BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Disember 15, 2008
Novel : Perginya Bersama Cinta 13
Nama Pena : Putri Lily

Bab 13

NORAZMIN melangkah masuk ke biliknya dengan wajah yang muram. Dia menjatuhkan punggungnya di bibir katil setelah terlebih dahulu melemparkan beg serta segulung kertas yang terikat kemas, ke sisi nya. Tangannya pantas membuka stoking dan membuangnya ke satu sudut. Kemudian dia mengeluh sambil merenung gulungan kertas yang dilemparnya tadi.

Dia membayangkan suasana kegembiraan bila gulungan kertas itu ditunjukkan pada ibunya dan khas sekali pada Herly Diana. Tetapi segala harapannya hampa bila mendengar cerita yang disampaikan oleh Noreen. Pertemuan Noreen dengan Herly Diana bersama Shah Effendi sudah sampai ke pengetahuan Norazmin.

"Terlepaslah you kali ni, Min." Sindiran Noreen masih jelas di ingatan. Hingga membakar kepingan iman di dada Norazmin.

Syarial tidak banyak bercakap. Hanya menasihati Norazmin agar menyelidik terlebih dahulu. Tetapi nasihat itu bagaikan tenggelam dalam lentingan suara Noreen yang rancak menceritakan kemesraan Herly Diana di samping Shah Effendi. Semua kata-kata nasihat Syarial langsung tidak berguna pada Norazmin. Seperti tidak bergunanya lagi gulungan kertas itu tadi padanya.

Norazmin menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangan. Menghapuskan peluh di samping menghilangkan kekusutan fikiran. Tiba-tiba bahunya ditepuk orang. Sebaik sahaja Norazmin menoleh, tangannya pantas ditarik dalam genggaman.

"Tahniah, Min. Akhirnya Min berjaya juga." Puan Alimah berkata dalam linangan airmata. Gulungan kertas tadi sudah berada di tangannya.

Puan Alimah menyedari riaksi berlainan pada sikap Norazmin tadi. Kerana itu dia membuntuti anaknya masuk dan melihat isi gulungan kertas itu.

"Terima kasih, mak." Jawap Norazmin lembut tapi seakan tidak bermaya.

"Mak gembira Min. Akhirnya cita-cita mak untuk lihat Min jadi seperti arwah ayahmu, akan tercapai dengan adanya ijazah ini." Puan Alimah merenung kertas di tangannya sambil duduk di sisi Norazmin.

"Tapi apa yang membuat Min muram, nak?" Puan Alimah menyapu airmata.

Kerana tidak mahu merosakkan perasaan gembira ibunya, Norazmin berpura-pura riang.

"Eh! Takda apa-apalah mak. Emm.. mak gembirakan Min dah berjaya dan akan mengambil alih tugas mak?"

Puan Alimah tersenyum. Namun airmatanya masih jatuh. Dia mengangguk tanda benar-benar gembira.

"Kalau mak gembira kenapa mesti menangis?"

"Kerana mak tau Min sendiri tak begitu gembira. Mungkin Min mengharapkan seorang yang lebih istimewa mendengar berita ini? Pergilah jumpa dengan Ana dan beritahu berita ini."

Norazmin tertunduk dan berkata lemah.

"Dia tentu tak turut gembira sangat, mak. Mungkin dia hanya kata yang ni semua bukan urusan dia."

"Mak faham, Min. Mak sendiri dapat rasakan perubahan Ana sejak kebelakangan ni. Sekarang dia ada dalam biliknya. Sejak Zohor tadi sampai sekarang belum keluar-keluar. Walaupun dia sentiasa nampak riang, tapi mak lihat badan dia lemah saja."

"Maksud mak!?"

"Entahlah.. dia seperti menanggung sesuatu yang berat."

