Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
SEKUNTUM mawar merah yang masih segar berada di tangan Herly Diana. Bunga itu disembunyikan di belakangnya sambil dia berjalan perlahan-lahan menghampiri ibunya yang sedang berbual mesra dengan Puan Faridah. Nurul Hana di sebelah ibunya tersenyum melihat kedatangan Herly Diana.
"Mak.." Herly Diana memanggil lembut setelah lebih dahulu mengenyitkan mata pada Nurul Hana serta Puan Faridah, sebagai isyarat menyuruh mereka berdiam.
Ketika Puan Zahara menoleh, sekuntum bunga terhulur di hadapannya. Puan Zahara memandang wajah Herly Diana.
"Dari Ana untuk mak tersayang."
Puan Zahara menyambutnya dengan kehairanan. Herly Diana duduk di sisi ibunya.
"Kenapa ni, Ana?" Tanya Puan Zahara tidak mengerti.
"Saja Ana kasi. Ingat tak dulu.. masa arwah ayah masih hidup? Mak minta sepasu bunga mawar, tapi ayah tak beli-belikan pun." Di akhir kata Herly Diana ketawa. Seolah menghilangkan kepedihan hatinya mengenangkan Encik Ariffin.
Puan Zahara tertunduk merenung bunga di tangannya.
"Kenapa mesti di ingat cerita lama yang berkaitan dengan orang yang dah tiada, Ana?"
"Yang pergi kan tetap dikenang, mak. Salah ke Ana mengingati detik-detik kemesraan antara kita dengan arwah ayah?"
Serta merta Puan Zahara merasa hiba. Seperti mengerti keadaan selanjutnya, Puan Faridah bersuara dan menukar topik perbualan.
"Kenapa cuma sekuntum saja, Ana? Mak kau kan nak sepasu.. sekuntum tu kan ganjil."
Herly Diana tersenyum.
"Tak semua benda mesti nak genap, mak cik. Contohnya kita manusia ni.. kalau mati pun, sendiri juga dalam kubur. Tu kan dah resmi alam."
Semua yang ada di situ terdiam mendengar jawapan Herly Diana. Sememangnya kata-kata dan sikap Herly Diana amat berubah sekali. Tidak siapa pun tahu maksud yang cuba disampaikannya.
Nurul Hana tidur di rumah Herly Diana hari itu. Hanya Puan Faridah sahaja yang pulang. Semasa mengiringi mak ciknya di hadapan pintu, Herly Diana menyalami tangan Puan Faridah sambil berkata.
"Mak cik, Ana dah lama bekerja di rumah Puan Alimah. Ana senang sekali bekerja dengan keluarganya. Ana tentu tak bertemu dengan keluarga itu andainya tanpa usulan dan bantuan mak cik. Ana berterima kasih pada mak cik kerana carikan kerja yang sesuai untuk Ana."
Puan Faridah mendengar dengan teliti tiap butir bicara anak saudaranya. Dia hanya mengangguk. Matanya menatap wajah Herly Diana dan mendapati tiada serinya lagi wajah itu disebabkan matanya yang membengkak.
"Ana sakit ke?"
Herly Diana segera menggeleng.
"Semoga Ana sihat dan terus berkhidmat pada keluarga Puan Alimah. Itu doa mak cik." Begitulah pesan Puan Faridah.
Sebelah malamnya Herly Diana mempelawa Nurul Hana keluar. Mereka ke rumah Shah Effendi. Dari sana Herly minta mereka berdua menemaninya ke satu tempat hiburan.
Kebetulan ada berlangsung satu pameran lukisan di Singapore Expo, daripada hasil pelukis-pelukis terkenal dari berbagai Negeri. Untuk pertama kalinya mereka keluar bertiga.
Ramai juga pengunjung yang berminat mengunjungi pameran itu. Ada yang mengambil gambar lukisan-lukisan itu. Shah Effendi sendiri telah merakamkan beberapa keping gambar lukisan yang dirasakan begitu unik dan menarik.
Sedang dalam kesibukan itu, Herly Diana terlihat dari kejauhan, sepasang muda mudi yang sedang asyik meneliti sebuah lukisan. Tangan mereka bertaut erat.
Shah Effendi memandang ke sampingnya dan mencuit Herly Diana. Herly Diana terkejut dan menoleh sekilas. Dia mengisyaratkan Shah Effendi untuk sama melihat pasangan itu. Ada kejutan di wajah Shah Effendi sebaik sahaja mengenali pasangan itu.
"Mereka mesra sekali kan?" Bisik Herly Diana seakan tidak kedengaran.
Shah Effendi nampak akan senyuman kejujuran sewaktu Herly Diana bersuara tadi. Kemudian Herly Diana menarik tangannya untuk menghampiri pasangan itu. Nurul Hana hanya mengekori dari belakang.
Pasangan yang baru sahaja hendak berlalu, terkejut dengan sapaan Herly Diana. Herly Diana memberi senyuman yang cukup ikhlas pada mereka.
"Tak sangka kita semua diketemukan di sini.. ya Min?" Kata Herly Diana yang sudah berdiri di sisi Norazmin.
Noreen yang melihat, semakin merapatkan tubuhnya pada Norazmin. Tangan yang tadi hanya dipimpinnya, kini sudah dipaut pula.
Norazmin lebih dahulu menghulur tangan untuk bersalaman dengan Shah Effendi. Pada Norazmin, biarlah dia mengetepikan egonya. Yang lebih penting tujuannya ialah melepaskan tangannya dari pautan Noreen.
Shah Effendi segera menyambut sambil tersenyum mesra. Tidak pula dia terfikir untuk membalas perbuatan Norazmin sewaktu menyambut salam pertamanya dahulu.
Herly Diana berpuas hati bila melihat tiada apa-apa perubahan pada wajah kedua pemuda itu sewaktu bersalaman. Seolah-olah pertemuan itu tidak memberi satu kejutan buat mereka. Herly Diana memperkenalkan Nurul Hana pada Noreen. Norazmin memang sudah kenal dengan sepupunya itu.
"Kenapa tak bawa mak cik sekali? Tentu dia gembira dibawa ke tempat macam ni."
Norazmin merenung mata Herly Diana lama sebelum mejawap. "Dah dipelawa.. tapi mak tak nak ikut."
Pertemuan itu berlangsung hanya seketika. Baik Herly Diana, Norazmin ataupun Shah Effendi, tidak seorang pun di antara mereka yang cuba menyentuh soal cinta tiga segi mereka. Malah pertemuan itu telah menukarkan pendirian Noreen dan Norazmin.
Noreen, walaupun masih kelihatan angkuh, tetapi kali ini agak ramah dengan senyuman. Hanya sahaja tidak siapa peduli erti senyuman itu. Dia hairan bila melihat ketenangan di wajah Herly Diana. Tidak sedikit pun gadis itu menunjukkan sikap cemburunya. Padahal itulah yang diharapkan Noreen, agar Herly Diana cemburu melihat dia bermesra dengan Norazmin.
Bagi Norazmin pula, walaupun dia begitu marah dan tidak dapat menerima perkongsian cintanya dengan Shah Effendi, tetapi di pertemuan itu dia sendiri tidak mengerti, mengapa dia boleh berjabat tangan dengan Shah Effendi umpama dua sahabat. Mungkin kah kerana tiada riak dendam pada wajah Shah Effendi terhadapnya? Kerana itu perasaan marah dan cemburunya mampu disingkirkan.
Sebelum mereka berpisah, atas kemahuan Herly Diana, mereka berempat yang lain diminta bergambar bersama. Herly Diana meminjam camera Shah Effendi dan dia sendiri yang merakam potret mereka. Dia tersenyum puas setelah merakamkan wajah-wajah temannya. Tetapi dia menolak apabila Shah Effendi ingin merakamkan gambarnya bersama yang lain.
Norazmin memerhatikan tiap tingkah aneh gadisnya. Mencari-cari kepastian pada wajah yang tenang itu. Tetapi dia masih belum menemui jawapannya. Sehingga dia dan Noreen berlalu dari kesibukan pengunjung yang ramai di situ, namun bayangan wajah Herly Diana masih jadi perhatiannya. Cukup jelas terlihat olehnya wajah Herly Diana yang pucat dan senyum kejujuran ketika gadis itu menghantar pemergiannya dengan tatapan sayu.
Pameran itu berlangsung sehingga pukul sepuluh setengah malam. Shah Effendi menawarkan diri untuk menghantar kedua gadis itu pulang sehingga di pintu rumah, tetapi ditolak dengan hormat oleh Herly Diana memandangkan dia berdua dengan Nurul Hana.
Semasa melangkah ke blok mereka, Herly Diana tidak banyak bercakap. Dia rasa kepalanya berat dengan tiba-tiba. Dan pandangannya berkembar. Dia segera teringat kata-kata Dr Haris tentang tanda-tanda akhir penyakitnya.
Herly Diana tergeleng-geleng untuk menghilangkan rasa pening serta mengembalikan penglihatannya. Semuanya itu dilakukan secara sembunyi-sembunyi dari diketahui Nurul Hana.
Tiba-tiba Nurul Hana menyiku lengan sepupunya. Herly Diana menoleh terkejut. Pandangannya terus tertuju pada arah sebelah kanan mereka yang menjadi tumpuan mata Nurul Hana.
Di situ berdiri seorang pemuda yang berpeluk tubuh, bersandar pada keretanya sambil mata merenung tajam kearah mereka. Herly Diana cepat mengenalinya.
Nurul Hana disuruh pulang terlebih dahulu. Sementara Herly Diana menghampiri pemuda itu. Tiada tanda dendam pada wajah pemuda itu.
"Hai.. dah lama tunggu?"
Pemuda itu tidak menjawap tetapi menjatuhkan pandangannya ke bawah. Herly Diana meninjau ke dalam kereta.
"Mana Noreen?"
Pemuda itu melepaskan keluhan sebelum menjawap. "Dah Min hantarkan pulang."
Sepi seketika. Akhirnya Norazmin bersuara menyatakan maksudnya menunggu Herly Diana.
"Min lihat.. Ana mesra sekali bersama Shah."
