketika di Langkawi. Garang. Nada tinggi. Saya tak tahu kenapa tapi saya rasa rindu sangat dengan Ariana. Saya teringatkan senyuman Ariana dan esak tangis Ariana apabila Ariana berada dalam pelukan saya. Kalaulah Ariana ada di depan saya saat ini ...
"Ariana apa khabar?" Tanya saya memulakan perbualan. Saya sendiri tak tahu apa tujuan saya call Ariana sebenarnya. Yang saya tahu, saat ini, satu-satunya perkara yang saya inginkan adalah mendengar suara Ariana. Ariana teragak-agak sebelum menjawab.
"Zikri ada kat situ ke?" Tanya saya, agak risau kalau Zikri ada di sisi Ariana. Sepatah yang saya tanya, sepatah yang Ariana jawap. Lama pulak tu Ariana memberikan jawapan. Mulanya saya terfikir yang Ariana kurang senang saya menghubungi Ariana. Tapi saya yakin ... Ariana gembira seperti saya. Lama saya mendiamkan diri. Tiba-tiba saya rasa lidah saya kelu.
"Saya call sebab saya Cuma nak pesan. Jaga diri baik-baik." Ucap saya. Entah dari mana datang idea untuk memberikan alasan sebegitu pun saya tak tahu. Kenapa agaknya saya tak berterus terang yang saya rindukan Ariana?
"Lagi satu ... Jangan lari lagi. Kalau nak lari, bagitau saya. Kali ni kita lari betul-betul ke Thailand. Okay?" Kemudian terdengar Ariana ketawa. Saya menarik nafas dalam-dalam. Inilah perasaannya. Mendengar Ariana ketawa, tiba-tiba hati saya terasa pedih. Bukan kerana saya terluka tapi kerana saya sangat gembira. Perasaan ini walaupun terasa begitu sakit, tapi saya bahagia. Macam ada air mata bertakung dalam mata. Bibir saya tak dapat mengukir senyuman tapi saya rasa sangat bahagia. Saya masih ingat perasaan ini.
Saya memulakan rutin harian saya namun kenangan kita di Langkawi tak pernah saya lupakan. Malah gambar kita semasa kita di Bukit Machincang, saya bingkaikan dan saya simpan di dalam bilik di rumah dan di pejabat. Gambar itulah yang menjadi tatapan pertama saya apabila saya bangun tidur dan sebelum saya meninggalkan pejabat. Gambar itu membuatkan bibir saya mengukir senyum manis.
Bekerja dan terus bekerja. Itulah rutin harian saya. Saya ketawa sendiri apabila teringat pesanan adik saya. "Get a life." Adakah saya tidak mempunyai kehidupan? Inilah kehidupan saya. Bersama keluarga dan bersama kenangan saya dan Ariana. Cuma itu kehidupan saya. Jika didalami maksud pesanan adik saya, saya tahu adik saya mahu saya mencari seseorang untuk dijadikan isteri dan bina hidup berumah tangga sekali lagi. Hanya satu jawapan saya pada adik saya. Kalau saya berkahwin, Arianalah pengantinnya. Arianalah orang rumah saya dan Arianalah yang akan melahirkan anak-anak saya. Bukan Nurain dan bukan wanita lain.
Kemudian mulalah adik saya memberikan kuliah percuma pada saya. Dia memarahi saya kerana tidak menghargai Ariana dulu. Kenapa perlu dikecewakan hati Ariana dan meninggalkan Ariana seorang diri. Saya hanya senyum. Saya tidak tahu sama ada menceraikan Ariana adalah satu keputusan yang betul. Saya dah beritahu diri saya berulang kali. Saat itu, yang saya fikirkan hanyalah untuk tidak menyusahkan Ariana walaupun saya pasti yang saya sendiri terluka. Sudah terlalu banyak yang Ariana lalui. Dan kini pastinya saya menyesali keputusan yang saya ambil.