Mendengarkan itu, Norazmin tidak sabar untuk berjumpa dengan Herly Diana. Memang semenjak akhir-akhir ini, Norazmin jarang mengambil kisah tentang Herly Diana. Sangkanya Herly Diana pasti sudah tidak memerlukannya lagi.

Dengan hati separuh berat, Norazmin melangkah ke bilik Herly Diana dengan membawa gulungan kertas tadi. Diperhatikan oleh Puan Alimah.

Herly Diana sedang termenung di luar jendela bila Norazmin masuk ke biliknya. Terkejut sekali Herly Diana pada mulanya. Tetapi bila terlihat gulungan kertas di tangan Norazmin, rasa terkejut tadi dapat dikawal. Setidak-tidaknya tentulah Norazmin ingin berkata sesuatu yang tiada kaitan tentang hubungannya bersama Shah Effendi.

Norazmin dapat melihat perubahan pada diri Herly Diana. Selain dari sikap, tubuh badannya pun agak susut. Dan wajah gadis itu nampak berlainan sekali. Namun kecantikannya masih jelas.

Ada senyuman di bibir Herly Diana ketika menghampiri Norazmin. Tangannya mencapai gulungan kertas dari tangan Norazmin. Kertas itu dibeleknya.

Dari jarak yang begitu dekat, Norazmin dapat melihat perubahan yang lebih jelas pada wajah Herly Diana. Matanya.. bagai terpelesuk ke dalam. Ada kesan biru dan lebam di bawah mata. Kelopak matanya pula membengkak. Anak matanya yang duhulu bercahaya, kini sudah pudar serinya. Mata itu memerah walau pun Norazmin tahu Herly Diana tidak menangis.

Simpati Norazmin berkembang secara mendadak. Ingin sekali ditanya sebabnya. Tetapi secara mendadak juga kata-kata Noreen kedengaran semula, menceritakan kecurangan kekasihnya.

"Tahniah." Kata Herly Diana setelah mengetahui isi surat itu. Senyuman masih bermain di bibirnya. Tangan nya dihulur untuk bersalaman.

Hati Norazmin sakit melihat senyuman kepura-puraan itu. Salam Herly Diana tidak bersambut. Sebaliknya Norazmin memalingkan wajahnya ke lain sambil berkata.

"Tahniah juga kerana kejayaan Ana bermain sandiwara."

Tercengang Herly Diana mendengarnya. Namun dia masih terus tersenyum dan cuba menahan gelodak perasaan.

"Ana hidup di alam kenyataan, Min. Ana tak pernah bersandiwara. Kenapa pulak Min kata macam tu?"

"Cukup, Ana! Segeralah berhentikan kepura-puraan itu. Semuanya sudah terbongkar. Min mahu segala-galanya diselesaikan sekarang juga."

Herly Diana tahu masanya sudah tiba untuk dia berterus terang. Dia memang menanti peluang yang begini.

"Min tahu dari Noreen kan?"

"Itu tak penting! Yang penting ialah kepastian dari Ana." Norazmin menentang wajah Herly Diana. Pintu bilik dibiarkan terbuka. Norazmin ataupun Herly Diana tidak peduli siapa pun mendengar pertengkaran mereka.

"Kepastian apa pun yang Min nak dari Ana, sudah pun terjawap benarnya, seandainya benar Noreen yang memberitahu."

"Ana..!?" Norazmin melihat ketegangan pada wajah Herly Diana.

Sebenarnya Norazmin mengharapkan Herly Diana memberontak mengatakan apa yang didengar dari Noreen adalah tidak benar. Tetapi apabila mendengar, apalagi bila melihat anggukan kepala Herly Diana, Norazmin semakin kurang sabar.

"Ana berkata benar Min. Ana tak berpura-pura. Bahkan dari dulu pun Ana tak pernah berpura-pura, apatah lagi bersandiwara. Segala yang Ana lakukan semuanya terang-terang di hadapan Min, kan?"

"Tapi kenapa, Ana? Apa salah Min?"

"Min tak salah. Ana juga tak rasa yang perbuatan Ana ni salah. Tapi Ana tentu akan rasa bersalah kalau membiarkan sahabat Ana kecewa."

Norazmin mengeluh berat. "Jadi Ana sungguh-sungguh menyintainya? Hem.. kalau dulu seorang sahabat, kini menjadi kekasih pula?" Sindir Norazmin.

"Kerana dulu tu Ana tak sedar berapa besar cintanya pada Ana. Tentu tak salah kalau Ana membalasnya. Kini Ana akui bahawa Ana sendiri menyintainya sepenuh hati."

"Dan mengecewakan Min, begitu? Ana ketepikan Min? Mana pergi janji-janji Ana dulu?" Panas hati Norazmin semakin membara. Lebih-lebih lagi bila mendengar pengakuan Herly Diana terhadap Shah Effendi.

"Kita kan masih boleh bercakap dengan tenang, Min." Norazmin tertunduk mendengar kesayuan suara itu.

"Kalau Min memang yang pertama bertempat di hati Ana, maka Min jugalah yang terakhir. Itulah harapan Ana. Tapi di saat begini Ana mula sedar, yang di tempat pertama perlu berkorban untuk beri peluang pada orang lain tanpa menjejas kedudukan tempat pertamanya."

"Ah..!! Ana ni cakap berbelit-belitlah.. Apa maksud Ana?"

"Min.., cinta kita tetap kukuh kalau ada persesuaian.."

"Jadi Ana nak kata yang kita tak ada persesuaian sekarang ni?"

"Dengarlah dulu cakap Ana, Min..!" Bentak Herly Diana agak keras. Kesabarannya seolah-olah hilang dengan kedegilan Norazmin.

"Mana Min boleh sabar kalau macam ni."

Herly Diana terduduk di tepi katil dengan geram.

"Ana rasa kalau macam ni, kalau jadi pun hidup kita tak kan bahgia, Min. Kerana antara kita tak pernah ada persefahaman. Malah di awal perkenalan kita sampai sekarang sama saja keadaannya.."

"Baru sekarang Ana persoalkan tentang itu?"

"Kerana Ana tak sangka akan berterusan begini. Min langsung tak mahu memahami perasaan Ana."

"Ana boleh memahami perasaan Min bila mendengar keputusan Ana ni?" Norazmin menghampiri Herly Diana sebelum menyambung. "Katakan saja ini semua sengaja Ana ungkit untuk memutuskan perhubungan kita."

"Min!!" Herly Diana terkejut. Dadanya terasa sebak dengan kata-kata itu. "Ana tak minta sampai jadi gitu. Tapi kalau masaalah ini akan menyusahkan Min, tentu Min sendiri suka kalau kita berpisah."

"Semudah itu?" Suara Norazmin lembut menyindir.

"Tidak semudah kata-kata, Min. Ana masih mengharapkan Min. Tapi izinkanlah Ana menyintai Shah juga. Izinkan lah.." Rayu Herly Diana. Airmatanya tidak dapat ditahan lagi.

"Mustahil!" Norazmin berpaling ke lain. Takut jika hatinya mengalah dengan kesayuan wajah yang penuh mengharap itu.

"Segala di dunia ini perlu perkongsian, Min. Dan untuk berkongsi kita perlu berkorbanan. Kita tak boleh tamak dan pentingkan diri sendiri." Kata-kata Herly Diana semakin membingungkan Norazmin.

"O.. jadi Ana fikir Min seorang yang tamak dan mementingkan diri sendiri? Tanpa Ana sedar bahawa Ana juga begitu! Kalau sekarang Ana mahu Min berkorban demi cinta Ana pada Shah, kenapa dulu Ana tak sanggup berkorban demi persahabatan Min dengan Noreen?"

Herly Diana menatap wajah Norazmin. Tidak menyangka Norazmin akan memulangkan paku buah keras. Tetapi Herly Diana sedar akan kesilapannya. Melihatkan Herly Diana terdiam, Norazmin segera ingin berlalu. Sebelum sampai di pintu, kedengaran suara Herly Diana berkata dengan penuh sayu.

"Itu maknanya Ana betul-betul tak mahu kehilangan Min. Seperti mana dulu, begitulah juga perasaan Ana pada Min sekarang, biarpun Ana menyintai lebih dari seorang. Ana mahu Min sedar betapa suci dan agungnya cinta Ana pada Min dan Shah. Kalau lah Min tahu kenapa Ana buat keputusan begini, tentu Min menyesal kerana tak restui sikap terus terang Ana, ni. Min akan menyesal.." Di akhir kata Herly Diana menangis sepuas hati.

Norazmin memejamkan rapat-rapat matanya lalu menumbuk daun pintu. Sesudah dia keluar, daun pintu itu ditutup dengan kuat. Kemudian dia bersandar di pintu itu sambil mengeluh. Ketika itulah dia sedar ada seseorang di sisinya.

Puan Alimah sudah mendengar semuanya. Wajah Puan Alimah penuh dibasahi dengan airmata. Dia benar-benar bersimpati. Tetapi pada siapa? Pada Norazmin atau Herly Diana?

"Min kecewa, mak." Kata Norazmin ketika ibunya memegang bahunya sebagai memujuk.

"Mak lebih-lebih lagi kecewa, Min. Tapi mak tau kekecewaan itu pasti ada puncanya."

Norazmin membiarkan ibunya membelai rambutnya. "Min tak rela melepaskannya begitu saja, mak. Dan Min juga tak rela ada perkongsian cinta." Lemah sekali Norazmin bersuara.

Airmata Puan Alimah semakin deras. Dia memandang ke pintu bilik Herly Diana yang disandar Norazmin.

'Ana, mengapalah sikapmu aneh sekali?' Tanya hati kecil Puan Alimah.

Sementara itu Herly Diana tenggelam dalam tangisan yang panjang. Dia menyesal kerana perbincangannya dengan Norazmin tidak sedikit pun berunsurkan kedamaian. Malah masaalah itu menjadi semakin sukar.

Herly Diana sedar Norazmin bukan Shah Effendi. Norazmin tidak dapat menerima segalanya dengan tenang sebagaimana Shah Effendi. Herly Diana juga menyedari, kata-katanya sendiri agak kasar terhadap Norazmin. Sikap Norazmin yang mempengaruhinya begitu. Bagaimana pun Herly Diana lebih kesal kerana tidak dapat kata putus dari Norazmin dengan pengakuannya itu. Namun begitu, tekad dan azamnya masih kuat.

Herly Diana cuba melupakan peristiwa itu. Hari-hari esok dilaluinya dengan keriangan. Menambahkan rasa hairan di hati setiap orang yang memandang.


HARI itu Puan Alimah sengaja bekerja separuh hari. Kerana ingin mendekati Herly Diana, Puan Alimah turut membantu di dapur. Dia enggan menurut usul Herly Diana yang menyuruhnya berihat.

Puan Alimah terdengar Herly Diana berdendang kecil.

~~
Tuai padi antara masak..
Esok jangan layu-layuan..
Intai kami antara nampak..
Esok jangan rindu-rinduan…
~~

Bagai ada kegetiran pada suara itu. Puan Alimah menyedari seolah-olah ada sesuatu yang cuba disampaikan melalui lagu itu.

"Ana,"

Herly Diana berhenti berdendang apabila namanya dipanggil. Dia menoleh dan tanpa disuruh, dia mendekati Puan Alimah. Herly Diana disuruh duduk di kerusi sebelahnya. Tangan Herly Diana pantas mengambil pisau dari tangan Puan Alimah dan memotong sayur, baki kerja Puan Alimah.

"Apa dia, mak cik?" Suara Herly Diana begitu nyaring dan riang. Tidak sesuai dengan watak tubuh Herly Diana yang kelihatan makin lemah itu.

"Ana sakit ke?"

"Eh! Tidak.."

"Mak cik tahu, Ana menyembunyikan sesuatu dari mak cik, kan?"

Herly Diana mengeluh sebelum berkata.

"Tiada apa yang jadi rahsia lagi, mak cik. Segala-galanya sudah terjadi depan mata."

"Mak cik gembira tengok Ana riang dan menyanyi seperti tadi. Tapi mak cik lihat Ana dah berubah sejak kebelakangan ni."

"Maafkan Ana kalau sikap Ana merisaukan mak cik dan Min."

Puan Alimah termenung. Teringat kembali peristiwa pertengkaran antara Herly Diana dan Norazmin. Dan bagaikan mengerti, Herly Diana bersuara lagi.

"Maaf juga Ana minta seandainya mak cik dan Min terasa dikecewakan. Tapi percayalah.. Ana sikit pun tak terniat nak mengecewakan sesiapa pun di saat-saat akhir begini..."

Herly Diana terkejut dengan keterlanjuran kata-katanya sendiri. Dia belum tahu maksud pertanyaan Puan Alimah. Tetapi dia tahu pasti Puan Alimah sedia maklum dengan perhubungannya dengan Norazmin. Kerana itu baginya biarlah dia menyelesaikan masaalahnya bersama Puan Alimah. Sudah tidak ada masa baginya untuk buat perundingan dengan Norazmin lagi.

"Teruskan Ana.. Mak cik suka kalau Ana berterus terang. Usah berselindung lagi. Mak cik dah tahu apa yang terjadi pada perhubungan Ana dan Min. Dan mak cik inginkan kepastian."

"Mak cik..," Herly Diana memulakan dengan ragu-ragu. "Seperti yang Ana katakan tadi. Ana tak mahu mengecewakan sesiapa. Termasuklah sahabat Ana.. Ana mahu kesemuanya bahgia. Salah ke Ana mencintai Shah juga, mak cik?"

Setelah memikirkan jawapan yang tepat, akhirnya Puan Alimah berkata.

"Mak cik tak memihak kepada sesiapa, Ana. Ana sendiri harus mengerti betul atau sebaliknya keputusan Ana menyintai dua orang dalam satu masa? Tanya pada diri Ana sendiri."

"Kalau lelaki boleh, kenapa kita perempuan ni tak boleh ya, mak cik? Apa ke kita dikirakan melanggar adat? Ada ke tertulis adat dalam percintaan?"

Puan Alimah terkedu dengan pertanyaan Herly Diana. Kemanakan sebenarnya fikiran Herly Diana ketika ini sehingga bertanya sesuatu yang tidak munasabah.

"Memang tak ada adat mengatakan macam tu Ana. Dah fitrah lelaki boleh berkahwin lebih dari seorang kalau mampu, dan dah fitrah perempuan harus redha. Seorang suami tentu tidak rela membiarkan isterinya dikongsi dengan lelaki lain…"

"Ana sendiri tak mahu Ana dikongsi sebagai seorang isteri, mak cik. Ana tahu Ana tak mampu." Suara Herly Diana agak keras. Kata-kata dan suaranya cukup mengejutkan Puan Alimah.

Kerana keterlanjurannya, Herly Diana menunduk dan mengeluh. Matanya merah menahan tangisan.

"Katakan pada Min, mak cik. Ana rela biarkan dia cari pasangan lain untuk dijadikan isteri. Tapi izinkan lah Ana terus menagih secebis cinta darinya. Ana menyintainya, mak cik. Cinta Ana tetap sekukuh dulu biarpun kini dah ada seorang lagi yang mendapat tempat di hati Ana." Kemudian Herly Diana berlalu meninggalkan Puan Alimah yang dalam kebingungan.

Puan Alimah sekadar mengeluh dan menggeleng. Timbul pertanyaan dalam hatinya.

'Mengapa kau begitu tamak, Ana? Mengapa kau tak boleh memilih antara dua?

Dan kalaulah Puan Alimah dapat mendengar kata hati Herly Diana.

'Kerana Shah yang ku kenali lebih dulu. Namun Min yang pertama mendapat tempat di hatiku. Masakan aku akan kecewakan sahabat kerana kekasih. Dan tak mungkin ku kecewakan kekasih kerana sahabat.'

Dan di kamarnya, Herly Diana sedang bertarung menahan rasa bisa di kepalanya.

~~~~
Bersambung.. InsyaAllah
posted by Penulisan2u @ 2:11 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 16/12/08 2:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedey nye...
    cpt smbng tau...

     

  • At 18/12/08 11:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita nie kurang kemas.. nape pula ana kene balas cinta sahabat dia.. even dia pergi skalipn.. tak kan smpai nk menduakan cinta.. jln crite cinta tu jd tak kuat..
    pastu sikit2 nk pk pandgn org, pndgn org pd org gaji amik peduli sgt, tp pndgn org pada diri ana yg pura2 trima shah tak amik peduli plak .. pastu sikit2 putus asa.. blum wat rawatan dah tau nk mati.. ajal maut kan tngan ALLAH, yg sihat pn bile2 je bole pergi.. dia bercinta smpai dua org.. tp dia tak pk ke ngan wat camtu.. dia lukakn hati semua org.. menipu tak sudah2..

    penulis kene lebih relevan la.. hrp penulis dapat terima.. kalau terasa ht sy minta maaf.. slmt berjaya wat penulis..

    n3 .. n3...

     

  • At 19/12/08 3:49 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Salam..
    Terima kasih dgn komen yg bersemangat. Saya hargai dan langsung tak terasa hati. Sebab bukan cuma anda seorg yg kata demikian.

    Sebelum tu saya nk buat sikit pembetulan. Anda kata (ana yg pura2 trima shah) Dari cerita saya, Ana bukan pura2 tapi dia ikhlas. Lagi satu (blum wat rawatan dah tau nk mati) Anda mungkin terlepas baca bab yg Ana dah dpt tahu ttg kesudahan penyakitnya, sebab tu dia tahu.

    Ok, last sekali, saya suka dgn komen2 yg mcm ni sebab dari situlah saya tahu yg saya berhasil buat cerita yg lain dari yg lain. Perkara yg tak mungkin terjadi hanya terjadi dlm karya2 saya. Itulah keunikannya. Kalau kisah yg dia dah tah dia akan mati, lalu dia tolak cinta org yg dia syg (walau hanya sorg)atau kadang2 menolak cinta dgn alasan yg berbagai semata2 merahsiakan penyakitnya, rasanya kisah2 gitu dah kerap terjadi. Kelak belum sampai penghujung cerita pembaca dah dpt agak pun. Mcmtu mana ada kelainankan?

    Jadi itulah dia, Putri lily dgn kalainan2 yg tak terduga pada karya2nya.

    Terima kasih dan teruskan memberi komen yg lebih bersemangat lagi.

    Salam Maaf
    ~Putri Lily~

     

  • At 22/12/08 12:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam..putri Lily...cite ni ok tp trus trg sy dah penah bace cite ni sblm nie. cuma lupa tajuk..xpe lah. apa pun buat lah yg terbaik. ttg komen2 2 bkn mudah senangkan semua org.sy suka membaca tp x pandai menulis sepeti anda. teruskan ye! Tahniah.

    Ikhlas,
    Cute74

     

  • At 9/1/09 2:04 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bg la emel blog ..

     

  • At 9/1/09 2:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Minta maaf.. sejauh ni saya tak punya blog sendiri utk diberi emailnya.. Terima kasih kerana membaca.

    ~Putri Lily~

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group