Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ara.." hanya itu yang mampu keluar dari bibir Aris. Serta-merta bayangan Ariana kembali menguasai mindanya. Ariana merupakan cinta pertamanya. Betapa sukarnya memiliki wanita itu hanya dia yang tahu. Dia teringat pada wajah Ariana yang jelita. Wanita itu berdarah kacukan. Ayahnya merupakan campuran Melayu-Cina manakala ibunya campuran Melayu-Arab. Kulitnya cerah, matanya bundar dan galak, hidungnya mancung, dagunya runcing dan tubuhnya tinggi serta lansing persis seorang model. Wanita itu bijak dan petah juga terutama dalam bidang perbahasan sewaktu di universiti dahulu. Akhirnya, Ariana bergelar peguam dan memiliki syarikat guamannya yang tersendiri. Tuhan itu Maha Adil dan Saksama..
Ariana dikurniakan sebuah kehidupan yang begitu sempurna. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang agak berada menyebabkan dia mampu mengecapi hampir semua nikmat dunia. Pertemuanya dengan Aris akibat terpijak kaki sewaktu bersesak-sesak di sebuah konsert akhirnya membawa ke jinjang perkahwinan. Perkahwinan mereka diadakan dengan meriah sekali setelah diuji dengan pelbagai dugaan. Mereka bercinta lama juga. Sepuluh tahun bercinta dan 7 kali terputus di tengah jalan. Lucunya, perkahwinan mereka digelar Kahwin Campur oleh teman-teman sebab Aris juga berdarah campuran. Hasil kacukan Melayu-Filippina dan Melayu Inggeris akhirnya menjadikan Aris seorang lelaki yang agak tampan. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Alif, Aqif dan Ara. Namun, sewaktu Ara berusia 7 tahun, Ariana telah meninggal dunia akibat ditembak seorang perompak sewaktu berada di bank ketika membuat urusan di sana. Sewaktu peristiwa itu berlaku, Ara turut berada di tempat kejadian kerana menemani Ariana. Ara meraung kesedihan setelah Ariana menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba gadis kecil itu. Gaun tadika Ara yang terdapat kesan darah Ariana sehingga sekarang masih disimpannya. Mungkin sebab itu lah Ara lebih bersikap keras hati berbanding abang-abangnya.
"Berangan lagi..ingatkan perempuan itu lah tu.." tuduh Ara sambil menjuihkan mulutnya. Aris terkedu. Lamunannya mati. Bayangan Ariana hilang.
"Bukan lah..daddy ingatkan arwah mummy lah.." beritahu Aris lembut. Dia mengusap perlahan rambut Ara yang panjang. Ara mencebik. Aris teringat kata-kata Johan, sahabatnya.
"Aku tengok anak bongsu kau macam tak nak je. Dia macam tak setuju. Kau kena fikir banyak kali ni, Ris. Buatnya budak tu memberontak macam mana? Kalau kau kahwin dengan Cherrie, dia tu mesti akan tinggal dengan kau kan? Boleh ke mereka berbaik? Hah..si Ara tu sudah tahu ke yang Cherrie tu janda anak satu? Anak teruna pula tu! Bergaduh sakan karang budak dua orang tu..Alif dan Aqif aku confirm tak ada masalah..Gini saja lah..Ris. Gadis yang keras hati kalau kau guna taktik keras, sure makin bertambah lah kekerasannya. Orang macam ni kau kena sabar. Pujuk cara lembut.."
"Ingatkan mummy konon! Eleh, kalau daddy masih ingat kat mummy, daddy takkan berniat nak bernikah lagi satu! Sudah lah..malas lah layan daddy! Cakap tak serupa bikin! Benci!" herdik Ara lalu berlari menaiki tangga menuju ke biliknya. Pintu biliknya dihempas sekuat hati tanda protes.
Irfan melangkah laju menuju ke perpustakaan. Dia menggengam erat sepucuk surat yang baru diterimanya. Hatinya berasa cuak. Dia pasti ini mesti kerja perempuan dua ekor itu! Gila! Tidak tahu malu! Ini bukan kali pertama dia menerima surat seperti itu. Sudah masuk kali ke-19! Irfan betul-betul malu dengan member-membernya. Ayat-ayat cinta yang ditujukan buatnya betul-betul menyebabkan dia menjadi bahan ketawa oleh member-membernya terutama Deraman yang memang suka menyakat orang. Irfan rimas! Tanpa sedar, dia telah merenyukkan surat itu. Kali ini, hatinya benar-benar panas! Dia teringat pula pada kata-kata Deraman tadi.
"Kalau kau nak kenal sangat dengan awek tu, kau pergi library. Awek tu selalu berdua dengan member dia yang sorang lagi. Diorang selalu lepak kat situ. . Hari ni dia ikat rambut dia dengan pengikat rambut berbulu hitam. Macam bulu tupai! Haha!"
"Nananana..nanana! Aha..aha..! Kau fikir aku akan tergoda, saat kau bisikkan kata cint.."
"Amboi, happy nampak! You ni apa kes, Tasya? Siap nyanyi lagu Aku Bukan Boneka lagi.." tegur Damia. Tasya tersengeh. Dia terus menarik kerusi lalu duduk sambil menopang dagu. Kemudian, dia tersenyum sahaja. Pertanyaan Damia dibiar sepi tanpa jawapan.
"What’s wrong with you?" desak Damia lagi. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Jangan-jangan..
"Yup! You’re right, Damia!" jawab Tasya sambil menganguk-anggukkan kepalanya. Dia tersenyum lagi setelah melihat Damia yang sudah hampir tersembul biji matanya.
"You did it again?!" jerit Damia. Dia benar-benar terkejut. Tidak sangka Tasya akan berbuat begitu lagi. Dia pasti lelaki bernama Irfan, budak kelas sebelah pasti akan mengamuk! Dia sudah mendengar desas-desus yang mengatakan budak baru itu tidak suka pada sebarang gosip dan publisiti. Siapa yang tidak kenal Zarith Irfan? Teruna yang baru tiga bulan bersekolah di sini tetapi disebabkan ketampanan wajahnya, nama Irfan terus diletakkan sebaris dengan nama Hazrul dalam "List Of Handsome Boys" dalam kalangan pelajar perempuan! Irfan bukan setakat tampan malahan bijak juga. Baru tiga bulan di sini tetapi sudah mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz hingga ke peringkat kebangsaan. Selain aktif dalam olahraga dalam acara 200 meter lari berpagar, Irfan turut dikagumi kerana belum pernah terlibat dalam sebarang kes disiplin. Apa pun kelebihan yang ada pada Irfan, itu tidak sedikit pun menggugat perasaan Damia terhadap seniornya, Hazrul. Baginya, Hazrul lah lelaki terhebat di dunia!
"Syssss..ni library. Kalau nak buat bising, sila keluar!" tegur satu suara. Damia menoleh sekilas ke arah pemilik suara itu. Kurang ajar! Berani dia tegur anak Dato’ Dzakirin! Library ini bapak aku yang taja tahu! Alamak, Abang Hazrul lah! Perasaan marahnya serta-merta hilang. Dia terus mengukir senyuman buat lelaki itu. Malangnya lelaki itu lansung tidak membalas senyumannya. Hazrul sekadar menganggukkan sahaja kepalanya. Kali ini, giliran Damia pula tersengeh seperti kerang busuk! Yahoo..reaksi positif! Kesudahannya, baik Damia atau Tasya, dua-dua terus melayan perasaan.
Kring! Loceng berbunyi nyaring menandakan waktu rehat sudah tamat. Para pelajar beransur-ansur meninggalkan kantin dan meuju ke kelas masing-masing. Ara dan Leha baru sahaja bergerak menuju ke kantin. Dalam perjalanan ke sana, mereka terserempak dengan Encik Ilham. Guru itu bersikap selamba. Sempat lagi dia mengerling jam di pergelangan tangannya. Budak Ara dan Leha ni..! Waktu rehat sudah tamat..desis hatinya. Tiba-tiba dia melihat pelajar dua orang itu berhenti. Ilham hanya memerhati dari jauh.
"Alamak, aku lupa lah!" ujar Leha. Dia menepuk dahinya.
"Kau ni kenapa? Lupa apa? Lupa bawa purse lah tu! Tak apa, aku ada duit lah..pakai duit aku dulu!" balas Ara.
"Bukan lah..aku lupa nak bawa dictionary! Kau bawa tak? Mampus kita time Teacher Armawati nanti! Dia dah warning minggu lepas. Dia kan mengajar juga budak kelas sebelas. Deraman dah kena denda berdiri atas kerusi tahu! Malu lah wei! Sudah 17 tapi kena berdiri macam budak darjah 1!" beritahu Leha cemas. Deraman merupakan jiran lama Leha. Mereka berdua rapat seperti pasangan kekasih. Namun, baik Leha mahupun Deraman masing-masing tidak pernah menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Sebenarnya, sejak form one lagi Deraman satu kelas dengan Leha dan Ara tapi tahun ini mereka terpisah kerana keputusan peperiksaan akhir tahun Deraman teruk. Akhirnya, Deraman terpaksa akur apabila ditempatkan di kelas nombor dua.
"Weh, aku pun lupa juga lah! Cepat, cari idea! Kita nak buat macam mana ni?" soal Ara. Sebenarnya dia tidak takut pun didenda oleh Teacher Armawati yang berwajah persis Lisdawati itu. Dia cuma risau gurunya itu akan memberitahu daddynya sahaja. Teacher Armawati dan daddynya memang kawan baik sejak dari kecil lagi. Dengar kata, Teacher Armawati sudah lama mencintai daddynya. Sebab itu lah dia masih maintain single sampai lah sekarang. Sekiranya daddy tahu perkara ini, sudah pasti dia tidak dibenarkan keluar malam lagi kerana daddynya pernah memberi amaran sekiranya dia membuat masalah lagi di sekolah, segala kemudahan yang diberikan akan ditarik semula. Wang sakunya juga akan dibekukan!
"Jom, pergi library! Kita pinjam dari sana lah!" cadang Leha. Ara tersenyum. Bijak juga si Leha ni! Tiba-tiba Ara teringat sesuatu.
"Eh, nanti dulu! Kau ada pengikat rambut lebih tak? Aku takut terjumpa Ayahanda Pengetua lah.." Tanya Ara sambil menadahkan tangannya. Dia tahu Leha selalu membawa pengilkat rambut lebih ke sekolah. Hobinya yang suka membeli pengikat rambut itu sudah lama diketahuinya. Setiap kali mereka berdua keluar shopping atau hang out ke mana-mana, benda itu lah yang mesti dibeli sahabatnya yang sering digelar Kareena Kapoor itu. Leha atau nama sebenarnya Leyla Hannah Harun Khan hanya tersenyum apabila digelar begitu. Bangga gila apabila dirinya disamakan seperti pelakon Bollywood pujaanya itu!
"Aku ada bawa satu sahaja extra hari ni! So, kau tak ada pilihan lah. Nah, ambil lah!"
"Alamak, menatang apa pula ni! Berbulu saja! Geli aku!" balas Ara. Dia hanya menyentuh dengan hujung jarinya sahaja. "Macam bulu tupai!" tambahnya lagi.
"Eleh! Mengada-ngada pula betina ni! Pakai saja lah! Itu lah, aku suruh ikat rambut, kau tak nak! Sudah lah, pakai saja lah..! Kita kena cepat ni, kejap lagi Teacher masuk kelas!" ujar Leha lalu mengheret Ara ke tangga untuk ke tingkat atas. Sementara itu, Ilham terus memerhati gelagat mereka berdua. Dia menjadi sangsi akan kelakuan gadis dua orang itu.
"Jangan-jangan diorang nak ponteng kelas lagi tak? Haih..tak boleh jadi ni..aku mesti ikut diorang sebelum apa-apa terjadi!" bisik Ilham pada dirinya.
"Hoi! Sudah lah wei! Jangan berkhayal lagi! Waktu rehat sudah tamat lah! Cepat masuk kelas!" sergah Aina yang cukup sinonim dengan panggilan "Nerd". Dia merupakan pengawas pusat sumber yang bertugas pada hari ini. Sejak dari tadi lagi dia melihat Damia dan Tasya berkhayal. Dalam hati, dia mengutuk tindakan rakan sekelasnya itu. Baginya, budak-budak sekolah tidak boleh bermain cinta sekarang. Salah satu faktor kegagalan dalam peperiksaan ialah cinta monyet! Waktu sekolah ialah waktu untuk menuntut ilmu pengetahuan bukan sibuk mencari pasangan. Buang masa dan duit sahaja!
Damia dan Tasya tersentak. Mereka terus menjadi kalut.
"Oh, God! We are late lah Tasya! I rasa Teacher Armawati sudah masuk kelas lah!" Damia terjerit kecil. Tasya segera mengemaskan barang-barangnya. Kemudian, mereka berdua cepat-cepat meninggalkan perpustakaan. Sebelum itu, Tasya dan Damia sempat lagi menjeling ke arah Aina. Namun Aina buat tidak nampak. Dia sendiri tahu mereka berdua memang tidak boleh ditegur lansung! Menyampah!
Irfan baru sahaja melangkah masuk ke perpustakaan ketika Damia dan Tasya mengatur langkah untuk keluar. Bahu Irfan berselisih dengan bahu Tasya tapi Irfan sedikit pun tidak ambil peduli. Dia seperti tidak perasan akan kehadiran Tasya ketika itu. Sepasang matanya sibuk melilau mencari orang yang dimaksudkan oleh Deraman.
"Ouch..! Sakit lah..eh, berani you langg.." ujar Tasya sedikit kuat setelah berasa seseorang telah melanggarnya. Alamak, Irfan! Tasya hampir terjerit kesukaan ketika Damia terlebih dahulu menarik tocang ekor kudanya dan mengheretnya jauh dari pandangan Irfan, lalu secara tidak sengaja tangannya telah melingkari keseluruhan pengikat rambut Tasya itu dengan tapak tangannya. Akhirnya, Irfan terus meredah perut perpustakaan yang kian lenggang.
"Kenapa you tarik I tadi?" rungut Tasya. Damia menunjal dahi kawannya itu dengan hujung jari telunjuknya.
"You mesti nak tegur mamat tu, kan? Tidak usah lah..you know what, dia tu seorang yang tak suka kepada sebarang gosip..silap hari bulan, merana you nanti. How about kalau dia tolak you mentah-mentah? Malu lah! Dia tu nampak saja cool but I already know that dia tu panas baran!"
"Heh! Kejap! Mana you tahu semua ni? Alah..takkan lah dia nak tolak I? I kan cantik..one of the top beautiful girls kat school ni, rite?" balas Tasya sambil tersenyum lebar. Mata bundarnya dikelip-kelip beberapa kali.
Damia buat muka menyampah.
"Not you..okay? Si Ara tu yang paling hot kat sini! Sudah lah..come on! Let’s go to the class!" Damia terus mengheret Tasya menuruni anak tangga menuju ke kelas.
"Sorry..tapi student memang tidak boleh bawa keluar dictionary dari library..ini peraturan.." ujar Aina berulang-ulang kali. Wajah Ara dan Leha dipandang cuba meraih simpati. Dia mngerling jam di pergelangan tangan. Alamak, sudah lewat lima minit! Dia pasti Teacher Armawati sudah mula mengajar. Guru yang suka berkebaya ketat itu jarang lewat dan paling tidak suka pelajar masuk lewat ke kelasnya. Aina sudah mula berpeluh.
"Habis kau ingat aku peduli dengan peraturan merepek tu? Baik kau bagi aku bawa keluar dictionary ni..kalau tak, aku tumbuk kau!" ugut Ara sambil menumbuk permukaan kaunter pinjaman. Aina terkejut. Dia pantas mengangguk. Leha menarik telinga kanan Aina supaya gadis itu dekat dengannya.
"Kalau kau tak beritahu orang, cikgu tak akan tahu pasal ni..sudah lah, ikut cakap kami saja lah.." tambah Leha. Ara ketawa terbahak-bahak melihat wajah Aina yang mula pucat.
Irfan seakan tidak percaya bahawa dia akhirnya telah berjaya menemui gadis yang telah merobek ketenangannya selama ini. Dia pantas berjalan merapati gadis yang sedang mengilai seperti pontianak itu. Melihatkan rambut Ara yang kemas diikat dengan pengikat rambut berbulu, dia semakin yakin bahawa gadis itulah yang dimaksudkan oleh Deraman. Cis, perempuan murah!
"Hoi..perempuan!" tegur Irfan. Dia mencuit bahu gadis itu. Perasaan untuk melihat wajah gadis itu semakin membuak-buak kerana sejak dari tadi, dia hanya mampu memandang bahagian belakang gadis itu sahaja. Ara menepis tangan Irfan yang mula melekat di bahunya. Siapa pula yang berani sentuh aku macam ni? Irfan pula mula panas hati apabila gadis itu buat tidak tahu. Lantas, tocang Ara ditarik sekuat hatinya sehingga senget kepala Ara tertoleh ke arahnya. Surat yang sudah renyuk digumpal dibaling sekuat hati ke wajah Ara sehingga mengenai hidung gadis itu. Leha terlopong. Alamak..!
"Nah, ambil balik surat bodoh kau tu! Don’t you ever dare to disturb my life anymore!" marah Irfan. Puas hatinya melihat wajah Ara yang terkejut dan merah padam. Nak menangis lah tu..
"Euwww..please lah! Hoi, bodoh! Bila masa aku hantar surat kat kau, ha? Gila!" balas Ara kasar sambil membaling kembali surat itu ke muka Irfan.
"Hek’eleh..tak nak mengaku lah pula..apa pun..awal-awal lagi aku nak ingatkan kau..aku takkan jatuh cinta pada gadis yang murah macam kau! Kau ingat kau romantik, ingat aku cair bila kau hantar surat macam ni? Boleh blah lah.." balas Irfan sambil mencebik. Surat yang renyuk itu dibuka kembali lalu dikoyak-koyak.
"Sudah lah! kau ni kenapa ha? Aku tak kenal pun kau..kau siapa ha? Baik kau minta maaf sekarang! Kalau tak.."
"Minta maaf? Never! Takkan aku nak minta maaf pada orang yang bersalah?"
"Sorry..tapi saya rasa awak sudah salah faham ni.." Leha cuba membela Ara. Irfan ketawa.
"Awak tak payahlah nak back up kawan awak ni..saya dah tahu semuanya. Tolong ingatkan dia supaya jangan gedik sangat.."
"Kau ni dah melampau!" marah Ara lalu menolak bahu Irfan. Leha cuba menarik Ara tetapi tidak berjaya.
"Kau ingat kau hebat sangat? Aku lebih rela hantar surat pada anjing daripada hantar surat pada kau! Keji!" jerkah Ara. Irfan terkedu. Ini adalah kali pertama dia dijerkah dan dihina sedemikian rupa oleh seorang perempuan. Jahanam!
"Berani kau samakan aku dengan anjing! Mampus kau perempuan..!" marah Irfan sehingga tidak sedar dia telah menampar pipi Ara. Hatinya benar-benar panas. Dia lansung tidak memikirkan akibat perbuatannya itu. Kelancangan mulut Ara telah membuatkan egonya tercabar. Dia terus hilang sabar!
Ara mencerlung tajam ke wajah Irfan. Jantan tidak guna! Berani dia tampar aku!! Leha pantas memeluk belakang Ara.
"Jangan Ara! Ini library.." ujar Leha cemas. Ara terus menolak Leha ke tepi. Dia terus menerkam ke arah Irfan. Sebiji penumbuk dihayunkan ke mata lelaki angkuh itu sehingga jatuh tersungkur dan terperosok di celah rak buku. Ara mengambil kesempatan itu untuk menyepak muka Irfan. Aina menjerit supaya mereka berhenti bergaduh. Keadaan menjadi semakin kecoh apabila Ara dan Irfan mula bergelut. Beberapa orang pelajar yang masih berada di dalam perpustakaan mula mengerumi mereka. Leha cuba meleraikan pergaduhan tetapi dia juga telah terkena tumbukan Irfan ketika cuba menarik Ara. Aina terjerit-jerit meminta tolong.
"Berhenti! Saya kata berhenti! Berhennnnntiii!!!" jerkah Cikgu Ilham. Leha pucat. Alamak, mampus lah! Mesti masuk kes disiplin ni! Macam mana pula cikgu ni boleh ada kat sini?
Ilham menarik Irfan ke sebelah kanan manakala Leha menarik Ara ke sebelah kiri. Baik Ara mahupun Irfan, kedua-duanya masih rancak bertekak.
"Dasar jantan dayus! Pukul perempuan!"
"Bagi aku tak salah kalau pukul perempuan hantu macam kau!"
"Kurang ajar!"
"Kau lah yang kurang ajar! Sudah lah tuduh hantar surat..tapi pandai pula cover tak hantar!"
"Dasar syok sendiri! Tolol!"
"Sudah terbukti memang kau yang hantar surat. Deraman yang bagi tahu orang hantar surat tu macam mana orangnya!"
"What? Deraman mana ni? Bila dia cakap aku han.."
"Sudah! Sudah! Sakit telinga saya dengar awak berdua bertekak! Sudah! Awak semua ikut saya masik bilik disiplin! Lepas tu, kita jumpa pengetua! Saya akan call parents awak semua!" arah Cikgu Ilham. Dia mengerling ke arah Leha.
"Awak pun ikut sama! Saya nak awak jadi saksi dan bagi keterangan nanti!".
"Tapi cikgu..lelaki ni yang bersalah!" bantah Leha.
"Apa pula aku? Kawan kau ni yang mula dulu! Kalau dia tak gedik..semua ni takkan berlaku!"
"Aku pulak! Nah, rasakan!" ujar Ara lalu menyepak perut Irfan sehingga lelaki itu mengerang kesakitan.
"Ara! Jangan!" marah Ilham sambil cuba menghentikan perbuatan Ara. Irfan pula membalas dengan menolak kepala Ara ke belakang. Habis kusut rambut gadis itu.
"Stop! Sudahhhhhhhh!!!! Ikut saya sekarang!" tempik Ilham.
Tuan Kamaruddin selaku pengetua meneliti fail disiplin Ara. "Agresif sungguh gadis ini..masuk kali ini, sudah sembilan kali Ara terlibat dalam kes pergaduhan. Itu tidak termasuk kes lain-lain.." desis hatinya. Dia menggeleng kepalanya beberapa kali. Cemin matanya ditarik perlahan lalu diletakkan di atas meja. Fail diletak kembali di sisi kanan meja kerjanya. Wajah Ara yang bengkak dan merah dipandang sepintas lalu. Kemudian, dia mengalih pandangan ke arah Irfan yang duduk bersebelahan Ara. Kedua-dua pelajarnya itu saling menjeling. Mata kanan Irfan bengkak seperti ditumbuk walhal tanpa pengetahuan pengetua,Irfan memang ditumbuk Ara!
"Baik lah..soalan pertama saya..apa yang awak berdua dapat melalui pergaduhan ini?" soal Tuan Kamaruddin tenang. Ara merengus geram.
"Masalahnya sekarang..saya telah dituduh pengetua! Saya tak.."
"Bila masa pula aku tuduh kau, ha? Eleh..tak pay.."
"Sudah! Jangan bergaduh di depan saya!" halang Kamaruddin pantas.
"Assalamualaikum.." Aris memberi salam. Daddy?? Ara terus berpaling ke pintu yang baru separuh dikuak. Aris melangkah masuk ke bilik pengetua itu.
"Encik Aris! Come!" sapa Tuan Kamaruddin mesra. Dia sudah mengenali Aris sejak di bangku sekolah menengah lagi. Tambahan pula, Aris sudah biasa dipanggil ke sekolah berkenaan kes disiplin Ara. Jauh di sudut hati Kamaruddin, dia kasihan melihat sahabatnya terpaksa mendidik dan menjaga seorang anak gadis tanpa bantuan seorang wanita di sisinya. Mungkin sebab itulah Ara ganas seperti anak jantan! Tambahan pula semua adik-beradiknya semua lelaki! Nasib lah kau kawan..dapat anak yang hyperactive macam ni..
"Apa pula dia buat kali ni?" Tanya Aris sambil berjabat tangan dengan Kamaruddin. Wajah selamba Ara ditenung tajam. Sudah lah dia tengah tertekan dengan masalah di pejabat, tiba-tiba pula dia menerima panggilan supaya datang ke sekolah kerana Ara buat hal lagi! Aris berasa malu dengan perbuatan Ara! Kecewa sungguh hatinya dengan perlakuan anak gadisnya itu. Perasaan geram dan marah mula bercambah di relung hatinya.
"Dia ditangkap ketika sedang bergaduh dengan.." Kamaruddin sengaja berkata lambat-lambat.
"Dengan siapa?" potong Aris cepat. Aris tidak dapat membayangkan nasib gadis yang telah bergaduh dengan Ara kali ini. Dia teringat pada Shima, gadis yang patah gigi depan gara-gara bertumbuk dengan Ara di luar pagar sekolah bulan lepas.
"Dengan saya!" balas Irfan terus berdiri.
Aris ternganga. Ara bergaduh dengan lelaki?!! Melihatkan luka dan kesan pergaduhan pada dua anak remaja ini, Aris yakin sekali bahawa mereka telah bergelut! Aris beristighfar beberapa kali..Entah macam mana keadaan Ara dan Irfan ketika bergelut?
"Maafkan saya..boleh saya jumpa Tuan Kamaruddin?" ujar Cherrie Serena sedikit gugup. Semua orang yang berada di situ berpaling ke arah wanita berselendang jarang tersebut. Aris terkejut. Cherrie juga terkejut.
"Cherrie??" kata Aris seakan tidak percaya.
What?!! Auntie Cherrie? Betul kah apa yang dilihatnya? Kali ini Ara pula yang ternganga. Wanita inikah bakal isteri daddy? Wanita itu kah yang ingin merampas kedudukan mummy di hati daddy? Benci! Sedaya-upaya dia cuba mengelak dari bertemu dengan wanita itu tapi akhirnya mereka dipertemukan juga! Kejamnya!!
"Awak tentu ibu kepada Irfan..sila masuk!" tegur Kamaruddin mesra.
"Hah?! Ibu Irfan? Tidak!!" Ara menjerit tiba-tiba. Aris cuba menenangkan Ara. Dia tahu Ara pasti akan memberontak.
"What’s wrong mama? Apa ni? Irfan tak faham!" soal Irfan apabila melihat mamanya resah. Cherrie membetulkan selendangnya yang senget.
"Actually..Encik Aris is going to be your father, dear!" jawab Cherrie perlahan. Dia memeluk lengan Irfan.
"What!! So, lelaki inilah yang mama selalu cerita pada Irfan?" soal Irfan tidak percaya. Cherrie mengangguk perlahan. Aris tergamam. Tidak sangka pertemuan pertama mereka begini. Kamaruddin tidak berani masuk campur. Dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
"Kami tak setuju!!!" jerit Ara dan Irfan serentak. Mereka berdua merenung satu sama lain dan cuba membayangkan hidup mereka sebagai adik dan abang! Sudah tentu mereka akan tinggal bersama nanti! Melakukan semua perkara bersama! Oh, TIDAK! Ibarat neraka!!
"Wanita ni tak layak nak ganti tempat mummy! Heh, mak cik! Jangan ingat mak cik hebat sangat..patut lah Irfan macam ni..mama dia pun sama! Perangai teruk!"
"Ara! Jangan nak kurang ajar!" marah Aris lalu menampar pipi Ara. Gadis itu jatuh ke dalam pelukan Irfan. Irfan pantas menolak Ara ke tepi. Aris tergamam. Ya, Allah! Aku telah menampar Ara di hadapan mereka semua! Aris berasa sedikit menyesal.
"Sabar sayang..! She’s too young.." Cherrie cuba menyabarkan Aris. Dia menggosok dada Aris. Dia yakin Ara pasti akan membencinya.
Pedih hati Ara mendengar wanita itu memanggil daddynya dengan panggilan sayang. Sampai hati daddy menamparnya gara-gara perempuan itu. Kala itu, Ara berasa semua orang sedang membencinya. Irfan memandang tajam ke arahnya. Daddynya pula lansung tidak memandang wajahnya setelah menamparnya tadi.
"Ara benci daddy! I hate you!!!" tempik Ara kuat lalu berlari keluar dari bilik pengetua. Leha yang menunggu di luar bilik pengetua terus mengejar Ara tanpa mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku. "Eh, kenapa ni?" Ilham yang tengah mengambil keterangan Leha menjadi kalut.
"Tunggu dulu! Leha! Ara!" panggil Ilham beberapa kali. Tiba-tiba Aris pula yang berlari keluar dari pejabat pengetua. Apa sudah jadi ni?
Aris pantas keluar mengejar Ara yang sudah berada di luar pagar sekolah. Leha dilihat turut berada di sisi anak gadisnya. Laju betul Ara berlari, baru sekejap sudah berada di luar pagar sekolah. Patut lah dia menggondol anugerah olahragawati hampir saban tahun. Baru kali ini Aris mengakui kehebatan Ara. Baru dia sedar betapa dia jarang mengambil tahu perihal anaknya itu selama ini. Perkara itu pun diberitahu oleh bibik yang sudah hampir dua puluh tahun bekerja di rumahnya. Bibik itulah yang bertindak sebagai ibu kepada anaknya. Belum sempat Aris memanggil Ara, kedua-dua gadis itu sudah pun memboloskan diri dalam perut teksi yang kemudiannya terus melunjur laju di jalan raya. Aris mengeluh. Ke mana pula Ara kali ini? Aris mengeluh kehampaan.
Sementara itu, Aqif mengeluh lega. Akhirnya dia sampai juga di Malaysia. Dia teringat pada adiknya yang sudah hampir dua tahun tidak bertemu. Jarang benar Ara membalas emailnya kebelakangan ini. Macam manalah keadaan adiknya itu? Tiba-tiba dia teringat pula pada daddynya dan berita yang telah diberitahu minggu lepas ketika dia masih di Wellington, New Zealand. Bagaimanakah penerimaan Ara terhadap keinginan daddy itu? Aqif yakin adiknya pasti memberontak. Mungkin sebab itu lah Ara jarang membalas emailnya. Abang mereka, Alif sememangnya bersetuju dengan keinginan daddy mereka. Katanya daddy sudah lama hidup menduda. Biarlah dia berasa gembira menghabiskan sisa hidupnya itu. Macam mana pula dengan dirinya? Aqif serba salah. Kenangan bersama arwah mummy masih terpahat teguh di sanubarinya. Tapi, dia tidak boleh bersikap pentingkan diri. Kebahagiaan daddy juga penting. Huargh! Sukarnya membuat keputusan! Lantas, dia memutuskan untuk mengikut kata majoriti sahaja. Kalau itu yang terbaik untuk semua, dia akan bersetuju. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Dia meyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbit.
"Hello, daddy! Aqif ni! Aqif baru saja sampai, sekarang tengah tunggu our driver. Anyway, daddy kat mana ni? Kat school Ara? Buat apa kat sana? Hah! What?!!!"
"Apa?! Daddy kau nak kahwin lain?!!" jerit Leha seakan tidak percaya. Ara pantas menekup mulut Leha dan mencubit pinggang gadis bertubuh tinggi lampai itu supaya memperlahankan suaranya. Beberapa orang pengunjung di restoran KFC, tempat di mana mereka selalu lepak telah menoleh ke arah mereka.
"Sorry.." ucap Leha. Ara mengeluh. Semua orang terkejut. Ramai yang tidak menyangka Daddy akan berkahwin lagi. Siapa yang tidak kenal arwah mummynya yang cantik itu? Arwah mummynya yang baik hati itu tetap hidup dalam ingatan orang sekelilingnya. Tiba-tiba Ara terfikir, apakah ada lagi ingatan daddy terhadap mummynya?
"So, apa kau nak buat? Kau setuju ke?" soal Leha apabila melihat Ara tunduk sahaja. Ayam goreng dihadapannya dikutil-kutil dengan jarinya yang halus dan runcing. Dia yakin Ara pasti membantah hasrat daddynya. Melihatkan Ara yang jauh mengelamun, Leha sudah dapat mengagak sahabatnya pasti terkenangkan arwah mummynya.
"Aku tak tahu..tapi buat masa ni aku memang menentang keras hasrat daddy aku tu!" jawab Ara sedikit beremosi sambil menumbuk meja makan. Air pepsi yang masih penuh hampir terbalik namun sempat disambut Leha.
"Eh..releklah! Aku rasalah kan..Ara, sebagai kawan, aku rasa kau tak patut buat macam ni..well yelah, kau dan aku sama-sama tahu, bukan kau sahaja yang derita Ara. Family kau pun sama. I think, how about kalau kau cuba beri ruang untuk hati kau bahagia?"
"Huh! Apa kau ni Leha!" protes Ara. Tapi, jauh di sudut hatinya, dia turut tersentuh dengan kata-kata Leha tadi. Patutkah aku setuju?
"Baby!" jerit satu suara. Ara pantas menoleh. Mulutnya ternganga.
"Abang Aqif ni! Here I come!" jerit Aqif lagi lalu segera menerpa ke arah Ara dan memeluknya erat. Ara sudah jauh berubah. Aqif mengakui Ara semakin cantik Cuma perangainya sahaja yang masih tidak berubah. Terkejut juga Aqif apabila melihat Ara memakai seluar pendek seperti lelaki. Nasib baik rambut adiknya panjang. Topi yang dipakai Ara dicabut dan Aqif segera mencium kedua-dua belah pipi adiknya itu.
" Weh..weh! Cop! Cop! Rimas lah aku tengok korang ni!" Leha menjerit sambil cuba memisahkan kedua-duanya.
"Eh..sorry. Lupa pula kat kau! Abang, ni Leha. Ingat tak? Abang selalu gelar dia ‘bangla’ dulu?" ujar Ara sambil menarik tangan Aqif dan Leha lalu memaksa mereka berjabat tangan. Leha sedikit kaget. Mak aih..handsomenya abang Ara ni..macam hero cerita My Girl..feewit!
"Oh, ye? Sorry lah pasal gelaran tu.." Aqif menjadi malu sendiri. Dia curi-curi menjeling wajah Leha yang menarik itu. Paling Aqif suka matanya yang bulat berserta kening yang lebat dan halus terbentuk. Macam aktres filem Bollywood. Menyesal pulak aku panggil dia ‘Bangla’ dulu.. "Okeh, jom kita shopping!" suara Ara lantang. Aqif mengangkat kening.
"Uik, tiba-tiba sahaja kau nak shopping..pasal?" balas Leha sambil membetulkan rambutnya yang kusut. Aqif melepaskan pandangan pada rambut Leha yang ikal mayang. Hatinya mula berdegup kencang.
"Sebab abang aku ada sini lah! Jom abang! Belanja kitorang! Chow!" Ara segera mengheret Aqif. Tangannya dilingkarkan di leher Aqif sambil sebelah tangannya mengheret Leha yang kelihatan serba-salah. Aqif tersenyum. Aduih..adikku! Mau tiga empat ribu duit aku melayang petang ni..tapi orait gak..Leha pun ada sekali.
"Gatal!" tempik Ara di telinga Aqif seolah-olah dapat membaca pemikiran abangnya. Aqif buat muka blur biarpun dia sudah malu gila!
"Daddy tak patut tampar Ara tadi..she must hate me too much.." luah Aris kesal. Alif mencebik. Sebenarnya dia baru sahaja sampai Malaysia. Keletihan masih menyengat di badannya yang sasa itu. Dia menyandarkan kepalanya di sofa. Sudah lama dia tidak berada di banglo ini. Masalah berkaitan Ara menyerabutkan kepala Alif yang sedia benci memikirkan hal yang remeh-temeh sebegitu. Dia tidak seperti Aqif yang suka memanjakan Ara. Baginya budak itu tidak patut diberi muka. Sebab itu lah Ara tidak rapat dengannya. Namun, Alif senang begitu.
"Argh..jangan diberi muka pada budak itu daddy! Pentingkan diri! Memang patut pun daddy tampar dia! Kalau along ada time tu, mahu sahaja along sekeh kepala dia! Degil!"
"Jangan macam tu..along! Bagi dia masa.." balas Cherrie membela Ara. Simpatinya melimpah ruah pada gadis yang baru ditemuinya pagi tadi. Aris telah menceritakan segalanya padanya. Dia faham perasaan Ara kerana dia juga pernah mengalami perkara yang sama. Bezanya, arwah ibu tirinya dulu sangat kejam. Dia seperti hidup di zaman Cinderella. Tapi, Cherrie bertekad untuk membuktikan bahawa dia bukan seperti yang Ara fikirkan. Sumpah, sedikit pun dia tidak pernah berniat untuk merampas tempat Ariana yang juga merupakan teman lamanya itu.
"Alah..jangan percaya sangat budak tu auntie..nanti dibulinya kita balik" tambah Alif lagi.
"Alif! Tak baik Alif cakap begitu. Mungkin betul cakap Cherrie..daddy patut bagi dia masa.." ujar Aris sambil memandang wajah Cherrie yang kemudiannya menganguk ke arahnya.
"Mama! Erp, uncle! Tandas mana?" panggil Irfan dari arah dapur. Aris tersentak.
"Irfan pusing kiri..kanan ruang rehat tepi ruang makan" balas Aris sambil menunjukkan arah. Irfan mengangkat tangan tanda faham lalu berlalu. Alif melihat sekilas ke arah Irfan. Orait jugak budak ni..nampak selamba sahaja..tak macam Aqif..lurus! "How about him? Dia setuju ke?" tanya Aris setelah Irfan berlalu. Ketika itu, Alif juga telah meninggalkan mereka berdua di ruang tamu. Cherrie mengangguk.
"Irfan terima sahaja keputusan I.."jawabnya. Aris mengeluh lega.
"Kalaulah Ara pun macam Irfan juga.." keluh Aris. Dia mengerling jam di pergelangan tangannya. Sudah pukul 10 malam. Kemana lah budak Ara ni pergi? Aqif pula belum balik lagi. Petang tadi beria-ia benar dia ingin mencari Ara walaupun ditegah oleh Alif.
"Angah ni! Tahu lah Ara balik sendiri! Dia bukannya budak kecik lagi! Sudah 17 tahun!"
"Along ni memang! Tak pernah nak faham perasaan Ara! Along tu pentingkan diri saja!"
"Apa pulak? Eh, yang angah sibuk pergi back up budak tu kenapa? Sudah lah..malas aku nak bertekak dengan kau!"
"Aris..I nak balik.." ujar Cherrie sambil menggoncangkan bahu Aris. Lamunan lelaki itu mati.
"Oh..sorry! Maaflah..fikiran I bercelaru.."
"It’s okay..I faham..send my regards to her..see you..". Cherrie mula mengorak langkah untuk keluar. Dia menggamit Irfan yang asyik berborak dengan Alif. Langkahnya terhenti. Ara?
"Best lah Abang Aqif ni..lain kali abang.." kata-kata Ara terhenti. Dia terkedu. Aqif juga begitu. Ini adalah kali pertama Aqif bersua muka dengan bakal isteri daddy. Lawa..puji hatinya. Nampak baik sahaja tapi kenapa Ara begitu membencinya? Ara membatalkan hasrat untuk masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba sahaja kehangatan tamparan daddy terasa membahang. Cherrie dipandang sepintas lalu. Redup pandangan wanita berkebaya nyonya itu melembutkan jiwanya. Kenangan bersama arwah mummy kembali mengocak perasaannya.
"Thanks..uncle! Anyway..sorry lah pasal kes pagi tadi dekat school..saya yang salah..Deraman has told me everything tadi..say sorry to Ara Ariani.." ujar Irfan tanpa menyedari bahawa Ara sudah berada di depannya. Ara mengetap bibir berkali-kali.
"Kau ingat aku ni apa? Suka hati kau saja nak marah orang and then minta maaf? Boleh blah lah.." jerkah Ara sambil menolak bahu Irfan sehingga terdorong ke belakang. Dia kemudian merempuh masuk ke dalam rumah sehingga terlanggar Aris dan Cherrie di muka balik pintu.
"Ara!" jerit Aris kuat ketika Ara sedang berlari menaiki tangga untuk ke bilik di tingkat atas.
"It’s okay lah..memang salah saya kan? Biar saya settle masalah ni.." Irfan seakan membela Ara semata-mata untuk menutup perasaan malunya. Geram aku perempuan ni! Nanti kau!
"Okay..thanks sebab faham kami. Ara memang macam tu. Dia agresif sedikit..So, pandai lah macam mana nak pujuk dia nanti" sampuk Aqif sambil memegang bahu Irfan. Mata mereka bertentangan. Irfan memahami isyarat amaran yang disampaikan Aqif.
Hazrul membelek-belek majalah sekolah keluaran tahun-tahun sudah. Niatnya hanya ingin mencari ilham untuk majalah sekolah pada tahun ini. Sebagai Presiden Badan Redaksi sekolah, Hazrul bertanggungjawab untuk memastikan majalah sekolah tahun ini adalah yang terbaik. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu gambar ketika hari sukan. Gambar Ara bertanding dalam acara 200 meter lari berhalangan. Dia masih ingat, Ara menjuarai pertandingan itu. Semua orang bersorak memberi semangat kepada gadis itu terutama sekali pasukan rumah Ara. Begitu juga dengan dirinya. Hazrul sanggup menawarkan diri sebagai sukarelawan pada hari tersebut dan menjadi ahli rawatan kecemasan. Dia bertugas di garisan penamat. Hazrul menggunakan kesempatan itu untuk mengenali Ara dengan lebih dekat ketika Ara jatuh tersembam di garisan penamat. Hazrul pantas mendukung Ara ke khemah rawatan dan memberikan rawatan kecemasan. Ketika itu, Ara separuh sedar. Leha, sahabat karib Ara sibuk mengipas-ngipas wajah Ara dengan tuala kecil.
"Aku dah bagitau awal-awal, mana boleh Ara join game 200 meter lari berhalangan! Dia baru habis game 100 meter tadi! Tengok apa dah jadi! Weh, kaki dia luka tu! Cuci cepat!" marah Leha sambil mencuit bahu Hazrul. Terketar-ketar tangan Hazrul ketika mencuci luka di lutut dan celah jari kaki Ara.
"Weh..cepatlah! Dia ada game lompat tinggi lepas ni.." gesa Leha lagi.
"Kau sajalah yang ganti aku lepas ni.." suara Ara lemah. Dia mengaduh kecil ketika Hazrul menyapu iodine di kakinya. "Pedih!" ujar Ara sambil menahan tangan Hazrul dari meneruskan rawatan. Berbunga-bunga hati Hazrul ketika Ara memegang tangannya. "Sikit sahaja..saya buat slow-slow.." balas Hazrul semakin bersemangat.
"Apa? Kau nak aku ganti kau? Euwww..please lah! Aku dah bersara sejak kes patah pinggang hari tu! Tak nak lah!"
"Please lah..aku ingat nak save energy untuk game 800 meter lepas ni..masalahnya kau kena ganti aku Leha! Minah gedik dua ekor tu masuk lompat tinggi tahu! Kalau aku tak ada, diorang menang free! Kau pilih, kau nak diorang menang free or tengok aku kalah di tangan diorang untuk game yang seterusnya?" Leha menjadi serba-salah. Dari jauh dia melihat Deraman yang bertugas sebagai water-boy. Deraman melambai-lambai ke arahnya.
"Orait! Set! Aku replace kau!" Akhirnya Leha bersetuju dan memenangi pertandingan itu. Namun, dia juga terpaksa dibawa ke khemah rawatan kerana tergeliat urat ketika membuat lompatan terakhir.
"Kaki aku orait tak untuk game 800 meter ni?" tanya Ara kepada Hazrul sambil membelek-belek kakinya.
"Aku rasa tak.." balas Hazrul.
"Aku tak kisah..aku akan teruskan game tu.."
"Jangan degil..nanti luka kau makin parah.."
"So, what? Kau kan ada?" balas Ara selamba sambil menjentik hidung Hazrul lalu berlari ke garisan permulaan. Sejak detik itulah Hazrul mula menyayangi gadis selamba itu. Dia tersenyum sendiri.
"Rul! Buat apa tu?" sapa Hazrina, satu-satunya kakak Hazrul. Dia pantas mengambil tempat di sebelah adiknya. Hazrul kalut menyembunyikan majalah tersebut. Segala ingatannya pada Ara hilang melayang begitu sahaja.
"Rul still ingat pada budak mix tu lagi kan?" duga Rina penuh curiga. Sememangnya dia tidak pernah suka akan Ara. Dia prejudis terhadap semua anak kacukan. Baginya, perbezaan yang ketara dari segenap sudut kehidupan tidak memungkin berlaku persefahaman. Hazrul tunduk.
"Hazrul sayangkan Ara kak.." tuturnya perlahan. Rina merengus. Terbayang wajah Ara di tubir matanya. Dia sendiri mengakui akan kecantikan yang dimiliki oleh gadis bertubuh lansing itu tapi kebebasan gaya hidup yang diamalkan oleh Ara membuatkan Rina menjadi jengkel.
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.." balas Rina.
"Apa Ara tidak baik?"
"Bukan itu maksud kak.." jawab Rina. Sebenarnya, memang itu yang dimaksudkan.
"Gaya hidup yang diamalkan Ara amat bertentangan dengan kita. Pemikirannya juga berbeza..Rul harus ingat, persefahaman itu penting..that’s why lah dalam Islam, dalam pemilihan calon isteri, wujud perkataan sekufu"
"Tapi.."
"Rul sendiri lihatkan Ara macam mana? Cuba Rul compare dengan family kita?" nasihat Rina. Hazrul terdiam. Dia tahu, latar belakang keluarganya yang amat mementingkan adab ketimuran dan pengamalan nilai-nilai murni serta gaya hidup Islam jauh berbeda dengan jalan kehidupan Ara yang agak bebas. Mana mungkin keluarganya mampu untuk menerima Ara meskipun sudah berbuih mulut Hazrul mempertahankan gadis idamannya.
"Ingat tak kes gambar hari tu?" Rina sengaja mengungkit cerita lama yang pernah menggores hati banyak pihak itu.
"Akak..please lah..". Hazrul mula berasa bersalah. Gambar Ara berpelukan dengan seorang lelaki ketika meraikan hari kelahirannya benar-benar menyakitkan hati Hazrul. Gambar yang diletakkan di bawah mejanya tanpa diketahui gerangan pengirimnya akhirnya jatuh ke tangan Rina dan seluruh ahli keluarganya telah melihat gambar itu. Disebabkan terlampau tertekan, Hazrul telah menemui Ara di sekolah keesokkan harinya. Ketika itu, mereka baru sahaja menjalin hubungan cinta.
"Dasar betina murahan! Senang-senang sahaja kau biar jantan peluk tubuh kau! Kau jangan ingat aku boleh terima sikap kau yang melampau ni! Bebas pun biar ada batasan! Agaknya, memang semua ahli keluarga kau tak ada pegangan agama! Jahil!" Sebaik sahaja dia habis menyebut perkataan terakhir itu, Ara telah menumbuk muka Hazrul. Paling Hazrul tidak sangka, sepasang mata itu mula bergenang air mata..
"Memang dasar penipu! Kau cakap kau boleh terima aku seadanya. Kau jangan ingat kau tu sudah tahap malaikat sampai rasa hebat nak hina orang lain! Aku pun tak bodoh lah nak teruskan hubungan dengan kau! Boleh blah lah! Pergi mampus!" balas Ara sambil cuba menahan esakkan. Ara terus meninggalkan Hazrul termangu-mangu di situ. Dari jauh, Hazrul dapat menangkap esakkan kecil gadis itu. Akhirnya, hubungan yang terjalin tidak sampai seminggu itu terlerai di tengah jalan. Malam itu, Leha menghubunginya.
"Woi, malaikat! Sini aku nak explain! Jantan dalam gambar tu Abang Aqif dia lah bodoh! Weh..kalau gini lah perangai kau, aku rasa better kalau Ara tak pilih kau awal-awal lagi!"
Betapa menyesalnya Hazrul ketika itu hanya tuhan yang tahu. Dia tahu Ara sangat membencinya. Silapnya juga tidak menyiasat siapa lelaki di dalam gambar tersebut. Lagipun, Hazrul masih belum mengenali ahli keluarga Ara kecuali daddynya sahaja kerana kerap datang ke sekolah kerana kes disiplin Ara. Puas juga Hazrul menerangkan semula kepada keluarganya tentang gambar tersebut tetapi Rina pantas mencetuskan isu lain.
"Ok..soal lelaki itu kita tolak ke tepi. Tapi soal pakaian yang dipakai Ara! Dia tu orang Islam ke orang kafir?".
"Betul kata Kak Rina tu..seksi sangat gadis tu..dia tak pandai jaga maruah" sokong ibunya. Ayahnya hanya mendiamkan diri. Hazrul tahu ayah sudah lebih kenal dengan Ara. Masakan tidak, ayahnya merupakan guru di sekolah mereka.
"So, fikir masak-masak Rul..jangan menyesal tak sudah.." kata Rina sambil menepuk bahu adiknya itu lalu melangkah keluar dari bilik Hazrul.
"Peraturan pertama dalam rumah ini, aku tak suka sesiapa masuk ke dalam bilik aku! So, bagi sesiapa yang terasa tu, sila ingat peraturan ini!" sindir Ara. Benci dia melihat Irfan yang bakal menjadi abangnya itu. Sebuah jelingan tajam dihadiahkan buat lelaki yang kelihatan tenang itu. Irfan tersengeh. Ceh, kerek betol betina ni!
"Ara, come..have a sit first..then, mungkin kita akan bincang peraturan yang seterusnya.." panggil Cherrie yang kini membahasakan dirinya mama. Majlis pertunangan mereka sudah diadakan petang tadi. Banyak betul peraturan yang dicipta oleh gadis lasak ini. Mungkin sekadar mahu menguji tahap kesabaran aku. Aris tidak pula memberitahu tentang peraturan di rumah ini. Sekadar wajib bersarapan bersama dan mesti bertolak-ansur tidak boleh dikategorikan sebagai peraturan. Perkara itu lebih kepada adab.
"Ara.." panggil Alif tegas. Pandangannya tajam menikam mata Ara. Seluruh ahli keluarganya sudah berada di ruang tamu yang bercirikan gaya Inggeris yang mewah. Ara melangkah malas ke arah Cherrie dan melabuhkan punggungnya di sebelah wanita itu. Aris tersenyum.
"Baiklah, memandangkan kita bakal menjadi sebuah keluarga, jadi daddy dan mama betul-betul berharap kita akan hidup sebagai sebuah keluarga yang harmoni..saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain.." Aris memulakan ucapan. Alif, Aqif dan Irfan mengangguk-anguk tanda faham.
"Along memang orait sahaja..tapi tak tahulah pula orang tu.." ujar Alif sinis sambil memuncungkan mulutnya ke arah Ara.
"Along ni kenapa?! Nak cari gaduh ke?!" tengking Ara lalu melemparkan kusyen kecil ke muka Alif.
"Sudah! Stop! Jangan bergaduh! Alif..awak tu anak sulung..please be more rasional!" marah Aris.
"Kalau begini lah keadaannya, baik, daddy akan menetapkan peraturan, sesiapa yang didapati bergaduh akan buat kerja rumah selama seminggu..kita bagi cuti pada our bibik.". Aqif tersenyum melihat muncung Ara dan Irfan yang sudah mula panjang sedepa. Siapa yang tidak tahu, selain Alif, Irfanlah yang sering bertekak dengan Ara. Aqif pun tidak faham perangai mereka berdua yang sering berkelahi itu. Walaupun sudah berkali-kali Irfan meminta maaf, namun Ara masih bertegas untuk menyeksa lelaki yang pada pandangan Aqif sangat tampan.
"Next week, daddy dan mama akan kahwin, so, everyone should plays a role. Daddy buat semua ini semata-mata untuk wujudkan keserasian antara kita semua.". Semua orang mengangguk tanda setuju termasuklah Ara. Cherrie tersenyum lega. Akhirnya, gadis itu setuju juga setelah puas dipujuk oleh Aris dan dirinya. Harapan Cherrie agar Ara bisa menerimanya sebagai ibu.
Malam itu, Ara menangis teresak-esak di atas katil. Pakaian Ariana dipeluk dan dicium berkali-kali. Potret Ariana ditenung dengan pandangan yang begitu sayu.
"Maafkan Ara mummy..sorry for betray you.." ucapnya berkali-kali. Entah macam mana hatinya cair dengan kata-kata Cherrie hari itu.
"Auntie sedar siapa auntie..Ara. Auntie faham perasaan Ara sebab auntie pun pernah melalui perkara yang sama dulu" luah Cherrie sambil memegang tangan Ara. Ara mengangkat wajah untuk melihat wajah Cherrie. Ikhlas.
"Bezanya, my stepmother sangat kejam, Ara. Lagipun, auntie hanya seorang time tu. I have nobody else except my father..and you are actually very lucky, dear. You have daddy..Alif and Aqif with you.." tambahnya lagi. Nadanya mula beremosi sedih. Sedikit sebanyak naluri kewanitaan Ara tersentuh jua.
"I know..auntie takkan mungkin replace tempat Ariana di hati Ara, malah tempat Ariana di hati Aris jua..Believe me, Aris love her more than you know..I just want to be your mother..not your stepmother..mungkin kita boleh bagi peluang bagi diri masing-masing untuk bahagia?". Ara diam. Kata-kata Leha kembali mengetuk jiwanya. Mungkin aku terlampau pentingkan diri selama ini. Andai aku sedih kerana kehilangan Hazrul, apatah lagi daddy yang kehilangan seorang isteri yang juga merupakan ibu kepada anak-anaknya, paling penting cintanya!
"Betul cakap Auntie Cherrie, Ara. Arwah mummy akan tetap hidup dalam hati daddy untuk selama-lamanya..Ara bertuah sebab auntie begitu memahami hati daddy" sampuk Aris yang tiba-tiba datang. Ara termangu-mangu. Air matanya menitis.
"Sayang, daddy minta maaf sebab pukul Ara hari itu. Daddy tertekan sangat time tu..I’m so sorry, dear. Daddy tahu Ara marahkan daddy. Tapi, kasih sayang daddy pada Ara takkan pernah berubah. I love you dear. Maafkan daddy boleh tak?" soal Aris sambil memegang kedua-dua belah bahu Ara. Dia pantas mengangguk lalu memeluk Aris erat-erat.
"I’m sorry too.." ucap Ara dalam esak tangis yang berterusan. Tangan Cherrie dicapai dan dia akhirnya mengangguk tanda setuju.
"Ara! Ara!" jerit Aqif dari luar bilik. Ara tersentak. Dia bingkas bangun. Potret Ariana di selit di bawah bantal. Dia pantas menyeka air mata di pipinya yang putih bersih. Tiba-tiba, Ara seakan-akan mendengar suara mummynya.
"Apa yang berlaku ada hikmahnya, Ara..Mummy juga gembira..". Ara cepat-cepat menoleh mencari arah suara itu tetapi hampa. Oh, God! Akhirnya, Ara meraup wajah tanda syukur. Dia yakin, mummynya juga bahagia dengan perkahwinan daddy.
"Lama betul nak buka pintu. Ara buat apa kat dalam bilik?" Aqif menyoal sambil merungut. Ara menarik rambut Aqif.
"Sibuk lah dia ni! Adalah..mana boleh bagitau!"
"Sakitlah, budak! Nah, ni tugasan Ara. Abang kena handle catering nanti perkahwinan daddy. Ara punya work, tengok lah sendiri! Bye!" Aqif mengetuk kepala Ara dengan sekeping fail berwarna hijau. Dia terus berlari sambil terkekeh-kekeh ketawa. Ara pantas membelek fail.
"What?!!! Pilih baju pengantin dan set pelamin dengan IRFAN?!! Oh, Nooo!!!" tempik Ara.
"Ara! Aku laparlah..kita berhenti dulu." Irfan menarik tangan Ara supaya duduk di bahu jalan.
"Woit! Jangan pegang-pegang boleh tak? Aku teranjang karang! Lembik lah kau ni..jalan sikit dah nak berhenti! Pondan!" balas Ara sambil menyepak kaki Irfan.
"Sakit lah tolol! Siapa suruh kau berkeras nak naik teksi tadi? Buatnya teksi tu meragam di tengah jalan. Daddy tawarkan kereta kau tak nak! Kau memang sengaja tahu tak!" balas Irfan lalu menunjal kepala Ara. Dia memang tahu Ara sengaja tidak mahu membiarkan dirinya menaiki kereta sport milik gadis ego itu.
"Suka hati kau lah! Aku tak kisah berjalan kaki!". Ara terus melangkah tanpa mempedulikan Irfan yang merenungnya seperti singa lapar.
"Nanti!" tempik Irfan seraya membuatkan Ara berhenti melangkah dan menoleh ke arahnya. Berkerut dahi gadis itu.
"Aku dengar kau olahragawati tahunan? Haha! Apa kata kalau kita race? Siapa yang lambat sampai dekat butik pengantin tu, belanja makan!" jerit Irfan lalu memecut meninggalkan Ara yang masih terkebil-kebil.
"Kurang ajar! Mana aci!".
Aqif membelek-belek katalog menu untuk majlis perkahwinan nanti. Buntu kepalanya memikirkan menu apa yang sesuai untuk majlis itu nanti. Tiba-tiba dia teringatkan Leha. Aqif tersenyum sendiri. Baik aku call Leha suruh datang sini..hehe! Dia pantas mendail nombor Leha yang diambil secara haram dari telefon bimbit Ara. Trut..trut..trut..trut..
Berdebar-debar jantung Aqif sewaktu menunggu panggilan dijawab. Agaknya, Leha sudi tak membantunya?
"Yo! What’s up?!" kuat suara Leha menjawab panggilan. Aqif terkedu dan terkelu. Amboi, budak ni!
"Hello..hello?..weh..hello?! Uik..ada orang tak ni? Hoi..helllllloooo..! Nak cakap or tak ni?! Aku letak telefon ni karang!!". Aqif menjadi gugup.
"Erp..hel..hello! Leha..Abang Aqif ni..". Malunya! Muka Aqif mula memerah. Leha di hujung talian juga begitu. Alamak! Hero My Girl call aku!
"Leha?..Leha? Awak dengar tak ni?" ulang Aqif berkali-kali. Senyap sahaja minah ni..
"Eh..saya dengar! Yap! Apa dia?" jawab Leha setelah sekian lama.
"Abang ingat nak minta tolong Leha pilih menu untuk perkahwinan daddy nanti, boleh?"
"Haa?? Ara mana?"
"Ara dengan Irfan pergi settle pelamin dan baju kahwin. Abang urus catering dan card. Err..so, boleh tak ni?"
"Thanks.." ucap Aqif lega. Setelah memutuskan talian, Leha tersenyum lebar. Matanya dikerdip-kerdip beberapa kali sambil membayangkan wajah Aqif. Kemudian, Leha mencium telefon bimbitnya. Yahoo!
Sementara itu, di butik perkahwinan, Ara dan Irfan sibuk bertekak. Pereka fesyen dan beberapa orang jurujual kalut menenangkan mereka berdua. Nasib baik hanya mereka berdua yang menjadi pelanggan ketika itu.
"Tak kira! Aku nak set merah jugak!" tengking Irfan sambil berpeluk tubuh. Dia masih belum mengalah dan tidak akan sesekali mengalah! Huargh!
"Mana boleh! Purple lebih sesuai!" protes Ara sambil menghentak kaki. Mata mereka bertentangan. Menyampah sungguh Ara melihat wajah Irfan yang angkuh itu.
"Argh!! Akak, kitorang pilih set merah ye?" Irfan pantas membuat keputusan. Mata Ara terjengil dan dia terus menumbuk permukaan meja.
"Aku kata warna purple! Weh, baik kau ikut cakap aku!" ugut Ara sambil mencekak kolar baju jurujual itu. Keadaan mula kecoh. Irfan segera menarik pinggang Ara supaya gadis itu memberhentikan tindakannya.
"Lepaskan aku! Lepas!" Ara menggelepar sebaik tangan kasar Irfan menyentuh perutnya.
"Aduh! Hidung aku!" Irfan pula bertempik ketika tangan Ara secara tidak sengaja tertumbuk hidungnya. Irfan terus melepaskan Ara dan memegang hidungnya.
"Berdarah hidung aku, tolol!" marah Irfan lalu menampar pipi Ara namun sempat ditahan oleh satu tangan.
"Irfan! How many times should I tell you, ha? Jangan pukul perempuan!" marah Cherrie. Aris disisinya sedang menenangkan Ara.
"Daddy sudah agak korang mesti bergaduh lagi..benda kecil pun nak gaduh..Cepat minta maaf!" marah Aris kepada kedua-duanya. Ara dan Irfan terpaksa berjabat tangan. Masing-masing menoleh ke arah lain ketika bersalam. Cherrie menggelengkan kepalanya. Bagaimanalah mereka ketika hidup di bawah satu bumbung nanti?
"I’m sorry..Mr. Alex..Both of them are my son and daughter.." ujar Aris sambil berjabat tangan dengan pereka fesyen itu. Mr. Alex hanya mengangguk.
"What’s the matter?" tanya Cherrie.
" Anyway, mereka bertengkar soal colour..whether red or purple? So, what do you think?" soal Alex. Aris mengangkat kening pada tunangnya.
"Kita choose both colour..so, adil, right?" jawab Aris sambil memandang kepada kedua-duanya.
Tasya merengus geram. Dia menconteng buku latihan sambil menyumpah-nyumpah. Koyak-rabak buku itu dikerjakannya. Belum puas dengan tindakannya tadi, dia mengambil pula buku lain lalu mengoyak-ngoyak helaian buku tersebut. Armawati baru meletakkan begnya ketika melintasi Tasya yang ketika itu berada di biliknya. Pintu bilik Tasya yang separa terbuka membolehkan Armawati melihat perlakuan anak saudaranya itu.
"Hey, girl! What’s wrong with you? Sampai koyak buku ni?" soal Armawati sambil memeluk bahu anak saudaranya itu. Dia turut mengajar Tasya mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah.
"Auntie..benci lah dengan Ara tu!" luah Tasya sambil memuncungkan bibirnya. Serentak dengan itu, Armawati terbayangkan Aris yang segak berkot. Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap duda itu sehingga sanggup tidak berkahwin sampailah ke hari ini. Dia mengenali Aris menerusi Ariana. Ketika itu, Ariana menjadi peguam bela bagi pihak keluarganya. Ketika itu, dia masih meneruskan pengajian di United Kingdom dalam bidang TESL. Ariana ketika itu sedang sarat mengandung anak keduanya. Alif ketika itu baru berusia 3 tahun. Sejak detik itu, dia terus menyayangi Aris dalam diam walaupun dia sedar betapa dalamnya kasih Aris terhadap Ariana. Setelah kematiaan Ariana, Armawati ada juga mengintai peluang untuk mendekati lelaki itu tetapi Aris tidak pernah melayannya.
"Auntie dengar tak apa Tasya cakap ni? Auntie ni memang! Suka berkhayal!" marah Tasya sambil menampar lengan Armawati.
"Sorry! Sorry! Apa dia Tasya cakap tadi? Ulang lah balik..auntie janji..auntie akan tumpukan perhatian..hurry lah dear.."
"About Irfan..my hero tu.."
"Aik..tadi Tasya cakap pasal Ara.."
"Ara dan Zarith Irfan akan jadi adik-beradik! Benci! Geram betul! Tentu mereka akan jadi lebih rapat! Sudahlah hidup satu rumah!" hambur Tasya sambil menghentakkan kakinya. Jelas kedengaran bunyi loceng gelang kakinya apabila dihentak begitu.
"What? What do you mean?" soal Armawati pantas.
"Alah..takkan lah auntie tak faham! Daddy Ara tu nak kahwin dengan mama Irfan! Titik!".Armawati jatuh terduduk di sisi Tasya. Terasa gelap pandangannya ketika ini. Aris akan kahwin? TIDAK!! Perkahwinan itu tidak boleh diteruskan!
"Yo! What’s up, girls!" Deraman menyapa Ara dan Leha di depan kelas. Berita tentang perkahwinan daddynya dengan mama Irfan sudah sampai ke pengetahuannya pagi tadi. Damia yang memberitahunya. Entah kenapa gadis itu terlalu teruja. Bercahaya matanya ketika menceritakan perkara itu kepada Deraman. Dia pasti gadis itu pasti mempunyai niat yang sebaliknya, kalau tidak masakan dia boleh begitu gembira sedangkan Tasya sudah menjadi cekodok basi!
"Yo.." balas Ara lemah. Dia mengangkat tangan untuk ke kelas dulu. Deraman menyoroti pemergian Ara dengan pandangan yang penuh tanda tanya.
"Leha! Kejaplah..! Kenapa dengan dia tu?" Deraman memuncungkan bibir ke Ara yang mula menghilang di sebalik kelas. Leha mengangkat bahu.
"Aku tak tahu..maybe letih buat persiapan untuk wedding itu kot? Heh! Tapi, tak taulah jugak, mungkin benci kat Irfan yang bakal jadi abang dia..I don’t knowlah..aku tak tahu! Takut pula aku nak tanya..Ok lah, gua chow dulu, eh?". Leha terus melangkah ke kelas.
"Kejaplah Leha..!". Gadis itu menoleh sambil mengerutkan kening. Kemudian, Leha menoleh pula pada tangan Deraman yang melekat di lengannya.
"Aku nak bagi kau menatang ni.." ujar Deraman sambil menghulurkan sekeping coklat bar berjenama Cadburry, bersaiz paling besar. Leha tersenyum sumbing. Dia terus mengambil coklat itu sambil membelek-beleknya.
"Mimpi apa kau bagi aku coklat? Or kau ada something ni? Cepat cakap!" Leha menarik kedua-dua belah telinga Deraman. Lelaki itu mengerang kesakitan.
"Aduh! Tak ada apa-apa lah! Aku saja bagi! Tanda penghargaan sebab kau kan kawan aku!" dalih Deraman sambil menggosok-gosok telinganya.
"Habis tu, mana bahagian aku? Akukan kawan kau juga!" sampuk Ara yang tiba-tiba muncul.
"Erp..kau? Hee..esok orait tak?" beritahu Deraman sambil menyembunyikan perasaan malunya. "Aku chow dulu lah!" sambungnya lalu terus meninggalkan mereka berdua.
"Pelik aku tengok si Deraman tu.." beritahu Leha sambil membelek-belek coklat tersebut.
"Aku pun.." balas Ara tapi hatinya dapat mengagak bahawa Deraman mula menyukai Leha.
"Aduh!" Ara mengaduh apabila berasa seseorang telah melanggarnya. Dia segera menoleh. Tasya dan Damia memandangnya dengan jengkel.
"Opss..sorry.." ujar Tasya dengan suara yang sengaja digedik-gedikkan.
"Tasya..did you heard about a very hot news?" soal Damia sambil mengipas-ngipas mukanya dengan kipas kertas kecil. Tasya buat muka terkejut.
"I know! I know! About a wedding, right? Haha! Perkahwinan orang tua..! So funny!" jawab Tasya sambil mengekek ketawa. Ara mula mengepal penumbuknya tapi pantas dihalang Leha.
"I tak boleh bayangkan perasaan orang tu apabila melihat daddynya berkahwin lagi.." tambah Damia sambil menjeling tajam ke arah Ara.
"That woman tu perampas lah kan.." Tasya pula menambah. Tiba-tiba, mereka berdua terjerit. Habis basah kuyup pakaian sekolah mereka disimbah dengan air sabun pengelap lantai. Mereka berdua pantas melihat ke tingkat atas.
"Hoi! Siapa dekat atas tu?! Kurang ajar! Teruk betul! Main curah saja air kat bawah! Hoi!" laung Damia geram. Tasya mula menangis.
Leha ketawa terbahak-bahak. Dia dapat melihat kelibat Deraman dan Irfan di sebalik tiang. Irfan memandang Ara dari atas. Dia juga sakit hati mendengar Tasya menggelar mamanya sebagai perampas. Ketika itu, Irfan dalam perjalanan ke pejabat untuk menghantar buku kedatangan pelajar. Lantas, baldi air yang penuh dengan air sabun terus dihumban ke bawah. Puas hatinya! Ara tersenyum tawar sambil matanya menyampaikan isyarat terima kasih. Itu adalah senyuman pertamanya buat lelaki itu. Irfan turut membalas senyuman itu dan hatinya kali ini benar-benar ikhlas.
"Apa ni teacher? Takkan ni saja kot markah esei saya? Esei saya better lagi dari Budin!" protes Ara tidak puas hati. Budin yang sememangnya tidak pandai mengarang karangan Bahasa Inggeris diberi markah yang jauh lebih baik daripada dirinya. Ini tidak adil! Armawati butakan mata dan pekakkan telinganya. Dia sengaja memberi markah yang sedikit kepada Ara. Perasaan sakit hatinya terhadap Aris masih belum hilang.
"You should be more thankful, Ara! Nasib baik I tak beri you markah kosong!" tengking Armawati. Ara terkejut.
"Teacher tak ada hak nak buat macam tu!" Ara mula menjawab. Armawati mencerlung tajam ke wajah Ara yang persis Ariana itu. Sakit hatinya bertambah pedih.
"Tolong jangan menjawab! You ni mencabar kesabaran saya!" ugutnya. Buku rekod markah dihempas kuat meja. Seluruh isi kelas menjadi diam. Semua pandangan tertumpu ke arah Ara dan guru yang berkebaya labuh itu.
"Saya terpaksa jawab! Maaf lah teacher..tapi saya rasa teacher ni tak bertindak rasional!" bidas Ara yang sememangnya tahu akan perihal gurunya yang ada menyimpan hasrat untuk menggantikan mummynya. Saat itu, baru Ara bersyukur daddynya bertemu jodoh dengan wanita sebaik mama Irfan. Terbeliak mata Armawati mendengar sindiran Ara. Keberanian gadis ini begitu terserlah. Kepetahan kata-katanya banyak diwarisi daripada Ariana. Argh!! Wanita kubur itu lagi!
"Tolong keluar daripada kelas saya!" halau Armawati sambil menunding jari ke arah pintu. Ara terus memeluk tubuh dan membatukandiri di situ.
"Never!".
Panas hati Armawati mendengar Ara menjawab sedemikian. Dia baru sahaja mengangkat tangan untuk menampar gadis itu ketika Irfan meluru masuk ke kelasnya. Dia turut mengajar kelas Irfan mata pelajaran yang sama.
"Teacher! Macam mana teacher boleh bagi saya markah zero? Paper saya hilang adalah tanggungjawab teacher! Mana boleh macam ini! Result mid-year ini penting bagi saya!" adu Irfan tidak puas hati.
"Kalau you nak markah awak tinggi, exam sekali lagi!". Armawati mula merasakan kedudukannya mula goyah dengan kehadiran dua orang pelajar ini. Sebenarnya, dia sengaja membuang kertas peperiksaan Irfan ke dalam tong sampah.
"Tapi, teacher! Saya sudah tak ada masa! Lusa sudah cuti penggal! Esok saya ada latihan khas bola sepak, saya tak masuk kelas esok!" bantah Irfan lagi.
"That’s not my problem!" balasnya.
"It will be yours, teacher! I will call my daddy!" sampuk Ara lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Armawati mula kaget.
"Wait! I will mark again your paper! Irfan..I akan cari your paper..".
Ara tersenyum puas hati. Tahu takut..Leha yang duduk di kerusi belakang mengangkat kedua-dua belah ibu jarinya sambil tersengeh.
Sewaktu pulang dari kelas tengah hari itu, Ara mempercepatkan langkahnya ke arah Irfan yang sudah jauh meninggalkannya. Mulutnya tidak henti-henti mengomel.
"Hoi, Irfan! Tunggu!" jeritnya sambil menggawang-gawangkan tangan. Naik turun nafasnya.
"Kau nak apa? Aku nak cepat ni, aku pergi dulu!" balasnya sambil terus berjalan. Ara mengetap bibirnya yang nipis kemerahan. Sakitnya hati! Macamlah aku nak cakap sangat dengan kau! Perasan!
"Woi, daddy dan mama suruh kita pergi butik lah, bodoh! Pilih baju untuk wedding ni! Kau nak pakai menatang apa kalau tak pergi petang ni?" laung Ara. Geram sungguh dia dengan sikap acuh tidak acuh Irfan itu. Sebenarnya, sejak minggu lepas lagi daddynya berpesan. Mama juga begitu. Sekarang, mereka berdua berada di luar negeri atas urusan kerja. Jadi, mahu tidak mahu, Ara dan Irfan terpaksa mengurusnya sendiri. Abang Aqif dan Abang Alifnya sudah kembali ke luar negara untuk menguruskan beberapa urusan yang belum selesai di sana. Mereka akan balik ke sini sehari sebelum majlis perkahwinan itu.
"Aku busy hari ni! Aku ada latihan bola sepak!" jawab Irfan.
"Amboi, mudahnya jawapan kau! Habis, kau ingat aku tak busy?"
"Hahahahaha! Kau buat apa selain lepak dan merayap? Itu pun dikira busy jugak ke?" sindir Irfan kuat sambil ketawa berdekah-dekah.
Piunngg..!! Tepat sekali balingan Ara! Tapak kasutnya berbekas pada belakang baju Irfan yang putih bersih. Irfan mengaduh beberapa kali. Terkinja-kinja dia membelek belakang badannya.
"Ara!!" tempiknya kuat. Kasut sekolah Ara yang jatuh disisinya terus di capai dan dibaling sekuat hati ke arah Ara.
"Adoi..!" teriak Ilham. Buku yang dipegang guru muda itu terlepas lalu jatuh bertaburan ke lantai. Irfan ternganga. Ah..sudah! Dia cepat-cepat berlari mendapatkan Ilham dan mengutip segala perkakas yang jatuh.
"Eh, cikgu! Sori! Sori! Saya tak sengaja..tak ada niat pun! Saya nak baling kasut ni pada Ara.." tutur Irfan penuh rasa bersalah. Sebal betul perasaannya terhadap Ara. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menggunting rambut Ara yang panjang itu. Siap kau!
"Ara? Mana dia?" ujar Ilham sambil melilau ke kiri dan ke kanan. Sudah lama dia tidak melihat gadis itu. Sejak peristiwa di perpustakaan hari itu, dia tidak pernah melihat Ara lagi. Gadis itu datang ke sekolah tetapi tidak pernah pula berselisih dengannya di mana-mana.
"Dia ada kat sini tadi..aik, mana dia?" Dia pasti Ara sudah melarikan diri.
