Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tan Chiang Yen. Dia sahabatku sejak dari bangku sekolah rendah. Aku mengenalinya ketika berada dalam darjah dua. Namun aku mulai rapat dengannya apabila kami sekelas semasa darjah enam. Entah di mana permulaannya, aku tidak pasti. Namun aku pasti, aku semakin akrab dengannya apabila kami ditugaskan membuat kerja berkumpulan bersama ketika sesi perbentangan Sains. Dia gemar bercerita tentang soal hati dan perasaan.. Lebih-lebih lagi ketika dia mula berjinak-jinak dengan cinta monyet ketika darjah enam. Harrison Pete Adams, jejaka kacukan Arab dan Amerika yang beragama Kristian. Bukan sahaja Yen yang meminatinya, hampir kesuluruhan pelajar perempuan di sekolah rendah kami meminatinya kerana keelokan rupa paras dan penonjolan bakatnya.
Sebut sahaja Harrison Pete Adams, mustahil tiada sesiapa yang tidak mengenalinya! Betapa hebatnya penangan jejaka tersebut. Tinggi, berkulit coklat cerah, berambut perang terang, hidungnya tajam elok disertai dengan matanya berwarna hijau kebiruan mengancam! Penampilan penuh berkarisma ditambah lagi dengan sogokan Ketua Pengawas, wakil sekolah bagi pertandingan public speaking, pidato, bola sepak, badminton dan hampir semua disapunya.
Yen seringkali tersenyum malu-malu apabila berpapasan dengan jejaka tersebut yang lebih dikenali sebagai Harris. Aku langsung tidak memberi apa-apa respon apabila dia bercerita tentang Harris. Sememangnya aku sudah lali; di sana sedang membincangkan pasal Harris, di sana juga membincangkan hal yang sama. Apakah mereka tidak jemu? Sedangkan usia baru sahaja setahun jagung. Lagaknya aku ketika itu seolah-olah lebih matang secara berfikir daripada mereka.
Aku masih ingat ketika itu Yen datang menemuiku dalam keadaan mata yang sembab ketika sesi persekolahan berakhir. Dia menceritakan kepadaku dia diejek oleh seorang budak perempuan darjah lima yang berbadan besar di hadapan Harris. Dia menjadi mangsa ejekan kerana pernah menghantar surat cinta kepada Harris. Entah bagaimana hal ini boleh tersebar dengan meluas. Aku memarahinya kerana membuat tindakan bodoh dengan menghantar surat cinta kepada Harris tanpa pemberitahuanku. Geram benar aku pada waktu itu. Tangisan Yen semakin menjadi-jadi. Aku serba-salah pula.
Yang terkejutnya, seminggu selepasnya Yen dan Harris mulai menjalinkan hubungan. Semua peminat si Harrison tidak menyukai Yen yang dianggap telah merampas jejaka pujaan mereka. Apa yang pasti, aku melihat Yen tidak begitu mengambil endah akan perihal kutukan yang diberikan oleh pesaing-pesaingnya.
"Harry sudah jadi milik saya, tiada apa yang perlu dirisaukan," ujarnya bangga pada suatu hari kepadaku. Harry, nama 'manja' untuk jejaka Harrison Adams itu. Pernah sesekali aku mendengar Harris memanggil Yen dengan panggilan Yenny. Argh, aku yang melihat kemesraan mereka terasa terdapat sesuatu yang makhluk aneh yang berlingkar di dalam tengkuk. Sungguh. Sungguh tidak kusangka, (bukan sahaja aku tetapi semua rakan-rakan kami) Harris boleh menerimanya sebagai teman istimewa. Padahal selama ini Harris bersifat pendiam dan langsung tidak begitu menggauli pelajar perempuan. Yen pula tidak menceritakan dengan lebih lanjut. Hanya tersenyum malu-malu apabila diasak dengan soalan.
Yen tidak kurang hebatnya. Walaupun bermata sepet, dia mempunyai dagu yang runcing dan wajah yang separa bulat. Berkulit kuning langsat dan sederhana tinggi. Rambutnya yang ikal hitam lebat paras bawah bahu yang sentiasa ditocang kuda. Kaca mata berbingkai atasnya menampakkan penonjolan perwatakannya yang berkarisma. Namun entah di mana silapnya, aku baru tersedar bahawa ketika sisa-sisa akhir persekolahan, hubungan mereka seolah-olah dingin. Aku tidak pernah bertanya, kerana itu merupakan satu-satunya cara untuk tidak membuatkan Yen bermasam muka denganku.
Setelah mendapat keputusan UPSR, aku, Yen dan rakan-rakan rapat kami yang lain menentukan haluan yang sama; bersekolah di SMK Taman Budiman. Aku tidak pasti di mana haluan Si Harrison. Aku bukanlah penyiasat yang baik. Desas-desus mengatakan dia melanjutkan persekolahannya di Amerika. Sesekali pernah terlintas di fikiranku, apakah aku ini mengambil berat akan perihal Yen? Ini kerana aku sering serba-salah untuk mengetahui apa yang dialami dan masalah yang membuntuti dirinya. Tidak keterlaluan jika aku katakan, dia kadang kala merasakan bahawa dia tidak memerlukan orang lain untuk berkongsi masalah; cukup mementingkan diri sendiri. Namun begitu hubungan kami sentiasa baik. Sekali sekala datang juga perasaan merasakan aku dan Yen tidak begitu mengenali diri masing-masing. Apakah salah aku berperasaan sebegini?
Dia cukup baik denganku. Kami saling bertukar kisah tentang perihal agama dan bangsa kami. Tentang isu semasa, soal hati dan perasaan, bertukar kisah lucu dan tips belajar. Dia amat pintar dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Aku pula lebih menyerlah dalam subjek Bahasa Melayu Pemahaman dan Sains. Yen lemah dalam subjek Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Aku pula lemah dalam Matematik. Kami sering mengadakan ulang kaji secara berkumpulan bersama-sama dengan Nadiah dan Nasyitah.
Jujur dan luhur dari hatiku, aku amat menyayangi Yen. Biarpun dia bukannya sebangsa dan seagama denganku. Namun. susur galur keturunanku, moyang sebelah ibuku merupakan orang Cina. Aku menyayanginya selayaknya dia sebagai temanku. Namanya sentiasa berada lewat dalam doa-doaku. Dan aku sentiasa cuba untuk menjadi teman penyeri yang baik untuk dirinya. Aku cuba , sentiasa...untuk melihatnya tersenyum setiap hari...
P/s : Ini adalah flashback ketika mereka masih berada di sekolah rendah.. Enjoy! =)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan