Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Mana Kefri bang..?!", tanya Wan Saodah bila melihat kelibat Kefri tiada di situ. "Katanya nak ambil angin di luar.. Agaknya si Una pun ada kat luar temankan dia..!!", ujar suaminya bersahaja. Wan Saodah tersenyum meleret. Dia begitu menyenangi sikap dan ketertiban anak muda itu. "Bang.. Saya rasa Una dengan Kefri tu sepadanlah..!! Berkenan saya tengok mereka tu..", bisik Wan Saodah seraya menepuk peha suaminya. "Awak ni memandai-mandai saja.. Belum tahu lagi sesuai ke tidak..!! Si Kefri tu masih ada simpan rahsia lagi dengan orang kampung ni saya rasa.!!", bidas suaminya yang menjeling dengan pandangan yang tersirat seribu makna. Wan Saodah tergamam. "Simpan rahsia..?! Rahsia apa..?!", soalnya dengan wajah berkerut kehairanan. Suaminya menoleh ke arah tempat di mana Kefri dan Husna berada. Seketika kemudian barulah dia mula bersuara. "Awak jangan kecoh-kecohkan perkara ni pada orang lain..!! Tadi masa saya tumpang dia balik ke sini, saya ternampak sesuatu dalam kereta dia.. Saya nampak arwah Zubaidah..!!", terang suaminya sambil memandang ke arah kereta milik Kefri yang diletakkan di luar rumah. "Hishh..!! Abang ni.. Janganlah nak takut-takutkan saya pulak..!! Bukan ke Zubaidah sudah meninggal dua puluh tahun dulu..?! Macam mana dia boleh ada dalam kereta tu pulak..?!.
"Awak ni tak faham-fahamlah..!! Betul.. Saya memang nampak dia..!! Tapi saya rasa bukan dia..", terangnya lagi dengan suara yang semakin perlahan. Wan Saodah tambah keliru. Entah apalah yang cuba dikatakan oleh suaminya itu. Sekejap nampak sekejap tidak. "Saya duduk di sebelah Kefri masa nak balik ke sini tadi.. Tiba-tiba saya rasa bulu tengkuk saya meremang semacam..!! Bila saya toleh ke belakang.. MasyaAllah..!! Arwah Zubaidah tengah senyum dekat saya dengan kepala berlubang-lubang di sana-sini..!! Saya terus toleh ke depan.. Saya tak beritahu atau tanya budak Kefri tu langsung..!! Entah dia tahu ataupun langsung tak tahu pasal perkara ni..!!", terang suaminya panjang lebar. Ternganga mulut Wan Saodah dengan mata yang mencerlang. Apa benarkah perkhabaran dari suaminya itu?. Zubaidah masih hidup lagi?. Atau itu cuma rohnya yang bergentayangan kerana peristiwa lampau?. Serta-merta wajah mulus dan jelita arwah Zubaidah terbias di ruangan matanya. Mengenang kembali peristiwa berdarah yang berlalu lebih dua puluh tahun dahulu bagaikan menyorot semua penyesalan yang sudah lama ditinggalkannya. Gelora dalam fikirannya semakin bergelumang dengan bayangan noda dan dosa lalu.
Tiga puluh tahun dahulu...
"Ida..!! Kau jadi pergi tak malam ni..?! Ke pesta muda-mudi di pekan sana..?!", jerit Wan Saodah dari bawah rumah pada Zubaidah yang leka berteleku di dalam biliknya. Zubaidah yang memiliki paras rupa yang sangat jelita itu segera menyahut. "Pergi.. Tapi jangan jerit kuat sangat..!! Nanti ayah aku dengar..", sahutnya separuh berbisik. Dia begitu takut akan ayahnya yang terkenal dengan sifat garang dan lepas cakap tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Zubaidah berdiri berhampiran birai tingkap kayu biliknya sambil mengacungkan jari telunjuknya ke mulut. Matanya meliar mencari kelibat orang tuanya itu kalau-kalau dia ada di sekeliling. "Ayah kau tak adalah..!! Aku nampak dia dekat kedai runcit masa nak ke sini tadi..", ujar Wan Saodah sambil menekup mulutnya yang sedang tersengih nakal. Zubaidah menarik nafas lega. Segera dia memanggil sahabatnya yang sedang tercegat di halaman rumah supaya masuk ke dalam. Wan Saodah hanya menurut. "Macam mana..?! Cantik tak baju ni..?!", Zubaidah berkata sambil mengunjukkan sepasang baju berwarna putih bercorak bintik merah pada Wan Saodah yang baru sahaja tiba di muka pintu bilik. Wan Saodah melopongkan mulut. "Cantiknya..!! Bagilah aku pakai Ida.. Kau pakailah baju lain..!!", pekiknya sambil memegang baju kepunyaan Zubaidah itu dan menggayakannya ke tubuh.
Zubaidah lekas-lekas mengambil semula persalinan itu dari pegangan sahabatnya. Bibir Wan Saodah mencemik tidak puas hati. "Baju ni Omar yang belikan untuk aku.. Mana boleh aku bagi kau pakai..!!", Zubaidah berkata sambil tangannya dengan erat memegang baju kesayangannya itu. Tersentak Wan Saodah tatkala mendengar nama yang disebutkan oleh Zubaidah sebentar tadi. "Omar..", bisiknya dengan halus. Sepasang matanya yang kuyu segera terpejam rapat. Nama itu bukanlah sebuah nama yang asing padanya. Lelaki itu juga merupakan pujaan hatinya. Malah, lelaki itu juga merupakan pujaan kepada ramai anak-anak gadis desa dek kerana ketampanan rupa serta keluhuran budinya. "Odah.. Oii..!! Odah..!!", suara pekikan itu membunuh lamunan Wan Saodah. "Kau dengar tak apa aku cakap tadi..?! Kau nak pergi dengan siapa malam nanti..?!", soal Zubaidah. Timbul rasa hairan di benaknya bila melihatkan sahabatnya itu berkelakuan agak janggal. "Tak ada siapalah..!!", rengus Wan Saodah yang kemudiannya terus melangkah meninggalkan Zubaidah dalam keadaan terpinga-pinga. "Aku balik dulu.. Malam nanti jumpa dekat kedai runcit tu..!!", ujarnya tanpa langsung menoleh ke arah Zubaidah.
Matahari yang bersinar menerangi bumi semakin tenggelam di balik ufuk. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak kecil sedang berjalan menuju ke arah surau berhampiran. Zubaidah masih leka termenung di bibir jendela. Terkadang bibirnya mengukir senyum. Terkadang dahinya berkerut seribu. Perubahan sikap yang mendadak oleh Wan Saodah membuatkan dirinya dihurungi pelbagai persoalan. Dia kenal benar akan keperibadian sahabatnya itu. Tidak pernah sekalipun wajah Wan Saodah mencuka sepanjang perkenalannya selama belasan tahun. Kemudian wajah Omar pula terpapar di ruangan mata. Melenyapkan terus kejanggalan sikap Wan Saodah yang bersarang pada akalnya. Serentak dengan itu bibir mungilnya mengukir senyum. Zubaidah kembali menatap hadiah pemberian kekasih hatinya itu sambil menghenyakkan tubuh ke atas katil. Sebentar sahaja lagi dia akan bertemu dan bercanda dengan pemuda itu. Di antara puluhan teruna yang merayu dan menagih kasih darinya, hanya Omar yang bertakhta di jiwa. Namun dia gusar tentang sesuatu perkara. Luqman, anak orang kaya Sanusi dari kampung bersebelahan benar-benar merunsingkan fikirannya. Luqman bertekad untuk memperisterikan dirinya. Apatah lagi lelaki itu juga pernah mengugut untuk menamatkan riwayatnya jika dia tidak mahu menerima lamaran dari lelaki itu.
"Seronok betul malam ni.. Ida macam mana..?!", soal Omar pada Zubaidah sewaktu dalam perjalanan pulang dari pekan. Matanya tidak lepas dari menguliti keseluruhan tubuh Zubaidah yang tertunduk malu. Kecantikan Zubaidah bagaikan tiada taranya. Wan Saodah yang sedang memasang telinga menjuihkan bibir. "Ida pun seronok juga..", ucap Zubaidah dengan nada suara yang sengaja diperlahankan. Dia segera menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan tingkah laku Wan Saodah yang ketinggalan di belakang. Sesekali anak matanya mengerling pada raut wajah Omar yang kelihatan begitu tampan sekali pada pancainderanya. Hatinya kembali berbunga keriangan. "Ehemm..!! Ida.. Dah nak sampai rumah kau ni..!! Takkan kau nak suruh Omar hantar sampai ke tangga rumah pulak..?!", Wan Saodah mengingatkan. Zubaidah tersentak. Ada benarnya juga kata-kata sahabatnya itu. Waktu-waktu begini ayahnya akan duduk di beranda rumah sambil menggulung rokok lenteng kegemarannya. Dia tidak mahu ayahnya melihat kelibat Omar berada bersama. "Omar.. sampai sini saja ya..?! Ida tak mahu ayah nampak kita berjalan sama..!!", ujar Zubaidah sambil merangkul lengan pemuda itu. Omar tersenyum menngangguk tanda faham. "Omar tolong hantar Odah pulang .. Boleh..?!", ujarnya lagi. Tanpa diduga, Zubaidah terus mengucup bibir Omar yang sedang terkesima. Terbeliak mata Wan Saodah tatkala melihat panorama mengejut seperti itu. Tidak tersangka olehnya Zubaidah berani melakukan perkara seperti itu sedang dirinya masih berada bersama. Agak lama juga bibir mereka saling bersentuhan. Timbul pula rasa meluat dalam hati Wan Saodah yang membara.