"Tidak mengapalah..oh, ya..jangan buat macam ni lagi! Tak sopan bagi seorang pelajar yang cemerlang macam awak. Baiklah, saya pergi dulu.." nasihat Ilham sambil menepuk bahu pelajarnya itu.
"Saya faham cikgu.." Irfan mengangguk.
Tet..tet..tet..tet.. Irfan terus meraba poket seluarnya. Telefon bimbit segera dikeluarkan.
1 message received
Jumpa kau dpn rmh aku! Kalau kau tak dtg, aku belasah kau lg truk dr hr tu!
Irfan merengus geram. Kasut Ara segera disumbat ke dalam poket begnya dan dia bergegas pulang.
"Hey..both of you again! Come! Come!" sapa Mr. Alex mesra. Dia begitu gembira melihat Ara dan Irfan lagi. Maklumlah, anak orang kenamaan, setiap kali mereka datang, Alex boleh mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda! Tangan Irfan dan Ara ditarik lembut ke dalam butik pakaiannya yang terkenal itu. Ara tersenyum mesra.
"Kami nak pilih baju untuk majlis itu..so, apa yang latest?" soal Ara sambil melabuhkan punggung di sofa yang disediakan khas buat pelanggan itu. Kacang di dalam balang di atas meja kecil di capai dan dia menyumbat beberapa biji kacang ke dalam mulutnya. Irfan menjelingnya. Tak senonoh betul perempuan ni!! Orang tak jemput duduk, dia duduk! Sudahlah makan kacang tanpa izin! Huh!
"Oh..for wedding ceremony..we have this!" Mr. Alex menyuakan beberapa rekaan terbaru kepada Ara. Irfan turut membeleknya.
"Tapi, kewanitaan sangatlah Mr. Alex!" rungut Ara sambil menolak rekaan tersebut. Dress tanpa lengan yang sarat dengan labuci di bahagian dada itu memang menarik tetapi tidak kena dengan jiwanya yang lasak.
"It’s okay..kalau you don’t like that one..we also have this..". Kali ini dia menyuakan pula dress berwarna merah separa lutut dengan bahagian bawahnya beropol-ropol. Ara mencebik.
"No! Tak ada rekaan seluar ke?" soalnya selamba. Terjungkit kening Alex mendengar soalan sebegitu. Ketawa Irfan meletus.
"Oi, lembap! Mana ada orang pakai seluar pergi majlis wedding kat hall yang mewah macam ni! Kolot betul!"
"Eh, suka hati aku lah! Aku tak suka pakai dress..so, what? Ini negara demokratik kan?" balas Ara. Irfan ketawa lagi.
"Sebut pun tak betul..demokrasi lah bengap!".
"Cut! Cut! Cut! It’s okay..be patient.." Alex cuba menyabarkan mereka berdua. Bimbang juga kalau-kalau mereka bergaduh lagi.
"Mr. Alex, saya nak pilih design yang satu set dengan dress merah dekat hujung tu!" beritahu Irfan sambil menunding jari kea rah satu rekaan baju yang separuh siap. Ara turut memandang ke arah yang ditunjukkan.
"Ooo..yang itu? Tapi belum siap maa..tapi itu eksklusif punya!" Alex segera membawakan rekaan itu kea rah Ara dan Irfan.
"Aku cabar kau pakai dress tu!" ujar Irfan sambil mendekatkan dirinya dengan Ara yang tingginya menyamai hidung Irfan. Bergetar juga jantungnya ketika tercium haruman minyak wangi Ara yang lembut dan menggoda itu.
"Kau sajalah yang pakai! Kenapa aku pulak?" balas Ara sambil menolak tubuh Irfan supaya menjauhinya.
"Well, yelah..aku tengok kau ni macam jantan!"
"Oit, tak sayang mulut ke? Karang aku sumbat mulut kau dengan benda ni baru tahu!" marah Ara sambil menunjukkan kaca berisi kacang.
"Cantik woo..Ara! Sesuai untuk kamu..tapi ambil masa juga untuk siapkan ini punya baju" ujar Alex sambil meletakkan rekaan tersebut ke tubuh Ara yang hanya berseluar pendek dan bert-shirt kolar bulat yang ketat.
"Baik! Aku sahut cabaran kau! Tapi, belanja aku makanan Jepun seminggu!"
"Set!!" balas Irfan. Dia tidak yakin Ara akan memakai dress merah yang mempunyai potongan yang agak seksi di bahagian dada itu. Dress yang sarat dihiasi labuci dan manik kelihatan berkilau apabila terkena cahaya lampu.
"Bila mahu pakai?" soal Alex cemas.
"Next week!" jawab Irfan dan Ara serentak. Setelah menyedari bahawa mereka berkata serentak, kedua-duanya merengus dan berpaling ke arah lain. Alex menggaru-garu kepalanya.
"Aduh, tak sempat! Paling cepat pun dua minggu lagi! Haiyaa..!"
"Alah.. I bayar double for that dress!" tegas Irfan. Ara menampar lengan Irfan. Kos dress itu sebelum digandakan sudah menjangkau hampir sepuluh ribu, apatah lagi bila digandakan!
"Aku ni lelaki budiman, tahu! Aku hadiahkan kau dress tu! Sebagai tanda selamat datang, kau kan bakal jadi adik aku! Haha!" Ara mencebik. Tiba-tiba dia teringat akan latar belakang Irfan yang kaya-raya itu. Dalam usia semuda itu, Irfan sudah memiliki syarikat dan perniagaan resortnya yang tersendiri. Tapi, semuanya masih diuruskan oleh Cherrie sementara Irfan menghabiskan zaman persekolahan. Kata-kata bakal mamanya terngiang-ngiang di telinganya.
"Nak buat macam mana, minatnya lebih ke arah itu. I think Bisness Administration is the best choice for him to further his studies whether local or overseas’’
"So, Mr. Alex, macam mana? Kalau tak boleh, we all cari another designer" ulang Irfan. Ara hanya mendiamkan diri.
"Okay..okay..I try.."
"Tahniah..Aris!" ujar Johan sambil berjabat tangan dengan Aris. Tidak sangka sahabatnya itu akan berkahwin lagi. Seketika, dia terkenang akan Ariana yang juga merupakan sepupunya. Majlis perkahwinan Aris kali ini memang mewah dan meriah.
"Isteri yang mana?" seloroh Johan. Ketawa mereka berdua meletus.
"Isteri aku kat sana, dekat Ara..wah, lawa anak dara kau!" puji Johan sambil matanya tidak lepas memandang susuk tubuh Ara yang menggiurkan itu. Warna merah menaikkan lagi seri anak dara Aris yang berkulit putih bersih.
"Sudahlah tengok anak aku tu.." Aris mengalihkan pandangan Johan dengan menghulurkan segelas air.
"Tapi, betullah Ris..lawa! Marvellous! Sebelum ni nampak keras saja.."
"Semuanya gara-gara Zarith Irfan.." luah Aris sambil ketawa kecil. Teringat peristiwa Ara menjerit pagi tadi kerana malu berpakaian begitu. Semua isi rumah banglo mewah tiga tingkat itu menerpa ke arah Ara. Aqif yang masih mamai bagaikan tercabut biji matanya sebaik melihat adik ‘lelaki’nya berpakaian begitu. Alif yang selama ini suka mengkritik tersenyum sambil mengakui adiknya kelihatan menarik berpakaian begitu. Alex disisinya turut ketawa sambil tidak henti-henti memujuk gadis itu dengan mengatakan dirinya cantik. Ara menggeleng-geleng kepala sambil menjerit bahawa dia malu!
"Zarith Irfan? That young boy..ahaa..Pemilik resort dekat Pulau Pangkor tu?" soal Johan sambil cuba membayangkan wajah lelaki itu. Aris mengangguk. Dia bangga dengan Irfan.
"Itu pun dia.." tunjuk Aris. Zarith Irfan yang segak berkot kebetulan menoleh ke arah Aris. Dia mengangkat tangan. Aris membalas lambaiannya. Johan meneliti Irfan lama.
"Kacak anak tiri kau, Ris. Tegap betul badan..muka pun tampan..tapi, apa kaitannya dengan Ara pula?" tanya Johan sambil matanya tidak lepas memandang Irfan yang asyik berborak dengan Cherrie dan kawan-kawannya.
"Kacak kan? Sebenarnya, Ara dan Irfan tak ubah macam anjing dan kucing. Pantang bertemu, bergaduh saja kerja diorang. Aku dan Cherrie pun bingung. Kau tahu, diorang pernah ditangkap bergaduh dekat school. Sudahlah di library..siap bergomol lagi! Lasak anak aku! So, Irfanlah yang cabar Ara pakai dress tu..".
"Iya..ganas juga si Ara tu..tak sangka dengan lelaki pun dia hentam juga! Maunya tersembul biji mata budak tu melihat si Ara hari ni.." Aris dan Johan ketawa lagi.
"Ara!!" tempik Leha sambil berlari mendapatkan Ara. Mereka berpelukan seperti tidak pernah bertemu untuk beberapa tahun, padahal hampir setiap hari mereka menghabiskan masa bersama. Cuma kebelakangan ini sahaja mereka jarang berjumpa kerana Ara sibuk menguruskan perkahwinan daddynya. Leha memuji tindakan daddy Ara yang meminta anak-anaknya sendiri yang menguruskan perkahwinannya kerana perkara itu boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping mengajar anak-anaknya berdikari dan bercampur dengan dunia luar.
"Wah, kau ni puteri dari kayangan mana?" soal Ara sambil memandang Ara atas dan bawah. Sahabatnya kelihatan begitu anggun dengan rambutnya yang disanggul tinggi serta aksesori emas putih yang dikenakannya. Mekap yang sederhana tebal menyerlahkan lagi kejelitaan Ara yang sedia terserlah.
"Mengarutlah kau ni! Kau ada nampak Irfan tak?"
"Heks..tiba-tiba tanya pasal mamat tu kenapa? Ada something wrong ke ni?" usik Leha sambil mencuit pinggang Ara yang ramping itu.
"Tak ada apa-apalah, betina!" marah Ara sambil menarik telinga Leha yang kelihatan sarat dengan anting-anting yang labuh.
"Hey, Ara! Kenapa tarik telinga Leha macam tu?" suara Abang Aqifnya tiba-tiba. Ara pantas melepaskan telinga Leha.
"Hello.." sapa Aqif mesra. Leha tersipu-sipu. Pipinya yang cerah kelihatan merah apabila malu. Leha yang memakai dress ketat berwarna hitam kelihatan lebih matang dari usianya yang sebenar. Leha kelihatan menarik dengan rambutnya yang ikal mayang diluruskan dengan teknik rebonding.Ara berasa ketawanya ingin pecah.
"Aku pergi cari Irfan dulu!" Ara sengaja meninggalkan mereka berdua. Dari jauh, dia dapat melihat Irfan sedang berborak-borak dengan Deraman atau nama sebenarnya Syed Abdul Rahman Iqbal yang juga berkot.
"Fulamak..beb! Kau tengok tu, Fan! Wow..!! Tengoklah cepat!" Deraman memusingkan badan Irfan ke belakang. Irfan ternganga.
"So, macam mana?" soal Ara sambil memusing-musingkan tubuhnya di depan Irfan. Lelaki itu hanya meneguk air liur. Deraman tidak henti-henti memuji Ara sambil mengambil gambar Ara dengan kamera telefon bimbitnya.
"Ok..macam yang kita janji.." sahut Irfan perlahan. Dalam diam dia mengakui Ara sememangnya seorang gadis yang sangat jelita. Dia curi-curi memandang wajah Ara ketika gadis itu seronok melayan Deraman mengambil makanan.
"Jom ambil gambar! Kita tak pernah ada gambar lagi kan?" ajak Deraman sambil merapatkan mukanya ke wajah Ara. Klik..bunyi kamera telefon bimbit Deraman. Irfan menoleh ke arah lain. Tiba-tiba dia berasa cemburu.
"Eh, aku nak korang pulak yang ambik gambar! Adik-beradiklah katakan..cepatlah!" gesa Deraman sambil menolak Irfan ke arah Ara. Bahu Irfan terkena dada Ara yang agak terdedah. Kedua-duanya tersentak.
"Eh, sorry..sorry.." spontan kata-kata itu keluar dari bibir Irfan. Ara mengetap bibir. Malunya dia saat itu hanya tuhan yang tau! Nasib baik Deraman tidak perasan!
"Rapatlah sikit..senyum! Senyum!" Deraman tidak henti-henti mengarah Irfan supaya merapati Ara tetapi lelaki itu hanya kaku. Ini adalah kali pertama Irfan mengambil gambar dengan seorang perempuan secara berdua.
"Nah, ambik kau! Jual mahal! Cepat Deraman!" tengking Ara lalu memeluk pinggang Irfan yang kemudiaanya secara perlahan turut meletakkan tangan di pinggang gadis itu. Klik!! Deraman tersenyum puas.
"Eh, Deraman!" terpancul nama itu di bibir Leha sebaik terpandangkan lelaki yang berwajah ala-ala Arab itu. Aqif mendongak. Pinggan makanannya ditolak ke tepi. Leha dipandang lama ingin meminta penjelasan.
"My friend" ringkas sekali jawapan Leha. Aqif mengangguk sambil memandang Deraman yang mula melangkah ke arah mereka setelah digamit oleh Leha tadi.
"Hello..my dear Leha! Haha!" sapa Deraman. Mereka berjabat tangan sambil bertepuk-tampar. Aqif mendehem beberapa kali. Dia tidak senang melihat cara Deraman memandang Leha.
"I’m Aqif". Dia menghulurkan tangan. Deraman merenung Aqif lama sebelum menyambut salam lelaki itu.
"Syed Abdul Rahman Iqbal..Deraman je..". Kali ini giliran Deraman memperkenalkan diri. Suasana menjadi beku seketika.
"Oh, ya! Jom, Leha! I dah janjikan nak tunjukkan you gambar I dekat Wellington..Jom!" Aqif menukar suasana. Tangan Leha dicapai dan gadis itu kelihatan terkejut. Deraman memandang kedua-duanya.
"It’s okay..kau pergilah Leha. Malam ni aku call kau..". Leha mengangguk dan melambai Deraman yang memandang sayu ke arah mereka berdua.
Malam itu, Aris mengadakan mesyuarat keluarga. Cherrie dan Irfan sudah berpindah masuk ke rumahnya semalam. Ara merungut kerana bilik Irfan berhadapan dengan biliknya. Dia merayu supaya daddynya meletakkan bilik Irfan di tingkat bawah tetapi dibangkang oleh Alif kerana bilik di aras satu adalah bilik orang gaji mereka.
"Hari ini, kita telah sah menjadi sebuah keluarga" ujar Aris sambil menggengam tangan Cherrie. Alif, Aqif, Ara dan Irfan hanya mengangguk.
"Mama harap kita akan saling menyayangi..tiada istilah anak tiri bagi mama" tambah Cherrie sambil menyentuh pipi Ara. Ara membalas senyuman mamanya dengan mesra.
"Oh, ya..Alif lupa! Alif akan balik UK malam esok.." cetus Alif.
"Kenapa cepat sangat?" pintas Cherrie sambil disokong oleh Aris.
"Ada masalah ke?" tanya Aris pula.
"Bukan masalah daddy..awek dia sakitlah daddy! Sakit rindu!" sampuk Aqif. Alif segera menekup mulut adiknya itu.
"Oh..faham..biasalah anak muda. Mana tahan duduk berjauhan.." kata Cherrie sambil tersenyum manis. Muka Alif mula memerah. Ara mencebik. Perempuan manalah yang malang jatuh cinta pada abangnya itu?
"Hoi, kenapa buat muka hodoh macam tu? Dengkilah tu!" sindir Alif apabila terpandangkan perbuatan Ara. Ara terus menjelir.
"Ara! Tak manis tahu buat macam tu! Malu sikit pada Irfan!" nasihat Aris sambil menepuk bahu Irfan.
"Tak apalah daddy..saya dah biasa dengan perangai dia.." balas Irfan sambil menjeling sekilas ke arah Ara. Dia tidak berani memandang wajah Ara lama-lama.
"Daddy dan mama akan fly ke Paris esok. Kami akan honeymoon kat sana dalam seminggu. Then, kami berdua akan ke Dubai untuk uruskan projek pembinaan anak syarikat kat sana. Adalah dalam seminggu. Jadi, Aqif sajalah yang jaga Ara dan Irfan, boleh?" tanya Aris.
"Tapi, Aqif nak ke Bali dengan member esok. Minggu depan baru balik."
"Habis tu macam mana ni?" soal Cherrie. Dia bimbang meninggalkan Ara dan Irfan berdua. Buatnya mereka bergaduh macam hari itu bagaimana?
"Alah, tahulah Ara jaga diri!" suara Ara tiba-tiba. Dia benci akan sikap ahli keluarganya yang masih menganggap dia seperti kanak-kanak kecil.
"Betul tu daddy..lagipun, bibikkan ada.." Irfan menyokong Ara.
"Oh, ya tak ya jugak! Lupa pula daddy..tapi, baik..kalau daddy dapat laporan yang kamu berdua bergaduh lagi, siaplah! Ara, daddy akan tarik your credit card!"
"And for Irfan..mama akan rampas balik your car!"
"Baik..kami faham.."
"Woi, Irfan! Bangunlah! Hoi, kau dengar tak! Bangunlah! Pemalas betul!" Ara menyepak pintu bilik Irfan berkali-kali. Hari ini, sudah genap dua hari mereka ditinggalkan berdua. Bibiknya masih belum pulang dari pasar. Ara berasa lapar. Dia ingin memasak maggi tetapi takut untuk membuka api di dapur. Pengalaman buruknya ketika kecil benar-benar memberi kesan sehingga ke hari ini. Muka Ara hampir disambar api ketika Aqif membuka api dapur untuk memasak maggi ketika ketiadaan bibiknya. Sejak itu, Ara tidak pernah mendekati api.
"Huargh..!! Apasal?" ujar Irfan mamai sambil menguak pintu bilik. Dia menggeliat sambil menguap beberapa kali. Ara berasa malu melihat Irfan yang hanya berseluar tidur dan tidak berbaju itu.
"Bangunlah, lembap! Aku laparlah! Tolong aku buka api dapur, nak buat maggi!"
"Kenapa aku pulak? Suruhlah bibik..mana dia?" Irfan menggeliat lagi sambil mengangkat tangannya ke atas. Kemudian dia menggaru-garu kepalanya.
"Tak senonoh betullah kau ni! Cepatlah! Bibik tak ada! Tak balik lagi dari pasar! Cepatlah! Karang aku tumbuk kau!" ugut Ara sambil menarik lengan Irfan supaya mengikutinya ke dapur.
"Hek’eleh..benda senang macam ni pun tak reti nak buat! Hah..pulas saja lah! Bengap! Haha!" Irfan terus memulas api dapur. Sebaik api menyala, Ara terus menutup muka. Irfan ketawa berdekah-dekah.Tidak lama selepas itu, baru dia membuka kedua-dua tangannya. Irfan memandangnya dengan pelik. "Takut benar dia ni dengan api.." desis hatinya.
Ara tersenyum lega. Ara tidak selesa dengan pandangan Irfan terhadapnya.
"Okeh, thanks! Dah..dah! Blah! Kau boleh pergi!" Ara menolak Irfan ke biliknya semula.
"Mana aci! Kedekut! Mana boleh kau makan sorang! Aku pun nak jugak! Tak kira! Kita kena bahagi sama adil!" Irfan terus duduk di kerusi makan. Ara mengetuk kepala Irfan dengan senduk.
"Adoi..!"
"Mengada-ngada! Yelah..tapi pergi mandi dulu! Busuk! Pengotor!"
"Yes! Tunggu aku tu!" Irfan tersengeh lalu terus berlari ke tingkat atas.
Hazrul memberhentikan motornya di depan banglo Ara. Dia membuka cermin topi keledarnya. Di hadapannya, tersergam sebuah banglo tiga tingkat. Dia pasti, ini adalah kediaman Ara. Hatinya begitu mengagumi kemewahan dan kehebatan banglo tiga tingkat itu. Dia memandang sekeliling.
"Sunyi sahaja.." bisiknya. Hazrul menyeluk saku jaket kulitnya lalu mengeluarkan sesuatu. Seutas keychain berbentuk pari-pari digoyang-goyang dengan lembut. Dia melihat keychain itu sekali lagi. Sayap pari-pari itu menyala dan bersinar apabila digoyang begitu. Hazrul tersenyum pahit. Mampukah benda seindah ini mengembalikan senyum pada bibir gadis itu? Berduyun-duyun perasaan bersalah menerjah ke kalbunya.
Sementara itu, Ara sedang sibuk mengacau maggi di dalam periuk. Dia memotong kubis lalu membubuhnya ke dalam periuk masakannya. Seketika kemudian, dia berlari pula mendapatkan teko dan membuat air milo. Sementara menunggu magginya masak, Ara mengemas apa yang patut. Dia mengutip plastic maggi dan membuangnya ke dalam tong sampah.
"Alamak, dah penuhlah! Ni mesti bibik lupa buang sampah lagi!" Ara menyumbat juga plastic maggi ke dalam tong sampah itu. Kemudian, dia terus mengikat plastic tong sampah dan menyalinnya dengan plastic baru.
"Rajin nampak.." sapa Irfan sambil menarik kerusi lalu duduk.
"Aku tak macam kau! Pemalas! Eh, janganlah makan lagi! Tunggu aku! Aku pergi buang sampah kat luar dulu! Jangan makan lagi Irfan!" jerit Ara sambil membimbit plastic sampah ke luar rumah.
"Tahulah..cepatlah!" jerit Irfan pula sambil mencedok maggi ke dalam mangkuk.
Ara sedang menyarung sepatu ketika terdengar seseorang menyebut namanya.
"Ara.." panggil Hazrul sebaik terpandangkan Ara. Ara mengangkat muka. Plastik sampah terlepas dari tangannya. Hazrul?
"Tak apa..biar abang tolong.." Hazrul mengangkat plastic sampah itu lalu membuangnya ke dalam tong besar di sisi pagar utama. Ara hanya membiarkan perbuatan Hazrul itu.
"Kau buat apa depan rumah aku?" soal Ara kasar. Hazrul merenung Ara dengan lembut.
"Abang nak bagi Ara benda ni.." ujar Hazrul sambil meletakkan keychain itu di atas telapak tangan Ara.
"Abang still rasa bersalah terhadap Ara. Abang minta maaf sekali lagi"
"Argh! Boleh blahlah! Sudahlah..ambil balik menatang ni! Aku tak nak!" Ara menyumbat keychain itu ke dalam jaket Hazrul.
"Please Ara..abang still sayangkan Ara.." rayu Hazrul.
"Abang..abang! Gelilah! Eh, bila masa kau jadi abang aku, ha? Sudahlah..baliklah..nanti mengamuk pula family kau!" Ara menepis tangan Hazrul yang ingin menyentuh pipinya. Hazrul nekad. Sekalipun keluarganya menentang, dia tetap ingin memiliki gadis ini walaupun terpaksa menggunakan kekerasan.
"Ara sayangkan abang lagikan..mengaku je.." desak Hazrul lagi. Ara mencebik. Geram dia melihat Ara berbuat begitu. Ikutkan naluri kelakiannya, mahu sahaja diciumnya bibir nipis kemerahan itu. Hazrul terus mencengkam lengan Ara.
"Tak nak..selagi Ara tak bagi tahu abang yang Ara masih sayangkan abang..abang takkan lepaskan Ara..come on..". Ara menggeliat beberapa kali. Tenaga lelaki Hazrul ternyata lebih kuat dari apa yang disangkanya. Memang betul dia menyayangi Hazrul hampir separuh mati! Tapi itu dulu! Sekarang, perasaannya ternyata hambar! Saat ini, apa yang dia tahu, dia amat membenci lelaki itu! Setelah putus hari itu, Hazrul tidak berhenti mengganggunya. Apabila ditolak, Hazrul akan melenting. Baru Ara tahu bahawa Hazrul sebenarnya seorang yang agak panas baran. Kata-kata Leha kembali mengetuk gegendang telinganya.
"Eh, Ara! Kau tahu Hazrul buat apa lepas kau tolak ajakannya ke KFC petang tadi?"
"Buat apa?"
"Dia sepak meja guru sampai patah kaki!"
"Hah? Padan muka dia!"
"Bukan kaki dia! Tapi, kaki meja! Panas baran juga mamat nerd tu.."
"Ara!! Lembaplah kau ni! Buang sampah pun lama! Karang aku makan sampai habis maggi ni baru kau tahu! Cepat!" laung Irfan dari dalam rumah. Hazrul segera melepaskan pegangannya. Dalam hati, Ara berterima kasih terhadap Irfan.
"Sorry.." ucap Hazrul sambil memandang lengan Ara yang berbekas merah. Ini adalah kali pertama Hazrul melihat Ara berpakaian t-shirt tanpa lengan. Dia ingin menggosok lengan gadis itu tetapi segera ditepis.
"Tahi kucing kau sorry!" Ara mengherdik lalu berlari masuk ke dalam rumah. Pintu rumah dihempas sekuat hati sehingga Irfan yang sedang minum air milo tersembur.
"Oi, gila apa!" marah Irfan sambil menyapu bajunya yang kotor akibat terkena air milo. Seketika kemudiaan, Ara mendengar bunyi motosikal yang sengaja ditekan minyaknya beberapa kali sebelum memecut laju. Hazrul pasti mengamuk lagi! Ara menyumpah-nyumpah di dalam hati.
Deraman berlari mendapatkan Leha yang duduk bersandar di bawah pokok. Gadis itu melambai sebaik terpandangkannya.
"Oi, busy ke?" seloroh Deraman sambil mengambil tempat di sisi gadis itu padahal dia sudah melihat gadis itu hanya duduk-duduk sahaja. Mereka sama-sama membuang pandang pada rakan-rakan yang sibuk membuat latihan sukan di padang.
"Lama betul aku tak berborak dengan kau.." Deraman memulakan perbualan. Dia menguis-nguis rumput di hujung kakinya.
"Kita sama-sama busy.." dalih Leha yang mula menyedari bahawa dia lebih banyak menghabiskan masa bersama Aqif sekarang.
"Kau tu yang ada kawan baru.." ucap Deraman perlahan. Hatinya menjadi sedih. Dia tidak mampu menandingi Aqif yang jauh lebih tampan berbanding dirinya.
"Perasaan kau saja.." balas Leha. Tapi, dia mengakui dia mula menyayangi abang Ara itu. Sikap Aqif yang romantik dan selalu mengambil berat akan dirinya benar-benar membuai jiwa mudanya.
"Aku harap kau akan ingat aku, Leha!" beritahu Deraman sambil merenung mata Leha. Leha hanya ketawa.
"Apalah kau ni..! Mestilah aku ingat kau! Kaukan kawan aku! We are friends sampai bila-bila!" Leha memeluk bahu Deraman yang hanya tersenyum paksa.
"Ha..itu pun Ara! Aku chow dululah..kitorang nak warming up!" Leha menepuk bahu Deraman lalu berlari mendapatkan Ara di hujung padang. Deraman mengesat air mata yang bertakung di hujung matanya. Dia sendiri tidak faham jiwanya begitu mudah tersentuh kebelakangan ini.
"Come on, girls!! Hurry! Lari satu pusingan lagi!" teriak Ilham selaku jurulatih pasukan hoki sekolah. Ara yang masih mengikat tali kasut, dipandang penuh geram.
"Ara! Awak buat apa lagi tu? Lama betul ikat tali kasut! Lembap!" laung Irfan sambil menyembunyikan wisel berulang-ulang kali. Ara memandang Ilham geram. Lembap? Amboi, berani dia panggil aku macam tu! Selain Irfan, tiada siapa yang berani memanggilnya begitu! Kau akan menyesal Encik Ilham!
"Ha..cepatlah! Lari! Stamina! Stamina!" teriaknya lagi. Ara cepat-cepat berlari menyertai pasukannya yang sedang membuat larian mengelilingi padang sekolah. Sambil berlari dia curi-curi memasang MP 3 ke telinganya.
"Weh, Laila! Sejak bila Cikgu Ilham jadi coach team kita? Aku tak tahu pun?" soal Ara. Bahu gadis yang kurus sekeping itu dicuit.
"Sejak last week..mana kau pergi? Tak turun practise pun! Gantang dah bising-bising tahu!" beritahu Laila. Gantang merupakan gelaran pelajar perempuan untuk Cikgu Ilham. Dalam bahasa Indonesia, perkataan itu bermakna kacak.
"Iya? Benci aku!" dengus Ara sambil mencemuh Ilham. Eh, alamak! Dia nampaklah! Mampus! Ara terus berpura-pura melambai Leha yang sedang berlatih bola baling.
"Ara Ariani Aris!!" jerit Ilham. Dia menggamit Ara supaya mendekatinya. Ara berpura-pura tidak faham.
"Awaklah! Cepat! Lari sikit!" arah Ilham tegas. Sebaik Ara menghampirinya, dia terus merampas MP 3 di telinga Ara. "Lain kali, sewaktu latihan, please be more serious! Awak jangan ingat dengan kedudukan awak sebagai anak orang kenamaan, maka awak boleh berbuat sesuka hati!" marah Ilham kuat. Beberapa orang ahli pasukan bola menoleh ke arah mereka berdua.
"Saya tak pekak lagilah! Cakap slow-slow tak boleh ke?" tengking Ara balik. Ilham terkejut. Budak ni!!
"Baguslah kalau awak tak pekak. Jadi, awak boleh dengar dan faham apa yang saya beritahu" sindir Ilham.
"What ever!!" tempik Ara lalu berlari menyertai pasukannya. Huh, dia ni! Ilham menyimpan MP 3 milik gadis itu di dalam kocek seluarnya.
"Irfan! Irfan! Handset kau! Ada orang call ni!! Cepatlah..dah dua kali orang ni call kau!!" laung Budin sambil melayang-layangkan telefon bimbit Irfan ke udara. Irfan yang sedang memberi tunjuk ajar cara menangkis bola kepada Deraman segera menoleh kepada Budin yang berdiri di hujung padang.
"Jawab sajalah! Tanya siapa, apa dia nak.." laung Irfan pula. Dia sebenarnya malas berlari ke tepi padang semata-mata untuk menjawab panggilan telefon. Budin mengikut arahan Irfan. Dia bercakap seketika kemudian melaung lagi.
"Bibik kau, Irfan! Emergency!!"
Hah, kenapa pula ni? Ada apa-apa yang tak kena ke? Tiba-tiba dia teringat akan orang tuanya. Daddy dan mama! Irfan tergocoh-gocoh berlari lalu merampas telefon di tangan Budin.
"Hello, bik! Kenapa? Ada masalah apa kat rumah? Daddy dan mama ada apa-apa ke?" soalnya bertubi-tubi.
"Nnggak..nnggak pak Irfan. Pak Aris sama Ibu Cherrie biasa-biasa aja. Soalnya..suami bik lagi tenat di kampung. Bik harus pulang ke Jakarta sekarang juga! Aduh, gimana ni pak Irfan? Bik takut sama kalian berdua! Nanti kalian sorang lagi!"
"Oh, ingat apa tadi! Takziah ya, bik! Tak apa, bik balik dulu. Irfan dan Ara tahulah jaga diri..bik tak payahlah risau, ya? Gini, bik ambillah cuti seminggu! Irfan izinkan. Erp, Ara dah tahu belum pasal ni?"
"Belum..dong! Bik calling-calling tapi nnggak dijawabnya. Nanti kamu ngomong sama dia, ya. Kamu jaga Ara baik-baik ya? Permisi..assalamualaikum"
"Iya..iya..waalaikumussalam..". Irfan mengeluh. Aduh, mampus! Teruk aku kali ni! Ara tu susah dijaga! Sudahlah degil! Buatnya dia mahu keluar malam sampai dinihari macam mana? Tidak tenanglah hidup aku selepas ini! Huargh!! Abang Aqif pun satu! Tiba-tiba sahaja kena balik Wellington! Kali ini hanya tinggal mereka berdua sahaja! Araaaaa!!!!
Ara menghempaskan tubuhnya ke katil. Dia menggeliat sambil membuat senaman ringkas. Tubuhnya benar-benar letih. Matanya beralih pada buku yang menimbun di atas meja. Homework! Dia mendengus geram. Tak apa, cuti panjang lagi! Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Mungkin terkena hujan petang tadi. Keletihan latihan hoki petang tadi masih terasa sehingga kini. Ilham benar-benar menderanya kali ini. Dia dihukum lari mengelilingi padang tujuh kali akibat kesalahan memukul bola sehingga terkena dahi guru itu. Sebenarnya dia sengaja! Padan muka! Benjol dahi guru itu. Nasibnya baik kerana hujan turun dengan tiba-tiba. Lebat pula lalu memaksa Ilham supaya menamatkan latihan pada petang itu. Ara hanya sempat berlari satu pusingan padang. Ara tersenyum apabila teringat peristiwa dia mengajak Irfan mandi hujan tetapi lelaki itu terus menolak. Setelah dicabar, Irfan terus menyertainya yang tengah seronok berlari dalam hujan. Mereka berlumba lari balik ke rumah dalam keadaan hujan lebat. Dia suka melihat Irfan yang terketar-ketar kesejukkan sehingga bibirnya menjadi biru! Kepala Ara kembali berdenyut-denyut. Dia baru hendak melelapkan mata apabila terdengar pintu biliknya diketuk. Perlahan sekali sehingga Ara tidak mampu mendengarnya lagi. Dia bingkas bangun lalu menyarung baju tidur ke tubuhnya yang hanya bersimis nipis.
"Apass.." belum sempat Ara bertanyakan soalan, Irfan sudah jatuh ke pangkuannya sebaik dia membuka pintu. Disebabkan tidak dapat mengimbangi badan dan beban yang ditanggungnya, Ara turut jatuh terduduk ke lantai dengan Irfan yang sudah terkulai tidak sedarkan diri di ribanya. Rasa mengantuknya terus hilang.
"Irfan! Kenapa ni?! Irfan!" soal Ara cemas sambil menepuk pipi lelaki itu. Ini adalah kali pertama Ara melihat wajah Irfan secara dekat.
"Kau jangan nak bergurau, Fan! Bangun! Wei!! Bangun!" Ara menggoncang-goncangkan tubuh Irfan beberapa kali. Lelaki itu masih tidak bergerak. Ara cuba bangun tetapi Irfan terlalu berat. Dia menyentuh pipi lelaki itu. Panasnya! Irfan demam?
"Fan..bangunlah.." Ara mula hendak menangis. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Ini adalah kali pertama Ara menghadapi situasi seperti ini seorang diri. Hujan turun dengan lebatnya di luar sana. Bunyi guruh berdentum menakutkan Ara. Kilat yangsesekali muncul mendebarkan lagi jiwanya yang seperti ingin pecah. Angin yang bertiup kencang seperti suara hantu yang sedang mengilai dan mengusiknya yang sedang ketakutan.
"Irfan.." rayu Ara lagi. Dia mengangkat kepala lelaki itu dan meletakkannya perlahan-lahan ke lantai. Ara bangun dan memandang ke sekeliling. Perkara pertama! Apa yang perlu aku buat? Angkat Irfan ke katil! Dia lansung menerpa ke arah Irfan.
"Beratnya.." Ara memapah Irfan ke katilnya. Aku bagi muka sebab kau sakit kali ni, Irfan! Lain kali, jangan harap kau dapat masuk ke bilik aku! Ara membaringkan Irfan di katilnya. Gebar selimutnya ditarik sehingga menutupi dada Irfan. Dahi lelaki itu disentuh dengan belakang telapak tangannya. Lama.
"Alamak, badannya makin panas.." bisik Ara. Wajah Irfan ditenung penuh simpati. Wajah Irfan merah. Mungkin disebabkan suhu badannya yang agak tinggi. Baru dia teringat pesanan mamanya sebelum berangkat hari itu. Katanya, Irfan mudah jatuh sakit kalau terkena hujan. Ara mula berasa bersalah. Jadi, apa yang perlu aku buat? Ara baru teringat bahawa mereka masih belum makan malam lagi. Ara bergegas ke dapur. Sebelum itu, dia singgah dahulu di aras dua. Dia memberanikan diri menyelongkar kotak First Aid yang terletak di bilik hujung. Botol panadol dicapai dan dia mencicit lari sebaik terdengar bunyi guruh.
Selepas hampir sepuluh minit, Ara kembali ke biliknya sambil menatang segelas susu dan semangkuk bekas berisi makanan. Botol panadol diletakkan dalam poket baju tidurnya.
"Irfan..bangun..aku bawakan kau ubat..bangunlah.." gesa Ara lembut. Irfan bergerak sedikit. Ara mengeluh lega tetapi tidak lama selepas Irfan tidur lagi. Dia memapah lelaki itu bangun dan menyandarkannya di kepala katil.
"Tekak aku sakit.." adu Irfan sambil meramas tangan Ara. Mata Irfan merah dan bibirnya mula pucat.
"Minum susu. Ubat demam aku hari tu sudah habis. Tinggal panadol saja. Nah, aku tolong kau!". Ara menyuapkan panadol ke mulut Irfan dan lelaki itu pantas mencapai gelas susu di sisi katil.
"Pahit.." luahnya lagi. Ara hanya memerhatikan Irfan menghabiskan susu hasil tangannya yang pertama. Berkerut-kerut dahi lelaki itu.
"Sorrylah Fan..aku tak pandai buat bubur nasi. Aku buatkan kau maggi. Tapi, tak pedas macam hari tu..kau makan dulu, ek?" Ara menghulurkan mangkuk maggi. Irfan memandangnya sambil meminta simpati.
"Aku suapkan kau.." balas Ara setelah memahami maksud Irfan. Baru sahaja beberapa sudu, Irfan sudah terbatuk-batuk.
"Kenapa? Pedas ke? Irfan! Kenapa ni?" soal Ara cemas apabila batuk Irfan semakin kuat. Terbongkok-bongkok lelaki itu menahan batuk. Mangkuk maggi diletakkan kembali di atas meja. Dia menepuk belakang Irfan.
"Nak muntah.." beritahu Irfan sambil cuba bangun. Ara menjadi kalut.
"Tahan kejap! Tahan tau! Habislah bilik aku! Irfan tunggu! Aku pergi buka pintu bilik air!" Ara menjadi nanar. Pintu bilik air yang sedikit terbuka terus ditendang. Dia mengheret Irfan ke bilik air. Lelaki itu terus menghamburkan segala isi perutnya ke sinki di bilik air Ara. Ara memejamkan matanya sebaik lelaki itu muntah. Dia menyandarkan kepalanya di kepala Irfan.
"Sudah?" soal Ara sebaik lelaki itu membasuh mulutnya. Irfan mengangguk dan Ara memapahnya lagi ke katil. Susah betullah jaga orang demam ni! Banyak betul karenahnya! Irfan membaringkan tubuh ke katil lalu tidur. Ara mengeluh lega. Tiba-tiba, dia pula bergegas ke bilik air dan muntah. Sejak dahulu lagi Ara tidak boleh melihat orang muntah. Dia juga akan turut muntah.
Malam itu, Ara terpaksa bersengkang mata menjaga Irfan. Terketar-ketar tangannya sewaktu mengelap tubuh lelaki itu dengan kain basah. Dia menukar lagi tuala kecil yang diletakkan di dahi Irfan. Setelah membasahkannya dengan air, dia meletakkan kembali tuala itu di dahi Irfan. Gadis itu cuma tidur ayam kerana kerap juga Irfan meracau dan merapu yang bukan-bukan di dalam tidur. Akhirnya, setelah hampir subuh, Ara terlelap di sisi Irfan dengan tuala yang digunakan untuk mengelap tubuh Irfan.
Jam menunjukkan angka sembilan pagi. Cahaya matahari mula menembusi cermin tingkap yang masih terkatup rapat. Irfan membuka kelopak matanya. Kepalanya terasa ringan. Dia menyentuh tubuhnya. Suhu badannya sudah kembali normal. Tiba-tiba Irfan baru perasan bahawa ini bukan biliknya. Dia pantas menoleh ke sisinya. Ara sedang nyenyak tidur di atas kerusi yang diletakkan di sisinya. Tangan gadis itu masih erat memegang tuala kecil. Irfan berasa terharu. Dia cuba mengingat peristiwa semalam tetapi masih kabur. Kepala Ara disentuh perlahan. Gadis itu masih tidak bergerak. Irfan bingkas bangun lalu mengangkat Ara ke atas katil. Irfan memandang ke sekeliling bilik Ara. Cantik dan kemas. Puji hatinya. Ini adalah kali pertama dia melangkah ke bilik seorang gadis. Irfan tersenyum bangga. Akhirnya, aku dapat masuk juga bilik kau Ara! Irfan baru sahaja ingin meneliti gambar-gambar yang dilekatkan di satu papan bersebelahan meja tulis dan dia membatalkan hasrat tersebutsebaik sahaja Ara mula bergerak. Bimbang juga kalau-kalau gadis itu tiba-tiba bangun dan memaki hamunnya. Irfan mengambil segala bekas makanan dan mengemas peralatan yang digunakan Ara ketika menjaganya semalam lalu keluar. Sebelum keluar, Irfan memandang wajah Ara ketika tidur untuk kali yang terakhir. Comel!
"Terima kasih" ucapnya sebelum menutup pintu bilik gadis itu.
"Irfan!!" teriak Tasya sambil melambaikan tangannya. Tubuhnya yang genit itu diliang-liuk. Irfan menggelengkan kepalanya tetapi dia membalas juga lambaian gadis itu. Dia malas melayan gadis yang sudah diketahui ada menaruh perasaan terhadapnya. Irfan kembali meneruskan tumpuannya pada buku sejarah di atas meja.
"You tak pergi makan ke?" soal Tasya sambil menarik kerusi lalu duduk di sebelah Irfan yang masih tekun membaca. Dia mngerling jam di dinding kelas. Sudah pukul 12:30 tengah hari.
"Tak nak. I sudah breakfast di rumah tadi. Now, I nak study sejarah." Jawab Irfan seperti ingin memberitahu Tasya bahawa dia tidak mahu diganggu buat masa ini. Tasya pura-pura tidak faham.
"I temankan you..ya?" balas Tasya sambil merapatkan tubuhnya ke arah Irfan. Dia menarik buku di tangan Irfan dan meletakkannya di tengah supaya mereka boleh berkongsi membaca buku tersebut.
"You boleh pinjam buku Sejarah Deraman kalau you nak baca.." kata Irfan sambil menunjuk ke buku di atas meja Deraman, tempat di mana Tasya duduk. Gadis itu malu sendiri.
"Anyway,you makan apa breakfast tadi?" soal Tasya untuk menutup perasaan malunya. Irfan senyum sendiri.
"Bubur nasi" jawabnya.
Dia teringat betapa kalutnya dia menelefon mamanya di Paris semata-mata untuk bertanyakan cara membuat bubur nasi. Akhirnya, dia berjaya juga memasak bubur nasi itu. Disebabkan terlalu teruja, dia terus mengejutkan Ara yang masih tidur. Gadis yang masih penat kerana menjaganya semalam terus menjerkah Irfan. Namun, sedikit pun dia tidak mengambil hati kerana gadis itu telah menolongnya semalam. Dia terus memaksa Ara bangun kerana mereka ada kelas tambahan pada pukul 10.30 pagi. Kemudian, dia memaksa Ara lagi untuk mencuba rasa bubur nasi masakannya yang pertama. Pada mulanya, gadis kacang hantu itu menolak, tetapi setelah diugut, Ara mencuba juga. Paling seronok, gadis itu menambah tiga kali bubur nasi buatannya.
Ara melihat matanya melalui cermin compact powder Leha. Dia membelek-belek wajahnya beberapa kali. Leha ketawa kecil.
"Bengkak mata kau, Ara! Kau buat apa semalam? Sudahlah lewat sampai kelas hari ini!"
"Aku tak tidur semalam. Dekat subuh baru aku tidur. Penatnya!" jawab Ara sambil menggeliat sambil membuat senaman ringkas.
"Kenapa?"
"Zarith Irfan demam" ringkas jawapannya. Ini merupakan kali pertama dia menyebut nama Irfan secara penuh. Sedap juga nama mamat tu! Ara tersenyum sendiri. Teringat peristiwa semalam.
"Wow, so, kau jaga dialah! Haha! Sudahlah korang hanya berdua dalam rumah sebesar itu! Eh, dia ada buat apa-apa tak pada kau?" usik Leha. Ara menolak kepala sahabatnya itu.
"Mengarutlah kau ni! Dia macam abang pada aku! Sudahlah, aku nak jumpa Irfan kejap! Aku nak bagitau dia aku balik dengan kau hari ini. Kita nak pergi KFC hari ni, right?"
"Yup! Tapi, dalam Islam, kau dan dia boleh kahwin tahu!"
"Ikut kaulah, Leha! Aku dan dia? Kahwin? Euwww..please lah! No way, man! Okeh, gua chow dulu ke kelas sebelah dulu!"
"Irfan!" seru Ara sebaik melangkah masuk ke kelas sebelah kelasnya. Dia menjadi kelu sebaik terpandangkan Tasya di samping Irfan. Gadis itu segera merangkul lengan Irfan sebaik terpandangkannya.
"Irfan, jomlah temankan I pergi makan. I laparlah.." rengek Tasya sambil menarik Irfan manja. Menyampah! Benci Ara melihat Tasya memandangnya atas dan bawah.
"Erp, Ara! Ada apa?" soal Irfan gugup. Dia memandang Tasya di sisinya. Irfan yakin Ara pasti mempunyai pandangan yang serong terhadapnya.
"Sorrylah, aku tak niat pun nak kacau daun! Fan, aku balik dengan Leha hari ini! Tell our driver!" beritahu Ara kasar. Sebenarnya, dia baru sahaja berniat untuk mengajak Irfan supaya menyertainya dengan Leha dan Deraman hari ini.
"Kau nak pergi mana dengan Leha?" soal Irfan pantas.
"KFC" jawab Ara ringkas. Dia sudah melangkah keluar.
"Buat apa kat sana?" tanya Irfan lagi.
"Tolong jangan sibuk hal aku, boleh tak?" jerkah Ara. Irfan terdiam. Dia merengus geram. "Kalau betul pun benci pada aku, janganlah marah aku macam tu" desis hati Irfan. Dia terasa dengan perbuatan Ara itu.
Ara terus berlalu. Sebal hatinya melihat Irfan berdua bersama Tasya. Arghh!! Kenapa aku begini?
"Damia Hana! Tunggu!" Hazrul pantas berlari mendekati gadis berambut kerinting itu. Damia tersenyum sehingga menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya.
"Ada apa Abang Hazrul?" soalnya manja sambil memintal hujung rambutnya.
"Abang nak tanya Damia pasal Ara Ariani. Jom, kita duduk dekat kerusi hujung sana!" beritahu Hazrul sambil mengheret lengan Damia yang mula masam mencuka.
"Begini, setahu Damialah, Ara ada rapat dengan mana-mana boy tak sekarang ni? I mean, selain Deraman? Ada?"
"I don’t know..why?"
"Tak adalah..member abang ada cakap yang Ara selalu datang dan balik sekolah dengan seorang guy ni tapi abang tak tahu lah pul.."
"Zarith Irfan" pintas Damia. Dia mula mendapat akal.
"Zarith Irfan? That brilliant guy?" soal Hazrul tidak percaya. Wajah Irfan yang tampan mula terbayang di matanya.
"Ha’a..alah, takkan abang tak tahu. They are siblings now!" terang Damia. Dia memandang wajah Hazrul yang mula berombak. Hatinya menjerit kesukaan.
"You know..diorangkan tinggal in one house. Everything is doing together! Jadi, tak hairanlah kalau mereka rapat. Lagipun, mereka nampak serasi bersama" Damia mula mencucuk.
"Patutlah dia tak nak layan abang sekarang ni.." luah Hazrul penuh cemburu. Ranting kayu di atas bangku segera dicapai. Dia mematah-matahkan ranting tersebut lalu melemparnya jauh-jauh.
"Who’s know if one day, they will fall in love to each other, right?" soal Damia sambil mengangkat kening pada lelaki kacak yang mula berkaca mata itu. Tangannya yang putih melepak sengaja diletakkan di paha lelaki itu. Hazrul bingkas bangun lalu meminta diri untuk pulang. Damia tersenyum puas.
Leha dan Deraman ketawa berdekah-dekah. Entah apa yang lucu, Ara pun tidak tahu. Apa yang pasti, fikiran Ara tidak tertumpu di situ. Dia merenung ke luar tingkap sambil memandang orang ramai yang bersesak-sesak melintas jalan. Ayam KFC yang masih panas lansung tidak disentuh. Dia cuma menghirup air pepsi sejak dari tadi.
"Chop! Chop! Cut! Cut! Tengok tu! Kawan kita!" Deraman memuncungkan mulut ke arah Ara. Dia mencuit bahu Leha yang kemudiaannya mula berhenti ketawa.
"Weh, kenapa ni?" soal Leha sambil menepuk bahu Ara yang hanya ringkas berjaket dan berseluar panjang,
"Aku orait..tak ada apalah..go on! Aku orait! Sungguh ni!" beritahu Ara sambil berusaha menyembunyikan perasaan sebenarnya.
"Bukan boleh percaya minah seekor ni.." ujar Deraman sambil menggigit paha ayam.
"Ini mesti kes Hazrul lagi kan? Kan?" Leha cuba menyerkap jarang. Hati Ara segera menidakkannya. Sebenarnya, dia berasa sakit hati melihat Irfan rapat dengan mana-mana perempuan. Apatah lagi kalau perempuan itu Tasya, padahal ternyata bahawa dia jauh lebih lawa berbanding perempuan yang mempunyai sepasang mata yang cantik itu. Tapi, gerak dan gaya Tasya yang lembut dan seksi menggoda itu menggoyahkan perasaan Ara yang ternyata sangat keras dan kasar. Cemburukah aku? Tapi, kenapa?
"Woi! Dengar tak apa yang aku tanya ni?" tempik Leha ke telinga Ara.
"Aduh, perit telinga aku, betina!" marah Ara sambil mencubit perut Leha. Deraman hanya ketawa.
"Aku nampak Ara macam tengah jealous.." Deraman mengangkat kening. Ara mula menggelabah. Sebenarnya, dia ternampak Ara keluar dari kelasnya sambil marah-marah. Apabila Deraman mengintai sedikit, dia ternampak Tasya bersama Irfan.
"Kenapa pula aku nak jealous?" balas Ara. Dia baru terbuka selera untuk menjamah ayam goreng itu.
"Betul tu. Ara nak jealous dengan siapa? Sebab apa? Peliklah kau ni, Deraman!" sokong Leha sambil mulutnya masih penuh dengan makanan. Ara mengangguk tanda setuju.
"Hahahah! Aku tak tahu..aku Cuma menyatakan pandangan aku sahaja. Tuan punya badan sahaja tahu sebab yang sebenar..hahahah!" sindir Deraman sambil memandang Ara yang mula tidak senang duduk. Dia mengangkat bahu sebaik Ara mengangkat muka dan membalas pandangannya.
Hazrul mengambil kunci motosikal RXZ miliknya yang diletakkan di atas peti sejuk. Ustaz Jamil yang sedang membaca buku agama segera menutup buku sebaik terpandangkan Hazrul yang mula bersiap-siap untuk keluar. Rina yang sedang mengemas meja makan segera menyapa satu-satunya adik lelakinya itu.
"Rul nak keluar lagi?"
"Ha’a.." jawabnya ringkas lalu mencapai tombol pintu.
"Rul, tunggu! Awak nak keluar ke mana malam-malam begini?"
"Jumpa kawan"
"Kawan mana pula? Sebelum ni mana ada Rul pernah keluar malam? Ingat, peperiksaan Rul tidak lama lagi. Rul kena.."
"Tahulah ayah..sudahlah.."
"Entah-entah Rul nak jumpa Ara Ariani?" teka Rina. Hazrul mula melenting.
"Memang Rul nak jumpa dia! Rul memang nak sangat jumpa dia! Tapi dia tak nak! Puas hati? Semua ni salah kakak! Sudahlah..bosanlah orang dalam rumah ni!"
"Hazrul! Hazrul!" jerit Ustaz Jamil sambil bergegas ke pintu. Hazrul sudah memecut keluar. Rina tunduk lalu mengesat air matanya.
"Sudahlah Rina.." pujuk ibunya.
"Tapi bu..Rul sudah berubah. Dia jarang menghabiskan masa di rumah. Sikap panas barannya semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Semua ini gara-gara Ara!" luah Rina geram.
"Mungkin Rul sudah sayang benar pada budak Ara itu.." balas ibunya. Rina mencebik.
"Ara tidak boleh menjadi sebahagian daripada keluarga kita! Hazrul tidak boleh menjalinkan hubungan dengan perempuan itu. Ibu lihat sendiri macam mana perangai Rul sekarang. Dia selalu keluar malam, buku pelajaran lansung tidak disentuhnya, dia mudah marah-marah dan selalu mengurung diri di dalam bilik. Runsing betul dibuatnya.."
"Biasalah tu, Rina..orang putus cinta kan? Mungkin selepas ini dia akan kembali seperi biasa. Kita berdoa sahaja.." nasihat ayahnya pula.
Jam sudah menunjukkan pukul 11:30 malam. Hazrul mula tidak senang duduk. Dia terus mencapai remote control lalu menutup siaran televisyen. Hatinya mula gundah. Dia bingkas bangun lalu menuju ke tepi tingkap. Kemudian, dia cuba mengintai ke luar. Suasana malam ini gelap-gelita. Tiada satu pun bintang di dada langit. "Macam nak hujan sahaja.." desis hati Hazrul. Kelibat Ara masih belum kelihatan. Irfan mengetap bibirnya beberapa kali.
"Geram aku perempuan ni! Buat aku sakit jantung sahaja! Runsing!" rungut Irfan geram. Dia menggaru kepalanya beberapa kali. Dia cuba menghubungi telefon bimbit Ara sekali lagi.
"You have reached the voice mail box of.."
"Geram aku!" pekik Irfan. Sepatutnya aku tak izinkan dia keluar dengan Leha dan Deraman tadi. Tengok, apa sudah jadi? Betina itu, kalau sudah merayap, bukannya reti balik rumah! Huh! Sakit betul hati dan kepala aku! Buatnya kalau berlaku perkara yang bukan-bukan, siapa mahu bertanggungjawab? Semua orang mesti menyalahkan aku! Aku lah yang harus dipertanggungjawabkan! Aku yang akan menanggung akibatnya! Kalau daddy dan mummy tahu, mesti teruk aku dimarahi mereka! Ara pun satu! Ada handphone, tapi off! Gila!
Irfan masuk ke biliknya sambil tidak berhenti merungut. Dia terus mencapai majalah sekolah. Dia mencari nombor telefon Deraman. Teru betul aku ni, nombor kawan sebelah meja dalam kelas pun tak tahu! Setelah ditemui apa yang dicarinya, Irfan terus mendail.
"Hello, makhluk! Aku nak tidur tahu tak! Tolong jangan ganggu, boleh?" jerit suara di hujung talian.
"Hoi, Deraman! Aku ni!" balas Irfan.
"Aku? Aku mana pula? Hah, cepat! Ada apa?" Kedengaran bunyi suara orang menguap.
"Zarith Irfan. Gini, aku nak tanya..Ara ada dengan kau tak sekarang?"
"Gila! Kau tengoklah jam sudah pukul berapa? Dia sudah balik rumah pukul 6 petang tadi lagi!"
"Hah? Kau jangan tipu aku, Man!"
"Buat apa aku tipu kau! Sudahlah, aku nak tidurlah! Mengantuk! Huarghh..! Mengantuknya! Kau cubalah call dia! Dia mesti merayap lagi.." Talian segera diputuskan. Irfan termangu-mangu.
