Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Risya, we meet again. Tak sangka you satu flight dengan I. Come, sit here."
Shafiq menunjukkan seat di sebelahnya. Huh, tak nak aku. Tak kuasa nak layan mamat mereng neh. Jelingan maut kuhadiahkan kepada Shafiq. Aku biar je dia pot pet pot pet sorang-sorang. Shafiq yang mengerti akan maksudku, akhirnya mengalah apabila dirinya tidak dilayan. Dah la terpaksa duduk sebelah Zackri. Dah puas aku pujuk minah-minah kepoh neh untuk tukar tempat denganku. Namun, sorang pun tak nak. Rupa-rupanya diorang memang dah plan awal-awal lagi bila mengetahui seat aku sebelah seat Zackri. Patut la tergelak sakan tadi. Zackri pulak sekadar tersenyum melihat gelagatku yang teragak-agak untuk duduk. Disebabkan tak nak mengganggu laluan penumpang-penumpang lain, terpaksa rela la aku duduk jugak.
'Sapa pulak yang tegur Risya tu? Ex-boyfriend dia ke? Macam pernah tengok je budak neh. Tapi kat mana ek? Ah... biar la. Takde kena mengena dengan aku pun. Cute pulak Risya neh buat muka geram. Macam dulu jugak. Tak ubah-ubah. Hahaha... kelakar pulak. Mulut dah muncung sedepa. Dah macam flamingo dah. Tapi, kesian pulak aku tengok, terpaksa duduk sebelah aku walaupun dalam hati confirm tengah menjerit tak nak.' Zackri bermonolog dengan dirinya sendiri.
Selepas kapal terbang berlepas, baru la Zalia yang berada di sebelah membuka mulut untuk berbual dengan Zackri. Mungkin tadi semua orang takut tengok mukaku yang lagaknya seakan nak saja aku telan diorang hidup-hidup, mematahkan niat untuk berbual.
"Zack, you balik mana ek? Tak sangka pulak you boleh duduk sekali dengan kitorang. Pandai akak kat kaunter MAS tu kasi tempat duduk ek. Macam tau-tau je. Hehe."
Amboi tersengeh-sengeh pulak budak dua orang neh. Suka la tu. Boleh sakat aku. Hish, kepala minah neh, terjenguk-jenguk. Aku potong kepala kang. Kalau nak sangat berbual dengan dia, tukar la tempat dengan aku. Kan senang. Terbang habis ketenangan aku. Baru je rasa nak enjoy sebab boleh balik rumah. Tetiba je muncul dua makhluk yang aku seboleh-bolehnya tak nak jumpa. Kenapa la malang sangat diri aku neh? Aku melayan perasaan tak puas hati sorang-sorang. Tak ku endahkan langsung apa yang diorang cerita. Malas nak ambik pusing.
"Risya, kenapa you diam je? You tak sudi duduk sebelah I ke? Kenapa you macam benci sangat dekat I?"
"Bukan setakat tak sudi, I rasa rimas tau! Rimas! Paham tak? Kalau tak paham, pergi belajar balik bahasa melayu. Ke you nak I cakap english? French? Japanese? Atau apa-apa saja la bahasa yang ada dalam dunia neh?"
Huh, macam tau je cakap japanese semua tu. Setakat terima kasih tau la. Hmm... Benci ke aku kat dia? Entah. Tapi setiap kali aku berada dekat dia, aku rasa rimas. Tak selesa. Tak tau kenapa. Memang la aku neh anti-lelaki. Tapi bila dengan budak-budak kelas aku, aku masih mampu bertahan, bersabar. Namun, apabila bersamanya, aku seolah-olah menjadi lebih agresif. Aku sendiri keliru. Kitorang seperti dah pernah kenal sebelum neh. Dan pernah ada krisis. Tapi, tak mungkin! Aku memang tak pernah tengok muka dia. Walaupun di dalam mimpi. Eh? Mimpi? Buat apa aku nak termimpikan dia pulak. Buang masa je. Aku pandang sebelah apabila merasakan ada mata yang memerhati. Kusyuk betul dia tengok aku. Korek mata kang.
