Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
JELAS terbayang tanda kesyukuran di wajah Encik Ahmad dan Puan Zainah melihat anaknya sudah sihat. Doktor sudah mengesahkan kesihatan Shah Effendi dan membenarkannya pulang.
Memang semenjak melihat ada keriangan di wajah Herly Diana, Shah Effendi rasakan yang kesihatannya sudah pulih. Dan berharap akan segera keluar dari hospital supaya dia dapat mengetahui berita gembira yang hendak disampaikan oleh Herly Diana.
Sungguhpun dia gembira dapat pulang ke rumahnya, terdetik pula pertanyaan di hati, mengapa Herly Diana tidak turut menyambut kepulangannya?
Pertanyaannya terjawap apabila Herly Diana muncul menjelang malam di rumahnya. Rupanya ini memang sudah dirancang oleh Herly Diana yang ingin beri kejutan pada sahabatnya. Herly Diana meminta izin dari kedua orang tua Shah Effendi untuk membawa anak mereka makan di luar.
Bahagia sungguh Shah Effendi rasakan. Herly Diana begitu mesra di sisinya. Biarpun timbul keraguan, tetapi dia betul-betul menfaatkan saat itu dan tidak ingin merosakkan dengan pertanyaan yang mungkin menyinggung perasaan sahabatnya.
Herly Diana mengenakan pakaian yang sederhana malam itu, sehelai Tshirt biru lengan panjang dan skirt panjang hitam. Ada tali halus jenis baldu berwarna biru melingkari leher jinjangnya yang terdedah. Tali baldu yang tidak berapa panjang itu tergantung sebentuk loket berlian. Rambut panjangnya di belit begitu ringkas dan hanya di cepit dengan kelip berukir.
Pendek kata Herly Diana benar-benar berbeza pada pandangan Shah Efffendi ketika itu. Tidak pernah Herly Diana berhias begitu sekali apabila keluar bersamanya sebelum ini.
Dan entahlah… kalau sebelum ini tidak pernah Herly Diana ambil kisah dengan penampilan Shah Effendi, tetapi pada malam itu semuanya yang dipakai oleh Shah Effendi menjadikan anak muda itu begitu tampan di mata Herly Diana.
Shah Effendi sekadar memakai baju kemeja putih lengan pendek dan berseluar hitam biasa, sesuai dengan jalur hitam halus yang menjadi corak kemejanya. Apa yang buat anak muda itu tampak segak mungkin kerana leher kemejanya berpotongan ala Mandarin kolar. Bila Shah Effendi berdiri di sebelah Herly Diana, seolah-olah mereka berdua akan pergi ke temasya yang penuh romantika.
Herly Diana membawa Shah Effendi makan malam di sebuah restoran yang sederhana mewahnya. Terletak di tengah bandar Orchard. Beberapa pasangan lain menjeling sewaktu mereka masuk ke restoran itu.
Herly Diana lebih lincah pada malam itu. Ini dapat dirasakan oleh Shah Effendi. Bukan mereka tidak pernah keluar sebelum ini. Tetapi kali ini sangat berlainan. Melihatkan Herly Diana jauh berubah dari sebelum, Shah Effendi merasa kekok dan segan sendiri.
Sewaktu sedang menikmati hidangan, Shah Effendi memberanikan diri bertanya.
"Kenapa Erly lakukan ini semua?"
Herly Diana tersenyum melirik. "Kerana ingin menyambut keikhlasan Shah sebelum ini."
"Er! Em.. maksud Erly?"
Herly Diana segera menggeleng seolah-olah telah tersalah cakap sebentar tadi. Dan jawapan bagi soalan Shah Effendi tadi adalah berbentuk soalan baru pula.
"Er.. cantik tak Erly malam ni?"
Shah Effendi merenung hairan. Namun dia segera mengukir senyuman dan mengakui kecantikan Herly Diana.
"Kalau Shah nak tahu, penampilan malam ini khas untuk Shah."
Sekali lagi Shah Effendi terkejut. Tetapi Herly Diana bersikap acuh tak acuh tanpa mempedulikan renungan kehairanan Shah Effendi. Ingin sekali Shah Effendi bertanya lagi, tetapi Herly Diana lebih banyak bercakap dan bergurau seolah-olah sengaja membiarkan Shah Effendi dalam persoalan.
Selepas makan mereka berjalan-jalan di tepi Sungai Besar Singapura. Dari situ mereka dapat lihat berdiri dengan megahnya patung berukiran kepala singa. Ada pancuran air keluar dari mulut patung singa itu. Lambang yang menjadi kemegahan warga Kota Singa. Merlion yang setinggi lapan perpuluhan enam meter dan seberat tujuh puluh tan itu dibina sendiri oleh tangan seorang lelaki cina, Lim Nam Seng.
Peliknya, sebaik sahaja keluar dari restoran Herly Diana terus senyap. Tiba-tiba sahaja dia menjadi pendiam. Ini menambahkan lagi hairan pada Shah Effendi.
Datang kesedaran pada Shah Effendi yang dirinya sendiri tidak seperti dulu, yang tidak pernah kehilangan modal untuk bercerita. Mungkinkah suasana sunyi yang mendamaikan di situ menimbulkan kesan yang berlainan bagi pasangan itu.
Sedang masing-masing melayani fikiran, tanpa sengaja tangan mereka bersentuhan. Mereka saling terkejut dan berpandangan. Herly Diana segera memalingkan wajahnya ke lain. Di kesempatan itulah Shah Effendi mula bersuara.
"Hei.. Kenapa terus menyepi ni? Tak seperti tadi." Tanya Shah Effendi lembut.
"Shah pun kenapa diam saja?" Soal Herly Diana semula. Hanya ekor matanya sahaja yang menjeling.
Shah Effendi tersenyum mendengar soalan itu berbalik kepadanya.
"Erly yang bawa Shah ke sini.. tentu bersebab. Kenapa mesti Shah yang nak mulakan?"
Suasana sepi lagi. Tiba-tiba Shah Effendi teringat sesuatu.
"Oh ya! Kata Erly ada berita gembira yang nak dicakapkan bila Shah dah keluar dari hospital? Ha.. apa dia?"
Pertanyaan itu membuatkan Herly Diana jadi serba salah. Itu jugalah yang difikirkan sedari tadi. Memang dia berniat untuk menyampaikan tujuannya. Tetapi di ketika itu juga terbayang wajah Norazmin memohon simpati. Membuatkan Herly Diana tidak sampai hati dan berbelah bagi untuk meneruskan niatnya.
Melihat dan mendengar riaksi Shah Effendi merayu minta segera disampaikan berita itu, Herly Diana mula berfikir bahawa dia harus jujur memperkatakan sesuatu.
"Shah gembira tak kalau Erly katakan… bahawa cinta Shah… telah terbalas."
Bagaikan bermimpi Shah Effendi mendengarnya. Namun Herly Diana sedar bahawa dia tidak bermimpi ketika kata-kata itu diluahkan. Ini adalah satu kenyataan bahawa dia sudah mengkhianati cintanya pada Norazmin.
‘Maafkan Ana, Min. Moga Min memahami erti pengorbanan ini.’ Tangis Herly Diana dalam hati hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.
"Erly..," Shah Effendi bersuara dengan gugup. "Benar ke apa yang Shah dengar ni?"
"Erly ikhlas Shah..," bagai mendapat satu semangat, Herly Diana meneruskan niatnya. Lebih-lebih lagi bila dilihat wajah Shah Effendi mempamerkan keceriaan yang tidak terhingga. "Selama ini Erly banyak buat Shah menaruh harapan terhadap Erly. Sehingga Shah menderita menanggung perasaan atas penolakan cinta yang Shah hulur."
"Tapi Shah terlantar di hospital bukan kerana cinta Shah ditolak."
"Erly tau. Tapi.. Erly terasa yang Erly juga penyebabnya. Sekarang Erly nak Shah terus sembuh dan takkan terlantar sekali lagi di sana. Erly ingin membahgiakan Shah. Erly sayangkan Shah."
Betapa gembiranya Shah Effendi bila mendengar pengakuan Herly Diana. Begitu jujur kedengarannya. Ikutkan hati ingin sahaja dirangkulnya gadis itu. Tetapi satu wajah terbayang menjadi penghalang niat.
"Tapi.. apa dah jadi dengan Norazmin? Bagaimana pula dengan dia?"
Pertanyaan yang memang sudah diduga. Herly Diana terasa sebak. Sememangnya Shah Effendi seorang yang tidak mudah lupa pada seseorang yang terdahulu darinya.
"Min tetap dalam hati Erly. Cinta kami tetap kukuh."
"Mustahil! Mustahil Erly..," Shah Effendi terkedu, benar-benar tidak mengerti.
"Mustahil seorang gadis boleh menyintai dua lelaki dalam satu masa. Dan mustahil Norazmin merestuinya."
"Di saat-saat akhir begini Shah, tak ada yang mustahil bagi Erly. Erly mahu membahgiakan semua orang termasuk Shah. Erly baru sedar kini kita memang berhak saling menyintai. Mahu atau tak, Min harus terima hakikat bahawa bukan hanya dia seorang yang ingin dicintai. Dia harus merestuinya." Berlinang airmata Herly Diana ketika meluahkan segalanya.