Tengahari itu Nurain datang ke pejabat saya. Dia datang tanpa memberitahu saya terlebih dahulu. Secara spontan saya terus menutup frame gambar saya dan Ariana. Nurain nampak tertanya-tanya dengan tindak tanduk saya yang agak ganjil. Katanya dia datang untuk makan tengahari bersama saya. Saya hanya mengikut langkahnya. Sepanjang perjalanan Ariana cuba untuk memulakan perbualan tapi saya tak dapat nak membalas semua kata-katanya. Fikiran saya melayang jauh ke Langkawi, mengingatkan kenangan saya dan Ariana.
"Abang!" Jeritan Nurain menyedarkan saya yang saya hampir melanggar kereta BMW di hadapan saya. Hanya beberapa sentimer memisahkan kereta Nurain dan BMW berwarna biru di hadapan saya. Mujurlah saya sempat menekan brek dengan kuat. Seketika kemudian terdengar bunyi hon bertalu-talu dari belakang. Enjin kereta Proton Savvy hitam Nurain mati secara tiba-tiba. Dalam penuh kekalutan saya menghidupkan enjin dan terus memandu. Nurain mendiamkan diri.
"Abang okay ke? Nak Ain drive?" Tanya Nurain. Saya hanya menggelengkan kepala. Saya beristighfar dalam hati. Sambil itu saya mengutuk diri sendiri. Itulah. Jauh berangan sampai ke planet Pluto akhirnya hampir mati katak di planet Bumi. Huh. Kalau saya seorang saja yang mungkin accident tak mengapalah. Ini tak. Nurain ada di sisi. Tak pasal-pasal terbunuh anak dara orang nanti. Ish. Moga dijauhkan.
Makan tengahari itu, saya banyak mendiamkan diri sehingga Nurain berkali-kali mengulang soalannya. Nasi berlauk tomyam daging dan udang butter di hadapan saya hampir tidak bersentuh. Saya betul-betul bengong hari itu. Semua kerja yang saya buat serba tidak kena. Ketika saya ingin membuat salinan di mesin fotostat pagi tadi, saya hanya berdiri dan terus berdiri lama sehingga ada staf yang menegur saya. Selamatlah bos tidak masuk ke pejabat hari itu. Kalau tidak, memang habis saya dijerkah. Hehe/ Semuanya kerana Ariana. Apa saja yang saya buat, wajah Ariana yang sedang ketawa bermain-main di mata saya sampai saya tak sedar apa yang saya buat.
"Abang ada masalah ke? Ceritalah pada Ain." Kata Ain sewaktu kami dalam pulang ke pejabat. Saya menafikan. Mengingati Ariana tu satu masalah ke? Tak, kan?
"Kalau Abang tak ada masalah, takkanlah Abang sampai nak langgar kereta tadi?" Nurain tidak berputus asa. Masih ingin soalannya dijawap.
"Tak ada apa-apa, Ain. Saya okay je. Jangan risau." Saya terdengar Nurain mendengus. Marah la tu ... Nurain sedikit sebanyak memiliki sikap yang sama dengan saya. Sekali dua mungkin saya boleh cuba memujuk. Tetapi jika terlalu banyak kali, dia jadi malas untuk bertanya. Orang kata, kalau kita mempunyai banyak persamaan, kuat jodohnya. Betul ke?
Malam itu saya memberanikan diri untuk menghubungi Ariana lagi. Kali ini nampaknya Ariana sudah bersedia untuk berbual dengan saya. Bermula dari perbualan mengenai kerja, kita berbual panjang malam sehingga bateri handphone saya habis. Dengan kalutnya saya terus cari charger dan call Ariana lagi. Entah apa yang kita bualkan pun saya tak sedar. Saya mengusik Ariana sepuas hati dan ketawa besar sehingga Ibu mengetuk pintu dan menyuruh saya tidur. Mesti Ibu dengar saya ketawa besar. Hehe.
Bila berbual dengan Ariana barulah saya sedar. Walaupun hampir dua tahun kita tinggal sebumbung, saya sebenarnya masih belum kenal siapa Ariana sebenarnya. Banyak yang saya tidak tahu tentang Ariana walaupun kita punya perasaan yang sama. Kini yang saya tahu adalah Ariana sukakan coklat Beryl’s, bukannya Vochelle atau Cadbury atau mana-mana jenama coklat yang lain. Patutlah jarang ada coklat di rumah kita dulu. Lagi ... apa ya? Hmm ... Ariana teringin untuk bercuti ke Australia. Kenapa? Sebab Ariana nak beli koala dan bela. Haha. Mengarut betul anak orang ni. Tapi bagus juga kalau bela koala. Dua jam je kena jaga sebab koala tidur selama 22 jam sehari.
