Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kenapa dengan kau ni Man..? Kelam-kabut macam dikejar hantu pulak..!! Budak tu macam mana..?!", soal rakan pemandu lori tersebut yang kehairanan melihat sahabatnya berlari terkocoh-kocoh kembali ke lori. "Memang aku nampak hantu pun..!!", ujarnya sambil menyeka peluh didahi. "Kau tahu..? Tadi aku ingat nak tolong dia, mana tahu dia cedera ke.. Elok-elok aku nak tolong buka pintu kereta dia, tiba-tiba aku terpandang satu lembaga perempuan sedang duduk kat sebelah dia sambil menjeling tajam kat aku..!! Muka dia.. Ya Allah..!! Buruk seburuk-buruknya dengan lubang-lubang dekat kepala.. Itu yang aku lari macam orang sasau tu..!! Aku ingat budak tu pun tak tahu ada lembaga menakutkan duduk kat sebelah dia..!!", terang pemandu lori itu bersungguh-sungguh. Rakannya membuntang biji mata. "Habis tu.. kau tak beritahu dia..?!", soalnya lagi. "Hishh..!! Tak mahulah aku.. Macam nak tercabut jantung aku bila nampak benda tu kau tahu..?! Inikan pulak nak duduk lama-lama kat situ.. Gila..!!", balas pemandu itu.
Hujan yang turun membataskan pergerakan Husna yang sedang termenung sambil menopang dagu. Fikirannya melayang entah kemana. Sebentar tadi dia bersama ibunya sibuk di dapur. Dia membantu ibunya menyediakan juadah makan malam untuk santapan sekeluarga. Tiba-tiba Husna terkenangkan arwah Qairy. Jikalau dahulu ketika arwah abangnya itu masih hidup, dia tidaklah sesunyi ini. Ada sahaja gurauan yang dilakukan oleh arwah Qairy pada dirinya. Rumah itu tidak pernah sunyi dari pekikan suara dirinya yang memarahi arwah kerana gemar mempersendakan dirinya. Kini semua kenangan itu akan hanya menjadi sebuah kenangan. Mengenang kembali gelagat nakal arwah Qairy membuatkan bibir mungilnya mengukir senyum tanpa sedar. Ada nada getar yang terbit di sebalik senyuman hambarnya itu. "Mereka tu pembunuh Una..!! Takkan kau kasihan pada mereka..?! Abang kau mati ditangan mereka..!! Kalau akulah.. aku takkan maafkan perbuatan mereka tu sampai bila-bila..!! Silap-silap haribulan, aku pulak bunuh mereka..", kata-kata itu terngiang-ngiang di ruang pendengarannya. Mujur juga dia tidak terhadam oleh kata-kata Amelina yang merupakan sahabat baiknya itu. Jikalau tidak, dia mungkin akan berbuat seperti apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu tanpa berfikir panjang.
Hari sudah merangkak ke malam. Burung-burung juga sudah mulai pulang ke sarang. Namun hujan yang turun sejak lewat petang tadi masih belum lagi mereda. "Mana bapak kau ni Una..?!", suara ibunya dari belakang mengejutkannya dari lamunan. Husna mengesat airmatanya yang masih tersisa di pipi. "Entahlah mak.. Ayah tak beritahu ke mana dia pergi..?!", soal Husna cuba menyembunyikan perasaannya. Dia bingkas berdiri tetapi masih membelakangi ibunya. "Katanya nak ke kedai sekejap sahaja..!! Dah malam ni.. risau pulak mak..!!", getus ibunya sambil menjenguk ke luar rumah. Husna perasan akan kegusaran yang timbul pada riak air muka ibunya itu. "Sekejap lagi baliklah ayah tu.. Mak jangan risaulah..!!", bujuknya seraya menggenggam tangan ibunya. "Sudahlah.. tak baik anak dara duduk tercegat kat muka pintu malam-malam ni..!! Pergi mandi.. mak ada kerja sedikit di dapur.. Nanti bila ayah kau dah balik, panggil mak..!!", ujar Wan Saodah yang terus menuju ke dapur.
Baru sahaja Husna mahu menutup daun pintu rumah, kelihatan sebuah kereta berwarna putih berhenti di perkarangan rumahnya. "Itukan kereta abang Kefri.. buat apa dia datang ke mari..?!", bisiknya sendirian. "Siapa tu Una..?!", laung ibunya dari dapur. "Abang Kefri mak..!!", Husna segera membalas. Wan Saodah segera menghampiri anak gadisnya yang berdiri di sebalik pintu. "Apa yang budak Kefri ni nak malam-malam macam ni Una..?!", tanya Wan Saodah sebaik sahaja terlihat sebuah kereta yang menjalari kawasan rumahnya. Kelihatan Kefri keluar dari dari keretanya sambil melambai ke arah mereka berdua. Seketika kemudian, pintu di bahagian penumpang hadapan pun turut dibuka seseorang. "Laa.. bapak kau rupanya..!!", ujar Wan Saodah sambil tersenyum memandang ke arah suaminya yang baru sahaja keluar dari perut kereta. "Kereta saya rosak dekat simpang kedai Wak Lamin tadi..!! Puas saya cuba betulkan.. Entah apa yang rosak agaknya..!!", bebelnya sambil menjinjit sebuah beg plastik berwarna merah di tangan. "Nasib baik si Kefri ni lalu dekat situ tadi.. Hujan-hujan macam ni manalah nak ada orang lalu-lalang dekat situ..!! Kalau tidak, terpaksalah saya menapak balik ke rumah..!! Aku ni bukannya muda lagi..!!", ngomelnya lagi. Husna yang sedari tadi hanya mendiamkan diri ketawa mengekek melihat keadaan itu. Wan Saodah cuma menggeleng-gelengkan kepala. "Sudahlah tu.. Asyik membebel saja mulut abang dari tadi.. Pergilah mandi dulu.. Ajak Kefri ni masuk sekali ke rumah..!!.
Kefri begitu berselera sekali menjamah hidangan yang tersedia di atas meja itu. Sudah lama benar dia tidak merasa masakan seenak itu. Lauk ketam masak lemak cili api itu benar-benar membuatkan seleranya terbangkit. Wan Saodah tersenyum tatkala melihatkan gelagat Kefri yang begitu tekun meratah ketam yang dimasak olehnya. Dia bukanlah jelik dengan gelagat sebegitu malah dia merasa sangat gembira. Apatah lagi masakan ituu juga sangat digemari oleh arwah Qairy semasa hayatnya. Sekurang-kurangnya terhibur juga hati kecilnya bila melihat aksi Kefri yang kadangkala agak melucukan pada penglihatannya. Husna juga turut gembira. "Makan perlahan-lahan sikit Kefri.. tercekik nanti, tak pandai pakcik nak bawa kereta canggih kau tu ke hospital..!!", suami Wan Saodah bersuara disulami dengan ketawa yang kuat. Kefri tersengih seperti kerang busuk bila diusik sebegitu. "Minta maaf makcik, pakcik, Una.. Masakan ni sedap sangatlah..!! Sampai saya tak sedar yang kelakuan saya ni buat keluarga pakcik kurang senang..!!", ujar Kefri dengan makanan yang masih bersisa di dalam mulut. Cepat-cepat dia meneguk air kopi panas yang disediakan untuknya di atas meja. "Aduh..!! Panasnya..!!", jerit Kefri yang kelam-kabut kerana meminum air kopi yang masih hangat. Mereka tertawa lagi.
"Makcik tak marah kalau kau nak makan makanan yang makcik buat ni nak.. Makcik lagi suka..!! Tambahlah lagi nasi tu Kefri..", Wan Saodah berkata dengan nafas yang masih tersekat-sekat. Aksi lucu Kefri sebentar tadi benar-benar membuatkannya berasa geli hati. Sudah lama dia tidak merasai suasana sebegitu semenjak pemergian anak sulungnya. Jikalau dahulu, rumah papan berdinding separuh simen itu sentiasa bingit dengan usikan-usikan nakal arwah Qairy yang sememangnya cukup gemar menyakat. "Alang kepalang kau dah ada kat sini, tidurlah kat rumah pakcik malam ni..", usul suaminya sambil mengeluarkan sekotak rokok dan menyalakan sebatang darinya. Asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya membuatkan Husna terpaksa menekup hidung. Wan Saodah juga bersependapat dengan suaminya. Kefri yang tersandar kekenyangan terpinga-pinga sendiri. Kurang sopan jika dia menolak pelawaan itu mentah-mentah. "Tak apalah makcik, pakcik.. Dapat makan masakan yang sedap ni pun sudah cukup bertuah bagi saya..!! Segan pulak rasanya nak bermalam di sini.. Lagipun rumah saya tu tiada siapa nak jaga..!!", Kefri menolak secara halus. "Tidur saja di sini malam ni.. Rumah kau tu bukannya ada sesiapapun lagi..!!", ujar suami Wan Saodah lagi. Wan Saodah menjeling tajam pada suaminya. "Abang tu kalau bercakap berpada-padalah sikit..!! Kecil hati si Kefri ni..!!", rengusnya sambil mencekak pinggang. Suaminya memang begitu. Seringkali terlepas cakap. Dia risau kata-kata suaminya itu akan menyinggung perasaan Kefri yang baru sahaja kehilangan ahli keluarganya. Kefri yang mula perasan akan bibit-bibit perbalahan di antara kedua-dua suami isteri itu segera mencelah. "Tak apalah makcik.. saya tak terasa hati pun..!! Baiklah.. saya ikut saja apa kata makcik dan pakcik..!!", ujarnya bagi menjernihkan keadaan . Kefri bingkas bangun dari duduk dan mengangkat pinggan serta cawan yang telah digunakannya untuk dibawa ke dapur. "Eh..?! Tak payahlah bang..!! Biar Una angkat semua..", Husna berkata seraya mengambil pinggan dan cawan dari tangan Kefri.
Hujan sudah mulai beransur reda. Namun kedinginan yang menggigit hingga ke tulang hitam membuatkan Kefri menggigil kesejukan sambil memeluk tubuh. Wan Saodah bersama suaminya sedang leka menonton siaran televisyen di ruang tamu. Mahu juga dia menyertai tetapi perasaan segan mengatasi kehendaknya. "Abang nak selimut..?!", suara Husna mengejutkan dirinya yang sedang leka. Kefri menyambut huluran selimut dari Husna dengan ucapan terima kasih. "Nak kemana pula tu..?!", soalnya tatkala melihat Husna melangkah pergi dari situ. "Nak masuk bilik..", ringkas jawapan Husna. "Emm.. abang Kefri.. Una nak minta maaf pasal arwah ayah abang..!! Una pun sedih jugak bila Pak Luqman sudah pergi meninggalkan kita semua..", Husna bersuara tersekat-sekat. Takut kalau Kefri berubah angin. Sebaliknya Kefri hanya tersenyum sambil merenung wajah gadis di hadapannya. Agak lama juga mereka saling berbalas pandang. "Kenapa abang pandang Una macam tu..?! Malulah Una..!!", ujarnya sambil berpaling ke arah luar. "Minta maaf.. Una nampak comel malam ni.. Comel sangat..!!", usik Kefri. Pipi Husna sudah merah menahan malu. Entah mengapa dia tidak menganggapnya sebagai satu gurauan semata-mata. Dia sendiri pun tidak pasti kenapa. "Una nak duduk sini..?! Dengan abang..", Kefri mempelawa. "Boleh..?!", soal Husna kembali. Dia begitu menyenangi perwatakan Kefri. Baginya, Kefri yang sedang tersenyum dihadapannya ini begitu jauh berbeza dengan Kefri lima tahun dahulu. Kefri mengesot sedikit bagi memberi ruang kepada Husna untuk duduk. Tanpa banyak bicara, Husna terus melabuhkan punggung. Kefri tersenyum lagi.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
whao0~
smbng ag2..
best...
x sab0 nk tNggu ape jadi pasniEyh..
nga..[*.^]v = hypp0aLert