Shah Effendi semakin tidak mengerti. Jika apa yang diluahkan Herly Diana itu ikhlas dari hati, mengapa harus menangis. Apakah Herly Diana menyintainya atas dasar benar-benar cinta atau sekadar simpati?
"Dan tolong Shah.. tolong jangan tanya lagi kenapa Erly begini. Shah hanya perlu tahu yang Erly benar-benar ikhlas ingin membalas cinta Shah." Wajah Herly Diana penuh merayu.
Apa daya Shah Effendi untuk bertanya lagi. Dia pasrah jika cintanya yang terbalas harus dibahagikan dengan Norazmin. Tidak dayuskah dia sebagai seorang lelaki yang membiarkan perkara itu terjadi? Shah Effendi seakan mencium sesuatu di sebalik kejadian ini. Tetapi memikirkan Herly Diana yang penuh mengharap, dia mengalah dan akan memikirkan hal itu di lain waktu.
Malam kian larut. Dalam kegelapan malam, mereka bergandingan tangan seolah-olah merekalah pasangan yang paling bahagia di saat itu. Masaalah mereka sudah dapat dihuraikan dengan rasa persefahaman. Herly Diana kembali riang semasa dalam perjalanan pulang. Hanya satu saja lagi tugas yang harus Herly Diana lakukan. Iaitu berterus terang dengan Norazmin.
"Erly.." Panggil Shah Effendi sewaktu mereka hampir sampai di rumah Puan Alimah.
"Bagaimana Erly boleh berani buat keputusan begini, menyintai Min dan dalam masa yang sama menyintai Shah juga?"
"Tak apalah.. kalau lelaki boleh kahwin empat, kenapa perempuan tak boleh? Sedangkan Erly cuma mampu memiliki dua cinta saja. Sekurang-kurangnya nanti.. adalah dua orang insan yang Erly cintai, yang akan menyembahyangkan Erly."
Shah Effendi terkejut dan terdiam mendengar jawapan yang tenang itu. Dia tidak faham dengan kemahuan Herly Diana yang semakin pelik. Mengapa hanya cinta yang Herly Diana kata? Apakah Herly Diana hanya mampu bercinta dan tidak mahu mengakhirinya dengan perkahwinan?
Shah Effendi tidak berkesempatan untuk bertanya lagi. Mereka sudah sampai di tepi pintu pagar rumah dua tingkat itu. Kelihatan lampu di ruang depan masih bernyala. Herly Diana mengucap kata sayang dan selamat malam sebagai mengakhiri pertemuannya dengan Shah Effendi.
"Shah senang di samping Erly malam ini. Shah harap Erly juga begitu."
Kemudian tubuh Shah Effendi hilang dari kegelapan malam.
‘Aku juga senang sekali Shah. Tapi kau tentu tak tau kalau pertemuan kita ini sebenarnya tanpa restu dari seseorng.’ Kata hati Herly Diana.
Herly Diana terkenang kembali waktu dia meminta izin untuk keluar bertemu Shah Effendi dengan Puan Alimah. Wajah Norazmin nampak berubah. Begitu juga dengan Puan Alimah.
Tetapi puan Alimah memahami maksud pertemuan itu setelah memikirkan alasan Herly Diana. Herly Diana hanya memberi alasan yang dia cuma ingin turut menyambut kepulangan sahabatnya itu setelah hampir dua minggu di hospital.
Biarpun tanpa restu serta jelingan cemburu dari Norazmin yang diterima, namun Herly Diana memaksa dirinya bersikap riang. Begitu jugalah sikapnya sewaktu kepulangannya disambut oleh Norazmin.
"Belum tidur lagi Min?" Sapanya mesra.
Norazmin menoleh sekilas sebelum melangkah menuju ke biliknya. Kedengaran suara Herly Diana memanggilnya. Langkahnya terhenti tetapi masih enggan menoleh.
"Seorang kekasih yang setia tak kan mencemburui kekasihnya yang sudah berterus terang. Tak gitu?"
Norazmin tidak menjawap sebaliknya dia mengeluh dan terus berlalu. Herly Diana memejamkan matanya. Ada titisan air jernih yang mengalir.
‘Aku tak mahu mengalirkan airmata lagi. Tapi sikap mu buat ku memungkiri janji pada diriku sendiri, Min.’ Keluh Herly Diana keseorangan.
Hanya di kamarnya sahaja Herly Diana dapat menenangkan fikirannya. Tetapi hanya seketika. Kepalanya tiba-tiba terasa begitu berat dan pandangannya berpinar. Herly Diana menangis lagi. Menangis untuk sebuah penderitaan.
Dalam tangisan Herly Diana memanjatkan doa agar diberi masa untuk menyelesaikan tugasnya yang satu lagi. Akhirnya Herly Diana tertidur dalam kesakitan yang amat sangat serta pakaian yang belum berganti.
SELANG beberapa hari lagi setelah itu, Herly Diana keluar lagi bersama Shah Effendi. Iaitu sewaktu hari dia tidak bekerja. Shah Effendi menjemputnya pulang. Di masa yang sama Norazmin tidak berada di rumah. Memang sejak malam tempohari Herly Diana kurang bertegur sapa dengan Norazmin.
Selepas meminta diri dari Puan Alimah, kedua remaja itu berjalan seiring sambil berbual mesra. Disaksikan oleh Puan Alimah dengan hati yang resah. Sesungguhnya Herly Diana tidak sedar apa yang sedang bermain di fikiran majikannya.
‘Ana, sungguhpun kau hanya sekadar pembantu. Tetapi kau tidak ubah seperti arwah anak gadisku. Aku tak sanggup merosakkan kebahgiaanmu, biarpun hatiku sendiri terluka. Sejak dulu aku merancang untuk memilih jejaka pilihanku untuk ku jadikan pasangan hidupmu. Aku ingin kau bahgia dengan pilihanku. Rupanya bukan mudah untuk aku buat begitu, kerana kau punya hak untuk memilih pasangan mu sendiri.’
Untuk sekian kalinya Puan Alimah menitiskan airmata. Hatinya benar-benar luruh disebabkan perubahan Herly Diana. Dia tahu berapa besarnya keagungan persahabatan kedua remaja itu. Tetapi sejak kebelakangan ini Puan Alimah jadi sangsi dengan misteri di sebalik perhubungan itu.
Setelah pulang sebentar menjenguk ibunya, Herly Diana dan Shah Effendi keluar berjalan-jalan bagai merpati terbang bebas. Dalam keadaan yang tidak berapa sihat, Herly Diana memaksa dirinya untuk riang seperti selalu.
"Erly..," panggil Shah Effendi sewaktu mereka melintasi sebuah gedung pakaian. "Kita keluar ni, Min tau tak?"
Herly Diana kurang senang dengan pertanyaan itu. Namun digagahinya untuk tersenyum dan bersahaja.
"Kalau Erly keluar dengan Min seperti ini, dan kalau Shah tau, Shah marah ke tak?" jawapan yang berupa pertanyaan tanda menduga.
Shah Effendi tersenyum dan menggeleng.
"Seorang suami terhadap dua orang isteri harus adil. Apa.. Erly juga sanggup bersikap adil?" Shah Effendi sengaja bertanya tentang itu. Kerana dia masih tidak mengerti dengan keputusan Herly Diana yang aneh.
"InsyaAllah segala-galanya dapat diatasi. Tapi yang penting.. Shah dan Min harus sanggup berkorban serta berkongsi kasih demi cinta kita dan.." Herly Diana tidak dapat menyambung kata-katanya. Tetapi di hatinya meneruskan. ‘dan juga demi sisa-sisa hidupku.’
Shah Effendi ingin menyuruh Herly Diana meneruskan kata-kata yang tergantung, tetapi mereka lebih dahulu dikejutkan oleh satu suara dari belakang. Mereka berdua berpaling.
Herly Diana cuba mengawal perasaan sebaik sahaja melihat Noreen dan Syarial bergandingan tangan di hadapannya.
"Hei! Noreen.. apa khabar?" Herly Diana berpura-pura mesra.
"Baik." Jawapnya acuh tak acuh. "Tak sangka kita bertemu di sini ya?" Sambungnya yang bagaikan sindiran bagi Herly Diana. Noreen menjeling ke arah Shah Effendi.
Herly Diana segera sedar dan mengenalkan Shah Effendi pada mereka berdua. Syarial seorang yang lekas mesra. Sekejapan dia dan Shah Effendi sudah rancak berbual. Tidak seperti Noreen. Riak wajahnya menggambarkan rasa kurang senang. Semacam ada perasaan dengki dan seakan sedang memikirkan sesuatu.
Pertemuan mereka hanya berlangsung untuk beberapa minit. Noreen menarik tangan Syarial setelah meminta diri. Herly Diana mengeluh lega setelah pemergian mereka.
Namun dalam kelegaan itu terselit rasa bimbang. Mungkinkah sudah tiba masanya untuk dia berterus terang dengan Norazmin?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan