Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Apa lagi yang kamu tunggu Ris? Mahu mama pejam mata baru dapat tengok bakal isteri kamu?" bebel Datin Rosma sudah menjadi sarapan buat Tengku Harris. " Mama nak jodohkan kamu dengan si Kamalia anak Datin Mun kamu tak nak. Hish.. kamu beritahu dengan mama wanita macam mana yang kamu nak, mama tolong carikan," tambah Datin Rosma lagi. " Ma..Ris tahu lah.. lagipun Ris baru je 29 tahun. Banyak lagi benda yang Ris nak selesaikan," jawab Tengku Harris, anak lelaki tunggalnya. "Okay lah mama, Ris pergi kerja dulu. Nanti terlewat pula," sengaja Tengku Harris mahu melarikan diri daripada ibunya itu. Tidak sanggup untuk berada lebih lama di meja makan pada pagi itu seperti hari-hari sebelumnya. Harris, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga Datuk Tengku Iskandar dan Datin Rosma. Kakak Haris, Tengku Harliza dan Tengku Heliana kedua-duanya sudah berkahwin dan punya cahaya mata. Adik Harris, Tengku Hernani juga sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan mama tidak lama lagi. Mama seperti biasa, tidak habis-habis mencarikan jodoh untuk anak-anaknya. Fikiran mama masih lagi konservatif. Jodoh yang pilih keluarga adalah terbaik untuk anak-anak kerana ibu bapa tahu apa yang terbaik untuk anak mereka. Itu kata mama. Tengku Harris sama sekalitidak bersetuju dengan pemikiran mamanya. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan. Mungkin disebabkan kesemua adik dan kakaknya sudah berkahwin dan Harris juga dipaksa berkahwin oleh mamanya. Sudah pelbagai alasan diberikan oleh Tengku Harris. Jika dibukukan segala alasannya, dia pasti terjual buku yang sarat dengan alasannya itu. Tengku Harris tersenyum sendiri. Dia yakin, wanita yang diidamkannya masih belum muncul. Kamalia bukan wanita yang diingininya walaupun wanita itu sangat cantik dan mampu menggoda hati mana-mana lelaki yang mendampinginya. Tidak kurang juga lelaki-lelaki yang ingin mendampinginya.
Semasa perjalanan ke pejabat, Tengku Harris mendapat satu panggilan daripada mamanya. Menurut mamanya, Datin Mun menjemput Harris sekeluarga ke rumahnya kerana Kamalia menyambut ulang tahun kelahirannya. Mamanya turut memesan agar Tengku Harris membelikan hadiah untuk Kamalia. Sempat juga mamanya memesan agar memikirkan hal yang dibincangkan tadi. " Hish..malas betul aku nak jumpa perempuan tu," ngomel Harris seorang diri dalam keretanya. Mamanya tiada perkara lain yang hendak diperkatakan. Tidak seperti papanya yang lebih banyak menyerahkan segala-galanya kepada Harris. Papanya tahu dia boleh berfikir dan membuat keputusan sebaiknya dan dia akan berkahwin apabila masanya sudah tiba. Tetapi mamanya tidak. Mamanya lebih suka sekiranya dia berkahwin dengan Kamalia anak Datin Mun itu.Datin Mun ialah kawan baik mama.
