Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tergesa-gesa Tengku Harris keluar petang itu.. Tengku Harris memarahi dirinya kerana tertidur pada tengah hari tadi. Akibatnya dia terjaga lewat. Janjinya untuk bermain boling bersama Syafiq dan isterinya pada pukul 3 petang, tetapi jam sudah melewati 3.30 petang. Dia sudah terlewat selama tiga puluh minit. Teman baiknya itu pasti akan memarahinya. Muka Tengku Harris kemerah-merahan apabila sampai di Mid Valley Mega Mall. Syafiq sudah bercekak pinggang dan Tengku Harris hanya mampu tersenyum. " I’m so sorry, I’m late. Aku tertidur la Fiq," kata Harris dan terus duduk bertentangan dengan rakannya itu. " Itulah kau, aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau ada orang jaga, tak ada lah kau nak lewat macam ni lagi," marah Syafiq berbaur gurauan. Syafiq tahu kawan baiknya ini kalau sudah tidur, memang susah benar nak bangun semula. " Mana lah ada orang nak kahwin dengan aku. Kau ingat cari isteri macam cari baju ke ha?" alasan yang sama diberikan oleh Harris. " Kau tu yang memilih sangat. Tak sesuai lah, mengada sangatlah, manjalah, ntah apa lagi lah yang kau cari. Tak faham aku Ris." Syafiq meluahkan rasa hatinya. " Eh, dah la. Jom main." Tengku Harris sengaja mahu melarikan dirinya daripada dicincang lumat oleh kata-kata Syafiq. Dia tahu niat Syafiq memang hendak dia berkahwin, sama seperti mamanya juga. `Mereka mesti faham aku belum bersedia dan dengan siapa aku nak berkahwin kalau calonnya pun memang belum ada’. Tengku Harris bermonolog sendirian.
" Kau ni Ina, memang juara sejak dulu lagi. Entah bila pula giliran aku nak menang boling ni." Tengku Harris sememangnya tabik kepada Zalina, isteri Syafiq. Zalina sememangnya juara dalam permainan ini. Zalina dan Syafiq berkahwin semasa mereka masih berada di London. Zalina adalah junior mereka. Kedua-duanya sangat mencintai sehinggalah mereka membuat keputusan untuk berkahwin sebelum Syafiq pulang ke tanah air beberapa bulan lebih awal daripada Zalina. Alhamdulillah mereka masih berbahagia hingga kini walaupun masih belum dikurniakan anak setelah lima tahun berkahwin. Belum rezeki lagi agaknya. " Kalau Nita ada, lagi best Ris,kan?" sengaja Zalina hendak memancing Tengku Harris tentang bekas kekasihnya itu. Harris hanya membisu. Tiada jawapan yang mampu diucapkannya. " Jomlah kita pergi makan Ris. Dah ada bunyi muzik rock dalam perut aku ni tau. Ntah lagu apa yang tengah berkumandang tak tahulah aku". Selamba saja Syafiq mencelah. Mungkin untuk melenyapkan suasana senyap sebentar tadi. Tiba-tiba mereka ketawa bersama-sama. Mereka makan di sebuah cafe di Mid Valley. Malas rasanya hendak makan. Perut Tengku Harris tiba-tiba kenyang apabila teringatkan kekasih hatinya kini mungkin bahagia bersama insan lain.
Hati lelakinya tiba-tiba diruntun pilu. Kisah percintaannya bersama Anita, teman sekuliah Zalina mungkin tidak lama tetapi cukup membahagiakan dirinya. Dia dan Anita juga tidak banyak kenangan, tetapi cukup untuk dikenang kerana semuanya indah belaka sehinggalah suatu hari badai melanda perhubungan mereka. Langit tidak sentiasa cerah. Anita tiba-tiba bertunang dengan lelaki pilihan keluarganya dan semenjak itu hubungan mereka terpisah sehinggalah Anita berkahwin dengan lelaki itu. Hakimi Mohammad Ishak. Itulah nama perampas wanita yang bertakhta dihatinya selama hampir dua tahun. Tengku Harris masih ingat muka bahagia Anita semasa hari persandingannya dulu. Sengaja Tengku Harris memunculkan dirinya dalam majlis itu walaupun dihalang oleh Zalina kerana takut sekiranya Tengku Harris mengamuk. Syafiq ada menceritakan kepada Zalina bagaimana Tengku Harris mengamuk apabila mendapat tahu Anita akan berkahwin. Jadi Zalina sememangnya sangat takut untuk membiarkan Harris pergi ke majlis perkahwinan Anita. Tidak dapat disangkal hati lelakinya memang sangat sedih atas kehilangan wanita yang amat dikasihinya. Wajah kacukan Melayu-Pakistan itu direnung dari jauh. ` You cantik, Nita.’ Bisik hati kecil Tengku Harris. Songket hijau keemasan yang dikenakan oleh Anita Nampak sesuai sekali dengan kulit sawo matangnya. Lelaki di sisi Anita juga kelihatan segak bergaya. Hati Tengku Harris pedih seperti ditusuk sembilu. Namun dia terpaksa akur kepada kehendak takdir yang sudah menentukan bahawa mereka bukan ditakdirkan untuk bersama. Apa yang dia harapkan ialah Anita berbahagia dengan jalan yang dipilihnya. ‘ Nita, I sentiasa mendoakan kebahagiaan you," doa Tengku Harris dari jauh untuk Anita. " Woi Ris! Apa yang kau menungkan?" soal Syafiq mamatikan lamunan Tengku Harris. " Ni makanan dah sampai, makan. Termenung aje kerjanya," Tambahnya lagi. " Aku nak ke tandas kejap," kata Tengku Harris sebaik sahaja makanan dihidangkan. Tengku Harris meluru keluar dari cafe itu. Tiba-tiba dia seperti menghempap sesuatu. Apa, dia tidak pasti. " Aduh, sakitnya!," terdengar suara halus seperti separuh berbisik dan menahan sakit. Tengku Harris bingkas bangun dan matanya tertancap pada sekujur tubuh wanita sudah terbaring di hadapannya. ‘ Alamak, aku langgar orang,’ kata Tengku Harris dalam hatinya. " Err, are you okay, miss?" Azleen itu hanya berdiam diri dan wajahnya seakan mahu menangis. Harris rasa sangat bersalah kepada wanita itu kerana tidak melihat dengan cermat sebelum meluru keluar dari cafe tadi. Tiba- tiba matanya tertumpu kepada lengan wanita itu. " I’m really appologize. Saya tak perasan awak tadi. Tangan awak tu luka. Mari saya bawa awak ke klinik," Tengku Harris menghulurkan tangan sebagai tanda dia benar-benar ikhlas untuk membantu wanita itu namun tangannya ditepis kasar oleh wanita itu. " I’m okay" balas Azleen dengan nada yang agak marah. " Nanti nak berjalan tengok orang jangan nak membuta tuli saja," bentak Azleen lagi.. Tengku Harris tiba-tiba menjadi geram kepada wanita itu. Bantuan yang ingin dihulurkan olehnya ditolak dan kini dia dimarahi pula. Dengan perasaan sebal dan marah, dia meninggalkan wanita itu terpingga-pingga. " Hey encik!" laung Azleen kepada Tengku Harris. " Handphone saya," ucapnya sebaik sahaja Harris menoleh. " So, apa yang awak nak saya buat?" soal Tengku Harris kepadanya. " Encik dah rosakkan handphone saya and now you are asking me what should you do?" " Baik, saya akan gantikan awak dengan handphone yang baru," malas Tengku Harris hendak melayan kerenah wanita muda di hadapannya ini. " Tak perlu. Saya nak awak baiki handphone saya ni semula." ‘ Perempuan ni memang sengaja nak menyusahkan aku!’ marah Tengku Harris dalam hatinya. " Kalau beli yang baru kan lebih senang. Saya tak ada masa nak baiki handphone awak ni. Banyak lagi kerja lain yang saya nak kena buat daripada nak membuang masa baiki hanphone awak ni. Lagipun sekarang orang sudah pakai handphone yang canggih-canggih. Jom saya bawa awak pilih handphone baru atau awak nak pergi sendiri? Kalau awak nak pergi sendiri, nanti awak claim semula dengan saya." Jawab Tengku Harris dengan panjang lebar. " Saya bukan suruh awak yang baiki handphone saya. Saya pun tahu awak ni bukannya tahu nak baiki handphone pun. Saya suruh awak bawa handphone saya ke kedai dan suruh orang yang baiki. Lagipun buat apa membazir duit, handphone ni akan elok selepas dibaiki. Lebih elok kalau dapat berjimat!" sengaja Azleen memulangkan kata-kata keras itu kepada Harris. Azleen yakin lelaki di hadapannya ini pasti anak orang kaya, kalau tidak masakan lelaki ini menawarkan handphone baru kepadanya. Tengku Harris akhirnya mengalah. Malas benar rasanya hendak melayan kerenah wanita itu. Selepas beberapa ketika, dia kembali ke cafe. " Kau cari tandas tak jumpa ke?" perli Syafiq kepadanya sebaik sahaja punggungnya mencecah kerusi. Tengku Harris tidak menjawab soalan Syafiq sebaliknya hanya tersenyum dan terus mendiamkan diri sepanjang makan pada petang itu. Kemudian mereka sama-sama berpecah dan membawa haluan masing-masing.
Tengku Harris masih tidak pulang ke rumahnya selepas berpisah dengan Syafiq dan Zalina, sebaliknya dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sekeliling megamall. Sudah lama benar Tengku Harris tidak keluar untuk merehatkan mindanya. Dia asyik sahaja diasak dengan permintaan mamanya agar berkahwin dengan Kamalia. Tengku Harris tidak mencintai Kamalia. Itu sahaja jawapan yang dia ada. Namun menurut mamanya cinta boleh dipupuk, boleh disemai. Kamalia amat mencintainya. Dibiarkan sahaja permintaan mamanya itu tanpa jawapan. Tengku Harris suda tidak kuasa hendak melayan kerenah mamanya lagi. Mamanya tiada hak untuk mencampuri urusan hidupnya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bestnye..
cepatle sambung