BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Disember 07, 2008
Novel : Prince Charming 8
Nama Pena : Ratu Bulan

8: PETANG YANG MEMENATKAN

Wisel penamat telah pun dibunyikan oleh pengadil lima belas minit yang lalu. Kedua pasukan telah pun bersalaman di akhir perlawanan. Para penonton ada juga yang sudah beredar dari padang cuma yang kelihatan penyokong-penyokong SMK Haji Mansur yang bersorak gembira atas kemenangan bergaya dua gol berbalas kosong ke atas SMK Haji Harun.

Nurul memandang jam tangannya. Tepat jam 5.00 petang. Tapi baying Nazrul masih lagi tidak kelihatan. Dia mendengus marah. Memang sah Nazrul sedang tidur di mana-mana ni. Tak lain tak bukan mesti dia tengah sedap-sedap tidur.

"Tak guna punya Nazrul!" pantas dia bangun dari duduknya. Handsetnya dikeluarkan dan cuba menelefon Nazrul. Tapi hampa. "Oh, tutup telefon ye, tak pe, aku akan cari kau sampai ke lubang cacing! Tapi kesian cacing tu… tak pasal-pasal lubang dia kena ceroboh," ujar Nurul yang sempat lagi berlawak.

Nurul mendengus marah. Kali ini dia buntu. Entah ke mana Nazrul pergi. Rasanya dia sudah meronda satu sekolah tapi kelibat Nazrul langsung tidak kelihatan. Kalaulah dia lelaki memang dia sudah redah tandas lelaki mencari Nazrul. Nazrul tu bukannya boleh dipercayai sangat, asal tempat tu baik, terus landing tanpa ingat dunia.

"Nurul Izzati right?" tanya seseorang dibelakangnya.

Nurul pantas berpaling. Dia terkejut apabila melihat Hazwan yang entah bila menghampirinya. Mungkin sebab dia tengah sibuk cuba menghubungi Nazrul sehingga tidak sedar ada sepasang mata asyik memerhati gelagatnya sejak dari tadi.

"Awak kenal saya lagi?" tanya Hazwan mengukir senyuman kacak.

Dengan perlahan Nurul mengangguk. Masakan dia hendak buat-buat tidak kenal dengan lelaki yang pernah mencuri hatinya dulu. Sampai bila-bila pun dia akan kenal lelaki itu.

"Dah lama saya cuba cari awak tapi awak dah berpindah ke tempat lain."

"Oleh sebab rumah sewa saya dulu nak diubah suai, kami terpaksa berpindah ke tempat lain. Kebetulan pula, ayah kena bertukar kerja, so, saya terpaksa berpindah untuk selamanya," jawabnya ikhlas. Dia rasa gugup sedikit.

"Oh…," lelaki di hadapanya itu mengangguk faham.

"So, awak buat apa di sini?"

"Err…," lidah Nurul kelu. Bukannya dia terus gagap bila berhadapan dengan lelaki yang pernah mencuri hatinya dulu tapi dia tidak tahu hendak bagi jawapan apa. Jadi pengintip untuk pasukan bola sepak sekolahnya? Rasanya dia pula yang akan diketawakan.

"Kenapa ni?" sapa seseorang menghampirinya dari belakang. Nurul pantas berpaling apabila terdengar satu suara yang amat dikenalinya.

"Fiq," dia seakan terkejut apabila melihat Fiq turut berada di situ. "Macam mana kau ada kat sini?" tanyanya pelik.

"Nazrul ada emergency call dari family dia. So, dia mintak aku datang sini," jawab Fiq memberitahu hal sebenar. "Sorry, jalan jam tadi. Bertembung dengan orang balik kerja."

"Kenapa dengan Nazrul?" tanya Nurul seakan terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Fiq tadi. Tadi memang teruk dia menyumpah-yumpah Nazrul sehingga penat mulutnya bercakap seorang diri. Disangkanya Nazrul sedang nyenyak tidur di mana-mana tapi mendengar Fiq cakap tadi, dia berasa bersalah pula. Tapi silap Nazrul juga sebab tidak beritahunya terlebih dahulu.

Fiq hanya sekadar mengangkat bahu. Tanda tidak tahu apa-apa. Tapi entah kenapa hati Nurul tetap rasa tidak selesa. Nazrul balik tanpa beritahunya. Tapi bila difikirkan kembali, kenapa Nazrul hendak beritahunya?

Betul juga.

"Jom aku hantar kau balik," ajak Fiq.

"Err… okey," Nurul serta merta mengangguk. Dia kemudiannya memandang Hazwan yang masih berdiri di hadapan mereka. "Sorry Hazwan, aku terpaksa balik dulu. Kalau ada masa kita berbual lagi ye," ujarnya sedikit gagap. Mana tidaknya, seorang adalah lelaki yang diminatinya dulu dan seorang lagi adalah lelaki yang diminatinya sekarang dan apabila keduanya berada di hadapan mata, lidahnya menjadi kelu.

Tanpa membuang masa Nurul berlalu pergi seiringan dengan Fiq sambil Hazwan masih lagi memandangnya dari jauh sehinggalah kelibatnya tidak kelihatan lagi. Sepanjang perjalanan ke pintu pagar sekolah Haji Harun itu, Nurul hanya senyap. Begitu juga dengan Fiq yang asyik bermain mesej.

Mungkin dengan perempuan yang dilihatnya semalam, detis hatinya.

"Nazrul bagi mesej, dia minta maaf sebab tinggalkan kau seorang diri kat sini. Dia pesan lagi, aku hanya boleh hantar kau balik selepas kau makan petang."

"Hah?!" terkejut Nurul apabila Fiq mengajaknya makan berdua.

"So, aku hanya akan kau pulang selepas aku belanja kau makan," ujar Fiq lagi.

‘Gila punya Nazrul. Dia tak de pun, boleh pulak nak kenakan aku!’ detis hatinya yang kian membara tapi sempat lagi dia tersenyum mengangguk setuju dengan perlawaan Fiq. ‘Makan berdua-duaan dengan Fiq! Yahooo!!’ sorak hatinya.

*****

Nazrul menguap malas sambil membetulkan otot-ototnya menuruni anak tangga rumah teres dua tingkat itu. Dia memandang jam di dinding yang sudah menunjukkan jam 12 tengah malam tapi pelik kerana melihat Rezza yang sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya.

"Wei, kau tak balik lagi ke?" tanya Nazrul.

"Malas," jawab Rezza selamba.

"Kau tak takut mak kau risau ke? Tahulah kau tu anak teruna tapi janganlah sampai tak nak balik rumah. Nanti tak pasal-pasal aku kena dakwa sebab kidnap kau."

"Yang kau ni nak risau kenapa? Bukan ke rumah aku kat sebelah rumah kau ni. Kalau mak aku panggil balik dah lama mak aku jerit tau."

Serentak dengan itu Nazrul menepuk dahinya. Dia kemudiannya menggeleng. Bagaimana pulak dia boleh lupa yang rumah Rezza dengan rumahnya bersebelahan saja. Dan lagi satu, Rezza memang selalu melepak hingga tengah malam di rumahnya dan kadang-kadang tak balik rumah langsung.

"Sorry aku lupa," ujarnya tersengih-sengih sebelum berlalu ke dapur mengambil dua gelas kosong bersama dengan sebotol air sejuk yang baru di ambil dari peti ais. Dia kemudiannya berlalu duduk di sebelah Rezza.

"Dah okey?" tanya Rezza.

"Agaknya," jawabnya selamba sambil menuang air sejuk di dalam cawan sebelum meneguknya sedikit. Matanya meliar menonton televisyen di hadapannya.

"Apa kata kalau kau beritahu Nurul hal yang sebenar," cadang Rezza yang dari tadi asyik memandang Nazrul di sebelahnya.

"Beritahu apa?" tanya Nazrul pelik.

"Nurul dah jadi pengurus kelab dan dia berhak tahu benda ni."

"Benda apa?" tanya Nazrul lagi. Sekali lagi dia mengedut dahi. Rezza mengeluh lemah. Entah Nazrul sengaja ataupun tidak, dia tidak perduli.

