Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Mon, apa cerita?" Krisya Norsabrina mendapatkan teman baiknya yang sedang khusyuk menatap sebuah majalah hiburan ketika kakinya menapak di kelas tingkatan 5 Sains Berani.
Mon adalah singkatan kepada montel, gelaran yang diberikan oleh kawan-kawan mereka kepada Karina Jasmin gara-gara tubuhnya yang montel. Pada mulanya, Karina Jasmin kurang senang dengan gelaran itu kerana dia berasa dipermainkan. Namun, lama-kelamaan dia sudah terbiasa lalu gelaran itu terus melekat hingga ke hari ini.
"Gosip panas... Mari kita cerita di kantin. Aku belum sarapan ni," Karina Jasmin memaut lengan sahabatnya itu menuju ke kantin. Sengaja dia membiarkan Krisya Norsabrina ternanti-nanti.
Walaupun cuti cuma dua hari iaitu hari Sabtu dan Ahad namun mereka tetap mempunyai banyak cerita untuk dikongsi bersama apabila berjumpa. Krisya Norsabrina dan Karina Jasmin memang berkawan rapat sejak di tingkatan empat lagi memandangkan mereka berkongsi minat yang sama iaitu muzik.
Persahabatan mereka sangat akrab sehinggakan ke mana-mana sahaja mereka pasti berdua. Jika salah seorang daripada mereka tidak hadir ke sekolah pula, yang seorang lagi pun turut tidak hadir. Disebabkan itu kawan-kawan mereka menggelarkan mereka kembar tak seiras.
Perangai mereka lebih kurang. Tabiat mereka serupa. Minat mereka pun sama. Cuma muka dan fizikal mereka sahaja yang berbeza. Ada juga yang membuat andaian yang mereka berdua adalah kembar yang terpisah. Namun Krisya Norsabrina dan Karina Jasmin tidak pernah mengambil serius akan tanggapan teman-teman mereka.
Hubungan mereka memang sudah seperti adik-beradik. Krisya anak tunggal dalam keluarganya manakala Karina Jasmin pula tidak mempunyai adik-beradik perempuan. Jadi, mereka tidak kisah jika orang menganggap mereka adik-beradik.
"Gosip apa yang kau cakap panas tadi?" soal Krisya Norsabrina sebelum menyuap kuih lapis kegemarannya ke mulut.
Keadaan di kantin itu lengang. Masih ramai pelajar yang belum tiba. Karina Jasmin pula adalah antara orang terawal yang tiba di sekolah kerana dia perlu keluar dari rumah sekali dengan ibunya yang berniaga di pasar. Jadi, sebelum pintu pagar sekolah buka lagi dia sudah terpacak di hadapan sekolah.
Selepas pintu pagar dibuka, dia akan menghabiskan masanya dengan membaca di kelas tetapi bukan buku pelajaran yang dibacanya sebaliknya majalah hiburan yang menjadi santapan paginya. Namun yang peliknya setiap kali ujian Karina Jasmin tetap mendapat tempat sepuluh teratas.
"Kau nak tahu ada seorang artis wanita ni letak gambar dia bercium dengan teman lelaki dia di Facebook. Ada orang curi gambar tu kemudian sebarkan di internet," cerita Karina Jasmin ala-ala wartawan hiburan.
"Lepas tu, apa jadi?" soal Krisya Norsabrina penuh minat. Bahaya juga internet ni. Tapi salah artis tu sendirilah. Siapa suruh letak gambar tak senonoh di internet? Kan orang dah buat khianat.
"Apalagi, mengamuklah artis tu. Yang syoknya kau nak tahu apa yang dia cakap pada wartawan?"
"Apa?"
"Kami bukan buat maksiat. Kami cuma bercumbu," Karina Jasmin membuat gaya perempuan gedik. "Kau bayangkan betapa ceteknya pemikiran artis kita. Dia ingat bercumbu tu tak salah ke? Entah mazhab mana yang dia ikut."
"Siapa artis tu?"
"Ala...pelakon baru. Kalau aku sebut pun, kau bukannya kenal. Baru berlakon satu filem tapi filem tu pun tak siap-siap lagi. Asyik tertangguh saja. Tak tahulah jadi terbit ke tidak. Macam tak jadi saja. Buat gimik bukan main lagi tapi sampai sekarang habuk pun tak ada."
"Owh... filem tu," Krisya Norsabrina mula teringat akan filem yang dimaksudkan itu.
Filem yang dikatakan bakal mencetuskan fenomena dalam industri perfileman tempatan. Tambahan pula, pembuat filem itu adalah orang yang berpengaruh dalam industri selain tarikan pelakon utamanya yang pernah mendapat gelaran Anugerah Bintang Paling Popular di Malaysia.
"Sampai sekarang pun tak siap lagi ke?" tanya Krisya Norsabrina. Setahunya sudah lama filem itu diuar-uarkan kepada orang ramai. Satu Malaysia sudah tahu. Susah sangat ke nak buat filem tu?
"Mana siapnya. Dah nak masuk dua tahun. Aku rasa filem tu tak jadi kut," Karina Jasmin membuat andaian sendiri.
"Takkan tak jadi? Semua orang dah tahu pasal filem tu kan? Kalau tak jadi, malulah."
"Ala... yang malu pun bukannya kita," ujar Karina Jasmin.
"Tapi kesianlah."
"Biarlah mereka. Ada lagi satu gosip yang akan membuatkan kau menjerit satu sekolah ni. Pasal Hujan," cerita Karina Jasmin teruja.
"Kenapa dengan Hujan?" Krisya Norsabrina tercengang.
"Kau tak baca suratkhabar semalam ke?" Karina Jasmin pelik. Biasa kalau cerita yang membabitkan Hujan, pastilah Krisya Norsabrina lebih dulu tahu.
"Suratkhabar apa? Bintang Popular ke Pancaindera?"
"Dua-dua pun ada pasal Hujan kau tu."
"Cerita pasal orang kata Hujan bodoh sombong tu ke?"
"Laa... kau dah tahu ke?"
"Kalau pasal Hujan mestilah aku tahu. Aku kan peminat nombor satu Hujan. Semua berita pasal Hujan, baik ataupun buruk, semua aku tahu."
"Kau percaya ke cerita tu?"
"Mestilah tak," ujar Krisya Norsabrina yakin.
"Ala...sebab kau suka mestilah kau bela Hujan kan?"
"Tak juga. Lagipun kita tak boleh dengar cerita sebelah pihak sahaja. Nampak sangat wartawan yang tulis cerita tu berat sebelah. Dia cuma tulis apa yang diberitahu oleh kakitangan Astro itu sahaja tapi dia tak dengar cerita daripada pihak Hujan. Yang aku tak puas hati sebab wartawan tu cakap Hujan tak tahu apa-apa pasal royalti padahal anggota Hujan tu semua dah pernah buat album dengan syarikat rakaman. Mestilah mereka tahu. Aku rasa wartawan tu saja nak buruk-burukkan Hujan," Krisya Norsabrina meluahkan rasa tidak puas hatinya.
"Kenapa pula wartawan tu nak buat macam tu?"
"Sebab dia dengki dengan Hujan agaknya. Biasalah tu. Bila Hujan tak popular, orang tak pandang. Bila Hujan dah popular baru orang nak pandang. Tapi bila tawaran mereka kena tolak, mulalah buat cerita yang bukan-bukan," balas Krisya Norsabrina.
"Kalau apa yang wartawan tu tulis betul macam mana? Kau masih nak sokong Hujan?"
"Mungkin apa yang wartawan tu tulis betul tapi bukan sepenuhnya. Aku takkan percaya cerita tu kalau aku tak dengar cerita daripada pihak Hujan dulu. Tak adil kita menghukum orang tanpa memberi peluang kepada orang itu untuk membela diri. Bila dah dengar cerita daripada kedua-dua belah pihak, baru kita boleh menilai siapa betul dan siapa yang salah."
"Kau ni macam peguamlah pula," seloroh Karina Jasmin.
"Yalah tu. Kau kalau perkara-perkara yang berkaitan dengan Hujan memang kau pandai berdebat. Kalau Puan Ehsan tengok kau, mesti dah lama dia ajak kau masuk kumpulan debat sekolah tahu."
Sengih Krisya Norsabrina semakin melebar. Budak tak pandai belajar macam aku nak masuk kumpulan debat sekolah? Hancur! Aku bukannya pandai bercakap depan orang ramai. Bukannya macam Karina ni haa... selalu dapat tempat sepuluh teratas. Olahragawati sekolah pula tu.
"Eh, dah pukul tujuh setengah ni," Karina Jasmin melihat jam yang tersarung kemas di tangan kanannya. "Hari ni ada perhimpunan kan? Jom pergi."
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan