Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Dayana!," Laju Dayana melangkah meninggalkan Badrul. Dalam pada itu, ada rasa hairan mengganggu perasaannya. Dari mana Badrul tahu dia berada di sini? "Dayana!,"sekali lagi Badrul memanggil sambil separuh berlari, mengejar langkah laju Dayana. Panjang benar rajuk gadis itu padanya. Bukan main susah untuk dia menjejak gadis itu, selepas dia berterus-terang dengan Dayana, gadis itu terus menyepi. "Tunggu sayang,"Badrul bersuara sambil mencapai lengan Dayana. Sepantas kilat gadis itu merentap tangannya. Marah betul. "Jangan panggil I sayang!," "Amboi… marah. Kenapa? Dah tak suka I panggil macam tu ke?,"soal Badrul cuba bergurau dengan Dayana. Dia tahu Dayana marah. Dan, dia sedar, memang wajar untuk Dayana berasa marah. Siapa yang tidak marah kalau kekasih hati ditangkap basah. Terpaksa berkahwin pula. Kalau dia pun, pasti ada rasa marah. Pasti pelbagai persoalan yang bermain di kepala. Pasti pelbagai andaian yang mengganggu perasaan. "Memang I tak suka! I tak nak jumpa you lagi," "You dah bencikan I ke?," "Apa you buat kat sini?," "Cari you," Dayana diam seketika. Memandang wajah Badrul yang kelihatan sedikit tenang berbanding pertemuan mereka tempoh hari. "Dari mana you tahu I ada kat sini?," Badrul tersenyum kecil. "Bukan susah pun kalau I nak cari sesuatu," Dayana menjeling. Nada suara Badrul sudah kedengaran seperti ahli kongsi gelap mencari musuh. Badrul tersenyum. "Yanti yang cakap. Dekat tiga hari tiga malam I pujuk dia," Dayana jegilkan mata. Rupa-rupanya teman serumahnya yang membocorkan rahsia. Bertuah betul. "Jangan marah dia. Dia tak nak cakap. I yang paksa," Dayana bungkam. "You belum jawab soalan I," "Soalan?," "You dah bencikan I ke?," Dayana diam. Kepalanya dihalakan ke laut yang terbentang luas. Bencikah dia pada Badrul? Mustahil dia bencikan lelaki yang terlalu kuat melekat di hatinya itu. Dia Cuma kecewa. Kecewa dengan berita yang Badrul sampaikan padanya tempoh hari. Kecewa dengan nasib yang menimpa percintaannya dengan Badrul. Badrul merenung wajah Dayana yang termenung jauh. Gadis itu tidak menjawab soalannya. Mungkin Dayan tidak membencinya. Pasti masih ada ruang untuknya di hati gadis itu. "You tak jawab soalan I. Kenapa?,"Badrul bersuara perlahan. Dayana tunduk. Pilu mendengar soalan Badrul. Tanpa sedar ada air mata yang mengalir di pipinya. Air mata yang membuat Badrul terkedu. Janganlah menangis Dayana. Air mata itu meruntun hati ini. Perlahan Badrul bergerak menghampiri gadis. "Syyy… don’t cry…,"bisiknya lembut di telinga Dayana. Perlahan tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya. Mendengar pujukan lembut itu, tangis Dayana terus pecah di bahu Badrul. Lama dia pendam kesedihan itu. Dia cuba tidak menitiskan air mata, menangisi apa yang telah terjadi. Tetapi, keta-kata Badrul, membangkitkan rasa pilu yang bukan sedikit di hatinya. Dia tidak pernah bencikan Badrul. Tidak pernah. "Jangan menangis lagi," "I sedih Bad. Why? Kenapa jadi macam ni?,"Dayana bersuara sendu. Terus membiarkan air matanya mengalir membasahi t-shirt hitam yang Badrul pakai. "You mesti ingat. Bukan you saja yang sedih. I pun tak sangka semuanya boleh jadi sampai macam ni. Macam nak gila I cari you. Please… jangan buat macam ni lagi," Dayana menahan sendunya. Mengangkat perlahan wajahnya dari bahu Badrul. Menolak perlahan dada Badrul. Seakan faham, Badrul meleraikan pelukannya. Dayana menyapu pipinya yang basah. "I buntu. Tak tahu nak fikir macam mana. Walau suka atau tak, I dah kehilangan you. Sakit sungguh kenyataan tu, Bad," Badrul mencapai jemari Dayana. Merenung mata Dayana yang basah. Melihat wajah itu, perasaannya berkecamuk. Dia tidak mahu kehilangan gadis ini. Tidak mahu. "You tak pernah kehilangan I. I tetap milik you. Sampai bila-bila," Dayana tersenyum pahit. Malangnya kenyataan yang terbentang di hadapannya tidak seindah bicara yang baru meniti di bibir Badrul. "You dah kahwin…," "Itu bukan masalahnya. You masih marahkan I pasal tu ke?," Dayana mengeluh panjang. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia masih marahkan Badrul atau tidak. Kalau pun, dia marah, wajarkah dia memarahi lelaki itu? Padahal segala yang berlaku bukan salah Badrul. Badrul diperangkap. Itulah yang diceritakan Badrul padanya. Dan, hati perempuannya mempercayai kata-kata itu. "Entahlah, Bad. Kalau I nak marahkan you pun, buat apa? Tak ada apa yang akan berubah pun. I tetap kehilangan you. You sekarang milik perempuan lain," "I tak pernah dimiliki sesiapa, kecuali Dayana Dahari. Itulah satu-satunya perempuan yang memiliki hati I," Dayana tersenyum kecil. Seperti biasa, dia senang apabila lelaki itu memanggilnya dengan nama penuh. Terasa betapa dekatnya dia dengan Badrul. "Badrul Datuk Hamidi. Jangan menggoda I. I tak nak jadi pengganggu rumahtangga orang…," "I akan terus menggoda orang yang I cintai." Dayana melangkah perlahan. Membiarkan kakinya basah di sapu ombak yang lesu menghempas pantai. Badrul turut melangkah santai di sebelahnya. "Cakap memang mudah, Bad," "I tak akan lupakan you. I tak mampu nak lupakan you, Yana. Semua yang berlaku ni, tak akan kurangkan cinta I pada you. I Cuma nak satu saja. Kita kahwin," "You gila, Bad. You kan dah kahwin," "I nak kita kahwin. Please jangan tolak. Kita kahwin?," Dayana melangkah laju meninggalkan Badrul yang terkulat-kulat. Permintaan Badrul membuat dia geram. Pantas Badrul mengejar Dayana sekali lagi. Dayana terus melangkah tanpa berpaling. Lelaki itu sengaja ingin menduga hati perempuannya kah? "Yana… janganlah macam ni," "You jangan cakap macam tu depan I,"bentak Dayana berang. "Kenapa?," "Sebab I tak suka," "But, why?," "You dah kahwin," "Tapi, bukan dengan you," "I tak nak kahwin dengan suami orang," "Tapi, I kekasih you?," "Kekasih I. Tapi, sekarang you dah ada isteri. You dah jadi suami orang," "I tak cintakan dia. I Cuma cintakan you. Dan, I nak kahwin dengan orang yang I cinta," "But, still… you kahwin juga dengan dia," "I have to. Abah yang paksa," Dayana menjerit kecil. Membuat Badrul tergelak kecil. Dia tahu Dayana sedang melepaskan rasa geram di hati. Begitulah caranya gadis itu melepaskan rasa geram dan rasa marah. "You jangan nak manipulasi I. Okay!,"Dayana bersuara bersama satu jelingan yang cukup tajam. Namun, jelingan itu belum mampu membuat hati Badrul kecut. Jelingan itu sekadar semarakkan lagi rasa kasih Badrul pada gadis itu. "I will. I will, sayang. Sampai you say yes," Dayana merengus marah. ‘Jangan seksa I lagi, Bad. Kalau pun you anggap itu sebagai gurauan… gurauan you tak lucu langsung. Gurauan you menyakitkan hati I," Badrul melangkah lebih laju, kemudian berdiri menghalang langkah Dayana. "Joke? You tengok muka I macam buat kelakar ke? I’m very serious about this. I memang nak kita kahwin," "Wife you, macam mana? You nak ceraikan dia?," "No. I won’t," Dayana kerutkan kening. "You nak madukan I? Kenapa you tak nak ceraikan dia? You dah jatuh cinta kat dia ke?," "I nak ajar dia," "What do you mean?," "I tak akan bagi dia hidup senang. Dengan apa yang dia cuba lakukan, I think she deserve for it," Dayana diam. Kehilangan kata-kata. Matanya merenung wajah Badrul yang tiba-tiba serius. "You… dengan dia?," "Nothing happen between I dengan dia. Never happen. Percayalah. I langsung tak ada perasaan pada dia. Kalau ada pun, satu saja…," Dayana menahan nafas. Ada ke? Matanya tajam menatap wajah Badrul. Tiba-tiba terasa cemburu mendengar kata-kata itu. "Benci…," Tanpa sedar, Dayana menarik nafas lega. Badrul tersenyum. Menyedari riak cemburu Dayana. Itu bererti, dia masih mempunyai peluang untuk memiliki hati gadis itu semula. "Ada lagi…,"tambahnya sambil tersenyum nakal. Dayana jegilkan mata. Dia tahu Badrul cuba mempermainkannya. Sengaja ingin membuat perasaan cemburunya muncul lagi. "Apa lagi? "Dendam…," Dayana mencebik. "Kenapa?,"soal Badrul sedikit hairan dengan cebikan Dayana. "Mula-mula memanglah benci. Dendam. Tapi, kalau dah hari-hari bersama, lama-lama, lain pula ceritanya," "Kalau macam tu, jomlah kita kahwin," Dayana diam. Cuma perlahan menyambung langkahnya yang dihalang oleh Badrul. "Jangan cakap macam tulah, Bad. I tak suka. You pun tahu prinsip I kan? I tak suka berkongsi," "No. you won’t," "Tapi, bukan ke tak baik you buat dia macam ni? You tak nak lepaskan dia. Tapi, you tak nak bertanggungjawab pada dia ," "I tak akan ikat dia dengan perkahwinan ni, sampai bila-bila. Sampai masa I akan lepaskan dia. I Cuma nak ajar sikit saja. Ajar biar dia respect maruahnya sendiri. Biar dia tahu bukan senang hendak menipu duit orang. Bukan senang nak dapat duit dengan cara mudah macam ni. Biar dia serik dan tak ada lagi lelaki jadi mangsa macam I," Dayana diam. Memandang wajah Badrul. Tidak tahu apa perasaannya mendengar kata-kata Badrul. "Why? Kenapa pandang I macam tu?," "Tetap kejam bunyinya,"ujar Dayana perlahan. Badrul tersenyum kecil. "Sebenarnya dia yang kejam. Kejam pada dirinya sendiri…,"ujar Badrul sambil fikirannya cepat membentuk imej Sabrina. Kadang-kadang terselit rasa hairan, mengapa mesti ada perempuan bodoh seperti Sabrina? Sanggup menggadai maruah sendiri semata-mata kerana teman lelaki. Kepalanya membentuk pula imej seorang lelaki yang hampir bertumbuk dengannya tempoh hari. Bagaimana lelaki itu sekarang agaknya. Masih menghubungi Sabrina atau terus melupakan gadis itu? kalau dia fikir Sabrina boleh dapatkan duit untuknya daripada perkahwinan ini, memang lelaki itu silap. Dia tidak akan berikan itu semua pada Sabrina. "Bad…," Badrul tersentak kecil apabila lengannya ditepuk perlahan. Dia menoleh. Dayana memandang ke arahnya. "Ya. Apa dia?," Dayana menggeleng perlahan. Lupa kenapa dia memanggil nama Badrul. Barangkali rasa rindu yang membuat bibirnya memanggil nama itu. Rindu pada kekasih hatinya itu. "Kita tetap macam dulu kan? You tak akan buang I kan?,"Badrul bersuara lirih. Membuat Dayana kelu seketika. Buat seketika juga, mata mereka berlaga. "I wish I could…Bad. Tapi, cinta ni merantai I. I tak boleh nak buang you dari hidup I," "So, itu berita baik untuk I atau sebaliknya?," "I pun tak tahu. Yang paling nyata, bukan berita baik untuk I terus mencintai lelaki yang sudah bergelar suami orang," Badrul merenung wajah Dayana yang Nampak begitu murung. "Kita akan kahwin. Percayalah," Dayana tersenyum pahit. Bagaimana mungkin dia boleh mengahwini Badrul? Bagaimana mungkin dia boleh hidup berkongsi seorang lelaki dengan perempuan lain? Dan, bagaimana mungkin dia boleh melupakan Badrul? Bagaimana mungkin dia boleh hidup tanpa lelaki itu? Bagaimana mungkin dia boleh hidup tanpa cinta lelaki itu yang sudah membungai hidupnya selama lima tahun? Dia pandang wajah Badrul. Sungguh! Dia tidak sanggup kehilangan lelaki ini. Di satu sudut yang lain, dia tidak sanggup berkongsi Badrul dengan sesiapa pun.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bila agak nya sambungan novel ni? tak sabar nak baca.....