BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Disember 01, 2008
Novel : Saya sayang awak 13
Nama Pena : Pemuja rahsia a.k.a INA SUBIR

Saya lihat kereta Perdana V6 milik Zikri ada di parking. Dia ada di rumahkah? Saya menghentikan kereta agak jauh dari rumah. Di belakang, kereta awak rapat mengekori saya. Handphone saya berbunyi. Awak! Awak masih ingat nombor saya rupanya. Saya biarkan panggilan itu agak lama sebelum menjawabnya.

"Ariana kuat, kan?" Tanya awak. Tiba-tiba saya rasa nak menangis. Tiba-tiba saya rasa lemah. Kenapa awak tanya soalan macam tu? Saya rasa air mata saya bertakung. Kenapa ya agaknya awak beri kesan yang sangat mendalam dalam hidup saya? Kenapa di depan awak, saya selalu lemah? Saya tidak menjawap. Entah apa yang harus saya jawap pun saya tak tahu. Saya menganggukkan kepala walaupun saya tahu awak takkan nampak saya.

"Saya tunggu Ariana masuk rumah." Kata awak. Saya mengerling ke arah cermin pandang belakang. Seakan sedar saya sedang memandang awak, awak menggerakkan kepala ke arah rumah saya. Saya menundukkan kepala. Saya memasukkan gear. Sebaik saya memasukkan kereta ke dalam garaj, saya lihat kereta awak berlalu.

Sebelum sempat saya membuka pintu rumah, pintu sudah terbuka. Zikri berada di hadapan saya. Dia berpakaian kemas. Mungkin ingin ke hospital. Dada Zikri berdegup kencang. Dia menghampiri saya. Dia cuba memeluk saya tapi saya melangkah ke belakang. Saya tak rela nak biarkan dia menyentuh saya. Kalau dulu mungkin tak apa. Tapi bila saya tahu semuanya adalah rancangan, boleh ke saya biarkan sesuka hati saya? Mana mungkin.

Saya memboloskan diri dari Zikri dan terus masuk ke dalam rumah. Zikri mengekori saya. Bibirnya tidak henti bertanya-tanya ke mana saya pergi. Saya memekakkan telinga. Tiba di bilik, saya hempaskan pintu di hadapannya. Memang kasar, kurang ajar. Tapi saya tak peduli. Biarlah. Cakaplah apa sekali pun. Cakaplah saya isteri yang nusyuz, tidak hormati suami, derhaka. Yang saya tahu hanyalah satu perkara. Bukan saya yang bersalah dalam hal ini.

Pintu bilik saya diketuk. Zikri meminta saya membuka pintu. Suaranya cukup lemah lembut. Katanya ada perkara yang harus kami bincangkan. Saya ketawa sendiri. Apa lagi yang hendak dibincangkan? Mungkin saya boleh pertimbangkan kalau dia hendak berbincang tentang perkahwinan kami, hala tuju ikatan ini. Kemudian kata Zikri ada banyak perkara yang ingin dijelaskannya. No! I don’t want any explanation. Saya tak peduli lagi apa sebabnya dia merancang peristiwa malam itu. Yang saya mahukan hanyalah dia lenyap dari pandangan mata saya supaya hati saya tak terasa sakit. Dan saya mahu semua ingatan saya terhadap Zikri lenyap. Fikiran saya runsing!

Lama jugalah Zikri mengetuk pintu bilik saya. Tak sakit ke tangan dia tu? Tapi saya biarkan. Peduli. Lantak. Buatlah apa saja yang dia nak. Tapi jangan sesekali fikir yang saya akan menerima apa jua yang ingin dikatakannya. Sekalipun dia jelaskan kenapa dia buat saya begini, tak ada gunanya. Sedramatis mana pun alasannya, tak mungkin saya terima. Dia tetap tidak berhati perut. Kejam! Mempermainkan hidup saya. Menipu semua orang supaya perkahwinan ini ada. Supaya dia dapat memiliki saya. Lelaki apakah itu? Semuanya hanya kerana sikap pentingkan diri sendiri. Yang penting dia puas. Shut up!

Dia ingat saya ni tunggul ke? Patung mainan? Yang dia boleh rebutkan dan miliki dengan cara kotor? Saya tak sangka langsung yang saya boleh hidup dan hampir menyayangi seorang lelaki sebegini. Saya terasa jijik apabila memikirkan Zikri merancang peristiwa itu. Saya menekan kepala saya sendiri. Leave me alone! Saya tak tahan! Kenapa asyik saya yang harus alami perkara sebegini? Apa salah saya? Kenapa perlu saya diuji? Saya terasa darah mengalir ke dada saya. Hati saya terasa panas. Badan saya sudah seakan menggigil. Saya sedang marah.

Zikri memanggil nama saya lagi. Dengan beberapa hayunan langkah, saya buka pintu bilik. Zikri terkejut dengan pintu yang dibuka dengan tiba-tiba. Dia melangkah setapak ke belakang. Saya tak ingat apa yang saya rasakan. Yang saya tahu, hati saya terasa panas. Fikiran saya memberontak. Saya mengetap gigi dengan kuat. Benci! Saya memang benci lihat wajah di hadapan saya. Lelaki jahat inilah yang hidup dengan saya selama hampir setahun. Penipu!

"Sayang, we need to talk about this. Abang ada banyak perkara yang abang nak explain pada Ari." Perasaan marah saya secara automatik hilang. Saya pun tak tahu kenapa. Yang saya sedar, perasaan marah tu diganti dengan perasaan sedih. Air mata saya mula bertakung. Betul ke Zikri buat saya macam ni? Bukan ke dia adalah lelaki yang paling baik saya pernah jumpa? Memang Zikri selalu merajuk dan kecil hati pada saya. Tapi betul ke dia permainkan saya? Dia tipu saya? Perlahan-lahan air mata saya mengalir.

Semakin lama, semakin laju air mata yang mengalir. Saya rasa lemah sangat. Saya tak tahu apa yang bermain di fikiran saya. Saya terduduk di lantai. Zikri cuba memapah saya bangun tapi saya menolaknya dengan kasar. Saya rasa tak berdaya. Saya menangis teresak-esak. Kenapa Zikri buat saya macam ni? Apa salah saya? Apa yang saya dah buat pada dia sampai sanggup dia buat saya macam ni? Sebab saya masih sayangkan awak? Sebab dia tahu yang saya tak cintakan dia? Atau dia nak balas dendam sebab isterinya terlanjur dengan lelaki lain sebelum ini?

"Ari ... Abang takkan minta Ari faham kenapa abang buat macam tu. Tapi abang nak Ari tahu yang abang buat semua ni sebab abang sayangkan Ari." Mendengar pengakuan itu, saya terasa lebih sedih. Sebab dia sayangkan saya? Dia tahu ke apa maksud sayang sebenarnya? Ini ke cara dia tunjukkan perasaan sayang dia? Dengan memiliki saya? Dengan menyeksa saya?

"Abang tahu Ari sayangkan abang. Tapi perasaan sayang Ari tak sama macam yang abang rasakan. Abang cintakan Ari. Abang tak boleh kehilangan Ari. Abang nak Ari selalu di sisi abang." Mana boleh macam ni ... Mana boleh dia buat saya macam ni. Takkan dia tak tahu apa yang seharusnya dia lakukan bila dia tahu yang saya tak cintakan dia? He should let me go. Dia patutnya bebaskan diri dari perasaan dia. Bukan dengan menipu saya. Sebab akhirnya satu hari nanti dia pasti akan bahagia walaupun bukan dengan saya. Kenapa ini keputusan yang dia ambil.

Banyak lagi yang Zikri terangkan pada saya. Satu demi persatu dia ceritakan pada saya. Dia luahkan perasaan sebenarnya pada saya. Betapa dia cemburu apabila melihat saya memakai bracelet yang awak hadiahkan. Yang dia sakit hati apabila mengetahui yang saya dan awak bekerjasama dalam kerja. Katanya dia bukan berniat mahu menyeksa saya. Dia terasa kecewa apabila dia tahu yang saya tak pernah cintakan dia. Memang saya tak pernah cintakan dia. Tak ada perasaan cinta dalam hati saya untuk dia. Dia tak sedar ke yang perasaan sayang adalah lebih berharga dari cinta? Kerana cinta akan berubah dalam sekelip mata. Tapi perasaan sayang akan kekal lama.

Lama kami berdua duduk di hadapan pintu bilik saya. Zikri mendiamkan diri dan yang kedengaran hanyalah sedu sedan saya. Terlalu banyak yang perlu fahami. Tapi saya tak rasa saya akan faham. Saya rasa Zikri pun takkan faham perasaan saya. Saya dah explain pada dia sebelum ni. Berulang kali saya katakan yang saya sayangkan dia. Memang saya ada perasaan pada dia tapi betul kata Zikri. Perasaan kami tak sama. Saya tak pernah mahu untuk memiliki Zikri. Sebaliknya saya akan lepaskannya untuk seseorang yang jauh lebih baik, seseorang yang mampu mencintai Zikri. Saya bukannya ‘seseorang’ itu.

"Saya sayangkan awak tapi perasaan sayang kita tak sama. Saya terkilan awak sanggup buat macam ni. Awak adalah lelaki yang paling baik saya pernah jumpa. Awak tak sepatutnya buat macam ni. Awak permainkan semua orang." Ucap saya dalam sedu sedan. Mata saya terasa pedih. Tiada lagi air mata yang mengalir. "Yang paling saya tak boleh terima adalah ... awak permainkan saya, orang yang awak sayangkan tu. Saya yang terpaksa tanggung penghinaan orang lain. Mama dan Papa tak percayakan saya lagi. Semua orang pandang hina pada saya. Semua ni sebab awak. Dan awak kata saya adalah orang yang awak paling sayang. Awak sayangkan saya tapi awak lukai saya?" Saya ketawa kecil. Saya tak tau macam mana lagi saya harus gambarkan perasaan saya. Saya terus bangun dan tutup pintu bilik dengan perlahan.

Saya penat. Banyak lagi yang perlu saya hadapi. Ini baru berhadapan dengan Zikri. Bagaimana dengan Mama dan Papa? Umi? Kak Mai? Saya baring di katil dan terus terlena. Entah berapa jam saya terlena pun saya tak tahu. Saya hanya terdengar apabila mendengar ketukan perlahan. Zikri menyuruh saya makan. Saya mengesat mata dan melihat jam loceng di sisi katil. Pukul 9 malam. Saya beristighfar panjang. Ketukan di pintu masih kedengaran. Dengan perlahan saya membuka pintu.

"Abang dah beli makanan. Ari tak makan lagi, kan? Kita makan sama-sama." Zikri pegang bahu saya dan bawa saya ke meja makan. Saya hanya mengikut. Zikri tarik sebuah kerusi untuk saya dan menolak perlahan tubuh saya supaya duduk di atas kerusi. Saya lihat makanan di hadapan saya. Makanan kegemaran saya. Kuewtiow goreng kerang. Ada juga hidangan baked meatballs dengan seasoned tomato sauce dari Pizza Hut. Dan air tembikai laici kesukaan saya. Zikri bersusah payah belikan semua ni untuk saya. Nak beli jiwa saya ke? Lupakan saja. Saya takkan termakan dengan pujukannya hanya dengan kuewtiow, baked meatballs dan tembikai laici.

Kami makan dalam suasana sepi. Sesekali saya pandang Zikri yang sedang makan dengan penuh berselera. Penat ke dia? Lapar ke dia? Ketika saya di Langkawi, ada tak dia cari saya? Atau dia masih lagi mengekalkan title dirinya sebagai pekerja berdedikasi? Saya hanya mendiamkan diri dan makan. Memang sedap tapi perut saya menolak makanan itu. Kemudian barulah saya teringat. Saya masih belum mengaktifkan handphone saya sejak empat hari yang lalu.

"Esok Ari kerja?" Tanya Zikri memecahkan kesunyian. Saya pandang dia lalu menggelengkan kepala. Saya rasa saya masih belum bersedia untuk kembali bekerja. Ada perkara yang perlu diselesaikan. "Esok kita keluar jalan-jalan nak? Abang cuti esok." Zikri mengajak. Saya hanya menggelengkan kepala. Saya tak mahu keluar dengan Zikri. Saya takkan ikut lagi kemahuannya.

"Saya nak cakap dengan awak." Saya bersuara apabila Zikri bangun untuk meletak pinggan di sinki. Zikri kembali melabuhkan punggung. Kami duduk berhadapan. Saya meletakkan sudu dan garfu di dalam pinggan.

"Saya nak awak beritahu Mama dan Papa tentang apa yang awak dah buat." Zikri terdiam. Lama dia membatukan diri. Apabila saya memanggil namanya, dia seakan tersedar dari lamunan.

"Abang tak boleh buat macam tu. Abang minta maaf." Saya menjeling ke arah Zikri yang sedang menundukkan wajah memandang lantai. Saya mula marah.

"Kalau awak tak nak, biar saya je yang beritahu. Sama je." Ucap saya.

"Ari janganlah buat macam ni. Takkan Ari tak faham? Abang buat macam tu sebab abang sayangkan Ari." Zikri pegang tangan saya. Saya terus tarik. Saya tak rela. Saya tak rela nak berhadapan dengan Zikri. Tak rela untuk membiarkan Zikri menyentuh saya. Saya tak rela nak terus tinggal serumah dengan dia.

"Memang saya tak faham." Jawab saya. Pendek. Zikri mendengus perlahan, tidak berpuas hati dengan jawapan saya. Minta maaf banyak-banyak tapi saya takkan puaskan atau penuhi sebarang permintaan dari Zikri lagi. Kalau dia boleh buat saya macam ni, apa lagi yang dia tak boleh buat?

"Apa yang Ari nak abang buat? Abang terlalu sayangkan Ari. Abang tak sanggup nak biar Ari kembali ke sisi Nizam. Takkan Ari dah lupa apa yang Nizam dah buat pada Ari?" Saya pandang Zikri, tajam. Berani dia libatkan awak dalam hal ni.

"Dan awak nak saya lupa apa yang awak dah buat kat saya?" Zikri cuba menerangkan pada saya. Dia menafikan. "Awak nak tau apa bezanya awak dan Nizam walaupun awak berdua sama-sama menyakiti saya? I love him." Saya terus masuk ke dalam bilik. Malas hendak bercakap dengan orang yang tak faham bahasa.

Saya bangun keesokan harinya dan saya lihat Zikri tiada di rumah. Yang ada hanyalah nota yang ditinggalkan untuk saya. Katanya dia keluar sebentar dan akan pulang tengahari. Entah ke mana dia pergi. Saya tidak mahu ambil tahu. Saya lihat di meja sudah ada beberapa potong kuih. Berwarna warni. Kuih lapis, kuih seri muka, karipap, seri ayu, donat, keria ... Apa yang sebenarnya Zikri cuba lakukan? Memujuk hati saya? Sudahlah.