Kenapa la Risya benci sangat kat abang? Sakit sangat rasa bila Risya buat tak layan dan rasa rimas bila berada di sisi abang. Abang tau, abang bersalah. Abang yang menyebabkan Risya jadi macam neh. Tapi, takde sikit pun ke perasaan Risya kat abang? Adakah abang neh dah memang terhapus sehingga sebesar zarah pun tak wujud dalam diri Risya? Seksanya. Dah sepuluh tahun, Risya. Sepuluh tahun abang tunggu. Perasaan abang tak mungkin berubah sampai bila-bila. Kalau la termampu, nak saja masa diputarkan kembali. Hmm... kalau ada doraemon kan bagus. Haih... Abang pun tak sangka semua neh akan terjadi. Tapi tak mengapa Risya. Abang akan tunggu sehingga hati Risya terbuka kembali untuk abang. Abang yakin masanya akan tiba. One day, you'll open your heart to me.
Eh mamat neh, tengok aku sampai mata tak berkelip-kelip. Ada apa-apa yang tak kena ke? Muka aku comot ke? Hidung aku hilang macam chipsmore ke? Sayu sangat aku tengok cara dia pandang aku. Mungkin kata-kataku tadi melampau sangat? Memang pun. Aku toleh ke kiri. Zalia pun tengah tengok aku dengan muka yang tak puas hati. Memang la dia tak menegur kata-kataku tadi, tapi jelingannya sudah cukup menyatakannya.
"Yang kau neh tengok aku semacam neh apa hal? Ada aku marah kau? Kutuk kau?"
"Boleh pulak kau tanya aku kenapa? Kau neh takde perasaan ke? Apa salah dia sampai kau cakap macam tu kat dia? Dia sekadar ingin berbual dengan kau. Salah ke?"
"Yes. Aku tak nak sembang dengan dia. Dan tak pernah masuk dalam agenda aku hari neh untuk bertemu dengannya. Dan kau tau kan sebabnya? Tak perlu untuk aku cakap berulang kali."
"Of course I know! But you should at least try to be nicer to others. Jangan la keras sangat kepala tu. Hati kau tu bukannya osmium! Even osmium can be melted! Tak mungkin hati kau tak berperasaan langsung."
"Please, stop it! Aku memang begini. So, just let me be. Aku tak nak bergaduh dengan kau just because of him."
"It's okay Zalia. I tak kisah. One day, she'll understand what I'm always trying to say and prove to her. One day... hopefully... InsyaAllah..."
Neh apa pulak neh? Apa yang dia cakap? Aku tak paham langsung! Macam dah terkena balik kat batang hidung aku. Padahal dia guna simple english je. Aku pandang Zalia. Zalia pun seolah-olah tak mengerti. Budak dua ekor lagi tu dah lama membuta. Semalaman diorang tak tidur semata-mata nak tidur sepanjang penerbangan untuk mengelakkan rasa bosan. Ye la, kalau dah asyik duduk dan tengok skrin di depan kami sepanjang 13 jam perjalanan, mana tak bosan. Punggung pun boleh jadi kematu tau. Aku pandang kembali muka Zackri. Mintak penjelasan. Dia hanya tersenyum. Hish... mamat neh. Kalau aku tak tanya, sampai ke esok pun dia bisu. Silap aku jugak, aku yang suruh dia diam tadi.
"What do you mean? Kita kan baru je kenal. But dari percakapan you, macam you dah lama kenal I. Seingat I, I tak pernah kenal mana-mana lelaki yang bernama Zackri."
"Yes, I do know you and we used to be together but, semua tu cerita lama. One day, you'll understand."
"Kenapa tak sekarang? Why don't you tell me now? Nak tunggu apa? Nak tunggu sampai I dah tua? Sampai dah jadi nenek kebayan? Atau sampai dah nak masuk kubur? Macam tu?"
"Haha... macam mana la you boleh terfikir sampai ke situ? Sampai masa yang sesuai tiba la sayang. Mungkin tak lama lagi. Sabar ek?"
"Tak kira! You've to tell me now!"
"Later la."
"Now!"
Entah sampai bila kitorang bertekak kat situ. Sedar-sedar je ada sorang pramugari di depan tengah tanya nak makan apa. Lunch time rupanya. Malu je kat orang. Aku pun hairan, kalau bab bertikam lidah, boleh pulak aku cakap dengan dia. Tak reti-reti nak duduk berbual elok-elok. Entah macam mana, makanan yang dia pilih sama dengan apa yang aku nak tapi disebabkan seboleh-bolehnya tak nak sama dengannya, aku memilih menu yang lain. Akhirnya, makananku sikit pun tak luak. Rasa mual pulak yang datang. Neh la akibatnya kalau memilih benda yang aku tak suka. Terpaksa la aku makan roti yang ciput tu dan sepotong kek. Tu saja yang boleh aku telan. Sedap pulak tengok dia makan. Isk... menyesal pulak aku tak ambik menu tu tadi. Dia memandangku hairan. Lantak la. Perut aku, tekak aku, segala-galanya hak aku.
"Kenapa you tak makan? Tak sedap ke? Atau tak lapar?"
Aku hanya menggeleng kepala. Malas nak menjawab soalannya. Tak pasal-pasal aku yang malu. Zalia pulak tersengih kat sebelah, macam kerang busuk. Aku sumbat kat dalam mulut kau kang, padan muka.
"You neh macam tak tau pulak, Zack. Risya neh sebenarnya....emmmmm...."
Tak reti-reti nak diam la minah neh. Nasib baik aku sempat tutup mulut dia. Kalau tak, confirm aku kena gelak. Setelah aku merasakan dia dah mengalah, mulutnya kulepas.
"Dia tak suka makan tu!"
Alamak! Sempat lagi dia cakap. Memang mangkuk hayun betul la minah neh. Nak kena sekeh kepala tu. Malunya. Terasa panas semacam je kat muka aku neh. Confirm dah merah.
"Oh, kalau tak suka kenapa ambik jugak? You nak sikit?"
Makanan di dulangnya diunjukkan kepadaku. Hish... takkan la aku nak makan dia punya. Zalia neh pun tak nak pelawa aku ke? Kau kejam Zalia! Tak kesiankan aku. Huhu... Makanannya, kutolak dengan baik. Tak elok tolak makanan kasar-kasar. Kepalaku gelengkan. Dia hanya tersenyum. Roti dan kek kepunyaannya diletakkan di atas dulangku. Aku memandangnya tak berkelip. Biar betul? Namun, aku buat dek je.
"Makan la. I tau you lapar. Ke you nak I suapkan? Bila-bila masa I sudi."
"Tak nak la. I bukan budak kecik la. Budak kecik zaman sekarang pun dah tau makan sendiri tau."
"Kalau tak nak I suapkan, baik you makan. You ingat I tak berani buat sebab orang ramai ke?"
Roti tadi dicapainya dan diletakkan betul-betul dibibirku. Tangan kirinya memegang daguku. Tak sempat ku tepis. Minah tiga orang neh dah gelak sakan. Cepat-cepat aku rampas roti dari tangan Zackri dan kusumbat ke dalam mulut.
Tau pun makan. Takut sangat kalau nak kena suap ek. Dulu-dulu, sapa yang suapkan dia makan, kalau bukan big brother neh. Tapi dia tak ingat.
Sepanjang perjalanan, aku hanya melayan mata dengan filem-filem terbaru. Setelah penat melayan mata, aku tidur. Lepas tu dengar muzik. Tu je la kerja aku. Lagipun memang takde benda yang boleh dibuat. Nak pergi toilet pun susah. Terpaksa kejutkan minah tiga orang neh. Takkan nak kejutkan Zackri pulak kan. Malas nak tengok muka kerang busuk dia tu.
Pengumuman ketibaan di KLIA dibuat oleh Ketua Pilot Abdul Rahim. Setelah kupastikan takde barang yang tertinggal, cepat-cepat aku meloloskan diri di celah-celah orang ramai yang berasak-asak untuk keluar. Minah bertiga tu tak kuendahkan. Pandai-pandai la diorang nanti. Dah nama pun orang Malaysia kan. Zackri pun entah kat mana aku tinggalkan. Passport dan cap jari ku scan. Done! Tinggal nak claim luggage je. Handset kuhidupkan kembali dan nama mummy kucari di dalam contact list.
"Hello, assalamualaikum mummy! Mummy kat mana? Risya dah sampai. Tengah tunggu luggage. Kejap lagi Risya keluar cari mummy. Ok?"
"Waalaikummussalam. Amboi, anak mummy neh. Kalut semacam. Mummy takkan tinggalkan Risya la kat airport neh. Mummy tunggu kat depan kedai Celcom ok, sayang. See you."
"Ok, mummy."
Talian segera kuputuskan. Sedar-sedar, Zalia, Hanis dan Marina dah berada di sebelah menunggu beg masing-masing. Zackri entah di mana.
"Slumber je kau tinggalkan kitorang ek? Penat tau kitorang terkejar-kejar." Hanis meluahkan rasa tak puas hatinya. Aku sekadar tersengeh macam badut.
-----------------------------------------
Sesampai saja di pintu, kulihat angah melambai-lambaikan tangannya ke arah kitorang. Cepat-cepat aku menolak troli ke arahnya. Zalia, Hanis dan Marina pulak mencari keluarga masing-masing. Tangan mummy kucapai dan kucium. Mummy pelukku erat.
"Rindu betul mummy dengan Risya. Banyak barang yang Risya bawak balik?"
"Terlebih banyak mummy. Tengok la beg dia neh. Risya sekali boleh masuk dalam neh." Belum sempat aku menjawab, angah dah tolong jawabkan.
Setelah pelukan terlerai, baru aku perasan, ada sorang wanita sebaya dengan mummy di sebelah sedang tersenyum. Macam pernah kulihat je muka neh. Tapi kat mana ek? Aku garu kepala yang tak gatal. Mummy tersenyum lalu menarik tanganku supaya berdepan dengan perempuan tersebut.
"Risya, neh Aunty Adibah. Risya ingat lagi tak? Dulu aunty selalu datang rumah kita dengan anaknya. Anaknya pun balik hari neh, from London."
"Dah besar anak dara sorang neh. Dulu kecik-kecik, lasak. Sekarang nampak lemah-lembut je."
Kelakar pulak apabila terdengar perkataan lemah-lembut ditujukan kepadaku. Aunty belum kenal sapa Risya lagi la. Tangannya kucapai dan kusalam.
"Aunty apa khabar? Mana anak aunty tu? Tak sampai lagi ke? Uncle tak datang?"
Aku cuba berbasa-basi, maklum la orang dah puji kita lemah-lembut kan. Senyuman yang manis sekali kuhadiahkan kepadanya.
"Alhamdulillah, sihat. Kejap lagi keluar la tu. Mungkin dia masih tercari-cari begnya. Uncle ada hal, jadi tak dapat datang sekali."
"Daddy pun tak datang. Daddy dah tak sayangkan Risya ye mummy?"
"Ke situ pulak. Daddy on the way balik from JB la sayang. Daddy dah tak sabar nak jumpa dengan anak kesayangannya yang sorang neh."
"Angah kan ada. Yang angah kat depan mata neh dia boleh pulak buat tak nampak. Daddy yang berbatu-batu entah di mana yang dicarinya."
"Ye la. Dah ada kat depan mata, buat apa nak cari lagi? Buang tenaga je."
Segera kurangkul badan angah dan memeluknya. Konon nak pujuk la. Hehe. Angah sekadar geleng kepala. Dah kenal sangat dengan perangaiku. Manja.
"Assalamualaikum." Suara yang amat kukenali memberi salam.
ceritanya boleh tahan menarik, boleh gelak pulak cuma mulanya tu bingung jg siapa watak aku tu mcm berbelit sikit... sambung cepat ya...yg penting happy ending...
salam.. Sorry ma klo korang confuse ngan novel neh.. disbbkn next week cuti.. saye akan edit blk mane² yg patut so that korang xconfuse sgt ngan penggunaan "aku" tu.. tp.. smua n3 yg diedit hanye bleh dibace di blog saye.. n thanx sbb sudi bace.. anyway kat blog saye dah smpai bab 6.. slalu kene antar byk kali utk publish kat cni.. smpai skarang xpublish lg bab 5..
wassalam..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cter ni boleh tahan..
cpt2 la proceed the next n3 ;)