Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hah, ni bilik kita!" ujarnya. Tanpa berlengah, pintu bilik itu dikuak. Mereka berempat melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.
"Cepat sikit! Aku dah tak tahan ni," Farok menolak Shafik lalu bergegas mencari bilik air. Shafik sedikit marah dengan tindakan Farok.
Iqbal merebahkan diri ke katil. Perjalanan yang mengambil masa selama hampir satu jam itu cukup membuatkannya letih. Biasalah orang tak pernah berjalan jauh.
"Boleh tahan juga tempat ni," ujar Ashraf sambil melihat-lihat sekitar bilik tersebut. Shafik melabuhkan punggung di sebelah Iqbal.
"Ada rancangan apa hari ni?" Ashraf mencapai alat kawalan jauh lalu menekan punat televisyen itu.
"Rancangan apa, Raf?" tanya Shafik.
"Entah," Ashraf menukar-nukar siaran mencari yang kena dengan seleranya.
"Hari ni hari apa? Jumaat kan? Pukul 6, rancangan apa?" Shafik berfikir.
"Fuh…bestlah bilik air dia," Farok kembali menyertai Shafik, Iqbal dan Ashraf.
"Rugi Riz tak ikut sama," ujar Shafik.
"Entah apa si Riz tu tengah buat sekarang?" fikir Iqbal.
"Buat apa lagi, mesti tengah dok mimpikan si buah hatinyalah," ujar Shafik.
"Eh, tapi tadi aku tengok si Shamsul tu asyik mengekor si Tya aja," kata Ashraf.
"Ala, kau bukan tak tahu yang si Shamsul tu syok kat Tya," Shafik berasa geram apabila mengingati perbuatan Shamsul tadi. Mentang-mentanglah si Riz tak ada dia ambil kesempatan pula. Tapi aku gerenti si Tya tu masih setia dengan Riz. Maklumlah hubungan dia orang kan dah hampir dua tahun.
"Kau orang tak nak mandi ke? Pukul 8 nanti kena berkumpul pula kan?" Farok mengeluarkan tuala mandinya dari dalam beg.
"Ala…rilekslah. Sekarang baru pukul 6 lebih. Sempat lagi kalau nak tidur ni," Shafik berpaling ke arah Iqbal. "Laa… dia dah tidur dulu?"
"Macam dia pula yang bawa bas," celah Farok.
"Aku pun nak tidur," Shafik merebahkan tubuhnya di sebelah Iqbal. Farok berlalu ke bilik mandi sementara Ashraf khusyuk menonton televisyen.
***
"Habislah kita! Ni semua salah kau! Kenapa kau tak kejut kita orang?" Shafik menyalahkan Farok.
"Mana aku tahu? Aku pun terlelap," balas Farok. Selepas mandi tadi, dia juga tertidur apabila melihat kawan-kawannya lena diulit mimpi.
Empat lembaga itu bergegas menuruni tangga. Waktu sudah melewati pukul 9 malam. Satu jam lewat daripada waktu yang sepatutnya.
"Kat mana tempatnya?"
"Susah-susah sangat tak payah pergilah. Bukan ada apa-apa pun. Ceramah motivasi aja kan?" cadang Shafik. Setiap kali ceramah motivasi mesti dia tertidur. Pasti!
"Kau nak mampus? Kalau Cik Mazleen tahu kita tak pergi ceramah malam ni, teruk kita nanti!" bantah Farok. Berbanding mereka berempat, Farok memang paling baik dan dia agak penakut kalau nak buat jahat.
"Kalau kita tak cakap, tak ada siapa yang akan tahu," balas Shafik.
"Tapi aku tak bolehlah. Aku tak berani," Farok masih ragu-ragu dengan rancangan Shafik.
"Yalah, Chap. Kalau kita tak pergi ceramah tu, kita nak buat apa kat bilik tu? Lagipun perut aku dah lapar ni. Mesti dia orang ada sediakan makanan untuk kita," ujar Ashraf pula.
"Aku pun lapar juga," ucap Iqbal sambil memegang perutnya.
"Tapi macam mana kita nak pergi sedangkan tempatnya pun kita tak tahu?" soal Shafik.
"Kita carilah," usul Ashraf.
"Kau ingat hotel ni kecik ke? Takkan kita nak geledah satu hotel ni?"
"Bila masa pula aku suruh kau geledah satu hotel ni? Kan tadi Cik Mazleen ada sebut dewan?" Ashraf cuba mengingati nama dewan yang diberitahu oleh Cik Mazleen sebelum mereka ke bilik masing-masing petang tadi.
"Haa…Chap, kau bawa handphone kan? Cuba kau S.M.S. mana-mana budak kelas kita," ujar Iqbal.
"Ya tak ya. Lis!" Shafik segera mendail nombor telefon Melissa. Hantar mesej leceh! "Dia tak jawab pun." Shafik mendail sekali lagi.
"Kan dia tengah dengar ceramah. Susah nak jawab call. Kau S.M.S. ajalah."
Shafik menurut cadangan Iqbal lalu menghantar pesanan ringkas kepada Melissa. Harap-harap Melissa membalasnya. Mereka menunggu seketika.
"Mana Lis ni?" Shafik memandang telefon bimbit di tangannya.
"Jangan-jangan dia tak bawa phone tak?"
"Habis tu macam mana sekarang?"
"Nak buat macam mana? Kita tunggu ajalah kat sini. Harap-harap ada yang jumpa kita kat sini," Shafik seakan berputus asa.
Mereka berempat duduk bersandar di dinding. Masing-masing kelihatan tidak bermaya. Maklumlah sejak petang tadi mereka belum menjamah makanan.
Seketika kemudian, pintu dewan berhampiran dengan tempat mereka duduk dikuak. Dua orang gadis muncul melintasi mereka.
"Weh, itu Lis dengan Azleen kan?" Ashraf menunjuk ke arah dua orang gadis yang baru keluar dari sebuah bilik.
"Mana?"
"Tu! Lis! Leen!"
Melissa dan Azleen menoleh.
"Kau orang buat apa kat sini? Kenapa tak masuk?" Melissa dan Azleen hairan melihat mereka berempat.
"Kita orang sesat," Shafik menagih simpati. "Tadi Chap hantar S.M.S. Kenapa tak reply? Lis tak bawa phone ke?"
"Tak. Lis tinggal phone kat bilik."
"Kau orang berdua ni nak pergi mana? Ceramah dah habis ke?"
"Belum. Kita orang nak pergi toilet. Sejuk sangat kat dalam tu. Tak tahan," jawab Azleen.
"Lis, Leen, kat dalam tu ada makanan tak?" tanya Iqbal.
"Tadi ada tapi sekarang tak tahulah ada lagi ke tak."
Ternyata Shafik, Iqbal, Ashraf dan Farok kecewa dengan jawapan itu.
"Gurau ajalah. Kalau kau orang nak makan, pergilah masuk."
Tanpa berlengah, Shafik, Iqbal, Ashraf dan Farok segera menerpa ke dalam dewan itu. Mereka yang sedang tekun mendengar ceramah motivasi tentang Persediaan Sebelum Peperiksaan yang disampaikan oleh pengetua tersentak dengan kemunculan mereka berempat. Shafik, Iqbal, Ashraf dan Farok hanya mampu tersengih bagi menutupi rasa malu.
***
Malam itu, Athira, Fatin, Melissa dan Azleen rancak berbual apabila tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk. Perbualan mereka terhenti. Empat pasang mata itu tertumpu ke pintu.
"Siapa pula yang datang malam-malam ni?" soal Azleen hairan.
"Pergilah tengok," ujar Fatin.
Azleen melangkah ke pintu untuk melihat gerangan yang bertandang. Namun tiada sesiapa pun yang ada di situ sebaik-baik saja dia membukanya lalu dia menjenguk ke luar. Juga tiada sesiapa. Dia menutup kembali pintu itu.
"Siapa?" Tanya Athira.
"Entah. Tak ada orang pun," Azleen kembali menyertai mereka.
"Entah-entah kita yang salah dengar tak?" Fatin cuba berfikir positif. Tapi keempat-empat mereka mendengar bunyi itu dengan jelas. Tak mungkin mereka tersalah dengar.
"Mungkinlah kut," Athira turut menjernihkan keadaan. Jika ditambah cerita, takut nanti mereka akan berfikir yang bukan-bukan. Dan pasti itu akan merosakkan percutian mereka.
"Aku mengantuklah. Nak tidur," Azleen mengambil tempat di atas katil.
"Aku pun nak tidur," Fatin turut menarik selimut. Mereka mematikan lampu. Bersiap untuk melelapkan mata. Namun mereka tidak dapat tidur lena. Bunyi ketukan di pintu mengganggu tidur mereka. Azleen menutup telinga dengan bantal.
"Hee…siapa punya kerja tu? Orang nak tidur pun tak senang," Azleen marah tidurnya diganggu.
"Tak nak tengok ke? Entah-entah ada kecemasan ke," ujar Athira.
"Kecemasan apa pula?" soal Fatin. "Tidur ajalah. Mesti dia orang punya kerjalah tu."
"Tapi…" Athira masih sangsi.
"Tidur," arah Fatin.
Mereka cuba untuk tidak mengendahkan bunyi ketukan itu namun semakin dibiarkan, semakin kuat bunyi itu.
Fatin sudah tidak dapat menahan marah lalu dia bangkit dari katil. Ketukan itu benar-benar menguji kesabarannya.
"Fatin, kau nak pergi mana?" soal Athira.
"Aku nak tengok siapa yang punya angkara. Mengacau betul!" Fatin melangkah ke pintu.
"Fatin, tak payahlah," Athira menahan Fatin. Hatinya mula berasa tidak sedap.
"Siapa?" Fatin menyergah apabila pintu itu dikuak namun tiada sesiapa pun yang kelihatan di situ. Fatin mula berasa seram sejuk lalu dia mengunci pintu itu dan kembali ke katil.
"Kenapa Fatin?" Athira hairan melihat muka Fatin yang pucat.
"Tak ada apalah. Aku rasa baik kita tidur sekarang," Fatin menutup mukanya dengan selimut.
"Kenapa Fatin? Kau buat aku rasa seramlah," suara Melissa.
"Aku pun rasa macam tu. Kita cantumkan katil nak?" cadang Azleen.
Atas persetujuan semua, mereka berempat menolak kedua-dua katil itu mendekati antara satu sama lain. Mereka kemudian naik ke atas katil dan menarik selimut menutupi muka.
bkn d rhu n smart dekat je ke?..cmne bleh smpi sejam..hehe~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hermm..
bg0sh2..
cpt sket upl0ad..
dh x sab0 dh neyh..
hehe..