BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Disember 18, 2008
Novel : Perjanjian Alam Ghaib II - 4
Nama Pena : Qaiszar Fazzamy

"Pangg..!!", satu tamparan yang keras singgah di pipi Wan Saodah. Dia tersembam kembali ke katil miliknya. "Anak tak mengenang jasa..!! Susah payah aku membesarkan engkau sejak sekecil tapak tangan.. Ini yang kau balas..?! Dasar anak kurang ajar..!! Berani kamu berdua melakukan maksiat dalam rumah aku ya..?!", marah Pak Nawab menggila. Dia benar-benar hilang sabar. Kalau diturutkan hati yang menyinga, mahu saja dia mencincang lumat tubuh anak gadisnya itu. Perasaannya bercampur-baur dengan kesedihan yang teramat sangat. Satu-satunya darah warisan dalam keluarganya sanggup menconteng arang ke mukanya. Omar pula sudahpun diikat oleh orang kampung yang datang menolong. Tubuhnya sudah lembik dikerjakan oleh Pak Nawab yang mengamuk. Mujur juga isteri Pak Nawab datang menahan dan memujuk suaminya itu. Suasana dalam rumah itu begitu gamat sekali. Bagaikan sebuah pesta lagaknya. Diantara puluhan pasang mata yang ralit menyaksikan kejadian dalam rumah itu, sepasang mata beralis halus yang tenggelam dalam kesedihan dan rasa kecewa juga turut memerhati. Namun sepasang mata itu hanya tertumpu pada sesusuk tubuh yang longlai dalam ikatan. Airmata yang menakung bagaikan tidak tertahan lagi untuk tumpah ke bumi.



Zubaidah berlari meredah denai kecil yang menjadi laluan untuk ke rumahnya. Hatinya membungkam. Lelaki yang dipuja olehnya telah mengecewakan dirinya. Lebih memeritkan lagi, kekasih hatinya itu ditangkap oleh orang kampung kerana berkhalwat dengan Wan Saodah, sahabat yang paling dipercayainya. Setiap langkah yang dihayun bagaikan tidak melata bumi. Menderu esakkannya mengisi kesepian hutan yang cuma dilimpahi cahaya purnama. "Zubaidahhh..", satu suara yang seperti berbisik menyapa pendengarannya. Langkahnya terhenti tiba-tiba. Matanya menerawang ke sekeliling. Tiada sesiapa di situ. Hanya ada kegelapan malam yang menemani dirinya. "Zubaidahhh..", suara itu bergema lagi. Terasa ada hembusan nafas yang melewati tengkuknya. Segera Zubaidah berpaling ke belakang. Masih tiada sesiapa atau apa-apa yang terlihat oleh pandangannya. Zubaidah segera melangkah. Begitu pantas larian anaknya meninggalkan suasana sepi hutan tersebut. Hampir-hampir sahaja tubuhnya tersembam ke tanah tatkala terlanggar akar-akar pokok yang menjalar. Rasa sedihnya hilang berganti rasa cuak. Sesekali anak matanya dapat melihat bayangan sesuatu seperti kelibat tubuh manusia yang berdiri memerhatikan dirinya di sebalik hutan yang memagar. Tiba-tiba tubuhnya terlanggar sesuatu. Dia terduduk di atas tanah yang berlumpur. Dalam kesamaran cahaya, Zubaidah terlopong kerana dihadapan matanya kini, berdiri satu lembaga bertanduk yang menyeringai ke arahnya. Zubaidah menjerit sekuat hati menggemparkan isi hutan.


Tiada bunyi kompang yang dipalu. Tiada nyanyian zanji yang menghiasi halwa telinga. Tiada bunga manggar yang memacang tanah. Juga tiada suasana riang oleh sanak saudara serta handai taulan yang datang. Hanya ada suara-suara berbisik dari kalangan orang kampung yang menghadirkan diri. Wan Saodah yang kelihatan sugul bertimpuh bersebelahan ibunya hanya termangu melirik lantai rumah. Tubuhnya dibaluti sepersalinan songket pusaka. Bibirnya masih mengorak senyum tersirat makna. Hatinya puas. Puas kerana memperoleh apa yang dihajatinya. Kerlingan matanya sekejap-sekejap terpaut pada Omar yang bersila dihadapan kadi. Keseluruhan wajah pemuda itu dibasahi oleh peluh. "Omar bin Maaruf.. Aku nikah akan dikau dengan Wan Saodah binti Wan Nawab dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai..", ucap kadi sambil menggoncangkan tangan yang saling berpaut salam. Dengan sekali lafaz, Omar menyudahkan upacara itu dengan debar yang semakin berkurangan. Senyum Wan Saodah semakin melebar. Kini dia telah sah menjadi suri hidup kepada lelaki yang dicintainya. Matanya melingas sekeliling bagaikan mencari sesuatu. Kelibat Zubaidah tiada di mana-mana. Tidak sekelumit pun timbul rasa bersalah dalam jiwanya kerana sanggup menjual sebuah persahabatan kerana cinta. Cuma perasaan risau yang bertamu di hati. Bimbang jika Omar akan kembali mencari Zubaidah. "Ahh..!! Persetankan semua itu..!! Omar kini milik aku.. Milik aku untuk selamanya..!!", bisiknya.