Dia memandang sekeliling. Sunyi. Irfan meraup wajahnya beberapa kali. Kenapa aku perlu runsing tentang gadis yang selalu buli aku itu? Peduli apa aku perihal dia! Tapi, gadis itu pernah menjaga aku ketika demam. Pergi mampuslah! Irfan terus merebahkan badannya ke katil.
"Sepeninggalan daddy dan mummy, kamu berdua mestilah berbaik-baik dan menjaga satu sama lain, tahu!" pesan Daddy sambil menggosok kepalanya.
Irfan tidak jadi tidur. Bukan aku tidak menjaga dia, tapi dia yang degil dan merayap tidak tentu hala! Irfan memujuk hatinya untuk bertenang.
"Irfan sebagai lelaki harus banyak bersabar. Ara memang begitu. Macam mana sekalipun Ara, dia tetap seorang perempuan. Irfan harus melindunginya" pesan mamanya.
Mata Irfan yang baru hendak tertutup terbuka semula. Gila! Ara, Ara! Kenapa kau buat aku begini?
"Irfan, kau jaga Ara elok-elok tahu! Kalau berlaku apa-apa pada dia, siaplah kau!" pesan Aqif pula ketika di lapangan terbang sebelum berlepas ke Wellington.
Irfan mencapai jam loceng di atas meja kecil bersebelahan katil. Sudah pukul 12:15 pagi. Dia bangun lalu mencapai sweater yang tergantung di dalam almari. Aku kena cari dia!
"Ara tu, walaupun lasak, tetap seorang perempuan! Risikonya tetap ada walaupun di mana sahaja dia berada. Aku harap kau boleh pantau pergerakkannya, Irfan!" pesan Alif sambil menepuk bahunya. Mengingatkan itu semua, Irfan mula kecut perut. Tanpa berfikir panjang, dia terus keluar untuk mencari Ara.
Ara menapak perlahan sambil menyepak tin minuman yang bersepah di jalan raya yang mulai lenggang. Suasana yang sunyi sepi lansung tidak mampu memberi ketenangan buat jiwa Ara yang sedang berkecamuk. Saat ini, dia benar-benar merindui arwah mummynya. Kalau mummynya masih ada, sudah tentu mummynya akan memujuk hatinya yang resah itu.
"Ara cantik? Kau sudah gila ke? Kalau perempuan yang macam jantan tu kau kata cantik, bersepah perempuan cantik dalam dunia ni, Deraman!" hina Irfan sambil ketawa berdekah-dekah. Deraman hanya mampu menggeleng. Ara terdengar perbualan mereka semasa waktu rehat sebelum cuti penggal bermula. Dia mengeluh lagi. Ada lopak air di depannya. Ara duduk mencangkung di tepinya dan merenung wajahnya yang terbayang di permukaan air yang bertakung.
"Aku cantik apa! Irfan tu yang buta! Manalah jantan hati batu itu tahu menilai kesenian! Wajah aku berseni tahu!" marah Ara. Kemudian, dia mengeluh lagi untuk kali yang ke berapa. Ara terus duduk bersila di tepi lopak air yang sebesar bulatan tong sampah di sekolahnya. Tetapi, kenapa aku harus runsing kalau Irfan mengatakan aku tidak cantik? Kenapa aku perlu peduli dengan kata-kata jantan tak guna itu? Kenapa? Tidak guna kau Irfan! Berani kau kata aku tidak cantik, keras, macam jantan, dan apa lagi kau kata aku..
"Hoi, lembap betul kau ni! Bengaplah kau! Gila! Bodoh betul! Hairanlah aku ada juga manusia seperti ini!"
Suara Irfan kembali menerjah ke gegendang telinganya. Siaplah kau! Seronok betul kau kutuk aku! Macam-macam kau kata! Tidak guna! Aku mahu bedil kau, Irfan! Dia teringat pula kata-kata Leha sewaktu mereka menyaksikan Debat Piala Diraja hari itu.
"Wah, hebat betul Irfan! Sudahlah kacak, tinggi, bergaya, bijak, pandai bersukan, pandai pula berdebat! Wah, Mr. Perfect! Kau tak rasa ke Zarith Irfan ni marvellous?" ucap Leha sambil mengerlip-ngerlipkan matanya yang besar itu.
Euwww..pleaselah! Sorrylah Leha..aku tak rasa macam itu! Ara bermonolog sendiri. Tapi, betul juga. Irfan kan seorang yang hebat bersukan. He’eleh, aku pun hebat apa! Dia kacak dan tinggi orangnya. Aku pun jelita dan tinggi lampai lah! Lansing lagi! Tapi, Irfan seorang yang bergaya dan bijak juga! Aku pun bijak juga! Aku antara student yang paling top dalam akademik di sekolah. Apa lagi? Cuma satu sahaja, aku ni macam jantan sedikit. Tapi, mana ada aku selekeh? Dari segi gaya, aku tidak kurang hebatnya. Semua pakaian aku berjenama dan keluaran terbaru dan mengikuti fesyen semasa.
"Teruklah kau ni, Ara! Gaya macam lelaki! Malang betul lelaki yang jadi boyfriend kau! Huh!" hina Irfan lagi.
Ara merenung wajahnya sekali lagi di dalam lopak air. Dia mencabut topi yang menjadi pakaian wajibnya setiap kali keluar rumah. Rambutnya yang disanggul segera dibuka ikatannya. Dia membiarkan rambutnya yang lurus dan hitam bebas mengurai. Mungkinkah aku mula suka pada Irfan? Serentak dengan itu, wajah Irfan seperti sedang menari-nari di tubir matanya. Kali ini, segala kebaikkan yang ditaburkan lelaki berambut hitam lebat itu tertayang di depannya. Dia masih ingat ketika dia jatuh di tangga hari itu dan tidak boleh berjalan, Irfanlah yang mngendongnya ke kereta dan membawanya ke klinik. Paling dia ingat peristiwa pagi tadi, ketika Irfan memasak bubur nasi untuknya. Argh, sikit benar kebaikkannya terhadap aku berbanding kejahatan yang dilakukannya! Padahal lelaki itu sekadar ingin membalas budinya yang telah menjaganya semalam! Sudahlah! Irfan memang membuatkan aku gila! Bazirkan masa aku sahaja di sini! Ara bangun lalu berjalan pulang.
"Hai, cik adik lawa! Seorang sahaja?" sapa seorang pemuda yang gaya jalannya sudah terhuyung-hayang. Di tangan kirinya tergengam sebotol minuman berwarna coklat keperangan. Ara segera menekup hidungnya sebaik pemuda itu mendekatinya.
"Busuklah! Tepilah! Kau tu busuk tahu tak! Tepi! Jangan sentuh aku!" Ara menepis tangan pemuda mabuk yang cuba memegangnya.
"Janganlah macam ni..abang sentuh sikit sahaja..takkan marah kot?" katanya lagi sambil cuba mencium pipi Ara. Tiba-tiba lelaki itu tersendawa. Bau arak mengewap ke udara. Ara seakan mahu termuntah. Dia cuba lari tetapi segera dipeluk dari arah belakang oleh lelaki itu.
"Lepaskan aku jantan bodoh! Lepas!" Ara menggelepar tetapi lelaki itu semakin mengemaskan pelukannya. Ara berasa geli apabila merasakan panas nafas lelaki itu di tengkuknya.
"Alah..abang nak bermanja sedikit pun tak boleh.." ucanya lalu mencium tengkuk Ara yang putih bersih. Ara tersentak lalu menghayunkan penumbuk ke belakang. Tumbukannya tepat mengenai mata lelaki tersebut. Lelaki itu menjerit kesakitan. Ara mengambil peluang itu untuk melarikan diri.
"Jahanam kau! Mana mahu lari? Aku takkan biarkan kau lepaskan diri! Kau kena layan aku malam ni! Hoi, tunggu!" jerit lelaki itu sambil mengejarnya dengan pantas. Bunyi botol pecah mencemaskan Ara.
Ara berasa gerun mendengar kata-kata lelaki itu. Gila! Macam mana aku sendiri boleh terjebak dalam situasi seperti ini? Mungkinkah aku bakal menjadi mangsa rogol dan bunuh seterusnya? Tidak! Aku takkan biarkan! Dia terus berlari sambil berdoa ada seseorang membantunya. Ara sampai di jalan yang bersimpang dua. Jalanmana yang harus aku ikut? Jalan kanan! Dia terus berlari walaupun kakinya mula lenguh. Nasibnya malang. Ara melalui jalan mati!
Lelaki itu semakin menghampiri Ara. Dia ketawa berdekah-dekah.
"Kau masuk kawasan aku, betina! Sebentar lagi member aku keluar! Kau pilih, layan aku atau aku jadikan kau kenduri malam ni? Hahahaha!"
Ara memandang sekeliling. Teruk! Aku sudah terperangkap! Dia menggoncang pintu berjerigi di hadapannya. Pintu ini berkunci. Mampus aku! Pemuda yang mabuk itu semakin mendekatinya. Ara menganggarkan lelaki itu berusia dalam lingkungan dua puluhan. Lelaki itu pantas mengcengkam lengannya dan menyeretnya ke satu tempat. Ara tidak mampu melawan tenaga yang dimiliki oleh lelaki jahanam itu.
"Cantik! Kau memang cantik!" puji pemuda itu sambil menjilat bibirnya. Pipi Ara disentuhnya sambil tersenyum. Ara memejam matanya ketika pemuda itu hendak menciumnya.
"Adoi, sakitnya!" Pemuda itu menjerit kesakitan setelah Ara menendang perut lelaki sekuat hatinya. Ara terus menyepak muka lelaki itu sehingga jatuh tersungkur. Dia turut menendang bahagian sulit lelaki itu.
"Ada hati nak cium aku! Sedarlah diri! Huh! Dasar perogol!" hina Ara sebelum sambil menyapu debu di bajunya. Puas hatinya melihat lelaki itu merengkot kesakitan. Ara terus melarikan diri. Cukuplah peristiwa malam ini! Dia benar-benar serik! Aku takkan balik lewat lagi!
"Ara!" panggil satu suara. Ara terus menoleh. Tiada sesiapa di sekelilingnya. Dia berhenti berlari. Nafasnya turun naik. Dia melilau ke kiri dan kanan. Sunyi. Tiba-tiba ada seseorang memeluknya dari arah belakang.
"I miss you" ucap Hazrul lembut ke telinga gadis itu. Ara bingkas menolak tubuh sasa itu ke tepi. Dia memandang wajah Hazrul yang kusut dan selekeh. Keadaannya benar-benar tidak terurus.
"Kau buat apa di sini Hazrul?" soal Ara kasar.
"Aku mengekori kau!" balas Hazrul kasar. Tiada lagi istilah abang.
"Kau gila! Kau memang gila!"
"Memang aku gila! Aku gilakan kau! Aku cintakan kau! Aku mahukan kau! Kau yang buatkan aku gila! Kau!" tempik Hazrul lalu memeluk Ara meskipun gadis itu berusaha untuk menolaknya Hazrul masih berdegil untuk meneruskan perbuatannya. Ara mula menangis. Dia teringatkan Irfan.
"Hazrul..lepaskan aku..lepas..!" rayu Ara berulang kali apabila Hazrul mula bertindak agresif. Dia lebih rela menjadi mangsa pemuda mabuk tadi berbanding Hazrul yang pernah menjadi orang kepercayaannya suatu ketika dahulu.
"Satu sahaja cara untuk buat kau terus bersama aku! Ini caranya!" ujar Hazrul lalu menolak Ara ke rumput. Dia terus menerkam ke arah gadis itu tetapi Ara masih berjaya mengelakkan diri. Dia cuba bangun tetapi Hazrul pantas menarik bajunya. Ara jatuh terduduk. Dia cuba menjerit meminta tolong tetapi Hazrul pantas menekup mulutnya.
"Jantan tak guna!" jerkah Irfan lalu menarik kolar baju Hazrul dari arah belakang. Dia terus menumbuk lelaki itu sehingga jatuh tersembam di tanah.
"Irfan!" ujar Ara lalu berlari memeluk Irfan. Dia betul-betul tidak percaya Irfan datang untuk membantunya. Dia menangis di dada lelaki itu. Irfan menenangkannya.
"Pergi masuk dalam kereta. Tunggu aku di sana" arah Irfan sambil menolak Ara ke kereta yang di parker tidak jauh dari tempat mereka berada.
"Siapa kau?" jerkah Irfan sambil menendang punggung lelaki yang cuba meragut kehormatan adiknya. Lelaki itu diam. Irfan mula hilang sabar. Belum sempat dia menarik bahu lelaki itu, sebiji penumbuk sudah dihayunkan ke wajah Irfan! Ara menjerit lagi. Dia tidak jadi membuka pintu kereta. Terbeliak mata Irfan sebaik melihat wajah Hazrul. Dia cuba bangkit tetapi Hazrul bertindak lebih pantas.
"Ara! Kau diam! Diam boleh tak! Aku nak bunuh kau Irfan! Kau ingat kau boleh rampas Ara aku?! Ara hanya milik aku! Milik aku!" Hazrul mencengkik tengkuk Irfan. Ara cuba menghalang. Dia menarik tangan Hazrul yang sudah duduk di atas badan Irfan. Nafas Irfan mula turun naik.
"Hazrul! Stop! Tolong jangan buat macam ni! Aku rayu, Rul!Tolong lepaskan Irfan..tolong aku..tak baik macam ni..Rul, aku rayu.." Ara menangis sambil menarik tangan Hazrul.
"Aku tak peduli! Kau tahu Ara, sejak kita putus hari itu, aku jadi orang yang hilang arah tuju tahu tak! Aku gila! Aku cuma mahukan kau! Aku sudah tidak peduli apa orang lain hendak fikir pasal aku! Aku mahukan kau, Ara! Aku mahukan kau!" Hazrul semakin menggila. Suaranya berubah menjadi kasar. Sikapnya berlainan terus dari kebiasaannya.
"Lepaskan Irfan.." rayu Ara sambil melutut di sisi Hazrul. Berjejeran air matanya.
"Kenapa kau sayang sangat mamat tak guna ni? Dia jadi penghalang cinta kita! Aku benci kau!" marah Hazrul lalu menumbuk muka Irfan berulang kali. Ara kalut. Dia terus mencapai sebatang kayu di belakangnya lalu memukul belakang kepala Hazrul. Lelaki itu jatuh terkulai di sisinya. Irfan terbatuk-batuk. Ara melepaskan kayu tersebut secara perlahan-lahan. Tidak percaya bahawa dia sudah melakukan tindakan sebegitu. Irfan memegang bahunya.
"Don’t worry, dia cuma pengsan.." pujuk Irfan lalu menarik Ara ke dalam pelukannya. Gadis itu melepaskan segala perasaan takutnya di situ.
"Kita balik.." pujuk Irfan lagi sambil menggosok kepala Ara lembut.
Sebelah tangan Irfan menyeluk kocek seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbit. Dia pantas mendail nombor polis. Seketika kemudian, kedengaran siren polis. Ara masih tidak melepaskan tangan Irfan sehinggalah Irfan menghantarnya ke bilik tidur pada malam itu. Ara yakin keadaan pasti akan menjadi lebih kecoh esok.
Benar sangkaan Ara, keadaan menjadi kecoh dan gamat sekali. Tidak henti-henti dia menerima panggilan daripada teman-teman dan gurunya. Hazrul sudah ditangkap dan kini berada di lokap untuk sementara. Ara tidak mengetahui nasib Hazrul selepas ini. Dia mungkin akan dibawa ke pusat pemulihan akhlak. Pagi itu, daddy dan mummynya telah menghubunginya untuk bertanya khabar.
"How are you, sayang?" soal Aris cemas. Kedengaran suara Cherrie yangjuga kalut bertanyakan soalan yang sama di hujung talian. Irfan sudah menelefon Aris dan menceritakan perkara tersebut kepada mummy dan daddynya yang kini berada di Dubai.
"Ara sihat. Semuanya selamat. Irfan yang tolong Ara..daddy." jawab Ara sambil memandang Irfan di sebelahnya. Ketika itu mereka berada di balai polis untuk memberikan keterangan. Pemuda mabuk yang cuba memperkosanya juga turut diberkas semalam.
"Ara tak apa-apa sayang?" soal Cherrie pula. Telefon sudah berpindah tangan.
"Ara okay, mama. Ara betul-betul takut ma.." luah Ara sebak.
"It’s okay sayang..everything is going to be alright. Jangan risau, lima hari lagi mama balik..Irfan ada kan? Mama yakin, Irfan mampu jaga Ara dengan baik. Panggil Irfan, sayang..mama nak talk to him"
Ara menghulurkan telefon bimbitnya kepada Irfan. Irfan menyambutnya sambil menggenggam tangan Ara untuk menenangkan gadis itu.
"Irfan..you have to understand her..maybe dia still trauma. Irfan tahukan apa perlu buat?"
"Tahulah ma..don’t worry. You can count on me, ma! Keadaan dia better dari semalam. Irfan pun takut nak biar dia tidur sorang-sorang semalam! Hehe!"
"Hah! Very naughty! Janganlah sampai macam itu! Bibik akan kembali bekerja lusa kan? Jadi, untuk dua tiga hari ini, Irfan kena main peranan. Please take a good care of yourself and her too."
"Sure, definitely! She’s my sister, ma! Okey, bye!" Talian diputuskan. Ara mengangkat wajahnya. Sister? Aku adiknya? Ara tidak suka Irfan menganggapnya sebagai adik. Irfan memandangnya sambil tersenyum mesra. Ara membalasnya dengan terpaksa.
"Jom..semuanya sudah selesai. Polis akan uruskan semuanya. Kita belum breakfast lagikan? Aku belanja kau makan!" Ajak Irfan sambil menarik lengan Ara yang hanya memandangnya. Wajah gadis itu kelihatan pucat dan tidak bermaya.
"Aku tak lapar.." balas Ara lemah. Dia berasa tubuhnya kurang sihat. Kepalanya terasa berat dan berdenyut-denyut. Apabila terkenangkan Hazrul, hatinya kembali sebak. Hazrul, inikah cinta suci yang kau agung-agungkan suatu ketika dahulu?
"Stop thinking of him, Ara! Sudah, sudah..jangan nangis-nangis lagi..buruk tahu! Hahahaha! Kau nak makan maggi ke? Aku boleh masakkan? Hahaha!" pujuk Irfan sambil menariknya ke dalam pelukannya. Ara ketawa kecil. Kemudian, mereka berpimpin tangan keluar dari balai menuju ke kereta.
wow.. i love that part.. i mean the whole part of the story.. romantik giler.. your story made me wonder about something.. we tend to fall in love in the simplest way,rite.. just like siblings first.. keep it up..
besnye..cite die lain dr yg lain.tp stil sweet n romantik..:)
congrats writer!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
adik....cepatler nk new n3....best ar cita die.....olahan ayat adik senang n mudah faham....teruskan berkarya....