Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Usai saja persembahan, aku segera mendapatkan Khalisah yang baru saja mendapat tepukan gemuruh dengan lakonannya yang penuh emosi. Cita-citanya yang dikelek ke mana-mana, nak jadi pelakon yang serba boleh. Mungkin dia nak kalahkan pelakon-pelakon yang sedia ada agaknya... "Lisa...dialog awak tadi...awak dapat dari mana ya?" Aku cuba bertenang walau pun perasaan ingin tahu terlalu membuak-buak. Nafas kuhirup dalam-dalam. Sudahlah petang tadi aku dilesukan dengan denda-denda Cikgu Rosyam gara-gara kehilangan diari. Kali ini kejutan apa pula ya? " Aku tak tau. Budak-budak tu yang suruh aku berlakon. Kreatif gak diorang ni. Tak sangka betul." Khalisah menunjuk ke satu arah. Pandanganku terfokus di situ. Budak-budak lelaki berkumpul berkumpul, memandang tepat ke arahku dengan senyum yang sinis. Berderau darahku. Nafas mula tidak sekata. Man, Adi, Khairul, Pesal dan....Atirah. Tanpa berfikir lagi, aku mengatur langkah ke arah kelompok mereka, langkah kupanjangkan, lagi cepat sampai ke arah mereka. "Saya nak balik diari saya." Aku bertegas. Dapat kurasakan getar suaraku sendiri. " Diari apa ni?" Man pura-pura tidak tahu-menahu. Aku beristighfar dalam hati. Janganlah mereka cuba menguji kesabaranku lagi. Aku lihat, Tuah semakin mampir ke arah kami. Tetapi dia cuma membisu, apa dia juga bersekongkol dengan mereka? Wajahnya redup dan tenang. Sinar matanya bening seperti selalunya. Argh.... Nun, masih sempat lagi kau 'menelaah' wajahnya! " Saya nak balik diari saya, Man. Tolong pulangkan cara baik." Aku cuba berlembut. Suaraku mula berubah nada. "Kalau kami tak nak pulangkan....." Nada suara Khairul begitu mengjengkelkan. Aku cuba menyabarkan hati sendiri. "Tolonglah. Kenapa korang semua tak habis-habis kacau saya?' Aku tidak mahu mengalah, mereka buat bena tak bena dengan bicaraku. Atirah terus juga tunduk, pandangannya terus juga memaku hujung kaki sendiri. Aku berkalih pandang pada Atirah. Perasaan kecewa mula membekam. Sampainya hati Nurul Atirah buat aku begini! " Tirah, awak yang bagi diari saya pada diorangkan?" Aku ingin mendengar perkataan 'tidak ' keluar dari ulas bibirnya walaupun keyakinanku begitu jitu mengatakan Atirah yang mengambil diari kesayanganku. Siapa lagi yang tahu kewujudan diari itu selain dia? Atirah terus juga mematung, tiada reaksi. Aku sabar menunggu. " Dia yang bagi. Nampaknya ko dah tak ada kawan lagi. Tirah pun dah masuk'geng' kami." Khairul terus-menerus menyakitkan hatiku yang sedari tadi cuba menahan sebal. " Kenapa Khai? Apa yang awak tak puas hati dengan saya. Awak marah saya sebab laporkan pasal awak buli budak form 1 tu, kan?" Aku menentang matanya. Ya Allah...aku tidak mahu menangis di hadapan manusia-manusia ini. Aku tidak ingin... " Sampai hati Tirah buat saya macam ni." Lirih suaraku. Namun, wajahnya terus juga beku. Kosong. Tanpa eksperesi. Aku seperti bercakap dengan makhluk yang tidak bernyawa! " Betul awak tak nak bagi balik?" Aku meminta kepastian. Khairul menggeleng, nampak yakin benar. Panggg!!!...Tanganku terasa pijar setelah kuhayunkan sekuat hati. Belum pernah sekali pun dalam hayatku, tangan ini hinggap di pipi sesiapa. Bibir kuketap, geram dengan sikap Khairul yang keanak-anakan. Suasana yang hingar bertukar hening. Sepi. Sunyi. Semua orang melongo, mungkin tidak menyangka yang aku pun boleh naik darah juga! Selama ini, mereka selalu kata, aku ni tak ada perasaan, beku. Macam-macam yang mereka kata, mungkin ada lagi yang tidak singgah di telingaku.... " Kenapa awak tampar dia, Nun?" Cikgu Wadi kelihatan terkejut dengan tindakan nekadku yang tidak semena-mena. Kali ini aku sudah tidak kisah lagi! Rasional sudah tidak dapat lagi bersatu dengan mindaku yang sihat. Baru saja aku ingin bersekongkol dengan minda yang sihat supaya kata sepakat dapat dicapai. Nampaknya aku sudah kalah teruk sebelum berjuang menahan amarah yang meletus-letus seperti larva gunung berapi ini. Apa yang aku tahu, diari milikku mesti segera berpindah tangan! Seperti sirih pulang ke gagang....kembali padaku seperti asal tanpa dinodai. Tanpa cacat-cela. Atirah menatap mataku, ada makna yang mendalam. Kalau diturutkan rasa hati, ingin saja aku hamburkan segalanya pada Cikgu Rosyam dan Cikgu Wadi. Tetapi sepasang mata Atirah... " Kenapa, Nun Amirah?" Cikgu Rosyam melembutkan nada suaranya. Tidak keras seperti siang tadi. " Kenapa dia tampar awak, Khairul?" Cikgu Rosyam berbalik pada Khairul bila aku terus juga membisu. " Entah cikgu, dia ni tak betul agaknya. Saya tak buat apa-apa pun. Kalau tak percaya...tanya diorang ni?" Khai mengunjuk ke arah rakan-rakannya. Mereka mengangguk-angguk seperti belatuk. " Takkan tiba-tiba je awak tampar dia, Nun Amirah. Saya nak dengar alasan awak." Cikgu Rosyam tidak puas hati. Aku ingin bersuara tetapi sekejapan itu juga, segala kebaikan Atirah terlayar di depan mata. Aku jadi tidak sampai hati pula.. " Saya salah, cikgu..." Itu yang terdaya kusuarakan. Tidak lebih daripada itu. " Kenapa awak ni, Nun?" Suara Cikgu Wadi seperti teramat kesal dengan tingkahku. " Saya mintak maaf...."Mendatar suaraku. Teramat perlahan. Berbaur rasa kecewa yang masih bersisa terhadap Atirah. Salah itu berbalik padaku juga...demi reputasi Atirah bercampur simpati yang tumpah melihat wajah temanku yang satu itu.
******
" Nah, ini diari ko." Tuah mampir sewaktu aku sedang membersihkan kelas. Hari itu, giliranku bertugas. Diari merah hati itu kurapatkan ke dada. Tapi suara Tuah kali ini hambar. Tawar. Kenapa ya? Senyumnya juga nipis dan tawar, tidak ikhlas seperti tempohari. Tuah terus saja berlalu sebaik saja menghulurkan diari itu. Tidak juga senyum atau sinis seperti selalu. " Tuah..." Nama itu terpacul dari ulas bibirku. Aku jadi kaget dengan tingkahnya yang hambar. Aku jadi gelisah tidak menentu melihat wajahnya yang suram. " Terima kasih." Spontan, kata-kata itu menyusul walhal ada perkara lain yang ingin kutanya. Dia mengangguk perlahan, acuh tak acuh. " Awak marahkan saya?" Akhirnya...akhirnya aku dapat suarakan juga. Dia berpatah balik. Wajahnya kosong. Suram. Kali ini dia berdiri betul-betul di hadapanku. Sebelah tangannya menyeluk poket seluar. Sepasang matanya menatap mataku... " Ko selalu seksa diri ya?" Dia mengukir senyum, hambar. " Apa maksud awak? Saya tak faham." Aku jadi terpinga-pinga dengan soalannya yang tiba-tiba. Tidak dapt kutafsir maknanya. Sekilas, aku melarikan pandangan. Tidak betah bertatapan dengan matanya lama-lama.. " Ko suka seksa diri. Macam lilin..bakar diri untuk orang lain. Ko suka orang lain permainkan ko." Tegas suaranya. Nada bersungguh. " Apa masalah awak ni, ya?" Tak sudah-sudah cari pasal dengan saya." Suaraku sedikit bergetar. Getarnya sampai ke hati. Janganlah air mataku tumpah kerana dia. Aduhai hati...bertenanglah! " Lain kali jangan bawa diari. Tukan rahsia hati ko..khazanah berharga." Lembut suaranya menerjah telinga. Aku terpana, suka hati akulah nak bawa diari ke tak? " Saya tak minta nasihat awak. Tolong jangan jadi penyibuk. Saya tak suka..." Aku menghamburkan isi hati. Biar dia tahu semuanya. " Aku pun tak suka..." Mendatar suaranya. " Saya tahu awak tak suka saya, kan? Sebab tu awak tak pernah tegur saya depan orang. Sebab tu awak 'beraku engkau' dengan saya, ya?" Dia tersenyum, menambahkan lagi rasa sakit hatiku. Tangannya kanannya menyebak rambut. Nun....Nun, tak sudah-sudahnya kau kaji dia ni! " Aku tak suka..... "Bicaranya terhenti. " Ko jadi lilin." Serentak dengan itu dia berpaling, meninggalkanku yang tidak tahu berkata apa lagi. Dia tak suka aku jadi lilin? Akalku cuba mentafsir maknanya. Maksudnya...dia tidak suka aku berkorban untuk orang lain...dia tidak suka aku membakar diri untuk orang lain. Hurmm...
Aku membaca surat titipan itu berkali-kali. Biar betul ada orang suka aku.. Isinya lebih kurang begini:
Nun Amirah yang manis... Ingin saya hulurkan salam perkenalan untuk saudari Nun. Sudah lama saudari saya perhatikan tetapi tiada keberanian untuk menegur. Saya suka melihat paras hati saudari. Dalam erti kata lain, saya menyukai saudari Nun. Kalau saudari ingin tahu siapa saya sekali gus menyambut salam perkenalan, sudilah kiranya saudari tunggu saya di pintu pagar waktu pulang nanti. Saya yang akan tampilkan diri. Harap kehadiran surat ini tidak mengganggu ketenangan saudari.
Surat itu kusimpan elok-elok di dalam beg. Siapa pula yang berminat menghulur salam perkenalan ya? Pulang dari sekolah ini, apakah aku tidak harus mengecewakan niat hatinya? Sekejap lagi waktu Sejarah, aku masih memikir-mikir lagi...
Aku masih menunggu di pintu pagar sekolah. Tiada sesiapa yang kelihatan berminat menghampiriku. Semuanya berpusu-pusu keluar. Aku menilik jam di tangan. Lima minit lagi kalau dia tidak juga muncul, aku perlu ke destinasi seterusnya. Selepas ini, aku akan ke pusara mama. Sejak pulang dari kem motivasi kelmarin, aku masih belum berkesempatan ke sana..rindu bertemu mama. " Assalamualaikum...Nun Amirah." Satu suara menyentakkan lamunanku. " Waalaikummussalam..." Aku pantas menoleh. " Nun...." " Awak..." Aku terkesima. Wajahnya kutatap dengan rasa tidak percaya. Dia? Akukah yang khilaf memandang atau diakah yang tersilap menyapa...
Assalamualaikum...akhirnya terpapar juga di skrin buah tangan saya ini. Maaf kali ini tak dapat titipkan panjang-panjang, lain kali saya akan cuba tulis panjang-panjang sikit lagi untuk anda semua yang saya sayangi....
wah cepat smbung ye..ske cite ni..teruk betul Atirah 2..kesian nun..betul ckp tuah 2..nun ske sgt bekorban utk org ln smp diri sndri yg susah..pe pun best n cepat smbung ye..
Terima kasih in_an, saya akan sambung secepat yang mungkin. Adakala pengorbanan terlalu menjerat diri hingga hati sendiri mati. Semoga kita tidak beroleh kawan seperti Atirah....
best la citer nih.. menarik sangat..jarang ada penulis baru boleh olah ayat macam u olah..u're rily something.. teruskan menulis..waiting for ur next n3..
belum ada sambungan lg ker..?? lamanya........ awak sambut krismas ker sampai sekarang masih belum ada sambungan...?? hehe gurau je.. bila nak ada blog???
syabas penulis.. sy seakan-akan nampak diri sy dlm ni..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Assalamualaikum...akhirnya terpapar juga di skrin buah tangan saya ini. Maaf kali ini tak dapat titipkan panjang-panjang, lain kali saya akan cuba tulis panjang-panjang sikit lagi untuk anda semua yang saya sayangi....