Saya kembali ke bilik dan mengaktifkan handphone saya. Bertalu-talu ringtone message kedengaran. 45 messages received. Sumpah, saya tak pernah dapat message sebanyak ini dalam hidup saya. Saya terdiam. Semuanya dari Zikri. Saya baca satu persatu. Semuanya meminta saya mengaktifkan telefon, meminta saya pulang, meminta maaf. Saya menggelengkan kepala. Rupanya dia mencari saya. Katanya dia mencari saya di merata tempat. Banyak yang dia katakan. Sudahlah. Semuanya sudah terlambat. Mustahil dia tak pernah memikirkan yang ini semua akan berlaku?

Handphone saya berbunyi. Awak! Lama saya membiarkan panggilan itu tidak berjawab. Selepas hampir enam deringan barulah saya jawap panggilan awak. Berdebar-debar dada saya mendengar suara awak. Saya rasa aliran darah menyerbu muka saya. Muka saya terasa panas. Malu. Inilah kali pertama awak call saya. Awak tanya khabar saya. Awak kata awak call Cuma untuk pesan pada saya supaya saya jaga diri baik-baik. Segan rasanya bercakap dengan awak setelah apa yang kita lalui bersama di Langkawi.

Awak, saya bahagia! Walaupun awak call hanya untuk lima minit, tapi saya rasa saya mampu tersenyum untuk masa lima jam. Hebatnya penangan awak dalam hidup saya walaupun apa yang telah berlaku sebelum ni. Saya pun tak percaya saya boleh tersenyum lebar. Pipi saya terasa kebas. Kalau ada sesiapa cubit pun mesti tak rasa sakit. Hehe. Sewaktu saya sedang menyediakan makan tengahari, Zikri pulang. Wajahnya tampak keruh. Saya berpura-pura tidak sedar akan kepulangannya. Selepas kami menikmati makan tengahari, saya memulakan perbualan.

"Petang ni kita ke rumah Mama dan Papa. Saya nak beritahu mereka tentang apa yang dah jadi." Zikri pandang saya.

"Ari dah fikir masak-masak? Ari betul tak dapat maafkan Abang?" Saya hanya mendiamkan diri lalu terus mengangkat pinggan ke sinki.

Saya tak sangka apa yang berlaku adalah yang sebaliknya. Sebelum sempat saya ke rumah Mama dan Papa, mereka datang terlebih dahulu. Saya tak sangka yang saya langsung tidak bersedia untuk berdepan dengan mereka. Sewaktu saya lihat kereta mereka di perkarangan rumah, kaki saya seakan dipaku di lantai. Saya tak dapat nak bergerak. Dada saya berdebar kencang. Tiba-tiba saya berasa takut. Zikri datang ke sisi saya. Saya pandang dia. Zikri ke yang suruh mereka datang?

Saya berhadapan dengan Mama dan Papa dalam suasana yang sepi. Saya menundukkan wajah, langsung tak berani memandang Mama dan Papa. Zikri yang cuba memecahkan kesunyian dengan bertanyakan khabar mereka. Saya hanya membisukan diri. Saya tertanya. Betul ke Zikri yang minta mereka datang? Atau mereka datang untuk mencari saya? Mama dan Papa tahu ke saya tidak pulang ke rumah selama beberapa hari? Kalau difikirkan logik, mustahil Mama dan Papa tak tahu. Zikri pasti akan mengadu.

"Mama nak cakap dengan Riana sekejap." Saya terkedu. Saya memandang Mama dan Papa. Papa menjeling ke arah saya. Mama bangun. Dengan hati yang berat, saya bangun dan bawa Mama ke bilik tidur ketiga.

"Riana pergi mana tak balik rumah empat hari?" Tanya Mama. Saya stuck. Sah, Zikri memberitahu Mama dan Papa yang saya tidak pulang ke rumah. Entah apa alasan yang dia berikan pada Mama dan Papa. Mesti dia menipu lagi! "Zikri datang rumah pagi-pagi buta tanya Ariana ada datang atau tak. Puas kami ke hulu ke hilir cari Ariana. Siap pergi cari kat hospital, report polis. Riana pergi mana?" Saya masih mendiamkan diri. Saya tak tahu apa yang saya fikirkan. Saya terbayang yang Mama dan Papa ke sana ke sini mencari saya. Saya dah susahkan mereka lagi ... Sudahlah saya dimasukkan ke pusat rawatan mental. Kemudian ditangkap basah pula. Kini?

"Riana tak kesian ke dengan Zikri? Dia dah berapa hari tak kerja sebab cari Riana tau? Ke hulu ke hilir cari Ariana. Ariana ada fikir perasaan dia? Perasaan Mama dan Papa?" Inilah kali pertama saya lihat Mama marah. Dan saya dimarahi kerana ... Kerana Zikri yang menipu saya. Air mata saya mengalir. Saya ke yang bersalah? "Perlu ke Mama beritahu apa yang Riana patut buat dan tak patut buat? Riana dah besar, matang. Patut ke apa yang Riana buat?"

Mama mendiamkan diri lama apabila melihat saya mengeraskan tubuh. Yang kedengaran cumalah esak tangis saya. Saya bukan sedih kerana Mama marahkan saya. Saya kecewa sangat. Saya kecewa Mama tak fikir tentang saya, tentang apa yang telah saya lalui. Mama salahkan saya atas kesilapan yang bukan berpunca dari saya. Mama tak tahu apa-apa tentang saya dan Zikri dan Mama dengan mudahnya berpihak pada Zikri. Macam mana dengan saya?

"Kalau ada masalah dengan Zikri, kenapa tak bincang baik-baik di rumah? Kenapa perlu keluar dari rumah dengan baju? Mama dah beritahu dulu sebelum Riana kahwin dengan Nizam, kan? Syurga itu di bawah tapak kaki suami. Patuhi suami Riana, jaga diri, jaga rumahtangga. Bukan larikan diri dari rumah! Rumah ni syurga bagi seorang isteri. Mama dah pesan dengan Riana dulu, kan?" Mama marah lagi. Saya hanya mendiamkan diri. Saya jadi speechless. Saya tak tahu apa yang harus saya jawap pada Mama. Berat mulut saya untuk memberitahu apa yang sebenarnya telah terjadi. Kalau Mama tahu yang saya bersama awak selama beberapa hari ini, mungkin Mama tak mengaku saya anaknya.

"Apa masalah Riana dengan Zikri? Beritahu Mama. Kalau kamu berdua tak dapat nak selesaikannya, biar Mama tolong." Saya masih membisu. Saya tak tahu kenapa bibir saya tak dapat menuturkan kata-kata. Saya tak dapat nak beritahu Mama yang Zikri yang telah merancang peristiwa kami ditangkap khalwat itu. Saksi yang beria-ia menuduh kami itu adalah kawan Zikri. Kalau saya beritahu, Mama akan percayakan saya ke? Sedangkan bagi Mama, semuanya adalah salah saya?

Mama datang hampir lalu memeluk saya. Saya dapat rasakan kehangatan tubuh Mama. Saya teringat dulu sewaktu saya kecil, Mama akan memarahi saya tapi kemudian Mama akan meminta maaf. Mama tak pernah berubah. "Maafkan Mama, sayang. Mama risau bila kami tak jumpa Riana. Kami takut perkara buruk jadi kat Riana. Riana kan anak Mama ..." Air mata saya tetap mengalir. Malah lebih deras. Saya pun tak pernah berubah. Yang saya mampu lakukan hanyalah menangis dalam pelukan Mama.

"Kamu berdua bincanglah elok-elok. Jangan gaduh lagi. Kalau tak, lama lagi la Mama nak timang cucu." Seloroh Mama sebelum pulang. Saya hanya senyum sedangkan Zikri tersengih-sengih mengalahkan kerang tak masuk air seminggu. Saya benci! Selepas Mama pulang, saya mengurungkan diri dalam bilik. Saya benci Zikri!

Malam itu awak call saya lagi. Terkedu saya melihat nama awak di skrin telefon. Saya memang tak percaya. Lama saya biarkan handphone saya berbunyi. Kemudian barulah saya jawap. Perasaannya tetap sama. Saya masih rasakan getar di dada walaupun sekadar mendengar suara awak. Sepanjang kita berbual malam tu, saya tak henti-henti tersenyum walaupun awak tak nampak senyuman saya. Saya rasa bahagia sangat, awak. Saya jadi lupa Mama marah dengan saya. Saya lupa apa yang Zikri buat pada saya.

Sejak itulah kita mula ‘rapat’, kan? Setiap malam awak call saya. Kita bergayut di telefon. Saya pun tak tahu apa yang kita bualkan setiap malam. Kadang-kadang sampai dua jam kita bercakap dalam telefon. Rasanya macam saya dah jadi Rie sekali lagi. Awaklah tempat saya mengadu. Bukan sekadar mengadu. Awak adalah segala-galanya untuk saya. Awak juga seperti saya. Apa jua masalah awak, saya dengar dan berikan nasihat. Tapi tak sekali pun awak tanya kenapa saya berada di Putrajaya malam tu.

Saya tak kecewa awak tak tanya. Awak ada beritahu saya. Awak bukan jenis yang suka memaksa. Sekali dua awak masih boleh bertoleransi atau memujuk. Tapi kalau dah banyak kali mengulang perkara yang sama, dia jadi malas. Awak sempat mengata saya. Awak kata saya keras kepala dan susah dipujuk. Haha. Ye ke? Saya rasa saya tak macam tu. Kalau orang lain mungkin susah nak pujuk saya. Tapi kalau awak ... Saya jadi berubah. Saya jadi macam ... Macam mana ya? Saya ikut apa jua kata awak. Saya tak melawan. Dan walaupun saya melawan, sebenarnya saya mahu. Malu tapi mahu. Hehe.

Satu malam, sewaktu kita sedang berbual, Zikri mengetuk pintu bilik saya. Mulanya saya tidak ingin melayan Zikri tapi dia tidak henti-henti mengetuk membuatkan saya marah. Apa lagi yang dia nak? Saya buka pintu sedikit. Zikri mahu berbincang sesuatu dengan saya. Saya jadi marah. Nak bincang apa lagi? Tak cukup-cukup lagi apa yang dia dah buat pada saya?

"Hari tu ... Masa Ari keluar dari rumah ... Ari dengan Nizam ke?" Tanya Zikri. Tiba-tiba ada perasaan takut menular dalam hati saya. Macam mana Zikri tahu? Takkanlah dia dengar saya berbual dengan awak tiap malam dan terus mengambil keputusan yang saya bersama awak selama beberapa hari? Tapi mustahil Zikri tahu saya berbual dengan awak sebab saya memanggil awak dengan panggilan awak dan bukannya Nizam.

"Ari dengan dia ke?" Zikri bertanya lagi. Beberapa kali saya membuka mulut tapi saya tak tahu apa yang saya harus jawap.Mengiyakan? Atau menafikan? Saya pandang Zikri. Wajahnya keruh. Saya tak dapat tafsir apa yang bermain dalam fikiran Zikri. Dia sedang marah atau kecewa? Atau sedih? Atau semuanya sedang bercelaru dalam mindanya? "Kenapa Ari tak jawap?" Tanya Zikri lagi. Setelah beberapa ketika kami membisu, Zikri masuk ke dalam biliknya.

Saya rasa Zikri betul-betul marah sebab dia tak lagi cuba untuk memujuk saya. Setiap pagi dia yang akan keluar bekerja lebih awal dari saya. Dia langsung tak sentuh sarapan yang saya buat. Bukan itu saja. Dia akan buat tak tahu dengan saya sepanjang hari. Dia jarang berada di rumah. Reversed psychology, kata orang. Sudah penat memujuk saya, dia mahu saya rasakan yang dia tak peduli tentang saya.

Saya akui taktik Zikri agak berjaya. Saya jadi risau bila dia tak pulang dua malam berturut-turut. Saya sangkakan dia bekerja syif malam tapi sebenarnya tidak. Entah ke mana dia pergi. Saya ingin bertanya tapi kalau saya bertanya, pasti dia akan mengungkit cerita saya dan Zikri bersama. Saya membiarkan. Biarlah. Suka hati dialah apa yang dia ingin buat. Saya tak ingin tahu lagi.

Semalaman saya berfikir. Perlukah ikatan perkahwinan saya dan Zikri diteruskan? Apa gunanya saya dan dia terus berdendam? Saya tak rasa kami akan berbaik semula. Mungkin kami boleh tinggal serumah tapi kami saling mengasingkan hidup. Tapi apa pula kata Mama dan Papa nanti? Berapa kali harus saya diceraikan? Bingung ...
posted by Penulisan2u @ 11:54 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
15 Comments:
  • At 2/12/08 12:18 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    finally... dah lama tunggu..
    cepat2 upload new n3 ye

     

  • At 2/12/08 4:53 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bila nk habis awak?
    crita stail nih..mleret2...
    jd mls pulak nk baca...

     

  • At 2/12/08 6:47 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    makin lame menarik cite ni!!!huhuh..
    x trillla kalo abis awal sgt..^_^

     

  • At 2/12/08 7:01 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mmg besh gilerrrrr,
    tak pernah sy bc jalan cerita seperti ni,ringkas dan tak complicated sangat utk difahami dan dihayati...
    masukkan n3 baru yer...

     

  • At 2/12/08 9:47 PG, Blogger cik ara said…

    cepat la upload n3 baru..penat ni tggu..
    cite ni bes..tp kalo tlalu mleret2..nnt jd boring lak..

     

  • At 2/12/08 10:23 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam...
    betul tu, kalo lama sangat tunggu jadi boring lah pula, x feel lagi nak baca..
    cepat2lah abis kan nya..
    can't wait to know the ending...
    hope not wif zikri...

     

  • At 2/12/08 10:39 PG, Blogger aleeysa said…

    cete ni menarik coz buat saya eager saje nak tau what's next.harap dp cpt upload lagi & ari & nizam sama2 mengalah & confess true feeling

     

  • At 2/12/08 4:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Arghhhhhhhh......cepatlah sambung...
    Saya dah tak tahan ni nak baca sampai habis....
    Best sgt..........

     

  • At 2/12/08 6:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu..cpt smbung tau!!
    suke sgt..hopefully ari dgn nizan ..hehe..gud work

     

  • At 2/12/08 6:49 PTG, Blogger aL-HaNis said…

    Yeay! finally kuar gak episod 13. thanks penulis!

     

  • At 2/12/08 9:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    herm..
    bg0sh2..
    cpt sket upl0ad taw.

     

  • At 3/12/08 2:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu... cite nie lain dr yg penah kt bace... dr mula till n3 ke-13 nie buat kt nangis n ingat kat han kt... awk cepat sambung ek cite nie, kt nak tau kesudahannyer... tp reality tak sentiasa indah kan, so if ending dia sedih kn terima la, tp kt hope ending dia hepily ever after... hehe...

     

  • At 3/12/08 4:06 PTG, Blogger amane85 said…

    lame tunggu new episod...
    hopefully, best ending yer...
    gongrat tu penulis....

     

  • At 3/12/08 11:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hrp new episod...2 ..mestila best.....huhuhuhu...sedihla citer nie...menangis tau biler bcer citer nie....x tahanla....sedih giler beb....eee...zikri 2 pun satu....!!!hrp ending nanti ariana..n...nizam bersatu la....the happy ending gitu.....cptla sambung....

     

  • At 4/12/08 4:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la cte nie..best sgt2..
    nk taw next episode ny cmne..cepat2 taw upload..jln cte best..tumbs up to the writer!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group