Tersentak Omar mendengar perkhabaran itu. "Zubaidah akan berkahwin..?! Dengan Luqman..?!", fikirnya. Terbayang wajah Zubaidah yang ayu bersanggul dengan sepasang songket sedang duduk di atas pelamin. Dialah orang yang sepatutnya mengisi tempat duduk di sebelah Zubaidah dan bukannya Luqman. Namun semuanya sudah terlambat. Masa yang berlalu takkan dapat diputar kembali. Nasi sudah bertukar menjadi bubur. "Itu sahaja yang aku hendak sampaikan pada kau.. Zubaidah ada berpesan pada aku, dia minta kau dan Odah datang ke majlis persandingannya nanti..", rakannya berkata seraya menghulurkan salam untuk pulang. "Apa yang si Saidon tu nak bang..?!", soal Wan Saodah dari pintu rumah setelah melihat kelibat sahabat suaminya itu menjauhi perkarangan rumah. "Kawan awak nak kahwin hujung minggu ni..!!", Omar memberitahu. "Kawan yang mana..?!", soal Wan Saodah kembali. Suaminya menjuihkan bibir seakan menunjuk ke satu arah. Wan Saodah pantas melontarkan pandangan ke arah itu. Lama dia merenung sambil kepalanya ligat berfikir. Seketika kemudian, barulah dia mengerti akan maksud suaminya itu. Arah itu adalah jalan untuk ke rumah Zubaidah. Dia tersenyum sendirian. "Dengan siapa..?!", soalnya lagi. "Anak orang kaya Sanusi..", ringkas jawapan Omar. Senyuman Wan Saodah tambah melebar. Rupanya Zubaidah akan berkahwin dengan Luqman yang memang tergila-gilakan sahabatnya itu sejak dari dulu. Sekarang dia tidak perlu risau lagi. Suaminya pasti takkan terfikir untuk mencari Zubaidah kerana perempuan itu sudah dimiliki orang. Kemenangan mutlak sudah menjadi miliknya.



Sepuluh bulan sudah berlalu semenjak pernikahan Zubaidah dan Luqman berlangsung. Suasana di kampung itu kembali aman dan tenteram. Masing-masing sibuk dengan hal masing. Namun kemuafakatan itu masih tetap menjadi keutamaan. Jikalau ada di antara penduduk kampung itu yang mengadakan sesuatu majlis, pasti mereka akan saling menghulurkan bantuan. Malam itu rumah Jidin Sular sedang mengadakan majlis kenduri kesyukuran. Anak gadisnya Zaleha telah lulus dalam peperiksaan. Ramai dari kalangan penduduk kampung itu yang hadir dan turut tumpang berbangga. Termasuklah Wan Saodah bersama suaminya. Dia dan suaminya menghulurkan pertolongan di dapur. Tetamu yang bertandang memang ramai termasuklah yang datang dari luar. Sehingga pukul sebelas malam, mereka masih lagi membanting tulang empat kerat menyudahkan segala macam kerja. "Odah..!! Tudung periuk dekat luar dapur tu awak letak di mana..?! Puas saya cari..!!", Omar bertanya pada isterinya. "Ada dekat tepi dinding tu bang..!!", Wan Saodah mengacung jari.


Suaminya berpaling, kemudian bersuara lagi. "Saya dah habis kerja dah ni..!! Saya ingat nak balik dululah.. Sengal pulak badan saya ni..!! Awak bila nak balik..?!", ujarnya. "Sekejap lagilah bang..!! Mak Ngah Siah minta tolong simpankan lebihan lauk ni.. Abang baliklah dulu..!! Nanti saya balik sekali dengan kak Fairus..!!", jawab isterinya. Omar hanya mengangguk. Dia sudah merasa sangat letih dan tidak bertenaga. Lantas kakinya segera dihayun menghala pulang. Suasana riuh sebentar tadi sudah semakin berkurangan. Ramai yang sudah pulang ke rumah. "Nak lalu jalan mana ni..?! Ahh..!! Lalu ikut jalan pintas sajalah..!! Cepat sikit sampai ke rumah..", bisiknya dalam hati. Jalan pintas yang dimaksudkan olehnya sebentar tadi adalah sebatang jalan kecil berhampiran rumah Jidin Sular. Tiada sebarang lampu jalan yang menerangi denai berdinding hutan di kiri-kanan itu. Namun Omar tetap mahu menggunakan jalan itu kerana laluannya lebih singkat daripada laluan biasa. Sepasang kaki miliknya kembali melangkah.


Suasana di sepanjang denai itu begitu sunyi dan sepi. Bunyi-bunyian unggas hutan bergema sahut-menyahut membingitkan telinga Omar yang keseorangan di situ. Sesekali alunan angin malam yang dingin menyapa dedaunan pohon-pohon di sekeliling . Kedengarannya seperti sebuah suara yang sedang berbisik. Entah mengapa malam itu lain benar dirasakannya. Hatinya secara tiba-tiba berdebar-debar. Bukannya sekali dua dia menggunakan laluan itu untuk pulang ke rumah. Tetapi kali ini dia merasakan seolah-olah ada alamat buruk yang akan menimpa. Digagahkan semangatnya yang masih bersisa. Tiba-tiba Omar berhenti di pertengahan jalan. Telinganya dapat menangkap bunyi derap langkah seseorang. Segera dia berpaling ke serata arah. Tiada bayang manusia berhampiran tetapi derap langkah itu masih tetap kedengaran. Malah semakin kuat seolah-olah semakin menghampiri. "Omar..", satu suara halus menyapa dirinya secara mengejut membuatkan dia beristighfar sambil mengurut dada. Semacam tidak percaya bila melihat sesusuk tubuh milik wanita yang pernah dicintainya dahulu berdiri dihadapannya dengan senyuman yang melirik. "Zubaidah..?! Ida buat apa di sini..?!", soalnya pada Zubaidah. "Ida nak balik rumah.. Boleh Omar tolong hantarkan..?! Luqman sudah ke pekan.. Tak ada siapa nak tolong hantarkan Ida balik..!!", ujar Zubaidah mengharap.


Mereka kini sudah tiba di hadapan pintu rumah agam milik Luqman dan Zubaidah. Wanita itu segera menjemputnya supaya masuk ke dalam rumah. "Eh..?! Tak usahlah Ida.. Tak manis rasanya bila kita berdua saja dalam rumah ni..!! Lagipun suami Ida tak ada di rumah kan..?!", Omar menolak tetapi Zubaidah segera menarik tangannya untuk masuk ke dalam. Cepat-cepat Omar menarik kembali tangannya dari pegangan membuatkan Zubaidah jatuh terduduk. "Alamak..!! Minta maaf Ida.. Saya tak sengaja..!!", ujarnya sambil memimpin Zubaidah yang kesakitan dan membawanya masuk ke dalam. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk, secara tiba-tiba pintu rumah itu tertutup dengan kuat. Sekonyong-konyong muncul satu lembaga hitam bertanduk dengan tangannya memangku sesuatu berdiri tercegat di belakang mereka berdua. Terbeliak mata Omar dengan badannya yang separuh menggigil. Lembaga hitam itu ketawa dengan begitu lantang sekali. Gemaannya menghiasi setiap pelusuk isi rumah. "Kau sudah bersedia..?!", lembaga itu bersuara. "Ya..!! Tapi kau harus ingat..!! Kembalikan nyawa anak aku sebaik sahaja aku bunuh dia..!!", sahut Zubaidah seraya mengeluarkan sebilah keris dari lipatan kain yang dibawanya. Omar terpinga-pinga. "Kembalikan nyawa..?! Anak..?! Apa semua ni Ida..?!", soalnya yang ketakutan separuh mati. "Kau mahu tahu bukan..?! Lihatlah puas-puas sebelum mati..!!", lembaga hitam itu bersuara lagi sambil mengunjukkan sesuatu yang berada dalam pangkuannya. "Bayi..?!", soal Omar. "Ya..!! Bayi..!! Bayi Zubaidah hasil hubungan haramnya bersama kau..!!.


Bersambung...
posted by Penulisan2u @ 12:51 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:
  • At 18/12/08 1:13 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salamulaikm

    ...riter...first2 tgk..aaaaaaa...x de mud...

    second luk bru ad kot...tgu ao...

    ~mrhyde~

     

  • At 18/12/08 4:28 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wo0a~!!
    saSpen tuhS..
    pnuLis mmg bbakat...
    samb0ng cpat2..
    xsab0 nk bacE..
    ~hypp0aLert~

     

  • At 19/12/08 3:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ello.....
    nice job....
    x sbo rsenye nak bco next en3..
    to writer.. smbung cpat ye..

     

  • At 19/12/08 7:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lagi lagi...
    cepat ckit tau..

     

  • At 20/12/08 12:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Nak cpt...nak cpt...cepatlah sambung...x sabar nak tahu seterusnya

    ~Indah~

     

  • At 24/12/08 4:51 PTG, Blogger ~|| iezanief ||~ said…

    best.. mule2 bace yg siri 1 dlu agak boring.. tp bile dh bace abis rase x sabar lak nk tau sambungannye cam mane.. n suke cara tulis citer nih.. xde shortform yg melampau..
    mmg bagus...

     

  • At 3/1/09 10:28 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam

    jeng..jeng..jeng..

    nk k`sian ke kat omar???...neah...dea pon sme je...

    xtao la nk ckp cite ni bes ke x...hrm...... blom agi kn...

    4 begining ...ok la tu..

    ~freze~
    >freze_aka_mrhyde@yahoo
    >someone anybody drop a line..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group