Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Jomlah Zira. Mie teringin sangat bawa Mimi keluar makan. Restoran Mie baru je keluarkan makanan baru. Lepas tu Mie terus hantar Zira balik rumah semula," ujar Fahmie memujuk Nazirah yang agak lesu.
" Mie, bawalah Mimi keluar. Tapi Zira memang tak nak keluar. Zira takut terserempak dengan dia," ujar Nazirah tegas.
" Zira memang pengecut," jerit Fahmie tiba-tiba.
Nazirah terperanjat. Pandangannya terarah pada Fahmie yang berdiri di belakangnya.
" Mereka dah nak kahwin Zira. Takkan mereka berdua masih lagi keluar bersama. Hari perkahwinan mereka tak kurang daripada 5 hari," ujar Fahmie agak marah.
Nazirah terdiam. Dia sebenarnya sangat takut kalau-kalau akan berjumpa dengan Lokman. Sudah 2 hari dia memencilkan diri di dalam rumah.
" Zira..kalau Zira anggap Mie sebagai sahabat Zira, marilah ikut Mie makan. Tina dan Syamsul pun tak ada di rumah kan. Barang di dapur tu dah nak habis pun. Tina pulang pun malam esok. Apa yang Zira nak bagi Mimi tu makan. Kasihan anak tu, Zira," ujar Fahmie lembut kembali.
Akhirnya Nazirah menganggukkan kepalanya. Dia sedar apa yang keluar dari mulut Fahmie semuanya tulus dan benar. Fahmie mengucap syukur lega. Sekarang dia hanya berdoa Syazwani juga berjaya.
" Kita nak ke mana lagi ni Wani?" tanya Lokman setelah sekian lama mendiamkan diri. Syazwani yang membawa kereta hanya mendiamkan diri. Sememangnya dia amat terkejut apabila Syazwani beria-ia mengajaknya keluar berjalan-jalan selepas makan sebentar tadi. Kerana kerja di pejabat juga tidak banyak, ajakan Syazwani dituruti.
" Wani sayang, mana sayang nak bawa Man ni? Jauh sungguh Wani nak berjalan-jalan," ujar Lokman lembut.
" Ala Man ni banyak soal la. Wani tahulah. Man duduk diam-diam sekejap lagi sampailah kita," kata Syazwani perlahan.
Akhirnya kereta mereka berhenti di sebuah taman rekreasi di Tasik Titiwangsa.
" Man, Wani ada benda yang nak beritahu," kata Syazwani selepas memberhentikan enjin kereta dan membuka tingkap.
" Apa dia Wani? Beritahu sahajalah. Kalau Man dapat bantu, Man bantu," kata Lokman pula.
" Ada seorang perempuan ni Man, dia telah dianiayai oleh mentuanya ketika suaminya tiada di rumah......" Syazwani menceritakan seluruh cerita dengan panjang lebar.
" Jadi, apa tujuan Wani cerita pada Man, " tanya Lokman kehairanan.
" Kalau Man berada di tempat perempuan itu, apa agaknya tindakan Man? Adakah Man akan rampas semula suami Man atau relakan dia berkahwin dan pergi jauh daripadanya agar dia tak pernah tahu Man masih hidup," tanya Syazwani tanpa menghiraukan pertanyaan Lokman.
" Tentulah Man akan rampas semula. Bukankah perpisahan mereka itu terjadi tanpa rela," jawab Lokman pantas. Fikirannya tertumpu pada Nazirah yang telah 6 tahun meninggalkannya.
Syazwani tersenyum. Dia telah mendapat jawapannya sekaligus menemui jalan penyelesaiannya. Gadis itu menarik nafas panjang dan sedaya-upaya mengumpulkan kekuatan agar dia mampu berterus-terang.
"Man...janganlah Man fikir Wani dah gila tapi apa yang Wani nak beritahu ni adalah benar dan tak ada niat di hati untuk menipu," kata Syazwani dengan suara yang bergetar hebat.
"Apa dia Wani? Cuba Wani cakap betul-betul. Kemudian baru kita nilai," ujar Lokman tidak sabar.
"Nazirah masih hidup Lokman," ujar Syazwani cukup perlahan namun cukup untuk membuatkan Lokman terkedu.
"Apa yang Wani merepek ni? Man tengok sendiri kubur Nazirah. Jangan main-main dalam hal begini Wani," kata Lokman dengan nada yang agak tinggi.
"Wani dah agak Man pasti tak akan percaya. Tapi buat apa Wani nak menipu Man. Wani tahu mengenai hal kubur tu tapi itu bukan kubur Nazirah. Cuma nama yang sama namun bukan Nazirah isteri Man. Wani dah selidik akan hal itu. Nazirah masih hidup Lokman," ujar Syazwani terketar-ketar.
"Apa buktinya Wani?" tanya Lokman berani.
"Perempuan ini siapa Man?" tanya Syazwani sambil menghulurkan beberapa keping gambar terbaru yang diambilnya bersama-sama Nazirah.
Lokman tersandar. Gambar perempuan di sebelah Syazwani itu benar-benar wajah Nazirah. Senyuman isterinya itu tak mungkin dilupai. Masih segar dalam ingatannya. Kepala Lokman mula berasa berat. Urat kepalanya seakan-akan berserabut. Lokman benar-benar celaru.
"Perempuan yang Wani ceritakan tadi adalah Nazirah. Dia mahu meninggalkan kita agar kita boleh hidup bahagia Man. Nasib baik Wani mengetahuinya tanpa tidak sengaja. Wani tak sanggup untuk rampas Man daripada Nazirah. Dia tersangatlah baik. Walaupun telah bertahun-tahun lamanya dia menunggu saat ketikanya dia dapat bersama dengan Man semula, dia rela mengundur diri apabila mengetahui yang Man akan bernikah lagi. Wani tak sanggup Man," ujar Syazwani dengan nada yang sangat sayu.
Lokman terdiam. Matanya dipejamkan.
"Man tunggu sebentar. Jangan keluar dari kereta. Wani mahu memperbetulkan segala keributan yang telah terjadi," ujar Syazwani lantas keluar dari kereta. Syazwani melangkah ke tempat Fahmie telah sedia menunggunya. Syazwani cuba mengukir senyuman.
"Wani okay?" tanya Fahmie apabila dilihatnya Syazwani agak pucat.
"Wani tak apa-apa Mie. Wani dah ceritakan semua pada Man. Dia ada dalam kereta. Sekarang Wani mahu berbicara dengan Zira pula," kata Syazwani dengan tenang.
"Semoga berjaya Wani. Zira ada di sana," ujar Fahmie sambil menunjuk ke arah sebuah kerusi.
Syazwani melangkah perlahan ke arah yang ditunjukkan. Dia menarik nafas panjang untuk menaikkan kembali semangatnya.
"Assalamualaikum," ucap Syazwani. Nazirah tersentak. Lamunannya terhenti. Dia memandang Syazwani dengan riak kehairanan.
"Wa’alaikummussalam. Macam mana Wani boleh tahu Zira ada di sini?" ujar Nazirah pantas. Matanya melirik ke sekeliling taman. Kelibat Fahmie dan Syamimi tidak kelihatan.
"Pasti gara-gara Mie..," monolog Nazirah dalam hati.
"Wani yang minta Mie bawa Mimi pergi agar Wani dapat berbincang dengan Zira hati ke hati," ujar Syazwani memahami kegusaran Nazirah.
"Apakah hal penting Wani nak bincangkan? Serius benar bunyinya," tanya Nazirah gementar.
"Wani telah mengetahui segala-galanya Zira," ujar Syazwani tenang.
"Apa maksud Wani? Zira tak faham," kata Nazirah bingung.
" Usahlah Zira buat-buat tak faham. Wani dah tahu semuanya mengenai masa silam Zira dan Wani sangat-sangat kecewa dengan sikap Zira," ujar Syazwani keras.
"Wani tak sangka Zira sanggup terfikir untuk pergi begitu sahaja tanpa tinggalkan apa-apa pesan untuk Wani. Zira kejam," ujar Syazwani tegas.
"Wani...biarkanlah Zira pergi. Keadaan tak mudah untuk kembali seperti sedia kala. 6 tahun bukan tempoh yang singkat Wani. Zira rela lepaskan orang yang Zira sayang jika itu dapat membahagiakannya," ujar Nazirah sambil menahan air matanya daripada gugur.
"Keadaan boleh menjadi seperti sedia kala kalau Zira mahu tapi Zira lari. Zira takut untuk menghadapi kenyataan," sindir Syazwani.
"Wani takkan faham keadaan Zira. Wani tak merasakannya. Zira rela tinggalkan ini semua asalkan orang yang Zira sayang bahagia dan gembira," kata Nazirah lagi.
"Tapi Zira tak berhak untuk tentukan apa keputusan Wani mahupun Lokman. Zira pentingkan diri sendiri. Zira tak kasihankah pada Mimi? 6 tahun tanpa kasih sayang seorang ayah bukan perkara suka Zira. Zira kejam," gertak Syazwani tegas.
Air mata Nazirah tidak dapat dibendung lagi. Air mata itu turun laju tanpa dipaksa. Hatinya pilu mendengar tuduhan Syazwani itu. Nazirah teresak-esak.
"Tidakkah Zira sayangkan Lokman?" tanya Syazwani sambil menggenggam erat tangan Nazirah.
Nazirah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Cakap Zira. Jangan tipu diri sendiri. Cakap dan pandang mata Wani," ujar Syazwani keras.
Nazirah membatukan dirinya. Air mata wanita itu masih menitis laju.
"Cakap Zira," jerit Syazwani tiba-tiba.
Nazirah tersentak. Kepalanya diangkat dan matanya memandang tepat wajah Syazwani lantas berkata, "Wani, memang tipu jika Zira katakan Zira tak sayangkan Lokman. Selama 6 tahun ini kenangan Zira bersama Lokmanlah yang membuatkan Zira masih bernyawa sehingga sekarang. Zira masih mampu hidup disebabkan dia. Cinta tulus Lokman yang memberikan nafas pada Zira. Kasih sayang Lokman yang menggerakkan minda Zira. Belaian Lokman yang menghidupkan sendi-sendi tubuh Zira selama 6 tahun ini. Betapa Zira berharap Zira masih sempat untuk menemui Lokman, suami Zira yang Zira sangat sayang dan rindu. Rindu Syamimi pun tidak sehebat beban yang Zira tanggung, Wani. Zira cukup terseksa dan Zira tak mampu untuk menahannya lagi Wani.
Nazirah puas. Segala-galanya telah terbongkar. Syazwani juga menarik nafas lega mendengar pengakuan Nazirah. Syazwani lantas memeluk Nazirah. Kedua-duanya menangis tanda kesyukuran terhadap Allah kerana membenarkan semua ini berlaku.
Kedua-dua perempuan itu tidak sedar bahawa Lokman benar-benar berada di belakang kerusi yang mereka duduk dan mendengar segala-galanya. Hati lelaki itu bagaikan disentap. Lokman benar-benar tidak menduga akan hal ini.
"Zira..." satu suara serak-serak basah mengejutkan Nazirah dan Syazwani.
Pelukan mereka dilonggarkan. Syazwani menoleh ke belakang. Dia terkejut. Lokman berdiri tidak kurang dari 10 meter. Namun di sudut hati kecilnya, dia memanjatkan syukur kepada Allah sekali lagi kerana membuka hati pula Lokman untuk melanggar arahan Syazwani tadi. Maka, tidak perlulah Syazwani bercerita panjang lagi.
Nazirah membatu. Dia menggeletar kegugupan. Suara itu cukup dikenalinya walaupun telah 6 tahun tidak didengarinya. Nazirah benar-benar terkesima. Dia ingin berlari jauh dari tempat itu namun kakinya seakan-akan terpaku pada lantai bumi.
"Zira..." suara itu kedengaran lagi namun kali ini lebih dekat.
Lokman melangkah ke belakang Nazirah. Syazwani hanya memandang dengan penuh sabar. Bibirnya tidak sudah-sudah mengucapkan syukur kepada Allah.
"Zira sayang. Betulkah ini Zira?" tanya Lokman sambil mendekatkan mulutnya pada telinga Nazirah. Tangannya menyentuh lembut kepala Nazirah. Nazirah terkejut.
"Zira..." Syazwani pula menyebut nama Nazirah perlahan. Tangan wanita itu disentuhnya. Sejuk. Syazwani senyum. Nazirah pucat.
Nazirah terpaku di tempat duduknya. Tangannya menggeletar hebat. Lidahnya bagai dipotong tidak membenarkannya berkata-kata.
"Wani.....," ujar Nazirah terketar-ketar.
"Maafkan Wani, Zira. Wani tak sanggup melihat kawan baik Wani menderita. Wani akan diburu rasa bersalah yang teramat. Wani amat sayangkan Zira dan Lokman. Wani rela lepaskan Lokman demi kebahagiaan Zira. Wani pasti inilah yang Allah mahukan. Wani juga pasti Allah telah menyediakan buat Wani lelaki yang lebih sesuai buat Wani. Zira akan tetap bergelar isteri Lokman sampai bila-bila. Itu janji Wani," ujar Syazwani lembut.
Lokman tunduk. Nazirah sebak. Air mata wanita itu gugur setitis demi setitis. Nazirah terharu mendengar kata-kata Syazwani itu. Kepalanya ditundukkan. Nazirah tidak pernah menyangka perkara yang sebegini akan terjadi.
Syazwani bangun. Air mata yang menitis diseka. Air mata itu tidak diketahui sama ada gembira atau sedih. Syazwani tidak tahu. Semua perasaannya bercampur-baur menjadi satu. Syazwani melangkah ke Lokman. Bahu lelaki itu disentuhnya. Matanya menatap wajah lelaki itu. Syazwani cuba untuk menyusun kata-kata.
"Man, Wani minta ampun dan maaf kerana tidak mengetahui mengenai akan hal ini sejak awal. Wani akan uruskan hal ini dengan papa dan mama. Kita semua akan hadapi Aunty Suria sama-sama. Wani sentiasa akan mendoakan kebahagiaan kalian. Jagalah Nazirah baik-baik. Nazirah sangatlah baik. Janji ya, Man."
Lidah Lokman kelu. Namun dia menarik nafas panjang dan mengumpulkan kekuatannya. Wajah pucat Syazwani di pandangnya, "Man berjanji Wani. Maafkan Man, Wani. Jasa Wani ini tak mungkin akan Man lupakan. Tapi...bagaimana dengan Wani nanti?"
"Tak usahlah Man risau. Wani tak akan ada apa-apa. Percayalah."
Syazwani melangkah ke arah Fahmie di hujung taman. Syamimi tidak kelihatan. Mungkin Fahmie telah membiarkan anak itu tidur di dalam kereta.
Lokman pula duduk di hadapan Nazirah yang masih lagi kaku. Tangan isterinya itu disentuh. Lokman mengangkat muka Nazirah agar berhadapan dengannya. Air mata Nazirah mengalir laju. Lokman menyeka perlahan air mata itu. Sangat ketara pada mata Lokman susuk tubuh Nazirah yang jauh lebih kurus berbanding 6 tahun dulu. Nazirah pula tidak sanggup memandang mata Lokman. Sinar mata wanita itu menunjukkannya.
"Zira sayang, abang sentiasa merindui Zira walaupun Zira dikatakan telah tiada lagi di dunia ini. Abang tak sangka ini sebenarnya yang telah terjadi. Maafkan abang, sayang. Abang amat mencintai sayang sehingga abang hilang arah. Hidup abang tidak bermakna lagi. Namun selepas 2 bulan abang beroleh kekuatan dengan tiba-tiba. Gambar sayang sentiasa abang bawa ke mana sahaja abang pergi. Itulah sumber kekuatan dan kejayaan abang. Tataplah mata abang, sayang. Senyumlah. Abang sangat-sangat merinduinya, Zira sayang," ujar Lokman perlahan.
"Abang....," hanya kalimah itu yang keluar dari mulut Nazirah. Nazirah memeluk erat suaminya itu. Beban rindu yang ditanggungnya tidak dapat dibendung lagi. Lokman mencium dahi Nazirah. Dada Nazirah benar-benar lapang kini. Fahmie dan Syazwani di hujung taman tersenyum bahagia.
"Mari kita pergi Mie. Beri peluang kepada mereka berdua. Biarlah Mimi bersama kita," ujar Syazwani perlahan. Fahmie mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.
Maka Fahmie beredar dari kawasan itu bersama dengan Syazwani dan Syamimi.
sy dh bace abeh cite nie..best..menarik..ending yg sgt2 best..kalau sy x salah penulis br berumur 16 tahun ye..! Tahniah! teruskan usaha anda. Sy akan trus mnggu karya dr anda dan mulai hari ni SY ADALAH PEMINAT ANDA.
time kasih cute74.. sy hargai ucapan awk.. sy masih lagi dlm proses menulis cerita baru tp mgkinm lbt sdkit sbb taun dpn nk SPM jd sy kena kurangkan menulis.. time kasih byk2 kpd semua yg sudi m'bce cerita sy.. utk cerita penuh lawatlah.. http://nursaadahzamri.blogspot.com
waaa..mgalir oo air mata bc novel ni..huhuhu..sadisss ooo..huhuhu.. ni bkn 5 star lg da..beribu2 star da..huhuhu.. i like.. ;)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best nye...
ade smbngan lg x???
hope ade smbng lg..