"Okey, kalau kau tak nak cakap pasal tu, cakap sajalah pada dia yang kau selamatkan dia dulu."

Hampir tersembur air yang Nazrul teguk tadi dari mulutnya. Nasib baiklah dia cepat-cepat menelannya. Kemudian dia mengurut dadanya yang terasa sakit. Mana tidaknya, Rezza tiba-tiba bercakap pasal benda tu lagi.

"Gila!" jawabnya sepatah. "Kalau aku yang selamatkan dia pun memang aku tak nak cakap dengan mak cik tu. Dan sekarang ni, yang selamatkan dia, bukannya aku. Kau ni nak aku jadi penipu ke?"

"Tapi hakikatnya kau yang selamatkan dia."

"Hakikat yang sebenar bukan aku yang selamatkan mak cik tulah! Dahlah, malas aku nak cakap pasal ni."
"Tapi kau kena cakap juga dengan dia."

"Nak cakap apa? Aku malaslah nak panjangkan cerita ni. Biar finish kat situ dah la. Lantaklah dia nak carik siapa yang selamatkan dia ke, siapa Prince Charming dia ke yang penting benda ni tak de kena mengena dengan aku. Finish!" tegas Nazrul.

Rezza hanya sekadar menggeleng. Itulah Nazrul yang tidak suka mengambil tahu hal orang lain dan tidak suka orang lain masuk campur dalam hal hidupnya.

"Terpulang pada kaulah. Tapi aku rasa, Nurul selaku pengurus kelab, dia perlu tahu tentang apa yang berlaku tengah hari tadi."

"Alah, dia tu mana kisah sangat dengan semua tu. Aku suruh dia perhatikan pemain nombor 9 dan 10 agaknya dia perhatikan muka pemain nombor 9 dan 10 tu. Hancur! Perlawanan esok aku nak kau jaga-jaga dengan kedua pemain tu. Diorang tu pandai sangat buat strategi gila. Serang lutut pemain supaya pemain rasa sakit untuk bila beraksi di padang. Idea yang lapuk dan gila."

"Actually, untuk pengetahuan kau, perlawanan antara kita dengan sekolah Haji Mansur tu telah dibatalkan," ujar Rezza tiba-tiba.

"Hah?! Dibatalkan kenapa?"

"Mereka tarik diri dari join perlawanan persahabatan ni sebab SPM dah nak dekat tapi aku rasa bukan sebab SPM."

"Habis tu sebab apa?"

"Aku dengar dua anggota pasukan tu ditahan polis petang tadi sebab positif dadah masa diorang tengah berpesta kat sebuah restoran excusive. Ada yang tengah mabuk pun ada. Baru tadi Cikgu Majid call aku cakap pasal ni. Pihak pengurusan memang memandang serius tentang perkara ni. So, demi menjaga nama baik diorang, diorang tarik diri dan sekolah Haji Harun secara automatic menang dalam pertandingan petang tadi."

"Gila! Kalau nak berpesta pun tunggulah cukup umur dulu. Sia-sia saja kerja aku pergi mengintip diorang siang tadi. Lebih baik aku duduk rumah dan tidur. Ada jugak faedahnya."

"Kau ni asyik tidur je. Cubalah fikir benda lain selain tidur."

"Habis tu dah nasib aku asyik kena tidur setengah hari nak buat macam mana?"

"Kau tak nak pergi berubat ke?" tanya Rezza.

"Kau ni pun satu, kalau aku bagi tahu penyakit tidur aku ni kat doktor pun doktor gelak sampai terkeluar anak tekak dia. Kalau pergi bomoh pula, nanti macam-macam bunga dia suruh aku carik untuk mandi air bunga. Dahlah aku ni buta bunga, yang aku tahu bunga tahi ayam je."

Rezza sedikit ketawa. Walaupun dia rasa sakit hati bila bercakap dengan Nazrul yang asyik jawab yang bukan-bukan tapi kerana jawapan yang bukan-bukan Nazrul itulah yang membuatkannya tersenyum.

"Mama aku dah balik?" tanya Nazrul mengubah topik setelah menyedari rancangan televisyen tidak menyoronokkan.