Herly Diana juga memeluk tubuhnya sambil bersandar di kereta. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya dari tubuh Norazmin.
"Begitulah kami.. sepasang insan yang sememangnya sudah mesra sejak mulanya perkenalan."
"Nampaknya Shah dan Ana saling memerlukan."
Herly Diana memerhati wajah Norazmin. Jelas kedengaran nada duka di sebalik kata-kata itu. Tetapi wajah Norazmin tetap tenang.
"Min masih ragu-ragu untuk merestui cinta kami?"
"Tapi Min juga memerlukan Ana.."
"Shah juga tahu Min memerlukan Ana. Dan kita bertiga saling memerlukan. Namun begitu tiada bantahan dari Shah untuk Ana menyintai Min juga. Hanya Min…"
"Kerana Min bukan Shah..! Min bukan lelaki dayus yang sanggup biarkan kekasihnya dalam dakapan orang ketiga." Suara Norazmin mula keras.
"Apakah hanya itu alasan Min? Dayus juga ke seorang wanita yang biarkan suaminya berkahwin lebih dari seorang?"
Norazmin mengeluh lagi. Lemas dengan kata-kata Herly Diana.
"Kalau Min rasa Ana keterlaluan, terserahlah apa pun keputusan Min. Tapi.. izinkan Ana menyintai Min juga.." Berderai airmata Herly Diana ketika kata-kata terakhirnya disambut oleh Norazmin dengan rasa terkejut dan tangan lelaki itu segera menutup mulut Herly Diana agar tidak diteruskan ucapan itu.
"Min tak mungkin ambil keputusan begitu. Satu yang ingin Min ketahui, kenapa mesti ada cinta tiga segi dalam percintaan kita? Kenapa begini berat masaalah yang harus kita lalui?"
"Sukar untuk Ana menjawapnya, Min. Tapi masaalah ini tak seberat yang Min sangka kalau Min memberi persetujuannya saja."
"Mengapa!? Mengapa mesti sukar? Untuk bersetuju Min mesti tahu sebabnya."
"Buat apa harus Ana beritahu kalau kelak ianya hanya mengecewakan semua orang. Dan menambahkan pedih di hati Ana sendiri."
"Min tak peduli.. Min tetap akan cari jawapannya."
Begitulah jawapan Norazmin. Kata-kata yang hanya menambahkan airmata Herly Diana. Kalaulah Norazmin mendengar, jauh di sudut hati Herly Diana sedang berbicara.
‘Mencari jawapannya bererti kau menunggu hari kematianku, Min. Bersabarlah.. di ketika aku sudah tiada nanti, kau pasti temui jawapannya.’
Melihat kemesraan Herly Diana bersama Shah Effendi, sebenarnya Norazmin rasa terharu. Kerana pada pandangannya, Herly Diana benar-benar bahagia di samping pemuda itu. Tetapi hatinya sahaja yang belum dapat terima hakikat dan susah memberi restu. Ternyata tanpa restu pun Herly Diana sudah terlanjur menyintai Shah Effendi. Begitu juga dengan Shah Effendi. Bagaimana dapat Norazmin menghalang mereka lagi.
"You tak cemburu ke melihat mereka tadi?" Norazmin teringat kata-kata Noreen ketika dia menghantar gadis itu pulang.
"Buat apa I nak cemburu. Perasaan yang sama juga tentu dirasakan Ana waktu melihat kita berdua tadi." Norazmin menjawap lain dari gerak hatinya.
"I sendiri hairan, Noreen. Kalau dia tak rasa apa yang I rasa waktu dia menyatakan perasaan cintanya pada Shah, tentu dia dapat rasa apa yang I rasa bila lihat I bersama You. Tapi sangkaan I salah."
Noreen memandang ke lain bila mendengar kata-kata Norazmin. Tiba-tiba Norazmin terdengar esakan Noreen.
"Kenapa you menangis?"
"You tahu Min. I rasa berdosa pada Ana. Selama ni dah macam-macam hal yang I lakukan semata-mata nak mendapat perhatian dari you. I sakit hati bila akhirnya Ana yang bertuah."
Norazmin memandang wajah Noreen. Noreen menyambung lagi.
"Itu semua kerana I.. I sayangkan you, Min. I menyintai you."
Norazmin mengeluh. Kereta mereka sudah sampai di hadapan rumah Noreen yang berdiri megah.
"I harap you tak kecewa kalau I kata.. I lebih menyintai Ana." Kata Norazmin tanpa menoleh.
Noreen mengangguk sambil mengesat airmata.
"I mengerti. Tapi I kesal selama ini I memperhambakan diri untuk menjadi teman you kemana-mana, sedangkan you hanya menganggap I sebagai pengganti di ketika Ana tiada di sisi you. I kesal kerana semua yang I lakukan tu masih tak dapat membuat you menyimpan sedikit rasa sayang you terhadap I."
Kemudian Noreen keluar dari kereta dan berlari masuk ke dalam rumah dengan seribu kehampaan.
Di dalam keretanya, Norazmin menumbuk-numbuk stering kereta. Tidak tahu apa dan siapa yang dikesalkan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan