Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Buah cempedak di luar pagar, Ambik galah tolong jolokkan, Saya budak susah diajar, Segala kesalahan tolong maafkan.
Kami berpengangan tangan sambil kaki melangkah di pasiran pantai. Rasa bahagia memenuhi atmosferaku. Aku amat senang ketika itu. Dapat berdua dengan putera idaman kalbu, kekasih hati wanitaku ini. "Putera mencintai kamu dengan seluruh hati ini." Dia bersuara sambil meletakkan tanganku di dadanya. Ayat putera membuatku terapung di udara. Amat indah seindah wajah pesona miliknya. " Tapi aku hanya rakyat biasa. Tidak setaraf dengan putera, pewaris mahkota kerajaan ini. Sang Ratu pasti tidak akan membenarkan putera bersamaku." Aku bernada sedih cuba meraih kasihnya. "Tapi Putera pasti tidak dapat hidup jika berpisah denganmu. Kamulah ratu hati Putera." Putera meraihku ke dalam pelukan. Belum sempat aku mendakap dadanya, dahiku diketuk orang. "Sakitlah Putera!" Aku menjerit manja.
"Banyak lah kau punya putera!" jerkah Nek Yam mematikan lamunan gadis itu. Dia tersengih umpama kerang busuk. Malunya ditangkap berangan. Dihadapannya kini hanya sawah padi yang terbentang, bukan pantai berpasir putih. "Aku bercakap dengan engkau, boleh pulak engkau berangan. Putera mana pulak nak dekat engkau. Putera gopal?" Nek Yam sudah mula membebel. " Aku tanya tadi kenapa ngan siku engkau ni? Engkau pergi bertumbuk dengan siapa?" " Astagfirullahhalazim. Tak baik lah nek cakap macam tu. Jahat sangat ke orang ni?" Gadis itu bergurau. " Memang engkau budak jahat pun." Laju Nek Yam membidas katanya. Gadis itu mencebik. Tak boleh dibawa bergurau betul. " Tadi main bola dengan Mat Bal. Dia yang buat orang jatuh." Gadis itu memberi penjelasan. Mat Bal adalah nama yang dipanggil kepada abang ketiganya, Khairul Iqbal. Sesekali dia mengerut menahan sakit. Pedih apabila kulit siku yang tersiat itu diletakkan minyak. Tapi dia cuba tidak mengaduh. Tak macho la nanti. "Dah banyak kali aku cakap. Jangan main bola lepas hujan. Padang licin. Engkau ni memang degil. Tak pernah nak dengar cakap orang." Rungutan Nek Yam disambut dengan sengihan. "Ibu membebel pun bukan dia dengar. Memang budak degil." Suara Chik Aya mencelah perbualan mereka. Chik Aya menghampiri mereka yang sedang duduk di pangkin. Di tangannya sepinggan cempedak goring. Aromanya menusuk hidung. Sedapnya! Lambatnya Chik Aya ni nak datang sini. " Degil-degil orang pun nek sayang!" dengan tak malunya dia mengaku sendiri. Baru saja dia nak mencapai cempedak goreng, Nek Yam dah mengetuk tangannya. Chik Aya tersenyum mengejek. " Degil-degil dia pun, dia jugak lah yang dok teman aku borak Aya. Nak harapkan cucu lain, kalo tak ada hal jangan harap nak balik umah ni." Nek Yam menyudahkan balutan di siku gadis itu. Agak teruk lukanya. Mesti dia jatuh dengan kuat tadi. " Masing-masing dah ada keluarga sendiri bu. Jangan lah sedih sangat.. eh Ali, basuh tangan lah dulu.. ish budak ni!" Gadis itu tersengih lagi. cempedak di tangan diletakkan kembali. Dia laju ke pili di sisi rumah. " Engkau ni asyik panggil dia Ali jer. Bagilah nama elok sikit." " Maaf bu. Tapi kalo panggil nama lain mana dia nak nyahut bu." " Betul tu nek." Dia menyampuk. "Ish budak ni.. Aya, engkau tak nak kawin lagi ke? Engkau muda lagi." Nek Yam berkata tiba-tiba. Hampir tercekik cempedak Chik Aya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Teringat perkahwinan lalu yang runtuh di tengah jalan. Ali tersenyum mengejek. Padan muka Chik Aya. Tadi sedap tekak je dia attack aku. Sekarang nek plak attack dia. Soalan cepumas tu. " siapalah nak dekat Aya ni bu. Dah la tak cun, harta pun tak ada. Sedih betul bila ibu tanya macam tu." " Abah orang ada. Dia pun dah lama duda." Lama sekali Chik Aya tersedak. Kali ni lebih perit dari tadi. Geramnya dia dengan budak ni. Suka hati dia jer nak offer abah dia. Cadangan Ali membuatkan Nek Yam tersenyum. Dia teringatkan lelaki yang hampir seusia anak sulungnya. Kematian isterinya ketika melahirkan Ali dulu menyebabkan kehidupannya tunggang-langang. Semuanya berterabur. Nek Yam masih ingat saat pertama dia terjumpa Ali yang sedang menangkap anak katak di lecak air di musim tengkujuh. Waktu itu umur Ali baru tujuh tahun. Dengan pakaian comot, badan penuh selut, budak itu gembira bermain dengan anak-anak katak.
"pin…pin.." Bunyi hon motosikal Ishak mematikan lamunan Nek Yam. Ali melambai girang ke arah abahnya. Laju memecut motosikalnya kea rah rumah mereka yang berada di belakang rumah Nek Yam. Dia tidak singgah seperti biasa. Mungkin ada urusan segera. " Panjang umur abah engkau. Baru sebut dah muncul." Kata Nek Yam. Chik Aya buat muka selamba. Malas nak melayan kata-kata ibunya. Ishak adalah teman permainan abang sulungnya semasa kecil. Tapi selepas berkahwin dia berpindah dari kampung ini. Namun dia pulang semula sepuluh tahun yang lalu. Waktu itu Ali pun sudah berusia tujuh tahun.
" Chik Aya berangan tengah kawin ke?" Ali mengusik wanita yang sudah diangap seperti maknya sendiri. Gurauannya disambut dengan ketawa Nek Yam beserta jegilan mata Chik Aya. " Ali! Jangan kau lari…" namun Ali sudah jauh menyusup ke arah rumahnya. Meninggalkan wanita itu dengan rasa tidak puas hati.
cerita pasal family? best... dah jarang orang buat cerita macam ni. semua berkejar nak buat cerita 'kawin tak rela'. good luck!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
teruskan menulis,sy suka cerita awak, cepat sikit sambung