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Wan Saodah hanya membatukan diri tanpa sebarang suara. Bibirnya tidak lekang dengan cebikan. Omar pula bersiul riang. Kucupan hangat dari Zubaidah sebentar tadi benar-benar membuatkan dirinya terasa seperti di awang-awangan. Dia masih membayangkan adegan yang berlaku sebentar tadi. "Berani betul Ida buat begitu pada abang ya..?!", kata-kata itu segera mematikan bayangan indah Omar. Dia tidak menjawab, sebaliknya hanya tersenyum. Mereka kini sudah tiba di perkarangan rumah Wan Saodah. Gelap dan sunyi. "Tak ada sesiapa di rumah..?!", soal Omar kehairanan. Wan Saodah menggeleng-gelengkan kepala. "Tak apalah.. Saya pulang dulu..!!", ujar Omar sambil melangkah meninggalkan Wan Saodah . "Nanti dulu bang..!!", jerit Wan Saodah membuatkan Omar segera mematikan langkah. "Boleh tak abang Omar tolong bukakan lampu rumah Odah..?! Odah takutlah..", dia bersuara sambil jari-jemarinya menggenggam kemas jemari Omar dan menariknya menghala masuk ke rumah. Omar terpaksa menurut tanpa sempat membantah.
Setelah membuka suis lampu dalam rumah itu, sekali lagi Wan Saodah merangkul pergelangan tangan Omar dan membawanya ke bilik. "Tolong bukakan lampu bilik sekali..", pinta Wan Saodah seterusnya berlalu ke bahagian ruang tamu. Omar pula hanya menurut. Dia cuma mahu lekas pulang ke rumah. Terkial-kial tangannya meraba-raba dinding dalam bilik yang gelap itu untuk mencari suis lampu. Sebaik sahaja lampu bilik berjaya dibuka, tiba-tiba Omar terdorong ke arah katil tanpa sengaja. Terasa ada tolakan oleh seseorang dari belakang. Dia segera berpaling. Terbuntang matanya tatkala melihat Wan Saodah yang berdiri membelakangi pintu tanpa dibaluti oleh seurat benang sekalipun. Gadis itu segera menerpa ke arah Omar yang terduduk di katil dan memeluknya dengan erat. Dikucupnya bibir pemuda itu dengan rakus sambil jejari halusnya membuka satu persatu pakaian yang dipakai oleh Omar. Tercabar kejantanan Omar bila diperlakukan sedemikian rupa oleh seorang gadis. Nafsunya segera memuncak. Belum sempat mereka pergi lebih jauh, tiba-tiba pintu bilik itu dikuak oleh seseorang dari luar. "Astaghfirullahalazim..!!", suara parau bapa Wan Saodah yang berdiri mencekak pinggang membuatkan mereka berdua bingkas bangun dari katil. Omar tergamam tanpa langsung dapat bersuara sedang Wan Saodah mula menangis teresak-esak. Tubuhnya hanya ditutupi oleh sehelai selimut. Tanpa disedari oleh sesiapa, bibir Wan Saodah menguntum sebuah senyuman penuh makna.
Salam.. Terima kasih kerana setia membaca cerita saya.. Memang benar ramai orang suka baca cerita cinta..!! Tapi mereka semua punya hak untuk memilih..!! Saya cuma mewarnakannya sahaja.. Terpulang pada mereka untuk membaca atau tidak..!!
InsyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik.. Tapi saya tak mungkin dapat memuaskan semua pihak..!!
fuiyooo...gle2 pny best ar cte ni.. writer, cpt ckit tau ltk smbgnnya.. xsbr nk bce. kdg2 muak jugak ble bc cte2 cinta, ade yg xpandai nk tulis cte cinte, so ble bc bohsan sedikit ar..
xdew blog ke.. biar owg amai mnat bce cte cinta.. i ag mnat cte mistik n dongeng2 ni...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salamulaikom
aaaaaaaaaaahhhhh.....riter , sori ar ...xde mud la nk bce... sje komen...
alamak adk da nangis aaa..gi dlu
n dont stop d music
~mrhyde~