Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Afi menggosok matanya. Mengeliat kecil. Kenapa sempit sangat nie? Aku nak gerak pun payah siot. Badan di kalih ke belakang. Siapa plak yang menyibuk tidur tepi aku nie? Jangan-jangan.... Ingatan tentang peristiwa semalam masih samar-samar bagi Afi. Min yang enak tidur di sebelah, langsung tidak bergerak sedikit pun. Alamak macam mana nie? Afi cuba berdiri sedikit demi sedikit. Yes! Nasib baik aku bangun dulu. Kalau Miss Rusty yang sedar dulu,aku rasa bergegar bumbung dengar dia menjerit. Tangan dah lepas, sekarang kaki plak. Perlahan-lahan kaki kiri di angkat menjauh dari Min. Berjaya! Kaki kanan plak. Sikit lagi.... Tiba-tiba Min mengalih badan ke kanan. Berhadapan dengan Afi. Glup! Minah nie main dekat-dekat plak. Nie yang gabra+lemah=hancus. Macam mana aku nak angkat kaki aku nie? Sebelah kaki Min menindih kaki Afi. Kalau aku terus bangun jer,aci Miss Rusty sedar punya. Aku kena cepat,lepas nie sure mama bangun nak gerak kiteorang bangun solat subuh. And,aku sure time tue mama memang happy gila meanwhile Min sasau cam orang gila. Yer arh, takut aku buat apa-apa dekat dia. So,sekarang macam mana aku nak elak benda tue? " Hrm..argh..". Miss Rusty dah sedar ker? Macam mana nie? Aku nak buat apa? Baik aku buat-buat tidur tapi kalau Min ingat kes semalam jatuh arh saham aku dekat BSKL. Afi cuba bangun sekali lagi namun gerakkan kecil Afi itu menyebabkan Min mula bergerak-gerak. Min cuba membuka mata dan....... Bush......(bunyi jatuh dari sofa)
Serta-merta mata Min terbuka. Aduh,siapa plak yang kurang ajar tolak aku nie? Min menukar kedudukannya,dari tidur ke posisi duduk. Tangan menggosok-gosok punggungnya. Sakit. Dia melihat di atas sofa, Afi sedang nyenyak tidur. Ya Allah,macam mana aku boleh landing tepi mamat nie? Nasib baik doktor kerek nie tengah syok tidur. " Eh,Afi nasib baik aku bangun dulu. Kalau ko bangun dulu aku tak tahulah macam mana reaction ko? Ko pun mesti tak ingat kes semalam. Baik aku naik dulu sebelum ko bangun. Huhuhuhu..", Min terus bergerak perlahan-lahan ke arah tangga. Sampai sahaja di tangga,macam tak cukup anak tangga jer Min berlari naik. Di sofa plak, Afi dengan mata yang terpejam hanya tersenyum tepi dengan gelagat Min.
********************
Mama hanya membatu. Diam. Mengangguk tidak,menggeleng pun tidak. Min dan Afi sudah berpaling sesama sendiri. Sudah 30 minit papa memujuk mama. Namun,tanda perang dunia keempat bakal berakhir masih tak muncul-muncul. Sebelah pihak dah mengangkat bendera putih tapi sebelah pihak lagi masih tidah mahu mengadakan genjatan senjata. Huhuhu......
" Abang tak ada siapa-siapa pun",ujar papa. " Habis tue hari tue yang saya dengar abang pangggil sayang tue siapa?",soal mama menyuarakan kecurangan papa. " Hari tue Acap yang telefon. Abangkan selalu panggil Acap ‘sayang’. Takkan yang tue pun awak jealous?",sindir papa. " Kalau tue Acap kenapa abang tak bagi telefon dekat saya? Acap pun anak saya jugak!",mama masih tidak berpuas hati dengan jawapan papa. " Acap nak balik minggu nie. Sebab tue dia telefon. Dia nak suruh pergi hostel dia,minta balik dengan warden. Dia memang tak nak saya bagi tahu awak. Awak mesti marah dia sebab minggu lepas dia baru balik",terang papa bersungguh-sungguh. Mama hanya membuat muka cemberutnya. Tidak menghiraukan papa. Bukan papa jer, door gift papa pun di tolak ke tepi. Ros. Gelang. Teddy bear. Kad. Kalah orang muda lawan dengan papa nie. " Habsyah,awak pun tahu kalau saya nak pasang lain dah lama saya buat. Takkanlah bila anak semua besar,saya jadi warga emas, masa nie saya nak curang dengan awak? Perempuan pun dah tak nak",papa mencapai tangan mama. Sesaat kemudian mama menepis. Mama menjeling ke arah papa. Papa hanya tersenyum tepi. Satu sifat yang Afi warisi dari papa. " Afi,macam manalah nak pujuk orang tua nie erk? Papa rasa pujuk budak kecil lagi senanglah",acah papa sambil memandang Afi. Min dan Afi hanya menjungkit bahu. No idea,sorry pa! Papa mengubah kedudukan dari sisi mama ke depan. " Habsyah,awak tak sayang saya ker? Malu saya,budak-budak tengok nie" tanya papa dengan muka satu sen berkulat. " Miss Rusty,ko ingat tak kita janji malam nie kita nak makan malam dengan Hairilkan?",tanya Afi tiba-tiba. " Janji? Mana ada ak..",belum sempat Min menghabiskan ayat,kakinya sudah dipijak Afi. " A’arhlah. Kita dah lewatkan? Kesian plak Hairil kena tunggu"-kalau nak berkomplot pun lain kali buat arh pakatan axis dulu. Jangan main pijak terus! " Mama,papa Afi dengan Miss Rusty keluar dulu erk",tangan papa dan mama di salami Afi dan Min. Kurang seminit kereta Mazda RX8 milik Afi sudah meluncur laju di atas jalan meninggalkan mama dan papa untuk menyelesaikan masalah mereka.
*******************
Perlahan-lahan penutup maggi cup di tarik. Bau maggi tom yam yang semerbak menusuk hidung. Garfu plasik yang berlipat dibetulkan. Slurp.... " Afi lain kali kalau ko nak keluar rumah tue make sure ko bawa dompet"-lebai malang betul si doktor kerek nie! Mula-mula punya arh cover line nak keluar makan dengan Hairil. Aku ingat dapatlah makan dekat luar. Tup-tup, dompet plak tertinggal. " Alah,aku tak sengaja arh. At least,dapat juga makan maggi nie"-nasib kereta aku minyak full jer. Kalau tak,menolaklah jawabnya. " Yer arh tue. Makan maggi dekat kaki lima 7-Eleven!"-nasib baik maggi tom yam. " Wakakkakambing.....banyak siot angka dalam ayat ko tue. Tak per..nanti aku balik dari India nie aku buat balik souveniers untuk ko. Masa aku tak ada,nanti aku hantar ko duduk rumah mama,erk?"-aku bawa balik Shahrukh Khan, Hritikh Roshan baru rabun mata ko nak pilih yang mana. Baru leh join aku! " India? Ko nak buat apa kat sana?"-doktor kerek nie buat apa dekat sana? Takkan merajuk dengan kerja banyak sampai nak transfer dekat hospital sana. Huhuh.. " Minggu depan,aku kena pergi sana sebab ada pesakit sana yang terpaksa buat operation dekat sini. So,I have to check how things work there before transfer the patients"-alang-alang pergi sana,boleh aku usha amisha patel ker mallika ker. Hehehe.. " Bukan India lagi advanced ker perubatan diorang?",maggi di garfu ditiup,panas. " Not really. Tapi pesakit yang ditransfer selalunya depends on certain things such as economical condition,family agreement,organ transplant and others",maggi cup yang kosong di letak ke tepi. Kepalanya di pusing ke tepi. Min sibuk menghirup tom yam. " Gajah terbang!",jerit Afi sambil menunding ke langit. " Mana?", Min mendongak kearah yang di tunjuk Afi. Cepat-cepat Afi menarik maggi cup dari tangan Min. " Woi,mana aci tapau aku punya maggi",maggi cup yang dah kosong dilempar Min ke dalam tong sampah. " Aci tak aci! Siapa yang susah-susah cari duit dekat karpet kereta nak cukupkan tiga ringgit nak beli maggi?", seluar di bahagian punggung di tepuk berulang kali. " Siapa plak yang susah payah cari duit 50 sen dekat dash board kereta sebab orang tue tak cukup duit nak beli maggi?",hujung seluar dilipat kecil. Hujung tudung di kibas perlahan. " Okay. Kalau macam tue siapa yang last sampai dekat kereta kena denda kupas bawang merah satu bakul!"jerit Afi yang sudah berlari terlebih dahulu. " Kambing!",laung Min sebelum sama-sama berlari ke arah Mazda Afi.
*****************88
Di sebuah gudang lama yang dah ditinggalkan sejak bertahun-tahun,satu kegiatan haram sedang di jalankan. Dua buah kumpulan berlainan sedang berurus niaga. Lelaki bercermin mata hitam mengeluarkan pisau belati. Pek-pek kecil yang mengandungi debu putih di tebuknya sedikit dengan pisau. Hujungnya di letakkan ke atas lidah. Dia memejam mata,seolah-olah menghayati nikmat. " Nice!",tangannya memberi isyarat kepada anak buahnya yang lain. Datang dua orang lelaki tegap berkulit hitam membawa beg bimbit. Beg itu kemudiannya bertukar tangan ke arah pemuda Melayu yang membekalkan dadah tadi sebanyak 2 duffel bag. Beg bimbit itu terus dibukanya. Sejumlah wang yang banyak di kiranya sekali imbas. Sesekali duit yang diikat dalam nilai-nilai tertentu itu di hidunya. " Come on Khai. Don’t you believe me? For how long have we been doing business together?",bahu lelaki yang bernama Khai itu di peluknya. " It’s not like I don’t trust you but you must know my boss very well,right?",Khai menjarakkan diri. Beg bimbit hitam itu di tutup kembali selepas berpuas hati dengan jumlah wang di dalamnya. " Okay, Steven. Pleasure doing business with you",beg hitam itu di pegang erat. " Don’t mention it",duffel bag berwarna biru diikat ketat merahsiakan dadah di dalamnya. Anak-anak buah kedua-dua kumpulan bersiap sedia menanti arahan dari ketua masing-masing sehinggalah....
" Jangan bergerak! Ini polis. Letakkan senjata!",arah satu suara dari amplifier. " Bullshit. You trap us!", Khai mengangkat 9 mm glock ke arah lelaki yang bernama Steven. " What? I don’t know what are you talking about. This is not my plan. You must be the one that drag police down here!", pocket pistol diangkat ke kepala Khai.
" Letakkan senjata!",ulang polis. Namun, masing-masing tidak mahu mengalah. Khai dan Steven masing-masing menyalahkan satu sama lain tidak mempedulikan polis yang telah mengepung kawasan berkenaan. " Bubar!",laung Khai seolah-olah memberi arahan pada kedua-dua kumpulan. Masing-masing bergerak ke arah yang bertentangan. Khai dan beberapa lagi lelaki yang bersamanya mengeluarkan topeng muka dan memakainya. Mengelakkan muka mereka di kesan oleh polis. Masing-masing memegang semi auto berbagai jenis. Semi auto rifle. Borchardt semi auto. Benilli m4 semi auto. " Khai,cam ner sekarang?", mereka berlindung di sebalik timbunan kotak. Kejadian tembak-menembak tercetus akibat kedegilan mereka untuk menyerah. Polis yang awalnya berada di luar gudang telah mula memasuki gudang. " Ikut plan B" arah Khai. " Khai,macam mana dengan Max? Dia cedera parah nie" tanya salah seorang dari mereka. " Tinggalkan jer kat situ! Kalau kita bawa pun jadi beban. Lagi payah kita nak lari dari sini", briefcase hitam tadi masih utuh dibawa Khai. Dengan berat hati, anak buah Khai meniggalkan lelaki yang bernama Max. " Khai,tolong bawa aku sekali. Aku rayu kat ko. Aku sanggup buat apa pun untuk ko. Aku tak nak masuk penjara" rayu Max. Kaki Khai dipeluk. Khai tersenyum sinis. " Kalau macam tue,aku nak ko masuk neraka!",beberapa das tembakan di lepaskan tepat mengenai kepala Max. Serta-merta Max mati. Peluru tersebut mungkin mengenai cerebrumnya. Anak buah Khai yang lain hanya mampu menahan diri mereka. " Kalau ko tak cakap banyak tadi, ko still boleh bernafas dalam Penjara Pudu sana. What a waste!" sindir Khai lantas menembak lagi sekali ke bahagian jantung lelaki yang sudah tidak bernafas. " Korek keluar kelongsong peluru aku tadi!" arah Khai kepada dua orang pengikutnya. Polis boleh mengesan jenis pistol yang diguna berpandu kepada kelongsong peluru yang berada di tisu badan mayat yang di tembak. Selalunya apabila polis dapat trace jenis pistol, polis akan tahu kumpulan yang terlibat dan langsung mengaitkannya dengan suspek polis. Khai adalah seorang suspek yang berada dalam pemerhatian polis. Kelongsong peluru tadi jika di jumpai polis tawatlah hidup Khai. " Letakkan senjata" laung seorang polis dalam jarak tak sampai sekaki. Khai cepat menyembunyikan diri dan terus berlari keluar sehingga beg bimbit yang di pegangnya tercicir di tempat tadi. Anggota polis tersebut menghampiri pengikut Khai yang berada di sisi mayat. " Jatuhkan senjata!" arah anggota polis tersebut. Dia menghalakan senjatanya kepada lelaki di hadapan. Kedua-dua lelaki terbabit berpaling sesama sendiri sebelum meletakkan senjata ke bawah. Saat anggota polis itu ingin mendapatkan senjata berkenaan, salah seorang dari lelaki tersebut menyepak polis tersebut sehingga menyebabkannya tersungkur jatuh. Belum sempat polis itu menarik pistolnya, lelaki berkenaan sudah memetik picu. Tepat ke kepala polis berkenaan. Namun polis tersebut cepat bergolek ke tepi, cuba berlindung menyebabkan tembakan lelaki berkenaan tersasar. Hanya bahu polis berkenaan yang terkena tembakan. " Dah. Jom kita blah!" ajak lelaki seorang lagi sambil menarik rakannya yang memegang pistol. Dia cuba mencapai beg bimbit yang mengandungi berjuta-juta dolar Amerika yang berada di hujung kaki mayat rakannya. Sebaik sahaja dia cuba menunduk, polis tadi menembak beberapa das tembakan. " Arh...tangan aku!" jerit lelaki yang cuba mengambil beg bimbit itu sambil memegang tangannya yang berlumuran darah. Beg bimbit itu jatuh kembali. " Tinggalkan beg tue. Mari kita lari!" arah rakannya yang menunggu. Tembakan di bahu polis terbabit menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Membuak-buak keluar. Tak sampai 30 minit, tempat itu di geledah polis. Hanya sebuah kumpulan yang di tangkap. Di suatu sudut, kelihatan beberapa petugas kecemasan sedang mengangkut seorang anggota polis yang pengsan di sebabkan kehilangan darah yang banyak.
*************
Aku kat mana nie? Wayar apa plak yang menjalar kat tangan aku nie? Papan nama di atas meja dicapai Fisz dengan bersusah payah.
PESAKIT : MOHD HAFIS BIN MALIK SEBAB KEMASUKAN: DITEMBAK
Ditembak? Macam mana aku...0oo nie mesti kes semalam. Patutlah berbalut pelik semacam jer. Huhuhu...
Tanpa sebarang amaran pintu bilik wad 501 dibuka. Seorang pegawai polis lengkap beruniform masuk ke dalam bilik bersama sebakul buah. " Wah, bestnya jadi ko, Fisz! Dapat cuti free",bakul buah diletakkan di atas kabinet kecil tepi katil hospital. " Nak exchange ker? Aku tak kisah kalau ko yang nak kena tembak",tangan Fisz cekap mencapai beberapa buah dalam bakul. " Part tue aku tak nak!",buah di tangan Fisz di bawa ke sink. Dibasuh. " Mir,macam mana dengan kes semalam?",Fisz membetulkan kedudukan. " Semalam? Bukan semalam,dah banyak malam. Ko jer yang dah lama tak tengok dunia. Aku rasa kalau orang lain kena tembak dekat bahu,dah lama sedar. Ko jer yang payah nak sedar. Ko tue tak ada lemak pun nak jadi shock absorber untuk peluru.Pass out! Hahhahah...",remote control televisyen dicapai. Tv3. Buletin 1.30. Norazlina A’aala sedang syok-syok menyampaikan berita. " Aku setengah hari jer hari nie. Kes nak lawat ko arh sambil menjamu mata dengan cik-cik nurse ala-ala bebudak sekolah Red Crescent Society time aku sekolah dulu. Cute jer",muka Amirul sudah mula tersengih-sengih. Fisz hanya tersenyum dengan gelagat sahabatnya. Sengaja datang melawatnya dengan lengkap beruniform polis agar satu hospital tahu yang dia seorang pegawai ‘ Harimau Biru’. Mangak tul! " Fisz,baru aku teringat. Tuan Hashim bagi ko cuti dua minggu. So, bolehlah ko balik rumah parent ko. Kira ada hikmah jugalah ko kena tembak nie",epal disumbat ke mulut. Nyum...nyum...nyum...
**********
Meja makan depan sudah penuh terhidang dengan macam-macam masakan. Nasi putih. Ayam pedas. Daging paprik. Sayur goreng masak Cina. Air? Tak payah cakap arh.. " Min,marilah makan sekali",ajak Tuan Malik. Dia tersenyum memandang menantu rahsianya. Tanpa Min belum tentu salah faham minggu lepas dapat diselesaikan. Yerlah..isterinya seorang pemarah+emosional=super tak percaya dekat orang lain! " Tak apalah tuan. Saya nak keluar buang sampah dulu",Min meminta izin. " Kak Min,sebelum tue boleh ajak Abg Afi turun makan tak?",pinta Acap. " Afi keluar. Dia cakap nak uruskan pasal pasport dia dekat imigresen sebelum bertolak ke India",terang mama.
Kambinglah Afi! Lain kali kalau nak pergi mana-mana pun tak payahlah letak aku dekat rumah mama. Macamlah aku tak boleh survive hidup sesorang! Sekarang lagi payah aku nak pergi check syarikat. Nasib baik ko pergi seminggu jer. Plastik hitam di tangan dilempar Min masuk ke tong sampah besar di kawasan luar banglo.
Akhirnya,sampai juga aku dekat banglo nie. Kekura betul driver teksi tadi! Ada ker patut dia tinggalkan aku dekat jalan besar jer sebab malas nak masuk dalam. Habis lencun baju aku dek sweat gland aku yang dah berusaha sekuat hati. Baik ko jangan bagi aku jumpa ko lagi lepas nie. Kalau tak aku tembak tayar tue! Baru mengangkut tayar ala-ala Datuk Kamen Dragon Ball. Hahhah.. Aik,minah mana plak duduk depan banglo parent aku nie? Pegawai baitullmal erk..
" Minah, ko buat apa kat sini?"-bukan pegawai nie. Silap-silap pencuri. " Eh,ko dah balik Afi! Mana Mazda ko? Rosak erk?"-doktor kerek nie panggil nama aku? Selalunya panggil Miss Rusty jer. " Afi? Mazda? Eh..minah,ko..".belum sempat Fisz menghabiskan ayatnya,Min mencelah. " Eh,doktor kerek! Ko pergi imigresen ke pusat budi bahasa kebangsaan? Tetiba panggil nama aku plak"-wujud ke pusat budi bahasa kebangsaan? Tibai arh.. " Aku tak fahamlah. Aku bukan Afi.Nie banglo Encik Malikkan?"-aku silap rumah ke papa dengan mama dah pindah? Aku rasa baru berapa bulan aku tak balik. " Yelah tue. Ko bukan Afi dan aku bukan Aminah Ahmad. Nie rumah The Borg Queen, Star Trek!"-kena sampuk ke Afi nie? Dah arh siap rompak beg Garfield siapa entah kat tangan. " Star Trek?"-aku nie tertukar planet ker? " Encik Afi,stop with the lame joke! Not funny,ok? Dah lah, jom masuk! Ko dah makan tengah hari tak?" soal Min. Senyap. Kaki Fisz hanya mengikut jejak Min. Berharap yang dia tidak tertukar rumah.
" Angah!". Acap sudah memeluk erat Fisz. Selepas meleraikan pelukan Acap. Fisz bersalam dengan mama dan papa. Min yang tidak tahu apa-apa hanya terkulat-kulat kebingungan. Angah? Time bila plak Acap panggil Afi, Angah? Aku nak keluar buang sampah tadi pun,aku rasa dia still panggil Afi, Abg Afi. " Min,nie adik kembar Afi. Nama dia Mohd Hafis tapi dekat rumah nie semua orang panggil dia Angah" terang mama. " Nie maid baru ke mama? Patutlah tadi dia tertukar Angah dengan Afi. Angah ingat siapalah yang tiba-tiba cakap nie rumah Star Trek" Angah tersenyum nakal. " Star Trek?" soal mama. " Eh, tak ada apa-apa puan. Saya cakap berderet-deret rumah dekat kawasan nie. Angah silap dengar kut. Tak apalah puan,biar saya masuk dapur dulu ambil pinggan lebih untuk Angah",ibarat lipas kudung Min berjalan masuk ke dapur.
****************
Remote control televisyen di tekan berulang kali. Dari satu siaran bertukar ke siaran lain. Bosan! Yerlah macam mana dia tak bosan,sepanjang hari dia berada di banglo itu seolah-olah kewujudannya tidak dihargai. Papa dan mama pergi menghadiri majlis perkahwinan anak kawan mereka, Acap sibuk dengan tugasan Biologynya, Afi busy dengan hal di pejabat kedutaan. Tiada orang yang mahu menemaninya. Mek? Dah seminggu Mek cuti balik kampung. Harh..nie siapa plak yang block penglihatan aku nie?
Penyedut hampagas di larikan ke bawah meja,sofa. Habis satu ruang lepak Fisz menjadi kawasan bebas debu. " Minah,meh duduk kat sini",kusyen kecil di tepi Fisz ditepuk perlahan. " Angah,ko panggil jer Min. Part A dengan H tue drop jauh-jauh",butang off penyedut hampagas ditekan Min. " Okay,Min. Aku boring arh! Tak tahu nak buat apa",belakang tengkuk di usap kecil. " Hrm..kau pandai main gitar tak?",batang penyedut hampagas digayakan ala-ala Chad Koregar tengah mengoreng gitar. " Hahaha...sikit-sikit bolehlah. Tapi dah lama aku tak main. Tali gitar aku pun dah lama putus",Fisz membetulkan duduk. Tertarik dengan topik perbualan Min. " Tukar arh. Kalau ganti dengan tali gitar elektrik lagi masyuk! Baru RM20", Min melabuhkan punggung di sofa sebelah Fisz. " Banyak ko tahu pasal gitar?",kening Fisz terangkat sebelah. " Aku ada kawan yang minat gaban dengan gitar. Pasal tue aku tahu jugaklah sikit-sikit pasal gitar nie. Kalau setakat D F#m G A,pluck (d4,b5) tue bolehlah", batang penyedut hampagas digerakkan lagi ibarat gitar. " Kekura ko! Unpredictable!", Fisz sudah bertepuk tangan memberi salute. " Kambing arh tue! Biar aku teka. Ko mesti minat indie band?",jari Min terpetik serentak. " For real?Minat siot doh!Aku addicted gila dengan band cam Couple, Bunkface and.." " Butterfingers!",serentak terkeluar dari mulut Fisz dan Min. " Aku ingat orang yang style kerja ada uniform nie bila cakap style ikut buku teks+ tak faham jiwa=skema!", Min mengigit bibir bawah. Salah tafsir. " Aku bukan tua sangat nak turn out like that. Tahun nie baru masuk 26,sama dengan Afi",jari-jari Fisz mencongak ketepatan fakta yang baru dikeluarkannya tadi. " Macam mana ko membesar dengan Afi? Orang tak tertukar ker? Mana satu Angah? Mana plak Afi? Pening-pening..", Min mengaru kepala yang beralaskan tudung. " Tak adalah payah sangat. Masa kecil-kecil dulu aku dengan Afi nampak juga beza sikit. Bila dah besar nie nampak sebiji plak!", kotak televisyen yang terpasang di biarkan terbuka tanpa penonton yang melihatnya. " As far as I know, kalau identical twin bukan semua sama ker? Tapi kenapa ko jadi polis? Afi plak jauh terpesong,doktor",mulut Min sengaja di sengetkan ke kiri. " Hahah..yang tue aku pun tak tahu. Dah minat kiteorang lain. Habis PMR aku terus apply masuk Akademi Polis tapi gagal sebab umur aku. Then,aku tak tahu maybe dari permohonan aku dekat Akademi Polis,aku diserap masuk ke Akademi Interpol Antarabangsa masa aku form 4", Fisz sudah bersila di atas sofa. " Akademi Interpol Antarabangsa? Tak logiklah", Min menyangkal sekuat hati. " Masa aku form 2 aku pernah dapat pingat Hang Tuah sebab selamatkan budak yang kena culik. Masa aku apply nak masuk Akademi Polis tue semua ujian fizikal aku lulus sebab time tue diorang ingat aku cukup umur bila tengok tinggi aku. Aku gagal masuk sebab umur aku jer. Maybe diorang tahu aku ada bakat kut,pasal tue diorang serap aku masuk Akademi Interpol Antarabangsa",terang Fisz dengan bangganya. " Habis dekat Akademi Interpol tue ko cukup umur plak?", Min berteka-teki. " Dekat sana budak muda dari aku pun ada. Diorang dilatih untuk jadi perisik",terang Fisz. " 0oo..bestnya! Ko ceritalah lagi. Dekat sana ada tak....................
Layan juga bersembang dengan maid baru mama nie. Aku ingat Min nie pure budak kampung! Tapi silaplah bai. Macam-macam dia tahu. Aku rasa kali nie cuti aku dekat rumah akan jadi cuti yang paling best! Tapi aku ada satu kemusykilan. Kenapa muka Min nie macam aku biasa tengok arh? Familiar! Selalunya muka yang biasa polis tengok nie muka villain. Tapi takkan arh. Huhuhu...
************
Aik..kenapa lampu nie nyala style hidup segan,mati tak mahu! Nie tak boleh jadi nie. Baik aku tukar mentol nie sebelum dia terus malu nak hidup then straight mampus! Mentol extra aku rasa ada dalam laci nie. Tangan Min menyelongkar laci meja mencari mentol Panasonic Save Energy. Sebelum apa-apa baik aku pasang lampu toilet dalam bilik nie. Masa aku tukar mentol nanti tak adalah gelap sangat bilik nie. Dah lah Mek tak ada+ bilik orang lain tingkat atas=keseorangan. Ko kena berani Min! Jangan bagi doktor kerek tue peluang untuk gelakkan ko lagi! Aku nak panjat guna apa nie? Nak pergi ambil tangga dekat bilik stor malaslah pulak. Lagipun kalau aku ambil sure mengeluarkan banyak bunyi. Niekan dah tengah malam. Aku angkat meja nie letak atas katil,lepas tue panjat. Baru sampai! Walaupun meja nie berat nak mampus aku angkat tapi this is the only way,my friend. Huhuhu...
Afi menuruni tangga perlahan-lahan. Cd ‘ Dhoom 2’ di tangan di bawa ke belakang. Mesti Min happy gila nie. Entah macam mana masa dia dan Hairil mencari barang keperluan untuk dibawa ke India,time mereka melepasi kedai cd tiba-tiba Afi teringatkan Min. Peristiwa beberapa hari sebelum mereka pulang ke banglo papa dan mama menyinggah kembali. Dua hari Min tidak mahu mengemas rumah gara-gara denda Afi yang menyuruhnya membasuh Mazda ketika Dhoom 2 disiarkan di Tv3, slot Panggung Sabtu akibat terlebih 30 minit berada dalam rumahnya. Tongkang pecah! Kata-kata yang tepat untuk menggambarkan keadaan rumah Afi tanpa sentuhan penyapu+vakum=aktiviti mengemas dari Min. Tapi Min tak tidur lagi ker? Alah,Miss Rusty tue kelawar. Kalau setakat pukul 12.30 malam nie mata dia still fresh lagi. Kalau aku tunggu bagi esok,gila Fisz+ Acap tak syak! Tue menyala lagi bilik bawah. Mesti terkejut nie,dah lah kunci bilik bawah rosak. Baik aku tak payah ketuk! Hehhehehe....
" Miss Rusty.."panggil Afi. Min berpusing ke arah suara yang memanggilnya. Akibat gerakan yang mendadak itu menyebabkan Min kehilangan imbangan. Ibarat jatuh di timpa meja keadaan Min. Afi yang mulanya ingin berlagak hero berakhir dengan jatuh dihempap Min. Mujurlah mereka berakhir dengan jatuh di atas katil. Bersusah-payah Min cuba menolak meja yang menghempapnya ke tepi.
Acap mengeliat beberapa kali. Gelas susu di bilas beberapa kali sebelum diletak ke rak. Aku rasa tadi aku nampak Abg Afi turun tapi tak sampai dekat dapur pun. Khayalan aku jer kut! Burning the midnight oil sungguhlah aku nie sampai berhalusinasi pelik-pelik. Enough study for today! Baik aku naik atas tidur. Acap mula mendaki tangga sebelum terdengar sesuatu." Payahlah. Berat sangat!" kedengaran suara Kak Min. Kak Min mengigau? Huhuhu... " Bangunlah. Aku dah sesak nafas nie" suara Abg Afi pula kedengaran. Abg Afi pun mengigau? Buat malu jer orang tua mengigau,aku yang muda pun tak mengigau. Langkah Acap tetap diteruskan mendaki tangga. Sesaat. 2 saat. 3 saat. Abg Afi dan Kak Min mengigau sekali? Tue pun datang dari bilik Kak Min? Ya Allah, no way abang aku akan buat perkara terkutuk! Kaki yang mulanya menuju ke arah biliknya bertukar ke haluan bilik Min.
" Abang!" serentak dengan panggilan itu pintu bilik Mek di buka luas. Kejadian yang disaksikannya sekarang benar-benar tak terduga. Kek 3 lapis. Base layernya, Afi. Second layer, Min. Top cherry, meja. Acap mengerut dahinya. " Abang?" soal Acap tidak mengerti dengan situasi yang dilihatnya. " Acap tolong abang! Tolong alih meja nie dari Kak Min. Abang dah pendek nafas nie" pinta Afi. Sebagai adik yang solehah wal tolehah, Acap mengangkat meja perlahan-lahan dari badan Min. Afi terus menyedut oksigen sedalam-dalamnya. " Abg Afi buat apa dekat bilik Kak Min malam-malam nie?"-jangan cakap sleep walker! " Abang... Hrm.. Mek kan tak ada, abang sahaja nak tahu takut-takut Kak Min perlukan something ker"-nasib baik terlintas gak alasan tapi kenapa aku rasa tak solid jer alasan aku nie? " What? Rubbish! Abg Afi ingat Acap budak-budak ker? Alasan macam tue siapa percaya?"- datang sebab Mek tak ada? Nie bukan alasan tapi kesempatan. " Acap,esok abang terangkan dekat Acap tapi bukan malam nie"-macam mana Acap boleh sedar pulak nie? " Esok? Acap nak explanation malam nie juga"-main-main delay plak abang aku nie. " Acap slow down nanti semua orang dalam rumah dengar"-kalau Fisz dengar mampus aku! " Kenapa kalau semua orang dengar? Malu? Sebelum abang masuk bilik Kak Min, abang tak fikir semua nie? Acap nak bagi tahu semua orang. Mama,papa, Angah. Biar diorang...."belum sempat Acap menghabiskan ayat,mulutnya ditutup Afi. " Acap, kiteorang dah kahwin! Noktah!" terang Afi. Tegas. Bosan dengan andaian +ugutan=kata-kata Acap. Min yang pada awal menjadi penonton setia drama brother vs sister terduduk. Terkejut dengan pengakuan berani mati Afi.
p/s: tQ pd sumer k0men2. tak kira yg - or +. hope leh k0men lgie coz dr k0men readers sy leh taw nk baiki citer 0ps!!tngkp bsh nie cm ner nk ksie dia lgie hav0c. apa2 pun, enj0y!!!salam...
bestlah cite awak..nak jadi dia lagi havoc?nie pun aku rasa dah ok..kalo lagi ada yg havoc buatlah dia rupanya sedara ke..tak pun kaitkan dengan cite masa kecik ke??apa2lah..asalkan lagi best!!
cpt r sambung...x sabo nak taw aper akn jd pasni...ader blog x...bley bagi x...cpt erk smbg bkn pe pasni nak blk ke asrama dah...so takut x sempat nak bc bab seterus ny...huhu
ala..tulislah kt blog! cepat2 la tulis lg..tak saba nk baca ending die...lepas ni dh nk blik ke college...ala..plz2..nk lg..best ah citer ni..congrats2~
salam a'laik buat penulis.. congrats n lotzathanks cz wt cite ni.. rase happy sgt baca crite ni... so different..unique.. cute..humorous.. just adorable!! ^^ thanks again 4 brightening up my day!! bgs wat cite pas kawen..xde maksiat.. xde dose..nk wt pape babak pon xsalah kn?? hihi~ ^^
*yawn* ngantuk nyew.. oppss! bukan sbab boring eyh! laptop nyer jam=1:45 AM so, no wonder la.. tp kene bca sampai abes gak! besh ngat cter neyh sampai cm dh addicted jew..
ganbatte kudasai!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
lawak lah cite ni. asyik gelak je bila baca!