Satu pagi, terdetik dalam hati saya untuk menemui Zikri. Hanya dia yang punya semua jawapan yang saya inginkan selama ini. Saya datang ke hospital tempat dia bekerja dan kebetulan Zikri dapat meluangkan sedikit masa untuk saya. Maklumlah, seorang doktor kan selalu sibuk? Apatah lagi seorang pakar seperti Zikri. Wajah Zikri keruh sepanjang masa saya saya berhadapan dengannya.
"Kau ada buat apa-apa dengan Ariana ke?" Tanya saya ketika kami berada di kafeteria. Saya hanya memesan air walaupun perut saya meronta-ronta minta diisi. Makanan di kafeteria di hospital terlalu mahal. Tercekik saya dibuatnya. Zikri yang sedang menghirup air nescafe merenung tajam ke arah saya. Saya tahu dia marah.
"Kenapa aku kena cerita tentang rumahtangga aku kat kau? Jangan risaulah. Aku takkan buat Ari gila macam kau buat kat dia dulu." Berdesing telinga saya mendengar jawapan Zikri yang kedengaran begitu sinis di saya. Apa maksud dia cakap macam tu? Wah, bukan main sedap mulut menyindir saya. Dia ingat saya tak faham ke? Kesabaran saya yang sebenarnya memang tidak ada terus lenyap. Ditambah pula dengan perut yang lapar, makin berapilah hati saya.
"Aku cakap elok-elok dengan kau, kan? Kau nak cari pasal dengan aku ke?" Tanya saya, masih mencuba untuk membina sedikit kesabaran. Apa yang Zikri katakan memang ada benarnya. Memang saya pernah buat Ariana jadi gila. Tapi saya sudah insaf dan Ariana sudah menerima saya semula. Kenapa perlu diungkit sampai macam tu? Saya yakin hati Ariana tak pernah berubah. Saya yang memiliki hati Ariana dan bukannya Zikri.
"Kau dah lupa ke yang kau cuma bekas suami dia? Lagipun kau yang ceraikan dia. Apa lagi yang kau nak?" Tanya Zikri. Saya hanya mendiamkan diri. Melihat saya speechless, Zikri menambah. "Kau kena ingat yang kau tak ada apa-apa dengan Ariana. Kau gila talak ke? Tak cukup lagi ke apa yang kau dah buat dengan Ariana?"
Saya terus bangun dan meninggalkan Zikri dengan hati yang membengkak. Hati saya sakit mendengar kata-kata Zikri walaupun apa yang dia katakan itu memang benar. Malah apabila dia bertanya apa yang saya mahukan, saya sendiri tak tahu. Jika kemaafan yang saya mahukan, saya yakin Ariana telah memaafkan saya. Kalau saya mahu kembali bersama Ariaan mahukah Ariana terima saya semula? Pasti mahu, kan?
Malam itu ketika saya berbual dengan Ariana dalam phone, Ariana kata Zikri ketuk pintu bilik. Ariana letakkan fon. Lama juga. Beberapa kali saya menghubungi Ariana tapi tak berjawap. Risau saya dibuatnya. Pasti Zikri ada sesuatu yang ingin dikatakan tapi mengapa terlalu lama? Hampir setengah jam kemudian Ariana hantar message pada saya. Waktu saya sudah berfikir untuk datang ke rumah Ariana. Yelah, mana tahu Zikri buat sesuatu pada Ariana, kan? Saya terus call Ariana. Keriangan Ariana telah hilang. Entah apa yang Zikri katakan pada Ariana agaknya. Mungkin ke Zikri beritahu Ariana tentang kedatangan saya ke hospital?
Sebaik saja memutuskan talian, saya terlihat ada message untuk saya.
Lama saya berbaring merenung siling sebelum menghubungi Nurain. Saya memberitahu padanya yang saya akan datang ke rumahnya dalam masa setengah jam. Ada sesuatu yang penting yang perlu dijelaskan pada Nurain. Nurain perlu tahu kedudukan sebenarnya dalam hati saya. Nurain perlu tahu siapa dia dalam hidup saya.
"Ain saya rasa ada baiknya saya berterus terang dengan Ain." Saya memulakan bicara apabila saya dan Nurain berada di luar rumah sewa Nurain. Nurain memandang saya dengan wajah yang agak muram. Saya tahu Nurain sudah lama menyimpan perasaan sakit hatinya terhadap kelakuan saya. Siapa yang tak marah kalau ada seseorang yang sering menyepikan diri? Dan kemudian hadir kembali ke dalam hidup kita tanpa sepatah kata. Dan kalau Nurain dan saya punyai perangai yang sama, Nurain pasti bencikan saya.
"Apa yang Abang nak beritahu Ain?" Tanya Ain.
"Saya tahu Ain sayangkan saya. Saya sayangkan Ain jugak. Tapi perasaan sayang saya tak sama dengan perasaan sayang Ain. Saya tak boleh beri apa yang Ain nak ..." Nurain menundukkan wajah sepanjang saya menuturkan kata-kata. Lama saya membiarkan suasana sepi antara kami sebelum saya terdengar Nurain ketawa. Perlahan tawa Nurain.
"Ain dah agak dah ... Ain patutnya dah tahu yang ..." Nurain ketawa lagi. "Ain tahu cuma Ain yang ada perasaan pada abang. Tapi ..." Nurain mendiamkan diri. Kemudian saya terdengar esak tangisnya.
"Ain betul-betul sayangkan Abang. Ain tak cukup baik pada Abang ke? Selama ni ... Takkan sekali pun hati Abang tak pernah sayangkan Ain macam Ain sayangkan Abang?" Ain memandang saya. Saya melarikan pandangan saat saya ternampak air mata Nurain mengalir dari matanya. Saya tak sanggup nak tengok air mata Nurain. Saya memang kejam.
"Selama ni ... Apa yang Ain buat ... Abang tak rasa apa-apa ke?" Nurain bertanya lagi. Hati saya terasa sayu. Bukan begitu ...
"Ain baik ... Cukup baik pada saya. Saya senang dengan Ain. Saya suka dan gembira bila bersama Ain. Tapi itu bukannya cinta, Ain ..." Saya menarik nafas dalam sebelum menuturkan sebaris ayat yang saya pasti membuat hati Nurain luruh. "Saya tak pernah cintakan Ain. Bagi saya, Ain hanyalah teman."
Esakan Nurain semakin kuat. Perasaan serba salah dalam hati saya menebal. Masuk kali ini, sudah berapa wanita yang saya sakiti agaknya?
"Saya cintakan bekas isteri saya, Ain. Hati saya Cuma mahukan dia dan bukan orang lain." Alang-alang saya berterus terang, lebih baik saya berterus terang sepenuhnya. Sekurang-kurangnya tidak ada lagi persoalan dalam hati Nurain.
"Tapi bukan ke dia dah kahwin lain, Abang? Dia isteri orang, kan? Abang tak mungkin dapat miliki dia!" Nurain membentak. Saya memandang Nurain.
"Saya akan tunggu dia sampai bila-bila." Tekad hati saya.
"Abang kejam!" Dengan sepatah kata itu, Nurain berlari masuk ke dalam rumahnya. Saya hanya memandang dengan ekor mata. Memang saya kejam. Biarlah saya kejam pada pandangan Nurain. Daripada terus melukainya dengan perasaan yang tak pernah wujud, lebih baik saya musnahkan harapan Nurain. Saya yakin satu hari nanti Nurain akan mengerti dan menerima semuanya seadanya.
huhu sdeynyer...tolonglah penulis wat cte hepy ckit..watever,sy suka sgt2 cte ni smpi tertunggu2..but plz..plz..n plz..wat ariana n nizam bersama akhirnye...
citer ni sangat menarik...tapi sorry sebab bile terlalu banyak kejadian sedih yang berlaku sedikit sebanyak menghilangkan mood utk meneruskan pembacaan.Anyway tahniah pada penulis kerana jalan penceritaan yang berbeza!! gud luk to you!!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sy nak tahu bila akhir cerita nie penat udah baca asyik sedih aje..