"Bukan ke mama kau out station seminggu kat Langkawi."

"Ye ke? Kenapa aku tak tahu?"

"Bukan kau tak tahu tapi kau tak ingat."

"Hah?" muka Nazrul nampak ble.

Rezza hanya sekadar menggeleng.

****

Dari tadi Nurul asyik tersengih-sengih mengenangkan peristiwa petang tadi. Dia dan Fiq makan berdua-duaan di sebuah kedai makan yang tidak jauh dari sekolah Haji Harun. Walaupun bukan sebuah restoran mewah tapi dia terasa seperti makan di hotel taraf 5 bintang. Lama mereka berbual. Dari dari situ, dia mengenali Fiq dengan lebih dekat lagi.

Fiq banyak juga bercerita. Cerita tentang keluarganya, tentang masa silamnya tentang kucing kesayangannya dan juga tentang bola sepak dan bagaimana dia boleh mencintai sukan itu sejak berkawan dengan Rezza dan Nazrul.

"Mula-mula aku tak minat dengan sukan yang menggeluarkan peluh tapi sejak berkawan dengan Rezza dan Nazrul yang agresif masa tu, aku suka dengan bola sepak. Tapi masa tu family aku tentang hebat dengan minat aku ni tapi nasib baiklah ada Kak Liya. Dia yang berbincang dengan family aku dan mujurlah Kak Liya ni baik dengan keluarga aku so, sejak tu aku boleh main bola dengan senang hati," terang Fiq semasa mereka makan siang tadi.

"Kak Liya tu…."

"Oh, dia satu-satunya kawan perempuan yang rapat dengan aku sejak kecil lagi. Dia juga yang menjaga aku sejak kecil. Sekali pandang, orang nampak kitorang macam pasangan kekasih tapi sebenarnya hubungan kami hanyalah setakat hubungan adik dengan kakak sahaja," bila Fiq terangkan begitu, hati Nurul menarik nafas lega. "Lagipun Kak Liya sudah ada boyfriend," lagi bersorak hati Nurul.

"Oh," Nurul mengangguk faham. Tapi dalam hatinya gembira tidak terkata.

"Dan kau pula? Kau minat dengan bola sepak?" tanya Fiq hampir menggoncangkan jantungnya dengan soalan maut.

"Err…," terus kelu lidahnya hendak berkata-kata.

"Banyak yang aku dengar pasal kau. Dan ramai juga yang tanya kenapa kami pilih kau sebagai pengurus kelab."

"Mesti bukan cerita yang bagus bukan?" teka Nurul. Sekali dia menghela nafas lemah. Tahu sangat apa yang difikir oleh Fiq sekarang itu. Memang tidak boleh dinafikan di sekolah ramai yang dengki dengannya sebab dapat menjadi pengurus Kelab Bola Sepak yang diidam-idamkan semua peminat-peminat ahli bola sepak. Mereka semua itu semuanya peminat-peminat ahli rasmi sebab tulah tidak puas hati kalau ada orang lain yang terpilih sebagai pengurus pasukan apatah lagi yang terpilih itu adalah seorang perempuan yang langsung tidak minat dengan bola sepak.

"Kami sebenarnya tak kisah sangat tujuan kau jadi pengurus. Asalkan kau tahu jaga privacy kami selaku ahli rasmi, itu sudah memadai. Kami tak perlukan peminat sebagai pengurus sebab taulah kalau seorang peminat jadi pengurus, mesti hancur privacy kami. Itu yang kami pentingkan."

"Don’t worry, rahsia korang semua di tangan aku lagipun apa yang best sangat dedahkan rahsia korang."
Fiq hanya tersenyum.

Nurul turut tersenyum. Tersenyum sehinggalah dia tertidur.
posted by Penulisan2u @ 4:31 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:
  • At 7/12/08 1:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam

    wawaowwwiii........... fotbal maniac..... nti tjuok la strategi dea ea....

    ap2 pon .nice story......

    ~freze~

     

  • At 8/12/08 11:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    weih sambong arr agiee...wawawa..xsbr..x sbr..

     

  • At 8/9/10 11:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    good story meyh....
    ~~~ieyra~~~

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group