" Ros, thank you for coming," sapa Datin Mun yang kelihatan berseri-seri menyambut ulang tahun puteri tunggalnya itu. Walaupun sudah berusia lewat 40-an, Datin Mun masih lagi kelihatan awet muda. " You look georgeous aunty," kata Harris bagaikan hendak mengambil hati Datin Mun. Datin Mun hanya tersenyum malu apabila dipuji begitu oleh pemuda yang sudah dianggap sebagai bakal menantunya. " Where is Lia?" sambungnya. " Ada tu tengah bersiap lagi agaknya. Maklumlah, nak jumpa Harris mestilah kena bersiap cantik-cantik". Harris seperti hendak termuntah mendengar kata-kata itu. Menyampah sekali pada pendengarannya. Setengah jam berlalu dan akhirnya puteri yang ditunggu-tunggu muncul juga. Kamalia Suriani Datuk Ahmad Mokhtar memang sangat cantik dan menggoda tetapi entah mengapa hati ini bagaikan tidak terbuka untuk jatuh cinta kepada gadis tinggi lampai yang cantik ini. Kamalia sudah cukup sempurna untuk dijadikan suri hidup dan pastinya lelaki yang mendampinginya akan berasa sangat bangga kerana mempunyai teman secantik ini disisinya. Namun, lelaki itu bukan dirinya. Kamalia bukan diciptakan untuk bersamanya. " Hye, sweetie. You look very beautiful. Happy birthday." Sungguh, bukan niat Tangku Harris untuk mengambil hati. Pujian itu tulus dan ikhlas dari hatinya untuk Kamalia. " Sayang…I ingat you tak datang. Thank you sayang.." ucap Kamalia dengan nada yang manja dan seakan-akan mengoda sambil tangannya merangkul lengan Tengku Harris. Kamalia seakan-akan tidak segan melakukan begitu di hadapan para tetamunya. Datin Mun dan Datin Rosma hanya tersenyum melihat gelagatnya yang manja itu. ‘ Ah..dasar perempuan murahan’ degus Tengku Harris dalam hati. Meluat diperlakukan begitu. Ikutkan hati Tengku Harris, mahu saja direntap tangannya dari pelukan manja Kamalia yang mula merimaskannya itu. Tidak selesa diperlakukan begini. Namun Tengku Harris perlu menjaga air mukanya dan keluarganya. Tidak dapat Tengku Harris bayangkan wajah berang mama seandainya dia melukakan hati Kamalia, calon menantu kesayangannya itu. Mama pasti bagaikan singa lapar yang menunggu untuk membaham mangsanya. Lamunannya terhenti apabila tersedar bahawa namanya dipanggil berulang-ulang kali oleh mamanya. " Kamu ni Ris, berangan pulak! Mama bercakap dengan kamu ni," suara mama bagaikan petir yang memanah gegendang telingaku. " Apa mama cakap tadi? Ris tak dengarlah. Bising kat sini," aku memberikan alasan yang sememangnya masuk akal. " Mama tanya kamu ni, kalau kamu cepat-cepat bertunang dengan Kamalia, okay tak?"Kamalia tersenyum manja disisinya. " What?!" suara Harris agak meninggi kali ini bagaikan separuh menjerit. Kamalia terus meluru masuk ke kamarnya. Dia terasa malu diperlakukan begitu. Tengku Harris terang terangan menolaknya. Kamalia berasa sangat marah pada Tengku Harris. Selama ini Kamalia menyangkakan Tengku Harris mencintainya. Mereka sama-sama membesar dan Kamalia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Tengku Harris. Ternyata dia bertepuk sebelah tangan. Tengku Harris tidak pernah mencintainya. Patutlah semasa di London dulu sekali pun Tengku Harris tidak pernah menjenguknya melainkan dia yang selalu bertandang ke rumah sewa Tengku Harris. Dia sanggup berhabis duit semata-mata untuk bertemu Tengku Harris pada setiap hujung minggu. Kawan-kawannya juga mengatakan Tengku Harris beruntung memiliki teman wanita sebaiknya. Demi Demi mendapatkan pujian dan dapat berdampingan dengan jejaka idaman universiti itu, dia sanggup melakukan apa sahaja. Bagi Kamalia Tengku Harris adalah segala-galanya. Namun Tengku Harris tidak pernah menunjukkan penghargaannya terhadap setiap pengorbanan yang Kamalia lakukan kepadanya. Kamalia berasa sangat geram. Dia menumbuk bantal peluknya. Matanya kelihatan bengkak kerana terlalu banyak menangis. " I takkan lepaskan you, Harris! You are mine forever." Kamalia melepaskan segala kemarahannya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
awatnye apa jadik?....cepatlah wei nk new n3 ....